Jika pulang, kami tidak mampu untuk membeli buah tangan
atau barangan dapur untuk digunakan seisi keluarga yang
berkumpul di rumah nenek. Perkara ini kadangkala menjadi
sindiran oleh makcik-makcik. “Takde bawa biskut-biskut ke?”,
selaku anak, aku senyum sahaja.
Dari segi pelajaran, alhamdulillah aku cemerlang. Bukan
sahaja aku malah adik-beradikku. Masing-masing merupakan
pelajar cemerlang sekolah dan dapat melanjutkan pengajian
di peringkat universiti. Bukan hanya di dalam negara, malah
juga ke luar negara dengan biasiswa. Bagi yang tidak
mendapat tajaan, kami teruskan pengajian dengan pinjaman
pelajaran. Itu antara alternatif yang mudah jika tidak mahu
bersusah-payah atau tidak terpilih untuk tajaan daripada
kerajaan negeri, pusat zakat atau mana-mana Yayasan.
Berbalik kepada apa yang aku fikirkan di awal cerita ini,
rupanya jika kita bukan orang senang, kita masih lagi mampu
untuk mencapai cita-cita menyambung pengajian di
peringkat tinggi dan mendapat pekerjaan yang baik. Dari
situlah titik mula menjadi asbab untuk kita membantu
mengubah nasib keluarga. Jalannya tidaklah semudah orang
senang kerana mereka serba serbi ada, tapi jika kita yakin
dan terus berusaha, pasti ada jalannya. Kita juga perlu ingat,
orang yang kelihatan seperti serba ada, kadangkala ia hanya
luaran sahaja. Rezeki dan jalan hidup setiap orang tidak
sama. Mereka mungkin berharta tetapi mungkin ada
kesulitan berbeza. Jadi, jangan sesekali kita patah semangat
hanya kerana membandingkan diri kita dengan orang lain
secara material semata.
Kini, alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang mengurniakan
nikmatnya kepada kami sekeluarga. Ibu ayah sudah mampu
tersenyum lebar melihat kejayaan anak-anak mereka.
YAKIN & CITA
48
Semua mempunyai pekerjaan yang baik dan mampu
mengubah nasib diri dan keluarga. Ibu ayah kini mempunyai
rumah yang selesa, makan pakai lebih dari cukup dan tiada
lagi kata-kata sindiran daripada sesiapa.
Aku kongsikan beberapa tips yang boleh digunakan untuk
membentuk keyakinan diri dalam mencapai cita-cita tidak
kiralah dari segi pelajaran, pekerjaan atau kehidupan secara
umumnya.
1. Tetapkan matlamat yang jelas – apa yang ingin di capai
dalam kehidupan? Sama ada dari segi pelajaran, pekerjaan
atau peribadi. Jikalau pun masih kabur apakah yang ingin
dicapai untuk masa akan datang (pekerjaan atau kehidupan
peribadi), cukuplah dengan fokus untuk cemerlang dalam
pelajaran dahulu. Kenapa begitu? Kerana peluang untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, lebih cerah
dan peluang mendapatkan pekerjaan yang lebih baik juga
lebih tinggi (lazimnya begitulah, ada juga yang tidak begitu).
Jika tidak berminat untuk menyambung pengajian pula
bagaimana? Tidak mengapa, teruskan dengan matlamat lain
yang ingin dicapai. Ingat, yang penting, ada matlamatnya
walau sekecil mana pun ia.
2. Buat perancangan dan laksanakan tindakan untuk
mencapai matlamat tersebut – Jika ada matlamat sahaja tapi
tiada perancangan dan usaha melaksanakan, matlamat itu
tidak akan mampu dicapai. Justeru, rancang strategi untuk
mencapai matlamat. Cari maklumat, buat perancangan dan
berusaha melaksanakan semua perancangan yang dibuat
untuk mencapai matlamat tersebut. Maklumat dan
perancangan yang teliti dapat meningkatkan keyakinan diri
kita dalam proses mencapai matlamat yang ditetapkan.
YAKIN DAN CITA
49
3. Dapatkan sokongan – manusia secara amnya adalah
makhluk sosial tidak kira apa pun personaliti mereka. Justeru,
untuk membentuk dan meningkatkan keyakinan diri dalam
mencapai apa yang diingini, dapatkanlah sistem sokongan
daripada orang yang dipercayai. Kongsikan cita-cita atau
matlamat dengan ibu bapa, adik-beradik, rakan baik atau
sesiapa sahaja yang boleh dipercayai. Dengan sokongan
daripada orang-orang yang signifikan ini, bakal menaikkan
lagi semangat dan keyakinan diri dalam usaha mencapai
matlamat dan cita-cita. Elakkan berkongsi dengan individu
yang yang sering memberi komen negatif dan menjatuhkan
semangat.
4. Sayangi diri – tanpa rasa sayang pada diri, agak sukar
untuk membentuk keyakinan diri. Terima kelemahan dan
kekuatan diri. Jika penat, rehatlah tapi jangan sesekali
berhenti. Jika tersalah langkah, perbetulkanlah dan jangan
pula terlalu menyalahkan diri secara melampau. Adat
berjuang begitulah, ada suka dan dukanya, ada naik dan
turunnya.
5. Jauhkan sikap terlalu membandingkan diri dengan orang
lain – melihat orang berjaya untuk mendapatkan motivasi diri
itu perlu, tapi jangan terlalu membandingkan diri dengan
orang lain sehingga menimbulkan rasa putus asa dan lemah
dalam diri. Ingatlah, setiap dari kita mempunyai kelebihan
dan kekurangan masing-masing. Yang kita lihat itu bukanlah
seratus peratus menggambarkan keadaan sebenar
seseorang kerana setiap dari kita ada jalan cerita tersendiri
yang mungkin tidak diketahui orang lain. Yang penting,
sentiasa berusaha menjadi lebih baik dari sehari ke sehari
untuk manfaat kepada diri dan orang sekeliling.
YAKIN DAN CITA
50
Keyakinan 12 :
Teknik SOFTEN
TIPS MUDAH BINA KEYAKINAN DALAM KOMUNIKASI
Oleh : Noorihayatti Noorudin
Dalam menjalani kehidupan seharian, adalah menjadi
keutamaan setiap individu untuk saling berkomunikasi antara
satu sama lain. Komunikasi merupakan satu elemen yang
terpenting dalam membina sebuah hubungan yang positif,
harmoni dan bahagia.
