The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tahun 2022 telah berlalu dengan meninggalkan timbunan khazanah yang kaya dengan pengalaman dan pengajaran yang amat bernilai untuk dipelajari dan dihayati. Tahun 2022 juga membawa YIPP ke ambang pintu kedewasaan untuk memasuki dekad kedua setelah berlalu dekad pertama semenjak penubuhan YIPP pada tahun 2012. Justeru catatan pada tahun 2022 ini merupakan catatan penting terhadap “tajribah” sepanjang sedekad yang telah berlalu.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD SYAFIQ ISMAIL, 2023-05-11 04:39:12

BUKU LAPORAN TAHUNAN 2022 YAYASAN ISLAM PULAU PINANG

Tahun 2022 telah berlalu dengan meninggalkan timbunan khazanah yang kaya dengan pengalaman dan pengajaran yang amat bernilai untuk dipelajari dan dihayati. Tahun 2022 juga membawa YIPP ke ambang pintu kedewasaan untuk memasuki dekad kedua setelah berlalu dekad pertama semenjak penubuhan YIPP pada tahun 2012. Justeru catatan pada tahun 2022 ini merupakan catatan penting terhadap “tajribah” sepanjang sedekad yang telah berlalu.

"Memperkuat Institusi, Memperkasa Komuniti"


YIPP "Pemangkin Pembangunan Ummah" Penang Islamic Foundation


Visi, Misi, & Fungsi Struktur Organisasi Yayasan Islam Pulau Pinang Struktur Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang Struktur Pentadbiran Yayasan Islam Pulau Pinang Mandat Yayasan Islam Pulau Pinang KAFA Menengah Pulau Pinang Pulau Pinang Mengajar Baitul Hikmah Iltizam Huffaz Galeri Haji Pulau Pinang Lokasi Perlaksanaan Program Pembangunan Insan YIPP Penglibatan Program Pembangunan Insan YIPP SEKAPUR SIRIH Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang RANGKUMAN 2022 Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Pulau Pinang PENGENALAN YAYASAN ISLAM PULAU PINANG LAPORAN PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN PROGRAM KHAS PEMBANGUNAN FIZIKAL KEWANGAN PENGIKTIRAFAN MEDIA SOSIAL YIPP YIPP DI MEDIA SAHABAT YIPP Laporan Tahunan Yayasan Islam Pulau Pinang 2022 ISI KANDUNGAN 2 3 5 10 16 61 65 68 71 74 76 84


Dato' Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang "Penerbitan laporan ini sangatlah penting selain ianya merupakan salah satu inisiatif dalam menyalurkan informasi dan maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh YIPP untuk merealisasikan Visi dan Misi serta Pelan Strategik YIPP demi pembangunan Umat Islam, khususnya di negeri Pulau Pinang". " " Sekapur Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang 3 S I R I H


Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya Buku Laporan Tahunan Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) Tahun 2022 telah berjaya diterbitkan buat julung kalinya. Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh kakitangan YIPP kerana bertungkus-lumus dan bekerjasama berganding bahu untuk menghasilkan buku Laporan Tahunan ini untuk dijadikan rujukan semua. Penerbitan laporan ini sangatlah penting selain ianya merupakan salah satu inisiatif dalam menyalurkan informasi dan maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh YIPP untuk merealisasikan Visi dan Misi serta Pelan Strategik YIPP demi pembangunan umat Islam, khususnya di negeri Pulau Pinang. Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi kepada YIPP kerana telah berjaya mengorak langkah dalam mempromosikan institusi Islam di peringkat antarabangsa, seterusnya mengangkat martabat instrumen pendidikan dan pembangunan insan di negeri ini. Dokongan dari institusi sangat diperlukan dalam kalangan masyarakat Islam khususnya hingga menjadi satu instrumen yang penting dalam memperkukuhkan sosial dan pembangunan umat Islam di Pulau Pinang. Besarlah harapan saya agar YIPP dapat meneruskan segala usaha dan pencapaian yang cemerlang dan seterusnya mengukuhkan institusi pendidikan dan pembangunan insan di Pulau Pinang. Seperti yang diketahui, pengurusan, perancangan dan pembangunan insan mampu memberi sumbangan yang besar terhadap kesejahteraan umat Islam. Semoga penerbitan buku laporan ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat awam tentang peranan pendidikan dan pembangunan insan adalah kepada semua pihak. Semoga dengan usaha yang telah dilakukan akan memberikan manfaat kepada umat Islam khususnya di Pulau Pinang. Dato' Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang 4


YIPP sebagai sebuah Agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak boleh lari daripada memfokuskan usaha dan kudrat yang ada dalam melaksanakan mandat yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Alhamdulillah, sepanjang tahun 2022, YIPP telah mengorak langkah dengan pelbagai inisiatif untuk mencapai Visi Penang 2030 yang menggariskan Pulau Pinang sebagai “Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara”. " " MOHD FITRI BIN IBRAHIM Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Pulau Pinang 5 2 0 2 2 Rangkuman


Tahun 2022 telah berlalu dengan meninggalkan timbunan khazanah yang kaya dengan pengalaman dan pengajaran yang amat bernilai untuk dipelajari dan dihayati. Tahun 2022 juga membawa YIPP ke ambang pintu kedewasaan untuk memasuki dekad kedua setelah berlalu dekad pertama semenjak penubuhan YIPP pada tahun 2012. Justeru catatan pada tahun 2022 ini merupakan catatan penting terhadap “tajribah” sepanjang sedekad yang telah berlalu. YIPP sebagai sebuah Agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak boleh lari daripada memfokuskan usaha dan kudrat yang ada dalam melaksanakan mandat yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Alhamdulillah, sepanjang tahun 2022, YIPP telah mengorak langkah dengan pelbagai inisiatif untuk mencapai Visi Penang 2030 yang menggariskan Pulau Pinang sebagai “Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara”. YIPP percaya dengan semangat bekerjasama (collaboration) berbanding bersaing (competition) dalam usaha untuk mencapai matlamat bersama. Oleh yang demikian, YIPP telah menumpukan perhatian pada tahun 2022 untuk membangunkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam melaksanakan mandat yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Oleh yang demikian, bagi pihak YIPP saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Sahabat YIPP yang telah memberikan bantuan dan sokongan kepada YIPP sepanjang tahun 2022. 6 MOHD FITRI BIN IBRAHIM Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Pulau Pinang


