KAJIAN ANALISIS KANDUNGAN KITAB TARIKH AL-MUSHAF ASY-SYARIF KARANGAN SHEIKH ABDUL FATTAH AL-QADI AHMAD AFIF BIN ZULKIPLI AHAD SARJANA MUDA PERTAHANAN DAN KESELAMATAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA JANUARI 2023 AHMAD AFIF BIN ZULKIPLI AHAD SMPDKI 2023 UPNM
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA PENGESAHAN STATUS KERTAS AKADEMIK JUDUL: KAJIAN ANALISIS KANDUNGAN KITAB TARIKH AL-MUSHAF ASY-SYARIF KARANGAN SHEIKH ABDUL FATTAH AL-QADI SESI PENGAJIAN : 2022/2023 Saya __________________AHMAD AFIF BIN ZULKIPLI AHAD______________________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan Kertas Akademik ini disimpan di Perpustakaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Hak milik Kertas Akademik adalah di bawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UPNM, hak miliknya adalah kepunyaan UPNM. 2. Naskhah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 4. Kertas Akademik hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5. *Saya membenarkan / tidak membenarkan Perpustakaan UPNM membuat salinan Kertas Akademik ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ __________________________ (TANDATANGAN PELAJAR) (DR ELMI BIN BAHARUDDIN) Alamat Tetap: …………………… ………………………………………... (Nama Penyelia) ………………………………………... Tarikh: __________ Tarikh: ______________ CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Kertas Akademik ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh Kertas Akademik ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
KAJIAN ANALISIS KANDUNGAN KITAB TARIKH AL-MUSHAF ASY-SYARIF KARANGAN SHEIKH ABDUL FATTAH AL-QADI OLEH : AHMAD AFIF BIN ZULKIPLI AHAD KERTAS AKADEMIK INI DIKEMUKAKAN KEPADA FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN KEPERLUAN UNTUK SARJANA MUDA PERTAHANAN DAN KESELAMATAN ISLAM JANUARI 2023
ii PERAKUAN HAK CIPTA Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang dan atau membuat salinan mana-mana bahagian bab, ilustrasi atau isi kandungan Kertas Akademik ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanika, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin tulis dari Dekan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
iii PERAKUAN PELAJAR Saya akui karya Akademik ini adalah hasil kerja saya sendiri melainkan petikan, huraian dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya. Saya juga menyerahkan hak cipta ini kepada pihak Fakulti Pengajian Dan Pengurusan Pertahanan bagi tujuan penerbitan jika didapati sesuai. Tarikh serahan: __________________ _____________________ (Nama dan Tandatangan) Pelajar Setelah diteliti Kertas Akademik yang Bertajuk Kajian Analisis Kandungan Kitab Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif Karangan Sheikh Abdul Fattah Al-Qadi yang telah diusahakan oleh Ahmad Afif Bin Zulkipli Ahad, Nombor Matrik: 2200926 dan telah diterima sebagai memenuhi syarat keperluan pengijazahan Program Sarjana Muda Pertahanan dan Keselamatan Islam. Disahkan Oleh: _________________________________________ (DR. ELMI BIN BAHARUDDIN) Tarikh: ........................................
iv PENGHARGAAN Segala pujian kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat juga saya menyiapkan Kertas Akademik Sarjana Muda ini dengan baik. Saya dedikasikan penulisan saya ini kepada mereka yang saya sebutkan di halaman ini. Terima kasih buat diri kerana kuat mental dan fizikal menghadapi pelbagai rintangan sepanjang proses menyiapkan penulisan ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelia Kertas Akademik Sarjana Muda saya, Dr. Elmi Bin Baharuddin yang telah memberi tunjuk ajar juga atas segala dorongan dan bimbingan sepanjang tempoh penyelidikan Kertas Akademik Sarjana Muda ini dijalankan sehingga akhirnya penulisan ini diselesaikan denan baik. Hanya Allah SWT sahaja dapat membalas segala jasa baik tuan. Tidak lupa kepada ibu bapa saya, Puan Farah Fadilah binti Abdullah dan Encik Zulkipli Ahad bin Borhan yang tidak putus-putus menembak doa dari jauh dan sentiasa ada untuk memberikan sokongan dari semua aspek bagi memastikan saya mencapai kejayaan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Tidak pernah rasanya terlafaz dari mulut ini betapa saya cinta dan kasih kepada mereka berdua tetapi saya abadikan rasa syukur dan kasih ini dalam penulisan saya yang pertama. Kepada semua pensyarah, murabbi, dan guru yang telah mengajar dan mencurahkan ilmu yang berharga sepanjang pengajian di universiti ini dan juga peringkat-peringkat yang sebelumnya sehingga membuatkan saya memperoleh ilmuilmu yang baru. Saya ucapkan jutaan terima kasih di atas segala nasihat dan ilmu yang dicurahkan dan mohon halalkan segala ilmu yang diberi. Ribuan terima kasih juga kepada sahabat-sahabat Kuis-Kuis: Wan Norsalihah, Nurul Filzah, Asyiqin Asri, Ani Rafhanah, Harith Aman, Sylvester Balang, Hakimi Hisyam, Wani Zulkipli, Nayli Zulfica, Dayana Batrisya dan Aliah Shabudin yang mana secara tidak langsung banyak membantu, menginspirasi dan memberi sokongan moral disepanjang naik turun proses menyiapkan penulisan ini. Selain itu, kepada mereka yang juga dekat dengan saya tetapi tidak disebutkan, anda tahu diri anda dan ucapan terima kasih didedikasikan juga buat anda. Akhir sekali, setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada bekas ahli bilik, C-1-9, B-1-5, A-G-4, dan Kasturi-11-04, penghuni tuah rakan-rakan kelas batalion awam dan badan kadet bersatu seperjuangan, 3ZP63, kenalan-kenalan melalui program-program dalam universiti serta kepada yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung bersama membantu menjayakan projek penyelidikan ini. Tidaklah semua ini berlaku melainkan dengan izin dan cinta-Nya. Juga terima kasih kepada diri saya kerana tabah dan kuat menempuh jalan ini sehingga akhirnya. Ketahuilah anda juga luarbiasa dan selamat datang ke fasa kehidupan seterusnya.
v ABSTRAK Tarikh Al-Mushaf ataupun sejarah Al-Quran merupakan salah satu subjek utama dalam pengajian Al-Quran dan Qiraat umumnya dan tahfiz Al-Quran khususnya. Hal yang demikian kerana dengan mengetahui fakta sesuatu perkara merupakan kunci kepada benteng yang kuat untuk mempertahankan kitab Al-Quran yang merupakan panduan dan rujukan asas kepada agama Islam ini dari sebarang keraguan, prasangka dan tohmahan orentalis dan musuh-musuh Islam. Walhal demikian, apakah pengajaran di sebalik setiap peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang proses pengumpulan, pentahsinan dan pemurnian mushaf agung ini, dan bagaimanakah kaedah pengajaran dan pembelajaran Tarikh Al-Mushaf yang berkesan menjadi dua persoalan utama dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan (library research) yang berpusatkan kepada kitab Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif karangan Sheikh Abdul Fattah Al-Qadi dan kajian ini pada asalnya tidak bersifat koreksi-kritis tetapi eksplorasi dan memahami gejala sentral. Hasil kajian mendapati konsep isi kandungan kitab Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif karangan Abdul Fattah Al-Qadi adalah rekod sejarah Al-Quran berautoriti yang ringkas dan padat. Selain itu juga, kajian ini mendapati terdapat pengajaran signifikan yang melambangkan Islam sebenar melalui peristiwa-peristiwa yang direkodkan dalam kitab Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif karangan Abdul Fattah Al-Qadi yang meliputi aspek sosial dan politik. Oleh itu, kajian mencadangkan agar pendidik yang mengajarkan ilmu sejarah agar menekankan bukan sahaja tentang fakta sesuatu perkara, tetapi juga ibrah di sebalik setiap peristiwa yang berlaku agar dapat melahirkan generasi masa hadapan yang lebih unggul.
vi ABSTRACT Tarikh Al-Mushaf, or Quranic history, is a major topic in the study of the Quran and Qiraat generally, and Tahfiz Al-Quran in particular. This is because knowing the facts of a matter is the key to a strong fortress to defend the book Al-Quran which is a basic guide and reference to the Islamic religion from any doubts, prejudices, and accusations of orientalists and enemies of Islam. However, what is the wisdom and lesson behind each of the events that occur throughout the process of collecting, glorifying, and purifying this great Mushaf, and how effective are the teaching and learning methods of Tarikh Al-Mushaf? These are the two main questions in this study. This study uses a qualitative method which is a library research method that is centred on the book Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif written by Sheikh Abdul Fattah Al-Qadi, and this study was not originally correction-critical but an exploration and understanding of the central phenomenon. The results of the study found that the concept of the contents of the authoritative book Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif by Abdul Fattah Al-Qadi is a compact historical record of the Al-Quran. In addition, this study found that there are significant lessons that symbolize true Islam through the events recorded in the book Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif written by Abdul Fattah AlQadi which covers social and political aspects. Hence, the study suggestions for improving the teaching and learning methods of Tarikh Al-Mushaf is the re-alignment of the order of subjects in the syllabus, effective learning and teaching aids, and competent teachers adapting current methods. Therefore, the study suggests that educators who teach history should emphasize not only the facts of a matter, but also the wisdom behind every event that occurs in order to produce a more superior future generation.
