PRINSIP ASAS PSIKOLOGI Modul yang dihasilkan di bawah projek penyelidikan: HERO: Helping and Empowering at-Risk Orphans using a Holistic Psychoeducation Approach P R O F . M A D Y A D R R A F I D A H A G A M O H D J A L A D I N
Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, atau lain-lain tanpa mendapat izin daripada penulis. HAK CIPTA TERPELIHARA © Rafidah Aga Mohd Jaladin, 2023 Diterbitkan oleh: Prof. Madya Dr Rafidah Aga Mohd Jaladin Universiti Malaya, Kuala Lumpur e-ISBN: i
PENGHARGAAN Walau bagaimanapun, setinggi jutaan terima kasih diucapkan kepada Profesor Madya Dr. Rafidah Aga Mohd Jaladin dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya di atas penyelarasan dan pemantauan bagi menjayakan projek e-Book Prinsip Asas Psikologi bagi golongan pelajar Anak Yatim ini. Tambahan pula, projek e-Book ini mungkin tidak berjaya dihasilkan tanpa kerjasama daripada para pelajar jurusan Sarjana Muda Kaunseling Fakulti Pendidikan Universiti Malaya yang terdiri daripada En Muhammad Akmal, En Qi Xixiang, Cik Zhang Shixi, Cik Jee Chi Yan dan Cik Tan Sue Fen. Pertama sekali, syukur tidak terhingga kerana projek e-Book Prinsip Asas Psikologi ini telah dihasilkan pada masa yang telah ditetapkan. Ketekunan dan kesungguhan daripada ahli kumpulan kami juga adalah menjadi asbab kepentingan dalam penghasilan projek ini. ii
PRAKATA Projek e-Book ini merupakan hasil penyelidikan dari projek kumpulan pelajar jurusan Sarjana Muda Kaunseling Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Semester 1 Tahun 1 2023/2024. Projek e-Book ini mengambil masa selama 8 minggu untuk disempurnakan dan diselaraskan oleh Prof. Madya Dr Rafidah Aga Mohd Jaladin seorang pakar psikologi kaunseling yang berkhidmat sebagai Profesor Madya di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Tujuan utama pelaksanaan projek e-book ini adalah untuk memperkasakan golongan pelajar dari kalangan Anak Yatim bagi aspek prinsip asas psikologi agar mereka dapat terapkan prinsip-prinsip psikologi dalam kehidupan mereka supaya mereka berfungsi secara optimal sebelum melangkah ke alam kerjaya. e-Book ini berasaskan segala topik penting yang berkait dengan prinsip asas psikologi yang bukan sahaja melatih para pelajar dengan kemahiran penerapan psikologi di dalam kehidupan, malah ianya turut memperkasakan mereka untuk kehidupan bekerjaya. e-Book ini merupakan satu inisiatif bagi membantu para kaunselor profesional yang bekerja bersama golongan belia OKU. #WeCare, #WeLove, #WeEmperor! iii
BIODATA RINGKAS PENSYARAH Dr Rafidah Aga Mohd Jaladin (BSc. (Hons) Psych (Uni.Western Australia), M.Couns (Hons) (Malaya), PhD (Monash, Australia)) merupakan seorang pakar psikologi kaunseling yang berkhidmat sebagai Profesor Madya di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Dr Rafidah pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Keluarga Universiti Malaya (UMFRDC) selama 2 tahun (2020-2022). Beliau mempunyai pengalaman professional dalam bidang psikologi kaunseling melebihi 20 tahun sebagai penceramah motivasi, pengamal dan penyelidik kaunseling dan juga pendidik kaunselor. Bidang