Terbitan Ogos 2018
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara
apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan
Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA.
ISBN 978-967-420- 344-3
Terbitan:
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL v
SENARAI RAJAH vi
RUKUN NEGARA vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN viii
KURIKULUM KEBANGSAAN ix
KATA ALU-ALUAN x
PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PENDAHULUAN xi
UNIT 1 PENGPISAN KELAS PRASEKOLAH
1.1 Pengenalan 1
1.2 Peranan GPI Pendidikan Islam 1
1.3 Rumusan 2
UNIT 2 REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
2.1 Pengenalan 3
2.2 Rancangan Pelajaran Tahunan 3
2.3 Rancangan Pelajaran Harian 4
2.4 Rumusan 8
UNIT 3 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM DI PRASEKOLAH
3.1 Pengenalan 9
3.2 Cadangan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 9
3.3 Contoh Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 10
3.4 Rumusan 26
UNIT 4 PUSAT PEMBELAJARAN
4.1 Pengenalan 27
4.2 Susun Atur Pusat Pembelajaran 27
4.3 Cadangan Pelaksanaan Aktiviti di Pusat Pembelajaran 28
4.4 Rumusan 29
UNIT 5 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
DI PRASEKOLAH
5.1 Pengenalan 30
5.2 Tahap Pemikiran dalam KBAT 30
5.3 Rumusan 35
UNIT 6 PENTAKSIRAN
6.1 Pengenalan 36
6.2 Peranan GPI Pendidikan Islam 36
6.3 Pelaksanaan Pentaksiran 37
6.4 Rumusan 38
LAMPIRAN 39
RUJUKAN 43
PANEL PENULIS 44
SENARAI JADUAL
Bil Jadual Muka Surat
1. Jadual 1: Penyusunan Grafik Rukun Islam dan Rukun Iman 34
v
SENARAI RAJAH
Bil Rajah Muka Surat
1. Rajah 1: Contoh Web Tema 18
2. Rajah 2: Tahap Pemikiran KBAT 30
3. Rajah 3: Pelaksanaan KBAT dalam Pengajaran dan 33
Pembelajaran Pendidikan Islam Prasekolah
4. Rajah 4: Peta Pemikiran Tajuk Wuduk 33
5. Rajah 5: Sifat Nabi Muhammad SAW 35
6. Rajah 6: Panduan Umum Pelaksanaan Pentaksiran
37
di Prasekolah
vi
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya
yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
viii
KURIKULUM KEBANGSAAN
3. Kurikulum Kebangsaan
(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi
serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang
diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
[PU(A)531/97]
ix
KATA ALU-ALUAN
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Buku Panduan GPI (BPG) Pendidikan Islam Prasekolah digubal selaras dengan
kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017).
Kandungan buku panduan ini mengesyorkan pelbagai strategi pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna sesuai dengan tahap
perkembangan murid prasekolah. Buku panduan ini diterbitkan khusus untuk GPI
Pendidikan Islam yang mengajar di kelas prasekolah bagi memberi idea dalam
merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran
komponen Pendidikan Islam prasekolah.
Bagi mengoptimumkan penggunaan buku panduan ini, GPI Pendidikan Islam
dicadang agar merujuk Buku Panduan GPI Pelaksanaan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017) yang diterbitkan untuk GPI prasekolah
pada 2017. Diharap buku panduan ini dapat membantu GPI Pendidikan Islam
prasekolah memilih dan menggunakan strategi yang sesuai bagi membantu murid
dalam penguasaan asas al-Quran dan jawi, pembentukan akidah, pemupukan asas
ibadah, penyuburan adab dan akhlak serta pengenalan sirah.
Akhirnya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam penggubalan buku panduan ini dengan
menyumbangkan buah fikiran dan tenaga. Semoga buku panduan ini dapat
memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan dalam melaksanakan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017) khususnya bagi
komponen Pendidikan Islam.
Wassalam.
SHAZALI BIN AHMAD
x
PENDAHULUAN
Buku Panduan GPI (BPG) Pendidikan Islam Prasekolah mengandungi maklumat
berkaitan perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP)
serta pentaksiran bagi membantu GPI Pendidikan Islam (GPI) yang mengajar di
prasekolah merancang dan melaksanakan PdP Pendidikan Islam dengan lebih
berkesan. BPG Pendidikan Islam Prasekolah ini disediakan berdasarkan
komponen Pendidikan Islam dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
Semakan 2017.
Buku panduan ini mengandungi enam unit yang berkaitan dengan rekod
pengajaran dan pembelajaran; strategi PdP Pendidikan Islam di prasekolah;
pusat pembelajaran; Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pendidikan Islam di
prasekolah; dan pentaksiran. Setiap unit mengandungi pengenalan, kandungan
dan diakhiri dengan rumusan. Selain itu, beberapa contoh juga dikemukakan
untuk menerangkan dengan lebih jelas sesuatu tajuk atau sub tajuk.
GPI dicadangkan merujuk buku panduan ini bagi mendapatkan maklumat dan
contoh pelaksanaan PdP Pendidikan Islam prasekolah yang selaras dengan
kehendak KSPK (Semakan 2017) dan tahap perkembangan kanak-kanak. GPI
juga boleh mendapatkan bantuan daripada GPI prasekolah dan pembantu
pengurusan murid semasa menjalankan PdP di prasekolah. Peruntukan masa
dua jam seminggu untuk PdP Pendidikan Islam di prasekolah harus digunakan
dengan bijak agar murid prasekolah dapat menguasai asas dalam Pendidikan
Islam melalui PdP yang menyeronokkan dan bermakna.
Dalam melaksanakan PdP di prasekolah, GPI hendaklah merujuk DSKP KSPK
(Semakan 2017) komponen Pendidikan Islam, Buku Panduan GPI KSPK
(Semakan 2017) dan Buku Penerangan KSPK (Semakan 2017). GPI juga
dicadangkan supaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan
pendidikan prasekolah agar perancangan PdP yang dibuat turut mengambil kira
aspek kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak prasekolah.
xi
UNIT 1
PENGURUSAN KELAS PRASEKOLAH
1.1 Pengenalan
Kelas prasekolah diuruskan oleh GPI prasekolah dan dibantu oleh pembantu
pengurusan murid (PPM). GPI prasekolah bertanggungjawab terhadap
persekitaran dan fizikal kelas, pengurusan murid serta PdP. Selain itu, GPI yang
melaksanakan PdP Pendidikan Islam juga perlu membantu dalam menguruskan
kelas prasekolah. GPI prasekolah perlu peka dengan persekitaran kelas
prasekolah dan murid semasa melaksanakan PdP Pendidikan Islam.
1.2 Peranan GPI Pendidikan Islam
GPI prasekolah boleh memainkan peranan membantu menguruskan kelas
prasekolah seperti berikut:
(i) Mengurus fizikal kelas supaya lebih kondusif untuk PdP Pendidikan Islam.