Komunikasi boleh diterjemahkan sebagai satu proses
perpindahan maklumat, buah fikiran dan perasaan daripada
penyampai kepada penerima. Kemahiran komunikasi yang
baik amat penting untuk membolehkan diri anda dan orang
lain memahami maklumat dengan lebih tepat dan cepat.
Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai kemahiran
komunikasi yang baik akan menyebabkan rasa rendah diri,
malu atau mengasingkan diri daripada berhubungan dengan
orang lain.
Berdasarkan perkongsian daripada klien ketika saya
mengendalikan sesi kaunseling mahupun ceramah, rata-
ratanya mereka menyatakan menghadapi isu untuk
berkomunikasi dengan baik terutamanya ketika bersama ahli
keluarga, ketua, rakan-rakan atau pasangan.
TEKNIK SOFTEN
51
Oleh hal yang demikian, mereka tidak dapat untuk membina
hubungan yang rapat, mudah berlaku salah faham serta
menimbulkan masalah.
Komunikasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu komunikasi
lisan dan bukan lisan. Komunikasi lisan merupakan
komunikasi di mana pengirim dan penerima berkongsi
maklumat melalui perkataan sama ada secara tulisan atau
percakapan. Namun harus diingat, impak komunikasi lisan
hanya meliputi sekitar tujuh peratus sahaja. Kebergantungan
hanya kepada komunikasi lisan akan menyebabkan ada yang
terjerumus kepada isu seperti salah faham dan perbalahan.
Komunikasi bukan lisan pula ialah komunikasi yang tidak
melibatkan perkataan dan ucapan tetapi meliputi intonasi
dan bahasa badan. Impak vokal adalah sebanyak 38% dan
bahasa badan adalah sebanyak 55%. Komunikasi yang baik
adalah mencakupi tiga komponen ini dan keupayaan
menguasai dengan baik akan membuatkan kita lebih
berkeyakinan serta memahami suatu mesej dengan lebih
baik.
Untuk bab ini, saya akan kongsikan salah satu pendekatan
komunikasi bukan lisan dengan menggunakan suatu teknik
iaitu ‘SOFTEN’. Teknik ini sesuai digunakan sama ada untuk
membina hubungan yang baharu mahupun hubungan sedia
ada. Teknik ini akan dapat membantu seseorang untuk lebih
yakin dan tampak lebih menarik.
TEKNIK S.O.F.T.E.N
1. Smile (Senyum)
Senyum? Semua orang boleh senyum. Kenapa perlu tahu ilmu
ini? Ya, saya faham jika ada yang terdetik hati dengan soalan
seperti di atas. Namun, perkara mudah ini sebenarnya
mempunyai impak yang kuat dan bersifat hipnotik.
TEKNIK SOFTEN
52
Cuba anda melihat kepada seseorang dan berikan senyuman
kepadanya tanpa perlu mengucapkan sebarang kata. Apa
yang berlaku, mereka akan senyum semula kepada kita.
Senyuman, bukan setakat magnet yang kuat yang boleh
membuatkan seseorang mudah mendekati dan
berkomunikasi dengan kita tetapi juga mampu membantu
diri untuk menjadi lebih positif. Semudah dengan senyuman
ketika bangun dari tidur, akan dapat membantu kita lebih
bersemangat melalui rutin harian.
2. Open Gesture (Terbuka)
Untuk menjadikan komunikasi lebih mesra dan anda dilihat
sebagai seorang berjiwa terbuka, gunakan bahasa badan
terbuka. Elakkan berpeluk tubuh atau berada di belakang
suatu objek ketika berkomunikasi. Sebaliknya, anda
menggunakan pendekatan seperti ilustrasi tangan ketika
berkata-kata, badan anda tidak dihalangi sesuatu dan
gunakan ruang dengan sebaiknya. Dengan bahasa badan
terbuka, anda dilihat lebih telus dan merasa selesa.
3. Forward Lean (Condong ke hadapan)
Apabila berkomunikasi dengan seseorang, anda perlu
dekatkan diri atau condongkan badan ke hadapan sebagai
tanda bahawa anda bersedia untuk mendengar apa yang
dikongsikan.
4. Touch (Sentuh)
Kuasa sentuhan dalam komuniksi sangat memberi impak
yang kuat. Sentuhan mampu membuatkan seseorang merasa
lebih dekat dan mudah berkomunikasi dengan anda.
Sebaiknya, sentuhan ini amat sesuai dilakukan bersama ahli
keluarga atau rakan sejantina. Contohnya, bersalaman dan
menyentuh bahu.
TEKNIK SOFTEN
53
5. Eye Contact (Hubungan Mata)
Bagi membina keyakinan ketika berkomunikasi, anda perlu
membina hubungan mata dengan seseorang. Namun, harus
diingat bahawa membina hubungan mata bukanlah
bermaksud dengan menatap tepat ke arah anak mata
individu yang menjadi rakan komunikasi. Apa yang
dimaksudkan dengan membina hubungan mata ialah anda
dilihat seolah-olah memandang ke arah seseorang dan bukan
ke arah lain.
Menariknya, anda boleh memandang kepada tiga tempat
yang setiap daripadanya memberikan impak yang berbeza.
iaitu:
i) Dahi : Membina rasa gerun dan tidak selesa pada diri
seseorang.
ii) Hidung : Mewujudkan hubungan sosial dengan seseorang
iii)Bibir : Menjurus kepada perhubungan hati ke hati
Oleh itu, adalah sangat perlu dan penting untuk anda
memberikan pandangan yang betul kerana setiap arah
pandangan mata akan memberikan impak dan kesan yang
berbeza.
6. Nod (Mengangguk)
Mengangguk kepala dilihat mudah namun di dalam
komunikasi, mengangguk kepala mempunyai impak yang
kuat. Selain bertindak sebagai dorongan minima yang
membuatkan seseorang merasakan anda sedang mendengar
dan memberi perhatian dengan baik, mengangguk kepalanya
juga adalah tindakan hipnotik yang mampu mengawal
perbualan anda bersama seseorang.
