200 | P a g e
201 | P a g e
202 | P a g e
203 | P a g e
204 | P a g e
205 | P a g e
206 | P a g e
207 | P a g e 7 PENGURUSAN INTERVENSI MURID MENCUBA DADAH 7.2 Ujian Urin Murid (Menengah) PROGRAM URIN TEST 1. 0 PENGENALAN Program ini diadakan bertujuan sebagai langkah awal mengesan penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar. Selain itu, ia diharap dapat dijadikan satu sumber maklumat bagi sekolah untuk mengambil tidakan susulan pencegahan dan bantuan awal kesedaran tentang keburukan penyalahgunaan dadah. 2. 0 RASIONAL Pelajar-pelajar perlu diberikan peluang memperbaiki kelemahan diri dalam meningkatkan prestasi kebolehupayaan pembelajaran. 3.0 MATLAMAT Kemahiran membina jati diri dalam suasana yang positif dan kondusif serta daya tahan diri menghadapi cabaran dalam kehidupan. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Menyediakan kemahiran yang berkaitan penyalahgunaan dadah kepada pelajar. 4.2 Menyediakan masa dan urusan secara lebih sistematik dan konsisten. 5.0 TARIKH DAN MASA Tarikh : April 2023 Masa : Ikut jadual Harian 6.0 TEMPAT Makmal 1 7.0 SASARAN Semua pelajar terpilih SMK Tun Sri Lanang.
208 | P a g e 8.0 ANGGARAN KOS 8.4 Alat tulis : 5 x RM2.00 = RM 10.00 8.5 Jamuan Pegawai AADK : 5 x RM5.00 = RM 25.00 JUMLAH = RM 35.00 9.0 SUMBER KEWANGAN 9.1 Sekolah 10.0 SUMBER TENAGA 10.1 Semua guru PPDa 10.2. Pegawai AADK Tangkak 10.3 Ahli Jawatankuasa 13.0 JAWATANKUASA URIN TEST Pengerusi : EN SARIMAN BIN HAJI HUSIN Pengetua SMK Tun Sri Lanang Timbalan Pengerusi : NURUL IZZATI SETIA BINTI ABDULLAH GPK HEM Setiausaha : EN NORAZIAH BINTI MOHD YUSOF Guru PPDa SMK Tun Sri Lanang Persiapan Tempat : Guru Bertugas 12.0 SENARAI TUGAS Bil Jawatankuasa Senarai Tugas Utama 1. Guru Bertugas i. Menyediakan surat berkaitan program kepada dan pihak AADK Tangkak. ii. Menyediakan senarai nama pelajar yang akan terlibat. iii. Membantu menjalankan aktiviti bersama pegawai AADK.
209 | P a g e iv. Membuat laporan aktiviti. 13.0 PENILAIAN 13.1 Peningkatan peratus kelulusan STPM dan SPM. 14.0 PENUTUP Program ini diharapkan dapat menambah baik pemahaman pelajar keburukan penyalahgunaan dadah dan pelajar dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM tahun 2023 Disediakan Oleh : Disahkan Oleh : Noraziah Mohd Yusof Sariman Haji Husin NORAZIAH BINTI MOHD YUSOF SARIMAN BIN HUSIN S/U PPDa Pengetua STRILA 7.3 Pengurusan Dadah 7.3.1 Soal selidik dan Kajian PROJEK INTERVENSI A. Analisis persekitaran. Analisis Persekitaran Empat elemen iaitu Kepimpinan Berkesan, Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran Bermakna , Guru Berkualiti serta Sokongan PIBG dan Komuniti (PIBK) saya garap bagi mendapatkan analisis persekitaran yang tuntas. Setiap elemen melibatkan Pengurusan organisasi, Pengurusan kurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid, Pengurusan Kokurikulum dan Pengurusan kewangan. Kepimpinan berkesan merupakan elemen yang sangat penting dalam sesuatu organisasi. Organisasi cemerlang mempunyai pemimpin yang hebat. Pemimpin yang hebat pula melalui proses kemahiran kepimpinan yang mantap merangkumi minda, sahsiah diri, personaliti, etika kerja, gaya kepimpinan selaras dengan perubahan zaman. Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran Bermakna pula merujuk kepada iklim dan budaya pembelajaran sesebuah sekolah yang melibatkan pembelajaran interaktif yang
210 | P a g e murid terlibat aktif dan bermakna. Murid bukan lagi boleh dianggap sebagai penerima ilmu yang pasif sebaliknya pedagogi terkini perlu dijana bagi mencorakkan pembelajaran kendiri murid, menggalakkan pembelajaran kolaboratif, cekap berkomunikasi, serta berfikir secara kritis dan kreatif. Inilah antara konsep dan pendekatan yang diberikan penekanan dalam TS25. Amalan ini adalah selari dengan penerapan Enam Aspirasi Murid dalam PPPM 2013- 2025, iaitu memupuk pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa, kemahiran memimpin, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Guru berkualiti ialah mereka yang dapat dan mampu menguasai serta merealisasikan segala kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada diri mereka sebagai alat untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Abdull Sukor Shaari, 2008). Sokongan PIBG dan komuniti juga salah satu daripada elemen yang penting dalam meningkatkan prestasi dan kemajuan sekolah. Fokus utama PIBG dan PIBK ialah pembangunan akademik, pembangunan kokurikulum dan sukan, pembangunan sahsiah dan disiplin murid serta pembangunan insfrastruktur sekolah secara mapan. B. Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman. Keempat-empat elemen yang dianalisis dibahagikan kepada huraian berkaitan Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman yang dikesan bagi mengenal pasti isu seterusnya mencari jalan penyelesaian dengan menggunakan kaedah yang sesuai. Antara isu yang dikenalpasti setelah analisis persekitaran dibuat ialah: Guru kurang melaksanakan pengajaran merentas kurikulum berkaitan PPDa dalam PdPc/PdPR. PdPc merupakan medan pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan murid di dalam bilik darjah. Dasawarsa ini melalui soal selidik yang dilaksanakan mendapati guru kurang melaksanakan rentas kurikulum berkaitan PPDa dalam PdPR. Hal ini merupakan faktor murid sekolah ini perlu diberikan pendidikan pencegahan dadah secara intensif melalui pembelajaran di luar bilik darjah. Isu guru kurang mendapat pendedahan berkaitan PPDa merupakan faktor dominan. Pengurusan PPDa kurang mendapat perhatian guru apabila mereka melaksanakan rentas kurikulum dalam PdPc/PdPR. Hal ini demikian kerana maklumat berkaitan PPDa kurang disebarluaskan dalam kalangan warga sekolah. Faktor inilah yang menyebabkan PPDa kurang diberikan perhatian oleh guru mata pelajaran apabila melaksanakan
211 | P a g e PdPc/PdPR sepanjang perintah kawalan musin Covid19 sehinggalah akhir tahun 2022. Melalui sesi kaunseling yang dilaksanakan terhadap murid sekolah ini yang memiliki masalah disiplin, sebahagian kecil mereka telah dilibatkan oleh bapa mereka sendiri ke dalam kumpulan kongsi gelap. Hal ini menyebabkan kecenderungan mereka untuk terlibat dengan jenayah kongsi gelap dan dadah adalah tinggi. Oleh hal yang demikian, isu berkaitan pendidikan dadah merupakan isu utama dalam skala matriks ranking sekolah ini untuk diatasi secara bijaksana dan komprehensif melalui pembugaran Pengurusan PPDa STRILA 2023. C. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN. Isu Strategik Perancangan strategik wajar wujudkan secara tepat bagi matlamat dan objektif sekolah dicapai secara berkesan dan tuntas. Perancangan strategik bergantung pada pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh pengurus dalam organisasi. Perancangan yang betul akan membawa kepada penyelesaian intervensi yang terbaik. Kursus-kursus khas perlu diadakan dan didedahkan kepada guru-guru bagi meningkatkan kemahiran guru dan peningkatan kualiti guru. Kualiti guru yang meningkat dapat membantu penambahbaikan pencapaian akademik di sekolah (Alimuddin, 2006) Melalui Professional Community Learning (PLC) peningkatan daya kreativiti guru dalam percambahan ilmu yang membawa impak kepada kemenjadian murid dapat dibuat penambahbaikan. Selain itu, pemantauan secara berkala juga wajar diadakan agar kualiti pengajaran guru ditingkatkan di dalam bilik darjah menggunakan borang OPPM dan SKPMg2. Guru-guru yang telah menunjukkan kefahaman yang baik dalam merentas kurikulum berkaitan PPDa diberikan pengiktirafan berupa sijil daripada pihak pengurusan sekolah. D. HURAIAN PROJEK INTERVENSI. Berdasarkan kepada data-data yang dikumpul dan analisis yang dijalankan, ilmu PPDa menjadi isu di sekolah ini. Melalui data yang diperoleh, Pengetua telah berbincang bersama dengan Penyelaras PPDa dan barisan GPK untuk melaksanakan intervensi berkaitan ilmu PPDa secara komprehensif dan sebulat suara mempersetujui cadangan tersebut. kami telah sepakat membuat satu program bagi meningkatkan kompetensi guru dalam ilmu PPDa. Satu mesyuarat bersama pemimpin pertengahan telah dilaksanakan untuk melaksanakan program Laluan LestariPPDa STRILA. Program ini bermatlamat bagi
212 | P a g e memantapkan ilmu PPDa dalam kalangan guru melalui pembelajaran secara hands on serta aktiviti permainan dan kuiz di Laluan LestariPPDa STRILA oleh murid sekolah ini. Program yang dilaksanakan ini juga mendapat sokongan daripada Pegawai SIP Partners, PPD Tangkak dan Pengarah Pendidikan Negeri Johor. Seramai 10 responden dalam kalangan murid yang berisiko terlibat dadah telah dipilih melalui analisis data disiplin dan laporan sesi bimbingan kaunseling individu yang diperoleh sebelum ini. Soal selidik yang diedarkan melalui aplikasi Telegram menunjukkan hanya 5% guru kerap melaksanakan rentas kurikilum berkaitan ilmu PPDa, 32% beberapa kali melaksanakannya dan 48% guru pernah menyelitkan ilmu PPDa dalam PdPR masingmasing. Sebanyak 100% responden dalam kalangan 10 murid pernah menghisap rokok melalui panggilan telefon yang dibuat. Melalui temu bual bersama dengan guru-guru dan murid-murid, gagasan mewujudkan Laluan LestariPPDa STRILA amat dinantikan pelaksanaannya kerana mereka sangat teruja dengan gambaran iklim baharu sekolah berkaitan program yang dirancang ini. Borang kaji selidik ringkas yang diedarkan pasca perasmian oleh Pengarah Pendidikan Negeri Johor membuktikan bahawa program Laluan LestariPPDa STRILA dapat membantu guru dan murid menambahkan pengetahuan berkaitan ilmu PPDa. Pembugaran Laluan PPDa ini membuka mata banyak pihak perihal kepentingan ilmu PPDa disebarluaskan dengan baik. E. PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PENGURUSAN YANG DIAPLIKASIKAN BAGI MEMIMPIN INTERVENSI UNTUK MENCAPAI MATLAMAT BERSAMA. Peranan Pengetua sebagai mentor terserlah melalui tahap pengetahuan dan kemahiran pengurusan yang bermakna dikongsi bersama-sama. Kemahiran softskill dan interpersonal telah diaplikasikan semasa melaksanakan program ini. Perbincangan bersama dengan rakan SLT serta MLT telah meningkatkan kompetensi masing-masing dengan mempraktikkan seni bimbingan (coach) individu dan membantu warga sekolah mencapai kompetensi yang merupakan satu kemahiran pengurusan diri secara cekap. Melaluinya juga, kaedah meningkatkan organisasi melalui tindakan perubahan positif serta menggalakkan ahli untuk mencuba, mencabar pasukan untuk mengambil risiko yang munasabah, menerima kesilapan dan belajar daripada program masa lalu adalah satu
