AZILAH|ZAHRA|ATHILANUR|RAIFIE|SYAFIQ|DANIAL|AFIQ|ARIF|FAKHRUL|IZZAH|SOBIRAH|SHAHFIQAH
TABiDgUaL
”Jangan marah nanti kena jual“
Tiga Abdul
Buku ini ditulis buat pembaca
membuka minda seluasnya
bahawa harta dan kekayaan itu
tidak akan menjamin
kebahagiaan
Tiga Abdul
ISI KANDUNGAN
Penghargaan……………………………………………………1
Ahli Kumpulan………………………………………………3
Pengenalan Watak………………………………………4
Prolog………………………………………………………………17
Bab 1…………………………………………………………………20
Bab 2…………………………………………………………………26
Bab 3…………………………………………………………………40
Bab 4…………………………………………………………………48
Bab 5…………………………………………………………………55
Bab 6…………………………………………………………………64
Epilog………………………………………………………………78
QR Code……………………………………………………………81
Tiga Abdul
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat ilahi dengan
izin kurnianya dapat menyiapkan sebuah
naskah yang diadaptasi oleh filem 3
Abdul yang dijayakan oleh Allayarham
Tan Sri P.Ramlee. Sepanjang menjayakan
tugasan ini, kami memperolehi
pengalaman pahit dan manis yang tidak
dapat dilupakan. Banyak nilai yang
dapat diterapkan dalam membangunkan
naskah ini seperti nilai persahabatan,
tanggungjawab, kerjasama dan sebagainya
yang mengeratkan lagi hubungan kami
sebagai kumpulan 3.
Pertama, saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada Dr. Nur
Sofurah Binti Mohd Faiz kerana memberi
bimbingan serta nasihat sepanjang
menjayakan tugasan ini.
1
Tiga Abdul
Selain itu, ucapan terima kasih juga
diberikan kepada seluruh keluarga Tiga
Abdul iaitu kumpulan 3 dalam menjayakan
tugasan ini dengan menghulurkan bantuan
dan kerjasama dalam merealisasikan
naskah ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih
ditujukan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam proses menyiapkan
tugasan ini. Segala bantuan amatlah
kami hargai.
2
Tiga Abdul
Ahli Kumpulan
Mohamad Raifie Bin Asmadun Nur Shahfiqah binti Jusup
(Ketua Kumpulan) (Teknikal 1)
Muhammad Ariff Haqeem Bin Nur Sobirah Afifah Bt Mohamad
Mohamed Razali Safri
(Penolong Ketua Kumpulan) (Teknikal 2)
Afiq Naqiuddin Bin Azlan
(Pengarah Drama) Mohamad Raifie Bin Asmadun
Muhammad Danial Bin Azmi
Zahra Irina Iqua Binti Sahali Nor
(Ketua Manuskrip) Muhammad Ariff Haqeem Bin
Mohamed Razali
Syafiq Izwan Bin Abu
Nurul Izzah Binti Muhmmad Basri Hashim
(Pengisah,Narrator) (Pereka Grafik)
Nur Shahfiqah binti Jusup Muhammad Fakhrul Nazmi Bin
(Pembantu Manuskrip 1) Sulaiman
(Jurugambar)
Nurul Izzah Binti Muhmmad Basri Nurul Azilah Binti Azman
(Pembantu Manuskrip 2) Athilanur Natasha Binti
Nur Sobirah Afifah Bt Mohamad Jalaluddin
Safri (Penyediaan Prop)
(Pembantu Manuskrip 3)
3
Tiga Abdul
PENGENALAN WATAK
Mohamad Raifie - Abdul Wahub
Syafiq Izwan - Abdul Wahib
Muhammad Danial - Abdul Wahab
Muhammad Fakhrul Nazmi - Ismet Ulam
Raja
Afiq Naqiuddin - Sadiq Segaraga
Muhammad Ariff Haqeem - Kassim
Zahra Irina Iqua - Ghasidah
Nurul Azilah - Hamidah
Athilanur Natasha – Rafidah
Nur Sobirah Afifah - Opah
Zahra Irina Iqua - Cucu 1
Nurul Azilah - Cucu 2
Athilanur Natasha - Cucu 3
Syafiq Izwan - Orang Kampung
Muhammad Danial - Orang Kampung
Muhammad Fakhrul Nazmi - Wanita Upahan
4
Tiga Abdul
NAMA : Mohamad Raifie Bin
Asmadun
NO. MATRIK
FAKULTI : DB210039
: Fakulti Pendidikan
KURSUS
Dan Vokasional
TUGASAN : BBF – Multimedia
WATAK
Kreatif
: Ketua Kumpulan
: Abdul Wahub
5
Tiga Abdul
NAMA : Syafiq Izwan Bin Abu
Hashim
NO. MATRIK
FAKULTI : DB210100
: Fakulti Pendidikan
KURSUS
Dan Vokasional
TUGASAN : BBF – Multimedia
WATAK
Kreatif
: Pereka Grafik
: Abdul Wahib
6
Tiga Abdul
NAMA : Muhammad Danial Bin
Azmi Nor
NO. MATRIK
