150 | P a g e BIL TARIKH/ HARI AKTIVITI CATATAN 1 15.2.2023 ISNIN 1. Perjumpaan dengan tuan Pengetua, Encik Sariman bin Haji Husin. 2. Perbincangan mengenai isu-isu kritikal sekolah yang memerlukan pelan kontigensi dan penambahbaikan Unit PPDa STRILA 2 16.2.2023 SELASA 1. Membuat pemerhatian persekitaran dari sudut pengurusan sekolah, organisasi, Pengurusan akademik, kokurikulum dan HEM 3 17.2.2023 RABU 1. Menyenaraikan item analisis persekitaran sekolah mengenai isu isu kritikal PPDa 4 18.2 2023 KHAMIS 1. Menghubungi Majlis Daerah Tangkak perihal longkang besar yang dipenuhi sampah. 5 21.2.2023 AHAD 1.Menghubungi calon korporat (PIBK) dalam membincangkan perihal penambahbaikan Unit PPDa STRILA 6 22.2.2023 ISNIN 1. Berhubung dengan wakil khas YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perihal perasmian Frame of Wall Laluan PPDa ( istilah asal) 7 23.2.2023 SELASA 1. Menghubungi Rakan Strategik Ir. Ts Dr. Norfaizah dari UTHM perihal sokongan dan sumbangan terhadap projek Laluan PPDa STRILA 8 24.2.2023 RABU 1. Menghubungi Pengarah PUSPEN Muar perihal sokongan dan sumbangan projek Laluan PPDa STRILA. 9 25.2.2023 KHAMIS 1. Mendapatkan data murid tahun 2018, 2019 dan 2020 bagi masalah disiplin dan kaunseling. 10 28.2.2023 AHAD 1. Menyediakan draf surat memohon sumbangan kolaboratif Laluan PPDa 3. Mengadakan pertemuan dengan YDP PIBG dalam usaha persediaan menyambut kehadiran YAB Perdana Menteri untuk merasmikan Laluan PPDa sekolah. 11 2.3.2023 SELASA 1. Mengadakan pertemuan dengan Pengarah PUSPEN untuk memperindah kawasan sekolah dalam
151 | P a g e usaha persediaan menyambut kehadiran YAB Perdana Menteri 12 3.3.2023 RABU 1. Mengadakan pertemua dengan YDP Majlis Derah Tangkak untuk sumbangan pokok hiasan Laluan PPDa STRILA. 2. Menghubungi prospek PIBK Korporat, En Tommy Tan untuk urusan sumbangan Gerbang Laluan PPDa STRILA 13 4.3 2023 KHAMIS 1. Menghubungi wakil UTHM Ts Dr. Norfaizah untuk sumbangan penajaan Laluan LestariPPDa STRILA 2. Pertemuan dengan tuan Haji AyubBin Bani wakil ADUN Tun Sri Lanang perihal mural YAB PM 14 7.3.2023 AHAD 1. Berurusan dengan YDP PIBG perihal urusan sumbangan PIBK 2. Berurusan dengan pejabat ADUN Tun Sri Lanang Berkenaan urusan perasmian Laluan PPDa oleh YAB Perdana Menteri 3. Menghubungi beberapa murid STRILA berkaitan pencegahan dadah. 15 8.3.2023 ISNIN 1. Berurusan dengan YDP PIBG perihal sumbangan PIBK 2. Lawatan timbal balik Pengarah PUSPEN Muar perihal usahasama jalinan PIBK. 3. Bertemu dengan prospek PIBK dengan mengedarkan surat sokongan memperindah STRILA. En. Jamlus menyumbang RM1000. 4. Bersama dengan tuan Pengetua memantau Mural Laluan PPDa “JAUHI DADAH MUSUH NEGARA” 16 9. 3.2023 SELASA 1. Bersama dengan tuan Pengetua memantau progres Laluan PPDa 3. Bertemu dengan prospek PIBK en Jamrus yang hadir ke sekolah bertemu dengan tuan Pengetua membncangkan perihal kerjasama antara PIBK dan pihak sekolah. 17 10.3.2023 RABU 1.Bertemu dengan Rakan Strategik PIBK STRILA untuk sumbangan pokok bunga dan kayu hiasan Encik Zulkifli bin Haji Abdullah dari Kampung Sagil Parit 2 Tangkak. 2. Menghubungi beberapa prospek Rakan Strategik STRILA. 18 11.3.2023 KHAMIS 1. Bersama dengan pengetua memantau Mural YAB Perdana Menteri sebelum perasmian.
152 | P a g e 2. Bersama dengan tuan Pengetua memilih tapak yang sesuai untuk tanaman pokok Gambir sumbangan Persatuan Tionghoa Johor Bharu sebanyak 47 pokok. 3. Memantau proses pertandingan-pertandingan PPDa melalui Telegram. 4. Bersama dengan tuan Pengetua memantau penghasilan mural PPDA. “BELIA BENCI DADAH” 19 12.3.2023 JUMAAT 1. Bersama dengan tuan Pengetua memantau pelaksanaan simen ferow untuk ruang Taman Golf Mini PPDa STRILA 20 14.3.2023 AHAD 1. Bersama dengan tuan Pengetua memantau kerja-kerja membina simen ferow untuk pembinaan padang Mini Golf PPDa. Justifiksi pembinaan ialah secara simboliknya murid perlu fokus untuk mengejar impian hidup di dunia dan akhirat. Kejayaan memasukkan bola golf ke dalam lubang dianalogikan sebagai 7 Syurga atau 7 Neraka. Syurga bagi murid yang fokus mencapai impian dengan usaha yang baik manakala neraka sekiranya tersilap dalam merencana perjalanan hidup. 2. Bersama dengan Pengetua merasmikan penanaman 47 pokok Gambir sebagai simbolik kewujudan pokok ini di SMK Tun Sri Lanang. Sumbangan pokok ini melibatkan Persatuan Tionghoa Johor Bharu. 21 15.3.2023 ISNIN 1. Bersama dengan tuan Pengetua menerima deraf sumbangan oleh Dato Kenny Lim, ALUMNI STRILA berupa Awning bersebelahan Anjung Seri Gambir berjumlah RM 15 Ribu ringgit. Apabila siap pembinaan tersebut tuan Pengetua akan menamakanannya sebagai Café Dato Kenny-PPDa STRILA 2. Bersama dengan tuan Pengetua mempengerusikan Mesyuarat AKP Bil.1/2023 bermula 9.30 pagi-12.00 tengah hari. Melalui majlis ini juga diserahkan sijil dan hadiah penghargaan sebagai pengiktirafan kepada AKP STRILA. 3. Hari Jadi tuan Pengetua. Mentee menghadiahkan Kek keju sebagai tanda persahabatan dan terima kasih. 4. menghubungi bahagian Lanskap Majlis Daerah Tangkak untuk bunga hiasan sebagai persediaan Perasmian Laluan PPDa STRILA oleh YAB PM / Pengarah Pendidikan Negeri Johor. 5. Bersama dengan tuan Pengetua mendengar taklimat Program Kebersamaan Memacu Pendidikan Johor oleh Pengarah Pendidikan Johor Y.bhg Tuan Haji Shahruddin bin Saari 2.30 petang-4.30 petang.
153 | P a g e https://youtu.be/07P71q3YLc8 22 16.3.2023 SELASA 1. Bersama dengan pengetua memantau penghasilan mural PPDa STRILA “DADAH PEROSAK KEHIDUPAN” 2. Bersama dengan pengetua menerima sumbangan pokok hiasan daripada Majlis Daerah Tangkak untuk sambutan Perasmian Laluan PPDa oleh YAB Perdana Menteri/ Pengarah Pendidikan Negeri Johor. 4. Menyebarluaskan WEBINAR Antarabangsa PPDa kepada warga sekolah khasnya Unit PRS STRILA. https://sites.google.com/view/webinar-pendidikan-dadah 5. Menyebarluaskan Video dan poster PPDa kepada Unit PPDa STRILA sebagai rujukan. https://drive.google.com/drive/folders/1VJxpVVbSvCCQ2rKD 2SDV-7Nj9heqgt2-?usp=sharing 23 17.3.2023 RABU 1.Bersama tuan Pengetua dan Team PPDa STRILA mendengar Forum Online ‘Cabaran PPDa Dalam Norma Baharu’ 4. Bersama Pengetua memantau pelaksanaan Projek Taman Golf Mini PPDa STRILA. Pelaksanaannya telah mendapat kerjasama daripada 5 pekerja swasta pembersihan sekolah. 24 18.3.2023 KHAMIS 1. Bersama dengan tuan Pengetua membuat lawatan terhadap Rakan Strategik STRILA iaitu en Jason Yeo di nursery Yeo Tun Sri Lanang. En Jason menyumbangkan pokok bunga, pokok buah mata kucing dan baja untuk mengindahkan kawasan sekolah terutama Laluan PPDa STRILA. 2. . Bersama dengan tuan pengetua membuat lawatan terhadap Rakan Strategik STRILA iaitu Encik. Azman bin Md Rasip di Tun Sri Lanang. Encik. Azman menyumbangkan pokok-pokok herba untuk Taman Herba PPDa STRILA. 7 jenis pokok herba yang disumbangkan ialah pokok Longlai, pokok Lempoyang, pokok kunyit hitam, pokok Cucurma cassia, pokok Jerangau, pokok Temu Kunci, pokok Temu Pauh dan pokok Temu Hitam. 25 19.3.2023 JUMAAT 1. Bersama dengan tuan Pengetua memantau pemasangan rumput karpet tiruan dalam usaha menyiapkan Taman Golf Mini PPDa STRILA 26 21.3.2023 AHAD 1 Berurusan dengan wakil pejabat ADUN Tun Sri Lanang bagi permohonan sumbangan mural PPDa.