sub-kepakaran beliau ialah kaunseling pelbagai budaya, intervensi dan kaunseling krisis, pendidikan, penyeliaan dan latihan profesional kaunselor, etika dan profesionalisme, dan literasi dan kaunseling kesihatan mental. Beliau juga merupakan seorang kaunselor berdaftar (KB00196) yang mempunyai perakuan amalan (PA00300) dan HRDF certified trainer (No.5469). Jumlah penerbitan juga melebihi 100 merangkumi artikel jurnal, bab buku, buku, modul pembelajaran, dan artikel dalam media. iv
MUHAMMAD AKMAL BIN MD JEFARI merupakan seorang pelajar jurusan Fakulti Pendidikan Sarjana Muda Kaunseling dengan kepujian di Universiti Malaya. Akmal pernah melanjut pelajaran Diploma pada dalam bidang Pendidikan Islam di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) pada sesi 2018/2021. QI XIXIANG berasal dari Bandar Zhengzhou, Wilayah Henan, China. Kini seorang pelajar yang mengikuti pengajian Sarjana Muda Pendidikan Kaunseling (Kepujian) di Universiti Malaya. Beliau pernah belajar di Sekolah Menengah No. 9 Zhengzhou, di mana dia memenangi hadiah pertama dalam setiap mata pelajaran, anugerah pelajar terbaik. BIODATA PENULIS ZHANG SHIXI Kini beliau berada di tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Malaya. Dia pernah belajar di Sekolah Menengah Atas No.3 Shen Zhen. Dia memenangi banyak anugerah semasa di sekolah, seperti Hadiah Istimewa Pertandingan Debat Pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Shenzhen. JEE CHI YAN merupakan seorang pelajar jurusan Fakulti Pendidikan Sarjana Muda Kaunseling dengan kepujian di Universiti Malaya. Beliau merupakan seorang pelajar lepasan jurusan perakaunan di Kolej Matrikulasi Kedah dengan pencapaian gred CGPA 4.00 pada sesi 2022/2023. TAN SUE FEN merupakan seorang pelajar jurusan Fakulti Pendidikan Sarjana Muda Kaunseling dengan kepujian di Universiti Malaya. Sue Fen pernah malanjutkan pelajaran Tingkatan 6 dalam bidang seni pada sesi 2021/2022. Bidang kepakaran beliau ialah melukis dan menerokai perkara yang baharu. v
PENGHARGAAN ii ISI KANDUNGAN BIODATA RINGKAS PENSYARAH PRAKATA HAK CIPTA TERPELIHARA 1.0 MOTIVASI 1.1 PENGENALAN 1.2 DEFINISI MOTIVASI 1.3 BAGAIMANA BELAJAR MOTIVASI 1.4 SIAPA YANG MEMPERKENALKAN TEORI 1.5 APLIKASI DALAM PEMBELAJARAN 1.6 AKTIVITI PEMBELAJARAN 2.0 INGATAN 2.1 PENGENALAN 2.2 DEFINISI INGATAN 2.3 PERINGKAT INGATAN 2.4 INGATAN DERIA 2.5 INGATAN JANGKA PENDEK 2.6 INGATAN JANGKA PANJANG 2.7 APLIKASI DALAM PEMBELAJARAN 2.8 AKTIVITI PEMBELAJARAN 3.0 PEMBELAJARAN 3.1 PENGENALAN 3.2 DEFINISI PEMBELAJARAN 3.3 BAGAIMANA KITA BELAJAR 3.4 TOKOH PELAZIMAN 3.5 PELAZIMAN KLASIK 3.6 PELAZIMAN OPERAN 3.7 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL 3.8 APLIKASI DALAM PEMBELAJARAN 3.9 AKTIVITI PEMBELAJARAN 1 2 4 5 8 9 12 13 14 15 16 17 18 20 24 25 26 27 28 29 31 33 37 38 39 40 BIODATA PENULIS i iii iv v ISI KANDUNGAN vi vi
