Sumber : Internet Sumber : Internet
Sumber : Internet Sumber : Internet
PANGKAT PENGAKAP
Sumber : Internet Sumber : Internet
Sumber : Internet Sumber : Internet
Sumber : Internet Sumber : Internet
LENCANA-LENCANA PENGAKAP
LENCANA KEMAHIRAN LENCANA KEAHLIAN Sebelum dilantik menjadi ahli, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara yang terkandung dalam silibus lencana keahlian. LENCANA WAJIB Penunggang Basikal Ahli Renang Setelah lulus Lencana Keahlian, Ahli Pengakap Kanak-Kanak dikehendaki meneruskan Latihan dan ujian bagi mendapatkan SATU (1) Lencana WAJIB mengikut minat dan kesukaannya dalm aktiviti-aktiviti lencana tersebut. Sebelum layak menjalani ujian dalam silibus Lencana Keris Gangsa, seseorang Pengakap Kanak-Kanak mestilah lulus Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu. LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP KANAK-KANAK
LENCANA KEMAHIRAN LENCANA KEPERIBADIAN : KEGEMARAN Setelah lulus Lencana Kemajuan Pengakap Kanak-Kanak (Lencana Keris Gangsa), Ahli Pengakap Kanak-Kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut. Koleksi Hobi Ahli Kraftangan Peladang Kecil Pelukis Pembaca Buku Penghibur Selang tarikh lulus antara Lencana Keris Gangsa dengan Keris Perak adalah 6 bulan. LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP KANAK-KANAK
LENCANA KEMAHIRAN LENCANA KEPANDAIAN : PERKHIDMATAN Setelah lulus Lencana Kepandaian – Kategori Pengetahuan, Ahli Pengakap Kanak-Kanak dikehendaki meneruskan Latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Perkhidmatan mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut Pekerja Am Pengurus Rumah Penyelamat Nyawa Pertolongan Cemas LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP KANAK-KANAK Sebelum layak lulus Lencana Keris Emas, seseorang Pengakap Kanak-Kanak mestilah lulus Lencana Keris Perak dan Lencana Kepandaian (DUA Lencana Kategori Pengetahuan dan DUA Lencana Kategori Perkhidmatan) terlebih dahulu.
LENCANA KEMAHIRAN LENCANA KEPANDAIAN : PENGETAHUAN Setelah lulus Lencana Kemajuan Pengakap Kanak-Kanak (Lencana Keris Perak), Ahli Pengakap Kanak-Kanak dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut Ahli Olahraga Ahli Pasukan Permainan Ahli Sains Pecinta Alam Semulajadi Pembaca Berita Pemelihara A;lam Sekitar Pengembara
LENCANA KEMAHIRAN RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK (ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI) Setelah lulus Lencana Kemajuan Keris Emas dan TUJUH Lencana Kepandaian (SATU Lencana Wajib, DUA Lencana Kegemaran, DUA Lencana Pengetahuan dan DUA Lencana Perkhidmatan. Pengakap Kanak-Kanak itu layak memakai Tanda Cemerlang RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK (ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI) LENCANA-LENCANA PENGAKAP (PEMIMPIN) Sumber : Internet Sumber : Internet Sumber : Internet
LENCANA KEMAHIRAN RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK (ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI) Setelah lulus Lencana Kemajuan Keris Emas dan TUJUH Lencana Kepandaian (SATU Lencana Wajib, DUA Lencana Kegemaran, DUA Lencana Pengetahuan dan DUA Lencana Perkhidmatan. Pengakap Kanak-Kanak itu layak memakai Tanda Cemerlang RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK (ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI) LENCANA-LENCANA PENGAKAP (KANAK-KANAK) Sumber : Internet Sumber : Internet Sumber : Internet
COGAN KATA PENGAKAP
COGAN KATA PENGAKAP PENGAKAP KANAK-KANAK : “BUAT SEHABIS BAIK” PENGAKAP MUDA : “SELALU SEDIA” PENGAKAP REMAJA : “PANDANG LUAS” PENGAKAP KELANA : “BERKHIDMAT”
IKATAN & SIMPULAN
IKATAN DAN SIMPULAN SIMPULAN BUKU SILA Fungsi: Menyambungkan dua tali yang sama besar. Mengikat bungkusan Mengikat atau mematikan anduh. BUNGA GETI Fungsi: Menyambung dua tali yang tidak sama besar. Menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat mendera dengan tali.
