PENGAKAP KLM 34 NEGERI PAHANG Ya Allah Yang Maha Kuasa Lanjutkan Usia Duli Yang Maha Mulia Dirgahayu Darul Makmur Aman Dan Bahagia Sentiasa Ya Allah Selamatkan Duli Tuanku Raja Kami. NEGARAKU Negaraku Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Raja kita selamat bertakhta LAGU NEGARAKU, LAGU NEGERI PAHANG DAN LAGU PENGAKAP
PENGAKAP KLM 34 LAGU NEGARAKU, LAGU NEGERI PAHANG DAN LAGU PENGAKAP LAGU PENGAKAP MALAYSIA Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia!
LAGU LAGU PENGAKAP
PENGAKAP KLM 34 LAGU PENGAKAP Yip pi ye~ ye~ ye~ (2x) Kami pilih pengakap saja Siang jadi kenangan Malam jadi impian Cintaku semakin mendalam LAGU UNDANG-UNDANG PENGAKAP Dipercayai Taat Berguna Bersaudara Berbudi Kasihkan binatang Menurut Perintah Tabah Hati , Berjimat Suci fikiran, suci percakapan , suci perbuatan LAGU-LAGU PENGAKAP LAGU DISINI BERKUMPUL Di sini di sini, kita berkumpul Di sini di sini, kita berkumpul Salam, salam, salam, salam, salam, ooi Here we are, here we are, here we are again Here we are, here we are, here we are again Hello, hello, hello, hello, hello, ooi Cai celi, cai celi, woh meh cai celi Cai celi, cai celi woh meh cai celi Huan si, huan si, huan si, huan si, huan si, ooi Porengeh,
LAGU LAGU PATRIOTIK
PENGAKAP KLM 34 LAGU LAGU PATRIOTIK KERANAMU MALAYSIA JALUR GEMILANG Buruh, nelayan dan juga petani Gaya hidup kini dah berubah Anak-anak terasuh mindanya Lahir generasi bijak pandai. Pakar IT, pakar ekonomi Jaguh sukan dan juga jutawan Berkereta jenama negara Megah menyusur di jalan raya. Alam siber teknologi terkini Kejayaan semakin hampiri Biar di kota ataupun desa Kita semua pasti merasa bangga. Keranamu kami mendakap tuah Keranamu kami bangsa berjaya Keranamu kami hidup selesa Limpah budi kemakmuran negara. Keranamu kami bebas merdeka Keranamu nyawa dipertaruhkan Keranamu rela kami berjuang Demi bangsa kedaulatan negara Keranamu Negara Malaysia Malaysia... TERIMA KASIH MALAYSIA! Merahmu bara semangat waja Putihmu bersih budi pekerti Kuning berdaulat payung negara Biru perpaduan kami semua Puncak dunia telah kau tawan Lautan luas telah kau redah Membawa semangat jiwa merdeka Semarak jaya kami warganya Empat belas melintang jalurnya Semua negeri dalam Malaysia Satu suara satu semangat Itu sumpah warga berdaulat Jalur gemilang… di bawah naunganmu Jalur gemilang… kami semua bersatu Perpaduan ketaatan Amalan murni rakyat Malaysia Jalur gemilang… megah kami terasa Jalur gemilang… kibarkanlah wawasan Merah putih biru kuning Jalur semangat kami semua Berkibarlah Berkibarlah Berkibarlah
PENGAKAP KLM 34 TANAH PUSAKA Sungguh gemilang negeriku Yang kupuja oh tanah airku Di merata dunia Harum semerbak namamu oh Malaysia Aman makmur kaya-raya Selama-lama hidup maju jaya Kau tanah pusaka Negaraku yang berdaulat dan merdeka Tanah pusaka bertuah Berbagai bangsa didalamnya Hidup aman dan bersama Bersatu kerja untuk Malaysia Musuh melanggarku gempur Sungguh rela kugugur kerana Kau tanah pusaka Biar putih tulang jangan putih mata! UNTUKMU MALAYSIA Sungguh gemilang negeriku Untukmu Malaysia Padamu Malaysia ku berjanji Padamu ku akan berbakti Seluruh jiwa dan raga kuserahkan Demi kejayaan bangsa Aman, makmur, damai sejahtera Akan kujunjung dan kujaga Bersatu rela jujur setia Membela bangsa tercinta Syukur ku selalu kepada Ilahi Atas segala rahmatNya Malaysiaku negara maju jaya Baktiku hanya untukmu! LAGU LAGU PATRIOTIK
