The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Faridah Razali, 2021-09-27 22:24:54

AL-BAYAN 2( KORBAN )

SEMOGA BERMANFAAT

Selain itu, disunatkan kepada orang yang berkorban untuk
menyembelih haiwan korbannya sendiri. Jika tidak dapat berbuat
demikian kerana uzur dan sebagainya, maka hendaklah dia
menyaksikan penyembelihan tersebut. Hal ini berdasarkan hadith
bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Fatimah R.Anha:

‫يَا َفا ِط َمُة ُقـ ْوِمي َفا ْشَهد ِي أُ ْض ِحَيّتَ ِك‬

Maksudnya: “Wahai Fatimah, berdirilah dan saksikanlah
penyembelihan haiwan korbanmu..".

Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat
(3/247); al-Mu’jam al-Kabir (18/200) dan al-Baihaqi
dalam al-Sunan al-Kubra (5/239). Ibn al-Mulaqqin
menghukumkan hadith ini sebagai dhaif.

Adab Semasa Menyembelih Haiwan Korban
Sifat belas kasihan terhadap haiwan merupakan fitrah manusia.
Oleh itu, kita digalakkan mengikut adab-adab dan sunat-
sunat ketika penyembelihan. Ia bertujuan memudahkan dan
mengurangkan kesakitan haiwan sembelihan. Antara adab-adab
dalam penyembelihan haiwan ialah:
PERTAMA Berlaku ihsan terhadap haiwan yang akan disembelih
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Syaddad bin Aus,
Rasulullah SAW bersabda:

AL-BAYAN - SIRI 2 51

‫إَِّن الَّلَه َكتَ َب الِإ ْح َسا َن َعَلى ُك ِّل َش ْىٍء َفإَِذا َقـَتـْلتُ ْم َفأَ ْح ِسنُوا‬
‫الِْقْتـَلَة َوإَِذا َذبَ ْحتُ ْم َفأَ ْح ِسنُوا ال َّذبْ َح َولْيُ ِح َّد أَ َح ُدُك ْم َشْفَرتَُه‬

‫َفـْليُِر ْح َذبِي َحتَُه‬

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan agar berbuat
baik terhadap segala sesuatu. Jika kalian hendak membunuh, maka
bunuhlah dengan cara yang terbaik. Jika kalian hendak menyembelih,
maka sembelihlah dengan cara yang terbaik. Hendaklah kalian
menajamkan pisaunya dan mengistirahatkan sembelihannya.”

Riwayat Muslim (1955)

Mdijaeklasuskda”n‫تَُه‬o‫َح‬l‫ي‬eِ‫َذب‬h‫ْح‬I‫ِر‬mُ‫ـْلي‬a‫“َف‬m(mael-nNgaiwstiarwahi aatdkaalnahs,eamnbtaerliahnaynan:ya) sepertimana

v Menajamkan pisau sehingga haiwan cepat untuk
disembelih.

v Tidak boleh menyembelih haiwan, kemudian ditonton
oleh haiwan yang lain.

v Tidak boleh melewat-lewatkan haiwan yang akan
disembelih di tempat penyembelihan. (Lihat al-Minhaj
fi Syarh Sahih Muslim, 13/98)

Berbuat ihsan juga adalah dengan cara tidak menampakkan pisau
atau menajamkan pisau di hadapan haiwan yang akan disembelih.
Daripada Ibn 'Abbas R.Anhuma, katanya: “Rasulullah SAW melihat

52 AL-BAYAN - SIRI 2

seseorang yang meletakkan kakinya di atas pipi (sisi) kambing
dalam keadaan dia mengasah pisaunya, sedangkan kambing itu
memandang kepadanya. Lantas Nabi SAW bersabda:

‫ َهالَّ َح َد ْد َت َشْفَرتَ َك َقـْب َل أَ ْن‬، ‫أَتُِريْ ُد أَ ْن تُِمْيَتـَها َم ْوتَا ٍت‬
‫تُ ْض ِجَعَها‬

Maksudnya: “Apakah kamu hendak mematikannya dengan beberapa
kali kematian? Hendaklah pisaumu sudah diasah sebelum engkau
membaringkannya.”

Riwayat al-Hakim (4/257), al-Baihaqi (9/280) dan ‘Abd al-
Razzaq (8608). Al-Zahabi di dalam al-Talkhis menyebut
bahawa hadith ini sesuai dengan syarat al-Bukhari.

