The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JOE BENNY ANAK SIDI KPM-Guru, 2023-04-26 13:57:27

Buku teks Tahun 6 Part 2

Buku teks Tahun 6 Part 2

187 Saiz Sistem Suria di dalam Galaksi Bima Sakti Berapakah besar saiz Sistem Suria di dalam galaksi Bima Sakti? Simulasi di atas tidak menunjukkan perkadaran saiz yang sebenar tetapi untuk memudahkan pemahaman murid. Berdasarkan perbandingan di atas, apakah rumusan kamu mengenai saiz Sistem Suria di dalam galaksi Bima Sakti? Ya, Alia. Lihat perbandingan saiz Sistem Suria dan galaksi Bima Sakti seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. Wah, besarnya galaksi Bima Sakti! 11.1.4 Saiz galaksi Bima Sakti diandaikan sebesar kawasan padang sekolah. Melalui perbandingan ini, didapati bahawa saiz galaksi Bima Sakti adalah sangat besar sehingga boleh meliputi seluruh kawasan padang sekolah sekiranya saiz Sistem Suria adalah sebesar diameter sebatang pensel. Pensel ini, cikgu? Mari kita menggambarkan saiz Sistem Suria sebesar diameter sebatang pensel. Saiz Sistem Suria diandaikan sebesar diameter sebatang pensel.


Tujuan: Menjalankan simulasi untuk menggambarkan saiz Sistem Suria di dalam galaksi Bima Sakti. Alat dan bahan: pita pengukur, bola hoki, tepung Langkah-langkah: 1. Lakukan aktiviti ini di padang sekolah. Simulasi Saiz Sistem Suria dan Galaksi Bima Sakti 188 2. Tempatkan murid A di tengah-tengah padang sekolah sebagai pusat galaksi Bima Sakti. 3. Ukur jarak 30 m dari kedudukan murid A ke kedudukan murid B. 4. Murid B bergerak mengelilingi murid A sambil menabur tepung di sepanjang laluan untuk membentuk satu bulatan di atas padang dengan mengekalkan jarak tetap, iaitu 30 m. 5. Tempatkan murid di kedudukan C, D dan E sebagai penanda sempadan kawasan yang mewakili galaksi Bima Sakti. 6. Tempatkan bola hoki di kedudukan F untuk mewakili kedudukan Sistem Suria dalam galaksi Bima Sakti. 7. Lakarkan simulasi di atas dan bincangkan. • Simulasi di atas tidak menunjukkan perkadaran saiz dan bentuk yang sebenar. • Guru boleh mengubah suai lokasi mengikut kesesuaian. Soalan: 1. Berdasarkan simulasi di atas, bandingkan saiz Sistem Suria dengan saiz galaksi Bima Sakti. 2. Ramalkan saiz galaksi Bima Sakti dalam unit meter sekiranya saiz Sistem Suria ialah tiga kali ganda saiz bola hoki. padang sekolah murid C murid D murid A F murid B murid E 30 m 11.1.4, 11.1.5


Hasilkan galaksi kincir angin dengan menggunakan komputer, capaian Internet, mesin pencetak, gunting, penebuk lubang, pensel dan dawai besi. Langkah-langkah: 1. Lakukan carian Internet dan muat turun gambar galaksi. Cetak gambar tersebut. Gunting gambar galaksi mengikut bentuk heksagon dan garisan putih seperti dalam gambar. Terbalikkan heksagon dan masukkan dawai besi ke dalam lubang pada bahagian tengah heksagon. Ikat dawai besi pada bahagian depan kincir angin. Tebuk enam lubang pada bahagian tepi dan satu lubang pada bahagian tengah heksagon dengan menggunakan penebuk lubang. Lipat setiap bahagian kepak heksagon dan masukkan dawai besi ke dalam lubang pada bahagian tepi heksagon. Ikat hujung belakang dawai besi pada sebatang pensel. Pastikan ikatan tidak terlalu ketat. Halakan galaksi kincir angin ke arah laluan tiupan angin. SANTAI SAINS Galaksi Kincir Angin 189 2. 4. 6. 3. 5. 7. 8. Berhati-hati ketika menggunakan gunting dan dawai besi.


190 1. Galaksi terdiri daripada berjuta-juta bintang, gas, debu dan jirim lain. 2. Alam semesta mengandungi berbilion-bilion galaksi dengan pelbagai saiz dan bentuk. 3. Saiz galaksi terdiri daripada beberapa juta bintang sehingga beberapa trilion bintang. Bintang-bintang ini mengorbit pusat galaksi masing-masing. 4. Galaksi Bima Sakti ialah galaksi pilin berpalang yang mempunyai dua lengan utama. 5. Pandangan sisi galaksi Bima Sakti kelihatan seperti sekeping cakera nipis yang membonjol di bahagian tengah. 6. Sistem Suria yang terdiri daripada Matahari, Bumi dan tujuh planet lain merupakan sebahagian daripada galaksi Bima Sakti. 7. Saiz Sistem Suria adalah sangat kecil berbanding dengan galaksi Bima Sakti. 1. Gambar di atas menunjukkan sebuah galaksi yang dirakam oleh satu teleskop angkasa. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan galaksi? (b) Berdasarkan gambar di atas, apakah jenis galaksi tersebut? IMBAS KEMBALI ASAH MINDA Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.


191 2. Isikan tempat kosong di bawah dengan jawapan yang betul. (a) Bima Sakti ialah _______________ jenis _______________. (b) Sistem Suria terdiri daripada _______________, Bumi dan _______________ planet lain yang terletak di dalam galaksi _______________. (c) Alam semesta mengandungi berbilion-bilion galaksi dengan pelbagai _______________ dan _______________. Objek X kelihatan seperti jaluran bintang yang merentang langit dan bercahaya samar-samar apabila dilihat dari Bumi. Orang zaman dahulu menggambarkannya seumpama tumpahan susu di langit malam. 3. Berdasarkan penyataan di atas, jawab soalan yang berikut. (a) Apakah objek X? (b) Apakah jenis objek X? 4. Nyatakan bahagian bertanda P dan Q seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. P: ________________ Q: ________________ Q P


192 5. Gambar di sebelah menunjukkan objek X yang merupakan sebahagian daripada objek Y dalam alam semesta. (a) Namakan objek X dan objek Y. (b) Apakah nama bintang dalam objek X? 6. Tandakan () pada penyataan yang betul berkenaan dengan saiz galaksi Bima Sakti. (a) Saiz galaksi Bima Sakti adalah sama dengan saiz Sistem Suria. (b) Saiz galaksi Bima Sakti adalah sangat kecil berbanding dengan saiz Sistem Suria. (c) Saiz galaksi Bima Sakti adalah sangat besar berbanding dengan Sistem Suria. (d) Sekiranya saiz Sistem Suria diandaikan sebesar diameter sebatang pensel, saiz galaksi Bima Sakti diandaikan meliputi seluruh kawasan padang sekolah. 7. Gambar di atas menunjukkan pandangan sisi galaksi Q yang mengandungi Matahari. 8. Pandangan sisi galaksi Bima Sakti kelihatan seperti ________________ yang ________________ di bahagian tengah. objek X objek Y Bumi (a) Namakan galaksi Q. (b) Perihalkan galaksi Q dengan dua fakta.


193 Serigala akhirnya pergi dari situ. Semua anak kambing kini tinggal bersama-sama di rumah Si Bongsu. Tidak lama kemudian datang seekor serigala yang cuba meruntuhkan rumah mereka. Suatu masa dahulu, ada tiga ekor anak kambing yang tinggal di sebuah kampung. Anak-anak kambing itu membina rumah masing-masing untuk berlindung. KESTABILAN DAN KEKUATAN UNIT 12 Saya Si Sulung. Saya Si Tengah. Saya Si Bongsu. Rumah ini sekali tolak sahaja sudah runtuh. Rumah ini tiga kali tolak sudah runtuh. Rumah ini banyak kali tolak tetapi masih kukuh. Mengapakah binaan yang stabil dan kuat penting?


