The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku panduan ringkas yang membantu mahasiswa membuat persiapan diri sebelum melangkah ke alam kerjaya

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anis_akmil, 2022-07-12 22:15:39

Strategi Sukses Mencari Pekerjaan

Buku panduan ringkas yang membantu mahasiswa membuat persiapan diri sebelum melangkah ke alam kerjaya

Keywords: kerjaya,resume,career,best candidate,interview

45

TIPS & MANUAL

Terdapat lima (5) teknik membuat video resume yang dicadangkan. Ianya
merangkumi perkara seperti dinyatakan di bawah:

1. Isi Jual Diri (Selling point)
Antara tujuan video resume dilakukan adalah untuk menarik minat majikan
terhadap diri anda dalam masa yang singkat. Oleh itu, anda perlu memulakan
pembinikan video ini dengan menyusun informasi menarik tentang diri anda.
Susun informasi ini boleh dilakukan dengan menetapkan maklumat mengikut
fasa pengenalan (introduction), isi penting (body), kesimpulan (conclusion).

a) Pengenalan (introduction)
Untuk fasa ini, anda boleh memulakan dengan memperkenalkan
maklumat latar belakang diri anda seperti (nama, umur, bidang
pengajian, tempat kelahiran, tarikh lahir, negeri kelahiran, dan lain-
lain yang difikirkan menarik dan signiifikan kepada majikan).

b) Isi penting (body)
Untuk fasa ini, anda perlu meyusun maklumat yang lebih terperinci
dan signifikan kepada majikan antaranya pengalaman, pencapaian
dan keunikan diri. Pengalaman adalah merangkumi pengalaman
sewaktu anda belajar, menjalani praktikal, berpersatuan di luar
kampus, penglibatan diperingkat universiti, negeri, kebangsaan
mahupun antarabangsa. Seterusnya adalah pencapaian. Isi ini juga
bakal menarik minat para majikan untuk membuat pertimbangan.
Pencapaian adalah lambang motivasi diri seseorang dan sudah pasti
majikan tidak mahu kehilangan mereka yang mempunyai motivasi diri
yang tinggi. Oelh itu, isi ini harus diceritakan dengan baik. Ia boleh
merangkumi pencapaian akademik, kokurikulum, aktiviti
kesukarelawanan, pertandingan, anugeruhan ketokohan dan lain-
lain. Seterusnya anda boleh menceritakakn keunikan diri, kekuatan

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

46

atau bakat semulajadi anda yang lain daripada lain, sehingga majikan
yang menonton akan teringat-ingat dengan keunikan yang ada pada
diri anda. Ia boleh merangkumi hobi, sikap anda terhadap organisasi
atau pekerjaan, kemahiran luar biasa, daya tahan dan lain-lain.

c) Kesimpulan (conclusion)
Setelah segala informasi diatas disusun dengan rapi dan menarik,
fasa terakhir adalah melakukan kesimpulan terhadap video yang
dilakukan. Kesimpulan ini lebih bertujuan untuk menarik kembali
perhatian para majikan terhadap diri anda, dan anda boleh
meletakkan kata-kata bijak pandai atau prinsip hidup yang anda
pegang selama ini sebagai sumber motivasi. Untuk menambah rasa
keunikan video anda, anda boleh menemu ramah pensyarah, guru,
bekas majikan atau sesiapa yang menjadi mentor anda, untuk
memberi maklum balas positif terhadap diri anda sekaligus
menyokong kualiti diri yang anda ceritakan dalam isi-isi sebelum ini.
Sebagai mengakhiri video anda jangan lupa untuk memaparkan
informasi untuk dihubungi sekiranya ada majikan yang berminat
dengan anda.

2. Jalan Penceritaan (Story board)
Setelah informasi menarik tentang diri dikenalpasti, dicatat dengan fakta yang
kemas, kini, anda perlu menyusun setiap isi yang ingin diutarakan itu
mengikut citarasa dan kreativiti anda. Asalkan segala isi yang dinyatakan di
atas terkandung dalam satu jalan cerita yang menarik.

