Akad: Saya jual ebook ini dengan harga RM 5 tunai.
Ebook ini adalah jualan amal namun begitu dilarang
keras menciplak dan memuat naik mana-mana
bahagian cerita ini kepada pihak orang lain tanpa
kebenaran memandangkan penulis memegang hak
cipta ke atas setiap karya tulisan seperti yang
termaktub dalam akta Hak Cipta 1987 kerajaan
Malaysia dan semua peraturan hak cipta
antarabangsa.
Terima kasih sudi memiliki eBook digital ini!
(gambar dan ilustrasi daripada pinterest dan google)
Mia Azwari
2
Mia Azwari
3
Mia Azwari
TERTELAN air liur Piah. Habislah dia. Macam mana dia nak
menghadap si suami. Silap hari bulan, muka beku Farhan muncul
balik.
“Agak-agak, dia gembira tak kalau aku beritahu dia?”
Perut yang masih kempis diusap perlahan. Selepas empat
tahun dia melahirkan Farish, akhirnya dia mengandung lagi.
Sebelum ini, Farhan tidak membenarkan dia mengandung lagi.
Semuanya disebabkan kejadian tumpah darah ketika melahirkan
Farish.
Banyak perubahan yang berlaku dalam diri Farhan selepas
dia sedar dari koma. Dia tidak lagi dibenarkan bekerja. Terpaksalah
Piah menjual kedainya kepada orang lain. Tipulah kalau dia tak
bersedih. Namun demi menjaga hati Farhan, dia turutkan juga.
Farith anak sulung mereka sudah berada di darjah lima.
Fisya pula sudah bersekolah di darjah dua. Yang bongsu dihantar
ke taska untuk menerima pendidikan awal.
4
Mia Azwari
Tersenyum Piah. Tak sangka sudah hampir 12 tahun dia
mendirikan rumah tangga bersama Farhan. Teringatkan perkara
tadi, lekas dia keluar dari bilik air bersama alat ujian kehamilan di
tangan.
Telefon bimbitnya dicapai. Hanya seseorang yang muncul
dalam fikirannya sekarang. Beberapa minit dia menunggu, barulah
wanita itu mengangkat panggilannya.
“Kinah, Kak Piah ganggu tak?”
“Tak kak. Kenapa?”
“Kak Piah ada perkara nak kongsi. Tapi janji, jangan cakap
dekat Arul.”
“Errr… okey. Apa dia?”
Nafas ditarik dalam-dalam. Dia menceritakan tentang
perkara yang berlaku kepada Sakinah. Seperti yang dijangka,
Sakinah sangat terkejut.
“Kak Piah takutlah. Selama ni, memang Kak Piah dah lama
tak makan ubat.”
“Susah juga ni. Kak Piah tak boleh nak sembunyikan
kandungan tu. Lambat laun, Abang Paan tahu juga.”
Jatuh kedua bahu Piah. Perkara itulah yang merunsingkan
dia.
“Kak Piah jangan takut. Insya-Allah, kali ni kandungan Kak
Piah baik-baik aje.” Sakinah cuba menyedapkan perasaan Piah.
Piah tersenyum kelat. Dia kenal sangat dengan sikap si
suami. Kalau dah cakap A, maka A lah keputusannya.
5
Mia Azwari
Setelah berbual bersama Sakinah, dia segera melangkah ke
bilik air. Lebih baik dia sorokkan dahulu alat ujian kehamilan tadi.
Tunggu masa yang sesuai, baru dia berikan kepada Farhan.
BERKERUT dahi Fakrul melihat isterinya duduk termenung.
Hari ini dia bekerja pada waktu malam. Dapatlah dia luangkan masa
bersama isteri dan anak-anaknya.
“Sayang.”
Ternaik bahu Sakinah. Cepat-cepat dia maniskan wajahnya.
“Eh, Fatma mana?” Baru dia perasan anak perempuan
mereka tiada di sisi lelaki itu.
“Tertidur dalam bilik Fayyadh. Kejap lagi biey nak ambil
Fayyadh.”
Dia duduk di sisi si isteri. Umur anak sulung mereka, sebaya
anak bongsu Farhan. Memang dia sengaja menghantar anak
mereka ke taska untuk menerima pendidikan awal.
Meraka bersyukur walaupun Fayyadh lahir tidak cukup
bulan, anak sulung mereka membesar seperti kanak-kanak yang
normal. Fatma pula baru berusia 11 bulan.
“Sayang fikirkan apa ni?”
“Kak Piah…”
Ternaik kening Fakrul. Dia tarik tubuh isterinya supaya
menghadapnya. Mendengar nama kakak sepupu kesayangannya,
mulalah dia tak senang duduk.
“Kenapa dengan Kak Piah?”
6
Mia Azwari
Sakinah baru tersedar yang dia sudah terlepas cakap.
Cepat-cepat dia berdiri.
“Err… sayang nak masak sekarang.” Tak sempat dia keluar,
tangannya ditarik sehingga dia terduduk di atas riba si suami.
Berbahang wajah Sakinah.
“Jangan harap sayang dapat keluar selagi tak beritahu biey
hal sebenar.”
“Biey…” Meleret nada suara Sakinah. Dada bidang lelaki itu
ditampar geram.
“Cakap.” Makin kemas dia mendakap pinggang si isteri.
Sesekali pipi yang bertukar merah itu dicium geram.
“Jangan nak ambil kesempatanlah.”
“Aik… dengan isteri sendiri pun dikira ambil kesempatan.”
Tergelak Fakrul.
Sakinah menjeling geram. Nampak gayanya, memang dia
tak dapat nak sembunyikan perkara tadi.
“Biey masih tunggu ni.”
“Biey janji, jangan beritahu Abang Paan.”
Makin berlapis dahi Fakrul. “Takkan Kak Piah lari lagi.”
“Hishh… bukanlah. Ni hal lain.”
Nafas lega ditarik perlahan. Takut juga kalau peristiwa dulu
berulang kembali. Dia masih ingat ketika kakak sepupunya lari
daripada abangnya gara-gara salah faham.
“Okey. Abang janji.”
7
Mia Azwari
Dalam keadaan terpaksa, Sakinah menceritakan perkara
yang dikongsi oleh Piah. Seperti yang dijangka, wajah Fakrul turut
berubah. Sebagai seorang doktor O&G, dia tahu keadaan kakak
sepupunya sangat berisiko. Lebih-lebih lagi Piah pernah mengalami
kecederaan di bahagian rahim.
FARHAN sibuk menanda kertas tugasan pelajarnya di bilik kerja.
