The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Faridah Razali, 2021-09-27 22:24:54

AL-BAYAN 2( KORBAN )

SEMOGA BERMANFAAT

AL-BAYAN - SIRI 2 1

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar rseiddaankgsi
ulang mana-mana bahagian isi kandungan daripada
buku ini termasuk artikel, ilutrasi dan fotokopi dalam KETUA EDITOR
apa-apa jua bentuk dan cara sekalipun samada Dr. Mohd Aizam bin Mas'od
fotokopi, mekanikal, rakaman, elektronik atau cara-
cara lain tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan EDITOR
bertulis daripada PEJABAT MENTERI DI JABATAN Mohamad Razif Mohamad Fuad
PERDANA MENTERI HAL-EHWAL AGAMA. Muhammad Farhan bin Mohd Hanapiah
Tengku Ibrahim Helmi bin Tengku
2 Mohammad
Abdul Rahman bin Abd Kodir
Muhammad Luqman bin Ahmad
Tarmizi
Mohamad Ashraf bin Sulaiman

JURUGAMBAR
Mohd Akif bin Che Azhar

REKABENTUK GRAFIK
Yuzairy bin Mohd Ayub
Anas bin Ahmad Shukri

Diterbitkan oleh:
PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(HAL EHWAL AGAMA)
Aras 10, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya
No.23 , Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia.
Tel: 03-88707000 / 03-88707071
Emel: [email protected]
Laman web: mira.gov.my/

Dicetak oleh:
PERCETAKAN MESBAH SDN. BHD. (819193-K)
No. 11, Jalan Tun Perak 6, Taman Tun Perak,
43200 Cheras, Selangor.
• Tel : 03-9105 6473 • Faks : 03-9105 6469
• Emel: [email protected]

Isi kandungan 3
u Mukadimah

u Hukum Korban 4

u Fadhilat Korban 11

u Beberapa Isu Korban Semasa 16

Permasalahan 1 : Hukum Korban Lembu Wagyu 16

Permasalahan 2 : Hukum Korban Luar Negara 27

Permasalahan 3 : Hukum Korban dengan Wang Baitul Mal 35

Permasalahan 4 : Hukum Memberi Daging Korban kepada 40
Orang Bukan Islam

Permasalahan 5 : Hukum Korban dengan Rusa 47

u Adab-adab Orang yang Ingin Berkorban 50

u SOP Ibadah Korban Dalam Tempoh PKPP 58

u Penutup 60

3

Menyembelih korban
adalah suatu ibadah
yang telah disyariatkan
berdasarkan kepada al-
Quran, al-Sunnah dan juga
al-Ijma’. Pensyariatan
ini telah berlaku sejak
tahun ke-2 Hijriyah.

MUKADIMAH

A lhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi
dengan pelbagai kurniaan dan anugerah
yang tidak terhitung buat kita semua.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan
mereka yang mengikut jejak langkah Baginda
hingga ke Hari Kesudahan.

Beberapa hari lagi, kita akan menyambut hari raya korban.
Pada hari itu, tidak ada amalan yang lebih Allah sukai daripada
menyembelih haiwan korban sebagai tanda kesyukuran kita kepada
Allah SWT sekaligus untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

Menyembelih korban adalah suatu ibadah yang telah
disyariatkan berdasarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan al-
Ijma’. Pensyariatan ini telah berlaku sejak tahun ke-2 Hijriyah.
Ia adalah tahun di mana turut disyariatkan solat dua hari raya
(Aidil Fitri dan Aidil Adha), dan juga tahun disyariatkan zakat harta
(mal). (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 5/75 dan Fiqh al-Udhiyah,
hlm. 7)

AL-BAYAN - SIRI 1 5

Firman Allah SWT:

‫َف َص ِّل ِل َر ِّب َك َوا ْن َح ْر‬

Maksudnya: Maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu
dan berkorbanlah (sebagai bersyukur).

Surah al-Kauthar (2)

Maksud ‘berkorbanlah’ di dalam ayat tersebut mengikut
pendapat yang paling sahih ialah mengorbankan atau menyembelih
binatang-binatang korban. Hal ini sepertimana yang disebut di dalam
tafsir Imam Ibn Kathir: “Yang benar bahawa yang dimaksudkan
dengan al-nahr adalah menyembelih korban, iaitu menyembelih
unta dan sejenisnya.” (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/556)

Justeru, dapat difahami bahawa korban merupakan salah satu
sembelihan yang disyariatkan sebagai ibadah dan amalan yang
mendekatkan diri kepada Allah SWT.

6 AL-BAYAN - SIRI 1

Hukum Korban

B erkenaan hukum melakukan ibadah korban, terdapat
beberapa pandangan ulama’ dalam isu ini. Imam al-Nawawi
berkata: Para ulama’ berbeza pendapat tentang kewajiban
korban ke atas orang yang berkemampuan. Sebahagian besar ulama’
berpendapat bahawa korban itu sunat bagi orang yang mampu.
Jika tidak melakukannya tanpa sebarang keuzuran, maka dia tidak
berdosa dan tidak harus menggantikannya. Ada juga pendapat yang
menyatakan bahawa korban itu wajib ke atas orang yang mampu.
(Lihat al-Minhaj, 13/110)

Antara ulama’ yang berpendapat wajibnya ibadah korban kepada
yang mampu ialah Imam Abu Hanifah, al-Qadhi Abu Yusuf dalam
salah satu pendapatnya, Rabi’ah, al-Laith bin Sa’ad, al-Auza’i, al-
Thauri dan Imam Malik dalam salah satu pendapatnya. (Lihat al-
Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 5/77)
Mereka berdalilkan - antaranya - dengan sabda Nabi SAW:

‫ َفَل يَـْقَربَ َّن ُم َصَّلنَا‬،‫َم ْن َكا َن لَُه َسَعٌة َولَ ْم يُ َض ِّح‬

Maksudnya: “Barangsiapa yang memiliki kelapangan (rezeki)
dan tidak melakukan ibadah korban, maka janganlah dia
mendekati tempat solat kami.”

Riwayat Ibn Majah (3123) dan Ahmad (14/24)

AL-BAYAN - SIRI 2 7

Namun majoriti ulama’ berpendapat bahawa hukum
menyembelih korban adalah sunat muakkad. Pendapat ini
merupakan pendapat ulama’ Syafi’iyyah, Hanabilah, pendapat yang
paling kuat daripada Imam Malik dan salah satu pendapat daripada
Abu Yusuf. Ini juga merupakan pendapat Saidina Abu Bakar, Saidina
'Umar, Bilal, Abu Mas’ud al-Badri, Suwaid bin Ghafalah, Sa’id bin al-
Musayyib, ‘Atho’, ‘Alqamah, al-Aswad, Ishaq, Abu Thaur dan Ibn al-
Munzir. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 5/77)
Mereka berdalilkan - antaranya - dengan sabda Nabi SAW:

‫إَِذا َرأَْيـتُ ْم ِهلَا َل ِذى الْ ِح َّجِة َوأََرا َد أَ َح ُدُك ْم أَ ْن يُ َض ِّح َى‬
‫َفـْليُ ْم ِس ْك َع ْن َشْعِرِه َوأَ ْظَفاِرِه‬

Maksudnya: “Jika masuk bulan Zulhijjah dan salah seorang
daripada kamu ingin menyembelih korban, maka hendaklah dia
tidak memotong sedikit pun daripada rambut dan kukunya.”

Riwayat Muslim (1977), Abu Daud (2791), al-Tirmizi (1523),
al-Nasaie (4361), Ibn Majah (3150) dan Ahmad (26654)

Berkenaan hadith ini, Imam al-Nawawi menukilkan bahawa
Imam al-Syafi’i menyebut: “Dalil di atas menunjukkan bahawa
hukum korban itu tidak wajib. Kerana dalam hadith digunakan
lafaz ”‫( “أََراَد‬sesiapa yang mahu). Seandainya menyembelih korban
itu wajib, maka cukuplah Nabi SAW menyatakan, “Maka hendaklah
dia tidak memotong sedikit pun daripada rambut dan kukunya
sehinggalah dia melakukan korban.” (Lihat al-Majmu’, 8/217)

8 AL-BAYAN - SIRI 2

Imam al-Nawawi kemudian menyebut: Menurut Mazhab
Syafi’i dan mazhab majoriti ulama’, hukum korban adalah sunat
muakkad bagi yang senang untuk melakukannya (mempunyai
kelapangan rezeki) dan ia tidak wajib.” (Lihat al-Majmu’, 8/217)
Di tempat yang lain, beliau turut menjelaskan: “Jika seseorang
meninggalkannya tanpa uzur, dia tidaklah berdosa dan tidak perlu
qadha' (mengganti). (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, 13/109)

Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji pula dalam menjelaskan hal
ini menyatakan: Hukum melakukan ibadah korban adalah sunat
muakkad (sunat yang amat dititik beratkan). Hukumnya (boleh)
menjadi wajib dengan dua sebab:

Pertama: Apabila seseorang mengisyaratkan kepada
binatang-binatang yang sesuai untuk korban kepunyaan-
nya. Seperti dia menyatakan: “Ini ialah korbanku” atau
“Aku akan korbankan kambing ini.” Dengan itu, dia wajib
melakukannya.

