The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JOE BENNY ANAK SIDI KPM-Guru, 2023-04-26 13:57:27

Buku teks Tahun 6 Part 2

Buku teks Tahun 6 Part 2

Langkah-langkah: Berhati-hati agar tidak menyentuh mata atau hidung semasa mengendalikan cili. Soalan: 1. Apakah kaedah pengawetan makanan yang digunakan untuk mengawet cili? 2. Apakah faktor pertumbuhan mikroorganisma dalam kaedah pengawetan ini? Jelaskan. Tujuan: Menjalankan projek pengawetan cili dengan menggunakan kaedah penyejukbekuan Alat dan bahan: ruang penyejukbekuan, plastik berzip, sarung tangan plastik, tisu dapur, 15 biji cili segar 137 Kaedah Ketiga 1. 4. 2. 5. 3. 6. Gunakan sarung tangan plastik ketika mencuci cili. Kemaskan beg plastik berzip dengan mengeluarkan semua udara sebelum menutupnya. Keringkan cili dengan menggunakan tisu dapur. Simpan beg plastik berzip tersebut pada bahagian penyejukbekuan di dalam peti sejuk. Masukkan cili ke dalam beg plastik berzip. Biarkan keseluruhan cili membeku.


138 Cili boleh diawet dengan menggunakan pelbagai kaedah pengawetan seperti pengeringan, penjerukan, penyejukbekuan dan pendidihan. Oleh itu, terbukti satu jenis makanan boleh diawet dengan menggunakan pelbagai kaedah pengawetan. Apakah yang dapat kamu rumuskan berdasarkan kaedah pengawetan cili yang telah dijalankan? Soalan: 1. Apakah kaedah pengawetan makanan yang digunakan untuk mengawet cili? 2. Mengapakah minyak digunakan dalam kaedah pengawetan ini? Jelaskan. 3. Apakah faktor pertumbuhan mikroorganisma dalam kaedah pengawetan ini? Jelaskan. 1. Berhati-hati agar tidak menyentuh mata atau hidung semasa mengendalikan cili. 2. Berhati-hati ketika menggunakan dapur gas. Kaedah Keempat Tujuan: Menjalankan projek pengawetan cili dengan menggunakan kaedah pendidihan Alat dan bahan: kuali, dapur gas, mesin pengisar, bekas berpenutup, sarung tangan plastik, 15 biji cili segar, dua cawan air, minyak masak 1. 4. 2. 5. 3. 6. Gunakan sarung tangan plastik ketika mencuci cili. Didihkan cili yang telah dikisar di dalam kuali sehingga menjadi pekat. Masukkan cili, dua cawan air dan dua sudu besar minyak masak ke dalam Tutup api dan biarkan cili menyejuk. Kisarkan cili sehingga menjadi lumat. Masukkan cili ke dalam bekas berpenutup. Langkah-langkah: mesin pengisar.


139 Gabungan Kaedah Pengawetan Makanan Tahukah kamu bahawa makanan juga boleh diawet dengan menggabungkan lebih daripada satu kaedah pengawetan? Mari kita lakukan aktiviti yang menggabungkan pelbagai kaedah pengawetan makanan. Soalan: 1. Apakah kaedah pengawetan makanan yang digunakan semasa mengawet ikan? 2. Mengapakah kuantiti garam yang banyak digunakan semasa mengawet ikan? 3. Apakah yang dapat kamu rumuskan berdasarkan aktiviti di atas? Tujuan: Menjalankan aktiviti mengawet ikan dengan menggabungkan lebih daripada satu kaedah pengawetan Alat dan bahan: pisau, papan pemotong, dawai pelapik, dua ekor ikan, 300 g garam halus Langkah-langkah: 1. Buang insang dan perut ikan. Kemudian, bersihkan ikan dengan menggunakan air. 2. Belah bahagian sisi ikan supaya potongan ikan menjadi lebar. 3. Lumurkan garam pada seluruh bahagian ikan. 4. Letakkan ikan di atas dawai pelapik. Kemudian, jemur dan balik-balikkan ikan sehingga kering di bawah cahaya matahari yang terik selama seminggu. 5. Catat hasil pemerhatian kamu. Berikan contoh makanan lain yang boleh diawet dengan menggabungkan lebih daripada satu kaedah pengawetan. MARI UJI Gabungan Kaedah Pengawetan Makanan Berhati-hati ketika menggunakan pisau. 8.2.5, 8.2.7 1. 2. 3. 4.


Bagaimanakah teknologi pengawetan makanan mampu memenuhi keperluan bekalan makanan dalam kehidupan harian? Kepentingan Teknologi Pengawetan Makanan Teknologi pengawetan makanan adalah sangat penting untuk memenuhi keperluan bekalan makanan. Makanan dapat bertahan lama Makanan yang diawet dengan menggunakan pelbagai kaedah pengawetan makanan dapat mengelakkan dan mencegah pembaziran daripada berlaku. Makanan yang diawet dapat bertahan dan disimpan dengan lebih lama. Oleh itu, keperluan bekalan makanan secara berterusan dapat dipenuhi. Cencaluk, keropok inang-inang dan keropok ikan adalah antara makanan yang dapat bertahan lama. Pembaziran makanan dapat dielakkan dan dicegah 140 Lebihan makanan dapat diproses dan dikeringkan. Ya, makanan ini dapat disimpan hingga tahun hadapan. Kita jadikan serondeng daging untuk mengelakkan pembaziran. Ibu, rendang daging lebihan kenduri banyak lagi. Adakah makanan ini dapat bertahan lama? 8.2.6


Makanan di dalam tin dan botol tidak memerlukan ruang penyimpanan yang besar. Makanan yang diawetkan secara pengetinan dan pembotolan dapat memudahkan penyimpanan dan menjimatkan ruang. Teknologi pengawetan makanan membolehkan makanan dihantar ke tempat yang jauh untuk dieksport ke luar negara. 141 Makanan bermusim boleh diawet dengan menggunakan pelbagai kaedah pengawetan supaya dapat dinikmati sepanjang tahun. Makanan mudah untuk disimpan Pembekalan makanan di luar musim Makanan mudah untuk dieksport Makanan yang dihasilkan oleh Malaysia boleh dinikmati di negara lain. Buah-buahan bermusim seperti durian, rambutan dan manggis boleh diawet. Ayah, sungguh banyak makanan yang kita beli. Adakah kita mempunyai ruang penyimpanan makanan yang cukup? Jangan bimbang. Makanan di dalam tin mudah untuk disusun di dalam ruang penyimpanan makanan kita. Jem rambutan ini saya buat sendiri. Saya awetkan buah rambutan pada musim buah tahun lalu. Produk santan kelapa telah siap untuk dieksport. Baiklah. Tolong hantar ke kapal dengan segeranya.