FAKULTI : DB210088
: Fakulti Pendidikan
KURSUS
Dan Vokasional
TUGASAN : BBF – Multimedia
WATAK
Kreatif
: Pereka Grafik
: Abdul Wahab
7
Tiga Abdul
NAMA : Muhammad Fakhrul
Nazmi Bin Sulaiman
NO. MATRIK
FAKULTI : DB210069
: Fakulti Pendidikan
KURSUS
Dan Vokasional
TUGASAN : BBF – Multimedia
WATAK
Kreatif
: Jurugambar
: Ismet Ulam Raja,
Wanita Upahan
8
Tiga Abdul
NAMA : Afiq Naqiuddin Bin
Azlan
NO. MATRIK
FAKULTI : DB210049
: Fakulti Pendidikan
KURSUS
Dan Vokasional
TUGASAN : BBF – Multimedia
WATAK
Kreatif
: Pengarah Drama
: Sadiq Segaraga
9
Tiga Abdul
NAMA : Muhammad Ariff Haqeem
NO. MATRIK Bin Mohamed Razali
FAKULTI
KURSUS : DB210099
TUGASAN : Fakulti Pendidikan
WATAK
Dan Vokasional
: BBF – Multimedia
Kreatif
: Penolong Ketua
Kumpulan
: Kassim
10
Tiga Abdul
NAMA : Zahra Irina Iqua
Binti Sahali
NO. MATRIK
FAKULTI : DB210012
: Fakulti Pendidikan
KURSUS
Dan Vokasional
TUGASAN : BBF – Multimedia
WATAK
Kreatif
: Ketua Manuskrip
: Ghasidah, Cucu 1
11
Tiga Abdul
NAMA : Nurul Azilah Binti
Azman
NO. MATRIK
FAKULTI : DB210008
: Fakulti Pendidikan
KURSUS
Dan Vokasional
TUGASAN : BBF – Multimedia
WATAK
Kreatif
: Penyediaan Prop
: Hamidah, Cucu 2
12
Tiga Abdul
NAMA : Athilanur Natasha
Binti Jalaluddin
NO. MATRIK
FAKULTI : DB210062
: Fakulti Pendidikan
KURSUS
Dan Vokasional
TUGASAN : BBF – Multimedia
WATAK
Kreatif
: Penyediaan Prop
: Rafidah, Cucu 3
13
Tiga Abdul
NAMA : Nur Sobirah Afifah
Binti Mohamad Safri
NO. MATRIK
FAKULTI : DB210020
: Fakulti Pendidikan
KURSUS
Dan Vokasional
TUGASAN : BBF – Multimedia
WATAK
Kreatif
: Teknikal 2
: Opah
14
Tiga Abdul
NAMA : Nurul Izzah Binti
Muhmmad Basri
NO. MATRIK
FAKULTI : DB210045
: Fakulti Pendidikan
KURSUS
Dan Vokasional
TUGASAN : BBF – Multimedia
WATAK
Kreatif
: Pengisah (Narrator)
: Mak Aji
15
Tiga Abdul
NAMA : Nur Shahfiqah Binti
Jusup
NO. MATRIK
FAKULTI : DB210024
: Fakulti Pendidikan
KURSUS
Dan Vokasional
TUGASAN : BBF – Multimedia
Kreatif
: Teknikal 1
16
Tiga Abdul
PROLOG
Senja turun dalam iringan mendung
dan rinai. Tidak ada langit yang
memerah. Tiada sinar senja yang selalu
terlihat indah di hujung cakerawala. Di
rumah opah di hujung kampung terdengar
riuh dek suara gelak tawa cucu-cucu
kesayangannya. Televisyen di ruang tamu
rumah opah tidak dipasang kerana semua
sibuk dengan kegiatan sendiri. Ada yang
sedang bermain batu seremban, menyanyi
dan berjoget sakan dan ada juga yang
bermain telefon pintar tidak lekang di
tangan.
Opah yang tadinya berada di bilik
berjalan menuju ke ruang tamu dan duduk
di kerusi bersebelahan dengan
televisyen. Opah terlihat sangat
gembira dengan telefon pintar yang baru
dibeli oleh anaknya yang berkerja di
bandar. Cucu opah yang bernama Azilah
terlihat mundar-mandir mencari sesuatu.
Apabila terlihat opah terus dia berlari
anak dan duduk di sebelah opahnya.
17
Tiga Abdul
“Opah, mana remote tv opah? Azi nak
tengok cerita korea semalam la opah. Azi
tak tengok habis lagi” Kata Azilah
sambil memeluk manja opah. “Jangan
kacau opah la, opah tengah tengok tiktok
ni” kata opah sambil melihat telefon
pintarnya. Zahra pula yang tadinya
sedang sibuk merakam dirinya bermain
batu seremban terus mencela kerana
teringat drama melayu yang sedang
berlangsung di TV3. “kau ni pun bah,
tengok korea ja. Bagus lagi kita tengok
satu drama ni, nama dia Melur Untuk
Firdaus. Pelakon lelaki dia hensem tau”
dengan loghat Sabah Zahra cuba untuk
memancing Azilah untuk melihat dramanya
pula. “Ehh sudah-sudah, korang ni
bertekak je. Biar opah yang pilih. Opah
nak tengok cerita opah” kata opah pula.
