membayang hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatanya juga turut dibayangi
oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.
➢ BAB 3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai
ketika itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel
bertaraf lima bintang. Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar
Datin itu dengan berhati-hati serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit
berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran dan layanan yang tinggi. Pesakit itu
perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi
dia mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim
kemarau panjang ini menyebabkan keadaannya begitu. Dia terbayang kembali
peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran
kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak
membakar kereta mewah doktor itu.
Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur
dan menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi
pelajar bidang kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan
tetapi dia masih tidak berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia
mengambil ubat batuk sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering
mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh tentang pembedahan anaknya
yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana kemampuannya hanya setakat
itu sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah dihabiskan untuk belanja
perubatan tersebut. Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai
pertanyaan menyerpa benaknya tentang punca kematian anaknya juga tentang
keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang akhirnya berpihak kepada bekas
suaminya itu.
Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian anak
perempuan mereka. Raiha pula memberitahu bahawa semuanya berpunca daripada
Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama ini menyokongnya semakin
berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu
pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan Raiha
terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan
Raiha walaupun sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha
berasa bersalah akan tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama
antaranya dengan Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia
menghilang selepas kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas
sekian lama menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha
sudah menjadi doktor.
Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz
menyatakan bahawa Raiha sengaja melarikan kereta mewahnya. Bukan itu sahaja
Doktor Sadiz juga meyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut
dibawa lari oleh Raiha. Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa
barang kemas yang dibawa adalah barang kemas miliknya hasil titik peuhnya
sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati sekalipun dia tidak akan
melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana, gantung tidak bertali sebagai
balasan tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat elit
➢ BAB 4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam miliknya yang terletak
tidak jauh dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan
peristiwa hitam misteri kematian anaknya dan kekalahan kes tersebut di tangan
bekas suaminya. Setibanya dia di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan
teringat pula kisah neneknya yang membesarkannya selama ini. Arwah neneknya
yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa nenek moyangnya dahulu berasal dari
Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu kawasan di hulu lubuk dalam
daerah Ranau.
Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa
hitam muncul. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya
menggugurkan bayi yang sedang dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi
tersebut tidak direstui apatah lagi sudah diketahui fizikal bayi tersebut yang
kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu dengan masyarakat. Anak-anak
dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak hendak
membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak
untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau
panggilannya ‘Ayu’.
Kegelisahan Datu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat
Rawatan Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang
amat jelas. Dia berharap selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak
berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak
diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu. Doktor
Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak
harus ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya,
mereka tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini.
Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron
yang mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian
tulang pinggul hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan
pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik
berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke ke poketnya
sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang
membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang mengelamun sambil menonton
rancangan ‘Money Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa anak
pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan matanya sendiri.
Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yag
pernah mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya
pesakit itu membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas
ingin memanggil Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu
Felicia mencadangkan Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh
pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa
Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya menganggap
Felicia berbohong dan sengapa mahu menipu.
Felicia juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko
yang terpaksa dihadapi oleh pesakit. Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar
kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan melemparkan simen dan splinnya
ke arahnya menyebabkan Felicia terjelopok, namun itu, merupakan hayalan Felicia
semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi berubah apabila
didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.
➢ BAB 5
Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak
ciknya yang mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif.
Walaupun dia mencari ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu,
kerana asyik diperhatikan oleh seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah
Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang
baharu selesai menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia
tidak mahu bayangan mereka menggangu hasratnya untuk mengaut keuntungan di
Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.
Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam
sememangnya seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri
tidak rasminya haruslah dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih
dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-
tiba wanitawanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi gadis
mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan pak ciknya.
Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan
kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat.
Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya
selama ini. Hal ini seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk
mencari kelegaan. Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad
menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan
supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah sebaliknya ditolak
malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat Rawatan
Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal dan didatangi
dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di
lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di
situ.
➢ BAB 6
Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar.
Kisahnya bermula apabila ayah, Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta
Doktor Uwang menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama
meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar
Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat
tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa aneh kerana kereta
Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz bergegas
keluar dari kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya. Tidak sampai lima minit
kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan merungut-rungut.
Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak
menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis diisi. Doktor
Uwang menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta
Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang
ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang
oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas selesai membantu
Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat
Sister Felicia kerana didapati Felicia komited dengan tugasnya selama ini. Mereka
memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong.
Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin
membincangkan hal pesakit Unong Siro dan panggilan tersebut amat penting.
Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak
tenteram. Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang
sehingga terpaksa menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama
di tempat yang sama membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha
juga berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa
hitam yang sering datang dalam ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia memarahi
Sister Felicia yang melayan kasar emak Unong Siron. Felicia yang memanggil emak
Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan perkara sebenarnya yang berlaku antaranya
dengan emak Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan
menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai
Kasih.
Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak
sepatutnya melayan emak Unong Siron dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang
penting adalah kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam
perawatan itu. Mengasari orang yang memang sedia menderita sakit pada badan dan
mental, adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak mengulanginya lagi.
Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya
datang segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana
sebaliknya wajah arwah ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya
memang tidak merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah
bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai
digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas
bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat
Rawatan Pantai Kasih.
➢ BAB 7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai
Kasih begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman
sudah mulai mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah
melakukan kesalahan besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz
yang pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia
juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang musibah
anaknya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya
diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam
kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan
hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat
melupakan kisah silamnya.
Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan
karib sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga
begitu tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia
sering teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan
golongan masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang
tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana
ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan
sekolah.
Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya
itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti
seorang doktor. Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan
jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan
kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu.
Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat
panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan
kewibawaan Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan
Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni
oleh Unong Siron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab
dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan
bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng
menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha
teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan
menurut Doktor Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah
panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga
menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan
Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja
tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan berjaya pada kali ini.
➢ BAB 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor
Sadiz dan kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya
tanpa henti. Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang
inginkan kepastian keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi
ke atas tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang
menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama apabila semua wang
simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang
terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa
semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis
kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang
kembali. Apatah lagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya
menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain.
Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia
Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik
bedah. Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron
menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang
tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh
yang menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah.
Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal
keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang
menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain untuk
mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut. Peristiwa itu
pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan sebenarnya penceroboh itu adalah
bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam
peperiksaan akhir semester
➢ BAB 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih,
dia ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat
rentung di dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor
Mohammad dan Doktor Alex Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia
ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan
tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga terimbas kembali tentang infeksi
yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong
Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah salahnya. Dia
juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu
berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak
perempuan yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu
hidupnya belakangan ini.
Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi
pulang selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor
Sadiz yang marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche 19
bersama-sama anak perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz
untuk membeli minyak petrol dan berhenti di sebuah rumah tumpangan pada tengah
malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga
menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ.
Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati
sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain.
Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku
walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih
mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua
itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan.
Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang
masuk dan menyamar sebagai doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang
sepatutnya sesuai menangani kes anak peremuan tua itu.
Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai
dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha
tergantunggantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah
dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak
dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang mengekori lori
minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di
persimpangan lampu trafik.
Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh
tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan
lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan
bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih
menyelamatkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan
teruk di bahagian pergelengan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan
penggantian sendi pada anggota tersebut.
Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan dirinya
menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya 20
berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram
dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba
anak Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan
bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha
akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.
g) SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP
➢ BAB 1
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam
rendah, Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas
kerja yang disuruh oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari
tetapi fakta-fakta masih tidak lengkap.Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia
dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu bertemunya di kantin. Dahlia pergi
bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu memberitahu Dahlia, dia
telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos nanti.
Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan
merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin
membantu keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.
➢ BAB 2
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga
ke jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun
dari kereta Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan
mengatakan bahawa dia tidak suka tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran
Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan
Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”. Sewaktu sampai di rumahnya,
Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati memberitahu emak
mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan
Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair. Sebenarnya,
susu telah habis. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh
pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.
Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar
emaknya bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia
benar-benar tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak
mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis. Tiba-tiba, ayahnya Embong muncul
dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia
menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi
Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu
diganggu. Dahlia mencadangkan ayahnya supaya mendapatkan bantuan orang
kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.
➢ BAB 3
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-
tanya sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang
yang berhasad dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui
bahawa semua yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah
menguatkan imannya, memberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari
yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih seperti sediakala. Setelah
habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah,ibu kepada emaknya.
Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia memberitahu,
beliau terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak
suka akan keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah
membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya
hidup senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang
membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk
membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan Nek Kiah
melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah menghadapi
situasi itu.
➢ BAB 4
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan
latihan Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia
mengimbas kembali pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya
pulang pada hari Khamis yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati
sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti keadaan keluarganya yang belum
sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki diri sendiri dan
keluarganya.
Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia
meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah
faham orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh ayahnya yang
menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan
menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri
tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa
bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak
mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah
tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.
Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya,
Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga
mereka disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain.
Anak-anak Saleha dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah.
Embong juga teringat semula peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak
belakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga
sering terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah.
Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong
memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya runsing, Embong tidak
menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di
hospital itu kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa
sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik
Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan
setelah mendapat gred tiga dalam SPM.
➢ BAB 5
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya
pulang pada hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik
asyik menangis. Dahlia tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu
dia pergi ke sekolah pada hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke
Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan
pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu Salwani, warden
asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca
kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu.
Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat
emak, Anggerik dan ayahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji
temu pada pukul 2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan
dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada
petang itu dia hendak melawat emaknya di hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak
bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya macam-macam. Dahlia
telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus pergi ke hospital
untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika di
hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai,
Johor Bahru.
➢ BAB 6
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah
memberitahu abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah
seolah-olah menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah
datang ke rumahnya bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah
orang gila. Dahlia amat terpukul dengan perkataan “ orang gila” yang dilafazkan
oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau
geram apabila semua orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai raya. Dia
memberitahu punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar hantu dan penuh
syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena. Nek Kiah
telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan
tanda pangkah supaya hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap dua kalimah
syahadah beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala
yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.
Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said
telah hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari
Said. Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda
yang bukan daripada penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said
sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling rumah
tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah
tiada.
➢ BAB 7
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong
kehairanan kerana selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu
menghadapi setiap dugaan. Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi
mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton. Aton mencari Embong dan
memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang menyebabkan Said mati
dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar kata-kata Aton.
Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di halaman di
bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya
dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-
suara yang mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin
menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu
mencari musuh.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke
Lim memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu
punca Dahlia menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru
pukul 10.25 pagi, Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir.
Embong mengimbas kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang
memasak di dapur dalam keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said.
Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja Dahlia dihabiskan dengan
buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja
kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong
terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa
sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa
diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong
panik.
➢ BAB 8
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia
tersedar apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia
bercadang untuk membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak
dua orang lelaki bersongkok ke rumah Aton. Dia teringat semula kata-kata orang
yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said.
Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati
meluahkan kata-kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan
persekolahannya. Melati bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang
mengatakan emak mereka gila. Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar
kata-kata orang kerana orang itu tidak akan menyenangkan kehidupan mereka.
Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong
kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya
membuang ular itu. Embong membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah
berjuang dengan maut untuk menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan
Dahlia untuk mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya
itu. Embong keluar dari rumah dan pergi memerhatikan aliran sungai yang deras
berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang
menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri.
Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-
sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia
➢ BAB 9
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib
melihat kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia
menolak hasratnya untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia
untuk membawa adiknya ke klinik.
Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah.
Seman memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya
Saleha yang telah dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong
mempelajari ilmu sehingga Leha sanggup berkahwin dengannya yang tidak
diketahui asal usulnya. Seman mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh
keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk mencari pembeli. Nek
Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah itu yang
dapat dijual dengan harga RM15,000
➢ BAB 10
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari
asrama. Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya
memberitahu bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan
perkara sebenar. Cikgu Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama
kerana STPM tinggal hanya empat bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di
perpustakaan.
Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru
kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah
mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah
Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan
cemerlang dalam STPM.
➢ BAB 11
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan
suka berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan
Embong semakin membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan
terus menunggang motosikal. Embong teringat kembali ular sawa yang telah
diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong berasa kesal dan takut. Lamunan
Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah
Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia balik kerana
rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong mengatakan
nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di
Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak
sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi
walaupun mereka berdua sangat baik dan suka membantunya.
➢ BAB 12
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang.
Dia membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan
Dahlia dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan
kedatangannya. Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang
merawat emaknya. Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah
sampai ke tahap berbahaya dan ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan
emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga menjelaskan kemungkinan penyakit emak
Dahlia berpunca daripada tekanan.
Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di
bilik 16. Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa
dia bekerja sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca
Dahlia berada di situ. Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak
mengenali anaknya itu dan dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan
tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.
➢ BAB 13
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh
seorang lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada
malam itu, Dahlia memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha
yang sedang dirawat. Apabila Dahlia melihat ayahnya keseorangan di pintu barulah
Dahlia menceritakan perkara sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan
keadaan emak mereka. Tambahan pula, Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP
tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya bahawa dia telah keluar dari
asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang kambingnya. Embong
terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.
➢ BAB 14
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa
apabila mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal
kerana kambing itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya
telah dicuri orang. Embong meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada
orang yang ingin menjual kambing kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan
sama ada kambing itu miliknya atau milik orang lain.
Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah
mengetahui keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya
dengan Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian,
Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah
rombongan keluarga Azhari yang ingin merisiknya.