Perlahan-lahan Piah masuk ke bilik itu bersama secawan kopi di
tangan. Sudah menjadi rutin dia menyediakan minuman buat
suaminya hampir setiap malam.
“Nah. Piah bawakan kopi untuk abang.”
“Letak situ dulu sayang.” Farhan masih belum memandang
wajah si isteri.
Menjuih bibir Piah. Punyalah dia tebalkan muka dengan
memakai baju tidur seksi. Memang dia sengaja berpakaian begini.
Misinya hanya satu. Untuk mengambil hati Farhan sebelum
memberitahu hal kandungannya.
“Banyak lagi ke kerja abang?” Bahu Farhan disentuh lembut.
“Banyaklah lagi sayang. Sayang pergilah ti...” Kata-kata
Farhan terus mati sebaik sahaja melihat penampilan isterinya. Tak
berkelip matanya. Dah buang tabiat ke Piah?
Piah sembunyi senyum. Kali ini dia beranikan diri duduk di
atas riba lelaki itu. Makin tak senang duduk Farhan.
8
Mia Azwari
“Sambunglah esok, abang. Piah ada benda penting nak
cakap.”
“Kenapa seksi sangat ni?” Tak bertapis Farhan menyoal. Dia
kenal sangat dengan sikap Piah. Selama 12 tahun mereka
berkahwin, Piah hanya bersikap pelik jika ada melakukan
kesalahan. Pinggang Piah dirangkul erat.
“Abang tak suka ke?” Rahang lelaki itu diusap lembut.
Tergelak Farhan. Sah, ada yang tak kena.
“Okey, sayang. Cakaplah. Abang dengar.”
Piah lekas berdeham. Kantoilah pula. Macam tahu-tahu pula
ada perkara penting yang hendak dibincangkan.
“Errr… Farish dah besar. Dia pun selalu cakap nak adik.
Kalau Piah…”
“No. Kita dah pernah bincang hal ni Abang dah cukup
bersyukur dengan apa yang ada sekarang,” celah Farhan.
Piah sudah mula gelisah. Selepas melahirkan anaknya yang
ketiga, Piah telah dipujuk oleh Farhan untuk menggunakan kaedah
memasukkan implan di lengan. Sudah setahun dia menanggalkan
alat tersebut. Dan sekarang dia hanya merancang dengan
mengambil pil pencegah kehamilan. Tanpa pengetahuan suaminya,
sudah hampir tiga bulan dia tidak mengambil pil tersebut.
“Kenapa Piah tiba-tiba cakap hal ni?”
“Kalau Piah cakap, abang jangan marah.”
“Tak cakap lagi, mana boleh janji,” sakat Farhan.
Panjang muncung Piah. Ini yang dia takut sekarang. Tak
mustahil Farhan bakal mengamuk.
9
Mia Azwari
“Cakaplah cepat,” gesa Farhan.
“Sebenarnya, dua tiga hari ni Piah rasa tak sedap badan
jadi... err... pagi ni Piah dah buat ujian tu...” Takut-takut Piah ingin
menghabiskan ceritanya.
“Teruskan.”
Pucat wajah Piah. Nada suara Farhan sudah mula berubah.
Habislah dia malam ni…
“Piah... Piah mengandung.”
Tegang wajah Farhan. Hanya satu perkara yang muncul di
fikirannya sekarang. Peristiwa empat tahun yang lepas.
“Bangun,” arah Farhan dengan nada yang dingin.
Takut-takut Piah bangun dari riba lelaki itu. Terkilan melihat
reaksi Farhan seolah-olah tidak gembira dengan berita
kehamilannya. Farhan berdiri berhadapan si isteri.
“Sejak bila Piah berhenti makan ubat tu?”
“Pi... Pi...ah.” Tersekat-sekat Piah ingin menjawab.
“Jawab!” Naik seoktaf nada suara Farhan. Dia betul-betul
kecewa kerana isterinya sanggup melanggar arahannya.
“Dah tiga bulan.” Bergenang tubir mata Piah. Tak sangka
begitu sekali Farhan mengamuk.
Terpejam rapat kedua mata Farhan. Wajahnya diraup
perlahan.
“Kenapa Piah buat keputusan tak berbincang dengan
abang? Piah sedar tak apa yang Piah buat ni bakal merisikokan diri
Piah?” Luah Farhan dengan rasa kecewa.
10
Mia Azwari
“Piah minta maaf. Piah nak sangat mengandung lagi. Doktor
dah beritahu keadaan Piah baik-baik aje.”
“Tapi abang dah tak sanggup nak hadap semua ni. Faham
tak!”
Ternaik bahu Piah. Air matanya mengalir ke pipi.
“Sampai hati abang.”
Farhan bergegas keluar dari bilik itu. Dia tidak mahu kalah
setelah melihat air mata si isteri. Malam ini dia lebih rela tidur di bilik
tetamu
Tubuh Piah melurut jatuh ke lantai. Teresak-esak dia
menangis. Perutnya disentuh perlahan. Sedih kerana Farhan tidak
bertanya langsung hal kandungannya.
SUDAH tiga hari Piah dah Farhan bersikap dingin. Piah masih
menyediakan segala keperluan suaminya seperti biasa walaupun
hatinya masih terluka. Di hadapan anak-anak, Piah dan Farhan
bijak memainkan peranan masing-masing.
“Kemas baju anak-anak untuk dua malam. Kita balik rumah
mama.”
Piah segera bangun dari berbaring apabila mendengar
arahan suaminya. Sejak kes pergaduhan tiga hari yang lepas, Piah
berubah menjadi pendiam.
“Kenapa nak balik rumah mama?”
“Mil sekeluarga ada di rumah mama.” Farhan masuk ke bilik
air tanpa memandang wajah isterinya. Piah mengeluh lemah.
11
Mia Azwari
Tubuhnya betul-betul lemah hari ini. Dia berjalan perlahan ke bilik
Farith untuk mengemas pakaian mereka.
Setelah siap mengemas, dia berlalu ke bilik air untuk
mengambil wuduk. Selama tiga hari ini, Piah terkilan kerana Farhan
sanggup menunaikan solat seorang diri. Di dalam kereta, Piah
masih berdiam diri. Hanya anak-anak yang rancak berbual bersama
Farhan.
Sampai di rumah ibu mentuanya, Piah terpaksa
memaniskan wajahnya. Aina yang baru muncul terus memeluk
kemas tubuh Piah. Anak-anak mereka sudah berkumpul bermain
permainan yang dibeli oleh atuk mereka.
“Pucat muka Kak Piah ni.”
“Err… pening sikit.”
Piah menarik tangan Aina masuk ke dalam rumah. Tidak
mahu suaminya perasan perubahan dirinya.