IKATAN DAN SIMPULAN SIMPUL MANUK Fungsi: Mengikat tali pada batang kayu atau mengikat tali pada sampan atau bot semasa berlabuh. Mengikat khemah pada tiang kayu. Memulakan ikatan pada kayu. TINDIH KASIH Fungsi: Menyelamatkan orang di dalam kecemasan (menaikkan atau menurunkan orang) Mengikat atau menarik kayu.
IKATAN DAN SIMPULAN LILIT DUA SIMPUL Fungsi: Mengikat tali pada pancang khemah. LILIT PEMATI BIASA Fungsi: Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang.
BENDERA PENGAKAP DAN SEMUA NEGERI DI MALAYSIA
BENDERA PENGAKAP MALAYSIA Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: a) Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara b) Menolong orang setiap masa c) Menurut undang-undang Pengakap. Dua bintang pecah lima berwarna hijau menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap" Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
BENDERA PENGAKAP MALAYSIA Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam". Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi DuliDuli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap iaitu: a) Kuning - Pengakap Kanak-Kanak b) Hijau - Pengakap Muda c) Merah - Pengakap Remaja
PERLIS INDERA KAYANGAN BENDERA NEGERINEGERI DI MALAYSIA PULAU PINANG (PULAU MUTIARA) SELANGOR DARUL EHSAN Kuning Melambangkan D.Y.M.M. Raja. Biru Melambangkan rakyat. Nota tambahan Maksud Bendera melambangkan kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat baginda Biru Muda Melambangkan warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Putih Melambangkan negeri Pulau Pinang yang aman damai. Kuning Melambangkan kemakmuran. Pohon Pinang Melambangkan pohon dari mana pulau itu mendapat namanya. Kuning dan merah Melambangkan daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan Bintang Melambangkan Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri Putih Melambangkan kesucian Agama Islam
PERLIS INDERA KAYANGAN BENDERA NEGERINEGERI DI MALAYSIA Kuning dan merah Melambangkan daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan Bintang Melambangkan Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri Putih Melambangkan kesucian Agama Islam Kuning Melambangkan D.Y.M.M. Raja. Biru Melambangkan rakyat. Nota tambahan Maksud Bendera melambangkan kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat baginda Putih Melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Kuning Melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Hitam Melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan. Nota tambahan Maksud Bendera melambangkan system kesultanan Negeri Perak Merah, putih, kuning dan biru Melambangkan Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan Anak Bulan dan Bintang Melambangkan Agama Islam, agama negeri dan Malaysia. MELAKA (BANDARAYA BERSEJARAH) KEDAH DARUL AMAN PERAK DARUL RIDZUAN
BENDERA NEGERINEGERI DI MALAYSIA NEGERI SEMBILAN DARULKHUSUS Kuning Melambangkan D.Y.M.M. Raja. Merah Melambangkan rakyat. Hitam Melambangkan Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini. Hitam Melambangkan warna kebesaran Bendahara yang memerintah negeri Pahang pada suatu ketika dahulu. Putih Melambangkan Raja. Nota tambahan Warna putih di atas hitam melambangkan negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaankeistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja sebagai negeri beraja dan berdaulat. PAHANG DARUL MAKMUR
BENDERA NEGERINEGERI DI MALAYSIA Putih Melambangkan D.Y.M.M. Sultan. Hitam Melambangkan rakyat Anak bulan dan bintang Melambangkan agama Islam Nota tambahan Warna putih melingkungi warna hitam melambangkan Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat baginda. Merah Melambangkan kejujuran penduduk sebagai rakyat kepada Raja. Putih Melambangkan kebesaran dan tanda kesucian Raja negeri ini. Anak bulan dan bintang bewarna putih Melambangkan Raja yang berdaulat. Merah Melambangkan hulubalang yang mempertahankan negeri. Biru tua Melambangkan Kerajaan Negeri. TERENGGANU DARUL IMAN KELANTAN DARUL NAIM JOHOR DARUL TA’ZIM
BENDERA NEGERINEGERI DI MALAYSIA Biru Zirkon Melambangkan keamanan dan ketenteraman Putih Melambangkan kemurnian dan keadilan, Merah cili Melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru salji Melambangkan perpaduan dan kemakmuran Nilakandi Melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Gunung Kinabalu dan lima jenis warna Melambangkan Negeri Sabah dan lima Bahagian Pentadbiran Negeri ini. Merah Melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh. Kuning Melambangkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum. Hitam Melambangkan kekayaan sumber asli seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya. Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan Melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis. Juga merupakan cita-cita tinggi rakyat dan hasrat perjuangan untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka. SABAH (NEGERI DI BAWAH BAYU) SARAWAK (BUMIKENYALANG)
BENDERA NEGERINEGERI DI MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN Kuning Melambangkan kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan; Biru Melambangkan perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran Merah Melambangkan semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga. Jata Negara Melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara. Tiga bintang di bawah Jata Negara membawa maksud tiga Wilayah Persekutuan terpenting iaitu; Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaungn dan mendokong Wilayah Persekutuan.
