The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by princessainin26, 2022-06-06 08:31:15

KERJA KURSUS PALS1012

KERJA KURSUS PALS 1012

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT
TUGASAN KERJA KURSUS PENULISAN
ASAS KELESTARIAN HIJAU

Gambar

NAMA : NUR AININ SOFIYA BINTI MOHD SUEFI
: 2021292310094
ANGKA GILIRAN : 01140358726
NO. TELEFON : BAHASA MELAYU 4 (SK)
OPSYEN : JUN 2021
AMBILAN : PALS1012
KOD KURSUS : ASAS KELESTARIAN HIJAU
NAMA KURSUS : PUAN NORZEHA BINTI OTHMAN
NAMA PENSYARAH : JABATAN PENGAJIAN MELAYU
JABATAN/UNIT : 24 MEI 2022
TARIKH SERAHAN

Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada):

Tandatangan pelajar: __________________________ Tarikh: 24 / 05 / 2022

ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
BIL PERKARA
1
1 Pendahuluan
2
2 Sumber Tenaga : 3
Tenaga Hidro 4–5
Tenaga Matahari 5–6
Tenaga Biojisim dan Biogas 7
Tenaga Angin 7-8
Tenaga Ombak
Isu-isu semasa

3 Kesimpulan 9
4 Rujukan 10 - 11

PENDAHULUAN

Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan
kesan negatif daripada aktiviti manusia. Tambahan pula, ia selamat untuk digunakan dalam
persekitaran yang sihat dan lebih baik untuk semua hidupan serta penjimatan tenaga, sumber
asli dan menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. Teknologi hijau adalah
aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi menangani
impak negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan
lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan
teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara
minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa pun teknologi yang
dapat menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk
membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau
yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan
selanjutnya melalui penguatkuasaan. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk
memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan
yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari sekarang. Teknologi Hijau
merupakan satu teknologi yang mesra alam dan merupakan teknologi yang rendah karbon
bagi mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara yang menyebabkan antara lainnya
fenomena perubahan cuaca dunia. Di antara kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia
yang kita rasai pada masa kini ialah cuaca yang melampau seperti keadaan cuaca panas
yang sering kita hadapi sekarang. Selain itu, kejadian bencana alam seperti ribut taufan,
kecairan ais di Kutub Utara dan Selatan, kenaikan paras dan suhu air laut, kepupusan spesis
flora dan fauna dan sebagainya juga merupakan kesan-kesan fenomena perubahan cuaca
dunia yang prominen pada masa sekarang. Oleh yang demikian, mitigasi fenomena
perubahan cuaca dunia telah menjadi antara prioriti dalam masyarakat dunia pada masa kini.

Dalam menghadapi globalisasi ekonomi dan sumber yang berkurangan,
pembangunan ekonomi hijau adalah satu kemestian. Kepesatan pembangunan Bandar
Hijau menjadi trend yang semakin meningkat. Menurut Li (2019), pembangunan Bandar
Hijau merupakan projek integrasi yang kompleks dan memerlukan sistem indeks penilaian
yang berkomprehensif dan memerlukan model penilaian saintifik. Masyarakat dan wakilnya,
serta media dan politikus, mendesak dan beralasan dengan bertujuan untuk membangunkan

1

realistik. Masalah sumber bekalan tenaga yang semakin berkurang menjadi tumpuan di
seluruh dunia. Bahan bakar fosil, cahaya matahari, sumber air dan tenaga nuklear
merupakan antara sumber tenaga yang digunakan. Namun antara sumber yang diberi
perhatian adalah sumber daripada tenaga boleh baharu seperti cahaya matahari, hidro,
angin dan biomas yang digunakan secara meluas di beberapa buah negara. Menurut
Harun (2015), pembebasan gas rumah hijau yang memberi kesan kepada pemanasan global
dan ancaman kepada pembangunan kelestarian dapat digunakan dengan adanya sumber
tenaga boleh diperbaharui.