Prinsip asas untuk menysusun jalan cerita adalah seperti menyusun
hati penonton sehingga penonton berminat untuk mengikuti video anda
sehingga ke minit yang terakhir. Jadi anda perlu fikirkan bagaimana ingin
mempersembahkan fakta tentang diri anda dalam bentuk yang sungguh
menarik dan kreatif. Inilah sebenarnya kekuatan sesebuah video resume.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

47

3. Babak Aksi (Scene-Action)
Setiap jalan cerita pasti akan akan ada babak dan aksi yang akan dilakonkan.
Oleh itu, anda perlu menetapkan secara khusus apakah aksi, lokasi, watak,
prop, masa, dan potongan kamera yang akan dilakukan oleh anda sewaktu
ingin menceritakan tentang isi yang dipilih. Sebagaimana contoh apakah aksi
anda sewaktu ingin menceritakan tentang latar belakang diri anda? Apakah
latar belakang lokasi anda ketika itu, pakaian prop atau alatan dan pakaian
yang akan digunakan dan lain. Penetapan kepada perkara yang dinyatakan
tersebut haruslah bersifat objektif, padat dan lekat. Anda harus berhati-hati
supaya aksi yang dilakukan tidak terlalu rigid sehingga sukaruntuk difahami,
pemilihan lokasi juga akan mempengaruhi pencahayaan, bunyi dan lain-lain.

4. Skrip
Setelah anda mempunyai jalan cerita dan menetapkan aksi bagi setiap isi
yang ingin disampaikan, anda juga perlu mengarang sebuah skrip yang
mengandungi fakta yang jelas tentang diri anda. Walaupun ianya adalah
cerita berkenaan fakta diri anda, namun ianya perlu disampaikan dengan
penuh mesra dan sedikit unsur jenaka bagi memperlihatkan personaliti diri
yang mesra dan mudah didekati. Skrip ini perlu dirangka seiring dengan isi-
isi penting yang ingin ditonjolkan pada pemilihan selling point dan setiap aksi
yang ingin dilakonkan. Tidak semua babak yang ingin dilakonkan semestinya
mempunyai skrip, malah terdapat juga babak tanpa skrip, mengikut kreativiti
masing-masing.

5. Suntingan grafik
Setelah semua babak dan aksi dirakam dari beberapa sudut kamera yang
berasingan, sesuai dengan story board yang dicadangkan, kini tibalah masa
anda menggunakan daya kreativiti digital bagi menyusun segala suntingan
seperti mana yang terdapat pada cadangan story board menjadi sebuah
video yang lengkap, menarik, dan memikat. Suntingan video merangkumi
aspek pemilihan babak yang telah disunting atau footage, animasi, transisi,
tulisan, muzik, dan tempoh masa atau durasi video. Sewaktu ingin melakukan

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

48

suntingan grafik ini, anda perlu terlebih dahulu menetapkan durasi
minima dan maksimum untuk mempersembahkan video anda dan
menarik hati penonton terutama para majikan.

Anda harus tahu bahawa video resume ini bukanlah video yang
ingin menceritakan sepunuhnya tentang diri anda, akan tetapi ianya
hanyalah sebagai daya penarik untuk para majikan mengenali anda
secara ringkas sebelum tertarik untuk memanggil anda ke sesi
temudaga. Jadikan video resume ini sebagai teaser dan stimulasi
kepada yang menonoton supaya tidak terlepas peluang untuk
memanggil anda ke sesi temuduga. Durasi yang ideal bagi video resume
yang boleh dicadangkan adalah 1 hingga 2 minit sahaja. Anda juga
digalakkan untuk memaparkan lebih banyak gambar atau dokumentasi
yang menggambarkan kejayaan dan pencapaian anda selama ini. Ia
lebih mempengaruhi visual penonton disambung latar belakang suara
yang menceritakan kisah dan butiran kejayaan tersebut. Setelah
semuanya suntingan grafik dilakukan, anda dicadangkan untuk save
mengikut pilihan kualiti yang sesuai, dan cuba untuk hantar melalui emel
atau upload di mana- mana platform video seperti Youtube dan cuba
untuk menonton. Ini bagi melakukan proses semakan kualiti sebelum ia
disampaikan kepada majikan yang berpotensi.

PERSEDIAAN MENGHADIRI
TEMUDUGA

50

PERSEDIAAN MENGHADIRI TEMUDUGA

Temuduga adalah proses yang dijalankan bagi mendapatkan maklumat
untuk lebih mengenali seseorang calon. Lazimnya proses ini dilaksanakan
untuk saringan permohonan jawatan baru, kenaikan pangkat atau gred
pekerjaan, pertukaran dan perkara lain. Daripada proses temuduga ini,
majikan akan meneliti kesesuaian anda selalu calon untuk mengisi jawatan
yang ditawarkan. Antara aspek yang diberi perhatian oleh majikan
termasuklah faktor personaliti, sikap yang positif, pengetahuan, bakat,
kemahiran yang dimiliki dan motivasi.

