Tiga Abdul
BAB 4
48
Tiga Abdul
Setelah kejadian yang berlaku di
rumah Sadiq Segaraga, akhirnya Abdul
Wahab dan Abdul Wahib menjadi muflis dan
mereka pun dijual. Sadiq Segaraga
berasa sangat gembira dengan
perbuatannya itu.
Sadiq Segaraga berasa megah dengan
kekayaan yang dia telah perolehi.
Beliau tidak lagi memikirkan tentang
kehadiran Abdul Wahub selepas ini.
Selepas beberapa hari kemudian
Abdul Wahab dan Abdul Wahib dijual,
Abdul Wahub pun datang ke pejabatnya.
Beliau pun mengetuk pintu pejabat Sadiq
Segaraga. Sadiq Segaraga dan Kassim
yang sedang memeriksa fail-failnya
diatas meja terkejut dengan bunyi
ketukan pintu tersebut lalu berkata
“Siapakah itu?” Kemudian Abdul Wahub
pun masuk ke ruangan pejabat Sadiq
Segaraga lalu memberi salam kepada
49
Tiga Abdul
Abdul Wahab “Assalamualaikum Tuan Sadiq
Segaraga”. Alangkah terkejutnya Sadiq
Segaraga kerana Abdul Wahub datanng ke
pejabatnya. “Waalaikumsalam Abdul
Wahub. Silakan duduk” Jawab Sadiq
Segaraga.
Sadiq Segaraga tidak akan menyangka
yang Abdul Wahub akan datang ke
pejabatnya. Lalu Sadiq Segaraga pun
bertanya “Apakah hajat tuan kemari?”.
Lalu Abdul Wahub pun menjawab “Tujuan
hamba datang kemari ini kerana hamba
begitu terpikat dengan anak tuan hamba,
Ghasidah. Jadi sekiranya tuan hamba
bersetuju, hamba berhajat dan ingin
memperisterikan Ghasidah.”
Sadiq Segaraga pun ketawa sinis
lalu berkata “Hahahaha! Tuan hamba
tidak boleh memperisterikan anak hamba,
kerana kedudukan tuan sangatlah tidak
setaraf dengan hamba!”
50
Tiga Abdul
Sadiq Segaraga sangat yakin dengan
kekayaan yang dia miliki. “Haihh, Tuan
jangan pandang hamba ini tidak punya
harta. Hamba lagi kaya, lebih kaya dari
tuan hamba. Lebih kaya dari Abdul Wahab
dan Abdul Wahib.” Kata Abdul Wahub. Lalu
Abdul Wahub pun meletakkan sebuah fail
yang dia pegang ke atas meja Sadiq
Segaraga. Lalu Sadiq Segaraga dan
Kassim pun mengambil fail tersebut.
Sadiq Segaraga yang ketawa sinis
tadi menjadi terkejut kerana isi
kandungan yang terdapat dalam fail
tersebut. “Aikkk, harta Ismet di luar
negara!! Afghanistan, Turkistan,
Hindustan, Pakistan, Go Head Gostan??!
Di mana itu?” kata Sadiq Segaraga. Abdul
Wahub pun menjawab sambil menyindir
Sadiq Segaraga “Dekat-dekat dengan
negeri setan!”. Sadiq Segaraga dan
Kassim tidak menyangka yang Abdul Wahub
51
Tiga Abdul
lagi kaya daripada mereka. “Kaya,
sungguh kaya. Baiklah tuan hamba boleh
menikahi Ghasidah, tapi dengan satu
syarat. Jikalau tuan hamba marah, harta
tuan hamba akan hamba rampas dan tuan
hamba juga akan dijual.” Kata Sadiq
Segaraga kepada Abdul Wahub.
Lalu Abdul Wahub pun bertanya
“Jikalau tuan hamba pula yang marah?”
