39 Hal ini kerana para sahabat menjangkakan akan ada penambahan ayat atau perubahan nasakh mansukh hukum atau bacaan pada ayat-ayat Al-Quran. Bulan Ramadan setiap tahun sehinggalah ‘Ardal Akhirah’ ialah bulan penyemakkan ayatayat Al-Quran pada hafazan Rasulullah s.a.w. yang dinazir oleh malaikat Jibril a.s sekali dan dua (2) kali pada kali yang terakhir bagi mengesahkan kesahihannya. Dalil hadis nabi yang mafhumnya: “Letak ayat sekian selepas ayat sekian, dan letaklah surah sekian sebelah surah sekian” yang disebutkan pengarang dalam kitab ini menunjukkan susunan ayat dan surah dalam Al-Quran adalah tauqifi iaitu tetap daripada Allah SWT. Tetapi berdasarkan perbandingan jadual susunan surah-surah dalam Al-Mushaf para sahabat mendapati terdapat banyak perbezaan susunan surahnya. Kesimpulannya yang dapat dibuat oleh peneliti melalui pemahaman ini, sebahagian susunan surah dalam Al-Quran adalah tauqifi dan sebahagian yang lain adalah ijtihadi iaitu ijtihad para sahabat. Tidaklah Al-Quran itu dikumpulkan pada satu mushaf melainkan Al-Quran itu sudah lengkap dan Allah SWT mengilhamkannya kepada para sahabat untuk melaksanakannya yang membawa kepada perbincangan topik seterusnya iaitu Topik 6; Pengumpulan Al-Quran Zaman Abu Bakar RA dan Sebab-Sebabnya. Dalam topik ini, pengarang menekankan semula dua definisi pengumpulan Al-Quran seperti yang dijelaskan pada topik sebelumnya. Pengarang menyebutkan faktor utama yang mencetus ilham kepada pengumpulan Al-Quran pada satu mushaf ialah ramainya para huffaz yang mati di medan perang Al-Yamamah memerangi golongan yang enggan membayar zakat dan golongan murtad pengikut Musailamatul Kazzab.
40 Akibat daripada itu Saiyidina Umar Al-Khattab yang mana Allah SWT jadikan kebanyakan daripada hati dan lisan beliau adalah benar, terlintas di hatinya keperluan untuk mengumpulkan Al-Quran pada satu mushaf (Rahim Jusoh, 2021). Lalu diajukan, dibahaskan, dibincangkan dan dipujuknya Khalifah ketika itu, Saiyidina Abu Bakar RA agar dilaksanakan cadangan pembukuan Al-Quran dan akhirnya dipersetujui setelah beberapa kali penolakkan kerana melihat kepada maslahat umum. Kini giliran dua khalifah ini pula memujuk anggota pelaksana yang dipilihnya iaitu Zaid bin Thabit atas ciri-ciri utama yang ada pada beliau untuk menjalankan amanah ini. Zaid akhirnya menerima amanah itu walaupun pada awalnya Zaid juga merasa keberatan untuk melakukan amanah ini melebihi memindahkan gunung dari tempatnya. Pengumpulan pembukuan dilakukan dengan cermat dan teliti oleh Zaid bin Thabit sehinggalah usaha agung ini selesai dan Al-Quran lengkap dibukukan. Mushaf tersebut disimpan dibawah penjagaan Saiyidina Abu Bakar RA, kemudian berpindah tangan kepada Saiyidina Umar RA, lalu kepada anaknya, Hafsah binti Umar, dan kepada saudaranya Abdullah bin Umar sebelum akhirnya dibakar oleh Khalifah Marwan yang akan dijelaskan pada topik seterusnya. Pengarang juga menyatakan kata-kata Saiyidina Ali: “Orang yang pertama sekali mengumpulkan Al-Quran dan yang paling besar sekali pahalanya tentang Al-Quran ialah Abu Bakar RA,” membuktikan Saiyidina Abu Bakar RA orang yang pertama sekali mengumpulkan AlQuran sekaligus menolak pendapat pada penulisan Ulil Hidayah (2014), tentang kontroversi Mushaf ‘Uthmani yang menyatakan bahawa orang yang pertama mengumpulkan Al-Quran ialah Saiyidina Ali ketika mana beliau tidak keluar dari rumah untuk beberapa hari yang menyebabkan berlakunya perang Siffin.
41 Di akhir topik ini pengarang menekankan bahawa usaha penulisan Al-Quran bukanlah sesuatu yang baru dan jauh sekali daripada bid’ah kerana penulisannya telah bermula dari zaman Rasulullah s.a.w. atas perintah baginda s.a.w. dan mushaf ini merupakan kompilasi suhuf-suhuf yang terpisah termasuk suhuf Aisyah r.a. yang terdapat dirumah baginda s.a.w. (Ulil Hidayah, 2014). Tidak ada banyak perubahan berkaitan Al-Mushaf pada zaman Saiyidina Umar RA sehingga tidak disebutkan oleh pengarang dalam kitab ini dan terus lompat beralih ke Topik 7; iaitu Pengumpulan dan Penyusunan Al-Quran pada Zaman Uthman RA serta Faktor-Faktornya. Di era ini, bacaan Al-Quran yang tujuh itu semakin berkembang seiring dengan populasi umat Islam dimerata tempat menyebabkan bacaan Al-Quran berbeza mengikut daerah kerana mereka mengambil bacaan daripada bacaan yang masyhur di daerah masing-masing ataupun dari gabenor Islam daerah tersebut. Dalam topik ini tidak banyak yang dibahaskan melainkan punca utama pengumpulan semula Al-Mushaf ialah apabila berlakunya pertembungan bacaan pasukan dari Syam dan Kuffah ketika dikumpulkan kekuatan pasukan tentera yang akan memerangi Azerbaijan dan Armenia sampai tahap masing-masing mendakwa bacaannya yang terbaik dan yang selainnya salah, salah-menyalahkan, tuduhmenuduh, dan keji-mengeji antara satu sama lain.
42 Huzaifah Al-Yaman yang melihat peristiwa ini lalu melaporkan kepada Khalifah Uthman RA untuk memohon beliau mencari jalan penyelesaian sebelum masalah ini merebak dan kaum muslimin terpecah belah seperti kaum Yahudi dan Nasrani. Setelah berbincang dengan para sahabat, mereka sepakat untuk menuliskan semula beberapa mushaf yang seragam dan akan dihantar ke daerah tertentu dengan duta yang juga bertindak sebagai guru mushaf tersebut sementara mushaf lainnya termasuk yang ada pada simpanan peribadi wajib dibakar. Maka, sekali lagi Zaid bin Thabit dilantik oleh Uthman RA untuk mengetuai panitia ini bersama-sama dengan beberapa orang dari kaum Quraisy iaitu Abdullah bin Zubair, Said bin Al ‘Ash, dan Abdul Rahman bin Harith b. Hisyam (termasuk juga Abdullah bin Abbas pada riwayat lain) untuk menulis semula mushaf dengan kaedah spesifik baharu yang kemudiannya dikenali sebagai ‘Rasm ‘Uthmani’. Kaedah ini akan diterangkan dalam topik berikutnya. Topik 8; Kanun/ Tatacara Uthman RA dalam Penulisan Al-Mushaf. Setelah kata sepakat tentang solusi kepada masalah yang laporkan oleh Huzaifah itu tadi, Khalifah Uthman RA segera memerintahkan Huzaifah Al-Yaman untuk pergi meminjam mushaf yang ada pada Hafsah untuk dijadikan rujukan kepada penulisan semula mushaf kepada satu (1) kaedah mushaf yang seragam seperti yang disebutkan dalam dua riwayat yang berbeza tetapi tentang hadis yang sama iaitu dari Ibn Syihab berkata, Anas bin Malik berkata: َس ُخوا َهذَا ال ُّص ُح َف فِي َم ْص َح ٍف َوا ِحٍد نَ
43 Di atas merupakan petikan dari Abu Amru ad-Dani dalam kitabnya al-Muqni’ yang bermaksud: Kamu tuliskan Mushaf ini pada mushaf yang satu, dan petikan dalam hadith al-Bukhari ialah: َم َصا ِح ِف َس ُخو َها فِي ال فَنَ Yang bermaksud: Kamu tuliskan Mushaf ini dalam satu Mushaf, bukanlah bermaksud untuk mengambil hanya satu bacaan qiraat sementara melenyapkan yang selainnya. Effendi, S. (2021), juga keliru tentang istilah ‘penyatuan’ kepada satu dialek bacaan yang tertentu sedangkan perbezaan tujuh (7) huruf bacaan Al-Mushaf itu merupakan satu keniscayaan yang telah wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi bahkan baginda s.a.w. sendiri yang memintanya. Bagi menjelaskan petikan di atas sekaligus menghilangkan kekeliruan Effendi, S. (2021), maksud sebenar petikan perintah Khalifah Uthman RA kepada panitia tadi ialah menyeragamkan kaedah penulisan mushaf yang pelbagai sebelumnya kepada satu kaedah penulisan mushaf yang spesifik tanpa menghilangkan bacaan-bacaan lain dengan membolehkan kalimah-kalimah berkaitan dibaca mengikut bacaan qiraat masing-masing. Penyatuan yang dimaksudkan ialah penyeragaman kaedah penulisan Al-Mushaf mengikut dialek Quraisy tetapi sekali lagi peneliti tekankan, ianya masih membolehkan kalimah-kalimah yang mempunyai wajah qiraat lain dibaca mengikut cara bacaan masing tanpa meninggalkan satu pun cara bacaan.
