The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aiyun Michella, 2024-03-24 03:23:57

BUKU LOG PENGAKAP

buku pengakap

BUKU LOG PENGAKAP MICHELLA KHOO AI YUN IPGMK TENGKU AMPUAN AFZAN | 2024


1. PENGHARGAAN 2. BIODATA 3. PENGENALAN PENGAKAP 4. SEJARAH PENGAKAP 5. LATAR BELAKANG PENGASAS 6. SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA 7. SEJARAH PENGAKAP DI IPG 8. CARTA ORGANISASI 9. UNDANG-UNDANG PENGAKAP 10. ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP 11. LOGO PENGAKAP 12. PERSETIAAN PENGAKAP 13. HORMAT PENGAKAP 14. PAKAIAN SERAGAM 15. PANGKAT PENGAKAP 16. LENCANA-LENCANA 17. COGAN KATA PENGAKAP 18. IKATAN DAN SIMPULAN 19. BENDERA-BENDERA 20. LAGU-LAGU 21. PENGURUSAN KEAHLIAN 22. LAPORAN AKTIVITI PERANCANGAN TAKWIM YANG BERORIENTASIKAN SEKOLAH RENDAH 23. ISI KANDUNGAN


Pertama sekali, saya bersyukur kerana telah menyiapkan kerja kursus MPU3431a dengan jayanya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan kerana memberi peluang kepada saya menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan dan rangkaian Internet bagi memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya. Di samping itu, setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan En. A Zamri Bin Abdul Rahman ,pensyarah untuk tugasan ini yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah saya dapat jayakan dengan sempurna tanpa kekangan. Malah, jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus demi menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dan pandangan dalam membantu untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada semua warga IPG Tengku Ampuan Afzan kerana turut memberi kerjasama yang baik dalam tempoh saya melaksanakan tugasan ini kerana memberi persekitaran yang senyap dan sunyi sehingga penjanaan idea saya dapat berjalan dengan lancar. Akhirnya,tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan serta bantuan dari segi wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Bukan itu sahaja malah sering memberi dorongan dari segi mental supaya tidak berputus asa semasa menulis kajian ini. Tanpa sokongan dan dorongan mereka mungkin tidak dapat saya hasilkan tugasan ini dengan sempurna dan lancar. PENGHARGAAN


Nama Saya Michella Khoo Ai Yun ! KAD PENGENALAN: 031004-05-0446 ANGKA GILIRAN : 2021112340355 UNIT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 1 AMBILAN JUN 2021/2026 Hai! Biodata Diri KUMPULAN : KLM 34 IPGMK TENGKU AMPUAN AFZAN PENSYARAH SUBJEK : EN . A ZAMRI BIN ABDUL RAHMAN


PENGENALAN PENGAKAP


Prinsip dalam pergerakan Pengakap boleh didapati daripada Persetiandan Undang-Undang Pengakap. Tiga prinsip pengakap ialah : 1. Kepercayaan kepada Tuhan. 2. Tanggungjawab kepada masyarakat dan negara. 3. Perkhidmatan kepada diri sendiri. Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela,bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul,bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya. PENGAKAP PRINSIP-PRINSIP Bagaimana terbentuknya pengakap ? Tahukah Anda ? Matlamat pengakap untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa.


SEJARAH PENGAKAP


Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord BadenPowell atau BP. Beliau ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral pada tahun 1907. Pergerakan Pengakap bermula di Pulau Brownsea, iaitu satu perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia. Beliau telah mengeluarkan satu rancangan latihan bagi Pengakap pada tahun 1907. SEJARAH PENGAKAP PPada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah Charterhouse England dengan derma pelajaran. Beliau terkenal dalam bidang sukan, lakonan, lukisan dan muzik. Semasa berusia 19 tahun, beliau telah tamat pengajian di Charterhouse dan terpaksa memilih kerja ataupun ke Oxford. Beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pemilihan seorang tentera. Dengan kejayaan ini, beliau tidak perlu memasuki Sandhurst dan terus menjadi pengawai dalam pasukan Hussar ke-13 serta ditempatkan di India pada tahun 1876.