Kedua: Apabila dia mewajibkan ke atas dirinya untuk
mendekatkan diri kepada Allah dengan korban. Seperti dia
berkata: “Wajib ke atasku korban kerana Allah SWT.” Ketika
itu, korban menjadi wajib ke atasnya
sebagaimana jika dia mewajibkan
mana-mana ibadat lain ke atas dirinya
kerana perbuatan tersebut merupakan
nazar yang wajib ditunaikan. (Lihat al-
Fiqh al-Manhaji, 1/355)

AL-BAYAN - SIRI 2 9

Sebagai kesimpulan, berdasarkan nas dan
kenyataan di atas, kami cenderung kepada
pendapat bahawa hukum ibadah korban
adalah sunat muakkad. Ini sepertimana
pandangan majoriti ulama’ termasuk mazhab
Syafi’i. Meskipun begitu, sewajarnya bagi
seseorang melakukan ibadah korban dan tidak
meninggalkannya sekiranya berada dalam
keadaan berkemampuan.

Akhir kalam, kami nukilkan di sini kenyataan Syeikh Muhammad
al-Amin al-Syanqiti: “Janganlah meninggalkan ibadah korban
jika seseorang itu mampu untuk menunaikannya. Ini kerana
Nabi SAW sendiri memerintahkan: “Tinggalkanlah perkara yang
meragukanmu dan ambillah perkara yang tidak meragukanmu.”
Selayaknya bagi mereka yang mampu untuk tidak meninggalkan
ibadah korban. Ini kerana dengan berkorban, ia akan lebih
menenangkan hati dan melepaskan tanggungan. Wallahu a’lam.
(Lihat Adhwa’ al-Bayan, 5/618)

Syeikh Musthofa al-‘Adawi pula berkata: “Orang yang masih
berada dalam fitrah yang sejahtera, tentunya ketika diberi nikmat
akan dibalas dengan syukur. Maka kebaikan yang banyak, yang telah
dkeibraenriainRiapbebrmlulua;hddainballaaksudkeannglaahn:k o”r‫ْر‬b‫ َح‬aْ‫وان‬nَ )‫ك‬.َ ِ‫َرّ(ب‬Lِ‫ ل‬i‫ل‬hِّ ‫ص‬aَ t‫“َف‬Ta(DfsiririkJaunzla‘Ahmsmolaat,
Musthofa al-‘Adawi, hlm. 293)

10 AL-BAYAN - SIRI 2

Fadhilat Korban

I badah korban termasuk dalam syiar-syiar agama Allah yang
sewajarnya dibesarkan dan diagungkan. Firman Allah SWT:

ۖ ‫َوا ْل ُب ْد َن َج َع ْل َنا َها َل ُكم ِّمن َش َعا ِئ ِر ال َّلـ ِه َل ُك ْم ِفي َها َخ ْي ٌر‬
‫َفا ْذ ُك ُروا ا ْس َم ال َّلـ ِه َع َل ْي َها َص َوا َّف ۖ َف ِإ َذا َو َج َب ْت ُج ُنو ُب َها‬
‫َف ُك ُلوا ِم ْن َها َو َأ ْط ِع ُموا ا ْل َقا ِن َع َوا ْلُ ْع َت َّرۖ َك َذ ِل َك َس َّخ ْر َنا َها‬

‫َل ُك ْم َل َع َّل ُك ْم َت ْش ُك ُرو َن‬

Maksudnya: “Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada
fakir miskin Makkah itu) sebahagian daripada syiar agama Allah
untuk kamu; pada menyembelih unta tersebut ada kebaikan bagi
kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya)
ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta
putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah
(bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta
dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu
(menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.

(Surah al-Hajj: 36)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa mereka yang melakukan
sembelihan korban dan memilih binatang besar lagi gemuk sudah
pasti termasuk dalam golongan yang membesarkan syiar Allah SWT.
Syeikh Wahbah al-Zuhaili berkata: "Ia sebagai tanda dan lambang
kebesaran agama Allah dengan melaksanakan ibadat korban

AL-BAYAN - SIRI 2 11

tersebut. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 17/296)

Sebenarnya terlalu banyak kelebihan berkorban. Antara yang
jelas dan nyata adalah mendapat pahala di sisi Allah SWT dan juga
boleh mengeratkan lagi ikatan persaudaraan sesama Islam dan
pertolongan.

Selain itu, terdapat beberapa buah hadith yang membicarakan
tentang keutamaan melaksanakan ibadat korban. Antaranya:

Pertama: Daripada Aisyah R.Anha, bahawa Nabi SAW bersabda:

‫َما َع ِم َل آَدِم ٌّي ِم ْن َع َم ٍل يَـ ْوَم الَنّ ْحِر أَ َح َّب إِلَى الَّلِه ِم ْن‬
‫ إَِنُّه لَيَْأتِي يَـ ْوَم الِقيَاَمِة بُِقُرونَِها َوأَ ْشَعاِرَها‬،‫إِ ْهَرا ِق ال َّدِم‬
‫ َوأَ َّن ال َّدَم لََيـَق ُع ِم َن الَّلِه بَِم َكا ٍن َقـْب َل أَ ْن يَـَق َع‬،‫َوأَ ْظَلِفَها‬

‫ َف ِطيبُوا بَِها نَـْف ًسا‬،‫ِم َن الَأ ْر ِض‬

Maksudnya: “Tidaklah pada hari Nahar (Aidil Adha) manusia
beramal suatu amalan yang lebih dicintai oleh Allah daripada
mengalirkan darah daripada haiwan korban. Sesungguhnya ia
akan datang pada hari Kiamat dengan tanduk, bulu dan kuku
haiwan korban itu. Dan sesungguhnya darah tersebut akan
sampai kepada redha Allah SWT sebelum titisan darah itu jatuh
ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”

Riwayat al-Tirmizi (1493), Ibn Majah (3126), al-Baihaqi
dalam al-Sunan al-Kubra (19015); Syu’ab al-Iman (7333)
dan Ibn Hibban dalam al-Majruhin (2/411). Imam al-Tirmizi
menghukumkan hadith ini sebagai hasan gharib.

12 AL-BAYAN - SIRI 2

Ayat ini jelas
menunjukkan bahawa
mereka yang melakukan

sembelihan korban
dan memilih binatang

besar lagi gemuk
sudah pasti termasuk
dalam golongan yang

membesarkan syiar
Allah SWT.

Hadith ini menunjukkan ibadah yang paling afdhal untuk
dilaksanakan pada hari raya Aidiladha adalah dengan mengalirkan
darah haiwan korban. Ini kerana, ia akan datang pada hari akhirat
sepertimana ia di dunia tanpa terdapat kekurangan padanya agar
setiap daripada anggota itu terdapat padanya ganjaran (pahala) dan
ia juga akan menjadi tunggangan orang yang berkorban itu ketika
melintasi titian sirat. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 5/61)

Status hadith ini menjadi perselisihan dalam kalangan ulama’
kerana ada yang melihat hadith ini sebagai dhaif dan sebagainya.
Akan tetapi, al-Mubarakfuri menilai hadith ini sebagai hasan
sebagaimana yang dinyatakan ketika mensyarahkan hadith ini.

AL-BAYAN - SIRI 2 13

Kedua: Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Imran
R.A, bahawa Nabi SAW bersabda kepada puterinya, Fatimah R.Anha:

‫ َف ِإ َّن ُه ُي ْغ َف ُر َل ِك ِب ُك ِّل‬،‫َيا َفا ِط َم ُة ق ْو ِمي َفا ْش َهد ِي ُأ ْض ِح َّي َت ِك‬
‫ِإ َّن َص َل ِتي‬ :‫ َو ُقو ِلي‬،‫َع ِم ْل ِتي ِه‬ ‫َق ْط َر ٍة ِم ْن َد ِم َها ُك ُّل َذ ْن ٍب‬
،‫َش ِري َك َل ُه‬ ‫ َل‬،‫ِ َّ ِل َر ِّب ا ْل َعا َلِي َن‬ ‫َو ُن ُس ِكي َو َم ْح َيا َي َو َ َما ِتي‬

‫ َيا‬:‫ِع ْم َرا ُن‬ ‫ َف َقا َل‬،‫َأ َّو ُل ا ْلُ ْس ِل ِمي َن‬ ‫ْر َهُ َتذا َوَل َأ َنَاك‬،‫ََرو ِبُس َذوِل َلَكالُأَّ ِلِم‬
‫َف َأ ْه ُل َذ ِل َك‬ ،‫َو ِ َل ْه ِل َب ْي ِت َك َخا َّص ًة‬

‫ َب ْل ِل ْل ُم ْس ِل ِمي َن َعا َّم ًة‬:‫ َأ ْم ِل ْل ُم ْس ِل ِمي َن َعا َّم ًة؟ َقا َل‬،‫َأ ْن ُت ْم‬

Maksudnya: “Wahai Fatimah, bangunlah dan lihatlah korbanmu.
Sesungguhnya ia mengampunkanmu kerana setiap titis daripada
darahnya mewakili setiap dosa yang kamu lakukan. Katakanlah:
“Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian
sahaja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah
orang Islam yang awal (berserah diri kepada Allah dan mematuhi
perintah-Nya).” Lalu 'Imran bertanya: “Wahai Rasulullah, ini
khusus hanya untuk kamu dan ahli keluarga kamu sahajakah –
kerana ahli dalam perkara ini adalah kamu (keluarga Rasulullah
SAW) – atau ia juga untuk umat Islam keseluruhannya?” Rasulullah
SAW menjawab: “Bahkan, ia untuk umat Islam keseluruhannya.”

Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat
(3/247); al-Mu’jam al-Kabir (18/200) dan al-Baihaqi
dalam al-Sunan al-Kubra (5/239). Ibn al-Mulaqqin
menghukumkan hadith ini sebagai dhaif.

14 AL-BAYAN - SIRI 1

Berdasarkan hadith di atas, kita dapat memahami bahawa antara
kelebihan orang yang melaksanakan ibadah korban adalah dosanya
akan diampunkan oleh Allah SWT sehingga diumpamakan dosa
dengan setiap titisan darah yang mengalir keluar daripada binatang
korban tersebut.

Ketiga: Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan daripada Ibn
‘Abbas R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

،‫ الْ َوْتـُر‬: ‫ َوُه َّن لَ ُك ْم تَ َط ُّوٌع‬، ‫ثََل ٌث ُه َّن َعَل َّي َفـَرائِ ُض‬
‫ َو َصَلُة ال ُّض َحى‬،‫َوالَنّ ْحُر‬

Maksudnya: “Ada tiga perkara yang hukumnya wajib ke atasku
dan sunat (sukarela) bagi kamu: (Iaitu) solat Witir, sembelihan
(ibadat korban) dan solat Dhuha.”

Riwayat Ahmad (2050) dan al-Daraqutni (2/21), al-
Baihaqi dalam al-Sunan al-Sughra (1406) dan al-
Sunan al-Kubra (4635). Syeikh Syu’aib al-Arna’out
menghukumkan hadith ini sebagai dha’if.

AL-BAYAN - SIRI 2 15

Justeru, berdasarkan apa yang dinyatakan di atas, amat digalakkan
untuk kita melakukan ibadah korban. Selain itu, ia juga merupakan
suatu perbuatan taqarrub yang ditentukan waktunya, dengan
menyebut Hari Raya Korban.

Akhir kalam, mudah-mudahan Allah SWT memurahkan rezeki
kita agar kita dapat melaksanakan ibadah korban ini pada setiap kali
tibanya hari raya Aidiladha. Amin.

Beberapa Isu Korban
Semasa

K ami sertakan juga di sini beberapa isu-
isu dan permasalahan yang timbul
berkaitan ibadah korban semasa. Ia
adalah berdasarkan soalan-soalan yang
telah diajukan kepada saya sama ada
secara langsung atau tidak langsung
seiring dengan sambutan Hari Raya Aidil
Adha yang hampir tiba. Antaranya:

Permasalahan 1:
Hukum Korban Lembu Wagyu

Pada hari Sabtu, 4 Julai 2020, semasa menyampaikan agihan
daging anjuran Mitron Group Sdn. Bhd. dengan kerjasama Pusat
Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, saya telah ditanya berkenaan

16 AL-BAYAN - SIRI 2

pelaksanaan ibadah korban
dengan menggunakan lembu
Wagyu. Saya menjawab bahawa
hukumnya harus dan dibolehkan
jika menepati kesemua syarat-
syaratnya.

Walaupun begitu, saya kemudiannya merasa terpanggil untuk
memperincikan jawapan yang diberikan tersebut di dalam
ruangan al-Bayan. Hal ini supaya ia dapat menambah kefahaman
kita agar menjadi lebih jelas dan dalam masa yang sama dapat
memahami realiti dan waqi’ semasa ketika ini di Malaysia.

Seperti yang saya nyatakan: Allah SWT telah mensyariatkan
ibadah korban kepada golongan yang berkemampuan untuk
melaksanakannya. Firman Allah SWT:

‫َف َص ِّل لَِرّبِ َك َوانْ َح ْر‬

Maksudnya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu
semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur).

Surah al-Kauthar (2)

Antara tafsiran ayat ini adalah: “Lakukanlah korban pada hari
raya Aidil Adha (yaum al- nahr)”. Tafsiran ini diriwayatkan daripada
‘Ali bin Abu Talhah daripada Ibn ‘Abbas. Ia juga merupakan
pendapat ‘Atho’, Mujahid dan jumhur (majoriti) ulama'. (Lihat Zad
al-Masir, 9/249)

AL-BAYAN - SIRI 2 17

Al-Maraghi berkata: "Sembelihlah haiwan korbanmu serta apa
yang menjadi ibadatmu semata-mata kerana Allah. Ini disebabkan
Dia yang memelihara kamu, menyempurnakan nikmat-Nya kepada
kamu, bukan selain-Nya." (Lihat Tafsir al-Maraghi, 15/7722)

Manakala dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Anas
Ibn Malik R.A, katanya:

‫َكا َن الَنّبِ ُّي َصَّلى الَّلُه َعَلْيِه َوَسَّل َم يُ َض ِّحي بِ َكْب َشْي ِن َوأَنَا‬
‫أُ َض ِّحي بِ َكْب َشْي ِن‬

Maksudnya: "Sesungguhnya Nabi SAW melaksanakan
korban dengan dua ekor kibas dan aku sendiri (Anas RA) juga
melaksanakan korban dengan dua ekor kibas.”

Riwayat al-Bukhari (5233)

Udhiyah menurut istilah syarak adalah sesuatu yang disembelih
dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah SWT pada hari nahr
(Aidil Adha) dengan syarat- syarat yang khusus. (Lihat al-Mausu’ah
al-Fiqhiyyah, 5/74)

Hukum melaksanakan ibadah korban bagi mazhab Syafi’i
ialah sunat muakkad. Ini kerana ia merupakan syiar Islam yang
wajib ke atas orang muslim yang berkemampuan demi menjaga
syiar tersebut. (Lihat al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafi'i, 2/478)

18 AL-BAYAN - SIRI 2

Takrif Lembu Wagyu
Istilah Wagyu berasal daripada dua perkataan iaitu “Wa”
bermakna Jepun dan “gyu” bermakna “daging lembu.” Justeru
secara ringkasnya daging Wagyu bermaksud daging lembu Jepun.
Di Jepun, terdapat empat jenis baka lembu yang menghasilkan
daging wagyu iaitu Japanese Black, Japanese Brown, Japanese
Shorthorn dan Japanese Polled. Salah satu jenis wagyu yang
paling mahal adalah daging Kobe. Ia merujuk kepada daging lembu
Jepun yang datang dari wilayah Hyogo yang mana ibu negerinya
adalah Kobe. Daging jenis ini berasal daripada baka lembu Japanese
Black, dilahirkan dan dibesarkan di wilayah Hyogo, Jepun.

Untuk layak mendapat label Wagyu, lembu-lembu tersebut
perlu dibesarkan dan diberikan makanan berdasarkan garis-garis
panduan terperinci. Mana-mana lembu yang sudah bersedia untuk
diproses akan dipastikan mempunyai berat keseluruhan 780 hingga
800 kg dengan berat rangkanya selepas dilapah, kurang daripada
470kg. Setelah dilapah, daging yang ada akan digredkan mengikut
tahap kualiti kandungan lemak itu. Ada empat kategori diambil
kira iaitu tahap lemak, warna, kepejalan dan kualiti lemak dalam
daging itu. Semua daging akan diberikan gred A, B dan C, dengan

markah 1 ke 5 akan menentukan tahap
kualiti daging itu mengikut gred.
Selain itu, semua daging turut
dinilai dengan tahap yang
digelar 'Beef Marbling

• Daging wagyu yang berkualiti.

AL-BAYAN - SIRI 2 19

Score' (BMS), yang akan menentukan tahap kecairan daging itu
ketika dimakan, dengan skor 1 hingga 12. Kebanyakan daging Wagyu
mempunyai pencapaian sekitar A4 - A5.1

Kami difahamkan, harga satu bahagian korban dengan lembu
wagyu ini boleh mencecah sehingga RM30,000. Lembu wagyu
tersebut adalah daging bergred A5 dan berat hidup sekitar 800kg.
Manakala setiap peserta akan menerima 50 kg daging apabila selesai
proses sembelihan.2 Justeru, setiap peserta akan membayar harga
sebanyak RM600 bagi 1 kilogram daging wagyu.

Ibadah Korban dengan Lembu Wagyu
Pada asasnya, ibadah korban dengan lembu wagyu adalah tidak
menjadi masalah. Ini dalam keadaan sekiranya individu itu benar-
benar berkemampuan. Seseorang itu dibolehkan untuk melakukan
ibadah korban dengan unta, lembu wagyu dan sebagainya, tetapi
ia dengan syarat mestilah berkemampuan, dan tidak sampai pada
tahap berhutang.