44 Urusan penulisan semula Al-Mushaf ini diketuai oleh Khalifah Uthman RA dengan penyertaan beberapa orang sahabat yang terdiri dari kalangan Muhajirin dan Ansar. Rahim Jusoh, (2020) telah membuat ringkasan yang jelas topik ini dalam penulisannya dalam bentuk jadual dan contoh dengan sedikit penambahan daripada peneliti seperti di bawah: JADUAL 2.2: Ringkasan Tatacara dalam Penulisan Al-Mushaf. Bil. Tatacara Uthman RA dalam Penulisan Al-Mushaf 1. Merujuk kepada mushaf Hafsah dan semua mushaf yang ditulis oleh Zaid di zaman Khalifah Abu Bakar RA. 2. Mengutamakan dialek Quraisy sebagai ibunda segala bahasa Arab dalam kekhilafan lahjah atau dialek. 3. Menulis perkara yang betul-betul disahkan ayat Al-Quran dan sabitnya secara Mutawatir. 4. Penulisan tersebut tertakluk kepada ‘Ardhul Akhirah (iaitu semakan terakhir Rasulullah s.a.w. dengan malaikat Jibril a.s. pada tahun kewafatannya). 5. Menulis ayat yang tidak dinasakhkan bacaannya serta, 6. Tidak menulis Al-Quran yang diriwayatkan secara Ahad (Perseorangan) dan, 7. Mengumpul segala kekhilafan Qiraat di dalam satu mushaf dengan cara Ihtimali (Isyarat) dan Iqtisari atau ditulis pada mushaf yang berlainan secara Ikhtisar. Ini bermaksud tidak menulis satu kalimah asal dengan dua bentuk qiraat dalam satu mushaf bagi mengelak fitnah. Sumber: Rahim Jusoh (2020)
45 Keterangan: Sekiranya Qiraat tersebut hanya khilaf pada titik dan baris, maka Qiraat tersebut ditulis pada semua mushaf, contohnya perkataan dibawah: JADUAL 2.3: Contoh perkataan yang mempunyai khilaf hanya pada titik dan baris. ٍف ُ َك أ َبَّينُوا نُن ِش ُز َها َهْي َت لَ فَتَ Al-Isra’: 23 Yusuf: 23 Al-Baqarah: 259 Al-Hujurat: 6 Dan kalimah-kalimah lain-lain ditulis dalam semua Al-Mushaf yang dihantar ke wilayah Arab. Adapun Qiraat yang mempunyai perubahan huruf, tulisan tersebut ditulis pada mushaf tertentu dan tidak ditulis pada mushaf yang lain, contohnya dalam jadual 2.4, dan jadual 2.5 dibawah: JADUAL 2.4: Contoh perbezaan pada perubahan huruf dalam Al-Baqarah: 132. ُم وأوصى بها إبراهـيم ِهۧـ ٰ َر ْب ِ ِ َهآ إ ى ب َوَو َّص ٰ Hanya ditulis pada Al-Mushaf Madinah dan Syam, Sementara pada Al-Mushaf yang lain ditulis seperti ini. Sumber: Rahim Jusoh (2020)
46 JADUAL 2.4: Contoh perbezaan pada perubahan huruf dalam At-Taubah: 100. ٰـ ُر تجرى من تحتها ٱألنهـر َه ْن ْألَ َها ٱ تَ ْجِرى تَ ْحتَ Hanya ditulis pada Al-Mushaf Mekah sahaja, Sementara pada Al-Mushaf yang lain ditulis dengan tanpa kalimah min (من.( Sumber: Rahim Jusoh (2020) Juga Rahim Jusoh, (2020) juga menyebutkan antara dapatan beliau tentang hasil penambah baikkan dan inovasi teks kandungan Rasm ‘Uthmani ialah; 1)Tidak menulis semua Qiraat yang dinasakhkan pada tilawah dan mana-mana bacaan yang tiada pada ‘Ardul Akhirah (semakan terakhir), 2)Membuang semua Qiraat Ahad dan Tafsir (Shadhzah dan Tafsiriyyah) yang ditulis oleh para sahabat dalam mushafnya, 3)Menulis semua qiraat yang sahih walaupun/ tetapi pada mushaf yang berlainan, 4)Tidak akan menulis Al-Quran melainkan terdapat dua orang sahabat yang telah menghafalnya dan mestilah telah ditulis oleh mana-mana sahabat. Jika mana-mana hafalan sebahagian tetapi yang tidak terdapat penulisannya ataupun sebaliknya tidak akan diterima oleh Zaid bin Thabit dalam Rasm ‘Uthmani, 5)Tidak menulis sesuatupun di dalam mushaf tersebut melainkan sudah terbukti bahawa ayat tersebut adalah ayat Al-Quran, dan 6)Menyusun ayat dan surah seperti mana yang terdapat dalam mushaf sekarang. Setelah selesai penulisan semula dilakukan, mushaf-mushaf tersebut dihantar ke daerah masing-masing bersama duta yang juga bertindak sebagai guru dalam mengajarkan pembacaan qiraat masing-masing tetapi menggunakan mushaf yang sudah diseragamkan itu tadi.
47 Sementara mushaf yang selain daripada ini, pengarang menyatakan ianya digesa untuk dilupuskan melalui membakarnya dengan serta-merta dan ada juga yang memperbaiki mushafnya dengan merujuk mushaf ‘Uthmani tadi. Daripada garis panduan di atas membolehkan pengarang menerbitkan beberapa kaedah Rasm ‘Uthmani yang disebutkan juga oleh Ahmad Zulfiqar, et. al. (2015) jumlah semua sekali ada enam (6) termasuklah; Al-Hazaf, Az-Ziyadah, Al-Hamzah, Al-Ibdal, AlFashl wa Al-Washl, dan Ma Fihi Qira’ataani bagi membolehkan Al-Mushaf ‘Uthmani dibaca dengan semua qiraat yang tujuh walaupun menggunakan satu kaedah penulisan yang sama. Selain itu, tidak syak lagi bahawa apa yang ada pada Al-Mushaf hari ini adalah benar seperti mana yang dituliskan oleh Khalifah Uthman RA secara mutawatirah dan terkandung dalamnya tujuh huruf. Topik 9; tentang Berapa Kali Pengumpulan Al-Quran Dilakukan. Pengarang menyatakan pengumpulan Al-Quran dengan maksud penulisan telah dilakukan sebanyak tiga (3) kali iaitu pada zaman Rasulullah s.a.w., zaman Abu Bakar RA dan zaman Uthman RA. Ahmad Zulfiqar, et. al. (2015) menyebutkan tiga kali pengumpulan ini sebagai tiga peringkat tapisan kerana di setiap zaman itu konteks pengumpulannya adalah berbeza. Pada zaman Rasulullah s.a.w., Al-Quran ditulis dan disemak pada ‘Ardul Akhirah tetapi masih terpisah-pisah pada medium yang berbeza. Manakala zaman Abu Bakar RA pula pengumpulan menjadi satu naskhah Al-Mushaf bagi memeliharanya dari hilang dan pada zaman Uthman RA pula dilakukan penulisan semula dengan menyeragamkan kaedah penulisan bagi menyatukan umat Islam dan memadam api fitnah yang menyala.
48 Topik 10; Al-Mushaf ‘Uthmaniyyah: Bilangannya, Kandungannya, Bagaimana ianya Dihantar Ke Setiap Kota. Rahim Jusoh (2020) dan Effendi, S. (2021) menyatakan terdapat perselisihan pendapat pada jumlah bilangan Mushaf ‘Uthmaniyyah, ada yang mengatakan empat (4), lima (5), enam (6), tujuh (7), dan lapan (8) dan pendapat yang paling kuat antara kesemuanya dinyatakan oleh pengarang ialah pendapat yang mengatakan jumlah salinan mushaf ‘uthmaniyyah yang disalin ialah enam (6) buah mushaf iaitu, mushaf Basri, mushaf Kufi, mushaf Syami, mushaf Maki, mushaf Madani Am (untuk rujukan penduduk Madinah), dan mushaf Madani Khas (atau nama lainnya mushaf al-Imam untuk simpanan Khalifah Uthman RA dan merupakan salinan pertama mushaf ‘uthmaniyyah). Pada perihal isi kandungannya adalah seperti yang dinyatakan di topik sebelumnya, bahawa kesemua mushaf seragam menggunakan loghat Quraisy sahaja tetapi membolehkan Qiraat lain dibaca pada kalimah-kalimah tersebut dan sedikit berbeza pada kalimah-kalimah tertentu mengikut Qiraat yang tujuh. Ulama salaf dan khalaf juga berpendapat sedemikian dan ini pendapat yang pengarang nyatakan paling kuat berdasarkan beberapa dalil, manakala sebahagian ulama yang lain mengatakan bahawa kesemua enam buah mushaf itu ditulis seragam menggunakan satu loghat iaitu loghat Quraisy dan duta mushaf yang memainkan peranan untuk mengajarkan mengikut bacaan loghat masing-masing.
49 Pada kaedah mushaf-mushaf ‘uthmaniyah diutus ke kota pula, Khalifah Uthman RA tidak akan menghantar mushaf-mushaf itu tadi melainkan ada bersamanya duta atau guru yang mengajarkan cara bacaan mushaf masing-masing yang mutawatirah dan sanadnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. secara lisan. Duta mushaf masing-masing seperti berikut; Mushaf Madani: Zaid bin Thabit, Mushaf Makki: Abdullah bin Saaib, Mushaf Syami: Mughirah bin Syihab, Mushaf Kufi: Abdul Rahman As-Salami, dan Mushaf Basri: Amir bin Qais. Kemudian ramai tabi’in yang bersungguh-sungguh belajar mengajarkan sehinggalah mereka menjadi rujukan dan bacaan itu mashur disandarkan atas namanya. Topik 11; Sikap umat Islam terhadap Mushaf ‘Uthmani. Pengarang menyebutkan umat Islam pada ketika itu semuanya menerima baik mushaf baharu dan akur dengan sukarela untuk membakar semua mushaf yang selainnya pada simpanan mereka termasuklah mushaf sahabat yang masyhur (Ulil Hidayah, 2014). Hal ini berdasarkan beberapa dalil yang pengarang nyatakan dalam penulisannya. Walhal demikian, tetap juga ada seorang iaitu Ibnu Mas’ud yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dengan sekeras-kerasnya kerana Khalifah Uthman RA membelakangi beliau dan memilih Zaid bin Thabit dalam menjadi panitia penulisan semula mushaf sedangkan beliau lagi awal memeluk Islam berbanding Zaid. Akan tetapi akhir sekali Ibnu Mas’ud menarik balik bantahannya dan bersetuju dengan pendapat Khalifah Uthman RA.