KEDUA Membaca Basmalah dan Bertakbir
Ketika hendak menyembelih, disyariatkan membaca basmalah
(Bismillah) dan bertakbir (Allahu Akbar). Ini sepertimana disebut
dalam hadith Anas bin Malik, katanya:

‫ َف َذبَ َحُه َما بِيَ ِدِه‬، ‫يُ َس ِّمى َويُ َكِّبـُر‬..

Maksudnya: “...Baginda SAW membaca basmalah dan bertakbir, lalu
Baginda menyembelih kedua-dua haiwan korban itu dengan tangannya.”

Riwayat al-Bukhari (5558)

AL-BAYAN - SIRI 2 53

Adab Selepas Menyembelih Haiwan Korban

Antara adab-adab selepas selesai proses penyembelihan haiwan
korban pula ialah:

Pertama: Tidak boleh menjual suatu apa pun daripada bahagian
haiwan korban sama ada dagingnya, kulit, lemak dan sebagainya.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A,
Nabi SAW bersabda:

‫َم ْن بَاَع ِجْل َد أُ ْض ِحَيّتِِه َفلَا أُ ْض ِحَيَّة لَُه‬

Maksudnya: “Barangsiapa menjual kulit binatang korbannya, maka
tidak ada korban baginya.”

Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (3468)
dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (19708)

Kedua: Tidak boleh memberi bahagian
daripada haiwan korban kepada
penyembelih atau pelapah sebagai
upah.

Terdapat hadith sahih yang
melarang daripada memberi upah
kepada penyembelih daripada
bahagian korban itu. Dalam sebuah
hadith yang diriwayatkan daripada
‘Ali bin Abu Talib R.A, beliau menceritakan:

54 AL-BAYAN - SIRI 2

‫أَ َّن الّنَبِ َّي َصَّلى اللهُ َعَلْيِه َوَسَّل َم أََمَرُه أَ ْن يَـُقوَم عَلى بُ ْدنِِه َوأَ ْن‬
‫يَـْق ِس َم بُ ْدنَُه ُكَّلَها لُ ُحوَمَها َوُجُلوَدَها َوِجلَالََها َولَا يُـْع ِط َي ِفي‬

‫ِجَزاَرتَِها َشْيئًا‬

Maksudnya: “Nabi SAW memerintahkannya untuk menguruskan
unta-unta sembelihannya,dan membahagikan semuanya termasuk
daging dan kulitnya serta apa yang menutupi belakang unta-unta
itu (seperti pelana dan seumpamanya). Begitu juga, tidak boleh
memberikan sesuatu apa pun (daripada sembelihan korban itu)
kepada penyembelihnya (sebagai upah).”

Riwayat al-Bukhari (1717) dan Muslim (1317)

AL-BAYAN - SIRI 2 55

Manakala di dalam riwayat Muslim terdapat tambahan daripada
‘Ali bin Abi Talib R.A yang menyebut: “Kami memberikan upah
kepada penyembelih daripada (harta) kami sendiri.”

Dalam menjelaskan hadith di atas, Imam al-Nawawi berkata:
“Tidak dibenarkan untuk memberikan sesuatu daripada bahagian
haiwan korban kepada tukang sembelih dan inilah mazhab kami.
Ini juga merupakan pendapat ‘Atho’, al-Nakha’i, Malik, Ahmad,
Ishaq. (Lihat al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim, 9/65) Pendapat
yang sama juga dinyatakan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitab al-
Majmu' Syarh al-Muhazzab.

56 AL-BAYAN - SIRI 2

Justeru, jelas bahawa upah hendaklah diberikan menggunakan
harta daripada pemilik korban sendiri dan bukannya daripada
bahagian korban. Sekiranya tukang sembelih itu sendiri termasuk
daripada kalangan fakir miskin maka pemberian daging korban
kepadanya dibolehkan atas dasar dirinya sebagai seorang fakir
miskin di samping upah menyembelih yang diberikan bukan
daripada bahagian korban.

Ketiga: Berkenaan Pembahagian Daging Korban.

