The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by icha.shazae, 2023-07-29 09:19:53

BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA

moga dipermudah urusan

NAMA : RIHHADATUL SYAFIQAH ARISYA BINTI ROFIZAN NO.KP : 030216-06-0094 NO. ANGKA GILIRAN : 2022102310043 KUMPULAN / UNIT : BAHASA MELAYU 2 BMMB 1144 KESANTUNAN BERBAHASA NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD ZAID BIN MAMAT JABATAN AKADEMIK : JABATAN MATEMATIK TARIKH HANTAR : 28 JUN 2023 MARKAH KESELURUHAN /100 Wajaran Pentaksiran Penghasilan Produk : / 30%


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS Pemeriksa Moderator (jika berkaitan) Kekuatan: Kekuatan: Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki: Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh: Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada) Tandatangan Pelajar: Rihhadatul Tarikh: 28 JUN 2023 Nama: RIHHADATUL SYAFIQAH ARISYA BINTI ROFIZAN Angka Giliran: 2022102310043 Kod: BMMB 1144 Nama Kursus: KESANTUNAN BERBAHASA Pensyarah : ENCIK MOHD ZAID BIN MAMAT Tarikh Hantar: 28 JUN 2023 Tarikh Terima Diisi oleh pensyarah: Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Rihhadatul Tarikh: 28 JUN 2023 Perincian Maklum Balas Kerja Kursus


PENGAKUAN PELAJAR (KEASLIAN HASIL TUGASAN) Saya RIHHADATUL SYAFIQAH ARISYA BINTI ROFIZAN _________________________ No. Kad Pengenalan 030216-06-0094_________________________________________ Program PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN___________________ Major/Opsyen BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH_______________ dengan ini mengaku bahawa pentaksiran berterusan Kesantunan Berbahasa (BMMB 1144)________ adalah tugasan yang saya hasilkan sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat di dalamnya. Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsu. Rihhadatul (Tandatangan Pelajar)


KESANTUNAN BERBAHASA BMMB 1144 NAMA : RIHHADATUL SYAFIQAH ARISYA BINTI ROFIZAN PROGRAM/UNIT : PPISMP BAHASA MELAYU 2 ANGKA GILIRAN : 2022102310043 PENSYARAH : ENCIK MOHD ZAID BIN MAMAT


ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN GAYA KESANTUNAN BERBAHASA 2.0 KESANTUNAN BERBAHASA DALAM SISTEM BAHASA 3.0 4.0 ISU KESANTUNAN BERBAHASA LANGKAH MENANGANI ISU KESANTUNAN BERBAHASA 5.0


PENGHARGAAN ِحيم َّ الر ِ ن َ م ْ ح َّ ِ الر ِم اَّلل ه ِس ْ ب Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpahan rahmat dan kurnia-Nya serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan dapat juga saya menyiapkan tugasan BMMB1144 (Kesantunan Berbahasa) dengan jayanya. Terlebih dahulu, sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah yang sangat saya sanjungi, Encik Mohd Zaid bin Mamat kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Beliau juga telah banyak meluangkan masa dengan memberi tunjuk ajar dan nasihat agar memperoleh hasil tugasan yang cemerlang dan mengikut kriteria yang ditetapkan. Tidak dilupakan juga kepada kedua ibu bapa saya iaitu ayahanda Rofizan bin Zainuddin dan bonda Wan Sharifah binti Tun Sulaiman yang banyak memberi dorongan dan galakan sepanjang proses pelaksanaan tugasan kursus ini. Segala usaha yang telah mereka lakukan amatlah saya hargai. Tanpa ibu bapa disisi, tidak mungkin saya mampu mengorak langkah dan bertahan sejauh ini. Sejajar dengan itu, ucapan penghargaan dan kasih sayang ingin saya tujukan kepada rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menjawab segala kemusykilan dan semangat setia kawan yang utuh dengan memberikan buah fikiran dan cadangan yang bernas. Semoga dengan pengetahuan yang kita ada mampu membentuk keperibadian yang unggul dan nilai kemanusiaan yang tinggi. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan pentaksiran berterusan ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian semua.