142 Makanan sedia dimakan yang telah diawet dapat memudahkan pengurusan bekalan makanan ketika makanan sukar untuk didapati secara langsung seperti pada musim kemarau, musim sejuk atau ketika musibah melanda. Kini, teknologi pengawetan makanan telah banyak membantu orang ramai untuk memenuhi keperluan bekalan makanan dalam kehidupan harian. Teknologi pengawetan makanan adalah penting untuk menjadikan makanan tahan lama, mengelakkan dan mencegah pembaziran, memudahkan penyimpanan makanan, membolehkan pembekalan makanan di luar musim, menjadikan makanan mudah untuk dieksport dan menghasilkan makanan sedia dimakan. Penghasilan makanan sedia dimakan Berdasarkan kefahaman kamu, perihalkan kepentingan teknologi pengawetan makanan bagi memenuhi keperluan bekalan makanan. Makanan sedia dimakan mudah untuk disediakan dan dibawa ke mana-mana. Saya makan rendang dan nasi untuk malam ini. Wah, mesti sedap! INFO SAINS Setiap makanan yang diawet mempunyai tarikh luput, contohnya, GUNA SEBELUM 14 APRIL 2021. Tanda ini menunjukkan makanan tersebut sesuai untuk dimakan sebelum tarikh yang berkenaan.


Alat dan bahan: pisau, papan pemotong, bekas berpenutup, dawai pelapik, tisu dapur, seekor ikan, garam, minyak masak Langkah-langkah: AKTIVITI RIA Jeruk Ikan 1. 2. 3. 4. 5. Soalan: 1. Apakah kaedah pengawetan yang dilakukan dalam aktiviti ini? 2. Apakah tujuan penggunaan garam dan minyak masak dalam kaedah pengawetan ini? 3. Mengapakah ikan yang telah diawetkan dapat disimpan dalam tempoh yang lama? 4. Nyatakan makanan lain yang sesuai untuk diawetkan dengan menggunakan kaedah yang sama. Buang insang dan perut ikan. Kemudian, bersihkan ikan dengan air dan keringkannya dengan menggunakan tisu dapur. Jemur ikan di bawah cahaya matahari yang terik selama dua jam. Lumurkan ikan dengan garam sehingga meliputi keseluruhan ikan. Masukkan ikan ke dalam bekas berpenutup dan tuang minyak masak ke dalam bekas tersebut sehingga ikan ditenggelami minyak masak. Tutup bekas dan simpan ikan selama beberapa hari. Berhati-hati ketika menggunakan pisau. 8.2.5, 143 8.2.7


Hasilkan keropok inang-inang dengan menggunakan dapur gas, kuali, penutup kuali, penapis, bekas berpenutup, dawai pelapik, dulang, air, satu mangkuk nasi, satu sudu kecil garam dan empat sudu besar tepung ubi kayu. Langkah-langkah: Rendam satu mangkuk nasi di dalam air selama lima minit. Kemudian, tapis air tersebut. Gaul satu sudu kecil garam dan empat sudu besar tepung ubi kayu ke dalam nasi yang telah direndam. Cedok satu sudu besar adunan nasi dan ratakan hingga nipis di atas kuali yang dipanaskan dengan api yang kecil. Kemudian, tutup kuali selama tiga minit. Terbalikkan adunan supaya kedua-dua bahagian adunan mengering. Angkat keropok inang-inang dan biarkan menyejuk di atas dawai pelapik. Jemur keropok inang-inang di bawah cahaya matahari sehingga kering. Simpan keropok inang-inang di dalam bekas berpenutup. Keropok inang-inang boleh disimpan dalam tempoh yang lama. Sebelum dimakan, goreng keropok inang-inang dalam minyak masak yang panas. SANTAI SAINS Keropok Inang-inang 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 144 Berhati-hati ketika menggunakan dapur gas. keropok inang-inang


145 1. Makanan menjadi rosak akibat tindakan mikroorganisma. 2. Kerosakan makanan berlaku disebabkan oleh: • kehadiran air. • kehadiran udara. • suhu persekitaran yang sesuai. • keasidan yang sesuai. 3. Ciri-ciri makanan yang rosak adalah seperti yang berikut: 4. Tujuan pengawetan makanan adalah untuk menghalang atau melambatkan pertumbuhan mikroorganisma. 5. Kaedah pengawetan makanan adalah seperti yang berikut: • pengeringan • pembungkusan vakum • penjerukan • pendidihan • pengetinan • pemasinan • pendinginan • pembotolan • penyalaian • penyejukbekuan • pempasteuran • pelilinan 6. Makanan boleh diawetkan dengan: • menggunakan lebih daripada satu kaedah pengawetan. • menggabungkan lebih daripada satu kaedah pengawetan. 7. Kepentingan teknologi pengawetan makanan adalah seperti yang berikut: • makanan dapat bertahan lama • pembaziran makanan dapat dielakkan dan dicegah • makanan mudah untuk disimpan • pembekalan makanan di luar musim • makanan mudah untuk dieksport • penghasilan makanan sedia dimakan IMBAS KEMBALI • Susu yang rosak akan berbuih-buih, berketul-ketul, berbau busuk dan berasa masam. • Roti dan nasi yang rosak akan ditumbuhi tompok-tompok kehitaman, berlendir dan berbau busuk. • Buah-buahan dan sayur-sayuran yang rosak akan berkulat serta berubah tekstur, rasa dan warna. • Daging ayam dan daging lembu yang rosak akan kelihatan kehitaman, berbau busuk dan berlendir. • Ikan, sotong dan udang yang rosak akan berubah tekstur, berbau busuk, melekit dan menjadi lembik.


146 Jawab soalan yang berikut dalam buku latihan Sains. 1. Lihat bahan makanan yang berikut. Nyatakan ciri-ciri yang dapat dikenal pasti jika makanan ini rosak. 2. Perhatikan gambar makanan di bawah. (a) Apakah kaedah pengawetan makanan yang ditunjukkan pada gambar di sebelah? (b) Nyatakan tujuan pengawetan makanan tersebut. (a) Apakah kaedah yang sesuai untuk mengawetkan makanan dalam gambar? (b) Apakah faktor pertumbuhan mikroorganisma yang terlibat dalam kaedah pengawetan yang dinyatakan dalam 3(a)? Jelaskan. 3. Gambar di bawah menunjukkan beberapa jenis makanan laut. 4. Gambar di bawah menunjukkan tiga jenis makanan. Nyatakan pelbagai kaedah pengawetan bagi makanan di bawah. 5. Lihat gambar di sebelah. Puan Anis hendak mengawetkan makanan yang ada di hadapannya. Makanan tersebut boleh diawet dengan menggabungkan lebih daripada satu kaedah pengawetan supaya dapat disimpan dengan lebih lama. Nyatakan kaedah pengawetan makanan tersebut. ASAH MINDA


147 BAHAN BUANGAN UNIT 9 Apakah kesannya jika bahan buangan tidak diurus dengan betul? Eh, ada jala besar tersekat pada ekor saya! Aduh, sakitnya! Tolong keluarkan penyedut minuman ini dari hidung saya. Maaf, penyu. Saya tidak dapat membantu kamu. Saya juga terperangkap di dalam beg plastik ini. Wah, lihat kawan-kawan! Banyak makanan yang saya dapat pada hari ini. Itu bukan makanan. Itu ialah botol-botol plastik yang dibuang ke habitat kita. Selain botol-botol plastik, terdapat banyak beg plastik yang juga dibuang di sini. Siapakah yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di habitat kita ini? Sedihnya apabila habitat kita dipenuhi sampah.