154 | P a g e 2. Bersama dengan tuan Pengetua memantau tanaman pokok hiasan di sekitar Padang Golf Mini PPDa 27 22.3.2023 ISNIN 1. Bersama dengan tuan Pengetua mengadakan Taklimat bersama dengan Pengerusi Kelab Guru dan Ketua Kaunselor STRILA perihal Majlis Perasmian Laluan PPDa STRILA. 2. Bersama dengan tuan Pengetua memantau kerja-kerja mengecat dinding dan mengindahkan kelas dan bilik-bilik khas 3. Menghubungi Rakan Strategik PPDa STRILA untuk menyumbang rakaman video pendek pada hari pelancaran perasmian kelak. Salam tuan. Moga dalam RahmatNya. Sukacita dimaklumkan Unit PPDa BiGGS akan melancarkan Perasmian PPDa SMK Tun Sri Lanang pada 4.4 2023. Oleh hal yang demikian pihak sekolah berharap agar pihak tuan dapat membuat rakaman kata kata aluan untuk majlis perasmian tersebut. Cadangan kandungan kata kata aluan tersebut merangkumi; 1. Memperkenalkan diri 2. Ucapan tahniah kpd PPDa BiGGS 3. Nasihat kejayaan 4. Mesej jauhi dadah 5. Ucapan terima kasih. Semoga rakaman video pendek tersebut dapat memeriahkan lagi Majlis Pelancaran Laluan PPDa SMK Tun Sri Lanang. Terima kasih tuan 4. Menyertai Taklimat Kepimpinan Melalui Buku (BKMB) 28 23.3.2023 SELASA CUTI ULANG TAHUN KELAHIRAN SULTAN JOHOR 29 24.3.2023 RABU 1. Bersama dengan tuan Pengetua menghadiri Mesyuarat PPKI Bil.1/2023 di Bilik Mesyuarat Kayu Manis dan sambutan hari kelahiran tuan Pengetua oleh seluruh staf PPKI 2. Bersama dengan tuan Pengetua memantau binaan simen ferow putting Golf PPDa 30 25.3.2023 KHAMIS 1. Bersama dengan tuan Pengetua memantau keadaan pagar sekolah yang rosak menyebabkan anjing masuk ke dalam kawasan sekolah.
155 | P a g e 2. Bersama dengan tuan Pengetua memantau binaan semen ferow putting golf dan mengemas kawasan 9 lubang padang golf mini oleh pekerja swasta sekolah. 3. Bersama dengan pengetua menerima kunjungan wakil PPD Tangkak puan Suraya atas Pemantauan Pelaksanaan Buka Sekolah pada 4.4.2023. 4. Menghubungi tuan Pengarah Pendidikan Johor perihal perkembangan persediaan majlis perasmian Laluan PPDa STRILA. 5. Bersama dengan tuan pengetua menyantuni Penolong Kanan HEM Ust Suhaimi bin Sansuri menikmati Durian Musang King sebagai tanda terima kasih sebagai sahabat yang akan berpindah ke sekolah baharu. 6. Bersama dengan tuan Pengetua memantau kerja mengecat bilik-bilik khas. 31 28.3.2023 AHAD 1. Bersama dengan tuan Pengetua memantau kerja-kerja mengecat simen ferow Putting Golf PPDa 2. Bersama dengan tuan pengetua memantau kerja-kerja naik taraf ruang pembelajaran murid PPKI 32 30.3.2023 SELASA 1. Bersama dengan tuan Pengetua memantau persiapan operasi pembukaan sekolah setiap tingkatan 2. Bersama dengan tuan pengetua membimbing murd kelas seni melukis mural flora dan fauna gunung ledang sebagai lambang bebas daripada dadah. 3. Bersama dengan tuan Pengetua dan Cikgu Sapian Pengetua SMK Tun Mamat selaku Pengerusi MPSM daerah Tangkak perihal sambutan kehadiran tuan Pengarah Pendidikan Negeri Johor pada 4.4.2023 33 31.3.2023 RABU 1. Bersama dengan tuan Pengetua dan JK Laluan PPDa STRILA menyiapkan mural flora dan fauna gunung ledang. 2. Bersama dengan tuan Pengetua memantau keseluruhan Projek Mural, Putting golf dan Taman Mini Golf PPDa. 34 1.4.2023 KHAMIS 1. Sebagai Penyelaras PPDa STRILA, saya menyertai Webinar Antarabangsa Pendidikan Pencegahan Dadah.9.00 pagi ingga 1.30 Petang dan menguar-uarkan kepada seluluh warga sekolah mengenainya 2 minggu sebelum seminar.https://sites.google.com/view/webinar-pendidikandadah 2. Bersama dengan tuan Pengetua memantau pemasangan awning grand stand Perasmian Laluan PPDa STRILA.
156 | P a g e 3. Bersama dengan tuan Pengetua memantau reka cipta banner Perasmian Laluan PPDa STRILA oleh Pengarah JPNJ. 4Coundown Perasmin Laluan PPDa STRILA 35 4.4.2023 AHAD Majlis Perasmian Laluan PPDa STRILA 36 5.4.2023 ISNIN 1. Membersihkan Laluan PPDa STRILA 37 6.4.2023 SELASA 1. Membersihkan Laluan PPDa STRILA 38 8.4.2023 KHAMIS 1. Bersama pengetua memperindah Taman PPKI-PPDa 39 12.4.2023 1. Bersama Pengetua menerima Kunjungan Pegawai BPG En Kamaruzaman bin Semin melawat Laluan LestariPPDa STRILA 2. Menerima Sijil Webinar PPDa Antarabangsa sebagai peserta. 3. Mesyuarat bersama dengan Pengetua dan AKPmemperindah kawasan sekolah 4. Bersama dengan pengetua menyiapkan beberapa simen ferow Taman Gambir PPDa STRILA 40 15.4.2023 1. Memasuki Pertandingan Laluan Lestari PPDa Peringkat Kebangsaan 2023 41 22.4.2023 1. Menerima Anugerah Saintis Mesra Alam dan Anugerah Khas GGIA ke atas Laluan Lestari PPDa 42 26.4.2023 1. Bertemu dengan wakil PM ADUN Gambir, En Nathan bagi urisan sumbangan PPDa 2. Bersama dengan Pengetua menceriakan bilik-bilik khas bagi menyokong Laluan Lestari PPDa. 43 28.4.2023 1. Mesyuarat JK PPDa dan Mentor Mentee Murid dibawah Kelab PRS STRILA 2. Membantu Pengetua menghantar borang penyertaan Melestari Laluan Belakang PPDa ke peringkat Kebangsaan
157 | P a g e 44 4 .5. 2023 Persiapan bersama dengan pengetua dan team PPDa untuk P{ertandingan PPDa STRILA ke peringkat antarabangsa 45 7 .5.2023 Rakaman video team PPDa STRILA untuk pertandingan GOGIF21 antarabangsa 46 16.5.2023 Menghantar instrumen PPDa penyertaan GO-GIF21 47 17.5.2023 Maklumat daripada pengetua, Unit PPDa menerima sumbangan RM9000.00 daripada YAB Perdana Menteri melalui akaun PIBG. 48 19.5.2023 Mendapat perkhabaran awal daripada juri profesional, PPDa STRILA layak menerima Anugerah Emas peringkat Antarabangsa 49 24.5.2023 Bersama pengetua dan AKP, menlestarikan Laluan PPDa STRILA dengan SOP yang ketat 50 17.6.2023 PPDa STRILA menyertai 3 kategori PPDa Dalam Karnival Hem 2023 1. Penarafan Ikon Guru 2. Penarafan Laluan/Sudut PPDa 3. Pengiktirafan Amalan Terbaik 51 13.7.2023 Membimbing murid 4 SK Udayarajakumar sebagai calon Ikon Murid SLAD atas permohonan PPD Tangkak 52 15.7.2023 Menerima pengiktirafan daripada juri profesional GO-GIF21 PPDa STRILA dianugerahkan pingat Emas. 53 26.7.2023 Bersama dengan Pengetua sebagai Pembentang Laluan Lestari PPDa STRILA di GO-GIF21 antarabangsa 54 30 7 2023 Keputusan Rasmi diperoleh daripada urusetia GO-GIF21, STRILA melalui Laluan Lestari PPDa memperoleh Anugerah Khas Best of The Best Ranking 1 Diamond Awards 55 5.8.2023 PPD Tangkak memohon jasa baik sekolah kita untuk masuk semua kategori PPDa dalam Karnival HEM 2023 Memohon penyertaan semua ahli JK PPDa 56 8.8.2023 1. Pengisian amalan positif murid PPDa dalam SSDM 2. Penghantaran instrumen Ikon Murid dan Ikon Guru Ppda ke Unit HEM PPD Tangkak 57 9.8.2023 Membimbing Udayarajakumar menghantar penyertaan TikTok PPDa ke PPD Tangkak
158 | P a g e 58 10.8.2023 Bersama Pengetua membimbing murid Kelab Alam SekitarPPDa STRILA memasuki Pertandingan Pembentangan Ilmu Hari Gajah Sedunia peringkat kebangsaan 59 12.8.2023 Melaksanakan saringan peringkat sekolah bagi murid Kelab Alam Sekitar-PPDa STRILA yang terpilih memasuki Pertandingan Pembentangan Ilmu Hari Gajah Sedunia peringkat kebangsaan 60 13.8.2023 Bersama pengetua membimbing dan menemani murid Kelab Alam Sekitar-PPDa STRILA iaitu Nur Hanisah binti Zulkifli yang terpilih memasuki Pertandingan Pembentangan Ilmu Hari Gajah Sedunia peringkat kebangsaan 3.3.3 Aktiviti dan Pertandingan PPDa 3.3.3.A Aktiviti PPDa JADUAL KERANGKA KERJA AKTIVITI PPDa STRILA 2023 BIL PERKARA/ AKTIVITI CATATAN 1 Perbincangan dan penetapan hala tuju iaitu pelaksanaan Amalan 3’ABC’ bersama JK Pengurusan, Cikgu Noraziah binti Mohd Yusof dan Kumpulan Penggerak. Selesai 2 Menyiapkan kertas konsep Amalan 3’ABC’ dan program yang memberikan impak positif Selesai 3 Menyebarluaskan kertas konsep untuk mencari dana Selesai 4 Memulakan projek Selesai 5 Membentangkan hasil Amalan Baik 3 ‘ABC’ Selesai 6 Penambahbaikan projek Amalan Baik 3 ‘ABC’ Selesai 7 Pertandingan di tempat berkaitan Selesai 8 Merasmikan projek Selesai 9 Penyertaan pertandingan Selesai 10 Memulihara alam sekitar Selesai 11 Penambahbaikan maklumat Amalan Baik 3 ‘ABC’ Selesai 12 Menyebarluaskan Amalan Terbaik PPDa STRILA menerusi Buku Digital di PSS STRILA dan Facebook STRILA Selesai
