The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by peca.kta, 2021-06-05 02:47:39

PELAN EKSEKUTIF PEMBANGUNAN SKPS

PELAN EKSEKUTIF PEMBANGUNAN SKPS

41. Kebersihan/ Keselamatan dan Perhiasan Bilik Darjah

41.1 Guru-Guru Kelas hendaklah memastikan bahawa murid-murid di dalam kelas di
bawah jagaannya menghias dan menjaga kebersihan dan keselamatan bilik darjah
masing-masing.

41.2 Walau bagaimanapun, guru hendaklah memastikan bahawa bahan yang
digunakan untuk menghias kelas adalah sesuai dan berfaedah untuk murid-murid.

41.3 Guru Kelas adalah bertanggungjawab bagi memastikan kelas mereka
mempunyai perkara-perkara berikut;

41.3.1 Misi dan Visi Sekolah
41.3.2 Jadual Waktu
41.3.3 Jadual Bertugas
41.3.4 Carta Organisasi Kelas
41.3.5 Pelan Pergerakan Semasa Kecemasan
41.3.6 Pelan Kedudukan Murid
41.3.7 Penyapu
41.3.8 Penyodok Sampah
41.3.9 Baldi Kecil
41.3.10 Kain Lap

BAHAGIAN B:

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Masuk Kelas Menepati Waktu

Guru-guru dikehendaki memasuki kelas untuk mengajar dengan menepati masa.

2. Kawalan Murid

Kawalan dan disiplin sekolah sangat penting. Semua guru diminta menganggap bahawa
ia adalah tugas kita bersama dan oleh itu perlu memberikan kerjasama yang
sepenuhnya dalam perkara ini dengan pihak sekolah.

3. Perlakuan Waktu Mengajar

Guru-guru hendaklah berada di dalam keadaan yang cergas supaya membolehkan
mereka mengawal murid dengan baik dan menyampaikan pengajaran dengan teratur,
apabila mereka mengajar sambil duduk/bertenggek adalah tidak sesuai kecuali dengan
sebab-sebab kesihatan.

4. Alat Mengajar/ Bahan Sumber

4.1. Guru-guru adalah bertanggungjawab untuk menyediakan alatan mengajar dan
bahan sumber yang sesuai untuk tujuan melicinkan proses pengajaran dan
pembelajaran.

4.2. Alatan mengajar/bahan sumber yang terdapat di bilik sumber dan sebagainya
hendaklah digunakan di dalam pengajaran.

4.3. Guru dikehendaki sama-sama bertanggungjawab terhadap keselamatan alat-
alat tersebut. Bahan-bahan yang tersimpan di bilik sumber hanya boleh diambil
dan disimpan oleh guru-guru sahaja.

5. Alat Sukan

5.1. Semua jenis alatan yang disediakan oleh pihak sekolah perlu diawasi dengan teliti.
Hanya guru dan Ketua Murid/Ketua Pasukan dibenarkan mengambil alatan itu.
Stor alatan perlu dijaga dengan sempurna.

6. Buku Rampaian/Buku Nota Murid

6.1 Guru-guru hendaklah memberitahu murid-murid supaya hanya menggunakan
buku rampaian yang ada dijual di kedai buku sekolah untuk kegunaan mereka.

6.2 Guru hendaklah mengawasi segala kerja murid supaya dilakukan dengan bersih,
kemas dan teratur.

6.3 Guru-guru akan dikehendaki menghantar buku-buku rampaian dan buku-buku
nota murid ini kepada Ketua Panitia/Penolong Kanan Petang/Guru Penolong
Kanan apabila diminta.

7. Latihan Bertulis Dan Pemeriksaannya

7.1 Guru hendaklah memberi latihan bertulis kepada murid-murid seberapa kerap
yang mungkin. Mana-mana pelajaran yang sesuai diberi latihan di rumah, guru
hendaklah memberikannya.

7.2 Guru juga diminta untuk memberi kerja rumah berbentuk ujian seberapa kerap
yang boleh.

7.3 Latihan yang diberi hendaklah yang boleh mencabar kebolehan dan keupayaan
murid.

7.4 Pemeriksaan latihan bertulis hendaklah dilakukan oleh guru sendiri dan dijalankan
secepat yang mungkin dan hendaklah sentiasa kemas kini. Guru-guru tidak
dibenarkan menyimpan satu-satu buku latihan murid-murid lebih dari satu minggu
di Bilik Guru.

7.5 Guru juga dikehendaki memeriksa buku nota murid-murid dari masa ke masa untuk
memastikan nota mereka lengkap, kemas dan teratur.

8. Pentaksiran Penggal Ujian Bulanan / PS / PBD / PAJSK / PPsi

8.1 Dari masa ke masa guru-guru akan menjalankan ujian bulanan dan juga ujian
penggal. Sila rujuk kalender sekolah mengenai ujian bulanan dan penggal bagi
murid Tahap 2.

8.2 Bagi ujian bulanan, guru-guru diminta menjalankan pada bulan yang telah
ditetapkan dan markah-markah hendaklah dimasukkan di dalam ruang yang
berkenaan di dalam Buku Rekod Mengajar Guru.

8.3 Bagi Ujian Penggal pula, arahan mengenainya akan dibuat dari masa ke masa
dan guru-guru dikehendaki mematuhi arahan.

9. Pemantauan Guru Besar/ Guru Penolong Kanan

9.1 Pemantauan ini akan dilakukan pada bila-bila masa dengan tujuan untuk melihat
situasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

10. Pemantauan Oleh Nazir Sekolah / Pegawai JPN, PPD

10.1 Dari masa ke masa sekolah ini akan didatangi oleh Nazir Sekolah atau Pegawai-
pegawai lain untuk memeriksa keadaan pengajaran dan pembelajaran bagi
mata pelajaran yang tertentu.

10.2 Guru-guru dikehendaki memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada
mereka. Guru-guru boleh berbincang dengan pegawai-pegawai ini dan bukan
hanya setakat mendengar dan menerima arahan sahaja.

11. Guru Ganti

11.1 Guru-guru yang ditugaskan untuk menggantikan bagi guru-guru yang tidak hadir
ke sekolah, hendaklah masuk ke kelas yang berkenaan dan guru tersebut
hendaklah mengawas dan mengawal murid-murid supaya tidak mengganggu
kelas-kelas yang lain (Sila rujuk bahagian panduan guru ganti dalam Buku
Panduan Guru)

11.2 Tugas-Tugas Pengganti (Guru Ganti)

11.2.1 Penolong Kanan/Guru Jadual waktu akan menyediakan Jadual Waktu
Penggantian bagi guru-guru yang tiada di sekolah pada hari tersebut.

11.2.2 Tugas penggantian ini adalah tugas rasmi dan wajib patuhi.

12. Perhubungan/ Interaksi Guru Murid

12.1 Dalam usaha untuk membolehkan wujudnya situasi dan suasana yang sesuai
untuk proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik, guru
hendaklah berusaha untuk mewujudkan perhubungan/interaksi yang baik
dengan murid.

12.2 Hubungan baik ini antara guru dengan murid perlu diwujudkan sama ada di dalam
ataupun di luar bilik darjah. Ini akan membolehkan murid-murid mempunyai sikap,
pandangan dan anggapan yang positif terhadap guru.

13. Mendenda Murid

13.1 Denda yang dikenakan hendaklah berbentuk positif. Denda yang boleh
merugikan murid-murid di dalam pelajaran tidak dikehendaki dan dilarang.

BAHAGIAN C:

SENARAI TUGAS PENTADBIR SEKOLAH

1. GURU BESAR

Senarai Tugas

1.0 Pengajaran Dan Pembelajaran

1.1 Merancang pengajaran tahunan dan disiapkan dalam masa 2 minggu selepas
Semester 1 bermula.

1.1 Tugas mengajar 5 - 6 waktu seminggu.
1.2 Rancangan Mingguan disiapkan sebelum hari Isnin tiap-tiap minggu.
1.4 Rancangan Harian mesti disiapkan sehari sebelum pengajaran bermula.
1.5 Menilai secara formatif 1 tugasan setiap minggu.
1.6 Menilai secara berkala 5 kali setahun (termasuk ujian bulanan dan peperiksaan

semester).
1.7 Menyemak dan menandai buku kerja/buku nota murid sekurang kurangnya

dalam masa 2 minggu selepas latihan diberi.

2.0 Pengurusan Kurikulum Sekolah

2.1 Merancang program tahunan sekolah dan siap sebelum 31 Disember.

2.2 Menyemak setiap panitia mempunyai 2 program rutin dan 1 program
pembangunan.

2.3 Menyelia dan menilai pelaksanaan aktiviti-aktiviti program sebulan sekali.

2.4 Menguruskan mesyuarat kurikulum 3 kali setahun.

2.5 Mencerap dan menyelia P & P 4 orang guru setiap bulan.

2.6 Menyemak buku latihan pelajar minima 10 buah buku sebulan.

2.7 Menyemak Buku Persediaan Mengajar semua guru pada hari Jumaat setiap
minggu.

3.0 Pengurusan Kokurikulum Sekolah

3.1 Merancang program tahunan kokurikulum sekolah dan siap pada 31 Disember.
3.2 Merancang minimum 12 aktiviti setahun.

3.3 Menyelia dan menilai aktiviti-aktiviti kokurikulum 1 kali setiap satu semester.
3.4 Menjalankan mesyuarat kokurikulum 2 kali setahun.
3.5 Menyemak rekod aktiviti-aktiviti dan kehadiran kokurikulum 1 kali setiap 1 semester.