4.0 EMOSI 4.1 PENGENALAN 4.2 DEFINISI EMOSI 4.3 KOMPONEN DALAM EMOSI 4.4 TOKOH YANG MEMPERKENALKAN TEORI 4.5 APLIKASI DALAM PEMBELAJARAN 4.6 AKTIVITI PEMBELAJARAN 5.0 KOGNISI 5.1 PENGENALAN 5.2 DEFINISI KOGNISI 5.3 UNIT ASAS KOGNISI 5.4 SEJARAH KOGNISI 5.5 PERKEMBANGAN KOGNITIF 5.6 KEPENTINGAN KOGNISI 5.7 PETUA UNTUK TINGKATKAN KOGNISI 5.8 APLIKASI DALAM PEMBELAJARAN 5.9 AKTIVITI PEMBELAJARAN 6.0 PSIKOLOGI SOSIAL 6.1 PENGENALAN 6.2 DEFINISI PSIKOLOGI SOSIAL 6.3 ASAS PSIKOLOGI SOSIAL 6.4 KEBAIKAN PSIKOLOGI SOSIAL 6.5 KONTEKS TINGKAH LAKU SOSIAL 6.6 KOMUNIKASI BUKAN LISAN 6.7 SIKAP 6.8 PERSAHABATAN DAN CINTA 6.9 AKTIVITI PEMBELAJARAN 41 42 44 46 47 48 50 51 52 53 54 56 57 62 63 64 66 67 68 69 70 72 73 74 76 78 79 7.0 KESIHATAN MENTAL 7.1 PENGENALAN 7.2 DEFINISI KESIHATAN MENTAL 7.3 MEMAHAMI KESIHATAN MENTAL 7.4 FAKTOR MEMPENGARUHI KESIHATAN MENTAL 7.5 EMPAT LANGKAH MENINGKATKAN KESIHATAN MENTAL 7.6 MEMAHAMI STRESS 7.7 PUNCA TEKANAN 7.8 APLIKASI DALAM PEMBELAJARAN 7.9 AKTIVITI PEMBELAJARAN 80 81 83 84 85 87 88 89 90 91 RUJUKAN 92 vii
MOTIVASI IVASI 1
Bagaimanakah kita menggunakan teori motivasi dalam kehidupan? Apa itu motivasi? Bagaimanakah kita belajar tentang motivasi? Mengapakah perlu belajar motivasi? Siapa yang memperkenalkan teori motivasi? PENGENALAN 2
Pernahkah anda fikir tentang “kenapa” “Kenapa kita perlu pergi kelas?” “Kenapa kita perlu belajar?” “Kenapa kita perlu mengambil peperiksaan?” “Kenapa kita perlu berusaha untuk mendapat keputusan yang baik?” Marilah kita lihat jawapannya Ini disebabkan “motivasi” 3
Apa itu motivasi? Motivasi merupakan dorongan atau sebab yang membolehkan seseorang untuk melakukan sesuatu supaya dapat mencapai tujuan tertentu. Motivasi membolehkan tingkah laku seseorang ke arah positif atau negatif. meniru dalam peperiksaan untuk dapat keputusan yang cemerlang. NEGATIF 4
BAGAIMANAKAH KITA BELAJAR TENTANG MOTIVASI? MOTIF PRIMER MOTIF PSIKOLOGI Motivasi Rangsangan Motivasi Afiliasi Motivasi Prestasi Motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik 5
Homeostasis memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan nutrisi dan tenaga dalam tubuh badan seseorang. 2 jenis motif : MOTIF PRIMER keperluan asas yang berkaitan dengan biologi dan penting untuk kelangsungan hidup seseorang contoh keperluan seperti makanan, air, tidur dan sebagainya Apabila seseorang mengalami kelaparan akan berlaku perubahan biologi seperti penurunan glukosa darah. Makanan Setelah makan, keseimbangan homeostasis akan dipulihkan. 6
keperluan psikologikal dan emosi individu terdapat pelbagai jenis motif psikologi seperti : MOTIF PSIKOLOGI Individu mempunyai keperluan untuk mendapat pelbagai keseronokan dan pengalaman baru. MOTIVASI RANGSANGAN MOTIVASI AFILIASI Keinginan individu untuk bersosialisasi dan membina hubungan dengan orang lain. MOTIVASI PRETASI Individu mempunyai keperluan untuk berjaya dalam situasi kompetitif. MOTIVASI INTRINSIK DAN MOTIVASI EKSTRINSIK Motivasi intrinsik merupakan motivasi faktor dalaman dari diri sendiri seperti kepuasan dan ingin tahu. Contoh: Selepas menyelesaikan soalan yang mencabar akan membawa kepuasan kepadanya. Motivasi ekstrinsik merupakan motivasi faktor luaran iaitu seseorang melakukan sesuatu untuk dapat ganjaran. Contoh: Berusaha untuk belajar supaya dapat keputusan yang cemerlang. 7
