The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL ID BAHASA MELAYU BIJAK TATABAHASA SMES

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ROHIM @ RAHIM BIN NGAHAT Moe, 2020-12-22 18:09:13

MODUL ID BAHASA MELAYU BIJAK TATABAHASA SMES

MODUL ID BAHASA MELAYU BIJAK TATABAHASA SMES

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

11 Pak Salleh berjalan pulang dari dusunnya sambil memikul se ________ kayu api.

A. ketul C. berkas

B. pucuk D. keping

12 Ayah terpaksa menjual ________ tanah pusaka untuk membiayai pelajaran

abang di luar negara.

A. sepotong C. selembar

B. sebidang D. sebuah

13 Kak Bedah memberikan beberapa ________ jagung bakar kepada jiran barunya.

A. biji C. buah

B. batang D. tongkol

14 Penceramah itu mengakhiri ceramahnya dengan membacakan ________ pantun

nasihat.

A. sebuah C. serangkap

B. seuntai D. serangkai

15 Dua ________ gerai baru telah dibina oleh pihak Majlis Perbandaran Kelang

untuk memudahkan para peniaga.

A. biji C. baris

B. butir D. batang

16 Di dalam beg kecil itu terdapat dompet dan se ________ kunci.

A. butir C. kuntum

B. berkas D. helai

17 Tiga ________ permaidani disandarkan pada dinding untuk mengelakkannya

daripada terkena habuk.

A. kaki C. lembar

B . buku D. gulung

18 Layang-layang Amin tersangkut pada dahan se________ pokok.

A. buah C. pohon

B. dahan D. batang

19 Pak Aziz memakan beberapa ________ pulut sebagai sarapan pagi.

A. kepal C. genggam

B. ketul D. cubit

20 Ibu membeli tiga ________ petai di pasar malam.

A. butir C. rawan

B. kepal D. papan

101

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

Latihan Penjodoh Bilangan 9

Bulatkan jawapan yang paling sesuai.

1 Pak Karim menebang pokok itu dengan se__________ kapak yang tajam.

A bilah B buah

C batang D butir

2 Saya terjumpa se_______ jam tangan yang cantik di dalam bilik itu.

A biji B buah

C utas D butir

3 Encik Samad mempunyai se__________ tanah yang luasnya dua puluh hektar

di kampung itu.

A baris B buah

C bidang D carik

4 Di bandar itu, terdapat banyak _______ bangunan pencakar langit.

A blok B bongkah

C angkatan D bidang

5 Kak Salmah memberikan beberapa __________ gula-gula kepada adiknya.

A biji B cebis

C bungkus D buah

6 Saya membeli enam __________ telur dari kedai runcit.

A biji B baris

C buah D bentuk

7 Karim sedang memanggang lima belas __________ sate untuk pelanggannya.
A gugus B biji
C cucuk D batang

8 Di kedai itu, hanya tinggal beberapa __________ tikar sahaja.

A buku B baris

C bidang D batang

9 Di tepi perhentian bas itu terdapat se__________ tiang lampu.

A bilah B buah

C baris D batang

10 Mei Mei menjerit kerana terduduk di atas se__________ jarum.

A batang B cebis

C bilah D butir

11 Dua __________ kerusi di bahagian hadapan tempat duduk itu dikhaskan untuk

tetamu jemputan.

A bilah B batang

C bentuk D baris

102

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

12 Pak Leman pulang dari ladang dengan menjunjung se__________ kayu api.

A bilah B buah

C berkas D buku

13 Mak Tijah memasukkan se__________ garam ke dalam masakannya.

A cubit B biji

C cucuk D cekak

14 Puan Maisarah membeli beberapa __________ benang emas untuk membuat

tekat pada cadar baldu itu.

A biji B buku

C butir D cekak

15 Dua __________ keris tersilang pada dinding rumah Encik Hamid.

A bilah B biji

C baris D batang

16 "Berapakah harga se_____ buah kelapa ini?" tanya Pak Budin sambil menunjuk

ke arah longgokan kelapa di tepi jalan itu.

A butir B biji

C colek D buah

17 Puan Barhah membeli beberapa __________ coklat untuk membuat gubahan

yang ditempah oleh pelanggannya.

A biji B cubit

C bungkus D bongkah

18 Maznah mengambil se_______ perca kain untuk menampal kainnya yang koyak.

A bungkus B colek

C carik D bidang

19 Pak Andak mengasah dua _________ pisau sehingga tajam.

A batang B bilah

C cucuk D cubit

20 Dia begitu kenyang setelah menghabiskan se_______ durian.

A biji B baris

C buah D bongkah

103

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

Latihan Penjodoh Bilangan 10
Bulatkan jawapan yang paling sesuai.

1 Ibu memasukkan beberapa __________ halia ke dalam masakannya.

A hiris B gugus

C jambak D kapur

2 Perompak bank itu melepaskan beberapa __________ tembakan sebelum

melarikan diri.

A gulung B jemput

C das D deret

3 Ibu membeli tiga _______ sayur di pasar tani.

A naskhah B keping

C tandan D ikat

4 Mak cik menyuruh saya mencabut beberapa __________ uban di kepalanya.

A ekor B gulung

C gelung D helai

5 Puan Liew membawa se__________ payung kerana hari hendak hujan.

A deret B kaki

C jambak D kandang

6 Adik mengambil dua __________ beras lalu diberi kepada burung itu.

A gugus B genggam

C gumpal D gerombolan

7 Mak Timah kehilangan se__________ kunci semasa pulang dari pasar.

A gelung B jambangan

C jambak D gumpal

8 Puan Hayati memotong beberapa __________ bawang lalu dimasukkan ke dalam

masakannya.

A hiris B helai

C kaki D hidang

9 Pemuda itu mengambil se__________ kertas tisu lalu mengelap tangannya.

A helai B gumpal

C gugus D ikat

10 Di langit kelihatan se__________ awan hitam berarak perlahan-lahan.

A gumpal B genggam

C gugus D deret

11 Encik Lim meminta se__________ tali untuk mengikat kayu.

A gelung B ikat

C gulung D gerombolan

104

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

12 Beberapa __________ daun telah gugur di halaman rumah.

A gumpal B gugus

C kalung D helai

13 Pak Mat menjual se__________ rambutan gading itu dengan harga RM5.

A ikat B jemput

C bentuk D kajang

14 Datuk membeli se_______ dawai mata punai untuk membuat reban ayam

serama.

A gumpal B gugus

C gelung D keping

15 Fuad memetik empat __________ langsat yang telah masak di belakang rumah

neneknya.

A kajang B gumpal

C kaki D gugus

16 Anuar membeli se______ bunga ros untuk ibunya sempena menyambut Hari Ibu.

A kapur B jambak

C gugus D kaki

17 Se__________ rumah kedai musnah dijilat api dalam kebakaran semalam.

A gerombolan B kajang

C deret D kandang

18 Pemburu itu berjaya menembak se__________ harimau yang ganas.

A kalung B das

C gugus D ekor

19 Emak membeli beberapa __________ kain baru di kedai kain itu.

A kajang B helai

C deret D ikat

20 Muhamad melemparkan se__________ padi ke arah ayam-ayam peliharaannya.

A gelas B genggam

C gumpal D gugus

105

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

Latihan Penjodoh Bilangan 11

Bulatkan jawapan yang paling sesuai.

1 Adik memetik tiga _______ bunga di taman itu.
A kuntum B longgok C keping D pangsa

2 Beberapa __________ burung sedang terbang di udara.

A kepal B laras C pasang D kawan

3 Se______ anggota bomba sedang bertungkus-lumus untuk memadamkan
kebakaran.
A pasukan B kawan C longgok D kumpulan

4 Ibu menghadiahi abang se__________ kasut berjenama Adidas sempena hari jadi

abang.

A kotak B pasang C petak D longgok

5 Se__________ lembu ternakan sedang meragut rumput di padang yang terbiar itu.
A orang B kawan C pasukan D pasang

6 Dia tidak dapat bercakap walau se__________ pun apabila ditanya kerana

ketakutan.

A petak B pangsa C papan D patah

7 Semasa berada di puncak Gunung Kinabalu, Suffian telah memakai empat

__________ baju supaya tidak kesejukan.

A lapis B lembar C laras D keping

8 Dalam serbuan ke gudang lama itu, pihak polis merampas lima _________
senapang patah yang digunakan pemburu haram itu.
A kawan B kuntum C pangsa D laras

9 Terdapat se__________ pasir di hadapan pintu masuk sekolah.
A longgok B pasang C petak D kerat

10 Ibu menghidangkan tiga __________ sup di atas meja makan.
A naskhah B mangkuk C pasang D kotak

11 Siew Eng mengambil beberapa _______ gambar semasa lawatannya ke Pulau

Langkawi.

A petak B keping C laras D lembar

12 Ayah memakai se_______ baju Melayu yang lengkap pada majlis hari raya itu.
A pangsa B pasang C papan D patah

13 Sehari se_______ benang, lama-lama menjadi kain.

A longgok B laras C kelompok D lembar

106

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

14 Ayah menghadiahkan se__________ baju kurung kepada Aliya bersempena
dengan hari jadinya.
A pasang B pangsa C papan D lembar

15 Emak membeli empat __________ petai dengan harga dua ringgit.
A keping B lembar C petak D papan

16 Se__________ lebah membuat sarang di pohon kekabu di tepi jalan itu.
A kawan B kumpulan C pasukan D pasang

17 Dia mengambil se_______ mancis dari dapur rumahnya.

A kotak B petak C patah D kerat

18 Kassim membawa dua __________ roti ke sekolah untuk dimakan pada waktu

rehat.