vii SENARAI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKASURAT Perakuan Hak Cipta ii Perakuan Pelajar iii Penghargaan iv Abstrak v Abstract vi Senarai Kandungan vii BAB 1 1 PENGENALAN 1 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN 1 1.2 PERMASALAHAN KAJIAN 5 1.3 OBJEKTIF KAJIAN 7 1.4 PERSOALAN KAJIAN 8 1.5 METODOLOGI KAJIAN 8 1.5.1 Reka Bentuk Kajian 9 1.5.2 Metod Pengumpulan Data 9 1.5.3 Metod Analisis Data 10 1.6 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN 10 1.7 SKOP KAJIAN 11 1.8 LIMITASI KAJIAN 11 1.9 KEPENTINGAN KAJIAN 12 1.10 TINJAUAN PUSTAKA 13
viii BAB 2 19 KONSEP ISI KANDUNGAN TARIKH AL-MUSHAF ASY-SYARIF KARANGAN SHEIKH ABDUL FATTAH AL-QADI 19 2.1 PENDAHULUAN 19 2.2 BIODATA PENGARANG 20 2.3 DEFINISI ISTILAH DAN KONSEPTUAL 23 2.4 KONSEP ISI KANDUNGAN KITAB TARIKH AL-MUSHAF ASY-SYARIF KARANGAN SHEIKH ABDUL FATTAH AL-QADI 29 2.5 KESIMPULAN 60 BAB 3 61 PENGAJARAN DISEBALIK PERISTIWA-PERISTIWA DALAM KITAB TARIKH MUSHAF ASY-SYARIF KARANGAN SHEIKH ABDUL FATTAH AL-QADI 61 3.1 PENGENALAN 61 3.2 PERKEMBANGAN PENULISAN SEBELUM DAN SEMASA ZAMAN RASULULLAH S.A.W. 63 3.2.1 Kedudukan Ilmu di Sisi Islam 64 3.2.2 Qalam (Pena) Sebagai Instrumen Pengembangan Ilmu 65 3.2.3 Usaha Ke Arah Inovasi 65 3.3 PERANG YAMAMAH PENCETUS PENGUMPULAN AL-QURAN 67 3.3.1 Adab Pemimpin dan Yang Dipimpin 67 3.3.2 Ketelusan dan Adab Mesyuarat (Syura) 68 3.4 PERTEMBUNGAN BACAAN DI MEDAN PERANG MENENTANG AZERBAIJAN DAN ARMENIA 69 3.4.1 Merujuk Pada Yang Pakar 69 3.5 PERISTIWA KESALAHAN BACAAN AL-QURAN SECARA SENGAJA DI PASAR. 70 3.5.1 Sindiran Berhikmah dan Positif. 71
ix 3.6 PEMBAKARAN MUSHAF SECARA BESAR-BESARAN 71 3.6.1 Pembakaran Naskhah Al-Quran Sebagai Kaedah Yang Betul Dalam Pelupusan Al-Quran 72 3.7 KESIMPULAN 72 BAB 4 74 PENDEKATAN TERBAIK UNTUK MEMAHAMI ISI KANDUNGAN KITAB TARIKH MUSHAF ASY-SYARIF KARANGAN SHEIKH ABDUL FATTAH AL-QADI 74 4.1 PENGENALAN 74 4.2 PENYELARASAN SEMULA SUSUNAN SUBJEK 75 4.3 ALAT BANTU BELAJAR DAN MENGAJAR 77 4.4 GURU YANG KOMPENTEN 78 4.5 KESIMPULAN 79 BAB 5 80 KESIMPULAN 80 5.1 PENDAHULUAN 80 5.2 RUMUSAN KEPADA KONSEP TARIKH AL-MUSHAF ASY-SYARIF KARANGAN SHEIKH ABDUL FATTAH AL-QADI. 81 5.3 RUMUSAN PENGAJARAN DISEBALIK PERISTIWA-PERISTIWA DALAM KITAB TARIKH MUSHAF ASY-SYARIF KARANGAN SHEIKH ABDUL FATTAH AL-QADI. 81 5.4 RUMUSAN CADANGAN TAMBAH BAIK KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TARIKH MUSHAF ASY-SYARIF KARANGAN SHEIKH ABDUL FATTAH AL-QADI. 83 5.5 LIMITASI & CADANGAN UNTUK KAJIAN AKAN DATANG 83 RUJUKAN 85
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN Saban tahun dapat dilihat institusi-institusi pengajian tahfiz swasta (diasaskan secara persendirian) mahupun bawah kelolaan kerajaan sama ada negeri ataupun persekutuan di Malaysia bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Seperti mana yang dinyatakan Ahmad Nordin (2015), dalam penulisannya bahawa melalui jumlah permohonan yang ingin memasuki Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat di Darul Quran, Jakim adalah seramai 3,500 calon untuk merebut sebanyak 250 tempat yang terhad di institusi tersebut pada tahun berkenaan, menunjukkan pengajian Tahfiz Al-Quran di Malaysia khususnya semakin mendapat sambutan yang memberangsangkan.
2 Oleh itu, kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan pengajian ilmu Qiraat secara rasmi pada tahun 1966 dan beroperasi di Masjid Negara sebelum kemudiannya dinaiktaraf menjadi sebuah institusi pengajian tinggi Darul Quran, JAKIM yang sijilnya diiktiraf serta sistem pembelajarannya diperbaiki menjadi sistematik dan berpusat serta menjadi institusi pengajian tinggi pertama khusus untuk pengajian Al-Quran dan Qiraat (M. Zaid S. Kamar, et al., 2020). Ahmad Nordin (2015), juga menyatakan bahawa pada sekitar tahun 1999 dan awal 2000-an kurikulum yang dipelajari ketika itu disemak semula bagi penambahbaikan selain diselaraskan sistem pengajiannya daripada sistem penggal kepada sistem semester selaras dengan arus perkembangan pengajian tinggi di peringkat nasional, Malaysia dan juga antarabangsa, khususnya Maahad Qiraat Shoubra, Al-Azhar yang menjadi rujukan yang diguna pakai oleh Darul Quran dari segi sistem pembelajaran qiraatnya termasuk silibusnya. Antara madah (subjek) yang ditambah ialah Dhobt Al-Quran, Tarikh Al-Qurra’ dan Tarikh Al-Mushaf selain menambahkan jam pembelajaran dalam subjek Qiraat Ilmi dan Amali. Kitab rujukan utama yang digunakan dalam pengajian subjek Tarikh Mushaf ialah kitab Tarikh AlMushaf Asy-Syarif karangan Sheikh Abdul Fattah Al-Qadi (2017), Ketua Lajnah Tashih Mushaf di Al-Azhar. Ringkasnya kitab klasik Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif ini menghuraikan sejarah pengumpulan Al-Quran, penyelarasannya, penambahbaikannya, dan pencetakannya yang mana usahanya bermula dari zaman nabi Muhammad s.a.w. sehinggalah kita dapat melihat Al-Quran pada hari ini.
3 Seperti mana dijelaskan oleh kebanyakan ulama, Al-Quran adalah kalam Allah SWT yang agung, yang bermukjizat, yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah s.a.w. melalui perantaraan malaikat Jibril a.s., secara mutawatir, bermula surah Al-Fatihah dan diakhiri surah An-Nas, dan membacanya dikira ibadah. Kitab ini jugalah yang menjadi panduan cara hidup umat nabi Muhammad s.a.w. keseluruhannya dengan pencerahan dari As-Sunnah nabi agar jelas cara perlaksanaannya. Apa yang lebih menakjubkan, kalam Allah SWT itu kita dapat lihat secara fiziknya melalui naskhah-naskhah kitab Al-Quran sehingga hari ini. Ini sesuai dengan janji Allah SWT bahawa Dia akan menjaga kalamNya sehinggalah pada hari kiamat itu berlaku, yang tersurat di dalam potongan ayat Al-Quran: Maksudnya: “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami jugalah yang akan memeliharanya,” (Al-Hijr, 15:9) Adapun janji Allah SWT itu ditepati dengan bukti wujudnya fizik naskhah AlQuran hari ini dengan isinya tidak berubah sama sekali sejak ia diturunkan melainkan dengan kaedah-kaedah yang telah digariskan oleh ulama terdahulu. Ini adalah sebesarbesar mukjizat Baginda s.a.w. selain daripada kesan bulan yang terbelah dua dipermukaannya. Ajaibnya perjalanan kalam Allah SWT yang merupakan wahyu Allah SWT kepada nabi Muhammad telah melalui beberapa zaman dan peringkat penjagaan (dengan hafazan dan tulisan pada pelepah-pelepah daun, kulit binatang, tulang binatang dan lain-lain), direkodkan sehingga akhirnya dibukukan menjadi senaskhah buku Al-Quran lalu kemudiannya dimurnikan lagi untuk membolehkan semua orang membacanya dengan betul dan mudah.
4 Walhal demikian, uniknya Al-Quran berbanding kitab samawi yang lain, ianya diturunkan dalam tujuh (7) variasi bacaan yang masih dalam skop bahasa arab, seperti mana hadis nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh bukhari dan muslim: Dari Ibnu Abbas telah menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Malaikat Jibril a.s. telah membacakan kepadaku dengan satu huruf (bentuk bacaan) lalu aku mengulang bacaan itu, aku sentiasa meminta Jibril a.s. supaya menambahkan lagi huruf yang lain (meminta Jibril a.s. supaya mohon dari Allah SWT bentuk bacaan yang lain) dari ayat tersebut dan beliau menambahkan sehingga kepada tujuh huruf," Ulama mengeluarkan bermacam-macam pendapat sehingga dikatakan ada 40 pendapat tentang tafsiran Al-Quran diturunkan dalam 7 huruf. 7 huruf itu pula secara umumnya merupakan beberapa khilaf umum dalam bacaan Al-Quran Al-Karim. Sungguhpun hari ini dapat dilihat bahawa versi Al-Quran yang terpelihara itu adalah satu, tetapi masih boleh dibacakan dengan pelbagai bacaan pada kalimah-kalimah dan tempat-tempat tertentu. Bagaimanakah variasi-variasi bacaan itu masih boleh dikekalkan sehingga hari ini walaupun mushaf variasi bacaan Al-Quran itu tidak banyak boleh didapati? Bagaimanakah masalah diselesaikan ketika timbul perbalahan besar tentang variasi bacaan manakah yang paling betul? Persoalan-persoalan seperti inilah perlu di titik beratkan dan mencari hikmah berlakunya setiap peristiwa itu. Setiap ayat AlQuran yang turun pasti ada sebabnya dan setiap peristiwa yang berlaku juga pasti ada hikmahnya. Maka pasti ada hikmah di sebalik peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam perjalanan mengumpulkan, membukukan dan memurnikan Al-Quran. Perkara seperti inilah yang hendak disingkap dan dikupas daripada kitab klasik Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif karangan Sheikh Abdul Fattah Al-Qadi.
