The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 MPU3062
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Akhi Aiman, 2021-09-10 02:43:38

ABDUL AIMAN BIN AZALEE BUKU LOG MPU3062

TUGASAN 1 MPU3062
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFAN

Susunan dan penyimpanan peralatan dan bahan perkhemahan boleh dibuat dan disediakan dengan
membina atau membuat rak dan penyangkut daripada
bahan-bahan yang ada di sekitar kawasan perkhemahan seperti pokok buluh, pokok bertam, anak-anak
kayu, rotan, daun nipah / rumbia dan sebagainya.
Jenis-jenis Gajet
i.Gajet tempat kasut
ii.Gajet ampaian pakaian
iii.Gajet pintu gerbang dan jambatan
iv.Gajet tiang bendera
v.Gajet papan kenyataan
vi.Gajet makanan
vii.Gajet penyangkut periuk dan cerek untuk masak
viii.Gajet tempat menyimpan bahan-bahan masakan seperti kicap, cuka dan sebagainya.
ix.Gajet tempat peralatan seperti cangkul, parang, pencakar, tukul dan sebagainya
Gajet pagar dan sebagainya

51

IKHTIAR HIDUP

52

2.0 IKHTIAR HIDUP
Pengenalan:
i.Ikhtiar hidup atau lebih dikenali sebagai survival boleh diertikan sebagai suatu situasi atau keadaan
genting serta mengalami kesukaran dalam usaha untuk meneruskan kehidupan, terutamanya semasa
mengikuti aktiviti perkhemahan di dalam hutan, bukit dan gunung.
ii.Oleh itu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau sesuatu usaha yang dilakukan untuk terus hidup
atau daya usaha yang diutamakan dalam proses kelangsungan hidup. Dalam konteks aktiviti luar, ikhtiar
hidup merupakan satu usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang supaya dia terus hidup
semasa menghadapi ancaman semasa menjalani aktiviti luar seperti perkhemahan.

iii.Situasi ikhtiar hidup ialah apabila berlakunya gejala-gejala seperti yang berikut:
a.kehabisan bekalan makanan dan minuman;
b.ancaman binatang buas;
c.sesat di dalam hutan; dan
d.masalah perlindungan.

iv.Ikhtiar hidup terpaksa dilakukan kerana kelalaian manusia itu sendiri, sama ada pada peringkat
perancangan, persiapan ataupun semasa pelaksanaan aktiviti. Selain itu,kurang pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran juga boleh menyebakan situasi ikhtiar hidup.
v.Oleh itu, setiap individu yang ingin mengadakan atau menyertai aktiviti luar perlulah mendalami ilmu
dan kemahiran tentang perkhemahan agar situasi ikhtiar hidup akan dapat dielakkan. Pelbagai cabaran
dan risiko akan sentiasa dilalui sepanjang aktiviti luar dilaksanakan.
vi.Prinsip ikhtiar hidup:

a.Keselamatan:
Keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat dilakukan dengan
menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan.
Misalnya, elakkan daripada memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui puncanya, sama ada
boleh dimakan atau tidak walaupun dalam keadaan yang sangat lapar.
Masalah ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan diri dan nyawa diabaikan.

53

b.Usaha:
Dalam situasi ikhtiar hidup, pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar
bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib atau
takdir semata-mata tanpa usaha akan mengundang risiko. Jika sesuatu usaha itu gagal maka hendaklah
berusaha dengan cara yang lain pula asalkan usaha tersebut tidak menjejaskan faktor keselamatan.
Semakin banyak usaha yang dilakukan semakin banyak peluang yang akan muncul untuk mengatasi
segala rintangan dan risiko yang dihadapi.
c.Kawalan diri:
Dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan
tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri, perasaan cemas dan panik serta
hilang pertimbangan akan menyebabkan seseorang itu untuk bertindak secara terburu-buru tanpa
berfikir. Keadaan ini pasti akan menambahkan lagi kerumitan terhadap masalah yang sedang dihadapi.
d.Kerjasama:
Jika dalam pasukan atau kumpulan, kerjasama yang erat dan berterusan dalam pasukan atau kumpulan
amat penting untuk diberikan keutamaan agar segala kerumitan dan kesulitan dapat diatasi secara
bersama. Kesepakatan membawa berkat. Jika tiada kesepatan segala masalah sukar diatasi.

Masakan solar:
i. Masakan solar merupakan satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan peralatan dapur dan
hanya menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga pembakar.

ii.Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak kebaikan. Antaranya ialah:
a.satu cara untuk mendidik ahli supaya sentiasa melindungi alam sekitar yang semakin terancam;
b.mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api;
c.mengurangkan bahaya gas dan kebakaran.
d.salah satu ikhtiar hidup jika kehabisan bekalan gas/bahan bakar untuk memasak makanan

iii.Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik.
iv.Bahan -bahan yang diperlukan ialah:
a.alumunium foil;
b.periuk memasak nipis yang telah disembur cat aerosol hitam;
c.kertas kadbord yang tebal atau kotak besar yang kosong;

54

d.gam/glue;
e.pelekat kertas /paper binding tape;
f.plastik lut sinar;
g.tali rapia; dan
h.tiga batu kecil diletak di bawah periuk semasa memasak.

