The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku panduan ringkas yang membantu mahasiswa membuat persiapan diri sebelum melangkah ke alam kerjaya

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anis_akmil, 2022-07-12 22:15:39

Strategi Sukses Mencari Pekerjaan

Buku panduan ringkas yang membantu mahasiswa membuat persiapan diri sebelum melangkah ke alam kerjaya

Keywords: kerjaya,resume,career,best candidate,interview

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

STRATEGI SUKSES MENCARI
PEKERJAAN

Mohamad Ashaari Awab K.B P.A
Ansarul Haq Tahrir Adli K.B P.A
Noorihayatti Nooruddin K.B P.A

Kamariah Derasol K.B P.A
Mohd Redzuan Zamberi K.B P.A

Rafidah Sadaruddin K.B P.A
Dr. Mazila Ghazali K.B P.A
Wan Azurani Wan Ahmad K.B P.A
Haniff Abdullah Hashim K.B P.A

Kemelia Omar K.B P.A
Mohd Za’im Rosli K.B P.A
Syarifah Sheril Azlin Syed Baharin K.B P.A

HAKCIPTA
BAHAGIAN KAUNSELING UPM . 2020

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN
Strategi Sukses Mencari Pekerjaan adalah buku panduan ringkas bagi
membantu mahasiswa UPM membuat persiapan sebelum memasuki alam
pekerjaan. Buku ini tidak menggunakan istilah yang terlalu tinggi laras
bahasanya dan praktikal dengan perkembangan strategi mencari pekerjaan
yang terkini.
Penulisan buku ini disediakan sebagai rujukan pantas, langkah demi langkah
untuk membantu mahasiswa membuat persediaan. Pelbagai sumber rujukan
terkini dan grafik dari laman web juga digunakan untuk memudahkan
pemahaman.
Berdasarkan pengalaman kaunselor yang telah mempunyai pelbagai
pengalaman dalam membantu klien mahasiswa, buku ini dilahirkan dengan
berfokus kepada aspek perancangan kerjaya, persediaan sebelum, semasa
dan selepas menghadiri temuduga.
Kami yakin, dengan persediaan yang rapi, anda pasti menyerlah berbanding
calon lain.
Selamat membaca & kami doakan kejayaan anda.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

Editor
Dr. Sharil Nizam Sha’ri
Mohamad Ashaari Awab K.B P.A
Ansarul Haq Tahrir Adli K.B P.A
Noorihayatti Nooruddin K.B P.A
Kamariah Derasol K.B P.A

Pengarang
Mohamad Ashaari Awab K.B P.A
Ansarul Haq Tahrir Adli K.B P.A
Noorihayatti Nooruddin K.B P.A
Kamariah Derasol K.B P.A
Dr. Mazila Ghazali K.B P.A
Mohd Redzuan Zamberi K.B P.A
Rafidah Sadaruddin K.B P.A
Wan Azurani Wan Ahmad K.B P.A
Haniff Abdullah Hashim K.B P.A
Kemelia Omar K.B P.A
Mohd Za’im Rosli K.B P.A
Syarifah Sheril Azlin Syed Baharin K.B P.A

Rekabentuk Kulit Buku
Sarasvathy a/p Morthy

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

ISI KANDUNGAN

SEKAPUR SIREH ……………………………………………………………………………………………… xi

1. PENGENALAN.................................................................................................1
2. MATLAMAT KERJAYA .....................................................................................4
3. STRATEGI MENCARI PEKERJAAN ...................................................................24

MENCARI PEKERJAAN DALAM TALIAN DAN LUAR TALIAN .................................. 26
MENCARI PEKERJAAN DI LUAR TALIAN................................................................ 30
4. RESUME………………………………………………………………………………………………………..32
5. VIDEO RESUME ............................................................................................41
6. PERSEDIAAN MENGHADIRI TEMUDUGA........................................................49
JENIS – JENIS PERSEDIAAN MENGHADIRI TEMUDUGA....................................... 51

PERSEDIAAN MENTAL ...................................................................................... 52
PERSEDIAAN EMOSI ......................................................................................... 53
PERSEDIAAN SPIRITUAL ................................................................................... 53
PERSEDIAAN FIZIKAL ........................................................................................ 54
7. PENAMPILAN DIRI SEMASA TEMUDUGA .......................................................55
TINGKAHLAKU SEMASA TEMUDUGA................................................................... 65
KOMUNIKASI SEMASA TEMUDUGA..................................................................... 66
PERKONGSIAN PENGALAMAN SEBAGAI PENEMUDUGA ..................................... 68
8. STRATEGI PASCA TEMUDUGA .......................................................................72
9. PENUTUP .....................................................................................................77
10. BIBLIOGRAFI……………………………………………………………………………………………….78

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

SEKAPUR SIREH

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur yang setulusnya dipanjatkan ke
hadrat Allah SWT yang telah memberikan rahmat dan hidayah Nya di
atas kejayaan Bahagian Kaunseling UPM menghasilkan buku Strategi
Sukses Mencari Pekerjaan yang merupakan bacaan ilmiah kepada
semua pembaca khususnya para graduan.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada para Kaunselor Bahagian Kaunseling
UPM yang telah menggembleng tenaga, masa dan komitmen yang
jitu dalam memastikan buku ini berjaya dihasilkan.

Selain itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Dr. Sharil
Nizam Sha’ri (Pensyarah Kanan) dari Fakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi selaku editor buku yang telah memberikan kerjasama
dalam memastikan buku ini terhasil dengan baik. Tidak dilupakan,
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung selama menghasilkan buku ini.

Akhir kata, besarlah harapan saya agar buku ini dapat memberi
manfaat kepada semua pembaca dan seterusnya dapat diaplikasikan
dalam memburu kerjaya yang diimpikan. Semoga berjaya dalam
mengejar cita-cita dan menjadi insan hebat yang dapat berbakti kepada
masyarakat dan negara.

Sekian. Terima kasih.

DR. MAZILA GHAZALI (K.B,P.A)
Ketua
Bahagian Kaunseling UPM
Universiti Putra Malatysia

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

1

PENGENALAN

“Adakah saya akan menganggur setelah tamat pengajian?”
Persoalan ini sering difikirkan oleh mahasiswa yang mengambil berat
tentang hala tuju pekerjaan selepas bergraduat. Namun begitu, ada juga
yang mengambil ringan, dan hanya mengikut arus, hanya menunggu dan
mengambil tindakan selepas tamat pengajian. Hakikatnya, pada masa kini,
pasaran pekerjaan bagi graduan agak sengit. Oleh itu, anda perlu bersedia
awal untuk membina kekuatan diri, mengasah bakat, menceburi aktiviti di
universiti bagi meletakkan diri anda lebih berdaya saing dan ‘istimewa’ di
mata bakal majikan.

Berdasarkan data infografik dari Kementerian Pelajaran Malaysia,
kadar kebolehpasaran graduan bagi tahun 2018 di universiti awam adalah
79.3%. Daripada jumlah keseluruhan graduan pada tahun yang sama, 32.1 %
graduan bekerja dalam sektor profesional. Dengan cabaran menghadapi
perkembangan ekonomi revolusi perindustrian 4.0, mahasiswa perlu
didedahkan dengan pelbagai aspek ilmu dan kemahiran yang sesuai dengan
kehendak majikan dan keperluan semasa alam pekerjaan.

