The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muallim Hazar, 2019-12-17 03:12:50

FINAL ebook Power Speaker 2018 (1)

FINAL ebook Power Speaker 2018 (1)

POWER
SPEAKER

1

Hak Cipta Terpelihara@Success Touch

2

ISI KANDUNGAN 3

REAL TIME TALK

1. RAJA KATAK
2. THOR
3. SECRET GREEN CLIENT
4. PUSH TO THE LIMIT
5. ADAB
6. THE BOSS
7. PENGEMIS
8. THROW IT
9. WEIGHT LIFTING

ISI KANDUNGAN 4

ROLE PLAY
1. MCD

ENERGIZER
1. KONJI KONJI
2. TEPUK HAPPY
3. SPA
4. BELALANG BELATUK
5. TERKEZUT
6. MUHAMMAD ALI
7. MA PUA KO YE
8. THE TARIK

ISI KANDUNGAN

GAMES

1. GIVE ME
2. HAYYA PING PANG PONG PIANG
3. DOUBLE MY MONEY
4. SUCCESS TOWER
5. AUTOGRAF
6. ANUGERAH BINTANG
7. IDEA MELELEH
8. PETAK EMAS
9. RUMAH ELLY

5

REAL TIME
TALK

6

RTT 1

TAJUK Raja Katak

ALAT 2 kertas A4
1 crown
1 hadiah RM10

ULASAN

1. Tiada jalan singkat nak buat sesuatu

2. Hidup makin lama makin mencabar

3. Fasa perkembangan kehidupan

TIMELINE 5 – 10 minit

BILANGAN PESERTA LANGKAH 10 – 1000 (stage)

7

ARAHAN
1. Cari peserta dengan tanya soalan
“ Siapa kat sini mempunyai berat badan bawah 50kg ? ”
2. Jika lebih dari pada 5 orang suruh kelas pilih dengan bertanya
“ Siapa antara mereka yang paling kurus ? ”
3. Minta peserta yang di pilih untuk berdiri di hadapan
4. Sediakan 1 kertas A4 bagi tujuan lompatan
5. Letakkan kertas A4 tadi di hadapan peserta A dengan jarak 3 jengkal

PESERTA A <3 Jengkal > KERTAS A4
6. Minta peserta untuk lompat ke arah kertas A4.
7. Kemudian tanya kepada peserta A “ Apa perasaan anda lepas melompat ke arah kertas ? ”
8. Minta peserta patah balik ke kedudukan asal tadi

8

9. Selepas itu, letakkan kertas A4 dengan jarak 2 kali ganda daripada jarak kertas A4 tadi
PESERTA A <6 Jengkal> KERTAS A4
10. Ulang step 6 – 9 maksima 6 kali
11. Peserta yang berjaya melompat sehingga kertas A4 yang ke-6 akan diberi hadiah.
** Boleh juga dibuat dengan meminta peserta melompat sambil pegang barang

9

RTT 2

ALAT Laptop

ULASAN

1. Ilmu itu penting

2. Tiada ilmu yang cukup kita tak boleh buat kerja dengan cepat

TIMELINE 10 – 15 minit

BILANGAN PESERTA

10 – 1000 (stage)

10

ARAHAN
1. Pengajar harus memilih 2 orang peserta.
2. Minta peserta yang di pilih untuk berdiri di hadapan
3. Pengajar harus memegang hammer Thor (jika tiada, boleh guna mana-mana alatan pengetuk)
4. Pengajar sediakan satu laptop yang telah disambungkan kepada projector.
5. Peserta di minta untuk berdiri bertentangan dengan projektor

6. Peserta di beri masa 1 minit untuk membuat copywriting di laptop yang disediakan
“ Saya nak peserta A buat copywriting mengenai Telekung Labuci dalam
masa 1 minit. ”

11

ARAHAN

7. Loceng akan dibunyikan oleh oengajar tanda tamatnya masa 1 minit

8. Jika peserta A tidak berjaya menyiapkan copywiting dalam masa 1 minit, Thor yang dipegang
oleh pengajar akan jatuh di atas kepala peserta A tersebut.

10. Kemudian, pengajar meminta peserta B untuk membuat copywriting dalam masa 1 minit
“ Saya nak peserta B untuk membuat copywriting mengenai Seluar Dalam Labuci dalam masa 1
minit. ”

11. Loceng akan dibunyikan tanda tamatnya masa 1 minit.

12. Sekiranya peserta B tidak juga mampu menyiapkan copywriting dalam 1 minit masa yang
ditetapkan Thor yang dipegang pengajar akan jatuh di atas kepala peserta B.

