The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipgp21250708, 2024-02-26 09:51:05

Buku Log Bulan Sabit Merah Malaysia

Norshaziera binti Shahruddin<br>22C

Pengasas Pergerakan Palang Merah Pada 1867, tahun ini merupakan tahun yang malang bagi Dunant. Pernigaannya semakin merosot dan terpaksa menggunakan harta bagi membayar hutang-hutang. Oleh itu, beliau juga mengambil keputusan untuk meninggalkan Geneva pada umur 39 tahun. 20 tahun kemudian, Dunant terpaksa hidup dengan belas kasihan sahabatnya dan elaun daripada keluarganya. Beliau terpaksa hidup keseorangan. Pada Julai 1887, beliau berumur 59 tahun dan kelihatan tua akibat kekecewaan yang dialami sepanjang 20 tahun. Namun, masih ramai penduduk di bandar kecil Heidden, Switzerland yang menghormati beliau. Kemudian, beliau mula menaruh minat dalam pergerakan yang beliau pelopori. Pada 1895, seorang wartawan muda dalam pengembaraannya telah mendapat tahu menganai Dunant dan memohon untuk wawancara Dunant. Melalui wawancara yang dilakukan, dunia masih mengetahui bahawa Dunant masih hidup walaupun dalam keadaan daif. Oleh itu, ramai pihak yang ingin membantu beliau. Pada tahun 1901, Beliau telah dianugerahi dengan Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama. Pada 30 Oktober 1910, beliau telah meninggal dunia di Heidden iaitu sebuah kawasan pergunungan.


KEMANUSIAAN KESAKSAMAAN KEBERKECUALIAN KEBEBASAN Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengseraan di mana jua wujud. Tujuan adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat menghormati sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia. Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asalnya ialah meringankan kesengsaraan indidvidu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius. Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya. Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi. Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan bertakluk kepada undang-undang negara, pergerakan tetap menjaga kebebasan dalam segala kegiatan supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan. Prinsip-Prinsip Asas Bulan Sabit Merah


KHIDMAT SUKARELA KETUNGGALAN KESEJEGATAN Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara. Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah meliputi seluruh dunia. Semua mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama untuk saling bantu-membantu di anatara satu sama lain. Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung Prinsip-Prinsip Asas Bulan Sabit Merah


3 badan yang berasingan dalam Bulan Sabit Merah Antarabangsa Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM) / (ICRC) Persekutuan Antarabangsa Persatuan palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) Persatuanpersatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Struktur dan Organisasi Pertubuhan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Antarabangsa


Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM) / (ICRC) International Committe of The Red Cross (ICRC) Badan prihatin pada pembangunan UndangUndang Kemanusiaan Antarabangsa Ditubuh pada 1863 oleh 5 warganegara Swiss Organisasi Swiss secara bebas dan bersendirian dan tugasnya membantu orang yang cedera Perhimpunan Agung PBB memberi status pemerhati pada 16 Oktober 1990 Peranan JAPM : Pemaju Konvensyen Kemanusiaan Antarabangsa 1. Menjaga prinsip-prinsip asas Palang Merah 2. Agensi pengesanan pusat 3.


Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) International Federation of Red Cross (IFRC) Bebas daripada sebarang pengaruh kerajaan. Bertujuan untuk memberi semnagat, galakan serta promosi kepada aktiviti kemanusiaan untuk mencegah serta meringankan penderitaan manusia. Fungsi : Bertindak sebagai badan tetap mengenai perhubungan, penyelarasan serta pengkajian antara persatuan-persatuan kebangsaan. 1. Memberi bantuan kepada mangsa bencana alam dengan apa jua cara 2. Membantu JAPM majukan undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa. 3.


PersatuanPersatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Kebangsaan Merupakan khidmat bantuan kepada pihak berkuasa awam dan persatuan-persatuan kebangsaan Melantik anggotaanggota pertolongan cemas Memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, masalah kesihatan dan pencegahan penyakit. Menjaga tentera yang sakit akibat peperangan Membantu tawanan perang dengan menghantar perutusan orang awam


Penanung BSMM (Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong) Struktur dan organisasi pertubuhan bulan sabit merah malaysia (bsmm) Presiden BSMM (YAB Perdana Menteri) Timbalan Presiden BSMM (YAB Timbalan Perdana Menteri) Naib Presiden BSMM i) Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat ii) Menteri Pendidikan Tinggi iii) Menteri Luar Negeri iv) Menteri Kesihatan v) Menteri Belia & Sukan


Senat BSMM Carta organisasi bulan sabit merah malaysia (bsmm) Majlis Kebangsaan (Sekreteriat Kebangsaan) Lembaga Eksekutif Kebangsaan Cawangan (Sekreteriat Cawangan) Cabang (Daerah, Daerah Kecil) Unit-unit i) Pasukan Bantuan Sukarela ii) Belia Kanak-Kanak iii) Pasukan Kumpulan Kebajikan


Senat BSMM Perlantikan akan dilakukan atas bicara Majlis Kebangsaan dan akan dilantik dalam kalangan ahli BSMM. Tidak ada kuasa eksekutif Badan Tertinggi Mempunyai 25 Senator Bertujuan untuk meningkatkan imej serta matlamat persatuan sama dengan prnsip-prinsip pergerakan Carta organisasi bulan sabit merah malaysia (bsmm) Majlis Kebangsaan Membuat polisi 1/3 ahli perlu hadir untuk membuat korum dan mesyuarat akan diadakan 3 kali setahun. Dianggotai oleh Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, 4 Orang Naib Pengerusi Kebangsaan, 8 Orang ahli yang dipilih, 2 orang wakil bagi setiap cawangan, kementerian dan setiausaha agung. Pengerusi Kebangsaan Berkuasa dalam menamakan calon untuk perlantikan Setiausaha Agong oleh Majlis Kebangsaan, memberi pertimbangan dan meluluskan perlantikan ahli-ahli jawatankuasa cawangan yang dipilih dan mendisiplinkan dengan pertimbangan yang saksama dalam memansuhkan keahlian.


Cawangan (Negeri) Semua jawatan dalam struktur organisasi tersebut berada di Ibu Pejabat Kebangsaan (IPK) Kuala Lumpur 15 cawangan di Malaysia. Carta organisasi bulan sabit merah malaysia (bsmm) Cabang (Daerah) Terdapat beberapa cawangan iaitu Daerah dan Daerah kecil. Daerah Kecil meruoakan suatu institusi dan telah dinaik tarafkan kepada Cabang. Pengerusi Kebangsaan Melakukan aktiviti pada peringkat cabang. Terbuka kepada semua individu tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan politik. Komposisi keahlian adalah kanak-kanak, ahli-ahli belia, Pasukan Bantuan Sukarela, ahli seumur hidup dan ahli kehormat seumur hidup 80% Pasukan Bantuan Sukarela


Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) merupakan peraturan yang bertujuan bagi menghadkan kesan konflik bersenjata ke atas manusia dan objek-objek awam. Ia juga dikenali sebagai undang-undang peperangan atau undang-undang konflik bersenjata. UUKA melarang untuk menyerang orang yang tidak terlibat atau sudah tidak terlibat dalam konflik bersenjata dan menggunakan senjata yang tidak membezakan antara orang awam atau senjata yang membuatkan penderitaan atau kerosakan. UUKA ialah undang-undang penting yang dimiliki masyarakat antarabangsa bagi menjamin keselamatan dan maruah manusia semasa perang. UUKA digunapakai semasa : i) konflik bersenjata antarabangsa ii) konflik bersenjata yang tercetus dalam sebuah negara (digunapakai untuk pihak yang bersengketa tanpa ambil kira pihak mana yang mulakan dulu. UUKA akan melindungi mereka yang tidak terlibat dalam petempuran seperti orang awam, orang yang cedera dan sakit, tawanan perang, orang tahanan, mangsa kapal karam serta anggota-anggota tentera perkhidmatan perubatan dan keagamaan. UUKA juga akan melindungi objek-objek awam seperti ambulans dan monumen sejarah. UUKA telah menghadkan penggunaan jenis senjata yang akan menyebabkan kemusnahan yang tidak wajar dan tak membezakan penempur dengan orang awam. Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA)