PENGAKAP KLM 34 DIRGAHAYU OH TANAH AIRKU Kau... Persada indah permai Pepohon menghijau menghias pantai Putera Puteri mu tersenyum riang ria Tegas Bebas sejahtera makmur maju jaya Dibawah naungan payung mahkota Ohh... Pertiwi ku perkasa Disanjung di puja setiap masa Berwaspada sentiasa bersemangat waja Satu bangsa satu bahasa satu budaya Malaysia nusaku tercinta Tumpuan.. pelancong Dan juga para peniaga Batik songket tenunan menawan Terkenal merata dunia Kepada mu oh pertiwi Kasih ku abadi Sejati murni Rela ku Berbakti mesti terkorban diri Padamu ku curah sumpah setia dan janji Dirgahayu oh Tanahairku ( 2X ) LAGU LAGU PATRIOTIK
HORMAT PENGAKAP
PENGAKAP KLM 34 CARA HORMAT PENGAKAP Kalau membuat hormat pengakap, tangan kanan diangkat seperti hormat dalam tentera atau polis. Sentuhkan hujung kening. 1. Semasa memegang tongkat berdiri dalam keadaan “sedia” , tangan kiri menyentuh tongkat dengan tapak tangan terlingkup. 2. Semasa berjalan pantas atau perlahan bertongkat, angkat sedikit tangan dan sentuh tongkat dengan tangan kiri. 3. Cara hormat pengakap dilakukan dengan mengangkat tangan kanan dengan 3 jari iaitu jari telunjuk, jari hantu, dan jari manis dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. Ibu jari menindih jari kelingking. HORMAT PENGAKAP
PENGAKAP KLM 34 Salam Pengakap menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan jari manis diluruskan sementara ibu jari membengkokkan jari kelingking. Tiga jari digunakan adalah membawa tiga pengertian: Hormat pengakap dilakukan apabila: Menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan. 1. Menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol. 2. Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya. 3. 4.Lagu Kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan. Selesai menaikan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap. 5. KAEDAH MEMBERI PERSETIAAN
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
PENGAKAP KLM 34 UNDANG-UNDANG PENGAKAP 1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya (Dipercayai) 2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-Raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orang-orang bawahannya (Taat) 3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa (Berguna) 4. Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun (Bersaudara) 5. Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi (Berbudi) 6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang (Kasihkan Binatang) 7. Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibubapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada bantahan (Menurut Perintah) 8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa susah (Tabah Hati) 9. Pengakap adalah jimat dan cermat (Berjimat) 10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya danperbuatannya (Suci fikiran, perkataan dan perbuatan)
ISTIADAT LAUNGAN AGUNG
PENGAKAP KLM 34 ARAHAN DAN CARA PENGENDALIAN. Istiadat laung agung merupakan satu tradisi yang diamalkan dalam pengakap seluruh dunia. Tujuannya adalah sebagai tanda bermula/berakhir suatu perjumpaan. Istiadat ini juga mampu melahirkan semangat setiakawan dan disiplin kendiri. ISTIADAT LAUNGAN AGONG TUJUAN Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaan. Mengingati tradisi attau istiadat bagi PKK di seluruh dunia. Untuk menghormati tetamu yang datang PEK. Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin. Menyatakan bahawa PKK membuat sehabis baik.
PENGAKAP KLM 34 ISTIADAT LAUNGAN AGONG Istiadat laung agung merupakan satu tradisi yang diamalkan dalam pengakap seluruh dunia. Tujuannya adalah sebagai tanda bermula/berakhir suatu perjumpaan. Istiadat ini juga mampu melahirkan semangat setiakawan dan disiplin kendiri.
