The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qocilina06, 2022-06-10 23:54:39

Kajian lapan buah novel tingkatan empat dan tingkatan lima zon di Malaysia

Kajian lapan novel

Keywords: lapan novel

bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh
menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa
berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman.

tiba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong yang
menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-
siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara
dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka
banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk
menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke kafe.
Zahid sempat bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati
amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ
anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan
isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah
mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu
membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa
kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor mengesahkan
bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar terkedu. Manakala Lais
pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak
yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin
membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang
agak berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan
anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut.
Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak
hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.

Sinopsis Novel Tirani Bab 24 – Kama Hati

Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya terpaku
kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman, wajah, bulu
matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah 101ntity dirinya dan
gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat
menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti anak

itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi
esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana. Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati
dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal,
sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini
dirindunya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan
bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun.
Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-
olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah
telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan
ayahnya.

-Lima kekuatan novel-

- Kekuatan yang pertama ialah memperkenalkan budaya Sarawak supaya dapat menarik perhatian
pembaca dan secara tidak langsung, pembaca dapat mempelajari budaya-budaya yang terdapat di
Sarawak. Kekuaan yang kedua ialah mempromosikan sektor pelancongan di Sarawak kepada para
pembaca agar dapat membantu ekonomi pelancongan di Sarawak. Kekuatan yang ketiga ialah
Waheeda yang ingin memakai baju tradisional Sarawak ke pertandingan antarabangsa yang boleh
membuat pembaca terpukau dan bangga dengan semangat beliau untuk memperkenalkan
budayanya ke orang luar. Kekuatan yang keempat ialah sikap Waheeda yang peramah dan baik
boleh menjadi sebagai contoh yang baik kepada pembaca muda. Kekuatan yang kelima ialah
amalan yang suka membaca di dalam diri Waheeda mampu menarik perhatian pembaca untuk
membaca lebih banyak buku dan mewujudkan masyarakat yang suka membaca

-Lima kelemahan novel-

-Kelemahan yang pertama ialah cerita novel ini jauh daripada tajuk utama yang penulis mahu
tekankan iaitu mempromosikan budaya Sarawak namun tetapi penulis menekankan kisah hidup
Waheeda yang perit. Kelemahan yang kedua ialah keputusan watak utama yang tidak masuk akal
yang menerima bekas suaminya yang telah menceraikan Waheeda kerana anak mereka tidak dapat
mewarisi kecantikannya. Kelemahan yang ketiga ialah sikap buruk suami Waheeda yang cemburu
buta dan menuduh Waheeda curang dengannya tanpa siasat, perkara ini dapt mengakibatkan
kerutuhan rumah tangga. Kelemahan yang keempat ialah novel ini menunjukkan contoh yang tidak
baik bahawa kita tidak akan dihormati jikalau kita mempunyai wajah yang hodoh yang boleh
membuatkan hati pembaca terguris dan berasa kurang yakin dengan wajah mereka. Kelemahan
yang kelima ialah watak utama yang ingin melakukan pemmbedahan plastik terhadap hidungnya
walaupun mengetahui bahawa ia melanggar hukum agama.

-Lima cadangan penambahbikan-

- Cadangan yang pertama ialah cerita novel perlu menekankan mempromosikan budaya Sarawak
serba sedikit . Cadangan yang kedua ialah penulis perlulah menulis watak utama tidak menerima
bekas suaminya selepas apa yang telah terjadi kepada Waheeda. Cadangan yang ketiga ialah
penulis perlulah mengurangkan tentang pergaduhan rumah tangga supaya pembaca tidak
memikirkan perkara tersebut merupakan perkara yang normal di kalangan masyarakat. Cadangan
yang keempat ialah penulis boleh menunjukkan contoh yang baik seperti sayang dengan diri
sendiri dan bersyukur dengan wajah yang diberikan oleh Tuhan kepada pembaca supaya dapat
menyebarkan kebaikan tentang sayang akan diri sendiri Cadangan yang kelima ialah penulis tidak
menerangkan tentang pembedahan rhinoplasty secara jelas kepada pembaca dan penulis kurang
pengetahauan tentang pembedahan tersebut.

Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
-Pengenalan-
-Cerita ringkas-
Ia bukannya tentanng mahu mengerakkan bintang-bintang di langit. Bintang-bintang memang
sedia ada di sana. Hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Pelik bukan? Sedikit
cahaya pula menutup deria mata. Begitu Tuhan mencipta deria manusia dengan penuh keterbatasan
agar manusia tidak leka denga apa-apa yang dilihat oleh deria.
-Biografi penulis-

Sri Rahayu Mohd Yusop, anak jati Tanjong Karang, Selangor telah menulis 13 buah novel
semenjak tahun 2001. Beliau telah memenangi hadiah dalam beberapa sayembara peringkat
nasional. Antara karya-karya beliau dalam genre fantasi dan sains fiksyen ialah Odisi Tanah
Kencana, Impuls/Roh, Equilibria dan Transgenik Sifar. Novel beliau yang bertajuk Bimasakti
Menari kini digunakan sebagai teks wajib Komponen Sastera Bahasa Melayu Tingkatan 5 di
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Melaka.
-Kulit buku muka hadapan dan belakang-

-Sinopsis-

-Sinopsis keseluruhan-

Novel Bima Sakti Menari mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai
Cerap Sultan Salahuddin. Hafsa dikunjungi oleh pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau
buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit
terlalu cerah. Beliau yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil
langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat
diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang
berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang
berlaku di Kuala Selangor. Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di
Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak
sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul
Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan
pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak
terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri
Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.
Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk
mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan
memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad
Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh
musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya,
Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut
arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas. Nurul Hafsa dibebaskan tetapi
Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan Muhammad Taufik dengan
membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada
penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk
Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang
lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim. Nurul
Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk
menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas
isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur
beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh

perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis
tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik
menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul
Hafsa.

Sinopsis Bimasakti Menari BAB 1 – JANJI SRIKANDI

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya
bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan
pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah
menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya
telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi
tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani
telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif
akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa
telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan
memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham
mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan
pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang
sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit
cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia
memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak
leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

Novel Bimasakti Menari BAB 2 – WICHAM

Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap
Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan
janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal
dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut

untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya,
Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian
sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka
mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik menjemput
ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini
bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah
mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad
Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan
pergi kembali meneruskan tugas beliau.

Sinopsis BimaSakti Menari BAB 3: SUNGAI RAHSIA

Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata
kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di
Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa
telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayahnya,
Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa
menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di
Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi
Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan jumlah berjuta-juta
ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah
khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka
menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan
bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-
ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana
bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk
melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan
kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa
kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan
pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan
dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar
pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.

BAB 4: BUDIMAN

Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan oleh
Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir. Seusai
solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama dia
bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya, Budiman
yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak
tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip
adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji
falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat
pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas
1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan
cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum menyedari
bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan teliti akan
membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira apabila
menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor
daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak terancang.

BAB 5: JIWA AYAHANDA

Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan beliau
di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek rumah Ikhtiar
TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang pemanduannya, beliau
mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan isterinya Maryam Wickham
Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan ringkas tentang kehadiran bekas
isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya
bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah
Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan
Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika
mereka bersama dengan pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam
sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya

kerana perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah
bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.

BAB 6: CITA-CITA

Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat
Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala
Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak
mengharapkan sebarang tindakan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-
undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah tetap
mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat
bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan
Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-
peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan
abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh.
Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati.
Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada
terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman
bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut
merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah
juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa
tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru
bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan
folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 7: LELAKI KELIP-KELIP

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh
seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan rumah
lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-kerja
pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul
Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-wajah yang pernah
dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman

memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada
masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan
sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas
tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan
Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik
menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak
sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini
dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin
berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu
di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan
manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip.
Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk
bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali.
Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah
tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.

BAB 8: BEBAS GRID

Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang dilaksanakannya
kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman dan adiknya meneliti
rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah
mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa
membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar grid.
Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan
ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid
utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran
bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan
menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang
pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik
menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun
begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai
misi penting yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik

mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya
membawa kembali kegelapan ke Kuala Selangor.

BAB 9: ZURIAT

Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin untuk
menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit gelap
secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang kepupusan
kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah membuka
ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan
Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini merupakan
gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan Maryam.

BAB 10: SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP

Muhammad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan ayahnya.
Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh perempuan-
perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun begitu, mereka akan
meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya. Kini, dia berhadapan
dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan yang ada
pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan
Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang tentang pembentangan tentang
projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi memantapkan pembentangan
yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka berdua tetapi tidak mengganggu
perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua
yang hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.
Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan
populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan
kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat antarabangsa.
Selesai perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam
tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti
Kampung Kuantan tempoh hari.

BAB 11: LEWAT SATU MELINIUM

Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung, bukannnya
dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan Budiman ke
kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung. Berdasarkan pandangan
Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil menantikan kelip-kelip yang
mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau
dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin
banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan
lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad
Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan
Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai
sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.

BAB 12: STRATEGI

Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan
pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan
dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai membuat
pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala
Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan Kuala Selangor
sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.

BAB 13: DENDAM KEMBALI MEKAR

Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington- Majid.
Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan Simpan
Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak dapat
meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya. Johann
merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh lama
Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin
sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan membuat
pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli

perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar
dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek tersebut
jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.

BAB 14: GELAP DALAM TERANG

Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan malah
untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani Muhammad
Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan
daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan dan
hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu
dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis
tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri
akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan
dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi
menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat
melaksanakan projek tersebut.

BAB 15: KHIANAT

Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam. Lorong
ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat tiga orang
lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun tiga orang
pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya
di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi
mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di
bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar
Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu walaupun penyerang mengambil
barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai
suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa
Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

BAB 16: DUA KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA

Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat Muhammad
Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad Taufik sedang
berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta
izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik.
Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar
tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa
melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia
memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika
Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih berkobar-kobar
untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut, Muhammad Taufik
sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai selendang hitam bermanik
Kristal.

BAB 17: JALAN YANG DITINGGALKAN

Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada di
hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian jenayah
biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad Taufik
tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan tersebut
bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk membuktikan
kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan Simpanan Langit Gelap
akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri Muhaimin melalui perbualan
telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan
Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 18: KERASUKAN

Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan pencerapan
yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak

samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa
terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia dicapai
oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan
pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap.

BAB 19: SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL

Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke Otago
apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik kristal. Dia
menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di stesen petronas
pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat kerongsang yang
yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin menghentikan
kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin ke
tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih seperti yang tercatat
dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van tersebut sebelum
disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but kereta. Kepanya disarung
dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan
tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa
walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan
diri.

BAB 20: NYAWA UNTUK NYAWA

Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik
yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak
dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang
boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh
melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan
bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah membuat
laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir
menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan menyerahkan
segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita setiap jam di semua
stesen televisyen tempatan.

BAB 21: LEGASI BAJU BIRU

Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan bantuan
CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut. Malangnya,
nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri Muhaimin telah
memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang dihantar ke telefon
bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika tidak mahu menerima
padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan sensasi etrsebut secara besar-
besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan telah membuat aduan tentang
aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari
Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan
tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik berjaya diselamatkan.

BAB 22: CINTA PEJUANG

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur
beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh
perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik
kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad
Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua
Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang
baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua
kelip-kelip terakhir di dunia.