Siapa yang memperkenalkan teori motivasi kepada kita? Ahli psikologi William McDougall adalah salah satu yang paling utama untuk melaporkan teori naluri motivasi. Clark Leonard Hull merupakan seorang ahli psikologi Amerika yang telah memperkenalkan teori pemacu pada tahun 1943. B. F. Skinner merupakan seorang ahli psikologi Amerika yang terkenal atas sumbangannya dalam membangun teori insentif. 8
Mengapakah kita perlu belajar teori motivasi? Setelah memahami definisi motivasi, cuba anda fikirkan apabila seseorang tidak belajar atau memahami tentang teori motivasi apa akan berlaku? Jika seseorang tidak mempunyai pengetahuan tersebut, mereka akan kurang efektif dalam memotivasikan diri sendiri ataupun mendorong orang lain untuk mencapai sesuatu tujuan. Sebaliknya, apabila seseorang memahami teori motivasi akan membantu mereka lebih memahami tingkah laku diri sendiri dan orang lain supaya mereka dapat menetapkan matlamat dengan lebih berkesan dan kekal bermotivasi serta menyelesaikan pelbagai cabaran. 9
Menurut Abraham Maslow, seseorang dapat meningkatkan motivasi melalui teori hierarki keperluan maslow. Seseorang individu perlu memenuhi keperluan masing-masing berdasarkan tingkat hierarki tersebut untuk meningkatkan motivasi. ABRAHAM MASLOW BAGAIMANAKAH KITA MENGGUNAKAN TEORI MOTIVASI DALAM KEHIDUPAN? 10
Keperluan Fisiologi peringkat yang paling asas untuk seseorang Contoh seperti keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal Keperluan Keselamatan Keselamatan seperti peribadi, kewangan, kesihatan dan sebagainya Keperluan Sosial keperluan merasai dicinta dan perasaan “kekitaan” Seseorang perlu saling menyayangi dengan ahli keluarga, rakan dan lain-lain Keperluan Penhargaan Diri Pada peringkat ini, seseorang mula mementingkan harga diri Contoh seperti pencapaian yang diperolehi dan pengiktirafan daripada orang lain Keperluan Hasrat Diri tahap tertinggi dan paing sukar dicapai Keperluan untuk mencapai cita-cita diri sendiri mengikut potensi seseorang 11
Pada pendapat anda, bagaimanakah teori motivasi membolehkan anda dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan? AKTIVITI PEMBELAJARAN Cuba anda fikirkan bagaimanakah motivasi mengekalkan minda yang positif di sekolah? 12
INGATAN 13
Apa itu ingatan? Bagaimana pemprosesan maklumat berlaku? Apa itu Ingatan Jangka Panjang? Apa itu Ingatan Deria? Apa itu Ingatan Jangka Pendek? Mengapa penting belajar ingatan? 14
Ingatan adalah asas dalam kehidupan harian. Ingatan sangat penting untuk kita kerana hidup tanpa ingatan adalah sangat mustahil. Ingatan adalah kebolehan untuk mengingati tentang siapa diri kita, siapa orang sekeliling, pengalaman lepas dan sebagainya. Semua manusia percaya bahawa ingatan mereka adalah tepat dan betul. Namun kenyataannya ingatan adalah tidak lengkap dan tepat. Apa itu ingatan? Ingatan adalah penyimpanan maklumat yang dipelajari untuk diambil semula dan kegunaan masa akan datang. Mengapa penting untuk kita belajar tentang ingatan? 15