PENGAKAP KLM 34 ISTIADAT LAUNGAN AGONG
PENGAKAP KLM 34 ISTIADAT LAUNGAN AGONG
ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP
PENGAKAP KLM 34 ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA 1. Akela akan berkata “BENDERA”. Semua PKK mengadap bendera. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) keluar terus berjalan (berkawad) menuju ke tiang bendera. 2. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu langkah di hadapan tiang bendera. 3. Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera untuk “memecah bendera” dan selangkah ke belakang untuk memberi hormat bendera serta diikuti pemimpin dan PKK. Petugas berpusing ke belakang dan kembali ke tempat asalnya dengan berkawad. 4. Selepas itu, Akela akan berkata “NEGARAKU”. PKK secara serentak menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu semua PKK mengadap kembali ke dalam bulatan seperti asal. 5. Selepas itu Akela berkata “DOA”. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata “up” sebagai tanda isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan kepala dan pandang tumit sambil bertakafur mengikut agam masing-masing. Selepas tamat doa Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata “up” sebagai isyarat turunkan tangan. 6. Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapor kepada Ketua Pemimpin atau minta menjalankan tugas lain. 7. Selepas itu, Pemimpin itu dikehendaki memeriksa dan membetulkan kesilapan uniform PKK sebelum membuat pengumuman. ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP TUJUAN ISTIADAT Pergerakan Pengakap mempunyai istiadat-istiadat yang sentiasa diamalkan Fahami dan bina perasaan cintakan Negara - Nyanyi lagu Negaraku/Negeri - kibar bendera – hormat bendera Membentuk disiplin, sikap positif dan peraturan-peraturan yang baik Mengingati semula asas atau asal usul berpengakap Suburkan semangat Persaudaraan dan perpaduan Menerapkan nilai kesopanan dan kesusilaan Melatih diri untuk taat akan Tuhan Penghargaan kepada pemimpin
PENGAKAP KLM 34 ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA 1. Akela akan beri arahan “PEK! Sedia” 2. Akela akan berkata “Bendera” dan dalam masa yang sama semua mengadap bendera, dua orang PKK (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berjalan ke arah tiang bendera, berhenti, bersedia di hadapan tiang bendera, seorang dari PKK menurunkan bendera dan seorang lagi mengawal dengan cermat supaya jangan ada bahagian bendera yang tercecah ke tanah dan meletakkan bendera ke bahu, kedua-dua PKK tersebut melipat bendera. 3. Akela akan berkata “Serahkan bendera kepada ketua” PKK bergerak (dalam arahan “up”) kedua-dua PKK berpusing ke kanan, seorang masuk balik ke dalam bulatan sekawan manakala seorang lagi (pemegang bendera) bergerak mengadap ketua, beri hormat dan serahkan bendera tersebut – selangkah ke belakang – hormat, masuk balik ke bulatan sekawan. 4. Akela memberi arahan doa, dan setelah selesai, Akela akan berkata “PEK! Bersurai”.
PENGAKAP KLM 34 ISTIADAT MENYAMPAIKAN LENCANA KEPANDAIAN 1.Lencana disediakan di dalam dulang dan dibawa oleh Penolong Pemimpin. 2.Laung Agung dijalankan terlebih dahulu, 3.Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera. 4.Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan). 5.Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima. 6.Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat: Akela menyematkan lencana Lencana Kemajuan di kiri lengan baju Lencana Kepandaian di kanan lengan baju, Akela bersalam dan beri ucapan “Syabas” 7.PKK tabik hormat. 8.Selesai semua – PEK beri sorakan “Tahniah” dan dijawab oleh penerima lencana. 9.PKK balik ke sekawan masing-masing.
PENGAKAP KLM 34 ISTIADAT MELANTIK Kedudukan: PKK dalam bulatan. Akela berdiri di dalam bulatan. Penolong-penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang Akela. PKK dalam keadaan sedia. Perjalanan Upacara: 1.Ahli baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan. Ketua sekawan membawa PKK yang baru – berdiri di hadapan Akela. Selepas itu, Ketua sekawan balik ke tempatnya. 2. Serentak dengan itu, Pen. Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah Akela dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian. 3. Akela akan berkata “Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap KanakKanak?”, dan akan dibalas oleh ahli PKK baru “Ya, Akela!”. 4. Akela akan berkata “Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap?”, dan akan dibalas oleh ahli PKK baru “Ya, Akela!”. 5.