159 | P a g e 13 Mesyuarat Khas Dialog Prestasi PPDa STRILA Selesai 14 Menyertai pertandingan PPDa Peringkat negeri Johor Selesai 15 Menyertai Pertandingan Inovasi Kitar Semula Selesai 16 Menyertai Pertandingan Aktivis Alam Sekitar Selesai 17 Menyertai Pertandingan Inovasi peringkat antarabangsa Selesai 18 Aamazing Malaysia Book Of Record Selesai 19 Persediaan pertandingan antarabangsa lain Proses 20 Persediaan Pertandingan Kitar Semula Proses 21 Persediaan Taman Gambir, STRILA Proses 22 Persediaan Taman Payung Proses 23 Persediaan “Inovasi Zapper” akan dibentangkan pada masa hadapan. Semua maklumat PPDa dihujung jari. Proses 24 Sesi pemuliharaan sepanjang masa Selesai 25 Taklimat Khas Keberkesanan Pelaksanaan 3’ABC’ di STRILA Selesai 26 Mesyuarat Khas Keberkesanan Pelaksanaan 3’ABC’ di STRILA Selesai 27 Dialog Prestasi Amalan 3’ABC’ di STRILA Selesai 28 Menyiapkan dan membentangkan Laporan Tahunan STRILA 2023. Berkongsi laporan tahunan STRILA di media Telegram Rasmi STRILA Selesai 29 Mencetak Laporan Tahunan STRILA untuk simpanan di perpustakaan sekolah Selesai 30 Penulisan Buku Amalan 3’ABC’ dan Keberkesanannya di STRILA’ Selesai 31 Membentangkan pra penulisan Buku Amalan 3’ABC’ dan Keberkesanannya di STRILA’ Selesai 32 Menambahbaik penulisan Buku Amalan 3’ABC’ dan Keberkesanannya di STRILA’ Selesai 33 Penerbitan Laporan tahunan 2023 ‘Buku Amalan 3’ABC’ dan Keberkesanannya di STRILA’ Selesai 34 Penulisan Buku Amalan PPDa STRILA berdasarkan ‘Buku Amalan 3’ABC’ dan Keberkesanannya di STRILA’ Selesai
160 | P a g e 35 Persediaan Pertandingan untuk Projek Baja Organik PPDa STRILA. Persediaan Team Robotik STRILA.Persediaan Team STEM STRILA, Persediaan Team Muzik STRILA. Selesai 36 Latihan dan persediaan serta ativiti khusus untuk Projek Baja Organik PPDa STRILA. Persediaan Team Robotik STRILA.Persediaan Team STEM STRILA, Persediaan Team Muzik STRILA. Selesai 37 Semakan analisis kemenjadian murid menerusi Amalan Baik berdasarkan SSDM KPM Selesai 38 Latihan khusus Unit Sukan dan Permainan (wakil sekolah) Selesai 39 Taklimat ‘Buku Amalan 3’ABC’ dan Keberkesanannya di STRILA’ Selesai 40 Latihan khusus Unit Sukan dan Permainan (wakil sekolah) Selesai 41 Semakan analisis kemenjadian murid menerusi Amalan Baik berdasarkan SSDM KPM Selesai 42 Latihan khusus Unit Sukan dan Permainan (wakil sekolah). Menyiapkan dokumentasi Ikon Guru PPDa STRILA tahun 2023 dan Ikon Murid PPDa STRILA tahun 2023. Selesai 43 Semakan analisis kemenjadian murid menerusi Amalan Baik berdasarkan SSDM KPM Selesai 44 Menyiapkan laporan berdasarkan Instrumen Pengurusan PPDa, Instrumen Laluan PPDa, Instrumen Amalan Terbaik PPDa dan penulisan Buku Amalan PPDa STRILA berdasarkan ‘Buku Amalan 3’ABC’ dan Keberkesanannya di STRILA’ Selesai 45 Menghantar Instrumen Ikon Guru PPDa STRILA tahun 2023 dan Ikon Murid PPDa STRILA tahun 2023 kepada Unit HEM PPD Tangkak. Selesai 46 Penambahbaikan program serta Jdual bertugas Unit PPDa yang berterusan Proses 3.3.3.B Pertandingan dan Aktiviti PPDa PELANCARAN MINGGU/ BULAN ANTI DADAH KEBANGSAAN/ ANTARABANGSA
161 | P a g e PERUTUSAN PEGETUA STRILA sempena SEMPENA PERINGATAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2023 “LEBIH BAIK CEGAH” BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya kita bertuah dapat hidup dalam sebuah negara yang harmoni dan bersatu padu. Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah memberikan kesan kepada kehidupan harian kita. Namun begitu, melalui usahausaha berterusan kerajaan serta kita semua saling berganding bahu dengan mematuhi arahan dan SOP PKP untuk mengekang penularan wabak ini, negara kita mampu membendungnya daripada menjadi semakin parah. Selain pandemik Covid-19, negara kita sentiasa diancam dengan pelbagai permasalahan sosial, antaranya penyalahgunaan dadah. Pelbagai inisiatif telah dilakukan sejak dadah diisytiharkan sebagai Musuh Nombor Satu Negara pada 19 Februari 1983. Polisi dan komitmen negara serta disambut oleh semua warga STRILA terhadap usaha menangani permasalahan dadah telah dinyatakan secara jelas melalui peruntukan akta-
162 | P a g e akta berkaitan dadah dan Dasar Dadah Negara. Tanggungjawab dan peranan setiap pihak juga telah diperincikan dalam Dasar Dadah Negara. Dengan adanya usaha kolaboratif ini yang digerakkan secara bersepadu, Insyaallah, penularan penyalahgunaan dadah dalam komuniti juga mampu dibendung daripada semakin parah.Pengamalan norma baharu dalam membendung penularan wabak Covid-19 tidak akan menemui kejayaan sekiranya tidak dilaksanakan dengan baik oleh setiap lapisan masyarakat. Begitu juga halnya dengan permasalahan dadah. Kita perlu memutuskan rantaian aktiviti-aktiviti penyalahgunaan dadah. Masyarakat perlu bersama-sama dengan pihak kerajaan dalam memastikan bahawa persekitaran tempat tinggal, institusi pendidikan, pusat latihan kemahiran dan tempat kerja bebas daripada sebarang masalah berkaitan dadah. Institusi pendidikan dan pusat latihan kemahiran sepatutnya menjadi medium terbaik bagi pembentukan sahsiah dan pembangunan jati diri kerana sebahagian besar perkembangan individu berada di alam pendidikan secara formal. Murid dan pelajar seharusnya memanfaatkan tempoh masa ini untuk turut membangunkan kemahiran kendiri seperti kemahiran asertif, kemahiran komunikasi dan kemahiran bersosial. Murid dan pelajar perlu sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum bagi mengelakkan terjebak dengan aktiviti pelencongan sosial dan penyalahgunaan dadah. Persekitaran di tempat kerja pula haruslah sentiasa berada dalam keadaan yang kondusif. Program-program berkaitan kesedaran untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja seperti program pendidikan pencegahan dadah perlu dilaksanakan secara berterusan. Kerjasama ini akhirnya akan memberikan pulangan keuntungan kepada negara dan masyarakat. Negara dapat menjimatkan kos untuk menangani permasalahan dadah dan seterusnya mewujudkan persekitaran yang sihat serta selamat. Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, penggunaan aplikasi dan teknologi baharu perlu sentiasa diteroka dan digunakan untuk memantapkan usaha menangani permasalahan dadah. Mesej-mesej kesedaran antidadah perlu dipergiatkan lagi menerusi media-media baharu (Telegram Rasmi Tigkatan) bagi memperingati masyarakat dan semua murid tentang ancaman bahaya dadah. Namun begitu, terdapat juga pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan perkembangan teknologi. Semenjak akhir-akhir ini, dadah dan peralatan-
163 | P a g e peralatan untuk menggunakan dadah turut dijual di platform media sosial dan aplikasi membeli belah. Oleh yang demikian, pelbagai pihak terutamanya ibu bapa perlu sentiasa memantau aktiviti atas talian anak-anak mereka agar tidak terjerat dan terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Golongan remaja dan belia adalah modal insan yang akan mengemudi negara pada masa hadapan. Mereka perlu dilengkapkan dengan jati diri yang kukuh agar dapat menghindari permasalahan sosial termasuk penyalahgunaan dadah. Faktor-faktor pelindung seperti pendidikan pencegahan dadah perlu dipertingkatkan manakala faktorfaktor risiko pula perlu dikurangkan. Sehubungan itu, fokus peringatan Hari Antidadah Kebangsaan ke-38 Tahun 2023 ini dengan slogan “Lebih Baik Cegah” ialah remaja dan belia di seluruh Malaysia. Tema ini dipilih bagi mendorong semua pihak mengambil tanggungjawab dan tindakan awal dalam menangani permasalahan dadah, seiring dengan pepatah Melayu ‘Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati’. Umum mengetahui bahawa permasalahan dadah adalah manifestasi permasalahan sosial yang lain seperti kerapuhan institusi rumah tangga, tahap pendidikan yang rendah, jenayah jalanan serta kemiskinan. Berikutan itu, dalam menangani permasalahan dadah, usaha sebuah pihak sahaja tidak mencukupi. Usaha kolaboratif secara bersepadu daripada pelbagai pihak perlu dilaksanakan bagi mengatasi permasalahan-permasalahan ini di peringkat awal. Hala tuju Agensi Antidadah Kebangsaan disambut baik oleh JK Pengurusan STRILA dan juga semua JK PPDa STRILA serta warga STRILA akan meneruskan sasaran Dadah Terkawal 2025. Untuk itu, semua ahli masyarakat termasuk jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan dan ahli komuniti akan digerakkan dalam mengawal penularan penagihan dadah menjelang tahun 2025. Usaha ini akan dilaksanakan berdasarkan model-model yang telah dikenal pasti semasa pelaksanaan Projek Inisiatif Bersepadu Menangani Permasalahan Dadah, Substan dan Pelencongan Sosial pada tahun 2020. Walaupun tema pada tahun ini menumpukan kepada aktiviti-aktiviti pencegahan, rawatan dan pemulihan terhadap mereka yang telah menyalahgunakan dadah akan tetap diteruskan. Agensi Antidadah Kebangsaan menyeru kepada semua yang telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah untuk mendapatkan rawatan dan menjalani pemulihan secara sukarela sama ada di fasiliti yang disediakan oleh Kerajaan ataupun swasta.