1.0 PENGENALAN Kesantunan berbahasa merupakan aspek yang tidak pernah lapuk dalam masyarakat kita malah hal ini sentiasa meniti dari bibir ke bibir di segenap empat penjuru dunia. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ada mengatakan bahawa kesantunan sebenarnya membawa maksud kesopanan dan kehalusan budi bahasa atau budi pekerti sama ada dalam bahasa lisan mahupun tulisan. Asmah Haji Omar (2003) juga membuat persepsi bahawa kesantunan meliputi kata-kata yang lemah lembut dan beradab serta tidak akan mampu mengguris hati seseorang itu. Kesantunan berbahasa ini juga bukan sahaja melibatkan perlakuan linguistik namun hal ini turut berkaitan dengan perlakuan bukan linguistik. Arina Johari dan Indirawati Zahid (2016) berkata perlakuan linguistik adalah penggunaan kata, frasa, ayat dan ungkapan dalam sesuatu perbualan manakala perlakuan bukan linguistik pula didefinisikan sebagai mimik muka, gaya dan gerakan anggota badan sewaktu berkomunikasi dengan seseorang. 2.0 GAYA KESANTUNAN BERBAHASA Schieffelin dan Ochs (1986) ada mengatakan bahawa ragam bahasa atau gaya berbahasa adalah satu unsur bahasa dan bukannya unsur makna. Menurut Mills (2003) ragam bahasa mampu menguatkan tujuan kata dan mempertajamkan hasilnya kepada pemahaman pendengar mahupun penutur. Terdapat beberapa jenis ragam bahasa atau gaya bahasa iaitu bahasa terbalik, bahasa kiasan, peribahasa, bahasa sapaan dan pengurusan air muka.


2.1 BAHASA TERBALIK bahasa terbalik adalah salah satu ragam bahasa. bahasa yang menggunakan perkataan berakas (terbalik) daripada makna yang dikehendaki dan pendengar juga mampu memahami maksudnya. bahasa terbalik menggunakan bahasa yang berlawanan daripada apa yang diperkatakan bahasa ini mestilah difahami oleh pendengar yang lain kerana jika seseorang itu tidak dapat mentafsir apa yang dimaksudkan maka penutur tidak menyampaikan maklumat itu dengan berkesan


CONTOH BAHASA TERBALIK BAHASA “ Kan sudah kena denda, lain kali main lah lagi. Ibu tak marah pun“ kata ibu kepada abang. “ Ikan tu memang untuk buat perhiasan je dekat dalam pinggan tu “ kata Siti kepada Rayyan.


CONTOH BAHASA TERBALIK MAKSUD SEBENAR Ibu sebenarnya melarang untuk abang bermain di tepi sungai agar tidak mengulangi kesilapan yang sama Siti ternyata ingin menyatakan bahawa ikan itu haruslah dimakan agar tidak berlaku pembaziran


FUNGSI BAHASA TERBALIK MENJAGA AIR MUKA INDIVIDU YANG LAIN WALAUPUN DALAM EMOSI YANG TIDAK MENENTU MENYEDARKAN MASYARAKAT DARIPADA MELAKUKAN PERBUATAN NEGATIF MENGERATKAN KEMESRAAN DENGAN TUJUAN YANG SEBENAR


2.2 BAHASA KIASAN ungkapan makna yang tidak diketahui daripada makna perkataan itu sendiri atau daripada susunan tatabahasa ayat kiasan ini bahasa kiasan adalah bahasa yang menghuraikan sesuatu dengan menyimpang kepada makna yang lain dengan kata lain, maksud yang diberikan adalah tidak tepat sepenuhnya dalam binaan kata-kata bahasa itu