194 Kestabilan Objek dan Binaan Adam dan Raju sedang bermain blok binaan. Kestabilan objek dan binaan ialah keupayaan objek dan binaan untuk kekal atau kembali ke kedudukan asal objek dan binaan tersebut. Panas sungguh hari ini ya. Ya. Sekarang saya pasangkan kipas. Eh, binaan yang saya bina tumbang! Binaan yang dibina mestilah stabil supaya tidak mudah tumbang. Apakah yang dimaksudkan dengan kestabilan objek dan binaan? INFO SAINS Pusat graviti ialah titik tengah pada ketinggian suatu objek. Semakin rendah pusat graviti, semakin stabil suatu objek tersebut. pusat graviti 12.1.1, 12.1.2


195 Hasil binaan Raju adalah lebih tinggi daripada hasil binaan Adam. Ketinggian merupakan faktor yang mempengaruhi kestabilan objek dan binaan. Semakin bertambah ketinggian objek dan binaan, semakin berkurang kestabilan objek dan binaan tersebut. Lihat gambar di atas. Luas tapak hasil binaan Adam adalah lebih besar berbanding dengan luas tapak hasil binaan Raju. Luas tapak juga merupakan faktor yang mempengaruhi kestabilan objek dan binaan. Semakin besar luas tapak objek dan binaan, semakin bertambah kestabilan objek dan binaan tersebut. tinggi 20 cm tinggi 32 cm binaan Adam binaan Raju Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kestabilan Objek dan Binaan Struktur yang stabil tidak mudah tumbang apabila suatu gerakan atau daya dikenakan. Mari perhatikan binaan yang dihasilkan oleh Adam dan Raju. lebar 28 cm panjang 16 cm lebar 2 cm panjang 28 cm Berdasarkan pemahaman kamu, apakah maksud kestabilan objek dan binaan? Jelaskan faktor yang mempengaruhi kestabilan objek dan binaan. panjang 28 cm panjang 16 cm lebar 28 cm lebar 2 cm luas tapak binaan Adam luas tapak binaan Raju luas tapak 32 cm2 784 cm2 luas tapak


1. Tujuan: 2. Penyataan masalah: Adakah sesuatu binaan akan lebih stabil atau kurang stabil sekiranya ketinggian binaan tersebut bertambah? 3. Hipotesis: 4. Pemboleh ubah: (a) dimanipulasikan: (b) bergerak balas: (c) dimalarkan: 5. Alat dan bahan: 12 biji cawan kertas, kadbod, jam randik INFO SAINS AKTIVITI RIA SANTAI SAINS IMBAS KEMBALI ASAH MINDA EKSPERIMEN MARI UJI 8.2.6 8.2.7 Ketinggian Binaan dan Objek 196 Faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan objek dan binaan ialah ketinggian dan luas tapak. Rancang dan laksanakan eksperimen untuk menguji faktor-faktor tersebut. Adakah sesuatu binaan akan lebih stabil atau kurang stabil sekiranya ketinggian binaan tersebut ditingkatkan? Mari kita uji faktor ketinggian objek untuk menentukan kestabilannya.


INFO SAINS AKTIVITI RIA SANTAI SAINS IMBAS KEMBALI ASAH MINDA EKSPERIMEN MARI UJI 8.2.6 8.2.7 Luas Tapak Binaan dan Objek 7. Data: 8. Mentafsirkan data: (a) Model binaan yang manakah yang lebih stabil? Mengapa? (b) Apakah hubungan antara ketinggian model binaan dengan kestabilan model binaan? 9. Kesimpulan: 6. Langkah-langkah: (a) Letakkan kadbod di atas meja. (b) Susun cawan kertas di atas kadbod. (c) Gerakkan kadbod ke hadapan dan ke belakang berulang kali. (d) Catat masa yang diambil apabila cawan mula jatuh. (e) Rekod hasil pemerhatian kamu ke dalam jadual. (f) Ulangi langkah 6(a) hingga 6(e) dengan menambah ketinggian susunan cawan kertas. 197 12.1.3, 12.1.7 Adakah kestabilan sesuatu binaan akan meningkat atau menurun jika luas tapak binaan tersebut lebih kecil? Mari kita uji faktor luas tapak binaan untuk menentukan kestabilannya.


198 7. Data: 8. Mentafsirkan data: (a) Model binaan yang manakah yang lebih stabil? Mengapa? (b) Apakah hubungan antara luas tapak binaan dengan kestabilan binaan? 9. Kesimpulan: 6. Langkah-langkah: INFO SAINS Zirafah mengangkangkan kedua-dua kaki hadapannya supaya stabil semasa meminum air. Tindakan ini adalah untuk meluaskan tapak dan merendahkan ketinggiannya. 3. Hipotesis: 4. Pemboleh ubah: (a) dimanipulasikan: (b) bergerak balas: (c) dimalarkan: 5. Alat dan bahan: 15 biji tin minuman yang sama saiz, kadbod, jam randik, pita pelekat 1. Tujuan: 2. Penyataan masalah: Adakah kestabilan sesuatu binaan akan meningkat atau menurun jika luas tapak binaan tersebut berkurang?


199 Kekuatan Objek dan Binaan Chua dan ayahnya baru selesai membina sangkar arnab. Binaan seperti bangunan dibina dengan menggunakan pelbagai jenis bahan seperti konkrit, besi, plastik dan kayu bagi menjamin kekuatan struktur binaan tersebut. Bahan yang berbeza mempunyai kekuatan yang berbeza. Kekuatan objek dan binaan ialah keupayaan objek dan binaan untuk menampung daya yang akan merosakkan atau menukarkan bentuk struktur objek dan binaan tersebut. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kekuatan Objek dan Binaan Konkrit ialah bahan yang sangat kuat, tidak terbakar, tidak berkarat dan tidak mereput. Besi ialah logam yang kuat dan tahan lasak. Kayu mempunyai sifat teguh, keras dan mudah dipotong mengikut saiz. Plastik ialah bahan yang ringan dan mudah dibentuk. Ayah, mengapakah kita menggunakan batang besi untuk membuat tiang sangkar arnab ini? Kita menggunakan batang besi supaya struktur sangkar lebih kuat dan tahan lama. Apakah yang dimaksudkan dengan kekuatan objek dan binaan? Apakah jenis bahan yang digunakan bagi menjamin kekuatan struktur binaan? 12.1.1, 12.1.2


200 kekuda Perhatikan bentuk struktur objek dan binaan di bawah. Bentuk struktur objek dan binaan juga mempengaruhi kekuatan strukturnya. Bentuk struktur kekuda ialah rangkaian tiang yang membentuk segi tiga yang mampu menampung beban yang banyak. Struktur lengkungan ialah bentuk struktur yang melengkung yang digunakan untuk menyokong beban. Gabungan beberapa kekuda dalam pembinaan jambatan menjadikan jambatan lebih kukuh. Struktur lengkungan pada jambatan mampu menjadikan jambatan lebih kuat untuk menyokong beban. Gabungan beberapa kekuda dalam pembinaan bumbung rumah menjadikan bumbung rumah lebih kukuh. Kubah ialah struktur yang berbentuk hemisfera yang kuat dan tidak memerlukan tiang sokongan. Struktur ini kerap digunakan dalam pembinaan bumbung stadium. lengkungan bentuk kubah Berdasarkan pemahaman kamu, apakah maksud kekuatan objek dan binaan? Jelaskan faktor yang mempengaruhi kekuatan objek dan binaan.


INFO SAINS AKTIVITI RIA SANTAI SAINS IMBAS KEMBALI ASAH MINDA EKSPERIMEN MARI UJI 8.2.6 8.2.7 1. Tujuan: 2. Penyataan masalah: Adakah jenis bahan mempengaruhi kekuatan objek? 3. Hipotesis: 4. Pemboleh ubah: (a) dimanipulasikan: (b) bergerak balas: (c) dimalarkan: 5. Alat dan bahan: tungku kaki tiga, penyedut minuman kertas, penyedut minuman plastik, penyedut minuman besi, 10 unit pemberat 10 g 6. Langkah-langkah: Jenis Bahan Binaan 201 Faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan objek dan binaan ialah jenis bahan dan bentuk struktur. Rancang dan laksanakan eksperimen untuk menguji faktor-faktor tersebut. Kekuatan objek dan binaan ialah keupayaan objek dan binaan untuk menampung daya yang boleh merosakkan atau menukarkan bentuk struktur objek dan binaan tersebut. Faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan objek dan binaan ialah jenis bahan dan bentuk struktur. 12.1.4, 12.1.7 Adakah jenis bahan mempengaruhi kekuatan objek? Saya ada tiga jenis penyedut minuman yang diperbuat daripada tiga bahan yang berbeza. Mari kita uji bahan mana yang lebih kuat?