➢ BAB 15
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima
lamaran tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan
keluarga. Embong sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan
dapat membantu keluarga. Walau bagaimanapun, ibu Azhari yang mengetuai
rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur. Beliau mengatakan bahawa
perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan Dahlia. Mereka
sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong
menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja.
Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi,
Embong telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya.
➢ BAB 16
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa
ketiadaan ayahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan
keadaan itu, Mawar menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat
menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji
kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP.
Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan
Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan
semasa menjalani latihan bola jaring. Kemudian, Cikgu Hisyam dan Kavita
menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan
nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan
dalam pelajaran.
Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah
memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana
seorang demi seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga
memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di
hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan neneknya.
➢ BAB 17
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah
pelajarannya yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah,
emaknya yang masih dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di
Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya
dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah
untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik adiknya, dia terkejut
apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari
terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu
Pahat kerana dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya
tentang rancangannya untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika
keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu membayar sebanyak
RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang keputusan.
➢ BAB 18
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia
menunggu bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan
dijual. Menurut Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi
Dahlia menafikannya. Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak
akan wang sedangkan Nek Kiah tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim
berjanji akan berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga
meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan karangan Bahasa
Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan
menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu.
Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu
Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.
➢ BAB 19
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah
sebaliknya terus bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum
menghadapi peperiksaan. Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah
semula kerana memikirkan adik-adiknya yang memerlukan penjagaannya.
Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur
tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia
untuk membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib.
Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam
hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia.
Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah
memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah
tersebut telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk
berpindah.
➢ BAB 20
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan
dijual. Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah
bertanya kepada Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah,
Embong menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan
menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan mengatakan parang itu
tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu, Nek Kiah pulang ke rumah.
Dahlia memberitahu ayahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan beban
ayahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar
hingga ke universiti.Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan
kesanggupannya untuk membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah
supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim,
beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.
➢ BAB 21
Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke
balai raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan
diadakan malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim
turut menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut. Haji Sulaiman
selaku ketua kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan
Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan
Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.
Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri
Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-
kata Aton telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-
kata Aton itu telah hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang
oleh Haji Sulaiman.Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar
telah memujuk Dahlia. Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang
ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk ayahnya dan memberitahu dialah
yang telah mencuri kambing milik abahnya.
➢ BAB 22
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya
yang datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam
melakukan kerja-kerja rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan
kepada keluarganya.Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu
Bakar terjumpa kain merah yang hampir reput membalut dua biji telur ayam yang
mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir, dan dua batang paku. Barang-
barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad dengki terhadap
keluarga mereka.
Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada Embong tetapi dilarang
oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai. Dahlia melarang
adiknya menyimpan perasaan dendam.Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa
hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana di kampung itu. Keadaan ini
merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan didapati neneknya
sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.
➢ BAB 23
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira oleh
kawan-kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar
Dahlia dapat menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib
sebagai sahabat sahaja, tidak lebih daripada itu.Semasa pulang ke rumah, Dahlia
amat gembira apabila mendapati emaknya telah pulang dari hospital. Saleha telah
pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada bersama-sama ketika itu. Dahlia
mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan
mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.
➢ BAB 24
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari.
Nek Kiah berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah
dengan baik. Anak-anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak
menziarahinya ketika beliau sakit.
Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu
Bakar memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula
mengemas barang-barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dah ahli
keluarganya turut berkemas untuk berpindah ke balai raya.Dahlia dan keluarganya
berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan penduduk tentang
keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada hikmah
yang tersendiri
➢ BAB 25
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak
Embong sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek
Kiah. Nek Kiah juga tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.
Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru
agar penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan
masalah jiran tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan
bersama-sama menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup
bermasyarakat.
Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan
mereka telah bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang
sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk
kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan terasa dirinya
tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik
pelamin.
➢ BAB 26
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang.
Dalam kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan
tarikh pertunangan mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas
Dahlia tamat peperiksaannya. Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga
Azhari dan keluarganya.Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana
terpaksa berpisah dengan kawan-kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi
dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk bekerja di kilang
untuk mencari pengalaman.
➢ BAB 27
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia
telah terpilih untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama
empat tahun. Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan
Pelajaran Johor berdasarkan pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke
Jepun Dahlia akan belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam
bulan.Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin
pertunangan mereka. Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di
Jepun. Dahlia akan mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang
dengan Azhari.
➢ BAB 28
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat.
Akan tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas
pertunangannya. Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.
Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari.
Kawan –kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis
pertunangannya. Bas ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi
rombongan keluarga Azhari belum juga sampai. Dahlia semakin risau. Abahnya
menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman
menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500 termasuk
yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.
Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17
kilometer dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan
memberitahu punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak
ciknya lambat sampai. Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai
songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga.menyebut
“Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya oleh Dahlia. Azhari meminta Dahlia
agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.
h) TIRANI KARYA BEB SABARIAH
➢ BAB 1
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang
kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu
obses dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang
menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya
sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya
Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya
dapat diredakan. Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah
mematikan lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan
yang sedang dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan
Nani untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan
homestay ini adalah menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti
pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu
masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay
Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di Matang dan juga
pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi penerangan
tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk
memajukan lagi homestay itu
➢ BAB 2
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke
Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk
dipamerkan bagi menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak kepada
rombongan yang hadir. Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa
amat gembira. Namun di sebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa
atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat
pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa
Waheeda tidak menggalakkan kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda
terus memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya. Tidak beberapa
lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor monyet
Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda
kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital
untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan
antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan
pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.
➢ BAB 3
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda (Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado).
Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah
pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya,
perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman
Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang
pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya
menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun,
ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan
yang dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri
Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandar raya Kuching yang dinobatkan sebagi
Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan
Bandar Sihat Sedunia. Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum
waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan.
Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis. Sesampainya di lapangan Terbang
Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah Bazilah iaitu kawan satu university
dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di
Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.
➢ BAB 4
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandar
raya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya
bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api
yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang
kepalsuan fakta sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan
ke rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Waheeda akan
tinggal di salah sebuah bilik di rumah kepunyaan pakcik Bazilah. Semalaman mereka
berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia.
Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr
Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di Hospital
Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran
tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama,
Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak
matanya. Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Di sini,
Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen
perubatan dari hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang
diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.
➢ BAB 5
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan
dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10
jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis
makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan
kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi
membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada
anaknya itu kononnya untuk menolak bala. Di rumah Bazilah, Waheeda menerima
panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan
menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya.
Tiba-tiba ibunya sudah berada di depan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas
dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu
dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran
ibunya. Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas
berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke
bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan
Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik
bedah dengan hati yang tabah demi kecantikan wajahnya
➢ BAB 6
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini
diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela
menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil
masa selama 12 jam. Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani
oleh ibunya yang menunggu di luar bilik pembedahan.
Waheeda melangkah keluar dari SMC bersamasama ibunya selepas membayar bil
pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana
hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa
Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej pelancongan yang
ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau
Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang membayar 30
ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.