(ii) Mengurus murid supaya bersedia mengikuti PdP Pendidikan Islam.
(iii) Mengurus murid supaya mematuhi peraturan kelas.
(iv) Mengurus PdP Pendidikan Islam prasekolah.
(v) Mengemas kini pusat pembelajaran bagi PdP Pendidikan Islam (jika perlu).
(vi) Menyedia dan mengurus bahan sumber PdP yang bersesuaian dengan
keperluan murid.
(vii) Bekerjasama dengan guru prasekolah.
1
Selain itu, pengurusan PdP memerlukan GPI Pendidikan Islam merujuk kepada
dokumen kurikulum dan panduan guru berkaitan pendidikan prasekolah. GPI juga
perlu meneliti Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard
Prestasi dalam dokumen kurikulum dan menterjemah dalam PdP Pendidikan
Islam. GPI perlu bijak merancang bagi memastikan PdP yang dilaksanakan
berkesan dan melibatkan murid secara aktif serta bermakna. GPI juga hendaklah
melaksanakan pentaksiran untuk menilai objektif PdP yang dirancang dan
mengesan tahap perkembangan murid prasekolah.
1.3 Rumusan
Pengurusan kelas prasekolah yang efisyen dapat membantu GPI dalam
merancang dan melaksanakan PdP dengan lebih berkesan, sekaligus dapat
meningkatkan minat murid dalam mempelajari Pendidikan Islam. GPI perlu
sentiasa berbincang dengan guru prasekolah dalam meningkatkan kualiti
pengurusan kelas Pendidikan Islam.
2
UNIT 2
REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
2.1 Pengenalan
Rekod pengajaran dan pembelajaran merupakan dokumen penting yang perlu
disediakan sebelum PdP dimulakan. Bagi pendidikan prasekolah, rekod ini
mengandungi RPT dan RPH yang disediakan berdasarkan DSKP KSPK (Semakan
2017) .
Kandungan Pendidikan Islam dalam KSPK (Semakan 2017) terdiri daripada fokus
Al-Quran, Akidah, Ibadah, Sirah, Akhlak dan Jawi. Fokus Al-Quran dan Jawi diberi
penekanan bagi memastikan murid menguasai asas dalam kedua-dua fokus
tersebut. Fokus Al-Quran diharap membolehkan murid mengenal huruf hijaiyah dan
menghafaz surah-surah pendek. Bagi fokus Jawi pula, murid diharap dapat
membaca dan menulis huruf jawi dengan betul.
Fokus Akidah, Ibadah, Sirah dan Akhlak pula tertumpu kepada amalan dan
pembentukan sahsiah murid sebagai seorang muslim mukmin. Melalui fokus Akidah
dan Ibadah, murid dapat memahami asas beriman dan melaksanakan ibadah
kepada Allah. Selain itu, murid juga diharap mengenali peribadi Rasulullah SAW
dan mencontohinya serta dapat mengamalkan adab dan akhlak yang mulia dalam
kehidupan.
2.2 Rancangan Pelajaran Tahunan
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) merupakan suatu kerangka pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang dirancang oleh GPI mengikut takwim sekolah bagi
tempoh satu tahun persekolahan. RPT perlu disediakan pada awal tahun sebelum
sesi persekolahan bermula dan berfungsi sebagai panduan untuk GPI
melaksanakan PdP.
3
Dalam menyediakan RPT Pendidikan Islam, GPI perlu mengambil kira perkara
berikut:
(i) Fokus Pendidikan Islam dalam KSPK (Semakan 2017)
(ii) Peruntukan waktu Pendidikan Islam iaitu 120 minit seminggu
GPI perlu menyesuaikan fokus Pendidikan Islam dalam KSPK dengan peruntukan
masa yang dicadangkan bagi memastikan semua komponen dapat diajar dalam
tempoh persekolahan. RPT juga perlu mengandungi Standard Kandungan,
Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi serta cadangan strategi PdP yang
bersesuaian dengan fokus Pendidikan Islam.
2.3 Rancangan Pelajaran Harian
Rancangan Pelajaran Harian (RPH) merupakan terjemahan RPT yang
mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara hendak
mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai (SPI Bil. 3/1999).
RPH yang disediakan juga perlu mengambil kira tahap perkembangan murid dalam
aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
Penulisan objektif dalam RPH perlu jelas, boleh diukur, realistik, selari dengan
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang dipilih serta mengambil kira
tempoh masa yang diperuntukkan bagi satu slot PdP. Penulisan RPH juga perlu
mengandungi cara hendak mencapai objektif iaitu langkah-langkah atau aktiviti
yang akan dilaksanakan semasa PdP. Kenyataan sejauh mana objektif tercapai
hendaklah dicatat selepas PdP dilaksanakan.
4
2.3.1 Contoh penulisan RPH Pendidikan Islam fokus Al-Quran adalah seperti
berikut:
Standard Kandungan
1.2 Menghafaz beberapa surah dari Juzuk Amma
Standard Pembelajaran
1.2.2 Menghafaz surah daripada Al-Quran secara beradab (An-Nas)
Objektif:
Murid dapat:
1. Membaca ayat 1-2 daripada surah An-Nas dengan betul.
2. Menghafaz ayat 1-2 daripada surah An-Nas dengan betul.
Aktiviti:
1. Murid diperdengarkan dengan audio bacaan surah An-Nas.
2. Murid membaca secara Talaqi Musyafahah potongan ayat 1-2
surah An-Nas.
3. Murid melaksanakan aktiviti permainan Baca Hafaz secara berkumpulan.
Aktiviti dijalankan secara berturutan dimulai dengan stesen 1
menggunakan kad ayat 1-2 surah An-Nas.
Stesen 1 : Membaca ayat 1 Surah An-Nas
Stesen 2 : Membaca ayat 2 surah An-Nas
4. Murid menghafaz secara individu dan GPI membuat pentaksiran untuk
beberapa orang murid.
5. Murid membaca dan menghafaz ayat 1-2 Surah An-Nas secara kelas.
Refleksi: (GPI membuat refleksi berdasarkan PdP yang telah dijalankan)
5
2.3.2 Contoh penulisan RPH Pendidikan Islam fokus Ibadah adalah seperti berikut:
Standard Kandungan
3.2 Melakukan wuduk
Standard Pembelajaran
3.2.5 Melakukan wuduk dengan tertib dan beradab
Objektif:
Murid dapat:
1. Melakukan wuduk mengikut tertib.
2. Melakukan wuduk dengan beradab.
Aktiviti:
1. Murid dipaparkan gambar/video perlakuan wuduk dan bersoal jawab
mengenai gambar atau video tersebut. (GPI digalakkan mendapatkan video
berkaitan perlakuan wuduk dari sumber Internet).