Ingatan Deria adalah peringkat pertama dalam menerima dan memproses maklumat. Ingatan Jangka Pendek pula adalah peringkat kedua selepas pemprosesan maklumat dari Ingatan Deria. Ingatan Jangka Panjang merupakan peringkat ketiga atau terakhir dalam pemprosesan maklumat bagi ingatan. Bagaimana pemprosesan maklumat berlaku? Pemprosesan maklumat berlaku dengan tiga peringkat iaitu INGATAN DERIA, INGATAN JANGKA PENDEK dan INGATAN JANGKA PANJANG. 16
INGATAN IKONIK (VISUAL) Ingatan yang mencatat maklumat dari penglihatan. . INGATAN AUDIOSTIK (MENDENGAR) Ingatan yang membolehkan kita mendiskriminasi dan mengenali bunyi semua jenis. INGATAN KINESTETIK (RASAI) Ingatan yang membolehkan kita untuk memeriksa objek dengan sentuhan. Apa itu Ingatan Deria (ID)? Ingatan deria adalah mengingat imej untuk masa yang singkat (saat atau kurang) daripada setiap deria sehingga ia boleh diproses melalui INGATAN IKONIK (VISUAL), INGATAN AUDIOSTIK (MENDENGAR) dan INGATAN KINESTETIK (RASAI). 17
IJPe mengekod maklumat yang dihasilkan dari ID ke bentuk peyimpanan yang sesuai untuk disimpan dalam Ingatan Jangka Panjang (IJPa). Maklumat hanya kekal di dalam IJPe selama 30 saat melainkan jika maklumat tersebut diingat melalui latihan pengekodan. IJPe akan mengingat dalam 5 hingga 9 bit tetapi secara puratanya 7 bit. Pengekodan ialah teknik untuk penyimpanan maklumat yang berkesan dalam IJPa. Apa itu Ingatan Jangka Pendek (IJPe)? 18
Teknik pengekodan yang berkesan dalam menyimpan maklumat ialah : Teknik Chunking (Ketulan) Chunking adalah cara untuk mengatasi kapasiti terhad 5-9 bit (maklumat) itu dalam bentuk kumpulan. Dengan cara Chunking, kita telah mengurangkan 20 bit kepada 5 bit dimana setiap bit itu mempunyai lebih banyak maklumat yang dikumpulkan. Penggunaan chunk yang berkesan dapat meningkatkan ingatan sebanyak 25%. Mnemonik ialah teknik mengingati maklumat yang berkait dengan maklumat yang lebih ringkas dan mudah. Teknik Mnemonik (Untuk Mengingati) Muallimah (ARAB) - Guru Perempuan Mak Limah Babun (ARAB) - Pintu Baboon (Haiwan) Satu siri nombor : Cara Chunking : 1511014565858467 1511 1 bit 014 2 bit 565 3 bit 858 4 bit 467 5 bit Contoh perkataan yang boleh dikaitkan dengan maklumat yang mudah bertujuan untuk kita mengingati maklumat yang kita baru belajar. 19
PROSEDURAL Ingatan tentang kemahiran. EPISODIK Ingatan tentang episod khusus dalam kehidupan. SEMANTIK Ingatan tentang makna perkataan, simbol dan maklumat lain. Apa itu Ingatan Jangka Panjang (IJPa)? Maklumat yang disimpan di dalam IJPa akan kekal bergantung dengan situasi dan keadaan seseorang. IJPa terbahagi kepada TIGA jenis iaitu : 20
PROSEDURAL Ingatan ini menyimpan kemahiran motor yang berlaku secara tidak sedar. Ini membolehkan seseorang itu berinteraksi dengan persekitarannya. Contoh kemahiran motor adalah bermain bola sepak. Individu yang melihat permainan bola sepak akan dapat menendang bola walaupun dia tidak pernah bermain bola sepak sebelumnya. Ini dipanggil Ingatan Prosedural. EPISODIK Ingatan ini menyimpan kenangan atau memori yang pernah seseorang itu lalui sebelum ini dalam hidupnya. Contoh, sambutan ulang tahun kelahiran. Setiap orang pasti akan mengingati sambutan ulang tahunnya secara sedar kerana ia merupakan kenangan terindah yang pernah berlaku dalam hidupnya. 21