Sekiranya anda kurang menganggukkan kepala, perbualan
akan menjadi terhad dan anda boleh menghabiskan
perbualan dengan singkat. Apatah lagi ketika bersama
seseorang yang aktif bersembang.
TEKNIK SOFTEN
54
Namun, sekiranya anda berbual dengan seseorang yang tidak
mahir atau kurang berbual, anda boleh memperbanyakkan
mengangguk kepala untuk membuatkan mereka lebih banyak
berkata-kata.
Untuk terus membina keyakinan dalam komunikasi, anda
boleh praktikkan cara ini berulang kali kerana pengulangan
yang kerap akan menjadikan anda tahu bila mahu
menggunakannya pada waktu dan tempat yang betul. Orang
lain akan merasakan anda mempunyai aura dan karisma serta
kelihatan berpengaruh jika anda menggunakan bahasa badan
dengan baik serta efektif.
Kebiasannya yang menjadi halangan utama dalam komunikasi
adalah keyakinan diri. Perkara ini timbul kerana wujudnya
pelbagai persepsi kerana tidak memahami konteks yang
sebenar. Sebagai contoh, cuba anda perhatikan gambar di
bawah ;
Anda sudah perhatikan? Jika
sudah, soalan saya adalah seperti
berikut ;
“Apa yang anda nampak dalam
gambar di atas?”.
Sila berikan jawapan Anda :
________________________________________
________________________________________
________________________________________
______________________________
Saya yakin, sudah pasti terdapat pelbagai jawapan yang
berbeza daripada setiap orang. Hal ini disebabkan oleh
persepsi dan cara anda melihat suatu perkara atau
perspektif. Oleh itu, usah biarkan persepsi ini menjadi
penghalang utama anda.
‘Cipta keyakinan untuk capai kejayaan’.
Selamat mencuba.
TEKNIK SOFTEN
55
Keyakinan 13 :
Nota Buat Hati
Oleh : Siti Nar
ini Mohamad Idris
Assalamualaikum hati, apa khabar hari ini? Cuaca masih
mendungkah atau barangkali pelangi yang cantik sudah
datang memayungi? Banyak emosi yang kita perlu rasai,
sedih, kecewa, derita, gembira, bahagia. Ianya tidak berlaku
secara tiba-tiba semuanya berlaku dengan proses. Proses
yang berlaku membuatkan hati merasai 4 musim. Perasaan 4
musim ini memberi kita rasa nikmat. Ketika hati sedang diuji
maka keyakinan kita juga teruji.
Pagi ini kita mungkin diuji dengan kesakitan, kehilangan,
kematian, perpisahan dengan orang-rang yang kita sayang.
Pada saat ini pastinya ada hati yang merindu, tiada siapa yang
tahu. Ada juga hati yang terkoyak akan tetapi lukanya tidak
nampak. Ada dada yang sesak menahan esak, ada harapan
terlerai lalu air mata berderai dengan emosi yang longlai.
Perasaan berat dijiwa tidak nampak bahagianya. Perginya
tidak kita jangka. Setiap yang berlaku adalah kerana takdir-
NYA untuk kita. Keperitannya memberi kesan luka di hati
untuk membina semula keyakinan untuk beberapa tempoh.
Terpulang kepada hati untuk memilih waktu yang sesuai untuk
sembuh. Namun pilihan berada pada kita sama ada ingin
dipanjang-panjangkan perasaan itu atau segera dipulihkan.
Jikalau kita berusaha menjadi semakin matang, kita akan lebih
NOTA BUAT HATI
56
tenang. Jikalau kita bersedia untuk mengalah, kita menang.
Dan jika kita percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya,
sudah pastinya hati kembali tenang dan mudah untuk kita
tersenyum riang.
Untuk hati yang terus diuji, Tuhan sentiasa mengingatkan kita
sebagai hamba untuk memujuk dan menyejukkan hati kita
yang tersakiti. Kita diberi akal dan hati untuk mengingat
kembali nikmat-nikmat yang telah diberikan oleh-NYA.
Pujuklah hati kita dengan janji-janji tuhan bahawa disebalik
kesusahan itu ada kemudahan. Sebesar mana pun kesusahan
dan kesakitan yang melanda, besar lagi rahmat dan nikmat
yang tuhan akan berikan kepada kita. Sesungguhnya percaya
dan yakinlah hati yang sering diuji akan menjadi kuat dan
matang dalam meresapi pelbagai rasa yang mencengkam
jiwa.
Seperti pepatah yang mengatakan “alah bisa tegal biasa”.
Sibukkanlah diri dengan bersyukur sehingga kita lupa cara
mengeluh, jangan kita sibuk mengeluh sehingga lupa cara
untuk bersyukur. Pujuklah hati untuk bersabar dan bersyukur
kerana hanya itu cara untuk meningkatkan keyakinan hati
agar terus kuat dan berharap.
Keyakinan hati bukan soal sejauhmana hebatnya kita tetapi
soal sejauh mana kita menghargai diri sendiri. Kesabaran
diperlukan agar hati tidak cepat menyerah apabila
menghadapi setiap persoalan hidup. Sabar dan syukur adalah
perjuangan bukan sekadar duduk diam menunggu perubahan
datang bergolek.
SYUKUR dan SABAR itu seperti sayap
Sayap sebelah kanan adalah SYUKUR
Sayap sebelah kiri adalah SABAR
Jika patah salah satunya, maka jatuhlah kita
(Buya Hamka)
NOTA BUAT HATI
57
Itulah ikhtiar namanya, kalau impian kita besar maka ujiannya
juga besar, maka usahanya juga harus lebih besar dari
ujiannya, ditambah sabar dan ikhlas maka hasilnya pasti
sepadan dengannya. Kuatlah wahai hati walau apa pun yang
terjadi. Cukuplah tempoh untuk kita berduka, Sudah sampai
masanya untuk bangkit semula untuk berbakti. Untuk hari ini
kita perlu rawat kembali hati setelah tenggelam terlalu lama
dalam luka. Berilah ia nafas dan hidupkan ia semula.
Mari kita memujuk hati untuk memahami hakikat hidup
bertuhan. Fahami segala apa yang berlaku adalah aturanNYA.
Hati kita kalut kerana kita rasa takut, kerana disebabkan itu
fikiran kita pun berserabut. Perjalanan hidup kita sudah
ditentukan, maka bersedia dan reda dengan takdir pilihan
tuhan. Terima semua pilihan kita akan beroleh kebahagian.