148 Pengurusan Bahan Buangan Terdapat banyak sampah sarap yang dibuang pada setiap hari. Sampah sarap ialah sejenis bahan buangan. Logam Bahan buangan logam adalah seperti tin aluminium dan besi buruk. Kertas Bahan buangan kertas adalah seperti surat khabar, kotak, buku dan majalah. Apakah maksud bahan buangan? Bahan buangan ialah bahan yang tidak diperlukan dan tidak mahu disimpan lagi. Bahan buangan ini boleh dikategorikan mengikut jenis-jenisnya. Kaca Bahan buangan kaca adalah seperti botol kaca dan gelas. 9.1.1


149 Bahan buangan terdiri daripada kaca, logam, kertas, tinja, plastik, sisa makanan dan sisa toksik. Tinja ialah bahan buangan yang disingkirkan oleh manusia dan haiwan. Tinja Sisa makanan ialah bahan buangan domestik seperti kulit bawang, tulang ayam, kulit telur, sisa sayur-sayuran dan minyak masak terpakai. Sisa makanan Sisa toksik ialah bahan buangan seperti asap dan sisa bahan kimia daripada bengkel kenderaan serta bidang perindustrian. Sisa toksik Berdasarkan jenis bahan buangan yang telah ditunjukkan, nyatakan contoh bahan buangan lain. Plastik Bahan buangan plastik adalah seperti pembungkus makanan plastik dan botol plastik.


150 Bahan Buangan Terbiodegradasi dan Bahan Buangan Tidak Terbiodegradasi Ayah Jesy meminta Jesy untuk mengasingkan bahan buangan domestik mengikut jenis sebelum dibuang ke tempat pembuangan sampah. Mari ikuti perbualan mereka. Bahan Buangan Terbiodegradasi Bahan buangan terbiodegradasi ialah bahan yang boleh diuraikan oleh mikroorganisma seperti bakteria dan fungi. Ketika proses penguraian ini berlaku, nutrien akan kembali ke dalam tanah. Bahan buangan terbiodegradasi terdiri daripada bahan organik seperti dalam gambar di bawah. Jesy, sudahkah kamu mengasingkan semua bahan buangan sebelum dibuang? Belum, ayah. Ayah, mengapakah bahan buangan perlu diasingkan? Bahan buangan perlu diasingkan kerana ada bahan buangan terbiodegradasi dan ada bahan buangan tidak terbiodegradasi. Tahukah kamu apakah bahan buangan terbiodegradasi dan bahan buangan tidak terbiodegradasi? 9.1.2, 9.1.3 sisa makanan kertas dan daun kering tinja kotak


plastik Bahan Buangan Tidak Terbiodegradasi Bahan buangan tidak terbiodegradasi ialah bahan yang tidak boleh diuraikan oleh mikroorganisma. Bahan buangan ini akan terus berada di persekitaran kita untuk tempoh yang lama dan akan menyebabkan pencemaran alam sekitar. Bahan buangan tidak terbiodegradasi terdiri daripada bahan seperti dalam gambar di bawah. 151 AKTIVITI RIA Bahan Buangan Terbiodegradasi dan Bahan Buangan Tidak Terbiodegradasi Alat dan bahan: gam, kadbod, gunting, gambar-gambar bahan buangan, capaian Internet, komputer, mesin cetak Langkah-langkah: 1. Dapatkan jenis gambar-gambar bahan buangan melalui carian di Internet dan muat turun. 2. Cetak gambar-gambar bahan buangan yang telah dimuat turun. 3. Perhatikan setiap gambar. 4. Kenal pasti jenis bahan buangan terbiodegradasi dan bahan buangan tidak terbiodegradasi. 5. Gunakan kreativiti untuk mempersembahkan hasil kerja kumpulan kamu. Soalan: 1. Apakah bahan buangan terbiodegradasi dan bahan buangan tidak terbiodegradasi yang dikenal pasti? 2. Apakah maksud bahan buangan terbiodegradasi dan bahan buangan tidak terbiodegradasi? 9.1.1, 9.1.2, 9.1.6 logam kaca sisa toksik Berhati-hati ketika menggunakan gunting.


152 Penggunaan Bahan Terbiodegradasi dan Bahan Tidak Terbiodegradasi Perkembangan teknologi kini telah menyebabkan penciptaan pelbagai barangan yang terdiri daripada bahan terbiodegradasi dan bahan tidak terbiodegradasi. Walau bagaimanapun, kita harus menggunakan bahan terbiodegradasi dan bahan tidak terbiodegradasi secara berhemah. Bagaimanakah penggunaan bahan terbiodegradasi boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar? Bagaimanakah bahan terbiodegradasi boleh menjejaskan hidupan akuatik? 9.1.4 Bahan Terbiodegradasi Mengapakah kita perlu menggunakan bahan terbiodegradasi secara berhemah? Pinggan yang manakah yang hendak kamu beli? Saya hendak membeli pinggan yang tidak mencemarkan alam sekitar. Kita tidak harus membuang sisa makanan ke dalam sungai ini. Ya, betul. Sisa makanan akan terurai dan menyebabkan kandungan oksigen di dalam sungai ini berkurang.


Bahan Tidak Terbiodegradasi Bagaimanakah bahan tidak terbiodegradasi menyumbang kepada terjadinya banjir kilat? Bagaimanakah kita dapat mengurangkan penggunaan bahan tidak terbiodegradasi untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar? 153 Mengapakah kita perlu menggunakan bahan tidak terbiodegradasi secara berhemah? Adakah puan perlukan penyedut minuman? Oh, tidak perlu! Terima kasih. Banjir kilat semakin kerap berlaku di bandar kita ini. Longkang di bandar kita ini tersumbat agaknya.


Berdasarkan pemahaman kamu, rumuskan tujuan penggunaan bahan terbiodegradasi dan bahan tidak terbiodegradasi secara berhemah. 154 Bagaimanakah bahan tidak terbiodegradasi memberi kesan kepada kesihatan manusia? Bahan tidak terbiodegradasi seperti botol minuman plastik dapat dikitar semula untuk menghasilkan produk baharu seperti pakaian. Botol-botol ini dikumpulkan dan dibersihkan, seterusnya diasingkan mengikut warna. Botol yang jernih akan menghasilkan benang putih dan botol berwarna hijau akan menghasilkan benang berwarna hijau. Kemudian, botol tersebut akan dihancurkan menjadi cebisan kecil dan diproses menjadi serat plastik. Serat plastik akan dipintal menjadi benang plastik. Benang plastik yang terhasil akan ditenun menjadi fabrik. Bagi menghasilkan sehelai kemeja, hanya lapan biji botol minuman plastik yang diperlukan.