“Bagaimanakah caranya untuk bermula?”
Buku ini disusun mengikut keperluan anda. Sebaik- baiknya, bacalah
mengikut urutan dan lakukan aktiviti yang disusun khas buat anda. Sebagai
langkah pertama, niatkan tujuan anda untuk mencari pekerjaan adalah untuk
mendapat pekerjaan yang terbaik buat diri anda, keluarga dan boleh anda
gunakan untuk menyumbang balik kepada masyarakat, agama dan negara.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

2

Tahukah anda? Mengikut tinjauan yang dibuat kepada individu yang
berjaya di dalam negara dan luar negara, majoriti mereka mempunyai set
pemikiran yang sama iaitu “giving mindset”. Sesuai dengan Motto UPM
“Berilmu Berbakti”, berikan yang terbaik dalam proses anda mendapatkan
pekerjaan dan apabila anda telah menjawat sebarang jawatan.

Sekiranya anda ingin memberikan yang terbaik dan mendapatkan
yang terbaik, perlulah anda mengenali diri anda dan matlamat kerjaya anda
terlebih dahulu. Hal ini adalah penting agar anda tidak terikat kepada kerja,
tetapi anda menyukai kerja anda dan menjadikannya sebagai kerjaya yang
memberi kepuasan kepada diri anda.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

MATLAMAT KERJAYA

4

MATLAMAT KERJAYA

Sebelum anda menceburi alam pekerjaan, adalah penting bagi anda
mempunyai matlamat kerjaya. Dengan adanya matlamat kerjaya, anda
mempunyai fokus dalam bidang kerjaya yang akan diceburi dan mempunyai
perancangan jangka masa sederhana dan jangkamasa panjang dari aspek
perkembangan kerjaya.

Amir Awang (1983) menyatakan bahawa tiga sebab mengapa
berlakunya kesukaran dalam membuat keputusan pemillihan kerjaya di
kalangan individu:

a. Masalah tidak boleh membuat keputusan disebabkan seseorang itu
mempunyai minat dalam pelbagai bidang, minat tidak jelas atau tidak
mempunyai minat langsung terdapat apa-apa sahaja kerja.

b. Ketiadaan kesempurnaan semasa membuat pilihan iaitu pelajar tidak
dapat mengagak dengan baik akan personalitinya, minatnya,
kebolehannya, dan pencapaiannya menyebabkan pilihan kerjaya
yang dibuat tidak setimpal dengan sifat-sifat peribadinya.

c. Kekurangan pengetahuan dan maklumat tentang dunia pekerjaan
yang akhirnya menimbulkan masalah identiti kepada individu
tersebut.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

5

Justeru itu, bab ini akan membantu anda bagi menetapkan matlamat kerjaya
anda. Terdapat empat (4) subtopik yang ada dalam bab ini iaitu:

1. Mengetahui Kesediaan Kerjaya,
2. Kenal Diri,
3. Kenal Dunia Pekerjaan,
4. Membina Matlamat Kerja (memilih kerjaya yang bersesuaian

dengan diri)

1. Kesediaan untuk Mencari Pekerjaan

Anda perlu bertanya pada diri sendiri apa yang anda mahu lakukan
setelah tamat pengajian? Adakah anda mahu ada mahu mencari
pekerjaan, menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi,
mengikuti program sklim latihan graduan, berniaga dan sebagainya.
Jika anda masih keliru, anda boleh mendapatkan bimbingan dari
pihak kaunselor agar anda boleh membuat pilihan dan lebih bersedia
untuk memulakan proses mencari pekerjaan.

2. Kenal Diri

Manusia mempunyai personaliti yang terbentuk hasil dari
perkembangan perbadi, cara dibesarkan, persekitaran, corak
pemikiran dan sebagainya.Mengenali personaliti ini sangat penting
dalam menentukan sama ada sesuatu pekerjaan tersebut sesuai
dengan diri anda atau pun sebaliknya. Oleh itu adalah adalah penting
untuk anda mengenali diri sendiri sebelum menceburi sesuatu kerjaya
untuk memberi petunjuk kepada daya saing, kompetensi,
perkembangan kendiri dan ketahanan.Terdapat pelbagai kaedah dan
pendekatan yang boleh digunakan untuk mengenal diri, namun
kaedah yang paling popular ialah dengan penggunaan teknik

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

6

psikometrik yang melibatkan penggunaan ujian-ujian psikologi yang
meliputi ujian minat kerjaya, ujian personaliti dan ujian nilai pekerjaan.

2.1 Kenal Diri Secara Manual

Sekiranya anda berminat untuk mengenali personaliti, anda boleh
berjumpa dengan kaunselor bagi melaksanakan ujian personaliti
tersebut. Antara alat ujian yang boleh diambil oleh anda dalam
membantu anda mengenali diri anda dalam membuat keputusan
kerjaya adalah seperti:

a) Inventori Minat Kerja Sidek (IMKS)
IMKS adalah satu alat pengukuran untuk menentukan minat individu
tentang sesuatu aktiviti dalam pekerjaan-pekerjaan yang khusus
berdasarkan persekitaran kerja. Ujian minat kerjaya secara umumnya
boleh mengenal pasti potensi individu daripada susunan minat. IMKS
ini telah dibina oleh Sidek Mohd Noah (1996), yang terdiri daripada
160 item. IIMKS boleh digunakan untuk menentukan minat kerjaya
individu terhadap aktiviti pekerjaan dalam bidang-bidang berikut:

I. Tema Realistik
II. Tema Investigatif
III. Tema Artistik
IV. Tema Sosial
V. Tema Enterprising
VI. Tema Conventional.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

7

Tema Realistik

Jenis personaliti Realistik adalah jenis individu  Tidak Sosial
yang mempunyai kemahiran etletik atau  Materialistik
mekanikal. Suka bekerja dengan objek, mesin,  Suka Menyendiri
peralatan, tumbuhan dan binatang. Lebih suka  Akur
bekerja di luar bangunan dari dalam bangunan.  Natural
 Tidak Fleksibel
Contoh pekerjaan Realistik : Jurutera Awam,  Jujur
Jurutera Automobil, Jurutera Keretapi, Jurutera  Berhemah
Mekanikal, Operator Mesin, Mekanik Kapal  Tulin
terbang, Mekanik Kereta, Juruteknik Elektronik,  Keras Hati
Ahli Ilmu Perkebunan, Tukang Besi, dan Tukang  Tiada/Kurang Celik Akal
Kayu.  Keras Kepala
 Praktikal
 Tidak Melibatkan Diri

Tema Investigatif

Jenis personaliti Investigatif adalah jenis individu  Analitikal
yang suka membuat pemerhatian, mempelajari  Autonomi
sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis,  Rasional
menilai dan menyelesaikan masalah melalui  Berhati-hati
penyelidikan. Individu jenis Investigatif juga  Intelektual
mempunyai kemahiran saintifik dan matematik  Menyisihkan Diri
serta meminati kerjaya-kerjaya saintifik dan  Kritikal
beberapa kerjaya bercorak teknikal.  Introspektif
 Pendiam
Contoh pekerjaan Investigatif :  Kompleks
 Pesimistik
Doktor Perubatan, Pakar Bedah, Doktor Gigi,  Rendah Hati
 Ingin Tahu
Ahli kajicuaca, Ahli Biologi, Ahli Botani, Ahli  Jitu
Agronomi, Ahli fizik, Ahli Kaji Bintang, Ahli Kimia,  Tidak Popular
Ahli Kajibumi, Pegawai Sains, Penyelidik Sains,
Ahli Psikologi dan