Mandat YIPP sebagai Agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang YIPP telah melalui proses rasionalisasi dengan keputusan MMK Bil 27/2020 yang memutuskan YIPP adalah sebuah Agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diletakkan di bawah kawal selia Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Ini menjadikan YIPP sebagai sebuah institusi agama selari dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004. Menyusun Semula Organisasi YIPP YIPP disusun semula dengan fokus untuk mencapai Visi Penang 2030 dan Pelan Pembangunan Khaira Ummah 2030. Bagi pelaksanaan Pelan Pembangunan Khaira ummah 2030, Ketua Pegawai Eksekutif YIPP telah dilantik sebagai Ketua Teras Anak Muda. Dalam masa yang sama, YIPP juga dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pendidikan dan Bantuan Pelajaran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Ahli MMK (AGAMA) Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Mengukuhkan Kerjasama YIPP YIPP telah menjalinkan kerjasama dengan pihak kerajaan dan swasta dalam pelaksanaan program YIPP. Rakan kerjasama ini dinamakan sebagai “Sahabat YIPP”. Peruntukan Tahunan YIPP Ditingkatkan Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) juga terus diberikan kepercayaan oleh Kerajaan Negeri dengan peningkatan peruntukan tahunan sebanyak 45% berbanding tahun 2021 menjadikan geran tahunan YIPP berjumlah RM1.6 Juta pada tahun 2022. Kerajaan Negeri juga memutuskan peruntukan ini akan terus disalurkan kepada YIPP setiap tahun. Memperkuat Institusi YIPP 4 Strategi YIPP 7


Pembinaan sahsiah Islamiah pada setiap diri individu muslim merupakan asas pertama ke arah pembentukan kehidupan yang rabbani. Usaha pembangunan sahsiah Islamiah ini telah menjadi intipati utama YIPP pada tahun 2022 menerusi program pembangunan insan. YIPP berjaya melaksanakan Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) Menengah Pulau Pinang yang diperkenalkan buat kali pertama di Pulau Pinang. KAFA Menengah berjaya menarik perhatian lebih 350 orang pelajar dengan penglibatan 11 buah masjid di Pulau Pinang. Menerusi program ini YIPP melantik guru dari kalangan graduan pengajian Islam seramai 26 orang bagi melaksanakan tugas Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) KAFA Menengah Pulau Pinang. Dalam usaha untuk membentuk generasi al-Quran yang berwibawa, maka YIPP telah menyelami isu yang memberikan impak kepada generasi al-Quran yang dibentuk di maahad tahfiz seluruh Negeri Pulau Pinang. Maka atas kesedaran dan perihatinan YIPP telah menggerakkan usaha untuk membantu pelajar tahfiz di Pulau Pinang dengan pelaksanaan program Iltizam Huffaz iaitu program pensijilan SPM secara “fast track” kepada pelajar tahfiz. Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua lulusan tahfiz yang berusia 17 tahun menduduki peperiksaan SPM. Inisiatif ini telah dibantu oleh 8 orang guru pakar daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan disertai 40 orang pelajar tahfiz terlibat pada tahun 2022. Insyaallah, pelajar ini akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2023. YIPP terus komited dalam mencapai matlamat Visi Penang 2030 dengan memberi penekanan kepada Tema C1: Membantu Komuniti Yang Rentan Dan Mengurangkan Ketaksamaan. YIPP meneruskan usaha membantu pendidikan murid di kawasan luar bandar dan miskin bandar menerusi program Kelas Bimbingan Pulau Pinang Mengajar. Menerusi program ini seramai 200 orang murid terlibat dengan bantuan 100 orang sukarelawan. YIPP juga berjaya membuka sebuah lagi lokasi Kelas Bimbingan Pulau Pinang Mengajar iaitu di Flat Kampung Melayu, Daerah Timur Laut pada tahun 2022 menjadikan 4 lokasi di seluruh Negeri Pulau Pinang. Dalam masa yang sama, YIPP kini telah membuka sebuah pusat interaksi belia yang dikenali sebagai Baitul Hikmah YIPP di kawasan Jalan Sungai Pinang, Jelutong yang merangkumi PPR Jalan Sungai dan Taman Sri Pinang. Baitul Hikmah kini digunakan secara aktif oleh pelajar dan remaja di kawasan kejiranan Jalan Sungai sebagai ruang belajar dan bermain secara selamat. Baitul Hikmah YIPP menjadi inisiatif pertama di Pulau Pinang yang menyediakan ruang selamat (safe space) kepada belia untuk belajar dan bersosial dengan pemerhatian sukarelawan yang terlatih. Memperkasa Komuniti 8


Bagi memastikan inisiatif pendidikan YIPP ini mencapai matlamat, YIPP akan terus meningkatkan profesionalisme perguruan Guru KAFA Menengah dan melatih sukarelawan dengan mengambil kira perubahan suasana pendidikan pasca COVID-19 yang jauh lebih mencabar. YIPP juga terus memberikan tumpuan dalam aspek warisan Islam di Pulau Pinang dengan meneruskan inisiatif Galeri Haji Pulau Pinang yang telah ditubuhkan sejak 2015. Inisiatif Galeri Haji Pulau Pinang telah mencatatkan perkembangan yang cemerlang apabila menerima Anugerah Cemerlang Warisan 100 Tahun Pulau Pinang bagi Galeri Haji Pulau Pinang. Menerusi anugerah ini usaha YIPP membuka Galeri Haji Pulau Pinang di Lebuh Acheh diiktiraf oleh pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dalam masa yang sama, Galeri Haji Pulau Pinang juga mendapat liputan luas media menerusi dua dokumentari iaitu “Haji Dulu-Dulu” yang ditayangkan di TV1 dan “Merentas Samudera ke Nusantara” di Astro Oasis. Dalam aspek pembangunan fizikal, YIPP telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan International Modern Arabic School (IMAS) yang merupakan sebuah sekolah Islam antarabangsa berpusat di Putrajaya. Menerusi MoU, YIPP Insyaallah akan bersama-sama IMAS dalam merealisasikan penubuhan Sekolah Islam Antarabangsa di Pulau Pinang. Usaha ini diharapkan akan dapat memberikan peluang kepada penduduk Islam untuk mendapat pendidikan dengan kurikulum dan standard peperiksaan antarabangsa. Saya yakin dalam ruangan yang terhad ini tidak dapat memberikan spektrum yang menyeluruh perkembangan YIPP sepanjang tahun 2022. Namun begitu, dokumen yang ada di tangan anda ini diharapkan menjadi catatan penting dalam pelaporan tahunan yang cekap, akauntabiliti dan telus. Insyaallah, YIPP terus menapak ke hadapan menyongsong hari esok dengan semangat yang istiqomah walaupun berhadapan dengan situasi baru yang lebih mencabar. Akhir sekali, bagi mewakili keluarga besar Yayasan Islam Pulau Pinang, saya ingin mengulangi komitmen kami bagi melaksanakan mandat, memperkuat institusi menerusi pengukuhan tadbir urus dan memperkasa komuniti dengan pelaksanaan program yang berimpak tinggi demi kemajuan umat Islam di Negeri Pulau Pinang tercinta. MOHD FITRI BIN IBRAHIM Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Pulau Pinang 9