Alat dan bahan: kertas nota, kertas mahjung, pensel warna Langkah-langkah: 1. Perhati bahan buangan yang dibuang daripada rumah kamu selama seminggu. 2. Catat pemerhatian kamu ke dalam jadual. 3. Berdasarkan data yang dikumpulkan, bincangkan hasil pemerhatian dalam kumpulan. 4. Kelaskan bahan buangan kepada bahan terbiodegradasi dan bahan buangan tidak terbiodegradasi. 5. Bina carta pengelasan pada kertas mahjung. 6. Rancang cara mengurangkan setiap bahan buangan secara berhemah. AKTIVITI RIA Mengelas Bahan Buangan Soalan: 1. Apakah bahan buangan yang paling banyak dibuang dalam tempoh seminggu? 2. Bagaimanakah kamu mengelaskan bahan buangan terbiodegradasi dan bahan buangan tidak terbiodegradasi? 3. Bagaimanakah kamu dapat mengurangkan setiap bahan buangan secara berhemah? 4. Jelaskan pengurusan bahan buangan secara terancang berserta contoh. Bahan buangan Jenis bahan Kuantiti bahan buangan terbiodegradasi tidak terbiodegradasi Jumlah 155 9.1.3, 9.1.4, 9.1.6 7. Laporkan hasil perbincangan kamu di hadapan kelas.


Pengurusan Bahan Buangan Secara Terancang Pengurusan bahan buangan secara terancang perlu dilaksanakan untuk mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar dan menjamin kehidupan yang lestari agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang. 156 Bagaimanakah kamu dapat memainkan peranan dalam membantu pengurusan bahan buangan secara terancang? Bahan buangan seperti sisa makanan boleh terurai dan dijadikan baja kompos. Bahan buangan hendaklah dibungkus dan diikat dengan kemas sebelum dibuang untuk mengelakkan bahan buangan daripada terdedah kepada haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan lalat. Saya menggunakan sisa makanan untuk dijadikan baja kompos. Saya membungkus dan mengikat bahan buangan dengan kemasnya. 9.1.5


Saya gunakan surat khabar lama untuk membuat layang-layang ini. Bahan buangan boleh digunakan semula atau kegunaannya dipelbagaikan. Gunakan bekas khas untuk membuang bahan buangan seperti sisa minyak. Bahan buangan hendaklah diasingkan mengikut jenis bahan untuk memudahkan proses pelupusan. Buaian ini dibina oleh ayah saya dengan menggunakan tayar lori terpakai. Saya menggunakan bekas khas untuk membuang sisa minyak. Saya mengasingkan bahan buangan mengikut jenisnya. Bahan buangan yang masih elok dan berfungsi boleh didermakan kepada yang memerlukan. Barangan ini akan saya dermakan. 157


158 Bahan buangan dikitar semula menjadi produk yang baharu. Membaik pulih alatan yang rosak dapat menjimatkan perbelanjaan. Kami mengasingkan bahan buangan untuk dihantar ke pusat kitar semula. Beg guna semula digunakan untuk mengurangkan bahan buangan seperti beg plastik. Kita dapat menjimatkan wang dengan membaiki kerosakan yang ada. Oh, tidak perlu! Saya ada membawa beg guna semula. Adakah puan perlukan beg plastik? Bagaimanakah pengurusan bahan buangan dilakukan di tempat tinggal kamu? Cadangkan cara pengurusan bahan buangan yang lebih lestari.


Pengasingan bahan buangan dapat dilakukan dengan menggunakan tong kitar semula seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Apakah jenis bahan buangan yang boleh dibuang ke dalam tong kitar semula? Tong kitar semula berwarna biru digunakan untuk membuang bahan buangan yang diperbuat daripada kertas. Contoh bahan buangan yang boleh dibuang ke dalam tong ini adalah seperti yang berikut: Tong kitar semula berwarna coklat digunakan untuk membuang bahan buangan yang diperbuat daripada kaca. Contoh bahan buangan yang boleh dibuang ke dalam tong ini adalah seperti yang berikut: Tong kitar semula berwarna jingga digunakan untuk membuang bahan buangan yang diperbuat daripada tin aluminium, tin keluli dan plastik. Contoh bahan buangan yang boleh dibuang ke dalam tong ini adalah seperti yang berikut: surat khabar majalah buku kotak kadbod botol minuman balang makanan tin minuman ringan botol cecair pencuci botol kosmetik cermin tin makanan 159 bekas makanan plastik


Bagaimanakah kita dapat mengurus bahan buangan secara terancang untuk menjamin kehidupan lestari? Pengurusan bahan buangan secara terancang juga adalah di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan. Mari fahami proses pengurusan bahan buangan yang dibuang setiap hari. 160 proses pengurusan bahan buangan bermula bahan buangan dikutip tempat pelupusan pusat kitar semula bahan boleh dikitar semula bahan boleh terurai bahan tidak boleh dikitar semula kilang proses kitar semula pusat baja kompos dipasarkan semula pusat pengumpulan dan pengasingan kembali kepada pengguna mula


Alat dan bahan: kamera, komputer, mesin cetak, gunting, gam, pensel, kertas, pensel warna, kad manila Langkah-langkah: 1. Jadual di bawah ialah Projek 5R yang akan dilaksanakan oleh kelas kamu. 2. Ketua setiap kumpulan akan membuat undian untuk memilih satu Aktiviti 5R yang akan dilaksanakan. 3. Rancang setiap tugasan yang perlu dijalankan untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Contohnya, setiap ahli kumpulan yang akan melaksanakan aktiviti Recycle (kitar semula) akan mengumpulkan bahan yang boleh dikitar semula seperti tin aluminium, kertas dan botol plastik dari kawasan sekitar sekolah dan kediaman masing-masing. 4. Lakukan Aktiviti 5R dalam tempoh satu minggu. 5. Rakamkan foto tugasan yang dilakukan. 6. Cetak dan tampal foto-foto tersebut pada kad manila. 7. Bentang hasil Aktiviti 5R kumpulan kamu mengikut kreativiti masing-masing. Aktiviti 5R Penerangan Reduce (kurangkan) pengurangan bahan buangan Reuse (guna semula) penggunaan semula bahan Recycle (kitar semula) pengitaran semula bahan Repair (baik pulih) pembaik pulih bahan Refuse (tolak) fikir semula sebelum guna AKTIVITI RIA Projek 5R (Reuse, Reduce, Recycle, Repair, Refuse ) Soalan: 1. Berikan satu cadangan untuk meningkatkan kesedaran amalan 5R dalam kalangan rakan kamu. 2. Nyatakan kesan pengurusan bahan buangan secara tidak terancang kepada alam sekitar. 161 Berhati-hati ketika menggunakan gunting. 9.1.5, 9.1.6