50 Topik 12; iaitu Al-Mushaf Lain yang Termasyhur Pada Zaman Sahabat. Pengarang juga sebutkan disini beberapa mushaf persendirian lain yang mashur selain mushaf ‘Uthmani. Antaranya yang disebutkan ialah mushaf 1) Umar bin Al-Khattab, 2) mushaf Ali bin Abi Thalib, 3) mushaf Aisyah Ummul Mukminin r.a., 4) mushaf Hafsah & Ummu Salamah Ummahatul Mukminin, 5) mushaf Abdullah bin Zubair, 6) mushaf Ubai bin Ka’ab, 7) mushaf Abdullah bin Abbas, dan 8) mushaf Abdullah bin Mas’ud. Walaupun mushaf-mushaf ini tidak mencapai taraf ijmak sahabat, tetapi tetap mendapat sambutan istimewa oleh daerah-daerah yang menerimanya kerana ciri istimewa yang terdapat dimushaf masing-masing. Sebagai contoh dinyatakan oleh Ulil Hidayah (2014), mushaf saiyidina Ali r.a. memiliki ciri istimewa yang tidak dimiliki oleh mushaf lainnya seperti yang dinyatakan dibawah: a) Ayat dan surat tersusun rapi sesuai dengan urutan turunnya: Maka ayat-ayat makkiyah diletakkan sebelum ayat-ayat madaniyah, ayat-ayat yang turun awal diletakkan dihadapan dan selepasnya ayat-ayat yang turun kemudiannya. b) Bacaan yang tercantum dalam mushaf ini lebih mendekati keaslian sehingga lebih sesuai dengan bacaan Rasul. c) Ada catatan tanzil dan takwil di tepi mushaf: yang menjelaskan situasi dan kondisi serta latar belakang ayat-ayat al Quran diturunkan. Penjelasan ini sangat berguna dalam menggali maksud ayat-ayat al Quran diturunkan serta menyingkap makna-makna ayat yang masih samar.
51 Ulil Hidayah (2014), juga berpendapat jika mushaf ini masih wujud, sudah pasti ianya menjadi mushaf standard puak-puak Syiah. Naudhzubillah. Dan dalam penulisan pengarang, mushaf Ibnu Mas’ud mempunyai perbezaan yang paling banyak kerana qiraat beliau merupakan qiraat Shadhzah dan sebahagian mempunyai ayat-ayat tafsiriyyah. Mushaf Hafsah dan Ummu Salamah juga mempunyai khilaf bacaan. Cuma peneliti memerlukan kepastian, adakah mushaf Hafsah yang di maksudkan di sini merupakan mushaf Khalifah Abu Bakar RA yang dikumpulkan atau bukan? Oleh itu, mushaf-mushaf yang masyhur ini juga sudah memberikan gambaran bagaimana sekiranya penyeragaman tidak dilakukan. Sudah pasti Al-Mushaf hari ini banyak bercampur dengan ayat tafsir dan ayat yang telah dinasakhkan, serta berbeza dari segi Al-Hazaf, Az-Ziyadah, Taqdim wa Ta’khir dan yang lain-lain. Topik 13; Salinan Naskhah Al-Mushaf Selepas Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin (iaitu Zaman Tabi’en) dan Pembaharuan Padanya Dari Segi: Penandaan Titik dan Baris serta Pembahagian Juzuknya. Terpecahnya topik ini kepada dua perbincangan iaitu titik dan baris (الشكل و النقط ,(dan pembahagian juzuk (تجزئة .(Baiklah, dalam topik al-nuqtha wal syakl pengarang menyebutkan maksud nuqtha (نقط (terbahagi kepada dua iaitu: a) Nuqtha Al-I’rab (اإلعراب نقط :(atau nama lainnya Al-Syakl (الشكل ( dan Ad-Dhabt (الضبط (iaitu penandaan titik dengan warna yang berbeza dari warna penulisan ayat Al-Quran untuk menandakan baris huruf, tanda mad, sukun dan sabdu. Pengasas pada kaedah ini dalam pendapat yang rojih ialah Abul Aswad Ad-Duali,
52 b) dan Nuqtha Al-I’jam (اإلعجام نقط :(iaitu penandaan titik dengan warna yang sama dengan ayat Al-Quran untuk membezakan antara huruf seperti; ث ت ب خ ح ج yang diusahakan oleh dua orang iaitu Nasr bin ‘Asim dan Yahya bin Ya’mur dibawah perintah dan seliaan Hajjaj bin Yusuf. Manakala Al-Syakl ( الشكل (pula adalah seperti dalam definisi Nuthqa Al-I’rab (اإلعراب نقط .(Dalam topik ini juga, pengarang merekodkan peristiwa yang menyebabkan Abul Aswad Ad-Duali setuju untuk mencipta kaedah penandaan huruf dalam Al-Quran mengikut nahu yang telah dii’rab agar bacaan dan maksud bacaan dapat dipelihara. Daripada kisah yang panjang, Abul Aswad Ad-Daud yang menolak permohonan Ziyad bin Abini untuk membuat penandaan pada mushaf akhirnya menerima permohonan tersebut apa bila terdengar kesalahan bacaan yang disengajakan oleh lelaki yang diupah oleh Ziyad. Kemudian di era seterusnya, khalifah Abdul Malik bin Marwan memerintahkan pula Al-Hajjaj untuk membuat penandaan yang membolehkan umat Islam A’jam membaca huruf-huruf Al-Quran dengan betul. Oleh itu, pengarang menyimpulkan menurut kronologi garis masa, maka betullah pendapat nuthqa definisi awal pertama di lakukan oleh Ziyad lalu datang kemudian nuthqa oleh Hajjaj walaupun masih terdapat pendapat daripada riwayat AdDani daripada Yahya bin Kathir yang mengatakan nuthqa Al-I’jam lebih awal ditemukan. Apa yang pasti, nuthqa Al-I’rab tadi ditambah baik mengikut kaedah Imam An-Nahri Al-khalil bin Ahmad Al-Basri iaitu menggantikan tanda titik tadi dengan .(و, ا, ش, ح) seperti huruf beberapa
53 Pembahagian juzuk (Tajziah) ini juga mempunyai perbincangan lain yang sudah pasti panjang. Antaranya ialah Ahmad, A. M. (2019), yang membuat perbandingan antara riwayat Ad-Dani, As-Sakhawi dan As-Safaqusi yang masingmasing adalah 30 juzuk tetapi hanya sepakat pada 20 Juzuk, 9 Juzuk hanya disepakati oleh sebahagian antara mereka dan 1 juzuk tiada kesepakatan langsung antara mereka dari segi permulaan dan pengakhiran juzuk. Walhal demikian, pengarang simpulkan dengan mengatakan pendapat yang disepakati ramai bahawa juzuk itu dibahagi kepada tiga puluh (30) juzuk, dan daripada satu (1) juzuk tadi dipecahkan menjadi dua (2) hizib, dan setiap hizib mempunyai empat (4) pembahagian ataupun rubu’. Daripada Qatadah pula menyatakan: a) Ada yang meletakkan tiga titik sebagai penanda/ pemisah antara juzuk samada di awal atau di akhir juzuk. b) Di tulis dengan meletakkan tanda khams (خمس /خ (bagi setiap lima ayat dan ‘asyr (عشر /ع (bagi setiap sepuluh ayat. Penandaan diletakkan secara berselang seli antara khams (خمس /خ (dan ‘asyr (عشر /ع.( c) Meletakkan nama surah, status samada surah Makiyyah atau Madaniyyah dan jumlah bilangan ayat dalam surah sebagai contoh AlQuran al-Haramain berserta terjemahan daripada cetakan terkini Karya Bestari: Gambar 2.1: Penamaan Surah, Jumlah ayatnya dan Status surah Makiyyah atau Madaniyyah dari Al-Quran cetakan Karya Bestari.
54 Ada juga mushaf lain cetakan Madinah tanpa terjemahan yang melakukan penandaan yang sama di setiap surah dan pernah dilihat dan dipastikan oleh peneliti tetapi tidak dapat dilampirkan oleh peneliti dalam kajian ini atas beberapa kekangan. Ulama berselisih pendapat mengenai hukum penandaan seperti yang disebutkan Qatadah itu tadi. Sebahagian mengatakan makruh manakala sebahagian lagi mengatakan harus dengan dalil masing-masing dan yang paling kuat antara keduanya ialah hukum harus. Hal ini pengarang sebutkan kerana ianya dapat meningkatkan minat dan kesungguhan pembacaan orang yang membaca Al-Quran. Bagi hukum penandaan baris al-nuqtha dan al-syakl pula akan dibahas pada topik seterusnya. Topik 14; Apakah Yang Wajib Dilakukan Oleh Penulis Dan Penerbit AlMushaf. Dalam topik ini akan menyatakan apakah hukum dan kewajipan penulis dan penerbit dalam penulisan dan cetakan Al-Quran/ Al-Mushaf. Selain itu, dalam topik ini juga akan menjelaskan secara ringkas hukum penandaan nuqtha dan syakl serta beberapa tanda-tanda lain dalam Al-Quran seperti yang diberitahu di topik sebelumnya. Pengarang, Sheikh Abdul Fattah Al-Qadi menyimpulkan terdapat tiga (3) pendapat utama tentang hukum dan kewajipan penulisan Rasm ‘Uthmani buat penulis dan penerbit dan pengarang berlapang dada menyokong pendapat yang ketiga adalah yang paling utama demi menjaga Al-Mushaf daripada sebarang perubahan. Tiga pendapat ulama tersebut ialah:
55 a) Pendapat Pertama: Tidak wajib untuk menulis mengikut kaedah ‘Uthmani, tetapi harus ditulis menggunakan kaedah imla’i pada zaman sekarang tanpa terikat dengan kaedah-kaedah lama dalam mushaf ‘Uthmaniyyah. Ibnu Khaldun dan Qadhi al-Baqillani serta ramai lagi berpegang dengan pendapat ini. b) Pendapat Kedua: Tidak wajib untuk menulis mengikut kaedah ‘Uthmani, tetapi wajib mengikut kaedah baru yang terpakai dan diketahui umum. Imam Badrudin Az-Zarkasyi dan Sheikhul Islam ‘Izzuddin bin Abdul Salam c) Pendapat Ketiga: Wajib menggunakan Rasm ‘Uthmani. Jumhur ulama salaf dan khalaf berpegang pada pendapat ini. Antara tiga pendapat itu masing-masing mempunyai dalil masing-masing, tetapi peneliti ringkaskan dalam kajian ini untuk mendapatkan kesimpulan bagi menunjukkan keutamaan pendapat yang ketiga iaitu wajib menggunakan Rasm ‘Uthmani seperti yang di terima oleh pengarang dalam penulisannya. Pendapat pertama menggunakan dalil, bahawa tidak ada sebarang dalil, ijmak ummah atau sebarang qias syara’ tentang Al-Quran itu wajib ditulis atas satu rasm sahaja. Selain itu, penulisan imla’i atau kaedah baru yang umum lebih mudah untuk dipelajari oleh orang a’jam kerana kaedah penulisannya disesuaikan mengikut cara sebutannya berbanding kaedah ‘Uthmani asal yang tidak bertitik dan berbaris.