1. Lihat Daging Wagyu - Warisan Jepun yang sangat mahal harganya oleh Namri Sidek.
Lihat juga A bluffer’s guide to Wagyu beef: Why is it so expensive? And how do you choose
good meat? oleh May Chong. Diterbitkan pada 28 Oktober 2017. [metro.co.uk/2017/10/28/
a-bluffers-guide-to-wagyu-beef-why-is-it-so-expensive-and-how-do-you-choose-good-
meat-7027611/]
2. Lihat Korban Lembu Wagyu RM29,999 Satu Bahagian oleh Farhana Joni di portal Astro
Awani. Diterbitkan pada Jun 29, 2020. [http://www.astroawani.com/berita-malaysia/korban-
lembu-wagyu- rm29-999-satu-bahagian-249107]
20 AL-BAYAN - SIRI 2

Sesungguhnya, Islam amat menggalakkan penggunaan haiwan
yang terbaik dan sihat dalam melakukan ibadah korban.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik
R.A, beliau berkata:

‫َض َّحى ال َّن ِب ُّي صلى الله عليه وسلم ِب َك ْب َش ْ ِي َأ ْم َل َح ْ ِي‬
‫ َو َس َّمى َو َك َّب َر َو َو َض َع ِر ْج َل ُه‬،‫ َذ َب َح ُه َما ِب َي ِد ِه‬،‫َأ ْق َر َن ْ ِي‬

‫َع َلى ِص َفا ِح ِه َما‬

Maksudnya: "Nabi SAW menyembelih dua ekor kibas yang
berwarna putih dan terbaik, yang bertanduk besar sebagai
korban dengan tangannya sendiri sambil menyebut nama Allah
dan bertakbir, serta Baginda meletakkan kakinya di tengkuk kibas
tersebut.”

Riwayat al-Bukhari (5565) dan Muslim (1966)

Dalam menjelaskan m) baeksrmuda k”‫ن‬sِu‫َحْي‬d‫ْمَل‬yَ‫“أ‬an, gAlb-HerawfizarIbnna Hajar menyebut:
Perkataan amlah ( ‫أَْمَلح‬ hitam dan putih,
tetapi warna putihnya lebih banyak, dan kadang-kala disebut aghbar.
Demikian menurut al-Asma’i. Al-Khattabi pula menambah: “Ia adalah
yang berwarna putih dan terdapat warna hitam di sela-sela bulunya.”
Ada pula yang berpendapat bahawa ia adalah yang berwarna putih
bersih, sepertimana pendapat Ibn al-A’rabi. Pendapat ini dijadikan
dalil ulama mazhab Syafi'i yang mengutamakan haiwan putih untuk
dijadikan korban. Menurut sebahagian ulama’ lain, ia adalah yang
banyak warna merahnya.

AL-BAYAN - SIRI 2 21

Al-Hafiz Ibn Hajar kemudian menjelaskan: Berlaku perbezaan
berkenaan sebab pemilihan sifat amlah ( ‫ ) أَْمَلح‬untuk haiwan korban.
Dikatakan ia kerana bagus penampilannya atau kerana banyak
lemak dan dagingnya. Hal ini dijadikan dalil oleh mereka yang
mengutamakan kuantiti (daging) dalam berkorban. Atas dasar itu,
para ulama mazhab Syafi’i berkata: “Sesungguhnya melakukan
korban dengan tujuh ekor kambing lebih utama daripada
seekor unta, kerana darah yang ditumpahkan lebih banyak, dan
pahalanya bertambah sesuai dengan jumlahnya. Barangsiapa
yang ingin melakukan korban lebih daripada seekor, hendaklah dia
menyegerakannya.” (Lihat Fath al-Bari, 27/225)

Al-Mawardi berkata, apabila bagusnya fizikal dan baiknya daging
telah berkumpul, maka ia lebih utama. Jika tidak, maka yang
lebih diutamakan adalah yang bagus dagingnya daripada sekadar
penampilan luarannya. (Lihat Fath al-Bari, 27/225)

Di dalam kitab al-Fatawa al-Kubra, turut dijelaskan berkenaan
kelebihan pemilihan haiwan korban yang terbaik. Disebut:

‫َوال َأ ْج ُر ِفي ال ُأ ْض ِح َّي ِة َع َلى َق ْد ِر ال ِق ْي َم ِة ُم ْط َل ًقا‬

Maksudnya: "Pahala korban (udhiyah) dilihat dari sudut
semakin berharganya haiwan yang dikorbankan.” (Lihat Fatawa
al-Kubra, 5/384).

Justeru, dapat difahami di sini bahawa semakin berharga haiwan
korban yang dipilih, semakin besar pahala yang diperolehi.

22 AL-BAYAN - SIRI 1

Apabila bagusnya fizikal dan baiknya daging
telah berkumpul, maka ia lebih utama. Jika tidak,
maka yang lebih diutamakan adalah yang bagus
dagingnya daripada sekadar penampilan luarannya.

Berdasarkan pendapat al-Mawardi dan juga
pengarang al-Fatawa menunjukkan bahawa
tiga keutamaan menjadikan sesuatu
binatang korban itu lebih afdhal iaitu:
Semakin berharga (mahal), semakin
baik fizikalnya dan juga dagingnya.
Justeru, korban dengan lembu Wagyu
adalah lebih baik. Walaupun begitu,
syarat kemampuan dan niat yang
ikhlas untuk sedekah dan melaksanakan
perintah Tuhan menjadikan ia adalah
sebaik-sebaiknya dalam melaksanakan
ibadat Korban.

Rasulullah SAW sendiri memilih haiwan korban yang terbaik
semampu Baginda. Baginda memilih haiwan yang terbaik dalam
rangka pengagungan kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:

AL-BAYAN - SIRI 2 23

‫َٰذلِ َك َوَمن يُـَع ِّظ ْم َشَعائَِر الَّلـِه َفإَِنّـَها ِمن تَـْق َوى الُْقُلو ِب‬

Maksudnya: Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang
menghormati Syiar-syiar agama Allah maka (dia lah orang
yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan
daripada sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.

Surah al-Hajj (32)

Ibn ‘Abbas R.Anhuma dalam menjelaskan ayat ini menyebut:

‫ اِ ْستِ ْس َمانَها َوا ْستِ ْح َسانَها‬: ‫تَـْع ِظيمَها‬

Maksudnya: “Mengagungkan syiar Allah (haiwan korban)
adalah menggemukkannya dan membaguskannya.” (Lihat Tafsir
al-Quran al-‘Azim, 10/53)

Ayat ini dengan tafsiran Ibn 'Abbas di atas, jelas menggalakkan
umat Islam untuk memilih lembu atau binatang korban yang gemuk
dan yang paling baik.
Abu Umamah bin Sahl R.A pula berkata:

‫ُكَنّا نُ َس ِّم ُن اُْل ْض ِحَيَّة بِالْ َم ِدينَِة َوَكا َن الْ ُم ْسِل ُموَن يُ َس ِّمنُوَن‬

Maksudnya: “Kami biasanya menggemukkan haiwan korban
di Madinah. Kaum muslimin biasanya menggemukkan haiwan
korban.” (Lihat Fath al-Bari, 10/12)

24 AL-BAYAN - SIRI 2

Inilah yang dilakukan oleh generasi Sahabat ketika mahu
melaksanakan ibadat korban. Hal seperti ini banyak dilakukan oleh
penternak lembu sebelum menjelangnya ibadat korban di kampung-
kampung.

Konsep Korban Mengikut Keutamaan
Namun dalam situasi semasa yang melanda iaitu dalam keadaan
pandemik wabak Covid-19 yang merebak, maka ia perlulah diteliti
dengan sebaiknya. Jika dilihat, dengan nilai RM30,000 itu, sekiranya
dihitung menggunakan jumlah nilai semasa lembu iaitu lebih
kurang RM5000 bagi seekor lembu, maka kita dapat memperolehi
sekitar 6 ekor lembu. Daripada jumlah 6 ekor lembu ini, sudah tentu
ia dapat memberikan manfaat yang lebih besar dan ramai orang
miskin akan dapat merasainya.

Justeru, kami katakan, tidak salah untuk melakukan ibadah
korban dengan lembu Wagyu tersebut. Tetapi dari sudut perolehan
manfaat yang lebih ramai dan besar, maka sudah tentu melakukan
ibadah korban dengan lembu biasa tersebut adalah lebih utama
dalam situasi seperti ini.

Mengikut pengamatan kami, terlalu ramai individu yang
memerlukan bantuan terutamanya untuk merasai daging yang
nilainya sekarang ini melebihi RM30 sekilo. Justeru, sekali lagi kami
tegaskan bahawa lebih aula (utama) dari sudut Fiqh Aulawiyyatnya3

3. Dr. Yusuf al-Qaradawi mendefinisikan Fiqh al-Awlawiyyat sebagai: “Menetapkan sesuatu
pada martabatnya, tidak mengkemudiankan apa yang perlu didahulukan atau mendahulukan
apa yang berhak dikemudiankan, tidak mengecilkan perkara yang besar atau membesarkan
perkara yang kecil.” (Lihat Fi Fiqh al-Awlawiyyat, hlm. 9)

AL-BAYAN - SIRI 2 25

untuk memberi makan seramai mungkin kepada golongan asnaf dan
yang memerlukan. Dengan cara ini, jelas kita akan dapat membantu
golongan masyarakat dalam bilangan yang lebih ramai. Faedah
merasa daging lembu dan korban juga dapat dikongsi bersama
dengan lebih meluas.