Tahun 1864 - tahun penting bagi konvensyen pertama. Hal ini kerana ia memperbaiki keadaan anggota tentera yang cedera dan sakit di medan perang. Jean Henry Dunant yang merupakan pengasas Persatuan Palang Merah membuat pendirian bahawa undang-undang tetap digunakan semasa peperangan kerana ia mampu melindungi mangsa yang tak berdaya dalam peperangan. Terdapat empat konvensyen Geneva : i) Konvensyen Geneva Pertama (1864) - meluaskan perlindungan ii) Konvensyen Geneva Kedua (1899) - Memberi perlindungan kepada anggota tentera yang sakit, luka serta karam di laut. iii) Konvensyen Geneva Ketiga (1929) - Memberi perlindungan kepada tawanan perang. iv) Konvensyen Geneva Keempat (1949) - Melindungi orangorang awam di tahanan musuh, Pembangunan KonvensyenKonvensyen Geneva


PROTOKOL ISI KANDUNGAN Protokol tambahan I (1977) Melarang serangan yang dilakukan secara sesuka hati kepada penduduk awam dan pemusnahan sumber makanan, air dan bahan untuk kehidupan. Antara tempat yang tidak dibenarkan untuk diserang adalah empangan-empangan, benteng-benteng, objekobjek bersejarah, stesen pemancaran nuclear dan tempat sembahyang. Terdapat perlindungan khas yang diberikan kepada kanakkanak, wanita dan pegawai perubatan awam. Kanak-kanak yang berada di bawah umur 15 tahun dilarang untuk dikerah atas tujuan angkatan tentera. Dilarang untuk menggunakan senjata api yang mampu mengakibatkan kecederaan dan penderitaan yang melampau dan kemusnahan alam sekitar yang berpanjangan. Penggunaan lambang yang sah dalam Konvensyen Geneva untuk menipu musuh dikenali sebagai jenayah parang. Protokol tambahan II (1977) Mereka yang ditahan semasa konflik bersenjata harus dilayan dengan baik seperti yang tertulis dalam Konvensyen Geneva. Individu yang tidak terlibat atau berhenti terlibat dalam permusuhan perlu diberi penghormatan. Protokol II tidak membenarkan keganasan terhadap kehidupan, fizikal, kesihatan atau mental seseorang individu. Serangan tidak boleh dilakukan pada penduduk awam dan objek-objek penting kepada penduduk untuk teruskan hidup. Menambahkan perlindungan kepada mangsa cedera, sakit, terkaram, pegawai perubatan serta ahli-ahli agama. Protokol-Protokol Tambahan


TANGGUNGJAWAB NEGARA-NEGARA Memastikan setiausaha agung melantiklebihramai wanita sebagai wakil danutusankhas bagi menjadipengantar bagipihaknya. Memastikannegaranegarayang menganggotai PBB supayaperwakilan wanita dipertingkatkan di semuaperingkat. Menciptakesanggupan untuk mencantumkan perspektifjantinake dalam operasi menjagakeamanan dan mengesa setiausaha agungsupaya memastikan di mana sesuai operasi lapangan meliputi komponenjantina. Negara-negara terlibatperlu berunding dan melaksanakanperjanjiankeamanan dan mengamalkanperspektifjantina termasuk: i) langkah-langkahyang menyokongusaha wanita tempatan danprosesperibumi bagipenyelesaian konflik. ii)keperluanistimewa dangadis semasa penghantaran balik,penempatansemula. iii) langkah-langkahperlindungan danrasa hormatkepadahak wanita dangadis. iv) Melindungi wanita dangadis dari berasaskan jantina terutamanya rogol,penganiayaanseks dan bentuklain keganasan dalam keadaam konflik bersenjata. Negara-negara agung perlu menambahkan sokongansukarela kewangan, teknikal danlogistik bagi usaha latihanyang peka jantina. Negara-negarayang terlibat dalam konflik bersenjataperlu menghormati sifat awam danperikemanusiaan khemah-khemahserta penempatan-penempatan dan mengambilkira keperluantertentu.


