BacKeyakinan Diri
paiDARI KACA MATA KAUNSELOR
17 coretan yang berinspirasi dikongsikan oleh kaunselor-kaunselor
bertauliah khusus untuk para pembaca yang sukakan kisah-kisah motivasi.
aan Santai
YANG TERBAIK
Janji Sam
BAHAGIAN KAUNSELING UPM
Cetakan Pertama, 2021
© Bahagian Kaunseling UPM
Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk yang lain, sama ada dengan
cara elektronik, mekanik, gambar, rakan dan sebagainya tanpa izin bertulis daripada
Penerbit Bahagian Kaunseling UPM.
Diterbitkan dan dicetak oleh
Bahagian Kaunseling UPM,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Malaysia.
Perpustakaan Negara Malaysia Data pengkatalogan-dalam-penerbitan
Bahagian Kaunseling UPM
ISBN
eISBN
1001 Pesanan Emosihat
Motivasi/ Tim Penulis UPM
Isi Kandungan
Prakata 1
Penghargaan 2
Keyakinan 1 : Secangkir Kopi Nenek
Keyakinan 2 : 3 Prinsip Capai Matlamat 4
Keyakinan 3 : Hidup Ini Sebuah Pejuangan 7
Keyakinan 4 : Aku Bukan Oshin 12
Keyakinan 5 : Bangkit Bina Keyakinan 15
Keyakinan 6 : Berjaya Sebelum Berjaya 19
Keyakinan 7 : Gundah Si Introvert 25
Keyakinan 8 : Fikirkan Boleh ! 29
Keyakinan 9 : Kejayaan Itu Milikku 33
Keyakinan 10 : Teknik 6 Kotak 38
Keyakinan 11 : Yakin & Cita 43
Keyakinan 12 : Teknik SOFTEN : Tips Mudah 47
Bina Keyakinan Dalam Motivasi
Keyakinan 13 : Nota Buat Hati 51
Keyakinan 14 : Keyakinan Dari Dia 57
Keyakinan 15 : Aku Mahu Menang 60
Keyakinan 16 : Motivasi Pemimpin Unggul 64
Keyakinan 17 : "Sekolah Ayah" : Membentuk 67
71
Keyakinan Diri Dalam Komunikasi
Kenali Penulis 75
Nota 79
Prakata
Dengan nama Allah S.W.T., Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
kuasa dan izin-Nya, buku ini berjaya diterbitkan. Semoga dengan
rahmat dan berkat daripada-Nya penulisan mengenai Analisis
Keyakinan Diri ini memberi manfaat yang besar kepada para
pembaca sekalian.
Apabila diberi peluang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam dunia psikologi dan kaunseling, ianya adalah anugerah
terbesar yang dikurniakan Allah S.W.T. Pastinya anugerah ini
merupakan satu amanah buat barisan kaunselor untuk terus
menerus membimbing masyarakat untuk mencapai kesejahteraan
mental dan fizikal. Pastinya amanah yang diberi ini perlu dipikul dan
dilaksanakan sebaik mungkin mengikut keupayaan dan potensi
masing-masing.
Oleh itu, Bahagian Kaunseling UPM mengambil inisiatif menyatukan
kaunselor-kaunselor berdaftar yang berminat untuk berkongsi
melalui penulisan. Perkongsian berfokus mengenai 'cara untuk
bangkit menjadi seseorang yang lebih berkeyakinan'.
Perkongsian santai ini, dihurai secara ringkas dan padat dengan tips
yang mudah untuk difahami. Diharapkan melalui penulisan ini, dapat
menjadi panduan kepada pembaca dalam usaha untuk membantu
diri sendiri.
Tim Penulis
1
Penghargaan
Sekalung penghargaan buat penulis-penulis buku Keyakinan Diri:
Dari Kaca Mata Kaunselor kerana berjaya menyiapkan penulisan
dalam masa yang telah ditetapkan. Komitmen dan usaha yang
diberikan amat memberansangkan. Meskipun dihalang oleh jurang
masa dan tidak dapat bersua secara fizikal, penulis-penulis dapat
mengekalkan momentum motivasi untuk menyiapkan penulisan ini.
Semoga usaha dan penat lelah penulis memerah idea bagi
menghasilkan naskah motivasi ini memberikan 1001 kebaikan
kepada setiap pembaca.
Sekalung penghargaan buat Ketua Bahagian Kaunseling UPM,
Dr. Mazila Ghazali dan Ketua Seksyen Puan Wan Azurani Wan
Ahmad atas sokongan penuh penghasilan buku motivasi ini. Selain
itu juga sekalung penghargaan juga buat Puan Syarifah Sheril Azlin
atas sumbang bakti beliau sebagai pembaca pruf meskipun sibuk
bergelar pelajar.
Terima Kasih!
Keyakinan 1 :
Secangkir Kopi Nenek
Oleh : Wan Azurani Wan Ahmad
Malam itu kami duduk lagi di hadapan televisyen. Ia, di rumah
nenek. Riuh sekali, semuanya berlumba lumba mahu berteriak dan
bersorak di depan televisyen di rumah nenek.
“Tukarlah siaran ke TV Lain, Li nak tengok cerita lain, bosan la citer
ni” Kata Li!. “Ala…kami nak tengok drama ni..jangan la tukar!” Lan
berteriak. Wati, Zura, Lini, Idah semua tergolek berbaring berbaris
di depan televisyen asyik melihat drama melayu.
“Jangan la tukar, cerita sedih ni!!” Wati menyampuk sambil
matanya juga berair melihat adegan di televisyen. Ya, cerita sayu
malam ni. Cerekarama malam ini tajuknya ‘Kulat Sisir Beracun”.
“Aduh! Sedihnya…” hati Wati tersentuh lagi. Dia langsung tidak
tahan menahan sebak.
Kasihan si ibu (lakonan Marlia Musa) dalam gembira berjumpa
rezeki kulat sisir di kebun getah Pak Lah, dimasaknya lauk
kegemaran anak-anak, kulat sisir masak lemak cili api. Berselera si
anak makan nasi berlaukkan masak lemak kulat sisir. Bertambah-
tambah nasi mereka. Rupanya kulat sisir yang dikutip ibu siang tadi
baru disembur racun oleh Pak Lah di kebuh getahnya.
Air mata Wati berjujuran lagi..
SECANGKIR KOPI NENEK
4
“Kalau semua berebut nak tengok siaran TV, haaa…bagi dekat
Cik Da remote tu! Cik Da nak tengok Hiburan Minggu Ini!”
Sampuk Cik Da bila melihat anak-anak buahnya mula ingin
membuat onar. Diam. Semua diam tanda akur.
“Baik senyap sebelum TV ke siaran Hiburan Minggu Ini” getus
hati Lan, Li, Zura, Wati, Lini dan Idah.
“Siapa nak minum air kopi-o cicah biskut? ‘‘ . Tiba-tiba celah
nenek sambil membawa seteko air kopi-o dan sebalang
sbeispkiuntgglaenmabkis. kMutaktaLwoanrgunjutgu
ak bawa sedulang kopi-o dan
atok dan menantu-menantu
lelakinya. Biasa, menantu akan mengambil giliran untuk
menonton televisyen di rumah nenek, lewat malam. Ada
WWF! Rancangan wresling kegemaran mereka.
Wati mengambil secangkir kopi-o. Ditenungnya kopi itu.
“Hitam. Hitam pekat. Tidak cantik. Warnanya hitam sahaja.
Tiada seri. Tiada apa yang menarik” hatinya mengomel.
Diminum kopi nenek. Kopi nenek memang buatan sendiri. Asli
dari kebun atok. Buah kopi nenek goreng garing, bersama
gula. Pekat hitam melekat di kuali. Ditumbuk selepas sejuk.
Memang kamilah yang biasa tolong nenek menumbuk kopi.
Tumpah dan bersepah. Nenek senyum sahaja. Kerja cucu-
cucu kecil memang tidak sempurna.
Ya. Andai hitam, tidak cantik, tidak berseri. Bukan bererti
tidak elok. Banyak kali kita tersalah erti, biasa apa dilihat
dipandangan difikirkan kita mesti sama luaran dan
dalamannya. Bagi yang luaran tidak cantik, pasti ada rasa
rendah diri. Boleh menghilangkan rasa yakin diri. Aku tidak
cantik, tidak seperti si dia. Aku tidak menarik, tidak seperti si
dia. Perasaan dan rasa ini akan membunuh keyakinan diri.
Ubah persepi diri kita. Latih minda untuk jadi positif. Tampak
di luar molek, jagalah dalaman supaya turut molek.
SECANGKIR KOPI NENEK
5
Jika ingin yakin dengan diri sendiri, jangan bandingkan diri
kita dengan orang lain. Fokus kepada kelebihan diri sendiri.
Setiap manusia dianugerahkan dengan keistimewaan
berbeza. Cari kelebihan diri dan fokus dengan kelebihan yang
dimiliki supaya potensi diri dapat dibina dan diperhebat.
Usahlah terlalu melihat kelebihan orang lain. Memang benar,
kita boleh menjadikan individu yang lebih baik sebagai idola
namun tidak perlulah merasa diri kerdil dan hina. Jadi diri
sendiri. Senantiasa amalkan gaya hidup sihat sama ada aspek
pemakanan, kesihatan, pergaulan, kerjaya dan sebagainya.
Jaga interaksi dan penampilan
diri!
Wati meneguk kopi di tangan. Diteguknya perlahan-lahan.