Hasilkan baja kompos dengan menggunakan air, tanah dan bahan buangan terbiodegradasi seperti sisa sayur-sayuran, kulit telur, kulit pisang, surat khabar dan daun kering. Sediakan satu bekas khas untuk menempatkan baja kompos. Tebuk lubang pada bekas. Potong bahan buangan terbiodegradasi menjadi cebisan yang kecil. Masukkan tanah sebagai lapisan pertama. Masukkan tanah dan bahan buangan terbiodegradasi secara berselang-seli hingga kesemua bahan habis digunakan. Biar campuran di dalam bekas dan gaul campuran ini setiap seminggu sekali hingga kesemua bahan terurai menjadi baja kompos. Masukkan bahan buangan terbiodegradasi sebagai lapisan kedua. Semburkan air setiap hari pada campuran tersebut. Langkah-langkah: SANTAI SAINS Baja Kompos 1. 4. 6. 2. 7. 5. 3. 8. Pastikan bekas ditutup selepas disiram. 162 baja kompos


163 1. Bahan buangan ialah bahan yang tidak diperlukan dan tidak mahu disimpan. 2. Terdapat tujuh jenis bahan buangan, iaitu: 3. Bahan buangan terbiodegradasi ialah bahan yang boleh diuraikan oleh mikroorganisma. 4. Bahan buangan tidak terbiodegradasi ialah bahan yang tidak boleh diuraikan oleh mikroorganisma. 5. Jenis bahan buangan terbiodegradasi adalah seperti sisa makanan, kertas, daun kering dan tinja. 6. Jenis bahan buangan tidak terbiodegradasi adalah seperti plastik, logam, kaca dan sisa toksik. 7. Beberapa kesan yang terjadi jika bahan terbiodegradasi dan bahan tidak terbiodegradasi tidak digunakan secara berhemah adalah seperti IMBAS KEMBALI • kaca. • logam. • kertas. • tinja. • plastik. • sisa makanan. • sisa toksik. yang berikut: • Pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air dan pencemaran udara akan berlaku. • Hidupan akuatik akan mati kerana kekurangan oksigen. • Hidupan laut akan mati kerana termakan bahan plastik yang dibuang ke dalam laut. • Laluan longkang akan tersumbat dan menyebabkan banjir kilat. • Nyawa manusia terancam akibat pembuangan sisa toksik. 8. Cara pengurusan bahan buangan secara terancang untuk menjamin kehidupan lestari adalah seperti yang berikut: • Bahan buangan hendaklah dibungkus dengan kemasnya sebelum dibuang. • Bahan buangan sisa makanan boleh diuraikan dan dijadikan baja kompos. • Gunakan bekas khas untuk membuang bahan buangan seperti sisa minyak. • Bahan buangan hendaklah diasingkan mengikut jenis bahan untuk memudahkan proses pelupusan dibuat. • Bahan terpakai yang masih elok dan berfungsi boleh didermakan kepada yang memerlukan. • Bahan buangan boleh digunakan semula atau kegunaannya dipelbagaikan. • Bahan buangan dikitar semula menjadi produk yang baharu. • Alatan yang rosak dapat dibaik pulih untuk menjimatkan perbelanjaan. • Beg guna semula digunakan untuk mengurangkan bahan buangan.


164 Jawab soalan yang berikut dalam buku latihan Sains. 1. Lengkapkan jadual yang berikut dengan menyenaraikan contoh bahan buangan. 2. Apakah maksud: (a) bahan buangan terbiodegradasi? (b) bahan buangan tidak terbiodegradasi? 3. Gambar di bawah menunjukkan longgokan bahan buangan di tepi jalan. (a) Nyatakan jenis bahan buangan yang terdapat dalam longgokan bahan buangan tersebut. (b) Kelaskan bahan buangan terbiodegradasi dan bahan buangan tidak terbiodegradasi dalam gambar di atas. (c) Apakah kesan bahan buangan ini terhadap alam sekitar? (d) Cadangkan cara untuk memperbaik amalan pembuangan bahan tersebut. ASAH MINDA Jenis bahan buangan plastik kertas kaca logam Contoh bahan buangan


165 Cikgu Ema dengan murid-muridnya mengunjungi Planetarium Negara di Kuala Lumpur. Mereka tertarik akan pameran yang berkaitan dengan fenomena gerhana. Tahukah kamu bagaimanakah fenomena gerhana berlaku? Apakah perbezaan antara gerhana Matahari, gerhana Bulan dan fasa Bulan? Gerhana UNIT 10 Apakah gambar yang ditunjukkan ini? Adam, inilah gambar gerhana Matahari. Saya pernah melihat gerhana Matahari di Sarawak pada hujung tahun 2019. Betul, Jesy. Inilah gambar gerhana Matahari. Apakah pula gambar yang ditunjukkan ini? Ini ialah gambar gerhana Bulan, Adam. Betul, Jesy. Gambar gerhana Bulan ini juga nampak seperti gambar fasa Bulan purnama.


166 Gerhana Bulan Gambar di atas menunjukkan peringkat perubahan yang dapat diperhatikan pada permukaan Bulan semasa berlakunya fenomena gerhana Bulan. Tahukah kamu bagaimanakah gerhana Bulan berlaku? Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dengan Bulan dalam satu garis lurus. Bumi menghalang sebahagian atau seluruh cahaya matahari daripada sampai di Bulan. Oleh itu, bayang-bayang Bumi akan terbentuk di atas permukaan Bulan semasa gerhana Bulan berlaku. Gerhana Bulan hanya berlaku semasa fasa Bulan purnama. Rajah di atas tidak menunjukkan perkadaran saiz 10.1.1 dan jarak yang sebenar. Gerhana Bulan orbit Bulan gerhana Bulan Matahari Bumi Bulan 9:45 malam 10 :15 malam 11:10 malam Banyaknya orang. Apakah yang dilihat oleh mereka? Wah, lihat! Warna Bulan telah bertukar menjadi merah. Fenomena ini dinamakan sebagai gerhana Bulan.


orbit Bulan orbit Bumi Bumi Matahari Bulan 167 Gerhana Bulan tidak semestinya berlaku pada setiap bulan semasa fasa Bulan purnama kerana orbit Bulan yang mengelilingi Bumi adalah condong kira-kira 5o kepada orbit Bumi yang mengelilingi Matahari. Gambar-gambar di atas menunjukkan Matahari, Bumi dan Bulan tidak selalunya berada dalam satu garis lurus semasa fasa Bulan purnama. Gerhana Bulan boleh berlaku dua kali setahun. Kedudukan Bulan di bawah bayang-bayang Bumi Kedudukan Bulan di atas bayang-bayang Bumi orbit Bulan orbit Bumi Matahari Bumi Bulan kira-kira 5° kira-kira 5° Mengapakah gerhana Bulan tidak berlaku pada setiap bulan semasa fasa Bulan purnama? Kecondongan pada orbit Bulan menyebabkan Bulan berada di atas atau di bawah bayang-bayang Bumi. Oleh itu, gerhana Bulan tidak semestinya berlaku pada setiap bulan semasa fasa Bulan purnama.