Proses menyediakan dapur solar

Proses menyediakan periuk
Penyediaan menu masakan

55

Periuk berisi makanan dimasukkan ke dalam beg plastik lalu diikat dengan ketat

Tiga batu yang kecil diletakkan di bawah periuk untuk mewujudkan aliran haba.
Periuk diletakkan di kawasan lapang yang ada pancaran cahaya matahari
Masakan rimba:
i.Masakan rimba atau backwoodsman iaitu satu cara memasak makanan semasa di dalam hutan tanpa
menggunakan periuk atau lain-lain peralatan memasak.
ii.Memasak dengan kaedah ini adalah lebih sukar berbanding kaedah masakan solar namun ianya boleh
menjadi aktiviti yang menyeronokkan sebagai salah satu ikhtiar hidup semasa berkhemah
iii.Pelbagai bahan boleh digunakan sebagai bekas untuk memasak seperti buluh, kerajang aluminium,
tanah, buah contoh kelapa dan lain-lain.
iv.Kegunaan buluh semasa perkhemahan
a.buluh sangat penting untuk membuat gajet, pioneering dan projek penerokaan.
b.bekas makanan/minuman
c.memasak makanan

56

v.Masakan rimba menggunakan buluh
a.pilih ruas buluh yang nipis dan besar saiznya
b.pastikan buluh yang dipilih tidak retak
c.basuh bahagian dalam buluh hingga bersih
d.sediakan bahan yang hendak dimasak dalam buluh contoh nasi atau lauk
e.jika memasak nasi di dalam buluh pastikan sukatan air adalah sama banyak dengan sukatan beras
f.masak nasi atau lauk dengan kaedah yang ditunjukkan dalam rajah 1 di bawah

Rajah 1
Membuat perangkap:
i.Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap haiwan atau binatang ketika
kehabisan makanan semasa menyertai kegiatan perkhemahan di dalam hutan. Terdapat beberapa jenis
perangkap dan jerat yang digunakan antaranya:
a.perangkap atau jerat pelanduk;
b.perangkap atau jerat ayam hutan;
c.perangkap atau jerat hempap dan jerut;
d.perangkap kurungan.

57

ii.Perangkap atau jerat pelanduk:
a.Mudah untuk dibuat kerana ia hanya memerlukan beberapa bahan sahaja.Bahan-bahan yang perlu
disediakan ialah :
(i)kayu pelentik;
(ii)tali pesawat yang kuat dengan ukuran panjang yang sesuai;
(iii)kayu cabang berbentuk ‟Y‟ yang ditajamkan kedua-dua belah hujungnya;
(iv)kayu pesawat; dan
(v)alas pemijak.
b.Tali jerut atau alas pemijak perlu ditutup dengan menggunakan daun-daun. Daun-daun juga digosok
ke tengkuk dan tubuh untuk menyembunyikan bau badan.
ii.Perangkap atau jerat ayam hutan:
a.Jerat jenis ini mempunyai mekanisme yang sama dengan jerat simbat dan jerat sentak yang dibuat
bagi menangkap burung ruak-ruak.Di antara bahan-bahan yang digunakan ialah:

(i)sebatang kayu lentik dengan ukuran panjang yang sesuai;
(ii)dua batang kayu yang bercabang;
(iii)tali pesawat;
(iv)dua batang kayu pelepas;
(v)sebatang kayu pesawat (kayu pembingkas) sepanjang 5 cm; dan
(vi)beberapa batang kayu pemijak.

b.Namun begitu cara ini kurang popular kerana badan ayam hutan mungkin akan tersekat oleh kayu
lengkung yang digunakan.
iii.Perangkap atau jerat hempap dan jerut:
a.Perangkap atau jerat hempap biasanya dibuat untuk mencederakan haiwan atau binatang. Perangkap
jenis ini mudah dibuat dan dapat dilihat dengan jelas.Beberapa jenis bahan yang perlu disediakan ialah:
(i)tali pesawat yang cukup kuat dan mempunyai panjang yang sesuai;
(ii)umpan;
(iii)tali pemberat tambahan;
(iv)batang kayu penghempap;

58

(v)dua batang kayu penghalang hadapan;
(vi)dua batang kayu penghalang belakang;
(vii)kayu pesawat;
(viii)dua batang kayu pelepas; dan
(ix)beberapa batang kayu pemijak.

b.Perangkap atau jerat hempap dan jerut akan memastikan kaki haiwan terjerut serta dihempap oleh
batang kayu. Namun begitu, masalah yang timbul ialah untuk mendapatkan kayu pelepas dan kayu
pesawat yang kuat serta dapat menampung berat kayu penghempap serta kayu pemberat tambahan.
iv.Perangkap atau jerat kurungan:
a.Perangkap kurungan digunakan untuk membolehkan kita menangkap haiwan hidup-hidup.
Sungguhpun begitu cara ini kurang popular dan tidak praktis kerana ia mengambil masa yang agak lama
untuk disiapkan serta banyak membazirkan tenaga. Bahan yang diperlukan bagi membuat perangkap
jenis ini ialah :

(i)batang-batang kayu yang secukupnya untuk dijadikan dinding,kayu alang,tiang pintu dan sebagainya;
(ii)umpan;
(iii)gelang rotan;
(iv)kayu pesawat; dan
(v)tali pesawat.

b.Tiang-tiang perangkap hendaklah ditanam ke dalam tanah bagi memastikan perangkap atau jerat
tidak terbalik akibat dirempuh binatang liar.