13. Selesai sesi membuat copywriting selesai, mengajar harus membuat pembandingan untuk
memilih copywriting antara peserta A dan B yang mana lagi ok.

14. Jika peserta A lagi elok dari peserta B bermakna peserta A ada ilmu tetapi peserta B tiada ilmu.
Begitu juga sebaliknya.

15. Jika copywriting kedua-dua peserta tak bagus, ini bermakna kedua-dua tiada ilmu mengenai
copywriting. Teruskan dengan ulasan. 12

RTT 3

TAJUK Secret Dream Client

ALAT Kertas Mahjong
Masking Tape
Magic pen / Marker pen

ULASAN

1. Sebelum memulakan sesuatu jual beli / perniagaan / pelan, kita harus tahu siapa pembeli
kita / pelanggan kita

1. Kenalpasti sasaran untuk kita memulakan sesuatu usaha

TIMELINE 30 minit

BILANGAN PESERTA LANGKAH 10 – 30 (stage)

13

ARAHAN

1. Edarkan kertas mahjong dan marker pen seorang satu kepada setiap peserta.
2. Peserta di minta untuk melukis gambar bakal klien yang mereka idamkan di atas kertas mahjong
yang diberi
3. Bagikan nama, umur serta detail yang lain bagi gambar yang telah dilukis
4. Peserta diberi masa selama 10 minit untuk melukis
5. Setelah selesai melukis, pengajar akan sediakan masking tape di meja /
dinding.
6. Peserta diminta untuk mengambil masking tape tersebut. “Setiap peserta sila ambil masking
tape di meja / dinding di Hadapan untuk tampal lukisan anda di di sekeliling dewan / bilik ini ? ”
7. Penganjur mengarahkan peserta seorang demi seorang untuk tampal lukisan mereka di dinding
atau di lantai. “ Sekarang setiap seorang bangun secara bergilir-gilir untuk tampal lukisan tersebut
di dinding sekeliling bilik / dewan ini.

14

ARAHAN
8. Setelah semua peserta selesai menampal, pengajar akan memilih secara rawak lukisan peserta
tersebut.
9. Peserta yang terpilih harus membentangkan dan menghuraikan setiap yang terdapat di dalam
kertas mahjong. “ Anda di minta untuk menerangkan kepada semua orang tentang klien idaman
anda. ”
10. Selepas sesi perbentangan sudah selesai, pengajar terus memberi hikmah dari situasi tadi dan
cadangkan saluran marketing “apa dan bagaimana” untuk mendapatkan klien impian anda.

15

RTT 4
TAJUK Push To The Limit
ALAT Laser Pointer
ULASAN
1. Kalau tidak dipaksa, ramai yang memilih untuk berada di zon selesa
2. Keluar dari zon selesa untuk berjaya dan pergi lebih jauh dalam sesuatu bidang yang diceburi

TIMELINE 5-10 minit

16

ARAHAN
1. Pengajar akan memilih seorang peserta ke hadapan.
2. Pengajar akan meminta peserta untuk rapat ke dinding di pentas dan cuba melompat setinggi
yang boleh.dan menyentuh aras yang dicapainya di dinding.

3. Pengajar akan menandakan tahap lompatan yang dicapai peserta dengan laser pointer.
4. Kemudian, pengajar akan mencabar peserta untuk lompat lebih tinggi lagi.

“Ini je yang tahap yang kau boleh? Ini je yang kau mampu?”
5. Peserta akan mencuba pelbagai cara. Adakalanya peserta akan mengambil meja dan berdiri di
atasnya dan mencapai aras yang lebih tinggi.
6. Pengajar buat ulasan,
“Kalau saya tak paksa dia melompat lebih jauh dan paksa dia berfikir, dia akan selesa dengan
kedudukan yang dicapai. Sebab itu, jangan marah kalau kita dipaksa dan dimarah . Semua itu
untuk jadikan kita lebih baik lagi”.