2. Murid bersoal jawab tentang adab mengambil wuduk.
3. Murid melafazkan niat wuduk dan maknanya.
َ
َ
ه
َ
َ َ
ِ
َ
ىلاعَتَِ ِ لِلَّرَغ صلأاَِثَدحلاَعَفرَ َ َن َ و َ ي َ ت
Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala
4. GPI menunjuk cara melakukan wuduk pada anggota wajib mengikut tertib:
(i) Niat
(ii) Membasuh muka
(iii) Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku
(iv) Menyapu sebahagian kepala
(v) Membasuh kedua-dua belah kaki hingga ke buku lali
5. Murid melakukan amali wuduk dengan berpandukan kad gambar rukun
wuduk. GPI membuat pentaksiran semasa murid melakukan aktiviti
mengambil wuduk.
6
6. Murid menjalankan aktiviti pengukuhan dengan melafazkan puisi (kalam
jamaie) wuduk:
Mari mari kita berwuduk
Gunakan air mutlak
Bermula dengan niat dan hati yang ikhlas
Mula-mula basuh muka
Basuh tangan hingga ke siku
Sapu sebahagian kepala
Basuh kaki jangan dilupa
Ikut tertib rukun wuduk
Barulah wuduk jadi sempurna
Refleksi: (GPI membuat refleksi berdasarkan PdP yang telah dijalankan)
Nota: GPI digalakkan menerangkan secara ringkas maksud air mutlak.
7
2.3.3 Contoh penulisan RPH Pendidikan Islam fokus Jawi bagi SK dan SP adalah
seperti berikut:
Standard Kandungan
6.3 Menulis huruf jawi
Standard Pembelajaran
6.3.2 Menulis huruf jawi tunggal
Objektif:
Murid dapat menulis huruf ث ت ب dengan cara yang betul.
Aktiviti:
1. Murid menyebut huruf jawi berdasarkan kad huruf :
ث ت ب
ث
2. Murid menyurih huruf ت ب .
3. Murid melakar bentuk huruf ث ت ب dengan cara yang betul
menggunakan pelbagai medium. GPI boleh membuat pentaksiran
semasa murid melakukan aktiviti.
4. Murid mempamerkan hasil kerja di ruang pameran.
Refleksi: (GPI membuat refleksi berdasarkan PdP yang telah dijalankan)
2.4 Rumusan
RPT dan RPH yang disediakan merupakan panduan bagi GPI melaksanakan PdP
secara terancang dan sistematik. GPI hendaklah berpandukan perancangan yang
sistematik bagi memastikan objektif PdP dapat di capai. Perancangan yang
sistematik dapat melancarkan PdP dan memberi kesan yang positif kepada murid
prasekolah.
8
UNIT 3
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN ISLAM DI PRASEKOLAH
3.1 Pengenalan
Pelaksanaan PdP di prasekolah sewajarnya menyeronokkan, menarik minat dan
melibatkan semua murid secara aktif. Oleh yang demikian, GPI perlu mengenal
pasti strategi PdP yang sesuai untuk murid prasekolah. Pemilihan strategi PdP
hendaklah mengambil kira tahap perkembangan, keperluan, kebolehan, bakat dan
minat murid. GPI juga perlu mengambil kira penggunaan bahan sumber, kesediaan
murid dan tempoh masa dalam menentukan strategi PdP yang dipilih.
3.2 Cadangan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
GPI disaran supaya menggunakan pelbagai strategi PdP yang berpusatkan murid,
menyeronokkan dan kreatif di kelas prasekolah untuk menarik minat murid belajar.
Setiap strategi PdP yang dipilih boleh dilaksanakan di dalam atau di luar kelas sama
ada secara kelas, kumpulan atau individu. Terdapat pelbagai strategi PdP yang
boleh dilaksanakan oleh GPI seperti:
(i) pembelajaran berpusatkan murid
(ii) belajar melalui bermain
(iii) pembelajaran berasaskan inkuiri
(iv) pendekatan bersepadu
(v) pendekatan bertema
(vi) pembelajaran masteri
(vii) pembelajaran kontekstual
(viii) pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan
9
3.3 Contoh Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
KSPK (Semakan 2017) mengesyorkan pelbagai strategi PdP untuk pelaksanaan
di kelas prasekolah. GPI perlu kreatif dalam memilih strategi yang bersesuaian
dengan fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Pendidikan Islam.
Perancangan yang bijak bagi strategi yang dipilih dapat memastikan pelaksanaan
PdP lancar, berkesan dan bermakna. Beberapa contoh aktiviti berdasarkan strategi
PdP dijelaskan seperti berikut:
3.3.1 Al-Quran
Aktiviti 1: Kenali Huruf Hijaiyah
Strategi: Pembelajaran masteri
1. GPI membahagikan huruf hijaiyah kepada beberapa kumpulan seperti
berikut:
a) Kumpulan 1: ba, ta, sa
b) Kumpulan 2: jim, ha, kha
c) Kumpulan 3: dal, zal
d) Kumpulan 4: ra, zai
e) Kumpulan 5: sin, syin
f) Kumpulan 6: sad, dad
g) Kumpulan 7: ta, za
h) Kumpulan 8: ain, ghain
i) Kumpulan 9: fa, qaf
j) Kumpulan 10: alif, kaf, lam, mim, nun, wau, ha, hamzah, ya, lam alif
2. GPI boleh menggunakan bahan seperti doh, straw dan lain-lain untuk
membentuk huruf hijaiyah.
3. GPI juga boleh menggunakan kad imbas huruf hijaiyah dan lembaran
kerja bagi mengukuhkan pemahaman murid tentang huruf hijaiyah.
4. Apabila penguasaan murid terhadap huruf hijaiyah bagi satu kumpulan
sudah kukuh, GPI boleh memperkenalkan baris atas, bawah dan
hadapan.
10
Nota: GPI dicadang mengajar huruf hijaiyah yang mempunyai bentuk yang
sama supaya murid mudah mengenal pasti dan menyebut huruf tersebut.
Cadangan Pentaksiran: GPI boleh menyediakan senarai semak bagi setiap
kumpulan huruf hijaiyah.
Contoh senarai semak huruf hijaiyah kumpulan 1
Huruf Hijaiyah Kumpulan 1
Bil Nama Murid
Ba Ta Sa
Menguasai/ Menguasai/ Menguasai/
Belum Menguasai Belum Menguasai Belum Menguasai
1.
Tarikh: Tarikh: Tarikh:
Menguasai/ Menguasai/ Menguasai/
Belum Menguasai Belum Menguasai Belum Menguasai
2.
Tarikh: Tarikh: Tarikh:
Menguasai/ Menguasai/ Menguasai/
Belum Menguasai Belum Menguasai Belum Menguasai
3.
