The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-66212473, 2021-07-28 01:38:24

1. Nota Sem 1

1. Nota Sem 1

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

3. Wali tinggal jauh lebih dua marhalah
4. Wali dalam penjara atau tahanan.
5. Wali sedang ihram.
6. Wali menyembunyikan diri.
7. Wali enggan mewalikan perkahwinan.

(3) Huraikan syarat sah nikah yang dilakukan wali mujbir.

1. Tiada perseteruan antara wali mujbir dengan gadis.
2. Gadis dengan lelaki yang dinikahinya juga tidak ada permusuhan.

3. Lelaki yang akan dinikahkan dengan perempuan sekufu.

4. Pengantin lelaki sanggup membayar maskahwin kepada gadis yang akan dikahwini.
5. Hendaklah mas kahwin setanding (dengan mahar mithil)
6. Maskahwin itu hendaklah wang yang diperlakukan dalam negeri itu.

7. Bakal suami itu bukan orang yang menyusahkan bakal isteri untuk hidup bersamanya
seperti orang buta/terlalu tua.

(4) Huraikan perkahwinan melalui perwakilan dan pendapat ulama mengenai
syarat sah wakil perkahwinan
Kuasa perwakilan itu berkekalan, maka dia boleh melaksanakan apa yang diwakilkan
kepadanya.

Syarat sah wakil perkahwinan

 Hanafiah berpendapat :

Sah wakil akad nikah dari lelaki dan perempuan apabila kedua-duanya itu
sempurna keahliannya (mukallaf dan merdeka).

 Jumhur Ulama’ :

Tidak sah bagi perempuan mewakilkan kepada orang lain untuk mengahwininya selain dari
walinya sahaja, kerana perempuan itu tidak boleh memiliki kelulusan akad dengan dirinya
sendiri, oleh itu dia tidak boleh mewakilkan kepada orang lain tentang perkahwinan itu
tetapi harus bagi wali mujbir mewakilkan kepada orang lain untuk mengahwini perempuan
itu tanpa izin darinya

Syarat/kelayakan bagi orang yang menjadi wali/wakil wali

 Hendaklah orang lelaki
 Hendaklah yang mukallaf (sempurna akal dan baligh)
 Hendaklah merdeka
 Hendaklah beragama Islam
 Tidak dalam mengerjakan ihram haji atau umrah
 Bukan yang kurang akal

 Wali bukan mujbir tidak harus baginya mewakilkan tanpa keizinan perempuan.
Sekiranya yang mewakilkan bukan mujbir sebelum meminta keizinan, perkahwinan itu
tidak sah pada qaul Sohih kerana wali bukan mujbir itu tidak memiliki kuasa
perkahwinan dengan sendirinya, maka bagaimana dia hendak mewakilkan kepada
orang lain

Sejauh mana kebaikan perwakilan?

Us Hajida Smkani Besut Page 51

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Pendapat Hanafiah
Wakil perkahwinan itu samalah seperti wakil dalam semua jenis akad, maka harus bagi
wakil pada mewakilkannya kepada orang lain, kerana orang yang mewakilkannya itu
telah pun redha.

Hak-hak akad pada perwakilan tentang perkahwinan

1. Kerja-kerja mestilah dilakukan untuk meluluskan kehendak akad seperti penyerahan
dan yang diserahkan, menyempurnakan dan yang disempurnakan.

2. Dituntut isteri menyerahkan diri kepada suaminya dan juga suami dituntut
membayar mas kahwin kepada isterinya (perempuan yang berhak menerima mas
kahwin) dan tidak boleh wakilnya itu menerima kecuali dengan keizinan secara jelas.

2.3 Perempuan Yang Haram Dikahwini

Nyatakan perempuan yang haram dikahwini disebabkan persemendaan dan kerabat.

Perempuan yang haram dikahwini :

1. Haram untuk selama-lamanya (muabad)

 Haram dengan sebab kerabat (keturunan)
 Haram dengan sebab musaharah (persemendaan)
 Haram dengan sebab radhaah (penyusuan)

Larangan dengan sebab persemendaan (musaharah)
i. Emak mertua dan ke atas.
ii. Anak tiri perempuan dan anak-anaknya hingga ke bawah apabila sudah disetubuhi

emaknya.
iii. Menantu perempuan, anak-anaknya dan ke bawah.
iv. Isteri bapa (ibu tiri)dan ke atas.
Larangan dengan sebab kerabat (keturunan)
i. Ibu, nenek dan ke atas.
ii. Anak perempuan, cucu, cicit dan ke bawah.
iii. Adik beradik perempuan seibu sebapa.
iv. Adik beradik perempuan sebapa.
v. Adik perempuan seibu.
vi. Emak saudara sebelah ibu dan ke atas.
vii. Emak saudara sebelah bapa dan adik beradik perempuan kepada datuk(nenek saudara)
viii. Anak saudara perempuan daripada adik beradik perempuan seibu sebapa dan ke

bawah.
ix. Anak saudara perempuan daripada adik beradik lelaki seibu sebapa
x. Anak perempuan daripada adik beradik sebapa.

Us Hajida Smkani Besut Page 52

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Larangan sebab penyusuan (rada’ah)
1. Ibu yang menyusukannya sehingga ke atas.
2. Saudara perempuan sesusu dengannya.
3. Semua adik beradik kepada ibu yang menyusukan.
4. Semua adik beradik kepada bapa susuan.
5. Anak-anak cucu yang menyusu itu dengan keluarga ibu susuan.

(b) Nyatakan perempuan yang haram dikahwini kerana susuan dan syarat-

Syarat-syarat haram dengan sebab susuan
i. Penyusu:

Seorang wanita yang masih hidup, berkemungkinan dapat melahirkan anak dan telah
baligh.

ii. Air susu:
Susu yang diberi tidak semesti berbentuk asal boleh diubah menjadi keju, mentega, susu
masam atau yogurt yang penting mestilah masuk dalam rongga dan sampai ke dalam
perut bayi serta mengenyangkan.

iii. Tempat susuan:
Maksud tempat ialah perut bayi yang masih hidup iaitu air susu tersebut masuk ke
dalam rongga dan perut besar sama ada dengan cara hisapan dengan mulutnya sendiri
pada tetek atau dituangkan ke dalam mulut atau diperahkan kemudian di tuang ke
dalam mulut.

iv. Bayi yang disusukan
Belum melebihi dua tahun menurut kiraan hijrah. Sabda Rasulullah s.a.w

‫لا رضاعة إلا فى الحولين‬

v. Bilangan menyusu
Tidak kurang lima kali kenyang dan secara terpisah-pisah.

2. Huraikan perempuan yang haram dikahwini untuk sementara waktu (muakkat) .

i. Perempuan yang masih dalam iddah.
ii. Perempuan yang ditalak tiga.
iii. Perempuan yang bersuami.
iv. Perempuan yang hamil hasil perzinaan.
v. Perempuan yang tidak beragama dengan agama samawi.
vi. Dengan mengumpulkan dua beradik atau anak saudara dengan emak saudara dalam

satu masa (permaduan) atau
vii. dengan mahramnya pada satu masa.
viii. Perempuan kelima untuk lelaki yang mempunyai empat isteri.

2.4 Persoalan Semasa Tentang Perkahwinan

(1) Kahwin lari
Ialah perkahwinan yang dilakukan tanpa kebenaran wali mujbir dengan sebab tertentu.
Sebabnya ialah:

(1) kedua ibu bapa tidak bersetuju dengan pilihan anaknya.
(2) Bapa paksa anak gadisnya berkahwin dengan teruna yang tidak dipersetujui oleh anak

Us Hajida Smkani Besut Page 53

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

gadisnya.
(3) Tertipu oleh sindiket yang tidak bertanggungjawab
(4) Mengelak dari diketahui umum
(5) Kerana hendak berpoligami tanpa mendapat kebenaran dari yang berhak memberi

keizinan dan kebenaran.
Hukumnya – tidak sah

Menurut pandangan Islam sah, sekiranya :
(1) tempat dilakukan akad nikah itu jauh dari tempat beradanya wali(lebih dari dua

marhalah)
(2) perkahwinan itu hendaklah dilakukan oleh wali raja (hakim)
(3) sekiranya, menggunakan wali tahkim sedangkan wali hakim ada, hukumnya tidak sah.
Kesan kahwin lari :
1. Penyebab hubungan kekeluargaan antara pasangan dengan ibu bapa, mertua dan kerabat

menjadi renggang serta tidak ada saling hormat-menghormati.
2. Wujudnya konflik dan tersisih akibat membelakangi nasihat, pandangan, dan tidak

utamakan pandangan ikhlas keluarga.
3. Tindakan terburu-buru dan mereka yang ambil keputusan kahwin lari akan

menimbulkan fitnah dan dipandang serong oleh masyarakat.
4. Sebab hubungan kekeluargaan antara pasangan dengan ibu bapa, mertua dan kerabat

menjadi renggang serta tidak ada saling hormat-menghormati.
5. Wujudnya konflik dan tersisih akibat membelakangi nasihat, pandangan, dant tidak

utamakan pandangan ikhlas keluarga.
6. Tindakan terburu-buru dan mereka yang ambil keputuan kahwin lari kan timbulkan

fitnah dan dipandang serong oleh masyarakat.
ii. Prosedur Poligami

(a) Jelaskan sebab-sebab Islam mengharuskan berpoligami. Sejauhmanakah amalan
itu menepati hukum syarak. Atau Terangkan syarat-syarat yang digariskan untuk
membolehkan seseorang lelaki itu berpoligami.

Pengertian poligami:

Mengahwini perempuan lebih daripada seorang melalui akad nikah yang sah.

Sebab-sebab Islam mengharuskan poligami:
1. Dapat menyambung keturunan kerana isteri pertama tidak dapat memberikan zuriat
2. Dapat melindungi wanita yang tidak bernasib baik
3. Dapat menghindari perbuatan maksiat
4. Dapat membela anak yatim dan janda
5. Isteri mandul
6. Suami yang terlalu kuat nafsu seks
7. Kaum wanita lebih ramai dari kaum lelaki.

Walaupun Islam mengharuskan poligami , namun amalan tersebut bukanlah sesuatu yang
digalakkan dan seseorang yang ingin melakukannya mestilah berjaya memenuhi syarat
tertentu yang ketat, iaitu mampu berlaku adil secara menyeluruh.

Us Hajida Smkani Besut Page 54

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

(b)Terangkan syarat-syarat yang digariskan untuk membolehkan seseorang lelaki
itu berpoligami.

Syarat-syarat yang digariskan untuk membolehkan seseorang lelaki itu berpoligami ialah:

i. Islam dan bertakwa serta memahami konsep poligami mengikut syariat Islam.
ii. Berlaku adil kepada semua isteri dari segi nafkah zahir dan batin (makanan,

pakaian, tempat tinggal dan giliran meniduri isteri).
iii. Berkemampuan dari segi zahir dan batin.

iv. Tidak melebihi 4 orang dalam satu masa.

v. Tidak menghimpunkan antara perempuan itu dengan mahramnya.

Maksud adil dalam poligami:
Pemberian nafkah zahir (makanan , tempat tinggal secara adil kepada isteri-isteri dan
pembahagian nafkah batin iaitu pembahagian bermalam secara adil, meniduri isteri).

iii. Kahwin Mut’ah

Bicangkan pendapat ulama tentang nikah mut’ah.
Pengertian nikah Mut’ah dari segi bahasa:
Seronok dan bekalan yang sedikit atau benda yang digunakan dengan senang hati.
Istilah:
Akad perkahwinan yang dilakukan dengan tujuan berseronok untuk sementara waktu
sahaja dan sesudah cukup tempoh yang dijanjikan mereka bercerai tanpa talak.

Hukum nikah Mut’ah

i. Jumhur ulama : Haram
Nikah mut’ah adalah batal dan haram selamanya.
ii. Ijma’ ulama’ : harus.
iii. Syiah :

Pegangan Ulama Syiah
Berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh muslim daripada Sibran yang
mengatakan:

Dalil:

...... ‫ ثم لم تخرج حتى نهانا عنها‬, ‫امرنا رسول الله (ص) بالمتعة عام الفتح حين دخلنا مكة‬

Pegangan Ulama Sunni
Berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh ‫ ابن ماجه‬bahawa Rasullullah s.a.w.
bersabda:

‫يا ايها الناس إنى كنت اذنت فى الاستمتاع إلا وان الله حرمها ألى يوم القيامة‬

Kesan hukum nikah mutaah:

 Tidak sah kerana tidak ada wali dan saksi.

 Tidak dikenakan hukuman had kecuali ta’zir.

 Timbulnya masalah hak perlindungan terhadap bekas isteri yang tercerai dengan
sendiri.

Us Hajida Smkani Besut Page 55

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

 Tidak boleh didaftarkan di Jabatan Agama Islam negeri-negeri, masalah timbul apabila
berlaku perceraian iaitu dari segi hak nafkah anak dan hak sepencarian. Begitu juga
masalah akan timbul apabila tuntutan dibuat tentang nafkah yang diabai oleh suami
dengan sengaja.

 Masalah timbul apabila berlaku perceraian mengenai nafkah anak.
 Masalah timbul apabila tuntutan tentang nafkah yang diabaikan oleh suami dengan

sengaja.

Bincangkan keperluan asasi yang wajib ke atas suami terhadap isterinya menurut
undang-udang keluarga Islam di Malaysia.

Suami adalah ketua keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan keluarganya
ialah:

1. Tanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin.
2. Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.

Dalil:

                                     

             

Hendaklah orang Yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa Yang di
sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa Yang diberikan Allah kepadanya
(sekadar Yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) Yang
diberikan Allah kepadaNya. (orang-orang Yang Dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah
akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

3. Membayar mas kahwin kepada isteri.
4. Tanggungjawab dari segi kebendaan : iaitu memberi pakaian, tempat tinggal, alat

kebersihan seperti sikat, alat-alat membersih rumah, alat keperluan dapur, perabut,
hamparan dan orang gaji.
5. Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
6. Suami mestilah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang baik kepada isteri mereka
dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa .

7. Memberikan layanan yang baik sama ada dari segi tingkah laku, perbuatan tutur kata
dan contoh tauladan yang baik.

8. Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.