Berdamailah dengan takdirnya maka hati akan tenang dan
terus memberi kekuatan dan keyakinan pada diri.
Yakinlah, kalau kita gagal Tuhan hantarkan pertolongan, jika
kita luka Tuhan sembuhkan. Kenapa kita perlu takut kalau
Tuhan itu sentiasa di sisi. Jangan sesekali kita membiarkan
kelukaan membuatkan kita gagal mengawal diri, kawal situasi
dengan mengawal hati sendiri. Keyakinan hati akan muncul
menandakan kita menghargai diri sendiri, bertabahlah duhai
hati!
"Pujuklah hati untuk bersabar dan bersyukur kerana hanya
itu cara untuk meningkatkan keyakinan hati agar terus
kuat dan berharap"
NOTA BUAT HATI
58
Ke yaKkeiynaakinnanD1a4r:i Dia
Oleh : Ma
zila Ghazali
Insan yang cekal dalam melalui kehidupan yang sukar. Bukan
mudah melalui kehidupan tanpa ibubapa. Seusia kecil
pantang melihat orang lain bersama ibubapa masing-masing,
hati kecil dia pasti akan terusik. Melihat kegembiraan dan
kebahagian orang lain ketika itu. Ya, hakikat dia yang tak tahu
apa erti syukur pada ketika itu. Apa yang ada dalam kotak
fikirnya adalah hanya perbandingan yang seringkali diulang-
ulang dan bermain dalam fikirannya. Lensanya pula kerap
memainkan memori yang sama yang selalu terbayang
kemesraan dan kebahagiaan orang lain yang bersama
Ibubapa mereka. Pengalaman yang agak menyedihkan
baginya.
Hidup dengan terus mempersoalkan di mana
kebahagiaannya? Kenapa dia insan yang terpaksa melalui
semua ini? Dugaan apa yang kau beri ini tuhan?. Selalu
mempersoalkan perkara-perkara ini tanpa sedikit pun ada
perasaan syukur. Kerdilnya dia di usia itu! Naifnya dia di usia
itu! Kehidupan dilalui dengan penuh cabaran dan dugaan.
Satu persatu dan bertimpa-timpa. Ujian kemiskinan
menjadikan dia insan yang tabah melalui kehidupan. Dalam
hatinya hanya satu, ingin sangat keluar dari kemiskinan ini.
Miskin kewangan, miskin kasih sayang, miskin perhatian.
KEYAKINAN DARI DIA
59
Mula menyimpan hasrat untuk belajar bersungguh-sungguh.
Ingin keluar dari kemiskinan. Menjadikan orang yang berjaya
sebagai role model. Keyakinan sepenuhnya mula terbentuk
dalam diri. Diikuti dengan hati yang pastinya terlalu yakin
bahawa dia juga boleh berjaya. Walaupun lambat sedikit,
namun pasti masanya akan tiba jua. Almaklumlah sekolah
tadika pun tidak. Darjah satu memang dapat nombor yang
paling last 36/36. Darjah satu dah tau malu, bila dapat
keputusan sebegitu. Mula memasang tekad yang bulat tanpa
menoleh ke belakang. Berbisik dihati kecilnya yang dia mesti
berubah, mesti lebihkan usaha.
Dipendekkan cerita, melalui sekolah rendah dengan
mengambil UPSR. Keputusannya biasa-biasa sahaja.
Melayakkan ke sekolah menengah pula. Semasa di sekolah
menengah, mula bersaing untuk sentiasa mendapat tempat
yang terbaik dalam kelas. Mungkin kawan-kawan lain baca
sekali sudah pandai dan ingat. Namun dia, baca berkali-kali
baru dapat ingat. Tidak mengapa kerana asalkan ada usaha
dan keyakinan. Kata-kata motivasi dari seorang kaunselor
sekolahnya amat terkesan untuknya. Kata kaunselornya,
kejayaan memang tidak akan datang bergolek tanpa usaha
yang berterusan. Laluan kejayaan juga bukannya semudah
yang disangka selagi anda sendiri tidak melaluinya. Pastinya
setiap kejayaan yang diperolehi ada laluan onak durinya yang
harus ditempuhi. Namun percayalah, itulah yang akan
menjadi bukti manisnya bila sebuah kejayaan itu diperolehi.
Adakalanya bila sudah berjaya, kita cepat sangat berpuas
hati dan cukuplah hanya dengan kejayaan itu sahaja. Namun
tidak dinafikan juga, bila sesuatu kejayaan itu dicapai, ianya
juga boleh menjadi pembakar semangat untuk kita teruskan
lagi usaha untuk menempa kejayaan yang seterusnya, kerana
hidup ini akan sentiasa ada ganjaran bagi setiap yang
berusaha.
KEYAKINAN DARI DIA
60
Setiap dari kita telah tertulis rezeki masing-masing. Jadi
sama-samalah kita menjadi orang yang bersyukur di atas
segala nikmat yang kita perolehi. Menjadi hakikat sebuah
kehidupan segalanya bermula dengan kesukaran sebelum
segalanya menjadi mudah. Jadi percayalah pada diri sendiri
kerana setiap impian yang kita ciptakan untuk diri kita akan
diberi petunjuk oleh Allah, yang pastinya ada sebab tertentu
setiap kegagalan dan kejayaan yang diberi ujian olehNya
kepada kita. Jom! Pesan pada diri sendiri "kita bukan dalam
kalangan orang yang berputus asa". Memang betul setiap
bait katanya. Seratus-peratus tepat tanpa dapat disangkal
oleh akal yang waras.
Maka dia terus bersemangat. Dalam hatinya semangat tak
boleh mati, yang perlu dia lakukan adalah terus fokus dan
melihat ke depan, dan terus melangkah maju dengan penuh
keberanian. Dia terus melangkah ke depan dengan sentiasa
mengikut jambatan terpanjang dalam hidup iaitu
pengharapan. Berharap dan terus berdoa agar harapannya
untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bidang
profesional satu masa nanti akan dapat jua dikejar dan
dinikmati sepenuhnya. Walaupun terpaksa berdepan onak
dan duri, juga laluan yang berliku. Selain itu dia juga perlu
melalui jambatan yang termahal dalam hidup iaitu yang
bergelar pengorbanan. Pengorbanan dari banyak sudut yang
telah dilaluinya. Masih ingat lagi terpaksa ke sekolah dengan
berjalan kaki hampir tiga kilometer dari rumah, melalui semak
samun dan juga kebun getah. Tahu setiap jalan shortcut.