LENCANA-LENCANA PENGAKAP
PENGAKAP KLM 34 LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, seseorang budak itu akan diuji dalam perkaraperkara berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna setiap perkara tersebut LENCANA KEAHLIAN Lencana in diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lontang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri (mushroom float). AHLI RENANG Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalanraya menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul. PENUNGGANG BASIKAL
PENGAKAP KLM 34 LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetian Pengakap, Rukun Negara, amalan Keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. LENCANA KEMAJUAN – KERIS GANGSA Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Gangsa, Pengakap Kanak-kanak itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran: Ahli Koleksi Hobi Ahli Kraf Tangan Peladang Kecil Pelukis Pembaca Buku Penghibur LENCANA KEPANDAIAN – KATEGORI KEGEMARAN
PENGAKAP KLM 34 Mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya seperti mengumpul pelbagai setem, matawang asing, sampul surat hari pertama, rantai kunci, lencanalencana Pengakap dan sebagainya. AHLI KOLEKSI HOBI Mengakui minat dan kegemaran dalam membuat dan mereka bahan-bahan kraf seperti tikar anyaman, wogel, penanda buku, alat permainan, layang-layang dan sebagainya. AHLI KRAFTANGAN Mengakui minat dan pengetahuan dalam berhibur dengan menyanyi, bermain alat muzik, menari dan menjadi Juruacara Persembahan. PENGHIBUR Mengakui minat dan pengetahuan dalam menjaga tanaman, memelihara haiwan ternakan, berkebun dengan kaedah-kaedah yang betul. PELADANG KECIL LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK
PENGAKAP KLM 34 LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti kebersihan diri, rumah dan persekitaran. LENCANA KEMAJUAN KERIS PERAK Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Perak, Pengakap Kanak-kanak itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian pagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan: Ahli Olahraga Ahli Pasukan Permainan. Ahli Sains Pencinta Alam Semulajadi Pembaca Peta Pemeliharaan Alam Sekitar Pengembara LENCANA KEPANDAIAN – KATEGORI PENGETAHUAN
PENGAKAP KLM 34 Mengakui pengetahuan dan kesungguhan bidang pasukan permainan seperti bola sepak. bola tampar, Sepak takraw, pingpong dan sebagainya dan mewakili pasukan di peringkat sekolah, daerah atau negeri. AHLI PASUKAN PERMAINAN Mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam bidang kesukanan dan olahraga dengan mengambil bahagian dalam acara seperti berlari, melompat tinggi, melontar peluru dan sebagainya. AHLI OLAGRAGA Mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam menjaga dan mencintai alam semulajadi seperti membersihkan kawasan sungai, mengutip sampah di tepi pantai dan sebagainya. PENCINTA ALAM SEMULAJADI Mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu sains seperti membuat ujikaji, membuat kamera lubang halus, menyambung litar; elektro magnet dan sebagainya. AHLI SAINS LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK
PENGAKAP KLM 34 Mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara pekerjaan am seperti menyusun atur peralatan pertukangan, membersihkan alat perkebunan, mencuci pakaian,mengecat dan sebagainya. PEKERJA AM Mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan menyelamat nyawa seperti memulihkan pernafasan CPR,berenang. Memadam kebakaran dan meminta pertolongan pihak BOMBA DAN PENYELAMAT, POLIS dan JPAM. PENYELAMAT NYAWA Setelah memperolehi Lencana Kepandaian- Kategori Pengetahuan, Pengakap Kanak-kanak itu perlu meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Perkhidmatan: Pekerja Am Pengurus Rumah Penyelamat Nyawa Ahli Pertolongan Cemas LENCANA KEPANDAIAN – KATEGORI PERKHIDMATAN LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK Mengakui pengetahuan dan kesungguhan sebagai memberikan perkhidmatan dalam perkara pengurusan rumah seperti menyediakan minuman panas, memasak nasi, menyiapkan hidangan, menyapu sampah, mengemaskan bilik tidur dan sebagainya. PENGURUS RUMAH