59

KEBUDAYAAN

60

3.0 MALAM KEBUDAYAAN PERKHEMAHAN PANDU PUTERI
PENGERTIAN
⚫ Malam Kebudayaan merupakan satu acara kemuncak yang menyeronokkan
dalam satu-satu perkhemahan, korobori, jambori, perhimpunan pengakap dan aktiviti pengakap
sama ada peringkat kumpulan, daerah atau negeri.
⚫ Diadakan pada waktu malam dengan aktiviti bersuka ria melalui nyanyian, menari dan
berlakon.
⚫ Diadakan di tempat yang lapang atau dalam bangunan atau di atas pentas.
⚫ Dahulunya dikenali dengan temasya unggun api. Unggun api digunakan tetapi kini bertukar
dengan penggunaan lampu gasolin atau letrik.

TUJUAN
⚫ Merupakan acara kemuncak - diadakan di tempat lapang, ada aktiviti seperti nyanyian,
lakonan, tarian dan sebagainya bagi tujuan menghibur kanak-kanak
⚫ Menghilangkan rasa bosan
⚫ Mencungkil bakat terpendam ,menghilangkan rasa malu
⚫ Latihan mengukur masa, menilai, menghargai dan menghormati orang lain
⚫ Berkeyakinan, percaya kepada diri sendiri
⚫ Untuk kepuasan diri, bukan untuk menunjuk-nunjuk

PROSEDUR MALAM KEBUDAYAAN
1. Perasmian - ringkas , siapa?
2. Selepas perasmian - beberapa lagu rancak/ beramai-ramai, semua peserta terlibat
3. Pertunjukan / Persembahan - selang seli

61

- Nyanyian beramai-ramai
- Lakonan pendek / Sketsa
- Nyanyian berkumpulan
- Tarian
- Nyanyian - ‘round song’
- Permainan ringkas
4. Selitkan dengan cerita pendek / celoteh berunsurkan nasihat
5. Selepas setiap persembahan - Yell
6. Lagu pantun di pertengahan acara
7. Acara yang baik – di kemudiankan
8.Penutup - Lagu Negaraku

Panduan Pengisian
1. Lagu beramai-ramai - pastikan semua peserta boleh menyanyikan lagu berkenaan
2.‘Round Song’ - sebagai satu latihan yang baik untuk bertatatertib dan mengikut rentak yang
sama
3. Lakonan / Sketsa - tempoh kira-kira 3 minit, tidak menyentuh agama, perkauman atau
bangsa,
tidak perlu banyak alatan, elak menggunakan bahan/senjata berbahaya
4. Tarian - bercirikan kebudayaan tempatan atau pergerakan pengakap seperti joget, inang dan
tarian gajah. Cukup 2 atau 3 tarian sahaja
5. Celoteh - boleh diselitkan oleh pengacara, berunsurkan nasihat dan menghiburkan hati
tetapi tidak menyentuh perkara sensitif
6. Yell - sorakan berunsurkan penghormatan kepada kumpulan yang membuat

62

persembahan, tidak menyentuh perkara sensitif
63

JALAN LASAK DAN
PANDU ARAH

64

4.0 JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
Tujuan
⚫ Membina latihan fizikal secara terarah
⚫ Melatih kemahiran bertindak dalam pelbagai persekitaran secara rasional
⚫ Menambah pengetahuan mentafsir maklumat berdasarkan pelbagai sumber

Peraturan dan Persediaan
⚫ Tugasan telah disediakan
⚫ Peraturan telah ditetapkan
⚫ Peralatan telah ditentukan

Prosedur
⚫ Mematuhi SOP dan peraturan yang merangkumi:
- Fizikal & Mental
- Pakaian
- Peralatan
- Latihan

Jenis-jenis dan Cara Menggunakan Kompas
⚫ Silva
1. Letakkan peta pada bidang datar
2. Setel piringan kompas dengan pembagian derajat pada posisi 0°, kemudian
letakkan di atas peta
3. Himpitkan tanda panah penyesuai, garis penyesuai, garis bantu, sehingga sejajar

65

dengan sumbu Y peta.
4. Geser/ putar-putarkan peta tanpa merubah posisi kompas sampai jarum kompas
dengan tanda panah penyesuai sejajar dengan sumbu “Y” peta.

Prisma
1. Letakkan peta pada bidang datar
2. Bentangkan kompas di atas peta
3. Himpitkan garis rambut pada kompas dan takik pada cincin jempol dengan sumbu
“Y” peta
4. Geser/ putar putarkan peta tanpa posisi kompas, sampai jarum kompas dengan
garis rambut sejajar dengan sumbu Y Peta.
Peta Topo

Fungsi komunikasi Radio Amatur UHF dan VHF
⚫ Sebagai alat perhubungan semasa aktiviti
⚫ Menggunakan frekuensi tertentu
⚫ Ada kaedah komunikasi menggunakan perlatan
⚫ Keperluan keselamatan dan kecemasan
⚫ Penjagaan alatan

Penggembaraan dan Ekspidisi
Definisi
⚫ Pengembaraan bermaksud suatu perjalanan yang mempunyai tujuan dengan menempuh
pelbagai rintangan dan cabaran.

66

⚫ Boleh dilakukan pada masa siang atau malam.