Masih panas. Jauh dia mengelamun rupanya. Kali ini, kopi-o
yang diteguknya, dibancuh sendiri. Hitam pekat, cukup manis
dan rasa kuat kopinya. Ada aroma tersendiri. Dia tersenyum
kerana kenangan secangkir kopi nenek lebih 30 tahun lalu
terimbau di memori. Benarlah, hitam tidak semestinya tidak
cantik. Tidak cantik tidak semestinya tidak elok. Yakinlah, ada
keunikan di sebalik rupa. Keunikan di sebalik setiap ciptaan-
Nya.
SECANGKIR KOPI NENEK
6
Keyakinan 2 :
3 Prinsip Capai Matlamat
Oleh : Haniff Abd
ullah Hashim
Menjelajahi lautan kehidupan bukanlah sesuatu yang mudah.
Zaman kanak-kanak saat ketika masih bermain guli, sepak raga,
dan galah panjang. Fikiran melayang jauh membayangkan
seronoknya dunia dewasa. Penuh kebebasan menyelusuri
kehidupan tanpa perlu dimarahi dan diarahkan oleh sesiapa.
Namun apabila menjalani sendiri saat menginjak remaja dan
dewasa, bayangan itu tidaklah seindah seperti yang disangka. Laut
yang kelihatan tenang ketika bermain di pantai, rupanya
menyimpan gelombang menggunung apabila bedar mula belayar.
Makin menuju ke tengah, semakin ganas gelombang memukul.
Berpatah balik bukanlah satu pilihan. Apabila telah meluncur kapal
ke laut, berbekal kemudi di tangan. Mahu atau tidak destinasi perlu
diharung gagah. Sama ada berjaya atau tidak, takdir terletak di
tangan sendiri dengan izin Tuhan. Begitulah umpamanya kehidupan
perlu diharungi dengan berani dan usah mundur.
Menurut Erikson seorang tokoh psikologi perkembangan, pada
umur 40 hingga 65 manusia akan berhadapan dengan kemuncak
perkembangan. Kemuncak perkembangan akan menentukan sama
ada individu akan terus menjana keupayaan atau tersekat
3 PRINSIP CAPAI MATLAMAT
7
(generativity vs stagnation). Maka bagi tersekatnya potensi
dalam tahap umur tersebut individu haruslah menetapkan
matlamat secepat yang mungkin. Tindakan perlu diambil hari
ini, bukan esok, lusa atau pada masa akan datang. Tindakan
dan rancangan perlu ditulis dengan jelas. Pada ada asasnya
ada tiga perkara perlu diperkukuh dalam mencapai
matlamat. Satu berada dalam diri, satu nampak secara zahir
dan satu lagi berbentuk tindakan. Perkara tersebut adalah
keyakinan (dalaman), keberanian (luaran) dan fokus serta
kosisten (tindakan).
Keyakinan.
Ramai yang terkandas di tengah jalan kerana merasakan
nasib tidak menyebelahinya, dunia berlaku zalim pada
dirinya, sistem berlaku kejam, di kelilingi masyarakat gagal
dan menyerahkan nasib pada arus kehidupan. Keyakinan
yang ditanam pada permulaan tahun, pertengahan bulan,
atau di penghujung tahun tertewas dek sikap, halangan dan
persekitaran. Lemah sangatkah kita sebagai manusia tidak
mampu mengatasi rintangan-rintangantersebut. Ayuh, imbas
kembali kejayaan-kejayaan yang telah dilalui. Adakah
perjalanan individu sampai ke hari ini dengan hanya berpeluk
tubuh?. Sudah pasti tidak. Ada harga perlu dibayar, ada
keringat perlu ditumpahkan dan ada pengorbanan perlu
dibuat.
Keyakinan terbina atas tahap keupayaan melakukan sesuatu.
Umpamanya apabila diminta meniti titi dengan kelebaran 3
kaki dengan aras ketinggian satu meter. Pasti ramai yakin
boleh melakukannya. Malahan mungkin ada yang bergerak
dari permulaan sehingga pengakhiran titi dengan berlari atau
berpejam mata. Namun apabila dinaikkan titi tersebut
dengan jarak yang sama, namun dengan ketinggian setinggi
bangunan sepuluh tingkat. Berapa orangkah yang yakin untuk
meniti titi tersebut.
3 PRINSIP CAPAI MATLAMAT
8
Akan ada pelbagai kebarangkalian bermain dalam minda.
Risiko terjatuh, tiupan angin, takut-takut tergelincir dan
sebagainya. Begitulah keyakinan. Bukanlah cabaran hidup
semakin sukar, tetapi kerana semakin tinggi tahap seseorang
berada, semakin berasa tidak yakinnya individu pada
kebolehannya.
Tanamkanlah dalam diri. Andai ada halangan semalam
berjaya diatasi. Pasti halangan hari ini juga akan berlalu.
Selagi ada keyakinan pada diri sendiri halangan-halangan di
hadapan hanyalah dKuegyaaakninuan
ntuakdamlaehn ambah keku atan dan
menguji keimanan. satu emosi intrinsik
hasil dari suapan-suapan pengalaman, pendidikan, kebolehan
dan bakat seseorang. Perkara-perkara ini tidak datang
dengan sendiri, melainkan dilalui pengalaman dengan hati
terbuka, kesediaan mempertingkat ilmu pengetahuan dan
memperkembangkan bakat yang sedia ada pada seseorang.
Namun jangan pula nanti apabila telah berada dalam
kesenangan berasa pula terlalu yakin dan mengimani bahawa
kesemuanya datang dari sendiri.
Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan
dari Kitab Allah:
"Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!"
Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di
sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku,
untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak
mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya)
sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah
terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak
bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana
sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".
(An-Naml 27:4).
3 PRINSIP CAPAI MATLAMAT
9
Keberanian.
Keberanian adalah tapak kepada binaan kejayaan pada masa
akan datang. Kejayaan tidak mungkin didirikan sekiranya
individu tidak mempunyai keberanian. Malaysia merdeka
kerana ada keberanian dari perjuang-perjuang kemerdekaan
menentang penjajah, berdiplomasi dengan penjajah dan
berani menyatakan kebenaran dan isi hati. Mengapa perlu
menjadi pengecut sedangkan telah dianugerahkan oleh
tuhan dengan nikmat yang tidak terhingga. Hari ini manusia
menjadi takut hanya kgeurraun, ape
rinssayuarkaahla, up-aksaalanugadnitdoalank.raRkisaanu-
jika ditolak ibu-bapa,
rakan. Sedarilah ketakutan itu membuatkan anda menjadi
kaku, tidak tahu ke mana mahu bergerak. Ke hadapan salah,
ke belakang salah, ke kiri risau ke kanan takut. Jadilah anda
pemerhati kepada kejayaan-kejayaan orang lain yang
terkehadapan.
Kehidupan adalah berkenaan keputusan. Keputusan adalah
pilihan, berdiam diri dan tidak menyatakan keyakinan itu
bukanlah pilihan. Sering kali pada hari ini, jika dilihat kepada
kelompok pergaulan. Ramai rakan memperkecilkan minat dan
kebolehan sahabatnya. Malahan menjadikan minat tersebut
diperolok-olokkan. Sedarlah andai terlalu dilayan, diambil
serius perkara-perkara ini akhirnya ianya akan merosakkan
diri sendiri. Pada masa hadapan masing-masing akan memilih
jalan sendiri.
Maka suburkanlah dalam hati keberanian untuk menzahirkan
mengenai minat dan cita-cita. Ikutilah jalan yang diyakini
boleh membawa kepada kejayaan kepada matlamat. Walau
pun banyak halangan, walau pun tidak pernah diikuti oleh
orang lain. Andai terjatuh bangkitlah, usah tunggu sehingga
ada tangan menghulurkan bantuan. Bangkitlah sendiri.
Kejayaan adalah milik pemberani. Pemberani adalah mereka
yang mempunyai prinsip, berani menyatakan perkara yang
diyakini benar, pentingkan perkara yang diyakini salah.
3 PRINSIP CAPAI MATLAMAT
10
Berani menghadapi cabaran dan halangan. Namun bukan
berani secara semberono sebaliknya berani dengan
perancangan yang rapi dan teliti. Sedia menambaik tindakan
dan perancangan sepanjang jalan menuju matlamat.
Konsisten dan fokus.
Lakukanlah sesuatu kerja secara konsiten dan fokus. Ramai di
antara kita yang mempunyai banyak minat. Benar, di media
sosial banyak bidang-bidang yang menawarkan pendapatan
yang lumayan. Namun auksaahh
bitdearnbgawkaeutoalmehaanaraunsd. Duduk
sebentar dan berfikir, ap a. Anda
mahu berjaya dalam bidang apa, komputer, pendidikan,
perniagaan, kejuruteraan, penulisan, seni dan sebagainya?
Pilih satu dan fokuskan kepada bidang tersebut. Steve Job
pernah menyatakan “usah melakukan semua benda,
sebaliknya lakukan satu perkara dengan baik”.
Berjaya dan cemerlang dalam sesuatu bidang memerlukan
masa dan proses. Sekiranya asyik melompat dari satu bidang
ke bidang yang lain. Ini hanya membazirkan masa dan
mengurangkan kemungkinan kejayaan dalam bidang-bidang
yang anda kejarkan tersebut. Pepatah lama ada menyatakan
“yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran”. Usah
percaya kepada iklan-iklan melahirkan jutawan, jurulatih,
usahawan, tukang masak dan jurutera segera. Semua bidang
memerlukan proses kematangan, proses pembelajaran dan
turun naik. Percayalah kepada proses dan kesungguhan.
Berkat doa usaha, mudah-mudahan Tuhan permudahkan
segala urusan.