5 Secara umumnya, terdapat beberapa ibrah/hikmah yang signifikan dalam kitab klasik itu tadi, tetapi terdapat beberapa kekanganan untuk memahaminya seperti kurangnya pendidik ilmu Qiraat khususnya di Malaysia untuk mendedahkan dan kurangnya juga penekankan perihal ibrah atau hikmah ketika mengajarkannya kepada pelajarnya. Selain itu, peneliti juga akan memberi pencerahan yang jelas tentang nama individu atau tokoh yang dimaksudkan di dalam kitab klasik itu. Ianya adalah kerana penggunaan nama yang sama dan berulang pada individu yang berbeza-beza menyebabkan kekeliruan dalam mengvisualkan individu yang dimaksudkan apabila nama-nama tersebut disebutkan dalam catatan sejarah. 1.2 PERMASALAHAN KAJIAN Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa perkembangan Ilmu Qiraat di Malaysia semakin pesat dalam institusi-institusi dalam Malaysia seperti Darul Quran, UPSI, USIM, Maahad Tahfiz cawangan negeri-negeri di Malaysia dan banyak lagi. Institusiinstitusi ini juga menyiapkan pelajarnya untuk mempelajari kitab-kitab muktabar dari Mesir meskipun tidak pernah menjejak kaki di bumi anbiya’ tersebut. Sungguhpun bukunya mudah didapatkan, tidak pula mudah untuk gurunya didapatkan. Dengan kurangnya guru yang pakar dalam bidang Qiraat ini menjadi salah satu kekangan kepada pelajar Malaysia untuk memahami dan menghayati ilmu-ilmu qiraat serta ilmu-ilmu berkaitan khususnya.
6 Antara kitab muktabar yang digunakan dalam pembelajaran ini ialah kitab Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif karangan Sheikh Abdul Fattah Al-Qadi. Kitab ini adalah mudah untuk didapatkan kini disebabkan perkembangan dunia yang kita lihat hari ini. Walhal demikian, penjelasan dan huraian yang padat tentang kitab ini hanyalah boleh didapatkan ilmunya dari sheikh-sheikh Mesir yang pakar tentang bidang ilmu Qiraat ini disamping menguasai bahasa arab yang digunakan dalam kitab tersebut, dan sudah tentu mustahil untuk para sheikh-sheikh Qiraat untuk kerap datang ke Malaysia bagi mengajarkan ilmu tersebut. Hadis daripada Rasulullah s.a.w.: Maksudnya: “Sebaik-baik di antara kamu adalah orang yang belajar AlQuran dan mengajarkannya” (Hadis Riwayat Bukhari) Sungguhpun pengajaran dan pembelajaran Al-Quran adalah sebaik-baik amalan seperti sarana hadis di atas, masih terdapat banyak kekangan-kekangan berbangkit yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran khususnya ilmu Qiraat. Penyelarasan semula dalam muqarror (silibus) pembelajaran kitab Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif ini secara tertib di institusi Darul Quran khususnya akan memudahkan lagi pembelajaran ilmu Qiraat itu tadi sehingga sampai kepada tahap penghayatan. Ianya juga akan menjadi pemudah cara kepada pembelajaran ilmuilmu lain yang berkaitan seperti Dhobatul Quran, Fawasil Al-Quran dan banyak lagi.
7 Akhir sekali, penghayatan dalam mempelajari Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif juga perlulah di titik beratkan kerana apabila tahap penghayatan ilmu itu sudah dicapai, maka akan terpancar hikmahnya melalui tingkah laku dan cara berfikir para pendidik Al-Quran dan juga pelajarnya. Walhal demikian yang diharapkan, tetap juga hasil daripada penghayatan itu bergantung kepada self-seflection (pemenungan peribadi) individu masing-masing (Semiawan, 2010). 1.3 OBJEKTIF KAJIAN Berbalik kepada tajuk kajian ini iaitu Kajian Analisis Kandungan Kitab Tarikh AlMushaf Asy-Syarif karangan Sheikh Abdul Fattah Al-Qadi, seperti kurang mendapat perhatian dalam kalangan penuntut ilmu qiraat melainkan sekadar mengetahui rekod sejarah pengumpulan dan pembukuan Al-Quran semata-mata. Bagi memandu hala tuju kajian ini agar lebih jelas objektifnya, terdapat beberapa objektif kajian yang dapat difokuskan. Antaranya; a) Menganalisis konsep isi kandungan Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif karangan Sheikh Abdul Fattah Al-Qadi. b) Menganalisis pengajaran di sebalik setiap peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang proses pengumpulan Al-Quran yang direkodkan di dalam kitab Tarikh Mushaf Asy-Syarif karangan Sheikh Abdul Fattah Al-Qadi. c) Mencadangkan pendekatan terbaik untuk memahami dengan lebih mendalam isi kandungan kitab Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif karangan Sheikh Abdul Fattah.
8 1.4 PERSOALAN KAJIAN Melalui objektif-objektif kajian yang telah dinyatakan di atas, maka dari situlah juga tercetusnya beberapa persoalan kajian yang berkaitan seperti; a) Apakah konsep isi kandungan Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif karangan Sheikh Abdul Fattah Al-Qadi? b) Apakah pengajaran di sebalik setiap peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang proses pengumpulan Al-Quran yang direkodkan di dalam kitab Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif karangan Sheikh Abdul Fattah Al-Qadi? c) Apakah cadangan kaedah terbaik untuk memahami isi kandungan kitab Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif karangan Sheikh Abdul Fattah Al-Qadi? 1.5 METODOLOGI KAJIAN Metodologi kajian merupakan teknik, cara atau kaedah yang digunakan untuk mencari, memproses, dan menganalisis maklumat bagi meneroka serta mengklarifikasi pernyataan dan maklumat tertentu samada yang baharu atau yang sedia ada. Ianya bertujuan menjadikan kajian lebih teratur dan sistematik bagi mencapai hala tuju atau objektif di atas tadi. Maka dalam bab ini, peneliti akan cuba memperincikan metodologi yang digunakan dari segi reka bentuk kajian, kaedah pengumpulan data dan seterusnya kaedah analisis data.
9 1.5.1 Reka Bentuk Kajian Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kualitatif. Kajian kualitatif merupakan satu strategi bagaimana kajian akan dilaksanakan dan membentuk kajian bagi mencapai maksud tertentu yang berkaitan dengan objektif dan persoalan kajian di atas (Nadia, 2013). Umum diketahui kaedah kajian ini kebiasaannya menggunakan kajian pustakaan atau lebih dikenali sebagai library research (Mestika Zed, 2004). Crewell (2008) juga mendefinisikan kajian kualitatif sebagai suatu kaedah penelusuran bersifat eksplorasi dan memahami suatu gejala sentral. Bentuk kajian juga adalah lebih kepada: 1. Bentuk Analisis Dokumen, dan sedikit 2. Bentuk Kajian Lapangan, serta 3. Bentuk Temu Bual Partisipan. 1.5.2 Metod Pengumpulan Data Data yang berautoriti juga merupakan aset yang penting dalam penerokaan serta pengesahhan sesuatu maklumat dan pernyataan baharu ataupun yang sedia ada. Oleh itu, peneliti menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data bagi membantu kajian ini seperti; 1) Menganalisis dokumen (seperti bukubuku, jurnal, kitab turath dan lain-lain), dan 2) Melalui temuduga berfokus (bertanya soalan berkaitan kepada pakar dalam bidang tertentu).
10 1.5.3 Metod Analisis Data Selesai pengumpulan data melalui kaedah yang peneliti jelaskan diatas iaitu library research, maka perlunya pula proses menganalisis data iaitu merubah data menjadi penemuan (findings) sebelum peneliti membuat satu kesimpulan lengkap tentang kajiannya (Semiawan, 2010). Oleh itu, kaedah yang digunakan dalam menganalisis data yang telah lengkap dikumpul itu tadi ialah kaedah induktif. Seperti yang dinyatakan Semiawan, (2010) juga dalam penulisannya bahawa tidak ada suatu kaedah tertentu (absolute) dalam menganalisis data kerana tiada alat ukur yang tetap dalam menentukan kesahihannya melainkan sumber data yang dicari dan kemampuan serta kepakaran peneliti itu sendiri. Sesuai dengan pernyataannya: ‘buatlah sebaik mungkin dengan akal budimu secara penuh dan maksima’. 1.6 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN Kajian Analisis Kandungan Kitab Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif Karangan Sheikh Abdul Fattah Al-Qadi Analisis konsep isi kandungan Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif karangan Sheikh Abdul Fattah Al-Qadi Pengajaran di sebalik setiap peristiwaperistiwa dalam Tarikh Al-Mushaf AsySyarif karangan Sheikh Abdul Fattah AlQadi Cadangan kaedah terbaik untuk memahami isi kandungan kitab Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif karangan Sheikh Abdul Fattah Al-Qadi
11 1.7 SKOP KAJIAN Skop yang bakal disentuh merupakan antara elemen yang penting dalam kajian ini agar kajian ini lebih berfokus kepada tajuk kajian iaitu, Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif: Kajian Analisis Kandungan. Selain itu kajian ini juga ingin menyingkap hikmah disebalik setiap peristiwa yang berlaku dalam rekod kitab klasik ini. Justeru, kajian yang berkaitan dengan sejarah ketamadunan ini akan berlandaskan rekod-rekod muktabar, jurnal-jurnal sarjana, dan buku-buku berkaitan yang boleh dicapai serta temu bual dengan pakar-pakar qiraat. 1.8 LIMITASI KAJIAN Lantaran dari itu juga, terdapat beberapa limitasi kajian yang diletakkan demi menjayakan lagi kajian berfokus ini. Antara lainnya ialah; Penelitian ini dibatasi hanya pada kitab Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif karangan Sheikh Abdul Fattah Al-Qadi terbitan Maktabah Al-Qaherah. Limitasi waktu, kajian ini adalah bermula dari awal pengumpulan Al-Quran sehinggalah pembukuannya yang berpandukan rasm ‘uthmani pada zaman Khalifah Uthman bin Affan RA serta pencetakan Al-Quran.
