The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TIKI TAKA, 2021-06-21 15:03:43

PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH

101
Power factor
Regulator


Lampu
Penunjuk fasa
100TPN
MCCB


Lampu Penunjuk /
LED bilangan step
Fius











Alat-alat di panel kapasitor bank

a) Alatubah Arus (Current Transformer @ C.T)


Kadar alatubah arus (Current Transformer Ratio) selalunya sama dengan C.T yang digunakan untuk
perlindungan yang juga berpandukan arus yang direka bentuk (design current). Contohnya jika C.T
perlindungan 600/5 maka C.T untuk Power Factor Regulator hendaklah 600/5 juga.


b) Peralatan Suis

Kadar peralatan suis yang hendak digunakan hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut:

1. Arus transient semasa pensuisan.
2. Voltan transient apabila kapasitor diputuskan semasa pensuisan dilakukan yang
menyebabkan berlakunya arka.
3. Berupaya membawa arus beban penuh.
4. Berupaya membawa peningkatan arus kapasitor dalam keadaan-keadaan tertentu.
5. Kehadiran harmonic.


Disebabkan perkara-perkara diatas adalah penting kadar peralatan suis seperti Fius, MCB, MCCB dan
penyentuh mempunyai kadaran arus yang lebih tinggi dari kadaran arus untuk kapasitor. Kebiasaannya
faktor 1.6 digunakan.

c) Alatatur faktor kuasa (Power factor regulator )


102
Power Factor Regulator ialah satu alat elektronik yang berfungsi untuk menentukan bilangan langkah
kapasitor yang perlu disambungkan kepada pemasangan pada bila-bila masa. Beban induktif sentiasa
berubah-ubah, oleh itu faktor kuasa juga berubah-ubah.


Alat ini memerlukan maklumat dari pemasangan agar ianya boleh mengetahui faktor kuasa semasa.
Maklumat yang diperlukan ialah arus dan voltan pemasangan. Maklumat arus adalah melalui
alatubah arus. Satu sahaja alatubah arus diperlukan dan selalunya alatubah arus ini dipasang pada
fasa merah. Ini adalah beranggapan beban seimbang. Oleh itu arus setiap fasa adalah sama. Nisbah
alatubah arus selalunya sama dengan nisbah alatubah arus-alatubah arus untuk meter ampiar.

Maklumat voltan adalah melalui sambungan terus dari palang bas. Voltan yang diperlukan ialah
voltan talian 400V dari dua fasa. Lazimnya fasa yang diambil adalah fasa yang tidak menempatkan
alatubah arus tadi, iaitu kuning dan biru.
















Contoh Power Fector Regulator
yang terdapat dipasaran















d) Pelarasan pembetulan faktor kuasa

Alat ini memerlukan kita menentukan ketetapan pembetulan factor kuasa (target power factor).
Selalunya kita set pada kedudukan melebihi 0.85 contohnya pada 0.90. Tatahan (Setting) ini perlu
supaya faktor kuasa berada pada ketetapan tersebut sepanjang masa walaupun beban berubah-ubah.

e) Penunjuk lampu / Lampu elektronik LED


Penunjuk lampu atau LED akan menyala mengikut bilangan step yang aktif (energized to the circuit).
Ini penunjuk sahaja, tidak semestinya step tersebut berfungsi sekiranya fius / MCB, kabel, kontaktor
atau kapasitor mengalami masalah.

f) Auto / manual mode (Button)
Dalam keadaan normal power factor regulator hendaklah di set pada kedudukan auto. Apabila kita
perlu membuat ujian untuk mempastikan ianya berfungsi dengan sempurna, ujian secara manual
103
boleh dibuat dengan menekan butang manual. Kapasitor bank akan dimasukkan kedalam sistem atau
dikeluarkan daripada sistem satu persatu langkah jika butang plus (+) atau minus (-) terus ditekan.



