The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 MPU3062
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Akhi Aiman, 2021-09-10 02:43:38

ABDUL AIMAN BIN AZALEE BUKU LOG MPU3062

TUGASAN 1 MPU3062
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFAN

g.Tanda-tanda terbakar atau melecur:

(i)Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan tahap kedua.
(ii)Bahagian anggota yang terlibat berwarna kemerah-merahan pada tahap awal, merah gelap, lepuh
dan mengelembung pada tahap kedua.
(iii)Pengaliran keluar plasma.
(iv)Renjatan.

h.Tindakan yang perlu diambil:
(i)Tindakan „3B‟:

(a)Burning stop – Padamkan.
(b)Breathing maintain – Periksa pernafasan.
(c)Body examine – Periksa tahap terbakar/melecur.

(ii)Tindakan „3C‟:
(a)Cool – Sejukkan.
(b)Cover – Tutup bahagian yang terbakar.
(c)Carry – Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital.

(iii)Pengendalian am:
(a)Hentikan kebakaran - air.
(b)Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan).
(c)Tentukan ia bernafas.
(d)Alirkan air bagi terbakar/melecur tahap pertama dan kedua selama 20 minit atau sehingga kesakitan
berkurangan.
(e)Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar.
(f)Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak supaya tidak berlaku renjatan.
(g)Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan.

101

ii.Pitam
(a) Beri rawatan renjatan, jika perlu dan hantar ke hospital dengan segera.

a. Pengsan dan pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang singkat. Gejala ini terjadi
disebabkan oleh otak seseorang yang tidak berfungsi dengan betul.

b.Antara penyebabnya ialah:
(i)Kekurangan darah di dalam otak;
(ii)Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan terganggu;
(iii)Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga menyebabkan pengsan.

c.Cara merawat:
(i)Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah.
(ii)Longgarkan pakaian ketat.
(iii)Lap mukanya dengan tuala basah ATAU biarkan dia menyedut larutan harum ammonia.
(iv)Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri.
(v)Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama ada air, kopi atau teh panas.

iii.Patah:

a.Patah ialah tulang pecah atau retak. Ia mungkin disebabkan oleh daya secara langsung, misalnya, jika
seseorang dilanggar oleh sebuah kenderaan yang bergerak ATAU daya tidak langsung, contohnya jika
seorang pemain bola sepak telah tersepak tanah dan bukannya bola maka daya mungkin dialihkan
untuk memecah tempurung lututnya.

b.Tanda-tanda patah tulang:
(i)Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang.
(ii)Bengkak dan lebam.
(iii)Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel.

102

(iv)Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat ketara jika patah berlaku di tulang
paha atau pelvis.

c.Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah pergerakan di sekeliling tempat
yang terlibat .

d.Cara merawat:

(i)Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah pergerakannya dengan sempurna.
Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia dipindahkan.

(ii)Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk mencegah pergerakan.

(iii)Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat kerana ia boleh
menjejaskan pengaliran darah.

(iv)Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di bahagian atas dan bawah anggota juga harus
dicegah pergerakannya.

(v)Bawa mangsa ke hospital dengan segera.

** Penting: Rawat terlebih dahulu masalah kesukaran pernafasan, perdarahan yang banyak dan tidak
sedarkan diri sebelum merawat anggota yang patah.

Keracunan dan Terseliuh:

i.Keracunan

a.Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau berlebihan terhadap toksik (bahan-bahan
beracun), sama ada berbentuk cecair atau gas yang boleh menyebabkan penderitaan sementara atau
berkekalan.

b.Tanda-tanda terkena keracunan:
(i)Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah.
(ii)Mangsa mengalami sakit abdomen.
(iii)Cirit birit mungkin terjadi.
(iv)Tanda-tanda terkejut.
(v)Mungkin tidak sedarkan diri.

103

c.Arahan merawat:

(i)Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran terbuka dan dapatkan bantuan
perubatan.Tanyakan mangsa tentang apa yang telah dia makan.
(ii)Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa termuntah sendiri).
(iii)Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa mungkin muntah).
(iv)Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan CPR.
(v)Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital.
(vi)Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan:
(a)Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong.

(b)Rawatan kecemasan:

Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun.

Hirup udara segar di ruang terbuka.

