The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipgp21250708, 2024-02-26 09:51:05

Buku Log Bulan Sabit Merah Malaysia

Norshaziera binti Shahruddin<br>22C

BULANSABITMERAHMALAYSIA MALAYSIANREDCRESCENT BULANSABITMERAHMALAYSIA BUKULOG NORSHAZIERABINTISHAHRUDDIN 2021252340324 PISMPAMBILANJUN2021 MPU3451aKOKURIKULUM-UNIT BERUNIFORM BULAN SABITMERAHMALAYSIA


Biodata Nama : Norshaziera binti Shahruddin Unit : PISMP Bahasa Melayu Ambilan Jun 2021 Angka Giliran : 2021252340324 Tahun dan Semester : Tahun 2 Semester 2


BIL ISI KANDUNGAN 1 Pengenalan 2 Objektif Bulan Sabit Merah 3 Visi, Misi, Moto 4 Lagu BSSM 5 Ikrar BSMM 6 Pendaftaran ahli dan kumpulan 7 Kuasa penganjur 8 Struktur Unit 9 Pengurusan buku log Contoh laporan aktiviti 10 Tanggungjawab pemimpin 11 Pakaian seragam ahli dan pemimpin 12 Takwim dan rancangan aktiviti Rancangan Latihan Kokurikulum 13 Perlantikan jawatankuasa unit Isi Kandungan


BIL ISI KANDUNGAN 14 Pengurusan badan beruniform secara sistematik dan terancang 15 Sejarah Pengasas pergerakan palang merah 16 Prinsip-prinsip asas bulan sabit merah 17 Struktur dan organisasi pertubuhan palang merah/ bulan sabit merah antarabangsa 18 Struktur dan organisasi pertubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) 19 Undang-undang kemanusiaan antarabangsa 20 Pembangunan konvensyen-konvensyen Geneva 21 Protokol-protokol tambahan 22 Tanggungjawab negara-negara 23 Konvensyen-konvensyen Hague 24 Lambang 25 Pengenalan/indikatif dan perlindungan dengan penggunaan lambang dan signifikannya Isi Kandungan


BIL ISI KANDUNGAN 26 Undang-undang asas konvensyen 27 Program unit beruniform BSMM di sekolah rendah Isi Kandungan


Pengenalan Bulan Sabit Merah Malaysia adalah sebuah organisasi kemanusiaan yang berpusat di Malaysia. Ia merupakan cabang dari Gerakan Bulan Sabit Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa yang beroperasi di seluruh dunia. Bulan Sabit Merah Malaysia memiliki misi utama untuk menyediakan bantuan kemanusiaan, perlindungan, dan pemulihan bagi orang-orang yang terkena dampak bencana alam, konflik, serta situasi darurat lainnya.


Objektif Bulan Sabit MerahMenyelamatkan nyawa manusia semasa berlakunya bencana alam, lemas atau situasi yang lain. 1. Memberi bantuan kemanusiaan kepada individu dan komuniti yang memerlukan. 2. Melindungi individu seperti kanak-kanak dan warga emas daripada sebarang ancaman. 3. 4.Menjalani aktiviti secara sukarela. 5.Menjalankan tugas mengikut prinsip.


Visi, Misi dan Moto VISI Untuk mencapai hasrat memberikan perkhidmatan kemanusiaan yang unggul diperingkat negeri dan negara. MISI Untuk berkhidmat setiap masa bila diperlukan kepada semua. MOTO Cekal, gigih dan rela berkhidmat.


Lagu Bulan Sabit Merah


Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, berikrar taat setia kepada, Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agung dan pemerintah-pemerintah di negara kami. Bahawa kami berikrar, akan sentiasa patuh pada perlembagaan, dan undang-undang serta arahan persatuan, walau di mana kami berada. Bahawa kami berikrar, akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami, kepada mereka yang sakit dan menderita, di waktu aman atau bencana, berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut : -Kemanusiaan -Kesaksamaan -Keberkecualian -Kebebasan -Khidmat Sukarela -Ketunggalan -Kesejagatan Ikrar Bulan Sabit Merah