213 | P a g e pengalaman yang amat berharga. Melalui aktiviti yang dilaksanakan juga, MLT dapat diupayakan dalam membantu dan membimbing guru-guru untuk membina minda kebersamaan yang berkesan dalam mengoptimumkan sumber demi kemenjadiam murid secara holistik. Zaidatul Akmaliah (1991) menyatakan bahawa Pengetua/Guru Besar perlu memiliki kemahiran dalam mengurus, mengawal, mengumpul dan menyusun data serta memastikan peraturan dipatuhi. Segala urusan berkaitan sekolah diurus sebaiknya dan menjalin hubungan antara sekolah dengan pelbagai institusi luar. Kami telah berhubungan dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Agensi Dadah Negeri Sembilan, PUSPEN Muar, Penjara Melaka, Jabatan Pengakutan Jalan Muar, PDRM, Institusi Pendidikan seperti UTHM, Polytech MARA Batu Pahat, SMK Bukit Gambir, dan orang perseorangan dalam membentuk ikatan Jaringan dan Jalinan pihak sekolah dengan PIBK yang mapan. Selain itu, pemantapan kemahiran komunikasi diaplikasikan sebaik mungkin. Bukan semua guru bersetuju untuk pelaksanaan program ini. Kemahiran komunikasi yang berkesan melalui sedikit suntikan motivasi telah dapat membantu guru tersebut untuk terus bersama-sama menjayakan program yang pada awalnya tidak menunjukkan minat. Ciri-ciri sebagai motivator juga diterapkan apabila berhadapan dengan guru yang rendah motivasinya. 7.3.2 Kaedah mengenal pasti murid terlibat 7.3.2.A Dadah, GARIS PANDUAN UNTUK MENGENAL/MENGECAMKAN ORANG YANG MENGGUNAKAN ATAU MENYALAHGUNAKAN DADAH. Pendahuluan Seorang pengguna dadah akan mencuba seberapa boleh untuk menyembunyikan tabiatnya. Oleh itu adalah mustahak untuk mengenal tanda-tanda luar dan gejala-gejala salahguna dadah yang mungkin terdapat pada dirinya. Seseorang itu hendaklah bersedia mengenali tanda-tanda itu, tetapi adalah mustahak menyedari iaitu masalah dadah itu adalah sangat kusut hinggakan kadangkala pakar-pakar juga mengalami kerumitan membuat diagnosa yang tepat. Oleh itu adalah penting kita tidak membuat tindakan
214 | P a g e bersendirian kerana ini mungkin akan menyebabkan tuduhan yang salah terhadap seorang yang tidak bersalah. Ini bermakna kita perlu berhati-hati sebelum membuat keputusan yang seseorang itu disyaki menyalahgunakan dadah. Kita hendaklah dapatkan nasihat dan bantuan pakar ikhtisas seperti dari berbagai agensi yang terlibat dengan masalah-masalah dadah dan juga doktor-doktor. Adalah perlu diingati iaitu seseorang itu mungkin ada sebab-sebab sah yang ia mempunyai alat penyuntik (mungkin ia seorang pesakit kencing manis) atau mempunyai tablet dan kapsul (mungkin di bawah arahan doktor). Mempunyai mata yang berair dan hidung berair mungkin disebakan oleh demam selsema atau kerana alergi (allergy) dan tidak semestinya kerana dadah. Begitu juga kelakuan yang luar biasa atau aneh mungkin tiadak kaitan dengan penggunaan dadah. Dadah-dadah selain dari jenis narkotik (narcoties) boleh menyebabkan ketagihan. Ada orang yang mendapat ketagihan ubat pelena (sedatives) dan ubat pelali (tranquilizers). Ubat perangsang (stimulants) jika digunakan dengan dos yang banyak adalah juga mendatangkan ketagihan. Sebagaimana yang telah diterangkan di atas adalah sukar bagi kita untuk mengetahui sama ada seseorang itu menggunakan atau menyalahgunakan dadah dengan hanya melihat kedaan diri dan peribadinya pada ketika itu sahaja tanpa mengetahui latar belakang atau tabiatnya sebelum peristiwa itu berlaku. Oleh kerana itu maka pendapat atau pandangan seorang pakar atau doktor sangat dipentingkan sebelum seseorang itu boleh dikatakan bergantung pada dadah (drug dependent) dan butir-butir tepat (facts) adalah diperlukan sebelum mengesahkan seseorang itu telah menyalahgunakan dadah. Walau bagaimanapun, kita pasti dapat melihat perubahan kelakuan pada pengguna dadah itu. Perubahan Kelakuan Berikut ialah contoh tanda-tanda perubahan kelakuan yang mungkin terdapat pada seseorang itu sekiranya ia menggunakan dadah atau bergantung pada dadah, akan tetapi kita perlu juga beri pertimbangan dahulu sebelum membuat keputusan kerana tanda-tanda ini mungkin disebabkan oleh kemiskinan perasaan tekanan yang biasa dialami di zaman remaja dan lain-lain.