Berkenaan isu ini, jika sekiranya
korban tersebut merupakan nazar
atau yang telah ditentukan untuk
dijadikan korban, maka wajib
untuk dia menyedekahkan semua
daging tersebut dan tidak boleh dia
memakan sebahagian daripadanya.
(Rujuk al-Mu’tamad fi Fiqh al-
Syafi'i, 2/485)

Manakala, jika sekiranya ia merupakan korban yang sunat, maka
daging korban tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa cara,
antaranya:

• Disunatkan untuk orang yang melakukan korban untuk
mengambil 1/3 daripada daging korban tersebut untuk diri
sendiri dan menyedekahkan 2/3 daripada bakinya kepada
golongan fakir miskin.

AL-BAYAN - SIRI 2 57

• Atau, orang yang melakukan korban mengambil 1/3 daripada
daging korban, dan mengagihkan 1/3 baki daripadanya
kepada golongan fakir miskin, serta 1/3 lagi daripadanya
diberikan sebagai hadiah kepada golongan kaya (seperti
saudara-mara atau jiran-tetangga). Dalam hal ini, memberi
sedekah kepada 2/3 kepada golongan miskin lebih afdhal
daripada memberi hadiah kepada golongan kaya.

• Namun, cara yang lebih afdhal ialah, seseorang yang
melakukan korban tersebut menyedekahkan keseluruhan
daripada daging korban dan memakan sedikit sahaja
daripadanya sebagai sekadar mengambil berkat. Hal
ini kerana menyedekahkan keseluruhan daging tersebut
merupakan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah
SWT dan menjauhkan diri daripada sikap mementingkan
diri sendiri. Manakala, memakan sedikit daripada daging
tersebut sebagai beramal dengan zahir ayat al-Quran dan
mengikut sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW. (Lihat al-
Mu’tamad fi Fiqh al-Syafi'i, 2/485)

58 AL-BAYAN - SIRI 2

Tuntasnya, kita
hendaklah menjaga

adab-adab dalam
melakukan ibadah
korban supaya ibadah

ini menjadi lebih
sempurna dan baik
seterusnya diterima
dan diberkati oleh

Allah SWT.

Syeikh Muhammad bin Ahmad al-Syatiri di dalam kitabnya
turut menyatakan bahawa yang afdhalnya dalam pembahagian
sembelihan korban yang sunat ialah dengan memberi sedekah
sebahagian besar daripadanya dan meninggalkan sedikit sahaja
untuk dimakan sebagai mengambil berkat daripadanya. (Lihat Syarh
al-Yaqut al-Nafis, hlm. 826)

Tuntasnya, kita hendaklah menjaga adab-adab dalam melakukan
ibadah korban supaya ibadah ini menjadi lebih sempurna dan baik
seterusnya diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

AL-BAYAN - SIRI 2 59

SOP Ibadah Korban
Dalam Tempoh PKPP

60 AL-BAYAN - SIRI 2

mira.gov.my

AL-BAYAN - SIRI 2 61

Penutup

S emoga pencerahan ini akan menatijahkan kefahaman yang baik
kepada kita semua dalam melaksanakan ibadah korban dan
menjadikan kita golongan yang meninggikan syiar Islam kerana
ianya melambangkan taqwa yang berada di dalam dada. Firman
Allah SWT:

‫َوَمن يُـَع ِّظ ْم َشَعائَِر الَّلِه َفإَِنّـَها ِمن تَـْق َوى الُْقُلو ِب‬

Maksudnya: "Dan sesiapa yang membesarkan syiar-syiar Allah
maka sesungguhnya ia daripada tanda taqwanya hati."

Surah al-Hajj (32)

Begitu juga, semoga ia menjadikan kita sentiasa peka dalam isu
agama terutamanya dalam melaksanakan ibadat kepada Allah.
Kami akhiri dengan pesanan daripada Allah kepada Nabi-Nya SAW:

‫ُق ْل إِ َّن َصَلتِي َونُ ُس ِكي َوَم ْحيَا َي َوَم َماتِي لَِّلـِه َر ِّب الَْعالَِمي َن‬

Maksudnya: Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku,
hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara
dan mentadbir sekalian alam."

Surah al-An’am (162)

Semoga kita diberi kefahaman berkenaan hukum korban dan
menjadi hamba Allah yang benar-benar bertaqwa dan berkorban
bagi mencapai mardhatillah. Amin.

62 AL-BAYAN - SIRI 2

AL-BAYAN - SIRI 2 63


Click to View FlipBook Version