The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qocilina06, 2022-06-10 23:54:39

Kajian lapan buah novel tingkatan empat dan tingkatan lima zon di Malaysia

Kajian lapan novel

Keywords: lapan novel

mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang
cara untuk menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.

Sinopsis Bab 32

Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita mengesyaki
angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan
lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu
yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah, penduduk-
penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta semua penduduk kampung
berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat
dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung tidak
bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidup Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah. Geetha
memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia hanya ingin
membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.

Sinopsis Bab 33

Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai raya.
Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak
berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan Haziq.
Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar ke
pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan
mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos
rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh penduduk-penduduk
kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar, manakala Rafiq dihantar
ke hospitan untuk mendapatkan rawatan.

Sinopsis Bab 34

Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang datang
memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka.Datuk pula dituduh cuba
melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya anak-anaknya dari kes culik cucunya, Lili.
Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh datuk terlibat

dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi pula
menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek rumah
kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah- tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan,
penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari
keletihan dan mampu tersentum, manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis
syabu sehingga system tubuh badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan
membantunya sehingga pulih.

Sinopsis Bab 35

Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke Kuala
Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima oleh semua
penduduk dan ketua kampung.

Sinopsis Bab 36

Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung dan
akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan
pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang
jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam, sejak zaman penjajahan hinggalah
ke zaman komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela menghadap jalan. Neneknya
pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman silam berasal dari Tanah Besar China
sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa dengan
Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki
PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili akan kembali
semula ke Kampung Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui tentang jendela menghadap jalan,
manakala Danel telah banyak menulis artikel tentang pisang.

-Lima kekuatan novel-

-Kekuatan yang pertama ialah datuk yang arif tentang herba-herbaan yang terdapat di kampung
dan handal mengendalikan perubatan tradisional yang telah digunakan berdekad-dekad oleh
masyarakat dahulu. Beliau mengubati orang di kampung beliau dan masyarakat kampung amat
kagum dan hormati datuk kerana ilmunya yang hebat dan juga membawa kebaikan di kampung.
Kekuatan yang kedua ialah novel ini juga menceritakan tentang keadilan untuk orang yang
ditindas, seperti, Che Jah bersetuju untuk mengheret suaminya ke muka pengadilan selepass apa
yang telah suaminya lakukan kepada beliau. Kekuatan yang ketiga ialah memberikan informasi
tambahan tentang kebaikan dan fungsi pisang di dalam kehidupan seharian yang dapat mengajar
pembaca tentang perkara yang baharu. Kekuatan yang keempat ialah novel ini dapat memberikan
kesedaran kepada pembaca bahawa keganasan rumah tangga amatlah berbahaya kepada diri dan
keluarga, novel ini juga telah menyatakan antara punca sebab belakunya keganasan rumah tangga.
Kekuatan yang kelima ialah terdapat kesan pengaruh rakan sebaya yang dihadapi oleh Rafiq dan
Haziq, pembaca boleh mengambil peristiwa tersebut sebagai pengajaran dan mengelakkan diri
mereka dari terjebak.

-Lima kelemahan novel-

-Kelemahan yang pertama ialah novel ini mempunyai jalan cerita yang perlahan yang membuatkan
pembaca berasa bosan dan tertunggu dengan perkara yang akan jadi. Kelemahan yang kedua ialah
datuk menceritakan kenapa adanya jendela menghadap jalan di akhir cerita yang membuatkan
pembaca tertunggu-tunggu namun tetapi jawapannya agaklah tidak dapat di jangka. Kelemahan
yang ketiga ialah cerita yang bercampur-campur dan sangat rawak. Sebagai contoh, tentang kubah
masjid, keganasan rumah tangga dan penculikan. Kelemahan yang keempat ialah penulis
menyatakan bahawa Lili merupakan seorang gadis yang bijak namun tetapi, penulis tidak
menerangkan atau menunjukkan di dalam cerita ini. Kelemahan yang kelima ialah watak yang
wujud di dalam novel ini seperti Geetha dan Danel hanya untuk memberikan nilai murni dan
pengajaran kepada pembaca.

-Lima cadangan penambahbaikan-

Cadangan yang pertama ialah penulis perlu memperbaiki jalan cerita dengan meletakkan peristiwa
yang dramatik agar dapat menarik perhatian pembaca. Cadangan yang kedua ialah penulis juga

perlulah memperbaiki plot cerita supaya lebih tersusun dan tidak mengelirukan pembaca.
Cadangan yang ketiga ialah penulis perlu menulis novel dan kekal terhadap motif tajuknya tanpa
menukar-nukar ceritanya yang membuatkan pembaca berasa bosan dan keliru dengan jalan cerita.
Cadangan yang keempat ialah penulis boleh meletakkan peristiwa yang berkaitan dengan watak
supaya dapat membuktikan perwatakan yang dinyatakan oleh penulis itu diyakini betul. Cadangan
yang kelima ialah penulis perlulah membuat watak berfikiran rasional tentang kubah masjid
tersebut seperti peristiwa orang kampung yang tidak boleh menyelesaikan masalah tersebut
walaupun masalah tersebut mampu diselesaikan.

Pantai Kasih karya Azmah Nordin
-Pengenalan-
-Cerita ringkas-
"Kita sudah berusaha bersungguh-sungguh dengan memberikan perkhidmatan yang terbalk
kepada pesakit itu. Sebagai seorang doktor, kau sepatutnya lebih faham tentang hal itu." pintas
Doktor Uwang. serius. "Dan lagi. sama ada berjaya ataupun tidak sesuatu operasi, hanya Tuhan
yang tahu. Hanya Tuhan yang menentukan segala-galanya."
"Saya kira, adalah sangat tidak wajar jika kita menyalankan Tuhan atas perkara yang bukan-bukan,
jika yang melakukan kesilapannya ialah manusia itu sendiri," balas Raiha, hilang sabar. "Jadi.
tindakan kau menyoal aku dengan perkara yang bukan-bukan, wajarlah ya?" tingkah Doktor
Uwang. "Tidakkah kau sedar, perbuatan kau sekarang sama sahaja macam mempertikaikan
kewibawaan aku sebagai seorang pakar bedah?"
-Biografi-

AZMAH NORDIN dilahirkan di Kulim, Kedah Darul Aman pada 10 Januari 1958. Kini, beliau
bermastautin di Sabah semenjak tahun 1973. Pada tahun 1985 Azmah Nordin mula melibatkan
diri dalam dunia penulisan dan giat menghasilkan karya-karya dalam genre cerpen dan novel
termasuklah novel kanak-kanak, remaja dan dewasa. Sehingga hari ini, beliau telah banyak
menghasilkan karya. Yang berikut ialah karya-karya yang telah dihasilkan oleh Azmah Nordin.