Proses temuduga juga digunakan untuk bakal majikan mengenali
anda dengan lebih dekat. Mereka ingin mengetahui sama ada siapa diri yang
sebenar? Adakah diri anda yang ditonjolkan dalam surat iringan permohonan,
borang permohonan jawatan dan resume adalah selari? Oleh itu, adalah
penting segala dokumen untuk permohonan kerja ditulis dengan jujur dan
menggambarkan diri anda yang sebenar. Topik seterusnya akan membantu
anda membuat persediaan rapi untuk menghadiri temuduga.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

51

JENIS – JENIS PERSEDIAAN MENGHADIRI TEMUDUGA

Sebelum anda menghadiri temuduga, anda perlu membuat persediaan rapi
agar tidak kelihatan kekurangan diri. Kelebihan yang ada pada diri anda
adalah aset diri yang perlu ditonjolkan kepada bakal majikan. Aset Diri
merupakan perkara yang ada pada diri calon dan diterjemahkan dalam
bentuk cara menjawab soalan temuduga ianya membawa kepada minat
panel untuk mengetahui lebih terperinci tentang calon dan berhasrat untuk
mengambil calon sebagai bakal pekerja.

Aset diri jua merujuk kepada cara calon berfikir, cara calon
berkomunikasi, cara calon memberi idea, cara calon berhujah, cara calon
memasarkan dirinya, cara calon mengawal emosi/perasaan ketika temuduga,
cara calon berbahasa lisan dan tersirat/bukan lisan/bahasa tubuh dalam
proses ditemuduga kelak.

Secara amnya persediaan yang anda perlu lakukan sebelum menghadiri
temuduga adalah berbentuk:

 Persediaan Mental
 Persediaan Emosi
 Persediaan Spiritual
 Persediaan Fizikal

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

52

PERSEDIAAN MENTAL

Persediaan mental adalah Persediaan yang anda lakukan untuk membina
keyakinan diri sendiri untuk menghadapi bakal penemuduga. Persediaan ini
boleh anda lakukan dengan membaca dan mengkaji latar belakang
organisasi sebelum anda menghadiri temuduga. Latar belakang ini
termasuklah mengetahui Ketua Pegawai Eksekutif sesebuah organisasi,
Menteri yang terlibat dengan organisasi (jika jabatan kerajaan), struktur
organisasi, bidang utama organisasi, laporan tahunan dan sebagainya. Panel
penemuduga juga mempunyai kecenderungan untuk menanyakan soalan
berdasarkan isu semasa yang ada kaitan dengan organisasi mereka.

Persediaan mental juga merangkumi persediaan diri untuk menjawab
soalan yang dikemukakan dengan tenang dan yakin. Untuk membina
keyakinan diri, anda perlu berlatih berkali-kali dan dapatkan bimbingan dari
kaunselor untuk memberikan anda tips yang berguna dan seterusnya dapat
memperbaiki kekurangan diri anda.

Lazimnya soalan temuduga dikemukakan dalam pelbagai bentuk soalan
untuk membolehkan pihak majikan mengenai diri anda dengan lebih
mendalam. Betuk soalan yang lazimnya dikemukakan termasuklah seperti
berikut :

 Soalan berkaitan peribadi.
 Soalan berkaitan pencapaian akademik.
 Soalan berkaitan pengalaman.
 Soalan berkaitan kemahiran.
 Soalan berkaitan jawatan yang dipohon.
 Soalan berkaitan aktiviti luar (termasuk aktiviti riadah dan

kemasyakatan).
 Soalan berkaitan motivasi diri dan karakter diri.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

53

PERSEDIAAN EMOSI

Persediaan emosi tidak kurang juga pentingnya sebelum anda menghadiri
temuduga. Calon temuduga yang baik adalah calon temuduga yang tenang
dan yakin. Untuk itu, anda perlu belajar untuk menenangkan diri walaupun
merasa berdebar-debar berhadapan dengan penemuduga. Teknik
pernafasan adalah sangat bagus digunakan untuk membantu anda
bertenang dan mengawal emosi. Ada juga penemuduga yang sengaja
menanyakan soalan yang boleh mencabar kesabaran diri anda kerana
mereka ingin tahu keupayaan diri anda untuk mengawal emosi dan cara anda
bertindakbalas dalam krisis.