3 PRINSIP CAPAI MATLAMAT
11
Keyakinan 3 :
Hidup Ini Sebuah Perjuangan
Oleh : Yusl
ina Johari
Bilik sesi hening sebentar. Ada suara sendu di hujung tangisan. Aku
pasti sudah lama perasaan itu tersimpan tanpa diluahkan. Ia pasti
berat untuk dirimu juga. Kerana itu aku biarkan ia diluahkan
walaupun dalam bentuk air mata. Berbelas tahun rupanya
kesakitan itu ditanggung, pilu itu dibawa dalam setiap fasa
kehidupan engkau lalui. Namun aku akui, dirimu seorang yang
hebat dalam melayari bahtera kehidupan.
Ketika dirimu merasakan masalah yang dialami hanya kecil bagi
sebahagian orang namun tidak pada diri ini yang melihatnya dari
sisi seorang kaunselor. Setiap isu yang dibawa adalah penting
untuk difahami dan dirungkai. Ketika orang lain mungkin menutup
pintu untuk mendengar tapi diriku melapangkan dada untuk sedia
mendengar segala keluh kesah, mahupun ianya dianggap kecil bagi
sesetengah pihak.
Perjuangan hidup bermula dengan langkah pertama untuk kita
mencari bantuan yang diperlukan oleh diri. Bukan tanda diri lemah
tapi itulah tanda kita hormat diri. Kita menyediakan diri ke arah
kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti.
HIDUP INI SEBUAH PERJUANGAN
12
Hidup ini bukan hanya dua warna sama ada hitam atau putih
sahaja. Begitu juga dengan pemikiran kita. Bangkitlah untuk
mewarnakan kanvas kehidupan kita dengan yakin dan fokus
kepada tujuan dan matlamat hidup. Matlamat kita mungkin
berbeza dengan orang lain. Tidak perlu untuk kita
membandingkan siapa bagus, siapa hebat namun fokus pada
keperluan diri. Fikirkan keinginan dan cita-cita kita untuk 10
tahun akan datang. Tetapkan matlamat dan buatlah
perancangan.
Jatuh bangun kita pada haark
ianini, tidaklah menggambarkan
siapa kita pada masa datang. Seseorang yang
mengalami kesulitan Ketika masa masa silamnya mampu
menjadi orang yang paling berjaya. Seseorang yang pada
masa silamnya sangat cemerlang, namun boleh jadi jatuh
terduduk pada kemudian hari. Orang yang berjaya bukanlah
mereka tidak pernah jatuh, tetapi sejauh mana mereka
mampu bangkit setelah gagal.
Kehidupan yang dilalui pasti ada pasang dan surut seperti air.
Kadang kala emosi gembira, kadang kala bertukar duka.
Itulah hidup. Pengalaman hidup kita juga sudah tentu
berbeza antara satu sama lain. Mungkin saiz kasut kita sama,
namun jalannya adalah berbeza. Jadi tidak perlulah kita
berasa khuatir melihat kehidupan orang lain. Apa yang
penting adalah bagaimana kita mencorakkan kehidupan kita.
Kehidupan juga bukan satu perlumbaan siapa yang paling
cepat sampai destinasi tapi ia merupakan satu perjalanan
yang penuh pengalaman yang membentuk nilai, kematangan
serta kualiti diri. Jika penat berehatlah sebentar dari lelahnya
kehidupan. Ianya bukan tanda kita kalah. Tapi tanda kita
hormat diri dan memberi ruang untuk diri berehat sebentar
dan mendapatkan semangat baru.
Jika ditanya tidakkah seorang kaunselor diuji? Mereka juga
seperti anda yang sedang membaca ini. Hidup mereka juga
HIDUP INI SEBUAH PERJUANGAN
13
diuji jatuh dan bangun, bukan kerana mereka seorang
kaunselor tetapi kerana mereka seorang manusia. Selalu
ditanya dalam sesi kaunseling oleh klien, ‘tidakkah puan diuji
dengan ujian yang berat?’ Saya hanya menjawab saya juga
manusia biasa seperti awak, adakala hidup diuji dengan ujian
yang berat sampai sukar untuk bangun, dan kadang kala
ujian yang biasa-biasa. Namun bukanlah ujian itu biasa atau
luar biasa yang kita fokus, tetapi bagaimana kita
mempersiapkan diri untuk berjuang waktu ujian datang.
Sering juga dbitaahnaygaiabasgeapiemratin
aseinograinngmeknajuandsi esleoor.raJnagwayapnagn
positif dan
untuk soalan itu masih sama, kaunselor masih seorang
manusia. Emosinya juga pelbagai seperti anda. Kecewa,
geram, marah, menyampah, cemburu masih ada dalam diri,
namun bukanlah perasaan itu menjadi fokusnya, tetapi
bagaimana dia mengawalnya.
Tanpa sedar hidup ini siapa pun mereka, hebat mana pun
mereka, mereka masih seorang manusia yang sama seperti
manusia yang lain. Namun apa istimewanya kehidupan
mereka berbanding kehidupan kita?
Istimewanya mereka adalah cara mereka mengendalikan
hidup mereka. Mereka tumpu kepada keseimbangan dalam
hidup. Mereka tumpu kepada keperluan hidup dan matlamat
hidup. Mereka tahu bagaimana ingin mengemudikan hidup
mereka. Mereka tidak menjadikan hidup mereka perlumbaan
dengan manusia lain. Oleh itu mereka mudah fokus tentang
matlamat dan tujuan hidup yang diingini.
Pasakkan semangat dan teruslah melangkah serta nikmatilah
perjalanan kehidupan ini dengan penuh bermakna. Walaupun
kadang kala perjalanan tersebut tersasar sedikit namun
selagi ada masa, usaha dan tekad, kita boleh perbetulkannya.
HIDUP INI SEBUAH PERJUANGAN
14
Keyakinan 4 :
Aku Bukan Oshin
Oleh : Iz
wana Ismail
Menyebut tentang keyakinan diri, teringat tentang kisah yang
berlaku 32 tahun yang lalu, terimbau kenangan Ketika di
sekolah rendah. Aku seorang yang pendiam, pemalu, sampai
nak makan di kantin sekolah pun rasa malu. Seakan-akan
orang lain memerhatikan aku. Kisahku berkait rapat dengan
cerita Oshin yang disiarkan di kaca televisyen sekitar tahun
1980-an. Kisah seorang kanak-kanak perempuan bernama
Oshin. Kisah Oshin ialah siri drama televisyen dari Jepun.
Pada waktu itu, kawan-kawan sekolah memanggil aku dengan
gelaran Oshin disebabkan watak kanak-kanak tersebut yang
agak pemalu dan berjalan lambat.
Pada dasarnya watak Oshin yang pernah disiarkan dahulu,
merupakan watak utama siri yang menonjol mengisahkan
seseorang tidak patut berputus asa meskipun sedang diuji
dengan sesuatu yang amat perit dalam hidup. Kisah ini
merupakan kisah nyata seorang wanita Jepun bernama Kazuo
Wada. Seorang wanita yang berjiwa kental. Seawal usia 7 tahun
Oshin disuruh oleh ayahnya untuk keluar bekerja.
AKU BUKAN OSHIN
15
Berbalik kepada keyakinan diri, apabila kawan-kawan
memanggil aku dengan gelaran tersebut menyebabkan aku
merasa rendah diri. Aku selalu membandingkan diri aku
dengan kawan-kawan yang hebat. Aku semakin tenggelam
dan merasakan aku tidak bagus. Aku menjadi tidak aktif.
Walaupun dalam hati ada cita-cita untuk menyanyi di depan,
bercerita di atas pentas dan semua perkara yang boleh
menonjolkan diri. Tetapi semuanya hanya dalam fikiran aku
pada waktu itu.
Sewaktu pulang dari aspeak
oylaahn,gsoarmabnigl berjalan kaki, aku
berfikir untuk mengubah lihat tentang diri
aku. Aku perlu lakukan sesuatu supaya aku tidak berterusan
hilang keyakinan diri. Pada masa itu aku berusia 9 tahun. Aku
nekad untuk mengubah diri aku dari seorang yang pemalu
kepada sesorang yang mempunyai keyakinan diri.
Peringkat awal, aku cuba menyertai kumpulan tarian.
Ketika itu ada persembahan untuk majlis sekolah. Walaupun
sukar pada peringkat awal, akhirnya aku mampu untuk
lakukan sesuatu. Setelah itu aku mula aktif menyertai koir
sekolah dan menjadi ahli pancaragam sekolah malah
bertanding sehingga ke peringkat negeri.
Aku juga aktif dalam sukan meskipun hanya pertandingan
untuk rumah sukan sekolah. Aku cuba singkirkan gelaran
Oshin yang diberikan padaku. Aku juga nekad untuk
mengubah gaya berjalan yang perlahan menjadi lebih laju
dan cepat. Alhamdulillah, dengan perubahan tersebut aku
tidak lagi dipanggil Oshin.
Para pembaca sekalian, keyakinan diri dan harga diri
merujuk kepada bagaimana seseorang individu melihat
dirinya sendiri dan percaya pada nilai seseorang. Keyakinan
diri adalah satu kepercayaan bahawa anda akan berjaya
dalam apa jua yang anda lakukan. Ini kerana keyakinan diri
berkait dengan harga diri.
AKU BUKAN OSHIN
16
Mari kita lihat apa ciri-ciri yang ada pada seseorang yang
mempunyai keyakinan diri. Pertama orang itu mempunyai
imej diri yang positif. Kedua, mereka kurang cenderung untuk
dipengaruhi oleh apa yang difikirkan oleh orang lain. Ketiga,
orang yang mempunyai keyakinan diri menghormati dan
menerima keputusan sendiri dan orang lain dengan yakin dan
tidak lagi mempersoalkan keputusan tersebut.