“opah nak tengok cerita apa opah?” Tanya
Athila. “Cerita 3 Abdul” Kata Opah.
“Hah? Cerita 3 Abdul, cerita apa tu
opah?” Atila bertanya lagi. Cucu-cucu
opah yang lainnya terlihat teruja. “iya
3 Abdul, Zahra tolong opah pasangkan tv”
kata opah sambil menunjuk television.
“Baik opah” jawab Zahra lalu menuju ke
arah televisyen dan memasangnya. Cerita
3 Abdul pun bermula dan cerita ini
18
Tiga Abdul
dimulakan oleh seorang pencerita yang
meceritakan tentang satu negeri yang
terdapat seorang hartawan kaya-raya
yang mempunyai 3 orang anak lelaki.
19
Tiga Abdul
BAB 1
20
Tiga Abdul
Pencerita:
Di dalam negeri Isketambola, terdapat banyak hartawan-hartawan
yang kaya-raya. Tapi, ada yang lagi kaya, hartanya berkoyan-
koyan. Nama hartawan ini ialah Ismet Ulam Raja, adik-beradik
kepada Ulam Pegaga. Ismet ulam raja ini mempunyai 3 orang anak
lelaki yang bernama Abdul Wahab, Abdul Wahib dan yang terakhir
ialah Abdul Wahub. Di dalam negeri tersebut terdapat juga seorang
hartawan yang bernama Sadiq Sigaraga yang mempunyai 3 anak
perempuan yang sangat jelita. Namun, Sadiq Sigara nampaknya
sudah semakin muflis dengan perniagaannya. Dia sangat
mengkuatiri perihal dirinya dan mencuba untuk merancang sesuatu
untuk menyelamatkan dirinya daripada muflis.
Hujan lebat di negeri Isketambola
nampaknya memberi suatu petanda yang
kurang baik kepada keluarga Ismet Ulam
Raja. Terdengar suara guruh sahut-
menyahut dan hujan membasahi pelusuk
negeri seperti sedang meratapi
seseorang yang sedang sakit tenat.
Terlihat Ismet Ulam Raja duduk di ruang
kerja rumahnya berasa sangat resah
sambil mengangkat telefon yang
berdering tidak berhenti.
21
Tiga Abdul
Ringggg, ringgg, ringggg..
“Hello! Ya! Hantar kapal-kapal escort.
Ya! Kapal Flancot… Yaa!”
Ringggg, ringgg, ringggg..
“Hello! Ya! Kapal ekor… Yaa! Di sini
Ismet bercakap. Besok pagi! yaa!
Ringggg, ringgg, ringggg..
“Hello!” Suara Ismet Ulam Raja
tersekat-sekat di sebabkan kesakitan.
Ismet Ulam Raja memegang dadanya cuba
menahan sakit. “Yaa! minta… Allah,
Allah…” Ismet Ulam Raja terjatuh dan
terbaring di lantai merasa sangat sakit
dan cuba untuk memanggil anak-anaknya
yang berada di luar bilik kerjanya.
“Abdul Wahab, Abdul Wahib, Abdul Wahub”
panggil Ismet Ulam Raja cuba menahan
sakitnya. Terlihat Ismet Ulam Raja
sangat kesakitan. Di sebabkan bunyi
hentakkan yang kuat pada lantai rumah
mereka, ketiga-tiga anaknya bergegas ke
bilik kerja Ismet Ulam Raja.
“Ayahanda!” Kata ketiga-tiga anaknya.
Kelihatan Abdul Wahub sangat risau akan
keadaan ayahandanya yang terlihat
semakin tenat. Namun, Abdul Wahab dan
Abdul Wahib pula terlihat bersahaja dan
22
Tiga Abdul
seperti ada udang di sebalik batu yang
mempunyai muslihat sendiri.
“Ayahanda, kalau ayahanda mati
siapakah yang akan mewarisi semua harta
ayanda?” kata Abdul Wahib selamba.
“Mengapa kakanda terlalu biadab sekali
bertanya soal ini di hadapan ayahanda”
Marah Abdul Wahub. “Itu bukan soal
biadab Abdul Wahub. Kakanda berdua cuma
ingin tau sahaja” jawab Abdul Wahab pula
cuba untuk membela Abdul Wahib. “Kanda
juga memang sama! Memang kanda berdua
mahu ayahanda mati” Kata Abdul Wahub
marah dengan kedua abangnya yang
sentiasa memikirkan pasal harta sahaja.
Mereka langsung tidak peduli dengan
kesihatan dan keadaan ayahnda mereka
yang semakin teruk itu. “Sudah! jangan
bergaduh anakanda bertiga tidak ubah
macam anjing dengan kucing. Asyik
bergaduh saja!” ayahanda cuba untuk
menahan sakitnya. Kasihan akan keadaan
ayahandanya terus Abdul Wahub cuba
untuk memujuk untuk pergi ke hospital.
