The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Muhammad Amier Hussaini bin Hasrie
Bahasa Melayu 2
PISMP SEMESTER 2 TAHUN 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hussainihasrie, 2024-03-15 16:35:49

Buku Log Pengakap

Muhammad Amier Hussaini bin Hasrie
Bahasa Melayu 2
PISMP SEMESTER 2 TAHUN 2

Keywords: Pengakap

PENGAKAP KLM 34 LAPORAN AKTIVITI / KULIAH MINGGUAN LAPORAN MINGGUAN TAJUK : SEJARAH PENGAKAP DUNIA, MALAYSIA DAN IPG CATATAN : Pada minggu kelima, perjumpaan telah diadakan di Astaka. Tentatif bagi perjumpaan minggu kelima adalah sesi pembelajaran sejarah Lord Baden Powell dalam pengakap yang dismpaikan oleh En. A Zamari bin Abdul Rahim. Pada perjumpaan tersebut, kami telah mengadakan satu sesi pembelajaran yang bertujuan untuk meneroka sejarah Lord Baden-Powell dan sumbangan beliau kepada gerakan pengakap, dengan menggunakan alat yang kreatif iaitu kertas mahjong. Sesi ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat sejarah kepada ahli pengakap dengan cara yang menarik dan interaktif. Bukan itu sahaja, kami juga mempelajari sejarah dan bagaimana pengakap terbentuk di Malaysia dan di IPG. Antara tujuan pembelajaran adalah memahami sejarah dan sumbangan Lord Baden-Powell kepada gerakan pengakap dan menjelaskan nilai-nilai yang dipegang teguh oleh Lord Baden-Powell dan bagaimana ia terintegrasi dalam gerakan pengakap. Dalam masa yang sama , kami juga diperkenalkan dengan gerakan-gerakan asas kawad dalam kawad kaki contohnya seperti bukak baris dan juga tutup baris. (MUHAMMAD AMIER HUSSAINI BIN HASRIE) Ketua Sekawan Hijau, Unit Beruniform Pengakap KLM 34, IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Tarikh : 7/2/2024 Hari : Rabu Masa : 8:00 - 11:00 Pagi Tempat : Astaka Perjumpaan Kali Ke- : 5 Kehadiran Pensyarah Penasihat : En. A Zamri Bin Abdul Rahim Hussaini


PENGAKAP KLM 34 LAPORAN AKTIVITI / KULIAH MINGGUAN LAPORAN MINGGUAN (5) SEJARAH PENGAKAP DUNIA, MALAYSIA DAN IPG


PENGAKAP KLM 34 LAPORAN AKTIVITI / KULIAH MINGGUAN LAPORAN MINGGUAN TAJUK : NYANYIAN LAGU-LAGU PENGAKAP CATATAN : Pada minggu keenam, perjumpaan telah diadakan di Astaka. Tentatif bagi perjumpaan minggu keenam adalah sesi pembelajaran lagu pengakap dan latihan kawad mengikut sekawan.yang diketuai oleh En. A Zamri bin Abdul Rahim. Pada perjumpaan tersebut kami telah mengadakan satu sesi pembelajaran yang bertujuan untuk mempelajari lagu pengakap "Di Sini Kita Berkumpul" dan melaksanakan latihan kawad bersama ahli pengakap. Ahli pengakap diberi pemahaman yang mendalam tentang pesanan dan nilai-nilai yang ingin disampaikan melalui lagu ini. Sesi ini bertujuan untuk memupuk semangat persaudaraan, kesetiaan, dan kebersamaan di kalangan ahli pengakap. Antara tujuan lain adalah memahami lirik, makna, dan nilai-nilai yang terkandung dalam lagu pengakap "Di Sini Kita Berkumpul" dan melatih ahli pengakap dalam melaksanakan kawad dengan disiplin, ketelitian, dan keanggunan yang mana termaktub dalam penilaian yang akan dibuat berdasarkan amali. (MUHAMMAD AMIER HUSSAINI BIN HASRIE) Ketua Sekawan Hijau, Unit Beruniform Pengakap KLM 34, IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Tarikh : 21/2/2024 Hari : Rabu Masa : 8:00 - 11:00 Pagi Tempat : Astaka Perjumpaan Kali Ke- : 6 Kehadiran Pensyarah Penasihat : En. A Zamri Bin Abdul Rahim Hussaini