A papan B keping C kerat D kuntum

19 Emak menghadiahi kakak se__________ anting-anting emas pada hari

perkahwinan kakak.

A pangsa B kotak C pasang D keping

20 Aizat membantu se______ nenek melintas jalan.

A pasukan B ketul C orang D pasang

107

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

Latihan Penjodoh Bilangan 12

Bulatkan jawapan yang paling sesuai.

1 Pak Nayan sedang menebar se__________ jala.

A urat B rangkap C rawan D ruas

2 Di hadapan rumah datuk ada dua __________ mempelam.
A pohon B rangkai C tangkai D urat

3 Posmen itu menyerahkan se_________ surat kepada saya.

A pucuk B untai C tongkol D teguk

4 Guru meminta setiap murid menulis se__________ pantun.

A bilah B rangkap C pasang D biji

5 Roti itu tidak boleh dimakan lagi kerana terkena beberapa __________ dakwat.

A teguk B titik C ulas D timbun

6 Datuk saya sakit tenat, dia tidak berselera untuk makan walaupun se__________

nasi.

A suap B pintu C rumpun D teguk

7 Ayah mengambil se__________ kuih lapis lalu memakannya.
A pucuk B potong C timbun D suap

8 Encik Tham membeli beberapa __________ jagung di pasar tani itu.
A tangkai B timbun C tongkol D ulas

9 Polis menjumpai beberapa __________ pistol di pondok usang itu.
A pucuk B timbun C tingkat D rangkai

10 Di tepi jalan terdapat lima __________ batu halus untuk dibuat jalan.
A tongkol B tangkai C timbun D rumpun

11 Pekebun itu menjual sepuluh se__________ pisang kepada Encik Chan.

A untai B tandan C tangkai D timbun

12 Bapa saya membeli se__________ pisang untuk keluarga kami sebagai pencuci

mulut selepas makan malam.

A utas B ulas C sikat D tandan

13 Para penonton terpegun apabila mendengar Salina mengalunkan se________

syair.

A tangkai B utas C potong D rangkap

108

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

14 Ibu membubuh beberapa __________ nila ke dalam air di dalam baldi itu untuk

menila baju sekolah adik.

A ruas B titik C pucuk D potong

15 Ayah makan tiga __________ durian bersama dengan pulut yang ditanak oleh

ibu.

A utas B ulas C timbun D ruas

16 Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai.

A puntung B ruas C potong D pucuk

17 Pak Cik Yusof mempunyai beberapa __________ rumah sewa di Kampung

Sungai Kota.

A pintu B tingkat C untai D rangkai

18 Mak andam menyuapkan se__________ pulut kuning ke mulut pengantin

perempuan semasa majlis persandingan.

A teguk B suap C rawan D urat

19 Siti mengikat bungkusan itu dengan se__________ tali.

A ulas B utas C ruas D pucuk

20 Ayah membeli se________ rantai emas untuk emak semalam.

A ruas B utas C urat D rangkai

109

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

Latihan Penjodoh Bilangan 13

Bulatkan jawapan yang paling sesuai.

1 Kumari mengambil dua __________ kek untuk sarapan paginya.

A potong B cubit C baris D ruas

2 Kedai buku itu menjual ratusan __________ surat khabar setiap hari.
A gumpal B bungkus C naskhah D keping

3 Pak Din membajak sawah dengan menggunakan dua __________ kerbau jantan.

A ekor B biji C buah D tandan

4 Pengunjung ke Pameran Kesenian Islam itu berpeluang melihat dua __________
manuskrip lama yang ditulis dengan tangan.

A gelung B naskhah C bentuk D baris

5 Selain pistol, polis juga menemui beberapa __________ peluru dalam serbuan itu.

A biji B ruas C butir D buah

6 Dia menulis menggunakan se__________ pen berwarna hitam.

A biji B buah C batang D tangkai

7 Melly Yeo menghadiahi Cikgu Riezam se________ hadiah.

A biji B ketul C jambak D bungkus

8 Nelly sedang menulis se__________ surat kepada rakannya di Kedah.

A untai B pucuk C keping D naskhah

9 Fazilah telah mengirim tiga __________ surat kepada tunangnya.

A helai B pucuk C biji D kajang

10 Perompak yang bersenjatakan se________ pistol itu mati ditembak oleh polis.

A utas B pucuk C bilah D bentuk

11 Pak Cik Seman memikul se__________ rotan untuk dijual di Pekan Sabtu.

A ruas B berkas C gugus D tandan

12 Kumar pun mengambil se__________ cangkul untuk membuat beberapa batas

sayur.

A ikat B rawan C kaki D batang

13 Berat timbangan dua puluh __________ pisang itu ialah seratus kilogram.

A biji B sikat C sisir D tandan

14 Dia membawa pulang dua __________ kayu api untuk dijual.

A rumpun B berkas C titik D buah

110

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

15 Rokiah membawa se_____ buah semasa melawat ke rumah saudaranya.

A biji B kotak C timbun D bakul

16 Halimah membeli se_____ minyak tanah di kedai Pak Atan untuk diisikan ke

dalam pelita.

A titik B ulas C botol D teguk

17 Pak Cik Baharom menebang se__________ pokok di belakang rumahnya.

A ruas B lingkar C batang D rumpun

18 Karim menerima se______ surat daripada kakaknya semalam.

A helai B pucuk C keping D naskhah

19 Azman membeli se______ payung di pasar mini itu.

A buah B kaki C batang D pucuk

20 Nelayan itu membawa dua _________ jala ke sungai.

A untai B lapis C pasang D rawan

111

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

Modul ID Bahasa Melayu:
Bijak Tatabahasa

SINONIM

112

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

NOTA SINONIM

SINONIM

Sinonim merupakan perkataan yang mempunyai maksud yang sama atau seperti.
Perkataan tersebut boleh digantikan dengan perkataan asal kerana tidak
menjejaskan maksud keseluruhan ayat.

Contoh : Saya akur dengan keputusan itu.
Saya setuju dengan keputusan itu.

Berikut ialah senarai perkataan, antonim sinonimnya:

Perkataan Sinonim
abai cuai, lalai, alpa
aib malu, segan, cela
am umum, biasa
asli asal, jati, tulen
angkut bawa, bimbit
balut bebat, bungkus
buruh abdi, hamba, kuli, pekerja
borak bicara, bual, cakap
bincang mesyuarat, runding
bestari arif, bijak, cekap
cabik carik, koyak, robek
corot akhir, hujung, terakhir
comot kotor, selekeh
bohong, karut, tipu
dorong desak, galak, gesa
dedah buka, pamer
campur aduk, baur, gaul
caci cela, cemuh, hina
dusta bohong, karut, tipu
dorong desak, galak, gesa
dedah buka, pamer
darurat bahaya, genting, susah
daya kuasa, upaya, mampu
ejek ajuk, cemuh, giat

113

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

LATIHAN SINONIM

Latihan Sinonim 1

Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.

1 Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar.
A layu
B hidup
C kuncup
D kembang

2 Puan Hasnah merupakan seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan.
A kuat
B berani
C gentar
D kasar

3 Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam
dari desa itu.

A petang
B senja
C malam
D subuh

4 Hasnul tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana diganggu nyamuk.
A leka
B lena
C mudah
D selesa

5 Kucing ialah binatang yang boleh melihat dengan terang pada waktu malam.
A sepi
B nyata
C jelas
D kabur

6 Pasar malam menjadi sunyi apabila malam semakin larut.
A riuh
B hiba
C tenang
D lengang

7 Keluarga Khalidi memberi dorongan kepadanya untuk berjaya.
A sumbangan
B cadangan
C hasutan
D galakan

114

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

8 Encik Jamali menunaikan amanat datuk dengan sebaik-baiknya.
A wasiat
B arahan
C utusan
D siasatan

9 Mak Cik Zainab memukul ular yang melulur anak ayamnya petang semalam.
A menelan
B mematuk
C memakan
D memagut

10 Adik Suhaila fasih berbahasa Inggeris sejak dia berumur sepuluh tahun.
A laju
B yakin
C tegas
D petah

11 Puan Zaiton amat risau akan penyakit yang dihidapi oleh anaknya.
A takut
B sedih
C khuatir
D hampa

12 Encik Hamidi menyampaikan pendapatnya dengan suara yang lantang dalam
mesyuarat itu.

A kuat
B ragu
C cepat
D hebat

13 Cik Salina sedang menanam pokok bunga di halaman rumahnya.
A anjung
B perkarangan
C belakang
D serambi

14 Ayah mengherdik adik kerana bermain di tempat kotor.
A memujuk
B mengusir
C membentak
D menyanjung

15 Ruhainie berasa hampa apabila permohonannya memasuki universiti ditolak.
A malu
B sedih
C kecewa
D terkilan

115

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

16 Loganathan membantai kucing hitam itu dengan sebatang penyapu.
A menghentak
B memukul
C mengetuk
D menghentam
17 Tolong alihkan kerusi plastik itu ke tepi,. kata Siew Teng kepada adiknya.
A tukarkan
B gantikan
C ubahkan
D buangkan
18 Encik Abdullah sekeluarga akan berhijrah ke Sabah pada bulan hadapan.
A beralih
B berpindah
C bertandang
D berangkat
19 Saya sering makan di restoran itu kerana masakannya sedap belaka.
A selalu
B jarang
C kadang-kadang
D sesekali
20 Kami menikmati panorama indah di Pulau Tioman itu ketika berkunjung ke sana

pada hujung tahun lepas.
A mendapati
B menggemari
C menghayati
D mengingati

116

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

Latihan Sinonim 2

Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.