Ahli Antropologi.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

8

Tema Artistik

Jenis personaliti Artistik adalah jenis individu  Rumit
yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif.  Imaginatif
Mereka mempunyai kebolehan intuisi dan suka  Intuitif
bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang  Tunggang-terbalik
berstruktur. Mereka juga tidak selesa dengan  Tidak Praktikal
kerjaya berstruktur tinggi, rutin atau berulang-  Tidak Akur
ulang. Dalam kebanyakan hal, mereka selalunya  Emosional
menggunakan imaginasi dan kreativiti.  Impulsif
 Tulin
Contoh Pekerjaan Artistik : Arkitek, Penyair,  Ekspresif
Pemimpin Orkestra, Penyanyi Konsert,  Bebas
Pengubah Lagu, Pelakon, Pengarang, Pelukis  Sensitif
Perdagangan, Pelukis Potret, Wartawan, Pelukis  Idealistik
Kartun Dan Juruhias Dalaman.  Introspektif
 Terbuka

Tema Sosial

Jenis personaliti Sosial adalah jenis individu  Berpengaruh
 Suka Menolong
yang suka bekerja dan berinteraksi dengan  Bertanggungjawab
 Bekerjasama
manusia. Mereka berminat dalam  Idealistik
 Sosial
memberitahu, menolong, melatih,  Sabar
 Empati
memperkembang, mengubati serta membuat  Bijaksana
 Peramah
kebajikan pada orang lain. Mereka mempunyai  Pemurah
 Memahami
kemahiran mengguna kata-kata serta mahir  Mesra
 Pemujuk
berkomunikasi dengan orang lain. Matlamat

utama mereka adalah membuat kebajikan.

Contoh pekerjaan Sosial : Ahli Sosiologi, Guru,
Pengetua Sekolah, Jururawat, Pegawai
Perhubungan Awam, Pengarah Kem Belia,
Pengarah Agensi Kebajikan, Kaunselor
Kerjaya dan Kaunselor Peribadi.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

9

Tema Enterprising

Jenis personaliti enterprising adalah jenis  Sukakan Pencapaian
individu yang suka bekerja dan berinteraksi  Bertenaga
dengan manusia. Mereka mempunyai minat  Suka Mengembara
dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin  Suka Menunjuk
dan mengurus individu lain. Mereka juga pandai  Optimistik
dan mahir memanipulasi orang lain. Matlamat  Mudah Bersetuju
akhir mereka adalah untuk mencapai  Menggembirakan
keuntungan organisasi dan keuntungan  Yakin Diri
ekonomi.  Bercita-cita Tinggi
 Berusaha
Contoh pekerjaan Enterprising: Spekulator,  Sosial
Aktuaris, Eksekutif Pengiklanan, Eksekutif  Angkuh
Perniagaan, Pengarah Syarikat, Pengarah  Ekstrovert
Publisiti, Peguam, Ahli Politik, Pengurus Hotel,  Suka Bercakap
Pengurus Bank Dan Jurujual Insuran.

Tema Conventional

Jenis personaliti conventional adalah jenis  Berhati-hati
individu yang suka bekerja dengan data dan  Sukar Dilentur
nombor. Mereka mempunyai kemahiran dalam  Tabah Hati
bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan  Akur
dan kemahiran dalam mengguna nombor.  Memendam Perasaan
Mereka selalunya melakukan sesuatu secara  Praktikal
terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.  Teliti
 Mengikut Aturan
Contoh pekerjaan Conventinal : Akauntan, Guru  Bersopan Santun
Perdagangan, Guru Perakaunan, Penyimpan  Defensif
Kira-kira, Jurutrengkas, Kerani Bank, Pakar  Menurut Perintah
Cukai, Kerani Gaji, Operator Komputer, Penilai  Cermat
Harta, Jurujual Insuran Dan Kerani Insuran.  Cekap
 Berstruktur
 Tidak Imaginatif

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

10

b) Inventori Personaliti Sidek
IPS ialah inventori atau ujian untuk mengenal pasti ciri-ciri atau tret-
tret personaliti individu. Ujian personaliti IPS mengandungi 160 item
yang menerangkan 16 ciri personaliti berikut:

Agresif
Tret personaliti yang menunjukkan individu terlalu kritikal terhadap
orang lain, tegas, berani dan tidak suka dimanipulasi.

Analitikal
Tret personaliti yang menunjukkan individu sangat sensetif kepada
persekitaran, suka membuat pemerhatian dan akan menganalisis
sesuatu perkara sebelum membuat sesuatu keputusan.

Autonomi
Tret personaliti yang menunjukkan individu suka bergantung lebih
sukakan kebebasan dalam tindakannya dan dapat mengawal dan
menentukan aktiviti-aktiviti hariannya.

Bersandar
Tret personaliti yang menunjukkan individu suka bergantung kepada
orang lain dan memerlukan bantuan orang lain dalam membuat
keputusan.

Ekstovert
Tret personaliti yang menunjukkan individu suka dikelilingi,
berinteraksi dan bekerja dengan orang ramai.

Intelektual
Trait personaliti yang menunjukkan individu berminat kepada aktiviti-
aktiviti yang memberikan cabaran daripada segi intelektual.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

11

Introvert
Trait personaliti yang menunjukkan individu suka mengelak situasi-
situasi yang akan memaksa mereka berkomunikasi dengan orang
ramai di samping suka bersendirian menyelesaikan sesuatu tugasan.

Kepelbagaian
Trait personaliti yang menunjukkan individu dapat menghayati
berbagai-bagai situasi bagi mendapatkan pengalaman yang baru ke
arah perubahan yang berterusan.

Ketahanan
Trait personaliti yang menunjukkan individu yang cekal dan
bermotivasi untuk menghabiskan atau menyelesaikan semua tugas.

Kritik-Diri
Trait personaliti yang menunjukkan individu yang tidak stabil dari segi
emosi dan psikologi.

Mengawal
Trait personaliti yang menunjukkan individu suka mengawal orang lain
atau lebih dan suka memimpin daripada dipimpin.

Menolong
Trait personaliti yang dikaitkan dengan individu berkeinginan untuk
menunjukkan atau meluahkan simpati, kasih sayang juga memberi
bantuan serta membuat kebaikan kepada orang lain.