“Ayahanda! Ayuh kita ke hospital
ayahanda”. Mereka memang sudah lama
lali sebenarnya dengan sikap Ismet Ulam
Raja yang sangat tidak suka ke hospital
apabila tidak sihat. “Hospital?
23
Tiga Abdul
Ayahanda tidak mahu!” tolak Ismet Ulam
Raja. “Bukankah adinda tahu ayahanda
tidak suka ke hospital? Mengapa
dipaksa-paksa”, “Adinda memang suka
mencari kebencian orang!” tempik Abdul
Wahab dan Abdul wahib cuba membatu api
keadaan. “Sudah! Diam! Kalau mahu
bertekak pergi ke luar! Keluar!...
Allah” Ismet Ulam Raja sangat
kesakitan. Dia memegang dadanya dan
terus tidak sedarkan diri. “Ayahanda!”
kata ketiga-tiga anaknya. Mereka
bertiga kelihatan sangat resah dan
risau.
Hujan di luar semakin lebat. Suara
guruh sabung-menyabung. Kilat sambar-
menyambar. Dunia terasa gelap tiada
cahaya. Apabila para pakar kesihatan
datang. Mereka mengesahkan yang Ismet
Ulam Raja ayahanda kepada 3 orang anak
lelaki hartawan kaya itu telah
menghembuskan nafas yang terakhir.
Luluh dan sayu hati mereka bertiga
mengetahui ayahanda mereka sudah tiada.
Namun, Abdul Wahab dan Abdul Wahib pula
teringat-ingat akan harta peninggalan
ayahanda mereka. Mereka tidak sabar
untuk mendapatkan harta tersebut untuk
kesenangan hidup mereka. Ketamakan
24
Tiga Abdul
mereka ini sudah pasti akan membuatkan
mereka menjadi lalai dengan dunia yang
mereka cipta sendiri tanpa bimbingan
ayahanda mereka.
25
Tiga Abdul
BAB 2
26
Tiga Abdul
Di pejabat Sadiq Sigaraga yang
sangat cantik dihiasi dengan banyak
perkakasan dan hiasan menarik dari
bermacam negara sudah pasti dapat
menyejukkan mata yang memandang. Namun,
Sadiq Sigaraga kelihatan agak tidak
keruan memikirkan nasibnya kerana
perniagaannya semakin buruk. Kelihatan
dia duduk kemudian bangun semula. Sadiq
Sigaraga mundar mandir di kawasan meja
kerjanya. Terus dia teringat akan
penasihatnya yang sentiasa memberikan
buah fikiran yang bernas untuk
mengeluarkan dirinya daripada masalah
yang membelenggu fikiran. Tanpa
berfikir panjang dia terus menyuruh
pembantu pejabatnya untuk memanggil
Kassim yang digelar tuan penasihat.
Tidak lama kemudian terdengar pintu
pejabatnya diketuk. Terus dia menyuruh
masuk.
27
Tiga Abdul
“Masuk!”
“Sebab apa tuan Sadiq Sigaraga
menjemput saya kemari?” Tanya kassim.
“Begini, perniagaan saya semakin lama
semakin merosot, hutang pun bertambah.
Itulah sebabnya saya memanggil tuan
penasihat kemari kerana hendak meminta
buah fikiran, apa yang harus saya buat?”
ujar Sadiq Sigaraga.
“Ohh, itu sangat senang. Bukankah tuan
tahu allahyarham Ismet Ulam Raja ada
meninggalkan banyak harta, kahwinkan
saja anak tuan kepada mereka” Jawab
Kassim dengan yakin sekali.
“hah!? Kahwinkan anak saya?” Tanya
Sadiq Sigaraga. Dia agak terkejut
dengan cadangan Kassim yang dianggap
akan memberi masalah lagi kepada
dirinya.
“Iya betul sekali tuan. Tapi, sebelum
kita kahwinkan anak tuan dengan mereka,
kita sudah buat satu syarat”
“Dengan apa syarat?” Tanya Sadiq
Sigaraga yang mulai tertarik dengan
perancangan Kassim.
“Hahh! Begini syaratnya tuan Sadiq
Sigaraga” Kassim mendekati Sadiq
28
Tiga Abdul
Sigaraga dan membisikkan rancangannya.
Senyuman sinis tidak lekang dari
wajahnya. Dia pasti Sadiq Sigaraga akan
bersetuju dengan rancangannya itu.
“Ha! Ha! Ha! Bagus! Memang tuan orang
yang bijak. Kepala hotak tuan nombor
satu. Ha! Ha! Ha!” Sadiq Sigaraga amat
senang dengan rancangan yang dibuat
oleh Kassim.
“Jika rancangan ini berjaya, saya akan
memberikan ganjaran sebanyak dua puluh
persen kepada kamu” kata Sadiq Sigaraga
kepada Kassim.
“Baik Tuan!” Jawab Kassim dengan
gembiranya. Dalam fikiran Kassim dia
yakin yang perancangannya akan Berjaya.
Sadiq Sigaraga pasti bahawa dirinya
akan menjadi lagi kaya dan menjadi
hartawan terkaya di Negeri Isketambola.
29
Tiga Abdul
“ Duit ibarat ratu lebah yang beranak setiap hari,
Terus membesar, tamak.