164 | P a g e Sementara itu, operasi penangkapan dan penahanan pula akan juga diteruskan supaya kumpulan ini dapat dirawat dan dipulihkan sewajarnya. Di kesempatan ini, saya mewakili seluruh warga Kepimpinan dan Pengurusan STRILA merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bersama-sama menangani permasalahan dadah. Semoga usaha kita akan terus mendapat sokongan masyarakat dan beroleh keberkatan Allah Subhanahu Wataala. “Lebih Baik Cegah” Dadah Terkawal 2025 Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sariman Haji Husin SARIMAN BIN HAJI HUSIN Pengetua STRILA PROGRAM KHAS Laman Web Rasmi Agensi Antidadah Kebangsaan dijadikan panduan agar aktiviti sekolah bergerak seiringan bagi merealisasikan hasrat KPM menerusi PPDa.
165 | P a g e OBJEKTIF 1. Sebagai lambang solidariti warga STRILA dengan bersatu menolak dan membenci dadah. 2. Menggembleng kesatuan komuniti dan keluargaSTRILA dengan menerapkan nilai murni kehidupan. 3. Mempamerkan jati diri dalam bentuk normal baharu bagi menyebarluaskan mesej membanteras dadah menerusi media elektronik dan bunting/ bendera bermaklumat. Hari Antidadah peringkat sekolah diadakan bertujuan untuk menyebarluas tentang maklumat tentang bahaya dadah dan pelbagai jenis pertandingan yang diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran dan pelibatan yaang lebih menyeluruh kepada semua anakanak STRILA agar memahami tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Pertandingan yang diadakan juga bertujuan untuk mencungkil bakat sedia ada murid agar
166 | P a g e terus digilap bagi merealisasikan hala tuju STRILA iaitu memperkasakan Kualiti Guru dalam bidang pengurusan dan kemenjadian semua murid dalam semua aspek JERIS. OBJEKTIF 4. Sebagai lambang solidariti masyarakat Malaysia dengan bersatu menolak dan membenci dadah. 5. Menggembleng kesatuan komuniti dan keluarga dengan menerapkan nilai murni kehidupan. 6. Mempamerkan jati diri dalam bentuk normal baharu bagi menyebarluaskan mesej membanteras dadah.
167 | P a g e KAEDAH PELAKSANAAN Peserta 1. Penyertaan bagi White Challenge adalah berkonsepkan cabaran atas talian, di mana setiap individu atau kumpulan kecil (seperti ahli keluarga) di lokaliti masingmasing menunjukkan soladariti / sokongan dengan berimej putih atau apa-apa elemen putih. 2. Sekurangnya 3 keping foto dengan aksi berlainan atau video berdurasi kurang dari 30 saat bagi setiap penyertaan. 3. Setiap penyertaan memaparkan slogan ‘#lebihbaikcegah’ atau apa-apa yang berkaitan kempen anti dadah dalam bentuk sepanduk, papan tanda atau paparan yang sesuai. 4. Peserta perlu ‘Like’ dan Follow Facebook Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia atau tag Instagram malaysia serta memuat naik foto atau video kreatif dalam media sosial masing-masing pada 19 Februari 2023. 5. Setiap penyertaan perlu mematuhi SOP berkaitan COVID-19 yang sedang berkuat kuasa. 6. Penyertaan adalah secara sukarela. Jawatankuasa Kecil PTj 1. Jawatankuasa Kecil PTj perlu membuat hebahan promosi program ini secara berterusan di media sosial masing-masing. 2. Membuat pemakluman dan promosi kepada Jabatan/Agensi Kerajaan, NGO dan persatuan/pertubuhan sukarela tempatan. 3. Jawatankuasa Kecil Peringkat STRILA akan membimbing murid untuk menyertai pertandingan.
168 | P a g e
169 | P a g e Malaysia telah mengisytiharkan dadah sebagai Musuh Nombor 1 Negara sejak 19 Februari 1983. Semenjak itu negara kita sentiasa meningkatkan usaha dalam menangani permasalahan dadah. Generasi baharu berhak menikmati kehidupan bebas daripada penyalahgunaan dadah. Ayuh anak muda sertai kami dengan menyatakan sokongan, pandangan, cadangan dan harapan anda bagi usaha-usaha menangani permasalahan dadah. Marilah bersama-sama kami menyatakan sokongan SOLIDARITI ANAK MUDA BEBAS DADAH #DadahTerkawal2025 #TakPerluStimGuys #LebihBaikCegah #KDN_TogetherWeAreOne #SolidaritiAnakMudaBebasDad 4 PEMBENTUKAN SAHSIAH 4.2 Program / Bengkel/ Kem Jati Diri BIL. AKTIVITI TARIKH GURU CATATAN 1. Majlis Pelancaran Takwim PPDa dan Amalan Baik untuk Ikon Murid STRILA berdasarkan SSDM Mac Noraziah binti Mohd Yusof Dilaksanakan 2. Pengisian Anmalan Baik dalam SSDM bagi mengiktoraf kemenjadian sahsiah murid Sepanjang Tahun Semua Guru Dilaksanakan 3. Majlis Pelancaran Mac Siti Anisah binti Mahmood Dilaksanakan
170 | P a g e Amalan 3’ABC” bagi menangani kes salah laku 4. Kursus Kepimpinan Pelajar Mac-April Nor Zawani binti Abdul Halim Dilaksanakan 5. Program Mentor dan Mentee Sepanjang Tahun Semua Guru dan JK PPDa (Murid) Dilaksanakan 6. Program Sifar Ponteng Sepanjang Tahun Semua Guru dan JK PPDa (Murid) Dilaksanakan 7. Program Sahsiah Unggul dan Berprestasi Tinggi Sepanjang Tahun Semua Guru dan JK PPDa (Murid) Dilaksanakan 8. Program Ikon Murid Sepanjang Tahun Semua Guru dan JK PPDa (Murid) Dilaksanakan 9. Program Sifar Salah Laku Sepanjang Tahun Semua Guru dan JK PPDa (Murid) Dilaksanakan 10. Program Amalan Baik Sahsiah terpuji berdasarkan SSDM KPM Sepanjang Tahun Semua Guru dan JK PPDa (Murid) Dilaksanakan 11. Program Lawatan Kunjung Bantu dan Ziarah Cakna Sepanjang Tahun Semua Guru dan JK PPDa (Murid) Dilaksanakan 12. Program Sekolah penyayang dan Budaya Penyayang Sepanjang Tahun Semua Guru dan JK PPDa (Murid) Dilaksanakan 13. Budaya Amalan3’ABC’ oleh semua warga STRILA Sepanjang Tahun Semua Guru dan JK PPDa (Murid) Dilaksanakan 4.3 Program / Bengkel / Kem Kepimpinan Murid JAWATANKUASA PROGRAM SELEPAS SLOT SELEPAS PEPERIKSAAN (CERAMAH DAN PAMERAN AADK ) Pengerusi : EN SARIMAN BIN HAJI HUSIN
171 | P a g e Pengetua SMK Tun Sri Lanang Timbalan Pengerusi : NURUL IZZATI SETIA BINTI ABDULLAH GPK HEM Setiausaha : EN NORAZIAH BINTI MOHD YUSOF Guru PPDa SMK Tun Sri Lanang Guru Penyelaras : Kaunselor 1. MUHAMMAD HAFFNI 2. NOR ZAWANI BINTI ABDUL HALIM Persiapan Tempat : Guru Bertugas 12.0 SENARAI TUGAS Bil Jawatankuasa Senarai Tugas Utama 1. Guru Bertugas i. Menyediakan surat berkaitan program kepada dan pihak AADK Tangkak. ii. Membantu menjalankan aktiviti bersama pegawai AADK. iii. Membuat laporan aktiviti. 13.0 PENILAIAN 13.1 Peningkatan peratus kelulusan SPM. 14.0 PENUTUP
172 | P a g e Program ini diharapkan dapat menambah baik pemahaman pelajar keburukan penyalahgunaan dadah dan pelajar dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan PMR dan SPM tahun 2023. Disediakan Oleh : Disahkan Oleh : Noraziah Mohd Yusof Sariman Haji Husin NORAZIAH BINTI MOHD YUSOF SARIMAN BIN HUSIN S/U PPDa Pengetua STRILA 4.4 Program Keibubapaan / KPIBKS / STAFF 5 PENGURUSAN SUDUT / LALUAN PPDa 5.2 Sudut dan Laluan PPDa 5.2.1 Keceriaan dan susun atur bahan 5.2.2 Sumber – Hiasan 5.3 Rekod atau bukti penggunaan bahan 5.4 Bahan dan sumber 5.4.1 Kepelbagaian bahan / sumber PENGENALAN TENTANG DADAH Penyalahgunaan dadah adalah masalah yang paling ketara dan amat membimbangkan. Ini disebabkan penyalahgunaan dadah merupakan racun masyarakat yang paling merbahaya. Ia boleh menghancurkan mereka yang terlibat, masyarakat dan negara. Jika perkara ini tidak di cegah sebelum merebak ke seluruh masyarakat terutama golongan belia sudah tentu kemajuan, keamanan dan kemakmuran sesebuah negara itu akan tergugat. Penyalahgunaan dadah adalah masalah yang paling ketara dan amat membimbangkan. Ini disebabkan penyalahgunaan dadah merupakan racun masyarakat
173 | P a g e yang paling merbahaya. Ia boleh menghancurkan mereka yang terlibat, masyarakat dan negara. Jika perkara ini tidak di cegah sebelum merebak ke seluruh masyarakat terutama golongan belia sudah tentu kemajuan, keamanan dan kemakmuran sesebuah negara itu akan tergugat. DEFINISI DADAH Dadah atau ‘Drug’ dalam bahasa Inggeris lazimnya diertikan sebagai ubat-ubatan. Perkara penting mengenai dadah ialah ianya selalu di salah guna atau ‘misuse’ dan ‘abuse’ Selain itu, dadah juga bermaksud bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuantujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).