PENGAKAP KLM 34 LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK Setelah meperolehi kesemua Lencana Kepandalan iaitu Kalegori Kegermaran (2) Pengetahuan (2) dan Perkhidmatan (2), Pengakap Kanak-kanak itu perlu meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan Lencana Kemajuan Keris Emas. Mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalam menjalankan tanggung jawab dan kepemimpinan seperti Kepimpinan Ketua Enam Sekawan, khidmat Masyarakat, aktiviti luar dan Pertolongan Cemas. LENCANA KEMAJUAN KERIS EMAS
PENGAKAP KLM 34 LENCANA PENGAKAP REMAJA Mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dlaam kegiatan luar dengan memperlihatkan darjah tertinggi Ilmu Asas Perbarisan, Simpulan dan Ikatan, Projek Perintis, Ilmu Berkhemah dan Navigasi serta ikhtiar hidup. LENCANA KEMAHIRAN Mengakui pengetahuan dalam Kenegaraan, Fungsi-fungsi Parlimen Malaysia, Badan Berkanun dan mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini. LENCANA JAYADIRI Mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan ekspidisi seperti Berbasikal, Berperahu, Berakit, Mendaki Gunung, Berjalan Kaki dan melengkapkan Log Ekspidisi. LENCANA EKSPIDISI Mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam Ketukangan, Tarian Kebudayaan, Seni Kraf, Pertanian, Seni Muzik, Seni Beladiri, ICT dan pengendalian Urusetia. LENCANA KEGIATAN Mengakui pengetahuan, kemahiran, kecekapan dalam Pertolongan Cemas, Kebombaan, Penyelamat Nyawa dengan memperlihatkan darjah tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengannya. LENCANA PERKHIDMATAN
PENGAKAP KLM 34 LENCANA PENGAKAP REMAJA Setelah seseorang pengakap itu mendapat kesemua 5 Lencana Tertinggi, dia boleh dan layak untuk menerima Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Remaja Anugerah Ketua Pengakap Negara (AKPN). TANDA CEMERLANG RAMBU PENGAKAP REMAJA ANUGERAH KETUA PENGAKAP NEGARA CARA PEMAKAIAN LENCANA PENGAKAP REMAJA DAN RAMBU PENGAKAP REMAJA
PENGAKAP KLM 34 LENCANA PENGAKAP REMAJA Anugerah Pengakap Raja adalah anugerah yang tertinggi bagi budak-budak Pengakap. Seorang Pengakap Remaja yang berjaya menerima anugerah ini akan diberi Lencana Pengakap Raja dan Sijil Diraja Pengakap Raja. LENCANA PENGAKAP RAJA DAN SIJIL DIRAJA PENGAKAP RAJA CARA PEMAKAIAN LENCANA PENGAKAP RAJA DAN RAMBU PENGAKAP REMAJA
PENGAKAP KLM 34 Mengakui minat dan kegemaran luar seperti berkhemah, memasak, mengembara, kecergasan jasmani, kemahiran Pengakap dan perkhidmatan. LENCANA KEMAJUAN – LENCANA USAHA Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. LENCANA KEAHLIAN LENCANA PENGAKAP MUDA Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Pengakap Muda- Lencana Usaha, Pengakap Muda itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran: Ahli Koleksi Hobi Ahli Muzik Ahli Pértahanan Diri Ahli Renang Ahli Sukan Juru Masak di Khemah Juru Perpustakaan Peladang Muda Pelukis Pengail Penunggang Basikal LENCANA KEPANDAIAN – KATERGORI KEGEMARAN
PENGAKAP KLM 34 LENCANA PENGAKAP MUDA Mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masanya dalam bidang pertahanan diri seperti Seni Silat, Taekwando, Wushu, Salambam dan sebagainya. AHLI PERTAHANAN DIRI Mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya seperti mengumpul pelbagai setem, matawang asing, sampul surat hari pertama, rantai kunci, lencanalencana Pengakap dan sebagainya. AHLI KOLEKSI HOBI Mengakui minat dan pengetahuan dalam bersukan dengan menunjukkan keupayaan dalam berlari, melompat tinggi, melompat jauh, melontar cakera dan sebagainya. AHLI SUKAN Mengakui minat dan pengetahuan dalam berenang, memahami langkah-langkah keselamatan di air, menunjukan pelbagal kemahiran renang seperti kuak lentang. gaya bebas dan sebagainya. AHLI RENANG