-Lima kekuatan novel-

Kekuatan yang pertama ialah novel ini menceritakan keburukan pencemaran cahaya di langit yang
amat releven dengan konteks semasa dan dapat memberi kesedaran kepada pembaca. Selain itu,
novel ini juga menceritakan tentang keburukan pembinaan bangunan yang tidak dirancang dengan
teliti yang membuatkan pencemaran cahaya menjadi lebih teruk. Seterusnya, Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik yang berbalas hujah tentang mengembalikan populasi kelip kelip. Pembaca
dapat menambah pengetahuan mereka tentang kelip-kelip dan cara menjaga populasi kelip-kelip.
Kemudian, penceritaan yang baik dan sesuai untuk semua pembaca kerana mudah untuk difahami.
Akhir sekali, terdapat pengajaran yang bagus untuk pembaca muda seperti pengajaran tentang
pencemaran cahaya dan sebagainya.

-Lima kelemahan novel-

Kelemahan yang pertama ialah plot yang sedikit pantas yang membuatkan pembaca kurang
mengenali dan mendalami watak di dalam novel. Selain itu, cerita agak lari daripada tajuk.
Pembaca akan ingat novel ini akan ada banyak informasi berkaitan bintang, ternyata tidak, novel
ini lebih kepada tentang populasi kelip-kelip. Seterusnya, babak ngeri yang agak menyeramkan
bagi para pembaca seperti peristiwa, Muhammad Taufik dipukul dirusuknya sehingga tidak
meyedarkan diri. Kemudian, unsur hasad dengki di dalam perniagaan sehingga berlakunya unsur
penculikan yang merupakan contoh yang tidak bagus untuk pembaca muda. Akhir sekali, kulit
buku yang kurang menarik untuk menarik perhatian pembaca terutamanya pembaca muda.

-Lima cadangan penambahbaikan-

Cadangan penambahbaikan yang pertama ialah penulis boleh membuat plot cerita sedikit panjang
agar dapat meletakkan lebih banyak peristiwa saspens yang menarik. Kedua, penulis boleh menulis
tentang watak lebih mendalam agar pembaca dapat mengenali watak tersebut. Ketiga, penulis
boleh mengurangkan babak ngeri yang terdapat di dalam novel. Keempat, penulis boleh menulis
tentang bintang dengan lebih mendalam agar dapat menarik perhatian pembaca muda yang
menyukai tentang astronomi. Akhir sekali, penulis boleh mengurangkan unsur jenayah di dalam
novel ini supaya otak pembaca muda tidak terjebak.

Silir Daksina karya Nizar Parman

-Pengenalan-

-Cerita ringkas-

Lelaki bernama Abdullah bin Kayan begitu misteri dalam hidupnya. Sesuugguhnya Haiqal tidak
pernah bertemu, apatah lagi mengenali lelaki itu. Konflik keluarga telah membawa kepada
penceraian, lalu memisahkan Haiqal dengan ayah kandungnya itu. Sebuahh manuskrip lama yang
terbengkalai menyingkap rahsia yang sekian lama terpendam. Haiqal membultkan tekad waktu
sedar uminya pasti membantah. Dia perlu ke kampung halaman arwah ayahnya. Misteri Abdullah
bin Kayan perlu dirungkai.

-Biografi penulis-

Nizar Parman atau nama sebenarnya Md Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di Ayer
Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit Raja,
Batu Pahat, Johor, sementara peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk Menteri, Ayer
Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1992 dan
seterusnya melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Kinta. Beliau terdorong untuk menulis
setelah membaca dan mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan Negara dan penulis tersohor
tanah air semasa menuntut di sana.

-Kulit muka hadapan dan belakang-

-Sinopsis-

-Sinopsis keseluruhan-

Novel Silir Daksina dimulakan dengan mengisahkan kehidupan seorang remaja bernama Haiqal
Haqimi. Dia hidup bersama-sama ibu dan ayah tirinya. Pada suatu hari,Haiqal menerima sebuah
manuskrip lama yang di dalamnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya. Teruja dengan
kandungan manuskrip,Haiqal bertekad untuk menjejaki kehidupan arwah ayah kandungnya itu di
sebuah kampung di Batu Pahat,Johor. Keputusannya untuk ke kampung arwah ayahnya mendapat
tentangan daripada uminya. Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia
hingga mereka berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersama-samanya di Kuala Terengganu
malah ayah Haiqal,Abdullah bin Kayan tinggal kesepian dan keseorangan di Johor. Novel ini terus
berkembang apabila Haiqal membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi mencari bapanya
walaupun uminya melarang keras keputusannya, Uminya tidak mahu Haiqal mengikut jalan hidup
seperti arwah ayah kandungnya. Walid pula tidak menghalang pemergian Haiqal ke Johor malah
berjanji akan mengirimkan wang belanja kepada Haiqal. Sesampai di Kampung Seri Purnama,
Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui
mengenai arwah ayahnya melalui penceritaan penduduk kampung di situ. Bapa Haiqal seorang
yang amat mencintai sastera. Semenjak ayahnya meninggal dunia, Kampung Seri Purnama
kehilangan orang penting yang memperkenalkan tarian zapin. Novel ini sampai ke puncaknya
apabila Haiqal turut serta membuat persembahan zapin D’Pumama. Ketika hari persembahan,
Lazim telah ditimpa kemalangan dan Ong See Hwa yang menggantikan tempatnya. Haiqal menari
berpasangan dengan See Hwa. Sebilangan penduduk kampung berasa terharu kerana terkenangkan
arwah Abudullah bin Kayan. Dendam uminya terhadap Abudullah bin Kayan telah melebur
apabila umi datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari. Umi juga telah
ke kubur Abdullah bin Kayan dan mengaku kesilapan memisahkan Haiqal daripada bapa
kandungnya kerana darahnya turut mengalir dalam tubuh Haiqal. Setelah beberapa bulan di
Kampung Seri Purnama, Haiqal melanjutkan pelajarannya dalam bidang keguruan di sebuah
universiti di Sarawak.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 1

Tersingkap Rahsia

Haiqal sangat tertarik oleh sebuah mansukrip lama yang baru diperolehinya. Sudah seminggu dia
membaca dan membelek-belek manuskrip itu. Haiqal leka dalam alam Abdullah bin Kayan. Nama
itu pernah disebut oleh uminya tetapi uminya tidak mahu menceritakan lebih lanjut tentang sejarah
hidup Abdullah bin Kayan. Ketika Haiqal berusia enam tahun, dia mendapat tahu bahawa orang
yang dipanggil sebagai “walid” bukanlah ayah kandungnya. “Walid” atau Abdul Fatah ialah ayah
tirinya. Namun begitu, ayah tirinya tidak membeza- bezakan kasih sayang antara Haiqal dengan
adik tirinya; Nurul Aisyah. Ketika umi menerangkan bahawa Haiqal bukanlah anak kandung
“walid”, Haiqal berasa sangat sedih sekali. Umi memberitahu bahawa ayah kandungnya tinggal
berjauhan daripada mereka dan Haiqal akan tahu segala-galanya apabila Haiqal sudah besar.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 2

Kisah Seorang Teman

Haiqal menemui Ratna di warung milik keluarga Ratna. Mereka berbual-bual tentang masa depan
masing-masing. Ratna bercita-cita untuk membuka restoran sendiri apabila keputusan SPM Ratna
tidak begitu baik. Haiqal pula meneruskan pelajaran ke tingkatan 6. Sekarang, Haiqal sedang
menunggu keputusan STPM. Haiqal sentiasa mendorong Ratna supaya gigih meneruskan cita-
citanya. Haiqal turut memberitahu bahawa tokoh-tokoh dunia seperti Abraham Lincoln juga
pernah gagal berkali-kali sebelum mencapai kejayaan. Ketika mereka berjalan-jalan di tepi pantai,
Haiqal telah menceritakan kisah manuskrip yang diterimanya beberapa hari yang lalu. Alamat
pengirim manuskrip itu sama dengan alamat yang tercatat di sijil kelahirannya iaitu Kampung Seri
Purnama, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Pengirim manuskrip itu berbangsa Cina yang bernama
Ong See Hwa.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 3

Senaskhah Manuskrip Lama

Manuskrip lama yang menceritakan kisah Cikgu Nizam ini merupakan manuskrip yang diterima
dan dibaca oleh Haiqal. Manuskrip lama ini mengisahkan penduduk kampung Sri Purnama yang
aktif dalam aktiviti seni tradisional seperti zapin dan ghazal. Seni tradisional ini turut mendapat

tempat di hati Ai Ling; anak kepada Tauke Lim. Ai Ling minat menari zapin. Rakan-rakan sebaya
Cikgu Nizam seperti Roslan, Ramli dan Sudin juga gigih berlatih menari zapin. Penduduk
kampung Seri Purnama sering berkumpul di warung Pak Dolah. Cikgu Nizam memuji Ai Ling
yang mahir menari zapin. Hubungan bapa Ai Ling iaitu Tauke Lim dengan penduduk kampung
Seri Purnama adalah sangat rapat. Cikgu Nizam menggalakkan Ai Ling untuk belajar menari
zapin. Apabila Cikgu Nizam melihat Ai Ling, secara tidak langsung dia terkenang akan anaknya;
Aiman. Usia Aiman sebaya dengan usia Ai Ling. Hubungan kekeluargaan antara keluarga Cikgu
Nizam dengan keluarga Tauke Lim sangat rapat. Tauke Lim berasal dari Perak. Rumah Tauke Lim
dibina di atas tanah yang dibeli daripada ayah Cikgu Nizam. Sebelum ini, tanah tersebut
merupakan kebun getah. Ayah Cikgu Nizam mengupah orang untuk mengerjakannya kerana dia
sibuk mengurus kebun kelapa sawit. Emak Cikgu Nizam pula tidak berdaya untuk mengerjakan
kebun getah kerana tidak boleh berdiri lama akibat kemalangan. Kemudian, Tauke Lim telah
menyewa tanah tersebut daripada ayah Cikgu Nizam setelah berhijrah ke Parit Raja. Ayah Cikgu
Nizam berasa kasihan akan Tauke Lim kerana semua tanah milik keluarganya di Perak habis dijual
untuk membayar hutang abang Tauke Lim yang suka berjudi. Ayah Cikgu Nizam dan Tauke Lim
bersetuju untuk membahagi dua hasil daripada kebun getah tersebut. Hubungan antara keluarga
Cikgu Nizam dan Tauke Lim semakin rapat sejak Tauke Lim menyewa kebun getah tersebut.
Tambahan pula, Tauke Lim selalu membawa ahli keluarganya berkunjung ke rumah keluarga
Cikgu Nizam. Mereka selalu minum petang bersama-sama. Tauke Lim seorang yang rajin. Pada
waktu pagi, dia menoreh getah manakala pada waktu petang, Tauke Lim akan mengelilingi
kampung untuk membeli hasil-hasil kampung. Sebagai contohnya, buah pinang, getah beku atau
getah sekerap, biji kopi dan pisang. Kemudian, dia akan menjualnya di bandar. Tauke Lim juga
sentiasa membersihkan kebun getah yang disewanya. Hasil kegigihan Tauke Lim, dia berjaya
mengumpul wang untuk membeli setengah ekar daripada kebun ayah Cikgu Nizam. Tanah yang
dibelinya itu telah dijadikan tapak rumah. Hubungan antara keluarga Tauke Lim dengan penduduk
kampung Sri Purnama sangat rapat sekali. Apabila ada majlis kenduri-kendara, dia pasti akan turut
bersama-sama penduduk untuk bergotong-royong. Tauke Lim juga sentiasa bermurah hati untuk
menaja jamuan untuk setiap majlis keramaian di kampung. Ketika ayah Cikgu Nizam masih hidup,
dia menganggap bahawa anak-anak perempuan Tauke Lim iaitu Ai Ching dan Ai Ling seperti
cucunya sendiri. Hidup ayah Cikgu Nizam sunyi setelah kematian isterinya akibat darah beku di
kepala. Pada suatu hari, Cikgu Nizam telah menumpangkan Ai Ling dan Ai Ching ke sekolah