LAPORAN TAHUNAN Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) merupakan Agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kawal selia Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) PENGENALAN 10


Merealisasikan Agenda Pembangunan Ummah Melalui Pengurusan Yang Cekap Dan Berkualiti Berlandaskan Syariat Islam VISI MISI Menjadi Organisasi Dalam Memperkasakan Pembangunan Ummah dan Syiar Islam di Pulau Pinang “Menjadi organisasi pelengkap (complementary) kepada pembangunan Islam di Pulau Pinang” FUNGSI 11


YAYASAN ISLAM PULAU PINANG STRUKTUR ORGANISASI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LEMBAGA PENGARAH YAYASAN ISLAM PULAU PINANG BAHAGIAN PEMBANGUNAN INSAN BAHAGIAN PENTADBIRAN BAHAGIAN KEWANGAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN FIZIKAL KAFA MENENGAH PULAU PINANG PULAU PINANG MENGAJAR BAITUL HIKMAH ILTIZAM HUFFAZ GALERI HAJI PULAU PINANG 12


13


S T R U K T U R O R G A N I S A S I MOHD FITRI BIN IBRAHIM MUHAMMAD SYAUQI BIN A RAHIM NURUL HAZWA BT ROSLAN AIDI AKHBAL BIN MOHAMED ZAINON ABDUL AZIM BIN ABDUL RAHMAN KHAIRUL HILMAN BIN MOHD MOKTAR MOHAMMAD SOBRI BIN MD FOZI AMEER BUKHORIE BIN ALI MUHAMMAD SYAFIQ BIN ISMAIL NORHIDAYAH BINTI JOHARI NUR FARIHA BT AB GHANI NOR SHAMINA BT MOHD WIRA SITI KHAIRANI BT ABD JALIL 14


KAFA MENENGAH PULAU PINANG PULAU PINANG MENGAJAR BAITUL HIKMAH ILTIZAM HUFFAZ GALLERI HAJI PULAU PINANG HOSPITAL ISLAM PULAU PINANG SEKOLAH ISLAM ANTARABANGSA PULAU PINANG PEMBANGUNAN INSAN PEMBANGUNAN FIZIKAL Yayasan Islam Pulau Pinang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah agensi kerajaan negeri pada tahun 2012. Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberikan mandat kepada Yayasan Islam Pulau Pinang bagi melaksanakan dua teras utama iaitu Pembangunan Insan dan Pembangunan Fizikal. MANDAT YAYASAN ISLAM PULAU PINANG 15


LAPORAN PROGRAM P E M B A N G U N A N I N S A N 16


KAFA MENENGAH PULAU PINANG 17


Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas. Masjid Jamek Al-Hidayah, Lahar Tiang Masjid Dato' Sheikh Adnan, Penaga Masjid Jamek As-Solihin, Kepala Gajah, Simpang Empat Masjid Jamek Al-Amin, Simpang Tiga, Nibong Tebal Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Taman Guar Perahu Mesyuarat Jawatankuasa MMK (Agama) Bil 1/2021 pada 15 Februari 2021 memutuskan Yayasan Islam Pulau Pinang sebagai agensi pelaksana KAFA Menengah Pulau Pinang. Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) Menengah adalah suatu program berkonsepkan pengukuhan Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta pengamalan Fardhu Ain kepada pelajar di peringkat sekolah menengah. PEMBANGUNAN INSAN KAFA MENENGAH PULAU PINANG LOKASI KAFA MENENGAH PULAU PINANG 18 Masjid Jamek Al-Hidayah, Jalan Baru Masjid Al-Bukhary, Bandar Baru, Jelutong Masjid Umar Abdul Aziz, Batu Maung Masjid Tuan Guru, Tanjong Tokong Masjid Al-Huda, Sungai Ara


01 Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) 02 Pelajar lelaki dan perempuan berumur 13 - 16 tahun 03 Pelajar yang tinggal di dalam kariah masjid terpilih KAFA MENENGAH PULAU PINANG OBJEKTIF Memastikan semua remaja Islam di Pulau Pinang dapat mempelajari dan mengamalkan perkara-perkara asas fardhu ain. 1 Memastikan semua remaja Islam 13 -16 belas tahun di Pulau Pinang dapat mempelajari dan boleh menguasai bacaan Al-Quran dengan baik. 2 3 Mewujudkan suatu sistem kelas pengajian AlQuran dan Fardhu Ain peringkat menengah yang kemas, seragam dan bersepadu di Pulau Pinang. Memperkukuh asas pendidikan agama Islam untuk remaja Islam dalam pendidikan AlQuran dan Fardhu Ain. 4 OBJEKTIF SASARAN PELAJAR 19


KAFA MENENGAH PULAU PINANG Perbincangan bersama pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 23 Februari 2022 - Yayasan Islam Pulau Pinang telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Fokus utama kunjung hormat ini adalah memperkukuhkan jalinan kerjasama yang sedia terjalin antara YIPP dan JAIS. Kunjungan ini diketuai oleh Encik Mohd Fitri Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif YIPP serta kakitangan YIPP Bahagian Pembangunan Insan. 24 Januari 2022 - Pembentangan ini adalah untuk melaporkan kepada pihak Zakat Pulau Pinang tentang pelaksanaan dan perjalananProgram KAFA Menengah Pulau Pinang bermula September 2021 hingga 15 Januari 2022. Untuk makluman, Zakat Pulau Pinang merupakan penaja utama bagi pelaksanaan KAFA Menengah Pulau Pinang yang dilaksanakan oleh YIPP Pembentangan Laporan Pelaksanaan KAFA Menengah Pulau Pinang Peringkat I kepada Pihak Zakat Pulau Pinang (ZPP) Sesi Pendaftaran Pelajar dan Taklimat Waris KAFA Menengah Pulau Pinang 8 Januari 2023 - Sesi Pendaftaran KAFA Menengah Pulau Pinang diuruskan oleh Guru KAFA Menengah dan Yayasan Islam Pulau Pinang. Sesi ini juga memberi makluman mengenai pelaksanaan kelas KAFA Menengah Pulau Pinang kepada waris pelajar KAFA Menengah. Encik Mohd Fitri Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif YIPP turut bersama meluangkan masa bersama ibubapa dan pelajar KAFA Menengah Pulau Pinang. Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi dan AJK Kariah Masjid lokasi KAFA Menengah Pulau Pinang yang turut membantu melancarkan sesi pendaftaran dan taklimat ini. 20