Pada tahun 1878, beliau dilantik menjadi Pengawai Memerintah Pasukan ke-5 Dragoon Guards di India. Pada tahun 1887, beliau telah dihantar ke Afrika bersama-sama askarnya melawan kaum Zulu, dan beliau telah berjaya menawannya. Selepas itu beliau telah ditugaskan untuk melawan bangsa Ashanti. Bangsa Ashanti terkenal sebagai bangsa yang garang. Tetapi bangsa Ashanti sangat takutkannya, sehingga beliau diberi gelaran “serigala yang tidak pernah tidur” atau “Impeesa” kerana keberanian dan kecekapannya. Pada tahun 1899, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Kolonel. Huru-hara telah tercetus di antara kerajaan British dengan negeri Transvaal sehingga perhubungan keduadua negara menjadi sangat genting, dan Powell telah diberi tugas untuk menubuhkan dua batalion askar berkuda untuk ke Afrika Selatan. Beliau telah mempertahankan bandar Mafeking selama 217 hari daripada kepungan musuh yang mempunyai bilangan askar yang berlipat ganda. Peristiwa ini berlaku pada 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900, sehinggalah bantuan dari pihak British datang menembusi kepungan musuh.


Pada 1899, semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah menggunakan kanak-kanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di medan peperangan Kapten Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah memberi dorongan kepada beliau untuk seterusnya menubuhkan pergerakan Pengakap. Selepas peristiwaan ini beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Major Jeneral yang termuda. Kesan daripada bantuan kanak-kanak di bandar Mafeking, beliau telah mula merangka rancangannya pada tahun 1906 dan pada tahun 1907 beliau telah siap menulis buku “Aids to Scouting”. Segala pengalaman semasa di Afrika telah dikumpulkan dalam buku tersebut.Pada tahun 1907 juga, Baden Powell telah diundang untuk memeriksa satu pembarisan pergerakan Brigade Muda oleh pengasas pergerakan ini, Sir William Smith. Baden Powell telah berbincang dengan Sir William Smith serta pergerakan pekerja muda yang lain untuk mengadakan satu perkhemahan terkenal di Pulau Brownsea di Poole Harbour. Perkhemahan bermula pada 25 Julai hingga 9 Ogos 1907. Beliau merupakan “Scout Master” atau Pemimpin Pengakap dalam perkhemahan tersebut. G W Green. H Robson dan P W Everett merupakan penolong-penolong Baden Powell.


Perkhemahan tersebut telah memberi daya penggerak kepada BP untuk menulis dan mengemaskini semula buku “Aids to Scouting” kepada “Scouting for Boys”. Buku ini merupakan pandu asas pergerakan Pengakap sehingga hari ini. Buku tersebut juga diterjemahkan kepada lima jenis bahasa lain lalu disebar di merata-rata dunia. Penubuhan banyak kumpulan baru telah memberi keyakinan kepada beliau untuk meneruskan perjuangan beliau dalam Pengakap sepanjang hayatnya. Beliau telah berhenti berkhidmat dalam askar semasa beliau berpangkat Leftenan Jeneral. emasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulankumpulan Pengakap turut mengambil bahagian dalam mempertahankan negara England. Antaranya ialah pengawasan tepi laut oleh Pengakap Laut. Dalam tahun 1919, Lord Baden Powell telah mengadakan satu tapak perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali sebagai Gilwell Park di London. Gilwell Park juga merupakan tempat latihan ahli dan pemimpin Pengakap yang terulung di dunia.


Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London menghadiri jambori dunia pertama. Jambori itu diadakan di Richmond Park, sebanyak 6000 Pengakap Muda dari dua puluh jenis negara menghadiri jambori tersebut. Richmond Park adalah terletak di Olympia, London. Pada malam akhir jambori ini, BP telah diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia atau Chief Scout of the World. Pergerakan Pengakap terus menular ke negara-negara lain sehingga apabila genap usia penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi dua juta orang. Mengenangkan jaya yang diberikan, Baden Powell telah dianugerahkan darjah kemuliaan yang tertinggi di England iaitu Lord, dan diberi gelaran Lord Baden Powell of Gilwell. King George V merupakan penganugerah yang menjadikan BP seorang Baron. Lord Baden Powell of Gilwell adalah diberi semperna Gilwell Park.


Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan terpaksa berhenti dari pergerakan Pengakap di merata-rata dunia. Beliau bersama isterinya Lady Baden Powell atau Miss Olave Soames pengasas pergerakan pandu puteri telah berhijrah ke Kenya, Afrika. Beliau bermastautin di sebuah kampung yang aman permai selepas berkhidmat kepada dunia Pengakap selama 33 tahun. Pada 8 Januari 1941, beliau meninggal dunia di Paxtu, Kenya. Beliau disemadikan di Nyeri dalam lingkungan bayang-bayang gunung Kenya. Batu nisan beliau turut diukir “Robert Baden Powell, Chief Scout of World, born February 22nd 1857, died January 8th 1941.” Logo Pengakap dan pandu puteri turut diukir pada batu nisan tersebut. Kuburnya telah diletakkan batu-batu berbentuk bulat dengan satu titik di tengah-tengah yang bermaksud “Gone Home “. Kata-kata terakhir BP adalah seperti berikut: Tuhan memimpin dan membantu di dalam kerjakerjamu. Siapakah Lord Baden-Powell ?


LATAR BELAKANG PENGASAS


Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell Nama Singkatan : BP Tarikh Lahir : 22 Februari 1857 Tempat Lahir :London, England Pendidikan : Charter House, London Pekerjaan : Bekas Mejar Jeneral Tentera British Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941 dan disemadikan di Kenya.


Lord Baden Powell ialah Pengakap Agung Dunia yang dilahirkan pada 22 Februari 1857 di sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama penuhnya ialah Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dan bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, seorang profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada seorang Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik.Bapa Baden Powell meninggal dunia semasa beliau berumur tiga tahun. Semasa kecil beliau sudah berminat hidup di luar rumah. Beliau pernah berjalan dan berkhemah di beberapa tempat di England bersama dengan abangnya. Pengalaman ini dapat memberi pengajaran kepadanya supaya bekerjasama dan sentiasa taat pada perintah.


SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA


Pergerakan Pengakap diperkenalkan di Singapura pada 1908 dan ditubuhkan secara rasmi pada July 2, 1910 apabila scout master Frank Cooper Sands (F.C. Sands), tiba dari Nottingham, England ke Singapura untuk menubuhkan dua kumpulan Pengakap Kanak-kanak. Pergerakan Pengakap kemudian menyebar ke Tanah Melayu yang kemudian dikenali Malaya. Encik Sands telah banyak menyumbang dalam pergerakan Pengakap dan dikenali sebagai “Father of Malayan Scouting”. SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA TAHUKAH ANDA Negeri manakah yang pertama menubuhkan Pengakap?


TAHUN 1913 Sabah, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Sandakan TAHUN 1915 Penang, oleh H. R. Cheeseman of the Penang Free School TAHUN 1915 Sarawak, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Kuching (hanya aktif dari 1930). TAHUN 1922 Kedah, oleh E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield TAHUN 1926 Perak, oleh L.R. Wheeler di Malay College Kuala Kangsar TAHUN 1926 Melaka, oleh R. Brunstone TAHUN 1926 Negeri Sembilan, oleh R. Brunstone, Bird dan Roger Smith TAHUN 1926 Selangor, oleh Ameen Akbar TAHUN 1927 Terengganu, oleh A.J. Gracle TAHUN 1927 Kelantan, oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong TAHUN 1928 Johor, oleh H.R. Cheeseman di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar). TAHUN 1931 Perlis, oleh Bird dan Roger Smith. TAHUN 1927 Pahang, oleh G.M. Laidlow in Pekan, disemerakkan pada tahun 1927 oleh H.P. Hertslet Semenjak itu banyak kumpulan dan belia menyertai Pengakap. Perkembangan Pergerakan Pengakap di negara ini ialah seperti berikut:


Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Ingerris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap ditubuhkan juga oleh pengawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan). Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957.


Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965.Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.