Tatahan C/K

Oleh sebab power factor regulator hanya menerima arus sekunder ( Secondary Current maka nisbah
alatubah arus perlu diketahui berbanding kapasitor bank yang perlu disambungkan kepada system Sila
rujuk pemilihan C/K
Jadual Pemilihan C/K

10 12.5 15 20 25 30 40 50 60 100
C.T 5 KVAr
KVAr KVAr KVAr KVAr KVAr KVAr KVAr KVAr KVAr KVAr
30/5 0.83
50/5 0.50 1.00
75/5 0.33 0.67 0.83 1.00
100/5 0.25 0.50 0.63 0.75 1.00
150/5 0.17 0.33 0.42 0.50 0.67 0.83 100
200/5 0.13 0.25 0.31 0.38 0.50 0.63 0.75 100
300/5 0.08 0.17 0.21 0.25 0.33 0.42 0.50 0.67 0.83 1.00
400/5 0.06 0.13 0.16 0.19 0.25 0.31 0.38 0.50 0.63 0.75
500/5 0.05 0.10 0.13 0.15 0.20 0.25 0.30 0.40 0.50 0.60 1.00
600/5 0.08 0.10 0.13 0.17 0.21 0.25 0.33 0.42 0.05 0.83
800/5 0.06 0.08 0.09 0.13 0.16 0.19 0.25 0.31 0.38 0.63
1000/5 0.05 0.06 0.08 0.10 0.13 0.15 0.20 0.25 0.30 0.50
1500/5 0.05 0.07 0.08 0.10 0.13 0.17 0.20 0.33
2000/5 0.05 0.06 0.08 0.10 0.13 0.15 0.25
3000/5 0.05 0.07 0.08 0.10 0.17
4000/5 0.05 0.06 0.08 0.13


Adalah penting bagi geganti di set untuk beroperasi selaras dengan arus bagi alatubah yang
digunakan. Bagi kebanyakkan geganti ianya boleh diperolehi dengan menggunakan keadah set C/K,
dimana:

C = Saiz kapasitor satu langkah dalam KVAr
K = Nisbah alatubah arus antara utama dan sekundar.


Contoh: Jika C untuk satu langkah ialah 15KVAr dan alatubah arus 1000/5Adigunakan,
maka K = 1000/5 = 200

Oleh itu C/K = 15/200 = 0.075 @ 0.08

Untuk mengelakkan hunting iaitu pensuisan ke dalam dan ke luar yang berterusan bagi langkah-
langkah kapasitor, had kepekaan pengatur (regulator) di set supaya lebih besar dari arus satu langkah
kapasitor. Kebiasaannya pengatur di set agar bertindak kepada perubahan berkadar 2/3 daripada arus
satu langkah

• Nilai C/K menentukan pada tahap arus reaktif yang mana regulator mula bertindak.
• Tatahan C/K adalah mengikut step kapasitor yang paling kecil, selalunya yang pertama.
104
• Diperolehi dengan membahagi kVAr dengan K, dimana K nisbah alatubah arus.



Penentu Bilangan Step
• Tidak ada satu formula khusus untuk menentukan bilangan step sesuatu kapasitor bank.

• Ia mengikut kesesuaian beban pemasangan dan hendaklah praktikal, jika satu step terlalu besar
ia akan mengakibatkan over correction.


Menentukan kadaran kVAr setiap step.

• Setiap step boleh mempunyai kadaran kVAr yang sama atau boleh juga tidak sama.
• Ia berpandukan saiz-saiz beban induktif yang terpasang.

• Jika semasa minimum load bebannya tersangat rendah dan terdapat pula motor bersaiz besar,
maka lazimnya kVAr setiap step tidak sama.



Pemilihan kapasitor bank, Pemutus Litar, saiz kabel untuk sambungan bekalan
kapasitor bank

Pemilahan bagi kadaran voltan 415 V 50 Hz

Kuadaran Arus - Kadaran Fius/Pemutus Kadaran
Kuasa Kapasitif KVAr
Amp Litar- Amp saiz\kabel mm
2.5 3.5 10 1.5
5 7.0 20 2.5
6.67 9.3 20 2.5
7.5 10.4 20 2.5
10 13.9 25 4
15 20.9 35 6
20 27.8 50 10
25 34.8 63 16
30 41.7 80 25
40 55.6 100 35
50 69.6 125 50
60 83.5 175 70
75 104 175 70
83 116 200 95
100 139 250 120

Panduan Pemasangan Dan Senggaraan Kapasitor
- Sebelum membuka kapasitor dari dalam bank kapasitor, pastikan litar kawalannya telah dimatikan.
‘AWAS, Kapasitor boleh menyimpan cas elektrik yang agak lama’. Ia boleh mengecas anda
dengan voltan 415 Volt malah menghancurkan pen penguji anda jika tersalah menyambungkannya.
- Elakkan kapasitor dari terdedah kepada habuk, kepanasan dan kelembapan. Sekiranya persekitaran
105
lembab atau terdedah kepada wap kimia dan habuk, pemeriksaan lebih kerap perlu dilakukan ke atas
Bank Kapasitor.
- Sambungan terminal mestilah kukuh dan mesti diperiksa sebaik-baiknya sebulan sekali.