Sadiq Segaraga pun menjawab sambil
ketawa sinis “Hahahahahah, kalau hamba
yang marah,hamba tiada apa-apa”. Abdul
Wahub pun terkejut lalu berfikir.
Kemudian, Abdul Wahub pun berkata
“Itu perjanjian yang berat sebelah.
Jadi beginilah, kalau hamba marah,
serta harta hamba akan dirampas dan
hamba akan dijual. Begitu juga dengan
tuan hamba. Sekiranya tuan hamba marah,
harta tuan hamba juga akan dirampas dan
52
Tiga Abdul
tuan hamba pun dijual. Bagaimana dengan
itu?”.
Lalu Sadiq Segaraga pun berfikir
lalu meminta Abdul Wahub untuk memberi
dia beberapa minit untuk membincangkan
perkara itu dengan Kassim. Sadiq
Segaraga dan Kassim pun berbincang dan
akhirnya mereka pun setuju. Abdul Wahub
pun mengeluarkan surat kontrak tersebut
dan menandatangani surat kontrak itu
lalu diikuti oleh Sadiq Segaraga dan
disaksikan oleh Kassim. Setelah surat
kontrak itu telah dipersetujui, Abdul
Wahub pun meminta izin untuk keluar.
Sadiq Segaraga merasakan yang
perjanjian yang mereka telah persetujui
ini akan memberi habuan yang sangat
besar baginya sekiranya beliau berjaya
membuat Abdul Wahub marah. Namun, Sadiq
Segaraga tidak tahu yang Abdul Wahub ini
adalah seorang yang bijaksana.
53
Tiga Abdul
Setelah seminggu dari hari surat
kontrak itu, akhirnya perkahwinan
antara Abdul Wahub dan Ghasidah pun
berlangsung. Setelah majlis itu, Sadiq
Segaraga pun memulakan perancangannya
untuk menumpaskan Abdul Wahub.
Pada hari pertama, Sadiq Segaraga
memperlakukan Abdul Wahub sama seperti
abang-abangnya namun Abdul Wahub tetap
tenang dan tidak marah. Setiap hari ada
sahaja rancangan Sadiq Segaraga untuk
membuat Abdul Wahub marah tetapi
rancangan sentiasa gagal.
54
Tiga Abdul
BAB 5
55
Tiga Abdul
Suatu hari di ruang tamu, Sadiq
Segaraga merasa risau kerana Abdul
Wahub belum lagi balik daripada
pejabatnya. Sadiq Segaraga begitu tidak
keruan sehingga sampai pening kepala
“Haihh, sudah dekat pukul dua belas? Dia
belum pulang-pulang lagi. Jangan-
jangan, rancangan kita gagal lagi?!”
kata Sadiq Segaraga kepada Kassim.
Kassim cuba menenangkan Sadiq Segaraga
dengan menepuk bahu beliau.
Kemudian, kedengaran bunyi hon
kereta. Lalu Kassim pun pergi melihat
luar halaman rumah melalui tingkap,
kemudian memberitahu Sadiq Segaraga
tentang kepulangan Abdul Wahub. Sadiq
Segaraga kemudiannya memberi isyarat
kepada Hamidah, Rafidah dan Ghasidah
untuk bersiap sedia dengan perancangan
mereka. Sadiq Segaraga mula gembira
dengan kedatangan Abdul Wahub.
56
Tiga Abdul
Setibanya Abdul Wahub masuk ke ruang
tamu, alangkah terkejutnya Sadiq
Segaraga, Kassim dan anak-anaknya
apabila mereka ternampak Abdul Wahub
dating bersama dengan seorang perempuan
yang tidak dikenali namun amatlah
cantik dari segi rupanya.
“Wahai dinda, hmmm..Kanda ingin
memperkenalkan..Hahhh, yang ni tukang
masak.” Kata Abdul Wahub kepada
perempuan yang dibawahnya sambil
menuding jarinya kearah Hamidah lalu
Abdul Wahub pun menyambung kata-katanya
sambil menuding jari kearah mereka
semua. “Hah yang itu pula tukang cuci
dan yang sebelah wanita ini pula tukang
pergi pasar. Yang misai kontot ni pula
tukang kebun. Dan yang tua ini, dia ini
ialah pencacai tua pengangkat najis.