Tarikh: Tarikh: Tarikh:
Aktiviti 2: Amalkan Selalu Surah Al-Fatihah, An-Nas dan Al-Ikhlas
Strategi: Pembelajaran masteri
1. GPI membimbing murid menghafal surah Al-Fatihah, An-Nas dan Al-
Ikhlas secara kelas, kumpulan dan individu.
2. GPI dicadang menggunakan audio bacaan surah Al-Fatihah, An-Nas
dan Al-Ikhlas yang diperdengarkan secara berulang-ulang untuk
memudahkan murid menghafaz surah tersebut.
3. GPI juga boleh menjadikan bacaan surah Al-Fatihah, An-Nas dan Al-
Ikhlas sebagai bacaan rutin ketika waktu perbualan awal dan aktiviti
penutup.
11
Cadangan Pentaksiran: Contoh senarai semak menghafaz surah Al-Fatihah,
An-Nas dan Al-Ikhlas.
Hafazan Surah
Bil Nama Murid
Al-Fatihah An-Nas Al-Ikhlas
Ya/Tidak Ya/Tidak Ya/Tidak
1.
Tarikh: Tarikh: Tarikh:
Ya/Tidak Ya/Tidak Ya/Tidak
2.
Tarikh: Tarikh: Tarikh:
Ya/Tidak Ya/Tidak Ya/Tidak
3.
Tarikh: Tarikh: Tarikh:
Aktiviti 3: Jom Sebut Nombor (Bahasa Arab)
Strategi: Belajar melalui bermain
1. GPI menyediakan dadu yang bersesuaian, kad nombor dan carta
nombor dalam bahasa Arab dan mencipta permainan yang menarik bagi
memperkenalkan nombor dalam bahasa Arab.
2. Antara permainan yang boleh dijalankan ialah:
(i) Bermain kerusi muzik dengan menggunakan kotak beracun.
Apabila muzik berhenti, murid mengambil kad nombor dari kotak
dan menyebut nombor dalam bahasa Arab.
(ii) Memadan kad nombor bahasa Arab berdasarkan bilangan titik
pada dadu. (GPI boleh menggunakan dua dadu; permukaan yang
mengandungi 6 titik ditutup bagi permainan ini)
(iii) Memadan kad nombor bahasa Arab dengan nombor pada carta
bahasa Arab.
12
3. GPI juga boleh menggunakan lagu bagi memudahkan murid menyebut
nombor 1 hingga 10 dalam bahasa Arab seperti contoh berikut:
Lagu nombor 1-10 (melodi baby shark)
Wahidun satu satu, wahidun satu satu, wahidun
Isnani dua dua, isnani dua dua, isnani
Salasatun tiga tiga, salasatun tiga tiga, salasatun
Arba’atun empat empat, arba’atun empat empat, arba’atun
Khomsatun lima lima, khomsatun lima lima, khomsatun
Sittatun enam enam, sittatun enam enam, sittatun
Sab’atun tujuh tujuh, sab’atun tujuh tujuh, sab’atun
Samaniatun lapan lapan, samaniatun lapan lapan, samaniatun
Tis’atun sembilan sembilan, tis’atun sembilan sembilan, tis’atun
Asyaratun sepuluh sepuluh, asyaratun sepuluh sepuluh, asyaratun
Cadangan Pentaksiran: Contoh senarai semak menyebut dan mengecam
nombor 1-10 dalam bahasa Arab.
Kebolehan mengecam dan menyebut
Bil Nama Murid Item nombor dalam bahasa Arab
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Ya/Tidak
1.
Tarikh:
Ya/Tidak
2.
Tarikh:
Ya/Tidak
3.
Tarikh:
13
3.3.2 Akidah
Aktiviti 1: Mari Puji Allah
Strategi: Belajar melalui bermain
1. GPI memaparkan pelbagai kad gambar berkaitan Subhanallah,
Alhamdulillah dan Allahu Akbar (Contoh: pemandangan, makanan dan
Kaabah) kepada murid.
2. GPI mengaitkan gambar tersebut dan kebesaran Allah seperti berikut:
a) Gambar pemandangan - Subhanallah
b) Gambar makanan - Alhamdulillah
c) Gambar Kaabah - Allahu Akbar
3. GPI menyembunyikan beberapa gambar di sekitar kelas. Murid diminta
mencari gambar dan menyebut kalimah yang sesuai dengan gambar.
4. GPI meletakkan gambar di atas meja dan meminta murid mengklasifikasi
gambar mengikut kalimah secara kumpulan.
Nota: GPI boleh menyediakan beberapa keping gambar/tayangan video
sebagai contoh untuk aktiviti ini.
Cadangan Pentaksiran: Contoh senarai semak lafaz Subhanallah,
Alhamdulillah dan Allahu Akbar
Boleh memuji kebesaran Allah dengan lafaz:
Bil Nama Murid
Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar
1. Ya/Tidak Ya/Tidak Ya/Tidak
Tarikh Tarikh Tarikh
Ya/Tidak
Ya/Tidak
Ya/Tidak
2. Tarikh Tarikh Tarikh
3. Ya/Tidak Ya/Tidak Ya/Tidak
Tarikh Tarikh Tarikh
14
Aktiviti 2: Ketahui Rukun Islam
Strategi: Pembelajaran kontekstual
1. GPI bersoal jawab dengan murid berdasarkan ikon gambar Rukun Islam
seperti berikut:
(i) Ikon mengucap dua kalimah syahadah
(ii) Ikon solat
(iii) Ikon berpuasa
(iv) Ikon mengeluarkan zakat
(v) Ikon menunaikan haji Rukun Islam
2. GPI mengaitkan ikon gambar tersebut dengan amalan yang pernah
mereka lihat dalam kehidupan seharian.
3. GPI membimbing murid membuat persembahan berdasarkan ikon gambar
Rukun Islam. Cadangan persembahan adalah seperti berikut:
a) Mengucap dua kalimah syahadah
Murid menyanyi nasyid dua kalimah syahadah
b) Menunaikan solat lima waktu
Membuat simulasi pergerakan solat
c) Berpuasa di bulan Ramadan
Melafazkan niat puasa
d) Mengeluarkan zakat
Membuat simulasi membayar zakat
e) Menunaikan haji
Membuat simulasi tawaf di Kaabah
4. Sebagai aktiviti pengukuhan, GPI boleh menyanyi lagu Rukun Islam.
Cadangan Pentaksiran: Contoh senarai semak Rukun Islam
Boleh menyebut Rukun Islam
Bil Nama Murid
Mengucap Menunaikan Berpuasa di Mengeluarkan Menunaikan
dua kalimah solat lima bulan Zakat haji
syahadah waktu Ramadan
1. Ya/Tidak Ya/Tidak Ya/Tidak Ya/Tidak Ya/Tidak
Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh
Ya/Tidak Ya/Tidak Ya/Tidak Ya/Tidak Ya/Tidak
2.
Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh
Ya/Tidak Ya/Tidak Ya/Tidak Ya/Tidak Ya/Tidak
3. Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh Tarikh
15
3.3.3 Ibadah
Aktiviti 1: Kenali Solat Fardu dan Rakaatnya
Strategi: Pembelajaran masteri
1. GPI bersoal jawab dengan murid tentang solat berdasarkan
pengetahuan sedia ada mereka.
2. GPI membimbing murid menyebut nama solat fardu (Subuh, Zohor,
Asar, Maghrib dan Isyak) dan jumlah rakaat.
3. Murid memadankan nama solat fardu dengan bilangan rakaat melalui
permainan roda warna.
Isyak Subuh 4 2
3 4
Maghrib Zohor
Asar 4
4. Sebagai pengukuhan, murid boleh melengkapkan carta solat fardu dan
bilangan rakaat.
Bil Nama Solat Bilangan Rakaat
1 Subuh
2 Zohor
3 Asar
4 Maghrib
5 Isyak
Cadangan Pentaksiran: GPI boleh menyediakan senarai semak bagi setiap
nama solat fardu dan bilangan rakaat.
16
Contoh senarai semak nama-nama solat fardu dan bilangan rakaat
Boleh menyatakan nama-nama solat fardu
Bil Nama Murid Item dan bilangan rakaat (Ya/Tidak)
Subuh Zohor Asar Maghrib Isyak
Nama solat
1. Bil. rakaat
Tarikh:
Nama solat
2. Bil. rakaat
Tarikh:
Nama solat
3. Bil. rakaat
Tarikh:
Aktiviti 2: Amalan Bersedekah di Bulan Ramadan
Strategi: Pendekatan bertema
1. Di awal bulan Ramadan, GPI bersoal jawab dengan murid tentang
maksud puasa, kebaikan berpuasa dan amalan-amalan yang dituntut
dalam bulan Ramadan.
2. Salah satu amalan yang dituntut dalam bulan Ramadan adalah
bersedekah. GPI boleh menyatakan kebaikan bersedekah di bulan
Ramadan.
3. GPI dicadang menarik perhatian murid dengan membawa buah kurma
dan berbincang berkaitan aktiviti sedekah yang akan dilakukan.
4. Murid menyenaraikan penerima buah kurma.
5. Murid mengumpul buah kurma yang diperoleh dari rumah masing-
masing sehingga jumlah yang diperlukan mencukupi.
6. Murid membungkus buah kurma dengan kreativiti masing-masing.
7. Murid memberi buah kurma kepada penerima yang telah disenaraikan.
17
Aktiviti 3: Melakukan wuduk
Strategi : Pendekatan bertema
1. GPI membimbing murid bagi mengenal pasti tema yang sesuai dan
mengadakan sesi sumbang saran untuk menjana idea berkaitan tema
yang dipilih. Web tema dihasilkan. Contoh web tema dijelaskan seperti
dalam Rajah 1.
Haiwan
Tumbuhan
Manusia
Kepentingan Air
Sungai
Air
Sumber Air
Kegunaan Air
Hujan Laut
Industri
Domestik
Memasak
Bersuci Pertanian
Membasuh
Berwuduk
Melakukan Wuduk
Mengenal pasti anggota wuduk
Menunjukkan had anggota wuduk
Melafazkan niat wuduk
Menyebut rukun wuduk
Melakukan wuduk dengan tertib dan beradab
Rajah 1: Contoh Web Tema
18
2. Cadangan aktiviti bagi tajuk melakukan wuduk adalah seperti berikut:
(i) Mengenal pasti anggota wuduk
Anggota wuduk boleh diperkenalkan melalui pelbagai cara. GPI
boleh menunjukkan video mengambil wuduk dan seterusnya
membuat praktikal berwuduk di tempat yang sesuai.
(ii) GPI juga boleh menggunakan puisi anggota wuduk dan membuat
pergerakan berwuduk bagi menarik minat murid untuk mengenal
pasti anggota wuduk.
Tajuk: Mari Berwuduk
Mari berwuduk
Mari berwuduk
Kita gunakan air mutlak
Mari ingat anggota wuduk
Supaya jangan kita tersilap
Mula-mula membasuh muka
Diikuti dengan kedua tangan hingga ke siku
Sapu juga sedikit bahagian kepala
Akhir sekali
Basuhlah kaki kanan dan kiri
Basuh sampai ke buku lali
Mari kita ingat selalu
Semasa berwuduk jimatkan air
Supaya kita tidak membazir
(iii) Had anggota wuduk
Murid diminta menunjukkan had anggota wuduk.
19
Had anggota wuduk adalah seperti berikut:
(a) Muka
Secara menegak adalah dari tempat tumbuh rambut hingga
bawah dagu, manakala secara melintang adalah dari telinga
kanan hingga telinga kiri.
(b) Tangan
Kedua-dua belah tangan sehingga siku.
(c) Kepala
Sebahagian kepala atau tempat tumbuh rambut di bahagian
kepala.
(d) Kaki
Kedua-dua belah kaki sehingga buku lali.
(iv) Lafaz niat wuduk
Murid dibimbing melafaz niat wuduk dan maknanya secara kelas,
kumpulan dan individu.
(v) Menyebut rukun wuduk
Murid diminta menyebut rukun wuduk berdasarkan gambar yang
disediakan.
(vi) Melakukan wuduk dengan tertib dan beradab
Murid diminta melakukan simulasi berwuduk dengan tertib dan beradab.
Penekanan adab berwuduk perlu diberi perhatian seperti berjimat
menggunakan air, tidak berbual-bual dan sebagainya. GPI perlu
membuat rumusan dengan menekankan kepentingan berwuduk
mengikut tertib dan beradab.
20
3.3.4 Sirah
Aktiviti 1: Kenali Ahli Keluarga Nabi Muhammad SAW
Strategi : Pembelajaran masteri
1. GPI bercerita dengan murid tentang Nabi Muhammad SAW dan
mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan baginda.
2. GPI boleh mengaitkan dengan tema keluarga dan pengalaman murid.
3. GPI membimbing murid mengenali ahli keluarga Nabi Muhammad
SAW iaitu ibu, bapa, datuk dan bapa saudara dengan melafazkan puisi
berirama seperti berikut:
Kita ada nabi, siapa namanya
Kita ada nabi, Muhammad SAW namanya
Nabi ada ibu, siapa namanya
Nabi ada ibu, Aminah namanya
Nabi ada bapa, siapa namanya
Nabi ada bapa, Abdullah namanya
Nabi ada datuk, siapa namanya
Nabi ada datuk, Abdul Mutalib namanya
Nabi ada bapa saudara, siapa namanya
Nabi ada bapa saudara, Abu Talib namanya
Kita semua sayang nabi
Sayang nabi selamanya
Cadangan Pentaksiran: Contoh senarai semak nama ahli keluarga Nabi
Muhammad SAW
Isi tarikh jika murid dapat menyebut nama ahli
Nama keluarga Nabi Muhammad SAW
Bil Datuk Bapa
Murid Ibu Bapa (Abdul Saudara
(Aminah) (Abdullah)
Mutalib) (Abu Talib)
1
2
3
21
Aktiviti 2: Mari Dengar Cerita Peristiwa Tentera Bergajah
Strategi : Pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan
1. GPI menyediakan replika kaabah (kotak terpakai), model burung dan
batu kecil.