Apa yang perlu anda lakukan untuk meningkatkan
keyakinan diri iaitu, anda perlu melakukan sesuatu secara
lparkaukktaiknal,permueblaahkaunkadnanpteirnugb
kaahtakann secara perlahan-lahan
tahap kesukaran untuk
mencabar diri anda.
Anda juga perlu terus mencuba perkara-perkara baru.
Jika anda menghadapi kegagalan, teruskan mencuba
sehingga berjaya. Amalkan kemahiran sosial yang baik dan
kemahiran tersebut boleh dipelajari dan dipraktikkan dengan
mengamalkan postur tubuh yang baik dan sentiasa senyum.
Bertindak dengan yakin dan ini merupakan langkah
pertama untuk membantu anda merasa yakin. Jika anda tidak
pasti akan sesuatu perkara, cuba belajar untuk bertanya
kepada orang lain dan pelajarilah kemahiran komunikasi.
Ianya akan membantu anda lebih yakin untuk berbual dan
berkomunikasi dengan orang lain.
Sentiasalah berpegang kepada kata-kata dari tokoh Islam
terkenal, Salahudin Al Ayubi:
“Aku meminta kekuatan, Allah memberiku kesulitan untuk
membuatku semakin kuat.”
“Aku meminta kebijaksanaan, Allah memberikanku masalah
untuk ku selesaikan.”
“Aku meminta kemakmuran, Allah memberikanku kecekapan
dan tenaga untuk bekerja.”
AKU BUKAN OSHIN
17
“Aku meminta keberanian, Allah memberikanku rintangan
untuk diatasi.”
“Aku meminta cinta, Allah memberikanku orang yang
mempunyai masalah untuk ku tolong.”
“Aku meminta kemurahan hati, Allah memberikanku
kesempatan.”
“Aku tidak selalu dapat apa yang diinginkan, tetapi aku selalu
dapat apa yang diperlukan.”
Melalui mutiara kata inilah yang menjadikan keyakinan
diri semakin bertambah kerana ia mengajar erti kesabaran
dalam membina keyakinan diri dan seterusnya mencapai
kejayaan.
Akhir kata, belajarlah untuk menyayangi diri sendiri.
Tidak perlu membandingkan diri sendiri dengan orang lain
kerana setiap individu itu dilahirkan berbeza. Semoga
bermanfaat.
AKU BUKAN OSHIN
18
Keyakinan 5 :
Bangkit Bina Keyakinan
Oleh : Maznah Azis
PENGENALAN
Pastinya kita akan kagum melihat rakan-rakan yang
mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Pastinya kita akan
melihat orang di sekeliling amat menyenangi mereka yang
berkeyakinan. Pastinya terdapat pelajar di universiti yang
dilihat mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan ada juga
yang kurang keyakinan diri. Sedangkan, semua pelajar
universiti merupakan pelajar yang cemerlang dalam
akademik dan aktiviti kokurikulum semasa zaman
persekolahan.
Sebagai seorang pelajar, berkeyakinan dan mempercayai
kemampuan diri adalah sifat penting dalam memastikan
penyesuaian diri di alam kampus. Persekitaran institusi
pengajian tinggi yang kompetitif terutama dalam aktiviti
pengajaran & pembelajaran, hubungan sosial dan aktiviti
kokurikulum, boleh dijadikan medium utama pelajar dalam
meningkatkan keyakinan diri. Keyakinan yang boleh dipelajari
ini dapat meningkatkan kejayaan dan mutu pencapaian
pelajar di alam kampus yang seterusnya dapat melahirkan
pelajar yang berdaya saing apabila tamat pengajian kelak.
BANGKIT BINA KEYAKINAN
19
APA YANG MEMPENGARUHI KEYAKINAN DIRI PELAJAR
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi keyakinan diri
pelajar termasuklah penampilan fizikal, pencapaian
akademik, trauma, penderaan, gaya keibubapaan, gender,
persekitaran, kehidupan semasa dan sebagainya.Walaupun
apa jua faktor yang mempengaruhi, pelajar perlu mengetahui
bahawa keyakinan diri ini boleh dipelajari dan dibina. Apa
yang paling penting adalah kita perlu bersedia dan komited
untuk berubah. Jom ikuti tips untuk meningkatkan keyakinan
diri.
TINGKATKAN KEYAKINAN DIRI MELALUI TIPS ABCDE
Keyakinan diri adalah kepercayaan terhadap kemampuan diri
sendiri. Ia merupakan suatu elemen penting yang harus ada
dan dikuasai oleh setiap pelajar dalam memastikan ianya
selaras dengan pencapaian akademik, sama ada bagi
memenuhi keperluan ketika proses pembelajaran, persiapan
menempuh alam pekerjaan ataupun dalam interaksi sosial.
Jadi, untuk meningkatkan keyakinan diri, pupuklah melalui
kemahiran-kemahiran yang boleh dipelajari. Tips ABCDE
boleh digunakan untuk meningkatkan keyakinan diri kita.
BANGKIT BINA KEYAKINAN
20
Akui & Kenali Diri.
Langkah pertama, kenal pasti apakah perkara utama yang
menjadikan kita kurang berkeyakinan. Sebagai contoh ketika
berada di khalayak ramai, menyampaikan ucapan,
menjalankan tugasan berkumpulan atau sebagainya.
Senaraikan apa kesan dan akibat sekiranya kita berada dalam
situasi itu. Contohnya kita akan lupa perkara yang ingin
disampaikan, tangan menggeletar dan berpeluh, jantung
berdegup kencang, reaksi orang ramai akan ketawakan kita
dakaannsbeberalgaakiunybau. kKaintakpeepralduapae
prhaatyiaknagn perkara yang sebenar
kita rasa. Apabila kita
mengenali diri kita, mudah untuk kita melakukan pelan
intervensi untuk perubahan.
Imbas kembali peristiwa hidup kita, akui kejayaan-kejayaan
yang pernah kita lakukan walaupun kecil. Lihatlah kejayaan
yang pernah dicapai melalui koleksi foto, video atau sijil-sijil.
Pasti ia akan meningkatkan keyakinan kita kerana memori
kita sudah merakamkan bukti kehebatan dan kemampuan
diri. Dengan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri,
kita akan jelas dengan apa perkara yang boleh dikekalkan
dan apa perkara yang boleh ditingkatkan.
Beraktiviti.
Sebagai mahasiswa, pelbagai aktiviti dalam kampus yang
boleh disertai. Secara umumnya, di mana-mana university,
terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan untuk kita seperti
aktiviti di kolej kediaman, persatuan badan pelajar, aktiviti
sukarelawan, sukan, kebudayaan, unit berunifom dan
pelbagai lagi. Sehubungan itu, ambillah peluang ini untuk
menyertai aktiviti tersebut sebagai peserta mahupun ahli
jawatankuasa. Pastinya dengan pengalaman menyertai
aktiviti tersebut, keyakinan diri kita akan bertambah.
BANGKIT BINA KEYAKINAN
21
Pihak universiti amat menggalakkan para pelajar menyertai
aktiviti-aktiviti di luar bidang akademik untuk melahirkan
pelajar yang holistik. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan akan
mendorong kita menguasai dan meningkatkan keyakinan diri
melalui pengalaman bersosial, mengelola dan mentadbir
aktiviti yang disertai.
Cari Rakan Di Universiti.
Sebahagian diri kita bergantung kepada dengan siapa kita
bergaul. Berkawanlah dpeenngga
anjianmeyraenkga yang mempunyai
impian dan matlamat jelas di universiti.
Bergaul dengan rakan di dalam persekitaran yang positif.
Transisi dari zaman sekolah ke alam kampus menjadikan
seseorang mudah terdedah dan terpengaruh dengan
persekitaran termasuk dalam berkawan. Jadi, pilihlah rakan
yag mampu menjadi penyokong kita untuk terus berjaya.
Manakala, sebagai rakan pula, jadilah seorang yang mudah
didekati dan disenangi oleh orang lain.
Untuk menjadi pelajar yang berkeyakinan, sokongan
rakan yang sentiasa mendorong kita untuk lebih berjaya dan
cemerlang adalah penting. Berkawanlah dengan rakan yang
mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan positif. Dengan itu,
kita boleh menjadikan rakan sebagai role model dan dapat
membimbing kita ke arah membina keyakinan diri yang
positif. Jika rakan itu memberikan pengaruh negatif dan
mengurangkan keyakinan diri kita, maka tinggalkanlah.
Dapatkan Keyakinan Sokongan.
Apabila perlu berhadapan dengan sesuatu keadaan, binalah
keyakinan sokongan kita. Keyakinan sokongan ini
termasuklah melalui peralatan, isu-su teknikal, keterampilan,
pakaian, hiasan, mekap dan sebagainya.
BANGKIT BINA KEYAKINAN
22
Salah satu keyakinan sokongan yang perlu dikuasai untuk
meningkatkan keyakinan diri ialah teknik bahasa tubuh
melalui etika pemakaian dan penampilan sosial. Dalam situasi
apa sekalipun cara pemakaian kita akan menjadi perhatian
dan menjadi pandangan pertama orang ramai. Contohnya,
kita berpakaian kemas semasa melakukan pembentangan di
dalam kuliah, pastinya penilaian pertama pensyarah adalah
positif dan sedikit sebanyak menyumbang kepada
pemarkahan.
Setiap oardaanngyamkeeymaikliiknianpsootek
nosnigadna, nia keyakinan tersendiri.