LAGU-LAGU
Negaraku Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Raja kita selamat bertakhta LAGU NEGERAKU
LAGU NEGERI PAHANG “ALLAH SELAMATKAN SULTAN KAMI” Ya Allah Yang Maha Kuasa Lanjutkan Usia Duli Yang Maha Mulia Dirgahayu Darul Makmur Aman Dan Bahagia Sentiasa Ya Allah Selamatkan Duli Tuanku Raja Kami.
Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia LAGU PENGAKAP MALAYSIA
PENGURUSAN KEAHLIAN PENGAKAP
Pendaftaran Ahli dan Kumpulan Sebuah sekolah hanya boleh menubuhkan satu kumpulan sahaja. Boleh diwujudkan beberapa pasukan dalam kumpulan itu. Satu kumpulan boleh ditubuhkan dengan 18 orang ahli dan 2 pemimpin. Jika melebihi 48 orang anggota perlu pecahkan kepada beberapa pasukan. Jenis Borang Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM. Gunakan beberapa jenis borang: a. Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) b. Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota) c. Borang PPM 1B (Borang Kawalan) Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/ Penolong) d. Borang boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM.
BORANG PENDAFTARAN AHLI PENGAKAP
Yuran Pendaftaran Kumpulan/ Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/ anggota yang lama perlu diperbaharuhi pendaftaran kumpulan dengan PPM. Yuran pendafataran: Kumpulan : RM 30.00 (setahun) Ahli Pengakap : RM 5.00 (setahun) Pemimpin/ Penolong Pemimpin : RM 10.00 (setahun) Kumpulan / anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap. Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan latihan/ perjumpaan dan pakai pakaian seragam pengakap serta lencana-lencananya. - gantung keahlian mengikut Dasar Pertubuhan dan Peraturan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia (Peraturan 44-47) Pemimpin kumpulan secara otomatis digantung keahlian pemimpin serta tauliahnya (Peraturan 80) Pengantungan itu sementara, Pesuruhjaya Daerah maklumkan kepada kuasa pengajur iaitu memperbaharui keahlian kumpulan dengan segera. Pesuruhjaya Daerah menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah-tauliah pemimpin setelah menerima borang pendaftaran.
LAPORAN AKTIVITI
LAPORAN MINGGU 1 Tarikh: 10 Januari 2024 Masa: 8.00-11.00 pagi Tempat: Makmal Sains 2 Penasihat: Encik A.Zamri bin Abdul Rahim LAPORAN AKTIVITI : PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA BAHARU: Pada 10 Januari 2024, ahli Pengakap berkumpul di makmal sains 2 untuk perjumpaan pertama, yang dihadiri oleh penasihat, Encik A.Zamri bin Abdul Rahim. Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk melantik Ahli Jawatankuasa Baharu Induk dan sekawan Pengakap PISMP Jun 2021/2026. Ahli Jawatankuasa Baharu terdiri daripada unit Bahasa Melayu dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Pelantikan ini bertujuan untuk menggerakkan pengurusan dan aktiviti Pengakap dengan kepimpinan baru serta memastikan kelangsungan dan kecekapan keseluruhan kumpulan. PENGENALAN TENTANG MAKLUMAT KURSUS Pada sesi pelantikan Ahli Jawatankuasa Baharu, penasihat memberikan pengenalan tentang maklumat kursus untuk unit-uniform Pengakap, berkaitan dengan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang semester ini. Penekanan diberikan kepada ujian amali yang melibatkan kefahaman, kemahiran, dan kebolehan ahli pengakap dalam bidang seperti ikatan dan simpulan, kawad kaki, pertolongan cemas, dan ikhtiar hidup. Penasihat menetapkan bahawa 60 peratus markah akan diberikan berdasarkan kriteria-kriteria ini. Selain itu, ahli pengakap diminta menyediakan buku log dalam bentuk digital, dengan penekanan pada kreativiti masing-masing. Buku log ini menjadi salah satu tugasan pentaksiran berterusan yang membawa wajaran markah sebanyak 40 peratus. Ahli pengakap juga diarahkan untuk menyertakan rancangan skim latihan Pengakap Kanak-Kanak di sekolah sebagai lampiran dalam buku log digital mereka. Dengan maklumat kursus ini, diharapkan setiap ahli pengakap dapat memahami tugas dan tanggungjawab mereka sepanjang semester, serta dapat menyediakan buku log digital yang mencerminkan kreativiti dan pencapaian mereka dalam aktiviti Pengakap.