SEJARAH PENGAKAP DI IPG


MPKLM atau Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia merupakan sebuah Negeri Pengakap yang terdapat di seluruh Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara. Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru (MPKLM/BPG)ialah sebuah Negeri Pengakap yang ditubuhkan pada 10 Ogos 1985 di Institut PengurusanPendidikan Negara yang kini dikenali sebagai Institut Aminuddin Baki (IAB). Perasmian telahdilakukan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Dr. Hj. Sulaiman Hj. Daud selaku Ketua PengakapNegara merangkap Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia. Perkara ini telah direstui oleh Y.B. Dato’ Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Menteri Pelajaran pada 8 Ogos 1985. Semasa merasmikan Seminar Penubuhan MPKLM/BPG di tempat yang sama.MPKLM/BPG ditubuhkan sebagai negeri bagi mentadbirkan pergerakan pengakap di maktab-maktab perguruan (kini Institut Pendidikan Guru) di Malaysia yang merangkumi 31 buah semasapenubuhannya. Kini, selaras dengan pentadbiran Institut Pendidikan Guru secara induk,MPKLM/BPG ditukarkan kepada MPKL/IPG KPM dan terdapat 6 zon MPKLM/IPG KPM iaituMPKLM/IPG KPM ZON TIMUR, MPKLM/IPG KPM ZON UTARA, MPKLM/IPG KPM ZONSELATAN, MPKLM/IPG KPM ZON TENGAH, MPKLM/IPG KPM ZON SABAH dan MPKLM/IPGKPM ZON SARAWAK.


Pesuruhjaya Negeri MPKLM/IPG KPM : 1. Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ahmad (KLM 14) 1985 - 1994. 2. Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohsin (BPG) 1994 - Julai 2007. 3. Tuan Haji Ahmad Kamar Zainuddin (KLM 10) 2007 - 2010 . 4. Tuan Haji Mohd. Radzi bin Johari (KLM 22) 2011 - kini . TAHUKAH ANDA Berapa lamakah pengakap telah tubuh di negara kami?


CARTA ORGANISASI PENGAKAP PERINGKAT PPM


CARTA ORGANISASI PENGAKAP PERINGKAT IPG


C ARTA ORGANI SAS IPGMK I TENGKU AMPUAN AFZAN PENAUNG : TUAN HAJI ABDULLAH BIN YUSOF PENASIHAT : EN. A.ZAMRI BIN ABDUL RAHIM EN. ABDUL RAMIT BIN SULAIMAN PENGERUSI : MUHAMMAD AKMAL BIN ADAM NAIB PENGERUSI : BALQIS SYAIMA’ BINTI YUZAIMI SETIAUSAHA : LISHAA A/P JAYABALAN NAIB SETIAUSAHA : MOHAMMAD IRFAN DANIEL BIN MOHD IHSAN NAIB BENDAHARI : MOHD NAJMUDDIN BIN AMIR BENDAHARI : NUR ALEEYA MAISARAH BINTI MD JUSOH


C ARTA ORGANI SAS IPGMK I TENGKU AMPUAN AFZAN LISHAA A/P JAYABALAN ALWANI RAUDZOH BINTI MOHD NASARUDIN JENNIFER MARIA MANUEL MICHELLA KHOO AI YUN NUR ALEEYA MAISARAH BINTI MD JUSOH AIN BASIRAH BINTI AZIZ NG ZHAO YU NUR ELLIYA MAISARAH BINTI MOHD ZUBIR NAZAITULNESHA A/P HUSIN IMAN NUR NAZMI BIN ZULKARNAIN MOHAMAD IRFAN DANIEL BIN MOHD IHSAN SEKAWAN MERAH HUWAINA RAU’AH BINTI AHMAD FAIZAL AISYAH FARHANA BINTI MOHD ZAMRI CHE MUHD SYAUQI IMAN BIN CHE ROSLAN MESHAHLENE AHMAD MUHAIMEEN BIN ABU DZAR AHMAD AKIM SAFWAN BIN CHE SHAFIE MOHD NOR IZZUDIN BIN MOHD SHOKERI AIN NAJWA AQILAH BINTI NOR HISHAM IDANI NASEHA BINTI MOHD DAHALAN NUR AINUL AFIQAH BINTI MAT ALI NUR ALIEYA BINTI MOHD SAUFI NUR RABIATUL ALDAWIAH BINTI MOHD ZAILAN SEKAWAN KUNING