SEMANTIK Ingatan jangka panjang yang menyimpan maklumat tentang makna perkataan, simbol dan maklumat lain di sekeliling kita. Contohnya, melihat gambar animasi dari cerita animasi Boboiboy mengingatkan kita tentang kebolehan dan jalan cerita animasi itu. Namun terdapat fenomena di dalam IJPa yang dipanggil Kesan Kedudukan Bersiri iaitu fenomena ini di mana menunjukkan ingatan untuk perkara pertama dan terakhir dalam senarai panjang lebih mudah berbanding perkara di pertengahan senarai. KEUTAMAAN (PRIMACY) KEMUDIAN (RECENCY) 22
KEUTAMAAN (PRIMACY) Penerimaan maklumat pertama yang lebih berkemungkinan untuk diingati. KEMUDIAN (RECENCY) Penerimaan maklumat yang terakhir akan berkemungkinan untuk diingati tetapi maklumat pertengahannya (selepas pertama dan sebelum terakhir) akan kurang diingati. Cara untuk menyimpan maklumat dalam Ingatan Jangka Panjang adalah dengan Latihan Elaboratif. Latihan Elaboratif Teknik pembelajaran yang menyimpan maklumat menjadi bermakna, kerana melibatkan pemikiran tentang makna suatu istilah yang akan diingat. Ingatan prosedural adalah ingatan tentang __________ ? Contohnya 23
Bau nasi lemak di dalam kelas mengingatkan kita kepada kelazatan makanan itu dan tidak sabar untuk menjamu pada waktu rehat. (INGATAN DERIA) Menghafal sifir kepada 9 bit dengan cara mudah untuk mengingatinya. (INGATAN JANGKA PENDEK - CHUNKING) Sambutan Hari Guru di sekolah penuh dengan keceriaan di mana murid-murid memberi hadiah kepada guru yang berkhidmat kepada mereka. (INGATAN JANGKA PANJANG - EPISODIK) APLIKASI DALAM PEMBELAJARAN 24
AKTIVITI PEMBELAJARAN Sebagai pelajar sekolah, apakah cara terbaik untuk meningkatkan dan mengekalkan penyimpanan maklumat di dalam ingatan? Bagaimana pelajar dapat mengaitkan situasi harian di sekolah dengan ingatan yang telah dipelajari? 25
A+PEMBELAJARAN 26
Apa itu Pembelajaran? Apakah pandangan Pakar terhadap Pembelajaran? Bagaimana kita belajar? Apakah itu Teori Pembelajaran Sosial? Apakah itu Pelaziman Operan? Apakah itu Pelaziman Klasik? Kenapa teori pembelajaran itu penting? Siapakah yang memperkenalkan teori Pembelajaran? 27
Pembelajaran dinilai dari perubahan tingkahlaku dan prestasi Hasil Pembelajaran dinilai dari perubahan ingatan Pembelajaran adalah hasil dari pengalaman Pembelajaran adalah sesuatu yang kekal PERUBAHAN TINGKAHLAKU DAN PRESTASI KEKAL YANG TERHASIL DARI PENGALAMAN. APA ITU PEMBELAJARAN ? APA ITU PEMBELAJARAN ? Definisi pembelajaran terdiri kepada beberapa komponen iaitu.... Definisi pembelajaran terdiri kepada beberapa komponen iaitu.... 28
Bagaimana kita Belajar? Pembelajaran terbahagi kepada tiga teori iaitu.... PELAZIMAN KLASIK TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL PELAZIMAN OPERAN TIGA TEORI INI AMAT PENTING DALAM MELIBATKAN TINGKAHLAKU HARIAN KITA 29
Proses konstruktif yang melibatkan pengorganisasian informasi dan pengalaman ke dalam struktur kognitif yang ada. Perubahan tingkah laku yang relatif permanen yang terjadi sebagai hasil dari pengalaman. Proses sosial di mana individu belajar melalui interaksi dengan orang lain. Proses pengembangan kemampuan untuk memecahkan masalah yang timbul dalam interaksi dengan lingkungan. JEAN PIAGET AHLI PSIKOLOGI SWISS Apakah pandangan para pakar terhadap pembelajaran? B.F. SKINNER AHLI TINGKAHLAKU AMERIKA LEV VYGOTSKY AHLI PSIKOLOGI SOVIET JOHN DEWEY AHLI PSIKOLOGI AMERIKA 30
