The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tahun 2022 telah berlalu dengan meninggalkan timbunan khazanah yang kaya dengan pengalaman dan pengajaran yang amat bernilai untuk dipelajari dan dihayati. Tahun 2022 juga membawa YIPP ke ambang pintu kedewasaan untuk memasuki dekad kedua setelah berlalu dekad pertama semenjak penubuhan YIPP pada tahun 2012. Justeru catatan pada tahun 2022 ini merupakan catatan penting terhadap “tajribah” sepanjang sedekad yang telah berlalu.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD SYAFIQ ISMAIL, 2023-05-11 04:39:12

BUKU LAPORAN TAHUNAN 2022 YAYASAN ISLAM PULAU PINANG

Tahun 2022 telah berlalu dengan meninggalkan timbunan khazanah yang kaya dengan pengalaman dan pengajaran yang amat bernilai untuk dipelajari dan dihayati. Tahun 2022 juga membawa YIPP ke ambang pintu kedewasaan untuk memasuki dekad kedua setelah berlalu dekad pertama semenjak penubuhan YIPP pada tahun 2012. Justeru catatan pada tahun 2022 ini merupakan catatan penting terhadap “tajribah” sepanjang sedekad yang telah berlalu.

2 Julai 2022 - Alhamdulillah, Majlis Pendaftaran Pelajar Iltizam Huffaz bagi kemasukan sesi 2022/2023 telah berlangsung dengan cukup sempurna. Dari lensa hari pendaftaran, menyaksikan kesungguhan pelajar tahfiz untuk mendaftarkan diri bagi peperiksaan SPM. Ibu bapa dan mudir juga turut hadir untuk membantu para pelajar dan mendengar taklimat oleh YIPP dan Guru Pakar. ILTIZAM HUFFAZ 13 Jun 2022 - Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) telah mengadakan satu sesi taklimat berkenaan Program Iltizam Huffaz bersama guru pakar yang dicadangkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang bertempat di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Penaga. Taklimat ini disampaikan oleh Mohd Fitri Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif YIPP dan Ustaz Yusuf bin Yaakob, Penolong Pengarah Unit Bahasa Arab, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Taklimat dan Perbincangan Program Iltizam Huffaz bersama Guru Pakar Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang 19 Mei 2022 - Pihak Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) telah diberikan kesempatan untuk membentangkan kertas cadangan Program Iltizam Huffaz dan mendapat maklum balas yang positif daripada Ahli Majlis Fatwa Pulau Pinang. Pembentangan Kertas Cadangan Program iltizam Huffaz kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Secara dalam Talian Majlis Pendaftaran Pelajar Iltizam Huffaz bagi kemasukan sesi 2022/2023 49


ILTIZAM HUFFAZ 4 Disember 2022 - Alhamdulillah Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) telah mengadakan satu Majlis Perasmian Iltizam Huffaz di Dewan Utama Maahad Madinatul Ilmi Wattarbiyyah, Penaga. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Ir Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang merangkap Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang. Turut hadir YBhg. En Norhisham bin Ramli Timbalan Pengarah Seksyen Pembangunan Sektorial, BPPB, ICU-JPM, YBhg. Encik Mohammad Aisamuddin bin Akob Timbalan Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB), Guru Pakar Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan beberapa Mudir Tahfiz Pulau Pinang. Majlis Perasmian Iltizam Huffaz 50


BIL PROGRAM/AKTIVITI BULAN 1 Majlis Silaturrahim bersama Pusat Tahfiz Pulau Pinang 26 Januari 2022 2 Lawatan Kerja ke Jabatan Agama Islam Selangor 23 Februari 2022 3 Perbincangan Program Iltizam Huffaz Bersama KITAB 24 Mac 2022 4 Kunjungan Hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang 6 April 2022 5 Mesyuarat YIPP Bersama Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), USM 13 Mei 2022 6 Lawatan Tapak Projek Sosioekonomi Tahfiz Pulau Pinang 3 Jun 2022 7 Taklimat Program Iltizam Huffaz - Guru JPN 13 Jun 2022 8 Majlis Pendaftaran Pelajar Iltizam Huffaz bagi kemasukan sesi 2022/2023 2 Julai 2022 9 Kelas Iltizam Huffaz Bulan Julai 2022 Julai 2022 10 Mesyuarat Jalinan Kerjasama YIPP-BJIM 18 Julai 2022 11 Kelas Iltizam Huffaz Bulan Ogos 2022 Ogos 2022 12 Kelas Iltizam Huffaz Bulan September 2022 September 2022 13 Kelas Iltizam Huffaz Bulan Oktober 2022 Oktober 2022 14 Ujian Lisan SPM 2023 (Bahasa Arab, Pendidikan Al Quran & Sunnah) November 2022 15 Majlis Perasmian Program Iltizam Huffaz 4 Disember 2022 LAPORAN PROGRAM ILTIZAM HUFFAZ 51