kerana bateri kereta Tauke Lim telah rosak. Cikgu Nizam mengajar di sekolah yang sama dengan
Ai Ling. Tauke Lim menghantar semua anaknya belajar di sekolah kebangsaan di kampung itu.
Dia beranggapan bahawa di mana-mana sahaja anak-anaknya boleh belajar asalkan mereka rajin.
Pada setiap minggu, Tauke Lim menghantar anak-anaknya ke kelas tuiysen bahasa Cina di pekan
Parit Raja. Cikgu Nizam mempelawa Ai Ling menaiki keretanya pada setiap hari tetapi Ai Ling
tidak mahu menyusahkan gurunya itu. Namun begitu, setelah Ai Ling berbincang dengan Tauke
Lim, Ai Ling telah menumpang kereta Cikgu Nizam untuk ke sekolah pada setiap hari. Ketika di
bilik guru, Cikgu Latifah yang terkenal oleh kegarangannya telah meluahkan perasaan. Cikgu
Latifah menyatakan kekesalannya terhadap sikap murid-murid yang tidak menyelesaikan kerja
rumah dan tulisan mereka juga tidak kemas ibarat “cakar ayam”. Cikgu Latifah turut menyatakan
bahawa golongan guru kerap dipersalahkan jika anak-anak murid tidak berjaya. Cikgu Nizam
menenangkan Cikgu Latifah dengan mengatakan bahawa orang luar tidak faham akan tugas guru
yang banyak. Cikgu Nizam turut berpandapat bahawa golongan guru perlu sentiasa bijak mengatur
tugas mereka. Berbeza dengan zaman dahulu, guru ibarat pakar rujuk. Apabila zaman semakin
moden dan golongan cendekiawan semakin ramai, banyak teori pendidikan telah diwujudkan.
Cikgu Latifah meneruskan kerjanya dan kadang kala dia membebel lagi. Dalam hati Cikgu Nizam,
dia kagum akan kesungguhan Cikgu Latifah yang sanggup pulang lewat untuk membimbing
murid-murid yang lemah dalam Matematik. Cikgu Nizam terus menjalankan tanggungjawabnya
sebagai ketua panitia Bahasa Melayu dengan menyelesaikan minit mesyuarat panitia. Selain itu,
Cikgu Latifah turut menyatakan bahawa Ai Ling tidak mahu ke perpustakaan ketika waktu
Pendidikan Islam. Ai Ling berminat untuk mempelajari Pendidikan Islam daripada Ustazah
Munirah. Ai Ling suka membaca buku kisah-kisah nabi dan rasul serta tokoh-tokoh Islam. Ai Ling
juga selalu bertanya tentang nabi-nabi kepada Ustazah Munirah, terutamanya tentang Nabi
Muhammad. Perwatakan Ai Ling berbeza dengan kakaknya. Apabila murid-murid Islam membaca
doa, dia akan turut serta menadah tangan untuk berdoa. Cikgu Nizam mengambil peluang ini untuk
cuba mengenali Ai Ling dengan lebih dekat.

(ii) Bateri kereta Tauke Lim telah digantikan dengan bateri baharu. Cikgu Nizam membantu Tauke
Lim memasang bateri tersebut. Cikgu Nizam menyuruh Tauke Lim supaya membeli kereta baharu
tetapi Tauke Lim tidak mahu kerana dia perlu berjimat untuk belanja persekolah anak-anaknya.
Pada masa yang sama, Tauke Lim tidak selalu jalan jauh. Kereta buruknya digunakan untuk
mengangkut hasil-hasil kampung untuk dijual di pekan. Jika Tauke Lim pulang ke kampung di

Kuala Kangsar untuk menziarahi emaknya, dia dan keluarganya akan menaiki bas sahaja. Tauke
Lim seorang yang suka bersederhana dan berjimat. Sebagai contohnya, dia sentiasa berbaju lusuh.
Cikgu Nizam jarang melihat Tauke Lim berbaju cantik kecuali ketika Tahun Baru Cina. Setelah
kereta Tauke Lim berjaya dihidupkan, Tauke Lim telah mengajak Cikgu Nizam ke pekan untuk
minum teh tarik mamak pada waktu petang. Ketika menikmati teh tarik, Tauke Lim telah bersetuju
dan membenarkan Ai Ling menumpang kereta Cikgu Nizam untuk ke sekolah. Pada awalnya, dia
tidak mahu menyusahkan Cikgu Nizam. Tauke Lim turut menyatakan bahawa keluarga Cikgu
Nizam telah banyak membantu keluarganya ketika mereka susah dahulu. Tauke Lim berasa
terhutang budi dengan keluarga Cikgu Nizam. Pada masa yang sama, Cikgu Nizam turut
mengucapkan terima kasih kerana telah menjaga kebun ayahnya dengan baik. Tauke Lim tidak
menghalang jika Cikgu Nizam mahu mengajar Ai Ling dan menganggap Ai Ling sebagai anak
kandungnya sendiri. Ketika minum juga, mereka berbual tentang Aiman. Cikgu Nizam
memberitahu bahawa keluarga isterinya seolah-olah tidak suka Cikgu Nizam melawat Aiman.
Tauke Lim meminta Cikgu Nizam bersabar. Tauke Lim yakin bahawa Aiman akan datang mencari
Cikgu Nizam apabila dia sudah besar nanti. Tauke Lim percaya bahawa Cikgu Nizam merupakan
seorang yang kuat dan tabah seperti ayahnya dahulu. Tauke Lim turut menasihati Cikgu Nizam
supaya jangan susah hati kerana penduduk kampung sayang akan Cikgu Nizam. Sejak Cikgu
Nizam kembali ke kampung, banyak aktiviti dapat dijalankan. Sebagai contohnya, aktiviti zapin.
Cikgu Nizam juga turut memuji Tauke Lim yang banyak memberi sumbangan terhadap aktiviti
yang dijalankan di kampung mereka. Pada waktu malam nanti, Cikgu Nizam mempelawa Tauke
Lim ke balai raya untuk menonton latihan zapin. Tauke Lim menyatakan bahawa dia akan hadir
kerana Ai Ling meminati tarian zapin. Tauke Lim juga seronok melihat anak-anak muda gigih
berlatih zapin.

(iii) Ketika di balai raya pada malam itu, Tauke Lim telah menyuruh Cikgu Nizam menari zapin.
Ai Ling berasa sangat gembira sekali apabila melihat Cikgu Nizam menari zapin. Selesai latihan,
Tauke Lim, Cikgu Nizam, Pak Haji Salam dan beberapa orang ahli kumpulan zapin berkumpul di
atas pentas. Mereka membincangkan persiapan majlis untuk menyambut kehadiran YB Samsuri
dan pegawai daripada Yayasan Warisan Negeri untuk mengkaji rentak zapin jincat yang unik.
Mereka hanya mempunyai masa seminggu sahaja lagi untuk berlatih. Kumpulan zapin D’Purnama
telah berkubur lebih dua puluh tahun. Mereka beranggapan bahawa kedatangan pegawai dan YB
Samsuri merupakan peluang kepada mereka untuk menghidupkan tarian zapin jincat semula.

Kumpulan zapin tersebut berkubur kerana beberapa orang ahlinya telah keluar daripada kumpulan
asal dan menubuhkan kumpulan baharu. Akhirnya, kumpulan baharu tersebut juga mengalami
kegagalan. Akibatnya, kumpulan zapin D’Purnama telah berkubur. Dalam perbincangan itu, Cikgu
Nizam telah diminta untuk menyiapkan atur cara dalam majlis itu nanti. Tauke Lim menyatakan
kesediaannya untuk menaja jamuan makan. Ketika semua orang sudah pulang, Abang Bakir
menyatakan hasratnya supaya Cikgu Nizam menyelitkan deklamasi puisi dalam majlis itu nanti.
Abang Bakir turut mencadangkan supaya Cikgu Nizam memilih murid-murid sekolahnya yang
berbakat untuk mendeklamasi puisi. Abang Bakir juga memberi semangat kepada Cikgu Nizam
supaya meneruskan bakatnya dalam bidang sastera. Abang Bakir menasihati Cikgu Nizam supaya
tidak merajuk lagi.

(iv) Cikgu Nizam berasa gembira apabila Ai Ling merupakan salah seorang peserta pertandingan
deklamasi puisi. Ai Ling menunjukkan minatnya terhadap puisi dengan membaca buku puisi. Ai
Ling membaca buku puisi sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan mendeklamasi puisi.
Cikgu Nizam telah mengajak Ai Ling datang ke rumahnya untuk berlatih mendeklamasikan puisi
pada waktu petang. Ai Ching telah menemani Ai Ling ke rumah Cikgu Nizam. Ai Ling telah
memilih sajak bertemakan kasih sayang terhadap ibu dan bapa. Ketika Cikgu Nizam melatih Ai
Ling mendeklamasi puisi, Ai Ching membelek-belek novel dan majalah sastera yang diletakkan
di atas meja. Kemudian, Ai Ching memilih senaskhah novel dan membacanya sementara
menunggu Ai Ling berlatih. Pada awal latihan, Ai Ling sukar untuk mengawal pernafasannya
perlahan-lahan. Cikgu Nizam mengajar Ai Ling supaya bijak mengawal pernafasan kerana dapat
mengurangkan perasaan gemuruh ketika berada di pentas. Cikgu Nizam tetap memberi semangat
kepada Ai Ling walaupun Ai Ling seolah-olah putus asa. Akhirnya, Ai Ling berjaya. Dia berjanji
akan datang lagi pada hari esok. Sebelum pulang, Ai Ling mengucapkan terima kasih kepada
Cikgu Nizam kerana telah melatihnya. Ai Ching pula telah meminjam dua buah novel. Cikgu
Nizam berpesan kepada Ai Ching supaya jangan leka membaca novel kerana Ai Ching perlu
menumpukan perhatian dalam pelajaran dan menyelesaikan kerja rumah.

(v) Ai Ling telah berjaya memenangi pertandingan deklamasi puisi peringkat tahap satu. Dia
berjaya menyampaikan sajaknya sehingga memukau semua murid yang menyaksikannya.
Kemenangan Ai Ling juga telah menjadi buah mulut penduduk kampung. Orang yang paling
gembira ialah Tauke Lim. Dia sanggup membelanja pelanggan-pelanggan warung Abang Dolah.

Ketika di warung, Tauke Lim menyatakan hasratnya untuk melihat Cikgu Nizam membaca puisi
di balai raya seperti zaman Cikgu Nizam muda dahulu. Pak Dolah turut menyokong cadangan
Tauke Lim. Pak Dolah berasa seronok jika para pemuda kampung berkumpul di balai raya
kampung mereka untuk berpuisi, berkompang, berseloka dan bergurindam. Jika khazanah bangsa
ini tidak diteruskan oleh generasi muda, khazanah ini akan pupus. Cikgu Nizam telah menyatakan
kepada Abang Bakir dan Roslan bahawa dia berhenti berkarya kerana jiwanya tidak tenang setelah
berpisah dengan isteri dan anaknya, Aiman. Karyanya ibarat tiada semangat. Oleh sebab itu, Cikgu
Nizam mengambil keputusan untuk berhenti berkarya. Dia juga sering berasa rindu akan Aiman.
Hanya potret Aiman yang dapat dijadikan penawar rindunya. Cikgu Nizam seperti ayahnya juga
yang menjadikan Ai Ling sebagai tempat untuk mencurahkan kasih sayang.

