The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SIMPULAN BAHASA MELAYU BERSERTA MAKSUD DAN AYAT.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipg005870, 2022-05-08 20:17:43

SIMPULAN BAHASA MELAYU

SIMPULAN BAHASA MELAYU BERSERTA MAKSUD DAN AYAT.

anak emas

Maksud:
Anak yang disayangi oleh
ibu bapa atau ketuanya

Ayat:
Azman ialah anak emas

dalam keluarganya.

anak buah

Maksud:
Orang yang di bawah
jagaan seorang ketua

atau anak saudara

Ayat:
Balqis mempunyai dua

orang anak buah.

anak tunggal

Maksud:
Satu-satunya anak dalam

keluarga

Ayat:
Sheila merupakan anak
tunggal kepada Encik
Hamid dan Puan Rozita.

anak jantan

Maksud:
Lelaki yang berani

Ayat:
Faiz memang anak jantan
kerana sanggup berjuang
menegakkan kebenaran.



berat tulang

Maksud:
Malas bekerja

Ayat:
Sikap berat tulang Zafrul

menyebakan dia selalu
dimarahi oleh bapanya.

berat hati

Maksud:
Enggan atau tidak sampai

hati

Ayat:
Ibu berasa berat hati
untuk melepaskan Citra
belajar di luar negara.



CAKAR AYAM

Maksud:
Tulisan yang buruk

Ayat:
Ali ditegur oleh Cikgu Anne

kerana tulisannya yang
cakar ayam.

CaKAR LANGIT

Maksud:
Bangunan-bangunan yang

tinggi

Ayat:
Menara di Dubai
kebanyakan pencakar

langit.



DARAH DAGING

Maksud:
Anak kandung atau anggota

keluarga yang punya
pertalian darah atau

keturunan

Ayat:
Encik Abu menganggap
Azimah seperti darah

dagingnya sendiri.

darah seni

Maksud:
Bakat semula jadi yang
diwarisi dalam bidang seni

Ayat:
Adila mengikuti jejak
langkah ibunya yang
merupakan seorang
pemuzik kerana dalamnya
telah mengalir darah seni

muzik.

DARAH manis

Mudah mendapat bahaya
atau kecederaan

Ayat:
Anis perlu sentiasa berhati-

hati dalam melakukan
sesuatu kerana dirinya
dikatakan berdarah manis
selepas selesai bertunang.



ekor mata

Maksud:
Lihat dengan hujung mata

Ayat:
Ibu melihat ayahnya keluar

dari rumah dengan ekor
matanya sahaja.

ekor pulau

Maksud:
Hujung pulau

Ayat:
Tanah di ekor pulau itu
kepunyaan Dato' Syed.



FIKIRAN BUNTU

Maksud:
Sukar mendapatkan jalan

penyelesaian

Ayat:
Ibu melihat ayahnya keluar

dari rumah dengan ekor
matanya sahaja.

FIKIRAN TAJAM

Maksud:
Sangat cepat faham akan

sesuatu

Ayat:
Adik mempunyai fikiran
tajam dalam mengatur
strategi permainan PUBG

itu.

FIKIRAN SEMPIT

Maksud:
Berfikiran cetek atau
menganggap sesuatu
perkara terlalu mudah

Ayat:
Haidar selalu membuat
keputusan terburu-buru
kerana dirinya seorang yang

berfikiran sempit.



gila harta

Maksud:
Mata duitan

Ayat:
Zaki seorang yang gila

harta.

gila bayang

Maksud:
Cinta pada seseorang
yang tidak tahu akan

cintanya

Ayat:
Kelakuannya yang gila
bayang itu menyebabkan
semua kerjanya diabaikan



hati batu

Maksud:
Degil dan sukar menerima

nasihat

Ayat:
Adam seorang yang hati

batu kerana tidak
mendengar nasihat ibunya.

hati waja

Terus berusaha dan tidak
mudah putus asa

Ayat:
Danish seorang yang hati

waja kerana dia tidak
pernah berputus asa
dalam pelajarannya.

hati emas

Sangat baik hati.

Ayat:
Jamsah berhati emas kerana

membantu Leo yang
tercedera ketika

perlawanan bola sepak itu.



IBU ANGKAT

Maksud:
Orang yang mengaku
sebagai ibu dan memelihara
kita, walaupun tiada

pertalian darah

Ayat:
Laila duduk bersama ibu
angkatnya sejak kecil lagi.

IBU KANDUNG

Maksud:
Ibu sebenar

Ayat:
Puan Shirley merupakan

ibu kandung Sophia.



JALAN BUNTU

Maksud:
Tidak ada jalan penyelesaian

Ayat:
Encik Khazil menemui jalan
buntu untuk menyelamatkan
kedainya daripada muflis.

JALAN mati

Maksud:
Jalan yang berpenghujung.

Ayat:
John dan Jean sudah jauh
berjalan sehingga menemui

jalan mati.



KAKI BANGKU

Maksud:
Tidak berkebolehan bermain

bola

Ayat:
Darren gigih berlatih bola
sepak kerana tidak mahu

diejek kaki bangku lagi.

KAKI AYAM

Maksud:
Tidak berkasut atau

berselipar

Ayat:
Adik berlari di padang
dengan berkaki ayam.

KAKI LIMA

Maksud:
Bahagian lantai di hadapan

kedai atau rumah

Ayat:
Pengemis itu tidur di kaki
lima bangunan kedai itu.

KAKI JUDI

Maksud:
Suka berjudi

Ayat:
Semua duit gajinya sudah
habis kerana dia seorang

kaki judi.



lANGKAH KANAN

Maksud:
Bernasib baik

Ayat:
Ketibaannya ke rumah saya

adalah langkah kanan
kerana pada masa itu
keluarga kami sedang makan

sarapan pagi.

langkah seribu

Maksud:
Berlari dengan sangat
cepat kerana ketakutan

Ayat:
Adik membuka langkah
seribu apabila dikejar
oleh seekor anjing yang

ganas.



mulut murai

Maksud:
Suka bercakap banyak

Ayat:
Sikap Ashley yang banyak
cakap menyebabkan rakan
sekelas menggelarnya mulut

murai.

mulut tempayan

Maksud:
Tidak dapat menyimpan

rahsia

Ayat:
Maria digelar mulut
tempayan kerana suka
bercerita masalah rakan
karibnya kepada orang

lain.



naik angin

Maksud:
Terlalu marah

Ayat:
Ayah naik angin apabila

Diana melawan kata-
katanya.

naik kepala

Maksud:
Melakukan sesuatu yang

melampaui batas

Ayat:
Siti mula naik kepala sejak

dilantik menjadi ketua
kelas.


Click to View FlipBook Version