Heehehhe.. Ehh, jangan marah ya,
tenang..Jangan marah ayahanda, nanti
57
Tiga Abdul
kena jual.” Abdul Wahub ketawa mengejek
kearah mereka lalu diikuti oleh
perempuan cantik tersebut. Sadiq
Segaraga merasa amat marah namun masih
dapat mengawalnya. “Heheh, Ayahanda
tidak marah” kata Sadiq Segaraga sambil
ketawa menyindir kearah Abdul Wahub.
Abdul Wahub pun menyambung lagi
percakapannya kearah Sadiq Segaraga “Oh
ya ayahanda, kami berdua telahpun
makan. Simpanlah makanan itu.. Dan, oh
ya. Ayahanda, izinkan saya dan teman
wanita saya ini untuk menari di ruang
tamu ini.” “Ya, anakanda. Silakan
menari. Menarilah puas-puas, sampai ke
pagi pun boleh.” Jawab Sadiq Segaraga.
Lalu Abdul Wahub pun memasang lagu
pada radio tersebut. Abdul Wahub pun
kemudiannya menjemput perempuan cantik
itu untuk menari bersama. Ghasidah yang
begitu kecewa dengan perbuatan Abdul
58
Tiga Abdul
Wahub berlari naik ke biliknya dan
menghempas pintu biliknya diikuti
dengan Hamidah dan Rafidah.
Manakala Sadiq Segaraga dan Kassim
pula menjadi tidak keruan dengan
perbuatan Abdul Wahub tersebut. “Aduh,
tuan penasihat! Gagal lagi rancangan
kita” Kata Sadiq Segaraga kepada
Kassim. Abdul Wahub begitu gembira
dapat mengenakan si Sadiq Segaraga.
Pada keesokannya pula, Sadiq
Segaraga mengupah tiga orang lelaki
yang baik rupanya untuk dipasangkan
kepada Ghasidah dengan niat untuk
membuat Abdul Wahub cemburu dan marah.
Kemudian, kedengaran bunyi telefon
rumah berdering. Sadiq Segaraga pun
mengangkatnya. Lalu Abdul Wahub pun
memberitahu kepada Sadiq Segaraga
melalui telefon itu yang mengatakan dia
59
Tiga Abdul
tidak dapat pulang ke rumah kerana
kononnya wanita cantik yang semalam
dibawa pulang itu tidak ingin dia balik
lantas menutup telefon itu setelah
Abdul Wahub bercakap. Sadiq Segaraga
kemudiannya berang dan menghalau
ketiga-tiga lelaki yang diupahnya tadi.
Sadiq Segaraga mengeluh dan berkata
kepada Kassim “Haihh, hari-hari
rancangan kita gagal, Tuan
Penasihat..Apa macam ini.” Kassim pun
mengangguk kepalanya dan ikut mengeluh.
Pada esoknya, Abdul Wahub pulang ke
rumah seperti biasa. Pada malamnya,
Abdul Wahub tidur di kandang kuda sambil
mengeluh “Apalah nasib ku begini..Ada
isteri tapi disuruh tidur kandang
kuda.”
Tanpa disangka-sangka, Ghasidah pun
datang ke kandang kuda. Abdul Wahub
begitu terkejut dengan kehadiran
60
Tiga Abdul
Ghasidah lalu berkata “Apa dinda buat
di kandang kuda ini pada malam-malam
begini?” Lalu Ghasidah pun menjawab
dengan marah sambil berdiri “Dinda
ingin bertanya! Siapakah perempuan yang
kanda bawa pada malam kelmarin lalu
itu!!” Abdul Wahub begitu terkejut
dengan pertanyaan Ghasidah. “Perempuan
manapun apa dinda peduli, dinda cemburu
ya?” Jawab Abdul Wahub.