2. GPI bercerita tentang peristiwa tentera bergajah kepada murid dengan
bahan bantu mengajar yang telah disediakan.
3. Murid dilibatkan semasa sesi bercerita dengan menggunakan bahan
bantu mengajar.
4. Murid menceritakan semula kisah peristiwa tentera bergajah yang telah
didengar.
5. GPI bersoal jawab dengan murid tentang kebesaran Allah yang telah
melindungi kaabah sebagai tempat yang suci.
3.3.5 Akhlak
Aktiviti 1: Mari Amalkan Adab Makan dan Minum
Strategi: Pembelajaran kontekstual
1. GPI menunjukkan gambar sebuah keluarga yang sedang makan di meja
makan. GPI bersoal jawab dengan murid tentang gambar tersebut dan
mengaitkannya dengan adab makan berdasarkan pengetahuan sedia
ada murid.
2. GPI membimbing murid dengan menyatakan adab makan dan minum
berdasarkan cara hidup Islam.
22
3. Sewaktu rehat, GPI boleh membuat pemerhatian terhadap amalan
makan dan minum murid.
Cadangan Pentaksiran: GPI boleh mencatat tingkahlaku murid dalam rekod
anekdot.
Aktiviti 2: Mari Berdoa
Strategi: Pembelajaran kontekstual
1. GPI memperkenalkan beberapa doa seperti doa belajar, doa sebelum
dan selepas makan, doa masuk dan keluar tandas serta doa menaiki
kenderaan. GPI juga boleh mengajar doa lain yang bersesuaian.
2. Bagi melihat amalan murid melafazkan doa tersebut, GPI boleh
bekerjasama dengan guru prasekolah dan PPM untuk memastikan murid
melafazkan doa dalam amalan rutin harian di prasekolah seperti berikut:
(i) Doa belajar: dilafazkan sebelum waktu belajar atau ketika
perbualan awal
(ii) Doa sebelum makan: dilafazkan sebelum makan
(iii) Doa selepas makan: dilafazkan selepas makan
(iv) Doa masuk tandas: dilafazkan sebelum masuk tandas
(v) Doa keluar tandas: dilafazkan selepas keluar tandas
(vi) Doa menaiki kenderaan: dilafazkan semasa aktiviti penutup
sebelum pulang
3. GPI juga boleh melibatkan ibu bapa di rumah untuk membantu murid
mengamalkan doa yang telah diajar semasa di sekolah.
Cadangan Pentaksiran: Contoh senarai semak amalan doa harian
Isi tarikh jika murid boleh melafazkan doa dalam
amalan harian
Bil Nama Murid Doa Doa Doa Doa Doa Doa naik
belajar sebelum selepas masuk keluar kenderaan
makan makan tandas tandas
1
2
3
23
3.3.6 Jawi
Aktiviti 1: Mari Baca Jawi
Strategi: Pembelajaran masteri
1. GPI memperkenalkan huruf vokal alif, wau dan ya kepada murid dengan
pelbagai bahan seperti slaid, kad huruf dan lain-lain.
2. Seterusnya GPI boleh membatang huruf jawi yang bertemu dengan
huruf vokal alif, wau dan ya secara berperingkat-peringkat.
3. GPI boleh mempelbagaikan aktiviti membatang huruf jawi bersama
murid.
4. Apabila murid sudah boleh membatang dua huruf jawi tersebut, GPI
boleh meneruskan PdP dengan aktiviti membaca dua suku kata terbuka.
Cadangan Pentaksiran: GPI boleh menyediakan senarai semak yang sesuai
bagi aktiviti ini.
Aktiviti 2: Mari Tulis Jawi
Strategi: Pembelajaran masteri
1. Sebelum mengajar tulisan jawi, GPI dicadangkan membuat aktiviti pra
tulis bagi mengukuhkan koordinasi mata dengan tangan murid.
24
2. GPI boleh membimbing murid membuat pelbagai lakaran mengikut arah
dari kanan ke kiri menggunakan pelbagai media.
3. Apabila koordinasi mata dengan tangan murid sudah kukuh, GPI boleh
memperkenalkan huruf jawi tunggal secara berperingkat-peringkat
mengikut kumpulan bentuk yang sama. Contohnya bentuk huruf seperti
sampan ialah huruf ba, ta dan sa.
4. Penekanan harus diberi kepada proses menulis huruf jawi iaitu dari arah
kanan ke kiri.
5. GPI boleh mempelbagaikan alat untuk menulis dengan menggunakan
pelbagai jenis pensel, berus, pen marker, krayon dan lain-lain.
Cadangan Pentaksiran: GPI boleh menyediakan senarai semak atau merujuk
lembaran kerja.
25
3.4 Rumusan
Pelaksanaan strategi PdP yang pelbagai membolehkan GPI menyalurkan
pengetahuan, meningkatkan kemahiran dan menerapkan nilai yang dihasratkan
dalam kalangan murid prasekolah. Oleh itu, GPI perlu bijak merancang bagi
memastikan strategi yang dipilih bersesuaian dengan Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran, minat dan persekitaran murid, bahan bantu pembelajaran
serta pelbagai faktor lain yang perlu diambil kira dalam perancangan aktiviti
pembelajaran di kelas prasekolah. Perancangan yang bijak memberi impak kepada
PdP yang dilaksanakan dan membantu murid memahami isi pelajaran.
26
UNIT 4
PUSAT PEMBELAJARAN
4.1 Pengenalan
Pusat pembelajaran merupakan satu ruang fizikal yang diwujudkan di kelas
prasekolah bagi memberi peluang kepada murid meneroka dan berinteraksi dengan
bahan dan peralatan yang disediakan. Dengan ini, murid dapat belajar dan
memperoleh pengetahuan berdasarkan minat mereka. Terdapat beberapa pusat
yang boleh diwujudkan di kelas prasekolah termasuk pusat yang berkaitan dengan
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
4.2 Susun Atur Pusat Pembelajaran
Pusat pembelajaran yang disediakan hendaklah bermaklumat dan berkaitan
dengan isi pelajaran agar dapat merangsang pembelajaran murid. Selain itu, pusat
pembelajaran juga perlulah dalam keadaan bersih, kemas, kondusif dan menarik
minat murid untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran.