174 | P a g e Dari sudut agama, dadah juga dibincangkan secara khusus. Di dalam kitab suci AlQuran, istillah “Khamar” yang diharamkan digunakan bagi semua bahan yang memabukkan atau boleh menghilangkan fikiran. Oleh yang demikian, dadahboleh dikategorikan sebagai satu daripada jenis “Khamar” kerana ia boleh memabukkan, mengkhayalkan, dan menyebabkan penagihan, dan pergantungan, perubahan tingkah laku, emosi, ragam dan pemikiran. Secara umumnya, dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang psikoaktif, samada berbentuk asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. JENIS-JENIS DADAH Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian. 1. Narkotik / Opait (Heroin, Morfin, Candu, Kodien & Metadon) 2. Perangsang / Stimulants (Amfetamin, Methamfetamin, Ecstasy & Kokain) 3. Penekanan / Depressants (Barbiturat, Trankuilizer, Alkohol) 4. Hallucinogen (LSD, PCP, Meskalin, Psilosibin) 5. Cannabis (Ganja, Hashish & Marijuana) JENIS-JENIS DADAH YANG POPULAR PADA MASA KINI 1. MORFIN
175 | P a g e Dikenali juga sebagai “M”, “White Stuff”, “White Powder”, “Monkey”, “Dreamer”, “Morpho”, “Tab”, “Morb”, “Cubes”, “Emsel” dan “Melter”. Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalunya diperolehi sebagai morfin mentah, bes morfin (morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid. Ia terdapat dalam bentuk blok, serbuk atau pil. Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil morfin. 2. GANJA Ianya dikenali sebagai “Kanabis Herba”, “Marijuana/Grass”, “Pot/Weed”, “Bhang”, “Kif”, “Takrouri” dan “Dagga”. Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau ‘sate’. Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%. 3. KOKAIN Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca dan lain-lain jenis pokok Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan Colombia di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Bahan ini kebanyakannya disalah gunakan di Amerika Syarikat.
176 | P a g e KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH 1. Tubuh badan yang sihat menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana kurang nafsu makan yang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan. 2. Mudah tersinggung dan naik radang denan perasaan yang bukan-bukan kerana mensyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka 3. Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga mereka terpaksa memakai kaca mata gelap untuk melindunginya. 4. Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar, terutama di bahagian lengan (bagi mereka yang menggunakan jarum suntikan) 5. Dari masa ke semasa menggelatar seperti kesejukkan amat sangat. 6. Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi atau gelap. 7. Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana dipengaruhi khayalan-khayalan kesan dadah yang mereka ambil. 8. Tidak dapat mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan mental, sehingga percakapan susah di fahami. 9. Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan akal dan kawalan diri. Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah ke atas seseorang adalah berbeza mengikut individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah dadah, jumlah dadah yang digunakan, cara penggunaan, keadaan individu serta situasi ketika menggunakannya.
177 | P a g e GAMBAR KESAN-KESAN AKIBAT PENYALAHGUNAAN DADAH
178 | P a g e LANGKAH-LANGKAH MENGHINDARI PENYALAHGUNAAN DADAH Terdapat pelbagai langkah untuk menghindari dari kegiatan penyalahgunaan dadah supaya ia berkurang dan kalau boleh di hapuskan sama sekali. Di antaranya ialah:- 1. Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat. Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah. Begitu juga kepada penagih dadah dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contoh, hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis ‘Syabu’. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat. Jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhkan hukuman maksima 10 tahun penjara atau $20,000.00 atau keduaduanya sekali. 2. Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.
179 | P a g e Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan boeh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan sebagainya. 3. Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan. Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan remaja. Sebagai contoh, masyarakat dan pihak kerajaan perlu memata-matai serta bertindak pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu bapa perlu mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka. Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan. 4. Penubuhan pusat-pusat pemulihan. Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai peringkat umur, bangsa dan lainlain. Sebagai contoh, kerajaan Brunei telah menubuhkan sebuah rumah pemulihan yang dikenali sebagai Rumah Al-Islah untuk merawat serta memulihkan pemikiran mental serta tingkah laku mereka kepada jalan yang benar serta di redhai Allah.
180 | P a g e PUNCA-PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH Terdapat beberapa punca atau sebab penglibatan penyalahgunaan dadah terutamanya di kalangan remaja. Di antaranya ialah: 1. Kekurangan Perhatian Daripada Ibu Bapa Hal ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan hidup pada hari ini. Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan keperluan asas yang bertaraf tinggi untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlauan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan, kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan najis dadah. 2. Pengaruh Rakan Sebaya Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama dengan rakan sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat dalam pengambilan dadah, secara tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan mereka. Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius. Para remaja perlu bersikap rasional pada setiap masa. 3. Tekanan / Depressi Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-mata. harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah, mereka terpaksa menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa yang tersendiri untuk beristirahat dan
181 | P a g e melakukan hobi yang digemari oleh mereka. Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil dadah kerana kononya ingin mencari ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata sahaja. 4. Kurang Pendidikan Ugama Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah adalah disebabkan oleh kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku kerana ibubapa tidak memberi perhatian kepada anak mereka. Tambahan lagi, dalam dunia moden ini remaja sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal fikiran mereka. Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan perkara yang telah dilarang oleh ugama. Oleh itu, pendidikan agama amatlah penting bagi menghalang atau menghindari dari perbuatan yang di anggap hina. 5. Pengaruh Media Cetak Dan Media Elektronik Pada masa kini, remaja sangat terdedah dengan media cetak dan media elektronik. Hal ini adalah kerana melalui kedua-dua media ini dapat memberikan maklumat atau bahan yang tidak diperolehi disekolah mahupun di dalam buku teks sekolah. Walau bagaimanapun, kedua-dua media ini juga memberi pengaruh yang amat besar terhadap remaja hingga boleh mengubah tingkah laku serta akal fikiran mereka. Remaja bertindak melulu tanpa memikirkan perkara yang dibuat itu betul atau salah. 4.1.4 PENGENALAN INHALAN Ramai di kalangan kita terutamanya ibubapa sering bimbang mengenai penyalahgunaan dadah seperti ecstasy, ganja, ‘syabu’ dan lain-lain di kalangan anak-anak kita terutamanya yang berusia remaja. Akan tetapi kita biasanya terlupa malah tidak menyedari, atau mengabaikan kemungkinan terdapat penyalahgunaan produk-produk yang biasa digunakan di rumah dengan cara menghidu atau menyedut wapnya. Produk-produk
182 | P a g e ini kebiasaannya dianggap sebagai tidak merbahaya akan tetapi sebenarnya produk-produk ini mengandungi bahan pelarut organik beracun, yang apabila dihidu atau disedut wapnya akan menyebabkan ketagihan, atau berpotensi mengakibatkan kematian secara tiba-tiba. Kegiatan menghidu bahan-bahan ini, kebanyakannya gam, sering melibatkan golongan remaja termasuk kanak-kanak berusia antara 10 hingga 18 tahun, demikian menurut pihak polis yang telah dapat mengesan kegiatan ini di Perak. Pada pertengahan tahun 2001, masyarakat Malaysia dikejutkan pula dengan berita kematian beberapa orang pelatih Pusat Serenti Sungai Ruan, Raub, Pahang. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan Pahang, penyakit yang menyerang pelatih tersebut berpunca daripada perbuatan mereka menghidu bahan kimia seperti gam, “thinner” dan petrol secara berterusan untuk menghilangkan ketagihan. APAKAH INHALAN? Inhalan dikenali juga sebagai bahan hiduan atau sedutan adalah bahan mudah meruap (volatile) yang dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda. Umumnya, inhalan boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu: 1. Pelarut Mudah Meruap Merupakan cecair yang akan meruap pada suhu bilik. Pelarut ini didapati dalam kebanyakan produk-produk yang biasa digunakan di rumah atau untuk tujuan penggunaan perubatan dan industri. Produk-produk tersebut termasuklah cat dan penipis/pelarut cat, bahan pelindung fabrik, penanggal gris, bahan pengilat, minyak gas, minyak petrol, gam dan pelekat, cecair pemadam dan dakwat pen. 2. Bahan gas Merupakan bahan yang banyak digunakan dalam perubatan seperti eter, klorofom, haloten dan nitrous oksida. Produk kegunaan di rumah yang mengandungi gas termasuklah pemetik api yang berisikan gas butana, tong gas propana dan gas peti sejuk iaitu freon. Penyembur aerosol pula biasanya mengandungi kedua-dua bahan pelarut dan gas. Antara penyembur aerosol yang mudah didapati di rumah adalah