1 Tok Wan sedang mengutip buah-buah durian yang gugur malam tadi.
A menghimpun
B melonggok
C menyimpan
D memungut

2 . Air Sungai Kerian telah mencecah ke paras bahaya, kata ketua kampung.
A tiba
B tepat
C dekat
D sampai

3 Kalau tiada aral, saya akan ke rumah Pak Long minggu depan,. kata Fauzan.
A urusan
B halangan
C sekatan
D bantahan

4 Mohd Kamal terus turun ke tanah dan menuntun neneknya ke tangga dapur.
A menghela
B memimpin
C mengheret
D memegang

5 Walaupun Shafizan seorang murid yang pandai tetapi dia tidak sombong.
A cerdik
B cantik
C rajin
D berjaya

6 Bas yang membawa tiga puluh penumpang itu terjunam ke dalam gaung
sedalam tiga puluh meter.

A terlajak
B terjatuh
C tergelincir
D terperosok

7 Semenjak saya berkawan dengan Basariah, dia tidak pernah bercakap bohong
walau sekalipun.

A berteman
B bersahabat
C berkenalan
D bersama

117

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

8 Majlis suai kenal pelatih kolej kejururawatan itu diadakan dengan pelbagai
acara pentas yang menarik.

A petugas
B pengawal
C pegawai
D penuntut

9 Buah-buahan tempatan memang banyak khasiatnya, kata ayah.
A tempahan
B setempat
C negara kita
D negara luar

10 Fikirlah dahulu sebelum membuat sebarang keputusan, nasihat Puan Hasiah
kepada anaknya.

A tuntutan
B tindakan
C kesilapan
D keinsafan

11 Lampu-lampu di rumah besar itu masih bernyala walaupun hari telah meninggi.
A marak
B berapi
C terpancar
D terpasang

12 Pandangan yang kamu kemukakan akan dipertimbangkan.
A kasikan
B laporkan
C usulkan
D jelaskan

13 “Kereta Naza Citra itu kepunyaan Cikgu Yusof”, kata Dang Suria kepada
kawan-kawannya.

A milik
B harta
C keinginan
D kenderaan

14 Murid-murid Kelas Empat Kenanga yang keracunan makanan itu segera
dikejarkan ke hospital.

A dibawa
B dilarikan
C dipindahkan
D dikuarantinkan

118

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

15 Keris Taming Sari yang menjadi lagenda sejak turun-temurun itu akan
dipamerkan di Muzium Negara minggu hadapan.

A petanda
B kisah
C riwayat
D keagungan

16 Cis, membujur lalu melintang patah, alang-alang menyeluk pekasam biar
sampai ke pangkal lengan!, teriak Datuk Paduka Raja dengan lantangnya.

A tangis
B laung
C raung
D jerit

17 Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga, kata
Inspektor Rashid.

A tamatnya
B tempatnya
C kesudahannya
D kemudiannya

18 Rakyat Malaysia yang berbagai-bagai bangsa hidup dalam suasana yang
harmoni dan saling membantu.

A berkira
B berbilang
C bermasyarakat
D berkaum-kaum

19 Doktor Laili tidak pernah mementingkan diri sendiri. Beliau sentiasa
menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada orang yang memerlukan.

A memikirkan
B mengutamakan
C mengorbankan
D menghambakan

20 Fikirannya semakin bercelaru sejak kegagalannya mempertahankan jawatan
Pengarah Besar di syarikat itu.

A haru-biru
B tunggang-langgang
C kusut-masai
D kacau-bilau

119

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

Latihan Sinonim 3

Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.

1 Kawasan rumah Mei Mei berubah sejak pokok bunga yang ditanam

olehnya layu kerana tidak disiram.

A lesu C kecut

B kuyu D lembut

2 Rahman ajak saya ke rumahnya sempena majlis harijadinya sambil kami

sekumpulan kawan baik bermain catur.

A arah C ziarah

B suruh D pelawa

3 Kanak-kanak Tadika Idaman itu kelihatan ceria semasa mengambil gambar

sempena hari majlis penyampaian hadiah sekolah.

A suka C seronok

B meriah D gembira

4 Pemandangan pada waktu senja di Pulau Ketam sangat indah sehingga
membuatkan kami semua masing – masing berat hati untuk balik ke menjamu

makan malam walaupun kami sudah lapar.

A bagus C permai

B cantik D harmoni

5 Baju dan seluar yang besar itu yang dihadiahkan oleh saudara di seberang laut

tidak muat dengan badan Ahmad yang kecil.

A padan C sesuai

B cukup D selesa

6 Encik Liew seorang jiran yang baik kerana selalu menolong orang yang

dalam kesusahan.

A keperitan C kepayahan

B kepapaan D kesenangan

7 Pak Abu memberi amaran kepada Ali yang suka mencuri buah mangga

di kebunnya.

A ugutan C teguran

B nasihat D peringatan

8 Guru Besar Sekolah Mekar memuji semua murid yang terlibat dalam aktiviti yang

dianjurkan sepanjang Minggu Bahasa kerana ia berjalan dengan lancar.

A kerja C projek

B tugas D program

9 Pelbagai acara diadakan di sekolah sempena menyambut hari kebangsaan.

A agenda C rencana

B aktiviti D rancangan

120

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

10 Encik Ahmad berjalan-jalan bersama dengan keluarganya sambil menghirup

udara yang nyaman di Taman Mewah.

A elok C segar

B tulen D bersih

11. Kampung Basri telah dilanda banjir sejak dua hari yang lalu sehingga semua

sekolah dan Tadika tutup buat sementara waktu.

A. bah C. taufan

B. ribut D. gelora

12. Ikan yu ialah sejenis ikan yang membahayakan nyawa manusia kerana badan

yang besar dan ganas.

A. siakap C. paus

B. kembung D. jerung

13. Daging salai yang dijual di restoran itu memang membuka selesa sehingga adik

makan dua mangkuk nasi.

A. beku C. rangup

B. kukus D. panggang

14. Pokok bunga mawar di halaman rumah Salmah harum baunya.

A. kuat C. wangi

B. lazat D. sedap

15 Fatin menghumban barang-barang yang tidak digunakan lagi ke dalam tong

sampah sewaktu membersihkan rumahnya.

A. melontar C. melempar

B. membuang D. mencurah

16. Pondok usang di tepi sawah padi itu dihuni oleh Pak Mat dan isterinya sudah

berabad-abad.

A. daif C. lapuk

B. lama D. buruk

17. Setiap bulan Daud akan mengirim wang dari bandar tempat dia bekerja kepada

ibunya di kampung.

A. meminta C. membalas

B. memesan D. menghantar

18. Baju yang dibeli oleh Farhan terlalu singkat dan tidak sesuai dengan badannya

yang tinggi dan kurus.

A. cetek C. pendek

B. ringkas D. dangkal

121

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

19. Pei Ling menyusun buku-buku rujukan di rak yang disediakan oleh perpustakaan

sekolah.

A. mengatur C. membersih

B. mengurus D. membentuk

20 Liza ketawa terbahak-bahak mendengar cerita Mary yang kelakar mengenai adik

sepupu yang berumur 5 tahun.

A. lucu C. sedih

B. sinis D. seloka

122

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

Latihan Sinonim 4

Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.

1 Loh, Kumar, dan Hafiz berbahas tentang untuk peranan pasukan polis di negara

ini.

A berbalah C bertengkar

B bercakap D berdebat

2 Raju menafikan tuduhan Simon yang mendakwa bahawa dia pernah mencuri

A menyangkal C menidakkan

B menolak D mengelak

3 Segala kesusahan yang ditanggungnya bersebati dengan kesedihan.

A bercantum C bersepadu.

B bercampur D bertembung

4 ikan itu dihiris badannya sebelum disapu bumbu untuk digoreng.

A dicucuk C dipotong

B dikelar D ditikam

5 Terdapat lima kesan tusukan pada mayat pendatang asing itu.

A cucukan C potongan

B kelaran D tikaman

6 “Cikgu bersedia mendengar luahan hati kamu pada bila-bila masa ,” kata Guru

Kaunseling

A tumpahan C aliran

B limpahan D curahan

7 Rosman diminta oleh pihak bank melunaskan itu kepada murid-muridnya. baki

hutangnya dengan segera.

A menyelesaikan C menidakkan

B menyiapkan D mengelak

8 Abang mencari ilham menulis novel di tepi sawah.

A kanan C pinggir

B kiri D belakang

9 Keluarga kami berkumpul pada Hari Raya untuk meminta maaf antara satu

dengan yang lain.