INFO SAINS AKTIVITI RIA SANTAI SAINS IMBAS KEMBALI ASAH MINDA EKSPERIMEN MARI UJI 8.2.6 8.2.7 8. Mentafsirkan data: (a) Apakah yang dapat kamu perhatikan? Berikan alasan kamu. (b) Apakah hubungan antara jenis bahan dengan kekuatan objek? 9. Kesimpulan: Bentuk Struktur Binaan 1. Tujuan: 2. Penyataan masalah: Adakah bentuk struktur mempengaruhi kekuatan objek dan binaan? 3. Hipotesis: 4. Pemboleh ubah: (a) dimanipulasikan: (b) bergerak balas: (c) dimalarkan: 5. Alat dan bahan: pembaris, gunting, dua buah meja, set pemberat, kad manila, pita pelekat, benang 202 7. Data: Berhati-hati ketika menggunakan gunting. 12.1.4, 12.1.7


6. Langkah-langkah: (a) Membina struktur alang Struktur alang A: (i) Gunting kad manila berukuran 24 cm x 12 cm. (ii) Lukis empat jalur yang berukuran 3 cm setiap satunya pada kad manila tersebut. (iii) Lipat kad manila seperti gambar di sebelah. (iv) Lekatkan bahagian kad manila yang dilipat dengan menggunakan pita pelekat. Struktur alang B: (i) Gunting kad manila berukuran 24 cm x 12 cm. (ii) Lukis tiga jalur yang berukuran 4 cm setiap satunya pada kad manila tersebut. (iii) Lipat kad manila untuk membentuk alang segi tiga. (iv) Lekatkan kedua-dua hujung kad manila tersebut dengan menggunakan pita pelekat. Struktur alang C: (i) Gunting kad manila berukuran 24 cm x 12 cm. (ii) Gulung kad manila untuk membentuk alang silinder. (iii) Lekatkan kedua-dua hujung kad manila tersebut dengan menggunakan pita pelekat. Struktur alang D: (i) Gunting kad manila berukuran 24 cm x 12 cm. (ii) Lukis empat jalur yang berukuran 3 cm setiap satunya pada kad manila tersebut. (iii) Lipat kad manila untuk membentuk alang kuboid. (iv) Lekatkan kedua-dua hujung kad manila tersebut dengan menggunakan pita pelekat. 203 alang A alang B alang C alang D 12 cm 3 cm 24 cm 12 cm 12 cm 12 cm 4 cm 24 cm 24 cm 24 cm 3 cm


7. Data: 8. Mentafsirkan data: (a) Apakah yang dapat kamu perhatikan? Berikan alasan kamu. (b) Apakah hubungan antara bentuk struktur binaan dengan kekuatan binaan? 9. Kesimpulan: 204 (b) Letakkan alang A secara melintang di antara meja. (c) Gantungkan cangkuk pada alang A. (d) Letakkan pemberat pada cangkuk tersebut. Tambahkan pemberat sehingga berlaku perubahan pada alang. (e) Catat hasil pemerhatian kamu dalam jadual. (f) Ulangi langkah 6(b) hingga langkah 6(e) dengan menggunakan alang B, alang C dan alang D. alang INFO SAINS Rumah api yang dibina di kawasan tinggi atau di tengah laut membantu ahli pelayaran belayar dengan selamat dan memudahkan kapal berlabuh pada malam hari. Struktur binaan rumah api yang berbentuk silinder mampu mengurangkan rintangan angin. Bentuk silinder ialah bentuk struktur yang teguh, mantap dan tidak mudah rosak.


INFO SAINS AKTIVITI RIA SANTAI SAINS IMBAS KEMBALI ASAH MINDA EKSPERIMEN MARI UJI 8.2.6 8.2.7 Yang Stabil, Yang Kuat Tujuan: Mendefinisikan secara operasi kekuatan dan kestabilan binaan 205 Soalan: 1. Struktur binaan yang manakah yang paling kuat dan paling stabil? 2. Apakah definisi secara operasi bagi kestabilan suatu objek dan binaan? 3. Apakah definisi secara operasi bagi kekuatan suatu objek dan binaan? Alat dan bahan: penyedut minuman, pita pelekat, kadbod bersaiz A3 12.1.1, 12.1.2, 12.1.6 contoh binaan Langkah-langkah: 1. Bincangkan struktur binaan yang akan dibina dengan mengambil kira faktor kestabilan dan kekuatan. 2. Letakkan kadbod bersaiz A3 di atas meja. 3. Bina struktur binaan dengan menggunakan penyedut minuman dan pita pelekat di atas kadbod bersaiz A3. 4. Bincangkan dalam kumpulan kamu kaedah yang digunakan bagi menguji kestabilan dan kekuatan struktur binaan yang telah dibina. 5. Bandingkan hasil struktur binaan kumpulan kamu dengan hasil struktur binaan kumpulan lain. 6. Bincangkan hasil pemerhatian kamu di hadapan kelas.


Mari kita perhatikan situasi di bawah. Binaan yang kuat dan stabil tidak mudah rosak, menjimatkan kos membaik pulih dan selamat untuk digunakan. Binaan ini juga dapat digunakan dalam tempoh yang lama. Situasi 1 25 Februari 2010 25 Februari 2021 25 Februari 2010 25 Februari 2021 Situasi 2 206 Kepentingan Binaan yang Kuat dan Stabil Bangunan Parlimen Bangunan Sultan Abdul Samad Binaan yang kuat dan stabil akan terus kekal dan teguh sehingga sekarang. Apakah kepentingan binaan yang kuat dan stabil bagi menjamin kehidupan yang lestari? Ini jambatan kayu ke kampung saya. Jambatan kayu ini sudah tidak boleh digunakan lagi. Ini jambatan besi ke kampung saya. Jambatan ini kekal elok sehingga kini. 12.1.5 Ini jambatan besi baharu yang dibina di kampung saya. Tugu Negara


Mencipta Model Binaan: Bangku Botol Alat dan bahan: gunting, 18 biji botol plastik berpenutup yang sama saiz, pita pelekat bersaiz lebar, tuala terpakai, reben, kain Langkah-langkah: Lakarkan bangku botol yang akan dicipta. Lekatkan dua biji botol yang telah dicantumkan dengan menggunakan pita pelekat. Ulangi langkah 2 hingga 4 untuk botol-botol yang selebihnya. Hias bangku botol dengan menggunakan kain dan reben. Gunting bahagian atas botol. Susun botol-botol yang telah dicantumkan secara rapat dan lilitkan pita pelekat pada sekeliling botol tersebut. Masukkan botol yang telah dipotong pada bahagian atas botol yang belum dipotong. Alas bahagian atas botol yang telah dicantumkan dengan menggunakan tuala terpakai. 1. 4. 5. 6. 7. 2. 3. 207 Saya telah mengumpulkan banyak botol plastik minuman untuk dikitar semula. 12.1.6, 12.1.7 Berhati-hati ketika menggunakan gunting. Saya cadangkan semua botol plastik itu digunakan semula dengan mencipta bangku botol yang kuat dan stabil. Mari kita cipta bangku botol bersama-sama. bangku botol Berdasarkan pengetahuan kamu, cipta model binaan yang kuat dan stabil dengan menggunakan bahan kitar semula yang sesuai. Perihalkan alasan pemilihan bahan tersebut.


Bakul Kotak INFO SAINS AKTIVITI RIA SANTAI SAINS IMBAS KEMBALI ASAH MINDA EKSPERIMEN MARI UJI 8.2.6 8.2.7 Hasilkan bakul mengikut kreativiti kamu dengan menggunakan gunting, pistol perekat panas, kotak terpakai, kain terpakai dan tali sabut. 1. 4. 2. 5. 3. 6. Hasilkan dua bulatan untuk dijadikan tapak bakul dengan menggunakan kotak terpakai. Gunting kain mengikut bentuk kotak. Lekatkan kain pada satu bahagian kotak yang akan dijadikan bahagian dalam tapak bakul. Gunting kotak untuk dijadikan dinding bakul. Lekatkan kain pada sekeliling dinding bakul. Lekatkan bahagian tapak dan dinding sehingga bakul terbentuk. 208 Berhati-hati ketika menggunakan gunting dan pistol perekat panas. Lekatkan kedua-dua bulatan kotak tersebut dengan menggunakan pistol perekat panas. Langkah-langkah: Hias bakul dengan melilitkan dan melekatkan tali sabut pada bahagian luar bakul. bakul kotak


209 INFO SAINS AKTIVITI RIA SANTAI SAINS IMBAS KEMBALI ASAH MINDA EKSPERIMEN MARI UJI 8.2.6 8.2.7 1. Kestabilan objek dan binaan ialah keupayaan objek dan binaan untuk kekal atau kembali ke kedudukan asal objek dan binaan tersebut. 2. Faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan objek dan binaan ialah: • ketinggian. • luas tapak. 3. Semakin berkurang ketinggian objek dan binaan, semakin bertambah kestabilan objek dan binaan. 4. Semakin bertambah luas tapak objek dan binaan, semakin bertambah kestabilan objek dan binaan. Kekuatan Objek dan Binaan 1. Kekuatan objek dan binaan ialah keupayaan objek dan binaan untuk menampung daya yang akan merosakkan atau menukarkan bentuk struktur objek dan binaan tersebut. 2. Faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan objek dan binaan ialah: • jenis bahan. • bentuk struktur. 3. Bahan binaan yang berbeza mempunyai kekuatan yang berbeza. Contoh bahan binaan tersebut adalah seperti yang berikut: • Konkrit ialah bahan yang sangat kuat, tidak terbakar, tidak berkarat dan tidak mereput. • Besi ialah logam yang kuat dan tahan lasak. • Plastik ialah bahan yang ringan dan mudah dibentuk. • Kayu ialah bahan yang teguh, keras dan mudah dipotong mengikut saiz. 4. Struktur yang berbentuk kekuda, lengkungan dan kubah ialah bentuk struktur yang kuat. 5. Kepentingan binaan yang kuat dan stabil bagi menjamin kehidupan yang lestari adalah seperti yang berikut: • binaan tidak mudah rosak • menjimatkan kos baik pulih • binaan selamat untuk digunakan • binaan dapat digunakan dalam tempoh yang lama Kestabilan Objek dan Binaan