Sokongan
Trait personaliti yang menunjukkan individu memerlukan perhatian,
simpati dan ingin dikasihi.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

12

Struktur
Trait personaliti yang menunjukkan individu suka kepada kekemasan,
keberihan serta perkara-perkara yang bersturktur, berulang-ulang
dan terperinci.
Pencapaian
Trait personaliti yang menunjukkan individu bermotivasi, mahukan
status yang tinggi dan suka persaingan.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

13

2.2 Kenal Diri Secara Dalam Talian

Selain dengan menggunakan kaedah secara manual, Sekiranya anda
berminat untuk mengenali personaliti, anda juga menggunakan kaedah
menjalankan ujian personaliti melalui secara talian (online).
Walaubagaimanapun, bagi mendapatkan keterangan yang lebih jelas, hasil
ujian yang diperolehi perlulah ditunjukkan kepada kaunselor bagi
memberikan penjelasan yang lebih jelas dalam memahami personaliti diri.
Antara alat ujian secara talian yang boleh anda laksanakan adalah seperti:

Nurturing Expert Talent (NEXT)
Nurturing Expert Talent (NEXT) adalah sistem penilaian untuk membantu
mengenal pasti kekuatan, motivasi dan pilihan kerjaya yang paling sesuai
dengan kemahiran individu. NEXT memberi gambaran mendalam tentang
keutamaan peribadi dan membantu individu memahami jenis kerjaya yang
mungkin cemerlang dan jenis persekitaran kerja yang mungkin berkembang
dan bersesuaian dengan dirinya.

NEXT juga digunakan untuk profil pelajar bagi memahami kekuatan dan
meningkatkan nilai bakat individu dengan program intervensi (jika perlu).
Matlamat utama adalah untuk menyesuaikan graduan dengan pekerjaan
yang bakal diceburi.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

14

Laman sesawang bagi menjalankan ujian personaliti NEXT adalah
seperti berikut: www.findmynext.com

Contoh paparan hasil ujian personaliti melalui sistem Next.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

15

2. KENALI DUNIA PEKERJAAN

Mengenali dunia pekerjaan adalah satu langkah yang amat penting dalam
membuat keputusan kerjaya. Mengenali pekerjaan hanya secara asas akan
merisikokan individu untuk bekerja dalam bidang yang tidak sesuai dengan
personaliti, kemahiran dan bakatnya. Oleh itu selain mengenali diri, dunia
pekerjaan juga perlu diterokai secara mendalam. Terdapat beberapa sumber
yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat. Antaranya adalah
berjumpa dengan Kaunselor Kerjaya, mendapatkan maklumat daripada
individu di dalam bidang kerjaya tersebut, menggunakan Web pencari
pekerjaan, berkunjung ke pameran kerjaya dan melayari rangkaian maklumat
pekerjaan seperti O*NET.

O*NET
Rangkaian Maklumat Pekerjaan (O * NET) adalah pangkalan data dalam
talian percuma yang mengandungi beratus-ratus takrif pekerjaan untuk
membantu para pelajar, pencari kerja, perniagaan dan profesional
pembangunan tenaga kerja memahami dunia kerja hari ini di Amerika
Syarikat. Walau pun secara khasnya pangkalan data ini digunakan di
Amerika Syarikat, namun individu yang ingin meneroka sesuatu kerjaya boleh
memulakan penerokaan dengan melayari laman web O*Net, memasukkan
nama pekerjaan dan melihat kepada keperluan dan penerangan tugas-tugas
yang dilakukan dalam kerjaya terbabit. Setelah itu individu terbabit boleh
melakukan memadankan kerjaya terbabit dengan budaya dan keperluan
mengikut negara ini. https://www.onetonline.org/

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

16

Contoh paparan hasil carian untuk kerjaya Kaunselor Kesihatan Mental

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

17

3.1 Informasi

Apabila mengetahui secara asas mengenai nama sesuatu pekerjaan apa
yang perlu dilakukan? Apakah maklumat yang ingin dicari mengenai kerjaya
tersebut. Berikut adalah lima informasi penting yang pencari pekerjaan perlu
tahu mengenai sesuatu kerjaya.

a) Tugasan
Tugasan mencakupi perkara asas mengenai tugas-tugas yang perlu
dilakukan apabila terlibat dalam pekerjaan terbabit. Keperluan sesuatu
organisasi mungkin berbeza antara antara satu sama lain. Namun tugas
hakiki atau tugasan asas bagi pekerjaan terbabit adalah hampir sama.
Berkemungkinan terdapat tambahan dan pengurangan, oleh itu selain
dari menerokan peluang kerjaya berdasarkan nama kerjaya. Adalah juga
penting untuk meneroka organisasi yang menawarkan kerjaya terbabit.

b) Kemahiran Teknologi
Menjelang revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) secara keseluruhan para pencari
pekerjaan tidak dapat lari dari perlu mempunyai kemahiran teknologi.
Antara satu pekerjaan dengan pekerjaan yang lain mempunyai keperluan
kemahiran teknologi yang berbeza. Oleh itu, perlu diketahui dan dikuasai
oleh pencari pekerjaan yang cenderung kepada sesuatu kerjaya.
Contohnya jurutera perkapalan perlu mempunyai kemahiran teknologi
mesin dan computer yany sesuai dengan kondisi kerjanya. Berbeza
dengan seorang guru yang perlu menguasai penggunaan teknologi
system computer dan pangkalan data. Organisasi biasanya akan memilih
calon yang telah mempunyai kemahiran asas supaya dapat menjimatkan
tempoh dan kos latihan yang perlu diberikan dalam merekrut pekerja yang
baru.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

18

c) Pengetahuan
Pengetahuan yang perlu dikuasai oleh kerjaya terbabit. Sama ada
pengetahuan secara umum atau secara kursus. Pada kebiasaan pada
peringkat pengajian, individu tidak didedahkan kepada pengetahuan
secara khusus. Pembelajaran di dalam kelas melibatkan pengetahuan
umum. Oleh itu sebagai pencari pekerjaan adalah juga penting untuk
mengetahui pengetahuan-pengetahuan spesifik yang diperlukan dalam
sesuatu pekerjaan. Terdapat dua pilihan apabila pengetahuan yang
diperlukan oleh kerjaya terbabit tidak terdapat pada diri pencari
pekerjaan. Pilihannya adalah pertama sama ada mencari peluang
pekerjaan yang bersesuaian dengan pengetahuan yang ada pada
individu atau yang keduanya menambahkan pengetahuan selaras
dengan keperluan kerjaya terbabit.

d) Kebolehan
Kebolehan merangkumi sama ada individu dapat melakukan adaptasi
dengan pekerjaan terbabit atau individu tidak dapat menjalankan tugas
sepertimana yang diperlukan dalam kerjaya tersebut. Perlu diingat
bahawa kebolehan antara satu individu dengan individu adalah berbeza.
Oleh itu, semak kembali kebolehan yang ada pada anda sama ada dari
segi akademik, bakat, penyesuaian, komunikasi dan sebagainya
bersesuaian dengan keperluan kebolehan pekerjaan terbabit. Kebolehan
boleh dipupuk dari masa ke semasa. Namun untuk mendapatkan
kepuasan dalam kerjaya yang optimum pencari pekerjaan perlu tahu
mana tahap kebolehan dirinya boleh dipertingkatkan apabila menceburi
bidang terbabit. Kebolehan juga berkaitan dengan potensi, sekiranya
pencari pekerjaan yakin kebolehkannya boleh dikembangkan ke
peringkat yang lebih tinggi. Maka pilihlah bidang pekerjaan tersebutm
berbanding dengan peluang pekerjaan yang diyakini tidak dapat
mengembangkan kebolehan individu.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