PERSEDIAAN SPIRITUAL

Persediaan spiritual sangat penting dan berkait rapat dengan persediaan
emosi anda. Bagi yang beragama islam, anda sangat digalakkan untuk
melakukan solat hajat, berzikir dan berdoa agar jiwa anda lebih tenang.
Bagi yang bukan beragama Islam, anda juga boleh bermeditasi atau
melakukan ritual mengikut kepercayaan dan keselesaan anda. Penting
untuk diingat, sebagai manusia biasa kita hanya mampu berusaha, dan
segala-galanya adalah ditentukan oleh Tuhan. Dengan mendekatkan diri
dengan Tuhan dan bergantung harap sepenuhnya kepada Nya, jiwa
anda akan tenteram semasa menghadiri temuduga

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

54

PERSEDIAAN FIZIKAL

Persediaan fizikal termasuklah penyediaan dokumen yang telah disahkan, fail
yang telah dilabelkan mengikut kategori dokumen, dan penyediaan sijil yang
sesuai dengan jawatan yang dipohon. Selain itu, persediaan fizikal juga
merangkumi aspek penampilan diri yang akan dikupas lebih lanjut di dalam
topik penampilan diri semasa temuduga.

PENAMPILAN DIRI SEMASA
TEMUDUGA

56

PENAMPILAN DIRI SEMASA TEMUDUGA

Apabila menerima e-mel atau surat panggilan temuduga, ia adalah satu
perkara yang sangat menggembirakan. Hal ini kerana anda telahpun
berjaya memikat hati bakal majikan.
Antara perkara terpenting dalam menentukan kejayaan seseorang
mendapat pekerjaan ialah dengan membuat persediaan sebelum
menghadiri temuduga. Anda seharusnya membuat persediaan dari segi
mental, fizikal dan emosi supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Adalah normal jika anda berasa takut dan gementar ketika menghadiri
temuduga tambahan pula anda mungkin baru pertama kali melaluinya.
Justeru itu, langkah terbaik untuk membuat persediaan menghadiri
temuduga adalah dengan melengkapkan diri melalui Model Temuduga
Semudah ABC. “A” yang dimaksudkan ialah Appearance (Penampilan), “B”
Behavior (Tingkah laku) dan “C” Communication (Komunikasi).

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

57

Appearance (Penampilan)

A. Imej untuk Lelaki

Rambut
 Disikat dengan kemas.
 Fesyen yang sesuai.

Muka
 Kemas dan rapi (jika ada misai dan jambang).

Pakaian
 Bergosok dan kemas.

Jaket dan Seluar
 Antara warna yang digalakkan adalah hitam atau biru gelap.
 Pemilihan warna ini menonjolkan imej formal dan profesional.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

58

Cara pemakaian Jaket
i. Jaket dua butang
 Butang pertama perlu selalu disematkan.
 Butang kedua tidak perlu disematkan.
ii. Jaket tiga butang
 Butang pertama boleh disemat atau tidak (pilihan).
 Butang kedua perlu disematkan.
 Butang ketiga tidak perlu disematkan.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

59

Tali Leher
a. Tali leher jenis Skinny

 Lebar tali leher adalah antara 1.5 inci hingga 2 inci.
 Sesuai untuk dipakai oleh mereka yang berbadan kurus.
 Sesuai untuk majlis yang kasual dan separa formal.

b. Tali leher jenis Narrow
- Lebar tali leher adalah antara 2.75 inci hingga 3 inci.
- Ideal untuk semua jenis badan. Dari mereka yang berbadan
kurus, sederhana mahupun yang berbadan besar.
- Sesuai untuk dipakai ketika menghadiri temuduga.

c. Tali leher jenis Standard
- Lebar tali leher antara 3.5 inci hingga 4 inci
- Hanya sesuai dipakai oleh mereka yang berbadan besar dan
berbadan lebar sahaja.
- Sesuai untuk dipakai ketika menghadiri temuduga.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

60

Aksesori
 Pilih warna tali leher yang sepadan dengan warna kemeja dan
pastikan warna tali leher lebih gelap daripada warna kemeja.
 Aksesori tambahan lain seperti klip tali leher dan kafling (sekiranya
ada).

Tali Pinggang
 Warna tali pinggang perlu sama dengan warna kasut.
 Pastikan kedudukan tali leher betul dan berada di
atas kepala tali pinggang.

Stoking
 Bersih dan wangi
 Kepanjangan stoking yang bersesuaian (atas buku lali).
 Warna stoking perlu sama warna dengan warna kasut.

Kasut
 Berkilat.
 Berwarna hitam atau coklat (formal).

*Nota : Sekiranya memilih kasut hitam perlu dipadankan dengan stoking
berwarna hitam.

Kuku
 Pastikan kuku dalam keadaan bersih dan pendek.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

61

B. Imej untuk Perempuan

Tudung/Rambut
a. Rambut ;

 Kemas dan rapi.
 Disikat atau diikat.

b. Tudung ;
 Bawal atau Shawl.
 Polos atau Abstrak.

c. Solekan Wajah
 Bedak muka.
 Gincu.
 Celak (eyeliner).

Pakaian
 Bergosok dan kemas.