210 Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains. 1. Perhatikan pasu bunga A dan pasu bunga B di bawah. Pasu bunga manakah yang lebih stabil? Jelaskan jawapan kamu. 2. Nyatakan maksud yang berikut: (a) kestabilan objek dan binaan (b) kekuatan objek dan binaan 3. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan dan kekuatan objek dan binaan. 4. Suatu aktiviti telah dijalankan oleh sekumpulan murid bagi menguji INFO SAINS AKTIVITI RIA SANTAI SAINS IMBAS KEMBALI ASAH MINDA EKSPERIMEN MARI UJI 8.2.6 8.2.7 pasu bunga A pasu bunga B blok kayu A blok kayu B kestabilan blok kayu A dan blok kayu B yang diletakkan pada papan nipis yang dicondongkan perlahan-lahan seperti yang ditunjukkan dalam gambar. (a) Antara blok kayu A dengan blok kayu B, yang manakah yang akan tumbang terlebih dahulu? (b) Berikan inferens ke atas pemerhatian yang dilakukan pada 4(a). (c) Cadangkan satu cara untuk menstabilkan blok kayu tersebut. (d) Apakah kesimpulan yang dapat kamu nyatakan bagi aktiviti ini? 5. Rumuskan kepentingan binaan yang kuat dan stabil bagi menjamin kehidupan lestari.


Kisah dua orang sahabat baik yang tinggal berjiran. Kemajuan teknologi semakin berkembang pesat dan mengikut peredaran masa. Apakah peranan teknologi dalam kehidupan harian kita? 211 25 Februari 1990 25 Februari 2021 TEKNOLOGI UNIT 13 Helo, Aisyah. Jom kita main masak-masak. Saya siapkan kerja sekolah dahulu, Alin. Petang nanti kita main masak-masak. Helo, Aisyah. Marilah singgah di kedai roti saya. Kita makan bersama-sama. Baik, Alin. Selepas kerja saya selesai, saya ke sana.


212 Teknologi dan Kepentingannya Manusia mampu melakukan pelbagai aktiviti harian dengan menggunakan deria dan anggota badan. Namun begitu, keupayaan deria dan anggota badan manusia adalah terbatas dan perlu dibantu dengan penggunaan teknologi. Teleskop membolehkan manusia memerhati planet, Bulan dan objek yang sangat jauh di angkasa. Mikrofon dan pembesar suara membolehkan suara kita dapat didengar dengan jelas. mikroskop teleskop mikrofon pembesar suara Pelbagai alat telah dicipta untuk membantu manusia mengatasi had keupayaan mereka. Mikroskop dapat membantu manusia memerhati mikroorganisma dan objek yang sangat seni. Apakah maksud teknologi? Teknologi merupakan satu daripada aplikasi pengetahuan sains untuk membantu mengatasi had keupayaan manusia. 13.1.1


213 Telinga manusia tidak mampu untuk mendengar bunyi yang sangat perlahan. Stetoskop membolehkan manusia mendengar degupan jantung dengan jelasnya. Manusia hanya mampu bergerak dalam jarak yang dekat. Kenderaan dicipta untuk membolehkan manusia bergerak lebih jauh dalam masa yang singkat. Manusia hanya mampu untuk berkomunikasi dalam jarak yang dekat. Telefon dicipta untuk membolehkan manusia berkomunikasi walaupun dalam jarak yang sangat jauh. Penciptaan peralatan berteknologi sangat penting bagi membantu manusia mengatasi had keupayaan mereka dalam kehidupan harian. telefon kereta stetoskop kapal laut telefon bimbit Berdasarkan pemahaman kamu, nyatakan maksud teknologi dan kepentingan teknologi dalam kehidupan harian manusia. kapal terbang


Pada masa ini, kita dapat menikmati pelbagai kemudahan hasil daripada perkembangan teknologi. Perkembangan Teknologi dalam Bidang Pertanian dan Penternakan Penciptaan Peralatan Agrikultur Penyelidikan Perkembangan teknologi dalam bidang pertanian adalah sangat penting bagi membekalkan sumber makanan secara berterusan kepada manusia. Penciptaan peralatan moden dalam industri pertanian dan penternakan dapat membantu manusia memudahkan urusan, menjimatkan masa dan tenaga. Perkembangan penyelidikan dalam industri pertanian dan penternakan telah membantu manusia meningkatkan kualiti dan hasil industri pertanian dan penternakan. Perkembangan Teknologi Dron digunakan untuk kerja membaja di kawasan pertanian dan meracun rumpai. Penyelidikan dalam bidang teknologi pertanian hijau meningkatkan kualiti hasil tanaman. Sistem agihan makanan automatik digunakan di ladang ternakan ayam. Penyelidikan dalam bidang bioteknologi penternakan meningkatkan kualiti makanan ternakan tempatan. 214 Bagaimanakah perkembangan teknologi dalam pelbagai bidang dapat membantu manusia dalam kehidupan harian mereka? 13.1.2


215 Perkembangan Teknologi dalam Bidang Perubatan Perkembangan teknologi dalam bidang perubatan memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan kualiti kesihatan manusia. vaksin VAKSIN AKSIN IN VAKSI VA Penciptaan Peralatan Perubatan Penciptaan mikroskop elektron berjaya mengesan mikroorganisma penyebab penyakit. Penciptaan mesin ultra bunyi, mesin sinar-X dan mesin MRI membolehkan doktor dan penyelidik perubatan mengesan penyakit di dalam tubuh manusia yang tidak dapat dikesan dengan mata kasar. mikroskop elektron mesin sinar-X mesin MRI mesin ultra bunyi Penciptaan Ubat-ubatan Penciptaan ubat-ubatan dan vaksin serta penemuan kaedah perubatan yang baharu telah membantu manusia menyembuhkan atau mencegah penyakit-penyakit berbahaya. ubat-ubatan moden


216 Perkembangan Teknologi dalam Bidang Pengangkutan Perkembangan teknologi dalam bidang pengangkutan udara, darat dan laut memudahkan pergerakan manusia dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Perkembangan Pengangkutan Udara Perkembangan Pengangkutan Darat Perkembangan Pengangkutan Laut kapal terbang roket sistem transit aliran ringan (LRT) kereta api laju kapal selam kapal persiaran Penggunaan kapal terbang membolehkan manusia menjimatkan masa untuk bergerak ke tempat yang jauh. Penciptaan roket membolehkan manusia mengembara sehingga ke angkasa lepas. Kepelbagaian rangkaian perkhidmatan pengangkutan awam membolehkan pengguna membuat pilihan pengangkutan. Penggunaan kereta api laju dapat menjimatkan masa dan mengelakkan kesesakan lalu lintas. Teknologi kapal selam dapat mengukuhkan sistem pertahanan negara. Kapal persiaran membuka peluang untuk melancong.


Perkembangan Teknologi dalam Bidang Komunikasi Perkembangan Teknologi dalam Bidang Pembinaan Bidang komunikasi berkembang pesat dengan terciptanya jalur lebar dan capaian Internet yang membolehkan informasi dapat disampaikan dengan cepatnya tanpa mengira sempadan. 217 Perkembangan teknologi dalam pelbagai bidang seperti pertanian, perubatan, pengangkutan, pembinaan dan komunikasi dapat menjadikan kehidupan manusia lebih selesa dan mudah. Perkembangan dalam bidang pembinaan menghasilkan struktur yang lebih cekap dan tahan lama. Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir (SMART) dapat mengurangkan kerugian dan kemalangan akibat banjir kilat di ibu kota. Rumah pasang siap dibina dalam masa yang singkat dan kos pembinaan juga adalah lebih rendah. pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian mesyuarat dan urusan kerja secara dalam talian berbelanja secara dalam talian Kini, pembinaan sesebuah bangunan atau binaan dapat dilakukan dengan lebih pantas dengan menggunakan kaedah pasang siap, iaitu proses pencantuman pelbagai komponen pembangunan yang telah dihasilkan di kilang. Manusia memerlukan perkembangan teknologi dalam pelbagai bidang. Mengapa?


