BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
TUGASAN AMALI 1
SEMESTER SEMESTER 4 TAHUN 2 DIPLOMA SESI 2/2021
JABATAN JABATAN PERNIAGAAN
PROGRAM DIPLOMA PERAKAUNAN
KOD / KURSUS DBE4313 PERAKAUNAN KEWANGAN 4
KOMPETENSI K1. PELAPORAN KEWANGAN DI MALAYSIA
K2. PERAKAUNAN UNTUK PERKONGSIAN
K3. PERAKAUNAN UNTUK SYARIKAT
K4. PERAKAUNAN UNTUK ORGANISASI BUKAN UNTUNG
KOMPETENSI UNIT 2.1. Pengenalan kepada Perkongsian
2.1.1 Definisi perkongsian
2.1.2 Mengenalpasti ciri-ciri perkongsian
2.1.3 Mengenalpasti Akta Perkongsian 1961
2.1.4 Mengenalpasti Perjanjian Perkongsian
2.1.5 Perbezaan antara Perkongsian dan Milikan Tunggal
2.2. Ekuiti Perkongsian
2.2.1 Akaun Modal Pekongsi
2.2.2 Akaun Semasa Pekongsi
2.2.3 Mendapatkan faedah atas modal, faedah atas pinjaman, faedah atas
ambilan, gaji pekongsi dang kongsi untung/ rugi
2.3. Penyata Kewangan Perkongsian
2.3.1 Membina dan menyediakan Penyata Pendapatan
2.3.2 Membina dan menyediakan Penyata Pengasingan Untung Rugi
2.3.3 Membina dan menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan
HASIL 1. Membeza jenis-jenis dan ciri-ciri entiti perniagaan (C4, PLO1)
PEMBELAJARAN 2. Membina laporan kewangan entiti perniagaan bagi Perkongsian dan Organisasi
PLO 1 Bukan Untung. (P4, PLO3)
PLO 3 3. Mematuhi piawaian perakaunan laporan kewangan (A2, PLO6)
PLO 6
Mengaplikasi pengetahuan ilmu perakaunan dan perniagaan dalam Perakaunan
NAMA
TARIKH Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara kreatif, inovatif dan efektif dalam
bidang perakaunan
Memahami serta memberi komitmen secara profesional, beretika dan bertanggungjawab
selari dengan kod amalan profesion
MAKLUMAT PELAJAR
TAJUK / TITLE:
PERAKAUNAN UNTUK PERKONGSIAN
TUJUAN / PURPOSE:
Pelatih-pelatih mesti boleh :
Merekod modal dalam Akaun Modal Pekongsi
Menyediakan Akaun Semasa Pekongsi
ARAHAN :
Pelatih dikehendaki melaksanakan kerja-kerja merekod maklumat tentang modal ke dalam
Akaun Modal bagi setiap pekongsi serta menyediakan Akaun Semasa Pekongsi seperti yang
telah ditunjukkan oleh guru dengan menggunakan format yang disediakan.
PERALATAN / BAHAN
i. Format Akaun Modal – Kaedah Modal Tetap
ii. Format Akaun Modal – Kaedah Modal Berubah
iii. Format Akaun Semasa Pekongsi
iv. Alatulis
v. Kalkulator
LANGKAH-LANGKAH
i. Mendapatkan dan mengenalpasti dokumen atau maklumat perkongsian yang terlibat
ii. Menganalisis dokumen dan mendapatkan nilai bagi setiap komponen dalam akaun
modal
iii. Menyediakan Akaun Modal
SOALAN 1
Pada 1 Januari 2020, Johan dan Hanif menubuhkan sebuah perniagaan perkongsian
yang diberi nama Johan & Hanif Enterprise. Johan dan Hanif masing-masing
menyumbangkan modal sebanyak RM 30 000 dan RM 20 000 yang dimasukkan ke
dalam Akaun Bank Perkongsian.
Berikut ialah maklumat berkaitan perkongsian mereka:
i. Pada 1 April 2020, Johan membuat ambilan RM 1 000 untuk kegunaan peribadi.
ii. Pada 1 Mei 2020, Hanif membuat ambilan RM 1 500 untuk kegunaan peribadi.
iii. Pada 1 Julai 2020, Johan membawa masuk RM 5 000 sebagai modal tambahan.
iv. Johan menerima gaji tahunan RM 2 000 dan masih belum dibayar sehingga akhir
tempoh perakaunan.
v. Pembahagian untung bagi Johan dan Hanif masing-masing ialah RM 4 500.
Anda dikehendaki menyediakan Akaun Modal Johan dan Akaun Modal Hanif dengan
menggunakan:
a) Kaedah Modal Tetap
b) Kaedah Modal Berubah
SOALAN 2
Ana, Bella dan Moly ialah pekongsi dalam Perkongsian ABM yang beroperasi di Sungai
Rambai, Melaka. Berikut ialah petikan Imbangan Duga perniagaan pada 31 Disember
2020.
RM
Modal 1 Jan 2020: 100 000
Anna 75 000
Bella 35 000
Moly
16 000
Ambilan: 12 000
Anna 18 000
Bella
Moly 16 550 (dt)
2 500
Akaun Semasa 1 Jan 2020: 3 790
Anna
Bella 52 800
Moly
Untung Bersih
Maklumat tambahan:
i. Faedah atas ambilan bagi Anna, Bella dan Moly ialah masing-masing sebanyak
RM1 600, RM1 200 dan RM1 800.
ii. Faedah atas modal bagi Anna, Bella dan Moly ialah masing-masing sebanyak
RM5 000, RM3 750 dan RM1 750.
iii. Gaji tahunan pekongsi: Bella RM4 000 dan Moly RM6 500
iv. Untung atau rugi dikongsi antara Anna, Bella dan Molly iaitu RM26 400, RM15
840 dan RM10 560.
Anda dikehendaki menyediakan Akaun Modal dan Akaun Semasa bagi setiap pekongsi
dengan menggunakan:
a) Kaedah Modal Tetap
b) Kaedah Modal Berubah