3.6 Mengurus badan-badan beruniform sekolah sepanjang tahun.
3.7 Mengurus kelab/persatuan sekolah sepanjang tahun.

3.8 Mengurus aktiviti permainan/olahraga sekolah sepanjang tahun.

4.0 Pengurusan Personal

4.1 Menguruskan pengesahan jawatan/kenaikan gaji/setiap guru/kakitangan tepat
pada masanya.

4.2 Mengurus segala cuti/ kakitangan menepati Pekeliling Perkhidmatan.
4.3 Mengurus program perkembangan staff 7 hari setahun dengan kehadiran

sekurang-kurangnya 95 peratus.
4.4 Mengurus pendaftaran pelajar, penempatan dan pertukaran sekolah dalam

masa 1 hari dari tarikh permohonan.

4.5 Merancang dan melaksanakan program perkembangan personal pelajar 2 kali
setahun.

4.6 Mengambil tindakan semua masalah/kebajikan pelajar seperti yuran peperiksaan,
biasiswa, pengangkutan, cermin mata, kesihatan, SPBT dapat diselesaikan ke
tahap 95 peratus.

4.7 Mengambil tindakan tatatertib menepati Pekeliling Perkhidmatan.
4.8 Menilai semula prestasi tahunan semua guru dan semua pekerja dan siap sebelum

15 Januari tahun berikutnya.
4.9 Menjelaskan bil-bil kewangan dalam tempoh sebulan dari tarikh pembelian.

5.0 Pengurusan Fizikal Dan Keselamatan Sekolah/Asrama

5.1 Menguruskan bangunan sekolah selamat digunakan dengan diperiksa oleh
jurutera bertauliah setahun sekali.

5.2 Menyediakan alat pemadam api yang berfungsi 2 unit pada setiap aras dan 1 unit
di setiap bilik makmal/ bengkel.

5.3 Memeriksa pendawaian elektrik 1 kali setahun.
5.4 Menjalankan kawad kebakaran 1 kali setiap 1 semester.
5.5 Menyelia rekod Pengawal Keselamatan setiap hari.
5.6 Menyelia supaya tiada kes pencerobohan.
5.7 Mengemas kini stok dalam masa seminggu setelah menerima barang sepanjang

tahun.
5.8 Menyemak stok pada akhir tahun.
5.9 Merancang pembangunan dan penyelenggaraan sekolah sekali setahun

sebelum 31 Julai pada setiap tahun.

6.0 Pengurusan Kebersihan Dan Keceriaan Sekolah

6.1 Mengurus kebersihan dan keceriaan sekolah setiap hari.
6.2 Memeriksa kebersihan kantin dan penyediaan makanan supaya bersih dan

selamat setiap hari.
6.3 Mengusahakan supaya sekurang-kurangnya ada sebuah taman dan mural.

7.0 Perhubungan Awam
7.1 Mengadakan 3 majlis sekolah setahun.
7.2 Menghadiri semua majlis rasmi luar sekolah sekurang-kurangnya pada tahap

kehadiran 90 peratus.
7.3 Menerima semua perlantikan dan melaksanakan tugas AJK bagi aktiviti di luar

sekolah.
7.4 Ada Piagam Pelanggan dan memberi layanan pada tahap maksimum.
7.5 Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG sekurang-kurangnya pada tahap

kehadiran 90 peratus.

2. PENOLONG KANAN

Penolong Kanan bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat
Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu, Penolong Kanan bertanggungjawab bagi
melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran
murid serta menyediakan khidmat bantu secukupnya supaya matlamat Dasar
Pendidikan tercapai.

Senarai Tugas

1.0 Pengurusan Kurikulum

1.1 Mengajar antara 8 hingga 12 waktu seminggu.

1.2 Menentukan pelaksanaan kursus yang berkaitan dengan kurikulum.

1.3 Menentukan Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain.

1.4 Sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

1.5 Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran.

1.6 Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan,
pusat sumber, makmal dan bengkel.

1.7 Menentukan penggunaan dan penyenggaraan bahan-bahan sumber
pendidikan.

1.8 Membantu dan membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru pelatih,
guru-guru yang baru mengajar di dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka.

1.9 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum dan
mencadangkan tindakan susulan.

1.10 Membantu dan merancang serta menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan
ujian, peperiksaan dan penilaian serta mencadangkan tindakan susulan.

1.11 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan
pemulihan.

1.12 Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat
Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.

1.13 Membantu di dalam penentuan buku-buku teks, bahan Pusat Sumber dan buku-
buku bacaan lain serta kesesuaiannya

1.14 Menyusun Jadual Waktu Kelas dan Guru serta menyediakan Jadual Waktu
Gantian.

1.15 Merancang dan mentadbir perjalanan peperiksaan awam, PMR, SPM, STPM dan
ujian bulanan, ujian penggal dan lain-lain.

1.16 Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan awam dan ujian bulanan.

1.17 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.

2.0 Pengurusan dan Pentadbiran

2.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar.

2.2 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran,
hubungan masyarakat dan keselamatan.

2.3 Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru
sekolah.

2.3 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah.

2.4 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru serta
kakitangan bukan guru.

2.5 Menyemak laporan guru bertugas harian dan mingguan.

2.6 Menyelenggarakan semua Buku Stok Sekolah.

2.7 Merancang dan menyelenggarakan bangunan dan keselamatan harta benda
sekolah.

2.8 Membantu menyenggara dan menyelaras kutipan data/maklumat serta
perangkaan.

2.9 Membantu merancang Takwim Sekolah.

2.10 Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan guru dan bukan guru.

2.11 Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.

2.12 Menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.

2.13 Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.

2.14 Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah.

2.15 Menyelaras semua aktiviti sekolah seperti Hari Ucapan, Mesyuarat Agung PIBG dan
lain-lain.

3.0 Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan
3.1 Membantu di dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan

kebersihan sekolah.
3.2 Merancang langkah-langkah keselamatan bersama dengan Guru Besar.
3.3 Bersama-sama dengan Guru Besar, merancang dan melaksanakan Latihan

Mencegah Kebakaran/Latihan Kebakaran serta kegiatan-kegiatan
seumpamanya.

4.0 Perpustakaan Pusat Sumber
4.1 Merancang, melaksana dan menyelia perjalanan dan kegiatan perpustakaan

sumber sekolah.
4.2 Memilih dan mengklasifikasikan bahan-bahan, buku-buku dan lain-lain bagi

kegunaan Pusat Sumber Sekolah.
4.3 Mewujudkan satu suasana budaya membaca.
4.4 Menguruskan buku-buku Stok alat-alat Pusat Sumber.
4.5 Menyelaraskan keperluan alat bantuan mengajar termasuk alat/bahan elektronik

semua mata pelajaran.
4.6 Menilai kesesuaian bahan pengajaran. Menyelia penggunaan dan penyimpanan

alat/bahan pengajaran dan mengesan rekod penggunaannya.
4.7 Menyelia Pusat Sumber Sekolah seperti penyediaan Jadual penggunaan.
4.8 Merancang dan mencadangkan pembelian bahan-bahan Pusat Sumber.
4.9 Menyediakan anggaran belanjawan perpustakaan sumber.
4.10 Mengatasi maslah semasa dan lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke masa.

5.0 Perkembangan Staff
5.1 Merancang, melaksana program perkembangan staff.
5.2 Merancang mengadakan In house training untuk kakitangan.

6.0 Tugas-Tugas Lain
6.1 Menganggotai Ahli Jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke

masa.
6.2 Melaksanakan arahan-arahan lain dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh

Guru Besar dari masa ke masa.

3. PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk
mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
bertanggungjawab mempertingkatkan kebajikan murid, aktiviti kokurikulum dan
penerapan nilai-nilai murni.

Senarai Tugas
1.0 Pengurusan Kurikulum
1.1 Mengajar antara 10 hingga 16 waktu seminggu.
1.2 Menentukan Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain.
1.3 Sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
1.4 Membuat perancangan dan menguruskan hal ehwal berkaitan buku-buku.
1.5 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di

sekolah.

2.0 Pembangunan Diri Pelajar
2.1. Disiplin

2.1.1. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni.
2.1.2. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
2.1.3. Menjadi guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
2.1.4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar

peraturan tatatertib dan salah laku.
2.1.5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan pelajar.
2.1.6. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dan ibu bapa/penjaga.

2.2. Bimbingan Dan Kaunseling

2.2.1. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program Bimbingan dan
Kaunseling bersama-sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling

2.2.2. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling pelajar
serta menyediakan laporan yang diperlukan

2.2.3. Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran belajar dalam kalangan
murid.

2.2.4. Merancang dan melaksanakan program dan prestasi bagi pelajar-pelajar
baharu.

2.3. Program Pelindungan Pelajar

2.3.1. Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah
dan program lain di peringkat sekolah.

2.3.2. Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di
sekolah dilaksanakan.

2.4. Kesihatan

2.4.1 Menguruskan kemudahan rawatan pelajar.

2.4.2. Memastikan program-program kesihatan pelajar dijalankan dengan
sempurna.

2.4.3. Mengurus kad 001, Kad Tenaga Asas dan lain-lain.

2.4.4. Menyelaras penyeliaan kantin sekolah.

2.4.5. Menyelaras aktiviti kesihatan pelajar.

2.5. Skim Pinjaman Buku Teks

2.5.1. Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapus kira buku
teks.

2.5.2. Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku SPBT.

2.5.3. Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku
teks.

2.6 Biasiswa dan Bantuan
2.6.1. Menyelenggarakan perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.
2.6.2. Mengemaskinikan rekod biasiswa dan bantuan.
2.6.3. Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa pelajar.