215 | P a g e Kelakuan Seorang Pengguna Dadah Itu Berubah DARIPADA KEPADA i) siuman, rajin bercakap dan pendiam, fikiran bercelaru dan suka menyatakan perasaan menjauhkan diri ii) cergas, sihat dan penuh cemas, kaku dan gelisah bertenaga iii) segak, yakin diri dan tabah hati tertekan, terharu dan berasa bersalah iv) suka menolong, menumpukan ragu-ragu, kerap lupa, pasif dan perhatian penuh dan boleh diharap tidak bermaya v) penuh kemahuan, cergas dan tidak ambil tahu, pasif dan tidak bersemangat bermaya vi) tidak berselindung, baik hati dan curiga-mencurigai, mengancam dan percaya mempercayai tarasing vii) riang gembira, memandang cerah di menyakiti hati, memandang gelap masa hadapan/optimistic dan gerak di masa hadapan/pesimistik dan geri menarik muram III. Tanda-tanda Biasa Secara Am Bagi Penyalahgunaan Dadah Yang Terdapat Pada Pengguna Inhalan: i) Perubahan-perubahan dari segi kehadiran di sekolah atau tempat kerja. ii) Perubahan dari kebolehan-kebolehan biasa (tabiat kerja, kecekapan dan lain-lain). iii) Perwatakan tidak kemas termasuklah pakaian dan kebersihan diri yang tidak dipedulikan. (Tanda-tanda ini mungkin terdapat apabila seseorang itu telah betul-betul ketagih dadah. Tanda-tanda ini mungkin tidak ada di peringkat-
216 | P a g e peringkat awal). iv) Berusaha seboleh-bolehnya menutup lengan untuk menyorokkan tanda-tanda jarum. v) Selalu ke bilik tandas dan kelakuannya berubah tiap-tiap kali ia berbuat demikian. vi) Bercampur dengan pengguna-pengguna dadah yang diketahui. vii) Mencuri barang-barang yang boleh dijual dengan mudah untuk mendapatkan wang (menampung tabiat dadah). IV. Berikut ialah Tanda-tanda Yang Mungkin Terdapat Pada Orang Yang Menyalahgunakan Dadah-Dadah Tertentu A) DADAH PENENANG (DESPRESENTS: - BARBITURATES) i) Seperti orang mabuk minuman keras/arak, tetapi nafasnya tanpa bau arak. ii) Berjalan terhoyong-hayang, tidak tetap atau ada kelihatan rupa mabuk tetapi tanpa bau atau menggunakan arak. iii) Tertidur ketika bekerja. iv) Kelihatan tidak boleh menyesuaikan diri dengan keadaan. v) Pertuturan yang tidak terang. vi) Mata hitam yang membesar. vii) Susah untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu. B) DADAH PERANGSANG (STIMULANTST – AMPHETAMINES COCAINE) Seseorang itu mungkin nampak terlalu cergas, mudah marah, suka i) Bertengkar atau takut. ii) Menunjukkan keadaan terlalu riang, yuforia (euphoria) dan becok mulut. iii) Mata hitam membesar. iv) Tanpa makan atau tidur untuk waktu yang panjang. v) Tekanan darah atau kadar denyuatan nadi yang meninggi. C) NARKOTIK (CANDU OPIUM), MORFIN (MORPHINE), HEROIN, KODIN (CODEINE)
217 | P a g e i) Tanda parut (‘tracks’) dilengan atau di belakang tangan disebabkan oleh suntikan dadah. ii) Mata hitam mengecil dan tidak bergerak; mungkin ia membesar ketika berlaku pengunduran dari dadah (withdrawal). iii) Menggaru-garu tubuh badan dengan kerap. iv) Hilang selera makan. Selalu makan gula-gula, kuih-kuih dan minuman-minuman yang manis. v) Mungkin hidung berair, mata merah dan berair dan batuk yang menghilang apabila ia mendapat dadah(‘fix’). vi) Pengguna kerapkali menyimpan alat suntikan. Sudu, kapas, jarum, tutup botol, logam, alat memberi ubat dan beg plastik didalam laci atau almarinya. vii) Pengguna dadah menunjukkan gerak geri malas/letih, mengantuk dan mungkin tersenggut-senggut (iaitu tidur dan jaga saling berganti). viii) Ketika pengunduran berlaku, pengguna dadah mungkin berasa mual dan muntah-muntah. Wajahnya berubah, selalu menguap dan ototototnya bergerak-gerak adalah antara tanda-tanda yang biasa teradapat pada dirinya. D) GANJA (MARIJUANA – SEJENIS HALUCINOJEN (HALLUCINOGEN) i) Di perigkat-peringkat awal penggunaan ganja, pengguna dadah itu mungkin nampak cergas dengan percakapan dan gelak ketawa yang cepat dan kuat. Di peringkat kemudiannya ia mungkin nampak mengantuk. ii) Mata hitamnya mungkin membesar dan matanya berwarna merah saga. iii) Pengamatannya tidak betul dan ia mengalami halusinasi hallucination). Pengguna ganja adalah susah untuk dikesan atau dikenali sekiranya ia tidak sebenarnya di bawah pengaruh dadah iti, dan walaupun demikian, ia mungkin dapat bekerja dengan baik. Dadah itu mungkin mengubah pengamatannya dari segi masa dan ruang dan menyebabkan berbahaya sekiranya ia memandu atau menjalankan apaapa jentera.