A ikhlas C janji

B tulus D ampun

10 Anggota bomba itu menyabung nyawa menyelamatkan mangsa kebakaran

A memanjangkan C mengorbankan

B membendung D mempertaruhkan

123

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

11. Zaibidin berjaya menjawab kesemua soalan teka-teki dalam buku Sains dan

Matematik dengan tepat.

A. sah C. sahih

B. betul D. benar

12. Encik Selamat merupakan usahawan yang disegani dalam bidang perniagaan

kerana kecekalannya.

A. sektor C. jurusan

B. aktiviti D. bahagian

13. Puan Hamina bimbang akan anaknya yang masih belum pulang dari sekolah

walaupun hari sudah senja.

A. takut C. risau

B. ragu D. gugup

14. Pelajar itu bingung apabila disergah dengan soalan yang bertalu-talu oleh guru

disiplin.

A. risau C. pening

B. gugup D. terpinga-pinga

15. Peperiksaan UPSR bagi kertas Bahasa Malaysia terpaksa ditunda kerana

terdapat soalan bocor.

A. terbuka C. diketahui

B. terdedah D. terbongkar

16. Kemiskinan bukanlah alasan untuk tidak berjaya, setiap orang boleh berjaya

andai mahu berusaha dengan bersungguh-sungguh.

A. pasti C. harus

B. mesti D. mampu

17. Ramli makan dengan gelojoh kerana terlalu lapar selepas balik dari latihan bola

keranjang.

A. laju C. senang

B. lahap D. kenyang

18 Setelah sebulan mengamalkan pemakanan yang seimbang, Hisham berjaya

menguruskan perut buncit itu.

A. besar C. gemuk

B. boyot D. kembung

19. Kelakuan yang baik harus dicontohi manakala kelakuan yang buruk harus

dijauhi.

A. aneh C. jahat

B. leka D. pelik

20. Encik Abu memetik buah mangga di kebunnya yang sudah masak untuk

diletakkan ke dalam bakul sebelum hantar ke pasar untuk dijual di gerai.

A. meragut C. menangkap

B. mengambil D. mengangkat

124

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

Latihan Sinonim 5

Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.

1 Hujan lebat yang turun sejak semalam telah menenggelamkan beberapa buah

kampung di daerah itu.

A kelmarin C hari ini

B esok D lusa

2 Sempadan antara Malaysia dan Thailand dikawal rapi oleh tentera kedua-dua

buah negara.

A selia C kemas

B ketat D baik

3 Guru tinkatan tiga Jaya telah mengumumkan keputusan Peperiksaan

Pertengahan Tahun.

A menyampaikan C mengisytiharkan

B menyatakan D melaksanakan

4 Persekitaran Tanah Tinggi Cameron sungguh indah dan menarik perhatian

pelancong.

A cantik C lawa

B megah D gagah

5 Ikan paus ialah sejenis mamalia yang hidup di dalam laut.

A tinggal C berada

B bernafas D berkeluarga

6 Pelancong asing yang menyewa di bilik hotel itu telah pulang ke negaranya.

A Pelawat C Penjawat

B Pedagang D Pendatang

7 Menara Berkembar Petronas yang tinggi mencecah awan itu menjadi tarikan

pengunjung ke bandar raya Kuala Lumpur.

A mencapai C menggapai

B mengawan D menggunung

8 Artis yang sedang membuat persembahan di atas pentas itu adalah rakan lama

saya.

A mendirikan C melakukan

B mengadakan D menjalankan

9 Pihak polis mengedar poster kepada semua pengguna lebuh raya sempena

Kempen Keselamatan Jalanraya.

A memberi C menghulur

B mengepos D menghantar

125

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

10 Sebuah jejambat akan dibina di persimpangan itu kerana lalu-lintas di situ

semakin sibuk.

A kalut C sesak

B sumbat D penuh

11. Kita perlulah mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat

supaya tidak ketinggalan dalam dunia yang semakin canggih kini.

A. ilmu C. kemahiran

B. kepakaran D. kepandaian

12. Kita hendaklah saling membantu antara satu sama lain sejajar

dengan hasrat kerajaan iaitu Malaysia harapan kita.

A. niat C. harapan

B. cita-cita D. kehendak

13. Kian Chu tidak menjamah sedikit pun bubur yang disediakan oleh ibunya kerana

tekaknya terasa pahit.

A. merasa C. memegang

B. menelan D. menyentuh

14. Pak Ali meminta tolong daripada jiran-jirannya untuk menebang pokok kelapa

yang tua dan hampir tumbang itu.

A. menebas C. memotong

B. mengerat D. mencantas

15. Leman memaklumkan kepada jurulaithnya bahawa dia tidak dapat turut

menjalani latihan bola sepak pada petang ini kerana mengalami keadaan

kecederaan pada kakinya.

A. melaporkan C. menceritakan

B. memberitahu D. mengkhabarkan

16. Kah Seng bekerja sambilan di restoran makanan kepunyaan ayah angkatnya

untuk mengisi masa lapang sambil mendapat sedikit wang.

A. sejam C. sekejap

B. seminit D. sementara

17. Seng Fat dikagumi oleh rakan-rakannya kerana bijak mengemukakan idea-idea

dalam projek Sains.

A. baik C. bagus

B. cerdik D. pandai

18. Penduduk Kampung Mewah bekerjasama membina semula jambatan yang telah

roboh itu.

A. titi C. tebing

B. rakit D. tembok

126

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

19. Ayah mengusir kuching yang cuba menyelongkar tong sampah yang berada

di hadapan rumahnya.

A. memukul C. menyergah

B. menghalau D. mengheret

20. Pihak penganjur pertandingan itu memberi arahan kepada para peserta supaya

mengisi borang dengan lengkap dan menghantar borang itu sebelum tarikh

tutup pertandingan.

A. betul C. penuh

B. padat D. sempurna

127

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

Latihan Sinonim 6

Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.

1.Kementerian Pelajaran akan mengkaji semula kebaikan dan kekurangan mata

pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

A. meneliti C. memeriksa

B. menyelidik D. mempelajari

2.Lawatan Sekolah Kebangsaan Bukit Indah ke Muzium Negara terpaksa dibatalkan

kerana tidak mendapat sambutan daripada murid-murid.

A. kunjungan C. rombongan

B. perjalanan D. kedatangan

3.Ayam itu menguis dengan menggunakan kakinya pada tanah untuk mencari

makanan.

A. menggaru C. mencakar

B. mengorek D. mematuk

4.Nazmi tidak sabar untuk bertemu dengan sahabat penanya dari Mesir yang

berkunjung ke Malaysia.

A. bersama C. berkumpul

B. berjumpa D. berhimpun

5.Sejak kebelakangan ini golongan muda yang berfesyen dengan mengikut budaya

barat tidak sesuai dengan masyarakat kita.

A. berupa C. bercorak

B. bergaya D. berbentuk

6.Jalan raya itu diperlebarkan kerana jumlah kenderaan yang lalu lalang di situ kian

meningkat.

A. dilapangkan C. diperbesarkan

B. diperluaskan D. dikembangkan

7.Kemenangan pemain badminton Malaysia menumpaskan pemain dari

China menjadikan suasana di dewan hingar-bingar dengan sorakan penonton.

A. mewujudkan C. menimbulkan

B. membuatkan D. membenarkan

8.Pek Wah kelihatan kekok makan dengan menggunakan tangan kanan kerana

selama ini dia biasa menggunakan sudu dan garpu.

A. jelik C. muak

B. nyilu D. canggung

9.Puan Su menggaji seorang pembantu rumah dari Indonesia untuk menguruskan

kebajikan anak-anaknya yang berumur 5 dan 6 tahun masing-masingnya sewaktu

dia pergi bekerja.

A. mengupah C. membiayai

B. membayar D. membelanja

128

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

10.Sempena ulangtahun kelahiran ibu pada minggu depan, saya

mahu menghadiahkan selendang sutera kepadanya.

A. memberikan C. menyerahkan

B. menunjukkan D. meminjamkan

11.Kepakaran Pak Leman membuat labu sayong menjadi tarikan utama pelancong.

A. Kelajuan C. Kepandaian

B. Kehalusan D. Kesenangan

12.Pemburu itu mengacukan senapang ke arah rusa di sebalik semak itu.

A. menunjukkan C. membalingkan

B. menghalakan D. menghumbankan

13.Walaupun hadiah pemberian ibu tidak mahal tetapi amat berharga bagi saya.

A. bernilai C. berfaedah

B. bermutu D. bermanfaat

14.Majlis itu diadakan untuk mengenang jasa guru besar yang telah lama

berkhidmat di sekolah itu.

A. memikir C. mengimbas

B. mengingat D. menyanjung

15.Encik Rosni dan keluarganya bersepakat merancang untuk membina kolam ikan

di tanah pusaka milik keluarganya.

A. menjadikan C. mengusahakan

B. menubuhkan D. membangunkan

16.Pei San memandu dengan perlahan apabila memandu di selekoh yang tajam

pada jalan naik ke atas Bukit Bendera.