(b) Jelaskan tanggungjawab isteri terhadap suami berserta dalil al-Quran atau hadis.
Dalam sesebuah rumahtangga, isteri juga mempunyai tanggungjawab tertentu yang wajib
dipenuhi,antaranya ialah:

1. Isteri mestilah sentiasa mentaati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka
selama mana suami itu tidak menyuruh atau melakukan pekara yang bertentangan
dengan agama.

2. Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa
sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’ contohnya ketika bersih daripada haid dan nifas.

                                      

Us Hajida Smkani Besut Page 56

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

             

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara
yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta
ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai
Muhammad) kepada orang-orang yang beriman

(Al-Baqarah :223)

3. Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa
ketiadaannya.

4. Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik serta dengan
keizinannya terlebih dahulu.

5. Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.
6. Isteri mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan pekara yang

mendatangkan kesenangan hati suami mereka.
7. Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.
8. Sentiasa memberi layanan yang baik kepada suaminya.

(c )Tanggungjawab bersama antara suami dan isteri:

1. Tanggungjawab terhadap harta benda:
Disimpan atau dijaga dengan baik seperti wang, emas, perak atau yang bermanfaat
seperti rumah, kenderaaan.

2. Tanggungjawab terhadap anak-anak:
Dipelihara dan dibela dengan baik dengan memberi didikan dengan sempurna serta
nafkah yang sewajarnya dan dinisbahkan (diakui) anak tersebut anaknya.

3. Tanggungjawab terhadap pendidikan:
Bertanggungjawab untuk membentukdan mendidik dengan pendidikan yang sempurna
terutama pendidikan agama dan pendidikan keduniaan.

4. Tanggungjawab terhadap urusan rumahtangga:
Hidup dengan harmoni, kasih sayang, tolong menolong dan percaya mempercayai serta
bergaul dengan cara yang baik.

3. TALAK

3.1 Konsep Talak
3.2 Jenis Talak dan Hukumnya
3.3 Pembubaran Perkahwian
3.4 Persoalan Semasa Tentang Talak

1. Jelaskan konsep talak dari segi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat dan
hikmat.

Pengertian Talak:

Menurut bahasa : ialah cerai atau melepaskan ikatan.

Menurut istilah : ialah merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz cerai
atau yang mengandungi makna seumpamanya.

Contoh lafaz talak ialah
seperti kata suami kepada isteri "aku ceraikan engkau".

Dalil Talak:

Us Hajida Smkani Besut Page 57

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka
ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu
(dengan betul)

Hukum talak:

I. Wajib : iaitu dalam keadaan tidak ada penyelesaian lain di antara mereka kecuali
ii. Sunat : bercerai menurut pendapat hakim.
Iii. Haram: iaitu dalam keadaan suami tidak sanggup lagi menanggung nafkah atau si
iv. Makruh: isteri tidak menjaga kehormatan dirinya.
v. Harus : iaitu menjatuhkan talak tidak mengikut peraturan seperti yang telah
ditetapkan syarak.
iaitu jika suami menceraikan isteri yang baik dan tidak terdapat apa-apa
kesalahan.
iaitu sebagai hukum asal.

Rukun dan syarat talak
i. Berakal
ii. Baligh
iii. Pilihan sendiri
iv. Niat hendak talak
v. Ada kuasa utuk mentalak
vi. Akad nikah yang sah
vii. Berada dalam kekuasaan suami

Hikmat talak:
1. Memberi peluang memulakan hidup baru dengan pasangan lain yang lebih sesuai.

2. Memberi pengajaran dankeinsafan kepada pasangan tersebut supaya memperbaiki
kesilapan diri masing-masing.

3. Dapat mengurangkan tekanan emosi suami dan isteri dan mendapat ketenangan
apabila masalah dapat diselesaikan dengan baik.

2. Jelaskan Jenis-jenis iaitu talak sunni, talak bid’e, talak ba’in, dan talak raj’i dari
segi hukum dan implikasinya

Berdasarkan kepada Isteri iaitu talak dari segi sunni dan bid'ie

i. Talak sunni
Penceraian yang sunat dilakukan dengan mengikut kaedah-kaedah yang diharuskan
oleh syara’ seperti menceraikan isteri dengan talak satu dalam keadaan suci daripada
haid dan tidak disetubuhi. Atau jika ia menghendaki menceraikan isteri dengan talak
tiga sekalipun hendaklah dengan menceraikannya pada setiap kali suci satu talak.

ii. Talak bid’ie
Penceraian yang dilakukan dengan kaedah yang menyalahi kehendak syara’

i. Menceraikan isteri dalam keadaan haid atau nifas.
ii. Mentalakkan isteri dengan talak 3 sekaligus.
iii. Menceraikan isteri waktu suci yang telah disetubuhi.
iv. Menceraikan isteri yang belum disempurnakan gilirannya.

Us Hajida Smkani Besut Page 58

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Hukum talak ini adalah haram tetapi sah.

iii. Talak Raj'ii :
Iaitu talak yang membolehkan suami merujuk kembali isteri yang diceraikan

i. Tanpa memerlukan akad baru selama masih ada iddah
ii. Tanpa dipersetujui atau direstui isteri
iii. Talak satu atau talak dua.

iv. Talak Bain

i. Talak Bain Sughra :
Tidak boleh rujuk kecuali dengan akad baru dan mas kahwin lain iaitu:

i. Talak melalui khuluk
ii. Talak melalui ila'
iii. Talak sebelum dukhul
iv. Talak melalui fasakh
v. Talak yang telah habis tempoh iddah

ii. Talak bain Kubra :
Perceraian yang sudah sempurna tiga talak, semua perhubungan suami isteri
terputus iaitu:

i. Talak tiga
ii. Talak melalui li'an.

v. Talak bukan sunni dan bukan bid'ah
i. Isteri yang masih kecil, belum datang haid : idahnya dikira iddah bulan.
ii. Perempuan yang putus haid : iddah bulan
iii. Perempuan hamil : iddahnya dengan bersalin
iv. Perceraian secara tebus talak.
v. Perempuan yang diceraikan sebelum dukhul, kerana dia tidak beriddah.

Berdasarkan sighah
(a) Soreh
(b) Kinayah
(c) Ta'lik

3. Mengapakah kuasa talak diberikan oleh Allah kepada suami?
1) Talak sebagai tanggungjawab bukan keistimewaan.
2) Perbelanjaan yang besar sewaktu nikah telah dikelurkan oleh pihak lelaki berupa

hadiah, hantaran, mas kahwin dan belanja walimah.
3) Tanggungjawab rumahtangga di atas bahu lelaki.
4) Tanggungjawab perbelanjaan mut'ah, belanja sewaktu iddah dan nafkah terhadap

anak-anak selepas perceraian.
5) Perbelanjaan yang lebih besar untuk berkahwin lain.
6) Sebagai lelaki, suami mempunyai daya tahan yang lebih dalam menghadapi cabaran

kegoncangan rumahtangga.

4. Huraikan pendapat ulama tentang syarat kesaksian dalam kes talak.

Us Hajida Smkani Besut Page 59

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

1. Kebanyakan para ulama salaf dan khalaf sependapat bahawa talak sah tanpa saksi
kerana dia adalah hak suami dan tidak perlu disaksikan oleh dua orang saksi. Alasan
mereka: Tidak ada keterangan nafi dari nabi s.a.w dan para sahabat yang menunjukkan
perlu adanya saksi dalam perceraian.Perintah mengadakan penyaksian dalam surah At-
Talaq hanya perintah sunat sahaja bukan perintah wajib.

2. Mazhab syiah berpendapat bahawa saksi dalam perceraian adalah wajib dan perceraian
tanpa saksi tidak sah. Dalil mereka:

                           

Maksudnya:

“Maka apabila isteri-isteri telah sampai batas iddah,maka peganglah mereka dengan baik atau ceraikan mereka dengan

baik dan persaksikanlah dengan dua orang lelaki yang adil di antara kamu”. At-Talaq ayat 2.

3. Abu Hanifah r.a mengatakan bahawa saksi dalam perceraian dan rujuk hanya sunat
sahaja. Mengikut pendapat lain pula,Imam Asy-Syafie,adalah sunat dalam kes
perceraian.

3.3 Pembubaran Perkahwinan

Perbandingan antara:

i. Fasakh ii. Khulu’ iii. Ta’lik iv.Faraq

Bil Fasakh Khuluk Tak’liq Faraq

1 Suami isteri berhak Hak isteri meminta Ucapan suami kepada Rukun perkahwinan

menuntut sebab yang daripada suami dengan isteri, kalau kamu pergi, tidak sah

muasabah sebab persetujuan jatuh talak

2 Tidak boleh dirujuk Tidak boleh dirujuk Perkara yang belum Mahkamah yang

kecuali akad yang baru kecuali dengan akad berlaku tetapi mungkin menentukan sah

yang baru akan berlaku kahwin itu

3 Tiada bayaran dengan Isteri dikenakan Isteri yang sah diceraikan Tersilap wali

sebab fasakh bayaran ganti rugi
kepada suami

4 Fasakh tidak Isteri tidak dapat hak Suami hendaklah ada Ada wali tetapi guna
mengurangkan jumlah mut’ah keahlian menajatuhkan wali hakim

talak cerai.

5 Isteri tidak berhak Khuluk akan Llafaz tak`liq tidak boleh Tidak perlu iddah jika

mendapat nafkah mengurangkan jumlah di batalkan apabila telah berkahwin dengan

kecuali tempat tinggal talak diucap pasangan itu juga

6 Membatalkan Isteri tidak berhak Isteri tidak berhak Untuk berkahwin

tanggungjawab suami mendapat nafkah mendapat nafkah tempat dengan lelaki lain

isteri tempat tinggal tinggal perlu menunggu habis
iddah

3.4 Jelaskan Persoalan Semasa Tentang Talak

i. Talak dalam mahkamah:
1. Isteri diceraikan tanpa sebab – suami wajib bayar mut'ah.
2. Perceraian mesti didaftarkan dengan mengisi borang perceraian yang disediakan.
3. Talaq tidak sah sekiranya isteri tidak bersetuju dan permohonan cerai belum
dikemukakan.
4. Qadhi bertindak mendamaikan pasangan, sekiranya gagal boleh diceraikan.

ii. Talak luar mahkamah:
1. Dilafazkan tidak dihadapan qadhi.

Us Hajida Smkani Besut Page 60

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

2. Dari segi syarak – perceraian sah.
3. Dari sudut undang-undang- perceraian tidak diakui.
4. Mahkamah boleh mendakwa pasangan dan dibicarakan serta denda.

iii. Hak hadhanah
Ibu diutamakan bagi hadhanah kerana:
1. Fitrah anak sendiri perlukan kemesraan dan penyusuan ibu
2. Ibu bersifat lemah lembut mampu mendidik anak-anak dengan baik
3. Ibu mampu mengasuh anak dengan kesabaran
4. Ibu mempunyai waktu untuk mengasuh anak berbandingkan bapa.
5. Hak hadhanah bagi lelaki 7 tahun hingga 9 tahun
6. Hak hadha nah bagi perempuan 9 hingga 11 tahun
7. Setelah cerdik anak berhak memilih untuk tinggal bersama ibu atau ayah.

Hilang hak hadhanah
1. Berkahwin dengan lelaki yang tiada pertalian darah dengan anaknya
2. Berkelakuan buruk yang mengancam anaknya
3. Berpindah dengan tujuan menghalang bapa kanak-kanak bertemu anaknya
4. Berpenyakit yang membahayakan kanak-kanak itu
5. Murtad

vi. Talak melalui alat komunikasi elektronik

Keadaan ini tidak menepati adab perceraian yang digariskan oleh syarak
1. Hukumnya Sah
2. Bila disertai dengan niat
3. Dikemukan ke mahkamah syariah untuk mensabitkan talaknya.

v. Tuntutan selepas perceraian

1. Hak kepada mahar yang belum dijelaskan
2. Hak nafkah `iddah
3. Hak terhadap tunggakan nafkah

vi. Kaunseling sebelum perceraian

1. Masalah dapat dikesan dan diatasi pada peringkat awal
2. Hubungan suami isteri menjadi mesra dan harmoni
3. Mempertingkatkan kemahiran dan keupayaan diri
4. Membina keluarga bahagia
5. Menyelesaikan konflik dengan baik
6. Mengelakkan pertelingkahan

4. IDDAH DAN RUJUK

4.1 Konsep Iddah
4.2 Jenis-jenis Iddah dan Tempohnya
4.3 Persoalan semasa tentang Iddah
4.4 Konsep Rujuk
4.5 Persoalan semasa tentang Rujuk

4.1 Konsep Iddah
(a) Terangkan konsep iddah dari segi pengertian, dalil, bahagian dan tempoh iddah
bagi seorang isteri.

Us Hajida Smkani Besut Page 61

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Pengertian :
Iddah ialah tempoh menanti yang wajib terhadap wnita tertentu yang mana ia telah
ditentukan oleh Allah s.w.t bagi isteri yang kematian suami atau diceraikan oleh suaminya
atau difasakh melalui makamah.
Dalil:

                                             

                         

dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu Yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak
(terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan
Yang tidak berhaid. dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan
anak Yang dikandungnya. dan (ingatlah), sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan
baginya Segala urusannya.

Hukum beriddah:

Wajib beriddah Sebab

i. Sebab perceraian yang berlaku selepas dukhul dari hasil perkahwinan yang sah sama
ada perpisahan hidup atau sebab kematian.

ii. Sebab wati subhat
iii. Sebab kematian suami, walaupun kematian itu sebelum dukhul.
iv. Sebab berzina menurut pendapat Al-Malikiah dan al-Hanabilah.

Hikmat iddah:
i. Untuk mengetahui sama ada isteri yanmg diceraikan itu hamil atau tidak – elak

percampuran keturunan.
ii. Untuk memanjangkan masa rujuk jika cerai itu talak rajii'
iii. Sebagai penghormatan kepada suami yang meninggal dunia.