Dengan dapat menjadikan diri
kita lengkap. Kekurangan yang lain kadang-kala akan dapat
ditutup oleh keyakinan sokongan yang kita miliki. Jadi, kita
perlu rajin mengenalpasti dan membina keyakinan sokongan.
Elakkan Pemikiran Negatif.
Pemikiran negatif boleh menyebabkan kita bergantung
kepada penilaian luaran untuk berfikiran negatif dan berfikir
secara tidak rasional. Untuk meningkatkan keyakinan diri, kita
perlu mengelakkan gangguan emosi melalui pemikiran
negatif. Lupakan pengalaman lepas yang berlaku yang
meninggalkan kesan tidak baik terhadap keyakinan diri kita.
Belajar untuk menerima apa yang berlaku pada masa lampau
dan cari jalan untuk menempuhi masa akan datang.
Bercakaplah sesuatu yang positif tentang diri sendiri. Jadilah
penyokong, menyayangi dan memberi ganjaran terhadap diri
sendiri jika telah memperoleh sesuatu yang positif.
Aktiviti yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan pemikiran
negatif adalah dengan membuat “log keyakinan”. Pertama,
kita boleh senaraikan 10 perkara yang paling kita banggakan
dan 10 perkara yang kita kecewa dalam sejarah hidup kita.
BANGKIT BINA KEYAKINAN
23
Kemudian gunakannya untuk membuat penegasan positif
mengenai perkara yang boleh kita kekalkan, tingkatkan atau
tinggalkan. Log ini sangat berkesan jika kita cenderung
merosakkan keyakinan kita dengan pemikiran negatif.
PENUTUP
Keyakinan diri boleh dipupuk dan dibina dalam proses
kehidupan. Sebagai pelajar, kita perlu percaya pada
pertimbangan, keupayaan dan kemampuan diri sendiri.
Apabila khitiaduypakdinandebnegrasenddiair
iu, kita pasti dapat menghadapi
cabaran ntuk bertindak dengan wajar
dalam apa jua keadaan. Keyakinan diri dibina melalui proses
dan kita perlu cuba untuk meningkatkan dan
merealisasikannya. Yakinlah bahawa kita semua adalah juara
dan kita perlu percaya pada kemampuan sendiri. Bangkitlah
membina keyakinan!
"Belajar untuk menerima apa yang berlaku pada masa
lampau dan cari jalan untuk menempuhi masa akan datang"
BANGKIT BINA KEYAKINAN
24
Keyakinan 6 :
Berjaya Sebelum Berjaya
Oleh : Kam
ariah Derasol
“ Puan, saya rasa malu dengan kawan sama-sama sekolah
dahulu. Selepas SPM, mereka score dan belajar ke luar
negara. Sedangkan saya, terdampar di kolej yang orang tak
kenal pun,” keluh dia apabila menemui saya.
“ Cuba Zam fikir dan beritahu saya, apa yang awak mahukan
sebenarnya apabila bekerja nanti?”
“Dan apa yang Zam nak buktikan sebenarnya?”
Terbeliak matanya merenung saya. Dia kelihatan tersentak
apabila ditanya soalan cepu emas yang tidak diduga.
Terutamanya soalan kedua, tersandar badannya ke belakang
seolah menerima tamparan dengan soalan itu. Saya agak
risau jika soalan itu mencederakan emosinya. Tetapi itulah
salah satu kemahiran yang dipraktikkan dalam sesi
kaunseling apabila klien perlu dicabar ego dan pemikirannya.
“Saya minta maaf kalau soalan saya menyebabkan Zam rasa
tidak selesa. Saya tak mahu Zam membandingkan diri dengan
orang lain tanpa memahami apa yang Zam benar-benar
mahukan dalam hidup ini”.
Dia menundukkan kepala dan kelihatan air mata jernih
mengalir perlahan dari kelopak matanya. Tanpa mengangkat
muka, bicaranya seakan berbisik.
BERJAYA SEBELUM BERJAYA
25
"Memang saya malu sebab tidak terus ke asasi atau oversea
yang lebih glamour. Sedangkan semasa sekolah dulu saya
dikenali di sekolah. Saya tak yakin boleh berjaya seperti
kawan-kawan yang lain. Saya nak buktikan pada orang tua
saya saya boleh berjaya dan membanggakan mereka. Bekerja
dalam bidang sains dan profesional sebagai jurutera dan
doktor."
“Zam, awak tahu tak, setelah tamat belajar di kolej ini, Zam
boleh menyambung pelajaran ke bidang Perakaunan di
universiti tempatan?” tanya sa
ya.
“Tak ada pula pensyarah beritahu dalam kelas,” jelas Zam.
“ Okey, kalau begitu, saya nak beritahu berita baik pada Zam.
Selepas tamat belajar di kolej ini, Zam masih boleh
memegang jawatan profesional sebenarnya. Cuma perlu
berusaha lebih. Fokus agar CGPA di tahap cemerlang.
Sambung belajar dalam bidang Bacelor Perakaunan dan
selepas itu ambil peperiksaan ACCA. Boleh jadi Akauntan
Profesional nanti,” sambil tersenyum saya memujuk dan
menjelaskan pada Zam.
“Oh, begitu ya! Terima kasih puan. Ya Allah, maksudnya saya
ada harapan lagi ya?” terukir senyuman dibibirnya melegakan
hati saya melihatnya. Nampak dia bersemangat setelah jelas
mengenai hala tujunya pengajian dan kerjayanya.
“Oh ya, Zam. Sebelum Zam balik ke asrama, Zam tunggu
sebentar ya, ada sesuatu yang saya nak ambil dari pejabat
utama” pesan saya. Sengaja saya minta dia tunggu kerana
ada kejutan buatnya. Ilham yang didatangkan Allah secara
tiba-tiba.
Lantas saya keluar dan mengambil ‘sesuatu’ kejutan buatnya.
Perlahan-lahan, saya sorokkan ‘sesuatu’ itu di luar pintu.
BERJAYA SEBELUM BERJAYA
26
“OK Zam, terima kasih kerana menunggu ya. Sekarang, saya
nak Zam pejam mata. Jangan intai tau,” pesan saya
bersungguh-sungguh.
“Apa ni puan.. saspen saya,” soalnya dengan penuh tanda
tanya.
Lantas, segera saya ambil ‘sesuatu’ tadi dan gantung di
penyangkut di belakangnya.
“Okey, Zam boleh mpuastian. gPakke
abielaapkaanygan1g80sadyaarjaleht, selepas
pusing baru buka akkan di
belakang.”
Apabila Zam berpusing dan membuka matanya alangkah
terkejutnya dia! Masakan tidak, pelajar tahun 1 disuruh
memakai jubah graduasi kolej.
“Issk..kenapa ni puan? Saya tak layak nak pakai ni lagi,” dia
ragu-ragu dengan permintaan saya.
“ Takpe, pakai je, hari ini hari istimewa saya beri Zam pakai
jubah lebih awal. Pelajar lain pun belum pernah merasa
pengalaman begini,” pujuk saya memberi dorongan padanya.
“Betul ke puan?”
“ Ya, betul, pakailah. Sarung dulu, ambil semangat dulu.”
Kebetulan, ada cermin panjang di bilik kaunseling. Jadi saya
meminta Zam memerhatikan dirinya memakai jubah graduasi.
Merah pipinya, malu bercampur rasa tidak percaya.
“Sekarang, saya nak Zam pejamkan mata dan bayangkan hari
ini adalah hari graduasi. Bayangkan muka mak, ayah dan adik-
adik. Bagaimana riak wajah mereka, cuba dengarkan apa
yang mereka katakan pada Zam pada hari kejayaan Zam.
BERJAYA SEBELUM BERJAYA
27
Dan cuba rasakan apa perasaan Zam pada masa itu. Jika Zam
dapat merasainya, genggam tangan kanan kuat-kuat. Ingat
perasaan dan pengalaman ini”.
Mengalir lagi air matanya, lebih deras, tetapi senyum
gembira. Nampak kejap kepalan tangan yang digenggam.
Semoga semangatnya untuk belajar akan kental seperti
genggamannya.
Sejak hari itu, dia semakin fokus dan rajin belajar. Zam
berjaya menyambung spaeyangd
aujigaan, ke peringkat Ijazah di
universiti awam. Tanpa rupanya dia tidak menjadi
akauntan, tetapi menjadi guru perakaunan di sekolah
berasrama penuh. Apabila ditanya, hasratnya untuk
membetulkan persepsi pelajar sekolah berasrama penuh
bahawa bidang perakaunan bukan kelas kedua atau ‘low
class” seperti yang pernah ditanggapinya.
Demikianlah proses untuk membina keyakinan diri
terutamanya matlamat kerjaya, perlu maklumat yang jelas
dan keinginan yang kuat untuk mencapainya. Teknik imageri
boleh digunakan untuk membayangkan situasi matlamat
yang ingin dicapai. Matlamat yang diikuti dengan tindakan
yang konsisten, InsyaAllah akan membuahkan kejayaan.
Sepertimana pepatah Arab ‘Man Jadda Wajada’ bermaksud
“sesiapa yang bersungguh-sungguh, maka ia akan mendapat
hasil”.