19

4. Membuat Matlamat Kerja
Setelah anda mengetahui berkaitan diri dan juga kerjaya. Salah satu kaedah
yang membantu agar anda dapat membuat keputusan secara sainstifik atau
lebih tepat adalah dengan menggunakan kaedah Anaslis Pekerjaan.
Kebiasaanya Analisis Pekerjaan ini dilakukan bagi membantu anda membuat
keputusan sama ada pekerjaan yang hendak anda ceburi itu benar-benar
bersesuai dengan pekerjaan yang anda idami.
Situasi: Anda mempunyai 2 pilihan pekerjaan tetapi tidak tahu hendak
memilih mana yang sesuai.
Pekerjaan 1: Guru Bimbingan dan Kaunseling (Borang 1)
Pekerjaan 2: Pegawai Kebajikan Masyarakat (Borang 2)

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

20

BORANG ANALISIS PEKERJAAN

Nama Pekerjaan : Guru Bimbingan dan Kaunseling
Arahan :

Berikut adalah beberapa item atau pernyataan yang berkaitan dengan sesuatu
pekerjaan. Sila tanda [/] pada ruang 5 jika item tersebut SANGAT BERKAITAN dengan
diri anda., 4 untuk BERKAITAN, 3 untuk TIDAK PASTI, 2 untuk KURANG BERKAITAN, 1
untuk SANGAT KURANG BERKAITAN dengan diri anda.

Bil Item 5 4 3 21
1. Pekerjaan sangat sesuai dengan personaliti saya /
2. Pekerjaan sangat sesuai dengan minat saya /
3. Pekerjaan sangat sesuai dengan nilai kehidupan saya /
4. Pekerjaan sangat sesuai dengan pencapaian akademik saya /
5. Tangga gaji sangat menarik
6. Prospek kerja sangat menarik /
7. Pekerjaan memberikan kepuasan maksimum /
8. Peluang kenaikan pangkat sangat cerah /
9. Kemudahan menyambung pelajaran yang sangat baik /
10. Peluang untuk menjadi kaya sangat baik
11. Sesuai dengan permintaan keluarga /
12. Ganjaran bonus tahunan baik /
13. Kemudahan pinjaman perumahan /
14. Kemudahan pinjaman kenderaan baik /
15. Pekerjaan terjamin /
16. Keadaan tempat kerja selesa dan nyaman /
17. Kemudahan tempat tinggal /
18. Peluang untuk makan angin /
19. Boleh terus tinggal bersama keluarga /
20. Peluang untuk ke luar negara
21. /
22. /
23.
24. /
25.
35 32 15 2 1
Jumlah

JUMLAH BESAR MARKAH 85

Nota : Senarai item boleh ditambah. Jika ada tambahan ruangan kosong yang disediakan
boleh digunakan. Jika bilangan item bertambah, jumlah besar markah maksimum juga akan
berubah.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

21

BORANG ANALISIS PEKERJAAN
Nama Pekerjaan : Pegawai Kebajikan Masyarakat
Arahan :

Berikut adalah beberapa item atau pernyataan yang berkaitan dengan sesuatu
pekerjaan. Sila tanda [/] pada ruang 5 jika item tersebut SANGAT BERKAITAN dengan
diri anda., 4 untuk BERKAITAN, 3 untuk TIDAK PASTI, 2 untuk KURANG BERKAITAN, 1
untuk SANGAT KURANG BERKAITAN dengan diri anda.

Bil Item 5432 1
1. Pekerjaan sangat sesuai dengan personaliti saya /
2. Pekerjaan sangat sesuai dengan minat saya / /
3. Pekerjaan sangat sesuai dengan nilai kehidupan saya / 1
4. Pekerjaan sangat sesuai dengan pencapaian akademik saya /
5. Tangga gaji sangat menarik /
6. Prospek kerja sangat menarik /
7. Pekerjaan memberikan kepuasan maksimum
8. Peluang kenaikan pangkat sangat cerah /
9. Kemudahan menyambung pelajaran yang sangat baik /
10. Peluang untuk menjadi kaya sangat baik /
11. Sesuai dengan permintaan keluarga /
12. Ganjaran bonus tahunan baik /
13. Kemudahan pinjaman perumahan /
14. Kemudahan pinjaman kenderaan baik /
15. Pekerjaan terjamin /
16. Keadaan tempat kerja selesa dan nyaman
17. Kemudahan tempat tinggal /
18. Peluang untuk makan angin /
19. Boleh terus tinggal bersama keluarga
20. Peluang untuk ke luar negara /
21. /
22.
23. /
24.
25. 15 48 15 2

Jumlah

JUMLAH BESAR MARKAH 81

Nota : Senarai item boleh ditambah. Jika ada tambahan ruangan kosong yang disediakan
boleh digunakan. Jika bilangan item bertambah, jumlah besar markah maksimum juga akan
berubah.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

22

Melalui contoh Borang 1 dan Borang 2 di atas, kelihatan skor bagi pekerjaan
Guru Bimbingan dan Kaunseling (85) lebih tinggi daripada skor pekerjaan
Pegawai Kebajikan Masyarakat (81). Maka dengan ini, anda akan lebih
mudah membuat keputusan dengan membuat timbang tara antara satu
pekerjaan dengan yang lain.
Soalan-soalan / item yang terkandung dalam borang analisis ini boleh
dikurangkan dan ditambah. Perkara ini bergantung kepada sejauh sama
sesuatu perkara itu penting semasa anda membuat pertimbangan.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

23

Borang 1

BORANG ANALISIS PEKERJAAN

Nama Pekerjaan :

Arahan :

Berikut adalah beberapa item atau pernyataan yang berkaitan dengan sesuatu
pekerjaan. Sila tanda [/] pada ruang 5 jika item tersebut SANGAT BERKAITAN
dengan diri anda., 4 untuk BERKAITAN, 3 untuk TIDAK PASTI, 2 untuk KURANG
BERKAITAN, 1 untuk SANGAT KURANG BERKAITAN dengan diri anda.

Bil Item 54321

1. Pekerjaan sangat sesuai dengan personaliti saya

2. Pekerjaan sangat sesuai dengan minat saya

3. Pekerjaan sangat sesuai dengan nilai kehidupan saya

4. Pekerjaan sangat sesuai dengan pencapaian akademik saya

5. Tangga gaji sangat menarik

6. Prospek kerja sangat menarik

7. Pekerjaan memberikan kepuasan maksimum

8. Peluang kenaikan pangkat sangat cerah

9. Kemudahan menyambung pelajaran yang sangat baik

10. Peluang untuk menjadi kaya sangat baik

11. Sesuai dengan permintaan keluarga

12. Ganjaran bonus tahunan baik

13. Kemudahan pinjaman perumahan

14. Kemudahan pinjaman kenderaan baik

15. Pekerjaan terjamin

16. Keadaan tempat kerja selesa dan nyaman

17. Kemudahan tempat tinggal

18. Peluang untuk makan angina

19. Boleh terus tinggal bersama keluarga

20. Peluang untuk ke luar negara

21.

22.

23.

24.

25.