“Ya, memang dinda cemburu! Sebab
kanda itu suami dinda!” Balas Ghasidah
sambil memalingkan wajahnya daripada
Abdul Wahub. “Kalau betul yang kanda ini
suami dinda, kenapa kanda disuruh tidur
kandang kuda?” Kata Abdul Wahub kepada
Ghasidah.
Ghasidah pun menjawab kata-kata
Abdul Wahub itu “Itu bukan kemahuan
dinda. Itu semua kemahuan ayahanda.”
Ghasidah berhenti dengan menarik nafas
61
Tiga Abdul
sekejap lalu menyambung ayatnya “Dinda
sebenarnya, sudah lama cintakan kanda.
Tapi kanda saja yang tidak tahu.”
Abdul Wahub begitu terkejut dengan
kata-kata Ghasidah. Lalu Abdul Wahub
pun membalas perbualannya dengan
Ghasidah. “Baiklah saya berterus-terang
dengan awak. Perempuan yang kanda bawa
pada malam kelmarin lalu itu sebenarnya
bukanlah teman wanita kanda tetapi
hanyalah perempuan upahan dengan tujuan
menyakitkan hati ayahanda. Itu sahaja.
Tapi, kanda sebenarnya juga cintakan
dinda. Sejak dari awal kita berjumpa
lagi, hati kanda sudah jatuh hati dan
terikat pada dinda.
Ghasidah jadi begitu terkesima
dengan jawapan Abdul Wahub lalu
memalingkan mukanya kearah Abdul Wahub.
“Betulkah kanda?” kata Ghasidah.
62
Tiga Abdul
“Betullah dinda. Takkanlah kanda mahu
tipu” Balas Abdul Wahub.
63
Tiga Abdul
BAB 6
64
Tiga Abdul
Ghasidah dan Abdul Wahub yang begitu
riang dan riak muka mereka juga menjadi
tenang setelah sesi luahan sebentar
tadi. Mereka saling maaf-bermaafan atas
salah faham yang berlaku kepada mereka.
Mereka saling bertatapan antara satu
sama lain. Ghasidah pun bertanya kepada
Abdul Wahub “Kanda, dalam dunia ini,
adakah suami isteri yang hidupnya aman
sentosa? Yang tak pernah bergaduh, tak
pernah bertengkar?? Ada tak kanda?”
Lalu Abdul Wahub pun membalas “Dinda,
sedangkan lidah lagi tergigit, apalagi
suami isteri.” Ghasidah sambung
bertanya kepada Abdul Wahub “Kalau
begitu, macam mana rumah tangga nak
tenteram?” Abdul Wahub pun membalas
lagi pertanyaan Ghasidah “Hmm. Senang
saja. Buang yang keruh, ambil yang
jernih.. Barulah teguh peribadi”
Mereka pun saling bertatapan dan
65
Tiga Abdul
mula menyanyikan lagu Sedangkan Lidah
Lagi Tergigit.
Abdul Wahub
Sedangkan lidah lagi tergigit
apa pulak suami-isteri
(Ghasidah menyambut nyanyian dari Abdul Wahub)
Ghasidah
sedangkan lidah lagi tergigit
apa pulak suami-isteri
(Abdul wahub masih dipembaring)
Abdul Wahub
buang yang keruh
ambil yang jernih
baru teguh peribadi
(Ghasidah menyambut nyanyian dari Abdul Wahub)
Ghasidah
buang yang keruh
ambil yang jernih
baru teguh peribadi
66
Tiga Abdul
67
Tiga Abdul
Semasa Abdul Wahub dan Ghasidah
menyanyi, Hamidah dan Rafidah terbangun
dari lena kerana terdengar nyanyian
Ghasidah dan Abdul Wahub lalu mereka
berdua pun pergi ke bilik Sadiq Segaraga
untuk membangunkan ayah mereka mengenai
Abdul Wahub dan Ghasidah. Sadiq
Segaraga yang terbangun dari tidur lalu
terkejut dan terus bergegas pergi ke
kandang kuda bersama Hamidah dan
Rafidah. “Heii Ghasidah!! Kenapa kau
datang ke sini?! Siapa yang izinkan kau
datang kesini? Balik kau sekarang!!”
teriak Sadiq Segaraga kepada Ghasidah.