4.2 Bahagian Iddah
1. Jelaskan Iddah dan tempohnya
1. Iddah kematian suami.
i) Perempuan mengandung
Iddah bermula dari tarikh kematian suaminya sehingga bersalin.

ii) Iddah perempuan tak mengandung
Iddah 4 bulan 10 hari

2. Iddah bercerai hidup. (huraian seperti dalam soalan 2)

2. Jelaskan jenis-jenis iddah dan tempohnya.

i. Perempuan hamil
Iddahnya ialah sehingga lahir anak yang dikandungnya itu.

ii. Perempuan yang mempunyai haid
Iddahnya ialah 3 kali suci (quru')

iii. Perempuan yang masih kecil dan putus haid

Us Hajida Smkani Besut Page 62

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Idahnya ialah 3 bulan.
iv. Perempuan yang putus haid disebabkan penyakit yang tak diketahui

Tidak boleh berkahwin sehinggalah datang haid.
v. Perempuan yang putus haid dengan sebab penyakit yang diketahui

Iddahnya ialah sehingga ia datang haid. meskipun masanya lama.
vi. Perempuan yang diceraikan sebelum disetubuhi

Tidak ada iddah.
3. Bilakah seseorang lelaki itu wajib beriddah .

1. Suami yang berkahwin 4 dan dicerai salah seorang lalu dia ingin kahwin lagi
seorang maka dia kena bereddah sepertimana isteri yang diceraikan itu
bereddah.
2. Lelaki yang berkahwin dan bercerai lalu ingin berkahwin dengan saudara
isteri yang diceraikan itu.
3. Suami yang bercerai talak 3 dan ingin merujuk semula dengan isterinya.

4. Ulaskan persoalan semasa tentang iddah seperti di bawah.

i. Konsep ihdad dalam Islam
ii. Pergaulan suami isteri sewaktu iddah
iii. Hak isteri semasa iddah

i. Konsep ihdad /al-hadad (berkabung) dalam Islam
Seseorang wanita yang tidak boleh mengenakan sesuatu yang dapat menarik orang lain
untuk menikahinya seperti pakaian yang menarik dan tidak keluar rumah tanpa keperluan
mendesak, setelah kematian suaminya. Iaitu berkabung dari kematian suami selama 4 bulan
10 hari dan berkabung dari kematian salah satu anggota keluarganya, selain suami iaitu
selama 3 hari sahaja.

ii. Pergaulan suami isteri sewaktu iddah
1. Tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami
2. Tidak boleh menerima pinangan dari orang lain
3. Tidak berkahwin dengan orang lain
4. Suami berhak merujuk pada bila-bila masa walaupun tanpa persetujuan
& pengetahuan isteri selagi belum tamat tempoh iddah

iii. Hak isteri semasa iddah

1. Iddah talak raj’i
Suami wajib memberi nafkah makan, kaian dan tempat tinggal

2. Iddah bukan talak raj’i iaitu talak 3 dan khuluk
i. Hamil : Suami wajib memberi nafkah makan, pakaian dan tempat

tinggal
ii. tidak hamil: Suami wajib menyediakan tempat tinggal sahaja.

3. Iddah kematian suami hamil atau pun tidak
Diberika nafkah tempat tinggal. Tidak wajib diberika nafkah makanan dan
pakaian kerana mendapat pusaka peninggalan suaminya.

4.4 Konsep Rujuk Page 63

Us Hajida Smkani Besut

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

1. Jelaskan kosep rujuk dari segi pengertian, dalil, hukum, cara dan hikmatnya.

Pengertian rujuk:

Bahasa - Kembali /balik.

Istilah - Mengembalikan ikatan perkahwinan daripada talak selain talak ba’in
dalam tempoh iddah/ Kembali semula hidup bersama dengan bekas
isteri yang telah diceraikan dalam tempoh iddah raj'i.

Dalil mengharuskan/membolehkan dirujuk semula

                  

Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus
(isterinya itu) Dengan cara Yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik

Sabda Rasulullah s.a.w:

‫ وإنها زوجتك فى الجنة‬,‫ فإنها صوامة قوامة‬,‫ راجع حفصة‬:‫أتاني جبريل فقال‬

Hukum rujuk:
1. Harus:

Secara umum hukum rujuk itu pada asalnya adalah harus.
2. Sunat :

Jika sekiranya talak itu talak ba'in dan juga sekiranya rujuk itu boleh memberi kebaikan
kepada kedua belah pihak.
3. Makruh:
Iaitu jika perceraian itu lebih baik diteruskan dari merujuk kembali.
4. Haram:
Jika rujuk itu menjadi sebab bagi menyakiti atau mendatangkan kemudaratan kepada
isteri tersebut.
5. Wajib:
Bagi suami yang menceraikan salah seorang isterinya sebelum dia menyempurnakan
gilirannya terhadap isteri yang diceraikan itu.

Cara rujuk:
1. Dengan menggunakan lafaz soreh atau kinayah
2. Dengan perkataan tunai iaitu tidak dikaitkan dengan sesuatu seperti ‘saya rujuk awak

kembali sekiranya awak suka.
3. Lafaz rujuk tidak dihadkan dengan waktu, tidak sah rujuk seperti “saya rujuk awak

semula dalam masa sebulan.

Cara rujuk dalam konteks masyarakat hari ini:
1. Rujuk dan penceraian mestilah dilaksanakan di hadapan kadi / hakim di Mahkamah

Syariah.
2. Tujuannya ialah untuk mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini

kerana sebab-sebab tertentu dan untuk mengelakkan timbulnya fitnah dalam
masyarkat

Hikmat rujuk:

1. Untuk memberi kesedaran dan peluang kepada suami menyedari kesilapan dirinya dan
membaikinya.

2. Supaya isteri juga menyedari kelemahannya dan insaf.

Us Hajida Smkani Besut Page 64

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

3. Supaya masing-masing memikirkan kesilapan masing-masing dan saling bermaaf-
maafan antara mareka serta tidak mengulanginya lagi.

4. Supaya masing-masing bertekad untuk membina hidup baru dan berazam untuk
menunaikan tanggungjawab masing-masing.

5. Supaya berhati-hati dan menjaga hubungan baik dalam keluarga atas ikatan
perkahwinan yang dianugerahkan oleh Allah.

Keadaan yang membolehkan seseorang lelaki merujuk kembali isterinya:
1. Hendaklah isteri yang dicerai itu pernah disetubuhi.
2. Isteri yang dicerai itu tidak ditalak tiga.
3. Isteri yang dicerai itu bukan khuluk.
4. Isteri tersebut masih di dalam iddah.
5. Hendaklah isteri yang dirujuk itu tertentu orangnya.
6. Isteri yang dirujuk itu halal bagi suami yang hendak merujuk.

2. Huraikan syarat-syarat rukun rujuk.
Rukun rujuk:
1. Suami – yang merujuk
2. Isteri – yang dirujuk
3. Sighah
Syarat-syarat suami yang merujuk
1. Berakal tidak gila
2. Baligh
3. Dengan kemahuan sendiri tidak dipaksa
4. Tidak murtad
Syarat-syarat isteri yang di rujuk:
1. Hendaklah isteri yang dicerai itu pernah disetubuhi.
2. Isteri yang dicerai itu tidak ditalak tiga.
3. Isteri yang dicerai itu bukan khuluk.
4. Isteri tersebut masih di dalam idah.
5. Hendaklah isteri yang dirujuk itu tertentu orangnya.
6. Isteri yang dirujuk itu halal bagi suami yang hendak merujuk.

Perkara yang tidak menjadi syarat rujuk:
1. Keredaan perempuan – sepakat para fuqaha'.
2. Memberitahu tentang rujuk itu kepada perempuan.
3. Saksi rujuk

3. Jelaskan pendapat ulama mengenai keperluan saksi dalam kes rujuk.

Keperluan kesaksian dalam kes rujuk.
i. Wajib dipersaksikan dengan dua orang saksi yang adil.

Alasan mereka untuk mengelak daripada keingkaran atau penipuan.
ii . Sunat sahaja,

Alasan Dalilnya: Dalam hadis ibnu Umar, Rasuluiiah s.a.w memerintahkannya
supaya merujuki isterinya dan tidak pula disebut mengenai saksi. Lagi pun telah
terjadi ijmak tidak wajibnya persaksian dalam penceraian. Maka dalam rujuk pun
tidak wajib pesaksian itu. Persaksian juga disunatkan supaya

- Mengelakkan berlakunya pengengkaran iteri apabila tamat tempoh iddah

Us Hajida Smkani Besut Page 65

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

- Mengelak tohmohan tentang pergaulan semula antara suami isteri\

4. Jelaskan persoalan semasa tentang rujuk di bawah

i. Rujuk melalui alat komunikasi elektronik
Sah dan disunatkan persaksian

- Mengelakkan berlakunya pengengkaran iteri apabila tamat tempoh iddah
- Mengelak toh mohan tentang pergaulan semula antara suami isteri

ii. Rujuk tanpa persetujuan isteri
Sah kerana ia adalah hak suami
Sunat beritahu utuk mengelakkan daripada berkahwin lain selepas iddah dan
mengelakkan pertelingkahan.

iii. Prosedur rujuk dalam undang-undang keluarga di Malaysia.
- Pemohon mendapatkan Rekod Perceraian daripada Mahkamah Syariah
- Pemohon melengkapkan borang permohonan rujuk
- Soal selidik oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk dijalankan samada pemohon boleh
rujuk dalam tempoh edah
- Lafaz rujuk diucapkan di hadapan pendaftar Nikah Cerai Rujuk.

Bahagian

MIRaTH

Us Hajida Smkani Besut Page 66

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

BAHAGIAN B: Mirath dan jenayah

MIRaTH

1. Konsep Mirath
2. Hak-hak dalam harta pusaka
3. Waris
4. Persoalan semasa tentang mirath

1. Huraikan konsep mirath dari segi pengertian, dalil, rukun, sebab, syarat
dan halangan perwarisan.

Pengertian

Bahasa Arab : Pusaka, tinggalan si mati
Istilah fuqaha’ : Barang yang ditinggalkan si mati daripada harta benda dan
hak-hak yang berhak dimiliki oleh waris dengan sebab
kematian waris menurut syara’.

Ilmu mirath : Ialah satu kaedah fiqh dan hisabiah yang boleh diketahui
bahagian harta pusaka si mati bagi setiap waris. Dikenali
juga sebagai ‘ilmu faraid’ iaitu masalah-masalah tentang
harta pusaka.

Dalil disyariatkan mirath/faraid

                                     

                                       

                                              

                                       

Maksudnya: Allah mensyariatkan kamu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu
bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian 2 orang anak perempuan, dan jika anak itu
semuanya perempuan lebih dari 2 orang, maka bagi mereka 2/3 dari harta yang ditinggalkan, jika
anak perempuan itu seprang sahaja, anak itu akan memperolehi separuh harta, dan untuk kedua ibu
bapa, bagi masing-masing setiap seorang dari keduanya 1/6 dari harta yang ditinggalkan, jika yang
meninggal iyu mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya sahaja, maka ibunya mendapat 1/3,
jika yang meninggal itu mempunyai beberapa orang saudara, maka ibunya mendapat 1/6
(pembahagian-pembahagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau 9dan)
sesudah dibayar hutangnya, (tentang) orang tua kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui
setiap diantara mereka lebih dekat (banyak) manfaatnya bagi kamu, itu adalah ketetapan dari Allah,
sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana.

Us Hajida Smkani Besut Page 67

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

3. Huraikan sebab seseorang itu mendapat pusaka.

Sebab Kerabat
 Sesiapa yang mempunyai pertalian darah dengan sebab kelahiran,sama ada menerima

pusaka secara fardu sahaja-seperti ibu-atau fardu serta asabah-seperti bapa atau asabah
sahaja seperti saudara.
Penerima pusaka dengan sebab kerabat ialah:
i. Furu’al-bait: anak dan cucu
ii. Usul al-bait: bapa,ibu,dan datuk
iii. Saudara lelaki dan perempuan
iv Bapa saudara dan sepupu lelaki sahaja

Sebab Nikah atau Perkahwinan
 Pernikahan dan perkahwinan yang sah sahaja
 Isteri yang telah diceraikan dengan talak raj’i berhak menerima pusaka ketika masa

iddah
 Isteri yang diceraikan dengan talak bain tidak berhak menerima pusaka sewaktu dia

masih dalam iddah.

Wala’ atau Pemerdekaan
 Sekiranya seorang hamba yang telah dimerdekakan oleh tuannya,dan kemudiannya

meninggal dunia serta meninggalkan harta dan tidak mempunyai waris maka,bekas
tuannya berhak menerima pusaka.

Badan Islam (baitulmal)
 Bagi si mati yang tidak mempunyai waris atau tidak habis pusaka fardunya,maka harta

yang selebihnya perlu diserahkan kepada baitulmal

Syarat-syarat mendapat pusaka
i. Yakin mati mawaris iaitu mesti yakin bahawa orang yang meninggalkan pusaka
sudah mati
ii. Yakin hidup waris selepas kematian mawaris iaitu orang yang berhak menerima
pusaka masih hidup.
iii. Tahu hubungan antara waris dengan si mati iaitu pertalian antara keduanya iaitu
secara keturunan,perkahwinan atau pemerdekaan
iv. Tahu ada pihak yang boleh menguruskan harta iaitu pihak yang boleh menyelesaikan
pusaka itu dengan mengetahui secara terperinci.

4. Huraikan sebab yang menghalang daripada mendapat pusaka.

Sebab perhambaan )‫(الرق‬

i. Salah satu sebab menghalang pusaka mutalaka,sama ada perhambaan itu
sempurna atau tidak kerana hamba itu sendiri adalah milik tuannya.

ii. Maka harta yang dimiliki oleh seorang hamba adalah milik tuannya.

Sebab Pembunuhan )‫(القتل‬

i. Para fuquha’ bersepakat; pembunuhan itu menjadi penhalang untuk mendapat
pusaka mangsa bunuhnya sebagaimana hadis;

‫ ليس للقاتل من الميراث شىء‬: ‫قال رسول الله‬

Baginda Rasulullah bersabda: tiada untuk si pembunuh itu sedikit pun dari harta pusaka (mangsa yang dibunuh)

Us Hajida Smkani Besut Page 68

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Berlainan Agama

i. Orang bukan Islam tidak boleh menerima harta dari orang Islam dan begitulah
sebaliknya.

ii. Bagi pusaka orang bukan Islam iaitu antara orang yahudi dan nasrani, kedua-duanya
turut tidak boleh menerima harta diantara mereka kerana menurut Imam Malik,
kedua mereka juga dikira berlainan agama

iii. Bagi orang murtad sama ada lelaki atau perempuan,kedua-duanya tidak berhak
menerima pusaka sama ada dari kalangan orang Islam itu sendiri atau dari orang
bukan Islam.

iv. Menurut Imam Hanafi; orang Islam berhak menerima pusaka dari orang yang murtad
dari hata mereka yang diusahakan semasa dia Islam.

v. Sementara Jumhur Ulama; orang yang murtad tidak boleh menerima pusaka orang
Islam begitu juga orang Islam tidak boleh menerima harta dari orang murtad.