ILTIZAM HUFFAZ GAMBAR PERLAKSANAAN PROGRAM Ujian Lisan SPM 2022 Pembelajaran Kelas Pendaftaran Iltizam Huffaz Taklimat Iltizam Huffaz Ujian Percubaan Lisan SPM Kelas Teknik Menjawab SPM Kelas Intensif SPM 52


GALERI HAJI PULAU PINANG 53


GALERI HAJI PULAU PINANG 87, Lebuh Acheh, 10200 George Town, Pulau Pinang Projek Galeri Haji Pulau Pinang adalah sebuah galeri yang mengetengahkan haji sebagai tema utama pameran dan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Galeri Haji Pulau Pinang ini akan mengangkat pengalaman spritual, sejarah, seni dan warisan perjalanan haji di Malaysia. Galeri Haji ini menjadi satu lagi tarikan pelancongan dan tumpuan bagi pengkajipengkaji mengenai naratif haji di Malaysia Galeri Haji Pulau Pinang 87, Lebuh Acheh, 10250 George Town, Pulau Pinang No tel: 04-2831994 GALERI HAJI PULAU PINANG Galeri Haji Pulau Pinang adalah sebuah muzium yang mengetengahkan haji sebagai tema utama pameran. Keunikan utama muzium ini terletak pada bangunannya iaitu No 87 Lebuh Acheh yang pernah digunakan sebagai pejabat urusan tiket kapal haji pada tahun 1900-an. Selain itu, Galeri Haji Pulau Pinang juga terletak di dalam “core zone” Tapak Warisan Dunia, George Town. Galeri Haji Pulau Pinang telah menerima 10,000 orang pelawat dari dalam dan luar negara yang terdiri daripada kerabat diraja, duta negara asing serta pembesar negara. Pada tahun 2022, Yayasan Islam Pulau Pinang telah menerima Anugerah Cemerlang Warisan 100 Tahun Pulau Pinang daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang Pengenalan Galeri Haji Pulau Pinang 54


19 Januari 2022 - Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) menerima lawatan daripada Ms Ruthanne Soh, Setiausaha Kedua di Kedutaan Singapura ke Galeri Haji Pulau Pinang. Encik Mohd Fitri Ibrahim, Ketua Pegawai Eksektif YIPP mengiringi sesi lawatan ini untuk memperkenalkan dan mempromosikan Galeri Haji Pulau Pinang yang terletak di kawasan tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO . GALERI HAJI PULAU PINANG Lawatan Wakil Kedutaan Singapura ke Galeri Haji Pulau Pinang 14 Mac 2022, Isnin - Satu rakaman dokumentari sejarah haji telah diadakan di Galeri Haji Pulau Pinang kelmarin oleh pihak Astro yang diketuai oleh Encik Hisham Abdullah, Pengarah Dokumentari bersama krew-krew penggambaran. Rakaman ini turut melibatkan wajah dan suaranya yang ikonik sinonim dengan rancangan 'Jejak Rasul' dan 'Misteri Nusantara' iaitu Encik Zainal Ariffin Ismail. Rakaman Dokumentasi Sejarah Haji 24 Februari 2022 - Galeri Haji Pulau Pinang menerima lawatan daripada Lembaga Tabung Haji (TH) dari cawangan Bayan Lepas. Lawatan dihadiri oleh Pengarah Lembaga Tabung Haji Wilayah Utara, Haji Nawawi bin Ishak dan Hajah Maznizan binti Mamat selaku Pengarah Tabung Haji Negeri Pulau Pinang Tabung Haji. Lawatan Lembaga Tabung Haji Cawangan Bayan Lepas 10 April 2022 - Kelas Seni Khat anjuran Yayasan Islam Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang - MBPP bertempat di Lobi Utama, Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada hari ini. Pelbagai peringkat umur peserta yang hadir ke kelas hari ini. Menariknya, terdapat golongan kelainan upaya yang turut hadir untuk belajar seni warisan Islam ini. Kelas Seni Khat 2022 55