17

RTT 5
TAJUK Adab Belajar
ALAT Tiada

ULASAN

1. Kalau ada perasaan malu, insya Allah ada adab.

2. Beradab akan memudahkan ilmu dihadam dan dilaksanakan.

TIMELINE 10-15 minit

BILANGAN PESERTA 10 – 30 (stage)

18

ARAHAN

1. Pengajar harus memanggil seorang peserta (sebaiknya lelaki) untuk berdiri di hadapan.

2. Peserta yang dipilih harus mengikuti segala arahan yang akan di beri oleh pengajar.

3. Pengajar akan meminta barang-barang peserta.

Pengajar : “ Sila beri saya jam anda. ”
Peserta : (bagi barang yang diminta)
Pengajar : “ Sila beri anda punya beg duit. ”
Peserta : (bagi barang yang diminta)
Pengajar ; “ Sila bagi cincin yang anda pakai. ”
Peserta : (terus beri barang yang diminta)
Pengajar : “ Sila beri saya baju anda. ”
Peserta : “ Baju apa ? Yang mana ? ”
Pengajar : “ Baju yang anda pakai tu la”
Peserta : “ Mana boleh. Takkan saya nak buka baju saya ni. Malulah saya nanti. ”

4. Pengajar terus memberi ulasan terhadap situasi yang berlaku. “ Bila seseorang tidak mahu
melakukan sesuatu arahan atas sebab malu maknanya dia seorang yang beradab. ”

5. Bila beradab, maka ilmu mudah meresap dan difahami. 19

RTT 6

TAJU The Boss
ALAT Botol
Kerusi
Meja
Lampu
Buku

ULASAN
1. Ego seorang boss / ketua
2. Orang bawahan hanya akan melihat apabila ketua menghadapi masalah
3. Bila ujian kecil datang kita boleh tempuhi, kalau ujian besar belum tentu kita sanggup

tempuh
4. Boleh juga diulas mengenai tekanan. Kawan-kawan jadi punca tekanan. Tapi kawan-kawan

juga boleh mengurangkan tekanan.
5. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

TIMELINE 5-10 minit

BILANGAN PESERTA LANGKAH 10 – 1000 (stage)

20

ARAHAN
1. Pengajar akan memilih 3 peserta
2. Peserta tersebut haruslah 1 orang kurus dan 2 orang berisi.
3. Peserta yang telah dipilih harus berdiri di hadapan bertentangan.

4. Peserta A adalah pesrta yang kecil manakala peserta B & C adalah peserta yang berisi.
5. Peserta B & C harus memberi barang-barang seperti lampu, meja, kerusi, botol dan buku
kepada Peserta A satu persatu.
6. Pengajar akan bertanya kepada Peserta A. “ Peserta A larat lagi tak nak
memegang barang-barang tu ? Saya nak tambah lagi ni ? ”
7. Tangan Peserta A sudah menggigil memegang barang-barang tersebut tetapi beliau masih
menjawab “ Saya larat lagi ni, kalau nak tambah tu

21

ARAHAN
8. Peserta B & C menambah barangan ke atas Peserta A.
9. Setelah barang ditambah, barang- barang tersebut terus jatuh kesemuanya.
10. Pengajar terus bagi ulasan.
“ Peserta A adalah ketua manakala Peserta B & C adalah anak buah. Anak buah hanya melihat
kesusahan yang dihadapi oleh ketua. Begitulah kenyataan di dunia sekarang. ”
11. atau, sebelum barang-barang jatuh (langkah 9), minta peserta B & C sama-sama menahan
beban yang ditanggung Peserta A. Langkah ini ialah untuk mengulas mengenai tekanan dan
kesusahan dalam hidup.
**barang yang hendak dibagi ke peserta A boleh ditukar ikut kesesuaian.

22

ROLE

PLAY

23

ARAHAN
1. Beri 1 sticky note kepada setiap peserta.
2. Minta peserta untuk memilih satu petak di Roda Nafsu Pembeli.
“ Tuliskan di atas sticky note salah satu faktor utama di Roda Nafsu
Pembeli untuk membeli sesuatu produk / barang ?”

3. Kemudian, pengajar ambil masking tape
4. Potongkan masking tape tersebut satu persatu dan lekatkan di meja /
dinding (tempat yang bersesuaian)
5. Setiap peserta di minta untuk ambil satu masking tape di tempat yang disediakan
6. Sesiapa yang dah ambil masking tape boleh terus menampal sticky note tadi di badan tenaga
pengajar
“ Sila tampalkan sticky note pada
badan saya.”