3.0 Pengurusan dan Pentadbiran
3.1. Menguruskan dan mengemas kini buku rekod pendaftaran pelajar.
3.2. Menguruskan kemasukan dan pemantauan pelajar.
3.3. Menguruskan pertukaran pelajar.
3.4. Menyemak buku kedatangan harian pelajar sidang pagi.
3.5. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil

berhenti sekolah.
3.6. Menyemak buku/kad kemajuan pelajar/kad 001.
3.7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
3.8. Membantu merancang takwim sekolah.

4.0 Kokurikulum
4.1. Sukan dan Permainan

4.2 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan
permainan di semua peringkat.

4.2 Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.

4.2. Kelab dan Persatuan
4.2.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang
bercorak akademik.

4.3. Unit Beruniform
4.3.1 Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan unit beruniform.
4.3.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan unit beruniform sekolah.

4.4. Koperasi Sekolah
4.4.1 Memastikan koperasi sekolah dapat diuruskan mengikut garis panduan
koperasi sekolah.

5.0. Pembangunan Organisasi dan Pembangunan Kendiri (Personal Development)
5.1.1. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu
bapa/penjaga.
5.1.2. Mengadakan kursus/latihan untuk personal.
5.1.3. Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
5.1.4. Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
5.1.5. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R & D).
5.1.6. Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.
5.1.7. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang
memerlukannya.
5.1.8. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan
profesion keguruan.

7.0. Tugas-tugas lain
7.1. Membantu mengenal pasti guru-guru yang berpotensi dalam kegiatan
kokurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka.
7.2. Merancang kegiatan-kegiatan kokurikulum untuk murid-murid semasa cuti
sekolah.
7.3 Melaksanakan arahan-arahan lain dan tugasan-tugasan lain yang
diberikan oleh Guru Besar dari masa ke masa.

5. PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Senarai Tugas
1.0 Pengurusan Kurikulum
1.1 Merancang pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran yang diajar.
1.2 Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sebagai
contoh dengan kemahiran yang ada padanya.
1.3 Menggunakan ABM dengan cara yang betul dan bersistematik.
1.4 Menentukan pelaksanaan pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan dengan
lancar.
1.5 Merancang program unjuran keluar bilik darjah.

2.0 Kokurikulum (Sukan, Permainan, Pasukan Beruniform, Persatuan dan Kelab)
2.1 Merancang takwim kegiatan sekolah.
2.2 Mengurus pemilihan peserta kumpulan elit sekolah.
2.3 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti.
2.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya.
2.5 Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian pelajar.

3.0 Pengurusan
3.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.
3.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
3.3 Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum telah diambil

penjelasan.
3.4 Membantu dan mengurus segala penerbitan sekolah.
3.5 Menyelaras hari perayaan dan upacara sekolah.
3.6 Menyelaras pembahagian murid dalam kumpulan/ rumah dan meningkatkan

pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.
3.7 Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan kokurikulum.

3.8 Memastikan rekod-rekod dan data koko disenggarakan dengan baik.
3.9 Mengenalpasti guru/murid yang berpotensi untuk maju dengan mengadakan

program khas untuk mereka.

4.0 Pembangunan Diri Staff
4.1 Bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah.
4.2 Menganggotai JK Kurikulum/kokurikulum yang dibentuk oleh pihak sekolah bagi

kemudahan pelajar.
4.3 Bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah.
4.4 Menyelaras kurikulum/ kokurikulum bersepadu.

5.0 Pembangunan Diri Pelajar
5.1 Menyertai kursus ko-kurikulum.
5.2 Menyertai kempen/ perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan luar.
5.3 Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang tertentu.

6.0 Sukan dan Permainan
6.1 Membantu, merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan/ permainan di

semua peringkat.
6.2 Merancang takwim sukan dan permainan sekolah.
7.0 Kelab/ Persatuan
7.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak

akademik.

8.0 Pasukan Pakaian Seragam
8.1 Merancang strategi penglibatan murid dalam kegiatan pasukan pakaian

seragam.
8.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan pasukan pakaian seragam sekolah.

9.0 Setiausaha Sukan Sekolah

9.1 Merancang kegiatan sukan untuk dua tahun ke hadapan.

9.2 Menjaga dan membina kemudahan/ kelengkapan peralatan sukan,
mengadakan stor, buku stok, menyimpan rekod kejohanan dan piala pusingan.

9.3 Mengadakan tabung sukan, kutipan yuran sukan sekolah, MSSM serta
menentukan anggaran perbelanjaan bagi tiap-tiap sesi persekolahan.

9.4 Kegiatan tabung anugerah MSSM dari Tahun 1 serta kutipan yang diarahkan oleh
Jabatan atau Kementerian.

9.5 Menyertai pertandingan MSS negeri atau negeri.

9.6 Mengadakan jadual latihan sukan/ olahraga/ permainan untuk murid sekolah.

9.7 Menjalankan tugas lain yang berkaitan dengan sukan sekolah/ MSSD/ MSST/
MSSM.

9.8 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke masa.

6. KETUA PANITIA

Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai tugas dan tanggungjawab serta
peranan untuk semua Ketua Panitia yang dilantik menjawat jawatan tersebut di Sekolah
Menengah. Panduan ini hendaklah dibaca dengan teliti dan diikuti. Jika perlu, Guru Besar
hendaklah membuat penyesuaian mengikut keadaan di sekolahnya.

Ketua Panitia hendaklah bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam menjalankan
tugas dan tanggungjawabnya dan memainkan peranan positif berkaitan dengan jenis
mata pelajaran di bawah kawalannya.

Untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan, bersesuaian dengan aspirasi
Falsafah Pendidikan Negara, Ketua Panitia wajib memainkan peranan utama bagi
menentukan matlamat dan objektifnya tercapai melalui KBSM.

Ketua Panitia bertanggungjawab mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar di sekolah serta menyediakan khidmat bantu yang secukupnya di
samping menjadikan iklim dan budaya pengajaran dan pembelajaran di dalam sistem
pendidikan sekolah berjalan lancar.

Senarai Tugas

1.0 Kurikulum

1.1. Mengajar mata pelajaran yang diketuai.

1.2. Memimpin guru-guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran
Penggal, Mingguan, Harian dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.

1.3. Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin perjalanan panitia-panitia mata
pelajaran di bawah kawalannya.

1.4. Menjalankan Penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1.5. Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggarakan
dengan berkesan.

1.6. Membantu dan membimbing guru-guru pelatih dalam latihan mengajar, guru-
guru yang baru dan guru-guru sandaran dalam menjalankan tugas-tugas mereka.

1.7. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya dan mengambil
tindakan sewajarnya.

1.8. Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan dan
pengayaan.

1.9. Membantu dalam perancangan program dan penyelarasan kegiatan kurikulum
yang dijalankan oleh sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.

1.10. Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat pandang
dengar dan lain-lain bahan sumber pendidikan.

1.11. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan lain-lain jawatankuasa yang
diarahkan oleh Guru Besar.

1.12. Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan, dan perjumpaan di sekolah
dalam konteks perkembangan staff.

1.13. Mendapat dan menyebarkan maklumat-maklumat terbaru mengenai kaedah
dan pendekatan-pendekatan pengajaran yang berkesan kepada guru-guru.

1.14. Menjalankan usaha mempertingkatkan dan memperluaskan amalan
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang merentas kurikulum.

1.15. Mengenal masalah-masalah kelemahan pelajar dan masalah disiplin serta
mencari langkah-langkah mengatasinya.

2.0 Kokurikulum

2.1. Merancang, menyelaras dan melaksana segala kegiatan kokurikulum yang
bersifat akademik yang membantu meningkatkan kecemerlangan akademik
berkaitan dengan bidangnya.

2.2. Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan yang berkaitan
dengan bidangnya.

3.0 Pengurusan dan Pentadbiran

3.1. Membantu menentukan dan mengagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di
bawah bidang serta kawalannya.

3.2. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru-guru.

3.3. Membantu menyelenggarakan dan menyelaras kutipan data atau maklumat dan
segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.

3.4. Membantu merancang Takwim Sekolah.

3.5. Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang dan kawalannya.

3.6. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal
perbelanjaan.

3.7. Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit
tahunan.

3.8. Menjaga dan menyemak stok serta inventori segala peralatan, barang atau
bahan yang berkaitan dengan bidangnya.

3.9. Menentukan aspek-aspek penyemaian nilai-nilai murni dan amalannya berlaku di
bilik darjah dan di sekolah.

3.10. Menentukan pelajar-pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik
darjah dan menjaga keselamatannya.

4.0 Tugas-tugas lain

4.1. Berhubung dengan Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pendidikan Negeri / Bahagian
dan pusat sumber Pendidikan Negeri mengenai apa juga maklumat dan bantuan
yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru-guru.

4.2. Berhubung dengan Ketua Panitia sekolah lain yang berhampiran bagi tujuan
berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan dan
pengetahuan.

4.3. Melengkapkan Bilik Gerakan Sekolah dengan data atau maklumat mengenai
semua mata pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil.

4.4. Membantu Guru Besar menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan,
penyediaan jadual waktu sekolah, dan urusan Pusat Sumber.

4.5. Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberikan oleh Guru Besar dari
masa ke masa.

7. GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
Senarai Tugas

1. Menyelaraskan semua program yang dirancang.
2. Membentuk Lembaga Pusat Sumber dan perpustakaan serta mengadakan mesyuarat.
3. Menyediakan jadual kerja bagi Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber dan Perpustakaan.
4. Menyediakan undang-undang dan peraturan Pusat Sumber dan Perpustakaan.
5. Menceriakan PSS.
6. Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya.
7. Membantu melaksanakan program Perkembangan Staff.
8. Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi kerajaan dan swasta

dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti PSS.
9. Menyediakan perancangan jangka panjang dan jangka pendek.
10. Memperbanyakkan koleksi PSS dan Mempertingkatkan kelengkapan PSS.
11. Memastikan kelengkapan PSS mencukupi untuk keperluan pelajar dan guru.
12. Memastikan keselesaan pengguna PSS.
13. Memastikan pengurusan PSS berjalan lancar.
14. Pengagihan beban tugas.
15. Merancang kursus dan bengkel dalam dan luar untuk guru dan pelajar.
16. Penyebaran maklumat kepada guru dan pelajar mengenai PSS dan penggunaannya.
17. Memastikan buku stok kemas kini.
18. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS.
19. Memastikan peraturan PSS dilaksanakan dan dipatuhi.
20. Merancang aktiviti dan melaksanakannya.
21. Menilai perjalanan PSS dan membuat tindakan susulan.

8. GURU DATA

Senarai Tugas

1. Menyediakan data kemasukan pelajar mengikut kelas, kelas, kaum dan jantina.

2. Menyediakan data/ maklumat guru mengikut jantina, gred, kategori, opsyen dan
lain-lain (EMIS).

3. Menyediakan penyata bulanan pelajar dan penyata butiran guru.

4. Menyediakan data tentang latar belakang pelajar mengenai ekonomi, tempat
tinggal penjaga dan pendidikan penjaga, jenis pengangkutan ke sekolah, agama
yang dianuti dan lain-lain.

5. Menyediakan carta atau graf pencapaian akademik pelajar.

6. Menyediakan data pelajar yang menerima biasiswa.

7. Menyemak jadual kedatangan kelas pada setiap hujung minggu.

8. Memastikan buku pendaftaran pelajar dijaga dengan rapi.

9. Memastikan setiap pelajar baru diberi nombor pendaftaran sekolah.

10. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke masa.

GURU PENYELARAS BESTARI

Senarai Tugas

1. Merancang dan mengajar matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.

2. Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak sekolah.

2.1 Guru Penyelaras Bestari menjadi sumber penting penyalur semua
maklumat dan maklum balas kepada semua perlakuan perisian yang
dibekalkan.

3. Mengurus dan menyenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi yang
dibekalkan serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul.

3.1 Memastikan kemudahan infrastruktur teknologi yang diterima daripada
pembekal atau kontraktor memenuhi spesifikasi seperti ditentukan oleh
Kementerian Pendidikan.

3.2 Mengurus dan memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan baik setiap
hari termasuk peralatan rangkaian seperti pelayan, modem, router, hub
dan sebagainya.

3.3 Memastikan kesemua infrastruktur teknologi berada dalam keadaan baik.
3.4 Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik

kemudahan infrastruktur teknologi ditempatkan.

4. Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta
membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan
pembelajaran.

4.1 Memastikan semua aplikasi perisian yang dipasang berfungsi seperti yang
diperlukan oleh pihak pengguna.

4.2 Mengurus keperluan infrastruktur teknologi untuk kegunaan warga sekolah
dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya
dalam aktiviti-aktiviti sekolah.

4.3 Mengurus kemudahan bahan-bahan multimedia untuk kegunaan guru
seperti sidang video, penggunaan LCD projektor, TV connector dan
sebagainya.

5. Melatih guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping
menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

5.1 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan
sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi seperti Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran.

5.3 Memastikan audit penggunaan kemudahan ICT dijalankan untuk menentukan
keberkesanan penggunaan tersebut.

6. Melatih staff menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping
menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran.

6.1 Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan
kemahiran mengurus sistem komputer (hardware & software) dan aplikasi
perisian.

6.2 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dan kakitangan
sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah
Bestari.

6.3 Memastikan penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart School
Management System atau SSMS) dalam pengurusan sekolah beroperasi
dengan baik.

7. Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian yang
telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.

7.1 Menilai perisian Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan lain-lain perisian
yang dibekalkan.

8. Sebagai pengurus e-mel.

8.1 Mengurus akaun dan e-mel warga sekolah.

9. Memastikan integriti dan keselamatan data.

9.1 Memastikan supaya ciri-ciri polisi keselamatan (security policies) dipatuhi
seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

9.2 Memastikan keselamatan kemudahan infrastuktur teknologi dengan
langkah-langkah seperti berikut:

9.2.1 Memastikan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang ditempatkan
banyak komputer.

9.2.2 Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang diberi
kuasa sahaja.

9.2.3 Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan
baik.

9.2.4 Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan
berada di tempat-tempat yang telah dikenal pasti.

9.3 Memastikan keselamatan data melalui langkah-langkah berikut:

9.3.1 Memastikan konfigurasi sistem beroperasi dengan baik dan lancar.

9.3.2 Memastikan komputer bebas dari virus.

9.3.3 Membuat backup dan replikasi maklumat mengikut jadual yang
disyorkan.

9. Sebagai pakar rujuk dan pengawal sumber (resource person) ICT sekolah dan sentiasa
mengikut perkembangan ICT semasa.

10.1 Memainkan peranan sebagai pakar rujuk kepada pengguna yang
menghadapi masalah dengan sistem pengoperasian, perkakasan dan
perisian seperti Windows, SSMS, MS Office, E-mail, Internet, Printer, dan lain-
lain lagi.

10.2 Mengenalpasti masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan
perkakasan, sistem pengoperasian, sistem rangkaian atau perisian-perisian
seperti Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-
Pembelajaran dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

10.3 Menentukan kelancaran perjalanan sistem rangkaian secara keseluruhan dan
sentiasa memastikan bahawa pengguna (enduser) dapat menggunakan
sistem dan aplikasi secara optimum.

11. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah bestari
kepada pihak yang berkenaan.

11.1 Menjalankan Configuration Management Audit mengikut jadual yang
ditetapkan.

11.2 Menjalankan pemantauan dan menyediakan laporan terhadap
kecekapan rangkain tahap penggunaan komponen Penyelesaian
Bersepadu Sekolah Bestari supaya membantu perancangan menaik taraf
kemudahan ICT sekolah.

11.3 Membantu menyediakan belanjawan keperluan ICT untuk sekolah.

12. Meningkatkan budaya ICT di sekolah.

12.1 Menyediakan garis panduan/ peraturan/ tatacara penggunaan
kemudahan infranstruktur teknologi.

12.2 Merancang, mengurus dan menyelaras laman web sekolah.

13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa
ke masa.

13.1 Memberi penerangan kepada para pelawat sama ada dalam negeri dan
luar negara mengenai Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari.

BAHAGIAN D:

SENARAI TUGAS GURU BIASA/GURU PENOLONG

1. GURU BIASA

Tugas utama bagi seseorang guru adalah untuk mengajar dan mendidik. Walau
bagaimanapun, berikut disenaraikan tugas-tugas lain sebagai panduan guru.

Senarai Tugas

1.0 Tugas Mengajar

1.1 Mengajar mata-mata pelajaran yang layak sejumlah waktu yang ditetapkan.

1.2. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan
sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.

1.3. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan
dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan
matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan
kemahiran yang harus dicapai pada akhir tiap penggal bagi tiap kelas.

1.4. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemas kini dan menyerahkan
kepada Guru Besar pada masa yang ditetapkan.

1.5. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan
lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakan
pengajarannya mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan.

1.6. Menyediakan dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku
latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan/
menunjukkan buku latihan murid kepada Guru Besar/wakilnya pada masa yang
dikehendaki.

1.7. Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan soalan-
soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.

1.8. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan.

1.9. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri dan mematuhi serta
melaksanakan keputusan mesyuarat Panitia.

1.10. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang
dikeluarkan Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan.

1.11. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/bengkel KH dan mengawasi
penggunaan peralatan.

1.12. Menghadiri mesyuarat/taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama
ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan Negeri.
Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata
pelajaran yang sama.

1.13. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar
bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam
pengajaran dan pembelajaran.

1.14. Melaporkan kepada Ketua Panitia tentang masalah pengajaran dan
pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.

1.15. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang
digunakan dan memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan
secara meluas. Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan mengajar
bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.

1.16. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang
diajar.

1.17. Membantu menguruskan Bank Soalan.

2.0 Pentadbiran bilik darjah:
2.1 Menyimpan daftar kelas.

2.2 Mengawal dan menyelia keadaan di bilik darjah.
2.3 Hubungan surat-menyurat dengan ibu bapa/penjaga.
2.4 Kutipan segala yuran (Yuran Penggal Sekolah, Peperiksaan Dalaman, Peperiksaan

Luaran, MSSJ, Majalah Sekolah, projek sekolah, derma PIBG dan lain-lain
pungutan).
2.5 Kad 001/Fail peribadi pelajar.

2.6 Buku Penyata Kemajuan Pelajar/Kad Ujian Bulanan.
2.7 Buku Pelaporan Kokurikulum.
2.8 Penyediaan surat-surat akuan sijil.

3.0 Peperiksaan Dalaman:
3.1 Penyediaan soalan-soalan ujian/peperiksaan (Bulanan/penggal/tahunan).
3.2 Pengawasan peperiksaan.
3.3 Memeriksa, memberi markah dan memproses skrip.
3.4 Penggredan markah

3.5 Penganalisisan keputusan.

4.0 Peperiksaan Luaran:
4.1 Borang-borang kemasukan peperiksaan pelajar.
4.2 Kutipan-kutipan yuran.
4.3 Pengawasan peperiksaan.