-Kulit buku hadapan dan belakang-

-Sinopsis-
-Sinopsis keseluruhan-
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi
mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya, yang
kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha,
apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang
aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu.
Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.

Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan
mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati.
Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan.

Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata
mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru demonstrator
dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan.

Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi
tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di
sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik
pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya.
Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak
menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor,
Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.

Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan untuk
mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-
kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya.
Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan
yang berhampiran dengan pusat rawatan itu. Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor
yang profesional, Raiha tentang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan
peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit
yang berpendapatan sederhana.

BAB 1

Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)
menghadapi masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi perjalanan
hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang untuk membuat
pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha berasa curiga mengapa
pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit pada tempat pembedahan
yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya, namun Raiha berpendapat
bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama kepada pesakit daripada kalangan
golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu memuaskan semua pihak, sebaik
mungkin dan seboleh mungkin telah mencurigakan kredibiliti doktor idolanya itu. Raiha juga
dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah
terpadam selepas dia memilih Doktor Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan
terutama sewaktu dia memberikan bantuan kepada Doktor Uwang dalam pembentangan seminar.
Raiha juga teringat akan ayahnya yang membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk
berkahwin dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang Berjaya membesarkan dua orang adik lelaki

tirinya menjadi golongan profesional berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai
suaminya adalah kurang tepat dan akan menyebabkan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan
terhadap larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan kerana
berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa
panjang. Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak
menyenangi Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan
di PRPK. Sister Felicia ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah
bertugas di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor
Uwang terhadap aku janjinya sebelum in menyesakkan dadanya dan tidak adil terhadap dirinya
seterusnya membakar semangatnya hingga rentung. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa
hitam pada malam yang menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau
bergaduh dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak
Raiha disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya selama
ini. Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang
farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayangi
dengan prasangka. Sehingga jururawat Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan
Doktor Razak turut diteguri kerana asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaannya sendiri
dia tidak bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak
perlu dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri daripada bertembung
dengan Raiha.

BAB 2

Doktor Uwang berpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya ada orang
gaji di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulu pun dihantar belajar di
sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok untuk bersama-
samanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang berpendapat anaknya itu
tidak harus pulang langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap
bisnes kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang doktor berwibawa yang banyak membawa
keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang menyerahkan PRPK kepadanya turut
berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan asalnya berusaha. Walaupun agak kesal
menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun akur dengan kehebatan menantunya menerajui

PRPK. Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang ada kalanya seperti
memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat
kesihatan yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga
sering mengeluh kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum sempat
membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia kurang sihat untuk melakukan
pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada Raiha. Namun sikap
Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang berlaku kepada
Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan yang ada sekarang amat
berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati

terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angkuh dan beranggapan
Raiha tidak bersyukur dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga teringat
kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia dan sentiasa membayang
hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatannya juga turut dibayangi oleh peristiwa
pencerobohan doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.

Sinopsis Novel Pantai Kasih Bab 3

Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika itu. Dia
menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang. Dia
mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati serta
bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran dan
layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan pucat
lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali cuaca
musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaanya begitu. Dia terbayang kembali peristiwa
ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran kematian anak
perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah
doktor itu. Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan
menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang
kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak
berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai penawar
kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh tentang
pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana kemampuannya hanya

setakat itu sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah dihabiskan untuk belanja
perubatan tersebut. Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa
benaknya tentang punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz
yang akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang
menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu bahawa
semuanya berpuca daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama ini
menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan kasar Felicia
terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan Raiha
terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati dan

berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit
adalah salah. Raiha berasa bersalah akan tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah
lama antaranya dengan Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia
menghilang selepas kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian lama
menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor.

Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan bahawa
Raiha sengaja melarikan diri kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga meyatakan
bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha. Namun Raiha cuba
menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas yang dibawa adalah barang kemas
miliknya hasil titik peuhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati sekalipun dia
tidak akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana, gantung tidak bertali sebagai
balasan tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat elit.

Sinopsis Pantai Kasih bab 4

Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam milinya yang terletak tidak jauh dari
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam misteri
kematian anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya dia di
apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang membesarkannya
selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa nenek moyangnya
dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu kawasan di hulu lubuk
dalam daerah Ranau. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum
peristiwa hitam muncul. Raiha ingat ketika dia mengandungkan bayi hasil persenyawaan sperma

suaminya itu. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang
sedang dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah
diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu dengan
masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak hendak
membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak untuk hidup.
Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’. Kegelisahan Dotu
Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih miliknya
sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap selepas daripada
insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor
Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu.
Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus
ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu
akan perniagaan kesihatan kini. Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh
emak Unong Siron yang mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan
penggantian tulang pinggul hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan
pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak
kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke ke poketnya sudah memadai, tidak
perlu memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor
Uwang mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money Matters’ di televisyen. Lamunannya
hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan matanya sendiri. Felicia
memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yag pernah mendapatkan
rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu membincangkan tentang
infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil Doktor Mohammad namun
dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak
dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu
bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia
berbohong dan sengaja mahu menipu. Felicia juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik
tanpa memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi oleh pesakit. Felicia cuba menjelaskan hal yang
sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan melemparkan simen dan splinnya ke
arahnya menyebabkan Felicia terjelopok, namun itu hanyalah hayalan Felicia semata-mata.

Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi berubah apabila didapati dia berada di stor
Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Novel Pantai Kasih Bab 5

Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang mati
secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari ketenangan
namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh seorang wanita
sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang, begitu juga
dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul yang
keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka menggangu hasratnya untuk mengaut keuntungan di
Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan
kelab malam sememangnya seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri
tidak rasminya haruslah dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor
Uwang melihat gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanita-wanita yang
dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi
berubah menjadi anak perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak
disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat.
Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya selama ini. Hal
ini seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia juga
berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu.
Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah
sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat
Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal dan didatangi dengan
beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai bilik air oleh
Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di situ.

Sinopsis Novel Pantai Kasih Bab 6

Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya bermula
apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang menghantar pak usunya
Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam perjalanan
sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz mendapati pintu
kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa aneh kerana kereta

Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari
kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya. TIdak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz
muncul lagi dengan wajah muncung dan merungut-rungut. Doktor Sadiz marah kerana Raiha
membawa lari keretanya dan mengapa tidak menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak
keretanya habis isilah sendiri. Doktor Uwang menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu.
Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister
Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang
oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz.
Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati
Felicia komited dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul
dengan gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan
kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin
membincangkan hal pesakit Uning Siro dan panggilan tersebut amat penting. Di ruang tamu
apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram. Raiha teringat
bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa menjalankan
pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama membuatkan Doktor
Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih
diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya. Raiha juga terbayang saat
dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak Unong Siron. Felicia yang memanggil emak
Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong
ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat
cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Raiha berpendapat bahawa walau apa juga
yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya melayan emak Unong dengan kasar begitu. Bagi
Raiha yang penting adalah kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam
preawatan itu. Mengasari orang yang memang sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah
kejam dan meminta Felicia supaya tidak mengulanginya lagi. Deringan telefon menyentak
lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah ayahnya menerjah dalam ingatannya.
Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah
bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha.

Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah
melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Sinopsis Pantai Kasih Bab 7

Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih begitu
tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai mempertikaikan
kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan besar. Doktor Uwang
sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus
Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang
musibah anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan
hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak hingga alam
remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak
dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya. Felicia juga jengkel dengan sikap
Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib sekelas yang berjaya menangkapnya ketika
melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah
hidupnya. Dia sering teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan
golongan masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada
diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap
liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah. Keadaannya semakin parah
apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang
lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan mamai menyebabkan Felicia
tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan
Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu. Raiha
yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan kecemasan tadi
mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga
mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha
bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong SIron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan
bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan
bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan
bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang
membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah

pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-
doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat
Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi.
Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan Berjaya pada kali ini.

Novel Pantai Kasih Bab 8

Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan
kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti. Lamunannya
terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan anaknya selepas
menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang
lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama apabila semua
wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang terpaksa
menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya berada dalam
keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap
anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatahlagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang
memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain. Lamunannya tersentak apabila
Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh yang
menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini.
Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh
yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang
menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu
tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik
tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan
dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital
tersebut Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan bahawa sebenarnya
penceroboh itu adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal
dalam peperiksaan akhir semester.

Sinopsis Novel Pantai Kasih Bab 9

Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia ternampak
bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di dalam kereta
mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex Ng memintanya

bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua
belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga terimbas kembali tentang
infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong Siron
dan menganggap sekiranya menjadi akut sekaipun bukanlah salahnya. Dia juga

terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi dengannya.
Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh badannya
melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan ini. Doktor Uwang juga
teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang selepas menghadiri majlis
sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah apabila mendapati Raiha
membawa pulang kereta Porsche bersama-sama aak perempuannya. Dia juga teringat ketika
membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol selepas itu dan berhenti di sebuah rumah
tumpagan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian
sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ. Doktor
Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana wajah-wajah
waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya tentang
kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali.
Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan
perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan.
Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk dan
menyamar sebagai Doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes
anak peremuan tua itu. Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya
walaupun sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantung-
gantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga
dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang
memecut laju dan sedang memngekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti
secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik. Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok
Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila
tangannya berasa kebas dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang
dipandunya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil
alih menyelematkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di
bahagian pergelengan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada

anggota tersebut. Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan
dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya
menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta
itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung
disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai
saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

-Lima kekuatan novel-

Kekuatan yang pertama ialah kisah hidup doktor yang menjadi inspirasi murid-murid untuk
mendorong diri mereka ke bidang perubatan agar dapat melahirkan lebi banyak doktor yang
berkaliber di kalangan masyarakat dan memajukan negara dari segi perubatan. Kekuatan yang
kedua ialah penamat cerita yang bagus dan tidak dijangka oleh pembaca. Kekuatan yang ketiga
ialah penulis menjelaskan tentang pembedahan yang dilakukan dengan bagus dan teliti supaya
pembaca dapat menambah ilmu pengetahauan yang baru. Kekuatan yang keempat ialah memberi
pengajaran kepada pembaca supaya bertanggungjawab dengan amanah yang diberi dan tidak
mangambil wang secara suka-suka. Kekuatan yang kelima ialah personaliti watak utama yang baik
iaitu Raiha bagus untuk dicontohi oleh pembaca muda.

-Lima kelemahan novel-

Kelemahan yang pertama ialah jalan cerita yang menyatakan bahawa seorang doktor pergi ke kelab
malam yang merupakan teladan buruk kepada para pembaca and pelajar kerana perkara ini dapat
mempengaruhi pelajar bahawa itu perkara yang biasa dan di normalisasikan oleh seorang doktor.
Kelemahan yang kedua ialah penulisan cerita yang berulang seperti, penulis kerap menulis
peristiwa yang berlaku kepada anak Raiha. Perkara ini membuatkan pembaca berasa bosan dengan
jalan cerita. Kelemahan yang ketiga ialah cerita mempunyai banyak konflik yang tidak sesuai
kepada pembaca muda kerana mempunyai unsur-unsur negatif. Kelemahan yang keempat jalan
cerita yang susah untuk difahami kerana penulisan novel tersebut tidak jelas. Kelemahan yang
kelima ialah cerita ini mempunyai unsur seksual yang tidak sesuai untuk pembaca bawah umur
kerana dapat menjejaskan pemikiran pembaca dengan perkara yang negatif.