Tujuan
⚫ Sebagai memenuhi syarat-syarat bagi mencapai Lencana Kemajuan.
⚫ Menguji kecekapan dan kecerdasan seseorang pengakap sepanjang pengembaraan
⚫ Memberi keseronokan melalui penyiasatan
⚫ Menikmati keindahan alam (Pendidikan Alam Sekitar – PAS)
⚫ Menggalakkan semangat kerjasama melalui sistem berpatrol

Jenis-jenis Penggembaraan
Menyiasat alam semulajadi
⚫ Hutan, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, binatang, serangga, ikan, burung, spesis lain
Menyiasat tempat, kawasan dan bahan sejarah
⚫ Muzium, bangunan lama, kawasan tapak perkuburan, gua-gua dan
peninggalan sejarah.
Melakukan kajian geografi dan sosiologi
⚫ Kajian tentang sungai, batu-batan, kampung, perbandaran, lembah, bukit atau gunung
Pengembaraan khusus
⚫ Pengembaraan kerana sesuatu tujuan seperti mendaki gunung atau bukit, secara
berpasukan seperti berkayak/berbasikal/berjalan kaki.

Pengembaraan misteri
⚫ Mencari harta karun, pertolongan cemas, mengikut jejak isyarat

67

Pengembaraan survival (Ikhtiar hidup)

⚫ Latihan hidup di dalam hutan, memasak cara hutan, mendaki gunung dan bukit,
mempelajari isyarat-isyarat sulit dan kod morse.

Persediaan Sebelum Penggembaraan
1. Membincang arahan perjalanan
2. Menyediakan kompas, dan beg pengembaraan (haversack)
3. Mendapatkan peta perjalanan
4. Menyediakan makanan, peti pertolongan cemas, khemah dan peralatan perkhemahan
5. Membincang dengan pemimpin apakah yang akan dilakukan dalam pengembaraan atau
dapatkan surat arahan pengembaraan
6. Persediaan untuk menyediakan sebuah log pengembaraan

Keperluan Semasa Menggembara
⚫ Baju hujan
⚫ Pakaian secukupnya
⚫ Tuala
⚫ Stokin
⚫ Kasut yang sesuai dan selipar
⚫ Peralatan dan pakaian solat bagi yang beragama Islam (terutamanya wanita)
⚫ Beg tidur
⚫ Sikat /Cermin
⚫ Ubatan yang sesuai
⚫ Sabun

68

⚫ Botol air, cawan, pinggan, pisau, sudu, garfu, periuk dan cerek (alatan memasak)
⚫ Tikar
⚫ Mancis atau pemetik api
⚫ Lampu Suluh, Lilin atau lampu Hurican
⚫ Alat-alat pertolongan cemas
⚫ Khemah dan pancang

KHIDMAT
KESUKARELAWAN

69

5.0 Khidmat Sukarela

1. Memulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang
2. Belitkan membujur kemudian melintang dan mematikan dengan simpulan manok
3. Memulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang
4. Belitkan membujur kemudian melintang dan mematikan dengan simpulan manok

KHIDMAT KESUKARELAWANAN

Kerja sukarela (volunteer work) atau khidmat sukarela ( volunteer service) ialah
kegiatan yang dilakukan dengan rela hati, ikhlas, tanpa paksaan daripada mana
mana pihak, tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan material, dan dapat
memberi manfaat kepada golongan sasaran.

Dalam maksud yang luas, kesukarelawanan boleh dilihat sebagai suatu konsep
perkhidmatan dan perkongsian, suatu proses pendidikan atau pengalaman
pembelajaran, dan penglibatan aktif warga negara dalam isu-isu dan hal-ehwal
kemasyarakatan.

Kepentingan kesukarelawan
✓ Menjadikan diri merasai kejayaan.
✓ Membuat kehidupan lebih bermakna.
✓ Mendapat maklumat dan pengetahuan.
✓ Memperoleh kemahiran dan kemampuan baharu.

70

✓ Memperoleh pengalaman.
✓ Mendapat peluang untuk mengembara.

71

SIMPULAN & IKATAN

6.0 Simpulan
Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ianya digunakan untuk
menyimpul dan mengikat benda-benda yang kecil dan sederhana. Simpulan digunakan pada setiap
tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.

Contoh-contoh simpulan:
-Simpul Manuk
-Simpul Buku Sila
-Simpul Tindih Kasih
-Simpul Bunga Geti
-Simpul Balak
-Simpul Belit

 SIMPUL MANUK
Simpulan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang. Ia berfungsi sebagai
permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting, ikatan lantai,
ikatan silang nombor lapan. Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gajet (permulaan bagi ikatan-
ikatan yang telah disebutkan di atas tadi).

72

Fungsi:
-digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak
-tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat
-digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting

Teknik:
-mulakan simpul pada kayu
-kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi
-tarik hujung tali
 SIMPUL BUKU SILA
Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut. Ia digunakan untuk mengikat benda -benda kecil
seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang
dilipat. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.

Fungsi:
-untuk menyambung dua tali yang sama saiz
-untuk mengikat kain anduh semasa pertolongan cemas

73

Teknik:
-letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain
-masukkan hujung A di bawah B
-kemudian, lakukan ikatan yang sama dengn memasukkan B di bawahnya

 SIMPUL TINDIH KASIH

Digunakan untuk membuat ikatan pada leher binatang supaya tidak boleh mencerut. Ia juga digunakan
untuk kerja-kerja menyelamat,iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang.

Fungsi:
-digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut
-untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa

Teknik:
-mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
-kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.

74

-masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut.
 SIMPULAN BUNGA GETI
Untuk menyambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan jenisnya.Digunakan
untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung bendera dalam flag break, atau menyambung
tali perahu dengan tali kapal.

Fungsi:
-menyambung dua tali yang tidak sama saiz
-mengikat tali ke suatu tanjul

Teknik:
-mulakan simpul
-kemudian, masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul
-seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul
 SIMPUL BALAK
Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan yang besar supaya mudah ditarik
dan tidak licin. Ikatan ini merupakan permulaan kepada ikatan serong.(ikatan balak juga boleh
digunakan dalam ikatan untuk membuat gajet selain ikatan manuk).