Syamil dan Farhan berbual di ruang tamu. Encik Saiful turut
ada di situ. Kaum perempuan yang lain sedang sibuk menyediakan
makanan tengah hari.
“Kenapa tak tidur sini, Mil?”
“Cuti Aina tak lama. Esok dia dah kerja. Ini pun kebetulan
kami ada hal di KL. Sebab tu kami singgah ke sini.”
“Dah besar anak-anak kembar Syamil tu. Makin lasak. Rindu
pula nak bau bayi.”
Tergelak Syamil mendengar kata-kata pak long. Hanya
Farhan yang masih beriak biasa. Sebenarnya dia tidak sedap hati
melihat raut wajah si isteri. Bukan dia tak perasan Piah seperti tidak
sihat.
12
Mia Azwari
“Paan. Senyap aje dari tadi. Okey tak?”
“Okey. Err… Arul ada hubungi papa?” Sengaja dia
mengubah topik perbualan.
“Ada juga. Dua hari lepas. Katanya cuti sekolah bulan
depan, dia nak balik sini.”
“Sebut pasal Arul, rindu pula Mil dengan Kinah. Dah lama
juga kami tak jumpa.” Syamil tersenyum kelat. Sejak dia berpindah
ke Penang, mereka hanya berhubung melalui telefon saja.
“Jangan risau. Arul akan jaga Kinah tu baik-baik. Seorang
suami, tanggungjawab dia bukan saja bagi kasih sayang terhadap
isteri, tapi semua kebajikan si isteri. Betul tak Paan?”
Farhan angguk sambil tersenyum tawar. Dia pandang ke
arah dapur. Mahu saja dia ke sana untuk menjenguk si isteri. Syamil
perasan sejak dari tadi fikiran Farhan ke arah lain. Pasti ada
sesuatu yang tak kena berlaku di dalam rumah tangga abang
sepupunya itu.
AINA mengerling ke belakang. Si kembar dan Ainul sudah tertidur
keletihan. Pinggang yang terasa lenguh diusap perlahan.
“Sakit ke sayang?”
“Taklah. Lenguh. Mungkin Aina berdiri lama tadi.”
Menggeleng Syamil. Perut isterinya diusap lembut. “Baby
jangan nakal-nakal.”
13
Mia Azwari
Tergelak Aina. Tangan suaminya ditepis lembut.
“Kandungan Aina baru sebulan, Syam.”
“Eh, biarlah. Syam nak dia dengar suara papa dia dari
sekarang.”
Serentak mereka ketawa. Memang mereka sengaja
merahsiakan kandungan Aina daripada pengetahuan keluarga pak
long. Biarlah usia kandungan isterinya stabil dulu.
“Syam perasan tak Kak Piah macam ada masalah?”
“Memang ada masalah pun.”
Tercengang Aina. Dia duduk menghadap si suami.
“Masalah apa?”
“Entah. Walaupun Syam tak tahu, tapi Syam yakin mereka
berdua tu memang ada masalah. Syam kenal sangat dengan Abang
Paan. Dia kalau senyap, adalah tak kena. Kak Piah pun selalunya
ceria aje. Tapi hari ni, dia tak banyak cakap.”
Terdiam Aina. Betul juga. Semasa di dapur tadi, Piah hanya
berdiam diri. Dia pula yang kekok dan terpaksa mencari topik
perbualan.
“Tidurlah. Dah sampai, Syam kejut.”
“Tak nak. Aina nak temankan Syam.” Kepalanya direbahkan
ke bahu si suami. Terasa ingin bermanja pula.
Tersenyum bahagia Syamil. Kepala Aina yang berlapik
dengan selendang, dicium lama. Tanda kasihnya terhadap si isteri.
14
Mia Azwari
PAGI ini, mereka berkumpul bersarapan bersama. Seperti
hari semalam, baik Piah atau Farhan, keduanya masih bersikap
dingin.
Kepala Piah berdenyut-denyut sejak dari semalam. Terasa
kembang tekaknya setiap kali terbau makanan.
“Mama, Piah nak rehat dalam bilik. Kepala ni pening.”
Farhan yang terdengar terus memandang ke arah si isteri.
“Sakit sangat ke?” Tegur Puan Faridah. Risau juga melihat
keadaan Piah tidak seperti biasa.
“Sikit aje.” Piah terus berlalu naik ke tingkat atas.
Sebaik sahaja Piah beredar, Puan Faridah bertanyakan
sesuatu kepada si anak.
“Paan buat hal lagi ke?”
“Mana adalah mama.”
“Jangan nak buat perangai lama. Dulu pun Piah pernah jadi
macam ni. Diam aje. Tak nak cakap dengan sesiapa. Tiba-tiba
masuk wad. Makan hati dengan sikap Paan.”
Pucat wajah Farhan. Tiba-tiba dia berasa takut dengan
kenyataan mama.
“Idah jangan takutkan anak kita. Mungkin Piah tu memang
tak sihat.” Tegur Encik Saiful. Sesekali dia melayan cucu-cucunya
menjamah makanan.
Makin tak senang duduk Farhan. Takut juga masalah
kemurungan isterinya kembali lagi.
15
Mia Azwari
“Paan nak naik dulu. Nak tengok Piah.” Bergegas Farhan
naik ke tingkat atas.
Saiful dan Faridah saling berpandangan. Sah, ada yang tak
kena!
MASUK ke dalam bilik, isterinya baru saja keluar dari bilik air. Wajah
isterinya jelas kelihatan pucat.
“Sayang pening sangat ke?” Lengan Piah cuba diraih.
“Jangan sentuh Piah.” Kasar dia menepis tangan si suami.
Tercengang Farhan. Dia masih lagi berdiri sambil
memerhatikan tingkah laku isterinya. Piah sedang menyapu minyak
angin di kepala.
“Kalau teruk sangat, kita ke klinik.”
“Tak perlu. Piah tak nak susahkan abang.”
Farhan menarik nafas panjang. Kali ini dia berjalan
mendekati isterinya di meja solek. Lengan isterinya ditarik perlahan.
“Jangan nak buat perangai dekat sini. Nanti mama dan papa
fikir yang bukan-bukan.”
Makin menyirap darah Piah. Sekali lagi dia menepis tangan
Farhan. Dia berdiri menghadap lelaki itu.
“Perasaan mama dan papa, abang nak jaga. Perasaan Piah!
Ada abang kisah!”
16
Mia Azwari
“Piah…”
“Piah tak dengar abang cakap apa-apa. Kalau abang tak
suka Piah mengadung, Piah akan gugurkan.”
“Piah!” Hampir saja dia menampar wajah si isteri. Menggigil
tubuhnya menahan marah.