Wang seperti notasi genetik yang tidak terkawal.
Mempunyai harta adalah satu rezeki,
Menikmati harta sendiri adalah keniknamatan.
Mengambil hak orang lain adalah kekejaman.
Maka, nikmati harta dengan adil nescaya kita akan lebih rasa
bahagia. “
30
Tiga Abdul
Suasana di kedai haiwan milik
kakanda Abdul Wahab amat indah pada hari
yang cerah ini. Abdul Wahab kelihatan
segak memakai kot hitam dan dipadankan
dengan kopiah tarbusnya. Burung di
dalam sangkar berkicau, kedengaran juga
bunyi tikus berdecit dan bunyi haiwan-
haiwan lain di dalam kedai milik Abdul
Wahab. Kucing yang berada di pangkuan
Abdul Wahab sangat manja dan comel
sekali. Tiba-tiba kedengaran pula bunyi
kucing mengiau dari luar kedai cuba
menarik perhatian Abdul Wahab.
“Eh, kucing mana pula yang mengiau ni?”
Abdul Wahab memandang kearah pintu
masuk kedai dan kelihatan seorang gadis
yang sangat jelita. Gadis tersebut
tidak asing lagi. Dia merupakan anak
dara jelita kepada Sadiq Sigara. “Oh,
Hamidah Sigaraga rupanya, silakan masuk
adinda.” Jemput Abdul Wahab dia terus
melepaskan kucing yang berada di
pangkuannya dan mendekati Hamidah.
Hamidah pun mendekati Abdul Wahab dan
bercakap dengan lembut sekali.
“Dinda datang nak beli kucing, kucing
yang pandai berkata-kata dan pakai
tarbus” Kata Hamidah cuba bermanja.
31
Tiga Abdul
“Kucing yang pakai tarbus tak ada di
sini dinda, tapi orang yang pakai tarbus
belum ada yang punyaaa!..” jawab Abdul
Wahab mula terpancing dengan Hamidah.
“Hahh, kucing tu la yang dinda nak beli”
Jawab Hamidah sambil tersenyum malu.
“Kenapa tak cakap siang-siang sayang?”
Abdul Wahab cuba menyentuh Hamidah.
Hamidah terus berundur menjauhi Abdul
Wahab.
“Eh jangan pegang, dosa! Kalau nak
pegang mesti masuk meminaang..”
“Meminang? Itu perkara senang. Besok
Abdul Wahab dataaang..!” Jawab Abdul
Wahab. Dia sangat gembira pada hari itu.
Keesokan harinya dia datang ke rumah
Sadiq Sigaraga untuk menyunting anak
dara jelitanya untuk dijadikan isteri.
32
Tiga Abdul
Lain pula suasana di kedai gajet
milik Abdul Wahib. Abdul Wahib yang
sedang melihat beberapa buah telefon
yang baru tiba di kedainya itu terganggu
apabila terlihat kedatangan jelitawan
adinda Rafidah yang mengenakan busana
serba coklat. Rafidah terlihat sangat
cantik dengan pakaiannya itu. Abdul
Wahib dan Rafidah sebenarnya dari dulu
lagi saling suka. Namun, umur mereka
yang dianggap masih ‘setahun jagung’
itu menghalang mereka. Sekarang
keduanya sudah semakin dewasa. Tidak
salah sekiranya mereka membuka ‘langkah
kanan’ untuk menjalinkan hubungan
cinta. Rafidah menyapa dengan lembut.
Dia kelihatan ‘malu-malu kucing’ semasa
bercakap dengan Abdul Wahib.
“Hai kanda Abdul Wahib, apa khabar
kanda? Dinda datang ini sebab rindu
kepada kanda”
“Yaka rindu? Kalau rindu kanda lagi
rindu. Mandi tak basah, makan tak
kenyang, tidur tak lena” Jawab Abdul
Wahib senang.
“Kalau kaki tersadung batu, jatuh
selalu tersembam ke tanah. Ah orang
lelaki memang begitu, sumpahnya selalu
33
Tiga Abdul
tunainya tak pernah!” Rafidah mula
bermain kata dengan Abdul Wahib.
“kaki bukan sebarang kaki, kaki diorder
dari Egypt, lelaki bukan sebarang
lelaki, hah ini lelaki Abdul Wahib”
Bidas Abdul Wahib pula cuba meyakinkan
Rafidah.
“Kalau merpati sudah terpikat, jangan
terlepas ikatan benang. Kalau hati
sudah terpikat, lekas-lekaslah masuk
meminang!” Kata Rafidah sambil
tersenyum bahagia. Hatinya berbunga-
bunga.
“Memineengg? Hiiiii” Abdul Wahib
diambang penyakit cinta. Rafidah pun
pulang setelah memberitahu isi hatinya
kepada Abdul Wahib. Abdul Wahib
tersenyum lebar. Arrh, bunga yang
dikenali sekian lama telah menerbitkan
dan mencipta satu pijaran cahaya dalam
dirinya. Cahaya itu menyatu sukma-pada
pagi hari ketika matahari menguak dan
menyerap ke seluruh nadinya. Terasa
begitu indah segalanya, bagaikan dia
berada dalam lingkaran jutaan bunga
dari syurga.