218 | P a g e iv) Dadah-Dadah Jenis Halisinojen Yang Lain (LSD. Meskipun (mescaline) dan lain-lain) v) Kelakuan dan perasaan hatinya berubah-ubah. Pengguna itu akan duduk atau bersandar di satu tempat dengan senyap dalam keadaan khayal ataupun nampak ketakutan atau terperanjat. vi) Dibeberapa kes mata hitamnya membesar. iii) Tekanan darah, kadar denyutan jantung dan kandungan gula dalam darahnya adalah meningkat. (Ada di antara tanda ini hanya diketahui oleh seorang doktor). vii) Mungkin mengalami rasa mual, sejuk, wajahnya berubah, pernafasan tak seimbang, berpeluh dan tanganya mengeletar. viii) Mungkin ada terdapat perubahan-perubahan dari segi deria penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan masa. Seseorang yang dipengaruhi oleh LSD akan membahayakan nyawanya sendiri dengan kelakuan yang tak siuman seperti menganggap ia mempunyai kuasa boleh terbang dan lain-lain. Biasanya pengguna LSD memerlukan seorang sahabat untuk mengawal dan mengawasi dirinya ketika ia menggunakan LSD untuk mengelakkan apa-apa kemalangan. E) MENGHIDU GUM (GULA SNIFFING) Perbuatan ini jarang berlaku, akan tetapi penerangan tentang tandatanda untuk mengenal pengguna dadah ini adalah penting dimasukkan di sini supaya garis panduan ini menjadi komprehensif. i) Bau barang yang dihidu iti adalah terdapat pada baju/pakaian dan nafasnya. ii) Keluaran air dan hingus dari hidung dengan berlebihan dan matanya adalah berair juga. iii) Kawalan ototnya adalah tidak baik (terhoyong-hayang) dalam masa lima minit sesudah terdedah kepada barang itu. iv) Rasa mengantuk atau rasa rasa tidak sedar diri. v) Adanya beg-beg jenis kertas atau plastik kain perca yang mengandungi gum palastik yang kering.
219 | P a g e vi) Pertuturannya yang tidak terang. vii) Nafas yang berbau busuk. PENUTUP Tanda-tanda untuk mengenali pengguna dadah yang diberi ini bukanlah yang muktamat dan mungkin berbeza antara seorang pengguna dengan yang lain mengikut keadaan-keadaan yang mempengaruhi individu itu. Sinderoma (Syndrome) tanda-tanda yang disenaraikan ini bukan sahaja berbeza antara individu bahkan mungkin akan menjadi bertambah kusut pada kes-kes di mana berbagai jenis dadah terlibat (Polydrugs Abuse) dan garis panduan ini adalah bermaksud digunakan sebagai rujukan oleh guruguru, Guru Besar dan Ibu Bapa. Garis panduan am yang diberi ini hendaklah dijadikan asas untuk tindakan rujukan dan untuk pengesahan oleh seorang doktor sama ada seorang individu yang disyaki itu belum/telah menggunakan dadah. Walau bagaimanapun masalah penyalahgunaan dadah ini adalah masalah manusia di dalam satu masyarakat yang kusut dan yang sentiasa mengalami perubahan, maka garis panduan ini adalah penting untuk pengetahuan semua ahli masyarakat yang bertanggungjawab. 7.3.2.B Rokok dan Vape, 7.3.2.C Alhohol, 7.3.2.D Inhalan 7.3.2.E Seks Bebas 7.3.2.F HIV Aids. 7.4 Intervensi kaunseling murid mencuba dadah Tidak ada murid yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah di STRILA.
220 | P a g e 7.5 Program dan Intervensi 7.5.1 Program pencegahan PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDA) STRILA VISI SEKOLAH BEBAS DADAH MISI Melahirkan murid bebas dadah melalui program pendidikan pencegahan dadah yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulm dan pembangunan sahsiah. MATLAMAT Memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan, kesedaran dan kemahiran menentang bahaya dadah, alkohol, rokok, inhalan dan HIV serta bahan terlarang lain yang boleh merosakkan jasmani, emosi, rohani dan intelek. OBJEKTIF 1. Mempertingkatkan kemahiran murid berkaitan bahaya dadah, rokok, inhalan, alkohol, HIV dan bahan terlarang yang lain. 2. Memperkasakan ketahanan dan jati diri murid untuk menolak pengaruh dadah dan bahan terlarang yang lain. 3. Melahirkan murid kreatif, kritis dan inovatif dalam melaksanakan PPDa di sekolah. DIMENSI PENGURUSAN PPDA Pengurusan PPDa dilaksanakan di sekolah merujuk kepada dimensi pengurusan dibawah untuk memastikan kelancaran aktiviti : « Dimensi 1 = Pengurusan dan Kepimpinan « Dimensi 2 = Pengurusan Pendidikan Pencegahan Awalan
221 | P a g e « Dimensi 3 = Pengurusan Seranta dan Publisiti PPDa « Dimensi 4 = Pengurusan Pendidikan Intervensi (Fail Sulit) « Dimensi 5 = Pengurusan Dokumentasi Data PPDa « Dimensi 6 = Pengurusan Penyelidikan PPDa « Dimensi 7 = Pengurusan PPDa dengan Agensi Luar PENGURUSAN PPDA Dalam memastikan program PPDa berjalan dengan mantap, pihak sekolah haruslah memastikan pengurusan PPDa berfungsi di sekolah masing-masing. Pengurusan yang berkualiti akan membantu perlaksanaan Program PPDa diterima oleh keseluruhan komuniti sekolah. Ia juga akan memberi kesan kepada diri pelajar agar tidak mudah terjebak dalam penagihan rokok dan dadah diperingkat awal lagi. Oleh yang demikian, sistem fail yang tersusun hendaklah diwujudkan. Ini bukan sahaja memudahkan proses pemantauan oleh KPM/JPN/PPD dan pihak sekolah sendiri, malah membantu pengurusan guru di sekolah. Beberapa perkara perlu diberi perhatian, antaranya;