TENAGA HIDRO
Tenaga hidro atau hidroelektrik merujuk kepada pertukaran tenaga daripada

pengaliran air kepada tenaga elektrik. Ia dianggap tenaga boleh diperbaharui kerana kitaran
air sentiasa diperbaharui oleh matahari. Hidroelektrik adalah teknologi tenaga boleh
diperbaharui yang terawal dibangunkan sebelum teknologi solar dan lain-lain. Hidroelektrik
juga menyumbangkan lebih 90% tenaga elektrik dunia yang dihasilkan daripada tenaga boleh
diperbaharui. Hidroelektrik menyumbangkan 2559.9 MW tenaga elektrik di Semenanjung
Malaysia dan menjadikan ia penyumbang terbesar daripada tenaga boleh diperbaharui di
negara ini. Misalnya, Malaysia mempunyai hampir 20 stesen janakuasa hidroelektrik yang
diselenggara oleh TNB, Sarawak Hidro Sdn.Bhd dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. Menurut
Samizee (2016), kapasiti penyediaan penjanaan projek mini hidro di Malaysia sangat besar,
kira-kira 500 MW untuk jangka masa panjang. Kebiasaanya stesen mini hidro ini berada di
kawasan pedalaman yang sukar untuk mendapatkan bekalan elektrik daripada grid nasional.
Dengan adanya tenaga hidro ini, penggunaan tenaga elektrik dapat dikurangkan dan kos
untuk membiayai elektrik juga berkurang. Hal ini kerana tenaga ini menggunakan sumber
semulajadi yang tidak akan habis dan mudah untuk dikawal.

2

TERBESAR: Empangan Hidroelektrik Bakun merupakan penjana elektrik terbesar di
Malaysia mampu membekalkan kuasa sehingga ke negara jiran.

TENAGA SOLAR MATAHARI
Tenaga Solar Matahari telah membekalkan tenaga selama berbilion-bilion kepada

bumi. Tenaga solar adalah cahaya matahari yang dipancarkan ke bumi. Tenaga ini boleh
ditukarkan menjadi tenaga lain seperti tenaga elektrik dan tenaga haba. Tenaga solar telah
digunakan dalam teknologi tradisional sejak berabad lamanya dan digunakan dengan meluas
ketika ketiadaan bekalan tenaga lain seperti di kawasan terpencil. Malaysia merupakan
sebuah negara yang berada di kedudukan khatulistiwa dan menerima cahaya matahari yang
tinggi sepanjang tahun. Iklim di Malaysia dengan suhu antara 270 C hingga 330C menjadikan
tenaga suria mempunyai potensi yang besar dalam penjanaan tenaga elektrik.Penggunaan
tenaga solar di Malaysia adalah menggunakan kaedah fotovoltaik atau panel solar. Terdapat
sejumlah 640kW sistem tenaga fotovoltaik dipasang di Malaysia yang terdiri daripada sistem
hibrid yang berdiri sendiri dan berpusat. Menurut Aslam et al. (2013), kebanyakannya tenaga
yang dihasilkan digunakan untuk tenaga elektrik luar bandar, telekomunikasi, lampu jalan dan
navigasi. Misalnya, sebuah projek solar photovoltaik berskala besar (LSSPV) yang
diusahakan oleh Gading Kencana Sdn.Bhd telah dibina di Ayer Keroh, Melaka pada tahun
2014 mampu menjana 10 juta kilowatt jam tenaga setahun. Menurut Muhammad-Sukki et al.
(2011), penghasilan tenaga boleh diperbaharui adalah menggunakan solar fotovolta, iaitu
proses penghasilan tenaga dari cahaya matahari ditukar kepada tenaga elektrik. Tambahan

3

pula, menurut Mughal et al (2018), disebabkan oleh penambahbaikan teknologi yang
menyebabkan teknologi yang menyebabkan pengurangan kos dan dasar kerajaan
menyebabkan permintaan dalam menyokong pembangunan dan penggunaan tenaga boleh
diperbaharui. Misalnya, ada Kawasan perumahan yang menggunakan tenaga solar sebagai
sumber utama untuk memperolehi tenaga elektrik. Namun demikian, harga yang tidak mampu
milik menyebabkan masih ramai lagi menggunakan cara yang lama dengan membayar bil
elektrik untuk memperolehi tenaga elektrik.

