➢ SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP
Terdapat beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam novel ini. Kekurangan
yang pertama ialah penduduk kampung yang tidak mempunyai semangat kemasyarakatan
untuk membantu antara satu sama lain berbanding dengan novel. Akan tetapi dia akhir
penceritaan, semua penduduk kampung telah insaf dan membantu keluarga Embong
membina rumah mereka yang telah hanyut akibat banjir yang berlaku. Selain itu, pengakhiran
jalan cerita novel ini kurang memuaskan bagi pendapat saya. Di samping itu, perwatakan
ayah Dahlia iaitu Embong yang kurang memuaskan kerana tidak mengetahui isi hati anaknya
dan mengatakan bahawa Dahlia kuat semangat mengatasi masalah sedangkan anaknya itu
kusut memikirkan masalah yang dihadapinya. Seterusnya, novel ini banyak menonjolkan
watak Nek Kiah yang hanya membenci keluarga mereka dan tidak membantu apa-apa. Akhir
sekali, watak antagonisnya yang tidak mengganggu watak utama dengan kejam dan insaf
pada akhir penceritaan
➢ TIRANI KARYA BEB SABARIAH
Terdapat beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam novel ini. Pada pendapat
saya, novel ini kekurangan ayat gramatis yang mampu membuat pembaca kurang tertarik.
Hal ini menyebabkan novel ini kurang menarik untuk dibaca. Selain itu, novel ini mempunyai
binaan plot yang kurang menarik. Plot novel ini sukar untuk difahami dan menyukarkan para
pembaca untuk membaca. Seterusnya, novel ini mempunyai pengakhiran cerita yang
tergantung atau tidak menyeluruh. Disamping itu, novel ini mempunyai saspens yang kurang
menarik untuk para pembaca. Melainkan novel lain, novel ini tidak mempunyai cerita yang
begitu menarik. Akhir sekali, novel ini kurang menyampai ayat-ayat tersirat yang
menyebabkan novel ini tidak sehebat novel-novel yang lain.
➢ BIMASAKTI MENARI KARYA SRI ROHAYU MOHD YUSOP
Terdapat beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam novel ini. Pada pendapat
saya. Novel ini kekurangan latar masa yang sesuai dikaitkan untuk menulis sebuah novel
yang cantik. Selain itu, novel ini mempunyai perwatakan seseorang watak yang kurang
menarik, Hal ini boleh menjejaskan keseronokan dan kefahaman pembaca. Seterusnya, novel
ini mempunyai jalan cerita yang kurang menarik melainkan novel yang lain. Jalan cerita
dalam novel ini amat ringkas dan tidak mencapai trend kebanyakan pembaca. Disamping itu,
novel ini menggunakan Bahasa yang sukar difahami kebanyakan pembaca. Dialog dalam
novel ini tidak mencapai tahap kefahaman untuk seorang pelajar. Akhir sekali, novel ini
kekurangan nilai-nilai murni yang menarik bagi para pembaca. Hal ini membuatkan novel ini
kurang menarik seperti novel-novel yang lain.
➢ SILIR DAKSINA KRYA NIZAR PARMAN
Terdapat beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam novel ini. Pertama sekali,
penceritaan kurang menarik dari segi plot akan menyebabkan pembaca berasa bosan kerana
lebih mengharapkan banyak kejutan daripada kisah Haiqal dan mengambil masa yang lama
untuk menghabiskannya. Seterusnya,kurang memberi gambaran tentang situasi atau adegan
dan akan menyebabkan sesetengah pembaca tidak dapat membayangkan sesebuah situasi atau
penceritaan secara dialog kerana terdapat beberapa individu yang lebih gemar untuk melihat
gambaran rajah daripada membacanya. Selain itu, penulis tidak mempraktikkan sedikit
sebanyak nilai kasih sayang di dalam sesebuah situasi. Sebagai contoh, Abdullah Kayan
berpisah dengan isterinya, Rafiqah dan Rafiqah melarang Haiqal berhubung dengan ayahnya
menyebabkan Haiqal tidak mendapat kasih sayang ayahnya. Penceraian yang berlaku dalam
sesebuah keluarga telah menyebabkan seseorang anak tidak mendapat kasih sayang daripada
ayah atau ibu. Di samping itu, watak yang tidak mengasihani orang lain. Sebagai contoh ,
Tauke Lim terpaksa berhijrah ke tempat lain bersama keluarganya kerana harta peninggalan
ayahnya habis dijual oleh abangnya yang gila judi untuk membayar pinjaman daripada ceti
haram. Akhir sekali, penceritaan watak yang mementingkan diri sendiri. Sebagai contoh ,
Rafiqah mementingkan diri sendiri sehingga menyekat Haiqal untuk mengenali wajah ayah
kandungnya dan melawat arwah ayahnya yabg meninggal dunia.