“Apa yang bising-bising ni?” Muncul Puan Faridah dengan
wajah yang cemas. Dari tingkat bawah lagi dia dapat mendengar
suara menantunya sedang marahkan sesuatu.
Farhan berpaling ke arah pintu. Melihat wajah kedua ibu
bapanya ada di situ, pasti masalah rumah tangganya sudah dihidu.
Buk!
“Ya Allah!” Jerit Puan Fariha sambil menekup mulut.
Farhan menoleh ke belakang. Bulat matanya melihat Piah
sudah terbaring di atas lantai.
“Sayang!”
SAKIT hati Sakinah setelah mendengar keadaan Piah daripada
panggilan orang tua suaminya. Air matanya dikesat kasar. Naik
pening kepala Fakrul untuk memujuk.
“Sayang janganlah sedih. Kak Piah tak ada apa-apa. Mama
cakap, Kak Piah kurang air dalam badan.”
17
Mia Azwari
“Biey cakap senanglah. Ni mesti Abang Paan buat hal.
Semalam Kak Piah mengadu, dia sedih sebab Abang Paan tak suka
dia mengandung.”
Bulat mata Fakrul. Dia duduk di sisi Sakinah.
“Bila dia call?”
“Semalam.”
Fakrul mengeluh perlahan. Tak habis-habis Farhan buat hal.
“Sepatutnya sayang beritahu biey. Boleh juga biey
tazkirahkan Abang Paan tu.”
“Tak naklah. Kak Piah mengadu bukan nak kita tolong dia.
Dia cuma tertekan.”
Teringatkan perbualan mereka semalam, gugur juga air
matanya. Tak dapat dia bayangkan jika Fakrul bersikap seperti
Farhan.
“Biey tak suka sayang mengandung ke?”
“Haishh… jangan nak merepek. Bukan tak suka. Fatma tu
kecil lagi. Biey nak sayang rehat dulu. Kahwin ni bukan soal anak
aje. Ingat isteri biey ni kilang.”
Nak tergelak Sakinah Lengan suaminya dipeluk kemas.
Betul juga kata suaminya. Berkahwin bukan sekadar mendapatkan
zuriat. Tapi untuk saling melengkapi.
“Jangan sedih lagi. Kejap lagi biey call Abang Paan. Tak
senang hati biey tengok muka sedih sayang ni.”
Kedua pipi si isteri diseka perlahan. Setelah selesai
menenangkan isterinya, dia ke ruang tamu untuk menghubungi
Farhan.
18
Mia Azwari
“Abang Paan di hospital lagi ke?”
“Ehmmm…”
“Apa yang berlaku ni? Takkan sebab Kak Piah
mengandung, Abang Paan buat hal.”
“Arul takkan faham. Abang Paan tak nak hal lama berulang
lagi.” Lemah nada suara Farhan. Bukan niat dia nak menyakitkan
hati isterinya. Tapi dia takut untuk berhadapan dengan kehilangan.
“Dengar sini. Arul yakin keadaan Kak Piah sekarang tak
berisiko. Abang Paan boleh rujuk dengan doktor pakar. Kalau ada
masalah, doktor takkan benarkan kandungan tu membesar. Apa-
apa pun dapatkan nasihat doktor pakar.”
Farhan mendengar dengan teliti. Memang itulah yang dia
sedang lakukan sekarang. Menurut doktor yang merawat isterinya,
keadaan Piah baik-baik saja.
“Abang Paan jangan susah hati.”
“Terima kasih, Arul. Mungkin Abang Paan terlalu pentingkan
diri sendiri. Sampai perasaan Piah pun Abang Paan abaikan.”
Fakrul hanya berdiam diri. Jika dia berada di situasi
abangnya, pasti dia buat perkara yang sama.
“Arul nampak Abang Paan memang terlalu sayangkan Kak
Piah. Sebab Kak Piah istimewa dalam hidup Abang Paan. Betul
tak?”
“Sangat… dia sangat istimewa.”
Fakrul tersenyum nipis. Ketika itu Sakinah muncul di
hadapannya bersama Fatma. Dia juga sama seperti Farhan. Hanya
19
Mia Azwari
Sakinah wanita istimewa di hatinya. Tiada sesiapa yang dapat
menggantikan wanita itu.
SAYU hati Farhan melihat isterinya yang terbaring lesu di
atas katil. Perasaannya semakin menebal kerana menjadi punca
isterinya tertekan.
Teruk dia dimarahi oleh orang tuanya. Menurut doktor
kandungan isterinya masih baru iaitu baru berusia tiga minggu. Piah
terpaksa ditahan kerana badannya yang terlalu lemah.
Ketika Piah tersedar, dia pandang ke sekelilingnya. Berkerut
dahinya melihat bilik ini agak asing baginya.
“Sayang.” Bergegas Farhan mendapatkan si isteri. Tangan
Piah digenggam kemas.
Piah yang tersedar cepat-cepat menarik tanganya. Dia
bangun dan bersandar dengan selesa. Perutnya disentuh. Takut
membayangkan yang dia sudah kehilangan bayi mereka.
“Jangan risau. Anak kita selamat.”
Terasa hangat tubir mata Piah. Tipulah kalau dia tak
gembira mendengar ayat lelaki itu. Setelah empat hari mereka
bermasam muka, baru hari ini Farhan menunjukkan sikap prihatin.
“Abang baliklah. Piah tak nak susahkan abang.”
“Jangan cakap macam tu, sayang.” Tangan isterinya
diramas lembut dan dibawanya ke bibir.
“Piah minta maaf. Tak sepatutnya Piah cakap perkara yang
tak baik. Piah sayangkan kandungan ni. Kalau abang tak nak, Piah
akan tanggung sendiri.” Makin deras air matanya mengalir.
20
Mia Azwari
Farhan yang tidak dapat menahan rasa sebak, terus
mendakap tubuh si isteri. Wajah pucat itu dicium bertubi-tubi.
“Abang minta maaf, sayang. Salah abang. Abang terlalu
ikutkan perasaan. Dalam fikiran abang, abang takut hilang Piah.”
Piah masih lagi teresak-esak di dada si suami. Tanpa sedar,
kedua tangannya turut merangkul tubuh Farhan.
“Abang takut sangat. Abang tak nak sayang sakit macam
dulu.” Farhan turut menangis di bahu Piah.
Dia masih ingat lagi ketika isterinya koma selepas
melahirkan Farish. Separuh semangatnya hilang melihat keadaan
Piah ketika itu. Pelukan dileraikan sedikit. Dahi mereka saling
bertemu.