Jaket Kemeja
i- Kemeja formal.
 Warna lembut.

ii- Jaket
 Berwarna gelap.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

62

Seluar/Skirt
 Saiz yang sesuai (tidak terlalu longgar/ketat).Hitam atau
berwarna gelap.
 Kepanjangan yang bersesuaian.

Baju Kurung
 Polos atau berjalur (elakkan bercorak binatang atau corak yang
terlalu besar).
 Warna baju tidak melebihi tiga warna. Ia akan kelihatan serabut
dan terlalu meriah.
 Tidak terlalu banyak eksesori dan hiasan. Contoh manik, renda
dan lain-lain.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

63

Sarung Kaki
 Warna kulit.
 Kepanjangan yang sesuai.

Kasut
 Kasut Formal
 Warna Gelap – Hitam, Coklat, Biru Gelap.
 Tinggi Kasut : 1.0 – 2.0 inci.

Aksesori
 Maksimum 5 aksesori yang boleh dipakai ke temu duga :
i. Jam tangan
ii. Cincin
iii. Gelang
iv. Rantai
v. Subang

*Nota : Bagi yang bertudung, rantai dan subang boleh digantikan dengan
tiga kerongsang yang saiznya tidak terlalu besar.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

64

Beg Tangan
 4 ciri beg tangan formal adalah :
I. Berwarna gelap (Hitam, Biru gelap & Coklat gelap
II. Ringkas tidak mempunyai perincian yang sarat.
III. Bentuk bersegi dan tetap.
IV. Saiz kecil atau sederhana.

2. Kuku
- Pastikan kuku dalam keadaan bersih, pendek dan tidak
berwarna.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

65

TINGKAHLAKU SEMASA TEMUDUGA

Terdapat tiga langkah yang perlu diperhatikan sebagai persediaan menghadiri
temuduga. Tingkahlaku ini merangkumi tiga aspek yang perlu diberi fokus iaitu
sebelum semasa dan selepas menghadiri temuduga. Persediaan ini amat penting
kerana ia member impak kepada anda untuk Berjaya dalam temuduga yang dihadiri.
Berikut adalah langkah yang boleh anda ikuti;
A. Sebelum Masuk Bilik Temuduga

1. Hadir lebih awal di tempat temuduga.
2. Bertenang (lakukan teknik pernafasan).

B. Semasa Di Bilik Temuduga
1. Ketuk pintu bilik temuduga.
2. Beri salam dan ucapan “selamat pagi/petang” mengikut keadaan
waktu.
3. Berikan senyuman dan pandang semua panel penemuduga (eye
contact).
4. Berjabat tangan secara erat (sekiranya sesuai).
5. Berjalan dengan penuh yakin.
6. Duduk apabila diminta dan ucapkan terima kasih (duduk dengan
menegakkan badan).
7. Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta.
8. Letakkan barang-barang lain (di tepi kerusi anda).
 Elakkan duduk bersilang dan menggoyangkan kaki.

C. Selepas Ditemuduga
1. Ucapkan terima kasih kepada panel penemuduga.
2. Bangun perlahan dan terus berjalan ke pintu.
3. Tutup pintu dengan perlahan.
4. Elakkan bersorak di luar bilik temuduga.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

66

KOMUNIKASI SEMASA TEMUDUGA

Lima Tip Komunikasi Semasa Temuduga
1. Cara Kenalkan Diri

 Pandang muka penemuduga (eye contact) apabila bercakap .
 Mulakan dengan nama penuh, latar belakang keluarga dan

pendidikan, aktiviti anda dan sebagainya.
 Gunakan gelaran seperti Tuan/Tan Sri Dato dan sebagainya kepada

penemuduga. *Gunakan gelaran tuan atau puan jika tidak pasti.

2. Kelancaran Bahasa
 Gunakan satu bahasa sahaja tanpa campur aduk dengan bahasa
yang lain.
 Jika ditanya dalam bahasa Melayu, jawablah dalam Bahasa Melayu
jika Bahasa Inggeris, perlu bersedia untuk menjawab dalam Bahasa
Inggeris.

3. Bertanya Soalan
 Pastikan sesi temuduga tersebut tidak berjalan dengan hanya satu
pihak tanya soalan dan satu pihak menjawab soalan.
 Jika diberi peluang bertanya soalan, kemukakan soalan yang
munasabah sahaja.