(vi) Perancangan untuk menjayakan persembahan zapin berjalan dengan lancar. Ai Ling bersetuju
untuk mendeklamasikan sajak sebelum persembahan zapin. Sajak yang akan dipersembahkan oleh
Ai Ling ialah sajak yang ditulis oleh Cikgu Nizam sendiri. Ketika hari persembahan, kawasan balai
raya dipenuhi oleh penduduk kampung. Ai Ling telah mendeklamasikan sajak dengan penuh
bersemangat. Para penduduk yang hadir telah terpukau dengan persembahan Ai Ling. Mereka
memberi tepukan yang gemuruh kepada Ai Ling. Ketika Ai Ling mendeklamasikan sajak, Cikgu
Nizam telah membayangkan bahawa Ai Ling dan Aiman sedang mendeklamasikan sajak bersama-
sama. Tepukan yang gemuruh terhadap sajak yang ditulis oleh Cikgu Nizam merupakan
penghormatan yang tertinggi untuk dirinya. Persembahan zapin bertambah meriah apabila YB
Samsuri juga turut menari zapin dengan para penari zapin. Majlis persembahan zapin itu berakhir
pada jam 12.15 malam. YB Samsuri juga telah berjanji akan memberikan perutukan wang ringgit
kepada kumpulan zapin D’Purnama. Wang tersebut

akan digunakan untuk membeli peralatan muzik zapin yang baharu. Walaupun majlis sudah tamat,
penari-penari daripada Yayasan Warisan Negeri masih sibuk mempelajari cara-cara menari zapin
jincat, alip-alip daripada Abang Bakir, Wak Parmin dan Ramli. Kemudian, YB Samsuri juga
mengucapkan tahniah kepada Cikgu Nizam atas usaha gigihnya mengembalikan kegemilangan
tarian zapin di kampung Seri Purnama. Pada masa yang sama, beliau berharap supaya Cikgu
Nizam turut mengembangkan bahasa dan sastera di kampung itu. Beliau berharap supaya
Kampung Seri Purnama akan dijadikan perkampungan bahasa dan sastera.

(vii) Masa berlalu begitu pantas. Ai Ling kini sudah berusia 12 tahun. Cikgu Nizam menganggap
Ai Ling seperti anaknya sendiri. Tauke Lim dan Mak Cik Kim juga gembira apabila Cikgu Nizam
turut mengambil berat akan diri Ai Ling. Namun begitu, pada masa ini, Cikgu Nizam sering
mengalami sakit kepala. Cikgu Nizam sering berulang-alik ke hospital. Walau bagaimanapun, dia
tetap pergi ke balai raya untuk berlatih kompang dan zapin. Pada suatu petang, Cikgu Nizam
membawa Ai Ching dan Ai Ling berkunjung ke Pantai Punggur. Ketika di Pantai Punggur, Ai Ling
ingin tahu sama ada Cikgu Nizam mempunyai anak atau tidak. Cikgu Nizam menyatakan bahawa
dia mempunyai seorang anak lelaki yang menetap di Terengganu. Umur anak lelaki Cikgu Nizam
sebaya dengan umur Ai Ling. Hampir sepuluh tahun Cikgu Nizam tidak menemui anaknya itu. Ai
Ling menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan anak Cikgu Nizam. Ai Ling mahu berkawan
dengannya. Pada masa yang sama, Ai Ling turut memberitahu Cikgu Nizam tentang arwah ayah
Cikgu Nizam yang selalu memuji Cikgu Nizam. Ayah cikgu Nizam sangat sayang akan Cikgu
Nizam kerana kasih sayang yang diberikan oleh Cikgu Nizam kepada ayahnya setanding dengan
kasih sayang sepuluh orang walaupun Cikgu Nizam hanyalah seorang anak tunggal. Ketika
membiarkan Ai Ling dan Ai Ching bermain-main di tepi pantai, Cikgu Nizam mengelamun sambil
menikmati ketenangan ombak dan angin di tepi pantai. Cikgu Nizam berharap supaya dia dapat
menjadi manusia biasa yang berkeluarga dan berbahagia selalu tetapi dia sentiasa menghadapi
ujian dalam kehidupannya.

(viii) Kampung Seri Purnama telah dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Kemerdekaan
peringkat mukim. Dalam bulan ini, program Berkampung Bersama Puisi akan dilancarkan. Ramai
penduduk di sekitar kawasan Batu Pahat berminat untuk menyertainya. Yang Berhormat juga telah
bersetuju untuk mendeklamasikan puisi pada malam perasmian nanti. Cikgu Nizam pula semakin
sibuk membuat persiapan di balai raya. Cikgu Nizam tidak mahu program itu

menjadi seperti “melepaskan batuk di tangga”. Ai Ling juga gigih berlatih mendeklamasikan sajak.
Pada masa ini, kesihatan Cikgu Nizam bertambah buruk. Cikgu Nizam hanya mampu bergantung
pada ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh doktor untuk menahan kesakitan yang dialaminya.
Cikgu Nizam menerima takdir Tuhan dengan tabah jika hidupnya akan berakhir tidak lama lagi.
Walaupun Cikgu Nizam menderita kesakitan, Cikgu Nizam berlagak seperti biasa seolah-olah dia
sihat. Ai Ling telah datang ke rumah Cikgu Nizam sambil membawa apam balik untuk Cikgu
Nizam. Ai Ling memberitahu bahawa dia telah menyelesaikan semua kerja rumahnya ketika

menunggu Cikgu Nizam habis bermesyuarat di sekolah. Cikgu Nizam telah menunjukkan
manuskrip yang sedang ditulis olehnya kepada Ai Ling. Cikgu Nizam telah berjanji untuk
memberikan manuskrip itu kepada Ai Ling sekiranya manuskrip itu siap ditulis. Ai Ling
menyatakan bahawa dia mahu menjadi orang pertama membaca manuskrip tersebut. Ai Ling
mendapati bahawa muka Cikgu Nizam pucat. Ai Ling beranggapan bahawa Cikgu Nizam sedang
sakit. Namun begitu, Cikgu Nizam menafikannya. Cikgu Nizam memberi alasan bahawa dia hanya
penat sahaja. Ai Ling juga mendapati bahawa fizikal Cikgu Nizam sudah berubah. Urat-urat di
kepala Cikgu Nizam sudah timbul dan tubuhnya juga sudah kurus. Walau bagaimanapun, Cikgu
Nizam tetap menyatakan bahawa dia sihat. Ai Ling juga bertanya tentang Aiman kepada Cikgu
Nizam. Ai Ling ingin tahu bila Cikgu Nizam akan membawa Aiman ke kampung ini. Ai Ling
ingin berkenalan dengannya. Cikgu Nizam ingin menceritakan masalah yang dihadapinya kepada
Ai Ling tetapi dia membatalkan hasratnya itu. Cikgu Nizam tidak mahu melibatkan Ai Ling dalam
masalah kehidupannya.

(ix) Sakit kepada yang dialami oleh Cikgu Nizam semakin kronik. Cikgu Nizam terpaksa menahan
kesakitannya itu dengan ubat yang dibekalkan oleh doktor. Pada masa ini, Cikgu Nizam
menyelesaikan semua tugasan sebagai guru di sekolah sehingga dia pulang lewat. Ai Ling pula
terpaksa menunggunya. Mujur Ai Ling memahami kesibukannya. Pada waktu malam, Cikgu
Nizam menunaikan solat sunat. Ketika ini, dia berasa bahawa dirinya dekat dengan Allah.
Kerinduannya terhadap Aiman semakin memuncak. Cikgu Nizam sentiasa membayangkan wajah
Aiman. Cikgu Nizam menatap potret kecil Aiman dan mendakapkannya ke dada. Cikgu Aiman
berharap Aiman datang menemuinya. Cikgu Aiman terus menangis teresak-esak.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 4

Desakan Hati

Haiqal tidak dapat membuat keputusan sama ada ingin ke Johor atau tidak. Haiqal yakin bahawa
uminya pasti tidak akan mengizinkan. Haiqal tidak pernah membantah keputusan uminya kecuali
sekali. Manuskrip yang dibaca oleh Haiqal mempengaruhinya untuk ke Johor. Haiqal merasakan
bahawa manuskrip yang dibaca olehnya merupakan kisah benar. Haiqal yakin bahawa si
penghantar manuskrip itu mempunyai sebab yang tersendiri dengan menghantar manuskrip itu
kepadanya. Pada malam itu, Haiqal telah keluar untuk bertemu Ratna. Perkara itu menghairankan
umi dan walidnya. Ketika bertemu Ratna, Haiqal memberitahu bahawa dia sudah selesai membaca

manuskrip tersebut. Haiqal beranggapan bahawa manuskrip itu menceritakan kesunyian dan
kesakitan yang ditanggung oleh ayahnya. Kandungan manuskrip dalam manuskrip itu benar-benar
merumitkan fikiran Haiqal. Dalam manuskrip itu, watak utamanya ialah seorang penulis. Ratna
membuat persamaan antara watak utama manuskrip itu dengan diri Haiqal yang merupakan pelajar
yang hebat dalam bidang sastera. Haiqal sering memenangi pertandingan deklamasi puisi
peringkat sekolah, johan menulis sajak dan cerpen peringkat negeri. Namun begitu, umi tidak
pernah berbangga akan pencapaian Haiqal. Kebencian umi terhadap ayahnya ada kaitan dengan
dunia sastera ayahnya. Haiqal berasa bingung. Haiqal tidak tahu cara untuk dia berhadapan dengan
umi dan walidnya. Ratna memberi sokongan kepada Haiqal. Ratna memberitahu bahawa jika niat
Haiqal betul, Allah akan menunjukkan jalan penyelesaiannya. Haiqal menyatakan bahawa uminya
pernah kecewa dengan keputusan Haiqal yang memilih kelas sastera apabila masuk ke tingkatan
enam. Itulah kali pertama Haiqal berkeras dengan uminya. Ratna menasihati Haiqal supaya
memikirkan perkara tersebut masak-masak sebelum membuat keputusan. Kemudian, Haiqal
memohon diri untuk pulang kerana jam sudah menunjukkan jam 12.00 malam. Haiqal tidak mahu
umi dan walidnya bimbang.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 5

Rindu

Haiqal berasa terkilan kerana dia tidak mempunyai kenangan indah bersama dengan ayahnya.
Haiqal membelek-belek manuskrip itu sekali lagi. Haiqal ingin kepastian tentang watak Ai Ling
yang mungkin memiliki persamaan dengan individu yang bernama Ong See Hwa. Haiqal juga
ingin membuat andaian tentang watak Ai Ling yang mungkin watak rekaan ayahnya sahaja.
Suasana Kampung Seri Purnama terbayang-bayang di mata Haiqal. Bunyi kompang dan alunan
irama zapin seakan-akan kedengaran di telinga Haiqal. Zapin merupakan tarian terkenal di negeri
Johor. Haiqal hanya pernah menontonnya di televisyen sahaja. Haiqal tidak pernah memalu
kompang apatah lagi menari zapin. Berdasarkan manuskrip tersebut, Haiqal mendapat gambaran
bahawa ayahnya handal menari zapin. Perkara itu menyebabkan Haiqal berasa kagum akan
kehebatan ayahnya. Jika catatan dalam manuskrip tersebut benar, ayah Haiqal merupakan orang
yang hebat. Haiqal berasa rugi kerana dia tidak dapat hidup lama bersama-sama dengan ayahnya.
Dunia umi dan walidnya hanyalah butik dan kilang batiknya. Uminya mahu Haiqal mewarisi
perniagaan keluarga tetapi Haiqal tidak berminat. Haiqal hanya bekerja di kedai batik uminya di

Pasar Payang untuk memenuhi duit poket. Hanya adik tirinya, Nurul Aisyah yang menunjukkan
minat dalam perniagaan. Sewaktu ayahnya meninggal dunia tujuh tahun yang lepas, Haiqal tidak
dapat mengikut umi dan walidnya menziarahi jenazah ayahnya. Ketika itu, Haiqal sedang
menduduki UPSR. Haiqal terpaksa ditenangkan oleh pengawas kerana dia menangis sepanjang
masa menjawab soalan peperiksaan. Haiqal berasa hairan kerana dia tidak tahu tentang masalah
yang dihadapi oleh ayah dan uminya sehingga menyebabkan mereka berpisah.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 6