PENGAKAP KLM 34 Mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti iImu Kawad Tongkat, Istiadat Bendera, Pertolongan Cemas dan sebagainya. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Muda mestilah terlebih dahulu mendapatkan Lencana Usaha dan DUA (2) Lencana Kumpulan Kegemaran. LENCANA KEMAJUAN – LENCANA MAJU LENCANA PENGAKAP MUDA Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Pengakap Muda- Lencana MajuPengakap Muda itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan TIGA (3) lagi Lencana Kepandaían dalam Kategori Pengetahuan. Lencana Ahli Berkhemah adalah wajib dan mesti diperolehi oleh setiap Pengakap Muda dan DUA (2) adalah pilihan mengikut kemahiran dan pengetahuannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut: Ahli Berkhemah (wajib) Ahli Elektronik Ahli lImu Perintis Ahli Komputer Ahli Mekanik Ahli Penukang Ahli Perahu Dayung Ahli Perhubungan Ahli Perhutanan Pelihat Pengembara Tukang Masak LENCANA KEPANDAIAN – KATEGORI PENGETAHUAN
PENGAKAP KLM 34 LENCANA PENGAKAP MUDA Mengakui pengetahuan dalam mengenali alat elektronik dengan mengetahui fungsi-fungsinya dan dapat menunjukan kaedah pemasangan alat-alat tersebut dengan betul. AHLI ELEKTRONIK Pengetahuan dalam berkhemah dengan darjah mengakui perkhemahan paling tinggi, mengetahui langkah-langkah keselamatan berkhemah, memasak dan menghidang masakan panas dan sebagainya. AHLI BERKHEMAH Mengakui pengetahuan dalam mengembara seperti berjalan kaki, berbasikal, berperahu atau berakit, mengetahui persedian dan langkah-langkah keselamatan semasa mengembara dan melakukan aktiviti pengembaraan bersama sejauh 10km dengan panduan kompas dan peta. PENGEMBARA Pengetahuan dalam ilmu perintis dengan mengakui mengenai pelbagai jenis tali, kaedah menggunakan simpulan dan ikatan dengan betul, membina pelbagai jenis model projek perintis seperti menara, pintu gerbang dan sebagainya. AHLI ILMU PERINTIS
PENGAKAP KLM 34 Setelah memperolehi Lencana Kepandaian - Kategori Pengetahuan, Pengakap Muda itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan TIGA (3) lagi Lencana Kepandaían dalam Kategori Perkhidmatan. Lencana Ahli Pertolongan Cemas adalah wajib dan mesti diperolehi oleh setiap Pengakap Muda dan DUA (2) adalah pilihan mengikut kemahiran dan pengetahuannya dalam memberikan perkhidmatan menerusi aktiviti-aktiviti lencana tersebut: Ahli Pertolongan Cemas (wajib) Ahli Anti-Dadah Ahli Komuniti Jurubahasa Kuartermaster Pemadam Api Pemandu Pemelihara Pegawai Perkhemahan Penyelamat Nyawa Setiausaha LENCANA KEPANDAIAN – KATEGORI PERKHIDMATAN LENCANA PENGAKAP MUDA Pengetahuan dan kesungguhan memberikan mengakui perkhidmatan pertolongan cemas dengan mengelahui kaedah pemulihan nafas, melaporkan kemalangan kepada pihak berkuasa dan mengetahui pelbagai kaedah balutan yang betul. AHLI PERTOLONGAN CEMAS
PENGAKAP KLM 34 LENCANA PENGAKAP MUDA Mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan sebagai Jurubahasa dengan mengetahui pelbagai jenis bahasa terjemahan yang betul, menulis satu karangan dengan menggunakan bahasa-bahasa tersebut. JURUBAHASA Memberikan mengakui pengetahuan dan kesungguhan perkhidmatan bersama ahli masyarakat di pelbagai peringkat seperti majlis gotong-royong, aktiviti kemahiran bersama OKU, mengenali fungsi Jabatan Polis dalam sebuah komuniti. AHLI KOMUNITI Mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dan bertugas sebagai pengawal perkhemahan dengan memahami sesuatu tempat perkhemahan dan menunjuk cara menjaga peralatan perkhemahan dan sebagainya. PENGAWAL PERKHEMAHAN Mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan sebagai Quartermaster dengan menunjukkan kebolehan menjaga peralatan perkhemahan, menyimpan rekod dan menilai barangan berkenaan. QUARTERMASTER