Ladang Solar Melaka.
TENAGA BIOJISIM DAN BIOGAS

Tenaga Biojisim dan Biogas Biojisim adalah sumber semulajadi yang terhasil daripada
tumbuhan dan haiwan. Sumber-sumber biojisim adalah seperti sisa tumbuhan, sisa haiwan,
tanaman serta bahan buangan sampah pepejal. Tumbuhan dan haiwan yang telah mati, najis
dan sampah sarap merupakan bahan organik yang boleh ditukarkan kepada tenaga elektrik.
Bahan organik ini mudah mereput hasil daripada tindakbalas bakteria. Proses pereputan
berlaku pada keadaan tanpa oksigen atau dikenali sebagai anaerobik. Proses ini akan

4

menghasilkan gas metana atau biogas yang boleh menjana tenaga elektrik. Biojisim adalah
sumber tenaga keempat terbesar di dunia dan merupakan sumber yang paling banyak di
negara ini . Malaysia adalah pengeluar minyak sawit mentah kedua terbesar di dunia. Hampir
70% daripada jumlah pemprosesan buah sawit dijadikan sisa buangan dalam bentuk tandan
buah kosong, kerang kernel kelapa sawit, efluen minyak sawit dan sebagainya. Hal ini telah
berjaya mengurangkan kira-kira 40000 hingga 50000 tons pembebasan gas CO2 ke alam
sekitar. Menurut Berita Harian (2017), pihak TNB dengan kerjasam Wordwide Holdings telah
membina da stesen biogas berkapasiti 3MW Puchong dan Jeram, Selangor yang mana
sumbernya diperolehi dari tapak pelupusan sampah.

Tenaga Biojisim
TENAGA ANGIN

Angin merupakan udara yang sentiasa bergerak, ia terjadi disebabkan pemanasan
permukaan bumi oleh matahari. Pada waktu siang udara di darat adalah lebih panas
berbanding udara di permukaan air. Udara panas pada permukaan darat akan mengembang

5

dan bergerak ke atas, udara yang lebih berat akan lebih sejuk dan mengisi ruang yang
ditinggalkan. Keadaan yang berlaku secara semulajadi inilah yang dinamakan sebagai angin.
Tenaga elektrik juga boleh dihasilkan menggunakan angin. Angin yang bertiup akan
memusingkan bilah kipas pada turbin angin. Turbin angin ini disambungkan dengan penjana
yang akan menghasilkan tenaga elektrik. Kuasa angin adalah satu lagi jenis potensi RE di
Malaysia. Malaysia boleh dianggap sebagai kawasan yang mempunyai kelajuan angin yang
rendah berbanding negara-negara lain. Di Semenanjung Malaysia, Mersing, Johor dan Kuala
Terengganu telah dikenal pasti sebagai kawasan yang mempunyai kelajuan angin yang tinggi
manakala di Malaysia Timur, Kudat dan Sabah adalah kawasan yang paling berpotensi tinggi
untuk menerima kelajuan angin yang lebih tinggi. Menurut Wan Syakirah et al (2019),
bahagian selatan Semenanjung Malaysia mempunyai lebih banyak potensi angin dan lebih
banyak angin pada bulan Januari disebabkan musim tengkujuh. Oleh itu, sebuah sistem
penukaran tenaga angin masih boleh dijalankan tetapi faktor-faktor kos, lokasi, dan alam
semula jadi seperti iklim perlu diberi pertimbangan sewajarnya.

TENAGA OMBAK
Ombak merupakan kejadian fenomena yang biasa dan salah satu daripada daya

hidrodinamik yang bertindak ke atas pantai. Ombak terjadi apabila pergerakan berkala air
dalam keadaan tertentu sama ada depan ke belakang atau atas ke bawah. Ombak lautan
terjadi akibat daripada tiupan angin yang meniup permukaan laut dan seterusnya membentuk
ombak. Terdapat juga ombak yang terhasil daripada tarikan astronomi seperti pasang surut,
pergerakan dasar laut atau apabila berlaku perubahan pada tekanan atmosfera di permukaan
air tenang. Menurut Saiful Nizam (2019), kewujudan ombak laut memainkan peranan yang
penting menentukan kelajuan dan tempoh masa angin. Dengan kedudukan Malaysia yang
dikelilingi lautan dan mempunyai garis pantai yang luas iaitu sepanjang 4,809 km (garis pantai
Semenanjung Malaysia adalah sepanjang 2031km) adalah amat sesuai dipertimbangkan
untuk menerajui tenaga marin yang merupakan salah satu tenaga yang boleh diperbaharui.
Misalnya, didapati bahawa perairan Kelantan,Terengganu , Pahang , Sarawak dan Sabah
berpotensi untuk penjanaan tenaga ombak.