24

7. Minta peserta untuk duduk di tempat masing-masing.
8. Pengajar akan memilih 1 orang peserta untuk berdiri di depan bagi menjalankan aktiviti
dengan bertanya
“ Siapa yang pilih mahal dan bergaya? ”
9. Jika lebih dari 5 minta kelas pilih dengan bertanya “ Antara mereka siapa yang macam mak
datin ? ”
10. Minta peserta yang dipilih untuk berdiri di hadapan

11. Anggap pengajar sebagai pekerja McDonald.
“Awak anggap saya ni McDonald yang ada semua benda.”

25

12. Lakonan sesi jual beli antara McDonald dan Peserta A sebagai pelanggan
McDonald : “ Awak nak beli apa ? ” (dengan nada marah/ menengking)
Peserta : “ Saya nak beli burger. ”
McDonald : “ Nak beli burger apa ? ” (dengan nada marah / menengking)
Peserta : “ Burger McChicken. Berapa ye semua ? ”
McDonald : “RM 8.00. Bayar cepat !! Nak beli ke taknak ni !! Bayar cepat!! Bayar cepat !!
(menolak peserta ke belakang sehingga nak jatuh)
McDonald : “ Awak nak beli burger ke beli saya ? ”
13. Pengajar terus bagi ulasan berdasarkan situasi tadi :
“Walaupun kita mempunyai semua produk / barang tetapi jika layanan kita buruk / biadap orang
takkan beli produk kita”

26

ENERGIZER

27

ENERGIZER 1

TAJUK Konji Konji

ALAT Tiada

ULASAN

1. Kapasiti Otak
2. Untuk buktikan manusia tak boleh ingat banyak perkara
3. Kelemahan otak ada 3 :-
- Kapasiti
- Masa
- Tumpuan

TIMELINE 10 – 15 minit

BILANGAN PESERTA 10 – 1000 (stage)

28

ARAHAN
1. Pengajar menunjukan peserta langkah bagi Konji Konji
2. Lagu Konji Konji :
“Konji Konji
Cha Cha Jim Jim
Tole tole
Cha Cha”
3. Pengajar memberikan ulasan yang otak memang tak boleh fokus lebih 3 perkara.

29

ENERGIZER 2

ULASAN Brain Capacity

TIMELINE 10 – 15 minit

BILANGAN PESERTA CARA – CARA 10 – 1000 (stage)

ARAHAN :

1. Pengajar memberitahu peserta step bagi Tepuk Tepuk Happy

2. Langkah Tepuk Happy

3. Mengarahkan peserta mengikut langkah yang ditunjuk

4. Pengajar akan menyebut No 1 , 2 , 3 atau 4

5. Peserta harus membuat langkah mengikut nombor yang akan disebut oleh pengajar

6. Untuk tingkatkan lagi cabaran, pengajar menyebut nombor tanpa mengikut turutan, contoh
3,2,1,1,4,3.

7. Pengajar akan memberikan ulasan 30

ENERGIZER 3

TAJUK SPA

ALAT Lagu

TIMELINE 10 – 15 minit
10 – 1000 (stage)
BILANGAN PESERTA

31

ARAHAN

1. Peserta berdiri berlima / berenam dalam bulatan.

2. Pengajar memberikan arahan :

a. “Apabila saya sebutkan ciri ini, peserta yang paling menyamai ciri ini kena masuk dalam bulatan
dan peserta lain kena urut diseluruh badannya”.

b. “Contoh, orang yang pakai cermin mata!”

c. Peserta akan menarik seorang peserta yang memakai cermin mata dan mengurutnya beramai-
ramai”.

3. Urut sehingga loceng dibunyikan pengajar.

4. Kemudian, pengajar memberi arahan untuk mengurut peserta seterusnya :

Round 1 - Orang yang paling banyak daging (berisi) 32
Round 2 – Orang yang mukanya macam Ustaz/ Ustazah
Round 3 – Orang yang muka paling kacak / comel
Round 4 – Orang muka macam guru besar
Round 5 – Orang yang paling gatal / poyo

ENERGIZER 4

TAJUK Belalang & belatuk

ALAT Tiada

ULASAN

1. Fokus dan kepantasan

2. Produktiviti

TIMELINE 10 – 15 minit

BILANGAN PESERTA 10 – 1000 (stage)

33

ARAHAN
1. Minta peserta cari pasangan berdua-berdua.
2. Minta peserta membelakangkan satu sama lain
3. Susunkan semua dalam 1 barisan
4. 1 barisan depan akan jadi belalang, barisan kedua pula menjadi belatuk.
5. Apabila pengajar menyebut belatuk, maka belatuk akan menangkap belalang. Jika belalang
disebut, maka belalang pula akan mengejar dan menangkap belatuk.
6. Pengajar akan menyebut “belalang, belatuk, belakang, belatuk” dengan laju dan tiba-tiba
berhenti. Wujudkan suasana suspens.
7. Round ke-2, pengajar akan menukar arahan. Siapa yang disebut akan lari, dan yang tidak disebut
akan menangkap.