12 1.9 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian sarjana-sarjana sebelum ini ramai yang masih meneruskan penelitian terhadap sejarah mushaf Al-Quran. Walhal demikian, skop perbincangannya lebih kepada permasalahan perbezaan pendapat tentang sejarah riwayat tarikh Al-Quran, bidasan tohmahan orientalis terhadap kitab Al-Quran sebagai satu buku sejarah yang diadaadakan, dan perincian kronologi tarikh Al-Quran dari segi penyelarasan tulisan mengikut kaedah ‘uthmani, penandaan (an-nutqa), pembahagian surah, juzuk, dan hizib, serta lain-lain perkara lagi. Maka dalam kajian ini cuba untuk menyimpulkan hikmah dan pengajaran untuk diteladani mana yang baik dan memperbaiki di mana yang silap di sebalik setiap peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang proses pengumpulan Al-Quran walaupun dalam keadaan wujudnya 7 variasi bacaan yang ditentukan. Selain itu juga, kajian ini cuba untuk mencadangkan kaedah terbaik untuk memahamkan isi kandungan kitab klasik Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif ini. Oleh kerana kajian sedemikian masih kurang diberi perhatian, peneliti melihat ini sebagai peluang untuk menyumbang dalam bidang pengajian qiraat di Malaysia untuk kefahaman pelajar qiraat khususnya dan masyarakat awam umumnya.
13 1.10 TINJAUAN PUSTAKA Sebelum peneliti menyelam lebih dalam berkenaan tajuk penulisan ini, adalah lebih baik peneliti melakukan tinjauan pustaka terlebih dahulu iaitu mencari intipati hasil daripada analisis sumber-sumber berautoriti samada primer mahupun sekunder seperti buku-buku, jurnal, rumusan ilmiah, keratan akhbar, artikel dan lain-lain yang mana berkait rapat dengan topik terutamanya. Antara tujuan utama tinjauan pustaka dilakukan adalah untuk memperluaskan lagi pengetahuan penyelidik berkenaan topik sebelum meneruskan kajian. Ianya memudahkan lagi penyelidik untuk memahami keseluruhan konsep topik. Selain itu, melalui kajian literatur juga kita dapat menghuraikan hubungan antara pembolehubah yang membantu kepada pengembangan konsep pemahaman yang diperlukan. Dengan kajian literatur ini juga kita dapat membandingkan kajiankajian sebelumnya dengan kajian ini untuk menghasilkan beberapa idea baharu konsep dan sebagai solusi kepada masalah yang teraplikasi di kehidupan sebenar. Melalui kaedah tinjauan pustaka ini, adalah mustahil akan berlaku pengulangan kajian yang sama, yang peneliti menilaikannya sebagai membuang waktu melainkan kajian yang akan dilakukan merupakan samada penemuan baharu, penerusan kepada kajian lepas, koreksi-kritis kajian lepas, atau peneguhan kepada kajian sebelumnya tetapi dalam kondisi berbeza (Creswell, 2010).
14 Hasil tinjauan pustaka kajian-kajian serta penulisan-penulisan terdahulu berkenaan tarikh mushaf ini mendapati beberapa hal yang signifikan. Antaranya ialah berkenaan perselisihan jumlah mushaf utama yang kemudiannya dihantar bersama imam masing-masing untuk diajarkan kepada daerah masing-masing sebagai penyelarasan (Efendi, S., 2021). Hal ini bertitik tolak daripada, apabila sejarahwan melalui beberapa riwayat mempunyai perbezaan pendapat tentang jumlah mushaf yang disalin oleh panitia samada empat (4), lima (5), enam (6) tujuh (7) atau lapan (8) buah mushaf. Kajian ini juga ingin mencari tahu adakah mushaf-mushaf yang diedarkan itu mempunyai spesifikasi yang berbeza antara satu sama lain. Hasil penelitian Efendi (2021) mendapati bahawa walaupun terdapat perbezaan ciri-ciri mushaf antara satu sama lain yang menyebabkan perbezaan bacaan itu berlaku dan ianya dilihat sebagai hikmah mulia yang menunjukkan kekayaan khazanah ilmu Al-Quran yang seterusnya membawa kepada pembakuan mushaf mengikut dialek Quraisy. Selain itu juga beliau mendapati tidak ada satu pendapat yang kuat tentang jumlah bilangan mushaf yang disalin oleh panitia pengumpulan mushaf melainkan pendapat yang kuat dalam penulisan Sheikh Abdul Fattah Al-Qadi iaitu enam (6) buah mushaf.
15 Mustopa, M., & Madzkur, Z. A. (2020) pula dalam kajian mereka tentang Mushaf Bahriyah, sejarah dan kewujudannya di Indonesia cuba untuk menyingkap jenis-jenis mushaf standard yang wujud di Indonesia dan mana satukah antara semua yang utama selain cuba untuk mengangkat khazanah Indonesia iaitu mushaf Bahriyah. Hasil dari kajian mereka mendapati bahawa setiap mushaf standard Indonesia yang tiga iaitu mushaf Braile, mushaf Bahriyah dan mushaf ‘Uthmani mempunyai keutamaan masing-masing seperti; mushaf Braile untuk kegunaan orang buta, mushaf Bahriyah untuk kegunaan penghafaz Al-Quran di pondok-pondok, dan mushaf ‘Uthmani untuk kegunaan orang awam. Kelebihan mushaf Bahriyah sehingga menjadi sinonim dikalangan penghafaz Al-Quran merupakan model ‘pojok’nya iaitu memulai dan mengakhiri ayat Al-Quran dari penjuru ke penjuru muka surat mushaf dan mempunyai 15 baris setiap muka surat. Walhal demikian, kaedah penulisan rasmnya tidak selari dengan kaedah penulisan rasm ‘uthmani akan mengelirukan masyarakat awam yang baru belajar membaca atau menghafaz Al-Quran. Oleh itu, apabila kaedah model ‘pojok’ telahpun diserapkan ke dalamnya rasm ‘uthmani menyebabkan mushaf Bahriyah semakin ditinggalkan berpindah ke mushaf ‘Uthmani.
16 Selain itu, perselisihan pendapat tentang tajziah Al-Quran juga menjadi salah satu topik perbahasan utama dalam kajian lepas. Ahmad, A.M. (2019) dalam kajiannya cuba menekan dan membandingkan pendapat yang diterangkan oleh Al-Dani, AlSakhawi dan Al-Safaqusi semasa pencetakan mushaf. Hasil daripada kajian kualitatif ini mendapati bahawa terdapat tiga (3) pembahagian utama dalam tajziah Al-Quran (pembahagian juzuk Al-Quran) iaitu terdapat dua puluh (20) juzuk yang disepakati oleh ketiga-tiga ulama tadi, sembilan (9) juzuk pula merupakan juzuk yang tidak disepakati oleh beberapa antara tiga ulama itu tadi jika dibandingkan dengan mushaf Madinah, dan satu (1) juzuk itu pula tidak disepakati oleh kesemua ulama itu tadi sebagaimana yang dituliskan dalam mushaf Madinah. Disamping itu, ada juga penulisan-penulisan yang menolak atau membidas hujahan para orientalis barat seperti Hafiz, A. (2022) yang membidas penulisan Regis Blachere yang cuba menuduh bahawa Mushaf ‘Uthmani dicurigai mempunyai unsurunsur politikal dan golongan aristokrat etnik Quraisy yang memonopoli dalam usaha pengumpulan Al-Quran. Hal ini dibidas dengan baik oleh Hafiz, A (2022) mengatakan bahawa pendapat Blachere itu tidak releven kerana dalam isu pelantikan Zaid bin Thabit sebagai orang yang bertanggungjawab untuk mengetuai panitia pengumpulan Al-Quran adalah atas persetujuan mesyuarat antara sahabat nabi yang lainnya. Begitu juga dengan perkara-perkara berkenaan perbezaan penulisan dalam Al-Quran. Untuk menentukan tulisan mana yang betul, Uthman RA memerintahkan untuk mengikut kaedah lahjah (dialek) arab Quraisy dengan hujah bahawa Al-Quran diturunkan di tengah-tengah kaum mereka.