5 cadangan penambahbaikan
SETIAP NOVEL
➢ LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA KARYA ABDUL LATIP TALIB
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang dapat dilakukan bagi menarik minat dan
menaikkan kualiti novel. Pertama sekali, menambah warna dan kontra pada muka hadapan
novel bagi menarik minat pembaca. Seterusnya, meletakkan amaran seperti bahawa terdapat
unsur keganasan atau “untuk pembaca matang” dan sebagainya supaya pemabaca
mebgetahuinya dan tidak terpengaruh. Penulis juga digalakkan untuk menulis novel ini
dalam bahasa lain seperti Bahasa Inggeris dan memasarkannya ke seantero dunia. Selain itu,
membuat sekuel Leftenan Adnan untuk menceritakan tentang kisah dan pengakhiran bagi
adiknya iaitu Amarullah yang merupakan seorang tentera laut. Akhir sekali, menyusun plot
dengan lebih teratur supaya pembaca tidak keliru.
➢ DI SEBALIK DINARA KARYA DAYANG NOOR
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang dapat dilakukan bagi menarik minat dan
menaikkan kualiti novel. Cadangan yang pertama ialah penulis boleh mencipta satu watak
lagi yang bersifat murah hati yang boleh membantu meringankan beban hidup watak utama.
Hal ini kerana terdapat sebuah peristiwa di mana watak utama mengalami waktu yang sukar
dan watak utama menghadapi masalahnya secara berseorangan. Selain itu, memperbaiki
penghujung cerita novel ini. Seterusnya, mengurangkan perbuatan yang tidak menyenangkan
seperti ini dalam novel supaya perkara ini tidak diikuti seperti ketika memasukkan cip dalam
badan seseorang tanpa pengetahuan orang tersebut.Penulis juga perlu mengurangkan
perwatakan watak yang negatif supaya tidak mudah dipengaruhi. Akhir sekali, menambah
warna dan kontra pada kulit buku novel ini supaya dapat menarik perhatian pembaca
➢ JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MAT DARIN
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang dapat dilakukan bagi menarik minat
dan menaikkan kualiti novel. Pertama sekali ialah, merealistikkan sesuatu gambaran objek
dengan lebih logik kerana terdapat kejadian yang tidak realistik seperti ketika Seman mencuri
kubah masjid. Penulis juga perlu menceritakan setiap perkara yang telah berlaku dengan lebih
terperinci. Hal ini kerana terdapat beberapa jalan penceritaan tergantung dan akan membuat
pembaca tertanya-tanya. Seterusnya, menyatakan umur watak dengan tepat kerana
menimbulkan persoalan dalam kalangan pembaca ketika terdapat penceritaan yang
melibatkan umur. Selain itu, menerapkan lebih banyak unsur unsur nilai – nilai murni.
Penulis juga boleh memperbaiki pengakhiran plot atau novel kerana penceritaan yang tidak
lengkap membuatkan pembaca tidak puas hati. Akhir sekali, sentiasa fokus terhadap plot atau
jalan penceritaan yang utama.
➢ PANTAI KASIH KARYA AZMAH NORDIN
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang dapat dilakukan bagi menarik minat
dan menaikkan kualiti novel. Pertama sekali ialah dengan memperbanyakkan nilai dan moral
yang postif supaya ia boleh menjejaskan kesesuaian bagi pelajar-pelajar yang membaca
sesebuah novel yang mempunyai nilai negatif yang lebih banyak. Hal ini kerana pelajar akan
terpengaruh untuk mengikuti perkara atau nilai yang negatif itu. Selain itu, menepati
matlamat subjek kompenan satera(komsas) dan bukan hanya berkonsepkan populariti semata-
mata. Antara matlamat komsas ialah membentuk pembangunan diri dan memupuk nilai
murni dalam kalangan pelajar. Seterusnya, menceritakan tentang jalan penceritaan dengan
lebih teratur dan kemas kerana ia merupakan tajuk utama. Akhir sekali, mengurangkan
konflik konflik atau plot kerana jalan cerita itu terlalu banyak persoalan yang dibangkitkan.
➢ SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang dapat dilakukan bagi menarik minat dan
menaikkan kualiti novel. Pertama sekali, menambah ilustrasi sesuai dengan adegan atau
babak yang ditulus supaya pelajar dan pembaca lebih tertarik untuk membaca. Seterusnya,
memberitahu kesan atau faktor memilih kawan yang salah. Hal ini kerana mungkin
sesetengah pembaca akan terpengaruh. Sebagai contoh, adik Dahlia iaitu Abu bakar menjadi
malas belajar kerana terpengaruh dengan rakan rakannya. Penulis juga boleh menukar nama
watak kerana tidak sesuai dan mengelirukan pembaca seperti Siti Wangi yang merupakan
kawan baik Dahlia dan ejaan bagi nama Embong. Selain itu, memberikan peranan penting
kepada watak sampingan yang menyokong watak utama lebih banyak. Sebagai contoh,
memberikan adegan yang lebih banyak kepada Siti Wangi dalam menyokong Dahlia ketika
Dahlia ditimpa ujian atau masalah. Akhir sekali, memotong atau memendekkan jalan
penceritaan kerana ia akan menyebabkan pembaca berasa bosan.