- Jika kerja-kerja penukaran kapasitor perlu dilakukan, semua suis radas hendaklah dimatikan. Pastikan
kapasitor dibuang cas (discas) terlebih dahulu atau berikan masa secukupnya untuk membolehkan
nyahcas sepenuhnya terjadi.

- Proses membuang cas kapasitor boleh dilakukan dengan menyambungkan dua mentol yang boleh
beroperasi pada bekalan 240 V secara siri dan sambungkan mentol-mentol tersebut pada setiap
terminal kapasitor.

- Kapasitor perlu diganti mengikut nilai microFarad (F) dan voltan yang betul. Kegagalan mengikut
nilainya yang betul akan menyebabkan kapasitor meletup.
- Periksa arus talian R, Y & B pada setiap kapasitor, nilai arus semestinya sama jika nilai microFarad
setiap fasa adalah sama. Kerosakan kapasitor dapat dikesan jika nilai arus fasa pada setiap kapasitor
berlainan.


Ujian Kepada Kapasitor
i. Kapasitor yang berkeadaan baik berkeupayaan untuk dicas dan buang cas.

ii. Ujian dijalankan dengan menggunakan jangka perbagai dengan melaraskan skala kepada bacaan ‘Ohm
x 100’ atau ‘Ohm x 10k’.

iii. Sambung penguji kepada dua terminal kapasitor, dengan berbuat demikian sedang mengecas kapasitor
kepada voltan yang sama dengan bateri yang terdapat dalam jangka penguji tersebut (3 V atau 9 V).
iv. Semasa proses mengecas, bacaan jangka pelbagai akan meningkat dan setelah cas dalam kapasitor
sama paras dengan voltan bateri, bacaan jangka pelbagai akan menurun.
v. Lepaskan punca jangka penguji dengan terminal kapasitor dan tukarkan skala jangka penguji kepada
‘DC’ Volt (3 V atau 9 V) dan sambungkan semula punca jangka dengan terminal kapasitor. Penunjuk
jangka akan menunjukkan bacaan nilai voltan yang dicas tadi (3V atau 9 V) kemudian penunjuk akan
menurun, ini menunjukkan kapasitor sedang dibuang cas.
vi. Bekalan voltan satu fasa atau tiga fasa boleh juga digunakan untuk menguji cas kapasitor dan buang
cas. Kaedah ini perlu lebih berhati-hati kerana menggunakan bekalan sebenar. Sebaik-baiknya lakukan
ujian dengan menggunakan bekalan ‘DC’ yang rendah dan sekiranya menunjukkan tanda-tanda yang
menyakinkan barulah uji menggunakan bekalan sebenar.

vii. Gunakan ‘Clamp-On Meter’, kelipkan pada setiap kabel sambungan kapasitor semasa disambung
kepada bekalan. Periksa bacaan arus yang diperolehi. Bacaan arus mestilah sama untuk setiap
sambungan kapasitor yang sama keupayaannya.

viii.Untuk mendapatkan lebih kepastian, perintang untuk ‘discas’ (buang cas) yang sedia terpasang
hendaklah dibuka terlebih dahulu supaya tidak mempengaruhi bacaan voltan yang diukur pada
kapasitor.

ix. Jika kapasitor ini mampu untuk dicas dan buang cas, ini menunjukkan kapasitor ini berkeadaan baik.

ALATUBAH ARUS

106
Alatubah arus (current transformer/instrument transformer) menggunakan prinsip alatubah untuk
mendapatkan arus yang kecil tetapi dengan nisbah tertentu.

Ciri-ciri alatubah arus ialah:


a. Menghasilkan arus secondary yang jauh lebih kecil dari arus primary supaya ianya sesuai
dengan geganti atau meter agar ianya bersaiz kecil, murah dan praktikal.
b. Ia memberikan pengasingan dari voltan palang bas supaya geganti dan meter hanya perlu
ditebat untuk voltan setakat 600V sahaja. Ini mengurangkan bahaya dan kos peralatan yang
terlibat.
c. Memberikan satu standard arus geganti atau meter iaitu 5A atau 1A supaya saiz dan
kadaran geganti serta meter adalah sama walaupun kadaran arus palang bas berbeza-beza.


