The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by icha.shazae, 2023-07-29 09:19:53

BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA

moga dipermudah urusan

CONTOH BAHASA TERBALIK TANDA BACA Tanda baca sama pentingnya dengan ejaan kerana kedua-dua elemen ini dapat menentukan keberkesanan penyampaian maklumat kerana penggunaan yang tidak tepat akan mengelirukan pembaca Dalam tulisan rumi mahupun tulisan jawi bahasa Melayu ternyata terdapat 17 tanda baca yang telah digunakan oleh setiap masyarakat konvensional


4.0 ISU-ISU KESANTUNAN BERBAHASA Apakah remaja sekarang menggunakan bahasa yang sopan ? Isu ini banyak diperkatakan dalam masyarakat hari ini. Penggunaan bahasa dalam kalangan remaja menimbulkan keresahan kepada pelbagai pihak. Bahasa sebenarnya adalah medium untuk mengungkapkan perasaan penutur. Bahasa juga dapat menggambarkan keperibadian, latar belakang dan thap pendidikan seseorang itu. isu penggunaan bahasa rojak iaitu pencampuran pelbagai bahasa dalam sebuah percakapan penggunaan bahasa rojak kerap digunakan kerana bahasa Inggeris sering digunakan walaupun bukan kata pinjaman CONTOHNYA : alright, semua pihak diminta switch off telefon bimbit masing-masing penggunaan bahasa rojak merosakkan warisan khazanah kerana bahasa Melayu semakin hari semakin dilupakan ISU BAHASA


ISU BAHASA KAMIL DAN MOHAMAD (2020) BERKATA PENGUASAAN BAHASA MELAYU MASIH LAGI BERADA DI TAHAP YANG RENDAH SERTA TIDAK MEMBERANGSANGKAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU, INDIA MAHUPUN CINA HAL INI BERLAKU KERANA MASYARAKAT LEBIH MEMILIH UNTUK MEMPELAJARI BAHASA INGGERIS KERANA DIANGGAP BAHASA ITU DAPAT MEMBANTU MEREKA DALAM PEKERJAAN CONTOHNYA, SESEBUAH SYARIKAT AKAN MENCARI PEKERJA YANG LEBIH MAHIR DALAM BERBAHASA INGGERIS. PERKARA INI MENYEBABKAN IDENTITI MELAYU MENJADI HILANG perbezaan gaya hidup setiap kaum menjadi cabaran bagi mengekalkan kesantunan dalam kehidupan setiap masyarakat misalnya, masyarakat Melayu diajar untuk menggunakan perkataan Assalamualaikum bagi memulakan bicara menyebabkan orang lain tidak dapat memahami perkara yang disampaikan hal ini menyebabkan kesantunan tidak dapat diaplikasikan dengan baik ISU BUDAYA


isu sentimen berkaitan perkauman akan menyebabkan masyarakat sukar untuk menjaga kesantunan terutamanya melibatkan ahli politik kerana mereka tidak peka tentang sensitiviti parti dan kaum (Chee et al., 2021) misalnya, terdapat satu petikan daripada seorang ahli politik yang mengeluarkan kenyataan “ gelap dan terlupa pakai bedak “ menunjukkan tidak santun berbahasa hal ini menjadi satu halangan dalam menggunakan kesantunan berbahasa jika ahli politik sendiri ternyata tidak menunjukkan kesantunan yang baik ISU BUDAYA hal ini kerana terdapat masyarakat yang tidak memikirkan aspek kesantunan terlebih dahulu sebelum memuat naik di media sosial isu penggunaan bahasa sapaan yang tidak tepat dan ejaan singkatan menyebabkan maklumat disampaikan secara tidak berkesan Situasi ini mencerminkan keperibadian seseorang dan tingkah laku yang kurang elok kerana tidak menggunakan kesantunan dengan sebaiknya misalnya, terdapat pengguna internet yang menggunakan gelaran pelesit kota, anai-anai dan banyak lagi untuk merujuk kepada seseorang ISU SOSIAL


5.0 LANGKAH MENANGANI ISU KESANTUNAN BERBAHASA Ibu bapa berperanan sebagai pendidik serta menjadi role model yang baik untuk anak-anak sejak kecil lagi dengan menggunakan bahasa yang sopan. Ibu bapa perlu membentuk keharmonian keluarga sekali gus melahirkan masyarakat yang bertatasusila (Ibrahim, 2019). Contohnya, ibu bapa perlulah memanggil anak-anak mereka dengan panggilan yang sesuai dan tidak kasar. Hal ini akan membantu anakanak untuk mempunyai asas dalam kesantunan berbahasa dan pendedahan awal agar mereka dapat menjadi masyarakat yang bertanggungjawab. Seperti yang kita ketahui, institusi pendidikan ini merangkumi pihak sekolah dan pihak universiti. Pihak sekolah berperanan dalam membantu murid-murid mencungkil bakat dalam diri murid-murid agar dapat menanam sifat cinta akan bahasa. Misalnya, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan pantun dan peribahasa serta melaksanakan lawatan ke Dewan Pustaka dan Bahasa. Perkara ini dapat membantu murid-murid untuk mengetahui penggunaan perkataan yang menunjukkan kesantunan.


Pihak kerajaan pula berperanan dalam membentuk dasar tentang penggunaan bahasa yang betul dan mengambil Tindakan tegas terhadap individu yang menggunakan kata-kata tidak santun. Sebagai contoh, Pihak kementerian pendidikan boleh memasukkan subjek kesantunan berbahasa untuk kanakkanak agar mereka mengetahui penggunaan bahasa yang betul dan tidak terpengaruh dengan kata-kata kesat. Perkara ini merupakan salah satu tanggungjawab kerajaan dalam mengekalkan kedaulatan bahasa melayu. Media massa atau media sosial perlu menunjukkan penggunaan kesantunan bahasa yang berkesan. Media massa semestinya harus menggunakan perkataan dan ejaan yang betul semasa mengiklankan sesuatu produk. Perkara ini perlulah diberi perhatian kerana penggunaan bahasa yang salah akan mempengaruhi individu lain untuk menggunakannya juga. Tambahan lagi, media massa juga perlu mengelakkan penggunaan perkataan yang boleh membawa kontroversi agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.


RUJUKAN Arina Johari, & Indirawati Zahid. (2016). Manifestasi Kesantunan Melayu Dalam Ujaran Memberidan Meminta Nasihat. GEMA Online Journal of Language Studies, 16(2), 73-94. Asmah Haji Omar. (2003). Language And Culture In The Civilization Process. Jurnal Peradaban Melayu, 2(1), 83-106. Chee, L. C., Lin, C. Y., Kuthiah, Y., Charles, H. S. A., Tarmuzi, M. T., Andderia, A., & Yusuff, N. A. (2021). Punca dan Penyelesaian Isu Perpaduan Kaum dan Agama di Malaysia. Universiti Malaysia Kelantan, 4(1), 58-64. Ibrahim. (2019). Konteks Budaya Dalam Komunikasi Antarabudaya. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(2), 227-246 Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.


Kamil, I. M. M., & Mohamad, M. (2020). Cabaran pemerkasaan bahasa Melayu dalam usaha mencapai negara bangsa di Malaysia. Asian People Journal (APJ), 3(2), 181-191. Mills. (2003). Gender and politeness. Cambridge: Cambridge University Press Schieffelin, B., & Ochs, E. (1986.) Language Socialization Across Cultures. Cambridge: Cambridge University Press.


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version