183 | P a g e cat penyembur, semburan pewangi, penyembur rambut dan penyembur pelindung fabrik. 3. Bahan Nitrit Merupakan sejenis bahan sedutan yang sering digunakan sebagai pemangkin seks dan mudah diperolehi di kelab-kelab malam. Antara bahan nitrit yang biasa digunakan adalah sikloheksil nitrit, amil nitrit dan butil nitrit yang terdapat dalam sebahagian jenama penyegar udara. Nama lain yang biasa dikenali oleh penagih ialah Climax, Rush, Locker Room dan Popper. Inhalan berbentuk bahan mudah meruap dan bahan gas lebih digemari oleh golongan awal remaja, walau pun terdapat juga golongan dewasa yang menggunakannya. Orang dewasa biasanya terdedah kepada bahan sedutan melalui pekerjaan mereka, manakala golongan remaja yang lebih berumur biasanya memperolehi dan terdedah kepada bahan nitrit di kelab-kelab malam. Inhalan seringkali dipilih oleh penagih kerana ianya mudah didapati, harganya pun murah, serta penggunaannya mudah disembunyikan atau dielakkan dari pengetahuan orang lain. Selain itu, bahan ini berupaya memberikan kesan-kesan yang diingini penagih seperti rasa tenteram dan selesa yang berlebih-lebihan yang dipercayai dapat mengurangkan tekanan hidup penagih, serta boleh menimbulkan perasaan khayal yang cepat dan berulang kali. Golongan remaja yang menagih juga akan lebih mudah diterima kumpulan rakan sebaya yang terlibat dalam aktiviti yang serupa. CARA PENGGUNAAN Wap bahan ini biasanya dihidu melalui hidung atau disedut melalui mulut. Selain bahan inhalan yang tersenarai, penagih juga berkemungkinan menggunakan bahan lain bersama seperti arak, dan ini akan meningkatkan risiko terjadinya kesan yang lebih teruk. Hampir semua inhalan (kecuali bahan nitrit) yang disalahgunakan bertindak di otak dengan menekan fungsi sistem saraf pusat dan menghasilkan kesan yang seakan sama dengan kesan pengambilan arak (alkohol), ubat tidur dan agen bius. Terdapat satu kajian terbaru
184 | P a g e yang menunjukkan toluin iaitu sejenis pelarut yang didapati dalam gam, cat semburan, dan penanggal cat, boleh mengaktifkan sistem dopamina dalam otak sama seperti tindakan yang dihasilkan oleh dadah-dadah yang sudah lama dikenali seperti heroin, candu, dan lainlain lagi. Bahan nitrit pula sebaliknya tidak bertindak terus ke atas sistem saraf pusat seperti kebanyakan inhalan yang lain, akan tetapi bahan ini secara asasnya bertindak membesarkan saluran darah dan merehatkan otot. KESAN-KESAN Kebanyakan inhalan bentuk pelarut dan gas akan menyebabkan penagih berasa khayal. Kesannya seakan sama dengan mabuk akibat meminum alkohol yang banyak. Perasaan khayal ini biasanya berlaku selama 15 hingga 45 minit dan akan berterusan sehingga satu hingga dua jam. Sekiranya kuantiti atau kepekatan inhalan itu tinggi, penagih mungkin hilang deria rasa, dan seterusnya tidak sedarkan diri. Sekiranya wap inhalan disedut dengan kuat dan dalam, atau digunakan dengan banyak dalam tempoh yang singkat, seseorang itu akan hilang kawalan diri, berkelakuan agresif, tidak sedarkan diri, atau mati. Seiringan itu, penagih juga akan berasa loya dan muntah. Jika muntah terjadi ketika pengsan, kematian boleh berlaku akibat tersedak dan kesesakan nafas. Seandainya inhalan yang dihidu berkepekatan tinggi, kegagalan jantung dan kematian mengejut boleh terjadi. Hiduan boleh membunuh walaupun kali pertama atau pun hiduan seterusnya. Inhalan yang pekat menyebabkan kesesakan nafas akibat kekurangan oksigen. Selain itu, penekanan sistem saraf pusat yang serius boleh melambatkan dan seterusnya menghentikan proses pernafasan. Seperti penagih benda-benda lain, inhalan boleh mengakibatkan pergantungan fizikal dan psikologi kepada penagih jika digunakan untuk beberapa hari atau lebih. Penagihan yang berterusan dalam jangkamasa panjang boleh mengakibatkan kerosakan sel-sel otak yang kekal. Penagih akan hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan,
185 | P a g e mengalami kekeliruan serta kemurungan. Selain itu, selera makan serta berat badan penagih turut merosot. Penagih juga akan mengalami keletihan serta kawalan pergerakan badan akan turut terjejas. Sebahagian inhalan juga boleh merosakkan organ-organ utama badan seperti paruparu, hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang. Bahan nitrit yang disedut bertindak membesarkan salur darah, meningkatkan kadar degupan jantung dan menghasilkan keseronokan yang mampu bertahan selama beberapa minit sahaja. Kesan-kesan lain adalah rasa panas, pening dan sakit kepala. Bahan nitrit dipercayai berupaya menambahkan keseronokan dan keupayaan seksual. Bahaya bahan-bahan kimia yang terdapat dalam kebanyakan inhalan Didapati dalam • Amil nitrit, Butil nitrit Poppers, Climax, Rush • Benzene Minyak petrol • Butane, Propane Cecair pemetik api, semburan cat dan rambut • Metilena klorida Penanggal/penipis cat,penyahgris • Nitrous oksida, Krim ‘whipping’, tangki gas • Toluin Minyak petrol,gam,penanggal/penipis cat, cecair pemadam • Trikloroetilena Penanggal kotoran, penyahgris, cecair pemadam • Heksana Gam, Minyak petrol KESAN • Kematian mengejut kerana dihidu, ketahanan badan berkurang, kerosakan sel darah merah.
186 | P a g e • Kerosakan sum-sum tulang, ketahanan badan berkurang, risiko penyakit leukemia bertambah, kerosakan sistem pembiakan, kematian mengejut melalui kesan ke atas jantung, kesan terbakjar yang teruk. • Mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen, perubahan otot dan denyutan jantung. • Kematian akibat kurang oksigen di otak, pengsan, fungsi jantung terjejas. • Kerosakan otak (hilang kewarasan fikiran dan keseimbangan badan, hilang penglihatan dan pendengaran), hati dan buah pinggang. Kemamatian mengejut akibat dihidu, sirosis hati, kerosakan pendengaran dan penglihatan, komplikasi sistem pembiakan, kekejangan anggota badan, kebas. MENGENAL PENAGIH INHALAN Anggota masyarakat yang rapat dengan golongan remaja terutamanya ibu bapa, rakan sebaya dan guru perlu memainkan peranan yang utama dalam membanteras kegiatan merbahaya ini. Oleh itu, adalah penting untuk mengenali tanda-tanda awal penagihan inhalan supaya langkah-langkah pencegahan dapat dimulai sebelum terlambat. Tanda-tanda berikut boleh membantu para ibubapa, rakan sebaya, dan guru mengesyakki atau mengesan penagihan inhalan di kalangan anak-anak, rakan-rakan dan murid-murid: • Terdapat bau bahan kimia pada nafas, badan, pakaian dan di bilik tidur • Kesan cat atau bahan seumpamanya di kawasan muka, tangan, atau pakaian • Terdapat bintik-bintik merah dan pecah-pecah di sekitar mulut dan hidung • Mata seringkali kelihatan berair, merah dan berkaca, serta hidung berair • Terdapat bekas-bekas cat atau pelarut serta kain buruk atau pakaian yang telah dicelup dengan bahan tersebut yang cuba disembunyikan di dalam laci atau almari di bilik tidur • Remaja tersebut seringkali mengalami loya-loya, hilang selera makan, pertuturan yang kurang jelas, serta kelihatan tidak terurus • Remaja terbabit kelihatan mengalami kurang daya tumpuan, mudah marah dan murung.
187 | P a g e LANGKAH PENCEGAHAN Menghidu atau menyedut inhalan BOLEH MEMBUNUH walau hanya dengan sekali sedutan atau hiduan sahaja. Oleh itu ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan yang merupakan pendamping utama remaja perlulah melakukan sesuatu agar masalah ini dapat dicegah seawal mungkin. Antara yang dapat dilakukan adalah: • Sentiasa sedar, waspada serta mengambil tahu tentang masalah ini dengan cara mendapatkan maklumat lanjut tentang penagihan bahan sedutan, jenis bahan yang sering disalahgunakan, dan cara-cara untuk mengesan masalah ini sekiranya terjadi di kalangan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda • Pastikan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda mengetahui tentang bahayabahaya merokok, minum arak, penyalahgunaan dadah serta inhalan. • Elakkan membeli produk-produk yang mudah disalahgunakan seperti bahan pelarut dan produk-produk berasaskan bahan pelarut, gas, minyak petrol dan aerosol. Usahakan untuk mendapatkan produk-produk alternatif yang berasaskan air sekiranya ada. • Sentiasa awasi mengenai kuantiti produk yang telah digunakan, sekiranya kuantiti yang digunakan agak banyak, soal dan lakukan penyiasatan lanjut • Sekiranya anda mensyaki sebarang perubahan tingkah laku anak atau rakan anda, tanya dan cakap dengan mereka mengenai perkara yang membimbangkan anda. Jangan tangguhkan untuk berdepan dengan mereka. • Elakkan sikap ‘tidak apa’- Ingatlah bahawa satu sedutan atau hiduan mungkin akan membunuh orang tersayang 4.1.5 PENGURUSAN AIDS PENGENALAN AIDS Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau lebih dikenali sebagai AIDS (bahasa Inggeris: Acquired Immune Deficiency Syndrome) (Sindrom Kelemahan/Kekurangan Imun Perolehan atau "SKIP")) ialah satu penyakit serius disebabkan oleh virus HIV (bahasa Inggeris: Human Immunodeficiency Virus).