KAFA MENENGAH PULAU PINANG 17 Januari 2022 - Kelas KAFA Menengah Pulau Pinang bakal bermula di seluruh Pulau Pinang. Semoga segala usaha yang dilaksanakan ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang. Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah Masjid Jamek Al-Hidayah, Lahar Tiang Masjid Dato’ Sheikh Adnan, Penaga Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Taman Guar Perahu Masjid Jamek Al-Hidayah, Jalan Baru, Perai Masjid Al Solihin Kg Kepala Gajah Masjid Al-Amin, Simpang Tiga, Nibong Tebal Masjid Umar Abdul Aziz, Batu Maung Masjid Al-Huda, Sungai Ara Masjid Al-Bukhary, Jelutong Masjid Tuan Guru, Tanjung Tokong Masjid KAFA Menengah Pulau Pinang: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Pelaksanaan Kelas KAFA Menengah Pulau Pinang dan Ujian Saringan Majlis Pelancaran Program KAFA Menengah Pulau Pinang oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang 11 Februari 2022 - Kelas KAFA Menengah Pulau Pinang (KMPP) dengan jayanya telah dilancarkan oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bertempat di Masjid Dato’ Sheikh Adnan, Penaga. Yayasan Islam Pulau Pinang sebagai agensi pelaksana KAFA Menengah Pulau Pinang juga merakamkan penghargaan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan Masjid Dato’ Sheikh Adnan Penaga yang sudi menyediakan ruang pelancaran KAFA Menengah dalam Majlis Perasmian Masjid Dato’ Sheikh Adnan. Sekalung penghargaan dan terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) atas sokongan padu juga dana daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP) dalam pelaksanaan program KAFA Menengah Pulau Pinang 21


KAFA MENENGAH PULAU PINANG 14 Mac 2022 - KAFA Menengah Pulau Pinang menganjurkan Program Tadarus Al-Quran bagi memupuk generasi muda yang cintakan Al-Quran. Program ini dimulakan dengan solat dhuha yang diimamkan oleh Guru KAFA Menengah Pulau Pinang. Aktiviti tadarus Al-Quran bagi kelas ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Ramadhan. Program Tadarus dan Qiamullail KAFA Menengah Pulau Pinang Aktiviti Tadarus Al-Quran adalah untuk persiapan Majlis Khatam Al-Quran pada 23 April 2022 di Masjid Jamek Al-Hidayah Jalan Baru. Semoga usaha ini menjadi saksi kepada pembangunan generasi muda di Pulau Pinang. 26-27 Mac 2022- Alhamdulillah, Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) telah menganjurkan Bengkel Pedagogi KAFA Menengah Pulau Pinang di AC by Marriott Hotel, Bukit Gambir. Guru KAFA berkampung di hotel selama dua hari untuk menjayakan bengkel ini. Bengkel ini dirasmikan oleh YB. Dato' Ir. Hji. Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang dengan diiringi En Mohd Fitri bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Islam Pulau Pinang. Bengkel Pedagogi KAFA Menengah Pulau Pinang Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Muhamad Asmadi Bin Mustakim, Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan JAIS, Puan Azlinah Binti Paiman, Penolong Pengarah Unit Kokurikulum, JAIS, En. Mohammad Shihabuddin Bin Nor Roddin, Penolong Pengarah Kurikulum JAIS kerana telah membantu pelaksanaan KAFA Menengah Pulau Pinang. Tidak lupa juga kepada Tuan Amran bin Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang yang sudi hadir untuk merasmikan majlis penutupan bengkel ini. 22


KAFA MENENGAH PULAU PINANG 30 Mei 2022 - Yayasan Islam Pulau Pinang telah menganjurkan majlis sambutan Hari Guru peringkat KAFA Menengah Pulau Pinang bertempat di Auditorium SIRIM, Bandar Baru Perda. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Abdul Basid bin Ramli, Pengarah SIRIM Wilayah Utara. Majlis ini kemudiannya berakhir dengan sesi Jamuan Hari Raya Aidilfitri Yayasan Islam Pulau Pinang. Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah Majlis Sambutan Hari Guru KAFA Menengah Pulau inang & Jamuan Hari Raya Aidilfitri Yayasan Islam Pulau Pinang 24-26 Julai 2022 - Yayasan Islam Pulau Pinang telah menganjurkan Bengkel Pentaksiran dan Penggubalan Soalan KAFA Menengah Pulau Pinang di Concode Hotel, Selangor Darul Ehsan. Bengkel ini bertujuan membantu tenaga pengajar KAFA Menengah Pulau Pinang dalam mendidik pelajar-pelajar KAFA Menengah Pulau Pinang dengan lebih baik dan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang selaras dengan matlamat KAFA Menengah Pulau Pinang. Bengkel Pentaksiran dan Penggubalan Soalan KAFA Menengah Pulau Pinang Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Muhammad Asmadi Bin Mustakim, Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan JAIS, Puan Azlinah Binti Paiman, Penolong Pengarah Unit Kokurikulum JAIS, En Mohammad Shihabuddin Bin Nor Roddin, Penolong Pengarah Kurikulum JAIS dan Puan Muslihah Binti Hasan, Penolong Pengarah Kanan Unit Peperiksaan Dan Penilaian JAIS. Perasmian penutup bengkel ini disempurnakan oleh Sahibus Saadah Dato' Haji Mohd Shahzihan Bin Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan En. Mohd Fitri bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Islam Pulau Pinang. Zakat Pulau Pinang dan Professor Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB). Ribuan terima kasih diucapkan kepada SIRIM dan semua pihak yang telah bekerjasama dalam menjayakan majlis ini. Semoga penganjuran majlis ini mampu mengeratkan lagi hubungan dan ukhuwah yang terjalin antara semua pihak. Tuan Amran bin Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif, 23


KAFA MENENGAH PULAU PINANG 23 April 2022 - Majlis Khatam Al-Quran KAFA Menengah Pulau Pinang anjuran Yayasan Islam Pulau Pinang dengan kerjasama Kariah Masjid AlHidayah, Jalan Baru, Perai yang menjadi tuan rumah buat pertama kali buat julung kalinya diadakan di peringkat KAFA Menengah Pulau Pnang. Seramai 350 orang yang hadir bagi menjayakan majlis ini. Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang dan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Islam Pulau Pinang, Encik Mohd Fitri bin Ibrahim. - YIPP merakamkan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Mahkamah Syariah Seberang Perai Tengah, Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Zakat Pulau Pinang, Waqaf Pulau Pinang, dan MAIMENGAJI.COM, 24


KAFA MENENGAH PULAU PINANG 25 September 2022 - Buat julung kalinya Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) berjaya menganjurkan Ihtifal Sanawi KAFA Menengah Pulau Pinang dengan melibatkan pelajar KAFA Menengah dari semua lokasi bertempat di Mydin Mall, Bukit Mertajam. Ihtifal Sanawi yang dilangsungkan kali ini melibatkan pertandingan seperti Tilawah, Hafazan, Khutbah, Kuiz dan Azan yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 5 petang. Ihtifal Sanawi KAFA Menengah Pulau Pinang Tahun 2022 Kehadiran YB Dato’ Ir. Hj Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, Timb. Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) sebagai perasmi Majlis Penutup Ihtifal Sanawi beserta tetamu kehormat lainnya serta kehadiran wakil masjid dan ibu bapa memeriahkan lagi Ihtifal Sanawi kali ini. YIPP mengucapkan jutaan tahniah buat para pemenang, pelajar, guru-guru, pihak masjid serta ibu bapa yang memberi dorongan dan bantuan dari awal hingga berakhirnya majlis.Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih buat pihak penaja yang menaja sepanjang ihtifal ini 25