34

ENERGIZER 5

ALAT Tiada

ULASAN
Fokus
Teamwork

TIMELINE 10 – 15 minit
10 – 1000 (stage)
BILANGAN PESERTA

35

ARAHAN
1. Arahkan peserta untuk cari mencari rakan berempat atau berlima.
2. Semua pegang tangan masing masing menghadap kehadapan dalam barisan.
3. Pengajar memberikan arahan :
a. Apabila saya menyebut nombor ganjil (1,3,5,7,9), anda kena angkat tangan cepat-cepat.
b. Apabila nombor genap disebut, anda kena cepat-cepat jatuhkan tangan.
4. Round 1 – pengajar sebutkan nombor dengan pantas, 1,2,3,4
5. Round 2 – 1,2,3,4,4,4,7 (sebutkan nombor tujuh dengan nada terkejut)
5. Round 3 – 1,2,3,4,6,6,9
6. Mana-mana aksi yang tersilap, seluruh pasukan akan di denda.

36

ENERGIZER 6

TAJUK Muhamad Ali

ALAT Tiada
Jika ada kick boxing punch set adalah lebih dramatic

ULASAN Fokus

TIMELINE 10 – 15 minit

BILANGAN PESERTA 10 – 1000 (stage)

37

ARAHAN
Step 1 :
a. Pengajar kata “bila saya kata ‘1’, tumbuk tangan kanan ke depan dan tarik semula cepat-cepat ke
belakang. Bila saya sebut ‘2’, tumbuk tangan kiri.
b. ‘1’ tumbuk guna tangan kanan dan ‘2’ tumbuk dengan tangan kiri.
Step 2 :
a. Cari pasangan, seorang jadi coach, seorang jadi
Muhamad Ali
b. Coach harus membenarkan tangannya di tumbuk c. Muhamad Ali hari menumbuk
d. Bila sebut satu – tumbuk tapak kanan coach
e. Bila sebut dua – tumbuk tangan kiri coach
Step 3 :
a. Pertandingan
b. Kedua – dua akan mengadap dan mula bertumbuk

38

ENERGIZER 7

TAJUK Ma Pua Ko Ye

ALAT Lagu

TIMELINE 10-15 minit

BILANGAN PESERTA 10 – 1000 (stage)

39

ARAHAN
1. Pengajar akan menunujukkan step by step pergerakan Ma Pua Ko Ye tersebut.
2. Apabila pengajar sebut “Ma‟, peserta harus angkat tangan kanan dan buat seperti bentuk burung
lalu meletakkannya di atas kepala.
3. Kemudian tangan kiri pula, buat seperti bentuk burung dan letakkan di pinggang kiri.
4. Apabila pengajar sebut perkataan “Pua‟ pula, tangan kanan diletakkan di bahu kanan dan tangan
kiri diletakkan di bahu kiri.
5. Bagi “Ko‟ pula, peserta harus tangan kiri di atas kepala dan tangan kanan di pinggang kanan.
6. Akhir sekali, apabila pengajar menyebut perkataan “Ye‟, peserta harus mengembangkan kedua-
dua belah tangan.

40

ENERGIZER 8 Salam Tujuh Langit
Lagu
TAJUK 10-15 minit
ALAT 10 – 1000 (stage)
TIMELINE
BILANGAN PESERTA

41

ARAHAN
1. Pengajar akan memberikan arahan untuk mencari pasangan berdua-dua.
2. Salam1 - peserta diminta bersalaman seperti salam hari raya.
3. Salam 2 - peserta harus salam seperti orang silat berjabat tangan.
4. Salam 3 - peserta diminta untuk ‘calit’ ibu jari antara satu sama lain.
5. Salam 4 - peserta diminta untuk menggenggam tangan kanan dan minta pasangannya
melagakan genggaman.
6. Salam 5 – seorang peserta mengenggam tangan dan halakan ke bawah untuk mengetuk
genggaman tangan pasangan masing-masing.
7. Salam 7 - peserta diarahkan untuk melagakan tumbukan ke hadapan dengan tumbukan
pasangannya.
8. Salam 7 – kedua-dua peserta diminta membuka tapak tangan ke hadapan dan sebut perkataan
“Harghh”

42

ENERGIZER 9 Teh Tarik
TAJUK Lagu
ALAT 10-15 minit
TIMELINE 10 – 1000 (stage)
BILANGAN PESERTA