Abdul Wahub dan Ghasidah begitu
terkejut dengan kedatangan Sadiq
Segaraga dengan Hamidah dan Rafidah ke
kandang kuda. Abdul Wahub pun menjawab
“Aikk, nampaknya ayahanda marah.
Ayahanda marahkah?” “Eh tidak..tidakk.
Ayahanda tidak marah. Hmm Ghasidah, aaa
68
Tiga Abdul
peluklah suami kamu..menyanyi lah
dengan suami kamu sampai pagi..Hihihi”
kata Sadiq Segaraga sambil ketawa
menyindir dengan menahan amarahnya.
Kemudian Sadiq Segaraga dan kedua-dua
anak perempuannya itu pun berlalu pergi
dari situ.
Pada keesokan harinya, Sadiq
Segaraga terlihat sangat tidak keruan,
berjalan ulang-alik di dalam biliknya.
Sadiq Segaraga sangat tidak keruan
kerana memikirkan nasibnya yang bakal
dijual kerana tidak dapat menahan
marahnya. Kemudian Kassim pun datang ke
bilik Sadiq Segaraga. Kassim cuba untuk
menenangkan Sadiq Segaraga. “Aduhh
Kassim. Matilah saya kalau setiap hari
begini. Boleh muflis saya macam ini”
Keluh Sadiq Segaraga kepada Kassim.
Sadiq Segaraga kemudiannya memegang
69
Tiga Abdul
kepalanya kerana terlalu panik dan
cemas.
Kemudian Kassim mendapat satu
rancangan lalu menyatakan rancangannya
itu kepada Sadiq Segaraga dengan nada
yang tegas “Sabar tuan, sabar. Ini
malam, saya akan bakar dia di kandang
kuda.” Kemudian, Hamidah, Rafidah dan
Ghasidah masuk ke bilik Sadiq Segaraga
dengan begitu cemas lalu bertanya
“Kenapa ayahanda?” Lalu Kassim pun
menjawab dengan nada yang tegas “Tuan
Sadiq Segaraga telah diserang penyakit
semput. Tolong jaga ayah kamu baik-baik
dan kamu bertiga jangan keluar dari
bilik ini. Ingat, penyakit ini amat
merbahaya”.
Kemudian, kedengaran bunyi riuh
rendah di ruang tamu rumah Sadiq
Segaraga seperti ada majlis keramaian
yang sedang bergembira. Kassim
70
Tiga Abdul
kemudiannya bergegas keluar dari bilik
Sadiq Segaraga. Alangkah terkejutnya
dia ternampak Abdul Wahub sedang
melakukan rancangannya untuk membuat
Sadiq Segaraga marah. “Wahai saudara-
saudara sekalian, pada hari ini saya
ingin memberi zakat. Sesiapa yang
berkenan barang-barang dalam rumah ini,
silakan ambil!” Kata Abdul Wahub kepada
orang ramai dengan nada yang begitu
gembira.
Kemudian orang ramai meluru masuk ke
dalam ruang tamu dan mula mengambil
barang-barang. Orang ramai bersorak
kegembiraan kerana mendapat barang-
barang tersebut. Kassim yang begitu
cemas sekali dengan perbuatan Abdul
Wahub itu kemudiannya masuk ke bilik
Sadiq Segaraga dan menyatakan perkara
yang telah berlaku sebentar tadi.