Vi. Menurut Imam Hanafiah, iaitu dengan sebab berlain negara )‫(اختلف الدارين‬
Berlainan negara yang mejadi penghalang bagi mendapat pusaka hanyalah
pendapat ulama sahaja apabila berlaku antara orang-orang kafir,bukan antara
orang Islam.

Terdapat 3 jenis berlainan agama:

i. Berlainan hakiki dan hukumi
ii. Berlainan hakiki sahaja
iii. Berlainan hukmi sahaja

Hikmah Disyariatkan Mirath
 Untuk menyampaikan hak dan bahagian kepada orang yang mempunyai hak menerima
pusaka.
 Untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan bertimbang rasa.
 Untuk mengelakkan dari berlakunya penganiayaan terhadap waris.
 Untuk menjamin kehidupan ahli waris.
 Untuk mengekalkan harta dalam keluarga masing-masing dari hilang.

2. Terangkan libiliti dalam harta pusaka iaitu, perbelanjaan pengurusan jenazah,
pembayaran hutang, harta sepencarian, pelaksanaan wasiat dan hak waris.
 Pengurusan jenazah
 Membayar hutang
 Melaksanakan wasiat
 Membahagikan harta pusaka
i. Pengurusan jenazah
 Pendapat jumhur ulama:
Mengurus jenazah dengan cara memandikan, mengkafankan,menyembahyangkan
serta disemadikan dengan cara yang baik.
 Pendapat Hanafiah:
1. Dengan cara sederhana, tidak membazir dan tidak pula kedekut.
2. Mengkafan mayat-sunah nabawiyah:

Us Hajida Smkani Besut Page 69

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Dengan 3 helai kain (lelaki) dan 5 helai kain (perempuan). Kain ini diambil kira tentang
harga mengikut pakaian pertengahan semasa si mati hidup dan bukan pakaian yang
dipakai untuk berhias.

3. Pengurusan jenazah yang dituntut dalam Islam:

Setiap perbelanjaan yang diperlukan oleh si mati dari mula menghembuskan nafas
terakhir sehingga selesai upacara pengebumian boleh diambil dari harta peninggalan
tetapi tidak harus diambil untuk kegunaan perbelanjaan majlis hari kematian kecuali
dengan keredhaan penerima-penerima harta pusaka.

ii. Membayar hutang
 Pembayaran hutang hendaklah didahulukan dari melaksanakan wasiat.
 Hutang terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

1. Hutang dengan Allah:-
o Pendapat hanafiah- Gugur dengan sebab mati. Waris tidak wajib menunaikannya
kecuali apabila diwasiatkan.
o Pendapat jumhur ulama- Hutang-hutang Allah wajib ditunaikan dari harta
peninggalan si mati walaupun tidak diwasiatkan.

2. Hutang dengan manusia:-
o Jika orang perseorangan, wajib dibayar kecuali diberi kemaafan.
o Jika berhutang dengan orang ramai, tidak wajib dibayar.

3. Hutang dengan Allah dan manusia:-
o Pendapat Imam Malik dan Imam Hanafi- Jika tidak mampu membayar kedua-
duanya serentak, hendaklah didahulukan hutang manusia dari hutang Allah.
o Pendapat Imam Syafi’i- Dahulukan hutang dengan Allah dari dengan manusia dan
apabila harta itu cukup untuk membayar kesemuanya, hendaklah jelaskan
kesemua hutang sama ada hutang dengan Allah, manusia, atau kedua-duanya.

iii. Melaksanakan wasiat

 Hendaklah mengambil tidak lebih 1/3 dari baki harta yang ditinggalkan olae si mati
selepas pengurusan jenazah dan membayar hutang, bukan dari semua harta si mati.

 Tidak harus melaksanakan wasiat lebih dari 1/3 harta peninggalan si mati kecuali
dengan persetujuan semua waris. Jika semuanya bersetuju, terlaksanalah wasiat, tetapi
jika sebahagian sahaja bersetuju, wasiat boleh dilaksanakan sebahagian sahaja.

iv. Membahagikan harta pusaka/hak waris

 Bahagikan baki harta pusaka setelah melakukan 3 perkara di atas iaitu menguruskan
jenazah, membayar hutang, dan melaksanakan wasiat kepada waris yang berhak
mengikut susunan waris yang berhak menerimanya.

3. Waris

3.1 Jelaskan perbezaan antara ahli waris asabah binafsih, asabah bil-ghair
dan asabah ma'al-ghair.

Pengertian Asabah

Asabah dari segi bahasa : Anak lelaki atau kaum kerabat sebelah lelaki.
Asabah dari segi faraid : Asabah ialah orang yang menguasai harta pusaka kerana dia

menjadi ahli waris tunggal. Selain itu, dia juga menerima
seluruh baki harta pusaka setelah ashabul furudh
menerima dan mengambil bahagia masing-masing.

Us Hajida Smkani Besut Page 70

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

i. Asabah binafsih:
Ialah lelaki yang nasabnya kepada si mati yang tidak termasuk kaum wanita:
1. Kumpulan anak lelaki, cucu lelaki daripada anak lelaki dan ke bawah.
2. Kumpulan bapa iaitu bapa sahaja.
3. Datuk dan adik-beradik lelaki seibu sebapa dan sebapa.
4. Anak saudara lelaki seibu sebapa / sebapa dan ke bawah.
5. Kumpulan bapa saudara seibu sebapa / sebapa.
6. Sepupu lelaki seibu sebapa / sebapa.

ii. Asabah bil ghairi:
Golongan asabah dengan sebab orang lain yang mana kewujudan mereka sebagai ahli
waris asabah dengan tidak langsung. Mereka yang tergolong dalam asabah jenis ini

Terbahagi empat golongan:
1. Seorang anak perempuan / lebih jika bersama anak lelaki.
2. Seorang cucu perempuan / lebih dari anak lelaki jika bersama cucu lelaki dari anak

lelaki.
3. Adik beradik perempuan seibu sebapa jika bersama adik beradik lelaki seibu sebapa.
4. Adik beradik perempuan sebapa jika bersama adik beradik lelaki sebapa.

iii. Asabah ma’al ghairi:
Asabah bersama orang lain dan mereka juga menjadi asabah secara tidak langsung,
terbagi dua kumpulan

1. Adik beradik perempuan seibu sebapa sama ada seorang / lebih. Jika berhimpun
dengan anak perempuan / cucu perempuan dari anak lelaki.

2. Adik beradik perempuan sebapa sama ada seorang / lebih jika berhimpun dengan anak
perempuan / cucu perempuan dari anak lelaki.

3.2 Berikan pengertian al-Hijab dan bahagiannya satu persatu serta sebutkan
susunan waris asabah.

Pengertian

Al-Hijab dari segi bahasa : ialah tegahan.

Dari sudut istilah : ialah menegah seseorang daripada mewarisi harta secara
keseluruhan atau menegah bahagian terbanyak yang patut
diperolehi daripada bahagiannya.

Bahagiam al-hajbu

Hijab terbahagi kepada dua iaitu hijab kerana sifat dan hijab kerana orang lain.

(i) Hijab kerana sifat ialah dengan sebab sesuatu sifat tertentu menyebabkan seseorang
terhalang mewarisi.Ia dapat dibahagikan kepada bahagian berikut hamba, pembunuh dan
kafir.

(ii) Hijab kerana orang lain ialah halangan kerana ada orang lain yang lebih hampir kepada
si mati menyebabkan ia terhalang daripada mendapat pusaka.Hijab jenis ini terbahagi
kepada dua iaitu

Us Hajida Smkani Besut Page 71

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Hijab al- Hirman dan Hijab al- Nuqsan.

i. Hijab al- Hirman
Ialah menghalang seseorang daripada mewarisi semua harta,

Contoh:
Terhalangnya cucu lelaki daripada mendapat pusaka apabila ada anak lelaki.

ii. Hijab al- Nuqsan

Ialah menghalang seseorang daripada mendapat bahagian yang banyak yang patut
diperolehinya. Dalam erti lain mahjub nuqsan juga ialah waris yang hanya mendapat sedikit
sahaja bahagian dan harta pusaka. Di mana bahagian mereka yang sepatutnya diterima
banyak telah bertukar atau berpindah kepada bahagian yang lebih kecil.

Contohnya:
Bahagian suami yang sepatutnya mendapat 1/2 asalnya, namun berubah menjadi 1/4
disebabkan si mati meninggalkan anak. Oleh sebab itu anak merupakan mahjub nuqsan
kepada suami.

3. Seorang mati meninggalkan ibu, isteri, datuk , anak dan anak lelaki dengan harta
RM 72,000.00

3 (a) Jelaskan waris yang berhak menerima pusaka apabila berhimpun semua waris
perempuan dan semua waris dari pihak lelaki dan perempuan.

Apabila berhimpun semua waris perempuan yang berhak menerima pusaka:

i. Anak perempuan- ‫نصف‬ (1/2)
ii. Cucu perempuan dari anak lelaki –‫سدس‬ (1/6)
iii. Ibu – ‫سدس‬ (1/6)
iv. Isteri – ‫ثمن‬ (1/8)
v. Saudara perempuan seibu sebapa – asabah

Apabila berhimpun semua waris dari pihak lelaki dan perempuan yang berhak
menerima pusaka:

i. Bapa (1/6)
ii. Ibu (1/6)
iii. Salah seorang dari suami (1/4)
iv. atau isteri (1/8)
v. Anak lelaki dan perempuan asabah

3 (a) Jelaskan waris yang berhak menerima pusaka apabila berhimpun semua waris
perempuan dan semua waris dari pihak lelaki dan perempuan.

Apabila berhimpun semua waris perempuan yang berhak menerima pusaka:

vi. Anak perempuan- ‫نصف‬ (1/2)
vii. Cucu perempuan dari anak lelaki –‫سدس‬ (1/6)
viii. Ibu – ‫سدس‬ (1/6)
ix. Isteri – ‫ثمن‬ (1/8)
x. Saudara perempuan seibu sebapa – asabah

Us Hajida Smkani Besut Page 72

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Apabila berhimpun semua waris dari pihak lelaki dan perempuan yang berhak
menerima pusaka:

vi. Bapa (1/6)
vii. Ibu (1/6)
viii. Salah seorang dari suami (1/4)
ix. atau isteri (1/8)
x. Anak lelaki dan perempuan asabah

4 (a) Senaraikan ketentuan waris bagi waris al-furudh dan al-asabah.

Golongan waris pihak lelaki :

 Bapa

 Datuk dan ke atas

 Adik-beradik

 Suami

Waris bagi pihak perempuan :

 Isteri
 Ibu
 Nenek (ibu bagi ibu)
 Anak perempuan
 Cucu perempuan daripada anak lelaki
 Saudara perempuan seibu sebapa
 Saudara perempuan sebapa
 Saudara perempuan seibu

Jenis waris asabah :
 Asabah binafsih
 Asabah bi ghairih
 Asabah ma`al ghairi

Asabah Binafsih (dengan sendirinya):
 Kumpulan anak lelaki ,cucu lelaki daripada anak lelaki dan kebawah
 Kumpulan bapa iaitu bapa sahaja
 Datuk dan adik-beradik (saudara) lelaki seibu sebapa dan sebapa
 Anak saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa dan ke bawah
 Kumpulan bapa saudara seibu sebapa atau sebapa
 Sepupu lelaki seibu sebapa atau sebapa

Asabah Bil Ghairi (dengan sebab orang lain) :

 Seorang anak perempuan atau lebih jika bersama dengan anak lelaki

 Seorang cucu perempuan atau lebih dari anak lelaki jika bersama cucu lelaki dari
anak lelaki

 Adik-beradik perempuan seibu sebapa jika bersama adik-beradik lelaki seibu
sebapa

 Adik-beradik perempuan sebapa jika bersama adik-berdik lelaki sebapa

Us Hajida Smkani Besut Page 73

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

‘Asabah Ma’al Ghairi (bersama orang lain) :

 Adik-beradik perempuan seibu sebapa, sama ada seorang atau lebih. Jika berhimpun
dengan anak perempuan atau cucu perempuan dari anak lelaki.

 Adik-beradik perempuan sebapa sama ada seorang atau lebih.jika berhimpun
dengan anak perempuan atau cucu perempuan dari anak lelaki.

6 (a) Nyatakan keadaan ibu dan datuk dalam penerimaan pusaka.

Keadaan ibu menerima harta pusaka mempunyai dua bahagian iaitu 1/3 dan 1/6

Ibu berhak mendapat 1/3 daripada harta peninggalan jika si mati tidak meninggalkan:

a) Tiada anak lelaki
b) Tiada cucu lelaki daripada anak lelaki
c) Tiada anak perempuan
d) Tiada cucu perempuan daripada anak lelaki
e) Tiada adik beradik sama ada lelaki atau perempuan, sama ada seibu sebapa atau sebapa

atau seibu
Ibu berhak mendapat 1/6 daripada harta peninggalan jika si mati ada meninggalkan:

a) Ada anak lelaki
b) Ada meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki
c) Ada meninggalkan anak perempuan ada meninggalakan cucu perempuan daripada anak

lelaki
d) Ada meninggalkan anak perempuan
e) Ada meninggalkan beberapa orang adik-beradik sama ada lelaki atau perempuan baik

seibu sebapa atau sebapa atau seibu

Datuk berhak mendapat 1/6 daripada harta pusaka jika si mati meninggalkan:

a) Anak lelaki
b) Ada meninggalkan cucu lelaki daripada anak lelaki yang bapanya telah tiada
c) 1/6 dan asabah jika ada meninggalkan anak perempuan
d) Ada meninggalkan cucu perempuan daripada anak lelaki yang bapanya telah tiada

Datuk berhak mendapat ‘Asabah Binafsi iaitu mereka yang dikenali dengan ahli waris
‘Asabah secara langsung:

a) Nilai dari segi kebapaan seperti bapa datuk dan keatas
b) Datuk tergolong dalam waris ‘Asabah lelaki

7 (a) Sebutkan keadaan suami, isteri, dan anak perempuan dalam menerima harta
pusaka.