Keahlian BSMM terbuka kerana ia tidak mengira bangsa, jantina, agama dan sebagainya. Pasukan Kanak-Kanak / Belia Satu pasukan BSMM sahaja dibenarkan untuk ditubuhkan di setiap sekolah. Minimum ahli BSMM bagi satu pasukan ialah 15 orang. Borang pendaftaran dihantar oleh pihak sekolah kepada Setiausaha Cabang dan akan disemak oleh pihak Cabang. Permohonan akan diusulkan kepada Setiausaha Cawangan. Pasukan Pasukan Belia Terbuka Ditubuhkan di kawasan yang diluluskan oleh belia Cabang sahaja. Minimum ahli adalah seramai 15 orang. Borang pendaftaran perlu dihantar kepada Cabang sebelum dihantar kepada Ibu Pejabat Kebangsaan untuk disemak dan dikeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan. Pasukan Pasukan Bantuan Sukarela Ditubuhkan di kawasan yang disyorkan oleh Cabang, Minimum ahli adalah seramai 15 orang. Langkah pendaftaran adalah sama seperti pendaftaran Pasukan Kanakkanak. Pendaftaran Ahli dan Kumpulan


Meluluskan pendaftaran tahunan unit BSMM dengan ibu pejabat BSSM. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin BSMM. Penganjur merupakan salah seorang daripada dua penurun tandatangan rasmi dan seorang lagi ialah pemimpin kumpulan bagi akaun simpanan atau semasa untuk BSMM tersebut. Kuasa Penganjur Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit BSMM apabila diperlukan.


Menganjur kursuskursus sijil lencana kecekapan dan sijil peperiksaan. Memberikan khidmat nasihat tentang BSMM kepada warga institusi. Kuasa Penganjur Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran seperti rombongan, kembara dan perkhemahan untuk ahli-ahli BSMM. Menyelia dan mengawal kemajuan unit BSMM di sesebuah institusi.


Aktiviti-aktiviti di peringkat Chapter biasanya dijalankan oleh unit-unit bahagian Kumpulan Perkhidmatan Kebajikan, Pasukan Bantuan Sukarelawan dan sekolah-sekolah. Struktur Unit Struktur unit di sekolah terdiri daripada kanak-kanak dan belia. Ahli-ahli belia dan kanak-kanak membentuk sekurang-kurangnya 80% ahli Bulan Sabit Merah Malaysia. Setiap unit mempunyai pegawai masingmasing.


Bagi unit Belia, Pegawai Belianya ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh pengetua. Struktur Unit Bagi unit kanakkanak, Pegawai Kanak-kanaknya ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh Guru Besar. Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit yang khas yang menunjukkan unit itu dari cabang mana dan dari bahagian mana.


Pengurusan Buku Log Terdapat catatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan serta mengesahkan penglibatan seseorang. Rekod sesuatu peristiwa yang berlaku dan catatan harian untuk sesuatu aktiviti. Buku log yang baik akan mempunyai sekitar 200 sehingga 300 helai muka surat dan saiz buku log berukuran 21cm - 31cm. Kulit pada luar buku perlu dibalut dengan plastik agar tidak rosak.


Contoh Laporan Aktiviti


TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN Memastikan Mesyuarat Agong diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa (AJK). Memastikan adanya perlembagaan dan peraturan. Memastikan aktivitiyang dijalankanselaras dengan objektif institusi pendidikan. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.


TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN Memastikanpasukan yang dianggotai olehpemimpin adalah berdaftar dan mendapat kelulusan daripada pihakpentadbir. Mengurus penyertaanahli sama adapada peringkat sekolah, daerah, ataulebih tinggi. Memohon kebenaran daripada ibu bapa atau penjagapelajar jika khidmatpelajar diperlukan di luar institusi. Menyatakan kebersediaan untuk menjadi gurupengiring bagi sebarang penyertaan.


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI


BIL TARIKH AKTIVITI / PROGRAM CATATAN 1 28.3.2024 Mesyuarat Agong Perlantikan Jawatankuasa 2024 2 8.5.2024 Ikrar Bulan Sabit Merah Malaysia Nyanyian lagu Bulan Sabit Merah Malaysia 3 12.6.2024 Prinsip-prinsip asas Bulan Sabit Merah Malaysia 4 3.7.2024 Asas pertolongan cemas 5 24.7.2024 Ikatan anduh dan balutan 6 4.9.2024 Pemakanan sihat 7 18.9.2024 Asas Kawad Kaki 8 2.10.2024 Panduan rawatan kecemasan 9 16.10.2024 Asas Perkhemahan 10 23.10.2024 Jenis-jenis penyakit 11 6.11.2024 Melaksanakan kuiz mengenai kesihatan 12 4.12.2024 Mesyuarat penutup dan laporan aktiviti