IVAN PAVLOV Ivan Pavlov memperkenalkan Pelaziman Klasik atau dikenali sebagai Pembelajaran Refleksif. B.F. SKINNER B.F Skinner memperkenalkan Pelaziman Operan yang dipelajari melalui kesan dari tingkahlaku. ALBERT BANDURA Albert Bandura memperkenalkan Teori Pembelajaran Sosial iaitu kognisi sosial. SIAPA PULA YANG MEMPERKENALKAN TEORI PEMBELAJARAN INI? setiap teori ini diperkenalkan oleh TOKOH yang berbeza. iaitu.... (Ahli Fisiologi Russia) (Ahli Tingkahlaku Amerika) (Ahli Psikologi Kanada) 31
Pelaziman Klasik ini menunjukkan bahawa kita akan beri responsif terhadap persekitaran yang pernah kita alami sebelumnya. Kenapa kita perlu belajar teori pembelajaran ini? Setiap tingkahlaku harian kita sangat berkait dengan teori pembelajaran ini. Sebagai contoh, mendengar lagu yang tertentu mengingatkan kita kepada kawan kita yang sangat meminati lagu itu. Itulah gerakbalas responsf kita. Pelaziman Operan ini lebih kepada tingkahlaku sukarela dimana kita akan lebih bersemangat jika diberi penghargaan dan akan jadi malas jika diabaikan. Sebagai contoh, ibu memasakkan makanan kegemaran tanda penghargaan kerana membasuh pinggan akan membuatkan kita akan lebih bersemangat untuk melakukannya semula. Teori Pembelajaran Sosial adalah tingkahlaku yang melibatkan pemerhatian persekitarannya. Sebagai contoh, seseorang akan mejadi pemarah kerana sering dimarahi ibu bapanya. 32
Apakah itu pelaziman klasik ? Bagaimana pelaziman klasik ditemukan? pelaziman ini ditemukan ketika ivan pavlov sedang melihat anjingnya mengeluarkan air liur ketika waktu makan. beliau JUGA MELIHAT anjingnya merembeskan air liur walaupun makanan belum terhidang. Rangsangan yang memerlukan keupayaan untuk menghasilkan gerakbalas responsif yang asalnya dihasilkan oleh rangsangan berbeza. Pelaziman Klasik ialah pembelajaran menerusi perkaitan atau juga dikenali sebagai pembelajaran refleksif. BELIAU MENDAPATI BAU SERBUK DAGING DAN JUGA BUNYI DARI BEKAS MAKANAN JUGA BERKAIT DENGAN REMBESAN AIR LIUR ANJINGNYA. Ivan Pavlov menyedari bahawa anjing mengaitkan bunyi dengan penghantaran makanan. Maka beliau menggunakan kaedah membunyikan loceng (sebagai rangsangan) untuk melihat responsif daripada anjingnya (rembesan air liur) 33
01 RANGSANGAN TIDAK LAZIM (RTL) Rangsangan semulajadi yang menghasilkan gerakbalas. 03 RANGSANGAN NEUTRAL (NS) Rangsangan bukan secara semulajadi menghasilkan gerakbalas yang berkait dengan rangsangan tidak lazim. 02 GERAKBALAS TIDAK LAZIM Gerakbalas semulajadi apabila diberi rangsangan tidak lazim (semulajadi) 04 RANGSANGAN TERLAZIM (RT) Sebarang rangsangan yang akan secara semulajadi menyebabkan gerakbalas terlazim. 05 GERAKBALAS TERLAZIM (GT) Gerakbalas yang berlaku apabila diberikan rangsangan terlazim Air liur dirembeskan TERMINOLOGI UTAMA 34
RTL GTL RT tiada rembesan air liur Sebelum Pelaziman RTL loceng dibunyikan berkali kali GTL Semasa Pelaziman RT gt Selepas Pelaziman 35