Waris ialah mereka yang berhak menerima pusaka si mati yang mestilah dibahagikan harta
tertentu mengikut ketetapan dan bahagian tertentu. Syarat waris:

a) Sudah sah meninggal dunia orang yang diwarisi.
b) Orang yang mewarisi pastinya masih hidup selepas kematian orang yang diwarisi.
c) Ada perhubungan dan pertalian antara orang yang mewarisi dengan orang yang

diwarisi.
d) Mengetahui jenis pihak waris.
Keadaan suami menerima harta pusaka:

a) Suami berhak mendapat ½ daripada harta peninggalan isterinya dengan syarat
isterinya tidak meninggalkan anak lelaki/perempuan atau cucu lelaki/perempuan
daripada anak lelaki.

Us Hajida Smkani Besut Page 74

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

b)Sekiranya isteri meninggalkan anak lelaki/perempuan atau cucu lelaki/perempuan
daripada anak lelaki maka suami berhak mendapat ¼ daripada harta peninggalan
isterinya.

c) Sebagaimana firman Allah: An-Nisa' Ayat 12:

                                    

Dan bagi kamu satu perdua dari harta Yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak
mempunyai anak. tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta Yang
mereka tinggalkan,

Keadaan isteri menerima harta pusaka:

a) Bagi isteri, ia berhak mendapat ¼ daripada harta peninggalan suami sekiranya suami
tidak ada meninggalkan anak lelaki/perempuan atau cucu lelaki/perempuan daripada
anak lelaki.

b)Sekiranya suami ada meninggalkan anak lelaki/perempuan atau cucu lelaki
/perempuan daripada anak lelaki maka isteri akan mendapat 1/8 daripada harta
peninggalan.

Sebagaimana firman Allah:

                                        

               

dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta Yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai
anak. tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari
harta Yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat Yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang
kamu.

Keadaan anak perempuan menerima harta pusaka:

a) Anak perempuan berhak mendapat ½ daripada peninggalan bapa/ibunya dengan
syarat ibu/bapanya tidak meninggalkan anak perempuan lain.

b) Jika terdapat 2 orang atau lebih anak perempuan maka mereka berhak mendapat 2/3
daripada harta peninggalan bapa/ibu sekiranya tidak ada waris anak lelaki.

c) Sebagaimana firman Allah:
d) Anak perempuan menjadi ‘asabah bil ghairi dengan sebab ada anak lelaki .

(b) Selesaikan masalah berikut: Jika si mati meninggalkan bapa, datuk, suami dan
anak perempuan.

a) Bapa berhak mendapat 1/6 + Asabah daripada harta peninggalan anaknya kerana
anaknya meninggalkan anak perempuan.

b)Datuk pula mahjub/terdinding daripada mendapat pusaka kerana ada bapa.
c) Suami berhak mendapat 1/4 daripada harta peninggalan isterinya kerana isterinya

meninggalkan anak perempuan.
d)Anak perempuan pula mendapat 1/2 daripada harta peninggalan kerana ibunya tidak

meninggalkan anak lelaki/perempuan yang lain.

Us Hajida Smkani Besut Page 75

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Contoh Selesaikan Masalah:

1. Asal Masalah 4
1. Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan isteri, seorang saudara lelaki seorang
saudara perempuan seibu sebapa dan seorang anak saudara lelaki seibu sebapa.

Waris Fardu Asal masalah Saham
Isteri 1/4 1
Saudara lelaki sebapa 4 1
Saudara perempuan seibu sebapa asabah 2
Anak saudara lelaki seibu sebapa 1/2 -

Mahjub

2. Seorang mati meninggalkan suami, seorang anak perempuan kepada anak lelaki yang
telah meninggal dunia, dua orang saudara perempuan seibu sebapa dan seorang saudara
lelaki sebapa.

Waris Fardu Asal masalah Saham
1/4 1
Suami 1/2 4 2

Seorang anak perempuan kepada asobah 1
anak lelaki
terhalang -
2 saudara perempuan seibu
sebapa

Seorang Saudara lelaki sebapa

2. Asal Masalah 6

3. Dua orang saudara seibu sebapa meninggal serentak dan mereka meninggalkan ibu,
seorang anak perempuan setiap satu dan seorang bapa saudara.

Waris Fardu Asal masalah Saham

Ibu 1/6 1
Anak perempuan
61/2 3

Bapa Saudara asabah 2

4. Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan dua orang anak perempuan, tiga orang
saudara perempuan seibu sebapa, ibu, dan seorang saudara perempuan seibu yang mahjub.

Waris Fardu Asal Masalah Saham

Dua orang anak perempuan 2/3 (1/2 m) 4
(1/2 m)
Tiga orang saudara perempuan seibu Asabah 6
sebapa (1/2 m) 1
Seorang saudara perempuan seibu (1m) (1/2 m)
Mahjub
-

Ibu 1/6 1

(1/2 m) (1/2 m)

Jumlah 6

Us Hajida Smkani Besut Page 76

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

5. Seorang mati meninggalkan suami, ibu dan datuk lelaki Saham
3
Waris Fardu Asal masalah 2
1/2 1
Suami 1/3 6
Ibu
Datuk lelaki asobah

6. Selesaikan masalah berikut apabila isteri meninggal dunia, meninggalkan suami,
ibu, datuk dan bapa

Ahli Furud Kadar Pusaka Asal Masalah Bahagian Diperoleh
Suami 1/2 3
Ibu 1/3 6 2

Datuk Terhujub -
Bapa Asobah 1

2. Asal Masalah 12

7. Seorang mati meninggalkan suami, bapa, ibu, anak perempuan dan anak lelaki.

Waris Fardu Asal masalah Saham
Suami 1/4 3
Bapa 1/6 12 2
Ibu 1/6 2
Anak perempuan
Anak lelaki asobah 5
asobah

8. Seorang mati meninggalkan suami, bapa dan anak lelaki.

Waris Fardu Asal masalah Saham
1/4 3
Suami 1/6 12 2
Bapa 7
Anak lelaki asobah

Us Hajida Smkani Besut Page 77

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

4. asal Masalah 18

9. Seorang perempuan meninggalkan suami, ibu, 2 saudara perempuan seibu, saudara
lelaki seibu sebapa, dan mewariskan 1/3 harta kepada anak angkat.
Wasiat sebanyak 1/3 harta kepada anak angkat adalah sah dari segi hukum syarak dan
hendaklah ditunaikan sebelum pembahagian harta pusaka dilakukan.

Waris Fardu Asal masalah Saham
Suami 1/2 9
Ibu 1/6 18 3
2 saudara perempuan seibu 1/3 4
Saudara lelaki seibu sebapa 2
asobah

10. Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, saudara lelaki
seibu sebapa dan saudara lelaki seibu.

Waris Fardu Asal masalah Saham

Suami 1/2 9
Saudara lelaki seibu
1/6 18 3

Saudara Lelaki seibu sebapa asabah 6

5. Asal Masalah 24

11. Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan 2 orang cucu perempuan daripada
anak lelaki yang telah meninggal dunia, dua orang isteri, ibu dan seorang saudara

perempuan seibu sebapa.

Waris Fardu Asal masalah Saham
2 orang cucu perempuan kepada anak 2/3 16
lelaki 24
2 orang isteri 1/8 3
Ibu 1/6 4
Seorang perempuan seibu sebapa asobah 1

12. Seorang lelaki meninggalkan isteri, ibu, bapa dan anak perempuan di samping
sejumlah hutang.
Langkah pertama wajib dibayar hutang dahulu dan selebihnya baru di bahagikan harta
pusaka.

Waris Fardu Asal masalah Saham

Isteri 241/8 3
Ibu
1/6 4

Bapa 1/6 4

2 anak perempuan 2/3 16

Us Hajida Smkani Besut Page 78

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

13. Seorang mati meninggalkan ibu, isteri, datuk , anak dan anak lelaki dengan harta
RM 72,000.00

Waris Fardu Asal masalah Saham

Ibu 1/6 4X3000

RM12.000

Isteri 1/8 3X3000
Datuk
RM9.000

241/3 4X3000
RM12.000

Anak lelaki asobah 13X3000

RM39.000
14. Selesaikan masalah berikut, si mati meninggalkan isteri, seorang anak perempuan dan
bapa

Waris Fardu Asal masalah Saham

Isteri 1/8 3

1 orang anak lelaki 1/2 24 12
Bapa 1/6 + asobah 4+5=9

Fardu+asobah

15. Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, anak
perempuan dan saudara perempuan seibu sebapa.

Pewaris Fardhu Asal Masalah Saham
Isteri 1/8 3
Anak perempuan 1/2 24 12
Saudara perempuan seibu sebapa 9
Jumlah Asabah 24

Us Hajida Smkani Besut Page 79

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

8 (a) Senaraikan waris dari pihak lelaki dan pihak perempuan berasaskan
keutamaan pemilikan harta.
Waris dari pihak lelaki :

1. Anak lelaki 9. Cucu lelaki daripada anak lelaki hingga
kebawah

2. Cucu lelaki daripada anak lelaki 10. Bapa saudara seibu sebapa
hingga kebawah

3. Bapa 11 Bapa saudara sebapa

4. Datuk dan ke atas 12 Anak lelaki daripada bapa saudara
seibu sebapa

5. Adik beradik lelaki seibu sebapa 13. Anak lelaki daripada bapa saudara
sebapa

6. Adik beradik lelaki sebapa 14. Suami

7 Suami 15. Petuan lelaki kepada hamba

8. Anak saudara lelaki seibu sebapa

Walaubagaimanapun sekiranya semua ahli waris itu masih hidup semuanya , orang yang
berhak menerima pusaka dan mendapat warisan hanya tiga golongan.Selain daripada tiga
golongan itu , semuanya dikira mahjub terdinding.Tiga golongan yang dimaksudkan ialah :

1. Bapa
2. Anak lelaki
3. Suami

Waris daripada pihak perempuan :

1 Anak perempuan 6 Adik beradik perempuan seibu
sebapa

2 Cucu perempuan daripada anak lelaki 7 Adik beradik perempuan sebapa

3 Ibu 8 Adik beradik perempuan seibu

4 Nenek sebelah bapa dan keatas 9 Isteri atau beberapa orang isteri

5 Nenek sebelah ibu dan keatas 10 Petuan perempuan kepada hamba

Walaubagaimanapun sekiranya semua ahli waris itu masih hidup semuanya , orang yang
berhak menerima pusaka dan mendapat warisan hanya tiga golongan.

Selain daripada lima golongan itu , semuanya dikira mahjub terdinding. Lima golongan itu
ialah :

1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan
3. Ibu
4. Isteri
5. Adik beradik perempuan seibu

Us Hajida Smkani Besut Page 80

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

9. Jelaskan persoalan semasa tentang mirath di bawah

i. Undang-undang dan pentadbiran harta pusaka di Malaysia
ii. Peranan Mahkamah Syariah
iii. Penyelesaian secara muafakat

i. Undang-undang dan pentadbiran harta pusaka di Malaysia

1. Harta Pusaka Kecil
Harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati kurang daripada RM600.000 yang
terdiri daripada harta yang tak alih sahaja, atau campuran antara harta tak alih
dan harta alih

2. Harta Pusaka Besar
Harta yang ditinggalkan oleh si mati melebihi RM600.000 harta tak alih sahaja ,
atau harta alih sahaja atau campuran kedua-duanya atau harta yang kurang
daripada nilaian RM600.000, tetapi si mati ada meninggalkan wasiat.

3. Harta Pusaka Ringkas
Harta pusaka tanpa wasiat yang ditinggalkan oleh si mati kurang daripada
RM600.000 yang terdiri daripada harta alih sahaja.

ii. Peranan Mahkamah Syariah

Mengeluarkan sijil faraid yang mengandungi nilaian harta si mati, nama-nama
waris yang berhak dan bahagian masing-masing setelah dipohonkan untuk
membahagikan harta pusaka si mati mengikut hukum syarak.

iii. Penyelesaian secara muafakat

Pembahagian secara muafakat hukumnya adalah harus
Iaitu setelah semua mengetahui konsep pembahagian sebenar yang dipersetujui
sebulat suara tanpa paksaan dan ugutan.

Us Hajida Smkani Besut Page 81

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Bahagian

JENAYAH

Us Hajida Smkani Besut Page 82

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

JENAYAH

1. PENGENALAN
2. QISAS, DIYAT DAN KAFFARAH
3. HUDUD
4. TAKZIR
5. PERSOALAN SEMASA TENTANG JENAYAH

1. PENGENALAN

1.1 Konsep Jenayah

Jelaskan konsep jenayah dari segi pengertian, unsur dan sumber penentuan hukum

Pengertian
Segala perbuatan dosa dan tercela. Jenayah juga dikenali dengan ‘jarimah’ iaitu sesuatu
perbuatan yang diharamkan oleh syara’ serta untuk menunjukkan suatu perbuatan dosa
dan keji

Pengertian Istilah Fuqaha’ :
1. Menurut istilah jumhur fuqaha’:

Jenayah ialah sesuatu perbuatan yang diharamkan oleh syara’ sama ada ia dilakukan
terhadap diri manusia dan anggota serta harta seperti membunuh,memukul,memotong
dan mencederakan yang merangkumi semua perbuatan jenayah yang dikenakan
hukuman hudud,qisas dan ta’zir.

2. Menurut pendapat Imam al-Mawardi:
Jenayah ialah segala perbuatan yang diharamkan oleh syara’ atau pengharaman syara’
yang dicegah dengan hukuman hudud,qisas dan ta’zir.

Dalil/Sumber Penentuan Hukum :

                                       

            

”dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia Yang diharamkan oleh Allah membunuhnya
kecuali Dengan alasan Yang benar. dan sesiapa Yang dibunuh secara zalim, maka Sesungguhnya Kami
telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau
Dalam menuntut balas bunuh itu, kerana Sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh
pertolongan (menurut hukum Syarak).