56 Pendapat yang kedua juga hampir selari dengan yang pertama, tetapi Sheikh ‘Izzuddin bin Abdul Salam berkata: “Tidaklah harus ianya (penulisan kaedah baru) dilakukan secara mutlak dan meninggalkan kaedah ‘Uthmani yang ulama terdahulu bersungguh usahakan semata-mata meraikan kejahilan orang-orang yang jahil”. Pendapat ketiga menyatakan rasm ‘uthmani ini sanadnya daripada Rasulullah s.a.w. juga kerana dituliskan oleh Zaid bin Thabit pada ‘Ardul Akhirah dan kekal penulisan ini di zaman Abu Bakar RA, Uthman RA dan kini dan pengarang juga melihat sekiranya perubahan penulisan dilakukan akan membuka ruang fitnah ke atas agama ini kerana hukum pensyariatan berasal dari ayat-ayat Al-Quran selain akan menyebabkan orang-orang terkemudian tidak tahu keistimewaan rasm ‘uthmani dan keistimewaan orang-orang terdahulu seperti yang dinyatakan oleh Imam As-Sakhawi. Kemudian, hukum penandaan nuqtha dan syakl serta beberapa tanda-tanda lain dalam Al-Quran adalah harus malah mustahab menurut ulama seperti Al-Hasan, Ibnu Sirin, Rabiah bin Abi Abdul Rahman dan Imam Nawawi walaupun ulama salaf meletakkan hukum makruh padanya. Seterusnya pengarang meletakkan beberapa garis panduan yang perlu dilaksanakan oleh penerbit-penerbit mushaf Al-Quran seperti di bawah: a) Pencetakan wajib menggunakan rasm ‘Uthmani untuk semua cetakan Al-Quran samada untuk kegunaan kanak-kanak mahupun orang dewasa, b) Hendaklah ditulis mengikut riwayat secara jelas mahupun ihtimal,
57 c) Membesarkan tulisan/ mengemaskan tulisan adalah lebih baik, d) Meletakkan nuqtha dan syakl bagi menjaga nahu, e) Meletakkan nama surah, status Makiyyah atau Madaniyyah dan jumlah bilangan ayat. f) Tidak menyentuh perkara mengenai mutasyabihat. g) Meletakkan tanda-tanda lain dalam Al-Quran seperti: tanda maqro’/ rubu’, hizib, sajdah, saktah, waqaf, nombor ayat, pembuka dan penutup ayat. Jika kita lihat perbahasan hari ini, seperti penulisan Mustopa, M., & Madzkur, Z. A. (2020), yang membahaskan tentang mushaf Bahriyyah Indonesia, masih kuat untuk mengekalkan mushaf warisan Indonesia yang penulisannya menggunakan kaedah imla’i dan terdapat banyak tanda-tanda yang mengelirukan pembaca. Mujur mushaf ‘Uthmani kini sudah semakin mendapat sambutan dikalangan masyarakat awam Indonesia hasil usaha Kementerian Agama Indonesia yang mengutamakan penerbitan dan pencetakkan mushaf ‘Uthmani berbanding mushaf Bahriyyah walaupun keduanya diisytihar sebagai Mushaf Standard Indonesia. Manakala di Malaysia pula, sebuah akta yang telah digubal berkaitan penulisan teks Al-Quran seperti yang dinyatakan oleh Daud, et. al. (2015), iaitu Akta 326, iaitu Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 dan Akta A 1023, iaitu Akta Pencetakan Teks Al-Quran (Pindaan)1998. Akta tersebut mengandungi 25 seksyen yang merangkumi peruntukan pengurusan, pencetakan mushaf Al-Quran, penguatkuasaan dan perkaraperkara berkaitan (Undang-undang Malaysia). Akta yang dimaksudkan ada menyebut:
58 “Tiada seorang pun boleh mencetak atau menerbitkan sesuatu teks Al-Quran atau bahan Al-Quran yang mengandungi apa-apa kesilapan berkenaan dengan sesuatu ayat Al-Quran di dalamnya.” (Seksyen 14 Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986) Akta ini bertujuan menyekat penggunaan mushaf yang salah tulisan dan tandatandanya, dan segala mushaf import yang hendak masuk dalam pasaran Malaysia mestilah disemak terlebih dahulu oleh Lujnah Tashih Al-Quran untuk mendapat kelulusan. Oleh itu, peneliti membuat kesimpulan bahawa penulisan Al-Quran atau AlMushaf mestilah menggunakan kaedah ‘Uthmani secara mutlak dilakukan oleh penulis dan penerbit Al-Mushaf, dan penandaan nuqtha dan syakl adalah mustahab dan lebih baik berbanding Al-Quran ditulis menggunakan kaedah imla’i kerana hanya meletakkan tanda pada teks Al-Quran tanpa merubah penulisan ‘Uthmani dan memudahkan orang Islam a’jam untuk membacanya. Rasm ‘Uthmani adalah ijtihad sahabat dan perubahan penulisan imla’i dari segi nahu dan shorof juga akan mempengaruhi hukum pensyariatan Islam. Maka faktor yang paling utama dalam pengekalan rasm ‘Uthmani ini adalah guru yang belajar dan mengajarkan pembacaan Al-Quran.
59 Topik terakhir iaitu Topik 15; Keadaan Al-Mushaf di Gedung-Gedung Percetakkan. Dalam topik ini pengarang telah menyatakan kontribusi seorang lagi ulama yang berjasa iaitu Al-Maghfurlahu Sheikh Ridhwan bin Muhammad ataupun lebih dikenali sebagai Mukhallati yang memperkenalkan tanda-tanda waqaf yang ada dimushaf kita pada hari ini. Pada awalnya, mushaf yang mempunyai tanda waqaf sedemikian hanya ada pada para ilmuan sahaja kerana ianya masih baru. Kemudian setelah Lujnah Tashih Al-Quran pertama mesir ditubuhkan, inovasi Al-Mukhallati ini disemak sebelum kemudiannya dilakukan pencetakkan dan disebarkan ke masyarakat awam. Wallahua’lam. Kesimpulan keseluruhan kronologi kitab ini penulis rangkumkan dalam satu rajah dibawah: Pengumpulan (Penulisan) Zaman Rasulullah s.a.w. Pengumpulan (Pembukuan) Zaman Abu Bakar RA. Mushaf yang diwariskan kepada Hafsah. Pengumpulan (Penyeragaman) Zaman Uthman RA, dengan enam (6) mushaf rujukan. Tempoh tulisan semula untuk diseragamkan kaedah penulisannya. Mushaf selain ‘Uthmani diarah untuk dibakar. Cetakan kedua yang rasmi dan seterusnya. Jabatan Darul Kutub Al-Misriyyah. Lujnah Tashih AlQuran ditubuhkan untuk menyemak Evolusi penandaan nuqtha dan syakl Inovasi tanda-tanda lain seperti waqaf, saktah, sajdah, nama surah dll. Rajah 2.1: Kronologi Pengumpulan Al-Quran Berdasarkan Kitab Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif
60 2.5 KESIMPULAN Konklusinya, kitab ini adalah kitab rujukan yang ringkas dan lengkap untuk menjelaskan sejarah penulisan Al-Quran serta hukum-hukumnya. Walhal demikian, masih juga terdapat beberapa kekeliruan yang peneliti dapati dari kitab pengarang ini seperti nama penulis wahyu dan kepada nabi yang mana satu dan mushaf Hafsah yang di maksudkan samada mushaf yang dikumpulkan oleh Abu Bakar RA ataupun bukan. Kendatipun, ini adalah satu hikmah yang besar menunjukkan perbezaan kitab karangan manusia dengan kalam Allah SWT kerana karangan manusia tetap tidak terlepas dari melakukan kesilapan walaupun sekecil-kecil kesilapan. Wallahua’lam, semoga usaha dalam penambahbaikkan Al-Quran dan penjagaanya dari segi rasmnya diteruskan seiring dengan tamdun manusia yang dinamik.
61 BAB 3 PENGAJARAN DISEBALIK PERISTIWA-PERISTIWA DALAM KITAB TARIKH MUSHAF ASY-SYARIF KARANGAN SHEIKH ABDUL FATTAH AL-QADI 3.1 PENGENALAN Peneliti memetik petikan Abdul Sobur Syahin di awal penulisan kitab ini iaitu: “...ramai yang berfikrian bahawa Frasa Tarikh Al-Quran (Sejarah Al-Quran) cukup jelas hanya dengan beberapa halaman yang merekodkan tentangnya, padahal ianya lebih dari sekadar ringkasan pada beberapa lembaran kertas”. Hassan, W. F. W. (1990), juga menyebutkan dalam menerangkan konsep ilmu bahawa ilmu dan maklumat adalah dua perkara yang berbeza.Mendapat maklumat tidak bererti mendapat ilmu tetapi hanya sekadar mendapat pengetahuan am dan maklumat.