168 orbit Bulan Matahari gerhana Matahari Bumi Bulan Malaysia penumbra penumbra umbra Gerhana Matahari Gerhana Matahari berlaku apabila Bulan berada di antara Matahari dengan Bumi dalam satu garis lurus. Bulan akan menghalang sebahagian atau seluruh cahaya matahari daripada sampai di permukaan Bumi. Oleh itu, bayang-bayang Bulan akan terbentuk di atas permukaan Bumi semasa gerhana Matahari berlaku. Perhatikan gambar di bawah. Berdasarkan gambar kedudukan Matahari, Bulan dan Bumi di atas, gerhana Matahari hanya berlaku semasa fasa Bulan baharu. Gerhana Matahari Gerhana Matahari hanya berlaku pada waktu siang. simulasi gerhana Matahari Glob ini menunjukkan kawasan lintasan bayangan Bulan di permukaan Bumi. Gerhana Matahari penuh dan gerhana Matahari separa dapat dilihat di sepanjang kawasan lintasan bayangan umbra. Gerhana Matahari separa hanya dapat dilihat di sepanjang kawasan lintasan bayangan penumbra. INFO SAINS Umbra ialah bahagian bayang-bayang yang sangat gelap. Penumbra ialah kawasan yang sebahagiannya gelap di sekeliling umbra. 10.1.2 umbra penumbra


169 Gerhana Matahari tidak semestinya berlaku pada setiap bulan semasa fasa Bulan baharu kerana orbit Bulan yang mengelilingi Bumi adalah condong kira-kira 5o kepada orbit Bumi yang mengelilingi Matahari. Gambar-gambar di atas menunjukkan Matahari, Bumi dan Bulan tidak selalunya berada dalam satu garis lurus semasa fasa Bulan baharu. Gerhana Matahari boleh berlaku dua kali setahun. orbit Bulan orbit Bumi Matahari Bumi Bulan orbit Bulan orbit Bumi Matahari Bumi Bulan Kedudukan bayang-bayang Bulan di bawah Bumi Kedudukan bayang-bayang Bulan di atas Bumi kira-kira 5° kira-kira 5° Kecondongan pada orbit Bulan menyebabkan bayang-bayang Bulan tidak dapat terbentuk di atas permukaan Bumi kerana bayang-bayang Bulan berada di atas atau di bawah Bumi. Oleh itu, gerhana Matahari tidak semestinya berlaku pada setiap bulan semasa fasa Bulan baharu. INFO SAINS Dalam bidang astronomi, fasa Bulan baharu berlaku ketika Bulan berada dalam satu garis lurus di antara Matahari dengan Bumi. Pada fasa ini, permukaan Bulan adalah gelap sepenuhnya dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar.


170 Tujuan: Memerihalkan fenomena gerhana Alat dan bahan: lampu suluh, jarum peniti, gunting, pembaris, jangka sudut, plastik lut sinar, plastisin, lidi, kad putih Langkah-langkah: Gunting plastik lut sinar kepada bentuk bulatan mengikut ukuran diameter seperti dalam gambar. Cucukkan lidi pada sfera plastisin dengan sudut kecondongan kira-kira 30°. 7. Lakukan simulasi gerhana dan perihalkan kejadian gerhana Matahari dan gerhana Bulan. Hasilkan sebuah sfera dengan menggunakan plastisin dan pasangkan sfera tersebut pada bahagian tengah plastik bulat. Lakukan aktiviti di dalam bilik yang gelap dan letakkan lampu suluh di atas meja. Lekat jarum peniti pada bahagian tepi plastik lut sinar dengan menggunakan plastisin. Pegang sekeping kad putih menghadap model gerhana dan lampu suluh. Perhatikan bayang-bayang model yang terbentuk. 1. 4. 2. 5. 3. 6. MARI UJI Model Simulasi Gerhana Berhati-hati ketika menggunakan gunting dan jarum peniti. 1.5 cm 12 cm 30° Soalan: 1. Apakah yang diwakili oleh kepala jarum peniti, plastisin sfera dan lampu suluh dalam simulasi di atas? 2. Bagaimanakah kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari menyebabkan fenomena gerhana Bulan dan gerhana Matahari berlaku? 10.1.1, 10.1.2, 10.1.5


171 Hubung kait antara Gerhana dengan Sifat Cahaya Matahari merupakan sumber cahaya utama dalam Sistem Suria kita. Cahaya matahari bergerak dalam garis lurus dan tidak dapat menembusi objek legap seperti Bumi dan Bulan. Semasa gerhana Bulan berlaku, cahaya matahari yang melalui Bumi akan menghasilkan dua jenis bayang-bayang yang dikenali sebagai umbra dan penumbra. Apabila Bulan mengorbit melalui bayang-bayang Bumi dari kedudukan A ke kedudukan C, gerhana Bulan akan berlaku. gerhana Bulan separa gerhana Bulan penuh kedudukan B kedudukan C orbit Bulan penumbra umbra orbit Bumi Matahari Bumi Bulan A B C 10.1.3 Semasa gerhana Bulan, cahaya pada Bulan adalah selamat untuk dilihat dengan menggunakan mata kasar. Mengapa? Pandangan dari Bumi Pandangan dari sisi Warna perang kemerahan semasa gerhana Bulan penuh merupakan kesan serakan dan pembiasan cahaya matahari melalui atmosfera Bumi. Kesan ini biasanya dapat diperhatikan semasa Matahari terbit dan terbenam. INFO SAINS gerhana Bulan penuh


gerhana Matahari penuh Semasa gerhana Matahari berlaku, cahaya matahari yang bergerak melalui Bulan akan menghasilkan dua jenis bayang-bayang yang dikenali sebagai umbra dan penumbra. Bayangan umbra adalah lebih kecil dan lebih gelap daripada bayangan penumbra. Apabila bayang-bayang Bulan terbentuk di permukaan Bumi, dua jenis gerhana Matahari yang asas akan terjadi. Gerhana Matahari penuh dan gerhana Matahari separa dapat dilihat melalui kawasan lintasan bayangan umbra, manakala hanya gerhana Matahari separa sahaja dapat dilihat melalui kawasan lintasan bayangan penumbra. 172 gerhana Matahari separa gerhana Matahari penuh Matahari Bulan 10.1.3 Pandangan dari sisi Pandangan dari Bumi orbit Bumi umbra penumbra Bumi orbit Bulan gerhana Matahari separa gerhana Matahari penuh