CONTOH KIASAN MENYEBUT BANDINGAN SECARA LANGSUNG manisnya seperti lautan madu kiasan ini menggambarkan tentang sesuatu sifat manis itu secara langsung dibandingkan dengan lautan madu MAKSUD


CONTOH KIASAN TIDAK MENYEBUT BANDINGAN SECARA LANGSUNG karam dalam lautan percintaan karam dimaksudkan dengan tenggelam. kiasan ini menyatakan tentang perasaan cinta yang mendalam terhadap seseorang MAKSUD


CONTOH KIASAN YANG MENJADIKAN SESUATU MAKSUD LEBIH TERANG hatinya sedang mendidih kiasan ini menyatakan tentang keadaan seseorang yang berasa sangat marah MAKSUD


CONTOH KIASAN YANG MENGUATKAN DAN MENAJAMKAN SESUATU KARYA dalam selimut kemalasan keadaan seseorang yang sedang malas untuk melakukan sesuatu perkara MAKSUD


CONTOH KIASAN YANG MENJADI HIASAN INDAH DALAM BAHASA angin seakan membisik kepada ku ayat ini menjelaskan bahawa angin yang mendayu sedang melintasi dirinya MAKSUD


CONTOH KIASAN BAHASA HALUS UNTUK PERKATAAN KURANG SOPAN hembusan nafas yang terakhir meninggal dunia MAKSUD


FUNGSI BAHASA KIASAN 1 bahasa kiasan menjadi sesuatu maksud yang lebih jelas berfungsi untuk menguatkan dan menajamkan sesuatu karya 2 3 mencantikkan sesuatu bahasa menjadi lebih menarik 4 menjadi makna halus untuk perkataan yang kurang sopan 5 mengelakkan perkataan yang kurang manis disebut secara terang 6 menarik perhatian seseorang untuk terus mendengar


2.3 PERIBAHASA peribahasa merupakan ungkapan kata yang mempunyai susunan tetap dan mengandungi pengertian tertentu untuk menggambarkan kebudayaan mereka. peribahasa dalam sesuatu bahasa mempunyai peranan istimewa yang tersendiri malah juga berpotensi memperkaya khazanah bahasa sekaligus memancarkan pandangan hidup, nilai, sikap, cara berfikir atau keperluan akal budi seseorang itu. peribahasa ialah susunan kata pendek yang mempunyai makna luas dan enak didengar malah sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat kita sejak dahulu lagi


JENIS PERIBAHASA KATA-KATA HIKMAH PERUMPAMAAN SIMPULAN BAHASA PEPATAH PERBANDINGAN BIDALAN


CONTOH BAHASA TERBALIK KATA HIKMAH ungkapan yang mengandungi pengertian, pengajaran atau falsafah yang berguna. kata hikmah adalah ringkas dan bernas serta mudah disebut. digunakan sebagai cogan kata atau kiasan dalam penulisan mahupun pertuturan. masa itu emas masa sangat berharga. kita tidak boleh membuang masa kerana masa itu emas


CONTOH BAHASA TERBALIK PERUMPAMAAN jenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan yang lain Maksud perumpamaan berlainan daripada kelompok kata yang membentuknya. bingung tengkar, cerdik begar Orang-orang yang sukar diajak muafakat


CONTOH BAHASA TERBALIK SIMPULAN BAHASA peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri dari dua perkataan. digunakan untuk menjelaskan maksud yang membawa erti mendalam Kandungan maksud simpulan bahasa dikatakan berlainan daripada makna yang membentuknya. alas perut Makanan yang dimakan sedikit sahaja supaya perut menjadi tidak kembung atau lapar


CONTOH BAHASA TERBALIK PEPATAH sejenis peribahasa yang berangkap dan terdapat pengulangan kata yang ada dalam simpulan bahasa tersebut pengulangan kata berperanan sebagai penegasan atau unsur teladan yang ingin disampaikan bagaimana acuan, begitulah kuihnya Perangai anak sebenarnya mengikut orang yang mengasuhnya