BIL PROGRAM/AKTIVITI BULAN 1 Pendaftaran Pelajar KAFA Menengah Pulau Pinang 17 Januari 2022 2 Ujian Saringan KAFA Menengah Pulau Pinang 17 Januari 2022 3 Pelaksanaan Kelas KAFA Menengah Pulau Pinang Januari Hingga Disember 2022 135 kali kelas 4 Pembentangan Laporan Pelaksanaan KAFA Menengah Pulau Pinang Peringkat I kepada pihak Zakat Pulau Pinang 24 Januari 2022 5 Majlis Pelancaran Program KAFA Menengah Pulau Pinang oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang 11 Februari 2022 6 Perjumpaan Bulanan Guru KAFA Menengah Pulau Pinang 24 dan 25 Februari 2022 7 Bengkel Pentaksiran dan Penggubalan Soalan Ujian KAFA Menengah Pulau Pinang 26 dan 27 Mac 2022 8 Program Khas Bulan RamadhanTadarus Al-Quran Qiamullail dan Iftar bersama pihak masjid Sepanjang Bulan Ramadhan 9 Majlis Khatam Al-Quran KAFA Menengah Pulau Pinang 23 April 2022 10 Pembentangan Laporan Pelaksanaan KAFA Menengah Pulau Pinang Peringkat II kepada pihak Zakat Pulau Pinang 24 Mei 2022 KAFA MENENGAH PULAU PINANG LAPORAN PROGRAM 26


BIL PROGRAM/AKTIVITI BULAN 11 Majlis Sambutan Hari Guru KAFA Menengah Pulau Pinang 30 Mei 2022 12 Perjumpaan bersama Pengarah Pusat Islam USM 1 Jun 2022 13 Perbincangan Bersama Pihak Awfatech bagi membina sistem pengurusan KAFA Menengah Pulau Pinang 10 Jun 2022 14 Perjumpaan Bulanan Guru KAFA Menengah Pulau Pinang 8 Julai 2022 15 Bengkel Pedagogi KAFA Menengah Pulau Pinang 22 hingga 24 Julai 2022 16 Latihan Sistem Pengurusan KAFA Menengah Pulau Pinang pegawai YIPP bersama Pihak Awfatech 8 dan 10 Ogos 2022 17 Mesyuarat Ihtifal Sanawi KAFA Menengah Pulau Pinang Tahun 2022 12 Ogos 2022 18 Latihan Sistem Pengurusan KAFA Menengah Pulau Pinang kepada Guru KAFA Menengah Pulau Pinang bersama Pihak Awfatech 26 Ogos 2022 19 Mesyuarat bersama Panel Hakim bagi Ihtifal Sanawi KAFA Menengah Pulau Pinang 30 Ogos 2022 20 Ihtifal Sanawi KAFA Menengah Pulau Pinang Tahun 2022 25 September 2022 21 Kursus Peningkatan Profesionalisme Yayasan Islam Pulau Pinang 10 hingga 12 Disember 2022 KAFA MENENGAH PULAU PINANG LAPORAN PROGRAM 27


KAFA MENENGAH PULAU PINANG GAMBAR PERLAKSANAAN PROGRAM 28


PULAU PINANG MENGAJAR 29


SAR Al-Amin, Nibong Tebal SAR Ar-Rahman, Padang Cempedak PPR Jalan Sungai, Jelutong Dewan MPKK Kampung Melayu, Air Itam Program Pulau Pinang Mengajar anjuran Yayasan Islam Pulau Pinang dengan kerjasama Zakat Pulau Pinang merupakan sebuah program pendidikan yang bermatlamat untuk membantu anak-anak golongan asnaf B40 meningkatkan tahap kemahiran 3M iaitu membaca, mengira dan menulis. Gerakan #PulauPinangMengajar adalah sebuah gerakan yang mengumpulkan tenaga sukarela yang terdiri daripada anak muda untuk mengambil tanggungjawab memajukan pendidikan pelajar miskin di PPR dan luar bandar yang tertinggal. Gerakan ini telah bermula pada tahun 2019 dan sehingga kini program ini telah membantu hampir 200 pelajar dan dibantu seramai 80 sukarelawan terlatih yang mempunyai pelbagai latar belakang kerjaya. Antara lokasi PPM adalah seperti berikut : Gerakan ini adalah komitmen YIPP dalam membangunkan nilai modal insan yang berilmu pengetahuan (ulul albab) dan berakhlak mulia (akhlakul karimah) yang akan mencorakkan hala tuju ke arah merealisasikan Visi Penang 2030 dan Khaira Ummah 2030 PULAU PINANG MENGAJAR 30


Membentuk tenaga sukarela untuk membimbing dan menginspirasikan pelajar tercicir. Membantu membimbing pelajar tercicir di sekolah agar dapat belajar dengan bimbingan sukarelawan. Melibatkan pelbagai pihak untuk bersamasama turut serta dalam membantu pendidikan . Rakan Kerjasama Suka Pelajar relawan Lokasi 107 200 4 8 PULAU PINANG MENGAJAR 3 TERAS UTAMA Gerakan #PulauPinangMengajar adalah sebuah gerakan yang mengumpulkan tenaga sukarela yang terdiri daripada anak muda untuk mengambil tanggungjawab memajukan pendidikan pelajar miskin di PPR dan luar bandar yang tertinggal. Gerakan ini telah bermula pada tahun 2019 dan sehingga kini program ini telah membantu hampir 200 pelajar dan dibantu seramai 107 sukarelawan terlatih yang mempunyai pelbagai latar belakang kerjaya. FAKTA DAN ANGKA PULAU PINANG MENGAJAR 31