TANGGUNGJAWAB NEGARA-NEGARA Bertujuan memberihak kaum wanita membuat keputusan dalam institusinasional dan dalam mekanisme bagi mencegahpengurusan serta menyelesaikan konflik. Mengesa setiausaha agung mencari jalan bagi meluaskanperananserta sumbangan wanita dalam operasi lapanganPBB dan pemerhati tentera,polis awam danpersonalhak manusia. Negara-negara terlibat dalam konflik bersenjata supaya menghormati sepenuhnya undang-undangantarabangsa mengenaihak-hak dan perlindungan wanita serta gadis terutamakewajipan yang dikaitkan dengan mereka di bawahkonvensyen Geneva (1949). Tanggungjawab semuauntuk menghentikaninpuniti dan mendakwa di mahkamah mereka yang bertanggungjawab bagi penghapusan bangsagenosid, jenayahterhadap manusia, jenayahperangtermasukyang berkaitan dengankeganasan seksual terhadap wanita dan gadis-gadis.


Konvensyen-Konvensyen Hague Undang-undang dan tatacara peperangan di darat (konvensyen II) Penerimaan prinsipprinsip Konvensyen Geneva 1864 kepada peperangan di laut. (konvensyen II) Undang-undang dan tatacara peperangan di darat (konvensyen IV) Penerimaan prinsipprinsip Konvensyen Geneva 1906 kepada peperangan di laut (konvensyen X)


Pengenalan Lambang Lambang Bulan Sabit Merah atau dikenali sebagai Bulan Sabit Merah merupakan satu simbol kemanusiaan yang dikenali di dunia. Ia juga melambangkan perkhidmatan perubatan dan bantuan kemanusiaan di peringkat antarabangsa.


Ukuran Piawai Bendera BSMM Bendera BSMM Cogan kata bssm “Cergas pada masa aman dan perang”


Sejarah pembentukan lambang ini bermula dengan penubuhan Gerakan Bulan Sabit Merah Antarabangsa yang dimulai dengan Konvensyen Geneva Pertama pada tahun 1864. Konvensyen ini dilakukan bagi meningkatkan perlindungan dan rawatan yang akan diberikan kepada anggota tentera yang cedera semasa di medan perang. Sejarah Pembentukan Lambang Semasa Konvensyen Geneva Pertama, simbol Bulan Sabit Merah digunakan dan tidak diterima oleh semua negara terutamanya negara-negara Islam yang melihatnya sebagai simbol keagamaan. Oleh itu, pada Konvensyen Geneva Kedua (1906), cadangan untuk menggunakan simbol tambahan iaitu Bulan Sabit Merah yang diputar dan bintang putih terletak pada latar belakang hijau sebagai simbol perlindungan di negara-negara yang majoritinya Muslim. Pada Konvensyen Geneva Ketiga (1929), simbol tambahan Bulan Abit Merah yang diputar dan bintang putih dianggap secara rasmi sebagai simbol perlindungan dan digunakan untuk mewakili negara-negara Muslim dalam Gerakan Bulan Sabit Merah. Gerakan ini menjadi lebih inklusif selepas diterima simbol tambahan ini. Sebagai hasilnya, terdapat dua nama yang digunakan untuk mewakili simbol ini di seluruh dunia iaitu ‘Bulan Sabit Merah’ dan ‘Red Crescent’. Sejak itu, lambang ini telah menjadi simbol kemanusiaan yang melibatkan bantuan perubatan dan kemanusiaan di peringkat antarabangsa dan digunakan secara meluas oleh Persatuan Bulan Sabit Merah di seluruh dunia.