188 | P a g e AIDS disebabkan oleh virus HIV yang menyerang dan memusnahkan daya ketahanan badan. Seseorang individu mendapat AIDS apabila virus HIV merosakkan sistem pertahanan tubuh badan. Sistem pertahanan badan yang tidak berfungsi menjadikan individu mudah dijangkiti bakteria dan virus-virus lain yang boleh menyebabkan sakit teruk. ASAL USUL HIV Asal usul AIDS dan HIV telah menjadi tanda tanya saintis semenjak penyakit itu mula dikenalpasti pada awal tahun 1980-an. Kes pertama yang dikenalpasti sebagai AIDS berlaku di Amerika Syarikat pada awal tahun 1980-an apabila kebanyakan lelakihomoseksual di New York dan California menunjukkan jangkitan penyakit luar biasa dan kanser yang sukar dirawat. Pada masa itu, AIDS tidak mempunyai nama tetapi jelas pesakit-pesakit tersebut menunjukkan gejala sindrom yang sama. Pada tahun 1982, pegawai-pegawai kesihatan mula mengunakan istilah "acquired immunodeficiency syndrome" atau AIDS untuk menerangkan kejadian-kejadian jangkitan luar biasa ini seperti barah Karposi Sarcoma dan pneumonia di kalangan masyarakat yang sebelum ini sihat. Laporan dan pengesanan pesakit AIDS secara rasmi bermula pada tahun itu di Amerika Syarikat. Pada tahun 1983, para saintis menemui virus yang mengakibatkan AIDS. Virus ini pada mulanya dinamakan HTLV-III/LAV (human T-cell lymphotropic virustype III/lymphadenopathy associated virus) oleh sekumpulan saintis antarabangsa. Nama ini kemudian ditukar kepada HIV (human immunodeficiency virus). Buat masa ini, para saintis masih tidak jelas tentang asal usul HIV dan bagaimana ia tersebar di kalangan masyarakat manusia. Kebanyakan saintis percaya bahawa HIV berasal dari primat lain. Kemudian pada tahun 1999, sekumpulan saintis telah melaporkan bahawa mereka telah menjumpai asal-usul HIV-1, jenis utama virus HIV yang terdapat di negara-negara maju. Satu subspesiscimpanzi, yang berasal dari Barat Afrika telah dikenalpasti sebagai punca virus ini. Mereka percaya bahawa HIV-1 didedahkan kepada manusia apabila pemburu-pemburu ini didedahkan kepada darah cimpanzi yang dijangkiti oleh virus ini. Antara kajian yang dilakukan pada masa ini mendapati HIV yang paling awal diketahui dalam manusia ialah daripada contoh darah yang diambil daripada seorang lelaki
189 | P a g e pada tahun 1959 di Kinshasa, Republik Demokratik Congo. Cara bagaimana dia dijangkiti virus ini bagaimanapun tidak diketahui. Berdasarkan analisis genetik ke atas sempel darah menunjukkan kemungkinan jangkitan itu berasal daripada satu virus pada akhir tahun 1940- an atau awal tahun 1950-an. BAGAIMANA HIV BERTINDAK KE ATAS BADAN Lazimnya, sistem pertahanan manusia bertindak sebagai perisai yang melindungi manusia daripada bakteria, virus dan sebagainya. Apabila virus HIV masuk dalam badan, ia mula merosakkan sel pertahanan tubuh badan yang dipanggil 'CD4 helper lymphocyte' (sel pembantu CD4). Sel CD4 bertindak sebagai utusan kepada sel-sel sistem pertahanan tubuh badan yang lain, memberitahu mereka untuk melawan organisma yang menceroboh. HIV melekat dan menjangkiti sel CD4 dan mejadikan sel CD4 sebagai tempat untuk menggandakan virus HIV. Dalam proses ini, sel CD4 yang dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan jangkitan lain. Apabila perisai ini lemah atau hilang, individu terbabit dikatakan dijangkiti AIDS. Mereka yang mendapat AIDS, tidak mampu untuk melawan pelbagai jangkitan dan boleh juga mendapat jenis kanser yang tertentu contohnya Karposi sarcoma dan lymphoma. AIDS boleh melibatkan semua sistem dalam tubuh badan. TANDA-TANDA SESEORANG YANG POSITIF HIV Seseorang yang positif HIV (HIV+) dikatakan mempunyai AIDS apabila daya pertahanan badannya telah dirosakkan oleh virus HIV dan ditimpa jangkitan HIV yang teruk. Tanda-tanda jangkitan HIV dan AIDS mungkin tidak jelas untuk beberapa tahun dan seseorang mungkin tidak mengetahui yang dia telah mendapat penyakit ini. Walaubagaimanapun individu terbabit masih boleh meyebarkan virus HIV kepada orang lain pada peringkat ini. Jangka masa tanda-tanda ini timbul bergantung kepada individu. Jika individu yang positif HIV tidak mendapatkan rawatan, ia akan mengambil purata 8-10 tahun daripada HIV kepada AIDS.[1]
190 | P a g e CDC Amerika Syarikat mendefinasikan AIDS di kalangan orang dewasa and remaja yang berumur 13 tahun ke atas dengan kewujudan satu atau lebih dari 26 penyakit yang menandakan pemendaman sistem daya pertahanan immunosuppression teruk dikaitkan dengan jangkitan HIV, seperti pneumocystis carinii pneumonia (PCP), satu keadaan yang amat jarang di kalangan mereka yang sihat tanpa jangkitan HIV. Kebanyakan keadaan ditakrifkan sebagai AIDS juga merupakan "jangkitan mengambil peluang" yang jarang mendatangkan bahaya pada orang yang sihat. Diagnosis AIDS juga diberikan kepada individual dijangkiti HIV apabila kiraan sel-T CD4+ jatuh di bawah 200 sel/millimeter padu (mm3) darah. Orang dewasa sihat biasanya mempunyai bilangan sel-T CD4+ sekitar 600- 1,500/mm3 darah. Bagi kanak-kanak dijangkiti HIV di bawah umur 13 tahun, takrifan CDC bagi AIDS adalah sama dengan remaja dan dewasa, kecuali dengan tambahan jangkitan yang biasa dilihat bagi pesakit kanak-kanak dengan HIV. Secara ringkas, apabila sistem pertahanan tubuh dilumpuhkan oleh penyakit AIDS/HIV, tanda-tandanya termasuk: • Terlalu lemah dan lesu • Penurunan berat badan yang mendadak • Demam panas yang kerap • Peluh malam • Kelenjar limfa membengkak • Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut • Cirit-birit yang kronik • Batuk kronik • Hilang ingatan • Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat CARA SEBARAN HIV/AIDS DAPAT DISEBARKAN MELALUI CECAIR BADAN: • Perhubungan seks tanpa kondom
191 | P a g e • Penerimaan darah yang tercemar • Perkongsian jarum suntikan dadah • Dari ibu ke anak semasa mengandung atau pelahiran atau menyusu HIV/AIDS TIDAK BOLEH DISEBARKAN SEKADAR MELALUI: • Perciuman atau berpeluk • Pergaulan harian di tempat awam seperti di sekolah atau tempat kerja • Makan di restoran atau membeli-belah di pasaraya • Berenang di kolam renang awam • Gigitan nyamuk atau serangga lain KHATAN DAN KESANNYA Dalam beberapa kajian yang dijalankan, terutamanya di Afrika, terdapat penemuan bahawa berkhatan mengurangkan kadar penyebaran AIDs dan barah pangkal rahim. Bagaimanapun berkhatan tidak menghapuskan risiko tersebut 100%. Hasil kajian tersebut turut diiktiraf oleh program Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan UNAIDS hasil 3 kajian klinikal yang membuktikan lelaki yang berkhatan mempunyai 50% hingga 60% kurang risiko berbanding lelaki tidak berkhatan bagi dijangkiti HIV semasa hubungan seks berkelamin (tidak termasuk hubungan gay).[2] [3] [4] [5] Sebaliknya sesetengah pejuang hak wanita pula mendakwa ia mampu memburukkan kadar penularan dikalangan wanita. Sebahagian yang lain pula merasakan berkhatan tidak memberi kesan kepada penyebaran AIDs, bagaimanapun tidak tanpa bukti kajian klinikal bagi menyokong dakwaan mereka.[6] RUJUKAN • Maklumat mengenai AIDS oleh Kementerian Kesihatan Malaysia • Asal usul HIV dan kes pertama AIDS
192 | P a g e PENGENALAN TENTANG AIDS Pengertian HIV AIDS atau definisi lengkap tentang HIV & AIDS menurut para ahli medis dan WHO. Seperti yang sering kita dengar sehari-hari, HIV-AIDS ini merupakan jenis penyakit manusia yang sangat mematikan di dunia dan hingga sekarang belum ditemukan ubatnya. Berikut penjelasan dasar mengenai penyakit ini: Pengertian HIV merupakan singkatan dari 'Human Immunodeficiency Virus'. HIV adalah suatu virus yang dapat menyebabkan penyakit AIDS. Virus ini menyerang manusia dan menyerang sistem kekebalan (imunitas) tubuh, sehingga tubuh menjadi lemah dalam melawan infeksi. Dengan kata lain, kehadiran virus ini dalam tubuh akan menyebabkan defisiensi (kekurangan) sistem imun. HIV merupakan retrovirus yang menjangkiti sel-sel sistem kekebalan tubuh manusia (terutama CD4 positive T-sel dan macrophages– komponen-komponen utama sistem kekebalan sel), dan menghancurkan atau mengganggu fungsinya. Infeksi virus ini mengakibatkan terjadinya penurunan sistem kekebalan yang terus-menerus, yang akan mengakibatkan defisiensi kekebalan tubuh. Sistem kekebalan dianggap defisien ketika sistem tersebut tidak dapat lagi menjalankan fungsinya memerangi infeksi dan penyakitpenyakit. Orang yang kekebalan tubuhnya defisien (Immunodeficient) menjadi lebih rentan terhadap berbagai ragam infeksi, yang sebagian besar jarang menjangkiti orang yang tidak mengalami defisiensi kekebalan. Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan defisiensi kekebalan yang parah dikenal sebagai "infeksi oportunistik" karena infeksi-infeksi tersebut memanfaatkan sistem kekebalan tubuh yang melemah. PENGERTIAN AIDS Definisi AIDS adalah singkatan dari 'Acquired Immunodeficiency Syndrome / Acquired Immune Deficiency Syndrome' yang menggambarkan berbagai gejala dan infeksi yang terkait dengan menurunnya sistem kekebalan tubuh. Infeksi HIV telah dikenalpasti sebagai penyebab AIDS. Tingkat HIV dalam tubuh dan timbulnya berbagai infeksi tertentu merupakan indikator bahwa infeksi HIV telah berkembang menjadi AIDS. SEBERAPA CEPAT HIV BISA BERKEMBANG MENJADI AIDS ?