75

Fungsi:
-untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah
-agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan
-untuk memulakan ikatan serong
-untuk memindahkan atau mengheret kayu atau batang balak

Teknik:
-gunakan tali dengan mengelilingi kayu
-tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas
 SIMPUL BELIT / LILIT DUA SIMPUL
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang, atau mengikat tali khemah pada pasaknya, atau untuk
mematikan ikatan ke pokok/pancang kerana cara begini mudah dibuka semula serta tidak mudah
tertanggal.

76

Fungsi:
-digunakan bagi mengikat tali pada tiang
-boleh juga digunakan untuk mengikat tali khemah pada pasaknya Teknik:
-mulakan simpul seperti dalam rajah
-kemudian lakukan dua lengkungan
-tarik bahagian B untuk kemaskan simpul

IKATAN
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan, tiang
bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan unit beruniform, beberapa ikatan
digunakan. Contoh-contoh ikatan:

-Ikatan Seraya
-Ikatan Serong
-Ikatan Lilit Kacang
 IKATAN SERAYA
Digunakan untuk mengikat kayu,buluh atau tiang bagi membuat jambatan, gajet, menara, tiang,
bendera dan lain-lain.Langkah pertama dimulakan dengan simpul manuk(cuba lihat gambar
no.1).kemudian lilit dengan kemas dan ketat ,akhir sekali dimatikan dengan simpul manuk juga.

Fungsi:
-digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tepat.

Teknik:
-dimulakan dengan simpul manuk

77

-kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.
-seterusnya dililit dicelah kayu.
-akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk.

 IKATAN SERONG/SILANG
Ikatan ini digunakan untuk membuat jambatan, menara dan sebagainya. Mulakan dengan simpulan
pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan
dengan simpulan manok.

Fungsi:
-untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang
-digunakan untuk membina jambatan, menara, gajet dan pioneering

Teknik:
-mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang
-kemudian belitkan membujur dan melintang
-seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas
-akhirnya matikan ikat serong dengan menggunakan simpul manuk.

 IKATAN LILIT KACANG
Digunakan untuk mengikat batang-batang kayu/buluh bagi membuat lantai untuk sesuatu gajet/binaan.
Dimulakan dengan menggunakan simpul manuk dan diakhiri dengan simpul manuk juga – contoh: meja
makan

78

Fungsi:
-digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu gajet

Teknik:
-mulakan dengan menggunakan simpul manuk atau lilit balak
-ikat selang seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang hinngga selesai

79

ASAS KAWAD KAKI

80

7.0 ASAS KAWAD KAKI DAN ISTIADAT
Pengenalan:
i.Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam atau unit beruniform, seperti Pergerakan KRS
dan Kadet Remaja Sekolah yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan secara serentak
mengikut arahan yang diberikan oleh ketua (komander). Berkawad ialah berjalan dgn rentak kaki yg
sama atau berbaris atau mengadakan perbarisan berdasarkan arahan yang diberikan oleh ketua.
ii.Kawad kaki merupakan sebahagian daripada aktiviti kecergasan dan berpasukan yang bertujuan untuk
membentuk disiplin dan ketatatertiban dalam pasukan. Di samping itu, kawad kaki juga bertujuan untuk
membentuk individu yang cergas, berdisiplin tinggi, berfokus dan taat akan perintah dan arahan ketua.

iii.Dua bentuk latihan diutamakan, iaitu:
a.Latihan bahasa hukuman/perintah kawad; dan
b.Latihan pergerakan.

iv.Objektif kawad kaki adalah untuk:
a.membentuk peribadi individu;
b.menyemai semangat taat setia dan mematuhi arahan atau perintah;
c.menanam perasaan yakin;
d.membentuk semangat dan peribadi yang cergas, setia dan bertatatertib;
e.menanam dan menyemai semangat dan sikap bekerjasama; dan
f.menanam dan menyemai sifat-sifat yang teratur, kemas, berdisiplin dan berhemah tinggi.
v.Kawad kaki mengandungi lima elemen utama, iaitu:
a.Kawad Statik
b.Kawad Dinamik
c.Kawad Asas
d.Kawad Formasi
e.Kawalan Kehormatan

81

Bahasa Hukuman Kawad:

i.Tiga asas dalam membina bahasa hukuman kawad:
a.Ingatan:
Memberi peringatan kepada skuad/kumpulan apa yang akan mereka buat.
b.Harkat/Amaran:
Peringatan yang panjang terhadap perbuatan atau pergerakan yang akan dilakukan oleh skuad.
c.Perbuatan:
Arahan perbuatan yang patut dilakukan oleh skuad (dilafazkan dengan suara yang amat nyaring oleh
komander/pemimpin kawad.

ii.Contoh bahasa hukuman kawad:

Bahasa Hukuman Kawad Tindakan

BERGERAK KE KANAN INGATAN

KE KANAN… HARKAT/AMARAN

PUSING PERBUATAN

iii.Latihan asas dalam membina bahasa hukuman kawad:
a.Masuk Baris;
b.Sedia;
c.Luruskan barisan;
d.Paras;
e.Senang Diri;
f.Rehatkan Diri;
g.Keluar Baris;
h.Pusing ke Kanan;
i.Pusing ke Kiri;
j.Pusing/Menghadap ke Belakang;
k.Pusing/Menghadap ke Hadapan;

82

l.Kawad Jalan Kaki;
m.Berhenti Semasa Berkawad/Jalan Kaki; dan
n.Bersurai.