LAPORAN MINGGU 1 Tarikh: 10 Januari 2024 Masa: 8.00-11.00 pagi Tempat: Makmal Sains 2 Penasihat: Encik A.Zamri bin Abdul Rahim LAPORAN AKTIVITI : PENGENALAN TENTANG DASAR DAN TUJUAN KEPENGAKAPAN Pengakap adalah pertubuhan sukarela yang bebas dari unsur politik dan terbuka untuk semua tanpa mengira bangsa atau kepercayaan agama. Ini adalah pergerakan belia internasional tertua di dunia, bersama dengan unit-uniform lain seperti Pandu Puteri. Pengakap menawarkan program penuh cabaran dan keseronokan untuk melatih golongan muda hingga remaja, dengan matlamat pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial (JERIS). Tujuan Pengakap adalah melibatkan anak muda dalam masyarakat dan menyediakan rancangan latihan progresif yang menyeronokkan dan menarik. Persetiaan dan Undang-undang Pengakap menjadi asas bagi aktiviti ini, dan kepimpinan dewasa membantu mengarahkan sistem latihan yang disesuaikan dengan umur dan kematangan ahli melalui unit-unit khusus. Dengan prinsip-prinsip ini, Pengakap berfungsi sebagai agen pembangunan holistik bagi generasi muda.
LAPORAN MINGGU 2 Tarikh: 17 Januari 2024 Masa: 8.00-11.00 pagi Tempat: Astaka Penasihat: Encik Abdul Ramit bin Sulaiman dan Encik A.Zamri bin Abdul Rahim LAPORAN AKTIVITI : PENGENALAN LENCANA, TABIK HORMAT DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP Encik A. Zamri, selaku penasihat, memberikan maklumat tentang lencana kemajuan Pengakap Muda yang terbahagi kepada tiga kategori: Jaya, Maju, dan Usaha. Beliau juga menjelaskan tanda pangkat Pengakap Muda, termasuk Penolong Ketua Patrol, Ketua Patrol, dan Ketua Kumpulan. Unit-uniform Pengakap dilengkapi dengan lencana kemajuan Pengakap, seperti Keris Emas, Keris Perak, dan Keris Gangsa. Selain itu, Encik A. Zamri memberikan pengajaran mengenai tabik hormat Pengakap, termasuk cara menjalankan tabik hormat dengan tangan kanan sehingga foredge hat atau bowler hat, serta cara yang betul untuk berinteraksi dengan ahli Pengakap dari negara lain. Maklumat ini penting untuk memahami etika dan protokol dalam komuniti Pengakap, memastikan setiap ahli memahami dan mengamalkan nilainilai penghormatan dan saling penghargaan. DEMOSTRASI ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP Encik A. Zamri, selaku penasihat, memberikan maklumat tentang istiadat-istiadat Pengakap yang melibatkan partisipasi bersama-sama sekawan. Istiadat ini dipimpin oleh akela dengan sebutan “pekk, pekk, pekk”. Setiap ahli Pengakap berkumpul di sekeliling akela, membentuk bulatan besar dengan berpegangan tangan. Ketika akela menurunkan tangan, ahli Pengakap lain dikehendaki menjinjit dengan hujung kaki sehingga akela menjatuhkan tangan mereka, sambil menyebut “akela, kita buat sehabis baik”. Setelah itu, sekawan bertugas membalas akela dengan menyebut “kamu buat sehabis baik”. Ahli Pengakap berdiri dengan tegak, melakukan tabik hormat kepada akela, dan mengucapkan “kami buat sehabis baik”. Istiadat-istiadat ini menunjukkan penghargaan, kedisiplinan, dan semangat kebersamaan dalam komuniti Pengakap.