GALERI HAJI PULAU PINANG 20 April 2022 - Penang Hajj Gallery menerima kunjungan daripada mahasiswa Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar. Difahamkan mereka sedang menyediakan tugasan kerja berkaitan Haji. Penang Hajj Gallery sentiasa mengalu-alukan pengunjung yang berminat untuk mendapatkan sumber sejarah berkenaan Haji di Pulau Pinang. Kunjungan daripada mahasiswa Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) 10 Jun 2022 - Pengerusi Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Dr Farid bin Mat Zain bersama-sama rakan penyelidikan dari Fakulti Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM hadir ke Penang Hajj Gallery untuk menjalankan kajian penyelidikan berkenaan sejarah haji di Pulau Pinang. Kajian Penyelidikan Sejarah Haji di Pulau Pinang dari Pusat Kajian Bahasa Arab, Universiti Kebangsaan Malaysia 10 Mei 2022 - Satu perbincangan telah diadakan di antara Penang Hajj Gallery dan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) di Pejabat GTWHI, Lebuh Armenian. Encik Mohd Fitri Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) turut menghadiri sesi perbincangan ini bagi membincangkan pelan cadangan dan kerjasama yang dapat dilaksanakan bersama dengan pihak GTWHI bagi sambutan Hari Warisan pada bulan Julai termasuklah bagi sambutan Hari Raya Aidil Adha pada tahun 2022. Perbincangan bersama George Town World Heritage Incorporated 18 April 2022, Isnin - Penang Hajj Gallery menerima kunjungan daripada MUTIARA FM - RTM Pulau Pinang dengan celoteh DJ Laily, DJ Que dan DJ Amin yang tidak kering gusi menceriakan siaran radio MUTIARA FM. Rakaman ini akan bersiaran dalam Slot Jom Ronda di MUTIARA FM menerusi frekuensi 95.7 Rakaman "Jom Ronda MFM Memang Padu!" dari Mutiara FM 56


GALERI HAJI PULAU PINANG 8 Julai 2022- Hidup dalam negara yang berbilang bangsa dan kaum tidak menjadi penghalang kepada semua lapisan masyarakat untuk mengenali dan mempelajari warisan budaya kaum yang lain.bHari Warisan George Town pada 7 Julai 2022, Penang Hajj Gallery telah mengadakan aktiviti bengkel tulisan khat di Taman Lebuh Armenian. Anggaran lebih 500 orang pengunjung yang hadir ke "booth" Yayasan Islam Pulau Pinang untuk mempelajari tulisan khat. YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang telah melapangkan waktu hadir ke "booth YIPP serta diiringi oleh Encik Mohd Fitri bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif YIPP.. Hari Warisan George Town 1--30Julai 2022 - Pameran Kisah Mek Teh Berangkat Ke Tanah Suci oleh Penang Hajj Gallery x Me Sketch Studio bagi sambutan Hari Raya Aidiladha dan sekaligus meraikan sambutan Hari Warisan Bandar George Town dipasang di Taman Lebuh Armenian, George Town. Pameran Kisah Mek Teh 57