➢ BAB 7
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda
bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan
dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah
alam di situ. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon
ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampung halamannya. Suasana di situ
juga menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay
kepunyaan bapanya. Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba
munculnya Dr Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini
semakin rancak dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi
pengalaman dan pandangan.
➢ BAB 8
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah
tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari
Greek. Persoalan ini menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka berdua. Pada
malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan
oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi
juga mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampung halamannya.
Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen
Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga
menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut.
Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh
syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda teringat semula akan chalet
ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk Yasser.
Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas. Dengan tidak disangka,
Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu temu duga pegawai
Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri
dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum
tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya,
Bazilah kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.
➢ BAB 9
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort
telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada
itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di
Tajau Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong
meninggalkan Waheeda di kafe, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama
Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya. Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua
mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar sejak belakangan ini, Dr Zahari selalu
datang ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak
mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari
melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mungkin menyebabkan
Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang
benar. Dengan alasan ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo
Resort.
Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat
yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat
Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance
atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan
Penan. Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway
datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah
menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu
antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut
mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan
Waheeda. Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui
perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.
➢ BAB 10
Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan
untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam,
rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid
tentang kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia
tidak suka tinggal di sana kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan Islam. Datuk
Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak
itu berkisar kepada pengembangan perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke
Flamingo.
Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam
lamunan Zahid. Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda
didatangi oleh Zahid. Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya
Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda
berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri
Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama
pada malam itu. Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang
pertemuannya dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.
Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk memberi idea
tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss
Tourism Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai
fesyen yang berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh
Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak. Bab 11 : Fatimah menerima e-mel
menceritakan hubungannya d
➢ BAB 11
Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah
menceritakan bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk
Yasser, tuan punya Sri Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut
Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International
disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada
semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya
Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan
hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya
Waheeda menghantar kad jemputan nanti. Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa
pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan
Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran
Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang pada
majlis pertunangan itu nant
➢ BAB 12
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah
digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa
tugas yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap
menjalankan tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada
keluarganya yang sibuk mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana. Di Sri
Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur
menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda.
Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam
perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun
Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.
Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi
perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan
kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selesema. Rentetan daripada itu,
Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel Flamingo tetapi kesihatannya
tetap tidak berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin berpanjangan, Waheda
berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda
terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.
➢ BAB 13
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan
yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira
kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai
RM60 juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha
Waheeda yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong.
Dalam pada itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak
mereka Zahid yang nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat
menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan
berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat
diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu
dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia
berasakan Waheeda berubah hati. Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari
Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di
rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi.
Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di
SMC untuk menerima rawatan.
Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk
pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada
isterinya Raidah dan telah menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak
mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang
mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses
rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walau
bagaimanapun, proses tersebut berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi. Sesampainya Zahid di
Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di SMC. Zahid bergegas
ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid
melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu
dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr
Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami
selesema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.
➢ BAB 14
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan
daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas
sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi
tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya
pelancong dari Arab, Inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak
dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan
pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak
dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana
Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya.
Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas acara akad nikah
dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada
saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua
hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan
mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan.
Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira
➢ BAB 15
Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang
yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan
mengapung awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran
bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di
kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji pemandangan di kawasan tersebut.
Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut
sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching
menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa
berada di luar negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati
wanita. Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan
kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak
sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat. Dalam dua minggu bergelar
pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda
juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti di
bibirnya.
➢ BAB 16
Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak
member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-
tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini
pada tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong
tersebut yang datang ke Sarawak nanti. Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi
Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi
domestik, khususnya sektor pelancongan. Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah
berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada Nasuha Abdul rahim.
NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda
terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu.
Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid
menanti isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersamasama.
Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan
mereka banyak membuat aluan masing-masing. Zahid telah bergegas ke Tajau Emas
apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau
Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid
kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan
ketegangan dengan suaminya, Zahid.
Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya.
Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi
Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya
mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk Yasser akur dengan kehendak
menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau
Emas kerana Waheeda ingin berdikari. Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk
Yasser dengan ayahnya. Di mana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja
dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki
oleh ayahnya.
➢ BAB 17
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan
dirinya seolah-olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan
penggabungan Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina
empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading
untuk membantu. Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa
santainya biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda
mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah
lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur
mendengar luahan rasa anaknya.
Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam
dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di
Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada
stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk
meredakan sakit kepalanya. Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah suami dan
macammacam lagi. Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda
menganggap Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur
dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkit insiden di
Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC dahulu pun masih dalam ingatan
Waheeda.
Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya.
Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu,
Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenangan dalam kenangan yang melingkari
hidupnya. Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya
menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan
dan sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam kandungan
➢ BAB 18
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup
kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang
pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda
telah disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri
Gading tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo
Resort. Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk
menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan
Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti Halen of Troy,
Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi. Zahid melenting di hujung talian telefon
sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda.
Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas
dengan alasan untuk menonton bola.
Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid
terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati
Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya.
Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu. Riadah, ibu Waheeda termenung
di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda
supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi
diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya. Waheeda
bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda ke dapur.
Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan
kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan BRP bagi menyiasat
kes seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang
zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita
yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan
bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah
tanpa kehadiran Zahid.
➢ BAB 19
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif
Hospital Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda
menyatakan bahawa Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu
mentuanya datang menziarahinya dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid.
Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen
antarabangsa. Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda
teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan
banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling
menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah
telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.
Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di
Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma
Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya,
Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati.
Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh
Nurjihan. Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian
DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang
kali demi untuk memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid
memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut
lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda dan Zahid.
Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah
menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah
tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.
Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh
sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah
menenangkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka di
hati Waheeda. Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan
perubahan yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid
menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan
oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan
kaunseling
➢ BAB 20
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda
di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada
Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat
rawatan tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan
kedatangan mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan
bahawa selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet
dan kebun strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik
Aziz ingin menjualkan perusahaannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais
memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais
sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada
Ghazi.
Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama
Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang
kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu
sehingga melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah
mendapat nasihat daripada Dr. Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi,
Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah
berubah dan tidak murung lagi. Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang
sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz.
Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan
chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan
harinya.
➢ BAB 21
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan
cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan
Chalet Iwana-Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia
diisytiharkan muflis kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya.
Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih
Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands setelah pergi melihat sendiri esok. Urusan
mengambil alih berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu
Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia
ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading.
Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-
Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak
langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.
➢ BAB 22
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh
tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia
membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang
diambilnya semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras
masing-masing. Izzati hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya
penyet tetapi hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri
anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah
kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana
Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati
dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet IwanaIwani)
telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negeri.
Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari
gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi
Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar
di chalet itu.
➢ BAB 23
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil
menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah
hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya
akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan
isterinya sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui
bahawa Zahid sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa
kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga
hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana
dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan
dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman.
Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para
pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan
masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk
mendengar perbualan antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi.
Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala
Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di
kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat bertembung
mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan
kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ anggun.
Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan
isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang tidak
mewarisi wajah mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya
yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal
kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya
tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati
yang mendengar terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat
mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo
Resort ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter,
Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan
menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya.
Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut.
Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga
agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu
➢ BAB 24
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya
terpaku kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman,
wajah, bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolaholah
entiti dirinya dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah
disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu
sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar
Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran
Iwana. Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Akhirnya
pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis
yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirindunya. Zahid juga
ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat
tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun.
Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan
sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat
bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan
meminta ibunya memaafkan ayahnya
i) BIMASAKTI MENARI KARYA SRI ROHAYU MOHD YUSOP
➢ BAB 1
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari
pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala
Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru
pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut
untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan
alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya
apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah.
Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah
mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan
hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah
mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif
akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul
Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung
bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada
mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan
bintang kembali ke Kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya
menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata
manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia,
manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan
menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu
yang tidak dapat dilihat oleh deria.
➢ BAB 2
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai
pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang
Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik
berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut
kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi
bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul
Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan
namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka
tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam
bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk
bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi
membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan
rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik.
Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh
menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau
➢ BAB 3
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran
kata-kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat
kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya,
Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki
kereta yang dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak
berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini
disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah
ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak
kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan
melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah
khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan
mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa
menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari
Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip
yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut
mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai
milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak
seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan
persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul
hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan
dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar
pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.
➢ BAB 4
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang
diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah
mereka, Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul
Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang
mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di
Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca
laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah.
Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur
membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat
pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan
sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih
atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang
baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala
Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika
tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul
Hafsa terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong
usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat
pembangunan yang tidak terancang.
➢ BAB 5
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek
rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar
pesanan ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa
puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang
terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka
beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau
tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan
pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas
isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana
perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah
bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.
➢ BAB 6
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan
Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan
langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya
dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah
memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor.
Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung
kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya
yang sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati
dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia
melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya Budiman
sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman
menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati.
Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor
daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan
orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-
kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang
melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan
kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun
Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang
lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang
dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.
➢ BAB 7
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati.
Dia beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan
berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua
sampai di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda
sedang membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan
pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya
cuba mengingati kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya.
Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki
tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih
mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan
sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan
bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa
menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai
Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya
membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke
kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia
mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat
kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti,
pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan
petempatan manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya membawa ancaman kepada
populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip
mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi
kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut
memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda
tersebut.
➢ BAB 8
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak
Budiman dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri
berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik
tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa
Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik
mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk
sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid
utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan
kesedaran bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula jadi secara
terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh
Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan
pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat
gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa
dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang tidak boleh dilalaikan
dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan
asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa kembali kegelapan ke
Kuala Selangor.
➢ BAB 9
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri
Muhaimin untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu
kawasan simpan langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan
profisional dan untuk menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin
dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah membuka ruang kepada mereka untuk
berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin
bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini merupakan
gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan Maryam.
➢ BAB 10
MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun
begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang
sebenarnya. Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh
keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa
bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala
Selangor untuk berbincang tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ
mereka berbalas-balas hujah bagi memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan
nanti. Budiman menemankan mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan
mereka. Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang
hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.
Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk
mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan
mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di
peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka
berdua ke rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak
dapat melihat kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.
➢ BAB 11
Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,
bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa
dan Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua
beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener.
Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan
kelip-kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam
itu Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham
ialah ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia
akan meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada
Muhammad Taufik.
➢ BAB 12
Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya
menggunakan pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai
daerah dan panel penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa
memulakan pembentangan dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan
Muhammad Taufik selesai membuat pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan
Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti
cadangan mereka untuk mewartakan Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap
yang pertama di negara ini.
➢ BAB 13
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann
Arlington- Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea
projek Kawasan Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal
itu bermakna dia tidak dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu
daripada syarikat miliknya. Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan
kekayaan. Dia merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham
wanita yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa
memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan membuat pembentangan terbuka
tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan
orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar dan
memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek
tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan pendiriannya, dan rasa
tamaknya.
➢ BAB 14
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang
diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk
memberi sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul
Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek
tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan
Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari
tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai.
Menteri Besar turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir
pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan
mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan
dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi
menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak
dapat melaksanakan projek tersebut.
➢ BAB 15
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke
rumahnya sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa
terancam. Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari
kebelakangan terdapat tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun
demikian, dia hairan walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih
meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia
menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi mencari Taufik dan
bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian
rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar
Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu walaupun penyerang
mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka meninggalkan telefon
bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital
memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.
➢ BAB 16
Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat
Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa
Muhammad Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa
anak mereka. Nurul Hafsa meminta izin untuk berbual dengan mereka berdua dan
menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di
surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik
yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua
hari kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan
seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin
mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih berkobar-kobar untuk
meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut, Muhammad Taufik
sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai selendang hitam
bermanik Kristal.
➢ BAB 17
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya
berada di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati
beliau agar memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya
merupakan kejadian jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan.
Namun begitu, Muhammad Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu
perkara sebenar bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif
serangan tersebut adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah
seterusnya menghalang projek kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah
Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan
harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai
Kawasan Simpan Langit Gelap.
➢ BAB 18
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja
mencerap populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap
Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan
menggunakan peralatan pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin
kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka
selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan
ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan
ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan pita
pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap.
➢ BAB 19
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang
ke Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam
bermanik kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang
memintanya berada di stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya
bertambah bibang apabila melihat kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa.
Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas
ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa
disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih seperti yang tercatat
dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van tersebut
sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but kereta.
Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa
ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia
cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia
dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.
➢ BAB 20
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad
Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah
kerana tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin
mencapai sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal
sekalipun, mereka masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol
atau membunuh mangsa. Dengan bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika
dia berjalan seorang diri, dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman
bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin
dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan menyerahkan segalnya kapada Allah.
Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita setiap jam di semua stesen
televisyen tempatan.
➢ BAB 21
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik
tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur.
Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan
ringkas yang dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga
Dedaun Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa
khabar tentang penculikan sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil.
Seorang penduduk tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di
sebuah ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak
Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan.
Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik berjaya diselamatkan.
➢ BAB 22
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan
Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam
majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia
telah mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari
pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan
hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau Nurul Hafsa.
Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang baru
selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua
kelip-kelip terakhir di dunia.
j) SILIR DAKSINA KRYA NIZAR PARMAN
➢ BAB 1
Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat.
Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang
pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah
Kayan. Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,masih di sekolah tadika.
Uminya membuka rahsia tentang dirinya bahawa ayahnya bukan walid. Haiqal bertanya
tentang ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka.