4. Respon Soalan
 Pastikan sesi temuduga tersebut tidak berjalan dengan hanya satu
pihak tanya soalan dan satu pihak menjawab soalan.
 Jika diberi peluang bertanya soalan, kemukakan soalan yang
munasabah sahaja.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

67

5. Perbincangan Dalam Kumpulan
 Sesi temuduga secara berkumpulan bersama calon-calon yang lain.
 Ianya merupakan salah satu sesi yang akan menilai personaliti dan
pengetahuan anda.
 Penemuduga akan menilai anda dari segi sama ada pandai atau pun
sebaliknya membuat “argument” mengikut topik perbincangan,
menjawab soalan yang ditanyakan dan tingkah laku anda ketika sesi
berkenaan berjalan.

*Nota : Pengetahuan Am
 Pengetahuan am merupakan perkara yang anda perlu titik beratkan.
 Pengetahuan am inilah yang akan menilai dari segi pandangan dan
bakal merefleksikan sikap kepimpinan anda.
 Kebiasaanya penemuduga akan bertanya mengenai isu semasa dan
apa pandangan anda dan bagaimana jika menjadi seorang
pemimpin untuk menyelesaikannya.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

68

PERKONGSIAN PENGALAMAN SEBAGAI PENEMUDUGA

Tingkahlaku adalah perbuatan secara sengaja atau tidak semasa temuduga
berlangsung. Perbuatan ini secara tidak langgsung memberi kesan positif
terhadap penilaian penemuduga. Tingkahlaku ini juga boleh menambah
impak sekiranya berlaku kekurangan pada faktor lain semasa temuduga.
Misalnya tidak yakin dalam menjawab soalan, menjawab soalan
penemuduga atau berpakaian tidak segah calon lain.

Menurut pengalaman penulis selama 10 tahun di Pejabat Pendaftar,
UPM sebagai Setiausaha dan Penemuduga mesyuarat, faktor tingkahlaku
adalah faktor paling penting selain komunikasi dan imej. Ini kerana
tingkahlaku yang positif akan menonjolkan ketrampilan calon dan dapat
menutup sedikit kekurangan pada faktor yang lain.

Tingkahlaku sebelum, semasa atau selepas temuduga terbahagi
kepada dua iaitu tingkahlku secara verbal dan tingkahlaku secara tidak
verbal.

Tingkahlaku secara verbal dapat diperhatikan secara luaran dan jelas
seperti sikap semasa menjawab soalan iaitu tingkahlaku sopan dan
menjawab dengan baik. Tingkahlaku verbal lain yang diperhatikan adalah
duduk dengan baik, hormat dengan penemuga sebelum temuduga seperti
bersalam atau tunduk hormat sebelum duduk.

Tingkahlaku secara tidak verbal adalah sikap atau perbuatan yang
kita perasan sebelum, semasa atau selepas temuduga. Misalnya suka
tersenyum, memek muka positif atau negatif semasa menjawab soalan
penemuduga. Selain itu tingkahlaku seperti posisi badan dan pergerakan kaki
atau tangan yang tidak disedari. Misalnya semasa menjawab soalan
penemuduga, tangan bergerak seperti menunjuk isyarat tangan seiring
dengan maksud semasa menjawab.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

69

Secara amnya kesemua tingkahlaku ini manakah yang sesuai yang
memungkin kejayaan sesuatu temuduga yang dihadiri? Saya ingin kongsikan
beberapa tips mudah agar anda dapat mempraktiskannya agar penemuga
menyukai anda. Sekiranya kejayaan belum berhasil untuk mendapat
pekerjaan, saya pasti anda adakah calon terbaik dalam senarai tersebut.

Senyuman
Tingkahlaku ini sangat penting dipraktis sebelum (semasa menunggu),
semasa temuduga, selepas temuduga. Sebelum temuduga, senyuman anda
akan memperlihatkan anda sangat bersedia, bersahaja, tenang dan
mempamerkan calon pilihan. Tingkahlaku ini mungkin akan mengetarkan
calon lain semasa menunggu. Kerana semasa menunggu akan terlihat
tingkahlaku secara tidak verbal mereka gelisah dan sangat serius. Semasa
temuduga, senyuman perlu fleksibel selaras dengan soalan ditanya. Jawab
soalan ringan dengan senyuman terutama sekali semasa memperkenalkan
diri anda perlu senyum paling manis yang menunjukkan personaliti anda
paking menarik untuk penemuga kenali anda. Sekiranya anda telah bekerja
lama secara kontrak di organisasi tersebut, anda juga perlu senyum paling
manis walaupun anda mengenali semua penemuduga tersebut. Sekiranya
soalan bercorak menguji emosi anda, seperti provokasi, anda tidak perlulah
tersenyum kerana penemuga ingin menguji ketahanan emosi anda. Cukuplah
sekadar anda tenang dan bersahaja tidak perlu senyum keterlaluan.
Senyuman yang keterlaluan akan mempamerkan anda tidak serius dan tidak
matang. Selepas temuduga, anda perlu senyum kepada semua penemuduga
agar mereka mengingati anda.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