Jumlah

JUMLAH BESAR MARKAH

Nota : Senarai item boleh ditambah. Jika ada tambahan ruangan kosong yang disediakan
boleh digunakan. Jika bilangan item bertambah, jumlah besar markah maksimum juga akan
berubah.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

STRATEGI MENCARI
PEKERJAAN

25

STRATEGI MENCARI PEKERJAAN

Proses mencari pekerjaan bukanlah sesuatu proses yang boleh dilakukan
secara sambil lewa. Pada zaman yang serba mencabar ini, majikan memilih
pekerja yang paling sesuai dengan organisasi mereka. Majikan memilih bakal
pekerja dengan meneliti latar belakang bakal pekerja, tahap pendidikan dan
pengalamannya yang boleh menyumbang kepada organisasi yang akan
disertai.
Bagi memastikan diri anda adalah seseorang yang menjadi pilihan bakal
majikan, anda perlu menyusun strategi agar anda berjaya dalam misi
mendapat pekerjaan.

Antara strategi yang perlu anda ketahui termasuklah :
1. Tahu mencari peluang pekerjaan secara dalam talian dan luar talian.
2. Tahu menggunakan enjin carian untuk mencari maklumat pekerjaan
dan permohonan
3. Tahu menggunakan laman sosial untuk memasarkan diri dan
memperolehi maklumat pekerjaan (Linked)
4. Mahir menggunakan aplikasi dalam talian untuk membina imej positif
dan kesediaan anda untuk memasuki dunia pekerjaan

SSTTRRAATTEEGGIISSUUKKSSEESSMMEENNCCAARRIIPPEEKKEERRJJAAAANN

26

MENCARI PEKERJAAN DALAM TALIAN DAN LUAR TALIAN

Pada masa dahulu, orang yang menganggur mencari pekerjaan melalui iklan
di akhbar. Ada juga syarikat dan organisasi mengiklankan jawatan kosong di
bangunan premis perniagaan mereka untuk mengurangkan kos pengiklanan.
Kini, trend tersebut telah berubah. Iklan pekerjaan boleh diperolehi secara
mudah dari portal mencari pekerjaan, laman web syarikat, malahan juga
menerusi laman sosial. Malah, penggunaan tanda hashtag (#) juga
membantu anda mendapat maklumat iklan pekerjaan yang sesuai.
Berikut merupakan beberapa contoh laman web yang boleh anda kunjungi.
Terdapat banyak lagi laman web samada menawarkan pekerjaandi bidang
awam atau swasta.
Antara laman web yang boleh dirujuk untuk mencari pekerjaan termasuklah :

1. www.jobstreet.com.my

2. www.spa.gov.my

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

27

3. www.monster.com.my
4. www.mudah.my

5. www.mystarjobs.com
6. www.jobsmalaysia.com

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

28

LAMAN WEB LINKEDIN
https://my.linkedin.com/

Apa yang anda perlu tahu
mengenai LinkedIn?
LinkedIn adalah salah satu
platform yang dapat
membantu anda dilihat oleh
bakal majikan melalui profil profesional dan merentas negara.LinkedIn
merupakan laman sosial popular masa kini yang mana memfokus kepada
golongan bekerjaya dan profesional. Menurut LinkedIn, mereka mempunyai
4 juta pengguna di Malaysia. Kelebihannya, anda boleh menyenaraikan
kemahiran-kemahiran yang anda ada di profil anda bagi menarik perhatian
majikan untuk menghubungi anda menyertai syarikat mereka. LinkedIn juga
mengumpulkan data ini bagi memudahkan kemahiran-kemahiran ini terlihat.

Bagaimana cara untuk menggunakan platform LinkedIn?
1. Daftar LinkedIn
Pastikan anda menggunakan emel profesional. Anda digalakkan
menggunakan nama penuh untuk memperlihatkan imej profesional
anda.
2. Lengkapkan Profil Diri.
Anda disaran meletakkan gambar yang kemas, menarik dan
menampakkan imej profesional
3. Lengkapkan Bahagian Pengalaman Kerja
Masukkan seberapa banyak pengalaman kerja yang anda yang dapat
menarik perhatian majikan

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

29

4. Wujudkan Rangkaian
Tambah kenalan seberapa ramai mungkin. Semakin ramai kenalan
memungkinkan anda menerima informasi yang lebih banyak

5. Dapatkan Level All-Star
LinkedIn akan menjadikan anda di level all-star apabila connection
anda melebihi 50. Dengan level all-star akan melonjakkan profil anda
ke atas dalam carian google dan dalam LinkedIn sendiri.

6. Mulakan Carian Kerja
Dengan menggunakan search box, anda boleh membuat carian
kerjaya pilihan.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

30

MENCARI PEKERJAAN DI LUAR TALIAN

Selain daripada mencari pekerjaan di dalam talian yang lebih cepat dan
mudah, terdapat juga peluang untuk anda mendapatkan pekerjaan melalui
luar talian. Strategi mencari pekerjaan di luar talian ini termasuklah iklan yang
tertera di luar bangunan yang berpotensi. Masih ada kilang perindustrian
yang menawarkan jawatan teknikal dengan menggunakan kain rentang.
Masih ada syarikat kecil bertaraf SME yang mengiklan menggunakan sisipan
iklan dalam akhbar setempat.Iklan ini bagus untuk anda jika anda bekerja di
kawasan sekitar lokasi anda tinggal, walaupun pilihannya terhad.
Anda juga berpotensi mendapat pekerjaan daripada menghadiri Ekspo
Kerjaya yang dianjurkan oleh pihak universiti dan pihak luar. Sayang sekali,
ramai mahasiswa tidak mengambil peluang yang datang bergolek. Oleh itu,
pastikan anda termasuk dalam golongan mahasiswa yang proaktif yang
meraih peluang keemasan yang disediakan. Bersedia dan sertai Ekspo
Kerjaya yang dianjurkan dalam universiti dan juga di universiti lain juga. Tidak
rugi mencuba. Walaupun anda mencuba beberapa kali di syarikat yang sama,
di Ekspo Kerjaya lokasi berbeza, anda sebenarnya meningkatkan peluang
lebih luas untuk disaring ke peringkat senarai pendek temuduga.

Tips Menghadiri Ekspo Kerja
i. Berpakaian kemas seperti anda akan menghadiri temuduga.
ii. Bawa beberapa salinan resume yang telah disemak dengan teliti.
iii. Jika anda berpeluang untuk pergi 2 hari, pada hari pertama tinjau
dahulu syarikat yang mengambil bahagian, jawatan yang ditawarkan
dan kriteria pekerjaan. Sesuaikan resume anda dengan jawatan dan
spesifikasi tugas yang ditawarkan oleh syarikat.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

31

iv. Pergi ke gerai pameran yang kurang sesak agar anda dapat
bertanya soalan dan dapat berinteraksi dengan lebih baik.

v. Jika anda ada syarikat yang anda sasarkan, pergi awal pagi
dan pastikan pempamer tersebut adalah gerai pameran
pertama yang anda kunjungi, untuk menunjukkan minat dan
komitmen anda.

vi. Jika booth yang anda pergi ada orang lain, tunggu giliran
dengan sabra. Jangan mencela semasa orang lain
bercakap. Dengar dengan tekun kerana mungkin ada fakta
berguna yang akan anda perolehi semasa mendengar, dan
tidak perlu anda bertanyakan soalan yang sama.

vii. Jangan ragu-ragu untuk meneroka setiap gerai pameran.
Ada syarikat yang mungkin berbeza bidang perniagaan
mereka dengan bidang pengajian anda menawarkan
jawatan yang relevan dengan anda.

viii. Tunjukkan minat dan motivasi anda untuk mengetahui lebih
lanjut mengenai syarikat yang anda sasarkan dari segi lisan
dan bahasa badan.

ix. Jika pempamer menggunakan Bahasa Inggeris untuk
berkomunikasi, cuba sedaya anda untuk menggunakan
Bahasa Inggeris juga. Mereka akan menghargai usaha
anda.

x. Jangan lupa ucapkan terima kasih sebelum anda
melangkah ke gerai pameran lain.