Semoga pencerahan ini menjadikan kita sentiasa peka dalam
isu agama terutamanya dalam melaksanakan ibadat kepada Allah
seperti berkorban. Kami akhiri dengan pesanan daripada Allah
kepada Nabi-Nya SAW:

Antara dalilnya adalah, firman Allah SWT:

‫أَ َجَعْلتُ ْم ِسَقايََة الْ َحا ِّج َوِع َماَرَة الْ َم ْس ِج ِد الْ َحَراِم َك َم ْن آَم َن بِالَّلـِه َوالَْيـ ْوِم اْل ِخِر َوَجاَه َد ِفي َسبِي ِل‬
‫﴾ اَلِّذي َن آَمنُوا َوَها َجُروا‬١٩﴿ ‫الَّلـِه ۚ َل يَ ْسَتـ ُووَن ِعن َد الَّلـِه ۗ َوالَّلـُه َل يَـ ْه ِدي الَْق ْوَم ال َّظالِِمي َن‬
‫َوَجاَه ُدوا ِفي َسبِي ِل الَّلـِه بِأَْم َوالِِه ْم َوأَنُف ِسِه ْم أَ ْع َظ ُم َدَرَجًة ِعن َد الَّلـِه ۚ َوأُولَـٰئِ َك ُه ُم الَْفائُِزوَن‬

Maksudnya: Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-
orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam
itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada
jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak
memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. (19) (Sesungguhnya) orang-
orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda
dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-
orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan
masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.

Surah al-Taubah (19-20)

Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, sabda Rasulullah SAW:

‫الِإي َما ُن بِ ْض ٌع َوَسْبـُعوَن أَْو بِ ْض ٌع َوِسُتّوَن ُشْعبًَة َفأَْف َضُلَها َقـ ْوُل لَا إِلََه إِلَاّ الَّلُه َوأَْدنَاَها إَِما َطُة‬
‫الَأَذى َع ِن ال َّطِري ِق َوالْ َحيَاُء ُشْعبٌَة ِم َن الِإي َما ِن‬

Maksudnya: Iman itu mempunyai 70 lebih atau 60 lebih cabang iman. Yang paling
afdhalnya ialah ucapan “ ‫ ”لَا إِلََه إِلَاّ الَّله‬dan paling rendahnya membuang apa yang
menyakitkan daripada jalan. Dan malu itu sebahagian daripada iman.

Riwayat Muslim (162)

26 AL-BAYAN - SIRI 1

‫ُق ْل إِ َّن َصَلتِي َونُ ُس ِكي َوَم ْحيَا َي َوَم َماتِي لَِّلـِه َر ِّب الَْعالَِمي َن‬

Maksudnya: Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku,
hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara
dan mentadbirkan sekalian alam.

Surah al-An’am (162)

Permasalahan 2:
Hukum Korban Luar Negara

Pada asalnya, ibadat korban dilakukan di tempat masing-masing dan
di kampung masing-masing. Ini sudah menjadi tradisi sejak turun
temurun yang diwarisi oleh masyarakat Islam Malaysia.

Tatkala kita mendengar negara yang memerlukan bantuan dan
dilanda kemiskinan jauh lebih teruk daripada kita, maka datangnya
perasaan untuk memberi bantuan dan melakukan korban ke tempat

AL-BAYAN - SIRI 2 27

umat Islam yang memerlukan di negara-negara yang dilanda
peperangan atau ekonominya tidak baik. Dalam hal ini, kami akan
kemukakan di sini beberapa pandangan.

Secara asasnya, sembelihan haiwan korban itu sunat dilakukan
oleh orang yang berkorban dengan tangan sendiri. Perkara ini
disepakati paling afdhal kerana ia adalah suatu ibadah selain ia juga
Sunnah Nabi SAW di mana Baginda selalu menyembelih sendiri
haiwan korbannya. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A, katanya:

،‫َض َّحى الَنّبِ ُّي صلى الله عليه وسلم بِ َكْب َشْي ِن أَْمَل َحْي ِن أَْقـَرنَـْي ِن‬
‫ َوَس َّمى َوَكَّبـَر َوَو َض َع ِرْجَلُه َعَلى ِصَفا ِحِه َما‬،‫َذبَ َحُه َما بِيَ ِدِه‬

Maksudnya: "Nabi SAW menyembelih dua ekor kibas yang
berwarna putih dan terbaik, yang bertanduk besar sebagai
korban dengan tangannya sendiri sambil menyebut nama Allah
dan bertakbir, serta Baginda meletakkan kakinya di tengkuk kibas
tersebut.”

Riwayat al-Bukhari (5565) dan Muslim (1966)

Namun, jika tidak dapat berbuat demikian kerana uzur dan
sebagainya, maka sunat bagi orang yang berkorban untuk pergi
menghadiri majlis penyembelihan bagi menyaksikan upacara

Justeru tidak pelik para sahabat sentiasa bersungguh-sungguh bertanyakan kepada Rasulullah
SAW untuk mengetahui amalan yang paling baik agar mereka dapat mendekatkan diri kepada
Allah. Perkara ini dapat kita lihat dalam banyak hadith berkenaan dengan seafdhal, sebaik-baik,
semulia-mulia dan ibarat yang seumpamanya.

28 AL-BAYAN - SIRI 1

tersebut. Hal ini berdasarkan hadith di mana Rasulullah SAW
menyuruh Fatimah untuk menyaksikan sembelihan haiwan
korbannya. Sabda Nabi SAW kepada kepada Fatimah:

‫ َفإَِنُّه يُـْغَفُر لَ ِك بِ ُك ِّل‬،‫يَا َفا ِط َمُة ُقـ ْوِمي َفا ْشَهد ِي أُ ْض ِحَيّتَ ِك‬
‫َق ْطَرٍة ِم ْن َدِمَها ُك ُّل َذنْ ٍب َع ِمْلتِيِه‬

Maksudnya: "Wahai Fatimah, bangunlah dan lihatlah korbanmu.
Sesungguhnya ia mengampunkanmu kerana setiap titis daripada
darahnya mewakili setiap dosa yang kamu lakukan.”

Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat
(3/247); al-Mu’jam al-Kabir (18/200) dan al-Baihaqi
dalam al-Sunan al-Kubra (5/239). Ibn al-Mulaqqin
menghukumkan hadith ini sebagai dhaif.

Dari situ, pelaksanaan ibadah korban yang dilakukan lebih dapat
dirasai dan dijiwai secara langsung dalam rangka mendekatkan
diri kepada Allah sehingga lebih berbekas kesan ibadah tersebut.
Tambahan pula, ia adalah daripada syiar Islam yang besar.

Selain itu, terdapat juga ayat al-Quran yang jelas menyatakan
bahawa anjuran bagi orang yang melakukan korban untuk makan
sebahagian daripada daging korbannya. Sekiranya korban tersebut
dilakukan di luar negara atau daerah, maka akan terluputlah
sunnah memakan daging korban itu. Allah SWT berfirman:

AL-BAYAN - SIRI 2 29

‫َف ُكُلوا ِمْنـَها َوأَ ْطِع ُموا الْبَائِ َس الَْفِقيَر‬

Maksudnya: "Maka makanlah kamu daripada (daging) binatang-
binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah,
yang fakir miskin.”

Surah al-Hajj (29)

Justeru, secara umumnya, ibadah korban adalah lebih baik untuk
dilakukan di tempat kita berada dan mencari kehidupan.

Dalam isu berkorban di luar negara ini, terdapat perbezaan
pandangan ulama’ berkenaan dengannya. Perbezaan-perbezaan
pendapat ini diringkaskan oleh Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili di dalam
kitabnya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (4/282) seperti berikut:

30 AL-BAYAN - SIRI 1

• Mazhab Hanafi: Makruh hukumnya mengagihkan
haiwan sembelihan ke luar negara, kecuali jika se-
seorang mengirim kepada kerabatnya, atau kepada
sekelompok komuniti yang sangat memerlukan ber-
banding orang yang tinggal di negara itu.

• Mazhab Maliki: Tidak boleh mengirimkannya ke
daerah yang melebihi batas diperbolehkan mengqasar
solat. Ini melainkan sekiranya penduduk daerah
tersebut sangat memerlukan daripada penduduk
daerah atau negara yang melakukan korban, maka
wajib mengirimkan haiwan korban ke daerah atau
negara yang memerlukan tersebut lebih banyak, dan
menyisakan sedikit bagi penduduk negara atau daerah
yang memerlukan korban.