-Lima cadangan penambahbaikan-

-Cadangan yang pertama ialah mengurangkann konflik di dalam novel supaya novel ini sesuai
untuk pembaca muda agar peristiwa di dalam buku tidak mempengaruhi pemikiran pelajar dengan
perkara yang negatif. Cadangan yang kedua penulis perlu tidak menulis tentang gaya hidup yang
tidak sihat dan buruk kepada pandangan masyarakat supaya dapat mengelakkan daripada pembaca
mengamalkannya. Cadagan yang ketga ialah penulis perlu tidak menulis unsur seksual di dalam
novel kerana novel ini merupakan novel untuk pembaca semua umur kerana unsur tersebut
merupakan perkara yang negatif. Cadangan yang keempat ialah penulis perlu menerangkan jalan
cerita dengan lebih jelas supaya pembaca tidak keliru. Akhir sekai penulis perlulah mengurangkan
penulisan yang berulang di dalam cerita kerana pembaca akan berasa bosan.

-Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip-

-Pengenalan-

-Cerita ringkas-

Songket Berbenang Emas mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan
disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga
menganggu tumpuannya terhadap peperiksaan yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya. Apabila ibunya dirawat di Hospital
Permai, dia terpaksa keluar asrama untuk mejaga adik-beradiknya. Tekanan bertammbah kerana
hubungan dia dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke
sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah diecemuh pula kerana gagal
menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan, Hadiah atas
kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan ialah kejayaannya untu melanjutkan pembelajaran di
Jepun dan pertunangan dengan Azhari.

-Biografi-

Novel ini merupakan karya Khairuddin Ayip yang berasal dari Batu Pahat, Johor. Beliau telah
menghasilkan pelbagai karya kreatif seperti novel remaja, cerpen dan sajak. Hasil penglibatannya
dalam penulisan kreatif, beliau telah memenangi beberapa anugerah seperti tempat pertama dalam
peraduan menulis Novel Kanak-Kanak DBP pada tahun 1987 dengan karya Sayang Disayangi.
Selain itu, beliau juga berjaya mendapat tempat pertama dalam peraduan menulis Novel Remaja
DBP pada tahun 1990 dengan karya Songket Berbenang Emas.

-Kulit buku hadapan dan belakang-

-Sinopsis-

-Sinopsis keseluruhan-

Novel Songket Berbenang Emas menceritakan tentang seorang anak sulung dan pelajar bernama
Dahlia yang menghadapi kesusahan dalam keluarganya. Beliau merupakan seorang pelajar yang
cemerlang dan disenangi oleh rakan-rakan sekolah tetapi tumpuan terhadap pelajarannya
terganggu akibat masalah keluarga. Ibunya, Saleha dimasukkan ke Hospital Permai kerana
menghadapi masalah mental manakala ayahnya telah dipatuk ular dan perlu dimasukkan ke wad
hospital selama beberapa hari. Adiknya pula, kurang minat untuk belajar kerana terpengaruh
dengan rakan-rakan. Dahlia juga terpaksa keluar daripada asrama untuk melakukan kerja-kerja
rumah dan menjaga adik-adiknya. Walaupun terdapat banyak dugaan dan musibah yang dihadapi
oleh Dahlia, beliau kekal tabah. Tekanan hidup Dahlia bertambah apabila hubungannya dengan
Azhari depandang serong oleh jirannya. Dahlia juga berani terjun ke sungai untuk menyelamatkan
Said tetapi dicemuh kerana usahanya gagal untuk menyelamatkan Said. Satu hari, adik Dahlia iaitu
Abu Bakar telah menjumpai dua biji telur ayam berwarna hitam yang mengandungi paku , cincin
akek, butiran pasir dan jarum semasa membersihkan kawasan rumah mereka. Selepas peristiwa
tersebut, Saleha beransur pulih dan dibenarkan untuk pulang ke rumah. Nek Kiah tidak lagi
membenci dan menghina keluarga Dahlia dan insaf apabila melihat liku-liku yang diharungi
mereka. Dahlia terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun dan selamat ditunangkan dengan
Azhari.

Sinopsis Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti

Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah, Dahlia
berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu
Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak lengkap.
Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu
bertemunya di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu
memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos
nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan merisik.

Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu keluarganya
kerana dia merupakan anak sulung.

Sinopsis Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh

Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke jambatan
sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari. Aton
juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka tinggal di
asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya masih ada.
Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”. Sewaktu sampai di
rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati memberitahu emak
mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan
memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah habis. Dahlia
telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk
membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang. Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di
kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap sendirian dan tidak mempedulikan
panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga
tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis. Tiba-tiba, ayahnya Embong muncul dan
bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah
emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di
tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan ayahnya supaya
mendapatkan bantuan orang kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.

Sinopsis Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami

Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya sama
ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki
dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu
adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan dan
kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih seperti
sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah,ibu kepada emaknya. Nek Kiah
memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia memberitahu, beliau terpaksa berbuat
sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan keluarga Dahlia kerana
mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-

anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung
Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka
adalah untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah
melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah menghadapi situasi itu.

Sinopsis Bab 4: Dibuai Kenangan Indah

Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali pantun
yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang lalu. Dahlia
tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti keadaan
keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki diri sendiri
dan keluarganya. Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi
Dahlia meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham
orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh ayahnya yang menyuruhnya pergi
ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-
adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah
tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi
punca beliau tidak mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah
tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan. Embong mengimbas kembali
perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga
mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-
anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek
Kiah. Embong juga teringat semula peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak
belakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar
suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah. Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang
disangkakan isterinya. Embong memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya
runsing, Embong tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik
kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji
Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari
tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM.

Sinopsis Bab 5: Kata Setajam Pedang

Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada hari
Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia tidak
rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari Ahad itu dari
rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim iaitu
lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu Salwani, warden
asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya
dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu. Dahlia tidak dapat menumpukan
perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak, Anggerik dan ayahnya. Siti Wangi
mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul 2:00 petang untuk membincangkan kertas
kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada
petang itu dia hendak melawat emaknya di hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan
Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa
kebenaran wardennya dan terus pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak
dengan Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke
Hospital Permai, Johor Bahru.