70

Memek Muka (Reaksi Muka)
Memek muka selalu diperhatikan oleh sipenemuduga semasa bertanya
soalan atau selepas bertanya soalan. ini bertujuan untuk melihat sikap positif
calon secara tidak sengaja. Misalnya penemuduga bertanya soalan
mengenai pandangan calon terhadap pengalaman calon yang suka bertukar
tempat kerja apabila melihat CV anda. Sekiranya calon tidak senang dengan
pandangan negatif penemuduga, calon akan memberi reaksi muka yang
kurang menyenangkan. Seperti tidak puas hati. Tips terbaik adalah anda
perlu tenang dan tidak perlu menunjukkan reaksi tidak senang terhadap
sesuatu label penemuduga terhadap anda. Anda kena yakin bahawa
penemuduga ingin melihat pelbagai aksi anda setelah hampir 15 minit anda
senyum dan tenang. Mereja ingin meihat sikap sebenar anda. Lagipun
penemuduga tidak mengenal 100% diri anda. Anda yang mengenali
sepenuhnya diri anda. Jadi pamerkan sikap yang terbaik. Jika anda beremosi
dan memberi reaksi muka umyang kurang menyenangkan, persembahan
anda 15 minit awal tidak berguna sedikitpun kerana masa terakhir anda
bazirkan begitu sahaja.

Posisi Badan dan Pergerakan Badan
Posisi dan pergerakan badan ini paling banyak calon membuat kesilapan
kerana penggunaan pergerakan tangan atau posisi badan adalah untuk
menguatkan sesuatu fakta yang ada ungkapkan. Sekiranya ada hanya
meluahkan tanpa iringan pergerakan tangan ia seperti hambar dan tidak
menunjukkan impak. Namun sekiranya terlalu banyak pergerakan seperti
anda berdebat ia akan merimaskan penemuduga kerana pandangan
penemuduga akan beralih arah kepada tingkah laku non verbal anda yang
kurang menyenangkan daripada menerhatikan isi luahan anda yang bernas.
Jadi anda perlu fleksibel dalam penggunaan bahasa badan jenis ini.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

71

Secara kesimpulannya, berdasarkan pengalaman saya sebagai
penemuduga. Setelah selesai berhari-hari temuduga sesuatu jawatan.
Barisan penemuduga akan memilih calon terbaik berdasarkan kekosongan
jawatan. Sekiranya ada lima sahaja kekosongan jawatan, jadi pastikan anda
adalah insan yang terpilih dalam perlumbaan mendapatkan pekerjaan ini.
Tahukah anda, semasa barisan penemuduga ingin memilih ratusan calon,
mereka banyak membicarakan PERIHAL TINGKAHLAKU CALON seperti
calon yang mereka suka adalah calon suka senyum, tenang, nampak
bersahaja walaupun jawapan tidak bertepatan dengan kehendak
penemuduga. Namun mereka pilih sebab mereka suka dengan tingkahlaku
positif anda.
Jadi terpulang kepada anda untuk lakukan terbaik!

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

STRATEGI PASCA TEMUDUG

73

STRATEGI PASCA TEMUDUGA

Setelah anda menghadiri temuduga, tidak bermaksud tugas anda telah
berakhir. Malahan ada perkara penting yang perlu anda lakukan Strategi
pasca temuduga ini menjelaskan peringatan penting berkaitan beberapa
perkara yang perlu anda lakukan setelah anda berjaya menghadiri mana-
mana temuduga.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

74

LIMA PERKARA YANG ANDA BOLEH ANDA LAKUKAN SELEPAS
TEMUDUGA

1. “No duty is more urgent than returning thanks”

 Bersikap rendah diri dengan mengucapkan terima kasih. Bukan
membodek tetapi berterima kasih di atas kesudian mereka untuk
memanggil anda ke temuduga.

 Panggilan telefon, surat, emel gunakan semua saluran yang ada.
Perlu diingat majikan mengambil pekerja bukan semata-mata
melihat rekod kerja dan prestasi, tetapi juga menitikberatkan sikap
dan kebolehan anda bersosial.

 Berfikiran positif, mana tahu anda tidak berjaya kali ini, mereka
tergerak hati untuk memanggil anda pada masa akan dating.

2. Minta pendapat atau maklumbalas daripada penemuduga tentang
portfolio anda.

 Bergantung kepada industri yang akan anda ceburi. Sekiranya
temuduga anda memerlukan anda menunjukkan portfolio, pastikan
anda guna peluang ini untuk mendapatkan nasihat, maklumbalas
atau pendapat dari panel penemuduga yang lebih berpengalaman.