LAPORAN MINGGU 3 Tarikh: 24 Januari 2024 Masa: 8.00-11.00 pagi Tempat: Astaka Penasihat: Encik Abdul Ramit bin Sulaiman dan Encik A.Zamri bin Abdul Rahim LAPORAN AKTIVITI : PENGENALAN KEPADA MANIK KAYU DUA BUTIR Encik A. Zamri menyampaikan maklumat mengenai proses untuk mendapatkan manik kayu dua butir kepada ahli Pengakap. Terdapat empat peringkat yang perlu dilalui. Peringkat pertama melibatkan kehadiran dalam kursus pengenalan unit-uniform Pengakap. Peringkat kedua memerlukan ahli untuk memuat turun borang makluman pengakap dan mengisinya semasa melaksanakan aktiviti Pengakap ketika menjalani pratikum di sekolah, dengan menitikberatkan pada kemahiran dan kepakaran guru penasihat. Peringkat ketiga melibatkan penyertaan dalam perkhemahan selama 6 hari 5 malam, manakala peringkat keempat memerlukan penyediaan sekurang-kurangnya tiga Rancangan Pembelajaran Harian (RPH). Selepas menyelesaikan kesemua peringkat ini, ahli Pengakap perlu menunggu selama satu bulan untuk menerima sijil dan menghadiri majlis indabar untuk mendapatkan manik kayu dua butir. DEMONSTRASI IKATAN DAN SIMPULAN: Aktiviti ini melibatkan demonstrasi ikatan dan simpulan asas oleh Encik Abdul Ramit bin Sulaiman. Ahli Pengakap diajar cara membuat ikatan seperti buku sila, bunga geti, simpul manuk, dan sebagainya. Keahlian dalam ikatan dan simpulan ini dianggap penting, terutamanya semasa menyertai perkhemahan. Ikatan buku sila digunakan untuk kegunaan seperti mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama saiz, dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Simpulan bunga geti berguna untuk menyambung hujung tali yang berlainan saiz, misalnya, tali sampan dengan tali kapal. Sementara itu, simpulan manuk digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu dan kegunaan lain. Demonstrasi ini bertujuan untuk memastikan ahli Pengakap memahami dan mahir dalam menggunakan ikatan dan simpulan tersebut dalam situasi praktikal.
LAPORAN MINGGU 4 Tarikh: 31 Januari 2024 Masa: 8.00-11.00 pagi Tempat: Astaka Penasihat: Encik A.Zamri bin Abdul Rahim LAPORAN AKTIVITI : PENGENALAN PERTOLONGAN KECEMASAN ANDUH Encik Abdul Ramit telah memberikan pengenalan terhadap kepentingan pertolongan cemas yang harus dikuasi oleh ahli Pengakap selaras dengan Persetiaan Pengakap kedua iaitu menolong orang setiap masa. Pengakap hendaklah menguasai balutan anduh dengan baik mengikut kecederaan yang dialami mangsa dan ia dibahagikan kepada lima iaitu kepala, pergelangan tangan, lengan, kaki dan lutut. Ia membantu ahli Pengakap supaya berfikir dengan kreatif dan kritis untuk menggunakan barangan di persekitaran sebagai alatan pertolongan cemas contohnya Skaf rasmi kebangsaan Pengakap dijadikan kain anduh. Selain itu, kami telah diterangkan oleh penasihat terhadap cara mengendalikan rawatan sementara kepada mangsa yang dalam keadaan terkejut ataupun trauma dialami kerana ia akan mempengaruhi kecederaan sama ada bertambah teruk atau sebaliknya. DEMONSTRASI PENGGUNAAN ANDUH UNTUK KECEMASAN Kami telah dipecahkan kepada empat kumpulan mengikut sekawan masing-masing untuk menguasai bahagian balutan anduh lalu dibentangkan cara yang betul dan tepat kepada ahli Pengakap yang lain. Saya bersama-sama ahli Pengakap telah melihat sebuah video di aplikasi YouTube berkaitan balutan anduh untuk kecederaan pada bahagian lengan serta kaki dengan menggunakan Skaf rasmi kebangsaan Pengakap serta mengaplikasikan ikatan buku sila. Sebagai contohnya, bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera kemudian ikatan buku sila diikatkan dengan menarik hujung satu lagi bucu pada atas bahu. Malahan, bucu atas kain anduh pada bahagian siku tadi boleh dikemaskan dengan menggunakan pin atau dilipat ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas. Ahli Pengakap haruslah memastikan jari mangsa dikeluarkan sedikit dari kain anduh sekurang-kurang tiga untuk mengalakkan pengudaraan dan mengampu bahagian lengan yang cedera dengan baik