34
Tiga Abdul
Di tengah negeri terlihat sebuah
kedai alat musik dengan milik anak
bongsu kepada Ismet Ulam Raja iaitu
Abdul Wahub. Abdul Wahub memiliki
kepandaian dan kematangan dalam
hidupnya. Dia kelihatan lebih matang
dan bijaksana dari kedua abangnya.
Abdul Wahub yang sangat suka bermain
musik dan menyanyi telah berjaya
memiliki sebuah kedai musik. Sedang dia
sibuk bermain dengan gitar kesayangnya
muncul pula seorang gadis yang
berpakaian serba indah. Dia memegang
kipas di tangannya cuba berlagak
sombong. Wajahnya yang cantik dan ayu
itu mahu tidak mahu melayan Abdul Wahub.
Dia disuruh oleh ayahandanya untuk
memikat hati Abdul Wahub. Ghasidah
Sigaraga merupakan anak perempuan yang
baik sebenarnya. Tidak terikut dengan
sikap kedua kakaknya iaitu Rafidah dan
Hamidah yang agak gedik apabila
berhadapan dengan jejaka. Desakan
terus-menerus oleh ayahandanya terpaksa
dituruti oleh Ghasidah yang disuruh
untuk memikat hati Abdul Wahub.
Ghasidah pura-pura berlagak sombong dan
menegur Abdul Wahub.
“Oii, di sana!” tempik Ghasidah.
35
Tiga Abdul
“Amboi, cantiknya bahasa. Apa di sana
mahu?” Abdul Wahub cuba bersabar dengan
gelagat Ghasidah. Tiada angin, tiada
ribut tiba-tiba pula menegurnya
sebegitu rupa. Mesti ada ‘udang di
sebalik batu’. Dia tahu yang abang-
abangnya telah didatangi kedua anak
dara Sadiq Sigaraga untuk memikat
mereka. Mesti Sadiq Sigaraga tidak tahu
Abdul Wahub seorang yang bijak pandai.
Abdul Wahub melayan sahaja rancangan
buruk Sadiq Sigaraga. Ghasidah pun cuba
memancing Abdul Wahub dengan lagak
sombongnya.
“Di sini datang nak beli kedai ni dengan
di sana sekali. Berapa di sana mahu
jual?” Kata Ghasidah sombong.
“Oh perli ya? Sudahlah pergi balek!”
Tolak Abdul Wahub.
“Di sini tak mahu balek!” Kata Ghasidah
sambil menyilang tangannya dan
memalingkan muka. Abdul Wahub berjalan
mendekati Ghasidah.
“Mesti bapa di sana hantar ke mari untuk
memikat di sini ya?” Tanya Abdul Wahub.
“Ya! Memang bapa di sini suruh di sini
memikat di sana, tapi di sini tak hingin
36
Tiga Abdul
pun la dengan muka yang di sana tu!”
tempik Ghasidah.
“Eh, cakap lawa konon. Apa di sana fikir
di sana banyak cantik!? Kalau muka macam
di sana tu di sini sanggup jadi bujang
lapok! Di sini pun tak hingin dengan
yang di sana.” Jawab Abdul Wahub cuba
berbohong dengan Ghasidah yang cantik
serba-serbi. Abdul Wahub hanya
membutakan mata sahaja cuba menidakkan
kecantikan semula jadi di raut wajah
Ghasidah.
“Heeleeh, muka macam di sana tu sekali
di sini petik jari, satu negeri ni nak
tau.” Ghasidah memetik jarinya semasa
bercakap, dia mula geram dengan sikap
Abdul Wahub.
“Satu negeri yang nak tau” Abdul Wahub
mengulang percakapan Ghasidah semula.
Mengejek percakapannya itu.“Kalau satu
negeri yang nak tu sudah tua-tua
berjanggut nak mampus buat apa!?” Abdul
Wahub memanaskan keadaan. Ghasidah
sakit hati dengan sikap dan cara layanan
Abdul Wahub terhadapnya. Dia terus
keluar dari kedai Abdul Wahub dan pulang
ke rumahnya.
37
Tiga Abdul
Perancangan Sadiq Sigaraga untuk
menyatukan anak-anak gadisnya berjaya
kecuali Ghasidah dengan Abdul Wahub
sahaja. Namun, Sadiq Sigaraga tetap
berpuas hati kerana dia tahu yang harta
Abdul Wahab dan Abdul Wahub lagi banyak
dari Abdul Wahub yang hanya mempunyai
kedai musik sahaja. Sebelum upacara
perkahwinan berlangsung Sadiq Sigaraga
sudah menyiapkan satu surat perjanjian
kepada mereka. Mereka harus akur dengan
apa yang tertulis di dalam surat
perjanjian tersebut. Dalam surat
perjanjian ada menyatakan yang Abdul
Wahab dan Abdul Wahib tidak boleh marah
walau apa sahaja yang dilakukan oleh
Sadiq Sigaraga. Sekiranya mereka
didapati marah maka seluruh harta
mereka akan dirampas dan diri mereka
sendiri akan dijual. Abdul Wahab dan
Abdul Wahub yang sudah dilemma dengan
cinta buta tidak berfikir panjang.