Kerana tidak mahu menyusahkan keluarga untuk menghantar
dan mengambil dari sekolah.
Pengorbanan berhasil apabila mendapat panggilan untuk ke
universiti terkemuka di Malaysia. Universiti tempat
bermulanya segala kehidupan baharu, anak kampung yang
tidak mahir dengan teknologi. Komputer dan laptop pun tak
pernah guna. Bermula di universiti terus memasang tekad
KEYAKINAN DARI DIA
61
untuk belajar bersungguh-sungguh dan menggali segala
kemahiran yang boleh diperoleh di universiti sehingga
berjaya mendapat segulung ijazah. Selepas itu terus fokus
untuk mencari kerja. Seterusnya belajar lagi sambil bekerja
dan paling akhir pasti dapat juga belajar sampai ke peringkat
PHD. Begitulah angan-angan percuma yang tak perlu dibayar
Alhamdulillah, janji Allah adalah tepat dan selayaknya pada
yang Dia kehendaki. Dia sentiasa berpegang kepada
jambatan terkuat dalam hidupnya iaitu iman. Walaupun
kadangkala bila rasa susah lalui juga jambatan terpendek
iaitu putus asa, terutama apabila terpaksa ke pusat
komputer semata-mata untuk menyiapkan assignment,
kerana tiada komputer atau laptop sepanjang 4 tahun
pengajian di Universiti Malaya. Walau bagaimanapun penat
yang dia rasakan adalah penat yang bermakna bukanlah
seperti membubul jala buruk, iaitu yang membawa maksud
penat yang sia-sia. Ditambah dengan adanya jambatan
terkuat iaitu iman maka putus asa terus lenyap. Yang
pastinya sekarang kehidupan diteruskan dengan melalui
jambatan terindah dalam kehidupan. Iaitu jambatan kasih
sayang.
Dengan keyakinan kepada DIA yang satu kehidupan yang
sukar menjadi mudah. Diteruskan kehidupan mendatang
dengan memegang kata-kata Sasterawan Negara Kemala,
permainan sabar ada batasnya, harga diri ada sempadannya,
hidup membuang keluh yakin kepada kebenaran, kebenaran
itu milik-Mu, mulia selalu di sisi-Mu. Tiada yang lain hanya
yakin kepada DIA yang Satu.
KEYAKINAN DARI DIA
62
Keyakinan 15 :
Aku Mahu Menang
Oleh : Siti Atiq
ah Moamat Mastam
Aku Mahu Menang!!! Mudah untuk diperkatakan, tetapi adakah
mudah untuk dilaksanakan. Setiap insan ingin berjaya dalam
apa jua perkara yang dilakukan di atas muka bumi ini. Namun
begitu, tidak semua insan bernasib baik untuk sentiasa
menang dalam kehidupan. Jatuh bangun adat dalam
kehidupan seharian. Apa yang penting di dalam kehidupan ini
adalah untuk mempunyai rasa ketenangan dalam diri. Disini
saya ingin kongsikan bersama para pembaca semua berkaitan
resipi ketenangan jiwa. Untuk menang dalam kehidupan ini,
kita perlukan lima (5) M yang terbesar dalam hidup iaitu:
Memaafkan
Melupakan
Mendoakan
Muhasabah
Motivasi
Izinkan saya kupas satu persatu resipi ini. Yang pertama
adalah memaafkan, kata yang mudah untuk dilafaz bibir
tetapi sukar untuk dilakukan pada hakikatnya.
AKU MAHU MENANG
63
Seringkali kita mendengar ‘maafkan jela, buat apa nak
berdendam’ tetapi itulah hakikat sebuah kehidupan di mana
hanya yang melaluinya sahaja dapat merasakan. Memaafkan
seseorang atas sesuatu salah dan silap yang pernah
dilakukan akan membuatkan jiwa kita tenang. Percayalah, jika
hari ini tuan puan ada rasa marah, dendam atau benci pada
seseorang dalam hidup, ucaplah kata maaf di bibir dan
redhakanlah di dalam hati. Memaafkan pasti akan memberi
sinar dan ketenangan yang tidak dapat dibeli di mana-mana.
Seterusnya yang kedua adalah melupakan. Dengan
melupakan sesuatu yang mencengkam jiwa selama ini, kita
pasti menang. Belajarlah untuk melupakan sesuatu yang
pahit dalam hidup ini kerana itu adalah kunci sebuah
kejayaan. Kenang dan ingat peristiwa manis dalam kehidupan
supaya menjadi pendorong untuk menjadi lebih baik dan
sumber kekuatan diri. Buanglah serta lupakan elemen negatif
yang akan sentiasa menjerat diri.
Tips untuk menang yang ketiga adalah dengan mendoakan.
Tuan puan yang saya hormati, saling mendoakan sesama
insan akan membuatkan hati kita menjadi tenang. Tanpa kita
sedari, mungkin ada insan lain yang turut mendoakan
kebahagiaan dan kejayaan kita secara senyap. Jadi, teruskan
berdoa kebaikan buat semua insan yang kita sayangi dan
kenali.
Bagi mencapai kemenangan dalam hidup, kita perlulah
sentiasa muhasabah diri. Sentiasa pandang ke belakang
untuk memperbaiki kelemahan atau kesilapan yang pernah
kita lakukan. Di dalam Islam juga sentiasa disebut konsep
muhasabah diri adalah sesuatu nilai yang amat berharga jika
dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.
AKU MAHU MENANG
64
Untuk mencapai kemenangan dalam hidup, tips yang terakhir
ingin saya kongsikan bersama tuan puan adalah sentiasa
dapatkan motivasi. Sebagai manusia normal, ada ketikanya
kita akan berasa sedih, berduka dan pelbagai lagi emosi
negatif yang akan hadir dalam diri. Oleh itu sentiasalah
mencari sudut pandang yang positif, dekatkan diri dengan
mereka yang boleh membawa tuan puan mencapai kejayaan
dalam hidup di dunia dan akhirat. Motivasi itu perlu dicari
dan tidak akan datang bergolek dengan sendiri.