Haiqal menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan.
➢ BAB 2
Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di Pantai Batu Buruk.
Kawan sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM
sebaliknya membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal
meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan
baik. Haikal memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. Sambil
mereka bersiar-siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.
Ratna tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu.
Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi
walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya.
Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu
Pahat Johor
➢ BAB 3
Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak
tari penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin
dan menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan
perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku
sebenarnya teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai
Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk
menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi
atau cerpen ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran dengan
aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama
tidak ditoreh. Ketika itu Tauke Lim datang dengan motosikal Honda 70cc.
Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari kampung halamannya
kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat
gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah
sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di
bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan
membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai
menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku.
Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang
undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan SPM.
Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling
seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar.
Aku kembali teringat kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim
muncul dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana
keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan bateri. Ai Ching diturunkan di tepi
jalan besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama
ke Sekolah Kebangsaan Seri Purnama. Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran
Melayu dan Cina tidak penting. Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. Aku
mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu
ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayangbayang Aiman di
dalam pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di
dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya.
Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu
oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan
Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun
aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan
arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling
tidak selesa.
Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu
menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan
persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam
perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar.
Tauke Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas
jasa aku menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai
Ling menjenguk dari muka pintu dan aku berasa alangkah bahagianya jika yang
tersenyum itu Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu
menerima tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang sering
membantunya ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang
kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling
menaiki kereta aku ke sekolah. Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti
anaknya sendiri. Tauke Lim meminta aku bersabar dan yakin Aiman akan datang
mencarinya suatu hari nanti. Bagi menenangkan perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan
orang-orang kampung amat sayang akan aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan
sehingga nama kampung menjadi popular.
Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai
Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D”Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji
Salam memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan
pegawai Yayasan Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan
Warisan Negeri akan membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan
mewartakan sebagai satu rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan.
Semua bersetuju untuk memberi persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin
jincat setelah terkubur begitu lama. Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli
kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim bersetuju untuk
menanggung perbelanjaan jamuan tetamu. Aku terus berbincang dengan Roslan tentang
persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir mencadangkan slot deklamasi puisi tentang
sejarah zapin jincat aku (yang dipanggil Zam) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar
tidak terus merajuk sehingga tidak lagi meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku
tertanya-tanya kepada dirinya sendiri sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah
lama tewas dengan masalah hidupnya sendiri.
Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15
orang pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu.
Semasa di dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku
puisi. Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca
buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya
mendeklamasi sajak pada petang itu. Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai Ling sampai
ditemani kakanya Ai Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan
kasih sayang. Aku terus mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat persembahan
deklamasi sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa
sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya.
Ai Ling memenangi pertandingan mendeklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah
mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua
pelanggan di warung Abang Dollah. Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku.
Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali
membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu
akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak
muda kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang,
bergurindam dan berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika
tidak digiatkan kembali Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi
seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu
aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang guru yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang
dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa orang pemuda berlatih memalu kompang di
balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat mereka akan sama-sama mendeklamasi
sajak secara spontan yang menggelikan hati. Fikiran aku masih bercelaru. Sehingga lewat
malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata Abang Bakir. Sama ada aku masih
merajuk. Aku tidak pernah bercerita tentang keresahan hatinya sejak berpisah dengan
isterinya. Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk berkarya. Aku terus dihantui
perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping potret ketika Aiman berusia
setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai hidup aku. Aku menjadi seperti
arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling Cadangan Abang Bakir direstui Haji
Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak sebelum persembahan zapin dimulakan.
Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam itu. Kawasan balai raya dipenuhi
penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam. Ai Ling mula mendeklamasikan sajak. Aku
mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman mendeklamasikan sajak ciptaannya
pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan gemuruh diberikan kepada Ai
Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati terhadap Aiman aku hilangkan
sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama memulakan persembahan. Aku
mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil yang panjang.Suasana malam
itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk kampung. Majlis
tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan makanan
tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari
maklumat tentang zapin jincat.
Hasil dari persembahan tersebut kumpulan D’Purnama akan dapat membeli alat muzik
zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja keras menarik golongan
pelapis muda untuk menyertai program budaya di kampung itu. Aku memberikan
keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan
dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang
sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup.
Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun
kesihatan aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku
merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku
membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di
situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku
memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung ke situ. Aku terkesima apabila Ai
Ling bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia dengan Ai Ling Ai Ling berasa
simpati akan aku. Ai Ling memberitahu aku bahawa arwah ayahnya amat sayang akan
aku. Aku terus dihurung keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam
rumahtangganya.
Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat
mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung Bersama Puisi
yang akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju
mendeklamasikan sasak. Persiapan semakin rancak. Semua penduduk kampung yang
terlibat bersungguh- sungguh menjalani latihan. Kumpulan zapin juga berlatih dua atau
tiga kali seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak. Aku menyemak draf
buku program yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan
kesihatan yang kurang baik hanya berdoa kepada Allah untuk memberikan kekuatan
kepadanya. Ai Ling datang ke rumah aku membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim.
Mereka berbua-bual sambil menikmati apam balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan
manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi orang pertama yang membaca
manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan menghargai saat bersama- sama
bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya kepada aku tentang wajahnya yang
kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa termenung jauh mengingati Aiman. Aku hanya
diam.
Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk membuat persiapan untuk Malam Sekampung
Puisi. Aku berharap Aksara yang menjadi impiannya akan tercapai dengan program itu.
Aku hanya berharap mampu menyudah puisi untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku
menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan disimpan di dalam sampul surat besar.
Namun sakitnya semakin kerap menyerang. Dalam keadaan ini aku tibatiba terasa sayu
dan rindu akan Aiman. Aku menangis.
➢ BAB 4
Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan.
Haikal bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal
melonjak-lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana
tidak kenal akan sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan
paling besaar iaitu uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan
seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan
keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu. Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar
untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu Ratna dia sudah selesai
membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang ayahnya itu ialah
tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila Aksara yang
digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna Aksara
yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya. Akan
tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna
,berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan.
Seperti ada persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang
menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang
memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan
pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan
dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid
dan Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.
➢ BAB 5
Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya. Namun tiada sebarang memori yang dia ada
bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal
mula terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai
berkhayal tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan
kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya.
Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan
impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad
untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan
untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di
hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap
wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah
ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang
kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang
ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan
ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu kepada umi.
➢ BAB 6
Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong
keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan
ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya.
Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap
berkeras tidak membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke
kampung halaman ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami
perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara diam-diam.
➢ BAB 7
Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan
ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran
bapa tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa
kemarahan ibunya.
➢ BAB 8
Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri
Purnama. Pemandu teksi iaitu Pak Cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung
kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal
diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah
ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min.
Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.
➢ BAB 9
Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di
halaman rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan
perasaannya yang gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut.
Tauke Ong memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan
tengah hari.