Penyediaan pusat pembelajaran perlu mengambil kira perkara seperti berikut:
(i) Saiz kelas prasekolah
(ii) Kesesuaian bahan dan peralatan pembelajaran
(iii) Tahap perkembangan murid
(iv) Keselamatan
(v) Kemudahan mengakses bahan sumber
GPI perlu berbincang dan bekerjasama dengan guru prasekolah dan PPM untuk
menyediakan pusat pembelajaran Pendidikan Islam bagi memastikan pusat
tersebut sesuai dengan komponen Pendidikan Islam dan tidak mempamerkan
bahan atau peralatan yang sama dengan pusat pembelajaran lain. Kebijaksanaan
GPI dalam menyediakan pusat pembelajaran boleh memberi impak penggunaan
yang maksimum dalam kalangan murid.
39
4.3 Cadangan Pelaksanaan Aktiviti di Pusat Pembelajaran
GPI perlu menyediakan murid sebelum PdP bermula dan membuat persediaan
seperti berikut:
(i) Memperkenalkan pusat pembelajaran
(ii) Menjelaskan peraturan semasa melaksanakan aktiviti
(iii) Menunjuk cara penggunaan bahan dan peralatan serta memberi peluang
murid meneroka
Selain itu, GPI perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dan membuat
pemerhatian semasa murid melaksanakan aktiviti pembelajaran dengan mengambil
tindakan berikut:
(i) Memberi peluang murid memilih pusat pembelajaran
(ii) Memberi peluang murid meneroka di pusat pembelajaran
(iii) Membimbing dan berperanan sebagai fasilitator
(iv) Membuat pemerhatian semasa murid melaksanakan aktiviti dan
merekodkannya
(v) Memastikan murid menyimpan dan mengemas bahan dan peralatan yang
digunakan
Pada akhir sesi pembelajaran, GPI digalakkan membimbing murid untuk membuat
refleksi tentang isi pembelajaran yang telah diikuti dengan meminta murid berkongsi
pengalaman dan hasil dapatan.
Cadangan aktiviti PdP di pusat pembelajaran yang boleh dilaksanakan mengikut
fokus Pendidikan Islam adalah seperti berikut:
(i) Talaqi Musyafahah
(ii) Membaca secara individu/ berpasangan/ berkumpulan
(iii) Menyebut huruf hijaiyah tunggal
(iv) Menyusun huruf hijaiyah tunggal dan berbaris
(v) Mengklasifikasikan gambar ciptaan Allah SWT dan buatan manusia
(vi) Menamakan anggota wuduk
(vii) Mewarna poster
28
(viii) Mencantum puzzle yang mengandungi huruf dan gambar
(ix) Bercerita tentang buku yang dibaca kepada rakan
(x) Melakar huruf jawi di atas pasir
(xi) Melakar nombor dalam Bahasa Arab
(xii) Membentuk huruf jawi
4.4 Rumusan
Pusat pembelajaran yang kondusif, bermaklumat dan menarik akan dapat
merangsang murid untuk belajar secara kendiri. Melalui pusat pembelajaran, murid
dapat berinteraksi dengan bahan atau peralatan secara individu atau kumpulan
yang dapat membantu membina pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan pada
peringkat prasekolah. Oleh itu, GPI perlu bijak merancang untuk menggunakan
pusat pembelajaran supaya murid berpeluang belajar dan meneroka di pusat
pembelajaran.
29
UNIT 5
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN
ISLAM DI PRASEKOLAH
5.1 Pengenalan
Penerapan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) perlu bermula dari
peringkat prasekolah. Melalui aktiviti PdP yang berasaskan KBAT, murid dirangsang
supaya berfikir dan menyelesaikan masalah serta membuat keputusan. Murid yang
dirangsang berfikir dapat menilai tindakan yang akan diambil untuk memandu
mereka membuat keputusan dengan bijak dan memberi kesan positif kepada diri
dan orang lain.
KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT boleh dikenal pasti
dalam SK dan SP melalui pernyataan kata kerja tahap pemikiran dalam Taksonomi
Bloom.
5.2 Tahap Pemikiran Dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
SK dan SP yang digariskan dalam DSKP KSPK (Semakan 2017) memberi
penekanan kepada tahap pemikiran KBAT seperti dalam Rajah 2.
Mencipta
Menilai
Menganalisis
Mengaplikasi
Rajah 2: Tahap Pemikiran KBAT
30
5.2.1 Mengaplikasi
Tahap pemikiran aplikasi memerlukan murid menggunakan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam situasi yang berlainan untuk melakukan sesuatu.
Dalam konteks ini, murid berupaya menyelesaikan masalah dengan
mengaplikasikan konsep yang mereka fahami melalui aktiviti PdP. Antara kata
kerja yang berkaitan dengan tahap pemikiran aplikasi adalah seperti senarai
berikut:
Menunjuk Melengkapkan
Menyelesaikan Menyesuaikan
Mengelaskan Meramal
Melukis Membina
Memeriksa Menunjuk cara
Melaksana Menggambarkan
Mengguna pakai Menggunakan
Menyurih
5.2.2 Menganalisis
Tahap pemikiran menganalisis bererti murid mencerakinkan maklumat kepada
bahagian-bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta
menghubung kait antara bahagian berkenaan. Antara kata kerja yang berkaitan
dengan tahap pemikiran analisis adalah seperti senarai berikut:
Membanding Memaparkan
Menguji Mencerakin
Memeriksa Memisah
Mengesan Mengkategori
Menerangkan Mengenal pasti
Menganalisis Melaksana ujikaji
Meramal Menyiasat
5.2.3 Menilai
Membezakan
31
5.2.3 Menilai
Tahap pemikiran menilai dapat direalisasikan apabila murid membuat
pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai
serta memberi justifikasi. Antara kata kerja yang berkaitan dengan tahap
pemikiran penilaian adalah seperti senarai berikut:
Memberi alasan Mempertahankan
Mentaksir Mengesahkan
Menggunakan Membincangkan
Membuat kesimpulan Menentukan
Menyokong Mengutamakan
Menilai Mempertimbang
Membahas Memilih
Mencadangkan Membuat keputusan
5.2.4 Mencipta
Tahap pemikiran mencipta adalah tahap KBAT yang memerlukan murid
menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif. Antara kata
kerja yang berkaitan dengan tahap pemikiran mencipta adalah seperti senarai
berikut:
Menjana Merumuskan
Memasang Menaik taraf
Menyusun semula Menghasilkan
Meramal Mereka bentuk
Menyediakan Menggabungkan
Mereka cipta Mencadangkan
Membina Mengubah
Merancang
32
Bagi melaksanakan KBAT dalam PdP Pendidikan Islam Prasekolah, GPI perlu
membuat penelitian dengan merujuk kepada SP dalam dokumen kurikulum.