Sepak Takraw GAMBAR KUNJUNGAN TETAMU GALERI HAJI PULAU PINANG 58


KMPP MASJID JAMEK AL - HIDAYAH, LAHAR TIANG KMPP MASJID AL-AMIN, NIBONG TEBAL KMPP MASJID SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ, TAMAN GUAR PERAHU SAR P AR P-RA M HMAN, PADANG CEMPEDAK SAR AL P-AM P IN M, SIMPANG TIGA KMPP MASJID AS-SOLIHIN, KEPALA GAJAH, SIMPANG AMPAT DE P WA P N M M PKK KG. MELAYU, AIR ITAM KMPP MASJID TUAN GURU TANJONG TOKONG KMPP MASJID AL-HUDA, SUNGAI ARA GHPP LEBUH ACHEH P P PR P JA M LAN SUNGAI BH TAMAN SRI PINANG IH PERMATANG TOK GELAM LOKASI PERLAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN YAYASAN ISLAM PULAU PINANG KMPP MASJID AT-TAQWA, TAMAN BERTAM INDAH KMPP MASJID DATO' SHEIKH ADNAN, PENAGA KMPP MASJID AL-HIDAYAH, JALAN BARU, PERAI KMPP MASJID UMAR ABDUL AZIZ, BATU MAUNG KMPP MASJID ALBUKHARY JELUTONG KAFA MENENGAH PULAU PINANG PULAU PINANG MENGAJAR BAITUL HIKMAH ILTIZAM HUFFAZ GALERI HAJI PULAU PINANG KMPP PPM BH IH GHPP - - - - - 59


PENGLIBATAN PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN YAYASAN ISLAM PULAU PINANG 596 Program Pembangunan Insan Yayasan Islam Pulau Pinang di seluruh Negeri Pulau Pinang 18 LOKASI Membantu pelaksanaan program KAFA Menengah Pulau Pinang 11 buah masjid yang terpilih di seluruh Pulau Pinang 26 GURU KAFA MENENGAH PULAU PINANG Secara "one off" dan berkala telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022 19 PROGRAM KHAS telah berdaftar untuk program pembanguna insan Yayasan Insan Pulau Pinang 107 SUKARELAWAN Telah terlibat secara langsung dalam program pembangunan insan YIPP sepanjang tahun 2022 650 PELAJAR 60


PROGRAM KHAS 61


PROGRAM KHAS 21 Ogos 2022 - Program ini adalah usaha membina jaringan ruang perbincangan dua hala untuk memberikan ruang kepada mahasiswa memberikan idea, menyuarakan pandangan dan bertanyakan soalan mengenai dasar dan program Kerajaan Negeri antaranya Khaira Ummah 2030. Dialog Kepimpinan Mahasiswa Islam Pulau Pinang 20 September 2022 - Program ini adalah untuk memperkenalkan penulisan khat kepada golongan muda disamping meraikan semula kesenian dan warisan Islam yang semakin hilang dalam kalangan masyarakat. Terdapat juga beberapa pengisian yang diketengahkan bagi mencapai objektif dan seterusnya menjayakan program ini. Bengkel Asas Seni Khat Pulau Pinang 27 Ogos 2022 - Program Kayuhan Ambang Merdeka dan Majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan Khaira Ummah 2030 adalah merupakan salah satu program di bawah A3 iaitu Belia dan Masjid yang bertujuan untuk mengaktifkan biro belia sama ada di masjid dan surau. Kayuhan Ambang Merdeka dan Majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan Khaira Ummah 2030 28 Julai 2022 - Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) telah menganjurkan Wacana Pendidikan Islam Siri 1 bertempat di Auditorium SIRIM, Bukit Mertajam Pulau Pinang. Wacana ini telah disampaikan oleh Dr. Haji Joohari bin Ariffin, Pengarah Institusi Aminuddin Baki Cawangan Utara. Seramai 37 orang perserta yang terdiri daripada jemaah pengurusan sekolah, pengetua dan guru kanan telah menyertai program ini. Wacana Pendidikan Islam Siri 1 62


PROGRAM KHAS 13 November 2022 - Program ini adalah usaha bertujuan memberi pendedahan dan persediaan awal bagi menghadapi bencana banjir kepada peserta dan latihan ini diberikan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Butterworth. Latihan Sukarelawan Menghadapi Bencana 8 Oktober 2022 - Program ini dilaksanakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul, bertujuan memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. di samping menghayati sirah hidup baginda. Seramai 132 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi dan jabatan pendidikan seluruh Pulau Pinang telah menghadiri program yang diadakan di Auditorium SIRIM, Bandar Perda. Syeikh Dr. Said El Kamili merupakan seorang tokoh ulama yang tersohor dari Magribi. Beliau merupakan ulama yang menjadi rujukan utama bagi Karya Imam Maliki. YIPP merasa bertuah kerana berjaya membawa tokoh ulama besar ini ke Pulau Pinang dalam program Al-Multaq Al-Ilmi bersama Syeikh Dr. Said El Kamili Program Al-Multaqa Al-Ilmi bersama Syeikh Dr Said El Kamali 25 September 2022 - Pertandingan Muazzin Muda Pulau Pinang adalah untuk mencungkil bakat baru dalam seni suara azan dan membentuk pelapis masa hadapan untuk menjadi muazin di masjid. Program ini telah berjaya mengumpulkan peserta seramai 30 orang peserta dari seluruh negeri Pulau Pinang. Pertandingan Muazzin Muda Pulau Pinang 63