A. liku C. arah

B. siku D. sudut

17.Pelari pecut dalam acara sukan larian 100m rebah apabila menghampiri garisan

penamat.

A. jatuh C. runtuh

B. luruh D. tumbang

18.Pengurus syarikat yang berkaliber itu mengarah orang bawahannya supaya

segera melaksanakan projek perumahan yang terbengkalai.

A. meminta C. memerah

B. menyelia D. menyuruh

19.Pemburu itu memasang jerat di dalam hutan untuk memerangkap kijang.

A. jala C. sangkar

B. jaring D. perangkap

20.Kejayaan Pasukan Bola Sepak Malaysia memenangi Piala Suzuki AFF

telah mengharumkan nama Malaysia.

A. menaikkan C. memahsyurkan

B. mengangkat D. memperkenalkan

129

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

Latihan Sinonim 7

Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.

1. Walaupun Amira berbadan kecil tetapi dia seorang yang kuat

A. berani C. gagah

B. yakin D. cekap

2. Lela seorang yang periang namun tidak siapa tahu kesulitan yang ditanggung

olehnya.

A. kesakitan C. kesusahan

B. kerisauan D. kebingungan

3. Rama mengetahui berita tentang kemalangan jirannya semasa terbang ke Europa

melalui televisyen.

A. notis C. hebahan

B. khabar D. pengumuman

4. Mak Cik Minah membalut nasi lemak dengan menggunakan daun pisang

A. melipat C. menyarung

B. mengurung D. membungkus

5. Pada saat genting, pemain bola sepak yang lincah itu menyarung jersi bernombor

26 menjadikan pasukan Liverpool menang 4-0.

A. memakai C. menyalut

B. mencuba D. membungkus

6. Puan Aminah meletakkan semua sayur-sayuran yang dibelinya di pasar ke

dalam bakul.

A. sarang C. bekas

B. raga D. besen

7. Moses menjawab soalan peperiksaan bagi kertas Bahasa English dengan mudah

kerana dia pandai dalam bahasa itu.

A. baik C. senang

B. yakin D. cemerlang

8. Rumah besar yang terletak di atas bukit itu adalah milik Pak Hassim.

A. ada C. tanggungjawab

B. untuk D. kepunyaan

9. Shan De gagal menumpaskan Mohamad dalam acara badaminton peringkat

negeri Selangor bagi pusingan akhir piala Sultan Laksamana.

A. menewaskan C. mengecewakan

B. menghampakan D. menidakkan

10. Walaupun Sudin berasal dari keluarga yang miskin, namun dia tetap bersyukur

dengan kehidupannya sebab gajinya mencukupi.

A. payah C. rumit

B. fakir D. susah

130

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

11. Adik tidak sempat mengejar penjual aiskrim yang menaiki motosikal itu kerana

penjual itu baru sahaja berlalu.

A. bergerak C. berjalan

B. berpisah D. beredar

12. Selepas sebulan belayar, kapal Tentera Laut Diraja Malaysia akhirnya berlabuh

di Pelabuhan Klang.

A. bertolak C. berlepas

B. berhenti D. berlanggar

13. Kanak-kanak di kampung itu agak mundur dalam pelajaran kerana kekurangan

tenaga pengajar yang bekebolehan.

A. maju C. susun

B. jatuh D. tertinggal

14. Kempen kerbersihan yang dianjurkan oleh pihak sekolah akan bermula tidak

lama lagi.

A. diadakan C. disarankan

B. diusulkan D. dicadangkan

15. Penghulu mengagihkan kerja kepada setiap penduduk kampung yang terlibat
dalam gotong – royong itu agar kerja pembersihan pasar cepat selesai.

A. memberikan C. menyerahkan

B. mengutuskan D. membahagikan

16. Sebilangan pelajar di kelas itu masih belum menjelaskan yuran sekolah

walaupun tarikh penjelasan yuran sudah tiba.

A. melunaskan C. menghabiskan

B. menerangkan D. menyelesaikan

17. Kain sutera boleh diuji keasliannya dengan membakar sedikit pada hujung kain

itu.

A. ketulenan C. kecantikan

B. keindahan D. keberkesanan

18. Bentuk silinder selalu digunakan untuk membina menara kerana bentuknya yang

kuat dan tidak mudah roboh.

A. musnah C. runtuh

B. hancur D. rebah

19. Ibu keluar dari dapur sambil menatang sedulang kopi yang dibuat untuk ayah.

A. memikul C. membimbit

B. membawa D. menjunjung

20. Sesetengah haiwan berkelakuan ganas untuk mengawasi keselamatan anak-

anaknya.

A. melindungi C. mengawal

B. memerhati D. menjaga

131

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

Latihan Sinonim 8

Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.

1. Mak Cik Nahimah menampal baju kurungnya yang carik itu .

A. reput C. koyak

B. putus D. regang

2. Datuk dan nenek berasa sungguh gembira apabila kedatangan mereka ke rumah

anak-anak disambut dengan meriah.

A. kehadiran C. kepulangan

B. kewujudan D. kemunculan

3. Khairul didenda oleh guru disiplin kerana sering datang lewat ke sekolah.

A. seksa C. penalti

B. hukum D. saman

4. Abu berhijrah dari kampung halaman ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan.

A. berarak C. bergerak

B. bertukar D. berpindah

5. Encik Bakar terpaksa memberhentikan sesetengah pekerjanya

akibat kemerosotan ekonomi yang semakin membimbangkan.

A. kejatuhan C. kekurangan

B. keguguran D. kemunduran

6. Pengurus pasukan bola sepak Selangor telah menggugurkan lima orang pemain

daripada perlawanan Piala Suzuki AFF tahun ini.

A. mengeluarkan C. menjatuhkan

B. mengenepikan D. menurunkan

7. Basri dianugerahkan sijil kecemerlangan oleh Sultan Perak kerana sikapnya yang

begitu dedikasi sebagai anggota polis.

A. komited C. patuh.

B. setia D. semangat

8. Pendedahan terhadap rancangan kartun yang terlalu banyak akan menyebabkan

fikiran kanak-kanak terperangkap dalam dunia fantasi.

A. mimpi C. khayalan

B. realiti D. masa depan

9. Semasa dalam pelayaran, anak-anak kapal terpaksa menempuh badai dan

gelombang ombak yang menakutkan.

A. bah C. gelora

B. angin D. banjir

10. Kamariah lari lintang-pukang dikejar anjing garang kepunyaan jirannya.

A. jinak C. marah

B. buas D. bengis

132

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

11. Tsa San dan Ming Wah merasa gerun apabila dipanggil oleh guru besar kerana

terlibat dalam kes buli murid yang lebih kecil di sekolah.

A. takut C. gayat

B. ngeri D. gentar

12. Pak Abu tidak berdaya lagi untuk menoreh getah setelah berkerja dari awal pagi

hingga lewat petang tadi.

A. mampu C. upaya

B. tenaga D. kuat

13. Wah Lin berasa pelik melihat tingkah–laku lelaki yang masuk ke kedainya dalam

keadaan yang mencurigakan.

A. aneh C. asing

B. ghaib D. marah

14. Kemahuan anak-anaknya yang ingin memiliki mainan itu terpaksa dituruti sebab

jika tidak dia akan menangis teresak-esak dan tidak berhenti-henti.

A. Hajat C. Keinginan

B. Tujuan D. Permintaan

15. Ketua pemimpin kerajaan Israel telah melakukan pelbagai usaha untuk menjaga

keselamatan dan kestabilan ekonomi negara.

A. kebolehan C. keselamatan

B. kemantapan D. Kesungguhan

16. Pada zaman dahulu, pahlawan Melayu menggunakan keris untuk

mempertahankan diri dari musuh-musuh askar British.

A. lalu C. purba

B. silam D. lampau

17. Mak Cik Mei Wah terpaksa menjual tanahnya yang sekangkang kera itu untuk

menampung perbelanjaan anak-anaknya yang masih bersekolah di England.

A. penajaan C. pembayaran

B. pembelian D. pembiayaan

18. Nasi yang dimasak dengan api yang besar dan tidak dijaga akan menjadi kurang

enak jika didapati hangit.

A. hitam C. hangus

B. hapak D. rentung

19. Ibu menasihati ayah supaya memandu kereta dengan berhati-hati sewaktu hujan

lebat lebat sebab jalan raya yang licin serta berlubang.

A. menolak C. membawa

B. mengiring D. memegang

20. Puan Ai Mei menasihati suaminya agar tidak merokok sebab amalan merokok

membahayakan kesihatan sekeluarga.

A. hobi C. perilaku

B. tabiat D. panduan

133

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

Latihan Sinonim 9

Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.

1. Kedua-dua ekor anak lembu itu telah dibaham oleh seekor harimau yang lapar di

padang rumput savana.

A. sedut C. makan

B. hisap D. hembus

2. Datin Ruby mengizinkan anak-anak gadisnya keluar bersama kawan-kawannya

asalkan mereka pandai menjaga diri.

A. melarang C. membenarkan

B. merelakan D. memperkenankan

3. Tat Tan mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu menyebelahi mana-mana

pihak yang berbalah itu kerana beliau tidak mahu bersalah terhadap sesiapa pun.

A. memihak C. menyetujui

B. mengadili D. menghakimi

4. Kereta mewah Toyota mampu mencapai kelajuan sehingga 200 km per jam di

jalan raya.