PULAU PINANG MENGAJAR 16 April 2022 - Majlis Apresiasi Pulau Pinang Mengajar ini telah diadakan bertujuan bagi merakamkan penghargaan kepada para pelajar Pulau Pinang Mengajar bagi lokasi Guar Perahu, sukarelawan serta wakil-wakil komuniti yang telah bekerjasama sepanjang pelaksanaan program ini. Majlis ini telah diadakan di Penang Golf Resort, Kepala Batas pada 16 April 2022 (Sabtu) dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, wakil komuniti lokasi, anggota sukarelawan dari kesemua lokasi waris serta pelajar-pelajar Pulau Pinang Mengajar dari lokasi Guar Perahu. Majlis Apresiasi Pulau Pinang Mengajar Majlis ini adalah bertujuan bagi meraikan penglibatan dan sumbangan sukarelawan, wakil komuniti, waris dan pelajar yang telah bersama-sama menjayakan program ini sepanjang pelaksanaan program ini dijalankan. Selain itu, majlis ini adalah untuk meningkatkan semangat dan motivasi anggota sukarelawan dan waris untuk terus melibatkan diri dalam program Pulau Pinang Mengajar pada masa hadapan. Akhir sekali, program ini adalah untuk menyemarakkan hubungan silaturahim di antara anggota sukarelawan, wakil-wakil komuniti serta pihak YIPP. 7 Januari 2022 - Ranking Top Volunteer Pulau Pinang Mengajar (PPM) adalah sebuah penghargaan Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) kepada sukarelawan yang aktif menjadi tulang belakang YIPP dalam pelaksanaan program dan kelas "online" Pulau Pinang Mengajar sepanjang tahun 2021. Penghargaan ini adalah sebuah galakan kepada sukarelawan untuk terus terlibat dan komited terhadap objektif program ini. Usaha ini juga adalah bertujuan mengenalpasti tahap kepimpinan, kreativiti, dan tahap penguasaan kemahiran mengajar dalam kelas PPM. "Ranking Top Volunteer" Pulau Pinang Mengajar 32


16 April 2022 - Kotak Nutrisi untuk Duafa’ adalah salah satu usaha Yayasan Islam Pulau Pinang menyediakan makanan nutrisi yang sihat kepada pelajar yang sedang berada dalam golongan B40. Usaha ini adalah hasil kajian yang dibuat oleh UNICEF yang menjelaskan bahawa majoriti pelajar yang berada dalam golongan B40 tidak mendapat jumlah nutrisi yang secukupnya. Hal ini menyebabkan perkembangan IQ atau pembelajaran mereka akan turut terjejas. Penyerahan Kotak Nutrisi untuk Duafa’ 10 Mei 2022 - Pihak Yayasan Islam Pulau Pinang telah menerima pelawaan daripada pihak MPKK Kampung Melayu, Air Itam untuk mengadakan perbincangan bagi membuka Kelas Pulau Pinang Mengajar di Kampung Melayu, Air Itam. Ini menunjukkan bahawa masih banyak lagi pelajar dalam komuniti khususnya di Pulau Pinang perlu dibantu. Selain itu, perbincangan ini juga dirangka dengan tujuan mengukuhkan hubungan antara komuniti MPKK Kampung Melayu dan Yayasan Islam Pulau Pinang. Perbincangan bersama Pengerusi MPKK Kampung Melayu, Air Itam Perbicangan ini membuahkan hasil dengan persetujuan bersama untuk membuka kelas PPM di Kampung Melayu dengan kerjasama MPKK Kampung Melayu. Alhamdulillah, YIPP telah menyerahkan hampir 50 Kotak Nutrisi untuk Duafa’ kepada pelajar yang telah dikenalpasti untuk dibantu. Kempen Kotak Nutrisi untuk Duafa’ dilakukan oleh YIPP dilakukan sepanjang tahun agar sumbangan ini dapat disalurkan sepanjang tahun. Kotak ini mengandungi makanan yang bernutrisi iaitu susu tepung, kismis, Vitamin C dan Nestum. PULAU PINANG MENGAJAR 13 Mei 2022 - Pihak Yayasan Islam Pulau Pinang telah mengadakan perbincangan bersama Guru Besar SK Tan Sri P.Ramlee, George Town untuk mempromosikan Kelas Pulau Pinang Mengajar di PPR Jalan Sungai. Perbincangan ini bertujuan membantu pelajar yang lemah dalam subjek Matematik dan Bahasa Melayu di SK Tan Sri P. Ramlee Perbincangan bersama Guru Besar SK Tan Sri P. Ramlee, George Town Perjumpaan ini membuahkan kesan yang positif dengan keterbukaan pihak sekolah yang sudi bekerjasama dengan pihak YIPP. Usaha ini diharapkan akan berteruskan untuk membantu pelajar yang lemah dalam subjek Matematik dan Bahasa Melayu dalam komuniti khususnya pada golongan keluarga B40 33


PULAU PINANG MENGAJAR 16-18 Mei 2022 - Ujian saringan ini dilakukan di tiga lokasi iaitu di PPR Jalan Sungai, SAR ArRahman, Padang Cempedak dan SAR Al-Amin, Nibong Tebal. Ujian saringan pengambilan pelajar baharu Program Pulau Pinang Mengajar dilakukan bagi memperluaskan program Pulau Pinang Mengajar kepada pelajar-pelajar serta meningkatkan kemahiran Menulis, Membaca dan Mengira(3M) dalam kalangan pelajar yang berada dalam keluarga B40. Alhamdulillah, hasil daripada ujian ini seramai 112 pelajar baru telah didaftarkan sebagai pelajar yang baharu dalam Program Pulau Pinang Mengajar bagi pengambilan tahun 2022. Ujian Saringan Pengambilan Pelajar Baharu Pulau Pinang Mengajar 27 Ogos 2022 -Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) telah menganjurkan Program Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke65. Program ini melibatkan semua pelajar PPM di 4 lokasi program Pulau Pinang Mengajar iaitu di SAR Ar-Rahman, Padang Cempedak, SAR Al-Amin, Nibong Tebal, PPR Jalan Sungai, dan Dewan MPKK Kampung Melayu. Majlis ini turut dibantu oleh 13 orang tenaga sukarelawan dan melibatkan seramai 133 orang pelajar di semua lokasi PPM. Dengan bantuan sukarelawan dan pelajar Pulau Pinang Mengajar semua lokasi, program ini telah berjaya berlangsung dengan sempurna. Tujuan program ini adalah untuk memupuk semangat cinta akan negara. Program Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia - Pulau Pinang Mengajar 34


3 September 2022 - Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) telah menganjurkan Majlis Perasmian Kelas Bimbingan Pulau Pinang Mengajar Kampung Melayu, Air Itam. Majlis ini dirasmikan oleh YB Zairil Khir Johari, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Infrastruktur dan Pengangkutan) merangkap Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang Turut hadir bersama, YB Dato' Hj Abdul Halim bin Hj Hussain, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan) juga merangkap Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang, YB Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, YB Joseph Ng Soon Siang, ADUN Air Itam, Yang Berusaha Encik Fakhrulrazi bin Ibnu Omar, Wakil Pengurus Besar Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP), Yang Berusaha Encik Abdul Aziz bin Buhari, Pengerusi MPKK Kampung Melayu, ketua-ketua Jabatan, wakil-wakil Jabatan serta Sukarelawan YIPP. Majlis ini turut dihadiri oleh 13 orang tenaga sukarelawan dari 4 lokasi PPM dan melibatkan seramai 14 orang pelajar di lokasi PPM Kampung Melayu. Dengan bantuan sukarelawan dan pelajar Pulau Pinang Mengajar semua lokasi, program ini telah berjaya berlangsung dengan sempurna. Tujuan program ini adalah untuk membantu lebih ramai pelajar dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). PULAU PINANG MENGAJAR Majlis Perasmian Kelas Bimbingan Pulau Pinang Mengajar Kampung Melayu, Air Itam 35