Akhir kata, “Aku Mahu Menang” perlu datang dalam diri
sendiri kerana kita tidak akan mampu merubah orang lain
tetapi kita oleh mengawal diri kita sendiri. Dalam mencapai
kejayaan dan ketenangan dalam hidup, usaha yang
berterusan perlu dilakukan dengan istiqamah. Berlaku adil
dan saksama kepada diri bagi mengecapi nikmat
kemenangan. Saya doakan tuan puan yang membaca naskah
ini mencapai kejayaan dalam hidup dan dipermudahkan
segala urusan.
“Aku mahu menang perlu datang dalam diri sendiri kerana kita tidak
akan mampu merubah orang lain tetapi kita oleh mengawal diri kita
sendiri"
AKU MAHU MENANG
65
Keyakinan 16 :
Motivasi Pemimpin Unggul
Oleh : Moha
mad Ashaari Awab
Seorang pemimpin adalah individu yang diamanahkan untuk
memimpin pengikutnya ke arah mencapai matlamat yang
ditetapkan. Pemimpin juga adalah individu yang memiliki
kemampuan untuk mempengaruhi, mengorganisasi,
membimbing dan memimpin orang lain. Maksudnya di sini,
seorang pemimpin itu biasanya dilihat seorang yang
mempunyai keyakinan diri untuk berada di barisan hadapan
untuk memimpin pengikutnya ke arah mencapai matlamat
sesuatu organisasi atau kumpulan. Maksud pemimpin itu juga
kadang kala menjadi satu perkara yang membuatkan ada
mahasiswa yang berasa gentar, takut atau kurang
berkeyakinan untuk menawarkan diri mengetuai kumpulan
atau organisasi pelajar di peringkat sekolah, kolej dan
universiti.
Atas kesedaran ini, penulis akan membantu para pembaca
sekalian untuk memahami bahawa setiap orang boleh menjadi
pemimpin yang berkeyakinan tinggi, hebat dan memberi
manfaat kepada pengikut serta orang lain. Ada perkara
penting yang akan dikongsikan melalui penulisan ini,
antaranya ialah personaliti, latihan dan juga motivasi untuk
memimpin.
MOTIVASI PEMIMPIN UNGGUL
66
Biasa kita dengar dan baca, seorang pemimpin itu adalah
seorang yang bertanggungjawab, peramah, suka bergaul,
berorietasikan pencapaian, bergaya dan sebagainya.
Sekiranya anda tiada ciri-ciri tersebut bukanlah bermakna
anda tidak boleh menjadi pemimpin. Ia kerana personaliti
seseorang orang berbeza dan setiap individu ada kekuatan
dan kelemahan masing-masing. Yang penting adalah
keinginan dan keberanian anda untuk menjadi pemimpin.
Seorang pemimpin yang baik semestinya seseorang yang
boleh memberi teguran kepada individu dalam kumpulan
atau organisasi di bawahnya. Ia bagi memastikan organisasi
atau kumpulan tersebut dapat terus berfungsi dengan baik
bagi mencapai matlamat. Namun begitu, sekiranya teguran
yang diberi dengan cara yang agresif tanpa memberi
perhatian dan tumpuan terhadap hati dan perasaan
pengikutnya, ia akan memberi kesan yang kurang baik
kepada pemimpin malah akhirnya mungkin akan tidak lagi
dihormati. Namun jika seorang pemimpin itu tidak berupaya
menegur kesilapan pengikutnya juga akan memberi kesan
yang tidak baik juga. Oleh itu, untuk menjadi pemimpin, anda
digalakkan melatih diri menjadi tegas dan berani memberi
teguran atau menyampaikan sesuatu perkara kepada orang
lain tetapi pada masa yang sama, hati dan perasaan orang
lain juga terjaga. Ia dinamakan asertif.
Selain itu, seorang pemimpin yang hebat juga haruslah
seorang yang berwawasan tinggi. Seorang yang sentiasa
mencari cabaran baharu dan mengganggap peluang baharu,
halangan dan cabaran sebagai sumber motivasi untuk lebih
berjaya memimpin pengikutnya mencapai matlamat
organisasi.
Ketahanan diri yang tinggi juga merupakan personaliti
penting yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin. Apa
yang dimaksudkan ialah penting bagi seorang pemimpin
MOTIVASI PEMIMPIN UNGGUL
67
untuk mempunyai ketahanan dari segi mental, fizikal dan
emosi. Sebagai contoh, sekiranya perkara yang dilaksanakan
oleh kumpulan yang dipimpin melalui fasa tekanan yang
mencabar, seorang pemimpin yang mempunyai daya
ketahanan diri yang tinggi berupaya untuk memimpin
pasukannya untuk menghabiskan semua tugasan yang telah
dimulakan dan tidak akan berhenti separuh jalan.
Personaliti seterusnya adalah, seorang pemimpin itu akan
dilihat lebih berkaliber dan disayangi apabila seorang
pemimpin itu sentiasa bersedia memberi pertolongan dan
motivasi kepada pengikutnya. Dalam erti kata yang lain ialah
seorang pemimpin yang mempunyai ihsan dalam membuat
kebaikan serta kebajikan kepada orang lain.
Untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat, personaliti-
personaliti tersebut boleh dipupuk atau dilatih melalui
penglibatan anda sebagai ahli persatuan atau kelab di
sekolah, kolej, universiti atau komuniti. Ianya penting untuk
membiasakan anda bergaul dengan orang ramai seterusnya
melatih diri dalam kemahiran komunikasi dan cara memberi
teguran, menimba pengalaman sebagai ahli atau pengikut
yang baik dan asertif. Insya-Allah dengan penglibatan-
penglibatan tersebut anda akan lebih mudah memahami
perasaan sebagai seorang pengikut dan seterusnya anda
akan berkeyakinan untuk menjadi pemimpin yang hebat
kelak.
Selain itu, anda juga digalakkan untuk menyertai kursus-
kursus kepimpinan, kemahiran komunikasi dan kursus-kursus
lain yang membolehkan anda mendapatkan ilmu yang
bermanfaat sebagai persedian menjadi pemimpin yang
berkaliber. Ia amat penting untuk anda membiasakan diri
sentiasa dahagakan ilmu selain ia akan membuat diri kita
sedar akan kekurangan diri dan ilmu kita.