PENGAKAP KLM 34 LAPORAN AKTIVITI / KULIAH MINGGUAN LAPORAN MINGGUAN (6) NYANYIAN LAGU-LAGU PENGAKAP


PENGAKAP KLM 34 LAPORAN AKTIVITI / KULIAH MINGGUAN LAPORAN MINGGUAN TAJUK : MASAKAN RIMBA CATATAN : Pada minggu ini perjumpaan telah diadakan di Pulako. Tentatif bagi perjumpaan minggu ketujuh adalah sesi pembelajaran masakan rimba yang diketuai oleh En. A Zamri bin Abdul Rahim. Pada perjumpaan tersebut kami telah mengadakan satu sesi pembelajaran mengenai masakan rimba dalam gerakan pengakap. Dalam pada masa yang sama , kami juga berpeluang untuk merasai sendiri cara menghidupkan api dengan hanya menggunakan mancis. Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada ahli pengakap tentang kemahiran memasak menggunakan peralatan yang terhad dan bahan yang hanya terdapat di sekeliling sahaja, serta memupuk semangat kerjasama dan kemahiran hidup dalam alam semula jadi. Masakan rimba adalah seni memasak menggunakan peralatan yang mudah alih dan bahan-bahan semula jadi yang terdapat di hutan. Ia melibatkan penggunaan kemahiran asas memasak serta kreativiti dalam memanfaatkan sumber-sumber yang ada. Antara tujuan pembelajaran adalah memahami prinsip-prinsip asas masakan rimba dan kepentingannya dalam aktiviti luar dan menguasai kemahiran memasak menggunakan peralatan sederhana dan bahan-bahan semula jadi yang terdapat di hutan. (MUHAMMAD AMIER HUSSAINI BIN HASRIE) Ketua Sekawan Hijau, Unit Beruniform Pengakap KLM 34, IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Tarikh : 28/2/2024 Hari : Rabu Masa : 8:00 - 11:00 Pagi Tempat : Pulako Perjumpaan Kali Ke- : 7 Kehadiran Pensyarah Penasihat : En. A Zamri Bin Abdul Rahim Hussaini


PENGAKAP KLM 34 LAPORAN AKTIVITI / KULIAH MINGGUAN LAPORAN MINGGUAN (7) MASAKAN RIMBA


PENGAKAP KLM 34 LAPORAN AKTIVITI / KULIAH MINGGUAN LAPORAN MINGGUAN TAJUK : PERBINCANGAN MALAM KEBUDAYAAN PENGAKAP CATATAN : Pada minggu kelapan, perjumpaan telah diadakan di Cafe Azizi. Tentatif bagi perjumpaan minggu kelapan adalah sesi perbincangan malam kebudayaan pengakap di dalam sekawan. Pada perjumpaan tersebut kami telah mengadakan satu perbincangan kebudayaan pengakap yang bertujuan untuk memperkukuhkan ikatan persaudaraan, memahami kepelbagaian budaya, dan memupuk semangat kebanggaan terhadap gerakan pengakap. Perbincangan ini dihadiri oleh ahli sekawan pengakap hijau. Kami telah berbincang mengenai pemilihan beberapa buah lagu dalam persediaan persembahan tarian pada malam kebudayaan. Antara tujuan pembelajaran adalah meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian budaya di kalangan ahli pengakap dan memahami serta memupuk nilai-nilai murni dalam diri sebagai seorang ahli pengakap yang berjiwa besar. (MUHAMMAD AMIER HUSSAINI BIN HASRIE) Ketua Sekawan Hijau, Unit Beruniform Pengakap KLM 34, IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Tarikh : 6/3/2024 Hari : Rabu Masa : 8:00 - 11:00 Pagi Tempat : Kafeteria Perjumpaan Kali Ke- : 8 Kehadiran Pensyarah Penasihat : Tiada


PENGAKAP KLM 34 LAPORAN AKTIVITI / KULIAH MINGGUAN LAPORAN MINGGUAN (8) PERBINCANGAN MALAM KEBUDAYAAN PENGAKAP


RANCANGAN TAHUNAN UNIT PENGAKAP


PENGAKAP KLM 34 RANCANGAN TAHUNAN UNIT PENGAKAP


PENGAKAP KLM 34 RANCANGAN TAHUNAN UNIT PENGAKAP


PENGAKAP KLM 34 RANCANGAN TAHUNAN UNIT PENGAKAP


PENGAKAP KLM 34 RANCANGAN TAHUNAN UNIT PENGAKAP


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version