62 Ilmu ialah apa yang tiba atau yang mendatangkan makna ke dalam jiwa seseorang hasil dari pemprosesan maklumat yang diperoleh (Naquib Al-Attas, 1978). Maka, melalui informasi yang diperoleh tadi sepatutnya mendatangkan ilmu kepada pembaca atau peneliti agar dapat memberi pengajaran kepada kita dan bukan sekadar memberi maklumat dan pengetahuan semata-mata (Hassan, W. F. W., 1990). Seperti yang dikatakan oleh al-Buthi dalam penulisannya tentang pengajian sirah Rasulullah s.a.w. bahawa pengajian sirah bukan semata-mata melihat lembaran sejarah dan biodata Rasulullah s.a.w., tetapi ianya adalah untuk difahami dan diambil pengajaran serta hikmah darinya. Berkenaan hikmah dan pengajaran ini bukan hanya tertakluk kepada sirah Rasulullah s.a.w., tetapi juga semua catatan-catatan sejarah yang ada di dunia ini termasuklah sejarah Al-Quran. Oleh itu, dalam bab ini peneliti cuba untuk merungkai hikmah dan pengajaran di sebalik setiap peristiwa-peristiwa signifikan yang direkodkan dalam penulisan ini agar menggerakkan hati pembaca dan peneliti kepada penghayatan hasil dari kefahaman isi kandungan kitab ini. Seperti yang disebutkan oleh Semiawan, C.R. (2010), bahawa interpertasi dan kefahaman maklumat yang diperoleh adalah tergantung kepada kepakaran, kemampuan, pola fikir, dan keadaan sekeliling semasa peniliti semasa membuat penulisan ini. Maka, hasil dapatan dari interpertasi maklumat peneliti ada kaitan dengan sosial, ekonomi dan juga politik.
63 3.2 PERKEMBANGAN PENULISAN SEBELUM DAN SEMASA ZAMAN RASULULLAH S.A.W. Sejarah penulisan yang terangkan secara ringkas dalam kitab klasik ini sanadnya sampai kepada penulis wahyu nabi Hud a.s. berdasarkan pendapat yang rajih. Sedangkan pada penulisan lain iaitu Rahim Jusoh (2020), menerangkan sanad penulisan bahasa arab dan suriani sampai kepada nabi Adam a.s. apabila orang-orang menjumpai penulisannya termaktub di atas batu setelah banjir besar nabi Nuh a.s. yang dipetik daripada kitab Fiqhul Lughah karangan Ibn Faris. Masyarakat arab jahiliyyah sebelum kedatangan nabi Muhammad s.a.w. digelar sebagai ummah ummiyyin (buta huruf) pasti akan menyukarkan mereka membaca dan seterusnya memperoleh kefahaman tentang kebenaran atau hakikat sesuatu perkara tersebut. Tetapi sejak kedatangan Islam, ilmu mula berkembang lebihlebih lagi selepas penghijrahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah dan memenangi perang besar Badar. Selain perintah baginda s.a.w. untuk berbuat baik kepada tawanan perang, syarat yang diletakkan baginda s.a.w. kepada tawanan untuk menebus diri mereka adalah mengajarkan sepuluh kanak-kanak di Madinah sehingga mereka mampu untuk membaca. Seiring dengan perkembangan Islam di kawasan serantau, ajaran Islam dan ilmu penulisan diajarkan kepada masyarakat sehingga ada usaha-usaha untuk memperbaiki dan memperkemas tulisan khat arab yang asli (khat jenis hijazi dan nabathi) kepada versi yang terkini (khat jenis kufi dan nasakh), menambahkan penandaan nuqtha dan syakl, tanda waqaf, hiasan dan pencetakan.
64 Daripada itu, peneliti dapat menyimpulkan tiga mesej dan pengajaran daripada sejarah perkembangan penulisan Al-Quran ini iaitu Qalam (Pena) sebagai instrumen pengembangan ilmu, usaha ke arah inovasi dan kedudukan ilmu di sisi Islam. 3.2.1 Kedudukan Ilmu di Sisi Islam Islam bukanlah agama yang jumud tetapi agama yang holistik dan releven sepanjang zaman. Pengarang menyatakan Islam juga amat mengambil berat tentang perkembangan ilmu seperti yang diterangkan tentang syarat menebus dari tawanan perang besar Badar. Selain itu, pemimpin-pemimpin Islam seterusnya amat menggalakkan aktiviti pengembangan ilmu sehingga muncul perpustakaan terbesar rujukan dunia, Baitul Hikmah di Baghdad yang menyimpan semua disiplin ilmu dan dipelopori oleh orang-orang Islam dan pemimpin Islam. Kisah Jibril a.s. yang menyuruh baginda s.a.w. membacakan firman Allah SWT dalam surah al-‘Alaq ayat 1 yang bermaksud: “Bacalah...” menunjukkan kepentingan ilmu dan kemahiran membaca serta menulis sebagai jalan untuk sampai kepada kefahaman dan penghayatan.
65 3.2.2 Qalam (Pena) Sebagai Instrumen Pengembangan Ilmu Firman Allah SWT dalam surah yang sama, surah al-‘Alaq tetapi di ayat yang ke empat terjemahannya: “(Tuhan) yang mengajarkan dengan qalam”. Di dalam Tafsir Ibnu Kathir mengatakan bahawa ilmu itu adakalanya pada hati, lisan dan tulisan, dan yang membuktikan penguasaan kepada keduanya adalah pada penulisan. Dalam athar yang lain menyebutkan “Ikatlah ilmu dengan tulisan”. Rahim Jusoh (2020) menukilkan bahawa dalam penulisan Ibn Faris iaitu Fiqhul Lughah sendiri menyatakan tentang bagaimana bahasa arab dan suriani itu diwariskan dari zaman nabi Adam a.s. ke zaman selepas nabi Nuh a.s. melalui penulisan yang kekal di atas batu walaupun setelah banjir besar berlaku. Begitu juga dengan pelbagai disiplin ilmu yang dikembangkan oleh orang Islam dan diwariskan dari zaman berzaman melalui penulisan yang dilakukan seperti ilmu tabib (perubatan), algebra dalam matematik, astronomi dan lain-lain (Hassan, W. F. W., 1990). 3.2.3 Usaha Ke Arah Inovasi Setelah peneliti meneliti perkembangan seni khat atau penulisan arab, perkembangan penulisan yang signifikan dari segi hurufnya, penandaan titik dan barisnya, dan lain-lain menunjukkan betapa budaya inovasi amat dialualukan. Sebagai contoh Quthbah yang menggabungkan kaedah hijazi dan kufi sehingga membentuk keadah penulisan baharu yang kemudian dimurnikan oleh Ibnu Muqlah yang meletakkan huruf alif sebagai ukuran penulisan semua huruf.
66 Selain itu, dapat juga dilihat walaupun dalam keterbatasan untuk mengubah penulisan kalam Allah SWT tetap tidak menghalang sikap kreativiti dan inovatif para sahabat untuk menuliskan Al-Quran bagi tujuan rekod, dan pemahaman seperti mushaf saiyidina Ali yang mempunyai ciri khas dengan menuliskan sebab nuzul ayat serta penerangan ayat ditepi mushaf (Ulil Hidayah, 2014). Perkembangan dan pembaharuan kecil dalam penulisan Al-Quran sungguh dialu-alukan selagi tidak merubah makna asal, mengikut rasm ‘Uthmani dan memudahkan pembacanya kelak. Menurut Hassan, W. F. W. (1990), kebanyakan ilmu yang akhirnya menemui jalan buntu oleh bangsa lain merupakan titik mula sarjana-sarjana Islam dalam pengembangan ilmu menunjukkan betapa signifikan jasa sarjana-sarjana Islam terdahulu. Mushaf yang kemudiannya ke gedung pencetakan menunjukkan bahawa Islam juga meraikan perkembangan teknologi semasa sehingga kini kita dapat lihat AlQuran juga boleh dibaca melalui layar telefon pintar.
67 3.3 PERANG YAMAMAH PENCETUS PENGUMPULAN AL-QURAN Di peristiwa perang Yamamah di mana ianya merupakan peperangan menentang nabi palsu, Musailamatul Kazzab dan pengikutnya, golongan murtad dan golongan yang enggan membayar zakat. Perang yang menyaksikan gugur ramainya Qari sehingga menjadi faktor utama pengumpulan (pembukuan) Al-Quran pada satu tempat yang pertama. Melalui peristiwa ini kita dapat menyaksikan pengajaran dari aspek tiga perkara juga iaitu, aspek politik iaitu adab pemimpin dengan yang dipimpin, aspek sosial iaitu ketelusan dan adab mesyuarat. 3.3.1 Adab Pemimpin dan Yang Dipimpin Dari aspek politik, walaupun saiyidina Umar RA seperti yang dikatakan Rahim Jusoh (2020), dalam penulisannya adalah seorang yang dikurniakan Allah SWT kebanyakan dari hati dan lidahnya adalah benar, tidak membuatkan beliau boleh melangkaui Khalifah ketika itu iaitu Khalifah Abu Bakar RA. Malah cara yang beliau gunakan ialah dengan mencadangkan pendapatnya agar Al-Quran dikumpulkan penulisannya. Walaupun cadangannya ditolak, tidak mematahkan semangat beliau untuk menjayakan usaha tersebut. Maka saiyidina Umar RA berbincang dan berdebat dengan mengemukakan hujahhujah yang kukuh dengan kaedah persuasif melihat kepada maslahah yang lebih besar nanti sehinggalah akhirnya Khalifah Abu Bakar RA menerima cadangan tersebut.
68 Kaedah ini bukan sahaja menunjukkan contoh kepimpinan yang baik kepada orang masa hadapan, tetapi juga menyelamatkan Al-Quran dan Islam daripada fitnah dan tohmahan musuh Islam seperti puak orientalis dalam penulisan Hafiz, A. (2022), yang mengatakan penulisan Al-Quran ini berbaur monopoli politik yang dengan mudah sahaja dibidas oleh sarjana muslim. 3.3.2 Ketelusan dan Adab Mesyuarat (Syura) Di aspek sosial pula, ketelusan dalam melaksanakan tugas. Ianya bermula dari pemimpin, kemudian akan diikuti oleh rakyat. Sekiranya pemimpin zalim, tidak mustahil rakyat juga akan berkelakuan sama. Maka dalam pemilihan Zaid bin Thabit untuk jawatankuasa penulis Al-Quran pun adalah melalui perbincangan yang telus dan jelas demi usaha untuk menjaga Al-Quran daripada hilang. Sifat ketelusan ini ditunjukkan lagi oleh kepimpinan Zaid bin Thabit. Tidak dinafikan dalam penulisan Rahim Jusoh (2020) terkumpul padanya ciri-ciri yang bagus disamping hafazannya yang teliti tidak menyebabkan beliau mengambil pendapatnya semata-mata dalam proses pengumpulan Al-Quran walaupun beliau menghafaz Al-Quran itu dengan sempurna. Tetapi jika hafazannya itu tidak ada pada mana-mana penulisan maka tidak diambilnya. Sebagai contoh ayat 128-129 surah at-Taubah yang hampir tidak dimasukkan di dalam penulisan Al-Quran kerana tidak terdapat di mana-mana melainkan seorang sahabat yang mengemukakan padanya ada ayat tersebut. Tiada tokok tambah atau ubah suai sesuai nafsu kerana lebih besar ketakutannya pada Allah SWT daripada besarnya manfaat buat kepuasan nafsunya.