5.0 Penjagaan Disiplin:
5.1 Membantu pengawasan disiplin pelajar-pelajar pada amnya.
5.2 Perhubungan dengan ibu bapa/penjaga.
5.3 Memeriksa kebersihan peribadi dan pakaian pelajar-pelajar.
5.4 Menasihati dan menunjuk ajar.
5.5 Kebersihan bilik-bilik darjah dan kawasan sekolah.

6.0 Pentadbiran Sekolah:
6.1 Koordinasi skim-skim kerja dalam pelbagai kelas atau mata pelajaran.
6.2 Jadual Waktu.
6.3 Membantu mentadbir bilik-bilik khas.
6.4 Buku-buku teks.
6.5 Biasiswa dan kebajikan.
6.6 Perpustakaan.
6.7 Bimbingan dan kerjaya.

7.0 Aktiviti-aktiviti Kokurikulum:
7.1 Menjalankan aktiviti-aktiviti di dalam premis sekolah mengikut peraturan-peraturan

yang telah ditetapkan.
7.2 Merancang melaksanakan, menyelia, merekodkan dan melaporkan setiap aktiviti

ko-kurikulum.

8.0 Tugas-tugas Separa Profesional:
8.1 Tugas-tugas ini adalah tugas-tugas yang mempunyai hubungan secara tidak

langsung dengan pelajar-pelajar.
8.2 Aktiviti-aktiviti di luar kawasan sekolah (lawatan ke satu-satu tempat, permainan-

permainan/perlawanan sukan, pertandingan di antara sekolah-sekolah dan
sebagainya).
8.3 MSSL, MSSM.
8.4 Kegiatan-kegiatan pendidikan dan profesional yang diselenggarakan oleh
Kementerian Pendidikan dan Pejabat Pendidikan Negeri.
8.5 Projek-projek pembangunan sekolah.
8.6 Perayaan-perayaan awam/upacara-upacara khas.
8.7 PIBG.
8.8 Menghadiri dan mengambil bahagian dalam hal-hal yang berhubung dengan
profesion dari masa ke masa.

9.0 Tugas-tugas Bukan Profesion:
9.1 Penjagaan bangunan sekolah.
9.2 Pembersihan dan keceriaan sekolah.
9.3 Penyeliaan kerja-kerja pekerja am yang berkenaan.
9.4 Melawat rumah-rumah pelajar jika keadaan memerlukan.
9.5 Penjualan buku-buku teks/buku-buku latihan kepada pelajar (sekiranya perlu).
9.6 Pengurusan sekolah.
9.7 Mengawal lalu lintas di luar kawasan sekolah.
9.8 Mengawal keselamatan sekolah dan pelajar-pelajar.

10.0 Tugas-tugas lain:
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari
masa ke masa.

2. GURU KELAS

Senarai Tugas

1.0 Kebajikan Dan Disiplin Pelajar

1.1. Menjaga kebajikan dan tingkah laku setiap pelajar dalam kelas jagaannya. Harus
mengenali setiap pelajar dalam pengawasannya dan berusaha untuk membantu
mereka dalam apa jua bentuk dan cara yang boleh memajukan kedudukan
akademik, kokurikulum, perwatakan, kelakuan, personaliti dan sahsiah mereka.

1.2. Menanamkan semangat kerjasama dan sepunya dalam diri pelajar, menghormati
guru-guru, menyayangi rakan dan sekolah secara keseluruhannya.

1.3. Memastikan pelajarnya berdisiplin di dalam dan di luar kelas.

1.4. Menjaga keselamatan pelajar di kelasnya.

2.0 Kebersihan Dan Keceriaan Kelas

2.1. Menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing.

2.2. Menjaga dan memastikan semua peralatan yang berada di kelas berada dalam
keadaan baik. Apa juga kerosakan hendaklah dilaporkan kepada pihak
pentadbiran.

2.3. Sentiasa memastikan papan kenyataan kelas dilengkapkan dengan jadual waktu
kelas, senarai buku teks, senarai jenis-jenis yuran, jadual tugasan, kata hikmat,
pekeliling sekolah, peraturan kecemasan, maklumat-maklumat terkini dan
guntingan dari akhbar dan majalah dapat membantu ke arah matlamat tersebut.
Galakan pelajar mewujudkan sudut mata pelajaran di papan kenyataan kelas
tersebut.

2.4. Galakan pelajar mewujudkan sudut bacaan kelas.

2.5. Pastikan kelas dalam jagaannya sentiasa ceria dan selesa untuk proses
pengajaran dan pembelajaran.

3.0 Jadual Kedatangan Kelas (Dokumen Rasmi Kementerian Pendidikan)

3.1. Buku tersebut adalah hak milik Kementerian Pendidikan dan sentiasa di audit oleh
Juruaudit Kementerian. Oleh itu, segala butir kewangan, kedatangan dan
peribadi pelajar hendaklah sempurna, kemas dan lengkap.

3.2. Nama pelajar hendaklah mengikut ejaan di dalam Kad Pengenalan atau Surat
Beranak.

3.3. Pastikan alamat pelajar lengkap.

3.4. Pada setiap bulan Guru Kelas hendaklah menutup Buku Kedatangan Pelajar.
Sempurnakan bahagian-bahagian penting berkaitan dengan jumlah kehadiran,
jumlah hari bersekolah dan kedatangan kelas.

3.5. Rekod kedatangan hendaklah diisi sebelum waktu rehat (masa ke dua) dan
hendaklah sentiasa berada di pejabat selepas waktu rehat.

3.6. Pelajar tidak dibenarkan mengisi Buku Rekod Kedatangan.

3.7. Sekiranya guru bercuti atau tidak hadir ke sekolah mintalah pertolongan rakan
sejawat atau GPK HEM mengisi buku tersebut.

3.8. Pelajar ponteng sekolah:

3.8.1. Pelajar yang tidak hadir 3 (tiga) hari berturut-turut tanpa sebarang
kenyataan dikira ponteng.

3.8.2. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah secara berselang seli tanpa sebarang
kenyataan selama SATU PERTIGA dari jumlah hari persekolahan bulan
berkenaan, dikira ponteng sekolah.

4.0 Pengawasan Bilik Darjah

4.1. Pelantikan Ketua kelas dan Penolongnya serta Penubuhan Jawatankuasa Kelas.

4.2. Menentukan bilangan kerusi/ meja pelajar mencukupi untuk kelasnya.

4.3. Menentukan alat-alat pemadam, kayu pembaris, bakul sampah dan lain-lain
dijaga dengan baik.

4.4. Menentukan kerusi meja dan perkakas lain dalam kelas dijaga sempurna oleh
pelajar-pelajar.

4.5. Menentukan jadual waktu kelas, jadual giliran bertugas dan kenyataan lain
digantung.

4.6. Seelok-eloknya dapatkan sebuah kalendar untuk digantung di dalam kelas.

4.7. Menentukan pelajar-pelajar mengetahui dan memahami peraturan sekolah.

4.8. Setiap papan kenyataan hendaklah digunakan dengan sempurna dan
sepenuhnya.

4.9. Memeriksa dan menentukan keseragaman dan kesihatan pelajar-pelajar seperti:

4.9.1. Rambut
4.9.2. Kuku
4.9.3. Pakaian
4.9.4. Gigi
4.9.5. Kasut
4.9.6. Lencana nama

5.0 AM

5.1. Mewujudkan suasana harmoni supaya tersemai rasa hormat antara pelajar
dengan guru dan pelajar dengan pelajar.

5.2. Menentukan pelajar-pelajar mempunyai adab sopan dan tingkah laku yang baik.

5.3. Mengetahui serba sedikit latar belakang pelajar-pelajar dan kegiatan luar mereka.

5.4. Mengambil berat tentang kemajuan pelajar-pelajar.

5.5. Merujuk pelajar-pelajar yang bermasalah kepada Guru Penolong Kanan
(HEM) / Guru Bimbingan dan Kerjaya.

5.6. Mengesan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelajar-pelajar yang
lembam, miskin, menghadapi masalah keluarga dan sebagainya.

5.7. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari
masa ke masa.

3. GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN

Senarai Tugas

1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum
persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah
berakhir.

2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang dan lampu
serta kipas / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.

3. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu
sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil
tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.

4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan
sekolah.

5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.

6. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/ke
rumah.

7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar yang
memohon.

8. Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat
dan masa pertukaran guru.

9. Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.

10. Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah dan mengawasi
harta benda sekolah.

11. Mencatat kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan- persatuan unit
beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.

12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang
hari/minggu/persekolahan dalam Buku laporan Bertugas, antara perkara yang
dicatat ialah :-

12.1. kedatangan pelajar , guru dan staff sokongan
12.2. pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit.
12.3. lawatan-lawatan/pelawat
12.4. ucapan/pengumuman dalam perhimpunan.
12.5. laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan.

13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau
perlu laporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.

14. Perhimpunan

14.1. Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan
14.2. Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru
telah disediakan
14.3. Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas.

4. GURU PENYELARAS KELAS

Senarai Tugas

1. Bertanggungjawab membuat pembahagian pelajar kelas di bawah jagaannya.
Persetujuan Guru Penolong Kanan/Penolong Kanan Petang perlu diminta terlebih
dahulu.

2. Kuota pelajar mengikut kaum mestilah diikuti. Guru Penolong Kanan/Penolong
Kanan Petang/ Guru Besar mesti dimaklumkan.

3. Menerima kemasukan pelajar baru dan membuat penempatan mengikut
kelulusan dan minat/aliran bagi pelajar kelas 4 dan 5.