Tanggalkan pakaian yang terkena racun.

Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan air.

Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan menggunakan air yang banyak.

Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima titis ubat mata bagi setiap mata.

ii.Terseliuh

a.Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang melebihi had
biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan antara tulang).
Ligamen sama ada boleh meregang dengan berlebihan, terkoyak atau terputus.

b.Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation) dan terseliuh (sprain). Terdapat
sedikit perbezaan antara terkehel dan terseliuh walaupun kedua-duanya melibatkan kecederaan pada
ligamen.

c.Terkehel ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang melebihi had sehingga
menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan struktur ligamen.

104

d.Manakala, terseliuh pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang melebihi had
sehingga menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal.

e.Tanda-tanda ligamen terseliuh:
(i)Sakit-sakit.
(ii)Bengkak.
(iii)Bertambah sakit apabila bergerak.
(iv)Pergerakan yang terhad.

f.Cara-cara merawat terseliuh:
(i)Hadkan pergerakan anggota.
(ii)Gunakan konsep RICE:

R - Rest (Rehatkan bahagian yang cedera dengan kedudukan yang selesa)

I - Ice (Letakkan ketulan [tuamkan dengan] ais pada bahagian yang cedera)

C - Compress (Longgarkan otot-otot yang tegang dan tekan bahagian yang cedera dengan satu lapisan
tebal kapas dan balut)

E - Elevate (Lipat atau tinggikan bahagia yang cedera)

(ii) Dapatkan bantuan perubatan.
Pemulihan Pernafasan atau Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR):

i.Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita perlu mengambil alih
pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran oksigen ke otaknya berterusan.
ii.Ingat petua S-P-P:

105

S - Saluran Udara:
Pastikan saluran udara terbuka.

P - Pernafasan:
Bernafas untuk pesakit dengan mengembungkan paru-parunya dan mengoksigenkan darah.

P - Peredaran:
Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan memampatkan dada.

iii.Cara-caranya:
S - Saluran Udara Terbuka:

(i)Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnya dan bersihkan tempat di
sekeliling mulut.
(ii)Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang perlahan-lahan.
(iii)Tarik rahangnya ke atas.
P - Pernafasan:

(i)Letakkan mulut anda di atas mulut pesakit, picit hidungnya agar tertutup dan hembus ke dalam
mulutnya dengan kuat supaya dadanya mengembung. Jika pesakit adalah seorang bayi atau kanak,
letakkan mulut anda di atas hidung dan mulutnya semasa menghembus.

(ii)Alihkan mulut anda dan dengar dengan teliti bunyi udara hembus. Kemudian ulang tindakan
menghembus. Jika tiada pertukaran udara, periksa semula kedudukan kepala dan rahang pesakit serta
lihat sama ada lidahnya menghalang saluran udara. Cuba sekali lagi.

(iii)Jika anda masih tidak mendapat sebarang pertukaran udara, pusing pesakit ke sisinya dan tampar
tulang kipas beberapa kali untuk mengeluarkan sebarang benda asing daripada tekak.

(iv)Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut. Jangan putus asa sehingga pesakit mula bernafas. Dalam
beberapa kes, ia mengambil masa beberapa jam sebelum sesorang pesakit itu pulih.

106

(v)Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Pastikan pesakit berasa hangat dan baring dalam posisi
yang selesa apabila dia telah pulih semula.
P - Peredaran (Mampatan Luar Dada):
(i)Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut, walaupun hampir tidak
kedengaran dan jika sebarang nadi dapat dirasai. Jika jantung belum berdenyut lakukan perkara ini:
(a)Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada.
(b)Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan kanan anda di atas rawan dengan
tangan kiri di atas tangan kanan.
(c)Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini (Tekan… Lepaskan… Tekan… Lepaskan…)
Apa yang kita buat ini adalah dengan menekan jantung mangsa dan memaksa darah mengalir ke
seluruh badannya. Ini menggantikan denyutan jantung.
(d)Selepas 30 tekanan, berikan dua bantuan pernafasan dari mulut ke mulut. Teruskan dengan ritma 30
kepada dua sehingga jantung mangsa berdenyut secara normal.

107

SEKIAN TERIMA
KASIH

108


Click to View FlipBook Version