A. kehebatan C. kepantasan

B. kecekapan D. keunggulan

5. Puan Liza menanam pelbagai jenis pokok bunga pasu di halaman rumahnya

A. dapur C. bumbung

B. anjung D. perkarangan

6. Tan Ho dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan hal pentadbiran syarikatnya

setelah bapanya Encik Kai Hua bersara.

A. kes C. urusan

B. fasal D. masalah

7. Mereka akan berangkat ke Kuala Lumpur dari kampung keesokan hari jika tida

ada apa-apa halangan.

A. tegahan C. rintangan

B. masalah D. gangguan

8. Dia melintasi kawasan ladang ternakan yang berbau hamis itu.

A. kotor C. tengik

B. busuk D. hangit

9. Air kopi yang dibuat oleh kakak itu terasa hambar rasanya

A. pahit C. tawar

B. sejuk D. dingin

10. Amir seorang pelajar yang rajin dan cekap, oleh sebab itu dia disayangi olah

guru-gurunya.

A. teliti C. mahir

B. tekun D. sopan

134

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

11. Jurulatih bola keranjang bertungkus-lumus melatih pasukan sekolah tetapi

mereka tewas juga dalam perlawanan bola keranjang.

A. kalah C. kandas

B. goyah D. cemerlang

12. Ibu memasukkan kesemua bahan-bahan bawang merah dan putih yang hendak

dipotong ke dalam mesin pengisar untuk dihancurkan sehingga lumat.

A. dileburkan C. direlaikan

B. dikisarkan D. dilarutkan

13. Sufian antara murid Encik Lim yang handal bermain catur dalam kelasnya.

A. bijak C. mahir

B. cepat D. unggul

14. Pada musim perayaan, ibu kota menjadi sunyi apabila kebanyakan penghuninya

pulang ke kampung untuk berhari raya.

A. sepi C. diam

B. bisu D. muram

15. Bapa menghampar tikar di bawah pohon yang rendang untuk meletakkan

bekalan makanan yang dibawa oleh ibu.

A. menebar C. membuang

B. melayang D. membentang

16. Mary selalu bersenam di Tasik Cahaya sambil menghirup udara yang segar.

A. menelan C. menyedut

B. meneguk D. menghisap

17. Mei Ying menyandang beg tangannya sambil membimbit satu plastik buah epal.

A. memikul C. mengusung

B. menggalas D. menjunjung

18. Pada cuti sekolah yang lalu Ivy dan keluarganya menjelajah ke Semenanjung

Malaysia dengan menaiki bas.

A. melihat C. menyelidik

B. menziarah D. melancong

19. Ibu mengarahkan adik mengemas buku-buku yang berselerakan di ruang tamu.

A. menarik C. menyusun

B. menolak D. membuang

20. Berita buruk yang melanda penyanyi terkenal di Amerika Syarikat menyebabkan

ramai wartawan yang ingin menemu bualnya.

A. menduga C. menemu duga

B. mengusik D. menemu ramah

135

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

Latihan Sinonim 10

Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.

1. Kilang pembuat kain melepaskan asap yang banyak sehingga menyebabkan

berlakunya pencemaran udara.

A. melucutkan C. menguraikan

B. menyalakan D. mengeluarkan

2. Pelajar-pelajar aliran sains Sekolah Agama Perempuan St. Teresa sedang

membuat uji kaji di dalam makmal sekolah sewaktu mata pelajaran Fizik.

A. jawapan C. eksperimen

B. penjelasan D. peperiksaan

3.Saufi sanggup mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan demi memperolehi

kejayaan dalam hidupnya.

A. melayani C. mendapat

B. mencuba D. menempuh

4.Terengganu terkenal sebagai tempat penghasilan keropok lekor.

A. penjualan C. keuntungan

B. pendapatan D. pengeluaran

5.Seorang pengguna yang bijak seharusnya hemat berbelanja dengan membeli

barang benar- benar barang keperluan sahaja.

A. cekap C. jimat

B. mahir D. cermat

6.Setelah 10 tahun berpisah dengan keluarga, Su Ting meminta bantuan daripada

stesen televisyen untuk mengiklankan pencariannya.

A. memberikan C. memperingatkan

B. mengumumkan D. memberitahukan

7.Baju yang dijual di supermart secara diskaun itu menarik minat orang ramai.

A. pukal C. sedekah

B. borong D. potongan harga

8.Sepasukan anggora persatuan Bulan sabit Merah Antarabangsa akan dihantar ke

Palestin bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan.

A. menyiapkan C. keterangan

B. menyampaikan D. kesimpulan

9.Buku rujukan Sains yang saya gunakan dilengkapi dengan huraian yang padat.

A. penjelasan C. keterangan

B. kandungan D. kesimpulan

10.Bangunan istana Sultan Iskandar sangat unik kerana dibina dengan

menggunakan kayu jati yang berusia ratusan tahun.

A. ganjil C. canggih

B. cantik D. istimewa

136

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

11.Budak lelaki itu menghentakkan kaki ke lantai kerana bapanya tidak mahu

menurut kemahuannya untuk membelikannya mainan Tranformasi.

A. memijakkan C. merentakkan

B. menjatuhkan D. menumbukkan

12.Telefon bimbit merupakan teknologi canggih yang membolehkan

manusia berkomunikasi antara satu sama lain.

A. bekerja C. berhubung

B. bersungut D. bersambung

13.Pada setiap hujung bulan Mastura akan menghitung segala perbelanjaan

hariannya sebagai langkah untuk berjimat cermat.

A. mengira C. menambah

B. mengawal D. menyimpan

14.Polis dapat menghidu kegiatan penyeludupan dadah melalui maklumat yang

diberi oleh orang awam.

A. menjejak C. mengintai

B. membau D. mengesan

15.Makhluk aneh yang muncul di Kampung Pisang menarik perhatian orang ramai.

A. sulit C. takjub

B. pelik D. hairan

16.Zulaikha hampa kerana permohonannya untuk menjadi seorang pendidik tidak

berjaya.

A. takut C. geram

B. gagal D. kecewa

17.Cikgu Fahmi menerangkan jalan kira latihan Matematik tentang topik Peratusan

kepada murid-murid yang tidak faham.

A. mengatakan C. memberitahu

B. menjelaskan D. menyelesaikan

18.Wah Ming mencari maklumat di perpustakaan untuk menulis esei yang diberikan

oleh gurunya.

A. puisi C. cerpen

B. sajak D. karangan

19.kekurangan yang ada pada diri orang tua itu membuatkan saya insaf dan

bersyukur sebab dilahirkan sempurna.

A. sesal C. kesal

B. sedar D. faham

20.Bangunan yang dibangunkan di kawasan itu baru mencapai fasa kedua.

A. tahap C. susunan

B. tingkat D. peringkat

137

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

Latihan Sinonim 11

Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.

1.Pemuda itu dimasukkan ke dalam jel kerana kesalahan meragut.

A. sangkar C. istana

B. penjara D. jerat

2.Su Pei mempunyai hati yang suci kerana sanggup memaafkan kawan-kawannya

A. soleh C. bebas

B. kudus D. bersih

3.Aden selalu berwaspada apabila disapa oleh orang yang tidak dikenali kerana

bimbang orang itu berniat tidak baik kepadanya.

A. berfikir C. berhemat

B. berduka D. berhati-hati

4.Setelah melengkapkan borang itu, Azman melampirkan sijil-sijilnya.

A. meletakkan C. mengepilkan

B. merapatkan D. mendampingkan

5.Buah mangga yang ditanam oleh datuk sudah ranum di dahan pokok dan orang

ramai yang melalui rumah datuk terasa ingin mencubanya sahaja.

A. segar C. garing

B. manis D. masak

6.Hujan lebat yang turun tidak henti-henti itu menyebabkan aras air di sungai itu

berada pada tahap yang berbahaya.

A. had C. tingkat

B. paras D. peringkat

7.Cikgu Phang menyoal murid-muridnya tentang makna perkataan yang diberikan

dalam buku latihan Bahasa Cina.

A. arahan C. jawapan

B. huraian D. maksud

8.Beg plastik yang dibawa oleh Mei Lan dari supermart sudah robek kerana terlalu

banyak barang yang diisi ke dalamnya.

A. rabik C. pecah

B. reput D. musnah

9.Selama ini Encik Lau membantu jirannya dengan ikhlas dan tidak mengharapkan

apa-apa sebagai balasan.

A. rela C. murni

B. suci D. amanah

10. Wahidah memecut keretanya untuk mengejar pencuri yang meragut beg

tangannya sewaktu dia masuk ke kereta tadi.

A. menarik C. merampas

B. mencabut D. menghempas

138

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

11.Mereka terpaksa melalui laluan yang sempit untuk sampai ke rumah bomoh itu.

A. arah C. jurang

B. jalan D. petunjuk

12.Selama ini Rosli menjadikan pelukis terkenal itu sebagai sumber ilham untuk

menghasilkan karya-karya lukisannya.

A. wahyu C. inspirasi

B. petunjuk D. panduan

13.Kapal layar itu karam setelah ribut kencang melanda lautan itu semalam.