4. Membantu Guru Kelas membuat pengagihan buku bantuan kerajaan (SPBT).

5. Membantu Penolong Kanan HEM dan Guru Biasiswa memilih pelajar yang layak
untuk diberi bantuan/biasiswa.

6. Memaklumkan kepada Guru Besar/Penolong Kanan/Penolong Kanan Petang
tentang jumlah pelajar dalam setiap kelas dari masa semasa.

7. Penyelaras Kelas 3 dan 5 sekali gus bertindak sebagai penyelaras peperiksaan
UPSR.

8. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan pelajar baru disimpan di dalam
daftar masuk (ikut kelas ) dengan kemas dan teratur.

9. Bekerjasama dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi mendapatkan kad-
kad berikut untuk dihantar ke sekolah baru jika berlaku pertukaran pelajar:-

9.1. Buku Kad Kemajuan Pelajar
9.2. Kad Gerko/Buku Gerko.
9.3. Kad 001 dan 002
9.4. Borang Kelulusan Pinjaman SPBT

10. Sentiasa mengemas kini fail-fail pertukaran pelajar. Fail tersebut mesti disimpan di
pejabat. Kerjasama Pembantu Am Rendah (Pejabat) perlu diminta.

11. Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan UPSR.

12. Bekerjasama dengan penyelaras peperiksaan bagi menyediakan bilik-bilik
peperiksaan.

BAHAGIAN E:

SENARAI TUGAS MENGIKUT JAWATANKUASA

1. JAWATANKUASA PIBG
Senarai Tugas
1. Membantu pihak sekolah dalam hal-hal kewangan.
2. Membantu pihak sekolah dalam peningkatan prestasi akademik dan kokurikulum.
3. Membantu pihak sekolah meningkatkan mutu disiplin dan sahsiah pelajar sekolah.
4. Membantu pihak sekolah mempertingkatkan keceriaan/kebersihan sekolah.
5. Membantu memperlengkapkan kemudahan-kemudahan fizikal dan kelengkapan
bagi mempertimbangkan pengajaran dan pembelajaran.
6. Mempererat hubungan antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa.
7. Menghadiri upacara rasmi sekolah.
8. Mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa dan mesyuarat agung tahunan.

2. JAWATANKUASA KELAB GURU DAN AKP (KS3)
Senarai Tugas

1. Mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program-program tahunan dan
menetapkan yuran/ sumbangan guru / AKP.

2. Menjadi orang perantaraan antara staff dengan Guru Besar.

3. Merancang program untuk meningkatkan kebajikan staff.

4. Bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan bilik-bilik staff.

5. Bertanggungjawab mengadakan majlis perpisahan untuk staff yang akan
bertukar/pencen dan menyambut staff baru.

6. Bertanggungjawab mengeluarkan sagu hati kerana kemalangan atau
melangsungkan perkahwinan dan waris staff yang meninggal dunia.

7. Bertanggungjawab mengelolakan Hari Guru dengan kerjasama Guru-Guru
Penolong Kanan.

8. Bertanggungjawab mengelolakan pertandingan/kegiatan sukan atau riadah
untuk ahli.

9. Memastikan semua guru dan staff sokongan menjadi ahli kelab KS3.

10. Membantu pihak sekolah menguruskan lawatan terancang/lawatan sambil
belajar untuk meningkatkan profesional keguruan dan kesejawatan.

11. Bertanggungjawab mengelolakan jamuan akhir tahun untuk semua staff.

1.

3. JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ( TAK ALIH KERAJAAN)

Senarai Tugas

1. Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh
Kementerian dan Jabatan Pendidikan.

2. Semua penerimaan dan pembelian hendaklah direkodkan dalam Kad Harta
Modal, Kad Inventori dan Buku Bekalan Pejabat.

3. Mengurus semua harta benda sekolah yang hendak dihapus kira mengikut
peraturan.

4. Mengenal pasti keperluan perabot.

5. Memastikan sistem inventori dilaksanakan.

6. Memastikan semakan inventori dibuat pada pertengahan dan akhir tahun.

7. Mengurus semua harta modal termasuk membaiki dan menyelenggarakan
apabila perlu.

8. Memastikan semua harta benda sekolah disimpan dengan selamat.

9. Menetapkan dan melaksanakan peraturan-peraturan menjaga keselamatan
perabot dan harta benda sekolah serta jenis denda yang akan dikenakan kepada
pelajar.

4. JAWATANKUASA PENGURUSAN STOK

Senarai Tugas

1. Selain dari kakitangan pejabat yang berkenaan guru-guru berikut
bertanggungjawab menyimpan Buku Stok:

1.1 Ketua Panitia Sains
1.2 Ketua Panitia Kemahiran Hidup
1.3 Ketua Panitia Pendidikan Seni
1.4 Ketua Panitia Sejarah
1.5 Ketua Panitia Bahasa Melayu
1.6 Ketua Panitia Bahasa Inggeris
1.7 Guru Perpustakaan
1.8 Guru Pusat Sumber
1.9 Guru Sukan dan Permainan
1.10 Guru SPBT
1.11 Guru Pembangunan dan Perabot

2. Penjaga stok adalah bertanggungjawab tentang Buku Stok masing-masing.

3. Semua barang / peralatan di bawah jagaan / kelolaan masing-masing hendaklah
direkodkan dan dicatatkan ke dalam bil-bil pembelian segala rujukan yang
diperlukan.

4. Setiap barang / peralatan yang baru dibeli / diterima hendaklah direkodkan
terlebih dahulu sebelum boleh digunakan.

5. Sebarang barang /peralatan yang dikeluarkan hendaklah ditandatangani oleh
penerima / pengguna.

6. Penerima / pengguna adalah bertanggungjawab di atas barang / peralatan
yang dikeluarkan.

7. Barang / peralatan yang berupa pinjaman barang-barang yang mesti
dikembalikan semula hendaklah dikembalikan semula sebaik-baik sahaja selesai
penggunaannya.

8. Penjaga stok hendaklah memastikan barang-barang / peralatan kegunaan
harian seperti peta-peta dan alat bantuan mengajar sentiasa dikembalikan ke
tempat simpanannya setelah selesai penggunaannya.

9. Penjaga stok hendaklah mengawasi semua barang-barang / peralatan kegunaan
harian seperti peta-peta dan alat bantam mengajar sentiasa dikembalikan ke
tempat simpanannya setelah selesai penggunaannya.

10. Penjaga stok hendaklah menguruskan satu sistem tentang urusan pinjam-
meminjam yang kemas lagi teratur.

11. Barang-barang / peralatan yang betul-betul rosak dan tidak boleh digunakan lagi
jika perlu dihapus kira, kebenaran Guru Besar hendaklah diperoleh terlebih dahulu
dan sediakan satu laporan ringkas mengenainya.

12. Penjaga-penjaga stok hendaklah menyemak stok masing-masing pada tiap-tiap
akhir penggal persekolahan dan menyerahkan Buku Stok kepada pejabat untuk
pemeriksaan oleh Guru Besar.

13. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari
masa ke masa.

5. JAWATANKUASA PEMBANGUNAN, BEKALAN DAN PERABOT

Senarai Tugas

1.0 Pembangunan Fizikal Sekolah

1.1. Membantu Guru Besar merancang program pembangunan fizikal sekolah.

1.2. Menghadiri mesyuarat yang berkaitan dengan pembangunan sekolah.

1.3. Melaporkan kepada Guru Besar sebarang masalah berkaitan dengan
pembangunan dan keadaan fizikal sekolah.

1.4. Melaporkan kepada Guru Besar sebarang kerosakan fizikal sekolah seperti
keadaan tandas, perabot, bangunan, padang sekolah dan kemudahan-
kemudahan sukan yang lain dan sebagainya.

1.5. Mencadangkan langkah-langkah atau tindakan yang sewajarnya untuk
mengatasi masalah fizikal sekolah.

1.6. Menguruskan maklumat, perangkaan dan butir-butir berkaitan dengan
pembangunan atau penyenggaraan fizikal sekolah.

1.7. Menghubungi pihak-pihak luar yang berkaitan untuk menguruskan pembangunan
atau penyelenggaraan sekolah.

1.8. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar
dari masa ke masa.

2.0 Pengurusan Perabot

2.1. Menyimpan maklumat mengenai alat-alat perabot yang ada di dalam bilik-bilik
darjah, bilik-bilik kelas, pejabat dan sebagainya.

2.2. Memastikan tiap-tiap kelas mempunyai bilangan kerusi, meja dan papan hijau
yang mencukupi seperti mana yang diperlukan.

2.3. Menombori dan memastikan kerusi dan meja berada dalam bilik-bilik yang telah
ditetapkan.

2.4. Menyimpankan perabot yang rosak di tempat / bilik yang dikhaskan.

2.5. Mengenal pasti perabot yang rosak dan menyelaraskan kerja-kerja membaik pulih
perabot oleh pekerja-pekerja.

2.6. Menerima dan menentukan alat-alat perabot yang dibekalkan adalah dalam
keadaan yang baik dan betul bilangan dan seterusnya merekodkan butir-butir
yang berkenaan ke dalam Buku Stok.

2.7. Mengemas kini tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar
dari masa ke masa.

6. JAWATANKUASA PENCATAT MINIT MESYUARAT /DIARI SEKOLAH

Senarai Tugas

1. Mencatat Minit Mesyuarat guru-guru setiap kali diadakan mesyuarat dalam buku
khas yang disediakan.

2. Menyediakan draf Minit Mesyuarat guru-guru untuk ditaip pada stensil.

3. Membantu Guru Besar mengedarkan minit mesyuarat kepada guru-guru.

4. Menyimpan fail khas untuk semua minit Mesyuarat guru-guru.

5. Merekodkan setiap peristiwa / kejadian /kunjungan dan sebagainya setiap dalam
Buku diari Sekolah.

6. Menyimpan Buku Diari Sekolah dalam keadaan selamat dan sentiasa kemas kini.

7. Menyelaras dengan Guru Majalah Sekolah untuk mencatatkan peristiwa-peristiwa
yang perlu dilaporkan dalam Majalah Tahunan Sekolah.

8. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar
dari masa ke masa.

7. JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH
Senarai Tugas
1.0 Guru Pusat Sumber
1.1. Mengurus pelantikan pengawas PSS.
1.2. Menyediakan peraturan penggunaan perpustakaan.
1.3. Memastikan peraturan ini difahami dan dipatuhi oleh semua pelajar.
1.4. Melatih pengawas PSS yang baru dilantik supaya mahir dengan peraturan dan
keadaan di perpustakaan.
1.5. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.
1.6. Menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan.
1.7. Menguruskan pembelian buku.
1.8. Merekodkan buku perolehan dalam buku stok.
1.9. Mengelaskan buku mengikut sistem yang digunakan di sekolah.
1.10. Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang
1.11. Merawat buku.
1.12. Menguruskan hapus kira buku.
1.13. Membuat laporan tahunan untuk rekod.

2.0. Guru Bahan Bantu Mengajar ABBM/APD
2.1. Memastikan alat-alat BBM/APD yang berkuasa elektrik dan bahan software

sentiasa dalam keadaan baik.
2.2. Melaporkan kepada penyelaras PSS jika berlaku sebarang kerosakan atau

kehilangan.
2.3. Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat tersebut sentiasa

selamat dan tidak rosak selepas digunakan.
2.4. Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan BBM/APD.
2.5. Menguruskan Penggunaan BBM/APD.
2.6. Menyelaras rancangan TV Pendidikan mengikut jadual waktu sekolah.

2.7. Memastikan keselamatan BBM/APD.
2.8. Membantu Guru Besar dalam urusan pemilihan, sebut harga alat-alat BBM/APD.
2.9. Menggalakkan penggunaan alat BBM/APD dalam pengajaran dan direkodkan

dengan kemas.
2.10. Memastikan bilik BBM/APD sentiasa kemas dan ceria.
2.11. Menyediakan Laporan Tahunan BBM/APD.

8. JAWATANKUASA PERKEMBANGAN STAFF
Senarai Tugas
1. Merangka program tahunan bagi meningkatkan tahap profesionalisme staff
sekolah.
2. Merancang belanjawan aktiviti.
3. Mengadakan mesyuarat atau perbincangan sebelum memulakan sesuatu
program
4. Membuat laporan atau ‘post mortem’ selepas sesuatu program dijalankan.
5. Menguruskan hal-hal seperti pengangkutan, tempat penginapan dan sebagainya
jika melakukan program di luar sekolah.
6. Menguruskan hal surat-menyurat.
7. Berbincang dengan Guru Besar dari masa ke masa berkaitan dengan program
yang dijalankan.

9. JAWATANKUASA AKADEMIK/KURIKULUM
Senarai Tugas
1. Memastikan objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai.
2. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
3. Mencadangkan, membina dan mengurus alat bantuan mengajar.
4. Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran.
5. Merancang strategi pengajaran/pembelajaran.
6. Menetapkan garis panduan penyediaan Rancangan Kerja.
7. Menentukan pembahagian masa bagi penyediaan Jadual Waktu.

8. Mengadakan mesyuarat.

9. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi meninggikan lagi
prestasi pelajar.

10. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari
masa ke masa

10. JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN

Senarai Tugas

1. Guru-guru mata pelajaran berkenaan menjadi anggota panitia.

2. Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi pencapaian akademik
dalam peperiksaan UPSR.

3. Membincangkan hal-hal yang berikut:-

3.1. Rancangan Pelajaran.
3.2. Buku Teks
3.3. Sukatan Pelajaran dan huraian
3.4. Peningkatan pengajaran dan pembelajaran
3.5. Peperiksaan dan penilaian.
3.6. Bahan Alat Bantu Mengajar
3.7. Pemulihan
3.8. Kerja Latihan
3.9. Implementasi Rancangan Akademik Sekolah Jangka Panjang dan Jangka
Pendek.
3.10. Meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran.

4. Menjaga keselamatan dan kebersihan bilik-bilik khas (jika ada) dan alat-alat bagi
mata pelajaran yang ada dan menyediakan peraturan penggunanya.

5. Melaksana rancangan lima tahun akademik sekolah.

11. JAWATANKUASA PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

Senarai Tugas

1.0 Setiausaha Peperiksaan Luar (UPSR)

1.1. Mengurus segala arahan dan kehendak yang berkaitan dengan peperiksaan
UPSR dari Lembaga Peperiksaan dari awal hingga akhir tahun.

1.2. Menyediakan kalendar peperiksaan UPSR sekolah untuk guru-guru dan pelajar-
pelajar.

1.3. Menguruskan taklimat peperiksaan bagi pelajar-pelajar dengan tujuan:

1.3.1 Pengisian borang-borang kemasukan
1.3.2 Pemilihan mata pelajaran
1.3.3 Persiapan menghadapi peperiksaan

1.4. Menyediakan borang-borang bagi pelajar-pelajar untuk memilih mata-mata
pelajaran peperiksaan UPSR dan memberi borang-borang tersebut kepada guru-
Guru Kelas.

1.5. Memungut semula borang-borang yang telah dilengkapkan dan menentukan
semua pelajar telah menjelaskan semua bayaran peperiksaan mereka.

1.6. Menyusun serta mendaftarkan borang kemasukan peperiksaan UPSR dan
menyerahkan kepada jurutaip.

1.7. Menyerahkan semula borang-borang kemasukan peperiksaan UPSR yang telah
ditaip kepada guru-Guru Kelas untuk disemak dan ditandatangani.

1.8. Menyerah borang-borang tersebut kepada Guru Besar untuk disemak dan
ditandatangani dan dipos kepada pihak berkenaan.

1.9. Penyemakan akhir borang-borang komputer yang telah berisi nama-nama dan
perkara-perkara serta lain-lain keterangan diserahkan kepada Guru Kelas untuk
disemak semula oleh pelajar dan ditandatangani dan kemudian dipos kepada
pihak yang berkenaan.

1.10. Menentukan kerusi meja disusun di bilik-bilik peperiksaan, serta menampalkan slip-
slip meja untuk nama dan angka giliran calon-calon dengan kerjasama dari Guru
Kelas.

1.11. Menyediakan pelan-pelan bilik peperiksaan dan papan tanda di tempat-tempat
yang tertentu serta menentukan adanya alat-alat yang diperlukan di dalam
peperiksaan.

1.12. Menyelaras penyediaan bilik-bilik ujian lisan dan papan-papan tanda.

1.13. Menyusun dan mengatur pelajar-pelajar mengikut angka giliran bagi
memudahkan mereka mengambil ujian lisan.

1.14. Berurusan dengan ketua pengawas pusat-pusat peperiksaan UPSR bagi
melicinkan perjalanan peperiksaan berkenaan.

1.15. Menyediakan borang-borang untuk butir-butir keputusan peperiksaan UPSR dan
memberikan kepada pelajar-pelajar berkenaan setelah disahkan dengan dibantu
oleh guru-Guru Kelas dan kakitangan pejabat sekolah.

1.16. Membuat analisa keseluruhan keputusan peperiksaan UPSR.

1.17. Menyimpan baki kertas-kertas soalan UPSR dan menyimpan kertas-kertas untuk
rujukan.

1.18. Melengkapkan data-data yang berhubung dengan peperiksaan dari masa ke
masa apabila diperlukan oleh Guru Besar.

1.19. Membantu menyediakan Jadual Guru Pengawas Peperiksaan .

1.20. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar
dari masa ke masa.

2.0 Setiausaha Peperiksaan Dalaman

2.1. Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah.

2.2. Menguruskan segala arahan dan kehendak yang berkaitan dengan
Ujian/Peperiksaan termasuk Peperiksaan Percubaan UPSR.

2.3. Membantu menyelaras urusan-urusan ujian bulanan sekolah bagi bulan-bulan
yang diperlukan.

2.4. Menyediakan jadual pembina soalan.

2.5. Menguruskan percetakan pembahagian dan tempat menyimpan kertas soalan.

2.6. Memastikan keselamatan kertas-kertas soalan.

2.7. Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan
sebelum peperiksaan dijalankan.

2.8. Memastikan skema jawapan disediakan oleh ahli panel penggubalan soalan.

2.9. Memastikan jadual waktu pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa
yang ditetapkan.

2.10. Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan.

2.11. Menetapkan tarikh perjumpaan ibu bapa dengan guru untuk membincangkan
kemajuan pelajar.

2.12. Mengedar, mengumpul dan menyelaras borang-borang analisa, rekod prestasi
dan Laporan Peperiksaan Dalaman daripada semua guru mata pelajaran.

2.13. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan diarahkan oleh Guru Besar dari
masa ke masa.

12. JAWATANKUASA JADUAL WAKTU

Senarai Tugas

1. Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru.

2. Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran.

3. Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai.

4. Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu.

5. Menentukan penggunaan bengkel dan makmal.

6. Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadual waktu anjal dan
jadual waktu blok.

7. Menentukan Guru Kelas berdasarkan kelas yang diajar.

8. Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu
ditentukan

9. Membuat pindaan jika perlu.

10. Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada Guru Besar dan dipaparkan
untuk makluman semua

13. JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID

Senarai Tugas

1. Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi
fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-
peraturan sekolah dan jika perlu dan mengkaji semula dari masa ke masa.

2. Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Guru Besar sebelum tindakan
diambil ke atas pelajar berkenaan.

3. Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing
dan membantu dalam menangani masalah tersebut.

4. Menimbangkan dan menerima pandangan dan cadangan pada pelajar , guru
serta ibu bapa mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.

5. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal pelantikan pengawas-pengawas
sekolah.

6. Mesyuarat:-

6.1. Ada dua jenis mesyuarat jawatankuasa ini iaitu mesyuarat sidang penuh
dan mesyuarat sidang kes. Kekerapan kedua-dua mesyuarat ini diadakan
adalah terpulang kepada keperluan dan budi bicara Guru Besar.

6.2. Mesyuarat sidang penuh ialah mesyuarat yang diadakan bagi
membentangkan dan membincangkan cadangan tambahan dan
pindaan kepada peraturan yang ada dan membincangkan perkara-
perkara yang berkaitan dengan kebajikan pelajar-pelajar. Semua Ahli
Jawatankuasa dikehendaki hadir.

6.3. Mesyuarat sidang kes ialah mesyuarat yang diadakan dari masa ke masa
mengikut keperluan tertentu apabila Guru Besar/Pengerusi berpendapat
bahawa sidang demikian perlu diadakan.

6.4. Dalam semua mesyuarat sidang kes ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir.

14. LEMBAGA DISIPLIN PELAJAR

Senarai Tugas

1.0 Penyelaras Guru Disiplin

1.1. Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah
berpandukan Pekeliling Kementerian dan Jabatan Pendidikan.

1.2. Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan
peraturan sekolah.

1.3. Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat
diselesaikan oleh pengawas.

1.4. Membantu Lembaga Disiplin Sekolah untuk mengesan dan mengesahkan
kesalahan-kesalahan serius yang boleh membawa hukuman penggantungan
sementara atau hukuman buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
9/1975. Setiausaha Lembaga Disiplin atas nasihat Guru Besar boleh memanggil
mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin.

1.5. Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin
dalam semua majlis sekolah.

1.6. Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan yang berkesan.

1.7. Berusaha menanam semangat cintakan sekolah dan mengamalkan Prinsip-Prinsip
Rukun negara.

1.8. Menerima laporan pengawas/guru pengawas dan seterusnya mengambil
tindakan yang sewajarnya.

1.9. Menanam semangat kekitaan melalui slogan “SEKOLAHKU RUMAHKU” supaya
peraturan sekolah menjadi satu budaya.

1.10. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar.
1.11. Menjalankan rondaan (dengan bantuan Guru Bertugas harian) untuk mengesan

pelajar yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah.

1.12. Menyediakan dan membekalkan data maklumat disiplin kepada Kementerian
dan Jabatan Pendidikan.

1.13. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan
penghayatan disiplin pelajar.

1.14. Menjadi Pengawal Perhubungan antara ibu bapa/penjaga dalam menangani
masalah disiplin.

2.0 Setiausaha Lembaga Disiplin
2.1. Memanggil mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat Lembaga Disiplin.
2.2. Menyampaikan minit mesyuarat dan keputusan Lembaga Disiplin kepada semua

guru.
2.3. Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin dari masa ke masa di

perhimpunan sekolah.
2.4. Bertanggungjawab:-

2.4.1. Menyenaraikan dan mengemukakan calon pengawas kepada Penolong
Kanan HEM.

2.4.2. Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual.
2.4.3. Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan

peraturan pengawas.
2.4.4. Mengadakan kursus kepimpinan dan kesedaran untuk pengawas.
2.4.5. Menyediakan Sijil Penghargaan kepada pengawas.

3.0. Guru Disiplin

3.1. Membantu Guru Besar merangka peraturan sekolah.

3.2. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah.

3.3. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.

3.4. Memimpin Lembaga Pengawas dan Disiplin Sekolah atas nasihat dan arahan Guru
Besar.

3.5. Menentukan pelajar-pelajar sentiasa mematuhi dan mengamalkan peraturan
sekolah dan lain-lain peraturan, misalnya persatuan, kelab dan permainan, bilik
makmal, perpustakaan dan sebagainya.

3.6. Memastikan peraturan sekolah dan gambar rajah tentang pakaian dan potongan
rambut pelajar dipaparkan di setiap kelas di tempat-tempat tertentu.

3.7. Menentukan senarai tugas pengawas disediakan mengikut jadual dan sentiasa
dipatuhi.

3.8. Menentukan adanya kerjasama daripada guru-guru lain dalam usaha
melaksanakan segala peraturan/ undang-undang sekolah yang dikuatkuasakan.

3.9. Menguruskan pelantikan pengawas-pengawas sekolah melalui temu duga
daripada calon-calon yang layak yang dikemukakan oleh guru-guru.

3.10. Menyelaras penyediaan laporan dan pengumpulan data-data berkaitan dengan
pelanggaran disiplin untuk sekolah, Pejabat Pendidikan Negeri, dan Kementerian
Pendidikan.

3.11. Sebagai penasihat, sentiasa memikirkan dan mengawasi kewibawaan pengawas,
kemajuan akademik dan kebajikan mereka.

3.12. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salah laku pelajar.

3.13. Mengadakan dan menyemak rekod-rekod disiplin pelajar dan seterusnya
mengambil tindakan yang sewajarnya.

3.14. Menerima laporan pengawas / guru pengawas dan seterusnya mengambil
tindakan yang sewajarnya.

3.15. Merancang dan mengendalikan kursus kepimpinan pengawas atau peningkatan
disiplin dari masa ke masa.

3.16. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar.

3.17. Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga
dalam menangani masalah disiplin.

3.18. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cintakan
sekolah di kalangan pelajar dan guru.

3.19. Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang
disiplin/Buku Laporan Disiplin.

3.20. Melaporkan kes disiplin yang diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan
HEM seminggu sekali.

3.21. Menghubungi pihak polis jika perlu.

3.22. Bekerjasama dengan semua guru bertugas untuk meronda kawasan sekolah (Spot
check).

3.23. Memberi maklumat kepada Penolong Kanan HEM berhubung kes-kes yang serius
seperti :-

3.23.1. Merokok.
3.23.2. Gambar lucah.
3.23.3. Video lucah.
3.23.4. Majalah lucah.
3.23.5. Peras ugut / buli.
3.23.6. Vandilisme

3.24. Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari-hari yang difikirkan
perlu seperti:-

3.24.1. Hari terakhir peperiksaan awam.
3.24.2. Hari Sukan.
3.24.3. Hari Keluarga.
3.24.4. Majlis-majlis rasmi sekolah.

15. JAWATANKUASA KESELAMATAN, KECERIAAN DAN KEBERSIHAN

Senarai Tugas

1.0 Keselamatan

1.1. Membantu Guru Besar memastikan keselamatan bangunan , harta benda dan
kelengkapan peralatan sekolah daripada:-

1.1.1. Kebakaran
1.1.2. Kecurian
1.1.3. Kerosakan
1.1.4. Kehilangan
1.1.5. Anasir-anasir jahat/subversive

1.2. Mengadakan dan menyelia latihan kebakaran (fire drill).

1.3. Membantu Guru Besar menyediakan peraturan-peraturan berhubung dengan
keselamatan latihan kebakaran atau kecemasan-kecemasan lain berlaku dan
seterusnya mengambil langkah-langkah positif untuk memperbaiki keadaan jika
perlu.

1.4. Membantu Guru Besar menentukan tempat-tempat untuk berlindung dan jalan-
jalan yang akan dilalui apabila latihan kebakaran diadakan. Satu peta bagi
maksud ini hendaklah disediakan dan dipamerkan.

1.5. Memastikan alat-alat pemadam api lengkap dan boleh digunakan.

1.6. Memastikan keadaan pagar dan tindakan lain bagi keselamatan sekolah dalam
keadaan yang sentiasa baik.

1.7. Melaporkan kepada Guru Besar dan pihak-pihak tertentu dengan serta-merta
sekiranya berlaku/terdapat kebakaran, kecurian atau tanda-tanda unsur subversif
di kawasan sekolah.

1.8. Bertindak terhadap orang-orang luar yang masuk ke kawasan sekolah yang
keadaannya meragukan.

1.9. Mengambil tindakan yang difikirkan perlu atau yang diarahkan oleh Guru Besar.

2.0 Keselamatan Jalan Raya

2.1 Membuat dan melaksanakan peraturan-peraturan keselamatan penggunaan
jalan raya untuk pelajar-pelajar.

2.2 Mengambil tindakan-tindakan tertentu bagi menjamin keselamatan pelajar-
pelajar waktu pergi dan balik dari sekolah.

2.3 Bekerjasama dengan Guru Pengawas dan Disiplin untuk menentukan bahawa
pelajar-pelajar mematuhi peraturan dijalankan dan di kawasan sekolah.

2.4 Menentukan bahawa pelajar-pelajar yang menaiki motosikal ke sekolah
mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insurans serta telah mendapat
kelulusan dari Guru Besar.

2.5 Menentukan bahawa pelajar-pelajar menggunakan basikal yang lengkap dengan
brek, lampu hadapan dan lampu belakang.

2.6 Meminta kerjasama daripada pemandu bas sekolah supaya menghantar pelajar-
pelajar sekolah pada waktu yang ditetapkan supaya pelajar-pelajar tidak datang
lewat.

2.7 Meminta kerjasama daripada pemandu-pemandu bas sekolah supaya mengawal
disiplin pelajar-pelajar serta melaporkan sekiranya ada pelajar yang tidak
melanggar peraturan kepada pihak sekolah.


Click to View FlipBook Version