“Abang tak boleh lupa bila doktor cakap keadaan sayang
kritikal. Allah saja yang tahu perasaan abang. Abang jadi tak tentu
arah. Abang trauma.”
Terkedu Piah. Baru hari ini dia mendengar luahan suaminya.
Selama ini Farhan enggan bercerita tentang peristiwa lalu.
“Abang...” Rahang Farhan diusapnya penuh kasih.
“Insya-Allah. Keadaan Piah baik-baik aje. Ajal maut di
tangan Dia. Bila dah tiba masanya, Piah akan pergi juga. Abang
jangan takut. Doakan Piah selamat lahirkan anak kita.”
“Janji dengan abang. Piah jangan berani angkat benda berat
bila abang tak ada di rumah. Abang tak izinkan sayang naik atas
kerusi atau perkara yang boleh membahayakan diri sayang. Janji!”
“Piah janji.”
21
Mia Azwari
Mereka berpelukan sekali lagi. Lafaz syukur meniti di bibir
Piah. Akhirnya masalah rumah tangganya selesai juga.
Beberapa bulan kemudian…
TAK menang tangan Piah dibuatnya. Boleh pula dia terlelap selepas
solat Subuh. Nasiblah encik suami tak mengamuk.
“Mana stoking Farith, umi?”
“Eh, kan umi dah letak dalam kasut. Cuba cari betul-betul.”
Geram juga dengan budak Farith ni. Umur dah masuk 11
tahun, masih lagi nak bermanja.
“Umi, ikatkan rambut Fisya.”
Ni lagi sorang. Tergesa-gesa dia menyikat rambut anak
perempuannya.
“Umi. Fisya dah pandai baca.”
“Iya?? Pandainya anak umi.”
Tersengih-sengih Fisya. “Babah cakap, kalau Fisya pandai
baca, boleh jumpa Fayyadh.”
Terkedu Piah. Patutlah semangat betul anak keduanya
membaca. Ada udang di sebalik mi rupanya. Tak lama kemudian,
muncul Farhan yang sudah kelihatan kemas. Farish turut ada di sisi
suaminya. Lega hatinya melihat Farish disiapkan oleh Farhan.
“Maaf abang, Piah terlelap tadi.”
22
Mia Azwari
“Tak apa, sayang.” Dahi Piah dicium lembut. Makin
berbunga hati Piah.
Farhan melangkah keluar bersama beg kerjanya. Ketiga-
tiga anaknya mencium tangan Piah sebelum masuk ke dalam
kereta.
“Sayang, hari ni tak payah masak. Kita makan di luar.”
Makin lebar senyuman Piah. Memang dah lama juga mereka
tidak makan di luar.
“Piah nak makan mi udang. Boleh?”
“Boleh sayang. Abang balik awal. Pukul dua petang kita
keluar. Jaga diri baik-baik. Telefon abang kalau ada rasa sakit.”
Piah mengangguk laju. Sejak dia mengadung, Farhan tidak
membenarkan dia memandu lagi. Setiap kali anak-anak pulang dari
sekolah, ada pembantu yang diupah untuk menjemput mereka.
Dia mencium belakang tapak tangan si suami. Perutnya
yang semakin besar itu, turut dicium oleh lelaki itu. Terlalu cepat
masa berlalu. Usia kandungannya sekarang sudah berusia lapan
bulan.
“Abang.”
Tak jadi Farhan masuk ke dalam kereta. Keningnya
terangkat sedikit sebagai tanya soal.
“Muka tu jangan beku sangat. Senyum sikit.”
Farhan tergelak sambil menggeleng perlahan. Sempat lagi
dia dikenakan. Setelah kereta suaminya berlalu pergi, Piah segera
mengunci pintu rumah. Dia bergegas ke dapur untuk mengisi perut.
23
Mia Azwari
PERASAAN Piah semakin resah. Sekarang jam sudah hampir
pukul lima petang. Kelibat suaminya masih belum pulang. Anak-
anaknya sudah lama bersiap untuk keluar makan.
“Umi, mana babah? Lambatnya...” Rungut Fisya.
“Sekejap, sayang. Umi call babah kejap. Farish, duduk
dengan abang dan kakak dulu.”
Dia capai telefonnya di atas meja. Banyak kali dia cuba
menghubungi Farhan. Masuk kali kelima, barulah panggilannya
disambut.
“Hello…”
Berlapis dahi Piah. Suara perempuan?
“Siapa ni?”
“Jihan. Awak ni siapa?”
Mendidih Piah mendengar jawapan selamba gadis ini.
Takkan tak nampak nama yang Farhan save di telefon.
“Mana suami saya?”
“Dia ke tandas. Kalau nak pesan apa-apa beritahu saya.
Nanti saya sampaikan kepada Abang Farhan.”
“Suami saya di mana sekarang?” Dek terlalu geram, dia tak
sengaja menaikkan suara.
“Kami makan di Hotel Mega Istana. Takkan sebab suami
puan makan dengan kami, puan nak mengamuk.”
Ewah! Berlagak betul minah ni.
“Beritahu dia, kami nak ke sana sekarang.” Dia terus
matikan panggilan tersebut. Nafas ditarik dalam-dalam.
24
Mia Azwari
“Jom, kita gerak.”
Farith dan Fisya saling berpandangan.
“Umi nak bawa kereta?” Farith garu kepala yang tidak gatal.
Dia pernah mendengar babah melarang umi memandu.
“Ya. Umi dah lama tak lepaskan gian memandu. Jom.”
Lantaklah si beku tu nak mengamuk. Selepas dia mengunci
pintu rumah, dia terus masuk ke dalam kereta. Dengan lafaz
Bismillah, dia memandu keretanya menuju ke hotel yang diberitahu
oleh Jihan.
Jihan… siaplah perempuan ni nanti.
PIAH masuk ke dalam hotel sambil memimpin tangan anak-
anaknya. Dia pandang di ruangan hotel ini. Melihat tanda ruangan
makan, dia segera ke sana. Kesian anak-anaknya sudah lama
menahan lapar.
“Sedap betul makanan dekat sini. Nanti boleh kau cuba
bawa isteri dan anak-anak pula, Farhan.”
Mati langkah Piah. Dia pandang ke arah suara itu. Makin
menyirap darahnya melihat Farhan sedang tersenyum sambil
berbual. Lebih menyakitkan hati, ada pula gadis muda yang berdiri
sangat rapat di sisi suaminya.
“Babah!”
25
Mia Azwari
Terkejut Piah mendengar suara Farish. Tak sempat dia
halang, anaknya sudah berlari ke arah Farhan. Lelaki itu kelihatan
tergamam. Bergegas Farhan mendapatkan anaknya.