Unsur/Ciri-ciri hukum jenayah Islam :

Ada yang telah ditetapkan oleh oleh syara’ seperti qisas dan hudud dan ada pula yang tidak
ditentukan kadarnya iaitu ta’zir.

1. Hukuman jenayah yang dikenakan had dan qisas telah ditentukan tidak boleh diubah
dan ditukar dan disyariatkan untuk kemaslahatan yang tetap dan tidak akan berubah
dengan sebab masa, keadaan dan tempat.

2. Hukum hudud dan qisas ialah hak Allah sendiri yang telah menetapkannya sama ada
jenayah yang dilakukan oleh penjenayah itu berkaitan dengan hak Allah S.W.T atau hak
manusia.

Us Hajida Smkani Besut Page 83

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

3. Hukuman yang tidak ditentukan ialah hukuman ta’zir. Bertujuan untuk menjaga
kemaslahatan manusia tetapi ia bersifat nisbi iaitu penetapan dan kadar hukuman
mengikut keadaan,suasana dan tempat juga penilaian hakim terhadap penjenayah.

4. Hukum jenayah Islam juga bersifat adil. Contohnya: mencederakan anggota dihukum
setimpal dan membunuh dikenakan hukuman balas bunuh.

5. Sistem qisas dan hudud dalam Islam bukan bertujuan untuk membalas dendam tetapi ia
berasaskan hak iaitu,untuk memberikan hak manusia yang teraniaya dan hak
masyarakat yang tergugat. Jika pembunuh tidak dihukum bunuh atau tidak dikenakan
balasan, orang lain juga terdorong melakukan perbuatan yang sama dan masyarakat
berada dalam ketakutan. Keadilan terbentuk di sini.

6. Hukum hudud lebih nyata untuk menjaga pencerobohan ke atas hak Allah dan menjaga
kepentingan masyarakat umum. Hukuman qisas pula lebih bercorak hak individu dan
maslahat umum.

7. Hudud dan qisas telah ditentukan kadar dan hukumannya. Ketetapan ini dapat
mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh hakim dan pemerintah serta untuk
memperbaiki keadaan dan kemaslahatan iaitu untuk mengubah sikap penjenayah itu
sendiri.

2. Jelaskan falsafah pensyariatan hukum jenayah dari segi matlamat dan
keistimewaannya.
Matlamat /Keistimewaan di syariatkan hukum jenayah

1. Hukuman jenayah yang ditetapkan bertujuan untuk membasmi dan mencegah
kerosakan. Baik pada diri, agama dan masyarakat serta negara.

2. Untuk memberi pengajaran dan pembalasan yang setimpal demi tujuan kebaikan
dan kemaslahatan.

3. Islam mensyariatkan hukuman jenayah yang bertujuan untuk mencegah dan
memberi pengajaran serta peringatan kepada penjenayah yang dikenakan
hukuman supaya tidak mengulangi buat kali seterusnya.

4. Hukuman jenayah yang ditetapkan adalah bertujuan untuk menakutkan manusia
supaya tidak melakukan kemusnahan dan penderhakaan kepada Allah.

5. Untuk meghapus dosa penjenayah dan melepaskan mereka daripada azab yang
pedih di akhirat.

3. Huraikan konsep penetapan hukum jenayah/ Fungsi undang-undang jenayah.
Konsep Penetapan Hukum Jenayah/Fungsi undang-undang jenayah.
1. Menjaga nyawa dan kehormatan jiwa manusia.
2. Menjaga kewarasan akal.
3. Menjaga agama.
4. Menjaga keturunan dan zuriat.
5. Menjaga harta benda.
Huraian:

(i) Menjaga Nyawa,Kehormatan Dan Jiwa Manusia
Nyawa dan diri setiap manusia ialah milik mutlak Allah. Konsep undang-undang jenayah
Islam untuk menjaga nyawa, dimana membunuh diri dan orang lain dikira berdosa besar
dan mendapat azab yang pedih di akhirat. Oleh itu sesiapa yang membunuh diri dan jiwa
orang lain dengan sengaja dia akan dihukum bunuh di samping dosa besar.

Us Hajida Smkani Besut Page 84

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

(ii) Menjaga Kewarasan Akal
1. Undang-undang jenayah Islam bertujuan menjaga akal manusia daripada dirosakkan

atau sengaja digunakan ke arah kemusnahan atau secara tidak betul.
2. Contoh yang jelas, Islam telah mengharamkan arak dan segala benda yang

memabukkan, baik dengan cara, meminum, menyuntik atau menghidunya seperti
minum arak, meyalahgunakan dadah dan menghisap ganja.
3. Untuk membendung gejala tersebut, Islam mewajibkan dan menetapkan hukuman
hudud terhadap peminum arak dan hukuman takzir bagi kesalahan merosakkan
kewarasan akal yang tidak dinyatakan hukumnya dalam nas.

(iii) Menjaga Agama
1. Islam adalah agama yang suci dan umatnya dimuliakan dan terpelihara darah mereka.
2. Islam mewajibkan berperang dan memerangi orang kafir harbi atau sesiapa sahaja yang

menceroboh negara Islam dan tidak boleh berundur sewaktu di medan perang.
3. Dalam konteks lain, undang-undang jenayah berkonsepkan menjaga kesucian agama

daripada dipermainkan.
4. Orang Islam mestilah sentiasa berpegang teguh dengan aqidah dan tidak

memperolokkan agama atau menukarnya dengan agama lain setelah beriman.
5. Islam mewajibkan hukuman bunuh terhadap orang murtad.

(iv) Menjaga Keturunan Dan Zuriat
1. Dalam keadaan lain,undang-undang jenayah Islam bertujuan menjaga nasab dan

keturunan yang baik daripada dinodai dan membersihkan zuriat manusia daripada
bercampur dengan keturunan benih yang tidak baik.
2. Sesiapa yang berzina daripada kalangan lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin
mestilah direjam.
3. Hal ini untuk membersihkan zuriat zina daripada bercampur dengan yang bersih.
Pasangan zina yang bukan muhsan disebat 100 kali.
4. Islam juga menetapkan syarat li’an terhadap suami yang melihat isterinya berzina dan
tiada saksi.
5. Li’an disyariatkan apabila suami menafikan nasab daripada anak yang dikandung oleh
isterinya untuk membersihkan nasab keturunannya.

(v) Menjaga Harta Benda
Undang-undang jenayah membawa konsep untuk menjaga harta benda daripada rompakan,
samun, kecurian dan sebagainya. Dalam undang-undang Islam, orang yang mencuri
mestilah dipotong tangan mereka setelah sabit kesalahannya.

1.2 Klasifikasikan jenis kesalahan jenayah dan ciri perbezaannya

i. Jenayah pembunuhan sengaja,
iaitu suatu tindakan yang dimaksudkan atau diniatkan daripada seseorang penjenayah
mukalaf yang ditujukan kepada mangsanya yang terpelihara darahnya dengan
menggunakan alat atau cara yang pada kebiasaannya boleh membunuh. Contohnya:
Seseorang menikam mangsanya dengan pisau (atau mana-mana contoh yang munasabah)

ii. Jenayah pembunuhan seumpama sengaja
(tiada niat), iaitu suatu perbuatan atau tindakan yang dimaksudkan atau diniatkan oleh
seorang mukalaf untuk membunuh seseorang yang darahnya terpelihara dengan
menggunakan alat atau cara yang pada keseluruhannya tidak boleh membunuh. Contohnya:

Us Hajida Smkani Besut Page 85

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Seseorang memukul mangsanya dengan menggunakan kayu yang kecil atau ringan (atau
mana-mana contoh yang munasabah).

iii. Jenayah pembunuhan tidak sengaja,

iaitu suatu tindakan daripada seseorang yang membunuh orang lain tanpa niat. Contohnya:
Seseorang menembak ke arah seekor binatang buruan tetapi tembakannya itu mengenai
manusia dan membunuhnya (atau mana-mana contoh yang munasabah).

Perbezaan:

Pembunuhan sengaja Pembunuhan separa sengaja Pembunuhan tidak sengaja

1. Qisas – merupakan 1. Diyat yang berat 1. Diyat yang ringan yang
hukum asal. yang ditanggung oleh ditanggung oleh 'aqilahnya.
'aqilahnya.

2 Jika qisas dimaafkan oleh 2. Jika qisas dimaafkan oleh 2. Jika qisas dimaafkan oleh ahli
ahli waris, maka dikenakan ahli waris, maka dikenakan waris, maka dikenakan diyat
diyat yang berat. yang ringan.
diyat yang berat.

3. 100 unta  3 jenis 3. 100 unta  3 jenis 3. 100 unta  5 jenis

4. Segera (tunai). 4. Boleh bertangguh dalam 4. Boleh bertangguh dalam masa

masa 3 tahun. 3 tahun.

Persamaan:
1. Dikenakan kafarah.
2. Diharamkan mewarisi harta pusaka mangsanya jika mangsa itu terdiri dari kalangan

ahli waris.
3. Diharamkan menerima wasiat si mangsa jika mangsa itu meninggalkan wasiat

untuknya.
4. Dikenakan diyat.

2. Huraikan konsep qisas, diyat, dan kaffarah dari segi pengertian, dalil,
hukum dan syarat wajib qisas, diyat dan kaffarah.

2.I. QISAS

Pengertian

Ialah suatu pembalasan yang dijatuhkan dan dikenakan ke atas penjenayah sama
seperti tindakan jenayah yang dilakukan terhadap mangsa. Kesalahan bagi hukuman ini
ialah bunuh dengan sengaja tanpa hak dan mencederakan anggota. atau

Persamaan atau ikut. Oleh itu, qisas menurut pengertian bahasa tersebut ialah seseorang
yang melakukan jenayah tertentu akan diikuti dengan hukuman qisas yang sama seperti
yang telah dilakukan terhadap mangsanya. Contohnya mencederakan orang hukuman
qisasnya dengan mencedera juga.

Dalil : firman Allah s.w.t:

‫ى‬ ‫كتب عليكم القصاص فى القتل‬

Terjemahan: Diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam
perkara yang mati dibunuh. (Surah al-Baqarah 2:178)

Us Hajida Smkani Besut Page 86

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Kesalahan yang dikenakan Qisas
i. Membunuh dan perbuatan yang dianggap membunuh dengan sengaja.

Alat-alat membunuh dan perbuatan yang dianggap membunuh dengan sengaja ialah:
1. Alat yang boleh mematikan pada ghalib (biasa)/alat yang tajam seperti
pedang dan senjata api.
2. Membunuh dengan suatu yang berat seperti tongkat.
3. Membunuh secara langsung seperti menyembelih, melukakan.
4. Mencampak ke tempat kebinasaan seperti menghumban manusia di
lebuhraya yang sibuk dengan kenderaan.
5. Membunuh secara mencekik.
6. Mengurung atau menahan seseorang tanpa memberi makan dan minum.
7. Membunuh dengan perantaraan sebab yang boleh membawa kebinasaan
seperti menggali lubang di jalanraya tanpa kebenaran pemerintah.
8. Berniat untuk melakukan jenayah.

ii. Mencederakan anggota orang lain tetapi tidak membawa kepada kematian.
1. Jenayah dengan sengaja iaitu apa sahaja tindakan yang disengajakan dengan
niat jahat seperti membaling batu untuk mengenakan orang.
2. Jenayah tidak sengaja iaitu apa sahaja tindakan yang dilakukan tanpa niat jahat
seperti membaling batu dengan sengaja tanpa niat untuk mengenakan orang.

iii. Jenis-jenis jenayah memotong atau mencederakan anggota ini ialah :
i. Memutuskan mana-mana anggota badan seperti hidung, jari, bibir, mulut
dan lain-lain.
ii. Menghilangkan kegunaan atau manfaat mana-mana anggota seperti
bercakap, melahirkan anak, berjalan dan lain-lain.
iii. Melukakan mana-mana anggota badan selain muka dan kepala seperti
melukakan tangan, kaki sama ada luka itu dalam atau tidak dalam.

5. Mengugurkan qisas.
Hukuman qisas akan gugur apabila salah satu daripada perkara berikut berlaku.

i. Mautul- Jani (penjenayah itu mati).
Qisas akan gugur dengan sendirinya sekiranya pembunuh telah meninggal dunia kerana
orang yang sudah mati tidak perlu dikenakan hukuman lagi.

ii . Al-Afwa (pengampunan)
semua fuqaha berpendapat jika pembunuh dimaafkan oleh wali maka gugurlah hukuman
qisas. Hukum qisas bukan wajib ditentukan oleh wali dam. Lebih baik wali dam memberi
kemaafan kepada penjenayah.

Syarat pengampunan :
a) Orang yang memberi maaf adalah mukalaf
b) Memaafkan dengan kerelaan hati
c) Kemaafan diberi oleh orang yang mempunyai hak
d) Pengampunan diberi oleh wali darah

iii. As-Sillah (perdamaian).
Dibenarkan oleh syarak di antara wali dengan penjenayah menukarkan hukum qisas
kepada diyat sama ada ganti rugi lebih tinggi, sama atau lebih rendah contoh 100 ekor unta.
Ini mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak.

Us Hajida Smkani Besut Page 87

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Syarat-syarat perdamaian:
a) Hukuman ganti halal dalam Islam
b) Hukuman ganti diketahui dengan jelas kedua belah pihak.
c) Hukuman tidak menghalalkan yang haram .
d) Mukallaf dan kerelaan hati.

iv. Arithu addam (mempusakai qisas)
Waris yang berhak menuntut hukuman meninggal dunia terlebih dahulu. Contohnya:
Ahmad telah membunuh bapanya. Ia mempunyai seorang saudara Muhammad yang
berhak menuntut hukum qisas. Namun, Muhammad telah meninggal dunia terlebih dahulu.

6. Halangan/tidak boleh dikenakan hukuman qisas

i. Pembunuh itu bapa kepada anak yang dibunuh.
ii. Pembunuh dan yang dibunuh tidak sekufu tentang keislaman dan

pemerdekaan.
iii. Berkongsi melakukan jenayah tetapi dia tidak hadir ketika berlaku

pembunuhan – Jumhur ulama berpendapat dikenakan takzir.
iv. Mati penjenayah sebelum hukuman dilaksanakan.
v. Waris memaafkan penjenayah.
vi. Pembunuh tidak waras akalnya atau pun masih kanak-kanak.

