The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zetty akthar, 2021-02-25 09:04:54

17 Buku Panduan Guru Pendidikan Islam KSPK - 28 OGOS 2018

Secara khususnya, pentaksiran merangkumi beberapa proses iaitu merancang,

membina instrumen, melaksanakan pentaksiran, merekod, menganalisis data dan
melapor yang dibahagikan kepada tiga fasa seperti berikut:



 Merujuk Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan
Sebelum
Standard Prestasi dalam dokumen kurikulum.

 Menentukan kaedah pentaksiran dan membina instrumen.

 Mengenal pasti murid atau kumpulan murid yang hendak dinilai.

Semasa  Membuat pemerhatian secara individu atau kumpulan terhadap
tingkah laku, interaksi, hasil kerja murid dan lain-lain yang
bersesuaian.


Selepas  Merekod perkembangan, kemajuan, potensi, sikap dan nilai yang
murid pamerkan menggunakan pelbagai instrumen seperti
senarai semak, rekod anekdot dan rekod berterusan (rujuk
Lampiran 1)

 Menganalisis dapatan pemerhatian dan hasil kerja.

 Menentukan tahap penguasaan murid berdasarkan Standard
Prestasi yang berkaitan.

 Menyimpan rekod perkembangan murid.
 Membuat tindakan susulan.

 Menyediakan pelaporan tahap perkembangan murid.





6.4 Rumusan



Pentaksiran di prasekolah perlu dilaksanakan dengan bertanggungjawab, beretika
dan menghormati hak kanak-kanak. Perancangan rapi membolehkan pentaksiran

yang dilaksanakan memberi manfaat bukan sahaja kepada GPI, malah dapat
membantu meningkatkan perkembangan murid sebagaimana yang dihasratkan.













38

Lampiran

Contoh 1: Senarai Semak Hafazan Surah Juzuk Amma


Nama Murid: Mohd. Yassin bin Tajul Umur: 6 tahun

Tempoh Pelaksanaan: Mac – September Kelas: Prasekolah Bestari

Aspek Pemerhatian: Menghafaz Surah Juzuk Amma

Sila tandakan √ atau X mengikut kemahiran menghafaz Surah Juzuk Amma


Sila tandakan √
Kemahiran Catatan
Ya Tidak


Menghafaz surah Al - Fatihah √ 3 April

Menghafaz surah An - Ikhlas √ 29 Jun

Dapat menghafaz

Menghafaz surah Al - Nas √ sebahagian surah
21 September






Contoh 2: Senarai Semak Rukun Islam

Nama Murid: Naqib bin Ahmad Umur: 6 tahun


Kelas: Prasekolah Pemerhati: Mohd Azahar


Pemerhatian
Item Catatan
1 2


Boleh menyebut Rukun Islam secara 21 April Secara lisan
tertib

Boleh bercerita tentang amalan 26 Mei Bercerita kepada
Rukun Islam dalam kehidupan rakan











39

Contoh 3: Senarai Semak Amali Wuduk

Kelas: Prasekolah Seri Pagi


Kumpulan: Ceria

Tempoh Pelaksanaan: Mac – September

Aspek Pemerhatian: Melakukan Wuduk


Perlakuan Wuduk


Bil Nama Basuh Basuh Sapu Basuh
Niat Sebahagian Tertib Catatan
Muka Tangan Kaki
Kepala

Afif Bin √ √ √ √ √ √
1.
Adib 3 Mac 10 Mac 10 Mac 10 Mac 10 Mac 10 Mac


√ √ x √ √ √ Tidak
Dhia basuh
2. Binti 3 Mac 10 Mac 10 Mac 10 Mac 10 Mac 10 Mac tangan
Roslan sampai
siku

Sofea √ √ √ √ x √ Air tidak
3. Binti 3 Mac 10 Mac 10 Mac 10 Mac 10 Mac 10 Mac rata di
celah
Hizmi jari kaki





























40

Rekod Anekdot

Rekod anekdot ialah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah

laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau negatif untuk

direkod. Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak dirancang, tetapi secara kebetulan
tingkah laku tersebut berlaku. Tiada had masa ditentukan untuk pemerhatian tingkah

laku ini. Pemerhatian juga dilakukan terhadap murid secara individu, walaupun
peristiwa berlaku dalam kumpulan. Contoh 4 menerangkan contoh rekod anekdot.