Farhan mendukung tubuh Farish. Dia pandang ke arah isteri
dan anak-anaknya yang lain. Piah beranikan diri mendekati Farhan.
Bergerak-gerak rahang Farhan. Tubuh anaknya diturunkan ke
bawah.
“Kenapa tak beritahu abang nak keluar? Kan abang tak
benarkan Piah memandu.” Suaranya cuba dikawal.
“Kami lapar. Babah balik lambat sangat.” Adu Fisya sambil
memegang lengan Farhan.
Dupp!
Pucat wajah Farhan. Dia sendiri terlupa janjinya bersama
isteri dan anak-anaknya.
“Babah minta maaf. Babah betul-betul terlupa.” Makin tebal
rasa bersalahnya.
“Jom kita masuk. Kita makan sedap-sedap hari ni. Umi
belanja.”
Ceria wajah anak-anaknya. Belum sempat Piah berlalu
pergi, Farhan memegang lengannya dengan kemas.
“Sayang, abang...”
“Ini ke anak-anak Abang Farhan. Comelnya,” celah Jihan
sambil mencubit pipi gebu Fisya.
Makin berbulu telinga Piah. Sesekali dia melirik ke arah si
suami. Farhan sudah mula resah. Pasti isterinya salah faham.
26
Mia Azwari
“Ya, ni anak-anak saya. Yang ni, isteri saya, Piah.” Bahu si
isteri ditarik rapat ke arahnya. Harap sangatlah Piah tak merajuk.
Sejak dah ada anak-anak ni, rajuk Piah semakin menjadi-jadi.
“Piah? Uniknya nama tu. Tapi macam tak sesuai pula
dengan nama Abang Farhan.”
Bulat mata Piah. Ni dah lebih. Tangan Farhan di bahunya
ditolak kasar.
“Kenapa? Nak kata nama Jihan sesuai dengan nama
Farhan. Macam tu?”
Wajah Jihan sudah bertukar riak. Farhan turut tergamam.
“Mana sayang tahu nama dia?” Berkerut dahi Farhan ketika
ini.
Piah tergelak sinis.
“Tanyalah kawan abang ni. Piah ada call abang tadi. Takkan
dia tak beritahu pesanan dari Piah. Motif?” Sindir Piah.
Malas melayan drama si suaminya, lebih baik dia mengisi
perut bersama anak-anaknya dulu. Nak berperang pun, dia
perlukan tenaga. Siaplah Farhan nanti. Jangan haraplah dia nak
bagi muka kali ini.
Kaku tubuh Farhan. Tajam dia menoleh ke arah Jihan.
“Awak jawab panggilan isteri saya tadi?”
“Errr… ya. Jihan lupa nak beritahu…”
“Bohong! Jangan sampai saya beritahu pihak atasan
tentang sikap awak yang masih cuba nak ganggu saya.”
27
Mia Azwari
Tertelan air liur Jihan. Farhan merengus kasar. Sudah lama
dia bersabar dengan perempuan ini. Sudah tahu dirinya suami
orang, masih cuba nak menggoda.
Bergegas dia mencari isterinya di ruangan makan. Nampak
kelibat anak-anaknya bersama isterinya, makin laju langkahnya ke
sana.
“Sayang...” Farhan duduk di sisi Piah.
“Abang pergilah dekat kawan-kawan abang. Kami nak
makan. Kalau abang lupa pada Piah, tak apa. Tapi jangan pada
anak-anak.” Sebak nada suara Piah.
Terhenyak Farhan. Tak terlintas langsung untuk dia
melupakan isteri dan anak-anaknya.
“Abang temankan. Nanti balik dengan abang.”
Piah tidak menjawab. Sebaliknya dia lebih suka membaca
menu di tangan.
DI rumah, Farhan semakin gelisah. Piah tidak mahu bercakap
dengannya sejak mereka tiba di rumah. Masuk ke dalam bilik, dia
ternampak kelibat isterinya termenung di balkoni.
“Sayang...”
Piah merengus kasar. Hatinya masih sakit. Dia segera
masuk dalam rumah. Farhan lekas memeluk Piah dari belakang.
Dagunya dilabuhkan di bahu Piah.
28
Mia Azwari
“Lepaslah, Piah nak tidur!”
“Sayang, jangan macam ni. Abang salah sebab terlupa
dengan janji abang. Pasal Piah call abang tadi, sumpah abang tak
tahu.”
“Macam mana nak tahu, kalau Jihan tu yang jawab. Siap
berabang lagi. Langsung tak ada hormat dekat Piah ni sebagai isteri
abang.” Terasa hangat tubir matanya.
Farhan memusingkan tubuh Piah supaya menghadapnya.
Mata isterinya yang berkaca itu diciumnya lama.
“Jihan tu memang bermasalah. Tak sangka dia berani
sentuh telefon abang. Abang ni dah tua agaknya. Cepat lupa.
Abang betul-betul tak ingat nak keluar makan dengan sayang dan
anak-anak.”
“Jangan nak merepeklah. Umur baru 38 tahun. Tua apanya?
Makin gatal, adalah.” Sindir Piah.
Farhan garu kepalanya yang tidak gatal.
“Sayang janganlah marah. Tak tenang abang macam ni.
Lepas habis mesyuarat, ketua abang ajak makan. Dia yang nak
belanja. Kalau abang ingat janji kita, abang sanggup tak ikut
mereka.”
Piah menjeling geram.
“Jihan tu ada hati dengan abang ke?”
Farhan menarik nafasnya dengan agak berat. Tangan
isterinya ditarik agar duduk di kerusi yang ada di luar balkoni. Bahu
Piah dirangkul kemas.
“Abang jujur dengan sayang. Ya, dia memang suka abang.”
29
Mia Azwari
Bergenang tubir mata Piah. Dia cuba bangun tetapi cepat
saja kedua lengan lelaki itu mendakap tubuhnya.
“Sukalah abang. Dahlah perempuan tu muda. Kerja satu
tempat pula. Hari-hari boleh keluar dating.” Tak sedar, air mata dah
mengalir. Memang dia sensitif sejak mengadung.
Mengucap panjang Farhan. Tak terlintas langsung dalam
fikirannya untuk menduakan isterinya.
“Jangan nak cakap benda mengarut. Insya-Allah, hati abang
memang hanya pada Piah. Abang masih ingat pengorbanan sayang
lahirkan anak-anak abang. Abang nyaris kehilangan Piah dan
Farish dulu. Tak mungkin abang nak buat kerja gila tu.”
Piah kesat air matanya. Dia pandang wajah si suami.
“Betul?”