193 | P a g e Lamanya dapat bervariasi dari satu individu dengan individu yang lain. Dengan gaya hidup sehat, jarak waktu antara infeksi HIV dan menjadi sakit karena AIDS dapat berkisar antara 10-15 tahun, kadang-kadang bahkan lebih lama. Terapi antiretroviral dapat memperlambat perkembangan AIDS dengan menurunkan jumlah virus (viral load) dalam tubuh yang terinfeksi. BERIKUT BEBERAPA TANDA GEJALA HIV AIDS YANG PERLU KITA WASPADAI : 1. Penurunan Berat Badan Dengan Cepat. Penurunan berat badan ini biasanya tanpa ada sebab yang jelas. Hal ini karena biasanya pada penderita penyakit ini akan mulai kehilangan selera makannya. Walaupun makan dengan banyak kalori, karbohidrat, bergizi tetapi berat badan akan tetap menurun. 2. Demam dan flu yang tidak kunjung sembuh. Seseorang tersebut akan mengalami demam yang berkelanjutan dan hilang timbul dan biasanya demam mencapai lebih dari 39 derajat celcius dan tak sembuh setelah kita berikan beberapa jenis ubat antipiretika (penurun panas). 3. Diare Yang Tak Kunjung Sembuh. Bila kita menjumpai seseorang yang mengalami diare berkepanjangan dan telah mendapatkan berbagai macam pemberian ubat atau pun antibiotik belum juga sembuh, maka hal ini patut kita curigai dan waspadai bahwasannya seseorang tersebut tengah menderita salah satu gejala HIV. Apalagi bila faktor resiko banyak terdapat pada seseorang tersebut. 4. Cepat Merasa Lelah. Karena jenis virus menyerang sistem kekebalan tubuh maka penderita HIV AIDS ini akan cepat merasakan lelah walaupun dalam aktifitas yang tak terlalu banyak. Hanya saja tanda ciri di atas bila terdapat pada diri seseorang kita juga tak boleh langsung memvonis bahwa seseorang tersebut mengidap penyakit AIDS, harus ada beberapa pemeriksaan lebih lanjut untuk bisa membuktikan kebenaran akan diagnosa penyakit yang satu ini. Ada beberapa cara penularan penyakit ini. Cara penularan AIDS HIV bisa melalui perantara sebagai berikut:-
194 | P a g e 1. Seks bebas dengan penderita yang positif mengidap HIV. Maka bagi para pelaku seks bebas biasanya akan menggunakan salah satu alat kontrasepsi yaitu kondom. Maka ketika menteri kesehatan baru Indonesia yang dilantik menggantikan Endang Rahayu Sedyaningsih pada tanggal 14 Juni 2012 lalu ketika mengkampanyekan pemakaian kondom ini menuai kontroversial. Karena banyak juga masyarakat yang menilai bahwa kampanye pemakai kondom kontroversial tersebut akan bisa membuat persepsi bahwa hal tersebut menghalalkan akan adanya seks bebas pula. 2. Mendapatkan transfusi darah yang tercemar akan virus HIV. 3. Penggunaan jarum suntik yang bergantian, penggunaan jarum tindik atau pun pembuatan tatto yang telah tercemar virus HIV. Dalam hal penggunaan jarum suntik, maka para pemakai narkoba yang menggunakan jarum suntik sebagai medianya adalah termasuk dalam golongan orang yang mempunyai risiko tinggi tertular penyakit AIDS ini. 4. Dari ibu hamil yang positif HIV AIDS kepada janin yang dikandungnya. Sehingga bila bayi tersebut lahir maka sang bayi akan bisa mengidap pula penyakit yang serupa. ADA BEBERAPA HAL YANG BOLEH KITA LAKUKAN DALAM MENCEGAH PENYAKIT HIV AIDS INI. Langkah-langkah pencegahan HIV AIDS yang bisa dilakukan adalah dengan cara : 1. Setia terhadap pasangan kita (pasangan suami isteri). Jangan sampai kita melakukan seks bebas. Kerana selain hal tersebut dilarang agama dan termasuk perbuatan dosa besar, dampak negatif dari seks bebas salah satunya adalah penyebaran penyakit ini yang dari tahun ke tahun jumlah penderitanya semakin meningkat. Fenomena gunung es juga menggambarkan bahwa banyak penderita AIDS yang tidak terdeteksi. 2. Bagi para tenaga kesihatan yang berhubungan erat dengan pesakit, maka kewaspadaan ekstra harus tetap dilakukan. Kerana penularan penyakit HIV AIDS adalah melalui perantara produk darah dan cairan tubuh, maka harus dilakukan dengan cara Kewaspadaan Universal (Universal Precaution). Kewaspadaan Universal adalah panduan mengenai pengendalian infeksi yang dikembangkan untuk melindungi para pekerja di bidang kesihatan dan para pesakitnya sehingga dapat
195 | P a g e terhindar dari belbagai penyakit yang disebarkan melalui darah dan cairan tubuh tertentu. Boleh dilakukan dengan cara hand hygiene, melakukan desinfeksi instrumen kerja dan peralatan yang terkontaminasi, cara penanganan dan pembuangan barang-barang tajam dengan benar. 3. Pengubatan serta perawatan penyakit ini dilakukan dengan belbagai tahap dan juga sejumlah unsur yang berbeza, yang meliputi kaunseling dan pemeriksaan mandiri (VCT), dukungan bagi pencegahan penularan HIV, kaunseling tindak lanjut, saranan mengenai makanan dan gizi, pengubatan IMS, pengelolaan efek nutrisi, pencegahan dan perawatan infeksi oportunistik (IOS), dan pemberian ubat antiretroviral. CARA MENCEGAH HIV - AIDS 1. Hindari Kontak dengan Darah yang terinfeksi HIV cara yang paling umum untuk menularkan HIV adalah melalui kontak dengan darah dari orang yang terinfeksi HIV. Transfusi, atau kontak dengan luka, dapat menyebabkan virus menyebar dari satu orang ke orang lain. Transmisi dengan darah dapat dengan mudah dihindari melalui pemeriksaan darah dan menghindari kontak dengan luka jika seseorang positif terinfeksi HIV, jika anda harus berurusan dengan luka dari pengidap HIV/ AIDS, pastikan untuk memakai pakaian pelindung seperti sarung tangan getah. 2. Hati-hati dengan jarum suntikan dan peralatan Bedah Ubat infus, jarum suntik serta peralatan tato dapat menjadi sumber infeksi HIV. Jarum tato senjata dan pisau cukur adalah alat yang secara langsung dengan darah orang yang terinfeksi. Berikut adalah beberapa hal yang harus anda perhatikan ketika menggunakan jarum dan peralatan bedah: 2.1 Jangan menggunakan kembali alat suntik sekali pakai. 2.2 Bersihkan dan cuci peralatan bedah sebelum menggunakannya. 2.3 Jika Anda ingin tato, pastikan itu dilakukan oleh sebuah kedai tato bersih dan sanitasi. 2.4 Hindari penggunaan ubat-ubat terlarang dan zat yang dikendalikan intravena. 3. Gunakan kondom untuk mengelakkan penularan HIV. Kondom adalah pencegah pertama pertahanan anda untuk menghindari terinfeksi HIV. Hal ini sangat penting
196 | P a g e untuk menggunakan kondom saat berhubungan seks, tidak hanya akan mengurangi kemungkinan terinfeksi HIV, tetapi juga dapat melindungi diri dari infeksi menular seksual lainnya. kondom Lateks adalah yang terbaik, tetapi Anda juga dapat menggunakan kondom polyurethane. Jangan menggunakannya kembali dan pastikan bahwa tidak ada yang rusak di hambatan saat menggunakannya. 4. Hindari Seks Bebas HIV dan AIDS yang lebih lazim untuk orang dengan banyak pasangan seksual. Jika anda hanya memiliki satu pasangan seksual, Anda secara dramatis dapat meminimalkan kemungkinan tertular HIV atau mendapatkan AIDS. Namun itu tidak bererti bahwa anda dapat berhenti menggunakan kondom, anda masih harus melakukan seks dilindungi bahkan jika anda setia pada pasangan seksual Anda. 5.0 PEGURUSAN KAUNSELING 5.1 Ujian Urin Murid (Menengah) 5.2 Soal Selidik / Kajian / Kaedah mengenal pasti murid terlibat Dadah / Rokok / Alkohol / Inhalan / HIV AIDS 5.3 Kaunseling PPDa 5.4 Program Pencegahan / Intervensi Tambahan-Borang B3 (Menengah) 5.4.2 Kreativiti inovasi 6 Bahan berkaitan RAHSIA di STRILA Jan-Sep 2023
197 | P a g e 6.2 Akta / Undang-undang DARVIH (RAHSIA) dipamer Bahan-bahan RAHSIA dipamerkan di Papan kenyataan DARVIH dan juga dibukukan menerusi Buku Panduan RAHSIA. Ianya juga disebarluaskan menerusi Buku Digital menerusi aplikasi Anyflip.
198 | P a g e
199 | P a g e