CONTOH BAHASA TERBALIK PERBANDINGAN sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan ungkapan bandingan turut menggunakan kata bandingan iaitu bagai, laksana, macam dan seperti zalim laksana firauan menunjukkan bahawa seseorang itu bersikap jahat dan sentiasa menzalimi orang lain


CONTOH BAHASA TERBALIK BIDALAN sejenis peribahasa yang mengandungi nasihat atau pengajaran yang benar biasanya bidalan merupakan ungkapan pendek yang melekat di mulut orang ada udang disebalik batu melakukan sesuatu tetapi bertujuan lain disebaliknya


sebagai pengajaran atau panduan dalam melakukan sesuatu tindakan menggambarkan nilai dan sikap sesebuah anggota masyarakat yang lain mewujudkan keseronokan dan kemesraan dalam pergaulan atau komunikasi membentuk jati diri dan cara pemikiran yang baik dalam kelompok komuniti menyindir seseorang dengan cara yang sopan tanpa perlu mengguris hati FUNGSI PERIBAHASA 1 2 3 4 5


2.4 PANTUN pantun merupakan puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman-berzaman lagi. pantun terdiri daripada empat baris serangkap dan empat perkataan sebaris iaitu rangkap pertama dan kedua adalah pembayang manakala rangkap ketiga dan keempat adalah maksud pantun terdiri daripada empat baris serangkap dan empat perkataan sebaris iaitu rangkap pertama dan kedua adalah pembayang manakala rangkap ketiga dan keempat adalah maksud setiap baris pantun mempunyai rima a, b, a, b, dengan beberapa variasi dan pengecualian


NASIHAT CINTA AGAMA JENAKA PATRIOTIK PENDIDIKAN JENIS PANTUN


CONTOH PANTUN NASIHAT Harum melati dipetik kesuma, Mencari kemiri bersama dedalu, Hormat menghormati diamal bersama, Hidup harmoni sejahtera selalu. Menari si inang tepian puspa, Bercincin suasa cantik berseri, Hidup senang usahlah alpa, Kelak binasa memakan diri. Di bumi tuara berjalan si ratu, Wajah ceria berhias permata, Hidup berjiran bersama membantu, Kelak bahagia tiada sengketa.


Konsep masyarakat yang dapat dilihat melalui pantun nasihat ini adalah masyarakat Melayu mestilah hidup saling menghormati antara satu sama lain. Hal ini dikatakan sedemikian kerana budaya hormatmenghormati semakin hari semakin luntur dalam jiwa masayarakat kita terutamanya anak watan yang baru mengenali erti kehidupan sebenar. Sehubungan dengan itu, masyarakat perlulah mengambil pengajaran dan mengamatinya dengan menunjukkan budaya hormat-menghormati tanpa mengira usia, warna kulit, agama, keturunan dan sebagainya supaya kita semua dapat mencipta suasana yang harmoni dalam kehidupan. Buktinya kita dapat lihat dalam pantun ini pada rangkap pertama baris keempat iaitu ‘ hidup harmoni sejahtera selalu ’ Akal budi manifestasi yang seterusnya ialah masyarakat yang mudah lupa akan asal usul mereka setelah memperoleh kesenangan hidup akan merugikan diri sendiri. Buktinya kita dapat lihat pada rangkap kedua baris keempat iaitu ‘ kelak binasa memakin diri ’. Golongan muda pada masa kini merasakan bahawa kejayaan yang diperolehi adalah hasil usahanya walhal masyarakat di sekeliling mereka adalah insan yang sentiasa membantu tanpa ditinggalkan dari belakang. Hal ini seiring dengan peribahasa Melayu iaitu orang tamak selalu rugi. Oleh itu, setiap rezeki yang kita peroleh haruslah dikongsi bersama golongan yang lebih memerlukan. Dalam rangkap akhir iaitu pada baris ketiga menunjukkan suasana kehidupan masyarakat yang jelas memperlihatkan tentang nilai murni hidup berjiran. Jadi, setiap masyarakat perlulah saling membantu dalam kalangan kita tanpa mengira bangsa, agama dan bahasa. Pengajaran yang akan kita dapat ialah hubungan silaturrahim dapat dikekalkan. Sesebuah masyakat juga dapat mengelakkan diri daripada bermusuhan dan sentiasa bersangka baik agar ‘hidup bahagia tiada sengketa’