Kebaikan dan Keburukan Teknologi Perkembangan teknologi juga membawa kebaikan dan keburukan dalam kehidupan harian. Penggunaan dron dalam penyemburan racun serangga pada tanaman dapat membantu manusia menjimatkan masa dan tenaga mereka. Jangka hayat bateri dron adalah terhad dan pelupusannya dapat mengakibatkan pencemaran kepada alam sekitar. Ubat-ubatan yang disalahgunakan dapat menyebabkan ketagihan. Flora dan fauna akan musnah akibat aktiviti penebangan hutan untuk tujuan pembinaan infrastruktur. Penghasilan ubat-ubatan dapat membantu manusia merawat penyakit dan meningkatkan kualiti kesihatan. Kawasan berbukit dapat diteroka dan rumah dapat dibina. Kebaikan teknologi Kebaikan teknologi Kebaikan teknologi Keburukan teknologi Keburukan teknologi Keburukan teknologi Apakah kebaikan dan keburukan teknologi? 13.1.3 INFO SAINS Dron menggunakan bateri litium yang boleh menyumbang kepada peningkatan jumlah bahan buangan elektronik (e-waste ). 218


Data peribadi mudah diceroboh dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembebasan gas berbahaya menyumbang kepada pencemaran udara. Perkongsian maklumat yang berlaku secara pantas dan tanpa batas dapat menjimatkan masa. Pertambahan kenderaan berenjin memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Alat dan bahan: komputer, capaian Internet Langkah-langkah: 1. Buat carian melalui Internet berkenaan dengan kebaikan dan keburukan teknologi dalam pelbagai bidang. 2. Secara berkumpulan, bincangkan maklumat yang diperoleh. 3. Bina peta pokok dengan menggunakan Microsoft PowerPoint bagi maklumat yang diperoleh. 4. Bincangkan hasil perkongsian idea kumpulan kamu di hadapan kelas. INFO SAINS AKTIVITI RIA SANTAI SAINS IMBAS KEMBALI ASAH MINDA EKSPERIMEN MARI UJI 8.2.6 8.2.7 Kesan Teknologi 219 Soalan: 1 . Nyatakan kebaikan dan keburukan teknologi dalam kehidupan. 2. Mengapakah kita perlu mencipta teknologi baharu? Kebaikan teknologi Keburukan teknologi Kebaikan teknologi Keburukan teknologi Berikan contoh lain kebaikan dan keburukan teknologi dalam kehidupan manusia. 13.1.3, 13.1.4


Mesin Telegraf Ringkas Hasilkan mesin telegraf ringkas dengan menggunakan carta kod Morse, dua biji sel kering bersaiz AA, pemegang sel kering, buzer, wayar penyambung, suis, kadbod berukuran A4 dan pistol perekat panas. Lakarkan kedudukan setiap komponen mesin telegraf ringkas di atas kadbod. Lekatkan semua komponen seperti pemegang sel kering, buzer dan suis di atas lakaran dengan menggunakan pistol perekat panas. Gunakan wayar penyambung untuk menyambung setiap komponen dalam mesin telegraf ringkas. Masukkan sel kering ke dalam pemegang sel kering. INFO SAINS AKTIVITI RIA SANTAI SAINS IMBAS KEMBALI ASAH MINDA EKSPERIMEN MARI UJI 8.2.6 8.2.7 Tutup dan buka suis bagi menghasilkan bunyi daripada buzer. Bunyi yang panjang merujuk kepada tanda garis dalam carta kod Morse. Bunyi yang pendek pula merujuk kepada tanda titik dalam carta kod Morse. 220 1. 2. 3. 4. 5. mesin telegraf ringkas Langkah-langkah:


221 1. Teknologi merupakan aplikasi pengetahuan sains untuk mengatasi had keupayaan manusia. 2. Pelbagai alat dicipta untuk mengatasi had keupayaan manusia. Contohnya adalah seperti yang berikut: 3. Perkembangan teknologi dalam pelbagai bidang seperti pertanian, perubatan, pengangkutan, komunikasi dan pembinaan bertujuan untuk menjadikan kehidupan manusia lebih selesa dan mudah. 4. Teknologi mempunyai kebaikan dan keburukan seperti yang berikut: Had keupayaan manusia Alat yang dicipta • tidak boleh melihat objek yang sangat seni • mikroskop • tidak boleh melihat objek yang sangat jauh • teleskop • tidak boleh bercakap dengan suara yang kuat • mikrofon dan pembesar suara • tidak boleh mendengar bunyi yang sangat perlahan • stetoskop • tidak boleh berkomunikasi dalam jarak yang jauh • telefon dan telefon bimbit • tidak boleh bergerak dengan cepatnya ke tempat yang jauh • kenderaan darat, air dan udara Kebaikan teknologi Keburukan teknologi • Penggunaan dron dalam bidang pertanian dapat membantu manusia menjimatkan masa dan tenaga. • Jangka hayat bateri dron adalah terhad dan pelupusannya dapat mengakibatkan pencemaran kepada alam sekitar. • Penghasilan ubat-ubatan dapat membantu manusia merawat penyakit dan meningkatkan kualiti kesihatan. • Ubat-ubatan yang disalahgunakan dapat menyebabkan ketagihan. • Kawasan berbukit dapat diteroka dan rumah dapat dibina. • Flora dan fauna akan musnah akibat aktiviti penebangan hutan untuk tujuan pembinaan infrastruktur. • Perkongsian maklumat yang berlaku secara pantas dan tanpa batas dapat menjimatkan masa. • Data peribadi mudah diceroboh dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. • Pertambahan kenderaan berenjin memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. • Pembebasan gas berbahaya menyumbang kepada pencemaran udara. INFO SAINS AKTIVITI RIA SANTAI SAINS IMBAS KEMBALI ASAH MINDA EKSPERIMEN MARI UJI 8.2.6 8.2.7


222 Jawab semua soalan di bawah dalam buku latihan Sains. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi? 2. Berikan contoh peralatan yang boleh digunakan untuk membantu manusia mengatasi had keupayaan mereka dalam situasi di bawah: (a) Syuhada tidak dapat melihat mikroorganisma dengan mata kasarnya. (b) Cikgu Lim tidak mampu bercakap dengan suara yang kuat di hadapan majlis perhimpunan rasmi sekolah. 3. Gambar di bawah menunjukkan perkembangan teknologi dalam bidang pertanian. 4. Gambar di bawah menunjukkan perkembangan teknologi. (a) Nyatakan bidang yang berkaitan dengan perkembangan teknologi yang ditunjukkan dalam gambar. (b) Mengapakah manusia sentiasa mencipta peralatan baharu dalam bidang teknologi yang kamu nyatakan pada 4(a)? (c) Apakah kebaikan daripada perkembangan bidang teknologi tersebut? (a) Nyatakan kebaikan perkembangan teknologi dalam bidang ini. (b) Apakah hubung kait kesan penggunaan teknologi ini dengan kelestarian hidup manusia? INFO SAINS AKTIVITI RIA SANTAI SAINS IMBAS KEMBALI ASAH MINDA EKSPERIMEN MARI UJI 8.2.6 8.2.7