"Sekarang, saya nak Zam pejamkan mata dan bayangkan hari ini adalah
hari graduasi. Bayangkan muka mak, ayah dan adik-adik"
BERJAYA SEBELUM BERJAYA
28
Keyakinan 7 :
Gundah Si Introvert
Oleh : Anis Akm
ilah Mat Hassan
“Bestnya jadi akak, positif ja. Saya tak tahu macam mana nak
'channel out' fikiran saya jadi positif. Best sembang dengan
akak, ada saja jawapan akak yang buat saya senang
mendengarnya. Ajarkan saya kak. Saya nak jadi macam akak
juga, akak mesra, tak melatah bila saya cerita yang saya ada
buat salah. Malah, akak yang lebih faham saya daripada
kawan saya”, ujar Qisya Nuradyani panjang lebar sambil
merenungku.
“Hahahha..kau tak tahu apa yang dah aku lalui sebelum ni, dik
oit,” getus hati kecilku sambil tersenyum mendengar kata-
kata Qisya. Perlahan-lahan aku memegang tangan Qisya.
“Meh akak nak cerita kat awak, siapa akak suatu masa
dahulu”. Berdebar juga nak buka kisah silam ni. “Sebelum tu,
nah baca buku ni di rumah nanti. Akak dapat daripada
kaunselor akak dulu”. Ku hulur sebuah buku kepada Qisya.
Tersenyum lebar aku terkenangkan 'junior' di tempat kerja, si
Qisya. Dia bersungguh-sungguh mahu belajar perbaiki diri
dia. Katanya, dia stress sebab orang sekeliling tidak
memahami dirinya. Dia sendiri juga merasakan susah nak
‘masuk’ dengan keadaan sekeliling. Dia tidak yakin dengan
dirinya. Teringat pula siapa diriku yang dahulu. Ya, Qisya
adalah diriku yang dahulu.
GUNDAH SI INTROVERT
29
Tak pandai berkawan. Sukar aku nak biasakan diri berada
dalam khalayak ramai. Berat, bagai dikunci mulut untuk
menyapa, menegur orang di sekelilingku. Aku tak punyai
ramai kawan, dek kerana sikapku yang satu- Pendiam.
Bagai direntap jantungku apabila aku mula mencabar diri
untuk mula menegur seseorang. Allah sahaja yang tahu
bagaimana ribut taufan dalam dadaku. Entah-entah, riak
wajahku juga nampak pelik dek kerana gugup.
Tak mengapa, kali ini sahaja. Y
aab,akikaalini,niabsaahikaajan.”,Lebpisaikskiun.i , aku
tak jumpa dia dah. “Abaikan, “Aku
boleh lawan benda kecil macam ni, aku boleh, aku boleh,”
ulangku dalam hati menyeru semangat.
'Introvert', kalimah yang aku belajar ketika di universiti. Ada
yang memandang sinis kepada seseorang yang mempunyai
personaliti 'introvert'. Katanya orang berpersonaliti 'introvert'
ini kurang keyakinan diri, tak pandai bergaul dengan orang,
lembab, tak 'sporting' dan membosankan. Amboi, sampai
macam tu sekali! Tiada sekelumit pun rasa bersalah melabel
orang sebegitu. Malah tiada satu pun perkataan positif yang
dilemparkan. ‘Down’, itu perasaan aku apabila mendengar
ulasan rakanku. Akukah yang memilih untuk jadi 'introvert'?
‘Ah… entah betul entah tidak dia ni. Ya, adalah antara point
yang diungkapkan itu betul, tetapi tidaklah seteruk itu. Ya,
diakui aku kurang berkeyakinan apabila berhadapan dengan
orang baru dikenali, aku tidak selesa. Masakan Allah mencipta
sikap 'introvert' ini tiada kelebihan langsung. Dah, aku tak
percaya !’
Aku seorang yang rajin dan cekap dalam melakukan kerja
rumah. Malah antara adik-beradikku yang lain, akulah yang
boleh diharap berbanding abang dan kakakku. Ibu dan ayah
juga tidak pernah menegur akan sikapku, kata mereka Allah
sudah bagi rezeki sama rata. Berusahalah ke arah kebaikan,
Allah lagi suka.
GUNDAH SI INTROVERT
30
Kembali aku bersendirian, merenung ke luar jendela yang
luas terbuka. Jauh aku merenung memikirkan diri, kepada
siapa harus aku bertanya untuk aku perbaiki sikapku ini. Aku
selesa menjadi pendiam tetapi dalam masa yang sama aku
rasakan perlu untuk menjadi sedikit mesra. Supaya aku tidak
lagi rasa kekok berhadapan dengan orang lain, malah orang
lain juga selesa dengan diriku. Itu sahaja pun sudah cukuplah.
Dulu, setiap kali berpindah sekolah baru, aku sentiasa
berdebar-debar apabila menyesuaikan diri dengan rakan dan
saudaasarankaanbayraun. gNcaemruian,mkeenaydaap
aankum. eAnsbjaadbi lebih baik apabila
rakan tersebutlah,
aku mudah sesuaikan diri dengan sekeliling, tetapi sampai
bila harus aku mengharapkan orang lain untuk membuat
diriku selesa. Akulah yang harus berusaha untuk kebaikan
diriku.
Kata ibuku “Buat apa yang kita mampu, selebihnya serah
pada Allah yang menentu”. Apabila diingat-ingat semula,
pelbagai cara aku telah buat untuk membentuk keyakinan
diriku. Ini antara lekatan paling kuat yang aku buat untuk
menjadikan aku lebih baik daripada sebelumnya.
Sentiasa berusaha perbaiki diri, tanpa menghuku
diri. Setiap hari adalah pelajaran baru buatku.
Sentiasa bersikap terbuka dan positif tentang apa
sahaja yang berlaku kepadaku. Aku terima setiap
dugaan dan masalah yang sering berlaku, dengan
tenang dan tersusun.
Mahu wujudkan sikap baru, perlu berlatih dan
konsisten. Berkawan dengan orang yang peramah,
belajar bagaimana mereka mula menyapa dan
beramah-mesra dengan orang lain.
GUNDAH SI INTROVERT
31
Kemudian, praktikkan. Tidak mengapa andai tidak
sempurna, tiada siapa pun akan menghukum.
Tanamkan hasrat, jadikan tabiat, sentiasa perbaiki
kelemahan diri.
“Tidak Allah merubah suatu kaum itu kecuali kaum itu yang
mengubahnya”,
(Ar-Rad :11)
Inilah ungkapan penguat yang sentiasa membugar
motivasiku untuk melangkah lebih yakin. Untuk aku terus
konsisten dan percaya akan kemampuanku menjadi orang
yang lebih baik. Yang penting Allah suka hamba-Nya yang
berusaha, itu sudah cukup bagiku.
"Akulah yang harus berusaha untuk kebaikan diriku"
GUNDAH SI INTROVERT
32
Keyakinan 8 :
Fikirkan Boleh !
Oleh : Nurh
ay
atie Md Selamat
Bagaimana nak yakin? Kalau kita fikir kita boleh
melakukannya, kita pasti boleh. Kita akan ada daya untuk
bertindak berdasarkan keyakinan kita. Semakin kuat
keyakinan itu, maka semakin tinggilah daya upaya kita.
Namun, jika kita berasa was-was dan meragui keupayaan diri
sendiri, maka bersedialah kita untuk kecewa dengan usaha
sendiri. Kenapa macam tu ye? Pernah dengar lagu motivasi
bertajuk ‘Fikirkan Boleh’ sempena Piala Thomas pada tahun
1992?
Pada 16 Mei 1992, Piala Thomas berjaya dirangkul oleh
Malaysia selepas menundukkan Indonesia, 3-2. Pasukan
Malaysia pada ketika itu terdiri daripada Rashid Sidek, Foo
Kok Keong, Kwan Yoke Meng dan dua pasangan beregu Razif
Sidek-Jalani Sidek serta Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang. Hari
ini nama-nama tersebut ibarat lagenda hidup sukan
badminton negara. Kejayaan tersebut diraih sekaligus
menamatkan 25 tahun penantian selepas kali terakhir
Malaysia bergelar juara pada tahun 1967. Bagi yang
membesar pada era itu, lirik lagu ‘Fikirkan Boleh’ yang
menjadi lagu tema perjuangan pasukan pasti masih meniti di
bibir setiap kali kejohanan Piala Thomas tiba.
FIKIRKAN BOLEH !
33
Walaupun lagu itu telah lama diciptakan tetapi ia masih kekal
relevan sehingga sekarang. Ini kerana bait-bait lagu yang
menggunakan pemilihan perkataan yang positif dapat
meningkatkan motivasi kita untuk terus bangun dan bangkit
melawan jiwa yang lesu. Di sini saya kongsikan lirik lagu yang
penuh bermakna ini.
Fikirkan boleh!
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
Percaya atau tidak, pemilihan perkataan yang positif dapat
memberi tenaga yang positif dan memberi kesan kepada
tindakan kita. Begitu juga sebaliknya. Jika kita sering
menggunakan perkataan yang negatif bagi menggambarkan
diri kita, maka tindakan yang akan terhasil juga adalah
tindakan yang negatif.
FIKIRKAN BOLEH !
34
Baik, bagaimana kata-kata ini boleh terhasil? Jawapannya
adalah melalui cara kita berfikir. Cara kita berfikir akan
menentukan perkataan kita. Melalui kata-kata ia akan
menentukan tindakan kita. Melalui tindakan ia akan
menentukan tabiat kita. Melalui tabiat yang kita lakukan
setiap hari itulah yang akan menentukan masa depan kita.
Justeru itu, kita tidak boleh mengambil ringan dengan
pemilihan kata-kata. Perlu ingatkan diri untuk sentiasa
menyebut kata-kata yang baik.