Alatubah arus dipasang dipalang bas utama untuk mengesan nilai arus yang mengalir. Arus yang lebih
kecil tetapi dengan nisbah tertentu akan keluar dari bahagian secondary dan masuk ke geganti.
Bahagian primary adalah palang bas itu sendiri. Satu alatubah arus diperlukan untuk setiap fasa dan
neutral untuk tujuan perlindungan dan satu alatubah arus lagi diperlukan disetiap fasa sahaja untuk
tujuan pemeteran.


















ALATUBAH ARUS

Arus yang dikeluarkan dibahagian secondary oleh kebanyakan alatubah arus voltan rendah dan voltan
tinggi sehingga 11,000V ialah 5A, tanpa mengira nisbah alatubah arus tersebut. Walaupun nilai arus
pada palang bas terdapat berbagai-bagai nilai tetapi arus bahagian secondarynya distandardkan kepada
5A. Untuk pemasangan voltan amat tinggi (33KV dan keatas), arus secondarynya dinisbahkan kepada
1A dan ada juga 0.5A.

107

















Alatubah arus yang dipasang di bus-bar


Kuasa alatubah arus atau Burden hendaklah sekurang-kurangnya 15VA. Nilai-nilai VA lain yang boleh
diperolehi ialah 2.5VA, 5VA, 7.5VA, 10VA dan 30VA. Beban yang perlu ditanggung oleh alatubah arus
selalunya ialah gelong geganti dan rintangan dalam pengalir serta apa-apa jua komponen yang
disambungkan kepadanya. Untuk Papan Suis Voltan rendah lazimnya VA yang digunakan adalah
15VA.

Nisbah Alatubah Arus
•C.T biasa mestilah mempunyai nisbah diantara arus primary (arus pada busbar) dengan arus secondary
c.t.
•Arus secondary c.t diseragamkan kepada 5A (untuk pemasangan L.V dan H.T setakat 11kV) dan 1A
untuk pemasangan H.T yang yang lebih tinggi, 33kV keatas
•Nisbah c.t selalunya mengikut kadaran pemutus litar contohnya 600/5A, 800/5A, 1600/5A dsb.



CONTOH
•Sebuah pemasangan menggunakan c.t bernisbah 1600/5A. Jika arus pada busbar ialah 950A,
apakah arus yang terhasil pada bahagian secondary c.t tersebut.
• Jika c.t bernisbah 1250/5A digunakan dan arus secondarynya ialah 3.9A, apakah arus pada
busbar.


Arus pada Arus
Primary = pada
950A Arus sekunder Primary Arus sekunder =
= ? = ? 3.9A
1 X 1600 / 5A 1 X 1250 / 5A
15VA A 15VA A
CL 3 CTS CL 3 CTS
1600 1600 = 5 1250 1250 = 5
TPN 950 = ? TPN ? = 3.9A
ACB ACB
= 950 x 5 = 1250 x 3.9
1600 5
= 2.97A = 975A
FROM T.N.B INCOMING FROM T.N.B INCOMING

Berikut adalah data-data alatubah arus yang boleh diperolehi:

ALF
VA Arus sekunder Klas
(Accuracy Limit Factor)
2.5 0.5A 5P 5 108
5 1A 10P 10
7.5 5A 15
10 20
15 30
30




2.1 Jenis AlatubahArus

a. Jenis Perlindungan (Protection C.T)
b. Jenis Pengukuran (Potential C.T)
c. Z c.t (Balanced core current transformer / Alatubah teras seimbang)

Alatubah arus perlindungan disambungkan kepada geganti perlindungan. Alatubah arus pengukuran
disambung kepada meter-meter pengukuran seperti Ammeter, kW meter, kWh meter, Power Factor
meter. Z c.t disambung kepada ELR (Earth Leakage Relay).































Z C.TBUSBAR


Z C.T PVC CABLE


2.2 Klas AlatubahArus
Klas alatubah arus untuk jenis perlindungan adalah dalam bentuk 5P5, 5P10, 5P15, 5P20, 5P30, 10P5,
10P10, 10P15, 10P20, 10P30. Angka pertama ialah current error pada rated primary current (nilai arus
primer), P bermaksud protection dan angka dibelakangnya ialah gandaan arus kerosakan.