CADANGAN JAWAPAN DAN RUJUKAN CADANGAN JAWAPAN UNIT 1 KemAhIRAN SAINTIfIK Asah minda (halaman 11-12) 1. Pemboleh ubah dimanipulasikan: kaedah padi dituai Pemboleh ubah bergerak balas: keluasan tanah Pemboleh ubah dimalarkan: jenis tanaman 2. (a) Pemerhatian: Buah mangga B lebih berat daripada mangga A. Inferens: Pokok mangga B mendapat keperluan asas, iaitu air, udara, cahaya matahari dan nutrien yang mencukupi. (b) Saiz buah mangga B lebih besar daripada saiz buah mangga A. 3. Semakin likat jenis cecair, semakin bertambah masa untuk cecair mengalir. 4. (a) Cara haiwan membiak atau ciri lain yang sesuai (b) Jenis pemakanan atau ciri lain yang sesuai (c) Carta pengelasan yang dibina oleh murid (terima mana-mana jawapan yang munasabah) UNIT 2 mANUSIA Asah minda (halaman 31-32) 1. (a) Organ: testis Fungsi: tempat sperma dihasilkan (b) Organ: zakar Fungsi: menyalurkan sperma ke dalam organ pembiakan perempuan 2. (a) Zigot membahagi membentuk banyak sel yang dikenali sebagai embrio (b) Embrio berkembang dan membentuk fetus (c) Tidak, kerana ovum tidak dapat dihasilkan 3. (a) (i) sperma (ii) faraj (b) (i) berenang (ii) ovum (iii) bercantum (c) (i) ovum (ii) zigot (d) (i) Embrio (ii) fetus (e) (i) Fetus (ii) sembilan (f) (i) Fetus (ii) bayi 4. (a) Sistem saraf pusat (b) Sistem saraf periferi 5. (a) Zaimi memegang cerek yang panas lalu tangannya terangkat dengan segeranya. Keadaan ini memerlukan jenis tindakan refleks. Dalam situasi ini, saraf tunjang menerima isyarat dan mengarahkan tubuh untuk bergerak balas. Urutan aliran isyarat yang berlaku ialah: (i) kulit menerima rangsangan melalui deria sentuhan (ii) deria sentuhan menghantar isyarat ke saraf tunjang melalui saraf periferi (iii) saraf tunjang menghantar isyarat ke bahagian tangan (iv) tangan ditarik dengan segeranya (b) Siti mendengar bunyi deringan telefon. Tindakan ini merupakan jenis tindakan terkawal. Tindakan ini melibatkan sistem saraf pusat yang dikawal oleh otak serta sistem saraf periferi. Urutan aliran isyarat yang berlaku ialah: (i) telinga menerima rangsangan melalui deria pendengaran (ii) deria pendengaran menghantar isyarat ke otak melalui saraf periferi (iii) otak menghantar isyarat ke bahagian tangan (iv) tangan mengangkat telefon UNIT 3 mIKRooRGANISmA Asah minda (halaman 50) 1. (a) virus (c) protozoa (e) bakteria (b) alga (d) fungi 2. (a) Paramesium (b) Kedudukan Paramesium berubah (c) Kerana Paramesium bergerak 3. (a) Saiz doh C adalah paling besar (b) Saiz doh C adalah paling besar kerana jumlah yis yang dimasukkan di dalam doh C adalah paling banyak atau kerana jumlah gas yang dibebaskan oleh yis pada doh C adalah paling banyak. (c) Bernafas (d) Saiz doh akan bertambah kerana tepung doh itu sendiri membekalkan nutrien untuk yis menjadi aktif dan bernafas. 4. Terima mana-mana jawapan yang bersesuaian. UNIT 4 INTeRAKSI ANTARA hIDUPAN Asah minda (halaman 66) 1. (a) hubungan (b) bergantung 2. Jenis Interaksi Situasi Hidupan Bersaing untuk pasangan yang terhad Citah memburu rusa Persaingan antara burung hering dengan singa Ikan remora mendapat pengangkutan percuma daripada ikan jerung Mangsa-pemangsa Persaingan intraspesies Persaingan interspesies Simbiosis 3. (c) Ketam-teritip 4. Jenis Interaksi Simbiosis Mutualisme Parasitisme Komensalisme Memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak. Memberikan manfaat kepada satu pihak, tetapi merugikan pihak lain. Memberikan manfaat kepada satu pihak, tetapi tidak merugikan atau memberikan manfaat kepada pihak lain. Contoh: buaya dan burung Contoh: kucing dan sengkenit Contoh: ikan remora dan ikan jerung 5. Jenis interaksi antara tumbuhan ialah: (a) Persaingan untuk mendapatkan air, cahaya matahari, ruang dan nutrien. (b) Simbiosis yang berlaku dalam dua jenis, iaitu komensalisme dan parasitisme. (i) Komensalisme Pokok langsuyar hidup di batang pokok besar. Pokok langsuyar bergantung pada pokok perumah untuk sokongan dan mendapatkan cahaya matahari tetapi tidak merosakkan pokok perumah. Pokok orkid menumpang di batang pokok perumah untuk mendapatkan sokongan, cahaya matahari dan nutrien daripada persekitaran tetapi tidak menjejaskan pokok perumah. 223


(ii) Parasitisme Pokok bunga pakma tidak boleh menjalankan fotosintesis dan menumpang pada pokok perumah untuk mendapatkan air dan nutrien dan merugikan pokok perumah. Pokok dedalu menumpang pada batang pokok perumah untuk mendapatkan air dan nutrien daripada batang pokok perumah. Interaksi ini merugikan pokok perumah. UNIT 5 PemeLIhARAAN DAN PemULIhARAAN Cadangan Jawapan KBAT (halaman 71) Haiwan bersaiz besar lebih berisiko untuk diancam kepupusan kerana haiwan tersebut memerlukan saiz habitat yang besar untuk terus hidup berbanding dengan haiwan bersaiz kecil. Asah minda (halaman 86) 1. Pemeliharaan bermaksud langkah mengekalkan haiwan dan tumbuhan pada keadaan asal yang seimbang. Pemuliharaan bermaksud mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal. 2. (a) Bilangan gajah berkurang dari tahun 2015 hingga tahun 2017 dan bertambah dari tahun 2017 hingga tahun 2019. (b) (i) Bilangan gajah berkurang kerana diancam kepupusan atau mana-mana jawapan yang bersesuaian. (ii) Bilangan gajah bertambah kerana sedang menjalani proses pemuliharaan. (c) (i) Mewartakan hutan X sebagai hutan simpan. (ii) Menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat bagi melindungi gajah daripada diancam kepupusan. 3. (a) X: Burung Dodo Y: Burung kenyalang (b) Burung X tidak boleh dipulihara lagi kerana telah pupus. (c) Keadaan burung Y boleh dipulihara dengan cara: (i) Penanaman semula pokok di kawasan hutan bagi menambahkan habitat burung Y (ii) Membina pusat pemuliharaan burung Y (iii) Mewartakan lebih banyak hutan sebagai kawasan yang dilindungi (iv) Menguatkuasakan undang-undang bagi melindungi burung Y (v) Mendidik masyarakat tentang kepentingan melindungi burung Y daripada diancam kepupusan (terima mana-mana tiga jawapan murid) UNIT 6 DAYA Cadangan Jawapan KBAT (halaman 89) Daya graviti Bumi ialah jenis daya tarikan kerana daya ini menarik semua objek ke arah pusat Bumi. Asah minda (halaman 111-112) 1. (a) Daya tarikan dan tolakan (b) Daya tolakan (c) Daya tarikan 2. (a) Mengubah bentuk objek (b) Mengubah arah gerakan objek (c) Menggerakkan objek pegun 3. (a) Kotak P mengambil masa yang lebih lama untuk digerakkan kerana daya geseran yang bertindak ke atas kotak P adalah lebih tinggi daripada kotak Q. (b) Jenis permukaan sentuhan (c) Masa pergerakan bagi kotak P dan kotak Q akan bertambah sekiranya jisim kotak ditambahkan kerana daya geseran bertambah apabila jisim objek bertambah. 4. (a) Tapak tangan menjadi panas (b) Memadam tulisan (c) Tayar menjadi haus 5. (a) Menggunakan pelincir (b) Menggunakan kapur (c) Menggunakan pelincir 6. (a) dan (c) 7. (a) Pendaki gunung menggunakan tangki oksigen kerana oksigen berkurangan di puncak gunung. (b) Tekanan udara di puncak gunung adalah rendah. (c) Semakin bertambah aras ketinggian gunung dari aras laut, semakin berkurang tekanan udara. UNIT 7 KeLAJUAN Cadangan Jawapan KBAT (halaman 115) Jarak pergerakan kereta adalah lebih jauh, iaitu dalam ukuran unit kilometer. Oleh itu, ukuran bagi unit kelajuan km/j adalah lebih sesuai berbanding dengan unit cm/s. Cadangan Jawapan KBAT (halaman 121) Lori berada dalam keadaan pegun kerana lori itu tidak bergerak dalam masa satu jam. Asah minda (halaman 125-126) 1. cm/s, m/s dan km/j. 2. (a) dan (d) 3. (a) Kenderaan T bergerak paling laju, manakala kenderaan U bergerak paling perlahan. (b) Kelajuan kenderaan R = 50 km/j; Kelajuan kenderaan S = 40 km/j; Kelajuan kenderaan T = 60 km/j; Kelajuan kenderaan U = 25 km/j 4. (a) 2400 m atau 2.4 km (b) 1500 s atau 25 minit (c) 8 minit 5. kepantasan; laju; jauh; masa 6. (a) Mengkaji hubungan antara kelajuan dengan masa pergerakan objek/Mengkaji hubungan antara bilangan buku dengan masa yang diambil oleh kereta mainan untuk bergerak. (b) Jarak landasan dan jisim kereta mainan. (c) Semakin bertambah bilangan buku, semakin berkurang masa yang diambil oleh kereta mainan untuk bergerak. (d) 0.5 m/s 7. 900 km/j 8. 70 km 9. 100 minit UNIT 8 TeKNoLoGI PeNGAWeTAN mAKANAN Asah minda (halaman 146) 1. Epal: berubah tekstur, berkulat dan berubah warna Ayam: kelihatan kehitaman, berbau busuk dan berlendir Susu: berasa masam, berbau busuk, berbuih-buih dan berketul-ketul. Sayur salad: berubah tekstur dan berubah warna 2. (a) Pengeringan (b) Untuk menyingkirkan air daripada makanan dan menghentikan pertumbuhan mikroorganisma 3. (a) Penyejukbekuan (b) Suhu. Mikroorganisma tidak dapat bertumbuh dalam suhu yang sangat rendah. 224