17 Ulil Hidayah, (2014) menyatakan dalam penulisannya bahawa Al-Quran itu ditulis dengan satu kaedah penulisan yang seragam iaitu Rasm ‘Uthmani pada 25H zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan RA. Ahmad Sanusi (2012) juga menyebutkan dalam kajiannya bahawa para orientalis mendakwa bahawa ayat AlQuran merupakan ciplak dari kitab samawi kristian yang diterjemah ke bahasa arab dan rekaan Rasulullah s.a.w. semata diperkuatkan lagi dengan hujah-hujah tertentu. Tohmahan yang tidak berasas yang pasti dan melalui sangkaan-sangkaan semata seperti ini tidak boleh diterima sama sekali. Melalui rasm ini, menguatkan lagi hujjah bahawa Al-Quran bukannya datang dari rekaan manusia semata tetapi dari Allah SWT (Abd Rahman, 2012). Sungguhpun beberapa orientalis seperti Brocklaman dan beberapa pihak lain mengkritik dan berpendapat bahawa kepelbagaian bacaan berpunca dari ketidak sempurnaan Khalifah Uthman bin Affan RA mengumpulkan dan membariskan Al-Quran serta ketaasuban terhadap kabilah masing-masing. Ianya tidak menggugat hakikat sebenarnya kepelbagaian itulah merupakan keunggulan dan keistimewaan bahasa Al-Quran serta membuktikan kemukjizatan Al-Quran itu sendiri seperti mana yang disokong oleh Ignas Goldziher dalam kitabnya Al-Madzahib Al-Islamiyah fi Tafsir Al-Quran (Zuhdi Ismail, 2012). Gaya bahasa dalam Al-Quran dari segi uslub al-hakim & iltifat merupakan unsur mukjizat yang melemahkan dari sudut bahasa, balaghah dan penerangannya merupakan salah satu bukti Al-Quran adalah kalam yang indah dari Allah SWT bukanlah ciptaan Rasulullah s.a.w. (Mohd Sahrizal & Kamarul Syukri, 2012).
18 Pada penulisan Mohamad, K.A. (2021) tentang penulisan mushaf mekah menceritakan tentang latar belakang dan biodata Sheikh Tahir Al-Kurdi yang merupakan tokoh seni khat juga kemudiannya menjadi tokoh sejarah Al-Quran yang memperkemas dan memurnikan penulisan mushaf Mekah agar lebih mudah untuk dibaca. Sepanjang perjalanan keseniannya menulis semula mushaf Mekah, terdetik minat beliau untuk mendalami Tarikh Al-Quran sehingga akhirnya menerbitkan satu penulisan berkenaan Tarikh Al-Quran. Penghayatan beliau tentang Al-Quran amat mempengaruhi penulisan beliau yang kemudiannya disiapkan dan memohon perkenan badan-badan yang bertanggungjawab sebelum ianya dicetak dan diterbitkan. Melalui penghayatan beliau juga, ada yang berpendapat setiap ciri khat panjang, pendek, kecil, dan besar bentuk penulisannya mempunyai maksud yang tersirat. Wallahua’lam. Kesimpulan dari beberapa tinjauan pustaka atau sorotan literitur berkenaan tajuk Tarikh Mushaf Asy-Syarif banyaknya membahaskan tentang perselisihan pendapat tentang tajziah/ pembahagian juzuk, bilangan mushaf yang dihantarkan ke daerah-daerah arab, serta mana yang datang dahulu dan mana yang datang kemudian. Selain itu, kajian lepas juga banyak yang merupakan bidasan kepada tohmahantohmahan orientalis yang mengatakan Al-Quran merupakan ciptaan manusia sematamata, kaedah pembukuan dan penulisan Al-Quran bersifat asabiah ataupun cenderung kepada kabilah iaitu qabilah quraisy dan lain-lain lagi. Penulisan orientalis yang banyak menggunakan logik akal boleh memerangkap pemikiran mereka yang belum teguh pendiriannya yang sudah tentu merupakan objektif utama puak ini.
19 BAB 2 KONSEP ISI KANDUNGAN TARIKH AL-MUSHAF ASY-SYARIF KARANGAN SHEIKH ABDUL FATTAH AL-QADI 2.1 PENDAHULUAN Pada bab ini peneliti akan menjelaskan secara kajian analisis kandungan kitab klasik Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif karangan Sheikh Abdul Fattah Al-Qadi yang nipis itu secara keseluruhannya dengan izin Allah SWT. Tapi sebelum penulisan diteruskan, terdapat beberapa konsep dan istilah yang digunakan dalam kitab ini yang peneliti hendak tekankan. Antaranya ialah istilah tarikh al-mushaf asy-syarif itu sendiri, sirah, dan jama’a ( جمع (ataupun pengumpulan.
20 Setelah definisi beberapa istilah dan konseptual di atas selesai dihuraikan bagi menerangkan lagi hala tuju penulisan ini, barulah peneliti beralih kepada menerangkan biodata pengarang, Abdul Fattah Al-Qadi dan keseluruhan isi kandungan bukunya Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif yang mempunyai lima belas (15) topik ini secara ringkas dan padat sebelum kemudiannya beralih kepada bab yang seterusnya iaitu analisis peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjuangan penjagaan Al-Quran dari pengumpulannya sehingga pencetakkannya. Pada bab ini juga, topik-topik di dalam kitab klasik ini akan diterangkan secara ringkas intipatinya serta dikaitkan dengan beberapa kajian terperinci yang telah dibuat oleh para sarjana pada topik-topik yang berkaitan seperti yang dijelaskan di dalam kajian pustaka (literature review) pada bab sebelumnya sama ada yang sudah disebutkan atau belum agar lebih jelas dan luas pemahaman peneliti. 2.2 BIODATA PENGARANG Nama penuh pengarang kitab Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif ialah Abdul Fattah AlQadi. Dilahirkan di bandar Damanhur, daerah Buhirah pada tahun 1325 hijrah bersamaan tahun 1907 masihi. Latar belakang pendidikan beliau adalah beliau merupakan penghafaz Al-Quran yang hafalannya berkualiti dan beliau mengambil bacaan dari sheikh-sheikh besar pada zamannya. Kemudian beliau melanjutkan pendidikannya di peringkat menengah di Sekolah Agama Iskandariah ( اإلسكندرية معحد .(الدينى
21 Setelah itu, beliau merantau ke Kaherah untuk melanjutkan pengajian beliau di Universiti Al-Azhar lalu mendapatkan Sijil Antarabangsa. Akhir sekali, beliau melanjutkan pendidikan beliau dalam jurusan yang lama; iaitu Fakulti At-Tafsir dan Al-Hadis di mana beliau diijazahkan gelaran Doktor pada tahun 1355 hijrah. Umur beliau ketika menamatkan pengajian beliau di peringkat Phd adalah sekitar 30 tahun. Guru-guru pengarang seperti yang disebutkan sebelumnya merupakan sheikhsheikh besar pada zamannya. Antaranya ialah; 1) bekas Sheikh Al-Azhar, Ashabul Fadhilah Sheikh Mahmud Shaltut, 2) Sheikh Abdullah Daraz, 3) Sheikh Mahmud Khatab As-Subki, 4) bekas Sheikh Al-Azhar, Sheikh Muhammad Al-Khidir Husain, dan 5) Sheikh Said bin Ali Al-Marsafi. Murid-murid yang mengambil bacaan dari beliau dan hasil keluaran beliau juga tidak kurang hebatnya. Antara mereka, ada yang merupakan ulama-ulama besar seperti; 1) Dr. ‘Audhullah Hujazi, seorang pensyarah akidah dan falsafah di Universiti Al-Azhar dan bekas Rektor universiti tersebut, 2) Dr. Zakaria Al-Barri, bekas Menteri Wakaf, 3) Sheikh Ali bin Abdul Rahman Al-Huzaifi, Imam Masjid Nabawi, dan 4) Sheikh Ibrahim Al-Akhdhar. Beliau sentiasa berpindah-pindah dalam pekerjaan yang berbeza sehinggalah yang terakhir sekali beliau bekerja sebagai Ketua Pengarah Institut Al-Azhar. Antara sumbangan beliau ialah menjadi Ketua Lajnah Tashih Al-Quran di Mesir dan pengasas program Pengajian Al-Quran Al-Karim di Universiti Islam Madinah.
22 Rektor Universiti Islam Madinah (MEDIU) ketika itu, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz mengamanahkan beliau untuk membangunkan program pengajian baharu di universiti tersebut iaitu program Pengajian Al-Quran Al-Karim. Dengan inayah dan riayah Allah, beliau terlibat secara langsung dalam proses perancangan, pengajaran, metodologi, penulisan dan beliau sendiri memilih untuk menjadi tenaga pengajar Al-Quran dan Qiraat di universiti tersebut. Beliau kembali ke sisi Tuhannya pada 15 Muharram 1403 Hijrah. Sepanjang hayat beliau, beliau telah mengarang banyak penulisan termasuk kitab Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif dan Tarikh Al-Qurra Al-‘Asyarah. Antaranya termasuklah: 1. Al-Wafiy Fi Syarah Asy-Syatibiyah Fi Al-Qiraatu As-Saba’ah (Penerangan Tentang Penjelasan Qiraat Tujuh Asy-Syatibi).. Ia digunakan dalam silibus pelajar Qiraat Maahad Al-Azhar sehingga kini. 2. Al-Badwar Az-Zahirah Fi Al-Qiraat Al-‘Asyr Al-Mutawatirah.. 3. An-Nizham Al-Jami’ Li Qiraat Al-Imam Nafi’ (Nizhamu Al-Jami’ oleh Imam Nafi’). 4. Syarah An-Nizhamu Al-Jami’ (Penjelasan Nizham Al-Jami’). 5. Al-Qiraat Asy-Syazhah Wa Taujihuha Min Lughah Al-Arabi (Qiraat Syazhah dan Penjelasannya dari Segi Bahasa Arab). Ia juga digunakan dalam silibus pelajar Qiraat Maahad Al-Azhar sehingga kini. 6. Fawaaidul Hisan Fi Ayyu AL-Quran (Faedah Yang Baik Dalam Ayat-Ayat Al-Quran). Ia digunakan dalam silibus pelajar Qiraat Maahad Al-Azhar. 7. Al-Qiraatu Fi Nazhar Al-Mustashriqin (Al-Qiraat Dari Perspektif Orientalis). 8. Syarah Arjuzatu Al-Mirath (Penjelasan Tentang Harta Pusaka).