sebagai alat hiburan dan bahan jenaka digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti aspek keagamaan dan adat istiadat untuk menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan sesuatu hajat membentuk horizon pemikiran yang luas khususnya pandangan hidup dan perspektif masyarakat FUNGSI PANTUN


2.5 BAHASA SAPAAN bahasa sapaan merupakan kaedah yang digunakan oleh sesuatu masyarakat atau bangsa untuk menegur atau menyapa seseorang baik dalam konteks rasmi mahupun tidak rasmi menjadi penghubung langsung antara pihak yang menyapa dengan pihak yang disapa bahasa sapaan mesti digunakan dengan betul dan sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi agar dapat menjaga air muka dan tidak menyinggung perasaan orang lain


PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI Kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga iaitu “kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga bentuk kata ganti nama diri bergantung pada kata ganti nama diri itu digunakan sama ada dalam suasana dan urusan rasmi atau dalam suasana dan urusan tidak rasmi jumlah kata ganti nama diri yang digunakan untuk susana dan urusan rasmi agak kecil. Contoh kata ganti nama diri bagi urusan rasmi adalah seperti saya, kami, tuan, kita beliau dan mereka kata ganti nama diri yang digunakan dalam suasana dan urusan tidak rasmi terlalu banyak


CONTOH PENGGUNAAN BAHASA SAPAAN TERHORMAT


CONTOH PENGGUNAAN BAHASA SAPAAN KELUARGA Long Anak pertama Bang Long, Kak Long Ngah Anak kedua Bang Ngah, Kak Ngah Lang Anak ketiga Bang Lang, Kak Lang Uda Anak keempat Bang Uda, Kak Uda Andak Anak kelima Bang Andak, Kak Andak Teh Anak keenam Bang Teh, Kak Teh Busu Anak bongsu Busu, Kak Su


2.6 PENGURUSAN AIR MUKA penjagaan muka adalah mimik muka sewaktu bertutur demi menjaga perasaan orang yang mendengar di samping memelihara maruah diri sendiri muka dalam masyarakat Malaysia merujuk kepada wajah, rupa dan membawa maruah muka juga dikaitkan dengan maruah diri kerana yang tersirat di hati tersurat di wajah


MIMIK MUKA HAL INI BOLEH DITERJEMAHKAN SEBAGAI LAMBANG KEPADA PERASAAN DALAMAN SESEORANG YANG DILUAHKAN DALAM BENTUK MIMIK MUKA YANG LEBIH DIKENALI SEBAGAI AIR MUKA BERIKUTAN BEBERAPA FAKTOR IAITU KEADAAN DAN SITUASI YANG BERLAKU DALAM KALANGAN PERSEKITARANNYA MENYEBABKAN INDIVIDU TERSEBUT SUKAR UNTUK MENTERJEMAHKAN MELALUI LISAN


CONTOH PENGURUSAN AIR MUKA


3.0 KESANTUNAN BERBAHASA DALAM SISTEM BAHASA Sistem bahasa merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Fokus dalam sistem bahasa adalah pada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. 3.1 BINAAN KATA BINAAN KATA MERUPAKAN SALAH SATU ASPEK MORFOLOGI IAITU SATU KAJIAN YANG MENERANGKAN TENTANG PEMBENTUKAN KATA YANG DAPAT DIBAHAGIKAN KEPADA TIGA JENIS