69 Ketelusan Zaid sekaligus menyelamatkan Al-Quran yang mempunyai tujuh dialek itu daripada diseleweng seperti halnya kitab Injil dan Taurat. Akhir sekali, mesyuarat yang mana tidak asing lagi bagi mana-mana tampuk kepimpinan Islam yang menjadikan syura atau mesyuarat sebagai medium untuk mencapai solusi dan kata sepakat. Kaedah negosiasi saiyidina Umar RA dengan Khalifah Abu Bakar RA tadi sudah cukup untuk menunjukkan kejayaan hasil dari mesyuarat. 3.4 PERTEMBUNGAN BACAAN DI MEDAN PERANG MENENTANG AZERBAIJAN DAN ARMENIA Effendi, S. (2021) menyatakan tujuh dialek bacaan Al-Quran adalah salah satu daripada keniscayaan Al-Quran tersebut. Pertembungan bacaan Syam dan Kufah yang masing-masing bacaannya diambil dari Ubai bin Kaab dan Ibnu Mas’ud. Jika tidak berlaku isu ini pada zaman sahabat untuk diselesaikan dengan kaedah terbaik, sudah tentu tujuh bacaan itu tadi akan menjadi fitnah terbesar buat umat Islam yang membawa kepada perpecahan sehingga hari ini. 3.4.1 Merujuk Pada Yang Pakar Maka inovasi Khalifah Uthman RA tentang SOP (Standard Operating Procedure) penyeragaman penulisan Al-Quran hasil daripada mesyuarat bersama pakar-pakar yang berkaitan dengan meletakkan dialek Quraisy sebagai penanda aras tulisan rasm ‘Uthmani.
70 Selain menyelamatkan umat Islam daripada fitnah yang lebih besar, ianya juga memelihara keaslian Al-Quran yang daripadanya sumber perundangan Islam yang bermazhab empat diambil. Sekiranya berlaku perubahan pada teks Al-Quran itu sendiri pasti akan merubah keseluruhan perundangan Islam. Ini sekaligus menjawab kepada soalan Effendi, S (2021) tentang istilah dan konteks ‘penyatuan’ dalam pengumpulan Al-Mushaf ini. Usaha Khalifah Uthman RA tidaklah bermaksud untuk mengambil hanya satu dialek sementara dihapuskan dialek yang lainnya sedangkan ulama mengatakan perselisihan ini merupakan suatu keniscayaan. ‘Penyatuan’ yang dimaksudkan ialah penyelarasan penyeragaman penulisan iaitu menjadikan dialek Quraisy sebagai wazan ataupun kayu ukur dan panduan kepada dialek bacaan lain dengan kaedah yang dijelaskan dalam bab sebelumnya. 3.5 PERISTIWA KESALAHAN BACAAN AL-QURAN SECARA SENGAJA DI PASAR. Rentetan daripada keengganan Abul Aswad Ad-Duali dalam meletakkan penandaan titik dan baris dalam Al-Quran sesuai permintaan Ziyad. Ziyad terpaksa mengupah orang untuk membaca Al-Quran secara salah sehingga menyebabkan maksud ayat berubah secara drastik dan memberi kesedaran kepada Abul Aswad Ad-Duali tentang keperluan untuk meletakkan tanda bacaan titik dan baris agar maksud asal Al-Quran terpelihara dan memudahkan orang a’jam untuk membacanya (Abdul Fattah, 2017).
71 3.5.1 Sindiran Berhikmah dan Positif. Di awal tadi, Abul Aswad Ad-Duali enggan melaksanakan permintaan Ziyad kerana pada sangkaannya orang Islam semua menguasai bahasa arab sehingga tiada keperluan untuk membuat penandaan itu tadi. Manakala, apa yang dilakukan oleh Ziyad merupakan simulasi tentang keadaan sekiranya Al-Quran tidak ditandakan melihat kepada keperluan maslahah yang ramai daripada orang arab ketika itu bernikah dengan orang a’jam (selain daripada bangsa arab). Kaedah Ziyad ini jika diperhatikan berbentuk sindiran positif bagi mencapai objektif beliau tanpa bermaksud untuk memperkecilkan Abul Aswad Ad-Duali dan sekadar memberikan cetusan paradigma. 3.6 PEMBAKARAN MUSHAF SECARA BESAR-BESARAN Akhir sekali, dalam bab ini membincangkan tentang pembakaran mushaf secara besarbesaran. Pada zaman Khalifah Uthman RA, Abdul Fattah Al-Qadi merekodkan bahawa perintah rasmi dikeluarkan oleh kerajaan untuk melupuskan naskhah-naskhah lain yang tidak menggunakan kaedah penulisan rasm ‘uthmani termasuk naskhah persendirian melalui pembakaran.
72 3.6.1 Pembakaran Naskhah Al-Quran Sebagai Kaedah Yang Betul Dalam Pelupusan Al-Quran Dari peristiwa ini juga, dapatlah kita ketahui cara untuk melupuskan Al-Quran yang sebaik-baiknya adalah melalui pembakaran melalui penjelasan Abdul Fattah Al-Qadi. Jika diperhatikan, reaksi umat Islam ketika itu amat menyambut baik perintah membakar Al-Quran itu dengan akur dan sukarela kerana faham dan percaya bahawa tidaklah sahabat nabi melakukan sesuatu keputusan yang bercanggah dengan Rasulullah s.a.w. melainkan berpandukan pada Al-Quran dan Sunnahnya (Abdul Fattah, 2017). 3.7 KESIMPULAN Daripada perbincangan bab di atas, peneliti cuba menjelaskan bagaimana hikmahnya peristiwa sejarah Al-Quran yang juga di dalamnya meliputi seni dalam pentadbiran kerajaan Islam yang sebenar. Rasulullah s.a.w. menerapkan konsep wasatiah atau bersederhana dalam apa jua urusan termasuklah dalam beragama. Ini membawa maksud tiada keperluan untuk menjadi ekstrimis sebagai contoh peristiwa bertembungnya bacaan antara pasukan tentera Islam, masing-masing merasakan diri paling betul dan yang selainnya salah. Keyakinan yang teguh atas pendirian masingmasing adalah sesuatu yang bagus, tapi tidak bermakna untuk menyalahkan yang lain tanpa ada perkongsian dan perbincangan terlebih dahulu.
73 Maka oleh sebab itu, wasatiah (kesederhanaan) merupakan kunci dalam penghidupan syariat Islam terlebih lagi di negara Malaysia yang terkumpul di dalamnya masyarkat berbilang kaum demi mencapai hidup penuh kasih sayang, harmoni, aman dan sejahtera. Peneliti menutup bab ini dengan potongan firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat ke 10 yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertakwa,”.
74 BAB 4 PENDEKATAN TERBAIK UNTUK MEMAHAMI ISI KANDUNGAN KITAB TARIKH MUSHAF ASY-SYARIF KARANGAN SHEIKH ABDUL FATTAH AL-QADI 4.1 PENGENALAN Sejak penerapan silibus baharu Darul Quran yang diselaraskan dengan Maahad Qiraat Shoubra, Al-Azhar Mesir pada hujung tahun 1999 dan awal tahun 2000 telah menambahkan beberapa madah (subjek) baharu seperti Tarikh Mushaf, Tarikh Qurra, Dhabatul Quran dan Fawasil. Penerapan subjek silibus ini juga membawa kepada penggunaan sumber rujukan ataupun kitab yang sama seperti yang dipelajari di Mesir.
75 Oleh sebab itu, hasil pemerhatian peneliti kaedah pengajaran yang digunakan juga sama seperti mana yang digunakan dalam kelas-kelas di Mesir. Berkemungkinan pengekalan kaedah pembelajaran ini adalah sebagai langkah persediaan kepada pelajar sebelum melanjutkan pengajian di bumi Kinanah itu. Walhal demikian, tidak sampai kepada objektif untuk memahamkan konteks isi kandungannya secara penuh dan seterusnya membawa kepada penghayatan pelajar melainkan kefahaman cukup sekadar untuk menjawab peperiksaan. Dengan perkembangan teknologi kini, buku-buku teks Mesir kini mudah untuk didapati di Malaysia, tetapi tidak pula dengan guru yang kompenten untuk mengajarkannya. Maka wujudnya buku sebagai instrumen pembelajaran yang tidak diolah menyukarkan kefahaman pelajar dan berpotensi untuk membawa kepada salah faham pelajar terutama pelajar yang belum mempunyai asas bahasa arab yang bagus. Maka pada bab ini peneliti ingin mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikkan kaedah pengajaran dan pembelajaran Tarikh Mushaf khususnya. 4.2 PENYELARASAN SEMULA SUSUNAN SUBJEK Berdasarkan pengalaman pembelajaran peneliti berdasarkan silibus Darul Quran sesi akademik 2017/2020, subjek Tarikh Mushaf dan Tarikh Qurra diletakkan di semester yang terakhir iaitu semester yang ke-enam sementara subjek-subjek yang berkaitan seperti Dhabt/ Rasm Al-Quran, Fawasil diletakkan di semester yang awal.