6

Tenaga Ombak

Pada masa kini, penggunaan teknologi hijau diberi perhatian dalam pelbagai sektor
termasuk sektor pendidikan. Teknologi hijau ialah satu pendekatan yang diguna pakai dalam
peralatan, sistem dan produk teknologi bagi memelihara dan memulihara alam sekitar dan
sumber tenaga daripada tercemar dan dirosakkan kesan daripada aktiviti manusia seharian.
Merujuk Monu Bhardwaj et al. (2015), teknologi hijau memenuhi empat ciri utama iaitu (i)
pengurangan kemerosotan alam sekitar (ii) pengurangan kesan rumah hijau akibat
pembebasan gas-gas beracun bagi meningkatkan persekitaran dan kehidupan yang lebih
sihat (iii) penjimatan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui dan (iv) peningkatan
penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui. Salah satu antara teknologi hijau yang diberi
penekanan adalah pengkomputeran hijau. Menurut Agarwal, (2013), tujuan utama
pengkomputeran hijau adalah (i) mengurangi penggunaan bahan yang merbahaya, (ii)
memaksimumkan penggunaan tenaga semasa jangka hayat produk, dan (iii) kitar semula
produk dan sisa kilang ke arah biodegradasi. Tambahan pula, menurut Nizam, (2021),
penekanan berkaitan alam sekitar diterapkan merangkumi aktiviti pengajaran, penyelidikan,
kokurikulum dan sistem pengurusan kualiti.

7

Pada tahun 2015, Melaka bermula dengan dua buah bas elektrik yang beroperasi
di sekitar Tapak Warisan Dunia UNESCO di Bandar Hilir. Pengerusi Jawatankuasa
Pengangkutan dan Pemulihan Projek Negeri, Datuk Lim Ban Hong berkata perkhidmatan
bas 'hop-on-hop-off' akan beroperasi dengan sistem tiket satu harga. Ia menjadi bas elektrik
pertama yang digunakan di Malaysia di jalan raya awam dan dipercayai bahawa
penggunaannya dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas, pencemaran udara
dan bunyi. Perkhidmatan bas elektrik ini beroperasi di bawah syarikat subsidiari kerajaan
negeri. Lim berkata kedua-dua bas itu ialah antara 40 bas elektrik yang dijangka beroperasi
sepenuhnya di seluruh negeri Melaka pada akhir tahun 2016. Negeri ini menerima 38 buah
bas elektrik lagi dari Perbadanan Industri Automotif Shanghai ‘Shanghai Automotive
Industry Corporation’ di China secara berperingkat dari awal tahun 2016. Lim berkata bas
yang dicas boleh bergerak sejauh 180km dan baterinya akan mengambil masa 100 minit
untuk dicas semula. Ia boleh bergerak dengan kelajuan maksimum 76km sejam. Bas 33
tempat duduk ini mempunyai satu tempat duduk untuk orang kurang upaya dan juga
dilengkapi dengan sembilan kamera CCTV. Lim berkata stesen pengisian elektrik telah
dibina di Terminal Bas Melaka Sentral untuk bas elektrik
(https://www.thestar.com.my).

Bas Elektrik di Melaka.