LAPORAN MINGGU 5 Tarikh: 7 Februari 2024 Masa: 8.00-11.00 pagi Tempat: Astaka Penasihat: Encik Abdul Ramit bin Sulaiman dan Encik A.Zamri bin Abdul Rahim LAPORAN AKTIVITI : PENGENALAN SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP: Encik A. Zamri memberikan penjelasan mengenai sejarah penubuhan Pengakap di peringkat antarabangsa, Malaysia, dan Institut Pendidikan Guru Malaysia. Lord Baden-Powell, seorang pegawai tentera British, adalah pengasas Pengakap yang dilahirkan pada 22 Februari 1857 di Paddington, London. Penubuhan Pengakap Malaysia pada tahun 1927 dihidupkan semula oleh H.P. Hertslet, Frisby, dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang. H.R. Cheesman telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang, iaitu Penang Free School pada tahun 1915. Selain itu, Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru, ditubuhkan pada 10 Ogos 1985 di Institut Pengurusan Pendidikan Negara yang dikenali sebagai Institut Aminuddin Baki (IAB). TEORI DAN DEMONSTRASI AKTIVITI KAWAD KAKI: Encik A. Zamri mengajar teori dan melakukan demonstrasi terhadap aktiviti kawad kaki. Perbarisan asas termasuk arahan seperti "Sedia", "Senang diri", "Rehatkan diri", dan "Ke kanan lurus dan pandang depan". Setiap arahan perlu difahami dan dilaksanakan dengan penuh ketelitian, dengan contoh seperti arahan "Sedia" yang memerlukan ahli untuk berdiri dengan kemas dan rapi, dan arahan "Rehatkan diri" yang memerlukan perubahan posisi tangan di paras pinggang. Latihan berkala diperlukan agar ahli Pengakap menjadi lebih cekap dan responsif terhadap arahan, memastikan kelihatan kemas dan disiplin dalam pergerakan. Demonstrasi ini bertujuan untuk memastikan pemahaman dan pelaksanaan yang betul dalam aktiviti kawad kaki.
LAPORAN MINGGU 6 Tarikh: 21 Februari 2024 Masa: 8.00-11.00 pagi Tempat: Astaka Penasihat: Encik Abdul Ramit bin Sulaiman dan Encik A.Zamri bin Abdul Rahim LAPORAN AKTIVITI : NYANYIAN LAGU PENGAKAP: Sekawan biru diberi tugasan untuk memilih dan menyanyikan sebuah lagu Pengakap, yang mereka pilih berjudul "Di Sini Kami Berkumpul". Lagu ini dipilih kerana liriknya merangkumi lima bahasa termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa India, dan Bahasa Jawa, sejajar dengan semangat perpaduan yang terdapat dalam Undang-Undang Pengakap. Semasa menyanyi, ahli Pengakap yang lain boleh menggayakan atau menari mengikut lirik lagu tersebut. DEMONSTRASI KAWAD KAKI: Encik Abdul Ramit melakukan demonstrasi terhadap perlengkapan yang harus digunakan oleh sekawan bertugas semasa istiadat laungan agong. Ini termasuk susunan yang betul, dimulai dari ketua sekawan, Persetiaan Pengakap, Bendera, doa, dan diakhiri dengan penolong ketua sekawan. Ketua sekawan bertanggungjawab menyediakan bendera mengikut warna yang ditetapkan. Kami juga diajar untuk melaksanakan aktiviti kawad kaki dengan pemeriksaan dan pengawasan oleh Encik Abdul Ramit. Beliau ingin memastikan bahawa arahan dari ketua sejajar dengan pergerakan ahli semasa melakukan kawad kaki. Pemeriksaan tersebut termasuk penilaian terhadap arahan ketua yang betul, tepat, dan jelas, dengan hasil pentaksiran berterusan individu sebanyak 10%. Ahli Pengakap dibahagikan kepada sekawan dan dinilai bagi penambahbaikan dari semasa ke semasa, dengan tujuan meningkatkan prestasi mereka dalam aktiviti kawad kaki.
