otak udang
Maksud:
Bebal atau bodoh
Ayat:
Nazal mestilah belajar
dengan lebih tekun supaya
tidak digelar otak udang
lagi.
otak cair
Maksud:
Pintar atau bijak
Ayat:
Amzah boleh menjawab
semua soalan Matematik
dengan betul kerana dia
otak cair.
otak KERING
Maksud:
Kurang siuman
Ayat:
Lelaki yang berpakaian
lusuh itu otak kering.
PUTIH MATA
Maksud:
Mengalami kekecewaan
Ayat:
Yazid putih mata apabila
tertinggal bas untuk pulang
beraya di kampung.
PUTIH HATI
Maksud:
Ikhlas dan jujur
Ayat:
Semenjak kecil Aidil telah
didik dengan sikap putih
hati.
RINGAN TULANG
Maksud:
Suka menolong orang
Ayat:
Adit seorang yang ringan
tulang kerana sering
menolong kawan-kawannya.
RINGAN MULUT
Maksud:
Suka bercakap
Ayat:
Sifat ringan mulut Linda
menyebabkan dia senang
mendapat ramai rakan.
SENYUM KAMBING
Maksud:
Senyum mengejek
Ayat:
Haris senyum kambing ketika
bajunya dikomen oleh Dalim.
SENYUM KUCING
Maksud:
Senyum yang ada
muslihat
Ayat:
Imran hanya senyum
kucing apabila melihat
Darwish yang sedang
makan aiskrim.
SENYUM TAWAR
Maksud:
Senyum yang dibuat-buat
ketika berdukacita
Ayat:
Husna hanya senyum tawar
di hadapan orang lain sejak
ibunya meninggal dunia.
SENYUM SIMPUL
Maksud:
Senyum sedikit
Ayat:
Hisham hanya senyum
simpul apabila menyapa
orang yang tidak
dikenalinya.
TELINGA KUALI
Maksud:
Tahan hati menerima
kemarahan
Ayat:
Dia tidak menjawab dan
hanya mendiamkan diri
apabila dimarahi kerana dia
telinga kuali.
TELINGA LINTAH
Maksud:
Tajam pendengaran
Ayat:
Pak Hasan mempunyai
telinga lintah walaupun
sudah tua.
ULAT BUKU
Maksud:
Rajin membaca buku
Ayat:
Umaira digelar ulat buku
kerana banyak
menghabiskan masa
dengan membaca buku.
WANG SOGOK
Maksud:
Wang yang diberikan
secara haram
Ayat:
Azim dimasukkan ke dalam
penjara atas kesalahan
menerima wang sogok.
Yatim piatu
Maksud:
Anak yang kematian ibu
atau bapa
Ayat:
Azim digelar anak yatim
piatu setelah ibu dan
bapanya meninggal dunia
dalam kemalangan jalan
raya.