7. Cara pelaksanaan hukuman qisas.

Pelaksanaan hukuman qisas ada 5 iaitu :

1. Orang yang berhak menuntut hukuman qisas
semua waris sama ada dari kalangan lelaki atau perempuan yang mempunyai pertalian
keluarga dan mendapat pusaka ia berhak menuntut hukuman qisas dijalankan.

syarat-syarat melaksanakan hukuman qisas
i. seorang yang mukallaf
ii. semua waris yang menuntut qisas hendaklah hadir ketika hukuman hendak

dijatuhkan.
iii. hendaklah hakim hadir sama ketika hukuman dijalankan.
iv. hukuman qisas hendaklah dipastikan ke atas orang yang benar-benar

melakukan jenayah.

3. waktu dan tempat melaksanakan hukuman qisas
i. apabila mangsa itu telah meninggal dunia.
ii. tempat melaksanakan hukuman qisas di mana shaja munasabah kerana
tidak ada hadis yang menentukan secara khusus, cuma disebut secara umum
sahaja.

4. cara melaksanakan hukuman qisas
i. jika membunuh menggunakan pedang, maka hukuman bunuh hendaklah
menggunakan alat yang sama
ii. jika membunuh menggunakan alat selain pedang, mengikut Hanafi, Hanbali
dan Syiah Zidiyah, dipancung lehernya dengan menggunakan pedang
berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w (‘Tidak boleh qisas melainkan dengan
pedang’)

iii. mengikut Mazhab Syafi’e dan Maliki, membunuh hendaklah dibunuh
mengikut cara pembunuhan yang dilakukan. Jika mereka menggunakan
pedang, hendaklah dibunuh dengan pedang, kalau membunuh dengan
membakar hendaklah dihukum dengan membakar, kalau diselam di dalam
air hukumannya adalah selam.

Us Hajida Smkani Besut Page 88

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

5. orang yang menjalankan hukuman qisas
mengikut Jumhur Ulama’, Wali Ad-Dam itu sendiri yang melaksanakan hukuman.
Apabila sudah baligh, jika tidak mampu boleh mewakilkan kepada orang lain.

8. Perkara yang boleh mensabitkan kesalahan membunuh.

Kesalahan membunuh boleh disabitkan jika salah satu daripada perkara ini berlaku iaitu:

1. Ikrar (pengakuan).
Orang yang bersalah mengaku dengan rela hati melakukan jenayah bunuh. Pengakuan
merupakan satu cara yang mudah dan kuat untuk mensabitkan kesalahan kerana ia lebih
tahu peristiwa dan hakikat sebenar. Syarat Pengakuan:

i. Seorang itu telah baligh
ii. Seorang itu telah berakal
iii. Dengan kehendak sendiri
iv. Pengakuan dengan bersungguh-sungguh dan bercakap benar

2. Syahadah (kesaksian).
Boleh disabitkan kesalahan dengan ada keterangan daripada orang yang menyaksikan
kejadian jenayah dengan dua orang saksi. Syarat saksi:

i. Orang yang memberi keterangan hendaklah berakal, sampai umur, mukallaf
ii. Orang yang memberi keterangan seorang Islam dan adil
iii. Orang yang memberi keterangan boleh melihat
iv. Dua orang lelaki
v. Memberi keterangan yang sama di antara dua orang saksi

2.2 DIYAT

Pengertian

Diyat ialah denda berupa harta yang wajib dengan sebab jenayah yang dilakukan ke atas
seseorang sebagai pengganti jiwa dan anggota badan sebagai hukuman qisas.

Kesalahan-kesalahan yang membolehkan diyat.

1. Membunuh dengan sengaja tetapi dimaafkan oleh waris si mati.
Diyat berat (mughallazah) diwajibkan sebagai ganti rugi dari dikenakan hukum bunuh balas
(qisas) yang dimaafkan bagi pembunuhan sengaja.

i. Diyat ini wajib dibayar oleh pembunuh sendiri.
ii. Pembayaran hendaklah dijelaskan dalam tempoh satu tahun tanpa boleh

ditangguhkan.
iii. Umur unta tidak boleh diubah.
iv. Wajib dibahagi seperti di bawah :

a. 30 ekor unta betina (hiqah) yang berumur 3 tahun masuk 4 tahun.
b. 30 ekor unta betina (jaz'ah) yang berumur 4 tahun masuk 5 tahun.
c. 40 ekor unta betina (Khalfah) bunting.
2. Membunuh secara separa sengaja. (syibhul Amdi) diringankan kepada :
i. Kewajipan itu terletak ke atas 'aqilah (keluarga lelaki sebelah bapa yang mukallaf
lagi kaya)
ii. Diyat boleh dibayar oleh keluarga pembunuh secara beransur-ansur selama 3 tahun
iv. Diwajibkan membayar seratus ekor unta (diyat mughalazah) dibahagi tiga:

Us Hajida Smkani Besut Page 89

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

a. 30 ekor unta betina (hiqah) yang berumur 3 tahun masuk 4 tahun.
b. 30 ekor unta betina (jaz'ah) yang berumur 4 tahun masuk 5 tahun.
c. 40 ekor unta betina (Khalfah) bunting.

3. Membunuh secara tidak sengaja diringankan kepada:
i. Kewajipan itu terletak ke atas 'aqilah (keluarga lelaki sebelah bapa yang mukallaf
lagi kaya)
ii. Diyat wajib dibayar oleh keluarga pembunuh secara beransur-ansur selama 3 tahun

iii. Tiap-tiap tahun dibayar sebanyak 1/3 sehingga selesai.
iv. Diwajibkan membayar seratus ekor unta (diyat mukhaffafah) dibahagi lima:

a. 20 ekor unta betina(mahadh) berusia 1 tahun masuk tahun ke dua.
b. 20 ekor unta betina (binti labun) berusia 2 tahun masuk tahun

ketiga.
c. 20 ekor unta betina (hiqah) berusia 3 tahun masuk tahun ke empat.

d. 20 ekor unta betina (jaz'ah) berusia 4 tahun masuk tahun kelima.
e. 20 ekor unta jantan (ibnu labun) berusia 2 tahun masuk tahun

ketiga.
Nilai diyat yang kurang dari sepenuhnya:

i. Diyat orang perempuan ½ diyat sepenuhnya.
ii. Diyat orang Yahudi dan Nasrani 1/3 diyat orang Islam.

iii. Diyat orang Majusi 1/15 diyat orang Islam.

Sistem diyat dalam Kanun Keseksaan jenayah Islam masa kini, tidak menepati sistem
diyat dalam jenayah Islam kerana:

1. Kanun tersebut tidak berasaskan al-Quran dan sunnah Rasul s.a.w.

2. Sistem denda tersebut tidak diberikan kepada wali atau waris orang yang kena
bunuh tetapi diberikan kepada kerajaan
3 .Kadar denda ditentukan oleh mahkamah berdasarkan merit kesalahan yang
dilakukan dan berdasarkan budi bicara hakim dan bukannya suatu yang telah
ditetapkan seperti dalam undang jinayat Islam yang ditentukan mengikut kadar-
kadar yang tertentu.

4. Di samping denda, penjenayah juga akan dikenakan hukuman penjara dan ini
tidak berlaku dalam undang-undang ISA
5. Dalam undang-undang sivil, hukuman bagi kesalahan membunuh dengan sengaja
tetap dihukum bunuh mandatori walaupun ia dimaafkan oleh ahli keluarga waris.
Untuk mengurangkan hukuman mati mandatori bagi kesalahan membunuh dengan
sengaja ia hendaklah diampunkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan bukannya waris
atau wali si mati. Ini berlainan dengan jenayah Islam

2.3 KAFFARAH

Pengertian

Kafarah membawa maksud sebahagian pembalasan yang di wajibkan keatas orang-orang
yang melanggar sesuatu larangan di dalam beberapa jenis ibadat dan juga jenayah
,termasuk jenayah pembunuhan.
Pada pendapat sebahagian ulama kifarah juga membawa maksud suatu pembalasan yang
menakutkan sama seperti pembalasan hudud dan ta zir .

Us Hajida Smkani Besut Page 90

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Hukum kafarah mengikut pendapat ulama
1. Pada pendapat jumhur fuqaha pembunuhan sengaja tidak di wajibkan kafarah dan

pembunuhan tak sengaja diwajibkan membayar kifarah.
2. Pada pendapat syafie pembunuhan secara sengaja, tak sengaja dan separuh sengaja di

wajibkan membayar kifarah.
3. Pada pendapat Qaul Azhar perempuan yang mukmin perlulah memerdekakan seorang

hamba.selain itu berpuasa selama 2 bulan berturut-turut .memberikan makan 60 orang
miskin.
4. Pada pendapat Malikiah di sunatkan membayar tentang membunuh janin serta wajib
membayar diat ini berlainan bagi pendapat Abi Hanifah ,kerana kifarah itu tidak wajib
kepada pembunuh secara sengaja dan dia wajibkan kifarah itu pada pembunuh tak
sengaja ,dan adalah pada pembunuh janin itu antara sengaja dan tak sengaja,Imam
Malik mengenakan kifarah pada pembunuh janin itu adalah istihsan, bukan wajib.

Syarat wajib kifarah
i. Mazhab Syafie dan Hambali :
Menjadi tanggungjawab pembunuh menjelaskannya
sama ada mukallaf atau pun tidak, muslim atau pun kafir, kecuali kafir harbi sahaja.
ii. Mazhab Maliki :
Kifarah diwajibkan keatas pembunuh sama ada mukalaf atau pun tidak, tidak
diwajibkan keatas pembunuh yang kafir, kerana di samping ia sebagai satu
pembalasan ia juga merupakan sebagai satu ibadah.
iii. Mazhab Hanafi :
Kifarah hanya di wajibkan keatas pembunuh muslim yang mukalaf sahaja orang
kafir tidak terikat dengan apa sahaja yang di namakan ibadah.

Kesimpulannya:

1. Pembunuh beragama Islam.
2. Pembunuh selain kafir harbi.
3. Pembunuh hendaklah mukalaf.
4. Pembunuh hendaklah merdeka.

3. HUDUD

a) Huraikan hudud dari segi pengertian, dalil dan hikmah disyariatkan hudud.
Pengertiaan hudud :

Balasan keseksaan yang telah ditentukan kadarnya mengikut syarak untuk menjaga hak
Allah swt dan hak manusia.

Dalil : Firman Allah :

                                

Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. demikian Allah
menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.

Us Hajida Smkani Besut Page 91

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Hikmat/Keistimewaan/tujuan Pelaksanaan hukum hudud
i. Untuk menjaga manusia dan masyarakat dari membuat kesalahan yang
boleh dikenakan hukuman hudud.
ii. Untuk menjaga manusia dan masyarakat dari melakukan kekacauan.
iii. Untuk menjaga manusia dan masyarakat dari tercemar dengan melakukan
dosa.
iv. Untuk memelihara maruah dan keturunan.
v. Untuk memelihara dan menjaga akal fikiran, harta benda dan kesucian
agama Islam dari dicabuli.

b) Senaraikan Kesalahan Jenayah yang dikenakan hukuman hudud
i. Zina
ii. Qazaf
iii. Meminum arak
iv. Mencuri
v. Hirabah
vi. Murtad/Riddah
vii. Qati’u At-Tariq (Penyamun di jalan/pemberontak)

1. Jenayah Zina

1. Jelaskan pengertian jenayah zina, dalil, rukun dan syaratnya

Pengertian

Zina ialah persetubuhan haram pada faraj wanita dengan kemahuanya sendiri
tanpa hak milik dan hak milik syubhat dan tanpa akad nikah yg sah atau
Menurut pendapat Ibnu Qudamah, perbuatan zina ialah menyetubuhi
perempuan pada faraj secara haram dan tanpa syak dan sebarang syubhat.

Dalil
Firman Allah:

                   

Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).

(b) Huraikan syarat wajib had zina.

Syarat wajib had zina.

 Cukup umur
 Waras
 Islam
 Hendaklah seorang yang patuh kepada perintah Allah dan kemahuan sendiri
 Hendaklah wanita itu bukan kafir harbi
 Perempuan yang berzina itu dikalangan orang yang layak dipersetubuhi.
 Zina itu dilakukan dengan anak adam.
 Persetubuhan yang bukan syubhat.
 Perempuan yang melakukan zina masih hidup.

Us Hajida Smkani Besut Page 92

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

(c) Huraikan cara mensabitkan jenayah zina secara terperinci.
 Keterangan saksi.
 Pengakuan penzina yang cukup syaratnya.
 Qarinah

1. Keterangan saksi.
Iaitu keterangan yang diberikan oleh 4 orang saksi lelaki yang cukup syaratnya.

Syarat yang perlu ada pada saksi :
- Beragama Islam
- Baligh
- Berakal
- Seorang yang adil
- Seorang yang boleh melihat
- Seorang yang boleh bercakap
- Seorang yang mampu mengingati apa yang telah disaksikan, juga memahami apa

yang dilihat oleh matanya dan bertanggungjawab dengan segala yang diucapkan.
- Tiada halangan untuk menerima kesaksian.
- Empat orang saksi
- Saksi mesti lelaki
- Qadhi berpuas hati dengan kesaksian para saksi
- Kemungkinan berlaku zina
- Mampu menolak dakwaan.
- Kekal kelayakan saksi sehingga hukuman had dilaksanakan
- Saksi mestilah merdeka

 Seandainya saksi tersebut tidak cukup syarat, maka pendakwa mestilah
dikenakan had qazaf iaitu sebat sebanyak 80 kali. Walaupun begitu
ulama’mutajahid berselisih pendapat tentang cara-cara membawa keterangan
dikalangan saksi-saksi.

i. Imam Syafi’I berpendapat bahawa tidak mengapa saksi-saksi datang secara
serentak atau berasingan semuanya dikira sah memberi keterangan. Cara
berasingan lebih baik dari serentak.kerana jika serentak ditakuti bersepakat
untuk memberi keterangan palsu.

ii. Imam Abu Hanifah mestilah datang secara serentak dan tidak boleh datang
secara berasingan.jika datang berasingan,keterangan diangap tidak sah dan
mereka akan dikenakan had qazaf.