222 | P a g e Surat Pekeliling Pelaksanaan Program Sifar Dadah (PROSIDAR)
223 | P a g e Pekeliling Ikhtisas Pelaksanaan Ujian Urin
224 | P a g e Pekeliling di atas merupakan Pekeliling Pelaksanaan Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (Prosidar) dan juga surat Pekeliling Ikhtisas Pelaksanaan Ujian Urin Murid Sekolah. KPM telah melaksanakan PROSIDAR untuk memastikan matlamat Sekolah Bebas Dadah 2012 tercapai. Program ini boleh dilaksanakan melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di bawah tajuk “Gaya Hidup Sihat”. Kit pengajaran yang telah disediakan oleh KPM perlulah diaplikasikan oleh guru-guru untuk mendidik pelajar agar menjauhi dadah. Seterusnya, pihak KPM mengambil langkah untuk melaksanakan ujian urin kerana KPM juga maklum bahawa ada murid-murid sekolah yang terlibat sama ada mencuba, memiliki, membawa dan mengedar dadah. Oleh itu, ujian urin dilakukan untuk mengesan dan melakukan pencegahan awal terhadap pelajar yang terbabit. Aktiviti seperti ini dilaksanakan dengan kerjasama AADK. Oleh itu, pihak sekolah diminta untuk memberi kerjasama sepenuhnya untuk melaksanakan pekeliling yang diberikan oleh KPM untuk memastikan tiada pelajar yang terlibat dengan dadah. Hal ini penting untuk melahirkan masyarakat dan generasi muda yang sihat dan boleh membantu pembangunan negara. 7.5.2 Intervensi Tambahan – Borang B3 (Menengah) 8 PROGRAM AMALAN PPDa (AKTIVITI KHAS / PENGUKUHAN / TAMBAHAN 8.2 Amalan yang mampu menyelesaikan isu PPDa di sekolah INSTITUSI PENDIDIKAN BEBAS DADAH 1. Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR 2.0) Tujuan Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mengupayakan ketahanan diri murid sekolah rendah tahap 2 (lingkungan umur 10 hingga 12 tahun) yang dikenalpasti berisiko terlibat dalam penyalahgunaan dadah
225 | P a g e Matlamat • Melindungi murid daripada terlibat dengan penggunaan dan penyalahgunaan dadah; • Menangguhkan proses penagihan dalam kalangan murid yang dikesan / dikenalpasti mula terlibat; • Melakukan intervensi terhadap murid yang terlibat agar bebas daripada dadah. Objektif • Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kesan dan bahaya penyalahgunaan bahan. • Membina kemahiran – kemahiran hidup (Life Skills) dan resilien agar tidak terlibat dengan penyalahgunaan bahan. • Murid dapat mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari. Pelaksanaan • Telah dilaksanakan sejak tahun 1998. • Diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 2009-2015 menggunakan nama PROSIDAR (Program Sifar Dadah Sekolah Rendah). • Dilaksanakan dalam bentuk Kem (4 hari 3 malam). • Melibatkan seramai 50 orang pelajar yang telah dikenalpasti berisiko di setiap daerah.
226 | P a g e Penambahbaikan Impak Pelaksanaan • Pengesanan awal murid yang bermasalah dan berisiko. • Pengetahuan, kefahaman dan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah ditingkatkan • Kemahiran hidup seperti kemahiran asertif, coping skills, kemahiran menangani tekanan dan sebagainya ditingkatkan. • Pengukuhan sikap positif dan gaya hidup yang sihat. • Penglibatan dan keupayaan keluarga dalam membimbing anak-anak mereka mengatasi masalah berkaitan dadah dapat ditingkatkan. 2. Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS) Tujuan Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mengupayakan ketahanan diri murid (lingkungan umur 13 hingga 18 tahun) yang dikenalpasti berisiko dalam penyalahgunaan dadah
227 | P a g e Matlamat • Untuk membendung murid yang mempunyai masalah dadah daripada terus terlibat dengan penyalahgunaan dadah. • Bagi memastikan murid yang berisiko tidak terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah. Objektif • Mengenal pasti murid yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah. • Melaksanakan intervensi kepada pelajar yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah • Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan mengenai bahaya dadah dan kesannya. • Memupuk sikap dan amalan yang baik serta mengamalkan gaya hidup sihat. • Memperkasakan keupayaan dan komitmen sekolah & keluarga dalam membimbing murid mereka mengatasi masalah berkaitan dadah. Pelaksanaan • Pengesanan awal murid yang bermasalah dan berisiko. • Pengetahuan, kefahaman dan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah ditingkatkan • Kemahiran hidup seperti kemahiran asertif, coping skills, kemahiran menangani tekanan dan sebagainya ditingkatkan. • Pengukuhan sikap positif dan gaya hidup yang sihat. • Penglibatan dan keupayaan keluarga dalam membimbing anak-anak mereka mengatasi masalah berkaitan dadah dapat ditingkatkan.