Tarikh / Hari 24/07/2024 (Rabu) Masa 11.30 – 12.30 petang (1 jam) Kumpulan Sasaran 25 orang (Tahun 5) Jenis Kokurikulum Unit Beruniform (Bulan Sabit Merah Malaysia) Tajuk Ikatan anduh dan balutan Fokus Cara mengikat dan membalut kain anduh Objektif Latihan Di akhir program, murid akan dapat: 1. Memberitahu tentang ikatan yang digunakan. 2.Mengenal pasti jenis balutan luka. 3.Menyatakan punca-punca berlakukan kecederaan. 4. Mendemonstrasikan cara mengikat dan membalut kain anduh pada bahagian tertentu. Pengetahuan Sedia Ada Murid pernah mengikat dan membalut kain anduh. Nilai Bersatu padu, kerjasama, kerajinan, kepatuhan, bertanggungjawab, tolong-menolong Alatan / Bahan Senarai Kehadiran, buku log, kertas mahjong, pen marker dan kain anduh. Rancangan Latihan Kokurikulum


Perlantikan Jawatankuasa sesuatu Persatuan berbeza antara satu sama lain. Terdapat dua cara Perlantikan Jawatankuasa : i) dipilih secara mesyuarat agung ii) dilantik oleh kuasa pihak tertentu. Jawatankuasa sesuatu persatuan dipilih dalam mesyuarat agung. Semua ahli mempunyai hak sepenuhnya untuk mencalon, memilih dan melantik sesiapa sahaja daripada kalangan ahli untuk menjadi jawatankuasa. Pencalonan, pemilihan dan perlantikan itu dilakukan dalam sesuatu mesyuarat agung. Sesetengah persatuan terutamanya persatuan dalam bidang beruniform, ahli jawatakuasa dilantik oleh pemimpin atau pihak yang berkuasa melalui perbincangan atau ujian tertentu. Contohnya, ketua platon bagi kadet polis dilantik daripada pelajar yang mencapai tahap kebolehan tertinggi berbanding pelajar lain. d i p i l ih s e cara me s y uarat ag ung d i lanti k o l eh k uasa p ihak te rtentu Perlantikan Jawatankuasa Unit


1.Struktur Organisasi Struktur organisasi perlu ditetapkan dengan jelas untuk membantu dalam pelaksanaan tugas. Tentukan tugas serta tanggungjawab setiap unit dalam badan beruniform. 3. Pembiayaan dan Kewangan 5. Logistik dan Pengurusan Stok Peralatan dan bekalan perlu mencukupi bagi menyokong aktivitiaktiviti kecamasan atau bantuan kemanusiaan. Pengurusan stok perlulah dirancang dengan efisien bagu mengelakkan pembaziran. Merancang bajet kewangan tahunan bagi memastikan aktiviti badan berlangsung degan baik. Memantau laporan kewangan secara berkala bagu memastikan penggunaan dana yang berkesan 2. Pengurusan Sumber Manusia Anggota direkrut dengan kriteria yang sesuai dengan misi serta nilai dalam BSMM. Menyediakan latihan bagi anggota bagi meningkatkan kemahiran mereka. Saluran komunikasi ditetapkan secara efektif pada semua peringkat dalam organisasi. Mesyuarat dilakukan secara berkala bagi membincangkan isu-isu semasa dan merancang strategi unyuk masa depan. 4. Komunikasi dan Koordinasi 6. Pengurusan Risiko Mengenal pasti risiko yang bakal dihadapi oleh badan beruniform. Merancang strategi bagi mengatasi atau mengurus risiko tersebut. Pengurusan Beruniform Secara Sistematik dan Terancang


8. Kerjasama dengan Pihak Luar Hubungan baik perlulah dibangunkan dengan pihak kerajaaan, masyarakat awam, dan organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk meningkatkan kerjasama dan sokongan. 7. Pemantauan dan Penilaian Prestasi Memantau program dan projek yang akan dilaksanakan secara berkala. Penilaian dilakukan untuk prestasi badan beruniform bagi menilai keberkesanan serta dapat mencadangkan penambaikan. Teknologi dan sistem maklumat perlu digunakan bagi menyokong pengurusan data, pemantauan aktiviti dan pelaporan. 9. Teknologi dan Sistem Maklumat Pengurusan Beruniform Secara Sistematik dan Terancang


Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) ditubuhkan pada 4 Mac 1948 sebagai cabang Kumpulan Bulan Sabit Merah. Namun, sebelum penubuhan BSMM, terdapat usaha-usaha penyelamat yang dilakukan oleh masyarakat setempat semasa Perang Dunia Kedua. Pada zaman perang, aktiviti-aktiviti kemanusiaan dijalankan oleh kumpulan sukarelawan tempatan dan badan-badan bantuan yang tidak formal. Selepas perang berakhir, keperluan untuk mengkoordinasikan usaha-usaha ini mendorong kepada penubuhan Badan-Badan Bulan Sabit Merah di pelbagai negara, termasuk Malaysia. Pada tahun 1947, kerajaan British mengumumkan penubuhan Malayan Red Cross Society (MRCS), yang kemudiannya menjadi anggota Liga Bulan Sabit Merah pada tahun 1948. Pada 4 Mac 1948, MRCS bergabung dengan Liga dan berubah nama menjadi Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Sejak penubuhannya, BSMM telah aktif dalam menyediakan bantuan kemanusiaan, perkhidmatan kesihatan, dan pendidikan kesihatan kepada masyarakat di Malaysia. Organisasi ini turut terlibat dalam pelbagai usaha membantu mangsa bencana alam, konflik, dan kecemasan kemanusiaan lain. BSMM terus berkembang dan berusaha untuk memenuhi keperluan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran-cabaran kemanusiaan. Sejarah


Sir Henry Dunant (8 May 1828 - 30 October 1910) Pengasas Pergerakan Palang Merah Sir Henry Dunant atau nama sebenar beliau ialah Jean Henri Dunant merupakan pengasas Pergerakan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan yang merupakan Pengasas Pergerakan Palang Merah. Beliau berasa sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Solferino, Itali Utara pada 24 Jun 1959 kerana lebih 40,000 tentera serta orang awal cedera dan terkorban. beliau menyelamatkan mangsa yang merintih dan nyawa-nyawa ikan ke sebuah gereja berdekatan semasa dalam perjalanan ke Algeria, Afrika. Beliau mencatat peristiwa yang berlaku dan dikenali sebagai Kenangan di Solferino dan menghadiahkannya kepada ketua negara Eropah. Buku itu telah memberi kesedaran buat ketua-ketua kerajaan di Eropah. Buku itu mencadangkan : Pertama : Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang telah cedera dan menderita semasa peperangan. Kedua : Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari manamana pasukan perlu dibantu. Oleh itu, jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk tanpa kehadiran beliau pada tahun 1864.


Pengasas Pergerakan Palang Merah Siapakah Jean Henry Dunant? Beliau lahir pada 8 Mei 1828 dan dikenali sebagai bapa palang merah. Ayah beliau merupakan seorang peniaga terkenal serta berharta. Ibu beliau pula patuh pada agama dan seorang penyayang. Oleh itu, beliau mula minat kepada sekumpulan organisasi di Switzerland, France dan Belgium yang terkenal dengan nama Young Mens Christiar, Union dan di England di kenali sebagai Young Mens Christian Assosiation. Pada 1853, terdapat pergerakan yang dimulakan bagi menyatukan beberapa kumpulan di Eropah. Beliau mencadangkan satu gagasan sedunia termasuk YMCA di England perlu diwujudkan dan tidak hanya terhad di Eropah. Satu persidangan YMCA sedunia diadakan atas hasil desakan Dunant di Paris pada tahun 1855. Pada Jun 1859, beliau melihat banyak mangsa peperangan yang sakit dan mati semasa dalam perjalanan untuk menguruskan perniagaan di Itali. Beliau membantu mangsa yang sakit dengan sedaya upayanya. Pengalaman ini telah membuatkan beliau meninggalkan hal perniagaannya dan menumpukan pemikirannya kepada penderitaan dan peperangan. Beliau juga telah menulis buku “Kenangan di Salfarion” berdasarkan pengalaman yang beliau alami dan buku itu merupakan permulaan bagi kejayaan untuk kerjayanya. Pada 1863 dan 1864, beliau semakin berjaya kerana ramai orang memberi sokongan kepada beliau. Selepas itu, jawatankuasa Palang Merah mula ditubuhkan. Selepas berlaku persidangan dalam transformasi itu, beliau mula menyepikan diri dan tempatnya diganti dengan orang yang lebih praktikal. Pada 1856 dan 1866, pernyataan semakin merosot kerana perasaan malu dan kurang yakin terhadap diri sendiri.


Click to View FlipBook Version