Satu Ketetapan

Haiqal telah membuat keputusan yang muktamad. Haiqal ingin pulang ke kampung halaman
ayahnya di Johor walaupun dia tidak pernah ke sana. Haiqal menyatakan hasratnya kepada Ratna.
Hasrat Haiqal disokong oleh Ratna. Sebagai sahabat, Ratna hanya mampu mendoakan Haiqal agar
selamat sampai ke Johor. Ratna menasihati Haiqal supaya menjaga diri apabila berada di tempat
orang. Setelah solat maghrib, Haiqal menyuarakan hasrat itu kepada uminya. Seperti jangkaan
Haiqal, uminya melarang Haiqal ke Johor kerana ayahnya sudah meninggal dunia. Uminya
menyuruh Haiqal menerima kenyataan. Namun begitu, Haiqal berkeras untuk ke Johor kerana dia
perlu mengetahui asal usul ayahnya. Haiqal juga ingin melihat peninggalan arwah ayahnya. Umi
tetap berkeras melarang Haiqal ke Johor kerana uminya tidak mahu Haiqal menjadi seperti
ayahnya yang hanya hidup mengejar bayang-bayang. Uminya juga tidak mahu memberikan wang
kepada Haiqal sepanjang Haiqal berada di Johor. Ketika perbalahan itu, walid cuba
mententeramkan keadaan. Walid menenangkan Haiqal. Sikap keterbukaan walid menyebabkan
Haiqal tidak menganggap bahawa walidnya seperti orang asing. Haiqal memohon maaf kepada
walidnya atas kejadian perbalahan tersebut. Walid memberi keizinan kepada Haiqal untuk ke
Johor. Pada masa yang sama, walid berjanji akan memberikan wang perbelanjaan sepanjang
Haiqal berada di Johor.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 7

Perjalanan Yang Jauh

Haiqal memulakan perjalanan ke Johor dengan menaiki bas. Tayangan filem lucu di dalam bas
tidak menarik minat Haiqal. Wajah Ratna sentiasa bermain-main di mindanya. Ketika di stesen
bas, Haiqal berjanji kepada Ratna bahawa dia akan kembali ke Terengganu.Ketika Haiqal keluar

dari rumah, uminya langsung tidak menghantarnya. Hanya walid dan Nurul Aisyah sahaja yang
menghantarnya ke pintu pagar. Haiqal sempat menjeling ke arah jendela rumahnya tetapi ibunya
tidak kelihatan. Walid dan Nurul Aisyah mahu menghantar Haiqal ke stesen bas tetapi Haiqal tidak
membenarkan kerana bimbang akan menyakiti hati uminya. Sepanjang perjalanan, Haiqal tertidur.
Haiqal hanya tersedar ketika bas berhenti di RnR Kuantan. Haiqal memesan mihun sup dan teh
tarik. Walaupun Haiqal tidak berselera untuk makan, tetapi dia terpaksa menelannya kerana
perutnya lapar. Kemudian, bas meneruskan perjalanan ke Johor. Sepanjang perjalanan tersebut,
Haiqal hanya tidur sepanjang masa kerana dia tidak mahu menempuh perjalanan yang terlalu
panjang.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 8

Tiba Di Kampung

Haiqal sampai di stesen Batu Pahat tepat jam 5.30 pagi. Pada waktu itu, hanya kedai mamak sahaja
yang dibuka namun, Haiqal belum berselera untuk sarapan pagi. Haiqal menunaikan solat subuh
di bilik solat yang terdapat di stesen bas tersebut. Dengan bantuan seorang pengawal keselamatan,
Haiqal berjaya mendapatkan teksi menuju ke Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi tersebut
memperkenalkan dirinya sebagai pak cik Salleh. Sepanjang perjalanan, mereka berbual-bual. Pak
cik Salleh sudah menjadi pemandu teksi selama sepuluh tahun. Memandu teksi merupakan kerja
samping pak cik Salleh. Pada waktu siang, pak cik Salleh menjadi tukang rumah. Pak cik Salleh
membuat dua kerja pada satu hari kerana dia mahu menampung perbelanjaan persekolahan anak-
anaknya. Pak cik Salleh menasihati Haiqal supaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah
kerana pekerjaan bergaji lumayan pada zaman moden ini memerlukan ijazah. Sepanjang
perjalanan itu juga, pak cik Salleh telah menunjukkan pembangunan di kawasan Parit Raja yang
dipenuhi dengan kawasan perindustrian. Kawasan ini semakin maju apabila sebuah institusi
pengajian tinggi awam telah dibina. Mereka telah sampai di Kampung Seri Purnama. Namun
begitu, Haiqal tidak tahu arah tujuannya kerana dia tidak mempunyai alamat rumah ayahnya. Pak
cik Salleh bersungguh- sungguh membantunya dengan membawa Haiqal mencari penduduk
kampung di situ untuk bertanya tentang kedudukan rumah Abdullah bin Kayan; ayah Haiqal.
Kesungguhan pak cik Salleh membuatkan Haiqal terharu. Mereka berhenti di sebuah warung.
Haiqal bertanya kepada penebar roti canai tentang rumah arwah Cikgu Abdullah. Apabila Haiqal
menyatakan bahawa dirinya ialah anak arwah Cikgu Abdullah, penebar roti canai itu

mempelawanya duduk. Haiqal diminta untuk menunggu kedatangan Tauke Ong pada jam 7.30
pagi. Haiwal mempelawa pak cik Salleh untuk bersarapan dengannya tetapi pak cik Salleh
menolak kerana dia takut terlambat untuk pergi bertukang. Kemudian, Haiqal membayar tambang
kepada pak cik Salleh. Penebar roti canai memperkenalkan dirinya sebagai Sakimin atau lebih
dikenali sebagai Wak Min. Isterinya pula dipanggil Mak Menah. Fikiran Haiqal terus bermain-
main dengan soalan. Haiqal cuba mengaitkan watak Tauke Lim dengan Tauke Ong. Haiqal
tertanya-tanya sama ada Tauke Lim dan Tauke Ong merupakan orang yang sama atau tidak. Ketika
Tauke Ong datang bersarapan di warung, Wak Min telah memperkenalkan Haiqal kepada Tauke
Ong. Pelanggan-pelanggan lain turut memerhatikan Haiqal. Tauke Ong menyatakan bahawa hajat
arwah ayah Haiqal telah tercapai. Selepas bersarapan, Tauke Ong berjanji akan membawa Haiqal
ke rumah ayahnya. Rumah tersebut dijaga oleh Tauke Ong. Haiqal berasa lega kerana dia
mempunyai tempat untuk bermalam. Tauke Ong telah menghantar Haiqal ke rumah ayahnya.
Rumah itu bersih kerana anak Tauke Ong, See Hwa mengemasnya dua hari sekali. Haiqal
menyatakan kepada Tauke Ong bahawa dia ke sini kerana manuskrip yang dihantar oleh Ong See
Hwa. Tauke Ong memaklumkan bahawa manuskirp itu telah diserahkan kepada Ong See Hwa dua
hari sebelum ayahnya meninggal dunia. See Hwa terlalu sayang akan manuskrip itu tetapi dia perlu
menyerahkan kepada pewarisnya. Ketika di rumah, Haiqal telah melihat sijil-sijil milik ayahnya;
Abdullah Kayan. Haiqal berasa bahawa ayahnya lebih hebat daripada watak yang digambarkan
dalam manuskrip tersebut.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 9

Pertemuan

Tauke Ong telah membawa Haiqal ke pekan untuk makan tengah hari. Ketika dalam perjalanan,
Tauke Ong menceritakan bahawa setelah kematian ayah Haiqal, dia telah diamanahkan untuk
menjaga kebun-kebun ayahnya. Tauke Ong akan menyerahkan kebun- kebun tersebut kepada
Haiqal. Pada masa yang sama, ayah Haiqal turut mewariskan wang simpanannya di bank untuk
Haiqal. Haiqal mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong kerana menjaga amanah ayahnya.
Tauke Ong memberitahu bahawa jasa keluarga ayah Haiqal kepada keluarganya sangat besar.
Tauke Ong berkata bahawa hutang budi keluarga ayah Haiqal tidak dapat dibayar sehingga mati.
Apabila sampai di kedai makan, Tauke Ong menurunkan Haiqal dan See Hwa di hadapan kedai.

Tauke Ong tidak turut serta kerana dia mempunyai urusan lain. Walaupun baru berjumpa, Haiqal
dan See Hwa mudah mesra. Haiqal seolah-olah mengenali See Hwa kerana perwatakannya hampir
sama seperti yang digambarkan melalui perwatakan Ai Ling. Mereka menikmati kari kepala ikan
yang pedas. See Hwa tidak kekok makan dengan menggunakan tangan. Kemudian, See Hwa
menceritakan tentang keenakan ikan haruan masak cili api yang dimasak oleh ayah Haiqal. Pada
waktu ini, Haiqal berasa sedih kerana tidak mendapat kasih sayang daripada arwah ayahnya. Kasih
sayang ayahnya telah dicurahkan kepada See Hwa. Selesai makan tengah hari, mereka ke kedai
buku berhampiran. See Hwa membeli novel kegemarannya. See Hwa dan Haiqal meminati penulis
yang sama seperti Shahnon Ahmad dan Shakespeer. See Hwa mengatakan bahawa minat Haiqal
dan arwah ayahnya adalah sama seperti peribahasa “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”.
Apabila Haiqal pulang ke rumah, dia berasa rindu akan adik tirinya Nurul Aisyah. Masing-masing
berbalas mesej untuk berkongsi perasaan rindu. Pada masa yang sama, Haiqal turut berasa rindu
akan Ratna. Haiqal sengaja tidak membalas mesej Ratna kerana mahu membiarkan gadis itu
tertunggu-tunggu

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 10

Pusara

Tauke Ong telah meminjamkan motosikalnya kepada Haiqal. Motosikal tersebut memudahkan
pergerakan Haiqal di kampung. Kemudian, Haiqal menunggang motosikal itu untuk menziarahi
pusara ayahnya. Ketika di pusara, Haiqal seolah-olah tidak mahu meninggalkan pusara ayahnya
kerana terlalu rindu akan ayahnya. Haiqal membaca surah Yasin untuk roh ayahnya. Selepas
menziarahi pusara ayahnya, Haiqal telah berkenalan dengan pak cik Bakar. Ketika itu pak cik
Bakar sedang memancing ikan. Pak cik Bakar merupakan orang yang rapat dengan arwah ayah
Haiqal. Ketika kali pertama pak cik Bakar melihat Haiqal, pak cik Bakar seolah-olah melihat arwah
ayah Haiqal. Pak cik Bakar mempelawa Haiqal untuk datang ke rumahnya bila-bila masa.
Rumahnya tidak jauh dari rumah Tauke Ong. Selepas bersolat magrib dan isyak di masjid, Haiqal
menuju ke warung untuk makan kerana dia belum makan lagi sejak petang tadi. Haiqal dan Mak
Menah berbual-bual tentang pelajaran dan pemuda-pemuda di Kampung Seri Purnama yang
majoritinya bekerja di kilang di pekan dan menunggu keputusan SPM. Ada empat orang pemuda
yang menganggur. Mak Menah memberitahu bahawa pemuda-pemuda di kampung ini suka
berlonggok dan bersembang. Ada juga yang suka menunggang motosikal ke sana ke mari

membuang masa. Keadaan itu tidak berlaku ketika arwah ayah Haiqal masih hidup kerana banyak
aktiviti boleh dilakukan. Pak cik Bakar telah datang ke warung diikuti oleh Haji Salim dan Wak
Arif. Mereka menyatakan bahawa golongan pemuda di kampung sudah tidak meminati muzik dan
tarian tradisional. Kumpulan zapin juga sudah tidak aktif selama 7 tahun. Selepas kematian ayah
Haiqal, seorang demi seorang orang ahli kumpulan zapin yang pandai menari meninggal dunia.
Ketika di warung, Haiqal berasa kagum dengan budaya sopan santun yang diamalkan oleh
golongan pemuda kampung itu. Mereka akan bersalaman dengan semua pengunjung warung
sebelum duduk di tempat masing-masing. Perbualan antara Haiqal dan pak cik Bakar berterusan
sehingga ke rumah pak cik Bakar. Perwatakan Haiqal sama seperti ayahnya yang lebih suka
berbual di luar rumah sahaja. Pak cik Bakar mengatakan bahawa ayah Haiqal merupakan seorang
yang tabah. Ayah Haiqal cuba untuk membawa Haiqal tinggal bersama-samanya tetapi gagal.
Haiqal menyatakan hasrat sebenarnya berkunjung ke kampung ini. Antara hasratnya termasuklah
untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah hidup ayahnya. Pak cik Bakar memberitahu Haiqal
bahawa hubungan antara ayah Haiqal sangat unik kerana ayahnya menganggap bahawa See Hwa
seperti Haiqal.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 11