Tarikh Senarai Kunjung Hormat 5 Januari 2022 Kunjungan Hormat Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Unishams) kepada Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) 13 Januari 2022 Kunjungan Hormat Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) kepada Mokti's Ice Cream Gula Apong Hq Malaysia 13 Januari 2022 Kunjungan Hormat Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) kepada Yayasan Islam Perlis 17 Januari 2022 Kunjungan Hormat Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) kepada Yayasan Islam Negeri Kedah 28 Januari 2022 Kunjung Hormat Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) Kepada Yb Dato’ Suk Kerajaan Negeri Pulau Pinang 23 Februari 2022 Kunjungan HormatYayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) kepada Yayasan Islam Darul Ehsan 10 Mac 2022 Kunjungan Hormat Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) kepada Pengarah Yayasan Islam Kelantan 6 April 2022 Kunjungan Hormat Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang - Iltizam Huffaz 22 April 2022 Kunjungan Hormat Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) 28 April 2022 Kunjungan Hormat Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) kepada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang 10 Mei2022 Kunjungan Hormat Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) kepada CEO JKP Sdn Bhd 4 Julai 2022 Kunjungan Hormat Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) kepada Northen Corridor Economic Region (NCER) 16 November 2022 Kunjungan Hormat Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) kepada Institusi Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN ISLAM PULAU PINANG 64


PEMBANGUNAN FIZIKAL 65


PEMBANGUNAN FIZIKAL SEKOLAH ISLAM ANTARABANGSA PULAU PINANG 9 Ogos 2022 - Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) memasuki gerbang baru dengan termeterainya memorandum persefahaman antara YIPP dengan International Modern Arabic School (IMAS) Putrajaya. Memorandum persefahaman ditandatangani oleh wakil YIPP iaitu Encik Mohd Fitri bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif YIPP manakala Dr Walid al Mualimin dan Puan Sharifah Sadiah mewakili IMAS. Memorandum persefahaman ini adalah bagi menubuhkan sebuah sekolah Islam antarabangsa di Pulau Pinang yang akan dibangunkan oleh YIPP dan IMAS. YIPP ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang Memorandum Persefahaman antara YIPP dengan International Modern Arabic School (IMAS) Putrajaya. Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) berhasarat untuk membangunkan sebuah Sekolah Islam Antarabangsa di Pulau Pinang yang akan menerapkan pengajian Islam dan kurikulum antarabangsa. Bagi tujuan tersebut, pihak YIPP telah memulakan fasa pembangunan projek di atas tanah milik Yayasan Islam Pulau Pinang Lot 1090, Lintang Sungai Ara, Mukim 10, Daerah Barat Daya Pulau Pinang. Ringkasan Projek telah membantu menjayakan usaha YIPP terutama sekali Ahli Lembaga Pengarah YIPP yang terdiri daripada YB Dato’ Ir Hj Ahmad Zakiyuddin, YB Dato’ Abdul Halim bin Hussain, YB Norazmi bin Narawi, YBhg Dato’ Samsuddin bin Bakar yang telah hadir bersama di majlis ini. 66


PEMBANGUNAN FIZIKAL Hospital Islam Pulau Pinang terhasil daripada cetusan dan kemahuan masyarakat Islam yang menginginkan sebuah pusat perubatan yang menepati nilai Islam. Hospital Islam Pulau Pinang bakal menjadi sebuah kompleks perubatan yang menggabungkan pusat perubatan, perlindungan kesihatan, pusat rehabilitasi dan kesejahteraan masyarakat. Hospital ini akan menumpukan perhatian untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik di bahagian utara tanah air. Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) telah bersama-sama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebagai “Project Management Office” melaksanakan Request For Proposal (RFP) bagi projek ini. 1. 2. 3. 4. Konsep & Rasional Penubuhan HOSPITAL ISLAM PULAU PINANG HOSPITAL ISLAM PULAU PINANG Lot PT 3095 Mukim 12, Jalan Mayang Pasir 2, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang Hospital Pakar Swasta 15 Tingkat Yang Terdiri Daripada:- I. Hospital Pakar Swasta Di Tingkat Bawah, Tingkat 8 Hingga Tingkat 14 II. Tempat Letak Kereta Di Tingkat 2 Hingga Tingkat 7 Lokasi Ringkasan Projek 67