Perlindungan Dengan Menggunakan Lambang Lambang Bulan Sabit Merah yang terdapat pada bangunan, kenderaan atau pakaian melambangkan entiti kemanusiaan mereka dan bersedia untuk memberi bantuan perubatan dan bantuan kemanusiaan. Individu yang memakai pakaian yang mempunyai lambang Bulan Sabit Merah dianggap sebagai sebahagian ahli kemanusiaan yang akan melaksanakan tugas perlindungan, perubatan, atau bantuan kemanusiaan. Lambang ini menunjukkan prinsip-prinsip keselamatan. Merosakkan kemudahan atau menyakiti individu lain dianggap sebagai serangan terhadap kemanusiaan dan merupakan pelanggaran undang-undang kemanusiaan. Lambang ini membantu dalam mendapatkan akses yang selamat ke kawasan-kawasan yang sukar diakses semasa konflik atau bencana berlaku.


Tanda perlindungan Tanda pengenalan Semasa konflik kakitangan dan unit perubatan serta pengangkutan Persatuan Kebangsaan perkhidmatan perubatan dan kakitangan agama angkatan tentera hospital awam, unit perubatan awam, kemudahan perubatan dan sebagainya Persatuan Kebangsaan IFRC ICRC Semasa aman kemudahan perubatan dan pengangkutan persatuan kebangsaan perkhidmatan perubatan dan kakitangan agama angkatan tentera ambulans serta pusat rawatan kecemasan percuma (kelulusan Persatuan Kebangsaan) badan berkait dengan Persatuan Kebangsaan, ICRC dan IFRC Perlindungan Dengan Menggunakan Lambang


Perlindungan Orang Awam Melarang perlakuan yang tidak memberi kemanusiaan terhadap orang awam dan tidak adil kepada mereka yang ditahan. Memberi perlindungan kepada individu yang tidak terlibat secara langsung dalam pertempuran. Undang-Undang Asas Konvensyen Perlindungan Orang Awam Semasa Perang Antarabangsa Menetapkan hak serta perlindungan kepada orang awam yang terlibat secara langsung dalam konflik antarabangsa. Perlindungan Orang Awam Semasa Perang Sivil Memberi perlindungan kepada orang awam dan penduduk semasa konflik bersenjata yang melibatkan tentera. Perlindungan Orang Tahanan Perang Menetapkan hak serta perlindungan kepada tahanan perang dan memberi maklumat tentang tahanan perang.


Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah Program Unit Beruniform BSMM di Sekolah Rendah Perbincangan dilakukan duahari sebelum ke SK Sungai Pasir Kechil di bangunan Gerko IPGMKSAH. Perbincangantentangtentatifyang akan berlakupadaharikejadian.


Padaharikejadian, murid-murid dimintauntuk beratur dan mereka dipecahkankepada lapankumpulan. Mereka beratur terlebih dahulu sebelum bergerakkestesen masing-masing. Berdasarkangambar di atas, saya danrakan-rakanyanglain ditugaskanuntuk menjaga stesen 8 iaitustesen balutantapakkaki.


Penerangan dan demonstrasi mengenai balutantapakkaki dilakukan pada murid-murid sebelum murid-murid mencubapada rakannya. Menolong murid-murid yang masihkeliruuntuk mengikat balutankain anduh. Ikatanyang digunakanadalahikatan bukusila.


Saya danrakan-rakanakan bergilir-giliruntuk memberipenerangan dan demonstrasikepada murid-murid. Setelahhabis, murid-murid dan barisanguru-guru berkumpul di dewanuntuk majlispenutupan.


Majlispenyampaianhadiah. Ini merupakan barisan-barisangurupelatihyangterlibat dalam aktivitiyang dijalankan di SK Sungai Pasir Kechil


Rujukan


Click to View FlipBook Version