Kawad Statik dan Dinamik:
i.Latihan kawad statik dan dinamik
a.Masuk Baris:

(i)Hukuman ini diberikan apabila latihan kawad/perbarisan/kawalan hormat hendak dimulakan atau
selepas skuad berada dalam kedudukan KELUAR BARIS, iaitu berehat.
(ii)Arahan:

“DENGAR SINI SEMUA SEKALI, APABILA MENDAPAT HUKUMAN TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA,
SKUAD HENDAKLAH SEDIA, BERLARI, BERBARIS DALAM TIGA BARISAN DI HADAPAN, DI TENGAH-
TENGAH DI MANA SAYA MENGADAP.”

“FAHAM ITU SKUAD!”
TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK!
atau
DUA BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK!
atau
SATU BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK!
atau
MASUK BARIS …… GERAK!

83

b.Paraskan Skuad:
(i)Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii)Arahan:

YANG TINGGI KE KANAN, YANG RENDAH KE KIRI DALAM SATU
BARISAN …… GERAK!
(Skuad akan bergerak dengan cara berpusing ke kanan selaku KELUAR BARIS dan terus membentuk satu
barisan panjang di hadapan pemimpin.)

NOMBOR!
(Skuad akan menyebut nombor masing-masing secara kuat/nyaring bermula dari sebelah kanan.)

NOMBOR GANJIL SATU LANGKAH KE HADAPAN, NOMBOR
GENAP SATU LANGKAH KE BELAKANG …… GERAK!

ORANG DISEBELAH KANAN SEKALI, DIAM!
(Hukuman ini diberi sebagai tanda orang di sebelah kanan sekali sebagai PENANDA KANAN.)

NOMBOR GANJIL KE KANAN, NOMBOR GENAP KE KIRI BARISAN,
KANAN DAN KIRI …… PUSING!

JADIKAN TIGA BARISAN, CEPAT JALAN!
(Skuad akan berjalan ke arah PENANDA dan mengambil tempat di barisan tengah, belakang, hadapan
dan seterusnya hingga terbentuk tiga barisan.

84

c.Luruskan Barisan:
(i)Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii)Arahan:
KE KANAN …… LURUS!
(Skuad akan memandang ke kanan sambil mendepakan tangan kanan merapati bahu kiri rakan sebelah.
Kemudian skuad menghentakkan kaki sambil meluruskan barisan dan berhenti sebaik barisan telah
diluruskan.)

PANDANG …… DEPAN!
(Skuad akan memandang ke hadapan sambil menjatuhkan tangan kanan dan kembali dalam kedudukan
SEDIA.)

d.Senang Diri:
(i)Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
Arahan:
SENANG …… DIRI!

(ii)Jika skuad berada dalam kedudukan REHATKAN DIRI. Arahan:
BARIS!
(Skuad akan berada dalam keadaan Senang Diri.)

e.Rehatkan Diri:
(i)Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SENANG DIRI.
(ii)Arahan:

REHATKAN …… DIRI!

85

f.Sedia:
(i)Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan REHATKAN DIRI.
Arahan:

BARIS!
BARIS …… SEDIA!

(ii)Jika skuad berada dalam kedudukan SENANG DIRI:
Arahan:
BARIS …… SEDIA!

g.Buka Barisan:
KEDUDUKAN SEDIA
(i)Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii)Arahan:

BUKA BARISAN …… GERAK!
(Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke hadapan. Barisan belakang akan bergerak
satu atau dua langkah ke belakang.)

h.Tutup Barisan:
(i)Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii)Arahan:

86

TUTUP BARISAN……… GERAK!
(Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke belakang. Barisan belakang akan bergerak
satu atau dua langkah ke hadapan.)
i. Pusing ke Kanan:
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan

SEDIA.
(ii) Arahan:
BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA
KE KANAN……… PUSING!
atau
KE KIRI……… PUSING!
atau
KE BELAKANG……… PUSING!

j. Pusing ke Kiri: berada dalam kedudukan
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad SEDIA.
(ii) Arahan:
BERGERAK KE KIRI BERTIGA-TIGA
KE KIRI……… PUSING!

atau
KE KANAN……… PUSING!
atau
KE BELAKANG……… PUSING!

87

k. Pusing / Menghadap ke Belakang: berada dalam kedudukan
(i) Hukuman ini diberikan selepas skuad SEDIA.
(ii) Arahan:

BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKANG
KE BELAKANG……… PUSING!
atau
KE KANAN……… PUSING!
atau
KE KIRI……… PUSING!

l.Kawad Jalan Kaki:
(i)Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii)Arahan (bergantung kepada penanda):

DARI KIRI, CEPAT……… JALAN!
atau
DARI KANAN, CEPAT ………, JALAN!
atau
DARI DEPAN, CEPAT ………, JALAN!
(jika dalam satu barisan sahaja)

m.Berhenti Semasa Berkawad atau Jalan Kaki:

(i)Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan KAWAD JALAN KAKI atau HENTAK
KAKI.