43

ARAHAN
1. Pengajar akan memberikan arahan kepada peserta untuk meletakkan tangan kanan ke lutut kiri.
2. Kemudian peserta harus menarik tangan tersebut ke udara dan
menyebut “Hey Brader”
3. Selepas itu, step yang sama di ulang untuk tangan sebelah kiri pula.
4. Pengajar akan memberikan arahan untuk meletakkan tangan kiri ke lutut kanan.
5. Semasa peserta menarik tangan ke langit , peserta akan
menyebut perkataan “Hey Brader”
6. Kemudian pengajar akan menyuruh peserta mendepakan tangan kiri sambil genggam dan ambil
tangan kanan untuk bercantum dengan tangan kiri tadi.
7. Kemudian peserta diminta menarik tangan kanan ke udara sambil menyebut “Teh Tarik”
8. Kemudian ulang step yang sama untuk tangan kanan dan menyebut “Teh Tarik”.

44

ARAHAN
9. Selepas itu, peserta diminta untuk mencantumkan kedua-dua tangan ke atas diikuti kaki
dirapatkan.
10. Peserta harus menyebut “Roti Canai Satu” sambil menggoyangkan pinggang mengikut arah
jam.
11. Kemudian peserta harus menyebutkan “Roti Canai Satu” dengan menggoyangkan pinggang
mengikut arah lawan jam.
12. Kemudian, peserta diminta mendepakan kedua-dua tangan ke hadapan dan peserta harus
menyebut “Hey Brader Kasi cepat”
13. Akhir sekali, peserta diminta untuk menggelengkan kepala dan menyebut “Ammak”

45

GAMES 1

ALAT

1. Masking tape
2. Lagu
3. Alat perang
4. Pedang
5. Shield
6. Pisau

ULASAN

Kreativiti akan terserlah bila tiada jalan keluar
Menyelesaikan sesuatu cabaran / halangan dengan cepat

TIMELINE 30 minit – 1 jam

BILANGAN PESERTA 10 – 200 ( 20 group)

46

ARAHAN
1. K1 = PESERTA , A4 = KERTAS PUTIH UNTUK DI LETAKKAN ITEM

2. STEP 1 :
a. Pengajar : “Saya nak sekeping IC setiap kumpulan ada di atas A4”.
b. Mana – mana kumpulan yang baling atau campak ic ke atas kertas putih paling awal dan pantas,
pengajar perlu tandakan “1,2,3….” mengikut turutan ke atas kertas.
3. STEP 2 :
a. Pengajar hendaklah mengalih masking tape lebih jauh .
b. Minta barang yang lebih susah seperti “marker”
c. Ulang semula proses mengalihkan masking tape dan minta pula marker di atas kertas putih
dalam keadaan menegak
d. Ulang semula proses dengan meminta sehelai rambut ke atas kertas putih

47

ARAHAN
4. Barang-barang yang boleh diminta :
I/C, jam, cincin, sehelai rambut
5. Cara untuk menang : Peserta perlu mengalihkan masking tape hingga dekat dengan kertas A4
dan membalingkan item yang di arahkan.
6. Bagi setiap pusingan, jauhkan jarak masking tape dengan kertas A4.

48

GAMES 2 .
TAJUK
Ping Pang Pong

ALAT Tepung
Air

ULASAN

1. Kesan kepada ahli kumpulan / orang lain jika buat kesilapan.

2. Berani terima hukuman jika buat silap

3. Prihatin di atas perubahan yang berlaku.

TIMELINE 10 – 15 minit

BILANGAN PESERTA 10 – 1000 (stage)

49

ARAHAN .

1. Peserta hendaklah duduk atau berdiri dalam bulatan dan maksimum peserta hendaklah
dibahagikan ke 5 orang.

2. ORANG 1 : sebut HAIYYA
ORANG 2 : sebut PING
ORANG 3 : sebut PANG
ORANG 4 : sebut PONG
ORANG 5 : sebut PIANG

3. Kemudian pengajar meminta peserta menyanyikan lagu Haiya Ping Pang Pong Piang

4. Selepas menyanyikan lagu Haiyya Pimpang Pom Piang dan jerit 3 atau mana-mana nombor
kumpulan.

5. Semua peserta PERTAMA dari kumpulan 3 akan sebut Haiyya Ping Pang Pong Piang dan
peserta terakhir menyebut nombor kumpulan lain.

6. Kemudian ulang sehingga habis pusingan.

50


Click to View FlipBook Version