228 | P a g e Penambahbaikan Impak Pelaksanaan • Pengesanan awal murid yang bermasalah dan berisiko. • Pengetahuan, kefahaman dan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah ditingkatkan • Kemahiran hidup seperti kemahiran asertif, coping skills, kemahiran menangani tekanan dan sebagainya ditingkatkan. • Pengukuhan sikap positif dan gaya hidup yang sihat. • Penglibatan dan keupayaan keluarga dalam membimbing anak-anak mereka mengatasi masalah berkaitan dadah dapat ditingkatkan. 3. Tomorrow’s Leaders
229 | P a g e Tujuan Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan warga IPT mengenai bahaya dadah dan kepentingan usaha pencegahan agar mereka mengambil tanggungjawab dan mengupayakan diri dalam konteks pencegahan dadah. Matlamat Untuk memastikan pelajar dan warga IPT mempunyai pengetahuan, kesedaran dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat tanpa dadah agar mewujudkan Kampus Bebas Dadah Objektif • Memberi pengetahuan, kefahaman, kesedaran & kemahiran tentang pendidikan pencegahan dadah. • Membantu pelajar yang terlibat agar bebas dari dadah dengan intervensi & program yang berkesan. • Melibatkan warga IPT terutamanya HEP dalam program pencegahan dadah • Menggerakkan pelajar IPT sebagai ahli RADA yang proaktif dan berketrampilan Pelaksanaan • Mula dilaksanakan pada tahun 2011 • Dilaksanakan dalam seminar/ceramah/forum (1 hari) • Melibatkan pelajar IPT Impak Pelaksanaan • Pelajar IPT mendapat pengetahuan, kefahaman, kesedaran & kemahiran tentang pendidikan pencegahan dadah. • Pelajar yang terlibat dengan dadah akan mendapat intervensi & program yang berkesan. • Warga IPT terutamanya HEP akan lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam menangani permasalahan dadah semasa di kampus • Ahli SKUAD AADK di IPT akan bergerak secara aktif dalam program pencegahan dadah •
230 | P a g e PERKHIDMATAN RAWATAN DAN PEMULIHAN • Rawatan dan Pemulihan dalam Institusi • Rawatan dan Pemulihan dalam Komuniti • Tele Hello AADK PERKHIDMATAN PENCEGAHAN • Keluarga Bebas Dadah • Institusi Pendidikan Bebas Dadah • Tempat Kerja Bebas Dadah • Komuniti Bebas Dadah • Kempen Kesedaran Awam Dan Antidadah • Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) Penagihan Dadah PERKHIDMATAN PENGUATKUASAAN • Aduan Permasalahan Dadah • Pusat Gerakan Hotline • Pematuhan Syarat-Syarat Pengawasan Orang Kena
231 | P a g e
232 | P a g e
233 | P a g e 8.3 Pengukuhan 8.3.1 Soal selidik data Tidak ada murid yang terlibat dengan Penyalahgunaan Dadah, Menghisap Rokok, Ketagihan Alkohol dan sebagainya. Tidak adalah salah laku sederhana dan salah laku sederhana yang dilakukan oleh murid-murid STRILA. Sumber: SSDM KPM.
234 | P a g e 8.3.2 Kajian dan Impak Sumber : SSDM KPM
235 | P a g e Berdasarkan Data SSDM KPM, semua murid-murid STRILA telah berjaya memperolehi sahsiah terpuji kerana mencapai tahap yang paling minimum untyuk dinobatkan sebagai sahsiah terpuji. Sumber : SSDM KPM
236 | P a g e Berdasarkan SSDM KPM, semua guru dan AKP STRILA telah menjadikan amalan untuk pengisisn Amalan Baik. Sumber: SSDM, KPM.
237 | P a g e 8.4 Laporan dan Rumusan. 8.4.1 Laporan Kepimpinan transformasional yang diamalkan oleh pengetua merupakan kepimpinan yang menggalakkan pengikut atau kakitangannya melibatkan diri dalam organisasi demi mencapai pengiktirafan tertinggi bersama-sama. Leithwood (1994) menjelaskan tentang kepimpinan transformasional yang terdiri daripada beberapa dimensi iaitu membina visi dan matlamat, menyediakan rangsangan intelektual, menawarkan sokongan secara individu, menjadi teladan terhadap nilai-nilai penting organisasi, menunjukkan prestasi kerja yang tinggi, membina budaya organisasi yang kreatif dan membangunkan struktur dan menggalakkan penglibatan dalam proses membuat keputusan. Instruksional pula ialah kata kerja yang bererti ‘pengajaran’ atau ‘proses mengajar sesuatu’. Menurut Abdul Ghani (2011), sebagai pemimpin pengajaran atau instruksional, pengetua memainkan peranan sebagai pembimbing, penyelia, penilai dan pembekal sumber bagi menggalakkan dan membaiki pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah. Kepimpinan juga merujuk kepada setiap tindakan yang menumpukan sumber-sumber ke arah matlamat yang benar-benar bermanfaat. Pengetua STRILA juga mengamalkan gaya Kepimpinan ini. Beliau sentiasa menghendaki guru dan kakitangannya bersedia dan belajar untuk mencapai kejayaan demi kecemerlangan sekolah. Beliau kerap melaksanakan pemantauan berterusan menerusi soal selidik ringkas melalui aplikasi Telegram bagi mendapatkan maklum balas yang pantas. Hal ini telah banyak membantu beliau membuat penambahbaikan bagi persekitaran fizikal dan persekitaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah secara berkesan. 6.3.2 Halangan Dan Sokongan Program intervensi Laluan Lestari PPDa STRILA dilaksanakan di sekolah setelah mengambil kira isu yang timbul iaitu, kurangnya maklumat yang disampaikan kepada guru dan murid berkaitan kepentingan ilmu PPDa. Hal ini menyebabkan Unit PPDa STRILA bergerak menerusi sokongan sedia ada seperti warga dalaman sekolah melibatkan guruguru, staf, pekerja swasta dan sebilangan murid yang memiliki kemahiran seni. Mesyuarat pelarasan program pula dilaksanakan secara Google Meet dan juga bersemuka. Namun