Suasana Baharu

Haiqal sudah berada di Kampung Seri Purnama selama seminggu. Tauke Ong telah menyerahkan
wang simpanan dan wang hasil jualan kelapa sawit semenjak ayah Haiqal meninggal dunia.
Jumlah wang tersebut adalah banyak. Namun begitu, Haiqal memberitahu Tauke Ong bahawa
kehadirannya bukanlah untuk menuntut harta. Haiqal tidak mahu kehadirannya di kampung itu
disalah anggap oleh Tauke Ong. Pada masa yang sama, Haiqal mengucapkan terima kasih kepada
Tauke Ong kerana menguruskan harta peninggalan arwah ayahnya. Tauke Ong memberitahu
bahawa dia hanya menjalankan amanah arwah ayah Haiqal. Tauke Ong juga memberitahu bahawa
jasa keluarga ayah Haiqal sangat besar kepada keluarga Tauke Ong. Sebelum meninggal dunia,
arwah ayah Haiqal telah berpesan supaya menyerahkan semua wang simpanan dan kebun kelapa
sawitnya kepada Haiqal jika Haiqal datang ke Kampung Seri Purnama. Tauke Ong juga telah
menyerahkan pengurusan kebun kelapa sawit peninggalan arwah ayah Haiqal kepada Haiqal. Pada
mulanya, Haiqal mahu Tauke Ong menguruskannya seperti biasa tetapi Tauke Ong tetap mahu
Haiqal mengusahakannya. Haiqal tidak tahu menguruskan kebun kelapa sawit. Oleh itu, Tauke

Ong mahu Haiqal belajar menguruskannya daripada Abang Bidin dan Abang Salleh. Apabila
Haqal melanjutkan pelajaran, barulah Tauke Ong akan mengambil alih semula tugas mengurus
kebun kelapa sawit. Haiqal telah berkenalan dengan Abang Bidin dan Abang Salleh ketika kali
pertama Haiqal sampai di warung. Abang Bidin dan Abang Salleh merupakan bekas tentera.
Selepas bersara, mereka sepakat untuk mengambil upah memetik buah kelapa sawit dan
menguruskan kebun kelapa sawit. Upah yang diambil oleh mereka dikiran berdasarkan jumlah tan
buah kelapa sawit. Semakin berat buah kelapa sawit, semakin banyaklah upah yang akan
diperolehi mereka. Haiqal telah bersetuju untuk mengupah Abang Bidin dan Abang Salleh kerana
mereka mahir melakukan kerja. Kebun-kebun yang dikerjakan oleh mereka juga bersih. Hampir
seminggu Haiqal berada di kampung Seri Purnama, Haiqal telah berkenalan dengan ramai pemuda
di kampung itu. Antaranya termasuklah Lazim yang sedang menunggu keputusan STPM seperti
Haiqal. Bezanya, Lazim belajar dalam bidang ekonomi manakala Haiqal belajar dalam bidang
kesusasteraan Melayu. Lazim bekerja di kilang tekstil di pekan sementara menunggu keputusan
SPM. Pada waktu lapang, Lazim memancing ikan puyu di sungai. Ikan-ikan puyu tersebut
dikumpulkan di dalam tempayan. Apabila ikan semakin bertambah, Lazim menjualnya di pekan.
Ketika Lazim bermalam di rumah Haiqal, Lazim telah bercadang untuk membawa Haiqal ke balai
raya pada esok petang kerana di sana kenangan ayah Haiqal sangat banyak. Asalnya, balai raya
tersebut adalah sunyi tetapi sejak kedatangan ayah Haiqal, balai raya tersebut semakin meriah
dengan aktiviti kebudayaan. Lazim juga memberitahu bahawa dia pandai menari zapin. Haiqal
menggunakan kesempatan itu untuk menyuruh Lazim mengajarnya menari zapin. Pada masa yang
sama, Lazim menyuruh Haiqal mengenali See Hwa dengan lebih dekat kerana See Hwa ialah orang
yang paling rapat dengan arwah ayah Haiqal. Selain itu, ayah Haiqal mencurahkan kasih
sayangnya kepada See Hwa. Selepas menunaikan solat subuh, See Hwa mempelawa Haiqal untuk
bersarapan bersama-sama dengan Tauke Ong di pekan. Mereka bersarapan di kedai lontong Haji
Halim. Lontong di situ benar-benar enak. Selepas Tauke Ong membayar harga makanan dan
minuman, dia sengaja membiarkan See Hwa dan Haiqal berbual-bual. See Hwa berkongsi kisah
hidupnya bersama-sama ayah Haiqal. See Hwa menyatakan bahawa sesiapa yang rapat dengan
ayah Haiqal, orang itu akan sentiasa beranggapan bahawa ayah Haiqal seolah-olah masih hidup.
See Hwa memberitahu bahawa dia bukanlah orang yang layak untuk ayahnya mencurahkan kasih
sayang. See Hwa juga yakin bahawa Haiqal benar-benar wujud pada masa itu. Kemudian, Haiqal
mengucapkan terima kasih kepada See Hwa kerana membahagiakan ayahnya.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 12

Rahsia Balai Lama

Lazim dan See Hwa telah membawa Haiqal berkunjung ke balai raya. Di dalam balai raya, terdapat
sebuah bilik bacaan yang diusahakan oleh arwah ayah Haiqal. Menurut See Hwa dan Lazim,
bilangan buku di bilik bacaan tersebut semakin berkurangan kerana sebilangan peminjam buku
tidak memulangkan buku. Bilik bacaan tersebut adalah bersih dan kemas kerana See Hwa secara
sukarela datang seminggu sekali untuk mengemas bilik bacaan tersebut. Kemudian, Lazim
menunjukkan ruang pameran Abdullah Kayan. Di sini, Lazim melihat biodata ayahnya; Abdullah
Kayan. Biodata tersebut memaparkan sumbangan dan pencapaian arwah ayahnya yang sangat
hebat dalam bidang kesusasteraan. Selain itu, banyak gambar arwah ayahnya dipamerkan. Lazim
menyatakan bahawa arwah Abdullah bin Kayan sangat hebat dalam tarian zapin. Kemudian,
Lazim menunjukkan buku-buku yang ditulis oleh ayahnya tersimpan dalam bilik bacaan tersebut.
Haiqal ingin tahu maksud Aksara seperti yang tertulis dalam manuskrip tersebut. See Hwa
memberitahu bahawa Aksara ialah Akademi Sastera Rakyat. Idea untuk menghidupkan kembali
kumpulan zapin telah tercetus selepas kunjungan Haiqal ke balai raya lama tersebut. Tanpa
berlengah, Haiqal menyuarakan hasrat tersebut kepada pak cik Bakar, Haji Salim dan Wak Arif.
Haiqal menaruh harapan supaya mereka dapat membantu Haiqal. Haji Salim memberitahu bahawa
pemuzik tarian zapin masih hidup. Namun begitu, penari zapin yang tinggal hanyalah tiga orang
sahaja. Walau bagaimanapun, mereka sudah tua. Semangat yang ditunjukkan oleh Haiqal sama
seperti semangat yang ditunjukkan oleh arwah ayahnya dahulu. Pak cik Bakar memberi cadangan
supaya perkara ini dibincangkan terlebih dahulu bersama-sama dengan ketua kampung. Pak cik
Bakar memaklumkan bahawa cadangan Haiqal bukanlah cadangan yang perlu dibuat secara
sambalewa sahaja. Haiqal sudah berada di kampung Seri Purnama selama sebulan lebih. Haiqal
dilayan dengan baik oleh penduduk kampung. Haiqal percaya bahawa jika dia bukan anak
Abdullah bin Kayan, penduduk kampung tersebut akan tetap melayannya dengan baik. Perasaan
rindu akan Pantai Timur juga turut lahir dalam hati Haiqal. Walaupun Haiqal selalu menghubungi
Nurul Aisyah dan Walid, dia belum lagi menghubungi uminya. Walid memberitahu bahawa
uminya masih terkilan dengan tindakan Haiqal. Namun begitu, Haiqal telah menetapkan niatnya
untuk meneruskan usaha menghargai perjuangan ayahnya. Pada masa yang sama, Haiqal juga
mempunyai hak untuk menyayangi ayah kandungnya sendiri. Haiqal berdoa supaya uminya akan

memahami tindakannya pada suatu hari nanti. Haiqal juga mengenali ayahnya daripada See Hwa.
Gadis itu banyak menyimpan kenangan bersama-sama dengan ayahnya. See Hwa juga menyimpan
koleksi buku yang ditulis oleh ayah Haiqal. See Hwa berjanji untuk meminjamkan koleksi buku
tersebut kepada Haiqal.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 13