Alatubah Perlindungan




Current Error at rated Accuracy Limit Factor (ALF) /
Klas primary current (%) Composite Error (%)
(Ralat terkadar) (Ralat komposit) 109

+/– 1 +/– 5
5P
+/– 3 +/– 10
10P

Klas alatubah arus untuk jenis pengukuran ialah 0.1, 0.2, 0.5, 1.0, 2.0 dan 5. Klas 0.1 adalah yang
paling tinggi ketepatannya dan harganya mahal. Klas 5 adalah yang paling kurang ketepatannya,
selalunya untuk bacaan anggaraan sahaja.

Alatubah Pengukuran

Klas Penggunaan
Baik dari 0.1 Sebagai pengubah piawai untuk menguji pengubah lain
0.1 Ujian ketepatan / kejituan
0.1 atau 0.2 Pemeteran jitu mengikut BS 87
0.2 Bekalan pukal
0.5 Tariff meter biasa / am
1.0 Pengukuran bukan hasil, termasuk kuasa dan tenaga
2.0 Pengukuran biasa
5.0 Pengukuran anggaran



Alatubah Permeteran Alatubah Perlindungan






















Alatubah Klas X

Alatubah klas X pula adalah untuk kegunaan khas dimana ciri-cirinya hendaklah ditentukan supaya
sesuai dengan keperluan tertentu seperti kadaran arus primary, nisbah, knee point emf dan exciting
current pada knee point emf.

Ketepatan sesebuah alatubah arus adalah bergantung kepada kehilangan teras feromagnetik
(ferromagnetic core losses) iaitu kehilangan hysterisis dan eddy current.

Jika alatubah arus telah mencapai peringkat tepu (saturation point) ia tidak akan mengeluarkan voltan
yang lebih walaupun arus primarynya bertambah.

110





ALATUBAH CONTOH 1200/5A 15VA
PERLINDUNGAN CL 10P10 CTS

NISBAH KUASA ALATUBAH
CONTOH CONTOH
ALATUBAH ARUS / BEBAN /
300/5A ARUS BURDEN /NILAI 2.5VA
600/5A PIAWAIAN OUTPUT 5VA
800/5A 1200/5A 15VA 7.5VA
1000/5A 10VA
1200/5A 15VA
CL 10P10 CTS
1600/5A 30VA

KELAS FAKTOR TEPU
5P / 10P 5 / 10 / 15 / 20 / 30
(Gandaan Arus Kerosakkan)
(Nilai Arus Primer)
P (Protection / Perlindungan)


ALATUBAH CONTOH 1200/5A 15VA
PERMETERAN CL 3 CTS

NISBAH KUASA ALATUBAH
ALATUBAH ARUS / BEBAN /
ARUS BURDEN /NILAI
P IAWAIAN OUTPUT
CONTOH
300/5A 1200/5A 15VA CONTOH
600/5A 2.5VA
5VA
800/5A
1000/5A CL 3 CTS 7.5VA
1200/5A 10VA
1600/5A 15VA
30VA
KELAS
0.1 hingga 5

2.3 Ujian Kekutuban (Menentukan terminal mana S1 dan yang mana S2)


111
Alatubah arus mempunyai kekutuban yang perlu diberi perhatian. Jika kekutuban tersebut tersalah
pasang maka sistem perlindungan tidak akan berfungsi dengan betul. Oleh itu ujian kekutuban sangat
penting demi untuk menentukan arah pengaliran arus yang betul. Kalau terbalik arus akan mengalir
kearah bertentangan dan menimbulkan ketidakseimbangan dalam litar kawalan.


Lazimnya terdapat hanya dua terminal secondary alatubah. Ia ditandakan dengan S1 dan S2. S1 akan
disambungkan ke geganti atau meter dan S2 di sambungkan ke bumi. Oleh itu jika S1 dan S2 tersilap
sambung sistem perlindungan tidak dapat berfungsi dengan betul.

Ujian kekutuban adalah untuk menentukan terminal yang mana S1 dan yang mana pula S2.