238 | P a g e demikian, mesyuarat dikelolakan dengan baik dan pemilihan tarikh juga telah ditetapkan melalui persetujuan bersama. Jalinan dan jaringan yang dibina menerusi program ini memperkukuh dan memperkasa hubungan antara sekolah dengan PIBK. Hal ini demikian kerana kemahiran softskill dan interpersonal yang diamalkan membuatkan rakan strategik sekolah yang melibatkan pelbagai agensi awam, swasta dan orang perseorangan membantu menggerakkan kelancaran program ini melalui sokongan moral dan kewangan yang banyak. Kemuncak kepuasan dirasai apabila menerima pengikhtirafan daripada semua tetamu yang hadir ke sekolah dan teruja melihat sekolah yang ceria dan kondusifn serta bermaklumat. 6.3.3 Rumusan Kepimpinan Pengetua dan barisan pengurusan STRILA sebagai mentor dapat dijadikan suri teladan dalam mendepani cabaran sebagai pengurus sekolah. Semangat kerjasama dan kerja sepasukan juga memudahkan perjalanan program Laluan LestariPPDa STRILA ini. Impak yang dapat dilihat setelah program dilaksanakan adalah guru-guru dan murid menghargai hasil seni yang dimuralkan kerana mempunyai makna tersurat dan tersirat yang dapat merangsang kemahiran berfikir aras tinggi murid (KBAT). Peratus kefahaman guru dan berkitan ilmu PPDa juga menunjukkan peningkatan apabila masingmasing faham dan jelas berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang perlu garap dan kuasai hasil daripada program intervesi Pengurusan Lestari PPDa ini. Kesukaran melaksanakan program besar musim perintah kawalan pergerakan ini amat dirasai, Sungguhpun demikian, berbekalkan ilmu dan keyakinan yang tinggi, satu persatu halangan dan cabaran dapat diatasi dengan jaya dengan izinNya. Program seperti ini diharap dapat membantu warga Kementerian Pendidikan Malaysia secara amnya dan warga STRILA khasnya untuk memperkasa diri dengan ilmu pendidikan terkini yang bermanfaat untuk diri dan masyarakat terutama anak-anak didik yang bakal mewarisi kesepaduan ilmu yang dicurahkan demi kelangsungan survial pendidikan yang menyeluruh. Pengurusan Lestari PPDa STRILA ialah satu jalan di antara banyak jalan yang menjadi tool Bahan Bantu Belajar (BBB) PdP ke arah kemenjadian murid STRILA secara holistik.
239 | P a g e Inovasi ProDAT yang berfokuskan penulisan Amalan Baik telah dinobatkan Anugerah Emas dalam pertandingan Inovasi berkumpulan peringkat daerah Tangkak.
240 | P a g e BUKU RUJUKAN Tafri Mohd Amin. (2010). Amalan kepimpinan transformasi pengetua dan keupayaan guru sekolah menengah di Pahang. Tesis Sarjana Kepengetuaan, Institut Kepengetuaan, Universiti Malaya. Abdul Ghani (2011), dalam http://www.jprisma.com/v1/index.php/penulisan/31-ppd- pontian/70-kepimpinan-instruksional Abdull Sukor Shaari. 2008, Guru Berkesan Petua dan Panduan, Sintok, penerbit UUM. Alimudin.Hj. Mohd Dom. (2006). Outstanding Leaders:Membina Sekolah Cemerlang, Peranan Pengetua & Gurubesar bagi meningkatkan Kecemerlangan Sekolah, Putrajaya:KPM. Institut Aminuddin Baki. (2006). Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia. IAB Genting Highland, Pahang. ISBN 9839479474 Leithwood (1994) dalam Khalip Musa, Hamidah Yusof, Jamal@Nordin Yunus, Suriani Abdul Hamid (2014) Kepimpinan Transformasional Pengetua: Perbandingan Antara Sekolah Menengah Awam Dan Swasta Fakulti Pengurusan dan Eknomi, Universiti Pendidikan Sultan IdrisTanjong Malim. PPPM 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya Bahagian Pendidikan Guru. Zaidatul Akmaliah (1999) Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Tafri Mohd Amin. (2010). Amalan kepimpinan transformasi pengetua dan keupayaan guru sekolah menengah di Pahang. Tesis Sarjana Kepengetuaan, Institut
241 | P a g e Kepengetuaan, Universiti Malaya. Tafri Mohd Amin. (2010). Amalan kepimpinan transformasi pengetua dan keupayaan guru sekolah menengah di Pahang. Tesis Sarjana Kepengetuaan, Institut Kepengetuaan, Universiti Malaya.
242 | P a g e LAMPIRAN BERGAMBAR Menyampaikan ceramah PPDa p[eringkat Kebangsaan di Aras 6 JPN Johor. Anjuran bersama JPN Johor dan AADK serta PEMADAM Negeri Johor serta Kementerian Pendidikan Malaysia.
243 | P a g e Perbandingan Data SSDM (Amalan Baik) Tahun 2023 - 2023 sehingga 5 Sept 2023 Penerbitan Buku berkaitan PPDa STRILA BIL PERKARA 2023 2023 2023 % 1. Bil Guru dan AKP yang mencatatkan Amalan Baik 17 41/41 41/41 100 2. Jumlah Amalan Baik (AB) 1389 3459 5405 100 3. Bil Murid Anugerah Terpuji 0 204/204 200/200 100 4. Bil Murid Anugerah Amat Baik 0 0 0 0 5. Bil Murid Anugerah Baik 0 0 0 0 6. Bil Murid Perlukan Perhatian 0 0 0 0 7. Bil Murid Perlukan perhatian Serius 0 0 0 00 Data sehingga 5 Sept 2023
244 | P a g e Penerbitan Buku berkaitan PPDa STRILA
245 | P a g e Buku Terbitan Khas Unit PPDa bagi memperkasakan Sahsiah Unggul
246 | P a g e
247 | P a g e Fail PPDa Pengurusan STRILA di Bilik Pengurusan Lestari PPDa STRILA
248 | P a g e Artikel dan keratan Askhbar yang berkaitan PPDa
249 | P a g e