Sinopsis Bab 6: Ditelan Arus Deras

Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu abahnya
tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah menyalahkan nasibnya
yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya bertanyakan emaknya yang
dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul dengan perkataan “ orang gila”
yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau
geram apabila semua orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai raya. Dia memberitahu punca
emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli
keluarga yang lain pula akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu
rumah dan pintu tengah dengan tanda pangkah supaya hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap
dua kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala
yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai
yang mengatakan Said telah hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk
mencari Said. Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang

bukan daripada penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek
Kiah telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan
nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah tiada.

Sinopsis Bab 7: Berbudi Berbalas Nista

Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana
selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas itu,
Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton. Aton
mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang menyebabkan
Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar kata-kata Aton.
Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di halaman di bawah pokok-
pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau yakin
kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang mempersoalkan kematian Said
dan percakapan mereka yang semakin menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan
beliau tidak mahu mencari musuh. Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu
dengan Tauke Lim. Tauke Lim memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said.
Embong sudah tahu punca Dahlia menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa
baru pukul 10.25 pagi, Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong
mengimbas kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur
dalam keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana
sepatutnya masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja
dapur. Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun
kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari
pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa
diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong panik.

Sinopsis Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan

Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar apabila
terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk membawa
Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah Aton.
Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said. Dahlia
melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-kata untuk

berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati bertindak
sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila. Dahlia menasihati
Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan menyenangkan
kehidupan mereka. Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan.
Embong kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang
ular itu. Embong membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk
menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia
ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi
memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan
Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri.
Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis
India yang merupakan kawan Dahlia.

Sinopsis Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa

Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat kedaifan
hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya untuk datang
pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke klinik. Pada
ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman memberitahu
Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah dibawa ke hospital
di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha sanggup berkahwin
dengannya yang tidak diketahui asal usulnya. Seman mencadangkan agar tanah yang diduduki
oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk mencari pembeli. Nek Kiah
bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual dengan
harga RM15,000 .

Sinopsis Bab 10: Selamat Tinggal, Asrama Puteri !

Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu bahawa
dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu Salwani
meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat bulan sahaja.
Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan. Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang
memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik

Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung
ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan
cemerlang dalam STPM.

Sinopsis Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak

Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka berseronok
sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin membara apabila
Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal. Embong teringat
kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong berasa kesal dan
takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah
Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia balik kerana rindu akan
emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu
sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi
kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman
dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat baik dan suka membantunya.

Songket Berbenang Emas Bab 12:Air Mata Menitis di Hospital Permai

Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia dikejutkan
oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya. Wanita itu
mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya. Doktor Ridhuan
memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan ingin mengetahui hal-
hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga menjelaskan kemungkinan
penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan. Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk
membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16. Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ.
Azhari memberitahu bahawa dia bekerja sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin
mengetahui punca Dahlia berada di situ. Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha
tidak mengenali anaknya itu dan dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut
sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.

Sinopsis Songket Berbenang Emas Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan

Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang lelaki.
Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia memberitahu
keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat. Apabila Dahlia melihat
ayahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara sebenar. Dahlia tidak mahu
adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula, Mawar akan menghadapi
peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya bahawa dia telah keluar dari
asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang kambingnya. Embong terkejut apabila
melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.

Sinopsis Songket Berbenang Emas Bab 14: Hilang dari Kandang

Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila mendapat
tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing itu menjadi
harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong meminta Tauke
Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing kepada Tauke Lim
kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik orang lain. Dahlia teringat
akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui keadaan emaknya. Azhari
masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya
berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang
datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang ingin merisiknya.

Sinopsis Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman

Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong sangat
berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga. Walau
bagaimanapun, ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur.
Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan Dahlia.
Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong menyerahkan
keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas itu, Embong bersiap-
siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh seekor ular di
pahanya.

Sinopsis Songket Berbenang Emas Bab 16: Bisa Ular Tedung

Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan ayahnya,
Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar menyuarakan
hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat Mawar
kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam SRP. Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan
Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani
latihan bola jaring. Kemudian, Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam
meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya
dia tidak ketinggalan dalam pelajaran. Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat
Embong. Nek Kiah memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar
kerana seorang demi seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu
tanah itu akan dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia
tidak bersetuju dengan cadangan neneknya.

Sinopsis Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera

Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya yang
banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih dirawat di
hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak
boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa Abu
Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik adiknya, dia
terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut apabila
dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular.
Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual tanah
tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu
membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang keputusan.

Sinopsis Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit

Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu bas
di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut Seman,

Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya. Tauke Lim
berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah tidak mengalami
masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia.
Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan
menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia
terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di depan
pondok bas tersebut.

Sinopsis Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu

Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun
begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya yang
memerlukan penjagaannya. Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang
sedang mengukur tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia
untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari
pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan
Najib dan Dahlia. Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah
memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada
pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.

Sinopsis Songket Berbenang Emas Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit

Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek
Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia
sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan
itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan
mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu, Nek Kiah pulang ke
rumah. Dahlia memberitahu ayahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan beban
ayahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke
universiti. Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk
membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat
terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.

Songket Berbenang Emas Bab 21: Hijrah Remaja Harapan

Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai raya
untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan malam nanti.
Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut menyumbangkan barang-barang
untuk sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan hal ini kerana
kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar
mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.
Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji Sulaiman
bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah menyebabkan
Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-
hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman. Dahlia terus pulang ke rumah selepas
peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang
ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk ayahnya dan memberitahu dialah yang telah
mencuri kambing milik abahnya.

Songket Berbenang Emas Bab 22: Kain Merah yang Reput

Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang datang
daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah. Abu
Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya. Sewaktu mengemas barang-
barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang hampir reput membalut dua
biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir, dan dua batang paku.
Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad dengki terhadap keluarga
mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada Embong tetapi dilarang oleh
Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai. Dahlia melarang adiknya
menyimpan perasaan dendam. Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di
rumahnya atau di mana-mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi
ke rumah Nek Kiah dan didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah
menghalaunya.

Sinopsis Songket Berbenang Emas Bab 23: Sinar Kebahagiaan

Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat menerima
cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak lebih
daripada itu. Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah
pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada bersama-sama
ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan
mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.