• Mazhab Hanbali dan Mazhab al-Syafi’i: Mereka
berpendapat yang sama dengan pendapat al-
Malikiyyah iaitu dibolehkan mengirimkannya ke
negara atau daerah yang jaraknya kurang daripada
jarak diharuskan mengqasar solat, dari negara yang
terdapat harta atau haiwan korban. Namun terdapat
ulama’ yang mengharamkan perbuatan mengirimkan
binatang sembelihan sebagaimana zakat ke negara
yang jaraknya sepadan dengan jarak diperbolehkannya
mengqasar solat atau melampaui batas tersebut..”
(Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 4/282)

AL-BAYAN - SIRI 2 31

Di dalam kitab al-Majmu’, Imam al-Nawawi turut menyebut
dua pendapat berkenaan isu ini. Beliau berkata, sebaiknya korban
tersebut dilaksanakan di tempat sendiri4. Imam al-Mawardi
pula dalam kitabnya menyatakan bahawa tiada halangan untuk
dipindahkan haiwan korban ini.5

Imam al-Ramli pula selepas mengambilkira qiyas kepada haramnya
memindahkan zakat lebih daripada jarak musafir, maka beliau
mengemukakan pendapat dengan tidak mengharuskannya. Imam
al-Khatib al-Syarbini turut menyatakan ketidakharusan ini di dalam
kitabnya Mughni al-Muhtaj. Katanya: “Tidak boleh memindahkan
korban daripada negerinya sepertimana memindahkan zakat ...
kerana harapan orang-orang miskin terpaut dengan daging korban
ini.”

Meneliti beberapa pandangan daripada badan Fatwa dan
ulama’ kontemporari, terdapat pendapat yang menyebut berkenaan
keharusan memindahkan ke negara yang mana wujudnya ramai
pihak yang lebih memerlukan. Antaranya Syeikh Muhammad bin
Muhammad bin al-Mukhtar al-Syanqiti yang berpendapat bahawa
ibadah korban di luar Negara adalah sah dan pelakunya akan
mendapat pahala melakukan ibadah korban. Akan tetapi, melakukan
ibadah ini di kawasan tempat tinggalnya adalah lebih afdhal.
Namun, sekiranya ibadah korban ini dilakukan di kawasan
kediamannya dan dilakukan juga di luar negara yang berdepan
dengan kesukaran, maka itu adalah lebih baik.6

4. Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 8/425.
5. Lihat al-Hawi al-Kabir, 15/75.
6. Lihat Ikhraj al-Udhiyah Kharij al-Bilad li Syiddah al-Hajah. Diterbitkan pada 2 Disember
2006. [http://ar.islamway.com/fatwa/5759].

32 AL-BAYAN - SIRI 2

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-66 yang bersidang pada
25 Nov 2004 turut memutuskan bahawa
hukumnya harus untuk mengagihkan
daging korban ke tempat atau negara
lain. (Lihat Kompilasi Muzakarah MKI
2016, hlm. 44)7

Justeru, berdasarkan nas dan beberapa kenyataan
di atas, dapat difahami bahawa hukum melaksanakan ibadah
korban ke luar negara secara wakil adalah harus dan sah. Namun,
melakukan di tempat sendiri adalah yang terbaik dan tiada khilaf.

7. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-66 yang bersidang pada 25 November 2004 telah membincangkan Hukum Wakalah Dan
Beberapa Perkara Berbangkit Dalam Ibadat Korban. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Hukum asal wakalah adalah harus.
2. Harus bagi wakil mewakilkan kepada orang lain dengan keizinan muwakkil.
3. Harus bagi wakil mewakilkan kepada orang lain sekiranya tidak mampu atau tidak layak

melakukan sendiri perkara yang diwakilkan tersebut.
4. Harus mengagihkan daging korban ke tempat atau negara lain.

AL-BAYAN - SIRI 2 33

Kesimpulan
Kami berpendapat, di tempat
yang amat memerlukan seperti
Palestin dan kem-kem pelarian
seperti sempadan Turki8 dan
Jordan9 , maka korban di negara
tersebut adalah digalakkan bagi
meringankan krisis makanan
dan kebuluran yang sentiasa
mencabar kehidupan harian
mereka.

Adapun negara yang sekadar miskin dan tidaklah sesusah mana,
maka korban di tempat sendiri adalah lebih afdhal kerana suasana
yang melanda Malaysia sekarang ini memerlukan sejumlah bantuan
daging kepada penduduk-penduduk khususnya di kampung mahu-
pun di bandar untuk sama-sama merasa dan mengecap daging
korban bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha.

8. Dicatatkan terdapat seramai 4 juta pelarian yang berada di kem pelarian Turki, menjadikannya
sebagai kem pelarian terbesar di dunia. Daripada jumlah itu, sebanyak 3.6 juta orang merupakan
pelarian dari negara Syria manakala baki 400,000 yang lain adalah jumlah pelarian dari negara-
negara lain. [Lihat UNHCR Turkey - Fact Sheet October 2019. Diterbitkan pada 31 Oktober
2019. Pautan: reliefweb.int/report/turkey/unhcr-turkey-fact-sheet-october-2019]
9. Sehingga tahun 2019, jumlah pelarian yang didaftarkan di Jordan telah mencecah seramai
744,795 orang. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 655,000 adalah dari Syria, 67,000 dari Iraq,
15,000 dari Yaman, 6000 dari Sudan, 2500 adalah dari 52 negara lain. (Lihat UNHCR continues
to support refugees in Jordan throughout 2019. Diterbitkan 31 Disember 2019. Pautan: www.
unhcr.org/jo/12449-unhcr-continues-to-support-refugees-in-jordan-throughout-2019.html]

34 AL-BAYAN - SIRI 2

Permasalahan 3:
Hukum Korban dengan Wang Baitul Mal

Antara isu lain yang turut ditanyakan kepada kami adalah, apakah
dibolehkan bagi Majlis Agama Islam ataupun pihak Baitulmal
memberikan sumbangan berbentuk haiwan korban kepada
penduduk sesebuah kawasan untuk dikorbankan?

Pada asasnya, ibadah korban boleh dilakukan dengan diniatkan
untuk seseorang dan menyertakan mereka di dalam niat bagi
memperolehi ganjaran pahala. Ini berdasarkan sebuah hadith yang
menyatakan bahawa ketika Nabi SAW menyembelih haiwan korban,
baginda mengucapkan:

‫بِ ْس ِم اَلَّلِه اَلَّلُه َّم تَـَقَبّ ْل ِم ْن ُم َح َّم ٍد َوآ ِل ُم َح َّم ٍد َوِم ْن أُّمِة ُم َح َّم ٍد‬

Maksudnya: "Dengan nama Allah. Ya Allah, terimalah korban
ini daripada Muhammad, keluarga Muhammad, dan umat
Muhammad.”

Riwayat Muslim (1967)

Dalam menjelaskan hadith ini, Imam al-Nawawi berkata: "Hadith
ini merupakan dalil bagi mereka yang membolehkan korban
diniatkan untuk seseorang dan keluarganya, serta keikutsertaan
mereka dalam mendapatkan pahala. Inilah mazhab kami dan
mazhab Jumhur ulama'. Sedangkan al-Thauri memakruhkannya.
Demikian juga Abu Hanifah dan ashabnya." (Lihat al-Minhaj fi Syarh
Sahih Muslim, 9/125)

AL-BAYAN - SIRI 2 35

Disunatkan untuk
pemerintah melakukan
ibadah korban daripada
harta baitulmal ke atas

orang Islam.

Dalam isu ini, adalah sunat bagi pemerintah melakukan korban
untuk umat Islam. Hal ini sepertimana dijelaskan oleh al-Khatib
al-Syarbini yang menyebut: “Disunatkan untuk pemerintah
melakukan ibadah korban dari harta baitulmal ke atas orang Islam
dengan seekor lembu di musolla (tanah lapang) dan hendaklah
dia (pemerintah) sendiri yang menyembelihnya. Sekiranya sukar
untuk mendapatkan seekor lembu, maka memadai dengan seekor
kambing bagi tujuan ittiba’ (mengikut sunnah).” (Lihat Mughni al-
Muhtaj, 6/125)

Hal ini juga sepertimana ditegaskan oleh pengarang kitab al-
Fiqh al-Manhaji yang menyatakan: Disunatkan untuk hakim atau
pemerintah kaum muslimin melakukan ibadah korban ke atas
mereka dengan menggunakan harta baitulmal. (Lihat al-Fiqh al-
Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafie, 1/236)

36 AL-BAYAN - SIRI 2

Meneliti pendapat badan fatwa semasa, Dar al-Ifta’ Jordan
menerusi Samahah al-Mufti Dr. Naddhal Sultan pernah
mengemukakan fatwa yang menyebut: “Tidak boleh untuk
seseorang lelaki melakukan korban untuk orang lain tanpa
keizinannya melainkan jika dia melakukan korban untuk ahli
keluarganya, atau seorang wali melakukan korban untuk orang
yang berada di bawah wilayahnya, atau pemerintah
menggunakan baitulmal melakukan ibadah korban untuk kaum
muslimin.” (Lihat Min Ahkam al-Udhiyah, diterbitkan pada
20/9/2015 di laman web http://aliftaa.jo/)10

10. http://aliftaa.jo/ArticlePrint.aspx?ArticleId=307

AL-BAYAN - SIRI 2 37

Berdasarkan kepada beberapa
pandangan di atas, kami ber-
pendapat bahawa dibolehkan untuk
pemerintah melalui baitulmal
memperuntukkan haiwan korban
untuk kaum muslimin. Kami juga
menyatakan bahawa isu ini wajar
diberikan perhatian dan tumpuan
kepada kawasan di mana golongan
fakir dan miskin yang ramai dan tidak
ada golongan yang berkemampuan
untuk melaksanakan ibadah korban
di tempat tersebut. Justeru, tindakan
pemerintah melalui baitulmal mengeluarkan bantuan haiwan
korban ada manfaat serta kebaikannya dalam menzahirkan syiar
Islam.
Sebagai contoh kawasan yang sesuai adalah seperti di
perkampungan orang-orang asli yang beragama Islam dan tidak
mampu untuk membeli lembu ataupun haiwan korban yang lain.
Tetapi jika di tempat-tempat yang biasa dan terdapat daripada
kalangan penduduknya yang mampu untuk melakukan ibadah
korban maka hendaklah mereka lakukannya dengan tujuan untuk
mengagungkan syiar Islam.
Rasulullah SAW telah memberikan peringatan tegas kepada
sesiapa yang mampu tetapi tidak mahu melakukan ibadah korban
dengan sabda baginda:

38 AL-BAYAN - SIRI 2

‫َم ْن َكا َن لَُه َسَعٌة َولَ ْم يُ َض ِّح َفلَا يَـْقَربَ َّن ُم َصلَّانَا‬

Maksudnya: Sesiapa yang memiliki kelapangan (kemampuan) dan
tidak melakukan ibadah korban maka janganlah dia menghampiri
tempat solat kami.