Sinar Harapan

Haiqal berasa lega apabila Haji Jamil iaitu Ketua Kampung Seri Purnama telah bersetuju untuk
mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
untuk membincangkan cadangan Haiqal untuk menghidupkan kembali kumpulan zapin. Pada
petang itu, Haiqal telah ke rumah Tauke Ong. See Hwa berjanji akan menyerahkan koleksi buku
yang ditulis oleh arwah ayah Haiqal. See Hwa menjalankan amanah arwah ayah Haiqal yang mahu
koleksi buku itu diserahkan kepada Haiqal. Puan Khei telah menyediakan pisang goreng dan teh
pada petang itu. Mereka minum petang bersama- sama. Haiqal berasa kagum akan See Hwa yang
bukan sahaja cantik, malah seorang gadis yang berbudi bahasa dan fasih berbahasa Melayu. Ketika
Tauke Ong pulang, dia menyertai Haiqal, See Hwa dan Puan Khei minum petang. Kemudian,
Tauke Ong memuji cadangan Haiqal yang mahu menghidupkan semula kumpulan zapin di
kampung itu. Walau bagaimanapun, Haiqal berasa bimbang jika cadangannya akan menyusahkan
penduduk kampung. Tauke Ong menasihati Haiqal supaya tidak berasa bimbang kerana Tauke
Ong sangat yakin bahawa penduduk kampung pasti akan bersetuju dengan cadangan Haiqal. Jika
cadangan itu tidak diterima, sudah tentulah warisan budaya itu akan lenyap. Tauke Ong
memberitahu bahawa ada beberapa orang anak muda di kampung itu yang mahir menari zapin
tetapi mereka malu untuk menunjukkan kebolehan mereka. Layanan mesra yang diberikan oleh
keluarga Tauke Ong terhadap diri Haiqal membuatkan Haiqal membuatkan diri Haiqal berasa
terharu. Haiqal juga tidak merasakan dirinya sebagai orang asing apabila bergaul dengan keluarga
Tauke Ong. Oleh sebab itu, Haiqal berasa selesa untuk meluahkan masalahnya kepada See Hwa.
Haiqal telah menceritakan masalah antara dirinya dengan uminya. See Hwa mengerti akan masalah
yang melanda Haiqal. See Hwa menasihati Haiqal supaya tabah menghadapi dugaan itu. See Hwa
menasihati Haiqal supaya tidak mensia-siakan bakat menulisnya. Menurut kata arwah ayah Haiqal,
orang yang mensia-siakan bakat yang dikurniakan oleh Tuhan ibarat mengkhianati bakat itu. See
Hwa memberi galakan kepada Haiqal untuk terus menulis. Kemudian, See Hwa menceritakan

kisah ayah Haiqal yang sentiasa menjadikan See Hwa sebagai orang pertama yang akan membaca
manuskrip yang telah siap dikarang terutamanya mansukrip cerpen dan novel kanak-kanak. Haiqal
menghabiskan masa di kampung dengan melihat Abang Bidin dan Abang Salleh bekerja di kebun
kelapa sawit. Selain itu, Haiqal turut menghabiskan masanya membaca novel-novel dan antologi
cerpen yang ditulis oleh ayahnya. Apabila membaca cerpen yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal
mendapati bahawa cerpen yang ditulis bertemakan kisah keguruan, kehidupan masyarakat
setempat dan kebudayaan. Pada masa ini, Haiqal dapat menyelami jiwa ayahnya sebagai penulis.
Haiqal sangat mengagumi bakat menulis yang ada pada diri ayahnya. Tauke Ong juga sentiasa
mengajaknya mengelilingi kampung sebelah untuk meraih hasil tani penduduk-penduduk
kampung itu. Tauke Ong membeli hasil tani secara tunai. Menurut Tauke Ong, dia tidak suka
berhutang. Pada masa yang sama, berniaga perlu jujur. Ketika Haiqal asyik membaca, pak cik
Bakar datang ke rumah Haiqal untuk mengundang Haiqal ke balai raya. Mereka akan

bermesyuarat pada malam itu. Pak cik Bakar meminta Haiqal untuk mempelawa See Hwa dan
Tauke Ong untuk turut hadir dalam mesyuarat itu. Haiqal menghitung hari keputusan STPM yang
akan diumumkan. Tempohnya tinggal sebulan sahaja lagi. Haiqal tidak pasti ke mana arah
tujuannya selepas ini. Uminya benar- benar mahu Haiqal meneruskan pelajaran dalam bidang
perniagaan malah uminya bercadang mahu menghantar Haiqal belajar di luar negara. Uminya
mahu Haiqal mewarisi perniagaan batik. Namun begitu, Haiqal lebih suka untuk menjadi guru
seperti arwah ayahnya. Haiqal bertegas untuk menjadi dirinya sendiri. Setelah bermesyuarat,
mereka telah membuat keputusan untuk menerima cadangan Haiqal yang mahu menghidupkan
kembali kumpulan zapin D’Purnama. Haji Jamil juga turut menyatakan bahawa usaha ini dapat
mengingati jasa-jasa Cikgu Abdullah yang besar terhadap Kampung Seri Purnama. Usaha Cikgu
Abdullah telah mengharumkan nama kampung Seri Purnama. Haji Jamil juga memaklumkan
bahawa Yang Berhormat Datuk Syaiful Azizi, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu jug akan
hadir sebagai tetamu kehormat. Dalam mesyuarat itu, mereka telah mengagih-agihkan tugas.
JKKK lelaki ditugaskan untuk mengetuai bahagian memasang balai, seranta, memasang sistem
pembesar suara manakala ahli JKKK wanita ditugaskan untuk menyediakan juadah jamuan. Tauke
Ong telah bermurah hati untuk menaja jamuan untuk majlis itu. Mereka mempunyai masa hanya
sebulan sahaja lagi untuk membuat persiapan. Setelah bermesyuarat, mereka tidak terus pulang
tetapi berbual-bual di bahagian beranda balai raya. Pak cik Bakar memaklumkan bahawa balai
raya ini merupakan pusat aktiviti kebudayaan dan sastera di kampung ini. Pada masa yang sama,

balai raya ini menyimpan banyak kenangan tentang kumpulan zapin D’Purnama dan Aksara.
Setelah Cikgu Abdullah meninggal dunia, usaha untuk menghidupkan kumpulan zapin itu tetap
dilakukan. Malangnya, masing-masing bagaikan kehilangan arah tujuan lebih-lebih lagi ada orang
kuat D’Purnama yang telah meninggal dunia. Pak cik Bakar memberitahu bahawa sambutan
terhadap Aksara sangat menggalakkan tetapi setelah kematian Cikgu Abdullah, Aksara terbiar
begitu sahaja. Cikgu Abdullah merupakan orang yang sangat berpengaruh di kampung ini.
Ketokohannya dalam bidang kesusasteraan diiktiraf oleh kerajaan negeri.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 14

Mencari Keserasian

Haiqal banyak menghabiskan masa malamnya dib alai raya untuk persiapan persembahan zapin.
Balai dan pentas sudah dipasang di hadapan balai raya. Haji Salim yang sudah berusia masih hebat
memetik gambus. Wak Arif pula memalu gendang panjang dengan penuh bertenaga. Pak cik Bakar
dan dua orang rakannya memalu gendang marwas. Haji Salim menyanyikan lagu Gholiyabu dalam
bahasa Arab. Suara serak-serak garau Haji Salim sangat merdu untuk didengari. Haiqal
memberanikan diri bermain tamborin. Haiqal berasa seronok bermain tamborin. Latihan zapin
bertambah meriah apabila Wak Parmin, Abang Ramlan, Wan Seman dan Haji Selamat turut
menarikan zapin jincat. Tauke Ong menyuruh Haiqal mencuba untuk menari zapin. Tauke Ong
menyuruh Haiqal mempelajarinya daripada pak cik Bakar. Haiqal cuba menolak kerana
kehadirannya di sini bukan untuk belajar zapin tetapi dia ingin merasai suasana suasana kehidupan
ketika ayahnya masih hidup. Namun begitu, Haiqal terpaksa menerima pelawan untuk belajar
menari zapin apabila Pak Cik Bakar, Haji Selamat, Wak Parmin, Abang Ramlan dan Wak Seman
bersungguh-sungguh mahu mengajarnya. Haiqal bimbang kerana jika Haiqal menolak sudah tentu
mereka akan berkecil hati. Pak Cik Bakar mengajar Haiqal dengan tekun. Gerakan Haiqal masih
keras. Haiqal juga berasa penat. Sekarang, barulah Haiqal benar-benar faham bahawa tarian zapin
memerlukan kecergasan untuk menarikannya. Hampir pukul 12.00 tengah malam, barulah mereka
bersurai. Sebelum pulang, mereka minum di warung Wak Min. Di warung, Haiqal telah diajarkan
tarian zapin secara teori. Haiqal mengakui bahawa tarian zapin memang memenatkan tetapi sangat
unik! Haiqal turut berasa kesal kerana anak-anak muda di kampung ini seperti tidak meminati
tarian zapin kerana tidak ada seorang anak muda yang sudi menjengah walaupun mereka sudah

mula berlatih beberapa hari yang lalu. Menurut Pak Cik Bakar, anak-anak muda di kampung ini
ibarat “hangat-hangat” tahi ayam, Sebagai contohnya, kumpulan kompang yang dianggotai oleh
anak-anak muda pun turut berkubur. Punca perkara ini berlaku kerana tidak ada minat dalam diri
mereka. Haiqal menerangkan bahawa dia suka tinggal di kampung ini kerana kekayaan budayanya.
Pak Cik Bakar memaklumkan bahawa ayah Haiqal merupakan seorang lelaki yang tabah dan
mempunyai keinginan luar biasa. Ayah Haiqal sanggup berpisah dengan umi Haiqal kerana
kecintaannya terhadap kebudayaan di kampung ini. Arwah ayah Haiqal tidak mahu tarian zapin
ini lenyap. Haiqal kemudiannya menceritakan kisah yang tertulis dalam manuskrip tersebut
termasuklah watak-wataknya juga. Haiqal bertanya kepada Pak Cik Bakar sama ada See Hwa
pandai menari zapin atau tidak. Sebenarnya, Haiqal masih ragu-ragu sama ada Ai Ling yang
terdapat dalam manuskrip ayahnya merupakan See Hwa dalam dunia sebenar. Haiqal juga tidak
pasti sama ada watak Ai Ling merupakan imaginasi ayahnya sahaja untuk menguatkan jalan cerita
atau watak yang benar-benar wujud. Pak Cik Bakar meminta Haiqal menggunakan peluang yang
ada untuk mengenali See Hwa. Tauke Ong mengatakan bahawa Haiqal mempunyai kebolehan
semula jadi dalam tarian zapin walaupun tarian Haiqal masih sumbang. Lazim yang sudah lama
tidak menari mudah menangkap gerak tari zapin itu semula. Haiqal berasa malu kerana dirinya
menjadi tumpuan ketika berlatih zapin. Sekarang, beberapa orang anak muda sudah mula melihat
mereka berlatih menari zapin. Walaupun mereka tidak bermain alat muzik atau menari zapin,
kehadiran mereka merupakan satu sokongan moral kepada kumpulan zapin D’ Purnama. Haiqal
mengakui bahawa Lazim merupakan seorang penari zapin jincat yang hebat. Haiqal yakin bahawa
Lazim dapat mengekalkan kumpulan D’Purnama. Namun begitu, Lazim tidak boleh bergerak
seorang diri. Lazim memerlukan sokongan daripada beberapa orang anak muda kampung itu yang
mewarisi kemahiran yang sama. Haiqal sering tidur lewat sejak akhir-akhir ini. Haiqal teringatkan
kata Lazim, Pak Cik Bakar dan juga manuskrip yang ditulis oleh arwah ayahnya. Haiqal perlu
mencari peluang untuk mengenali See Hwa. Namun begitu, Haiqal tidak mahu emosi See Hwa
terganggu tambahan pula See Hwa sedang belajar di kolej. Haiqal mengakui bahawa See Hwa
seorang gadis yang agak unik. Keunikan See Hwa disebabkan oleh dia membesar dalam kelompok
masyarakat Melayu dan hanya warna kulit sahaja yang menunjukkan See Hwa berbangsa Cina.
Pada waktu petang, See Hwa mengajak Haiqal bersiar-siar di tepi pantai. Peluang keemasan ini
digunakan oleh Haiqal untuk mengenali See Hwa dengan lebih dekat. See Hwa memberitahu
bahawa pantai tersebut menyimpan banyak kenangan bersama-sama dengan arwah ayah Haiqal.