➢ BAB 10
Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur
ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak
mengenangkan arwah ayahnya.
➢ BAB 11
Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu.
Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya
kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan
tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak
mempunyai pengetahuan tentang pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun,
Tauke Ong tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa
sawit. Haiqal banyak belajar tentang kelapa sawit daripada dua orang kampung yang
mengambil upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang
berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada
Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali
remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim
yang seusia dengannya. Haiqal selalu diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal
telah pergi memancing ikan puyu bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka
memancing, Haiqal dapat melihat suasana kampung yang menyebabkan dia teringat
kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah
Haiqal pada malam minggu.
➢ BAB 12
Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan
balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang
kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih
terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung.
Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah
hasil daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut
dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-
gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa
arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang
bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.
➢ BAB 13
Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung
Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik
Bakar. Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.
➢ BAB 14
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk
bersamasama dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.
➢ BAB 15
Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama
masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.
➢ BAB 16
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi
bersama dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk
menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal tentang
Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan
seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.
5 KEKUATAN SETIAP NOVEL
➢ LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA KARYA ABDUL LATIP TALIB
Terdapat beberapa kekuatan atau kelebihan yang terdapat dalam novel ini. Pertama ialah
novel ini mempunyai pengajaran yang menarik. Sebagai contoh, sifat keberanian dan
ketabahan yang dimiliki watak utama yang dapat memberi impak atau kesan kepada
pembaca. Seterusnya, penulis memasukkan nilai nilai yang positif seperti nilai kasih sayang.
Sebagai contoh, Pak Saidi sanggup mengayuh basikal untuk menghantar leftenan Adnan
belajar di sekolah Inggeris demi mendapatkan pendidikan yang lebih baik. Selain itu,
memasukkan semangat patriotisme dalam penceritaan. Hal ini dapat membangkitkan dan
menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan pembaca. Sebagai contoh, semangat
leftenan Adnan dan rakan-rakan seperjuangannya berkorban untuk negara hingga ke titisan
darah terakhir mereka. Penulis juga menyusun susunan pembesaran atau usia dengan baik
dengan ini pembaca boleh mengetahui penceritaan leftenan Adnan dari kecil sehingga besar.
Akhir sekali, sikap keterbukaan watak dan tidak berfikiran sempit. Sebagai contoh, Pak Saidi
berpendapat bahawa belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari lebih banyak dan pelbagai
ilmu berbanding dengan pembelajaran di sekolah biasa atau sekolah melayu.
➢ DI SEBALIK DINARA KARYA DAYANG NOOR
Terdapat beberapa kekuatan atau kelebihan yang terdapat dalam novel ini. Pertama sekali
ialah kecanggihan teknologi yang dapat menarik minat pembaca. Sebagai contoh, Farisha
boleh berkomunikasi dengan Karl secara tidak sedar semasa Karl mengalami koma.
Seterusnya, pengajaran yang dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian iaitu tidak terlalu
mempercayai dan sentiasa berhati-hati dengan orang sekeliling. Selain itu, kebijaksaan watak
utama dalam menyelesaikan masalah secara bersendirian. Sebagai contoh, Farisha berjaya
mengesan kelemahan Dinara melalui pertanyaannya sendiri. Tema novel ini iaitu sains
fiksyen sangat menarik dan lain daripada yang lain ini akan menarik minat remaja kerana
banyak remaja lebih cenderung ke arah teknologi yang moden. Akhir sekali, nilai murni yang
dapat dicontohi seperti Farisha memikul bean hidupnya tanpa pertolongan sesiap
➢ JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MAT DARIN
Terdapat beberapa kekuatan atau kelebihan yang terdapat dalam novel ini. Pertama sekali,
mempunyai jalan cerita yng saspens. Hal ini akan menimbulkan rasa tertanya- tanya
sewaktu sedang membaca novel secara tidak langsung pembaca menjadi teruja
meneruskan bacaan untuk mengetahui penghujung cerita ini. Sebagai contoh, pembaca
tertanya-tanya tentang siapa yang melarikan kubah surau. Seterusnya, pengajaran yang
boleh diamalkan dalam kehidupan harian seperti kecekalan untuk menghadapi pelbagai
cabaran dan rintangan. Sebagai contoh, Lili tidak pernah menelefon ibunya yang berada
di bandar untuk mengadu nasib sebaliknya, dia berusaha sedaya upaya menempuh semua
ujian tersebut dengan tabah. Selain itu, teknik plot yang baik kerana dapat menarik
perhatian pembaca dengan konflik yang berlaku dalam aliran cerita tersebut. Penulis juga
memasukkan persoalan tentang keganasan rumah tangga yang mampu membuka minda
pembaca. Akhir sekali, novel ini mengajar kita nilai keprihatinan dan mengajar pembaca
untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling.
➢ PANTAI KASIH KARYA AZMAH NORDIN
Terdapat beberapa kekuatan atau kelebihan yang terdapat dalam novel ini. Novel ini
mendedahkan persoalan tentang keruntuhan rumah tangga yang meninggalkan kesan trauma
kepada salah seorang yang memberikan kesedaran kepada pembaca untuk rasa prihatin
terhadap orang sekeliling kita. Selain itu, novel ini bertemakan ketabahan seorang wanita
menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup yang merangsang perasaan pembaca kerana
memberikan kebenaran tentang kehidupan wanita. Seterusnya, perwatakan watak utama
Raiha boleh dijadikan contoh kepada pembaca iaitu seorang yang tegas dan mempunyai
pendirian yang teguh kerana dapat memberikan motivasi kepada wantia untuk menghadapi
dugaan hidupan seharian. Di samping itu, novel ini menceritakan berdasarkan latar tempat
sebuah hospital yang dapat memberikan pendedahan kepada pembaca tentang pendalaman
dan pengerjaan dalaman kerana memberikan rasa realistik. Akhir sekali, novel ini
mengajarkan supaya kita perlulah jujur dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab dan
tidak mengambil kesempatan perkhidmatan kita.
➢ SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP
Terdapat beberapa kekuatan atau kelebihan yang terdapat dalam novel ini. Kekuatan yang
pertama ialah jalan cerita novel yang amat menarik bagi para pembaca terutamanya golongan
remaja. Selain itu, novel ini jugak sedikit membuatkan saya beremosi kerana ia menceritakan
tentang jalan hidup Dahlia sebagai anak sulung yang harus menempuhi pelbagai cabaran
kerana ingin membantu ayahnya. Di samping itu, novel ini mengandungi banyak nilai murni
iaitu pengorbanan seorang kakak yang mementingkan ilmu pendidikan demi masa hadapan
menjaga adik-adiknya kerana keluarga mempunyai masalah kesempitan wang. Seterusnya,
kisah cinta yang terdapat dalam novel ini menarik minat para pembaca golongan remaja pada
zaman kini. Akhir sekali, binaan plot yang tersusun membuatkan para pembaca mudah
fahami jalan cerita novel ini.