Riwayat Ibn Majah (3123)

Kami juga mencadangkan kepada orang yang menjadi wakil
kepada pihak pemerintah dalam bahagian korban itu untuk berniat
korban seperti berikut: “Inilah korban aku dan kaum Muslimin
kerana Allah SWT.”

Ini berdasarkan kepada sabdaan Rasulullah SAW ketika hendak
menyembelih korban:

‫ َوِم ْن أَُّمِة ُم َحَّمد‬،‫ َوآ ِل ُم َحَّم ٍد‬،‫ اللُه َّم تَـَقَبّ ْل ِم ْن ُم َحَّم ٍد‬،ِ‫بِا ْس ِم الله‬

Maksudnya: “Dengan nama Allah, Ya Allah terimalah korban
dari Muhammad, keluarga Muhammad dan umat Muhammad.”

Riwayat Muslim (1967)

Semoga pencerahan ini akan menatijahkan kefahaman yang
baik kepada kita semua dalam melaksanakan ibadah korban dan
menjadikan kita golongan yang meninggikan syiar Islam kerana
ianya melambangkan taqwa yang berada di dalam dada. Firman
Allah SWT:

AL-BAYAN - SIRI 2 39

‫َوَمن يُـَع ِّظ ْم َشَعائَِر الَّلِه َفإَِنّـَها ِمن تَـْق َوى الُْقُلو ِب‬

Maksudnya: "Dan sesiapa yang membesarkan syiar-syiar Allah
maka sesungguhnya ia daripada tanda taqwanya hati.”

Surah Al-Hajj (32)

Permasalahan 4 :
Hukum Memberi Daging Korban kepada
Orang Bukan Islam

Kami turut ditanya berkenaan hukum memberi makan daging
korban kepada orang bukan Islam (non-Muslim).

Dalam menjawab isu seperti ini, kami nyatakan terlebih dahulu di
sini pendapat-pendapat ulama’, antaranya:

• Mazhab Hanafi mengharuskan untuk memberi makan
kepada orang kafir daripada bahagian korban. Ini juga
merupakan pendapat al-Hasan dan Abu Thaur. Namun
Imam Malik berpendapat: “Memberi makan kepada
selain mereka adalah lebih kami sukai.”

• Imam Malik dan al-Laith berpendapat, makruh mem-
berikan kulit daripada haiwan korban mahupun sedikit
daripada dagingnya kepada Nasrani.

• Ibn al-Munzir berpendapat, sekiranya daging tersebut
dimasak, maka tidak mengapa kafir zimmi memakannya
bersama kaum Muslimin.

40 AL-BAYAN - SIRI 2

• Ibn Qudamah dan Imam al-Nawawi berpendapat
hukumnya harus memberi makan kepada orang kafir
zimmi daripada bahagian daging korban yang sunat,
dan bukannya yang wajib. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-
Muhazzab, 8/425 dan al-Mughni, 9/450).

• Imam al-Khatib al-Syirbini pula menyatakan bahawa
tidak diharuskan memberi makan daripada bahagian
korban kepada selain kaum Muslimin sebagaimana yang
dinyatakan oleh al-Buwaiti. (Lihat al-Iqna’, 2/593) Hal
ini juga disebutkan oleh Imam al-Ramli, Imam Ibn Hajar
al- Haitami, Syeikh al-Jamal dan Syeikh al-Bujairami di
dalam kitab mereka. (Lihat Nihayah al-Muhtaj, 8/141;
Tuhfah al-Muhtaj, 9/363; Tuhfah al- Habib, 4/340 dan
Hasyiyah al-Jamal, 5/259)

• Syeikh Muhammad al-Zuhaili menyebut: “Harus memberi
makan kepada orang kafir zimmi yang fakir daripada
bahagian daging korban yang sunat, dan bukannya yang
wajib.” (Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al- Syafi’i, 2/490)

AL-BAYAN - SIRI 2 41

• Dar al-Ifta’ al-Misriyyah ketika ditanya berkenaan hukum
memberi bahagian daripada haiwan korban kepada
orang bukan Islam, mereka menjawab: “Tidak mengapa
memberikan bahagian daging korban kepada orang
bukan Islam kerana kefakiran mereka, atau mereka
daripada kalangan kaum kerabat dan jiran tetangga,
atau untuk tujuan melembutkan hati mereka bagi
menerima Islam.” (Lihat Fatwa no. 3450)1

Dalam konteks Malaysia pula, jawatankuasa fatwa negeri-negeri
juga seperti Majlis Fatwa Negeri Sabah2, Jawatankuasa Syariah
Negeri Perlis3, dan Lembaga Fatwa Negeri Sarawak4 mengharuskan
untuk memberi makan, mengagihkan, menghadiahkan daging korban
yang sunat kepada orang bukan Islam. Manakala Jawatankuasa
Fatwa Negeri Johor5 pula menyatakan bahawa harus untuk menjamu
daging korban sunat yang dimasak kepada orang bukan Islam dengan
mengambil pendapat Imam al-Nawawi dalam hal ini.

Berkenaan isu ini, secara dasarnya kami tetap berpegang dengan
pandangan masyhur mazhab Syafi’e yang tidak mengharuskan
daging korban diagihkan kepada orang bukan Islam, kerana korban
merupakan satu ibadah ketaatan untuk mendekatkan diri kepada
Allah SWT.

1. Lihat https://www.dar-alifta.org/ar/ViewResearch.aspx?sec=fatwa&ID=13021
2. Lihat http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15446
3. Lihat http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/12147
4. Lihat https://muftinegeri.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?mod=news&sub=news_
view&nid=248
5. Lihat http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/16046

42 AL-BAYAN - SIRI 2

Namun demikian, kami turut berpendapat bahawa di dalam
isu ini, ia hendaklah dilihat dari sudut maslahah dan juga siyasah
syar’iyyah supaya ia lebih harmoni dalam masyarakat majmuk
di samping menjadi satu usaha dakwah yang berkesan kepada
masyarakat bukan Islam. Justeru, kami nyatakan:

• Sekiranya di dalam komuniti masyarakat Islam di sesuatu
tempat, terdapatnya jiran-jiran mereka yang bukan Islam
dan mereka itu dikenali dengan sifat baik serta ramahnya
dengan masyarakat setempat, dan dalam masa yang
sama terdapat lebihan daripada hasil korban yang sunat,
maka dibolehkan untuk diberikan kepada mereka. Ini
berdasarkan salah satu pandangan dalam mazhab Syafi’i
serta mazhab-mazhab lain yang mengharuskannya. Ada-
pun korban wajib, maka ia tetap tidak dibenarkan untuk
diagihkan kepada orang bukan Islam.

• Namun jika hasil korban tersebut hanya mencukupi untuk
orang Islam, maka dahulukanlah umat Islam setempat
yang lebih memerlukan.

AL-BAYAN - SIRI 2 43

Secara umumnya, pandangan ini berdasarkan kepada ayat al-
Quran yang menyebut berkenaan berbuat baik kepada orang bukan
Islam. Allah SWT berfirman:

‫َّل يَـْنـَهاُك ُم الَّلـُه َع ِن اَلِّذي َن لَ ْم يُـَقاتُِلوُك ْم ِفي ال ِّدي ِن َولَ ْم‬
‫يُ ْخِرُجوُكم ِّمن ِديَاِرُك ْم أَن تَـَبـُّروُه ْم َوتُـْق ِس ُطوا إِلَْيِه ْم ۚ إِ َّن الَّلـَه‬

‫يُ ِح ُّب الْ ُمْق ِس ِطي َن‬

Maksudnya: "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik
dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu
kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung
halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang
berlaku adil.”