Pantai ini juga sangat istimewa untuk arwah ayah Haiqal. Menurut See Hwa, di pantai ini, arwah
ayah Haiqal bercerita tentang diri Haiqal. See Hwa menambah, jika Haiqal tidak pulang ke
kampung ini, dia pasti akan ke Terengganu untuk mencarinya. Haiqal juga menyatakan kehairanan
tentang manuskrip tersebut yang tidak diselesaikan. Cerita dalam manuskrip itu tergantung di
pertengahan jalan. See Hwa memberitahu bahawa hanya arwah ayah Haiqal dan Haiqal sahaja
yang mempunyai jawapannya. Tugas See Hwa hanyalah menyampaikan manuskrip itu kepada
Haiqal. See Hwa memberitahu bahawa dia suka melihat Haiqal menari. Menurut Tauke Ong,
kehebatan Haiqal menari zapin sama seperti arwah Abdullah bin Kayan. See Hwa meminta Haiqal
untuk menari zapin dengan Lazim pada minggu depan. See Hwa yakin bahawa orang kampung
pasti akan menyukainya. Haiqal inginkan kepastian sama ada See Hwa pandai menari zapin atau
tidak. Namun begitu, See Hwa hanya tersenyum sahaja dan tidak memberi apa-apa jawapan.
Apabila hari beransur senja, mereka berdua pulang ke rumah masing- masing.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 15

Tetamu Istimewa

Haji Jamil gembira apabila melihat persiapan yang telah dibuat oleh penduduk kampung. Pak Cik
Bakar, Haji Salim dan Wak Arif ialah orang yang paling sibuk pada malam itu. Haiqal juga turut
membantu. Haiqal menyusun kerusi-kerusi plastik manakala See Hwa mengemas bahagian dalam
balai raya agar kelihatan cantik dan berseri. Sebilangan penduduk kampung bergotong-royong di
belakang balai raya. Mereka memasak makanan untuk hidangan para tetamu pada malam ini.
Seminggu sebelum acara ini berlangsung, Haiqal telah memaklumkan kepada walidnya tentang
majlis pada hari ini. Haiqal meminta walid, umi dan Nurul Aisyah mendoakan Haiqal dapat
membuat persembahan yang terbaik. Ketika mereka sibuk membuat persiapan, Lazim telah
ditimpa kemalangan ketika pulang dari tempat kerja. Peristiwa itu hampir mematahkan semangat
mereka. Walaupun kecederaan yang dialami oleh Lazim tidak parah, luka-luka di kakinya perlu
dijahit dan sudah tentulah Lazim tidak dapat menari zapin pada malam ini. Mereka perlu mencari
pengganti Lazim dengan segera kerana tarian zapin akan terjejas jika bilangan penari tidak cukup.
Haji Salim mencadangkan supaya See Hwa menggantikan tempat Lazim. Haiqal terkejut dengan
cadangan itu. Haji Salim menyuruh Haiqal memujuk See Hwa supaya menari zapin dengannya.
Haiqal ragu-ragu dengan kebolehan See Hwa tetapi Haji Salim memberitahu bahawa See Hwa
ialah pengerusi kelab tarian tradisional di kolejnya. Haiqal telah ke rumah See Hwa untuk

memujuk See Hwa menari zapin. Haiqal terkejut apabila See Hwa sedang menggosok pakaian
zapin. See Hwa dan Lazim sebenarnya ingin membuat kejutan kepada Haiqal. See Hwa dan Lazim
akan menari zapin untuk dipersembahkan kepada Haiqal. Rancangan ini ialah rancangan Pak Cik
Bakar dan Haji Salim. Namun begitu, rancangan itu tidak dapat dilakukan kerana Lazim terlibat
dalam kemalangan. Haiqal mempelawa See Hwa untuk menari zapin bersama-samanya. Haiqal
benar-benar berharap supaya See Hwa dapat menari zapin bersama-samanya. Persembahan zapin
D’Purnama berjalan dengan lancar. Haiqal dapat mempersembahkan tarian zapinnya dengan baik
walaupun ada perasaan gementar dalam hatinya. Beberapa orang warga emas yang mengalirkan
air mata apabila menyaksikan tarian Haiqal. Lazim juga turut hadir pada malam itu walaupun
terpaksa dipapah oleh rakan- rakannya. Ketika lagu Anak Ayam dimainkan, YB Datuk Syaiful
Azizi meminta Haiqal dan See Hwa sekali lagi menari berpasangan. YB sangat terpesona melihat
kelembutan gerak tari See Hwa dan Haiqal.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 16

Bermulalah Episod

Haiqal merasakan bahawa hidupnya sangat serasi di Kampung Seri Purnama. Haiqal turut
merasakan bahawa silir daksina (angin selatan) seolah-olah mendakap tubuhnya dan tidak mahu
melepaskannya. Haiqal perlu berani membuat keputusan. Haiqal tidak mampu untuk
membahagiakan semua orang tetapi dia juga tidak mahu untuk melakukan insan-insan yang
menyayanginya terutamanya umi. Haiqal telah membuat keputusan untuk meninggalkan
Semenanjung Malaysia. Haiqal telah melanjutkan pelajaran di sebuah university di Bumi
Kenyalang (Sarawak). Haiqal percaya bahawa dendam umi terhadap ayahnya telah hilang apabila
umi datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari zapin jincat pada malam
persembahan D’Purnama. Tambahan pula, umi mengajak walid ke kubur ayah. Haiqal melihat umi
menangis di kubur ayahnya. Umi telah sedar bahawa darah Abdullah bin Kayan turut mengalir
dalam tubuh Haiqal. Ratna telah menyepikan diri apabila Haiqal pulang ke Terengganu.
Sebenarnya, Ratna telah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan muda yang sanggup
menjadi rakan kongsinya. Ketika Haiqal mahu pulang ke Terengganu, Tauke Ong sempat
memberitahunya bahawa ada seseorang yang istimewa sedang menunggu Haiqal di Kampung Seri
Purnama. Tauke Ong berharap agar Haiqal kembali ke kampung Seri Purnama. Haiqal tidak
memberikan harapan dan dia hanya mampu tersenyum. Haiqal perlu menjadi seperti ayahnya

untuk menghidupkan Aksara kembali. Walau bagaimanapun, Haiqal sedar bahawa ilmu dan
pengalamannya belum cukup untuknya memimpin Akasara. Manuskrip lama milik arwah ayah
Haiqal masih berada dalam simpanannya. Kandungan manuskrip itu masih belum berubah. Pada
suatu malam, Haiqal menghantar pesanan ringkas kepada See Hwa. Haiqal memberitahu bahawa
dia akan mencari jejak Abdullah bin Kayan dan jika See Hwa benar-benar seperti Ai Ling, Haiqal
juga akan menjejakinya. Silir daksina (angin selatan) benar-benar mententeramkan jiwa Haiqal.

-Lima kekuatan novel-

Kekuatan yang terdapat di dalam novel ini ialah penulis memperkenalkan tentang keindahan tarian
zapin dan ia merupakan tarian tradisional Johor kepada para pembaca supaya dapat melahirkan
lebih ramai pemuda yang sayang akan budaya tradisional. Selain itu, sikap berdedikasi Haiqal
untuk mencari ayah kandungnya amatlah menyentuh hati pembaca kerana ibu dan ayahnya
berpisah dan sewaktu ayahnya meninggal Haiqal tidak dapat melawat beliau kerana sedang
menduduki peperiksaan UPSR. Seterusnya, sikap baik Cikgu Nizam terhadap Tauke Lim yang
membenarkan Tauke Lim untuk menyewa tanah kebunnya selapas semua tanahnya dijual untuk
membayar judi di dalam manuskrip itu. Kekuatan yang keempat ialah novel ini mempunyai jalan
cerita yang baik untuk pembaca. Akhir sekali, terdapat pelbagai nilai murni di dalam novel ini
yang boleh dijadikan tauladan yang baik kepada pembaca.

-Lima kelemahan novel-

Kelemahan yang terdapat di dalam novel ini ialah kisah sebegini agak biasa diceritakan di dalam
dunia realiti atau di dalam drama yang membuatkan pembaca merasakan cerita ini mempunyai
konsep yang sama seperti cerita drama yang lain. Selain itu, cerita ini mudah dijangka oleh
pembaca. Kemudian, penceritaan novel ini kurang agak menarik berbanding dengan novel
tingkatan lima yang lain. Seterusnya, plot cerita yang kurang tersusun dan mengelirukan pembaca
sepeti manuskrip arwah ayah Haiqal. Akhir sekali, kulit buku yang kurang menarik perhatian
pembaca.

-Lima cadangan penambahbaikan-

Cadangan penambahbaikan yang pertama ialah penulis boleh menggunakan konsep penceritaan
yang lain untuk menarikkan cerita ini. Selain itu, penulis boleh menulis penamat yang tidak boleh
dijangka oleh pembaca supaya menjadi lebih menarik dan unik. Seterusnya, penulis boleh
memperbaiki penceritaan sedikit supaya tidak mudah untuk dijangka oleh pembaca agar pembaca
tidak berasa bosan. Kemudian, penulis boleh memperbaiki penyusunan plot cerita agar kurang
memeningkan pembaca. Akhir sekali, penulis boleh memperbaiki penulisan di dalam manuskrip
kerana ia agak memeningkan sedikit bagi pembaca.

RUJUKAN

-Addmath23, (januari 2018), https://karangan.net/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa/

-Cikgu Din (2021), Sinopsis Leftenen Adnan ,https://www.slideshare.net/ckgdin/sinopsis-
leftenan-adnan-242903058

-Wikipedia (2021), Biodata Abdul Latip Bin Talib,
https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Latip_bin_Talib

-Amazon (2021), Biodata Dayang Noor, https://www.amazon.com.mx/Dayang-
Noor/e/B006X7T0GE%3Fref=dbs_a_mng_rwt_scns_share

-Goodreads(2012), Sinopsis Di Sebalik Dinara,
https://www.goodreads.com/book/show/16544951-di-sebalik-
dinara?ac=1&from_search=true&qid=kZGovz0iDe&rank=1

-Cikgu Muzz (2020), Sinopsis keseluruan Di sebalik Dinara,
https://cikgukumuzz.blogspot.com/2020/12/sinopsis-novel-di-sebalik-dinara.html

-Ayahuda (2015), Sinopsis Di Sebalik Dinara setiap bab, https://cuit-
cuitbahasa.blogspot.com/2015/01/sinopsis-di-sebalik-dinara-bab-6-bab-10.html

-Cikgu Amin (2016), Sinopsis Jendela Mengahadap Jalan setiap bab,
https://arifbahasamelayu1.blogspot.com/2016/01/jendela-menghadap-jalan-
sinopsis.html#:~:text=Jendela%20Menghadap%20Jalan%20%28Sinopsis%20Mengikut%20Bab
%29%20Bab%20Satu.,kampung%2C%20namun%20terpaksa%20berpura-
pura%20demi%20menjaga%20hati%20ibunya.

-Goodreads (2009) , Sinopsis Jendela Menghadap Jalan,
https://arifbahasamelayu1.blogspot.com/2016/01/jendela-menghadap-jalan-
sinopsis.html#:~:text=Jendela%20Menghadap%20Jalan%20%28Sinopsis%20Mengikut%20Bab
%29%20Bab%20Satu.,kampung%2C%20namun%20terpaksa%20berpura-
pura%20demi%20menjaga%20hati%20ibunya.

- Cikgu GK (2016), Sinopsis keseluruhan Jendela Menghadap Jalan,
https://noveljendelamenghadapjalan.blogspot.com/2016/12/sinopsis.html

-Mesra didik (2017), Sinopsis keseluruhan Pantai Kasih,
https://mesradidik.blogspot.com/2017/04/novel-pantai-kasih-sinopsis-keseluruhan.html

- Umiwish (2016), Sinopsis setiap bab Pantai Kasih,
https://umiwish.blogspot.com/2016/02/sinopsis-novel-pantai-kasih-bab-1-9.html

- Wikipedia (2018), Biodata Azmah Nordin,
https://ms.wikipedia.org/wiki/Azmah_Nordin#:~:text=Azmah%20Nordin%20merupakan%20seo
rang%20pengarang%20buku%20di%20Malaysia.,rendah%20dan%20menengah%20dalam%20al
iran%20Melayu%20dan%20Inggeris.

-MuinMohsein (2015), Biodata Khairuddin Ayip,
https://muinmohsein.blogspot.com/2015/12/novel-songket-berbenang-emas.html

-Anonymous (2016), Sinopsis setiap bab songket berbenang emas,
https://kosongket.blogspot.com/


Click to View FlipBook Version