PULAU PINANG MENGAJAR 12 November 2022 - Alhamdulillah, Program Pemantapan Komunikasi dalam kalangan Cilik Muda anjuran Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun dengan kerjasama Yayasan Islam Pulau Pinang telah berlangsung dengan jayanya. Program ini laksanakan di lokasi PPM Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang. Program Pemantapan Komunikasi Dalam Kalangan Cilik Muda 25 Oktober 2022 - Pihak Yayasan Islam Pulau Pinang(YIPP) telah mengadakan perbincangan bersama Jabatan Pengajian Melayu, Institusi Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang. Perbincangan ini diadakan dengan tujuan meluaskan rakan kerjasama strategik dalam program pembangunan insan di Pulau Pinang. Perbincangan kerjasama bersama Jabatan Pengajian Melayu Institusi Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang 25 Oktober 2022 - Pihak Yayasan Islam Pulau Pinang(YIPP) telah mengadakan perbincangan bersama Jabatan Matematik, Institusi Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang. Perbincangan ini diadakan dengan tujuan meluaskan rakan kerjasama strategik dalam program pembangunan insan di Pulau Pinang dalam meningkatkan keberkesanan program yang dijalankan oleh YIPP. Perbincangan kerjasama bersama Jabatan Matematik Institusi Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang 26 November 2022 - Ujian Penilaian Akhir Tahun bagi kelas Pulau Pinang Mengajar (PPM) telah dilaksanakan di 4 buah lokasi PPM. Seramai 150 pelajar yang telah mengikuti ujian akhir tahun ini. Ujian penilaian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran membaca, mengira dan menulis (3M) pelajar PPM Ujian Penilaian Akhir Tahun Kelas Pulau Pinang Mengajar 2022 36


17 Disember 2022 - Alhamdulillah, seramai 103 pelajar dari 4 lokasi Pulau Pinang Mengajar (PPM) yang dikendalikan oleh Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara cawangan Wilayah Utara dan Muzium Padi Alor Setar, Kedah. Program ini turut di bantu oleh 15 sukarelawan PPM yang mempunyai pelbagai latar belakang dalam bidang pendidikan. Memberikan ganjaran kepada pelajar yang menunjukkan prestasi yang baik dan cemerlang dari segi kehadiran dan kelakuan. Memberikan peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk mengunjungi tempat-tempat yang menarik. Selain itu, lawatan ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai dunia luar yang berada di kawasan bandar. Program ini juga secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan sukarelawan agar dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Ini adalah sebahagian usaha YIPP dalam menginsankan pelajar-pelajar untuk masa hadapan. Senyuman dan kegembiraan mereka sangat bernilai buat keluarga pelajar dan warga kerja YIPP. Lawatan Sambil Belajar Pulau Pinang Mengajar 2022 PULAU PINANG MENGAJAR 37


BIL PROGRAM/AKTIVITI BULAN 1 Kelas Bimbingan Secara Fizikal (140 kali kelas di 4 lokasi) Januari hingga Disember 2022 2 Majlis Apresiasi Pulau Pinang Mengajar 16 April 2022 3 Penyerahan Kotak Nutrisi untuk Duafa’ 16 April 2022 4 Lawatan oleh Wakil ADAB Youth Garage (AYG) ke Baitul Hikmah 5 Mei 2022 5 Perbincangan YIPP bersama Pengerusi MPKK Kampung Melayu, Air Itam 10 Mei 2022 6 Perbincangan YIPP bersama Guru Besar SK Tan Sri P. Ramlee, Georgetown 13 Mei 2022 7 Jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pulau Pinang Mengajar di PPR Jalan Sungai 14 Mei 2022 8. Jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pulau Pinang Mengajar di SAR ArRahman , Padang Cempedak 14 Mei 2022 9. Promosi Program Pulau Pinang Mengajar di Kampung Melayu, Air Itam 15 Mei 2022 10. Ujian Saringan Pengambilan Pelajar Baharu di SAR Al-Amin, Nibong Tebal 16 Mei 2022 12 Ujian Saringan Pengambilan Pelajar Baharu di SAR Ar-Rahman, Padang Cempedak 18 Mei 2022 14. Perbincangan bersama Pihak KAFA Rendah Kampung Melayu, Air Itam 25 Mei 2022 13. Jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pulau Pinang Mengajar di SAR AlAmin, Nibong Tebal 21 Mei 2022 15. Ujian Saringan Pengambilan Pelajar Baharu di Kampung Melayu, Air Itam 21 Jun 2022 16 Ujian Pertengahan Tahun di SAR Al-Amin Nibong Tebal, SAR Ar-Rahman Tasek Gelugor dan PPR Jalan Sungai, Jelutong 25 Jun 2022 17. Pembukaan Kelas Bimbingan Pulau Pinang Mengajar di Kampung Melayu, Air Itam 2 Julai 2022 18. Majlis Ibadah Korban untuk Duafa’ - Pulau Pinang Mengajar 12 Julai 2022 PULAU PINANG MENGAJAR LAPORAN PROGRAM 38


BIL PROGRAM/AKTIVITI BULAN 19. Sambutan Hari Kemerdekaan Pulau Pinang Mengajar di PPR Jalan Sungai, Jelutong 27 Ogos 2022 20. Sambutan Hari Kemerdekaan Pulau Pinang Mengajar di SAR Ar-Rahman, Padang Cempedak 27 Ogos 2022 21. Sambutan Hari Kemerdekaan Pulau Pinang Mengajar di SAR Al-Amin, Nibong Tebal 27 Ogos 2022 22. Sambutan Hari Kemerdekaan Pulau Pinang Mengajar di Kampung Melayu, Air Itam 27 Ogos 2022 24. Lawatan tapak Kelas Bimbingan Pulau Pinang Mengajar di Flat UDA Tanjung Tokong 21 September 2022 25. Perbincangan Pembangunan Modul PPM 2023 bersama IPG Tuanku Bainun 26 Oktober 2022 26. Ujian Akhir Tahun Pulau Pinang Mengajar 2023 5 November 2022 27. Program Pemantapan Komunikasi dalam Kalangan Cilik Muda 12 November 2022 28.. Perbincangan Pembangunan Modul PPM 2023 bersama IPG Pulau Pinang 29 November 2022 29. Lawatan Sambil Belajar Pulau Pinang Mengajar 2022 17 Disember 2022 PULAU PINANG MENGAJAR LAPORAN PROGRAM 39