Surah al-Mumtahanah (8)

Dalam menjelaskan ayat ini, Imam al-Qurtubi berkata: “Ayat
ini merupakan keringanan daripada Allah SWT untuk membina
hubungan silaturahim dengan orang-orang yang tidak memusuhi
kaum Mukminin dan tidak pula memerangi mereka. Allah tidak
melarang orang Islam untuk berbuat baik kepada orang- orang
yang tidak memerangi mereka.” (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran,
18/355)

Syeikh Wahbah al-Zuhaili pula berkata: “Allah SWT tidak melarang
kalian untuk bersikap baik kepada orang-orang kafir yang bersikap
damai dengan kalian dan tidak memerangi kalian kerana agama.
Allah SWT juga tidak melarang kalian berbuat baik kepada mereka
seperti menyambung hubungan kekerabatan, berbuat baik kepada

44 AL-BAYAN - SIRI 2

tetangga, menjamu dan menerima kunjungan dengan baik.” (Lihat
al-Tafsir al-Munir, 14/505)

Dalam konteks ini, memberikan daging korban kepada orang
bukan Islam adalah termasuk di dalam perbuatan baik yang
dibenarkan oleh Allah SWT.

Selain itu, terdapat juga hadith yang mengisyaratkan agar berbuat
baik kepada jiran meskipun mereka daripada kalangan orang bukan
Islam. Ia berdasarkan hadith Abdullah bin ‘Amr al-‘As R.Anhuma
yang mana beliau telah menyembelih seekor kambing buat ahli
keluarganya lalu beliau berkata: “Adakah kamu telah menghadiahkan
(daging tersebut) kepada jiran kita Yahudi? Ini kerana sesungguhnya
aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

‫َما َزا َل ِجْبِري ُل يُو ِصينِي بِالْ َجاِر َحَتّى َظَنـْن ُت أََنُّه َسُيـ َوِّرثُه‬

Maksudnya: “Jibril A.S sentiasa berwasiat kepadaku agar
memperhatikan jiran tetangga, sehingga aku menyangka bahawa
jiran tetangga itu akan mendapat bahagian harta waris.”

Riwayat al-Bukhari (6014) dan Muslim (2625)

Imam al-‘Aini menjelaskan: “Perkataan ”‫( “الْ َجار‬jiran tetangga) di
sini mencakupi orang Islam, orang kafir, ahli ibadah, orang fasiq,
orang jujur, orang jahat, orang luar, orang asli pribumi, orang yang
memberi manfaat, orang yang suka mengganggu, kerabat karib,
ajnabi, baik yang dekat rumahnya atau agak jauh. (Lihat Umdah al-
Qari, 22/108)

AL-BAYAN - SIRI 2 45

Di samping itu, terdapat hadith yang diriwayatkan oleh Asma’
binti Abu Bakar R.Anhuma di mana Rasulullah SAW menyuruhnya
untuk menyambung silaturahim dengan ibunya. Sedangkan,
diketahui bahawa ibunya adalah daripada kalangan orang kafir
Quraisy. Sabda Nabi SAW kepadanya:

‫ِصِلي أَُّم ِك‬

Maksudnya: “Sambungkanlah silaturahim dengan ibumu.”

Riwayat al-Bukhari (2620) dan Muslim (1003)

Begitu juga dengan hadith daripada Abu Hurairah R.A bahawa
Nabi SAW bersabda:

‫ِفي ُك ِّل َكبِ ٍد َرْطبٍَة أَ ْجٌر‬

Maksudnya: “(Menolong) setiap yang bernyawa itu akan diberi
pahala.”

Riwayat al-Bukhari (2363)
dan Muslim (2244)

46 AL-BAYAN - SIRI 2

Semoga dengan pencerahan ini dapat menambahkan kefahaman
kita dalam beragama serta menyemarakkan lagi keharmonian hidup
dalam konteks masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara
kita tercinta ini.

Permasalahan 5 :
Hukum Korban dengan Rusa

Pada asasnya, aturan dalam
pelaksanaan ibadah korban
telah pun ditetapkan oleh Syariat
dengan jelas. Bagi pelaksanaan
ibadah korban, telah diletakkan
syarat haiwan-haiwan tertentu
dalam melaksanakan ibadah
ini iaitu unta, lembu (termasuk
kerbau) dan kambing (termasuk
biri-biri dan kibas) serta jenis-
jenisnya. Selain daripada tiga
jenis haiwan tersebut, tidak pernah dinukilkan pula daripada Nabi
SAW dalam melakukan ibadah korban.

Para ulama’ telah bersepakat menyatakan bahawa binatang-
binatang yang boleh dibuat korban ialah binatang-binatang yang
termasuk dalam kategori bahimah al-an’am (haiwan ternakan) yang
diwajibkan zakat iaitu unta, lembu (termasuk kerbau) dan kambing
(termasuk biri-biri dan kibas).

AL-BAYAN - SIRI 2 47

Allah SWT berfirman:

‫َولِ ُك ِّل أَُّمٍة َجَعْلنَا َمن َس ًكا ّلِيَ ْذُكُروا ا ْس َم الَّلـِه َعَل ٰى َما َرَزَقـُهم‬
‫ِّمن بَِهي َمِة اَْلْنـَعاِم‬

Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan
penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah
terhadap bahimatul an’am (binatang ternakan) yang telah
direzekikan Allah kepada mereka.”

Surah al-Hajj (34)

Imam al-Baghawi berkata: Lafaz ”‫( “بَِهي َمة‬haiwan) diikat dengan
lafaz ”‫( “الَّنـَعم‬ternakan) kerana ada daripada haiwan yang bukan
daripada jenis haiwan ternakan seperti kuda, baghal dan keldai. Oleh
itu, tidak boleh menyembelihnya sebagai korban. (Lihat Ma’alim al-
Tanzil, 5/385)

Imam al-Syaukani berkata: Ini mengisyaratkan bahawa haiwan
korban hanya berupa binatang ternakan, tidak yang lain. (Lihat Fath
al-Qadir, 3/535)

Binatang ternakan )‫ (بَِهي َمة اَْلْنـ َعام‬bermaksud unta, lembu dan
kambing (termasuk segala jenis-jenisnya). Ini telah diketahui dan
masyhur dalam kalangan orang-orang Arab. Dan ini juga merupakan
pendapat al-Hasan, Qatadah dan lain-lain. (Lihat Tafsir al-Quran al-
‘Azim, 5/9)

48 AL-BAYAN - SIRI 2

Hal ini telah dinukilkan wujudnya ijma’
(kesepakatan) dalam perkara ini oleh
Imam al-Nawawi, Ibn 'Abd al-Bar, Ibn
Hazm dan selainnya.

Imam al-Nawawi menyebut: Syarat
sah dalam korban ialah haiwan korban
hendaklah berasal daripada haiwan
ternakan iaitu unta, lembu dan kambing.
Termasuk juga pelbagai jenis unta, semua jenis lembu dan semua
jenis kambing iaitu kibas, ma’iz (kambing jantan) dan sejenisnya.
Manakala selain haiwan ternakan seperti rusa dan keldai adalah
tidak sah sebagai haiwan korban, sama ada daripada yang jantan
mahupun yang betina – tanpa ada perselisihan ulama. – Tidak ada
khilaf sama sekali mengenai hal ini menurut kami. Selain itu, hasil
daripada percampuran (perkahwinan) antara rusa dan kambing juga
tidaklah sah sebagai haiwan korban kerana ia tidak termasuk dalam
kategori haiwan ternakan. (Lihat al-Majmu’, 8/365)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-32 yang bersidang pada 10-
11 Jun 1993 juga telah membincangkan Hukum Zakat, Korban dan
Akikah ke atas Ternakan Rusa. Muzakarah antara lain memutuskan
bahawa: Rusa tidak diwajibkan zakat dan tidak boleh dijadikan
binatang korban dan akikah. (Lihat Kompilasi Muzakarah MKI
2016, hlm. 138)

Justeru, jelas di sini bahawa melakukan korban dengan rusa
adalah tidak dibolehkan kerana ia tidak termasuk dalam kategori
haiwan ternakan.

AL-BAYAN - SIRI 2 49

Adab-adab Orang yang
Ingin Berkorban

K ami bahagikan perbincangan ini kepada tiga bahagian, iaitu
sebelum, semasa dan selepas melakukan ibadah korban.

Adab Sebelum Melakukan Ibadah Korban
Apabila masuk 10 Zulhijjah, seseorang yang berazam melakukan
sembelihan korban, sunat baginya untuk tidak menanggalkan
bulunya seperti rambut, janggut, misai dan lain-lain, serta kukunya
sehingga selesai penyembelihan. Oleh itu, dia hendaklah menjaga
kedua-duanya dengan baik. Sabda Rasulullah SAW:

‫إَِذا َرأَْيـتُ ْم ِهلَا َل ِذى الْ ِح َّجِة َوأََرا َد أَ َح ُدُك ْم أَ ْن يُ َض ِّح َى‬
‫َفـْليُ ْم ِس ْك َع ْن َشْعِرِه َوأَ ْظَفاِرِه‬

Maksudnya: “Apabila masuk bulan Zulhijjah, dan ada antara
kamu yang ingin melakukan ibadah korban, maka hendaklah dia
tidak memotong sedikit pun daripada rambut dan kukunya.”

Riwayat Muslim (1977), Abu
Daud (2791), al-Tirmizi (1523),
al-Nasaie (4361), Ibn Majah
(3150) dan Ahmad (26654)

50 AL-BAYAN - SIRI 2


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Minda Sihat Emosi Terjaga
Next Book
TAKLIMAT SOP ringkas