Setelah Kassim menyatakan apa yang
71
Tiga Abdul
berlaku sebentar tadi, Sadiq Segaraga
yang tadinya begitu panic menjadi
bertambah marah lalu bangun dari
katilnya dan terus bergegas keluar dari
biliknya meluru kearah ruang tamunya
lalu diikuti oleh Hamidah, Rafidah,
Ghasidah dan Kassim. “Woii!! Semua
berhenti!! Apa kamu fikir ini harta bapa
kamu kah?!! JIN, IBLIS, JEMBALANG!!!!”
teriak Sadiq Segaraga kepada orang
ramai tersebut.
Orang ramai yang terkejut dengan
teriakan Sadiq Segaraga itu tadi
berhenti sekejap. Abdul Wahub
kemudiannya berkata “Jangan takut pada
dia. Dia tidak boleh buat apa-apa.
Teruskan. Sila, sila ambil.” Sadiq
Segaraga tidak lagi dapat menahan
amarahnya langsung memarahi Abdul Wahub
dengan nada yang sangat marah dan kuat.
“Abdul Wahub!! Kalau begini sikap
72
Tiga Abdul
tingkah laku kau, kau tidak layak jadi
menantu aku. KAU KELUAR SEKARANG DARI
RUMAH INI!! GET OUT!!” teriak Sadiq
Segaraga kepada Abdul Wahub.
Abdul Wahub kemudiannya tersengih-
sengih lalu berkata “Ayahanda betul-
betul marah lah ni?” “Apa kau ingat aku
main-main kah ni? Hah, kau pun sama
Ghasidah! Kau juga selalu bersubahat
dengan dia. Kau pun boleh berambus dari
rumah ini!!” marah Sadiq Segaraga
sambil menuding jari ke arah kepada
Abdul Wahub dan Ghasidah. Kassim
kemudiannnya cuba untuk menenangkan
Sadiq Segaraga namun gagal “Tuan
Sadiq.. Tuan Sadiq, jangan marah nanti
kena jual” kata Kassim kepada Sadiq
Segaraga dengan nada yang begitu cemas.
Sadiq Segaraga begitu marah
sehinggakan dia mengutuk perbuatan
Abdul Wahub. Abdul Wahub begitu puas
73
Tiga Abdul
sekali dengan perbuatannnya terhadap
Sadiq Segaraga.
Kemudian, Abdul Wahub pun
mengeluarkan surat kontrak yang telah
tandatangani oleh mereka bertiga pada
beberapa minggu yang lepas dan
menunjukkan kepada Sadiq Segaraga lalu
berkata sambil tersenyum tersengih
“Oleh kerana ayahanda marah, harta
ayahanda akan diambil dan ayahanda akan
dijual sepertimana yang tertera dalam
surat kontrak ini. Oleh itu, harta
ayahanda kesemuanya akan dirampas.
HAHAHAHAHAH” Sadiq Segaraga dan Kassim
begitu terkejut dengan kata-kata Abdul
Wahub.
Sadiq Segaraga pun pengsan, dan
dikerumuni oleh anak-anaknya. Setelah
kejadian itu, Sadiq Segaraga, Kassim,
Hamidah dan Rafidah pun dijual. Abdul
74
Tiga Abdul
Wahub merasa puas kerana telah dapat
memberi pengajaran kepada mereka.
Setelah seminggu berlalu, Abdul
Wahub pun bergegas menuju ke satu rumah
seorang saudagar kaya yang dikenali
dengan nama Hussin Lempoyang. Abdul
Wahub kemudiannya membeli Abdul Wahab
dan Abdul Wahib dengan harga empat ratus
ribu pound sterling lalu dijadikan
khadam rumah.
Setelah beberapa minggu kemudian,
Abdul Wahub membuat keputusan untuk
membeli Sadiq Segaraga, Hamidah dan
Rafidah di pasar tersebut lalu dibawa
ke rumah lama mereka. Abdul Wahub
mengumpulkan mereka kesemua dan
membahagikan harta beliau kepada Sadiq
dan abang-abangnya secara adil. Abdul
Wahub juga berjaya untuk mendamaikan
situasi yang keruh mejadi jernih.