C ARTA ORGANI SAS IPGMK I TENGKU AMPUAN AFZAN MUHD AKMAL BIN ADAM BALQIS SYAIMA’ BINTI YUZAIMI SHAMILIANA A/P HARIM NURUL FARA ASHIKIN BINTI MD NORDIN SHANJITHAA A/P MANICKAM SYARIFAH NURSYAHIRAH BINTI SYED KAMARUDIN MUHD HISYAM NAUFAL BIN MOHD NAZRI WAN DAMIA LUTFIAH BINTI WAN NOORAZLAN TENGKU BATRISYA BINTI RAJA ZARIR NURUL LIYANA SYAHIRAH BINTI AHMED HISYAM SITI NOR NAZIHAH BINTI JAHARUDIN NURUL ALIFAH ILYANA BINTI CHE RANI SEKAWAN BIRU NURUL NABILLAH BINTI GHAZALI SITI NURAMYZATUL BINTI SAIM SYARAHNASRIN BINTI MOHD SHAUFI NURUL IZZATI BINTI MOKHTAR MUHAMMAD IZZAT BIN RAZAK NURUL SYAMIMI BINTI MOHD NOR AMIN SITI NUR MAISARAH BINTI CHE HALIM SITI NUR SYAZMIRA BINTI MAT JUSOH MUHAMMAD NAJMUDDIN BIN AMIR MUHAMMAD AMIER HUSSAINI BIN NASRIE NURU ATHIFAH NAZIHAH BINTI ZULKARNAEN NIK NUR NASYWA BINTI AZHAR SEKAWAN HIJAU


CARTA ORGANISASI PENGAKAP PERINGKAT SEKAWAN


C ARTA ORGANI SAS IPGMK I TENGKU AMPUAN AFZAN AHLI AKTIF : AIN BASIRAH BINTI AZIZ MICHELLA KHOO AI YUN LISHA NUR ALEEYA MAISARAH BINTI MD JUSOH NAZAITULNESHA A/P HUSIN NG ZHAO YU SEKAWAN MERAH KETUA SEKAWAN : IMAN NUR NAZMI BIN ZULKARNAIN PEN. KETUA SEKAWAN : IDANI NASEHA BINTI MOHAMAD DAHALAN SETIAUSAHA : ALWANI RAUDZOH BINTI MOHD NASARUDIN BENDAHARI : JENNIFER MARIA A/P MANUEL QUARTER MASTER : MOHAMAD IRFAN DANIEL BIN MOHAMAD IHSA QUARTER STOCK : NUR ELLIYA MAISARA BINTI MOHD ZUBIR


UNDANG-UNDANG PENGAKAP


UNDANG-UNDANG PENGAKAP DIPERCAYAI TAAT BERGUNA BERSAUDARA BERBUDI KASIHKAN BINATANG MENURUT PERINTAH TABAH HATI BERJIMAT SUCI PERKATAAN SUCI PERBUATAN SUCI FIKIRAN


ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP


LAUNGAN AGUNG 1) Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). 2) Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. 3) Sambil berteriak PEEEEK, PKK berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. 4) Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ‘ AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK “. Sebaik sahaja menyebut BAIK, PKK terus berdiri dlm keadaan sedia menghadap Akela. 5) Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak ” KAMU BUAT HABIS BAIK ” (intonasi menyoal). PKK yang membalas hormat sambil menjawab ” KAMI BUAT HABIS BAIK “. 6) Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. (PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat).


Sumber : Internet LAUNGAN AGUNG


Mengibarkan Bendera Kedudukan Peserta : Dalam Bulatan Jurulatih : Sebaris di belakang tiang bendera, mengadap peserta, Ketua berada di sebelah kanan dan jurulatih bertugas di sebelah kiri ketua Bendera : Sudah bergulung dan terikat di puncak tiang Perjalanan Upacara 1) Peserta menyusun kedudukan dan menunggu kedatangan ketua dan jurulatih. 2) Petugas berdiri di tengah-tengah. 3) Bila jurulatih masuk (perintah) “baris sedia”, bila semua jurulatih sudah sedia, barulah petugas mulakan upacara. 4) Petugas : (Mara ke hadapan memberi hormat) Assalamualaikum tuan, PEK sudah siap untuk memulakan acara. 5) Petugas : (Beri hormat, pusing belakang - bergerak ke tempat asal. 6) Petugas : (Beri arahan) Bendera. 7) Petugas : (Bergerak menghadap bendera)