Namun, gerakbalas terlazim ini akan terhapus jika rangsangan terlazim tidak diberikan. Prinsip ini dipanggil PENGHAPUSAN. Tetapi adakah gerakbalas terlazim ini dapat diaplikasikan semula? Dan adakah bunyi lain seakan loceng dapat menghasilkan pelaziman ini? Baik. Prinsip ini dipanggil PEMULIHAN SPONTAN yang berlaku apabila rangsangan terlazim diberi semula secara tiba-tiba akan menimbulkan gerakbalas terlazim. Apabila terdapat rangsangan yang hampir sama dengan rangsangan asal menyebabkan individu bergerakbalas terhadapnya ini dipanggil GENERALISASI RANGSANGAN. Akan tetapi, apabila individu itu mempunyai keupayaan untuk membezakan antara dua rangsangan yang berbeza pula dipanggil DISKRIMINASI RANGSANGAN. 36
Apa itu peneguhan? Peneguhan terbahagi kepada dua iaitu PENEGUHAN POSITIF dan PENEGUHAN NEGATIF. Tetapi terdapat satu lagi konsep yang diperkenalkan oleh B.F Skinner iaitu DENDAAN. Apa itu Pelaziman Operan? Pelaziman Operan adalah tingkahlaku sukarela yang boleh dikawal. Ia akan diperkuatkan (semangat untuk melakukannya lagi) jika diberi peneguhan, tetapi akan lemah (tiada atau kurang keinginan untuk melakukannya semula) jika dihukum. PENEGUHAN POSITIF PENEGUHAN NEGATIF DENDAAN Memberikan rangsangan yang menggembirakan seperti hadiah atau makanan. Penangguhan/penghapusan rangsangan seperti tiada penghargaan. Memberi rangsangan yang menyakitkan seperti rotan atau ketuk ketampi. 37
Apa itu Teori Pembelajaran Sosial? Teori Pembelajaran Sosial merupakan pendapat daripada Albert Bandura iaitu pembelajaran melalui pemerhatian dan meniru tingkah laku orang lain. Terdapat empat Proses Pembelajaran Pemerhatian iaitu : kebolehan mengingat Setiap tingkah laku yang diperhatikan akan dikod dan disimpan di dalam ingatan proses produksi Pemerhati berupaya untuk menterjemah apa yang disimpan di dalam ingatan kepada tingkah laku yang nyata. motivasi Individu perlu diberikan motivasi yang secukupnya untuk menunjukkan tingkah laku yang tertentu. Individu akan meniru model melalui pemerhatian mereka. Model yang biasanya ditiru terdiri daripada rakan sebaya, ahli keluarga, orang terpengaruh dan orang yang berada di sekitarnya. Contohnya, belajar awal pagi kerana abangnya yang berjaya belajar setiap awal pagi. Proses Memerhati 38
APLIKASI DALAM PEMBELAJARAN Bunyi pada awal pagi menandakan mula waktu persekolahan dan murid semua berkumpul di dewan perhimpunan. (PELAZIMAN KLASIK) Guru memberikan hadiah kepada pelajar kerana mendapat markah ujian tertinggi. (PELAZIMAN OPERAN) Pelajar fokus dalam kelas kerana pelajar cemerlang di dalam kelas sangat menumpukan perhatian ketika sesi belajar. (TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL) 39
AKTIVITI PEMBELAJARAN APAKAH CONTOH PELAZIMAN KLASIK DAN PELAZIMAN OPERAN YANG KITA BOLEH KAITKAN DI SEKOLAH? APAKAH CONTOH LAIN YANG BERKAIT DENGAN PELAJAR TENTANG TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL? 40
EMOSI 41
Apa itu motivasi? Bagaimanakah kita belajar tentang emosi? Siapa yang memperkenalkan teori emosi? Mengapakah perlu belajar emosi? Bagaimanakah kita menggunakan teori emosi dalam kehidupan? PENGENALAN 42