PENGAKAP KLM 34 Untuk melayakkan diri menerima Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Muda Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negara, seseorang Pengakap itu mestilah telah memegang LENCANA JAYA selama 3 BULAN dan menunjukkan sikap serta tingkah laku yang baik dan boleh dicontohi. Anugerah ini merupakan anugerah tertinggi bagi Pengakap Muda sebelum Anugerah Pengakap Raja. TANDA CEMERLANG RAMBU PENGAKAP MUDA - ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA NEGARA Mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalam menjalankan tanggungjawab dan kepimpinan seperti Kepimpinan Ketua Patrol, Khidmat Masyarakat, Cabaran Aktiviti Luar, Komunikasi Radio Amatur, IImu Pertolongan Cemas, Penyelamat Nyawa. LENCANA KEMAJUAN – LENCANA JAYA LENCANA PENGAKAP MUDA
LAPORAN AKTIVITI/KULIAH MINGGUAN
PENGAKAP KLM 34 TAJUK : PERJUMPAAN AGUNG PENGAKAP KLM 34 CATATAN : Pada minggu pertama, perjumpaan agung telah diadakan di Makmal Sains 1. Tentatif bagi perjumpaan minggu pertama adalah sesi pengenalan pensyarah penasihat Unit Beruniform Pengakap yang diketuai oleh En. A Zamari bin Abdul Rahim dan En Abdul Ramit bin Sulaiman. Pada perjumpaan tersebut, pemilihan Ahli Jawatankuasa Induk KLM 34 Ambilan Jun 2021/2026 bagi Unit Beruniform Pengakap telah dijalankan. Seterusnya, En A Zamri telah menerangkan berkaitan Maklumat Kursus (MK) kepada semua ahli pengakap. Tambahan lagi, pada hari tersebut juga kami semua ahli pengakap telah dibahagikan kepada sekawan masing-masing iaitu sekawan merah, sekawan biru, sekawan hijau dan sekawan kuning. Perjumpaan untuk minggu tersebut berjalan dengan lancar. Kehadiran ahli pengakap pada minggu pertama penuh dan telah dicatat. (MUHAMMAD AMIER HUSSAINI BIN HASRIE) Ketua Sekawan Hijau, Unit Beruniform Pengakap KLM 34, IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Tarikh : 10/1/2024 Hari : Rabu Masa : 8:00 - 11:00 Pagi Tempat : Makmal Sains 1 Perjumpaan Kali Ke- : 1 Kehadiran Pensyarah Penasihat : En. A Zamri bin Abdul Rahim LAPORAN AKTIVITI / KULIAH MINGGUAN LAPORAN MINGGUAN Hussaini
PENGAKAP KLM 34 LAPORAN AKTIVITI / KULIAH MINGGUAN LAPORAN MINGGUAN (1) AHLI PENGAKAP UNIT 2 PENGENALAN PENGAKAP
PENGAKAP KLM 34 TAJUK : ISTIADAT LAUNGAN AGUNG PENGAKAP CATATAN : Pada minggu kedua, perjumpaan telah diadakan di Astaka. Tentatif bagi perjumpaan minggu kedua adalah sesi pembelajaran isyarat pengakap, kaedah memberi persetiaan, kaedah hormat pengakap, cogan kata pengakap, istiadat pengakap, istiadat Laungan Agung yang diketuai oleh En. A Zamari bin Abdul Rahim dan En Abdul Ramit bin Sulaiman. Pada perjumpaan tersebut, kami telah mengadakan satu sesi pembelajaran yang bertujuan untuk memahami dan melaksanakan Istiadat Laungan Agung Pengakap. Istiadat ini merupakan salah satu aspek penting dalam pengakap kanak-kanak yang melambangkan semangat kesetiaan, keberanian, dan kepemimpinan dalam kalangan ahli pengakap. Istiadat Laungan Agung Pengakap adalah satu tradisi di mana ahli pengakap bersatu dalam menghayati semangat kepimpinan dan persaudaraan. Laungan agung dilakukan dalam acara-acara tertentu seperti perkhemahan, perarakan, atau majlis rasmi pengakap. Antara tujuan pembelajaran adalah memahami makna dan nilai-nilai yang terkandung dalam Istiadat Laungan Agung Pengakap dan melatih ahli pengakap dalam memahami serta dapat melaksanakan laungan agung dengan penuh semangat dan berkeyakinan tinggi. (MUHAMMAD AMIER HUSSAINI BIN HASRIE) Ketua Sekawan Hijau, Unit Beruniform Pengakap KLM 34, IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Tarikh : 17/1/2024 Hari : Rabu Masa : 8:00 - 11:00 Pagi Tempat : Astaka Perjumpaan Kali Ke- : 2 Kehadiran Pensyarah Penasihat : En. A Zamri Bin Abdul Rahim En. Abdul Ramit Bin Sulaiman LAPORAN AKTIVITI / KULIAH MINGGUAN LAPORAN MINGGUAN Hussaini