Mereka terus saja menandatangani surat
perjanjian yang dibuat oleh Sadiq
Sigaraga. Mereka berdua langsung tidak
memikirkan sebarang andaian yang akan
berlaku ke atas mereka.
38
Tiga Abdul
Majlis perkahwinan pun berlangsung
dengan sangat meriah menyambut acara
perkahwinan sulung kedua-dua anak
hartawan kepada Ismet ulam Raja dan
Sadiq Sigaraga. Acara perkahwinan
dibuat secara besar-besaran lagaknya
seperti pesta yang dibuat selama 7 hari
7 malam. Terpamer senyum gembira di
wajah Abdul Wahab dan Abdul Wahib di
hari perkahwinan mereka. Mereka berdua
tidak tahu kegembiraan yang dirasai
mereka itu akan berubah kerana
perancangan licik Sadiq Sigaraga dan
Kassim yang bakal memporak-porandakan
hidup Abdul Wahab dan Abdul Wahib.
Perancangan telah diatur oleh Sadiq
Sigaraga dan Kassim untuk merebut harta
Abdul Wahab dan Abdul Wahib. Senyuman
di raut wajah Sadiq Sigaraga juga tidak
lekang memikirkan habuan yang akan dia
perolehi.
39
Tiga Abdul
BAB 3
40
Tiga Abdul
Setelah selesai hari perkhawinan
Abdul Wahab dan Abdul Wahib mereka pun
menjalankan hari-hari mereka seperti
biasa. Mereka pergi bekerja dari pagi
sehingga malam. Abdul Wahab dan Abdul
Wahib sangat penat dan berasa sangat
lapar pada malam itu kerana tidak
menjamah sebarang makanan kerana
terlalu sibuk. Terimbau-imbau dalam
ingatan mereka makanan yang akan
disajikan oleh isteri mereka setibanya
sampai di rumah nanti. Namun, ‘malang
tidak berbau’ Sadiq Sigaraga sudah pun
merencanakan suatu muslihat yang akan
menjerat mereka berdua.
Setelah mereka berdua sampai di
rumah mereka di sambut oleh isteri
mereka masuk ke dalam rumah. Mereka
terus di suruh untuk pergi ke dapur
kerana makan malam sudah disajikan di
atas meja. Sadiq Sigaraga dan Kassim
turut berada di dapur sambil berdiri
menunggu mereka. Kelihatan senyuman
Sadiq Sigaraga tidak lekang di
wajahnya. Namun, di sebabkan perut
sudah berkeroncong minta diisikan
makanan senyuman penuh muslihat itu
langsung tidak dihiraukan oleh Abdul
Wahab dan Abdul Wahib. Sadiq Sigaraga
41
Tiga Abdul
kemudiannya menyapa mereka berdua
dengan mesra.
“Selamat pulang anakanda”
“Terima kasih ayahanda” Kata Abdul
Wahab dan Abdul Wahib serentak.
“Jemputlah makan adinda” kata Abdul
Wahab menjemput isterinya makan
bersama.
“Tak boleh kanda, dalam rumah ini ada
undang-undang. Kalau suami makan,
isteri harus menjadi pelayan.” jawab
Hamidah menolak ajakan suaminya. Kedua
mereka kehairanan dengan undang-undang
tersebut namun bersikap bersahaja saja.
“Ayahanda, silakan makan” jemput Abdul
Wahab pula kepada ayahanda yang berdiri
sejak mereka pulang ke rumah.
“Ehh, ayahanda tidak boleh duduk. Kalau
menantu makan, ayahanda kena lah jadi
hakim” jawab Sadiq Sigaraga sambil
tersengih-sengih.
“Aik, jadi hakim? Ini sudah macam
mahkamah” bidas Abdul Wahib pula
kebingungan dengan sikap orang di rumah
mereka itu.
42
Tiga Abdul
“Mahkamah pun mahkamah lah. Perut sudah
lapar, ayuh kita makan” kata Abdul Wahab
kepada Abdul Wahub. Ketika mereka
berdua ingin menjamah makanan yang
terhidang Sadiq Sigaraga terus
menghalang.
“Ehh, kamu berdua tidak boleh makan.
Sebelum makan, kena la ambil bau
duhulu.” Dengan sinis Sadiq Sigaraga
cuba ingin memancing kesabaran Abdul
Wahab dan Abdul Wahib.
“Hmmm Masyallah, lazat sekali makanan
ini” Jawab mereka berdua mengikut
sahaja perintah Sadiq Sigaraga.
“Hamidah, Rafidah angkat semua makanan
ini ke dalam” arah Sadiq Sigaraga kepada
kedua anak perempuannya. Abdul Wahab
terus berdiri ingin marah. Terasa
dirinya dipermain-mainkan oleh Sadiq
Sigaraga. Namun, Abdul Wahib dengan
segera menarik Abdul Wahab ke ruang tamu
untuk berbincang dan menyabarkan Abdul
Wahab.
“Apa maksudnya semua ini?” kata Abdul
Wahab kebingungan dan marah dengan
perlakuan Sadiq Sigaraga.