Sinopsis Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan

Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah berasa
bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-anak dan
cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit. Pada hari
itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar memaklumkan
jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-barang untuk berpindah
ke balai raya. Embong dah ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah ke balai raya. Dahlia
dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan penduduk
tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada hikmah yang
tersendiri.

Sinopsis Songket Berbenang Emas Bab 25: Inilah Kampungku!

Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong sekeluarga
tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga tidak lagi
menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu. Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah
masing-masing, Haji Sulaiman telah menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji
Rais. Beliau menyeru agar penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin
akan masalah jiran tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan
bersama-sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat.
Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah
bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji Sulaiman
bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat
terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti
bolehlah dia naik pelamin.

Sinopsis Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan

Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya. Dahlia
hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya. Selepas tamat peperiksaan,
Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawannya. Dahlia juga memberitahu
Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk bekerja di kilang
untuk mencari pengalaman.

Sinopsis Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman

Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih untuk
mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun. Pemilihan Dahlia
dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya dalam
peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya
selama enam bulan. Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin
pertunangan mereka. Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia
akan mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.

Sinopsis Songket Berbenang Emas Bab 28 : Koi-bito

Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan tetapi,
Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya. Nek Kiah
telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia. Dahlia teringat kembali kenangannya
sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan –kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut
hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang
tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh
Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang
kampung kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak
RM300. Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17
kilometer dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca
kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum
menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah

kepada Dahlia. Azhari juga menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari
meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.

-Lima kekuatan novel-

- Kekuatan yang pertama ialah sikap baik hati Dahlia yang menyelamatkan Said walaupun
dicemuh oleh orang lain, pelajar dapat mencontohi sikap ini kerana sikap ini merupakan tauladan
yang baik bagi semua. Kekuatan yang kedua ialah semangat kerjasama orang kampung yang baik
hati membantu membina rumah Embong selepas bencana banjir dapat menjadi contoh yang baik
kepada pembaca dan masyarakat kerana mereka dapat mengaplikasikan amalan ini di dalam
kehidupan seharian. Kekuatan yang ketiga ialah pengorbanan seorang gadis untuk keluarganya
yang amat menyentuh hati pembaca kerana beliau sanggup melakukan segala yang dia mampu
untuk membantu keluarga tercinta. Kekuatan yang keempat ialah plot cerita yang tersusun dan
menarik bagi pembaca kerana mudah untuk difahami oleh pembaca. Kekuatan yang kelima ialah
novel ini mempunyai nilai murni dan pengajaran yang tidak terkira yang boleh membuatkan
pembaca mengambilkannya sebagai perkara yang positif.

-Lima kelemahan novel-

Kelemahan yang terdapat di dalam novel ini ialah penceritaan yang perlahan yang membuatkan
pembaca berasa bosan dan kemungkinan besar pembaca tidak dapat menyambung pembacaan
tersebut. Selain itu, terdapat unsur sihir di dalam novel ini seperti Abu Bakar terjumpa kain merah
yang hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik,
butiran pasir, dan dua batang paku. Hal ini merbahaya kepada pembaca muda. Seterusnya,
pembinaan plot yang terlalu panjang kerana sesetengah pembaca akan berasa malas untuk
membaca apabila ceritanya yang terlalu panjang. Kelemahan yang keempat ialah penduduk yang
memandang serong kepada keluarga Dahlia yang sepatutnya tidak patut berlaku dan
dirnomalisasikan di kalangan masyarakat. Akhir sekali, novel ini mempunyai dialog kosong yang
banyak dan membuatkan perbualan tersebut hanya sebagai bualan kosong.

-Lima cadangan penambahbaikan-

Cadangan penambahbaikan yang dapat saya berikan ialah penulis wajarlah meringkaskan cerita
supaya tidak kelihatan terlalu panjang agar pembaca muda lebih tertarik. Selain itu, penulis boleh
menolak unsur sihir tersebut dari buku . Seterusnya, penulis boleh menulis cerita yang dramatik
dan saspens berbanding dengan penceritaan yang perlahan dan tidak menarik. Kemudian, dialog
di dalam novel ini boleh dimenarikkan lagi dengan menambahkan info atau penceritaan yang
dramatic supaya dapat menarik perhatian pembaca. Akhir sekali, menambahkan nilai murni dan
mengaplikasikan nilai murni di dalam novevl ini supaya dapat menjadi pengajaran kepada
pembaca.

Tirani karya Beb Sabariah
-Pengenalan-
-Cerita ringkas-
Novel Tirani hasil karya Beb Sabariah bukan sekadar novel yang sarat penceritaannya tetapi turut
mennyelitkan warna budaya dan resam massyarakat setempat khususnya etnik Sarawak. Keunikan
etnik Sarawak. Keunikan etnik Sarawak diketengahkan oleh pengarang menerusi usaha gigih
watak utamanya, Waheeda untuk mempromosikan induustri pelancoongan. Watak utamanya
sentiasaa gigih menongkah arus modenisasi dan 85ntity85ba85 untuk mencipta kejayaan. Segala
peradaban dan Susila budaya bangsanya dan dilindungi.
-Biografi-

BEB SABARIAH atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung Pusa,
Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road Kuching
beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas atau diploma dari Maktab Perguruan Rajang Bintangor,
Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu. Beliau mula aktif dalam
penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan
sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis
Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak).