23 9. Ash-Shiamu wa Fadaailuhu wa Ahkamuhu (Puasa: Keutamaan dan HukumHukumnya). Merupakan salah satu buku terbitan Akademi Penyelidikan Islam di Al-Azhar. 10. Basyir Al-Yusri Syarah Nazhimah Az-Zahru Fi ‘Ilmu Al-Fawashil Lil Imam Asy-Syathibiy (Penerangan Mudah Dalam Ilmu Fawashil oleh Imam AsySyatibi). Ia digunakan dalam silibus pengkhususan Maahad Qiraat Azhar. 11. Min ‘Ulum Al-Quran (Ulum Al-Quran). Buku ini telah didapatkan oleh penerbit dan sedia dicetak di Perpustakaan Kaherah. 2.3 DEFINISI ISTILAH DAN KONSEPTUAL Tarikh )تاريخ )dari segi bahasa bermaksud sejarah, tanggal dan waktu. Yusuf, M. H. M. (2015), dalam penulisannya berkenaan Tarikh Tasyri’ menjelaskan maksud tarikh )تاريخ )dari segi bahasa ialah pemberitahuan tentang waktu. Sedangkan secara istilah ialah ilmu yang merangkumi tentang peristiwa-peristiwa, waktu terjadinya, dan pengaruh peristiwa tersebut terhadap kehidupan manusia. Mushaf pula dari segi bahasa merupakan terbitan kata majmuk dari perkataan ‘suhuf’ yang bermaksud lembaran atau risalah. Di dalam Al-Quran juga terdapat beberapa kalimah ‘suhuf’ dijumpai di beberapa surah seperti surah al-Baiyyinah: 2, surah al-A’la: 18-19, surah at-Takwir: 10, surah Abasa: 13, surah al-Mudaththir: 52, surah an-Najm: 36-37, dan surah Taha: 133.
24 Menurut Tafsir Ibnu Kathir, hampir kesemua kalimah ‘suhuf’ itu tadi membawa kepada maksud lembaran-lembaran seperti lembaran Musa dan lembaran Ibrahim, lembaran catatan amal, dan kitab Al-Quran yang diwahyukan. Sebagai contoh dalam firman Allah SWT yang bermaksud: "atau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam ‘suhuf’ (risalah-risalah) Nabi Musa a.s.? Dan juga (dalam risalah-risalah) Nabi Ibrahim a.s. yang memenuhi dengan sempurnanya (akan segala yang diperintahkan kepadanya) ? [ Surah an-Najm : 36 - 37 ] Dalam konteks ini, ‘suhuf’ yang dimaksudkan ialah kalam-kalam Allah 'Azza Wa Jalla yang diwahyukannya kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya yang tidak dikumpul dan tidak juga dijadikan sebuah kitab yang khas. Ia hanya merupakan beberapa lembaran muka surat sahaja sebagai surat pekeliling, seperti suhuf Nabi Ibrahim a.s dan suhuf Nabi Musa a.s. Muhammad bin Umar dalam mendefinisikan maksud mushaf adalah setiap benda yang ditulis padanya sesuatu daripada Al-Quran keseluruhannya ataupun sedikit ayat Al-Quran seperti hizib dengan tujuan pembelajaran seperti kayu atau tiang atau dinding. Menurut Bada’i al-Sana’i fi Tartib al-Sharaie’ dan al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (2006), Al-Mushaf adalah nama bagi sesuatu yang ditulis padanya kalam Allah SWT antara dua kulit kerana terdapat huruf Alif lam (ال (makrifah menjadikannya kata nama khas. Manakala mushaf itu adalah sesuatu yang ditulis di atasnya ayat Al-Quran dan Al-Quran ialah nama bagi kalam Allah SWT yang tertulis di dalam mushaf.
25 Justeru, bagi memahami apa yang dimaksudkan dengan tulisan, Sulaiman bin Muhammad al-Bujairimi (1996) menyebut bahawa tulisan ( ةَابَكت (ِbemaksud yang tertulis di atasnya, iaitu apa yang terdapat padanya tulisan, seperti lembaran dan kain sama ada ditulis padanya dengan menggunakan dakwat atau selainnya, dan begitu juga ukiran berbentuk huruf pada batu, kayu atau pada tanah dipermukaan bumi. Jika sekiranya melukis bentuk huruf di udara atau air maka ia bukanlah sebagai tulisan mengikut pandangan mazhab. Al-Kasani menyatakan: “Dan dikatakan bahawa Al-Quran itu al-Mushaf. Hal ini kerana ia telah dikumpulkan daripada pelbagai lembaran daripada tangan para sahabat, dan dikatakan: Kerana ia mengumpulkan dan memuatkan semua yang ada dalam kitab para nabi dan lembaran mereka secara tidak terperinci” (Al-Fayruz Abadi, M., 2000). Effendi, S. (2021) dalam penulisan yang membahaskan tentang perbezaan pendapat tentang bilangan salinan Al-Qur’an yang telah dibukukan untuk diedarkan ke wilayah-wilayah arab samada jumlahnya empat (4), lima (5) atau tujuh (7) salinan pun tetap tidak mengurangi maksud pembukuan yang berfokus pada zaman Uthman bin Affan RA yang dinamai dengan “Al-Mushaf”. Kesimpulannya, mushaf merupakan lembaran-lembaran yang padanya dituliskan ayat-ayat Al-Quran tidak kira samada banyak atau sedikit jumlah muka suratnya seperti 1 hizib, dan pada apa jua medium (seperti kertas, papan, kayu, batu, kulit binatang, tiang-tiang) yang digunakan. Manakala istilah Al-Mushaf pula merujuk spesifik kepada nama mushaf yang padanya lengkap kesemua ayat-ayat Al-Quran yang masyarakat secara umumnya memanggil sebagai kitab Al-Quran.
26 Oleh itu, istilah Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif yang dimaksudkan ialah tarikh Al-Quran Al-Karim ataupun sejarah Al-Quran yang mulia. Disebutkan di awal penulisan Abdul Fattah Al-Qadi (2017) bahawa ramai yang menganggap ‘Tarikh AlQuran’ sebagai suatu yang jelas dan cukup sekadar beberapa halaman biografi untuk menjelaskannya. Walhal Tarikh Al-Quran ini merupakan sejarah yang amat signifikan kerana ia mempengaruhi sumber primer yang menjadi asas pembangunan sebuah negara secara holistik. Sirah dari segi bahasa bermaksud tingkah laku (al-suluk), sejarah (at-tarikh), jalan atau cara (at-thariq), biografi (siratun rajulun), riwayat hidup dan sejarah hidup. Begitu banyak maksud sirah tetapi amat sinonim ianya difahami sebagai biografi atau riwayat hidup seseorang dan ianya amat sinonim dengan kajian riwayat hidup nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya yang dikenali sirah nabawiyah dan sirah sahabiyah. Sedangkan menurut istilah, Shafiyyur-Rahman Al-Mubarakfury (1993), menerangkan sirah ini dikaitkan dengan kumpulan berita-berita yang diriwayatkan untuk menceritakan tentang kisah hidup Rasulullah s.a.w. (as-Sirah an-Nabawiyah) yang meliputi seluruh aspek kehidupan baginda. Kumpulan rekod sirah Rasulullah s.a.w. ini dikukuhkan lagi dengan riwayat yang mutawatir iaitu penyandaran kepada berbagai hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat, tabi’in dan generasi sesudahnya.
27 Sirah Nabawiyah juga didefinisikan oleh W. Yahya W Ahmad dan Hisyam, H. (n.d.), perjalanan kehidupan hidup Rasulullah s.a.w., perjuangan dan segala tindak tanduknya sama ada peristiwa atau kisah itu berlaku sebelum atau sepanjang tempoh masa kerasulan. Sirah meliputi semua perkara, keadaan serta peristiwa yang telah berlaku dan direkodkan serta dipindahkan dari generasi ke generasi secara terpercaya lalu akhirnya dibukukan oleh para ulama sejarah. Memandangkan sirah meliputi aspek yang begitu luas, maka skopnya diperkecilkan dengan meliputi aspek ekonomi, politik, kemasyarakatan, agama dan intelek bagi memudahkan proses pembelajaran. Al-Buti (2018), menerangkan diawal penulisan Fiqh Al-Sirah bahawa sirah dalam konteks sirah rasul bukanlah semata-mata mengkaji riwayat hidup Rasulullah s.a.w. dan penganalisaannya untuk melihat peristiwa dan episod yang bersejarah atau memaparkan cerita-cerita indah sahaja sepertimana hanya menelaah sejarah pemerintah purbakala, akan tetapi hendaklah dihayati dan difahami iktibar disebalik semua peristiwa yang berlaku serta hakikat zahir dan batin (de fakto) Islam keseluruhannya teradun dalam penghidupan Rasulullah s.a.w. itu sendiri. Burhanuddin Jalal (2022) juga menerangkan dalam temu bual beliau bahawa sirah bukan sekadar tarikh, kerana tarikh hanyalah rekod peristiwa yang pernah berlaku yang tercatat menjadi sejarah manakala sirah pula ialah kita mengambil iktibar hikmah disebalik setiap peristiwa sejarah yang dicatatkan itu.