Apakah cara lain yang selamat untuk memperhatikan gerhana Matahari? INFO SAINS AKTIVITI RIA SANTAI SAINS IMBAS KEMBALI ASAH MINDA EKSPERIMEN MARI UJI 8.2.6 8.2.7 Lukisan Gerhana dan Sifat Cahaya 173 Alat dan bahan: pembaris, pensel warna, kertas lukisan Langkah-langkah: 1. Lakarkan dan labelkan kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan dengan betulnya bagi fenomena gerhana Bulan dan gerhana Matahari. 2. Warnakan lakaran kamu. 3. Pamerkan hasil lukisan kamu di dalam kelas. Soalan: 1. Senaraikan perbezaan antara gerhana Bulan dengan gerhana Matahari. 2. Apakah hubung kait antara gerhana dengan sifat cahaya? Bolehkah kita melihat gerhana Matahari dengan mata kasar? Jangan melihat Matahari atau gerhana Matahari secara terus dengan mata kasar. Mata kita akan rosak selama-lamanya. Kita harus menggunakan penuras yang sesuai seperti cermin mata khas semasa melihat gerhana Matahari. 10.1.3, 10.1.5


174 Keadaan di Bumi Semasa Gerhana Kecerahan Persekitaran Reaksi Haiwan Pada 26 Disember 2019, penduduk di Malaysia terutamanya di Johor dan Sarawak telah berpeluang untuk menyaksikan gerhana Matahari. Gambar di bawah menunjukkan keadaan sekeliling sebelum dan semasa berlakunya gerhana Matahari. Bagaimanakah reaksi haiwan semasa fenomena gerhana Matahari penuh? Sebelum Sebelum Semasa Semasa 10.1.4


Apakah ramalan kamu mengenai keadaan air laut semasa berlakunya gerhana Bulan? Hasilkan sebuah kamera lubang jarum dengan menggunakan gunting, jarum, pita pelekat, dua keping kadbod putih dan kerajang aluminium. Gunting lubang segi empat di tengah-tengah kadbod. Tebuk beberapa lubang pada kerajang aluminium. Lubang yang ditebuk dikenali sebagai lubang jarum. Tampalkan kerajang aluminium pada lubang segi empat tersebut. Biarkan cahaya matahari masuk melalui lubang jarum sehingga membentuk imej yang jelas di atas kadbod lain. INFO SAINS AKTIVITI RIA SANTAI SAINS IMBAS KEMBALI ASAH MINDA EKSPERIMEN MARI UJI 8.2.6 8.2.7 Kamera Lubang Jarum Langkah-langkah: 1. 3. 4. 2. 175 Berhati-hati ketika menggunakan gunting dan jarum. Gambar di bawah menunjukkan perbezaan keadaan air laut di jeti semasa berlakunya fenomena fasa Bulan sabit dan gerhana Bulan. Semasa fasa Bulan sabit Semasa gerhana Bulan Apakah yang akan berlaku kepada Bumi semasa gerhana Bulan? Gerhana Matahari dapat dilihat dengan selamatnya menerusi kamera lubang jarum.


176 INFO SAINS AKTIVITI RIA SANTAI SAINS IMBAS KEMBALI ASAH MINDA EKSPERIMEN MARI UJI 8.2.6 8.2.7 1. Gerhana Bulan hanya akan berlaku • apabila Bumi berada di antara Matahari dengan Bulan dalam satu garis lurus. • semasa fasa Bulan purnama. • apabila Bulan memasuki kawasan bayang-bayang Bumi. 2. Gerhana Matahari hanya akan berlaku • apabila Bulan berada di antara Matahari dengan Bumi dalam satu garis lurus. • semasa fasa Bulan baharu. • apabila bayang-bayang Bulan terbentuk di permukaan Bumi. 3. Gerhana Bulan atau gerhana Matahari tidak semestinya berlaku pada setiap bulan semasa fasa Bulan purnama atau fasa Bulan baharu kerana kecondongan pada orbit Bulan sering menyebabkan Bulan berada di atas atau di bawah Bumi. 4. Cahaya matahari bergerak dalam satu garis lurus dan tidak dapat menembusi objek legap seperti Bumi dan Bulan. 5. Gerhana Matahari penuh dan gerhana Matahari separa dapat dilihat melalui kawasan lintasan bayangan umbra, manakala hanya gerhana Matahari separa sahaja dapat dilihat melalui kawasan lintasan bayangan penumbra. 6. Tindakan melihat Matahari atau gerhana Matahari secara terus dengan mata kasar akan merosakkan mata selama-lamanya. 7. Semasa fenomena gerhana Matahari, keadaan sekeliling akan menjadi semakin gelap, suhu sekeliling akan menurun dan benda hidup seperti haiwan akan kembali ke sarangnya. 8. Semasa fenomena gerhana Bulan, kedudukan air laut pasang akan lebih tinggi.


177 INFO SAINS AKTIVITI RIA SANTAI SAINS IMBAS KEMBALI ASAH MINDA EKSPERIMEN MARI UJI 8.2.6 8.2.7 Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains. 1. Nyatakan jenis gerhana yang ditunjukkan dalam gambar yang berikut. 2. Tandakan () pada penyataan yang betul mengenai gerhana Bulan. (a) Gerhana Bulan hanya akan berlaku semasa fasa Bulan purnama. (b) Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan berada di antara Matahari dengan Bumi dalam satu garis lurus. (c) Gerhana Bulan tidak boleh dilihat dengan menggunakan mata kasar. (d) Apabila Bulan berada dalam bayangan umbra Bumi, gerhana Bulan penuh akan berlaku. 3. Jawab soalan berikut berdasarkan penyataan di atas. (a) Apakah jenis gerhana A yang berlaku? (b) Jelaskan jawapan kamu berdasarkan 3(a). (c) Nyatakan alat yang sesuai untuk memperhatikan gerhana A. 4. Isikan tempat kosong di bawah dengan jawapan yang betul. Apabila gerhana _______________ berlaku, Bulan akan berada di antara Matahari dengan Bumi dalam ___________________. Gerhana ini hanya akan berlaku semasa fasa ____________________. Semasa gerhana A berlaku, keadaan sekeliling akan menjadi semakin gelap seperti waktu malam dan suhu sekeliling akan menurun.