4. Tomato: pembotolan, pengetinan, pelilinan, pendidihan, pendinginan Udang: pengeringan, penyejukbekuan, pembungkusan vakum Jambu: pendinginan, pembungkusan vakum, pengetinan, penjerukan, pelilinan 5. Penyejukbekuan, pembungkusan vakum dan penyalaian UNIT 9 BAhAN BUANGAN Jawapan KBAT (halaman 158) Terima mana-mana jawapan yang bersesuaian. Asah minda (halaman 164) 1. Plastik: botol plastik, beg plastik, bekas makanan plastik Kertas: majalah, surat khabar, bekas telur, kotak Kaca: botol kaca, gelas, cermin Logam: tin aluminium, tin susu, tin makanan 2. (a) Bahan buangan terbiodegradasi ialah bahan yang boleh diuraikan oleh mikroorganisma. (b) Bahan buangan tidak terbiodegradasi ialah bahan yang tidak boleh diuraikan oleh mikroorganisma 3. (a) Logam, kertas, plastik, getah, kaca (b) Mengikut ciri sepunya yang telah ditentukan oleh murid (c) Bahan buangan ini boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. (d) Lakukan program 5R. UNIT 10 GeRhANA Cadangan Jawapan KBAT (halaman 171) Semasa gerhana Bulan, cahaya dari Bulan adalah selamat untuk dilihat dengan mata kasar kerana Bulan tidak memancarkan cahaya sendiri tetapi memantul cahaya dari Matahari ke Bumi. Asah minda (halaman 177-178) 1. Gerhana Bulan penuh; Gerhana Matahari separa; Gerhana Matahari penuh; Gerhana Bulan separa 2. (a) dan (d) 3. (a) Gerhana Matahari penuh (b) Bulan berada di antara Matahari dan Bumi dalam satu garis lurus dan bayangan umbra Bulan terbentuk di atas permukaan Bumi. (c) Cermin mata khas atau berturas atau kamera lubang jarum. 4. Matahari; satu garis lurus; Bulan baharu 5. (a) Gerhana Bulan penuh (b) Bayangan A ialah umbra dan bayangan B ialah penumbra. (c) Cahaya matahari bergerak dalam garis lurus dan tidak dapat menembusi objek legap seperti Bumi dan Bulan. (d) Gerhana Matahari. 6. (a) Kejadian air pasang menjadi lebih tinggi daripada kebiasaan. (b) Keadaaan persekitaran menjadi gelap dan suhu persekitaran menurun. UNIT 11 GALAKSI Asah minda (halaman 190-192) 1. (a) Galaksi terdiri daripada berjuta-juta bintang, gas, debu dan jirim lain. (b) Galaksi berpilin 2. (a) galaksi; pilin berpalang (b) Matahari; tujuh; Bima Sakti (c) saiz; bentuk 3. (a) Galaksi Bima Sakti (b) Pilin berpalang 4. P: Pusat palang galaksi Q: Lengan berpilin galaksi 5. (a) X: Sistem Suria Y: Galaksi Bima Sakti (b) Matahari 6. (c) dan (d) 7. (a) Galaksi Bima Sakti (b) Galaksi ini berbentuk pilin berpalang dan Sistem Suria berada di dalam galaksi ini. 8. sekeping cakera nipis; membonjol UNIT 12 KeSTABILAN DAN KeKUATAN Asah minda (halaman 210) 1. Pasu B. Ketinggian pasu B adalah lebih rendah daripada pasu A. 2. (a) Kestabilan objek dan binaan bermaksud keupayaan objek dan binaan untuk kekal atau kembali ke kedudukan asal objek dan binaan tersebut. (b) Kekuatan objek dan binaan bermaksud keupayaan objek dan binaan untuk menampung daya yang akan merosakkan atau menukarkan bentuk objek dan binaan tersebut. 3. Faktor yang mempengaruhi kestabilan objek dan binaan ialah luas tapak dan ketinggian. Faktor yang mempengaruhi kekuatan objek dan binaan ialah jenis bahan dan bentuk struktur. 4. (a) Blok kayu B (b) Blok kayu B mempunyai kestabilan yang rendah. (c) Luas tapak blok kayu B dilebarkan dengan cara mengubah orientasi blok kayu tersebut. (d) Semakin bertambah ketinggian blok kayu, semakin berkurang kestabilan blok kayu tersebut. 5. Binaan yang kuat dan stabil tidak mudah rosak, dapat digunakan dalam tempoh yang lama, dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dan selamat untuk digunakan. UNIT 13 TeKNoLoGI Asah minda (halaman 222) 1. Teknologi merupakan satu daripada aplikasi pengetahuan sains untuk membantu manusia mengatasi had keupayaan mereka. 2. (a) Mikroskop (b) Pembesar suara dan mikrofon 3. (a) Penggunaan teknologi untuk kerja membaja dan meracun rumpai dapat memudahkan kerja, menjimatkan masa dan tenaga manusia. (b) Teknologi ini dapat membantu manusia meningkatkan kualiti dan hasil pengeluaran pertanian. 4. (a) Bidang perubatan (b) Manusia mencipta peralatan baharu untuk mengenal pasti penyakit dan rawatan yang sesuai. (c) Kualiti kesihatan dan kesejahteraan manusia dapat ditingkatkan. 225