28 Oleh itu dapat difahami bahawa dalam konteks kajian ini, istilah Tarikh AlMushaf tidak boleh digantikan dengan istilah ‘sirah al-mushaf ’ kerana istilah sirah kebiasaannya merujuk kepada biografi dan sejarah hidup seseorang khususnya sirah nabi Muhammad s.a.w. dan sirah sahabiyyah. Sungguhpun begitu dalam perbincangan al-mushaf tidak sesuai digunakan istilah sirah padanya, ianya tidak menghalang untuk peneliti sejarah mengambil iktibar di sebalik setiap peristiwa sejarah Al-Quran yang dicatatkan dalam kitab ini. Istilah yang digunakan dalam kitab Tarikh Mushaf Asy-Syarif dalam konteks pengumpulan Al-Quran ialah Jami’a, جمع .Dari segi bahasa ianya berasal dari kata jama’a yang bermaksud kumpul, himpun, massa, penambahan, jumlahan, atau plural menurut Qamus Ma’ani. Ada satu terma yang keliru setidaknya menurut Effendi, S., (2021) bahwa ‘penyatuan’ dialek cara baca dari perbezaan yang berkembang di masyarakat melalui penyatuan mushaf ini sedikit menimbulkan pertanyaan, kenapa Uthman bin Affan RA mengambil inisiatif menghilangkan perbezaan cara baca yang pelbagai di dalam masyarakat dengan menyatukan dialek cara baca dalam satu mushaf, padahal perbezaan cara baca di tengah masyarakat adalah suatu keniscayaan yang sudah ada sejak zaman rasul bahkan rasul sendiri yang memintanya. Dalam konteks ini mengumpulkan bertujuan untuk menyatu padukan muslimin pada ketika itu.
29 Manakala menurut apa yang disebutkan oleh Sheikh Abdul Fattah bahawa, istilah jami’a, جمع ialah pengumpulan ayat-ayat Al-Quran dalam bentuk penulisan. Ianya membawa maksud yang berbeza keadaan mengikut zaman dan peristiwa pengumpulan Al-Quran. Boleh jadi pengumpulan yang dimaksudkan ialah menghafaznya dalam hati, penulisan ayat-ayat Al-Quran dan penyusunannya tetapi masih terpisah di atas medium yang berbeza (seperti kulit kayu, kepingan tulang, kulit haiwan dan lain-lain.) seperti disebutkan tadi, ataupun penulisan yang dikumpulkan pada setempat dalam bentuk suhuf, ataupun penyalinan dari suhuf lama ke beberapa suhuf lalu dihantarkan ke wilayah-wilayah arab untuk tujuan menyatukan ummah. Perbahasan tentang topik ini akan diterangkan lagi di bab yang seterusnya. 2.4 KONSEP ISI KANDUNGAN KITAB TARIKH AL-MUSHAF ASY-SYARIF KARANGAN SHEIKH ABDUL FATTAH AL-QADI Seperti yang dijelaskan diawal bab tadi, kitab klasik ini mempunyai lima belas (15) topik termasuklah kata pengatar penerbit, biografi pengarang dan muqaddimah pengarang yang akan dikupas intipatinya serta dikaitkan dengan kajian sarjana-sarjana lain berkenaan topik tertentu. Di bawah merupakan jadual isi kandungan kitab ini agar lebih nampak jelas skop yang disentuh dalam kitab dan memudahkan pembaca untuk memahami penulisan ini.
30 JADUALl 2.1: Isi kandungan kitab Tarikh Mushaf Asy-Syarif karangan Abdul Fattah Al-Qadi Bilangan Topik Tajuk Topik 1 Mukadimah. Topik 2 Biografi Pengarang. Topik 3 Mukadimah Pengarang. Topik 4 Penulisan Arab Pada Zaman Islam dan Selepasnya. Topik 5 Penulisan Al-Quran. Topik 6 Pengumpulan Al-Quran Pada Zaman Abu Bakar RA dan SebabSebabnya. Topik 7 Pengumpulan dan Penyusunan Al-Quran Pada Zaman Uthman RA Serta Sebab-Sebabnya. Topik 8 Tatacara Uthman RA dalam penulisan Al-Mushaf. Topik 9 Berapa kali Pengumpulan Al-Quran dilakukan. Topik 10 Al-Mushaf Uthmaniyyah: Bilangannya, Kandungannya, Bagaimana ianya Dihantar Ke Setiap Kota. Topik 11 Reaksi Umat Islam Terhadap Al-Mushaf. Topik 12 Mushaf-Mushaf yang Masyhur Pada Zaman Sahabat. Topik 13 Salinan Naskhah Al-Mushaf Selepas Zaman Khulafa’ ArRasyidin (iaitu Zaman Tabi’en) dan Pembaharuan Padanya Dari Segi: Penandaan Titik, Baris dan Pembahagian Juzuknya. Topik 14 Apa Yang Wajib Dilakukan oleh Penulis Al-Mushaf dan Penerbitnya. Topik 15 Keadaan Al-Mushaf di Gedung-Gedung Percetakkan. Sumber: Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif (2017)
31 Topik 1; di Mukadimah, disebutkan banyak perkara tentang hakikat Al-Quran tentang kelebihannya, cahaya yang jelas, petunjuk kebenaran, dan bermacam lagi sehingga diberi penjelasan melalui ayat Al-Quran, surah Jin ayat pertama bahawasanya kaum jin pun takjub dengan kehebatan Al-Quran apabila telah mendengarkanya. Kemudian disebutkan juga tentang kata Saidina Ali RA yang mafhumnya seperti dibawah: “Dan ketahuilah bahwa Al-Qur’an ini adalah penasihat yang tak pernah menipu, petunjuk yang tak pernah menyesatkan, dan periwayat yang tak pernah berdusta. Tak ada orang yang duduk di sisi Al-Qur’an ini melainkan ia menambahkannya dan mengurangkannya: penambahan dalam petunjuk baginya atau pengurangan dalam kebutaan (jiwanya). Hendaklah Anda ketahui pula bahwa tak seorang pun akan memerlukan sesuatu setelah (bimbingan) AlQur'an, dan tak seorang pun akan bebas dari keperluan sebelum (beroleh petunjuk dari) Al-Qur'an. Oleh karena itu, carilah pengobatan darinya bagi yang sakit dari anda, dan carilah pertolongannya dalam kesusahan anda. Karena sesungguhnya ia adalah obat bagi penyakit yang paling besar sekalipun, yakni kekafiran, kemunafikan, kedurhakaan dan kesesatan. Berdoalah kepada Allah SWT melaluinya dan menghadaplah kepada Allah SWT karena kecintaan padanya. Jangan meminta (dunia) dari manusia dengannya, karena sesungguhnya tak ada sesuatu sepertinya, yang bisa menghadapkan dirinya kepada Allah Yang Maha tinggi. Ketahulah bahwa ia pemberi syafaat dan syafaatnya akan dikabulkan dan ia adalah bukti yang membenarkan. Siapa pun yang Al-Qur’an beri syafaat pada hari pengadilan, syafaatnya bagi orang tersebut akan dikabulkan (oleh Allah SWT). Di hari pengadilan dia akan menyeru seorang penyeru yang mengatakan, "Hati-hatilah, setiap penanam benih (amalan) akan menerima akibat dari apa yang ditanamnya dan apa yang dikerjakannya kecuali penanam benih Al-Qur’an." Karena itu hendaklah anda sekalian termasuk di kalangan penanam benih Al-Qur’an dan pengikutnya. Jadikanlah dia penuntun kepada Allah SWT. Carilah nasihatnya untuk diri Anda sendiri darinya, dan curigailah pandanganmu yang berbeda dengan Al-Qur’an, dan tutupilah hawa nafsu kalian dengannya”
32 Sementara di dalam kitab Tarikh Al-Mushaf ini menggunakan kelebihan AlQuran melalui kalam saidina Ali RA di atas, Muhammad Yaqubi mengulas dalam penulisannya tentang keperluan penerapan Al-Quran dalam kehidupan kita tentang kata-kata saidina Ali RA di atas menyarankan agar semua umat Islam untuk menghayati dan menyerap Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari dari mata celik sehingga mata tutup semula dan bukalah semata-mata menjadikan Al-Quran wujud dalam upacara-upacara keagamaan seperti kematian orang, memohon perlindungan, dan lain-lain. Antara janji Allah SWT dalam Al-Quran bahawa Dialah yang menurunkan AlQuran dan Dialah juga yang akan menjaganya sehingga hari kiamat. Bagaimana Allah SWT menjaga Al-Quran adalah melalui ramainya orang samada lelaki atau perempuan yang memilih untuk berkhidmat dalam bidang masing-masing kepada penjagaan AlQuran seperti; penghafazannya, tafsirannya, pengajaran dan pembelajaranya dan banyak lagi serta termasuk di dalamnya juga sejarah Al-Quran dengan tidak mengharapkan lain selain ganjaran dari Allah SWT. Di topik inilah peneliti cuba menegaskan tentang peri pentingnya kupasan sejarah Al-Quran dan janganlah ia dipandang cukup sekadar rekod sejarah semata-mata. Kemudian di muqadimah ini turut pengarang memberi gambaran awal susunan beberapa Al-Mushaf para sahabat yang masyhur seperti Ali bin Abi Thalib, Ubai bin Kaab RA, Abdullah bin Mas’ud RA, Abdullah bin ‘Abbas RA, Abi ‘Ala Abdullah bin Ja’afar bin Muhammad AlSadiq.
33 Beberapa Al-Mushaf sahabat itu dibandingkan dengan jadual susunan turutan tarikh ayat dan turutan penurunannya samada di Mekah atau Madinah bagi membuktikan pendapat bahawa susunan surah sahaja yang terdapat dua pendapat samada tauqifi ataupun ijtihad para sahabat, manakala susunan ayat dalam surah semua sepakat bahawa ianya tauqifi iaitu ianya daripada Allah SWT tetapi melalui bimbingan Rasulullah s.a.w.. Penulisan sarjana sebelumnya tidak banyak membahaskan perkara ini, iaitu tentang susunan ayat dan surah di dalam al-Quran seperti yang kita lihat harini kerana juga sepakat dengan dua pendapat tentang tertib susunan surah. Akan tetapi, terdapat beberapa sarjana yang membuat perbahasan tentang kesepakatan pembahagian juzuk pula yang akan di terangkan dengan lebih terinci di topik tiga belas (13). Topik 2; Biografi Pengarang, di mana dalam topik ini menerangkan secara ringkas dan lengkap tentang biografi pengarang buku ini sendiri iaitu Sheikh Abdul Fattah Al-Qadi. Antara yang dinukilkan dalam topik ini ialah data peribadi pengarang seperti tarikh lahir dan tarikh wafat, tempat dilahirkan dan wafat, latar belakang pendidikannya termasuk sanadnya daripada sheikh-sheikh yang besar pada zamannya, murid-muridnya yang masyhur, pekerjaan beliau, pencapaian dan sumbangan beliau, dan buku-buku karangan beliau seperti yang diterangkan sebelumnya. Hal ini, bertujuan membuktikan kelayakan dan keautoritian beliau untuk mengarang kitab Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif ini kerana ini juga termasuk salah satu cabang pengajian al-Quran yang merupakan kepakaran beliau.