(ii)Arahan:

88

BARIS, BERHEN……… TI!
(Hukuman BERHENTI akan dilafazkan dengan cara suku kata TI disebut sebaik sahaja kaki kiri skuad
mencecah ke tanah.)
n.Keluar Baris:
(i)Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii)Hukuman Keluar Baris diberikan jika skuad hanya berhenti rehat dan akan ada perbarisan, kawalan
hormat atau kawad kaki lagi selepas itu.
(iii)Arahan:
KELUAR …… BARIS!
o.Skuad Bersurai:
(i)Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
(ii)Hukuman Bersurai diberikan setelah aktiviti perbarisan, kawalan hormat atau kawad kaki tamat dan
akan bersambung pada waktu atau hari yang lain.
(ii) Arahan:
BERSU …… RAI!
(Pergerakan BERSURAI sama seperti pergerakan ketika KELUAR BARIS.)

89

PERTOLONGAN
KECEMASAN

90

8.0 ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Definisi dan Konsep Pertolongan Cemas:

i. Bantuan permulaan atau rawatan pertama atau awal yang
diberikan kepada mangsa atau pesakit. Usaha rawatan pertama
atau rawatan awal dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan
ambulans atau sebelum mangsa atau pesakit menerima rawatan
daripada doktor di tempat kejadian.

ii. Pertolongan Cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan, bantu
mula atau rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang
mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara
mengejut atau tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling
sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum
mangsadihantarkehospital.

Tujuan dan Prinsip:

iii. Tujuan pertolongan cemas:

a. Selamatkan nyawa:
Memberikan bantuan awal untuk menyelamatkan
nyawa dalam situasi yang mengancam nyawa, seperti
pendarahan yang banyak, terhenti pernafasaan dan
jantung, kulit terbakar atau melecur dan yang
seumpama dengannya.

b. Mengelakkan daripada bertambah buruk:
Memberikan rawatan pertolongan cemas yang betul
dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau
keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.

c. Mengurangkan kesakitan:
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata
semangat untuk memberikan kelegaan kepada
mangsa atau pesakit.

d. Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor:
Memudahkan tugas doktor untuk merawat mangsa
sebaik tiba di tempat kejadian.

91

** Dapatkan bantuan kecemasan atau lanjutan daripada
seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar
segera. Jangan tinggalkan mangsa keseorangan
sehingga bantuan tiba.

iv. Prinsip pertolongan cemas:
a. Elakkan bahaya dan utamakan keselamatan.
b. Dapatkan tindak balas mangsa.
c. Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersumbat.
d. Periksa pernafasan mangsa.
e. Periksa peredaran darah (carotid - nadi tepi leher/brachial - lengan atas)

92

Anduh dan Balutan:

i.Anduh

a.Anduh bermaksud ampu atau ambin, iaitu sejenis kain yang digunakan untuk mengampu anggota
badan yang cedera.

b.Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalam aktiviti pertolongan cemas kerana ia
boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam pelbagai situasi. Kain anduh yang baik berukuran satu
meter.

c.Antara kegunaan kain anduh ialah:
(i)mengampu bahagian yang cedera atau patah;
(ii)menghenti atau menahan pendarahan;
(iii)menetapkan bahagian yang cedera;
(iv)dapat digunakan sebagai pengipas;
(v)menutup tempat yang luka atau cedera; dan
(vi)sebagai pengelap atau sebagai karung tuaman sejuk (ais).

d.Jenis-jenis anduh:
(i)Anduh besar (large arm sling):
(a)mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
(b)mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
(ii)Anduk tiga segi atau Anduh St. John‟s (triangular sling):
(a)menahan pendarahan anggota atas.
(b)mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.

93

(c)mengampu anggota atas yang cedera.

(iii)Anduh kecil (small sling):
(a)mengampu kecederaan di bahagian bahu.
(b)mengampu tulang klavikal yang cedera.
(c)mengampu anggota atas yang cedera.

(iv)Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling):
(a)mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.

ii.Pembebatan dan Pembalut atau Balutan

a.Pembebatan (Dressing)

(i)Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan diikuti balutan luka dengan kain kasa
atau steril pada kulit yang cedera.

(ii)Tujuan:
(a)Mengurangkan kesakitan.
(b)Menggalakkan penyembuhan luka.
(c)Memperbaiki kosmetik kulit.
(d)Mengawal penyebaran mikroorganisme.
(e)Mengawal kontaminasi luka.
(f)Memberi tekanan pada tempat tercedera.
(g)Mengawal pendarahan.
(h)Mengawal kecederaan lanjut.

(iii)Pembebatan ada tiga jenis, iaitu:
(a)Pembebatan medan – bagi kegunaaan pasukan keselamatan;
(b)Pembebatan luka – mengikut ukuran-ukuran luka; dan

94

(c)Pembebatan hospital – jenis kain kasa berukuran 10 X 10 mm

b.Pembalut atau balutan:
(i)Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi sebagai pembalut dan pengikat di
bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga berfungi sebagai pembantu pembebatan. Setelah luka
dicuci atau dibersihkan, luka tersebut akan ditutup dengan pembalut untuk mengelak pendarahan dan
jangkitan kuman.
(ii)Pembalut atau balutan ada dua jenis, iaitu:

(a)Pembalut kain tiga segi – untuk menganduh, membalut, mengampu , mengipas dan pengikat gelung
cincin.
(b)Pembalut bergulung – untuk melakukan balutan lapan, balutan
circular atau spiraI dan balutan padi.