➢ TIRANI KARYA BEB SABARIAH
Terdapat beberapa kekuatan atau kelebihan yang terdapat dalam novel ini. Pada pendapat
saya, novel ini mempunyai Teknik imbas muka yang menarik. Hal ini kerana bayangan yang
ditunjukkan dalam novel ini amat jelas dan mudah untuk difahami. Selain itu, novel ini
mempunyai dialog yang menarik antara watak Pertuturan dan perbualan antara dua atau lebih
watak amat menarik dan dramatis. Seterusnya, novel ini menerapkan Teknik imbas Kembali
dengan begitu mantap. Hal ini kerana pengarang menggambarkannya melalui ingatan,
kenangan, lintasan terhadap sesuatu perkara yang telah berlaku dengan begitu jelas.
Disamping itu, novel ini mempunyai monolog dalaman yang menarik. Hal ini kerana
pengarang membuat pengucapan atau pertuturan kata oleh sesuatu watak secara bersendirian
dengan dramatis. Akhir sekali, novel ini mempunyai Teknik pemerian yang hebat. Hal ini
kerana pengarang menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung dengan sangat
bagus.
➢ BIMASAKTI MENARI KARYA SRI ROHAYU MOHD YUSOP
Terdapat beberapa kekuatan atau kelebihan yang terdapat dalam novel ini. Pada pendapat
saya, novel ini mempunyai Teknik imbas muka yang menarik. Hal ini kerana bayangan yang
ditunjukkan dalam novel ini mudah untuk difahami. Selain itu, novel ini mempunyai dialog
yang menarik. Hal ini kerana pertuturan antara dua watak atau lebih amat dramatis dan
mudah untuk difahami. Seterusnya, novel ini mempunyai Teknik imbas kembali yang
menarik. Hal ini kerana pengarang menggambarkan situasi melalui ingatan, lintasan atau
imbasan seseorang dengan kemas dan jelas. Disamping itu, novel ini mempunyai monolog
dalaman yang menarik. Hal ini kerana pengarang telah membuat pengucapan atau tutur kata
dengan sangat gramatis. Akhir sekali, novel ini mempunyai Teknik pemerian yang hebat. Hal
ini kerana pengarang menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa dengan sangat bagus.
➢ SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN
Terdapat beberapa kekuatan atau kelebihan yang terdapat dalam novel . Antara kekuatan
yang terdapat didalam novel ini ialah, teknik imbas muka yang menarik.Hal ini juga kerana
bayangan yang digambarkan didalam novel ini amat mudah untuk difahami. Selain itu, novel
ini mempunyai pertuturan dialog yang menarik didalam perbualan mereka. Seterusnya, novel
ini juga menunjukan beberapa contoh untuk dipelajari didalam kehidupan seharian. Novel ini
juga mempunyai monolog dalaman yang menarik kerana pengarang menyampaikan
pengucapan secara bersendirian dengan gramatis. Akhir sekali, novel ini dikatakan
mempunyai teknik pemerian kerana pengarang menerangkan sesuatu perkara dengan jelas
dan langsung.
5 KElemahan SETIAP NOVEL
➢ LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA KARYA ABDUL LATIP TALIB
Terdapat beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam novel ini. Petama
sekali ialah jalan penceritaan yang terlalu panjang. Hal ini akan menyebabkan pembaca
berasa bosan dan tidak tertarik untuk menghabiskan pembacaan kerana mengambil masa
yang panjang untuk menghabiskannya. Seterusnya, penulis mengabaikan watak sampingan
seperti isteri leftenan Adnan ketika beliau pergi berperang dan tiada pengakhiran tentang
adiknya iaitu Amrullah yang merupakan tentera laut. Selain itu, plot cerita yang
memeningkan kerana plot yang tidak teratur dan lari daripada penceritaan. Di samping itu,
terlalu banyak unsur pembunuhan seperti di dalam bab 32 yang memberitahu bagaimana
Leftenan Adnan dibunuh secara kejam dan ngeri. Hal ini mungkin akan mengakibatkan
pembaca terpengaruh. Akhir sekali, kulit novel yang tidak ceria dan mempunyai kontra yang
hamper sama.
➢ DI SEBALIK DINARA KARYA DAYANG NOOR
Terdapat beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam novel ini. Pertama sekali,
dialog yang banyak dan membosankan. Hal in akan menyebabkan pembaca tidak memahami
dan keliru dengan jalan penceritaan novel. Sebagai contoh, banyak dialog yang tidak
membawa maksud. Penghujung mengecewakan juga menjadi salah satu kelemahan dalam
novel ini iaitu ketika Karl meninggal dunia tanpa memohon maaf kepada shida. Selain itu,
silap beberapa watak yang tidak patut dicontohi atau diikuti. Sebagai contoh, silap Karl
terlalu taksub untuk membuktikan kehebatannya dalam sains sehingga melupakan aspek
kemanusiaan serta watak yang mementingkan diri. Seterusnya, jalan cerita yang
mengelirukan iaitu ketika farid dan amin menculik farisha untuk bertemu ibunya
marilyn.Akhir sekali, pembaca akan menjadi taasub dengan penggunaan teknologi dan
pembaca akan mencuba untuk menjadi penggodam yang tidak pakar kerana ingin mengikuti
jejak watak dalam novel.
➢ JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MAT DARIN
Terdapat beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam novel ini. Petama sekali,
Novel ini mempunyai banyak isu diceritakan yang merraituskan aliran cerita, hal ini dapat
dikaitkan dengan tidak keseimbangan dalam membahagikan bab aliran cerita. Selain itu,
novel ini tidak mempunyai watak yang paling diutamakan kerana Lili tidak mempunyai
peranan yang penting dalam perawalan novel ini. Seterusnya, penutup novel ini tidak
menceritakan tentang perkembangan watak dengan menyeluruh dan tidak lengkap. Akhir
sekali. Teknik plot novel ini amat memeningkan pembaca apabila mempunyai klimaks
berbeza.
➢ PANTAI KASIH KARYA AZMAH NORDIN
Terdapat beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam novel ini. Novel ini
mempunyai aliran cerita yang kadang kala membosankan kepada sesetengah pembaca kerana
mempunyai tema yang tidak menarik minat kesemua pembaca. Di samping itu, novel ini
mempunyai perwatakan beberapa watak sampingan yang terlalu ringkas kerana menyebabkan
pembaca hilang minat pada watak-watak tersebut. Kemudian, binaan plot novel ini
mempunyai perkembangan yang lambat kerana pembaca merasai perkembangan tidak
memberikan kepentingan kepada aliran cerita. Selain itu, cerita tersebut terasa mempunyai
kurang pendalaman dan ringkas agar memberikan pemahaman kepada pembaca tetapi
malahnya juga mengurangkan analisis yang menyebabkan orang hilang minat. Akhir sekali,
cerita ini mempunyai unsur terlalu realistik yang kadang kala menyebabkan orang
menjauhinya kerana terdapat sesetengah pembaca tidak meminati unsur yang terlampau
realistik.