Sekiranya terdapat SP yang merujuk kepada tahap KBAT, GPI dicadang
melakukan tindakan seperti dalam Rajah 3.
Kenal pasti elemen KBAT dalam Standard
Pembelajaran
Rancang PdP yang membolehkan murid
menggunakan KBAT
Laksana PdP menggunakan alat berfikir yang
sesuai
Membuat pentaksiran menggunakan soalan
KBAT
Membuat refleksi tentang keberkesanan PdP
dalam menggalakkan KBAT
Rajah 3: Pelaksanaan KBAT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Islam Prasekolah
Aktiviti berasaskan KBAT boleh dilaksanakan melalui strategi PdP yang
terancang, kreatif dan melibatkan murid secara aktif serta memerlukan mereka
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Aktiviti yang berasaskan KBAT
boleh diaplikasikan di prasekolah melalui aktiviti menaakul, pembelajaran inkuiri,
penyelesaian masalah dan projek. GPI juga disaran melaksanakan strategi PdP
dengan menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, penyusunan grafik,
soalan dan penyoalan serta peta minda. Contoh penggunaan peta pemikiran
dalam melaksanakan PdP Pendidikan Islam di prasekolah bagi tajuk melakukan
wuduk adalah seperti Rajah 4.
Membasuh Membasuh
kedua-dua Menyapu
Membasuh kedua-dua
Niat tangan sebahagian Tertib
muka kaki hingga
hingga ke kepala ke buku lali
siku
Rajah 4: Peta Pemikiran Tajuk Wuduk
33
Contoh penyusunan grafik dalam melaksanakan PdP Pendidikan Islam bagi tajuk
Rukun Islam dan Rukun Iman adalah seperti di Jadual 1.
Jadual 1: Penyusunan Grafik Rukun Islam dan Rukun Iman
Rukun Islam Rukun Iman
Mengucap dua kalimah Beriman kepada Allah
syahadah
Beriman kepada malaikat
Menunaikan solat lima waktu
Beriman kepada kitab
sehari
Beriman kepada rasul
Berpuasa di bulan Ramadan
Beriman kepada hari kiamat
Mengeluarkan zakat
Beriman kepada qada' dan
Menunaikan haji
qadar
Contoh soalan dan penyoalan berasaskan KBAT dalam melaksanakan PdP
Pendidikan Islam di prasekolah bagi tajuk puasa adalah seperti berikut:
Bincangkan amalan yang dituntut dalam bulan Ramadan.
Mengapakah kita perlu berbuka puasa mengikut waktu yang
ditetapkan?
Ramalkan keadaan yang akan berlaku jika kita tidak bersahur.
Sekiranya kita sakit, adakah kita perlu berpuasa? Berikan alasan.
34
Contoh peta minda dalam melaksanakan PdP Pendidikan Islam bagi tajuk sifat
Nabi Muhammad SAW adalah dalam Rajah 5.
Bercakap
Benar
Sifat Nabi Boleh
Bijaksana Muhammad dipercayai
SAW
Menyampaikan
Rajah 5: Sifat Nabi Muhammad SAW
5.3 Rumusan
GPI perlu selalu merangsang murid untuk berfikir dengan menggunakan pelbagai
teknik penyoalan dan melaksanakan aktiviti PdP. Murid yang dirangsang untuk
berfikir dapat memberi idea dan pendapat, menerangkan sebab dan akibat,
membuat kesimpulan dan mengemukakan cadangan bagi sesuatu perkara yang
dipelajari. Akhirnya murid-murid tersebut dapat berfikir secara kreatif dan kritis bagi
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam pembelajaran dan
kehidupan harian.
35
UNIT 6
PENTAKSIRAN
6.1 Pengenalan
Pentaksiran di prasekolah dilaksanakan secara sistematik dan berterusan semasa
PdP bertujuan mengumpul maklumat berkaitan perkembangan murid. Pentaksiran
ini boleh dilaksanakan terhadap individu atau kumpulan murid melalui pemerhatian
yang dibuat dari semasa ke semasa.
Pentaksiran di prasekolah adalah berdasarkan Standard Prestasi (SPi) dalam
DSKP KSPK komponen Pendidikan Islam bagi setiap fokus iaitu al-Quran, jawi,
akidah, ibadah, akhlak dan sirah. Oleh itu, GPI perlu bijak merancang bagi
memastikan pentaksiran yang dilaksanakan berjalan lancar dan memberi maklumat
untuk membantu pembelajaran murid.
6.2 Peranan GPI Pendidikan Islam
GPI berperanan penting dalam melaksanakan pentaksiran bagi membantu murid
menguasai SP dan SPi komponen Pendidikan Islam. Pentaksiran di prasekolah
perlu dilaksanakan dengan beretika dan mengambil kira hak kanak-kanak. Murid
perlu dimaklumkan bahawa mereka akan ditaksir dari semasa ke semasa.
Pentaksiran sewajarnya dilaksanakan dengan tujuan untuk melihat sejauh mana
murid menguasai SP yang telah dipelajari dan bukan bertujuan untuk membuat
perbandingan antara murid. GPI perlu membuat penilaian secara profesional
(professional judgement) bagi menentukan Tahap Penguasaan (TP) murid bagi
sesuatu Standard Prestasi komponen Pendidikan Islam. Seterusnya GPI perlu
merekod TP murid untuk rujukan dan tindakan lanjut.
36
Murid perlu dimaklumkan isi pelajaran yang telah dan belum dikuasai supaya murid
dapat mengambil tindakan susulan. GPI juga perlu mengadakan pemulihan dan
pengayaan bagi membantu murid dalam pembelajaran mereka.
Maklumat perkembangan murid adalah sulit dan perlu digunakan untuk membantu
murid dalam pembelajaran dan bukan untuk membuat perbandingan antara murid.
Maklumat ini juga perlu dimaklumkan kepada GPI prasekolah dan ibu bapa/penjaga.
GPI boleh berbincang dengan GPI prasekolah dan ibu bapa/penjaga tentang
tindakan susulan yang perlu diambil bagi membantu murid dalam pembelajaran
mereka.
6.3 Pelaksanaan Pentaksiran
Perancangan rapi dapat memastikan pelaksanaan pentaksiran lancar dan
berkesan. Oleh itu, GPI perlu merancang dan melaksanakan pentaksian mengikut
perancangan yang dibuat. Panduan dalam Rajah 6 berikut boleh membantu GPI
untuk merancang dan melaksanakan pentaksiran di prasekolah.
Bekerjasama dengan guru prasekolah dan PPM
Menentukan instrumen dan kaedah pentaksiran
Melaksanakan pentaksiran dengan mengambil kira hak kanak-kanak
Merekod dan menganalisis maklumat pentaksiran
Menyedia dan menyerahkan laporan pentaksiran kepada guru prasekolah
Rajah 6: Panduan Umum Pelaksanaan Pentaksiran di Prasekolah
37