-Kulit buku hadapan dan belakang-

-Sinopsis-
-Sinopsis keseluruhan-
Waheeda menguruskan Tajau Emas, sebuah inap desa pelancongan di Sarawak. Waheeda
mahukan penampilan yang lebih menarik memandangkan dia kekurangan dari segi paras rupa.
Waheeda mengambil keputusan menjalani pembedahan kecantikan di Silicon Medical Centre,
Singapura. Waheeda menumpang di rumah pangsa yang dihuni rakan baiknya Bazilah. Ibunya,
Raidah datang semasa prosedur pembedahan dijalankan. Hubungan mesra dengan Bazilah 86ntity
tergugat kerana tunang Bazilah, Dr. Zahari memberi perhatian istimewa kepadaWaheeda, terutama
selepas pembedahan 86ntity86. Waheeda kemudian bekerja sebagai pegawai perhubungan awam
di Flamingo Resort supaya dia terus berada di Singapura untuk rawatan susulan. Waheeda disuruh
oleh majikannya, Halloway, untuk memasuki pertandingan ratu pelancongan. Waheeda muncul
sebagai johan kerana busana tradisi Sarawak serta kecantikannya memikat perhatian juri. Di
Flamingo, Waheeda berkenalan dengan Zahid, anak Datuk Yasser, pemilik Seri Gading yang
bekerjasama dengan Tajau Emas. Mereka akhirnya bernikah walaupun ketika acara merisik
Waheeda tidak dapat hadir kerana hidungnya runtuh semula. Pada mulanya, pasangan
itumenikmati kebahagiaan, tetapi disebabkan kecuaian Waheeda menjaga tingkah laku, seperti
bersalam dengan bukan mahram,serta melayan pelanggan lelaki dengan mesra. Zahid cemburu
sehinggalah dia melafazkan talak satu, dua tahun setelah mereka dikurniakan Izzati yang didapati

tidak seiras dengan Waheeda dan juga dirinya. Zahid menuduh Waheeda yang bukan-bukan
hingga Waheeda menjalankan ujian DNA padanan Zahid dengan Izzati, tetapi Zahid menganggap
Waheeda berpakat dengan pakar 87ntity87b. Waheeda tertekan dan terpaksa menjalani rawatan
secara Islam di Kajang. Di situ dia bertemu semula Lais, rakan sekerja di Singapura. Bapa saudara
Lais, Pak cik Aziz mengalami strok setelah dia 87ntity diisytihar muflis akibat pengkhianatan
pekerja chaletnya di Cameron Highland. Waheeda bersetuju mengambil alih Chalet Iwana-Iwani
yang memiliki 67 buah bilik, lalu dijenamakan semula sebagai Chalet Aya-Sajidah. Di situ,
kebetulan pula Zahid yang sudah tempang, serta tidak lagi berupaya menghasilkan benih zuriat
akibat kemalangan, datang berkunjung. Waheeda masih marah, tetapi Izzati yang sudah berusia
20 tahun nyata gembira.

Sinopsis Novel Tirani Bab 1 – Melontar Puing Duka

Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan diri
seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu dengan kecantikan. Lalu
Waheeda teringat akan hidungnya yang menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti Si Nuar,
Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya,
Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap
kawan-kawannya dapat diredakan. Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah
mematikan lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan yang
sedang dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk
menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah
menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas,
pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan
tempat tinggal, pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-
buahan di Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga
diberi penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk
memajukan lagi homestay itu.

Sinopsis Novel Tirani Bab 2 – Dayang Muda

Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun
Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi
menggambarkan 88ntity88b budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir.
Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di sebalik
kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik
dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan 88ntity88. Hasrat ini telah dinyatakan
kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan kerana bercanggah dengan
hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa yang
dihajatinya. Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut.
Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa
Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke
hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan
antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan
88ntity88 dengan menggunakan kepakaran di Singapura.

Sinopsis Novel Tirani Bab 3 – Katarsis

Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi
ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke
pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka
agak 88ntity tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya
tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi.
Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya
sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak bercerita
tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang semuanya
mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandar
raya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut
perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia. Mereka sempat sampai ke lapangan
terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan

rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis. Sesampainya di lapangan
Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah Bazilah iaitu kawan satu university
dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon
Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

Sinopsis Tirani Bab 4 – Semarak Api Semarak Hati

Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandar raya
Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya untuk
membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang berbunga.
Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah yang telah
dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh
sahabatnya itu di rumah. Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik di rumah kepunyaan pakcik
Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang 89ntity89 peristiwa-peristiwa semasa mereka
sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokan harinya,
Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari
merupakan doktor pakar pembedahan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah
restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan yang akan dilalui oleh Waheeda.
Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan
pembetulan di kelopak matanya. Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre
(CMC). Di sini, Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen
perubatan dari hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua yang diperlukan untuk
proses pembedahan tersebut.

Novel Tirani Bab 5 – Doa Selamat

Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya.
Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada ibunya,
Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat
lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak
bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan
memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk menolak bala. Di rumah Bazilah,
Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di Singapura. Waheeda
terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada di

depan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan
ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat
gembira dengan kehadiran ibunya. Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda
ke SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka
terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan
Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan
hati yang tabah demi kecantikan wajahnya.

Sinopsis Novel Tirani Bab 6 – Metamorfosis

Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan .Operasi ini diketuai oleh
Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes (Dr.Rushdi). Di dalam
bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani pembedahan itu demi
kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12 jam. Waheeda berasa
sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang menunggu di luar bilik
pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama ibunya selepas membayar bil
pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk
merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah,
dia telah membaca satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical
dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan
kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.

Sinopsis Tirani Bab 7 – Ke Pulau Sentosa

Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama
rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan dengan membaca
buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam di situ. Jenis
tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon yang mengingatkan
Waheeda kepada kampung halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada
Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya. Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr
Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr
Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-
sama berkongsi pengalaman dan pandangan.

Novel Tirani Bab 8 – Hadiah Alam

Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani
yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek. Persoalan
ini menjadi topik perbualan yang antara mereka berdua. Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda
tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan
kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada
kehebatan bangsanya dan kampung halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya
tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat
mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama
rombongan tersebut. Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek perhotelan yang
dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan. Waheeda teringat semula akan chalet
ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda
memasang tekad untuk ke Chalet Tajau Emas.

Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu temu duga
pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri
dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada
malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana
Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.

Sinopsis Bab 9 – Wajah Pesono

Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah
mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat menyenangkan
hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu, Waheeda bersyukur
diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan
bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di kafe, Waheeda
sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya. Di
rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar sejak
belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan
seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa
Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mungkin menyebabkan
Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang benar.

Dengan 92ntity92 ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort. Pada
minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang diberikan
oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura dengan
masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan
92ntity92ba Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan. Dalam pada merangka program
yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam
pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam
pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut
mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan
Waheeda. Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan
tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.