76 Dari satu sisi, peneliti melihat ia adalah sesuatu yang bagus kerana meringankan bebanan yang sudah sedia ada bagi pelajar semester enam yang akan di uji hafalannya 30 juzuk kerana subjek Tarikh Al-Quran dan Tarikh Qurra boleh dikatakan antara subjek yang mudah untuk dikuasai dari konteks menjawab peperiksaan. Walhal demikian, di sisi yang lain peneliti mendapati bahawa subjek ini adalah subjek yang bagus dan membuka pemahaman kepada subjek lain seperti Dhabt/ Rasm Al-Quran, Fawasil, dan Qiraat Ilmi itu sendiri kerana memahami asas dan asal usul pengajian ilmu ini. Maka timbul di benak peneliti mengapa tidak subjek ini di dahulukan? Kerana peneliti menjangka andai subjek ini di dahulukan akan memudahkan kefahaman kepada subjek-subjek yang dinyatakan tadi dan seterusnya mendorong kepada penghayatan pelajar. Oleh itu, peneliti mencadangkan untuk mendahulukan subjek Tarikh Mushaf yang digandingkan dengan Tarikh Qurra di semester awal selari dengan pengenalan ilmi Qiraat ataupun setelahnya. Kemudian barulah, beranjak kepada pengajian mendalam Dhabt/ Rasm Al-Quran, Fawasil, dan Qiraat Ilmi kerana kefahaman asasnya telah ada. Sekiranya sistem susunan subjek dalam silibus tersebut tidak dapat di ubah, maka inisiatif pendidik sendiri untuk membawakan perbincangan tentang sejarah Al-Quran dengan berpandukan kitab Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif karangan Sheikh Abdul Fattah Al-Qadi sebelum meneruskan kepada pembelajaran subjeksubjek di atas.
77 4.3 ALAT BANTU BELAJAR DAN MENGAJAR Seperti kajian ini juga, pelajar dan pengajar mempunyai akses yang terhad terhadap sumber-sumber berautoriti tentang pengajian subjek sejarah Al-Quran ini. Walhal demikian, tidaklah menjadi masalah utama kerana kitab Sheikh Abdul Fattah Al-Qadi ini sudah memadai. Yang menjadi isu utama ialah penguasaan bahasa arab. Bahasa arab yang terkenal dengan kekayaan maksud dan keindahan bahasanya menjadi salah satu kekangan dalam memahami kitab rujukan yang nipis ini dan terdapat banyak kekosongan karya penulisan berkenaan sejarah Al-Quran ini. Tetapi sekitar tiga tahun lepas, satu penulisan yang terperinci karya Mohd Rahim Jusoh Musa (2020) telah berjaya diterbitkan yang dilihat membawa impak yang besar dalam pemahaman pengajian Tarikh Al-Mushaf di institusi pendidikan dalam Malaysia. Selain itu, juga terdapat terjemahan yang tidak rasmi buku Tarikh Al-Mushaf AsySyarif yang merupakan inisiatif pelajar Malaysia untuk mempelajari subjek ini. Seterusnya, karya penulisan ilmu terdahulu berbentuk ayat berstruktur dengan kurangnya ilustrasi, jadual, dan contoh sedikit sebanyak memberi kesan kepada kesusahan untuk memahami ayat. Tetapi salah satu yang dipuji melalui kaedah pembelajaran klasik ini, membantu pelajar untuk memahami dan mempelajari ilmu dalam penulisan orang terdahulu dan merupakan inisiatif pelajar atau pengajar sendiri untuk membuatkan rajah hasil dari pemahaman teks arab tersebut.
78 Ianya tidak hanya terikat kepada kitab ilmu Tarikh Mushaf sahaja tetapi juga ilmu-ilmu lain yang direkodkan dalam bahasa arab. Oleh itu, slaid, infografik, rajah, jadual dan peta minda salah satu yang dijangka membantu kepada pemahaman subjek ini. Maka peneliti simpulkan dari perbincangan tentang cadangan alat bantu mengajar dan belajar dalam menambahbaik kaedah pembelajaran Tarikh Mushaf ini ialah; 1) Mewujudkan Terjemahan Yang Sesuai Kepada Kitab, 2) Menjadikan Kitab Tarikh AlQuran & Rasm ‘Uthmani karangan Ustaz Mohd Rahim Jusoh Musa sebagai salah satu rujukan utama, dan 3) Membuat slaid, infografik, jadual, peta minda dan lain-lain untuk membantu kepada kefahaman konsep dan formula yang diterangkan. 4.4 GURU YANG KOMPENTEN Firman Allah SWT yang bermaksud: “maka tanyakanlah kepada orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui.” (Al-Quran, 21:7) menunjukkan sekiranya seseorang mempunyai kemusykilan tentang sesuatu perkara, hendaklah dia bertanyakan kepada orang yang mahir dan pakar tentang perkara tersebut sehingga dapat menjawab dan menyelesaikan kemusykilan yang ada. Maka dalam konteks pembelajaran juga, adalah menjadi satu keperluan untuk mempunyai guru yang mempunyai kepakarankepakaran tentang subjek-subjek tertentu. Dengan luasnya pengetahuan guru tersebut, diharapkan agar memberi kefahaman dan hidayah melaluinya dengan izin Allah SWT.
79 Selain itu, di era teknologi ini juga para asatizah dinasihatkan agar meningkatkan kemahiran baharu iaitu kemahiran mengendali peranti dan teknologi agar sentiasa releven dan disamping menambah minat serta memudahkan kefahaman pelajar dalam subjek tersebut. Akhir kata, jika ditelusuri masalah sepanjang sejarah pembukuan dan penyelarasan Al-Quran, kunci utama kepada penyelesaian masalah ini adalah guru kerana peranan guru merupakan peranan yang paling penting dalam mendidik murid dan menanamkan fikrah serta mencetus paradigma murid, bukan mengajar kaedah semata-mata. Wal hal demikian, memahami kaedah dan ilmu merupakan asas yang perlu dikuasai oleh murid sebelum sampai kepada penghayatan sesuatu disiplin ilmu. Maka janganlah juga diabaikan asas tersebut kerana ianya merupakan pasak kepada bangunan yang akan dibina kelak. Semakin kukuh pasak yang ditanam, semakin kukuh dan tinggi bangunan itu nanti. Cetusan paradigma pula merupakan halatuju dan fungsi binaan tadi dibangunkan. 4.5 KESIMPULAN Oleh itu, dapat disimpulkan oleh peneliti bahawa penambahbaikan faktor-faktor di atas akan membantu menambahkan kefahaman dan penhayatan kepada pengajar dan pelajar, bukan sekadar menambahkan maklumat dan informasi semata-mata. Maka peneliti senaraikan tiga cadangan utama dalam penambahbaikan kaedah pembelajaran Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif di institusi pendidikan dalam Malaysia. Semoga cadangan ini dapat dinilai semula dan semoga dengan melaluinya akan dapat melahirkan lebih banyak model insan yang menjadikan Al-Quran sebagai penghayatan hidup Wallahua’lam.
80 BAB 5 KESIMPULAN 5.1 PENDAHULUAN Adapun perbincangan yang panjang di bab-bab yang sebelumnya disimpulkan intinya di dalam bab ini bagi memudahkan peneliti-peneliti lain memahami keseluruhan konteks perbahasan dan dapatan daripada kajian ini. Selain itu menjimatkan masa peneliti lain sebelum membuat keputusan untuk meneruskan pembacaan penulisan ini. Antara faktor besar yang memudahkan kajian ini ialah buku Tarikh Al-Quran & Rasm ‘Uthmani, Jilid 1 karangan Mohd Rahim Jusoh Musa bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia terbitannya. Semoga jasa beliau dalam menerbitkan buku ini memberi manfaat yang besar kepada masyarakat, khususnya kepada pelajar dan pengajar Al-Quran.
81 5.2 RUMUSAN KEPADA KONSEP TARIKH AL-MUSHAF ASY-SYARIF KARANGAN SHEIKH ABDUL FATTAH AL-QADI. Kitab ini merupakan kitab rujukan yang ringkas dan lengkap untuk menjelaskan sejarah penulisan Al-Quran serta hukum-hukumnya. Walhal demikian, masih juga terdapat beberapa kekeliruan yang peneliti dapati dari kitab pengarang ini seperti nama penulis wahyu dan kepada nabi yang mana satu dan mushaf Hafsah yang dimaksudkan ialah mushaf yang dikumpulkan oleh Abu Bakar RA ataupun bukan. Kendatipun, ini adalah satu hikmah yang besar menunjukkan perbezaan kitab karangan manusia dengan kalam Allah SWT kerana karangan manusia tetap tidak terlepas dari melakukan kesilapan walaupun sekecil-kecil kesilapan. Begitu juga terdapat kesilapan pada penulisan Rahim Jusoh (2020) pada nota kaki dibeberapa mukasurat. Wallahua’lam, semoga usaha dalam penambahbaikkan Al-Quran dan penjagaanya dari segi rasmnya diteruskan seiring dengan tamdun manusia yang dinamik. 5.3 RUMUSAN PENGAJARAN DISEBALIK PERISTIWA-PERISTIWA DALAM KITAB TARIKH MUSHAF ASY-SYARIF KARANGAN SHEIKH ABDUL FATTAH AL-QADI. Daripada perbincangan bab di atas, peneliti cuba menjelaskan bagaimana hikmahnya peristiwa sejarah Al-Quran yang juga di dalamnya meliputi seni dalam pentadbiran kerajaan Islam yang sebenar. Rasulullah s.a.w. menerapkan konsep wasatiah atau bersederhana dalam apa jua urusan termasuklah dalam beragama.
82 Ini membawa maksud tiada keperluan untuk menjadi ekstrimis sebagai contoh peristiwa bertembungnya bacaan antara pasukan tentera Islam, masing-masing merasakan diri paling betul dan yang selainnya salah. Keyakinan yang teguh atas pendirian masing-masing adalah sesuatu yang bagus, tapi tidak bermakna untuk menyalahkan yang lain tanpa ada perkongsian dan perbincangan terlebih dahulu. Maka oleh sebab itu, wasatiah (kesederhanaan) merupakan kunci dalam penghidupan syariat Islam terlebih lagi di negara Malaysia yang terkumpul di dalamnya masyarkat berbilang kaum demi mencapai hidup penuh kasih sayang, harmoni, aman dan sejahtera. Peneliti menutup bab ini dengan potongan firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat ke 10 yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertakwa,”.