Akhirnya, mereka hidup dalam suasana
75
Tiga Abdul
yang bahagia, adil dan aman seperti
keluarga yang bahagia.
76
Tiga Abdul
“ Adik-beradik umpama air yang tidak boleh dipisahkan,
Darah yang mengalir seperti sungai,
Tidak boleh putus walau ada batu yang cuba menghalang.
Itulah adik-beradik, kekuatan keluarga. “
77
Tiga Abdul
EPILOG
Kelihatan cucu-cucu menggeliat dan
menguap mengantuk. Tiba-tiba opah
bersuara, “Hah, macam mana dengan filem
tadi, seronok ke tidak?” Dengan
cerianya cucu pertama menjawab,
“Seronok opah... Ada babak lawak, ada
babak sedih... dan yang lagi best kan
opah ada babak romantik tu... Alaaaa
yang Abdul Wahub dengan Ghasidah tu...
Sweet sangat... Menyanyi sama-sama
dalam kandang kuda.” Sungguh seronok
dia menceritakan kembali kepada opahnya
itu.
Tiba-tibanya, seorang lagi cucunya
pula bersuara, “Eleh kau ni... Seronok
betul ya ada babak romantik tu. Itu juga
yang kau fokuskan... Tapi kan opah,
filem 3 Abdul ni memang syok lah... Saya
78
Tiga Abdul
suka... Banyak juga pengajaran yang
boleh kita dapat dari filem ni...” “Hah,
apa pengajaran yang kamu dapat dari
filem ni? Opah nak dengarkan daripada
kamu.” Seorang lagi cucunya bersuara,
“Opah... Saya tahu - saya tahu” sambil
mengangkatkan tangannya. “Hah, apa tu?”
“Kita jangan kedekut dan bersikap tamak
dengan adik-beradik serta berlaku
adil...” “Hah, apa lagi?” “Jangan
marah...” dengan tiba-tibanya semua
cucunya pulang dan menyambung
pengajaran yang tergantung itu...
“Nanti kena jual!!!” Kemudian, opah dan
semua cucunya ikut ketawa dan
bergembira...
79
Tiga Abdul
-TAMAT-
80
Tiga Abdul
81
Tiga Abdul mengisahkan tentang kehidupan tiga
orang adik-beradik, Abdul Wahab, Abdul Wahib dan
Abdul Wahub. Mereka bertiga ialah anak kepada
seorang kaya yang dikenali dengan nama Ismet Ulam
Raja. Ibu kepada tiga adik-beradik ini ialah Fatima
Hatem Thai (Hatim al-Tai ialah penyair terkenal Arab
yang terkenal dengan sifat pemurah beliau). Ketiga-tiga
mereka hidup dengan bapa mereka yang kaya,
manakala ibu mereka ini telah lama meninggal dunia.
Suatu hari pada hari ulangtahun kelahiran yang ke-71
ayahanda meraka telah memperkenalkan sahabat baik
beliau iaitu Sadiq Segaraga. Di majlis tersebut juga
Sadiq telah membawa tiga orang anak perempuannya
iaitu Hamidah, Rafidah dan Ghasidah. Semasa
menyanyikan lagu ulangtahun kelahiran tiba-tiba Ismet
Ulam Raja telah rebah akibat serangan jantung. Disini la
mulanya titik kehidupan tiga Abdul ini. Pelbagai konflik
dan kejadian telah berlaku apabila Abdul Wahab dan
Abdul Wahib telah menunjukkan sifat tamak mereka.
Adakah sifat tamak mereka mampu menjadikan
kehidupan mereka lebih bertambah mewah ataupun
sebaliknya? Apakah yang akan terjadi dengan Abdul
Wahub? Dan apakah muslihat Sadiq Segaraga yang
akan terjadi selepas ini?