PENGAKAP KLM 34 LAPORAN AKTIVITI / KULIAH MINGGUAN LAPORAN MINGGUAN (2) ISTIADAT LAUNGAN AGUNG PENGAKAP
PENGAKAP KLM 34 LAPORAN AKTIVITI / KULIAH MINGGUAN LAPORAN MINGGUAN TAJUK : IKATAN DAN SIMPULAN CATATAN : Pada minggu ketiga, perjumpaan telah diadakan di Astaka. Tentatif bagi perjumpaan minggu ketiga adalah sesi pembelajaran ikatan dan simpulan dalam pengakap.yang diketuai oleh En. A Zamari bin Abdul Rahim dan En Abdul Ramit bin Sulaiman. Pada perjumpaan tersebut, kami telah mengadakan satu sesi pembelajaran yang bertujuan untuk mengenali jenis-jenis ikatan dan simpulan serta memahami dan melaksanakan kemahiran ikatan dan simpulan dalam gerakan pengakap. Kemahiran ini merupakan aspek penting dalam kehidupan pengakap yang melambangkan kecekapan, kreativiti, dan kebolehan untuk berdikari. Ikatan dan simpulan merupakan kemahiran asas dalam pengakap yang digunakan untuk mengikat, mengikatkan, dan menyusun pelbagai jenis bahan dan peralatan. Ini meliputi penggunaan tali, rafia, dan bahan lain untuk membuat struktur yang kukuh dan berguna dalam aktiviti kemasyarakatan, perkhemahan, dan kembara. Antara tujuan pembelajaran adalah memahami pelbagai jenis ikatan dan simpulan yang digunakan dalam pengakap dan melatih ahli pengakap dalam melaksanakan ikatan dan simpulan dengan betul dan selamat. (MUHAMMAD AMIER HUSSAINI BIN HASRIE) Ketua Sekawan Hijau, Unit Beruniform Pengakap KLM 34, IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Tarikh : 24/1/2024 Hari : Rabu Masa : 8:00 - 11:00 Pagi Tempat : Astaka Perjumpaan Kali Ke- : 3 Kehadiran Pensyarah Penasihat : En. A Zamri Bin Abdul Rahim En. Abdul Ramit Bin Sulaiman Hussaini
PENGAKAP KLM 34 LAPORAN AKTIVITI / KULIAH MINGGUAN LAPORAN MINGGUAN (3) IKATAN DAN SIMPULAN
PENGAKAP KLM 34 LAPORAN AKTIVITI / KULIAH MINGGUAN LAPORAN MINGGUAN TAJUK : ASAS KAWAD KAKI DAN PERTOLONGAN CEMAS CATATAN : Pada minggu keempat, perjumpaan telah diadakan di Gelanggang Bola Keranjang. Tentatif bagi perjumpaan minggu keempat adalah sesi pembelajaran asas kawad dan asas pertolongan cemas dalam pengakap yang diketuai oleh En Abdul Ramit bin Sulaiman. Pada perjumpaan tersebut , kami belajar untuk memahami dan melaksanakan kemahiran asas kawad kaki dalam pengakap. Kawad dalam pengakap adalah satu aktiviti yang melibatkan penyusunan, gerakan, dan disiplin dalam formasi tertentu. Ia tidak hanya melibatkan kemahiran fizikal tetapi juga mengasah kepekaan terhadap arahan, koordinasi, dan ketelitian. Antara tujuan pembelajaran adalah memahami prinsip-prinsip asas kawad dan teknik-teknik kawad yang betul.dan melatih ahli pengakap dalam melaksanakan kawad dengan penuh disiplin. Pertolongan cemas dalam pengakap merangkumi pelbagai kemahiran, termasuk pengetahuan tentang penilaian kecederaan, teknik-teknik pertolongan awal, dan kesedaran tentang tindakan yang perlu diambil dalam keadaan darurat. Antara tujuan pembelajaran adalah mengenali jenis-jenis anduh serta memahami prinsipprinsip asas pertolongan cemas dalam situasi kecemasan.dan melatih ahli pengakap dalam mengenalpasti, menilai, dan bertindak balas terhadap keadaan cemas (MUHAMMAD AMIER HUSSAINI BIN HASRIE) Ketua Sekawan Hijau, Unit Beruniform Pengakap KLM 34, IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Tarikh : 31/1/2024 Hari : Rabu Masa : 8:00 - 11:00 Pagi Tempat : Gelanggang Bola Keranjang Perjumpaan Kali Ke- : 4 Kehadiran Pensyarah Penasihat : En. Abdul Ramit Bin Sulaiman Hussaini
PENGAKAP KLM 34 LAPORAN AKTIVITI / KULIAH MINGGUAN LAPORAN MINGGUAN (4) ASAS KAWAD KAKI DAN PERTOLONGAN CEMAS