Page 5 KEWANGAN 68


KEWANGAN 69


KEWANGAN 70


PENGIKTIRAFAN YAYASAN ISLAM PULAU PINANG 71


6 Januari 2023 - Alhamdulillah Galeri Haji Pulau Pinang telah dianugerahkan Anugerah Cemerlang Warisan 100 Tahun Pulau Pinang 2022 Pengiktirafan ini telah memberikan ransangan motivasi kepada Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) untuk bersama-sama Kerajaan Negeri dalam menyemarakan Warisan Di Pulau Pinang. Anugerah ini telah disampaikan oleh YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang disaksikan YB Dato' Sayuthi bin Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Anugerah Cemerlang Warisan 100 Tahun Pulau Pinang Tahun 2022 72


73


MEDIA SOSIAL 74


TWITTER Laman Media YAYASAN ISLAM PULAU PINANG 154 followers FACEBOOK 7.2k followers 139.8k - enggagement 702 - post INSTAGRAM 188 followers 3975 - enggagement 702 - post TIKTOK 2594 followers 81.1k - enggagement 702 - post 2904 - enggagement 950 - tweets TELEGRAM 166 subcribe 17.2k - enggagement 702 - post 75


Page 5 YIPP DI MEDIA 76


77


78


79


80


81


82


83


SAHABAT YIPP 84


ADAB Youth Garage (AYG) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), Universiti Sains Malaysia (USM) Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad George Town World Heritage Inc (GTWHI) Institut Aminuddin Baki, Cawangan Utara (IABCU) Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia Kampus Pulau Pinang Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia Kampus Tuanku Bainun International Modern Arabic School (IMAS) Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Majlis Bandaraya Pulau Pinang Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Kompleks Darul Hidayah, MAINPP Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPKKN) Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) Maahad Madinatul Ilmi Wattarbiyah, Titi Mukim Madrasah Ar-Raudhah, Flat UDA, Tanjung Tokong MaiMengaji Sdn Bhd Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Wakaf Pulau Pinang Zakat Pulau Pinang Pertubuhan Komuniti PPR Jalan Sungai (PKPJS) Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) Puspanita Daerah Timur Laut Sekolah Agama Rakyat Al-Amin, Nibong Tebal Sekolah Agama Rakyat Ar-Rahman, Padang Cempedak SIRIM Wilayah Utara Surau Al-Muhajirin, Flat PPR Jalan Sungai, Jelutong Torto Food Industries (M) Sdn. Bhd. Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baru, Air Itam Masjid Al-Amin, Simpang Tiga, Nibong Tebal Masjid Al-Bukhary, Jelutong Masjid Al-Huda, Sungai Ara Masjid Al-Malik Khalid, USM Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah Masjid Dato’ Sheikh Adnan, Penaga Masjid Jamek Al-Hidayah, Jalan Baru, Perai Masjid Jamek Al-Hidayah, Lahar Tiang Masjid Jamek Kepala Gajah, Simpang Ampat Masjid Jamek Kubang Semang, Penanti Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Taman Guar Perahu Masjid Tuan Guru, Tanjung Tokong Masjid Umar Abdul Aziz, Batu Maung Mydin Mall Sdn. Bhd. Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Perbadanan Pengurusan Taman Sri Pinang Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Negeri Pulau Pinang (PINTA) SAHABAT YIPP 85


HUBUNGI KAMI Yayasan Islam Pulau Pinang SIRIM Wilayah Utara , Lot PT483 Mukim 6, Jalan Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang 04-539 0589 [email protected] yipp.gov.my 86


"Memperkuat Institusi, Memperkasa Komuniti"


Click to View FlipBook Version