LAPORAN MINGGU 7 Tarikh: 28 Februari 2024 Masa: 8.00-11.00 pagi Tempat: Astaka Penasihat: Encik Abdul Ramit bin Sulaiman dan Encik A.Zamri bin Abdul Rahim LAPORAN AKTIVITI : TAKLIMAT AKTIVITI MALAM KEBUDAYAAN: Encik Abdul Ramit memberikan taklimat tentang malam kebudayaan yang akan diadakan sebagai sebahagian daripada penilaian pentaksiran berterusan. Beliau menunjukkan beberapa contoh video aktiviti malam kebudayaan dari institut lain sebagai inspirasi. Kami memutuskan untuk memilih tema tarian untuk persembahan malam kebudayaan dan sekawan merah akan mengendalikan persembahan tersebut. Selain itu, kami berhasrat untuk menjemput pensyarah dari jabatan lain sebagai juri jemputan untuk menilai persembahan kami. AKTIVITI IKHTIAR HIDUP: Setiap sekawan diberi tanggungjawab untuk menyediakan alatan yang diperlukan untuk aktiviti ikhtiar hidup, seperti kayu api, tin makanan, beras, telur, dan hiasan. Dalam masa 30 minit, kami menjalankan peranan masing-masing, termasuk menanak nasi, merebus telur, menghias, dan menghidupkan api. Kami menghadapi cabaran apabila kawasan untuk menghidupkan api basah akibat hujan semalam, dan kami mengambil tindakan alternatif dengan mengeringkan kayu api dan daun kering. Setelah 30 minit berlalu, Encik Abdul Ramit menilai masakan kami berdasarkan kriteria seperti masakan nasi yang masak, telur yang direbus dengan baik, dan kebersihan serta kerapihan kawasan memasak. Setiap sekawan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, dan aktiviti ikhtiar hidup berjalan dengan tersusun rapi dan pembahagian tugas yang baik.
LAPORAN MINGGU 8 Tarikh: 6 Mac 2024 Masa: 8.00-11.00 pagi Tempat: Sinar Ria Cafe IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan Penasihat: Encik Abdul Ramit bin Sulaiman LAPORAN AKTIVITI : PERBINCANGAN MALAM KEBUDAYAAN: Encik A. Zamri memberitahu setiap sekawan tentang aktiviti malam kebudayaan yang akan diadakan, dan beliau menekankan perlunya persediaan menyeluruh sebelum acara tersebut. Sekawan biru, yang terdiri daripada 12 orang, mengadakan perbincangan di cafe kampus. Mereka merancang tiga jenis tarian untuk persembahan malam kebudayaan, iaitu tarian India, tarian zapin Melayu, dan tarian Cina. Pemilihan ini bertujuan untuk mencerminkan semangat kepelbagaian dalam Pengakap, di mana keanggotaan tidak mengambil kira bangsa, kaum, atau agama. Kesemua ahli Pengakap bersatu untuk menyusun konsep tarian yang menyentuh hati semua. SUSUN ATUR MALAM KEBUDAYAAN: Sekawan biru menyusun atur persembahan malam kebudayaan dengan merangkumi tiga lagu dalam sebuah video. Mereka memilih tiga lagu untuk tiga jenis tarian yang berbeza: Bollywood (Radha – SOTY) oleh tiga orang untuk tarian India, Tari Zapin Melayu oleh sembilan orang, dan Chinese (Hu Fa Shi Zhe) oleh 12 orang untuk tarian Cina. Jadual latihan tarian telah disusun agar sesuai dengan jadual kuliah dan waktu rehat, menunjukkan koordinasi dan kerjasama dalam perancangan. Selain itu, perbincangan berfokus pada pemilihan busana yang sesuai dengan tema dan lagu yang akan disampaikan, seperti sari, baju Melayu, dan cheongsam. Keputusan perbincangan ini diambil secara kolektif untuk mengelakkan perselisihan dan memastikan setiap anggota merasa terlibat dalam keseluruhan proses persembahan malam kebudayaan.
LAMPIRAN
LAMPIRAN
PERANCANGAN TAKWIM YANG BERORIENTASIKAN SEKOLAH RENDAH
PERANCANGAN TAKWIM YANG BERORIENTASIKAN SEKOLAH RENDAH