➢ TIRANI KARYA BEB SABARIAH
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang dapat dilakukan bagi menarik minat dan
menaikkan kualiti novel. Pertama sekali, maksud bagi setiap ayat yang ditulis dalam Bahasa
Indonesia ke Bahasa Melayu supaya pembaca lebih mudah untuk memahami ayat yang ingin
disampaikan oleh penulis. Selain itu, mengurangkan nilai dan moral yang negatif supaya
tidak diikuti oleh pembaca. Sebagai contoh, sikap cemburu buta menguasai diri Zahid
sehingga tergamak untuk menceraikan isterinya sendiri. Penulis juga boleh mengubahsuai
nama bagi novel kerana tidak berkait dengan watak utama iaitu Waheeda. Seterusnya,
mengubah adegan terakhir kerana ramai pembaca tidak bersetuju dengan pengakhiran cerita.
Hal ini kerana pembaca menginginkan pembalasan buat Zahid kerana ceraikan Waheeda
disebabkan perasaan cemburu buta. Akhir sekali, fokus pada plot penulisan yang ingin ditulis
kerana jika tidak penceritaan akan menjadi panjang
➢ BIMASAKTI MENARI KARYA SRI ROHAYU MOHD YUSOP
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang dapat dilakukan bagi menarik minat dan
menaikkan kualiti novel. Pertama sekali, mengubahsuai kulit buku supaya menarik minat
pembaca.Selain itu, mengurangkan perwatakan yang negatif sesebuah watak supaya tidak
dijadikak ikutan buat kalangan pembaca. Sebaliknya, penulis boleh menambah lebih banyak
nilai dan moral yang positif.Seterusnya, menerangkan plot dengan lebih teliti dan teratur agar
pembaca tidak keliru dengan jalan penceritaan novel ini. Akhir sekali, penulis juga boleh
menambah element suspens agar pembaca tertanya-tanya dan teknologi semasa untuk
menarik minat pembaca.
➢ SILIR DAKSINA KRYA NIZAR PARMAN
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang dapat dilakukan bagi menarik minat dan
menaikkan kualiti novel. Pertama sekali, Mengurangkan perwatakan yang negatif supaya
pembaca tidak terpengaruh. Seterusnya, mengurangkan penceritaan latar belakang watak
sampingan. Hal ini kerana ia akan menyebabkan penceritaan semakin panjang dan
mengganggu plot utama. Penulis juga perlu mengatur susunan plot dengan lebih teratur dan
mengembangkan beberapa plot yang berkaitan dengan plot utama . Sebagai contoh, penulis
tidak menceritakan apakah faktor yang membuatkan Rafiqah membenci Abdul Kayan. Selain
itu,menerapkan lebih banyak nilai dan moral yang positif supaya dapat diikuti serta menjadi
tauladan kepada pembaca. Akhir sekali, menambah ilustrasi supaya pembaca dapat
berimaginasi tentang situasi itu.
RujukAN
1) RUJUKAN NOVEL
➢ LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA KARYA ABDUL LATIP TALIB
➢ DI SEBALIK DINARA KARYA DAYANG NOOR
➢ JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MAT DARIN
➢ PANTAI KASIH KARYA AZMAH NORDIN
➢ SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP
➢ TIRANI KARYA BEB SABARIAH
➢ BIMASAKTI MENARI KARYA SRI ROHAYU MOHD YUSOP
➢ SILIR DAKSINA KRYA NIZAR PARMAN
2) RUJUKAN LAMAN WEB
➢ https://www.edubest.edu.my/wp-content/uploads/2020/04/Sinopsis-Novel-
Leftenan-Adnan.pdf
➢ https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/07/Komsas-Bahasa-
Melayu-Tingkatan-4-Kajian-Novel-Di-Sebalik-Dinara-Dayang-Noor.pdf
➢ https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/07/Jendela-
Menghadap-Jalan.pdf
➢ https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/07/Komsas-Bahasa-
Melayu-Tingkatan-4-Kajian-Novel-Pantai-Kasih-Azmah-Nordin.pdf
➢ https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-songket-berbenang-emas.html
➢ https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/09/NOVEL-
TIRANI.pdf
➢ https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2019/10/Novel-Bimasakti-
Menari.pdf
➢ https://terusmaju2.wordpress.com/2018/04/11/tema-dan-persoalan-komsas-
tingkatan-5/
➢ https://pts.com.my/penulis/abdul_latip_bin_talib
➢ https://www.amazon.com/Dayang-
Noor/e/B006X7T0GE%3Fref=dbs_a_mng_rwt_scns_share
➢ http://ruhaini-matdarin.blogspot.com/2015/11/biodata-ruhaini-matdarin-dan-buku-
yang.html
➢ http://uthayasankarsb.blogspot.com/2009/09/azmah-nordin.html
➢ http://mieadham86.blogspot.com/2016/01/sinopsis-novel-songket-berbenang-
emas.html
➢ http://penulissarawak.blogspot.com/2008/06/beb-sabariah.html
➢ https://pts.com.my/penulis/sri-rahayu-mohd-yusop
➢ http://klikweb.dbp.my/?cat=3&paged=2
➢ https://qcikgubm.blogspot.com/2018/02/novel-silir-daksina-tingkatan-5-spm.html
➢