Sinopsis Tirani Bab 10 – Senyum Sepuluh Ela

Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah,
cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan
Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka tinggal di sana
kerana beberapa isu 92ntity92b terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas
keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan
perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan,
rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid. Selepas menikmati
makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. Seterusnya Zahid
memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk
Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas.
Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka
makan bersama-sama pada malam itu. Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah
tentang pertemuannya dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.
Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk memberi idea tentang
pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism
Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai fesyen yang

berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan
pakaian tradisi Sarawak.

Sinopsis Bab 11 – Orang Rumah Sebelah

Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri
Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut Di Flamingo, berita
kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan kepada semua. Detik-detik
kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda
diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi.
Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira
dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.

Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan
dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini
diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda
akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.

Tirani Bab 12 – Bidadari dari Langit

Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah digelar
Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang perlu
dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan tugas yang
diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibuk mengurus hal
pertunangannya sedangkan dia tiada di sana Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan
daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan
dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agakdan mesra. Dalam
perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda
memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir. Kesibukan persiapan di
Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan mereka sering terganggu
dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering
selesema. Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel
Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin

berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi.
Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.

Sinopsis Novel Tirani Bab 13 – Mati Hidup Semula

Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah 94ntity94ba pelancongan yang
semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana rezeki
semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta. Datuk
Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak
mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah,
isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya gelisah,
berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang
kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Keresahan Zahid
menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid
berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia
berasakan Waheeda berubah hati. Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad
bertukar menjadi majlis kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir
dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan
ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan.
Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke
Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan
telah menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku
kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda
di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah
mengalami satu komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut dilakukan oleh Dr Rushidi.
Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di SMC.
Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan
SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi
perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana
Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami
selesema yang agak teruk. Zahid tenang.

Novel Tirani Bab 14 – Bagaikan Puteri

Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada
Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah.
Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan
Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris,
Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh
meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama muzik
tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli
hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan
jayanya. Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas acara akad nikah
dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara mara
kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut
melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan mengadakan majlis sambutan yang
serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh
gembira

Sinopsis Tirani Bab 15 – Hidup Ranggi

Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang
menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung awan.
Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini
telah digambarkan oleh semasa dia berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji
pemandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan
yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi
Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, juga terkenang kehidupannya
semasa berada di luar negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati
wanita. Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan
kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke
mana sedangkan usia semakin meningkat. Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman
semakin terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana membina
kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.

Sinopsis Bab 16 – Mimpi Lain-lain

Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak memberi
gambaran 96ntity96b kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan
menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun depan.
Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang datang ke
Sarawak nanti. Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia
jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi, khususnya sektor pelancongan. Kemudian dia
pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada
Nasuha Abdul. NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah
Waheeda terkenang kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu. Sepanjang pagi tekun menelaah
akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, 96ntit menanti isterinya, Waheeda untuk makan tengah
hari di restoran Sri gading bersama-sama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan
masing-masing menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing. Zahid telah
bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki.
Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama.
Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan
ketegangan dengan suaminya, Zahid. Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan
pelanggan terhadap isterinya. Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi
milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah
berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk Yasser akur dengan kehendak
menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana
Waheeda ingin berdikari. Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan
ayahnya. Di mana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa
dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.

Sinopsis Novel Tirani Bab 17 – Konflik

Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya seolah-
olah manusia apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri Gading-Tajau Emas.
Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda
sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk membantu. Waheeda banyak terkenangkan masa-
masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini
juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini

mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup
terhibur mendengar luahan rasa anaknya. Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan
360 darjah yang berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari,
Waheeda ke farmasi di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak
dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk
meredakan sakit kepalanya. Mungkin, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.
Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan
seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu
tergores apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di
SMC dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda. Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah
sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid pulang dari Seri
Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenangan dalam kenangan
yang melingkari hidupnya. Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda
supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan
dan identiti bayi hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.

Novel Tirani Bab 18 – Dilanda Nostalgia

Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan
Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa izin
yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway.
Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda.
Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin mereka
menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi
memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti Halen
of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi. Zahid melenting di hujung talian telefon
sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati
Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan 97ntity97
untuk menonton bola. Nostalgia pada peringkat awal begitu bagi pasangan Waheeda dan Zahid
terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda
mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat
suaminya yang terlalu cemburu. Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya

semakin menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai
akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan
laluan yang dihadapinya. Waheeda bangun sebelum 98ntity98 menyinari bumi. Selepas bersenam
kecil, Waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu
Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan BRP bagi
menyiasat kes seorang kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang
zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang
disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada
petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.

Bab 19 – Bagaikan Bongkah Batu

Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif Hospital
Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa Zahid
tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya dengan
membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk kerana di
hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa. Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik
tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga,
nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku.
Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah
telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut. Waheeda
telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal Spektro-Kimia.
Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan
Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa
sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui maklumat tentang
ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan. Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar
membaca artikel mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan
98ntity98. Dia membaca berulang kali demi untuk memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di
bilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda.
Manakala rambut lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda dan
Zahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah
menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya.

Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya. Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda
dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-
kawannya telah menenangkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan
luka di hati Waheeda. Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan
perubahan yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan
jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan
mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.

Tirani Bab 20 – Ke Pusat Rawatan Islam

Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada Waheeda
bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut. Lais
juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ
bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo
Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron Highlands.
Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan perusahaannya. Selepas keluar
dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum
beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon
kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama
Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang
kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga
melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada
Dr. Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima
kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi. Waheeda
ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba
teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik
Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada
keesokan harinya.

Bab 21 – Sinar Di Hujung Terowong

Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya Izzati.
Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani sedang

berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana penyelewengan
yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk membantu Pak
Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands setelah pergi melihat
sendiri esok. Urusan mengambil alih berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan 100ntity.
Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada
Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading.
Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani
diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya
menjadi seorang ahli perniagaan

Sinopsis Bab 22 – Bagaikan Air Gunung

Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.
Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan
melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya mancung.
Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak
semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan
Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan
kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet Iwana-
Iwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negeri.
Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung.
Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais melihat
Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.

Novel Tirani Bab 23 – Sejuk-sejuk Tropika

Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Café Iwani. Sambil menghirup
kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya kepada
Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran
anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya
menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula
sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui


Click to View FlipBook Version