Justeru itu, yang membezakan kita dengan individu lain
adalah melalui cara kita berfikir. Sebagai contoh, individu A
adalah seorang yang sentiasa bercakap perkara negatif
tentang diri dan kehidupan sedangkan individu A adalah
individu yang dikenali sebagai anak orang kaya. Tetapi
hidupnya sering saja dirundung malang, rasa tidak bahagia,
rasa tidak cukup, selalu merungut, selalu buruk sangka,
malah makan makanan mewah pun dikata tidak sedap. Agak-
agak tenang atau tidak kehidupan dia? Berbeza dengan
individu B yang selalu bercakap perkara yang baik, positif,
selalu bersyukur walaupun kehidupannya sederhan dan
sentiasa bersangka baik. Bagaimana kehidupan B? Agaknya
ramai nak berkawan dengan individu A atau pun B? Sudah
pasti ramai sekali ingin mendekati individu B betul? Kerana
individu B lebih menenangkan berbanding A.
Jadi, inilah yang saya katakan sebentar tadi, yang
membezakan kita dengan individu lain adalah melalui cara
kita berfikir. Mulai dari sekarang nilai diri kita sendiri. Adakah
kita banyak berfikir dan bercakap perkara-perkara negatif
atau positif? Jika kita seringkali berfikir secara negatif, belum
terlewat untuk kita mengubah cara kita berfikir. Gantikan
pemikiran yang negatif tadi pada pemikiran yang lebih
positif. Kemudian, terus latih diri kita untuk sentiasa berfikir
yang baik-baik, maka hasilnya inshaAllah yang baik-baik juga.
FIKIRKAN BOLEH !
35
Kepada pembaca yang dikasihi sekalian.
Kehidupan kita tidak akan pernah sama dengan yang lain.
"Life is full of uncertainty". Banyak perkara yang dilalui dalam
hidup kita ini susah untuk kita jangka. Namun, dalam masa
yang sama yakinlah bahawa kehidupan itu indah apabila kita
melihat sesuatu yang kita hadapi melalui dimensi akhirat.
Kita boleh teruskan hidup ini dengan tenang.
Kita harus yakin dan percaya apa yang kita lalui, akan ada
timbang amal di sana. Kebaikan yang kita lakukan hari ini,
adalah untuk diri kita sendiri. Begitu juga dengan kejahatan.
Kejahatan yang kita lakukan kepada orang lain, sebenarnya
kejahatan itu untuk diri sendiri. Biarpun ada yang rasa
seronok melihat kejatuhan orang lain dan rasa puas hati
namun, itu hanyalah keseronakan sementara. Buatlah apa
sahaja kebaikan, kerana kebaikan itulah yang menjadi bekal
kita di akhirat sana. Buat kerana ALLAH. Semata-mata untuk
ALLAH. Jika kita mengharapkan penghargaan manusia, kita
penat. Jika kita hanya mengharapkan rahmat ALLAH, hati kita
lebih lapang. Dari situ akan wujud IKHLAS.
Buat diri kita yang kita sayangi.
Tabahlah melalui hari-hari kita. Kalau jatuh, bangun semula!
Kalau sakit, dapatkan rawatan! Kalau sedih, menangislah!
tidak salah menangis. Menangis tidak semestinya lemah.
Selepas menangis, lap air mata. Senyum lagi! Ini lah
kehidupan. Penuh suka dan duka. Ada jatuh dan bangun.
Kalau semuanya indah-indah sahaja, itu namanya SYURGA.
Life is always like that. It’s ok to be not ok!
Binalah keyakinan dengan IMAN. Berdamailah dengan takdir.
Hidup dengan keyakinan bahawa setiap apa yang Allah
takdirkan untuk kita, adalah yang terbaik.
FIKIRKAN BOLEH !
36
Berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan hasil yang
terbaik. Hanya dengan izin Allah kita akan dapat memiliki
segala yang kita hajati. Setelah berusaha, tawakal kepada
Allah.
Sebagaimana firman Allah di dalam Surah Ali-Imran, ayat 159
yang bermaksud ;
“Kemudian apabila engkau telah berazam maka
bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi
orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”
Mohon pertolongan Allah. Allah itu dekat. Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui keadaan hamba-hamba-Nya.
"Banyak perkara yang dilalui dalam hidup kita ini susah untuk
kita jangka. Namun, dalam masa yang sama yakinlah bahawa
kehidupan itu indah apabila kita melihat sesuatu yang kita
hadapi melalui dimensi akhirat"
FIKIRKAN BOLEH !
37
Keyakinan 9 :
Kejayaan Itu Milikku
Oleh : Ke
m
elia Omar
Masih segar dalam ingatan ketika menerima tawaran sebagai
mahasiswa di universiti terkemuka negara. Mana tidaknya,
akulah satu-satunya ahli keluarga yang berjaya menjejakkan
kaki ke menara gading.
***
Bermulalah kisah hidupku apabila terpaksa berjauhan dengan
keluarga. Di sini, aku boleh menyesuaikan diri walaupun pada
awalnya agak sukar. Mujurlah aku ditempatkan bersama
seorang rakan sebilik yang mesra dan prihatin iaitu Afina. Di
kelas pula, aku rapat dengan dua orang rakan iaitu Ida dan
Zila. Kami sering bekerjasama menyiapkan tugasan
berkumpulan yang diberikan oleh pensyarah.
***
Tiga semester telah berlalu. Aku masih lagi dapat
mengekalkan senarai Anugerah Dekan berturut-turut. Cerita
tentang kejayaanku menjadi kebanggaan keluarga setiap kali
mereka berjumpa sanak saudara dan rakan taulan.
KEJAYAAN ITU MILIKKU
38
Sebagai mahasiswa, aku tidak ketinggalan untuk menyertai
pelbagai program anjuran persatuan. Kini, aku dilantik
sebagai exco salah satu persatuan tersohor universiti. Maka,
bermula kisah aku dengan Akmal yang juga salah seorang
exco persatuan kami.
Setiap hari aku dan Akmal meluangkan masa bersama-sama
untuk makan, mengadakan perbincangan program,
menonton wayang dan beriadah. Hubungan kami juga
semakin hari semakin rapat. Kini, aku sangat jarang
meluangkan masa bersama Ida dan Zila seperti biasa. Aku
juga seringkali menolak ajakan mereka dalam sesi
perbincangan tugasan berkumpulan. Selalunya aku akan
memberikan alasan terlalu sibuk dengan urusan program
persatuan.
***
Hari demi hari berlalu dengan pantas. Minggu ini merupakan
minggu terakhir penghantaran tugasan individu dan
berkumpulan. Aku baru tersedar yang selama ini aku banyak
membuang masa dan mengabaikan tugasan yang diberikan
oleh pensyarah.
“Apa aku nak buat sekarang ni? Mesti kawan-kawan dah
gugurkan nama aku sebagai ahli kumpulan mereka. Habislah
aku kali ini!”
Dengan berat hati, aku memberanikan diri bertanya kepada
Ida dan Zila tentang tugasan kumpulan kami. Namun, apa
yang aku duga ternyata benar! Aku tidak lagi menjadi
sebahagian daripada ahli kumpulan mereka. Ternyata
namaku telah digantikan dengan orang lain.
“Ya Allah, apa yang harus aku lakukan. Jika berterusan begini,
aku pasti akan gagal!”
KEJAYAAN ITU MILIKKU
39
Sejak peristiwa itu, aku mula menghindarkan diri daripada
mereka. Aku merasakan seperti telah dikhianati oleh mereka.
***
Selain itu, tabiat sering tidur lewat pada waktu malam
menyebabkan rutin harianku mula terjejas. Aku seringkali
tidak dapat hadir ke kelas terutama pada waktu pagi.
Menjelang hari peperiksaan, fikiranku semakin bercelaru. Aku
tidak boleh fokus mengulangkaji pelajaran seperti sebelum
ini. Banyak topik yang masih belum aku fahami dan kuasai.
“Kali ini aku benar-benar salah langkah!”
***
Keputusan peperiksaan kali ini sangat mengecewakan. Aku
sangat takut memberitahu keluargaku tentang perkara ini.
“Aku malu! Aku telah mengecewakan mereka! Aku menyesal!”
***
Kebelakangan ini, hubungan aku dan Akmal agak renggang.
Dia juga jarang menghubungiku. Walaubagaimanapun, aku
yakin dia masih seperti dahulu.
Malangnya, suatu hari aku terbaca paparan di media sosial
tentang Akmal dan seorang wanita. Ternyata, Akmal telah
pun mempunyai pilihan hati yang lain.
“Kali ini, aku benar-benar dikhianati! Aku diuji sekali lagi!”
***
KEJAYAAN ITU MILIKKU
40
Keadaan aku semakin hari semakin teruk. Aku seringkali tidak
hadir ke kelas. Aku memberikan alasan capaian internet tidak
bagus apabila ditanya oleh pensyarah. Sehingga kini, aku
masih belum mempunyai ahli kumpulan untuk tugasan. Aku
malu bertanya kepada rakan-rakan terutama Ida dan Zila.
“Pasti mereka akan menolak untuk bekerjasama dengan aku
kali ini!”
***
Tiba-tiba aku terfikir tentang Afina, rakan sebilik aku sebelum
ini. Sudah sekian lama aku tidak hubungi dia. Namun, aku
cuba memberanikan diri menghubunginya. Alhamdulillah, dia
menjawab dengan mesra seperti biasanya.
Pada awalnya, aku segan untuk bercerita tentang masalah
aku. Akan tetapi, aku kuatkan diri untuk menceritakan
semuanya. Melalui perbualan itu, Afina mencadangkan agar
aku mendapatkan perkhidmatan kaunseling di universiti
kami.