2. Pengakuan penzina yang cukup syaratnya Page 93
Syaratnya:

 Baligh
 Sempurna akal
 Pilihan sendiri

 Berulangkali membuat pengakuan

Us Hajida Smkani Besut

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

1. Pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hanbal,

pengakuan yang dibuat oleh penzina untuk disabitkan kesalahan mestilah
sebanyak 4 kali untuk menyamai 4 orang saksi, selain itu mereka
mestilah memberi keterangan dalam majlis yang berasingan.

2. Pendapat ulama Syafi’i dan sebahagian besar ulama Maliki.
pengakuan yang dibuat oleh penzina tidak semestinya sebanyak 4 kali dan
tidak perlu pada majlis berasingan, pengakuan menjadi sah dah cukup
hanya sekali sahaja.
 Pengakuan dibuat di hadapan Ketua Negara atau dihadapan qadhi yang
mewakilinya.
 Pengakuan dibuat dalam keadaan sedar.
 Pengakuan dari seorang yang mampu berzina.
 Pengakuan dibuat secara lisan.

3. Qarinah

 Menurut pandangan Imam Malik seorang yang sudah jelas bukti dan qarinah
yang menunjukkan ia berzina,mestilah di kenakan had.

 Imam Abu Hanifah ,Imam Syafi’I dan Imam Ahmad berpendapat bahawa qarinah
tidak semestinya dapat diterima dan bukan sebab yang membolehkan seseorang
itu dikenakan had. Mereka berpendapat seorang wanita itu mengandung
mungkin sebab dirogol atau dipaksa melakukan prsetubuhan.

(d) Huraikan syarat dikenakan rejam bagi penzina muhsan.

 Hendaklah sempuna akal.
 Hendaklah mencapai umur baligh.
 Hendaklah seorang yang merdeka.
 Hendaklah seorang yang beragama Islam.
 Hendaklah seorang yang berkahwin shahih.
 Hendaklah seorang dalam perkahwinan shahih dengan cara yang mewajibkan

mandi walaupun tanpa keluar air mani.
 Hendaklah suami isteri itu mempunyai semua sifat di atas itu semasa melakukan

persetubuhan.

(e) Jelaskan hukuman (pembalasan) bagi penzina menurut Islam.

Hukuman bagi penzina:

 Rejam (Penzina muhsan)
 Sebat dan buang daerah (Penzina bukan muhsan)

Rejam dan pendapat ulama

 Sepakat Ulama mengatakan hukuman rejam dengan batu sampai mati
hendaklah dikenakan terhadap pasangan lelaki dan perempuan yang telah
berkahwin dan bersetubuhan (muhsan dan muhsanah) secara sah.

Us Hajida Smkani Besut Page 94

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Dalilnya
hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah:

.... ‫ زان محصن فيرجم‬: ‫لا يحل قتل مسلم إلا بإحدى ثلاث خصال‬

Tidak halal bunuh orang Islam melainkan didapati melakukan salah satu daripada tiga
perkara : yang muhsan melakukan zina hendaklah direjam dengan batu ….

Hukuman sebatan dan buang daerah serta pendapat ulama.
Hukuman terhadap penzina yang bukan muhsan(teruna dan dara) ialah
sebatan 100 kali. Manakala hamba dikenakan sebatan separuh iaitu 50 kali sebatan.

Dalil
Firman Allah s.w.t:

                              

                          

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang
dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas
kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu
beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang
dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
Pendapat ulama dan fuqaha berkenaan buang daerah:

 Hanafiah berpendapat: hukuman buang daerah tidak boleh dihimpunkan
dengan sebat.

 As-Syafi’iah dan Al-Hanabilah berpendapat: hukuman buang daerah setahun
ke tempat yang harus qasar sembahyang dihimpunkan dengan hukuman
sebatan 100 kali.

 Al-Malikiah berpendapat : Lelaki hendaklah dibuang daerah selama setahun,
manakala perempuan tidak boleh dikenakan hukuman buang daerah dibimbangi
berlaku perzinaan yang lain pula disebabkan pembuangan daerah itu.

(f) Huraikan maksud muhsanah.

Maksud muhsanah dalam ayat 4 surah al-nur ialah ‘iffah,iaitu suci dan terpelihara.
Dalam keadaan lain muhsanah dalam ayat 23 surah al-nur dapat dimaksudkan
dengan merdeka dan perempuan muslimah.

Ulama berselisih pendapat tentang maksud muhsanah dan ‘iffah.

1. Pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik:
‘iffah ialah tidak pernah berzina sepanjang hidupnya atau bersetubuh walaupun
dalam perkahwinan yang fasid.

Us Hajida Smkani Besut Page 95

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

2. Menurut Imam Syafi’i :iffah dan muhsanah ialah tidak pernah melakukan
zina sebelum dan selepas dituduh zina.
3. Menurut Imam Ahmad :iffah dan muhsanah ialah tidak pernah disabitkan
dengan zina, baik melalui keterangan atau pengakuan dan penyaksian.

Perkara yang dimaksudkan dengan muhsanah.
 Tidak fasiq
 Islam
 Baliqh
 Merdeka

2. Jenayah Qazaf

1. Huraikan al-qazaf dari segi pengertian dan dalil pengharamannya
Pengertian al-qazaf:
Dari segi bahasa ialah melemparkan tuduhan atau lontar atau melepaskan anak panah
daripada busur.
Dari segi istilah pula ialah menuduh seseorang yang suci dan terpuji baik lelaki atau
perempuan dengan tuduhan zina.
Dari segi istilah syara’ ialah menuduh seseorang melakukan zina tanpa pembuktian yang
jelas dan lengkap. contoh : “Engkau penzina atau engkau bukan anak si Anu”

Dalil pengharaman al-qazaf ialah

                             

Sesungguhnya orang-orang Yang menuduh perempuan-perempuan Yang terpelihara
kehormatannya, Yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi Yang beriman,
akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa
Yang besar;

2. Jelaskan rukun dan syarat orang yang dianggap telah melakukan qazaf.
Cara untuk mensabitkan hukuman had qazaf ke atas orang yang didakwa ialah
ulama’ fiqh sepakat mengatakan, seseorang itu dikira melakukan qazaf apabila
mempunyai syarat berikut:

i. Lafaz qazaf
Terbahagi kepada 2 iaitu :
- lafaz jelas dan terang
ulama’ sepakat mestilah dikenakan had qazaf sekiranya tidak dapat
mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil dan cukup syaratnya.
Contoh “Engkau penzina”
- lafaz sindiran
ulama’ berselisih pendapat tentang hukumannya iaitu :

Us Hajida Smkani Besut Page 96

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Perselisihan pendapat mengenai lafaz sindiran

1. Imam Abu Hanifah berpendapat
Tuduhan selain zina serta tuduhan zina secara sindiran tidak dikenakan had
qazaf tetapi hanya dikenakan ta’zir.

2. Imam Syafi’e dan Imam Malik berpendapat
sekiranya seseorang itu membuat tuduhan zina secara kinayah, namun ia
berniat dan bertujuan untuk membuat tuduhan zina atau terbukti berniat
menuduh zina, ia sama dengan lafaz tuduhan yang jelas dan terang dan mestilah
dikenakan had qazaf.

ii. Orang yang melakukan qazaf
- waras
- cukup umur

iii. Orang yang dituduh
- seseorang yang suci terpelihara kehormatannya
- masih hidup
- berakal
- cukup umur
- Islam
- Tidak bisu
- Merdeka

3. Huraikan cara untuk mensabitkan hukuman had qazaf ke atas orang yang
didakwa.

1. Kesaksian para saksi.
Jenayah ini disabitkan kesalahannya ke atas penuduh dengan disaksikan oleh dua
orang saksi lelaki sahaja. Syarat bagi saksi sama seperti syarat jenayah zina:

i. Islam
ii. Baligh
iii. Sempurna akal
iv. Bersifat adil
v. Boleh melihat/ tidak buta
vi. Boleh bercakap
vii. Sesorang yang mengingati apa yang dilihat dan didengari.
viii. Tiada halangan daripada pihak kehakiman untuk menerima kesaksian

mereka.
x. Dua orang lelaki
xi. Hendaklah mendengar sendiri tentang tuduhan yang dilemparkan

terhadapnya.

Jenayah qazaf memerlukan aduan tuduhan terlebuh dahulu, tanpa aduan tidak ada
dakwaan yang dapat dibuat oleh pihak kehakiman penuduh.

Us Hajida Smkani Besut Page 97

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

2. Pengakuan penuduh bukan mangsa yang dituduh.

Syaratnya:

i. Pengakuan itu mestilah daripada seorang yang baligh dan sempurna akal.
ii. Pengakuan dibuat dalam bentuk ucapan, bukan tulisan dan isyarat.

Tidak disyaratkan:

i. seorang yang dapat melihat.
ii. Merdeka.
iii. Bilangan tertentu – memadai hanya sekali pengakuan.
iv. Masa tertentu – sah walaupun pengakuan dibuat lewat.

3. Sumpahan.
Maksudnya sama ada sumpahan dari penuduh atau dari mangsa tuduhan, kedua-
duanya harus diminta bersumpah dalam suasana yang tertentu sama ada untuk
mengenakan pembalasan had qazaf ke atas penuduh atau menggugurkannya.

1. Mazhab syafi'i dan setengah al-Hanifah berpendapat
Jenayah qazaf dapat disabitkan dengan sumpahan apabila tiada bukti lain
yang dimiliki oleh mangsa tuduhan.

2. Jumhur ulama berpendapat
Tidak harus mensabitkan jenayah atau menjatuhkan hukuman tersebut
dengan sumpah.

4. Jelaskan hukuman orang yang menuduh zina (qazaf) tanpa dapat
mengemukakan 4 orang saksi

i. 80 kali sebatan sekiranya merdeka dan 40 kali sebatan bagi hamba

ii. Orang yang menuduh zina tidak akan diterima penyaksiannya/ hilang

kelayakan dalam apa jua kes yang melibatkan saksi sehingga ia bertaubat.

iii. Mereka berdosa besar

iv Mereka orang yang fasiq

3. Minum Arak

1. Jelaskan pengertian meminum yang memabukkan, dalil pengharamannya,
hikmah dan sabit had peminum arak.

Pengertian
Dalam bahasa Arab arak di sebut khamr, dan dari segi istilah arak ialah apa sahaja
bahan yang memabukkan sama ada bahan itu diperbuat daripada anggur, barli, nira
kelapa atau sebagainya yang memabukkan orang yang meminumnya walaupun
sedikit.

Us Hajida Smkani Besut Page 98

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

Dalil pengharaman arak :
                                 

                               

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada
keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih
besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah Yang mereka akan
belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) Yang berlebih dari keperluan (kamu).
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya)
supaya kamu berfikir:

Rukun dan Syarat wajib had peminum arak hendaklah:
1. Seorang yang berakal kecuali bagi orang yang gila.
2. Seorang yang baligh .
3. Seorang yang muslim terkecuali bagi orang yang kafir.
4. Bukan terpaksa meminum dengan sebab tercekik./ keadaan darurat
5. Melakukan dengan kehendak sendiri bukan dipaksa.
6. Tahu bahawa apa yang diminum adalah arak.
7. Berpegang pada mazhab yang mengharamkan benda yang diminumnya/ tahu

tentang pengharamannya.

Hikmah pengharaman:
1. Arak boleh memberi kemudaratan kepada nyawa, tubuh badan harta benda dan

anak pinak.
2. Ia juga boleh menjatuhkan maruah dan martabat seseorang.
3. Ia merupakan punca segala kejahatan, dan menghalang mengingati Allah ketika

sembahyang.
4. Ia boleh membawa kepada permusuhan dan kemarahan antara satu sama lain.

Meminum arak boleh disabitkan dan di kenakan had 40 sebatan sekiranya :
 Ada pengakuan peminum arak itu sendiri dengan syarat yang cukup.
 Disaksikan oleh dua orang saksi lelaki yang adil.
 Bahan yang memabukkan itu dalam bentuk minuman
 Mengambil minuman yang memabukkan itu melalui mulut dan sekurang-

kurangnya sampai ke halkum.

2. Huraikan hukuman yang dikenakan terhadap peminum arak dan syarat
wajib had peminum arak.

Hukuman(pembalasan) meminum minuman yang memabukkan:

1. Berdasarkan sunnah dan amalan para sahabat dalam masa pemerintahan
khulafa' Ar-Rasyidin, tidak ada nas kadang-kadang Rasulullah s.a.w menyebat
dengan kadar yang sedikit dan ada kalanya banyak tetapi tidak melebihi
40 sebatan.

2. fuqaha' : 80 sebatan.

3. As-Syafi'iah : 40 sebatan.

Us Hajida Smkani Besut Page 99

Pra Universiti 930 SYARIAH Penggal 1

4. mencuri

1. Mencuri merupakan kesalahan jenayah hudud. Jelaskan mencuri dari segi
pengertian, dalil, hukuman dan syarat dikenakan hukuman had mencuri.

Erti mencuri:
Mengambil harta orang lain secara sulit atau secara diam dan tersembunyi.
Dalil:
Firman Allah :

                               

                              

”dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah
tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai)
suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
39. maka sesiapa Yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal
usahanya, Sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.

Rukun dan Syarat pencuri dan barang yang dicuri

Syarat pencuri

 Hendaklah mukallaf.
 Berakal.
 Sampai umur.
 Mencuri dengan kehendak sendiri.
 Bukan harta bapanya.
 Bukan dalam keadaan kelaparan dan kebuluran.

Syarat harta yang dicuri:

 Harta itu bernilai pada syarak.
 Sampai nisabnya.
 Disimpan ditempat yang selamat.
 Harta yang dicuri dari jenis yang tahan disimpan dan tidak cepat rosak.
 Harta yang dicuri itu terpelihara, pencuri itu tidak ada hak untuk mengambilnya,

tidak ada takwil dan tidak ada syubhat.
 Pencuri tidak dibenarkan masuk/ada keizinan ke tempat simpanan barang

curian.
 Niat mencuri

Hukuman ke atas pencuri:

Potong tangan kanan. Ulama’ telah sepakat, jika kali kedua dipotong kaki kirinya.
Jika pencuri melakukan pencurian kali ketiga; ulama berselisih pendapat:

Us Hajida Smkani Besut Page 100


Click to View FlipBook Version