PENGIMBUHAN (KATA YANG MENERIMA IMBUHAN) PENGGANDAAN (KATA TUNGGAL YANG DIGANDAKAN) PEMAJUMKAN (GABUNGAN BEBERAPA KATA TUNGGAL YANG MEMBENTUK SUATU MAKNA) BINAAN KATA 3 2 1


CONTOH KESANTUNAN MENGGUNAKAN SISTEM BAHASA PENGIMBUHAN penggunaan imbuhan –man dan –wati menunjukkan kesantunan kerana dapat membezakan jantina penggunaan perkataan –man dan –wati menunjukkan ketinggian tugas atau seseorang yang pakar dalam tugas tersebut seniman seniwati olahragawan olahragawati CONTOH


CONTOH KESANTUNAN MENGGUNAKAN SISTEM BAHASA PENGGANDAAN sistem penggandaan dapat menunjukkan kesantunan apabila seseorang itu menghargai kehadiran pendengar perkataan silasila atau dudukduduk digunakan oleh tuan rumah untuk menyatakan bahawa mereka amat mengalukan kehadiran tetamu CONTOH


CONTOH KESANTUNAN MENGGUNAKAN SISTEM BAHASA PEMAJMUKAN pemajmukan merupakan gabungan perkataan yang berbeza makna dan apabila digabung akan membina makna baru penggunaan perkataan tidak menunjukkan kurang kesantunan dalam berbahasa penutur mestilah menggunakan perkataan kurang untuk menunjukkan kepandaian bagi menjaga hati dan air muka kurang manis kurang cantik kurang sihat kurang elok kurang cukup CONTOH


3.2 BINAAN AYAT BINAAN AYAT MERUPAKAN SALAH SATU ELEMEN PENTING DALAM SINTAKSIS IAITU SATU BIDANG ILMU YANG MENGKAJI TENTANG BENTUK, STRUKTUR DAN PEMBENTUKAN AYAT. SINTAKSIS DAPAT DIFAHAMI SEBAGAI GABUNGAN PERKATAAN YANG MEMBENTUK SATU RANGKAIAN AYAT


CONTOH KESANTUNAN DALAM BINAAN AYAT “ JIKA TIDAK KEBERATAN “ kesantunan dalam meminta pertolongan daripada orang lain CONTOH KESANTUNAN DALAM BINAAN AYAT “ TANPA MELENGAHKAN MASA“ menunjukkan kematangan dalam berbahasa


3.3 SEBUTAN DAN INTONASI CONTOHNYA : BELA (pelihara) BELA (dipertahankan) PERANG (warna) PERANG (bergaduh) sebutan dalam bahasa Melayu adalah berasaskan sistem sebutan baku. sistem baku bermakna perkataan itu dibunyikan sama seperti mana dieja intonasi ialah nada turun naik dalam sesuatu ayat. setiap intonasi adalah berbeza mengikut jenis ayat. intonasi yang betul dapat membezakan


PERANAN INTONASI 1 digunakan untuk menyatakan pelbagai makna, keadaan dan sikap digunakan untuk menanda kontra dari segi tatabahasa, klausa, pernyataan dan pertanyaan 2 3 digunakan untuk memberi sesuatu yang baru dengan menekankan kata yang membawa maksud tujuan utama 4 digunakan untuk membentuk nada dan gaya suara turun naik bagi wacana yang lebih meluas seperti penyampaian teks berita


3.4 EJAAN DAN TANDA BACA CONTOH BAHASA TERBALIK EJAAN Penggunaan ejaan yang betul adalah penting supaya perkataan yang diaplikasikan tepat mengikut ejaan yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka melalui kamus dewan Istilah yang tepat dapat memartabatkan bahasa Melayu yang menjadi rasmi penggunaanya di Malaysia.


Click to View FlipBook Version