Alat yang diperlukan ialah:

a. Alatubah arus
b. Meter Galvani (Galvanometer)
c. Bateri kering 1.5V saiz AA
d. Suis tekan TERMINAL CT
e. Kabel yang sesuai - S1 dan S2 untuk CT jenis
pengukuran dan perlindungan
C .T
P2 P1
- K dan 1 untuk Z CT
S2 S1

PERMUKAAN CT
PU N AT Ditandakan dengan P1 dan P2.
TEKAN
Permukaan P1 hendaklah menghadap
punca bekalan masuk. Jika terbalik
G ALV AN O M E TER
arah aliran arus diterminal S1 dan S2
akan menjadi berlawanan (terbalik)
BATERI


Merujuk kepada rajah ujian kekutuban, terminal positive bateri hendaklah disambungkan kepada
permukaan P1 alatubah arus dan negative kepada P2 alatubah arus. Sambungkan terminal-terminal
alatubah arus kepada terminal positive dan terminal negative meter galvani. Jika setelah suis tekan
ditekan jarum meter galvani bergerak kearah positive, maka terminal alatubah arus yang bersambung
dengan terminal positive meter galvanic tadi adalah terminal S1. Jika jarum tadi bergerak kearah
negative makan terminal alatubah arus yang disambungkan dengan terminal negative meter galvanic
menjadi S1. Begitulah sebaliknya untuk terminal S2.

2.4 Ujian Nisbah (Ratio Test / Menentukan kadaran sesebuah CT)


112
Kebanyakan alatubah arus mempunyai satu nisbah, contohnya 600/5A, 1000/5A, 1600/5A dan
sebagainya.

Sama ada alatubah arus tersebut boleh memberikan kadaran arus dengan tepat berbanding dengan arus
pada palang bas boleh diketahui dengan membuat ujian nisbah. Jika alatubah arus itu berkadaran
500/5A ia akan memberikan arus secondary sebanyak 3A jika arus pada palang bas adalah sebanyak
300A. Begitulah juga pada nilai arus yang lain nisbah tersebut hendaklah sentiasa betul.


Bermula dengan nilai arus yang rendah hinggalah kepada arus maksima ujian ini dapat menentukan
nisbah tadi betul atau sebaliknya. Jika arus palang bas terlalu tinggi alatubah arus akan menjadi tepu
(saturated) iaitu tidak akan menghasilkan arus secondary yang lebih tinggi.


Ujian nisbah hanya boleh dilakukan dengan membuat ujian suntikan utama (primary injection).


P1


A
S1
LOADING C.T
CONTROL UNIT V
UNIT
S
2
PRIMARY INJECTION
TEST SET P2



A








2.5 Ujian Kemagnetan (Magnetising Test / Menentukan titik tepu sesebuah CT dan
membezakannya diantara CT pengukuran dengan CT perlindungan)


Ujian ini adalah untuk mencari knee point iaitu peringkat dimana pertambahan 10% voltan ujaan akan
menghasilkan 50% arus ujaan iaitu peringkat dimana ianya tidak lagi linear dan mencapai tahap tepu.

Merujuk kepada rajah ujian kemagnetan, arus ujaan dialirkan kedalam alatubah arus dan voltan yang
terhasil diantara terminal S1 dan S2 diukur. Arus ujaan yang bermula dari kosong dinaikkan perlahan-
lahan sehingga ke nilai 5A atau lebih sedikit. Jika bacaan voltan tidak lagi bertambah selaras dengan
pertambahan arus maka ini menunjukkan tahap tepu telah dicapai.


Nilai ketepuan alatubah arus perlindungan lebih tinggi dari nilai ketepuan alatubah arus pengukuran.

Alat-alat uji yang diperlukan ialah:


a. Secondary Injection Test Set 113
b. Alatubah arus
c. Meter ampiar
d. Meter Voltan
e. Kabel


P1
L
A

S1
230V V C .T
AC S2



N
P2





2.6 Ujian Rintangan


Ujian ini adalah untuk mengetahui nilai rintangan dalam gelong alatubah arus. Lazimnya nilai
rintangannya rendah. Kalau didapati rintangannya tinggi, kemungkinan terdapat litar buka pada
gelongnya. Sekiranya arus boleh dialirkan kedalam alatubah arus, ini bermakna tidak terdapat litar buka
didalam gelong alatubah arus tersebut, oleh itu ujian ini tidak perlu lagi dilakukan.


Click to View FlipBook Version