43
Tiga Abdul
“Apa macam ni kanda, kanda lapar tak?”
Tanya Abdul Wahib.
“Lapar, tapi tengoklah dia tu, entah apa
dia buat tunggu kat tangga tu. Jangan-
jangan dia takut kita jenguk ke dapur
curi makan tak?” kata Abdul Wahab sambil
menunjuk ke arah Kassim yang sedang
tunggu di tangga sambil memegang
sesuatu.
“Entahlah Abdul Wahab, marilah kita
naik, kita pergi tidur” Abdul Wahib
mengajak Abdul Wahab tidur di atas
walaupun mereka belum menjamah makanan
lagi. Namun, tiba-tiba Kassim
menghalang laluan mereka.
“Heyy! Mana kamu mau pergi hah!?” Kata
Kassim sambil menayangkan papan tanda
‘NO ENTRY’.
“‘NO ENTRY’? apa maksudnya semua ini!?”
Kata Abdul Wahib marah.
“Apa maksudnya semua ini!?” kata Abdul
Wahab sambil bercekak pinggang. Rasa
marahnya semakin membuak-buak. Dengan
rasa lapar dan ingin berehat tiba-tiba
pula di larang untuk naik ke bilik
mereka.
44
Tiga Abdul
“Sabar, ini semua undang-undang” dengan
selambanya Kassim menjawab.
“Undang-undang siapa!?” tanya Abdul
Wahab semula.
“Undang-undang Tuan Sadiq Sigaraga!”
Jawab Kassim sambil ketawa.
“Sadiq Sigaraga!?” kata Abdul Wahib.
“Ini boleh mendatangkan marah!!” Abdul
Wahab sudah meninggikan suaranya.
Sabarnya sudah dipenghujung. Abdul
Wahib pula cuba menenangkan Abdul
abangnya. “Sabar kanda, sabar..” Kata
Abdul Wahib. Rupanya sedari tadi lagi
Hamidah dan Rafidah sudah berada di
ruang tamu mendengar perbualan suami
mereka dengan Kassim. Hamidah dan
Rafidah kemudian mencelah percakapan
mereka.
“Benar wahai kanda Abdul Wahab dan Abdul
Wahib. Dalam rumah ini ada undang-
undangnya. Barang siapa yang menikah
dengan adinda berdua tidak dibenarkan
tidur di dalam bilik” Kata Hamidah.
“Kalau tidak boleh tidur di dalam bilik,
di mana kanda mahu tidur!?” Tanya Abdul
Wahib cuba bersabar.
45
Tiga Abdul
“Tidur di kandang kuuuudaa” jawab
Rafidah pula cuba membatu api keadaan
yang sudah sedia tegang.
“Hahh!? Kandang kuda!?” Abdul Wahib
semakin hilang sabar.
“Berapa lama!? Satu bulan!? Satu
tahun!?” Abdul Wahab semakin berang
dengan undang-undang yang dibuat.
Kesabarannya semakin hilang.
“Untuk selama-lamanya kanda” jawab
Hamidah.
“Hoii! Dengar sini. Kami ini suami
kamu!!” Tengking Abdul Wahab marah.
Suasana di rumah Sadiq Sigaraga semakin
tegang.
“Apa bising-bising ni hahh?” kata Sadiq
Sigaraga yang baru muncul dengan
senyuman sinisnya. Sadiq Sigaraga hanya
tersengih-sengih melihat keadaan Abdul
Wahab dan Abdul Wahib yang semakin tidak
keruan itu. Nampaknya dia sudah semakin
berjaya membuatkan mereka berdua marah.
“Ayahanda! Undang-undang yang ayahanda
buat ini tidak patut sama sekali!” Marah
Abdul Wahab.
“Hehh? Jadi anakanda marah lah?” Sadiq
Sigaraga sinis menjawab Abdul Wahab.
46
Tiga Abdul
“Jangan katakan anakanda berdua,
sesiapapun dalam dunia ini mesti
marah!” Jawab Abdul Wahab dengan
suaranya yang tinggi.
“Aikkk? Marah yaa?” tanya Sadiq
Sigaraga semula. Dia semakin seronok
seperti mengejek mereka berdua.
“Yaa! Memang kami marah! Tua Kutuk! Tak
Sedar diri!” Jawab Abdul Wahib.
“Nak Mampus!” Kata mereka serentak.
Sadiq Sigaraga nampak sangat puas dan
gembira bila melihat Abdul Wahab dan
Abdul Wahib marah teruk.
“HAHAHAHAH! Oleh kerana anakanda berdua
marah, anakanda akan dijual. Tuan
Penasihat!” Sadiq Sigaraga melihat ke
arah Kassim dan mereka berdua berkata,
“Dua puluh persen!”. Maka bermula dari
hari itu Abdul Wahab dan Abdul Wahib
telah dijual dan harta mereka pun
dirampas kerana telah melanggar surat
perjanjian yang mereka telah
persetujui. Semakin kaya lah Sadiq
Sigaraga setelah berjaya menumpaskan
Abdul Wahab dan Abdul Wahib.
47