(iii)Tujuan dan Fungsi Pembalut:
(a)Melindungi luka daripada dijangkiti kuman.
(b)Melindungi luka daripada terus merebak, kecederaan lain atau lambat sembuh.
(c)Memberikan keselesaan dan menutup luka serta menahan pendarahan.
(d)Mengurangkan kesakitan.
(e)Mencegah dan menghisap kotaran seperti darah, nanah dan serum.

c.Peraturan Am Membebat dan Membalut Luka:
(i)Bersihkan tangan terlebih dahulu.
(ii)Digalakkan memakai sarung tangan.
(iii)Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat dan membalut luka. Saiz kain
perlulah lebih besar daripada kawasan luka.
(iv)Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan pembebatan dan pembalutan.
(v)Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian luka.

95

Merawat Luka dan Gigitan:

i.Merawat luka:
a.Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkan berlakunya pendarahan
atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar atau dalam badan disebabkan oleh benda atau alat
yang tajam atau tumpul.

b.Pendarahan ada tiga jenis, iaitu:
(i)pendarahan luaran (external):
(a)luka terhiris – disebabkan benda yang tajam seperti pisau;
(b)luka terkoyak – disebabkan cakaran binatang atau dawai;
(c)luka berdarah – kena pukulan tepat benda yang tumpul; dan
(d)luka tembus – luka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarum dan tembakan.

(ii)pendarahan dalaman (internal):
(a)perut – muntah berdarah;
(b)rahim – tumpah darah;
(c)tali usus – darah pada dubur;
(d)buah pinggang – kencing berdarah;
(e)paru-paru/saluran pernafasan – batuk berdarah; dan
(f)tengkorak – darah mengalir melalui telinga atau hidung
(iii)pendarahan dalaman tanpa kesan:
(a)limpa dan hati pecah; dan
(b)pendarahan dalam otak.

96

c.Luka terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
(i)Luka terbuka:
Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang mengakibatkan pendarahan atau tumpahan darah
yang banyak, renjetan dan jangkitan kuman.
(ii)Luka tertutup:
Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau tumpahan darah berlaku dalam tisu yang
mengakibatkan bahagian yang cedera menjadi lebam.

d.Cara merawat luka terbuka:
(i)Luka-luka kecil:
(a)Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja;
(b)Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman;

(c)Langkah-langkah rawatan:
Bersihkan tangan dengan sabun.
Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang steril.
Lekatkan plaster mengikut ukuran luka.
Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
Gunakan pembalut untuk memegang plaster.

(ii)Luka-luka kecil yang ada benda asing:
(a)Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari luka seperti kaca atau serpihan kayu
yang terbenam, jangan keluarkan objek tersebut kerana dibimbangi akan menyebabkan lebih banyak
kerosakan pada tisu dan pendarahan.

97

(b)Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah:
Bersihkan tangan dengan sabun.
Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman.
Keringkan luka secara perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala yang sudah disteril.
Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-

dua bahagian atau atau persekitaran objek.
Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman.
Buat balutan sekeling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan objek.
Bawa mangsa/pesakit ke hospital.

ii.Merawat gigitan:
a.Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan memindahkan kuman ke tisu badan
manusia kerana kuman terdapat pada mulut kebanyakan binatang. Semua gigitan memerlukan rawatan
perubatan dengan segera.

b.Tanda-tanda gigitan:
(i)Luka yang dalam di daging.
(ii)Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit.

c.Kaedah rawatan:
(i)Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih.
(ii)Cuci dengan larutan cecair antiseptik/sapukan krim antiseptic.
(iii)Balut dengan pembalut steril.
(iv)Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 atau pergi ke klinik atau hospital berdekatan.

98

d.Jika digigit anjing:
(i)Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan.
(ii)Cuci luka secara menyeluruh dengan air dan sapukan dengan larutan cecair antiseptik.
(iii)Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya.
(iv)Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Melecur, Pitam dan Patah:
i. Melecur dan terbakar.

a.Melecur:
Kecederaan disebabkan oleh haba lembab seperti air mendidih, wap atau minyak panas. Terbakar dan
melecur biasanya serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan yang serius selepas kemalangan, ia juga
akan meninggalkan kesan parut.

b.Terbakar:
Kecederaan kepada kulit dan tisu badan yang lain disebabkan terkena haba kering. Terbakar boleh
disebabkan oleh api yang menyala, bahan api, objek panas, bahan kimia atau arus elektrik.

c.Ketenatan mangsa bergantung kepada:
(i)Luas permukaan yang cedera.
(ii)Tempat yang terbakar atau melecur.
(iii)Tahap terbakar.
(iv)Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.

d.Jenis terbakar atau melecur:
(i)Luar – Terbakar pada bahagian kulit.
(ii)Dalam – Terbakar dalam rongga atau perut.

99

e.Sebab-sebab terbakar atau melecur: SEBAB-SEBAB
JENIS

Panas kering Bahan api atau api.

Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur atau
puntung rokok.

Geseran

Panas lembab Wap, cecair panas seperti teh, kopi atau minyak

Bahan kimia Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif. Kimia
domestik seperti peluntur cat, racun rumput atau alkali.

Radiasi Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra
violet)

Terdedah kepada punca-punca radioaktif.

Elektrik Arus elektrik yang rendah seperti perkakas rumah.
Kilat dan petir.

* Terbakar disebabkan arus elektrik akan melibatkan
dua tempat luka sahaja.

f.Tahap kecederaan:

(i)Tahap pertama (Superficial burn):

Kecederaan terbakar/melecur pada bahagian kulit luar sahaja. Ia melibatkan bahagian epidermis dan
terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemereh-merahan.

(ii)Tahap kedua (Intermidiate burn)

Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit kelihatan kemerah-merahan
gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit.

(iii)Tahap ketiga (Deep burn):

Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih kering. Rasa sedikit sakit
atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.

100


Click to View FlipBook Version