MOTIVASI PEMIMPIN UNGGUL
68
Setelah mendapatkan ilmu melalui kursus-kursus dan latihan
tersebut, anda perlu cuba mengamalkannya dalam
kehidupan anda. Ia kerana “lebih ilmu kerana amal”
bermaksud tanpa amal, ilmu yang diperolehi mungkin tidak
akan bermakna dan akhirnya dilupakan.
Secara keseluruhannya, setiap dari kita boleh menjadi
pemimpin yang hebat, berkaliber dan berpengaruh. Tindakan
yang kita ambil bermula hari ini sangat penting untuk
memastikan ilmu, keyakinan diri, ketrampilan dan komunikasi
kita bertambah baik sebagai persediaan menjadi pemimpin
muda yang bertanggungjawab, berjaya memikul tugas
dengan jayanya sebagai pemimpin dan dapat diterima serta
dihormati pengikut dan orang lain. Insya-Allah anda akan
menjadi pemimpin muda yang unggul.
"Seorang yang sentiasa mencari cabaran baharu dan mengganggap peluang
baharu, halangan dan cabaran sebagai sumber motivasi untuk lebih berjaya
memimpin pengikutnya mencapai matlamat organisasi"
MOTIVASI PEMIMPIN UNGGUL
69
Keyakinan 17:
Sekolah Ayah
MEMBENTUK KEYAKINAN DIRI DALAM KOMUNIKASI
Oleh : Muha
mm
ad Za'im Rosli
Sebut sahaja tentang keyakinan diri, membawa saya
mengenang proses pembentukan keyakinan diri yang pernah
dilalui. Saya dibesarkan dalam suasana keluarga berniaga,
rencam suasana berniaga, jatuh bangun, untung-rugi
berniaga benar-benar membentuk diri saya.
Sewaktu menjalani proses itu, saya rasakan ianya suatu
kesusahan dan kepayahan yang menyeksakan. Namun hari ini
saya tersenyum sendiri bila mengenangkannya malah berasa
syukur dengan apa yang Allah aturkan. Kesusahan adalah guru
kehidupan.
Manakan tidak, pada usia sembilan tahun lagi saya dah mula
diajar menjual burger. Makanan yang cukup digemari
masyarakat hingga hari ini. Bermula dari proses mengambil
tempahan, mencatat tempahan, menyediakan bahan mentah,
menggoreng atas kuali leper yang panas, membungkus,
mengira duit sehinggalah mengucap terima kasih kepada
pelanggan menjadi latihan harian saya.
Berdepan dengan seorang ayah yang cukup tegas dalam
perniagaan bukanlah perkara yang mudah untuk diurus.
“Kerja kenalah sempurna. Jangan pakai dan je! Berani untuk
SEKOLAH AYAH
70
menyapa orang, jangan malu!”. Inilah kata-kata masih
terngiang-ngiang dalam minda saya. Ayah tidak pernah
memukul kami adik beradik, namun tiada siapa boleh
menafikan betapa tegasnya ayah dalam mengurus
perniagaan.
Bermula usia itulah saya dilatih bergaul dengan masyarakat
secara langsung. Kadang kala ayah membekalkan tip dan
teknik terlebih dahulu sebelum saya berurusan, tetapi dalam
kebanyakan hal, ayah akan membiarkan saya mengalami
dahulu situasi tertentu sebelum maklumat penambahbaikan
diberikan.
Sudah pasti bahasa yang digunakan bukanlah seperti mana
seorang guru yang sedang mengajar anak muridnya dengan
tertib. Ayah akan terus menegur saya di hadapan pelanggan-
pelanggannya sehinggalah melakukan suatu perkara dengan
betul. Tidak dapat terungkap perasaan malu itu, memang
tebal muka. Perasaan geram, marah dan tak berpuas hati,
semuanya berkecamuk. Namun saya tetap laluinya, hari demi
hari, terus belajar memperbaiki kekurangan yang ada serta
meningkatkan kualiti diri.
Setiap kali balik dari berniaga sekitar jam 11.00 malam, mama
akan membalut emosi saya. Mama sentiasa mewujudkan
celik akal kepada saya agar sentiasa berfikiran positif dan
fikirkan tentang kebaikan daripada teguran yang diberikan
oleh ayah. Bagaimana proses itu berlaku tidak penting, apa
yang penting adalah kandungan pengajaran yang diberikan
dalam membentuk diri. Setiap kali melalui proses refleksi
bersama mama, maka tenanglah hati ini.
Saban hari dilatih dan diasak di ‘sekolah ayah’, lama
kelamaan ia membentuk keyakinan diri saya untuk
berhadapan dengan masyarakat dan mengurus situasi
tertentu termasuklah dalam bidang pengucapan awam.
SEKOLAH AYAH
71
Di ‘sekolah ayah’ inilah saya belajar tentang keyakinan diri.
Beberapa pendekatan dan kemahiran yang dilalui di ‘sekolah
ayah’, saya cerakinkan sebagai modul. Antaranya adalah
modul mengurus emosi, modul kemahiran berinteraksi,
modul dan kemahiran mengawal situasi.
Modul Kemahiran Mengurus Emosi
Ini antara pengajaran yang paling penting dalam hidup saya.
Keupayaan mengurus emosi dalaman sewaktu berhubung
dengan manusia di sekeliling. Setiap individu akan membawa
emosi masing-masing sewaktu berinteraksi dengan kita dan
kita juga mempunyai emosi tersendiri yang juga ingin dibawa
bersama. Namun ayah sering berkata, tenang, urus emosi diri
sendiri dahulu. Pelanggan sentiasa ada emosi mereka. Kalau
engkau tidak urus emosi engkau, nanti akan bergaduh bila
berurusan.
Ohhh begitu, barulah saya faham. Situasi ini menjawab
persoalan saya kenapa ayah akan sentiasa tersenyum
sewaktu berurusan dengan pelanggan, walaupun dia sendiri
seorang yang tegas. Keupayaan ayah mengurus emosi
sewaktu berurusan dengan pelanggan menjadi pengajaran
yang baik untuk saya sewaktu berinteraksi dengan orang lain.