A. jatuh C. hanyut

B. masuk D. tenggelam

14.Para Petani di Perlis merasa kecewa kerana banjir besar yang berlaku di negeri

itu telah menyebabkan kerosakan besar pada tanaman mereka.

A. pilu C. sedih

B. perit D. hampa

15.Negara Malaysia maju dan dikenali di serata dunia kerana berada di

bawah teraju pemimpin yang adil dan berwibawa.

A. kuasa C. petunjuk

B. arahan D. pemerintahan

16.Walaupun Atirah berada jauh di perantauan namun dia tidak pernah melupakan

segala ajaran yang diberikan oleh ibu bapanya.

A. usaha C. petunjuk

B. nasihat D. sokongan

17.Ibu bapa Sofea sentiasa memberi galakan kepadanya untuk melanjutkan

pelajaran.

A. kejian C. desakan

B. gesaan D. dorongan

18.Setiap pagi Pak Misa akan mengayuh becanya untuk mencari rezeki

A. menuntun C. memusingkan

B. mengusung D. menggerakkan

19.Setiap malam Mei Si akan duduk di beranda sambil merenung ke langit melihat

keindahan bintang.

A. bumi C. angkasa

B. alam D. cakerawala

20.Anak Puan Loh yang baru berumur 3 tahun sering mengecahkan alat mainannya

di ruang tamu rumah.

A. menaburkan C. melonggokkan

B. menyerakkan D. menyelerakkan

139

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

Latihan Sinonim 12

Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.

1.Kekecohan yang berlaku di hadapan gerai Pak Cik Lim semakin membimbangkan

peniaga di situ kerana belum ada sesiapa yang berani meleraikan pergaduhan itu.

A. Keriuhan C. Kebiadapan

B. Keriangan D. Ketenangan

2.Mimpi ngeri itu telah mengejutkan Susan dari tidur.

A. menyedarkan C. mengimbaskan

B. mengasyikkan D. menyentakkan

3.Li Lan selalu iri hati dengan adiknya kerana selalu mendapat perhatian yang lebih

daripada ibu bapanya.

A. kejam C. cemburu

B. marah D. dengki

4.Bapa Su Lin bekerja sebagai anggota polis yang mengiring dan menjaga

keselamatan Sultan Pahang.

A. mengikuti C. mengusung

B. menyertai D. menggendong

5.Penduduk Taman Mei Wah sedang mengisi air daripada lori bekalan air kerana

Taman mereka terputus bekalan air.

A. meletak C. menabur

B. menadah D. mengumpul

6.Sesetengah haiwan membiak secara bertelur atau melahirkan anak.

A. bercantum C. bersambung

B. bertambah D. berkembang

7.Puan Ai Si memarahi Yen Wah kerana membiarkan adiknya bermain seorang diri.

A. merelakan C. meninggalkan

B. mengabaikan D. memperdulikan

8.Keadaan huru-hara di Hong Kong sudah pulih seperti sediakala apabila pihak

kerajaan campur tangan.

A. umum C. biasa

B. selalu D. lazim

9.Pertemuan semula antara Betty dengan Karen yang telah terpisah selama 20

tahun telah membibitkan semula kemesraan antara mereka berdua.

A. menjadikan C. menimbulkan

B. menerbitkan D. menyebabkan

10.Lisa tidak akan sesekali menyampuk apabila ibu bapanya sedang berbicara.

A. bertutur C. bercakap

B. berucap D. bersyarah

140

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

11.Jentera pembajak merupakan kaedah moden bagi petani untuk memudahkan

dan mempercepatkan kerja.

A. mula C. baharu

B. silam D. sekarang

12.Walaupun Ilham seorang anak jutawan, namun dia tidak sombong dan kedekut.

A. hartawan C. negarawan

B. dermawan D. bangsawan

13.Pasukan Kedah telah berjaya menjaringkan gol yang pertama pada minit yang

ke-15.

A. mengisikan C. memasukkan

B. meledakan D. menyumbatkan

14.Cikgu Wong memesan kepada murid-muridnya supaya memastikan semua

komputer ditutup selepas menggunakan makmal komputer.

A. meminta C. menasihat

B. mengarah D. mengingat

15.Pengeluar produk kesihatan diminta supaya memastikan produk

mereka berkualiti supaya tidak menjejaskan kesihatan pengguna.

A. bernilai C. bermutu

B. bertaraf D. berharga

16.Ketabahan Puan Lim membesarkan anak-anaknya sehingga berjaya memasuki

universiti dikagumi oleh para wanita di kampungnya.

A. dicintai C. dibenci

B. disukai D. disanjungi

17.Kapten Kapal itu mengarahkan anak-anak kapalnya mengubah haluan kapal

apabila mendapati keadaan cuacu di bahagian selatan yang bertambah buruk.

A. menukar C. menghala

B. meminda D. menyusun

18.Puan Janet mengumpul baju terpakai untuk didermakan kepada anak yatim.

A. melonggok C. menghimpun

B. mengambil D. mengelompok

19.Proses mencanting batik dibuat dengan teliti oleh pekerja-pekerja yang mahir itu.

A. tepat C. cermat

B. kemas D. hati-hati

20.Thomas menyedari bahawa masa untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh

gurunya sudah semakin suntuk.

A. tamat C. lambat

B. kurang D. singkat

141

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

Latihan Sinonim 13

Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.

1. Cikgu Zaman mendesak Yusnita supaya menceritakan perkara sebenar kes buli

yang berlaku kepadanya.

A merayu C. memaksa

B merungut D. menyuruh

2. Jurutera itu sedang memantau kerja-kerja pembinaan di tapak projek.

A melihat C memintas

B memerhati D memandai

3. Murid-murid yang menyertai kem motivasi itu mendapat banyak iktibar daripada

ceramah motivasi sebentar tadi.

A keputusan C contoh

B pengajaran D pengalaman

4. Lokman mengeluh akan nasibnya yang malang.

A merayu C merungut

B merintih D menggerutu

5. Ibu tidak membenarkan abang menyertai rombongan sekolahnya ke Kuala

Lumpur.

A mengizinkan B membolehkan

C menggagalkan D mempastikan

6. Baju Pak Hashim lencun kerana hujun lebat

A hapak C kuyup

B kering D lembab

7. Rambutnya dipotong pendek supaya kelihatan lebih kemas

A digaya C dilapah

B dituai D dipangkas

8. Kelahiran cahaya mata Encik Ali dengan Puan Rahmah itu diharapkan dapat

membawa rahmat kepada keluarganya.

A restu C hutang

B berkat D ganjaran

9. Pemuda itu berfikiran cetek kerana kurang membaca.

A tohor C sesak

B ketat D sempit

10. Hutang-hutang di kedai itu sudah dilangsaikan semalam.

A dilesapkan C ditunaikan

B dilunaskan D dihapuskan

142

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

11. Mereka duduk di bawah pokok itu sementara menunggu hujan teduh.

A redup C berhenti

B renyai D kurang

12. Semua nasihat yang diberikan oleh bapanya meresap ke dalam jiwanya.

A membenam C menusuk

B menyentap D mengalir

13. Pihak kerajaan bercadang untuk memansuhkan penggunaan buku kerja di

sekolah rendah.

A membatalkan C menghabiskan

B memusnahkan D mengehadkan

14. Bantuan itu akan disalurkan kepada penduduk miskin.

A dihantarkan C didermakan

B disumbangkan D disedekahkan

15. Abang dimarahi ibu kerana suka menyakat adik.

A menyekat C mengusik

B memarahi D mengganggu

16. Pertukaran Cikgu Azmin ke Kelantan ditangisi oleh murid-muridnya.

A Perubahan C Peralihan

B Perpindahan D Penghijrahan

17. Anggota bomba itu menyabung nyawa untuk menyelamatkan mangsa

kebakaran.

A memanjangkan C mengorbankan

B membendung D mempertaruhkan

18. Kumar dan Hafiz berbahas tentang peranan pasukan polis di negara ini.

A berbalah C bertengkar

B bercakap D berdebat

19. Segala kesusahan yang ditanggungnya bersebati dengan kesedihan.

A bercantum C bersepadu

B bercampur D bertembung

20. Raju menafikan tuduhan Simon yang mendakwa bahawa dia pernah mencuri.

A menyangkal C menolak

B menidakkan D mengelak

143

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

Modul ID Bahasa Melayu:
Bijak Tatabahasa

ANTONIM

144

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

NOTA ANTONIM

ANTONIM

Antonim merupakan perkataan yang berlawanan dengan maksud sesuatu
perkataan. Antonim tidak boleh menggantikan perkataan asal kerana boleh
menjejaskan maksud keseluruhan ayat.