“Ya. Jangan nangis lagi. Esok abang cuti. Kita keluar pergi
barang-barang baby dengan anak-anak.”
Piah menjuih bibirnya. Geram dengan telatah si isteri,
selamba saja dia mencium bibir itu. Bahu Farhan ditampar kuat.
Berdekah Farhan ketawa.
“Buat lagi muncung macam tu. Mendapatlah jawabnya.”
Berbahang wajah Piah. Farhan semakin mengemaskan
pelukan mereka. Mustahil untuk dia menduakan Piah. Hanya Piah
sahaja di hati Mr. Beku.
30
Mia Azwari
SYAMIL letak bayi perempuan mereka di dalam katil bayi.
Tersenyum Syamil melihat wajah Aimi yang masih berusia
seminggu. Seperti biasa, Aina akan berpantang di rumah ibu dan
abah.
“Senyap aje. Mana anak-anak?”
“Anak-anak dah keluar ikut tok abah.”
“Pergi mana pula?”
Lebar senyuman Syamil. “Pergi rumah Kinah. Nak ambil
Kinah dan anak-anak dia ke sini. Arul kerja lagi. Si kembar dah tak
sabar nak jumpa sepupu dia.”
Barulah Aina faham. Nasib baiklah rumah mentuanya tidak
jauh dengan rumah Sakinah. Dapatlah mereka mengambil adik
iparnya di sana.
“Lusa Syam balik bawa anak-anak. Sayang tak apa ke
berpantang tanpa anak-anak?”
Keruh wajah Aina. Terpaksalah dia berkorban. Anak-anak
masih bersekolah. Pada awalnya dia sanggup berpantang sendiri
tetapi Puan Dahlia melarang keras.
“Aina okey cuma Aina risaukan Syam.”
“Tak payah risaulah. Ainul dah besar. Dia boleh tolong papa
dia tengok-tengokkan si kembar tu.”
Aina ketawa perlahan. Betul juga. Sikap Ainul yang matang
itu, membuatkan kerja mereka menjadi mudah. Tiba-tiba Syamil
meramas lembut kedua tangannya.
“Tapi mungkin Syam akan rindukan sayang dan Aimi.”
Syamil pandang ke arah katil bayi.
31
Mia Azwari
Aina tersenyum pahit.
“Aina pun. Nanti hari-hari Syam buat video call ya.” Hampir
menangis Aina. Terpaksalah dia bersabar selama sebulan
berpisah.
Syamil mengangguk laju. Tak perlu disuruh pun, dia akan
sentiasa menghubungi Aina untuk bertanya khabar. Harap-harap,
dia dapatlah bertahan selama mereka berjauhan.
“Mil…”
Serentak mereka menoleh ke arah pintu bilik. Puan Dahlia
kelihatan ceria saja.
“Mak long beritahu, Piah dah selamat bersalin subuh tadi.”
Keduanya saling berpandangan. Masing-masing tersenyum
gembira dengan berita itu.
SYUKUR, alhamdulilah. Piah akhirnya selamat melahirkan bayi
perempuan. Keadan Piah baik-baik saja. Farhan orang yang paling
gembira. Kali ini sterinya mampu bersalin secara normal. Untuk
sementara waktu, Piah berpantang di rumah keluarga Farhan.
“Lepas ni, cukuplah ya. Abang dah tak nak tambah lagi.”
“Kenapa? Abang dah serik jaga Piah.”
“Ke situ pula.” Farhan jenggilkan biji mata. Tergelak Piah.
Tubuh suaminya didakap erat.
32
Mia Azwari
“Yalah. Piah pun dah tutup kilang. Tak larat dah nak bawa
perut.”
Tersenyum Farhan. Dahi si isteri dikucup hangat.
“Esok Riha balik. Peninglah mama dan papa nak
menghadap cucu-cucu yang lain.”
Serentak mereka ketawa. Hujung minggu ini akan diadakan
majlis doa selamat dan aqiqah untuk anak bongsu mereka. Tiba-
tiba dia teringatkan Fakrul.
“Arul dan Kinah tak balik sini?”
“Allah. Lupa abang nak beritahu sayang.”
“Kenapa?” Pelukan direnggangkan sedikit.
“Isteri Mil buat majlis akikah lusa. Berpantang di sana.
Mungkin Arul datang sini lewat sikit. Nak selesaikan majlis anak Mil
dulu.”
Piah mengangguk faham. Ralat juga tidak dapat ke sana.
Nak melawat anak Syamil, Farhan melarang keras. Lebih-lebih lagi
keadaanya sudah sarat ketika itu.
Tak lama kemudian, terdengar bayi perempuan mereka
merengek. Cepat-cepat Farhan mengambil si kecil dari katil bayi.
Tanpa disuruh, Piah segera mengambil anaknya dari Farhan dan
disusukan.
“Kali ni nak letak nama apa?” soal Piah.
“Disebabkan kita dah ada Nur Fisya Aliesya, kali ni abang
pilih Nur Firyal Aleyna.”
33
Mia Azwari
Mereka berdua saling tersenyum. Suka betul Piah
mendengar nama itu. Tiba-tiba dia teringat Fisya. Sikap Fisya sama
seperti dia ketika kecil.
“Sayang fikir apa tu?”
“Tentang anak-anak kita.”
Berkerut dahi Farhan. “Maksud sayang?”
“Kalau anak-anak ikut jejak langkah kita, abang terima?”
Menggeleng Farhan sambil ketawa geli hati. Ingatkan
apalah tadi.
“Tak payah nak fikir sangatlah. Anak-anak tu kecil lagi. Ikut
macam abang. Kalau dah jodoh tak ke mana. Macam si Arul tulah.
Sebelum ni bukan main lagi mengelak. Tak suka kahwin dengan
sepupu sendiri. Alih-alih, dah jadi isteri kesayangan.”
“Tapi Kinah bukan sepupu Arul. Kira termakbullah doa Arul,”
balas Piah tidak mahu kalah.
“Jangan cakap macam tu. Kalau Pak Achik dengar, dah
tentu dia kecil hati. Lagipun selama ni, mereka tak pernah anggap
Kinah orang luar.”
Piah mengemam bibirnya sedikit kuat. Silapnya juga kerana
terlepas cakap. Walaupun Sakinah hanya adik susuan Syamil, dia
nampak kasih sayang dua beradik itu terlalu kuat. Buktinya Syamil
sanggup berkorban menolak tawaran belajar di luar negara demi
memastikan Sakinah pulih dari penyakit skizofrenia.
“Terima kasih, abang. Sebab abang, Piah rasa hidup Piah
tak pernah sunyi. Ada anak-anak. Piah masih tak percaya dapat
kahwin dengan abang.”