SSTTRRAATTEEGGII SSUUKKSSEESS MMEENNCCAARRII PPEEKKEERRJJAAAANN

RESUME

33

RESUME

Resume yang baik menunjukkan kemahiran dan kebolehan yang anda
miliki adalah berpadanan dengan keperluan jawatan yang ditawarkan.
Resume yang teguh dan efektif lagi meninggikan peluang anda
mendapatkan pekerjaan yang anda ingini.

STSTRRAATTEEGGI ISUSUKKSESESSMMEENNCCAARRI IPPEEKKEERRJAJAAANN

34

Bagaimana kita mahu menghasilkan resume yang boleh menarik hati
bakal majikan? Disini disertakan ‘Wow Factor’ dalam menghasilkan

resume yang efektif.

Bil Wow Factor Penjelasan

1. Bahasa Bahasa yang digunakan dalam resume
adalah bergantung kepada penggunaan
bahasa organisasi yang kita mohon. Bagi
organisasi antarabangsa digalakkan

menggunakan Bahasa Inggeris. Manakala
organisasi seperti agensi kerajaan
digalakkan menggunakan Bahasa Melayu.
Keutamaan digalakkan menggunakan
Bahasa Inggeris. Dwi Bahasa juga tiada
halangan.

2. Format/ Layout/ Typografi Satu spacing
Font : Arial, Calibri
Saiz : 9-11

3. Jumlah Panjang Jumlah resume yang ideal adalah 1
Mukasurat mukasurat sudah memadai. Dua
mukasurat adalah maksimum.

4. Jenis Kertas Kertas berwarna putih. Tidak perlu kertas
berwarna dan bercorak.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

35

Bil Wow Factor Penjelasan

4. Jenis Kertas Kertas berwarna putih. Tidak perlu kertas

berwarna dan bercorak.

5. 'Proofread' - Ejaan, Resume yang baik mendapat semakan dari

Tatabahasa dan Tanda pakar bahasa ataupun individu yang boleh

Baca membantu meningkatkan penggunaan

tatabahasa dan tanda baca.

6. Gambar? Adakah perlu gambar dalam resume? Ia

adalah pilihan.

Sekiranya anda ingin meletakkan gambar

dalam resume anda, pastikan ia

menunjukkan imej penampilan yang

profesional dan berlatarbelakang warna

putih.

7. Metodologi Penyerahan Resume yang telah sedia dihantar dengan

menggunakan pos, faks dan muatnaik di

laman web ataupun email. Sebaiknya

menggunakan semua metodologi bagi

setiap organisasi yang kita mohon. Ini

menunjukkan kesungguhan anda dalam

membuat permohonan kepada organisasi

tersebut.

8. Tiada Standard, Resume tiada standard ataupun tatacara

Berbentuk Peribadi tertentu atau termaktub. Ia berbentuk

peribadi dan mudah difahami.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

36

APA YANG MAJIKAN MAHU LIHAT DALAM RESUME ANDA?
Resume adalah bukan tiket anda mendapat kerja berkenaan. Resume
adalah bertujuan untuk mendapatkan anda dipanggil ke temuduga.
Tahukah anda, pihak sumber manusia di organisasi hanya mempunyai
masa antara 20 hingga 30 saat sahaja untuk melihat resume anda. Oleh
sebab itu, resume yang efektif akan mampu menjual profil anda dengan
pantas.
Anda perlu bayangkan resume anda seperti anda sedang menjalankan
iklan tentang diri anda. Resume yang efektif mampu membuka minat
bakal majikan dengan hanya 20 -30 saat sahaja. Apa yang menyebabkan
resume anda laku? Ada dua perkara utama yang perlu anda tahu iaitu
kategori dalam resume dan kemahiran boleh pindahmilik (Transferable
Skills). Kedua-dua ini adalah faktor yang menyumbang besar dalam
pembinaan resume yang efektif. Pembinaan berlandaskan empat (4)
kategori penting dalam resume akan memandu anda ke arah pembinaan
resume yang laku dan efektif. Manakala kemahiran boleh pindahmilik
adalah kemahiran yang diperlukan atau dicari-cari oleh majikan dalam
setiap calon pekerja. Kemahiran seperti ini dipercayai oleh majikan bagi
meningkat produktiviti kerja syarikat atau organisasi mereka.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

37

Senarai dibawah adalah kategori yang penting dalam pembinaan

resume yang laku.

Empat (4) kategori yang penting mesti ada dalam resume adalah seperti

berikut :-

1. Kemahiran Minat, Kekuatan Diri,
 Kemahiran yang boleh dipindahmilik Tahap Tenaga,
 Bahasa Motivasi, Insiatif ,
 Teknikal/ Komputer Kemahiran Membuat
Keputusan, Keaslian,
Keyakinan

------------------------------------------------------------------- Pemahaman dan
2. Pendidikan dan Latihan Kelayakan, Pemikiran
 Pendidikan formal Logik, Kelajuan
 Latihan/ Sijil Pembelajaran
 Pencapaian

------------------------------------------------------------------- Usaha, Komitmen,
3. Pengalaman Kerja dan Sejarah Kerjaya Kemampuan
 Latihan Industri Berkomunikasi,
 Kerja Part-Time Kesungguhan untuk
 Freelance Belajar,
Bertanggungjawab,
----------------------------------------------------------------- Bijak Mengambil
Penglibatan Peluang, Pengurusan
Diri, Pengurusan
 Sekolah/Universiti Masa, Kawalan
 Penglibatan Komuniti Mengalami Stres

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

38

APA ITU TRANSFERABLE SKILLS (KEMAHIRAN YANG BOLEH
DIPINDAHMILIK)
Kelayakan atau kemahiran pindah milik yang sangat popular dan digemari
oleh bakal majikan adalah seperti berikut :-

1) Komunikasi - Kemampuan dan keupayaan untuk berkomunikasi
secara lisan, bertulis atau melalui kaedah elektronik contohnya
media sosial dan laman web. Selain itu, bijak menunjukkan adab
berkomunikasi dengan baik di hadapan orang ramai juga menjadi
keutamaan buat bakal majikan.

2) Kerja Berpasukan – Bijak menjadi ahli pasukan yang membina
dan mampu memberikan kerjasama untuk keberjayaan pasukan.

3) Kepemimpinan – Mampu memberikan tenaga, motivasi dan
mendorong orang lain, disamping memimpin orang lain atau orang
bawahan.

4) Inisiatif – Mempunyai keupayaan untuk melihat peluang,
menetapkan dan mencapat matlamat

5) Penyelesaian Masalah – Mempunyai pemikiran kreatif dan mampu
berfikir sesuatu secara logik dalam menentukan masalah dan
solusi

6) Fleksibiliti – Mampu menangani perubahan dan menyesuaikan diri
dengan situasi baru

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

39

7) Kesedaran Diri – Bijak mengenalpasti dan mengetahui kekuatan
dan kemahiran serta mempunyai keyakinan untuk
menyatakannya.