RUJUKAN UNIT 1 KemAhIRAN SAINTIfIK 1. Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2013. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sains Tahun 6 KSSR (Semakan Mulai 2017). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. 2. Claire Leow, 2016. Science Bites Upper Block. Singapura: Educational Publishing House Pte Ltd. 3. Low Wai Cheng, Leong May Kuen dan Lee Yee Wuan, 2004. PSLE Ultimate Science Guide. Singapura: Educational Publishing House Pte Ltd. 4. Timothy Cooney et al., 2003. Scott Foresman Science. California: Pearson Education. UNIT 2 mANUSIA 1. Ling Tien Sing, Peter Ling Chee Chong dan Tan Kim Low, 2018. Success Science SPM. Kuala Lumpur: Oxford Fajar. 2. Marshall Cavendish Education Pte Ltd., 2016. Science Booster (2nd ed.) Volume A. Singapura: Marshall Cavendish Education. 3. Marshall Cavendish Education Pte Ltd., 2016. Science Booster (2nd ed.) Volume B. Singapura: Marshall Cavendish Education 4. Noraini bte Abbas, 2017. Science PSLE Revision Guide. Singapura. UNIT 3 mIKRooRGANISmA 1. Ling Tien Sing, Peter Ling Chee Chong dan Tan Kim Low, 2018. Success Science SPM. Kuala Lumpur: Oxford Fajar. 2. Marshall Cavendish Education Pte Ltd., 2016. Science Booster (2nd ed.) Volume A. Singapura: Marshall Cavendish Education. 3. Marshall Cavendish Education Pte Ltd., 2016. Science Booster (2nd ed.) Volume B. Singapura: Marshall Cavendish Education 4. Noraini bte Abbas, 2017. Science PSLE Revision Guide. Singapura. UNIT 4 INTeRAKSI ANTARA hIDUPAN 1. Ling Tien Sing, Peter Ling Chee Chong dan Tan Kim Low, 2018. Success Science SPM. Kuala Lumpur: Oxford Fajar. 2. Marshall Cavendish Education Pte Ltd., 2016. Science Booster (2nd ed.) Volume A. Singapura: Marshall Cavendish Education. 3. Marshall Cavendish Education Pte Ltd., 2016. Science Booster (2nd ed.) Volume B. Singapura: Marshall Cavendish Education 4. Noraini bte Abbas, 2017. Science PSLE Revision Guide. Singapura. UNIT 5 PemeLIhARAAN DAN PemULIhARAAN 1. Ling Tien Sing, Peter Ling Chee Chong dan Tan Kim Low, 2018. Success Science SPM. Kuala Lumpur: Oxford Fajar. 2. Marshall Cavendish Education Pte Ltd., 2016. Science Booster (2nd ed.) Volume A. Singapura: Marshall Cavendish Education. 3. Marshall Cavendish Education Pte Ltd., 2016. Science Booster (2nd ed.) Volume B. Singapura: Marshall Cavendish Education 4. Noraini bte Abbas, 2017. Science PSLE Revision Guide. Singapura. UNIT 6 DAYA 1. Casco Editorial Team, 2013. Lower Secondary Science Study Guide. Singapura: Casco Publications Pte Ltd 2. Emma Vanstone. “6 Air Pressure Experiments for Kids” dlm. Science Sparks, 26 Mei 2014. 3. Goh Sao-Ee et al., 2010. My Pals are Here! Science 6B, International Edition. Singapura: Marshall Cavendish Education. 4. Kids Fun Science, 2011. What is Air Pressure? Diakses pada 12 Mac 2021 dari https://www.kids-fun-science.com/what-is-air-pressure.html 5. Mohd. Yatim Dolir et al., 2012. Sains Tahun 6 KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Sabine de Brabandere. “Holes that Do Not Leak!” dlm. Scientific American, 13 Februari 2020. 7. Science Explorers, 2019. How to Teach Kids about Air Pressure? Diakses pada 12 Mac 2021 dari https://scienceexplorers.com/how-to-teach-kids-about-air-pressure/ 8. Shirley, L., 2014. Success Science UPSR. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 9. Society, 2011. Atmospheric Pressure. Diakses pada 10 Mac 2021 dari https://www.nationalgeographic.org/encyclopedia/atmospheric-pressure/ 10. Steve Splanger Science, 2021. Squeeze Rocket Launcher. Diakses pada 6 Mei 2021 dari https://www.stevespanglerscience.com/lab/experiments/squeeze-bottle-rocket/ 11. Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin, Jong Tze Kian dan Mohd Ramadhan bin Anwar, 2015. Sains Tahun 6 KSSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 12. Teach Engineering, 2021. Air Pressure Experiments: I can’t Take the Pressure! Diakses pada 12 Mac 2021 dari https://www.teachengineering.org/activities/view/cub_air_ lesson04_activity1 13. The Physics Classroom, 2017. The Meaning of Force. Diakses pada 2 Mac 2021 dari https://www.physicsclassroom.com/class/newtlaws/Lesson-2/The-Meaning-of-Force 14. Yap Eng Keat dan Khoo Goh Kow, 2008. Longman Essential Physics SPM. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. UNIT 7 KeLAJUAN 1. Mohd. Yatim Dolir et al., 2012. Sains Tahun 6 KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Shirley, L., 2014. Success Science UPSR. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 3. Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin, Jong Tze Kian dan Mohd Ramadhan bin Anwar, 2015. Sains Tahun 6 KSSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Yap Eng Keat dan Khoo Goh Kow, 2008. Longman Essential Physics SPM. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. UNIT 8 TeKNoLoGI PeNGAWeTAN mAKANAN 1. Bingham, C., 2006. Nature Encyclopedia (1st ed.). London: Dorling Kindersley Limited. 2. Dodd, E., 2018. Energy (1st ed.). London: Dorling Kindersley Limited. 3. Ganeri, A., 1996. Sains dalam Rumah. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. 4. Gannon, P. dan Parsons, R., 2000. Key Stage Three Science. Great Britain: Coordination Group. 5. Parsons, R. dan Gannon, P., 2004. KS3 Science. Kirkby in Furness: CGP. UNIT 9 BAhAN BUANGAN 1. Dodd, E. et al., 2018. Energy (1st ed.). Great Britain: Dorling Kindersley Limited. 2. Grossman Emily, 2016. Science (1st ed.). London: Dorling Kindersley Limited. 3. http://cetree.usm.my/index.php/en/mua. Modul Teknologi Hijau (Biologi) Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Kementerian Pendidikan Malaysia dan Yayasan Hijau Malaysia Cetree (diakses pada 21 Jun 2019). 4. Marshall Cavendish Education Pte Ltd., 2016. Science Booster (2nd ed.) Volume A. Singapura: Marshall Cavendish Education. 5. Marshall Cavendish Education Pte Ltd., 2016. Science Booster (2nd ed.) Volume B. Singapura: Marshall Cavendish Education 6. Spurgeon, M., 2000. The Big Book of Experiments. England: Brown Watson. UNIT 10 GeRhANA 1. Goh Sao-Ee et al., 2010. My Pals are Here! Science 6B, International Edition. Singapura: Marshall Cavendish Education. 2. Hanneke Weitering. “Best Photos of the 2019 Total Solar Eclipse” dlm. Space.com, 3 Julai 2019. 3. Jet Propulsion Laboratory California Institute of Technology, 2021. How to Make a Pinhole Camera. Diakses pada 21 Mac 2021 dari https://www.jpl.nasa.gov/edu/learn/ project/how-to-make-a-pinhole-camera/ 4. Jonathan O'Callaghan. “Lunar Eclipse Guide: What They are, When to See Them and Where” dlm. Natural History Museum, 16 Mac 2021. 5. Lyle Tavernier. “How to Watch a Total Lunar Eclipse and Get Students Observing the Moon” dlm. Jet Propulsion Laboratory California Institute of Technology”, 26 Mei 2021. 6. Mohd. Yatim Dolir et al., 2012. Sains Tahun 6 KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 7. NASA Science Earth’s Moon, 2016. The Moon’s Role in a Solar Eclipse. Diakses pada 16 Mac 2021 dari https://moon.nasa.gov/resources/99/the-moons-role-in-asolar-eclipse/ 8. NASA Science Solar System Exploration, 2021. Lunar Phases and Eclipses. Diakses pada 15 Mac 2021 dari https://solarsystem.nasa.gov/moons/earths-moon/lunar-phasesand-eclipses/ 9. Shirley, L., 2014. Success Science UPSR. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 10. Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin, Jong Tze Kian dan Mohd Ramadhan bin Anwar, 2015. Sains Tahun 6 KSSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 11. Tanya Hill. “Explainer: What is a Solar Eclipse?” dlm. The Conversation, 22 Oktober 2014. 12. Time and Date, 2019. 26 December 2019 Annular Solar Eclipse. Diakses pada 12 Mei 2021 dari https://www.timeanddate.com/eclipse/solar/2019-december-26 13. Vanderbilt University, 2021. All About Solar Eclipses. Diakses pada 10 Mei 2021 dari https://dyer.vanderbilt.edu/teacher-resources/solar-eclipse/ UNIT 11 GALAKSI 1. Britannica Kids, 2021. Milky Way. Diakses pada 23 Mac 2021 dari https://kids.britannica. com/kids/article/Milky-Way/353466 2. Bruce McClure. “Use Great Square to Find Andromeda Galaxy” dlm. EarthSky, 17 September 2019. 3. European Space Agency, 2016. Anatomy of the Milky Way. Diakses pada 25 Mac 2021 dari https://sci.esa.int/web/gaia/-/58206-anatomy-of-the-milky-way 4. Nadia Drake. “10 Weird Things You (Probably) Didn’t Know about the Milky Way” dlm. National Geographic, 13 Januari 2018. 5. NASA Goddard Space Flight Center, 2015. The Milky Way Galaxy. Diakses pada 24 Mac 2021 dari https://imagine.gsfc.nasa.gov/science/objects/milkyway1.html 6. NASA Goddard Space Flight Center, 2016. Galaxies. Diakses pada 23 Mac 2021 dari https://imagine.gsfc.nasa.gov/science/objects/galaxies1.html 7. NASA Science Space Place, 2020. What is a Galaxy? Diakses pada 23 Mac 2021 dari https://spaceplace.nasa.gov/galaxy/en/ 8. NASA Science Space Place, 2021. Make a Pinwheel Galaxy Pinwheel. Diakses pada 24 Mac 2021 dari https://spaceplace.nasa.gov/pinwheel-galaxy/en/ 9. National Geographic Kids, 2015. Milky Way Galaxy. Diakses pada 26 Mac 2021 dari https://kids.nationalgeographic.com/space/article/milky-way 10. Noordwijk. “Four Unusual Views of the Andromeda Galaxy” dlm. Astronomy, 21 Julai 2011. 11. Pat Brennan. “Our Milky Way Galaxy: How Big is Space?” dlm. NASA Exoplanet Exploration, 2 April 2019. UNIT 12 KeSTABILAN DAN KeKUATAN 1. Byron Dawson, 2003. Explore Science Book 2. Oxford: Heinemann Education Publisher. 2. Cole, M., 2013. Science (1st ed.). Singapura: Pearson. 3. Ho P.L., 2003. I-Science Text Book 5 (2nd ed.). Singapura: Pan Pacific Pub. 4. Koh, S. et al., 2009. Science. Singapura: Marshall Cavendish Education. 5. Lor Ser Yue, 2014. My Pals Are Here Science Booster. Singapura: Marshall Cavendish Education. 6. Mayes, S. dan Claybourne, A., 2010. The Usborne Pocket Scientist. London: Usborne. 7. Tho, L., Ho, P., dan Goh, N., 2002. I-Science Primary 4 (2nd ed.). Singapura: Pan Pacific Pub. UNIT 13 TeKNoLoGI 1. Bob Mcduell, 2010. Key Stage 3 Success Science. United Kingdom: Letts Educational. 2. Claire Leow, 2016. Science Bite (Upper Block). Singapura: Educational Publishing House Pte Ltd. 3. Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin, Sopia binti Md Yassin dan Tan Mun Wai, 2014. Sains Tahun 5 KSSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Terry Hudson et al., 2014. Oxford International Primary Science. United Kingdom: Oxford University Press. 226


Click to View FlipBook Version