Contoh : Anak kucing ini sungguh comel
Anak kucing ini sungguh hodoh

Berikut ialah senarai perkataan, antonimnya:

Perkataan Antonim
abai endah, hirau
aib luhur, mulia
am khusus, unik
asli tiruan, salinan, palsu
angkut letak, tinggal
balut buka, kopek, lucut
buruh bos, ketua, majikan
borak bisu, diam, senyap
bincang konflik, telagah
bestari bodoh, dungu, jahil
cabik cantum, rapat, temu
corot awal, depan, mula
comot anggun, cantik
bohong, benar, realiti, betul
dorong cegah, halang, tegah
dedah rahsia, selindung
campur pisah, sisih, lerai
caci angkat, ampu, puji
dusta benar, realiti, betul
dorong cegah, halang, tegah
dedah rahsia, selindung
darurat aman, makmur, stabil
daya kekurangan, kelemahan
ejek hargai, iktiraf, sanjung
empuk keras, pejal

145

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

LATIHAN ANTONIM

Latihan Antonim 1

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan bergaris di bawah :

1. Saiful merancang untuk mengubahsuai rumahnya yang sempit itu.

A. luas C. banyak

B. lebar D. panjang

2. Pada waktu siang Ai Mei akan mengulang kaji pelajaran di perpustakaan

untuk menghadapi peperiksaan sekolah yang akan tiba tidak lama lagi.

A. senja C. petang

B. malam D. maghrib

3. Gerakan selama tiga hari untuk mencari mangsa bot karam

akan diteruskan selama dua hari kerana hujan lebat yang tidak berhenti-henti.

A. dinantikan C. dihabiskan

B. dihentikan D. ditamatkan

4. Datu sering bercerita tentang kesusahan hidupnya semasa muda kepada

cucu-cucunya supaya mereka mengambil iktibar.

A. keperitan C. ketenangan

B. keasyikan D. kesenangan

5. Fesyen pakaian yang dipakai oleh Maya itu adalah fesyen yang baharu di

pasaran.

A. lama C. usang

B. lapuk D. tradisional

6. Perniagaan Haris semakin maju sejak dia membuka cawangan baru di

bandar itu.

A. jatuh C. buruk

B. turun D. mundur

7. Permohonan Seng Kai untuk menyambung pelajarannya di luar negara

telah ditolak kerana keputusannya tidak beberapa memuaskan.

A. diambil C. diterima

B. disambut D. ditambah

8. Sofa baru yang dibeli oleh ibu sungguh lembut hingga membuatkan kami

selesa duduk di atasnya.

A. kuat C. tegap

B. keras D. kukuh

9. Harun gelisah menanti kepulangan anaknya yang tujuh tahun berada di

perantauan.

A. aman C. tenang

B. damai D. harmoni

146

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

10. Kehidupan Mei Ling semakin bahagia sejak berjumpa semula dengan

keluarganya.

A. pilu C. derita

B. sedih D. kecewa

11. Penduduk Kampung Murni membangkang cadangan ketua kampung untuk

membina jambatan baru kerana pembinaanya akan melalui sawah padi mereka.

A. menurut C. mengambil

B. menerima D. menyokong

12. Seng Yi merupakan peserta terakhir sampai ke garisan penamat dalam acara

sukan lumba larian 200m pecut .

A. terawal C. tercepat

B. terhenti D. terdahulu

13. Pekerja-pekerja di kedai runcit itu memunggah barang-barang yang baru

sampai dari dalam lori itu ke Supermart.

A. menaikkan C. menyimpan

B. mengambil D. menyelongkar

14. Pekerja itu mengorek lubang untuk menanam paip dibawah tanah.

A. menurap C. menambah

B. menimbun D. mengambus

15. Noel dan kawan-kawannya bermain bola sepak di padang yang becak dan

berair.

A. kotor C. kering

B. keras D. lembap

16. Wajah Su lan menjadi ayu selepas menggunakan kosmetik yang

mengandungi bahan kimia yang beracun.

A. jelik C. hina

B. cacat D. hodoh

17. Puspa tenang menunggu keputusan peperiksaanya berkat usahanya belajar

selama ini.

A. keliru C. gelisah

B. gusar D. bimbang

18. Puan Li mencampurkan bahan-bahan masakan ke dalam kuali.

A. menjauhkan C. memisahkan

B. menjarakkan D. mengasingkan

19. Ai Mei merupakan anak sulung Encik Peter dan Puan Irene.

A. kecil C. bongsu

B. manja D. pertama

20. Permukaan kayu itu licin setelah digosok dengan kertas pasir.

A. lurus C. kasar

B. tegak D. lembut

147

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

Latihan Antonim 2

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan bergaris di bawah :

1.Oleh kerana rumahnya jauh di pedalaman, Hai Li selalu datang lewat ke sekolah.

A. awal C. pantas

B. cepat D. segera

2.Pameran buku itu mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai kerana

buku-buku diberi diskaun.

A. beku C. dingin

B. sejuk D. hambar

3.Puan Cecelia mengamalkan sikap berjimat semasa berbelanja sebab anaknya

masih bersekolah lagi.

A. rakus C. tamak

B. boros D. kedekut

4.Pemandangan di Pantai Lido itu sungguh indah terutamanya apabila waktu

matahari terbenam.

A. jelik C. buruk

B. kotor D. hodoh

5.Prestasi pelajaran Peter semakin merosot sejak ibunya sakit sebab dia perlu

menjaga ibunya yang terlantar di hospital.

A. baik C. turun

B. pesat D. meningkat

6.Soalan peperiksaan bulanan Bahasa Cina itu tadi hampir sama sekali dengan

ujian yang diberi oleh guru minggu lepas.

A. jauh C. dekat

B. mirip D. kurang

7.Sifat Meng Li yang sering menolong orang membuatkan dia mempunyai

ramai kawan walau di mana dia pergi.

A. lawan C. saudara

B. musuh D. tawanan

8.Pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran di bangunan itu daripada

merebak ke bangunan lain.

A. kalah C. tewas

B. gagal D. kandas

9.Saiful tidak dapat menahan rasa sedih lalu memukul budak-budak nakal itu kerana

selalu membulinya.

A. marah C. radang

B. riang D. berang

148

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

10.Wah Li diperlihara oleh Mak Gayah sejak kematian ibu bapanya.

A. dibiarkan C. dibuangkan

B. diendahkan D. dimusnahkan

11.Ivan seorang yang celik dalam mata pelajaran Sains.

A. leka C. lelap

B. tidur D. buta

12.Kapal terbang yang baru tiba dari Dubai itu sedang mendarat.

A. berlepas C. berangkat

B. berhijrah D. bersangkut

13.Kawasan cerun itu sering mengalami tanah runtuh apabila hujan lebat.

A. rata C. curam

B. sama D. condong

14.Anjing itu mengonggong tulang yang dijumpai di dalam tong sampah.

A. isi C. limpa

B. hati D. daging

15.Makanan yang terdedah di atas meja makan itu menyebabkan lalat hinggap di

atasnya.

A. terbuka C. terlindung

B. tertutup D. tersembunyi

16.Pak Kasim sedang menggali tanah untuk membuat batas tanaman di kebunnya

sebelum menanam sayur-sayuran.

A. menutup C. menimbus

B. menimbun D. mengambus

17.Mei Ling kebah setelah makan ubat yang diberikan oleh doktor.

A. sakit C. penat

B. nazak D. demam

18.Biskut di dalam balang itu lemau kerana kakak tidak menutupnya dengan rapat.

A. liat C. rangup

B. keras D. lembut

19.Suasana di bandar pada waktu malam gemerlapan dengan cahaya lampu neon.

A. gelap C. kelam

B. kabur D. terang

20.Encik Sami berhijrah ke bandar setelah dinaikkan pangkat kerana berjaya dalam

perniagaan itu.

A. menetap C. berpindah

B. menginap D. bermastautin

149

Modul Intervensi Dwibahasa Bahasa Melayu: Bijak Tatabahasa

Latihan Antonim 3

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan bergaris di bawah :

1.Pak Samad menabur beras untuk ayam perliharaannya di halaman rumah.

A. memberi C. memungut

B. menampi D. mengumpul

2.Walaupun bertubuh kecil suara Mei Ling begitu nyaring apabila menyanyikan lagu

itu di khalayak orang ramai.

A. halus C. perlahan

B. syahdu D. gemeresik

3.Ular ialah haiwan yang tinggal di daratan tempat bersemak samun.

A. belantara C. lautan

B. gurun D. bukit

4.Fei Fei selalu bercakap olok-olok dengan kawan-kawannya sebab orangnya

memang periang.

A. tipu-tipu C. main-main

B. betul-betul D. lawak-lawak

5.Setelah dua jam dalam perjalanan, Pei San akhirnya sampai ke pangkal jalan di

mana dia letak kereta sebelum bertolak.

A. tepi C. sekerat

B. hujung D. simpang

6.Su Lan memercikkan air pada muka murid perempuan yang pengsan di padang itu

sambil memanggil semua orang berdiri tepi darinya.

A. merenjiskan C. menyimbah

B. memancutkan D. mengelap

7.Permukaan kayu yang pipih dan berlubang itu membolehkan binatang-binatang

kecil bersembunyi di dalam kayu itu.

A. bulat C. segi tiga

B. leper D. cengkung

8.Tat Kiat menebas semak samun di belakang rumahnya dengan menggunakan

parang yang tajam.

A. kecil C. tumpul

B. tebal D. pendek

9.Baju kurung Salmah sarat dengan manik-manik yang dijahitnya sendiri.

A. penuh C. kurang

B. hilang D. kosong

10.Ruang tamu rumah Mei Wah semak dengan pelbagai alat permainan milik

adiknya yang berumur 5 tahun.

A. suci C. selesa

B. bersih D. kemas

150


Click to View FlipBook Version