Sepanjang malam, aku masih berfikir tentang cadangan
Afina. Sebelum ini, aku tidak pernah terfikir untuk berjumpa
dengan kaunselor.
“Ish! Aku takutlah nak jumpa kaunselor. Nanti apa kawan-
kawan cakap pasal aku? Aku ni teruk sangat ke? Kalau orang
lain tahu pasal aku nanti macam mana?”
***
Keesokannya, aku memberanikan diri untuk menghubungi
kaunselor melalui talian telefon. Pada awal perbualan,
kaunselor memperkenalkan diri dan meyakinkan aku tentang
etika dan kerahsiaan dalam sesi kaunseling.
KEJAYAAN ITU MILIKKU
41
Sikap beliau yang mesra membuatkan aku selesa dan yakin
bahawa aku berjumpa dengan orang yang paling tepat!
Melalui sesi berikutnya, aku dibantu merancang dan
mengurus masa dengan baik. Kini, aku boleh mengikuti kelas
mengikut jadual yang ditetapkan. Malah, aku juga berjaya
mengurus aktiviti harian yang lebih produktif. Selain itu, aku
juga berjaya tidur lebih awal pada setiap malam.
Melalui sesi kaunseling juga, aku dibantu untuk
mengenalpasti punca dan penyelesaian kepada masalah
hubunganku dengan Ida dan Zila. Selama ini, aku sering
menyalahkan mereka. Kini, aku sedar bahawa permasalahan
ini berpunca daripada sikap aku sendiri. Tanpa ragu, aku
bertindak memohon maaf kepada mereka dan berjanji akan
memberikan komitmen sepenuhnya dalam tugasan
berkumpulan. Alhamdulillah, mereka sudi memaafkan aku.
Selain itu, aku juga diajar untuk redha dengan ketentuan
Allah. Sesungguhnya, jodoh dan ajal seseorang itu telahpun
ditentukan.
“Akmal bukan jodoh aku. Insha-Allah, aku pasti bertemu
dengan orang yang lebih baik!”
***
Hari yang paling mendebarkan telah pun tiba. Terasa degup
jantungku kian kencang. Dengan perlahan aku memberanikan
diri menyemak keputusan peperiksaan di laman portal. Tanpa
ku duga, kali ini aku berjaya tersenarai dalam Anugerah
Dekan sekali lagi! Syukur, Alhamdulillah.
KEJAYAAN ITU MILIKKU
42
6Keyakinan 10 :
Teknik Kotak
Oleh : Rafi
dah Sadarudin
Norma baharu tahun 2021 ini ramai klien lebih selesa
berhubung denganku melalui telefon. Kes Covid-19 yang
meningkat tinggi juga tidak mengizinkan kaunselor berjumpa
bersemuka dengan klien.
Pada suatu hari seorang klien berhubung denganku dan
berkongsi isu, seorang wanita yang mempunyai berat badan
yang tidak ideal dengan dirinya. Klien merasakan dirinya
gemuk, ketara apabila beribadat, solat, klien sukar untuk
rukuk dan sujud malah mudah mengah bila melakukan
pergerakan. Dalam masa yang sama, baju klien mulai sendat,
baju lama sudah tidak lagi dipakai. Keadaan ini sedikit
sebanyak menyebabkan beliau kurang yakin pada dirinya
apabila berada di khalayak ramai.
Setelah penerokaan dibuat dengan menggunakan kemahiran
melayan, mendengar, refleksi perasaan dan parafrasa,
didapati klien inginkan jalan keluar bagi isu yang dialami.
Saya menggunakan Teknik 6 kotak untuk membantu klien ini.
Saya meminta klien menyediakan kertas dan pen kemudian
meminta beliau membuat 6 kotak seperti di bawah.
TEKNIK 6 KOTAK
43
12 3
45 6
Ilustrasi 6 Kotak
Saya mulakan dengan kotak ke 6. Kenapa kotak ke 6 dahulu?
Ini kerana kotak ke 6 adalah kotak yang menyatakan
matlamat yang ingin capai.
Bagi kotak ke 6 ini, klien perlu menyatakan “apa yang beliau
mahu?” . Kemudian, saya meminta beliau menyenaraikan
kemahuannya. Contohnya seperti berikut :
a. Mahu kurus untuk rasa selesa beribadat
b. Mahukan pakai semula baju yang sudah mula sendat.
Langkah ke 2 pula, klien diminta untuk menyaring
kemahuannya seperti berikut :
a. Dalam kawalan. (yang boleh dikawal contoh pemikiran
diri, perasaan diri dan perlakuan diri)
b. Bukan dalam kawalan (pemikiran orang lain, perasaan
orang lain dan tindakan orang lain.)
“Semua dalam kawalan saya puan”. Respon klien. “Bagus,
maka awak nak laksanakan?” Balas saya. Saya bertanyakan
tahap keinginan beliau untuk mencapai apa yang diingini,
“dalam skala 0 hingga 10. Skala 0 - tidak mahu, skala 10 -
terlalu mahu apa yang awak inginkan, awak dalam skala
berapa?” .
TEKNIK 6 KOTAK
44
Apabila klien menyatakan skala kemahuannya beliau di tahap
7, ianya menunjukkan kesungguhan klien untuk
menyelesaikan isunya. Lebih tinggi tahap skala yang
dinyatakan, makanya lebih tinggi motivasi klien ke arah
mencapai apa yang dikehendaki.
Berbalik pada Kotak 1, klien diminta untuk menyenaraikan
halangan yang dihadapi untuk mencapai keinginan yang
ditulis pada Kotak 6.
Klien senaraikan :-
a.Saya tidak suka bersenam
b.Saya suka makan makanan berminyak
c.Saya suka tidur
Manakala, Kotak ke 2 adalah kotak tugasan, iaitu mengenai
apa beliau boleh lakukan untuk mengatasi senarai halangan
yang telah ditulis pada kotak 1 tadi. Klien senaraikan seperti
berikut :-
a.Saya berhasrat berjalan, selain berlari, saya tidak suka
berlari. Saya perlu target Dia target 10,000 langkah sehari
atau bersenam selama 30 minit dalam sehari.
b.Saya akan mula menjaga permakanan saya dengan teknik
suku-suku separuh.
Pada Kotak ke 3, klien perlu menyatakan halangan untuk
melakukan perkara yang telah disenaraikan dalam kotak 2.
Klien menyatakan bahawa beliau tiada halangan dan
sekirannya ada hanyalah dirinya sebagai halangan untuk
bertindak. Beliau mengakui beliau sendiri yang
menangguhkan usahanya untuk beriadah.
Dalam Kotak ke 4 iaitu kotak sistem sokongan. Klien perlu
menyatakan penama individu yang menyokongnya untuk
mencapai kemahuannya.
TEKNIK 6 KOTAK
45
Klien menyatakan beliau sendiri yang akan terus menyokong
tindakannya di samping kawan-kawan dan keluarganya.
Sistem sokongan ini amat penting untuk mengingatkan
kepada klien untuk tidak berputus asa dalam mencapai
keinginannya.
Kotak ke 5 pula adalah kotak masa iaitu tempoh masa klien
ingin merealisasikan hajatnya, atau mencapai matlamatnya.
Klien memberi tempoh selama 5 bulan untuk cuba turunkan
berat badan. Klien menyasarkan untuk menurunkan berat
badan sebanyak 2kg setiap bulan. Klien ingin mencuba
dahulu untuk mengukur keupayaan dirinya.
Maklumbalas dari klien adalah beliau menyukai teknik ini
apabila ditulis di atas kertas dan dapat dilihat dengan jelas.
Apabila klien yakin dan tahu apa yang patut dilakukan, beliau
akan cuba usahakannya.
Teknik 6 Kotak ini sesuai dibuat sebagai bimbingan untuk
selesaikan sebarang isu yang dihadapi oleh klien. Semoga
perkongsiaan 6 kotak ini memberi sedikit sebanyak panduan
pada pembaca untuk mencuba dan menyelesaikan isu yang
kalian hadapi. Sebarang pertanyaan lanjut pembaca boleh
hubungi saya [email protected].
"Setelah penerokaan dibuat dengan menggunakan kemahiran melayan,
mendengar, refleksi perasaan dan parafrasa, didapati klien inginkan jalan
keluar bagi isu yang dialami"
TEKNIK 6 KOTAK
46
Keyakinan 11 :
Yakin & Cita
Oleh : Nu
rfatihah Aziz
Aku selalu berfikir, jika kita datang daripada keluarga yang
susah tetapi punya cita-cita yang tinggi, mampukah kita
menggapainya?
Aku, anak kampung sahaja. Ayahku hanya seorang buruh
manakala ibu pula tidak bekerja. Kehidupan kami dulunya
biasa-biasa sahaja tetapi apabila taraf hidup semakin
meningkat dan ahli keluarga semakin bertambah, hidup kami
semakin sempit.
Keperluan seharian yang asas dipenuhi secara minima,
makan pakai sekadarnya sahaja. Dari segi persekolahan, ada
bayaran yuran atau buku sekolah tertangguh bagi adik-adik
di sekolah rendah dan duit belanja harian tidak seberapa.
Bagi kakak-kakak yang memasuki sekolah berasrama, mereka
mendapat bantuan biasiswa untuk yuran dan duit poket.
Ayah hanya mampu memberikan RM30-RM50 sebulan untuk
duit poket tambahan.
Dalam keluarga besar, keluarga kami antara keluarga yang
agak susah. Kami jarang pulang ke kampung kerana ayah
tidak mampu mengisi minyak kereta untuk perjalanan pulang
ke kampung dan keadaan kereta juga sangat uzur.
YAKIN & CITA
47