Contoh 4: Rekod Anekdot

Nama: Iman bin Ali Kelas: Prasekolah Cemerlang


Masa: 9.30 pagi Tarikh: 6 April

Pemerhati: Ustazah Natapah




Pemerhatian Ulasan


Semasa rehat Ammar membasuh tangan Iman seorang murid yang prihatin dan
lalu terus duduk dan mencapai kuih untuk peka dengan keadaan sekeliling.
dimakan. Iman yang memerhati Ammar
segera menegurnya.


Iman: Ammar, nanti dulu. Baca doa
dulu sebelum makan. Iman mengamalkan adab dan doa
sebelum dan selepas makan.
Ammar: Ye lah. Macam mana ye doa
makan?

Iman: Jom baca doa sama-sama.


Ammar pun membaca doa sebelum
makan bersama-sama Iman.













41

Rekod Berterusan

Rekod berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita naratif yang dibuat ke atas

individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. GPI prasekolah

perlu mencatatkan setiap perlakuan dan pertuturan murid sepanjang tempoh
pemerhatian. Pemerhatian rekod berterusan ini dirancang berdasarkan masa, tempat,

situasi dan tingkah laku serta dilaksanakan dalam tempoh tertentu seperti Contoh 5.

Contoh 5: Rekod Berterusan

Nama murid: Amirah binti Amir Umur: 6 tahun

Pemerhati: Ustazah Norlela Kelas: Prasekolah Suria
Tarikh: 17 Mei Masa: 9.00 – 9.05 pagi


Pemerhatian Ulasan


Amirah dilantik sebagai ketua kumpulan untuk Amirah mempunyai sikap
melaksanakan aktiviti pembelajaran. Selaku kepimpinan dan adil semasa
ketua, Amirah membahagikan tugas kepada membahagikan tugasan kepada
ahli kumpulannya. ahli kumpulan.


Amirah: Siapa nak gunting gambar ni?

Balqis: Saya nak.

Qaseh: Saya nak tolong tampal.

Amirah: Ok... saya dan Balqis gunting
gambar. Qaseh dan Putri tolong
tampal.

Amirah membaca basmalah sebelum Amirah dapat mengamalkan
memulakan aktiviti dan diikuti rakan-rakannya. menyebut basmalah dan
hamdalah dalam amalan harian.
Selesai menggunting, Amirah membuang sisa
kertas ke dalam tong sampah. Kemudian, Amirah mengamalkan sifat rajin
Amirah membantu ahli kumpulannya dan bertanggungjawab.
menyelesaikan tugasan kumpulan mereka.

Amirah: Qaseh, mari saya tolong awak Amirah merupakan seorang
tampal gambar ni. yang prihatin dan boleh
bekerjasama sesama rakan.
Qaseh: Boleh, terima kasih, Amirah.

Amirah: Alhamdulillah, dah siap.





42

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010). Modul Pentaksiran Perkembangan
Murid di Prasekolah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2008) Panduan Pelaksanaan Pendidikan
Islam j-QAF dan Rancangan Tahunan Tahun Satu. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Berasaskan Inkuiri. Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2014). Elemen KBAT Dalam Kurikulum.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 (Bab 1-4). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.








































43

PANEL PENULIS




BIL NAMA PANEL ALAMAT BAHAGIAN/ JABATAN/ SEKOLAH

1. Norashikin binti Hashim Bahagian Pembangunan Kurikulum

2. Rohani binti Abdul Bahagian Pembangunan Kurikulum

3. Mohd. Azahar bin Madar Bahagian Pembangunan Kurikulum

4. Hasruddin bin Hassan Bahagian Pembangunan Kurikulum


5. Nor Amilia binti Amerudin Bahagian Pembangunan Kurikulum

6. Norlela binti Ali Institut Pendidikan GPI Kampus Ilmu Khas
Cheras, WP Kuala Lumpur

7. Natapah binti Haron Sekolah Kebangsaan LB Johnson
Seremban, Negeri Sembilan
8. Muhammad Azhar bin Mansor Sekolah Kebangsaan Pedas
Pedas, Negeri Sembilan

9. Wan Zafri bin Wan Yaacob Sekolah Kebangsaan Salak Nama
Rembau, Negeri Sembilan

10. Wan Zuraini binti Wan Ramli Sekolah Kebangsaan Jijan
Nilai, Negeri Sembilan

11. Mardiah binti Mahmor Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut
Sepang, Selangor

12. Ruzanah binti Jarkasi Sekolah Kebangsaan Kampung Endah
Banting, Selangor






















44



31


Click to View FlipBook Version