34 Sungguhpun begitu, tidak dijelaskan apa yang menjadi titik tolak pengarang untuk mengarang kitab ini seperti mana yang dilakukan oleh Muhammad Tahir AlKurdi yang lebih dikenali sebagai pakar seni khat dan pakar sejarah. Tahir Al-Kurdi yang ketika itu dalam usaha untuk mengemaskan dan memperbaiki seni tulisan AlMushaf Mekah, beliau juga mengarang kitab Tarikh Al-Quran yang akhirnya diterbitkan pada tahun 1365 hijrah tercetus apabila sedang beliau menulis juzuk yang kelima, beliau dapati terdapat banyak keajaiban yang terdapat pada rasm ‘uthmani sehingga mendorong beliau untuk mengkaji lebih mendalam tentang sejarah al-Quran dan menerbitkan sebuah penulisan hasil dari kajian beliau (Malaysia, U., & Mohamad, K. A., 2021). Boleh jadi pengasaskan program pengajian Al-Quran Al-Karim di Universiti Islam Madinah menjadi salah satu sebab utama kepada penulisan ini kerana bertujuan untuk menjadikannya sumber rujukan dalam silibus program itu. Topik 3; Mukadimah pengarang tidak banyak yang dibincangkan melainkan menjadi gambaran awal tentang apakah yang akan dibincangkan oleh pengarang dalam penulisannya dengan menyebutkan tajuk-tajuk topik lima (5) hingga lima belas (15) seperti dalam jadual diatas. Topik 4; yang membincangkan tentang asal usul penulisan arab; 1) siapa yang mengajarkannya kepada kaum yang buta huruf (ummiy), 2) bagaimana ilmu penulisan berkembang, dan 3) jenis penulisan yang digunakan serta evolusi penambah baikkan penulisan khat arab sehingga ianya mudah untuk dibaca dan difahami seperti halnya hari ini. Dijelaskan melalui firman Allah SWT dalam surah Al-Jumu’ah ayat ke-2 yang bermaksud:
35 “Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (arab) yang ummiyin (buta huruf), seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w.) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaannya), dan membersihkan mereka (dari i’tiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Al-Quran, 62:2) Ayat ini membuktikan bahawa sebelum kedatangan Islam, umat arab jahiliyyah adalah bangsa yang ummiyyin iaitu buta huruf termasuklah Rasulullah s.a.w. sendiri yang memang terkenal dengan sifat buta hurufnya. Maka adalah mustahil bagi seorang yang buta huruf untuk mendatangkan kalam yang tinggi bahasanya iaitu ayatayat Al-Quran sebagai bukti Al-Quran itu datangnya dari Allah azza wa jalla. Seperti mana yang disebutkan oleh pengarang, Abdul Fattah Al-Qadi menyebutkan bahawa hanya belasan sahaja daripada orang arab ketika itu yang tahu membaca dan menulis kerana kurangnya penyebaran ilmu penulisan diseluruh semenanjung tanah arab yang termasuk dalamnya sahabat penduduk Mekah, sahabat penduduk Madinah dan dikatakan seorang yahudi di madinah yang mengajarkan kanak-kanak menulis. Para sejarahwan sepakat bahawa yang menjadi guru penulisan kepada orang arab Quraisy ialah Harb Bin Umayyah tetapi berselisih pada pendapat dari mana beliau mempelajari penulisan ini samada dari Abdullah bin Jud’an ataupun Bisyr bin Abdul Malik. Antara keduanya, paling kuat pendapatnya ialah Harb mempelajari ilmu penulisan daripada Abdullah bin Jud’an kerana sanadnya juga disebutkan dalam penulisan Mohd Rahim Jusoh Musa (2020) secara jelas dan panjang.
36 Kedua-dua pendapat pengarang dan juga Rahim Jusoh, sepakat bahawa sanad ilmu penulisan Abdullah b Jud’an sampai kepada seorang penulis wahyu nabi terdahulu. Cuma tidak dapat dipastikan oleh penulis yang mana satu yang betul. Pengarang menyebutkan nama penulis wahyu tersebut ialah Khaljan bin Al-Muhim dan merupakan penulis wahyu kepada Nabi Hud a.s. manakala Rahim Jusoh (2020), pula menyebutkan namanya ialah Khaljan bin Qasim dan merupakan penulis wahyu kepada Nabi Nuh a.s. sepertimana yang disebutkan oleh Ibnu Khaldun dalam Muqaddimah Ibnu Khaldun. Oleh itu, tidak dapat dipastikan oleh penulis samada antara kedua pendapat ini, adakah mereka orang yang sama ataupun bukan? dan penulis wahyu kepada nabi Hud a.s. ataupun nabi Nuh a.s.? Apa yang pasti antara kedua pendapat ini ialah sanad Abdullah bin Jud’an sampai kepada seorang penulis wahyu nabi terdahulu. Ilmu penulisan arab tidaklah berkembang sehinggalah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah dan selepas perang besar Badar ketika baginda s.a.w. meletakkan syarat tawanan perang untuk menebus diri ialah samada dengan harta ataupun mengajarkan sepuluh (10) kanak-kanak Madinah. Ilmu penulisan terus berkembang sehingga dikatakan terdapat empat puluh (40) penulis wahyu Rasulullah s.a.w.. Pemimpin-pemimpin Islam juga berusaha keras mengembangkan ilmu penulisan arab ini ke serata pelosok dunia seiring dengan agama Islam itu sendiri.
37 Pengarang juga menyebutkan bahawa jenis penulisan yang digunakan oleh Harb yang diajarkan kepada penduduk Quraisy ialah khat al-Anbari Al-Khiri yang digelar khat al-Hijazi ataupun seperti yang disebutkan Rahim Jusoh (2020), khat AlMusnad ataupun khat Himyar. Kemudiannya penulisannya telah diperelokkan oleh segolongan penulis yang berpindah ke kuffah lalu dinamakan khat Kufi. Seterusnya, usaha-usaha pakar khat seperti Quthbah Al-Muharrar, Ad-Dhahak bin Aljan dan Ishaq bin Hammad. Qutbah berjaya mencipta idea khat baharu yang berasaskan gabungan khat Hijazi dan khat Kufi. Usaha Quthbah ini disempurnakan oleh seorang menteri agung iaitu Abi Ali Muhammad bin Muqlah atau lebih dikenali sebagai Ibnu Muqlah dengan mengubah bentuk khat Kufi kepada khat yang digunakan hari ini. Begitu signifikannya perubahan yang dibawakan oleh Ibnu Muqlah dengan mendatangkan kaedah/ formula bagi penulisan khat dengan menjadikan huruf Alif (ا ( sebagai ukuran semua huruf dan penulisan khat (Rahim Jusoh, 2020). Melalui kaedah Ibnu Muqlah juga terbentuk pelbagai pecahan khat arab lain yang tidak dijelaskan secara mendalam oleh pengarang kerana terlalu banyaknya. Setelah itu, penulisan Ibnu Muqlah dimurnikan lagi oleh Ibnu Bawwab atau nama penuhnya Ali bin Hilal bin Abdul Aziz yang dilahirkan di Baghdad. Tiada perubahan signifikan yang dilakukan oleh Ibnul Bawwab melainkan memperbaiki, dan mengemaskan kaedahnya sehingga ianya bertambah indah dan cantik dipandang. Ulama dan pakar khat kemudiannya berlumba-lumba meneruskan usaha untuk memperelokkan penulisan khat sehingga ke hari ini. Contohnya Sheikh Tahir Al-Kurdi yang memperbaiki dan menulis semula AlMushaf Mekah (Malaysia, U., & Mohamad, K. A., 2021).
38 Topik 5; iaitu Penulisan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w.. Seperti mana yang diketahui umum, Al-Quran diturunkan secara mutawatir iaitu secara berperingkat. Tujuan Al-Quran diturunkan secara berperingkat ada empat (4) perkara yang dinyatakan oleh pengarang iaitu; 1) Diturunkan berdasarkan peristiwa-peristiwa dan kejadian-kejadian yang timbul dalam masyarakat di zaman perundangan Islam, 2) Bagi menjawab persoalan-persoalan yang dikemukan oleh kaum muslimin dan kaum lain, 3) Sebagai hujah menyangkal segala keraguan-keraguan yang bersarang dalam hati musuh Islam, dan 4) Apa yang diputuskan ke atas kaum muslimin dari segi Aqidah dan Syariat Islam. Pengumpulan Al-Quran sudah bermula dari zaman Rasulullah s.a.w.. Dalam perbahasan di topik ini, pengarang mendefinisikan pengumpulan Al-Quran sebagai pengumpulan dari segi hafazan dan penulisan. Al-Quran dihafaz sebahagiannya dan keseluruhannya mengikut kemampuan masing-masing pada satu tempat iaitu hati masing-masing. Pengumpulan dari segi penulisan pula ianya direkodkan/ ditulis pada medium yang pelbagai (seperti pelepah kurma, kepingan batu, kulit haiwan, kain perca dan kepingan tulang haiwan serta hanya segelintir ditulis di atas kertas) tetapi secara terpisah-pisah dan tidak dikumpulkan dalam satu mushaf.