Rupa-rupanya, apabila kita tenang, mampu mengurus emosi
dan kita akan lebih berkeyakinan dalam mengurus sesuatu
situasi.
Modul Kemahiran Mengawal Situasi
Setelah emosi diri kita lebih tenang, maka kita akan kelihatan
lebih bersedia untuk menghadapi situasi tersebut. Ini akan
membentuk persepsi yang baik kepada individu yang sedang
berurusan dengan kita. Pada suatu hari, ada seorang
pelanggan yang datang ke kedai dalam keadaan marah.
Reaksi muka dan bahasa badan menunjukkan beliau tidak
berpuas hati akan sesuatu. Oleh kerana saya berada di kedai
waktu itu, sayalah yang perlu melayan kemarahannya. Tidak
lama kemudian ayah pun datang.
MOTIVASI PEMIMPIN UNGGUL
72
Ayahlah yang berurusan dengan beliau kemudian kelihatan
emosi pelanggan itu kembali tenang. Dari situ, ayah
mengajarkan sesuatu, tunjuk bahasa badan hendak
membantu dulu kemudian bawa pelanggan ke sudut yang
lebih selesa supaya dapat menguasai ruang. Seterusnya
fahamkan dulu apakah isu sebenar yang dihadapi dan
akhirnya dapatlah kita berikan apa yang pelanggan perlukan.
Oh begitu rupa-rupanya, cara untuk kita mengawal sesuatu
situasi.
Modul Kemahiran Berinteraksi
Ayah amat menitik beratkan kemahiran berinteraksi kepada
semua pekerjanya. Perkara pertama yang sering ayah
katakan adalah, setiap individu yang kita jumpa adalah rezeki
bagi hidup kita. Maka sambutlah rezeki dengan rasa syukur.
Senyum dan ucapan terima kasih jangan lekang dari mulut.
Lama kelamaan ia akan membentuk sikap sebagai seorang
individu yang mesra dan mudah untuk didekati. Ayah kata,
“kalau muka kelat orang kelat-kelat je yang lekat. Sampai bila
pun orang tak memikat”. Kata-kata ini sungguh membekas di
hati saya. Maksudnya interaksi ini bukan sahaja tertumpu
kepada bahasa yang digunakan semata-mata, malah bahasa
badan juga memainkan peranan yang penting dalam
membantu mewujudkan proses interaksi yang berkesan. Ini
sekaligus dapat meningkatkan keyakinan dalam
berkomunikasi.
Kesimpulannya, pengalaman berada di ‘sekolah ayah’ ini
sangat membantu saya dalam membentuk keyakinan dalam
berkomunikasi. Perkongsian pada kali ini memberi fokus
kepada 3 tip yang berguna iaitu kemahiran mengurus emosi,
kemahiran mengawal situasi dan kemahiran berinteraksi. Tip
ini adalah berdasarkan proses pembelajaran berterusan yang
menjadikan saya sebagai seorang pengucap awam pada hari
ini. Ia sememamngnya satu proses yang berharga dalam
hidup saya berada dalam asuhan ‘sekolah ayah’.
SEKOLAH AYAH
73
Kenali Penulis
Pn. Anis Akmilah binti Mat Hassan
No. KPearuan
ksuealonrABmeradlaanfta0r120114637
No.
Universiti Putra Malaysia
En. Haniff bin Abdullah Hashim
No. Kaunselor Berdaftar 01582
No. Perakuan Amalan 01171
Universiti Putra Malaysia
Pn. Izwana binti Ismail
No. Kaunselor Berdaftar 01667
No. Perakuan Amalan 01279
Universiti Putra Malaysia
Pn. Kamariah binti Derasol
No. Kaunselor Berdaftar 01623
No. Perakuan Amalan 01218
Universiti Putra Malaysia
74
Pn. Kemelia binti Omar
No. Kaunselor Berdaftar 001361
No. Perakuan Amalan 01010
Universiti Putra Malaysia
Dr. Mazila bint Ghazali
No. Kaunselor Berda
ftar 00476
No. Perakuan Amalan 00322
Universiti Putra Malaysia
Pn. Maznah binti Azis
No. Kaunselor Berdaftar 01626
No. Perakuan Amalan 01202
Universiti Malaya
En. Mohamad Ashaari bin Awab
No. Kaunselor Berdaftar 01585
No. Perakuan Amalan 01172
Universiti Putra Malaysia
En. Muhammad Za'im bin Rosli
No. Kaunselor Berdaftar 05999
No. Perakuan Amalan 05415
Universiti Putra Malaysia
75
Pn. Noorihayatti binti Noorudin
No. Kaunselor Berdaftar 01636
No. Perakuan Amalan 01215
Universiti Putra Malaysia
Cik Nurfatihah binti Aziz
No. Kaunselor Berdaftar 02005
No. Perakuan Amalan 01421
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Pn. Nurhayatie binti Md Selamat
No. Kaunselor Berdaftar 03561
No. Perakuan Amalan 02320
Ibu Pejabat Polis Cheras
Rafidah binti Sadarudin
No. Kaunselor Berdaftar 00621
NHoos. pPietaral kPueanng
aAjmaraUlaPnM00438
Pn. Siti Atiqah binti Moamat Mastam
No. Kaunselor Berdaftar 01586
No. Perakuan Amalan 01185
Universiti Kebangsaan Malaysia
76
Cik Siti Narini binti Mohamad Idris
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Menengah Sains Seri Puteri
Pn. Wan Azurani binti Wan Ahmad
No. Kaunselor Berdaftar 01645
No. Perakuan Amalan 01278
Universiti Putra Malaysia
Pn. Yuslina binti Johari
No. Kaunselor Berdaftar 06547
No. Perakuan Amalan 06027
Universiti Kebangsaan Malaysia
77
NO
TA
78
Keyakinan Diri
DARI KACA MATA KAUNSELOR
Keyakinan Diri : Dari Kaca Mata Kaunselor merupakan
satu perkongsian untuk anda khususnya yang masih
mencari-mencari tips ideal untuk mengembalikan
keyakinan diri. Olahan ringan dan santai oleh penulis
dapat membantu pembaca memahami konsep asas
untuk meningkatkan keyakinan diri. Justeru, diharap
buku ini dijadikan sumber ilham agar sentiasa
mengekalkan momentum motivasi kehidupan yang
lebih baik.