178 5. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan bagi fenomena suatu gerhana. Jawab soalan yang berikut. (a) Apakah jenis fenomena gerhana yang ditunjukkan dalam gambar di atas? (b) Berikan nama bagi bayangan A dan bayangan B. (c) Nyatakan dua sifat cahaya matahari bagi fenomena bayangan A dan bayangan B. (d) Ramalkan fenomena yang dapat dilihat apabila Bulan berada di kedudukan P. 6. Ramalkan keadaan di Bumi semasa fenomena (a) gerhana Bulan penuh. (b) gerhana Matahari penuh. bayangan A bayangan B Matahari Bumi Bulan


179 Pernahkah kamu melihat galaksi seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas? Galaksi Bima Sakti dapat dilihat pada waktu malam di kawasan yang sangat gelap sahaja. Apakah itu galaksi? GALAKSI UNIT 11 Adam, cepat bangun. Awan sudah tiada. Kita sudah dapat melihat banyak bintang. Baiklah, ayah. Itulah objek yang ayah hendak rakamkan. Wah, cantiknya! Lihat itu, ayah. Apakah jaluran cahaya yang samar-samar di langit itu? Jaluran cahaya berbintang banyak yang Adam lihat itu ialah galaksi Bima Sakti. Bumi kita juga berada di dalam galaksi ini. Bukankah Bumi berada di dalam Sistem Suria?


180 Kenali Galaksi Chua dan ayahnya sedang mencerap galaksi dengan menggunakan teleskop. Galaksi ialah suatu sistem yang terdiri daripada berjuta-juta bintang, gas, debu dan jirim lain. Terdapat berbilion-bilion galaksi dalam alam semesta ini yang mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Saiz galaksi terdiri daripada beberapa juta bintang sehingga beberapa trilion bintang. Bintang-bintang ini mengorbit pusat galaksi masing-masing. Apakah objek itu? Itulah galaksi. Cuba kamu perhatikan galaksi itu dengan telitinya. Sayalah Teleskop Angkasa Hubble! Bagaimanakah kita mengetahui terdapat banyaknya galaksi dalam alam semesta ini? Apakah itu galaksi? 11.1.1


181 Saya dapat melihat banyak bintang di dalam galaksi itu dan pusatnya juga sangat terang. Kita boleh melihat galaksi itu dengan jelasnya kerana saiz galaksi itu sangat besar dan terletak paling hampir dengan galaksi kita. Banyak lagi galaksi dalam alam semesta ini. Ada di antara titik-titik kecil yang kamu lihat di langit merupakan galaksi. Mari kita lihat gambar ini. Gambar ini dirakam oleh Teleskop Angkasa Hubble yang menunjukkan beribu-ribu titik kecil. Setiap titik kecil ini sebenarnya ialah galaksi. INFO SAINS Galaksi Andromeda ialah galaksi pilin yang besar dan berada paling dekat dengan Bumi. Galaksi ini dapat dilihat dengan mata kasar dari hemisfera utara di langit yang sangat gelap.


182 AKTIVITI RIA Lakaran Galaksi Alat dan bahan: komputer, capaian Internet, pensel warna, kertas putih Langkah-langkah: 1. Melalui enjin carian Internet, cari gambar galaksi yang menunjukkan bentuk galaksi tertentu. 2. Lakar bentuk galaksi tersebut. 3. Pamerkan hasil lakaran kamu di dalam kelas. Soalan: 1. Apakah galaksi yang telah kamu lakarkan? 2. Apakah yang kamu faham tentang galaksi? galaksi berpilin galaksi elips Apakah jenis galaksi yang terdapat dalam alam semesta ini? Tahukah kamu bahawa galaksi mempunyai beberapa jenis? Mari kita kenali beberapa contoh jenis galaksi. 11.1.5 galaksi tidak sekata


183 Galaksi Bima Sakti Cuba lihat ke langit apabila kamu berada di kawasan yang sangat gelap pada waktu malam. Kamu mungkin berpeluang untuk melihat jaluran bintang yang merentang di langit dan cahayanya samar-samar seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. Ahli astronomi menamakan jaluran bintang ini sebagai Bima Sakti. Bima Sakti ialah galaksi. Kita dapat melihat galaksi Bima Sakti yang besar di langit malam kerana Bumi berada di dalam galaksi ini. Bintang-bintang yang kita lihat di langit malam kebanyakannya berada di dalam galaksi Bima Sakti. Jaluran bintang ini dinamakan sebagai Bima Sakti atau Milky Way kerana orang Roman purba menggambarkannya seumpama tumpahan susu di langit malam. Apakah Bima Sakti? 11.1.2, 11.1.3


184 Bumi merupakan sebahagian daripada Sistem Suria. Adakah kamu masih ingat tentang Sistem Suria? Tahukah kamu di manakah terletaknya Sistem Suria kita dalam alam semesta ini? Galaksi Bima Sakti Sistem Suria yang terdiri daripada Matahari, Bumi dan tujuh planet lain merupakan sebahagian daripada galaksi Bima Sakti. Bima Sakti ialah galaksi pilin berpalang yang mempunyai dua lengan utama. Galaksi ini juga mempunyai pusat bintang yang cerah dan tebal. Oleh itu, galaksi ini kelihatan seperti sebuah cakera nipis yang membonjol pada bahagian tengah jika diperhatikan dari pandangan sisi. lengan berpilin galaksi pusat palang galaksi Mari kita lihat gambar ini. Galaksi Bima Sakti merupakan satu daripada berbilion-bilion galaksi yang terdapat dalam alam semesta. Pusat galaksi Bima Sakti dikelilingi oleh berbilion-bilion bintang.


185 Sistem Suria kita berada di pinggir satu daripada lengan berpilin galaksi Bima Sakti. Matahari merupakan satu daripada bintang di dalam galaksi Bima Sakti. Oh, begitu! Patutlah kita hanya boleh melihat sebahagian daripada galaksi Bima Sakti dari Bumi kerana Bumi berada di pinggir galaksi ini. Sistem Suria pandangan sisi galaksi Bima Sakti Bumi


Alat dan Bahan: gunting, pensel, tali, gam, kadbod, kertas putih Langkah-langkah: Gunting kadbod dan kertas putih kepada bentuk cakera bulat. Lekat cakera putih pada cakera kadbod. Lukis galaksi Bima Sakti pada cakera putih. Tandakan kedudukan Sistem Suria. Tebuk dua lubang di bahagian tengah cakera. Masukkan tali melalui kedua-dua lubang dan ikat hujung tali. Pusingkan cakera untuk memintal tali. Kemudian, tarik tali tersebut. 1. 4. 2. 5. 3. 6. AKTIVITI RIA Galaksi Bima Sakti Alat dan bahan: komputer, capaian Internet, pen penanda, kad manila Langkah-langkah: 1. Lakukan carian mengenai galaksi Bima Sakti. 2. Setiap ahli bergilir-gilir menulis sekurang-kurangnya satu fakta berkenaan dengan galaksi Bima Sakti pada kad manila. 3. Bentangkan hasil kerja kumpulan kamu. Soalan: Terangkan kedudukan Bumi di dalam galaksi Bima Sakti. Aktiviti 2 Aktiviti 1 186 Soalan: 1. Perihalkan galaksi Bima Sakti berdasarkan aktiviti di atas. 2. Adakah asteroid, meteoroid dan komet juga berada di dalam galaksi Bima Sakti? Mengapa? Berhati-hati ketika menggunakan gunting. 11.1.2, 11.1.3, 11.1.5


Click to View FlipBook Version