PULAU PINANG MENGAJAR GAMBAR PERLAKSANAAN PROGRAM 40


BAITUL HIKMAH 41


Yayasan Islam Pulau Pinang menyediakan pusat komuniti khusus kepada golongan remaja yang berusia 10 hingga 20 tahun. Baitul Hikmah adalah sebuah pusat pembangunan komuniti yang memberikan fokus kepada belia dengan kawalan dan pemerhatian sukarelawan yang terlatih. Pusat komuniti belia ini menyediakan ruang selamat untuk belajar, membaca buku dan bersosial secara sihat agar mereka tidak terjebak dengan gejala sosial serta meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah mereka. Baitul Hikmah dibuka dari jam 3.00 petang hingga 7.00 malam setiap hari BAITUL HIKMAH Lokasi Baitul Hikmah BAITUL HIKMAH YAYASAN ISLAM PULAU PINANG No. 28-01-33, Taman Sri Pinang, Jalan Sungai, 10150 George Town Pulau Pinang. No tel: 04-2831994 Menyediakan ruang selamat kepada anak muda agar tidak membuang masa dengan melepak di tempat yang berbahaya. Mencegah golongan belia daripada terlibat dengan jenayah dan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral. Memperkukuhkan penghayatan agama dalam kalangan belia disamping membudayakan gaya hidup sihat meliputi aspek rohani dan jasmani. Mencegah Masalah Sosial Ruang Selamat Penghayatan Agama BAITUL HIKMAH - YIPP Taman Sri Pinang 10000 GeorgeTown, Penang 42


10 September 2022 - Majlis Perasmian Baitul Hikmah - Yayasan Islam Pulau Pinang telah berlangsung dengan sempurna di Jalan Sungai, Taman Sri Pinang, Pulau Pinang Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Ir Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang merangkap Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang. Turut hadir Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Wan Salim Bin Wan Mohd. Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Lim Siew Khim, ADUN Sungai Pinang, Tuan Rosli bin Halim, Pegawai Daerah Timur Laut. YB Dato' Ir. Ahmad Zakiyuddin di dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan syabas kepada YIPP di atas kejayaan membuka Baitul Hikmah. Beliau turut berharap agar pusat seperti ini turut dibuka di tempat lain. Majlis Perasmian Baitul Hikmah - Yayasan Islam Pulau Pinang BAITUL HIKMAH 43


BAITUL HIKMAH GAMBAR PERLAKSANAAN AKTIVITI Riadah Melayari Internet Latihan Membaca Menyelesaikan Latihan Pusat Membaca Sepak Takraw Kelas Kemahiran IT Permainan "Indoor" 44


ILTIZAM HUFFAZ 45


Iltizam Huffaz merupakan kelas oleh Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) bagi memastikan pelajar Pusat Tahfiz yang berusia 17 Tahun ke atas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program ini melibatkan pelajar-pelajar Tahfiz di Pulau Pinang dengan bantuan khidmat guru pakar dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan ditaja oleh Zakat Pulau Pinang. Program Iltizam Huffaz YIPP ini dapat membantu lepasan institut tahfiz di Negeri Pulau Pinang mendapat peluang pekerjaan sama ada di sektor kerajaan ataupun swasta dengan adanya sijil SPM. Ini sekaligus dapat membantu mengurangkan masalah pengangguran dan meningkatkan kebolehpasaran lepasan institut tahfiz di Pulau Pinang. Lokasi Iltizam Huffaz KOMPLEKS DARUL HIDAYAH Permatang Tok Gelam, 13100 Penaga, Pulau Pinang ILTIZAM HUFFAZ Objektif Iltizam Huffaz 01 Memastikan pelajar tahfiz di Pulau Pinang menduduki dan memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Membantu lepasan institut tahfiz di Negeri Pulau Pinang mendapat peluang pekerjaan sama ada di sektor kerajaan ataupun swasta dengan adanya sijil SPM. Membantu mengurangkan masalah pengangguran dan meningkatkan kebolehpasaran lepasan institut tahfiz di Pulau Pinang. 02 03 ILTIZAM HUFFAZ - YIPP Permatang Tok Gelam, 13100 Penaga, Pulau Pinang 46


26 Januari 2022 - Yayasan Islam Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Silaturrahim bersama Pusat Tahfiz Pulau Pinang di SIRIM Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Fitri Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif YIPP. Tujuan pertemuan ini dirangka bagi mengambil maklum isu dan pandangan terhadap pelajar-pelajar tahfiz yang bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia( SPM) pada tahun 2023. Pihak YIPP telah berkongsi mengenai perlaksanaan Iltizam Huffaz iaitu sebuah program yang dikoordinasikan oleh Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) bagi memastikan pelajar-pelajar Pusat Tahfiz di Pulau Pinang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lebih bersedia dan berkesan. Majlis Silaturrahim bersama Pusat Tahfiz Pulau Pinang ITIZAM HUFFAZ Pembentangan Kertas Kerja Cadangan Program Iltizam Huffaz dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang 17 Februari 2022 - perbentangan Kertas Kerja ini dibentangkan bagi memohon peruntukan pelaksanaan Program Iltizam Huffaz. Peruntukan ini menggunakan dana tawaquf Zakat Pulau Pinang. RM150,000.00 telah diluluskan oleh pihak Zakat Pulau Pinang. YIPP merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membuka ruang yang baharu bagi memastikan pelajar tahfiz di Pulau Pinang dapat menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Malaysia (SPM pada tahun 2023 47


6 April 2022 - Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) merakamkan penghargaan kepada Tuan Abdul Rashid bin Abdul Samad, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang atas kesudian menerima kunjungan YIPP. Dalam pertemuan tersebut Encik Mohd Fitri Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif YIPP telah membentangkan peranan YIPP sebagai agensi di bawah Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) dalam pengukuhan pendidikan Islam di Pulau Pinang. Kunjungan Hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Perbincangan Program Iltizam Huffaz bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 23 Februari 2022 - Mohd Fitri Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif YIPP serta kakitangan YIPP telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Tujuan utama lawatan ke JAIS adalah untuk berterima kasih atas bantuan dan sokongan terhadap pelaksanaan KAFA Menengah di Pulau Pinang. Pihak YIPP juga belajar dan berkongsi tentang perancangan program laluan pintas (fast track) SPM bagi pelajar Tahfiz Pulau Pinang, di samping untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara YIPP dan JAIS. ITIZAM HUFFAZ 13 Mei 2022 - Yayasan Islam Pulau Pinang telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama pihak Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM). Tujuan perbincangan ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Yayasan Islam Pulau Pinang dan seterusnya mendapatkan peluang jalinan kerjasama untuk memperkasa pembangunan Ummah dan Syiar Islam di Pulau Pinang Perbincangan bersama Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), USM 48


Click to View FlipBook Version