Mengibarkan Bendera 8) Pengibar bendera terus tarik tali bendera. 9) Peserta hormat bendera sebaik sahaja tali bendera ditarik. 10) Pengibar bendera dengan segera langkah ke belakang dan hormat dan PKK yang lain ikut hormat bendera. 11) Petugas : “Negaraku” - semua menyanyi 12) Petugas : (Perintah) “Doa” - isyarat “Ap” 13) Pembaca doa langkah selangkah ke hadapan dan terus membaca doa menadah tangan aras bahu, bukan muslim tunduk pandang hujung kaki isyarat “Ap” untuk menurunkan tangan dalam kedudukan sedia. 14) Petugas : “Persetiaan” - isyarat “Ap” Petugas terus angkat tangan, diikuti oleh semua dan lafaz persetiaan. 15) Petugas : Bila selesai persetiaan, petugas bergerak ke hadapan ketua - hormat - lapor “Istiadat selesai - majlis diserahkan kepada tuan” - pusing ke belakang (bergerak) mengambil tempat dalam barisan (sebelah tiang bendera) - perintah “Baris senang diri”. 16) Jurulatih bertugas : Mulakan tugas. 17) Petugas : “Jurulatih, jurulatih sedia””Keluar baris”


Menurunkan Bendera Kedudukan Peserta : Dalam bulatan. Jurulatih : Sedia di belakang tiang bendera menghadap peserta. Perjalanan Upacara 1) Petugas : (Beri arahan) “PEK ! Sedia”. 2) Petugas : (Beri arahan) “Bendera” semua menghadap bendera, dua orang PKK berjalan ke arah tiang bendera, berhenti, bersedia di hadapan tiang bendera, seorang dari PKK menurunkan bendera dan seorang lagi mengawal dengan cermat supaya jangan ada bahagian bendera tercecah ke tanah dan menyangkutkan bendera ke bahu, Kedua PKK tadi melipat bendera. 3) Petugas : (Beri arahan) “Serahkan bendera kepada ketua” PKK bergerak (arahan) “Ap” kedua PKK berpusing ke kanan, seorang balik ke dalam sekawan, seorang lagi (pemegang bendera) bergerak menghadap ketua, beri hormat dan serahkan bendera - selangkah ke belakang - hormat, balik ke sekawan. 4) Petugas : (beri arahan) “Doa” - “Ap” - angkat tangan. 5) Pembaca doa selangkah ke hadapan dan terus membaca doa “Ap” - turun tangan. 6) Petugas : (beri arahan) “PEK ! Bersurai”


LOGO PENGAKAP


LAMBANG/LOGO PENGAKAP SEDUNIA Pecahan 3 kelopak - Melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga Ikatan putih - Menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap 2 buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan - Melambangkan undangundang Pengakap yang sepuluh itu. Lingkaran tali berwarna putih - Melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia Warna ungu - Warna Biro Pengakap Sedunia Warna putih - Kesucian dan kebersihan


Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap" Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap. Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia" LAMBANG/LOGO PENGAKAP SEDUNIA Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".


Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap. - Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak", - Hijau - "Pengakap Muda", - Merah - "Pengakap Remaja" LAMBANG/LOGO PENGAKAP SEDUNIA Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.


PERSETIAAN PENGAKAP


Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan : Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara; Menolong orang pada setiap masa; Menurut Undang-Undang Pengakap. PERSETIAAN PENGAKAP


HORMAT PENGAKAP


SALAM PENGHORMATAN KEPADA KETUA KEPADA BENDERA YANG DINAIKKAN KAEDAH MEMBER PERSETIAANKEPADA LAGU KEBANGSAAN DIMAINKAN KEPADA JENAZAH SALAM BIASA KEPADA PEMBESAR-PEMBESAR NEGERI ATAU NEGARA KEPADA PEMIMPIN KEPADA SAUDARA PENGAKAP SALAM PERSETIAAN WAKTU PERLANTIKAN MEMBUAT PERSETIAAN (SALAM TIGA JARI DIANGKAT SETINGGI BAHU DAN TAPAK TANGAN HADAPAN) SALAM PENGAKAP! HORMAT PENGAKAP


PAKAIAN SERAGAM


Click to View FlipBook Version