 Pandangan panel ini berguna untuk anda memperbaikinya untuk
kegunaan masa hadapan.

 Jangan malu untuk bertanya kerana mereka lebih arif dalam bidang
masing-masing, dan nasihat daripada profesional adalah percuma!

 Yang penting sentiasa rendah diri dan akui yang anda masih banyak
perlu diperbaiki.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

75

3. Minta pendapat atau maklumbalas daripada penemuduga tentang
portfolio anda.

 Bergantung kepada industri yang akan anda ceburi. Sekiranya
temuduga anda memerlukan anda menunjukkan portfolio, pastikan
anda guna peluang ini untuk mendapatkan nasihat, maklumbalas
atau pendapat dari panel penemuduga yang lebih berpengalaman.

 Pandangan panel ini berguna untuk anda memperbaikinya untuk
kegunaan masa hadapan.

 Jangan malu untuk bertanya kerana mereka lebih arif dalam bidang
masing-masing, dan nasihat daripada profesional adalah percuma!

 Yang penting sentiasa rendah diri dan akui yang anda masih banyak
perlu diperbaiki.

4. Mohon untuk terus kekal berhubung.

 Berhubung secara profesional melalui LinkedIn (kalau anda tiada
akaun LinkedIn, mungkin sekarang adalah masanya!).

 Meluaskan jaringan profesional, kerana anda mungkin akan bertemu
lagi di masa hadapan sama ada dalam temuduga atau sebagai
rakan sekerja!

 LinkedIn saluran berguna untuk survival di industri, tidak kira sama
ada anda baru tamat belajar atau ingin bertukar kerja LinkedIn
adalah 'senjata' utama anda untuk tujuan profesional.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

76

5. Buat susulan selepas seminggu dua temuduga tamat.

 Tidak salah untuk bertanya keputusan kepada mereka.

 Anda ingin tahu keputusan temuduga anda dan ini adalah normal.

 Sebagai signal untuk memberitahu mereka anda serius bagi jawatan
yang dipohon.

 Menunjukkan anda tidak ingin membuang masa, sekiranya tidak
berjaya anda boleh memikirkan langkah seterusnya.

 Jika tidak berjaya tanyalah kepada mereka apa yang perlu anda
perbaiki.

 Tetapi perlu diingat jangan pula anda menghubungi mereka setiap
hari kerana ia menjengkelkan.

6. Elakkan daripada bercakap atau komen tentang temuduga atau
syarikat di media social.

 Sekiranya anda komen sesuatu yang kurang elok, anda mungkin
menjejaskan peluang anda, apatah lagi jika anda sebenarnya
melepasi temuduga dan mempunyai resume yang cemerlang.

 Majikan mengelak dari memilih pekerja yang memburukkan syarikat.

 Maklumat anda sangat mudah untuk diperolehi di internet, jadi
berfikirlah sebelum meletakkan sebarang komen yang menjejaskan
peluang anda.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

77

PENUTUP

Semoga dengan perkongsian dan tips di dalam buku ini, anda dapat
menyusun strategi untuk mencari pekerjaan yang sesuai, membuat
persediaan rapi dan lebih yakin untuk menghadiri sesi temuduga. Pihak
kami sentiasa bersedia membimbing anda dalam usaha anda untuk
mengukir kejayaan dalam hidup anda.

STRATEGI SUKSES MENCARI PEKERJAAN

78

BIBLIOGRAFI

Amir Awang. (1983). Penghantar bimbingan dan kaunseling. Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia.

Anonymous. (2019). Apakah yang patut saya lakukan selepas ditemuduga.

Dimuat turun pada April 2020 daripada

http://blog.sarawakyes.com/apakah-yang-patut-saya-lakukan-selepas-

ditemuduga/

Anonymous. (2020). Tip untuk anda yang bakal menghadiri temuduga kursus
pengajian. Dimuat turun pada April 2020 daripada
https://afterschool.my/bm/berita/tip-untuk-anda-yang-bakal-menghadiri-
temuduga-kursus-pengajian/

Anonymous. (2017). 6 tip untuk berkomunikasi dengan baik ketika interview
untuk dapatkan gaji yang tinggi. Dimuat turun pada April 2020 daripada
http://www.duitkertas.com/2017/07/6-tip-untuk-berkomunikasi-dengan-
baik.html

Sidek Mohd Noah. (2016). Pengujian dan penilaian dalam kaunseling: Teori
dan aplikasi. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Sidek Mohd Noah. (2015). Perkembangan kerjaya: Teori dan praktis. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Click to View FlipBook Version