83 5.4 RUMUSAN CADANGAN TAMBAH BAIK KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TARIKH MUSHAF ASY-SYARIF KARANGAN SHEIKH ABDUL FATTAH AL-QADI. Oleh itu, dapat disimpulkan oleh peneliti bahawa penambahbaikan faktor-faktor di atas akan membantu menambahkan kefahaman dan penhayatan kepada pengajar dan pelajar, bukan sekadar menambahkan maklumat dan informasi semata-mata. Maka peneliti senaraikan tiga cadangan utama dalam penambahbaikan kaedah pembelajaran Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif di institusi pendidikan dalam Malaysia. Semoga cadangan ini dapat dinilai semula dan semoga dengan melaluinya akan dapat melahirkan lebih banyak model insan yang menjadikan Al-Quran sebagai penghayatan hidup Wallahua’lam. 5.5 LIMITASI & CADANGAN UNTUK KAJIAN AKAN DATANG Antara limitasi kajian ini adalah kekurangan akses kepada kitab rujukan muktabar seperti kitab Tarikh Al-Quran karangan Tahir Al-Kurdi, kitab karangan Ad-Dani dan beberapa kitab yang lain. Selain itu, masa dan penguasaan bahasa arab juga antara yang menjadi faktor limitasi kajian peneliti kali ini kerana memerlukan masa yang agak lama untuk menterjemah dokumen-dokumen arab.
84 Walhal demikian dengan izin-Nya penulisan ini dapat diselesaikan dan terdapat beberapa cadangan peneliti untuk kajian akan datang. Antara yang paling jelas ialah dari siapakah penulisan Arab ini dipelajari samada penulis wahyu nabi Nuh a.s. ataupun nabi Hud a.s. dengan pembuktian samada namanya Khaljan Bin Muhim ataupun Khaljan Bin Qasim. Selain daripada itu, peneliti mencadangkan agar peneliti akan datang membuat kajian perabandingan dan perkaitan antara kitab Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif dan Tarikh Al-Qurra yang keduanya merupakan kitab karangan Sheikh Abdul Fattah AlQadi. 5.6 PENUTUP Akhir sekali, sebuah kejayaan dalam penghayatan suatu disiplin ilmi tanpa dengan usaha yang gigih dalam mencari informasi berautoriti dan ibrah disebaliknya. Hal ini kerana, ilmu bukan sekadar tahu atau mempunyai informasi sedangkan komputer dan internet juga mempunyai informasi tapi tidak berilmu kerana alat-alat ini tidak dikurniakan akal seperti halnya manusia. Maka hendaklah umat Islam memanfaatkan sepenuhnya akal yang dikurniakan dalam memahami dan menghayati suatu disiplin ilmu yang tertentu lalu kaitkan ianya dengan faktor metafizik iaitu Allahu Ahad Rabbul ‘Alamin agar terserlah bukti-bukti kekuasaanya dan kita menjadi insaf. Semoga dengan pengetahuan kita tentang sejarah Al-Quran yang berasas menyebabkan kita menjadi benteng kepada tohmahan-tohmahan orientalis terhadap Al-Quran dan menjadi asbab kepada merealisasikan janji Allah SWT di dalam firmanNya: “Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah juga yang akan menjaganya”. Wallahua’lam.
85 RUJUKAN Abdul Fattah Al-Qadi (2017). Tarikh Al-Mushaf Asy-Syarif (Edisi Ke-6). Maktabah Al-Kaherah. Al-Buti, D. M. S. R. (2018). Fiqh Al-Sirah (Jilid 1) (U. Mohd. D. S. ’Ali, Trans.; Vol. 1). Dewan Pustaka Fajar (DPF). Al-Quran Al-Karim. Al-Haramain: Tafsir Ringkas Ayat-Ayat Pilihan. Karya Bestari. Ahmad Zulfiqar, S. B. A. H., Mohd Abdul, N. b. A. L., Anhar, B. O. (2015). Piawaian Keselarian Rasm ‘Uthmani Dalam Menilai Al-Qiraat Alquraniyyah. Ahmad, A. M. (2019). Tajzi’ah Al-Quran Kajian Terhadap Periwayatan al-Dani, alSakhawi dan al-Safaqusi serta Amalan Semasa Percetakan Mushaf. Journal of Ma alim Al-Qur an Wa Al-Sunnah. Nilai, Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia. http://jmqs.usim.edu.my/index.php/jmqs/article/view/195 Ahmad Sanusi, A. (2012). Dakwaan Orientalis Terhadap Pengaruh Kristian Dalam Al-Quran: Satu Penelitian. Jurnal Darul Quran, 16, 141-166 Abd Rahman, A.G. (2012). Perbezaan Kaedah Penulisan antara Masahif Uthmaniah serta Kaitannya dengan Qiraat Mutawatirah. Jurnal Darul Quran, 16, 1-22 Ahmad, N. (2015). Memperkasa Darul Quran Ke Arah Memartabat Pendidikan Tahfiz Di Malaysia. Al-Fayruz Abadi, M. (2000). Basa’ir Dhawi al-Tamyiz fi Lata’if al-Kitab al-Aziz. Cairo: al-Majlis al-Ala li Shu’un al-Islamiyyah. Al-Auqaf, W. (2006). Wizarah al-Auqaf Wa al-Syuun al-Islamiyyah, Mausu'ah alFiqhiyyah al-Kuwaitiyah. Kuwait: Dar al-Salasil. As-Syarbini, A. B. W. K. (1996). Hasyiah Al-Bujairimi Ala Al-Khatib, 3/498.
86 Bahreisy H. S. & Bahreisy S. (1988). Terjemah Singkat Tafsir Ibnu Katsier. Victory Agencie. Burhanuddin Jalal (2022). Konsep Tarikh dan Sejarah. Sungai Besi. Temu bual, 19 November Creswell, J. Manion, L. (1991). Research Methods in Education. Routledge, London. Creswell, J. (2008). Educational Research. Planning, Conducting, And Evaluating Quantitative And Qualitative Research. Pearson-Prentice Hall. Creswell, J., Clark, P.V., (2007). Designing And Conducting Mixed Methods Research. Sage Pub Dusuqi, M. A. A. (1996). Hasyiah al-Dusuqi ‘ala al-Syarh al-Kabir. Beirut: Dar alKutub al-'Ilmiyyah. Daud, I., Wan Mohd Khairul Firdaus, W. K., Asyraf, H.A.R., Mohd A’tarahim, M.R. (2015). Mushaf Imla’i Dan Implikasinya Dalam Pembacaan Al-Quran. International Seminar on Al-Quran in Contemporary Society. Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Effendi, S. (2021). Mushaf Utsmani. Nida' Al-Qur'an Jurnal Kajian Quran dan Wanita, 19(2), 83-97. Hafiz, A. (2022). Intervensi Aristokrasi-Etnis Quraisy Dalam Kodifikasi Mushaf ‘Usmani (Studi Kritik Analisis Historis Terhadap Buku Introduction Au Coran). Kota Bogor: Al-Tadabbur: Jurnal Ilmu Al-Qur'an dan Tafsir. http://dx.doi.org/10.30868/at.v7i01.2481 Hassan, W. F. W. (1990). Ringkasan Sejarah Sains. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hisham, H. (n.d.). Pengertian Sirah. Scribd. https://www.scribd.com/doc/137171379/Pengertian-Sirah Mestika Zed, (2004). Metode Penelitian Kepustakawan. Jakarta: Yayasan Obor, 3 Mohamad, K. A. (2021). Penulis Mushaf Mekah. Utusan Malaysia: Kuala Lumpur.
87 Mohd Anuar, M., & Muhammad Lukman, I. (2012). Tujuan Pendidikan Menurut AlQuran dan al-Sunnah: Analisis Terhadap Istilah Pendidikan Berbahasa Arab. Jurnal Darul Quran, 16, 91-115 Mohd Puaad, A.M., & Bakri, A. (2012). Maqasid al-Syari’ah dalam Penghujahan Hukum Islam Semasa di Malaysia. Jurnal Darul Quran, 16, 167-191 Mohd Rahim Jusoh (2020). Tarikh Al-Quran & Rasm ‘Uthmani (Jilid 1). Pustaka Khodim Al-Mushaf. Mohd Shahrizal, N., & Kamarul Syukri, M.T. (2012). Al-I’jaz al-Bayaniy pada AyatAyat al-Qur’an: Satu Kajian Terhadap Uslub al-Hakim dan Iltifat. Jurnal Darul Quran, 16, 53-90 Mustopa, M., & Madzkur, Z. A. (2020). Mushaf Bahriyah. Suhuf, 13(2), 247-267. Muhammad Zaid, S. K., Mohamad Redha, M., & Muhammad Firdaus, A. M. (2020). Sejarah Pembelajaran Ilmu Qiraat Di Darul Quran: Satu Pemerhatian History Of Qiraat’s Knowledge Learning At Darul Quran: An Observation. Nadia Zakiria, (2013, December 1). Kajian Kualitatif. slideshare.net. https://www.slideshare.net/nadiahzakiria/kajian-kualitatif Nubowo, A. (2014). Teori Kodifikasi Mushaf Usmani Telaah Kritis Atas Karya Regis Blachere. Afkaruna, 10 (1). https://doi.org/10.18196/aiijis.2014.0033.96-125 Naquib Al-Attas, S.M., 1978. Islam and Secularism. ABIM, Kuala Lumpur. Semiawan, C.R. (2010). Metode Penelitian Kualitatif. Grasindo. Shamsul Bahri, D. (2012). Konsep Maslahah dan Mafsadah: Satu Analisis Hubung Kait antara al-Ghazzali dengan al-Shatibi. Jurnal Darul Quran, 16, 193-217 Shafiyyur-Rahman Al-Mubarafury. (1993). Al Rahiqul Makhtum, Bahtsun Fi Al Sirah Al Nabawiyah ‘ala Sahibina Afdhali al-Salati Wa al-Salam. Riyadh: DarulSalam.
88 Muhammad Yaqubi - Kebutuhan Kita Terhadap Penerapan Al-Qur’an Dalam Kehidupan Kita. (n.d.). https://yaqoobi.net/Indonesia/index.php/permalink/3346.html Ulil Hidayah. (2014). Kontroversi Mushaf Utsmani. Ulul Albab Jurnal Studi Islam, 15(1), 44-56. Yusof, M. H. M. (2015, October 8). Tarikh Tasyri’ Perkembangan Zaman Abbasiyah. httpswww.academia.edu16561125Tarikh_Tasyri_Perkembangan_Zaman_Ab basiyah Zuhdi Ismail, H. M. (2012). Al-Qiraah al-Qur’aniyah dan al-Lahajat al-Arabiyah: Suatu Tinjauan Perbandingan. Jurnal Darul Quran, 16, 23-52