8) Komitmen/ Motivasi – Mempunyai tenaga dan semangat dalam
melaksanakan tugasan

9) Kemahiran Interpersonal – Mempunyai keupayaan untuk
berhubungan baik dengan orang lain

10) Numerasi – Mempunyai kecekapan dan pemahaman data
berangka, statistik dan grafik.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

Contoh Resume Laku

Mazidul Muhamad Gambar (Pilihan)
*Imej penampilan
(Alamat) 12, Seri Serdang, 43300 Serdang, Selangor yang profesional
(Telefon) 017-213 8444 *berlatarbelakang

(Email) [email protected] warna putih
Kemahiran dan Bakat

Kemahiran Penyelidikan dan Penulisan
• Menulis pelbagai gaya dan bentuk media termasuk berita dan ciri.
• Menyelidik dan menulis untuk pelbagai lapisan masyarakat seperti remaja, orang

perniagaan dan profesional.
• Mengadaptasi banyak sumber dalam menjana dan menjalankan penyelidikan

seperti sesi temuduga, tinjauan literatur, pemerhatian dan semakan data

secara maya.

Kemahiran Teknologi Maklumat
• Mempunyai kemampuan yang tinggi dalam membentuk kritikal dan analitikal.
• Cemerlang dan cekap dalam kemahiran komputer dalam :
o Microsoft Word, Access, PowerPoint and Excel

o Macromedia Dreamweaver

o Adobe Photoshop

Kemahiran Komunikasi dan Pengurusan Organisasi
• Cemerlang dalam kemahiran berbahasa – Menulis, Lisan dan Bersiaran.
• Mampu mengendalikan pengurusan organisasi dan masa dengan bijak.
• Mempunyai keyakinan yang tinggi dalam menjalankan peranan sebagai ahli

pasukan.

Pendidikan dan Latihan

Ijazah Sarjana Muda (Kewartawanan), 2004, Deakin University
Major : Literature and Politics.
Minor : Advanced Editing, Political Reporting.

Microsoft Office Professional , 2003 – 2004, Council of Adult Education
Kursus Pendek dalam Word, Excel, Access dan PowerPoint.

Pencapaian dalam Pendidikan:
• Mendapat tiga kali secara berturut-turut untuk Anugerah Dekan pada semester

3,4,dan 5.
• Terpilih daripada 50 orang peserta untuk program Kewartawanan Antarabangsa

di England, UK pada tahun 2003.

Sejarah Pekerjaan

Latihan Kewartawanan (June to December 2003), The STAR Malaysia
• Terdedah dengan dengan tugasan kewartawanan seperti penulisan, semakan,

iklan, rekabentuk grafik dan proses salinan untuk 6 bulan.

Rujukan

Prof. Dr. Tania Elizabeth Tan
Pensyarah, Deakin University Ketua Editor, The STAR, Malaysia
Telefon: 03 9567 4444 Telefon : 03 7741 8872

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

VIDEO RESUME

42

VIDEO RESUME

Pada bab sebelum ini, anda telah diterangkan berkenaan resume dan
bagaimana cara menghasilkan resume yang baik. Walau bagaimanapun,
pada era yang penuh dengan persaingan dan cabaran anda dituntut perlu
lebih kreatif agar dapat menarik perhatian para bakal majikan seterusnya
memastikan anda berjaya untuk dipanggil temuduga. Oleh yang demikian,
pada bab kali ini kita akan membicarakan berkenaan satu perkara yang amat
penting dan pasti dapat menarik bakal majikan untuk melihat resume anda
berbanding beratus-ratus resume yang diterima setiap hari. Ia adalah VIDEO
RESUME.

Video resume merupakan satu teknik baru anda membentangkan tentang
diri anda melalui video yang menarik kemudian di hantar bersama-sama
resume dan surat iringan anda. Anda boleh menghantar menggunakan CD
atau anda muatnaik dahulu dalam laman youtube anda kemudian jadikan ia
link atau Qr Code yang diletakkan di dalam resume anda. Video resume ini
merupakan video ringkas yang hanya mengambil masa satu hingga tiga minit
sahaja. Oleh itu ia amat efektif dari segi penjimatan masa syarikat yang
menilai resume anda seterusnya menarik perhatian mereka untuk memanggil
anda ke sesi temuduga yang merupakan langkah terbesar anda untuk
mendapatkan pekerjaan.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

43

KEPENTINGAN / KELEBIHAN

Di negara Amerika Syarikat video resume ini sudah sangat popular dan
menjadi satu ledakan industri. Salah satu laman web pencari pekerja yang
popular adalah Vault (https://jobs.vault.com/ ). Sebagai bukti, pada awal
bulan Mac tahun 2015, syarikat yang berpengkalan di New York ini telah
mengadakan 2007 Vault Employer Video Resume Survey dengan sampel
300 orang anggotanya. Hasil daripada survey yang dijalankan, kira-kira 31%
daripada responden berpendapat bahawa video resume akan berguna untuk
menentukan permohonan kerja berjaya. Menurut data yang dikeluarkan oleh
Vault juga juga menyatakan, video resume dianggap cukup berkesan untuk
melihat penampilan, cara bercakap, sikap, karisma, pengalaman dan juga
kepimpinan calon.

Kaedah menyediakan video resume kini semakin menular dan
popular di kalangan syarikat-syarikat antarabangsa dan juga syarikat-syarikat
di Malaysia. Pasti anda ingin mengetahui kenapa ia menjadi sangat popular
kan? Jawapannya, kaedah memohon pekerjaan dengan menggunakan
video resume ini memberi kelebihan kepada dua pihak iaitu pihak yang ingin
mencari kerja dan juga pihak yang ingin mengambil pekerja.

i- Kelebihan pada anda yang ingin mencari pekerjaan adalah
seperti berikut :

a) Menerangkan tentang kelebihan dan kekuatan diri dengan cara

yang lebih jelas dan menarik.

b) Menampilkan keyakinan diri anda untuk menarik perhatian bakal

majikan.

c) Menjadikan anda lebih kreatif.

d) Bersaing dengan berjuta pemohon pekerjaan dengan cara yang

bijak.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

44

ii- Kelebihan pada pihak yang ingin mengambil atau mencari
pekerja adalah seperti berikut :
a) Menjimatkan masa untuk menyemak berates-ratus resume yang
diterima setiap hari.
b) Mengenali personaliti diri pemohon dengan lebih mudah dan
penyampaian yang menarik.
c) Menganalisa kayakinan diri pemohon dengan lebih jelas dan
mudah.
d) Mencari X-Factor pemohon melalui gaya Bahasa badan dengan
lebih mudah dan jelas.
e) Mudah berkongsi info kepada rangkaian syarikat yang
memerlukan calon pekerja.

Selain itu, video resume ini juga kini amat digalakkan oleh semua
Universiti di Malaysia. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah
menetapkan kepada semua Universiti Awam untuk menyediakan satu
platform E-Portfolio untuk pelajar-pelajar universiti. Salah satu elemen
penting dalam E Portfolio ini adalah Video Resume.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN


Click to View FlipBook Version