8

KESIMPULAN

Kesimpulannya, semua pihak haruslah memainkan peranan yang penting dalam
penggunaan sumber tenaga agar tidak disalahguna seterusnya menyebabkan pembaziran.
Penggunaan teknologi hijau amat penting kerana dapat mengurangkan pelepasan gas karbon
ke udara yang menyebabkan fenomena perubahan cuaca dunia. Antara antara kesan-kesan
fenomena perubahan cuaca dunia yang kita rasai pada masa kini ialah cuaca yang melampau
seperti keadaan cuaca panas yang sering kita hadapi sekarang. Selain itu, kejadian bencana
alam seperti ribut taufan, kecairan ais di Kutub Utara dan Selatan, kenaikan paras dan suhu
air laut, kepupusan spesis flora dan fauna dan sebagainya juga merupakan kesan-kesan
fenomena perubahan cuaca dunia yang prominen pada masa sekarang. Oleh yang demikian,
mitigasi fenomena perubahan cuaca dunia telah menjadi antara prioriti dalam masyarakat
dunia pada masa kini. Proses perubahan cuaca global sememangnya tidak dapat dihalang.
Walau bagaimanapun, usaha dapat dilakukan untuk melambatkan proses ini. Oleh yang
demikian, aplikasi Teknologi Hijau merupakan salah satu langkah yang diambil bagi
melambatkan proses perubahan cuaca dunia. Kita sebagai pengguna merupakan salah satu
daripada penyumbang terbesar dalam pelepasan gas rumah hijau melalui aktiviti harian dan
pilihan yang kita buat sebagai contohnya penggunaan kereta, tenaga elektrik, penggunaan
bahan-bahan kimia seperti racun serangga dan sebagainya. Sehubungan itu, aplikasi
teknologi dan amalan hijau seperti penggunaan alat-alat elektrik cekap tenaga, penggunaan
kenderaan awam atau bahan api alternatif, penjimatan penggunaan air merupakan antara
perkara-perkara yang boleh dipertimbangkan dalam melaksanakan aktiviti harian kita.
Walaupun amalan-amalan hijau bukan merupakan satu kebiasaan pada sebahagian daripada
kita pada masa kini, kita perlu mengubah minda kita bagi memastikan kita masih akan dapat
menikmati kehidupan yang kita nikmati pada hari ini dalam jangka masa panjang.

( 2050 patah perkataan )

9

RUJUKAN

Wan Syakirah ,Miszaina,Mohd Zainal Abidin (2019) , Renuga Veriyah ,The Potential and
Status of Renewable Energy Development in Malaysia .energies MDPI

Aslam ,M.M,Zulkifli,D.A (2013) , Renewable Energy In Malaysia : Experience from Perlis ,
Journal of Energy Technologies Policy ,Vol.3 ,No.11 ,2013

Samizee Abdullah, Engku Ahmad Azrulhisham, Mohd Juhari Mat Basri and Jamel Othman
(2016) Exploring Malaysia’s Small Hydro Potential , Issue 4 and Volume 24 ,HYDRO
REVIEW , https://www.hydroreview.com

Berita harian , Okt .2017 , RE, antara Fokus baharu sumber elektrik TNB , Berita Harian Online
, https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2017/10/332590/re-antara-fokus-
baharu-sumberelektrik-tnb

Muhammad-Sukki, F., Ineguez, R. R., G.Macmeekin, S., Brian, G. S., & Barry, C.
(2011). SOLAR CONCENTRATORS IN MALAYSIA: TOWARDS THE
DEVELOPMENT OF LOW COST SOLAR PHOTOVOLTAIC SYSTEM, 55(1), 53–
65.

Mughal, S., Sood, Y. R., & Jarial, R. K. (2018). A Review on Solar Photovoltaic
Technology and Future Trends. ResearchGate, (April).

Breuste J. The Bandar Hijau: General Concept. InMaking Green Cities 2020 (pp. 1-
15). Springer, Cham.

Nizam, K. (2021). UPM Raih 32 Terbaik Dunia, Ketiga Asia Ranking Hijau UI-Greenmetric.
Retrieved from https://www.upm.edu.my/berita/upm_secures_worlds_top_32nd_
place_and_asias_3rd_best_in_ui_greenmetric_ranking-46423

Paul, P. K., & Ghose, M. K. (2018). Why Green Computing and Green Information Sciences
Have Potentialities in Academics and iSchools: Practice and Educational
Perspectives. In Advances in Smart Grid and Renewable Energy, 435, 103-112.

10

Agarwal, S., Goswami, S., & Nath, A. (2013). Green Computing and Green Technology in
eLearning, Corporate, Business and IT Sectors. International Journal of Computer
Applications, 76, 35-41. doi:10.5120/13262-0741

11


Click to View FlipBook Version