34
Mia Azwari
“Ehmmm… tapi abang memang yakin Piah akan jadi isteri
abang. Sejak kita kecil lagi.”
Menjuih bibir Piah. Yalah tu. Masa mereka kecil, bukan main
sombong lagi Farhan. Nak bercakap pun, boleh kira dengan jari.
“Tak percaya ke?”
“Susah nak percaya. Kalau abang suka Piah, tak adanya
wujud Kak Maira.”
Cemberut wajah Farhan. Masa ni jugalah isterinya
menyebut nama Humaira. Rasanya dah beratus kali dia
memberitahu antara dia dan Humaira, tidak pernah wujud perasaan
cinta.
“Abang cintakan isteri abang. Hanya Piah dalam hati abang.”
Ubun-ubun Piah dicium lama.
Terharu Piah.
“Piah pun sayang sangat dengan Mr. beku ni.”
Serentak mereka berdua ketawa. Bahu Piah ditarik rapat ke
dada. Tempoh 13 tahun usia perkahwinan mereka menjadikan
mereka saling memahami di antara satu sama lain. Bagi Farhan,
sejak dari dulu Piah sangat istimewa di hatinya. Begitu juga Piah.
Semoga dengan kehadiran dua putera dan dua puteri, makin
menyerikan rumah tangga mereka berdua.
TAMAT
(26.08.2021, 05.40 A.M)
35
Mia Azwari
Sesal Yang
Terlewat
36
AEIN DHIYAUDDIN
“SAYA FARHAN Aziz bin Ahmad menceraikan Nur Alia binti Malik
dengan talak satu.”
“Saya Farhan Aziz bin Ahmad menceraikan Nur Alia binti
Malik dengan talak satu.”
“Saya Farhan Aziz bin Ahmad menceraikan Nur Alia binti
Malik dengan talak satu.”
Alia terjelepok di situ. Tiga kali Farhan ulang ayat yang
sama. Bermakna suaminya menceraikan dia dengan talak tiga.
Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Itulah Farhan saat ini. Rumah
tangga yang sudah berusia 10 tahun itu musnah begitu sahaja.
AEIN DHIYAUDDIN
Tujuh tahun berlalu...
“HAPPY birthday anak mama.” Alia mencium ubun-ubun putera
tunggalnya, Ihtisyam Fahim.
Hari ini diadakan majlis hari lahir Fahim yang ke enam
tahun. Dia menjemput orang surau untuk membacakan doa. Jiran-
jiran terdekat turut dijemput datang. Baru sahaja orang surau
beredar. Tinggal hanya beberapa orang jirannya sedang berbual-
bual di luar rumah sambil makan.
“Happy birthday anak papa.” Farhan muncul dengan
membawa sebuah kotak besar.
“Yeay. Papa datang.” Fahim terus meluru dan memeluk
papanya. Terpancar kegembiraan di wajah kanak-kanak itu.
“Mestilah papa datang. Birthday anak papa.” Rendahkan
tubuhnya dan peluk Fahim kemas. Walaupun sesibuk mana dia
dengan kerja, urusan melibatkan Fahim pasti dia akan luangkan
masa. “Nah hadiah. Pergi letak sana.”
Fahim membawa lari kotak hadiahnya ke sudut ruang tamu.
Diletakkan kotak itu bersama kotak-kotak hadiah yang lain. Usai itu
Fahim kembali ke arah mama dan papanya.
“Fahim pergi main dengan Daniel dengan Boy dulu. Papa
nak makan. Nanti lepas papa makan baru Fahim main dengan papa
ya.” Alia memujuk. Dia tahu Fahim rindukan ayahnya. Sudah dua
bulan Farhan tidak datang menjenguk.
“Awak datang sorang je? Mana Safiya?” Alia panjangkan
leher mencari isteri bekas suaminya. Biasanya Safiya tidak akan
biarkan Farhan datang seorang. Takut cinta berputik kembali
katanya. Alia menemani Farhan ke meja makan.
38
AEIN DHIYAUDDIN
“Saya dengan dia dah bercerai bulan lepas.”
“Ooh.” Alia langsung tidak terperanjat mendengar semua itu.
Faezah ada memberitahunya tentang rumah tangga Farhan dan
Safiya yang retak menanti belah sejak setahun lalu. Ada sahaja
cerita Faezah bawakan bila datang berkunjung ke rumahnya.
Selalunya tentang Safiya dengan Farhan bergaduh. Bukan urusan
dia pun. Sudah dilarang bercerita, tetap Faezah tak peduli. Tapi
tidak pula bekas adik iparnya itu bercerita tentang perkara ini.
“Mak tak marah ke?” tanya Alia. Hatinya meronta-ronta ingin
tahu apa reaksi bekas mentuanya. Puan Kamariah yang beria
mahukan Safiya sebagai menantu.
“Mak nak cakap apa. Mak yang janjikan rumah tangga
bahagia untuk saya tapi apa yang saya dapat...”
“Padan muka dia kena cerai. Dulu dia yang buat akak
dengan abang bercerai.” Faezah menyampuk. Sebut nama Safiya
memang dia akan naik angin. Konon wanita soleha, pasti akan
bahagiakan abangnya. Tapi, tak pernah pun dia lihat abangnya
tersenyum bahagia.
“Faez, tak payah ungkit lagi hal lepas.” Alia kurang senang
dengan kata-kata Faezah. Baginya Farhan adalah pinjaman dari
Allah. Tiba masanya Farhan akan diambil semula. Akur jika
jodohnya dengan lelaki itu tidak panjang.
“Bodoh tau perempuan tu. Asyik takut akak rampas abang.
Dia lupa agaknya abang ceraikan akak dengan talak 3. Mana boleh
rujuk.”
Farhan menjeling adiknya. Bukan Safiya seorang yang
bodoh. Dia juga bodoh. Malah kalau difikirkan dia paling bodoh
kerana bertindak menceraikan Alia tanpa belas kasihan. Tiga talak
dijatuhkan ke atas bekas isterinya itu.
39
AEIN DHIYAUDDIN
Siapa sangka selepas 10 tahun usia perkahwinan mereka,
barulah Allah mahu mengurniakan mereka cahaya mata. Tapi berita
itu hadir selepas dia menceraikan Alia. Tiada jalan untuk rujuk
kembali. Mereka menjadi orang asing. Dia hanya mampu melihat
Alia membesarkan Fahim tanpa dia di sisi.
“Faez... sudah. Tak baik bodohkan orang.” Alia menampar
bahu bekas adik iparnya. Kalau bab mengata Safiya memang
jaguh. Dia yang asalnya tak mahu ambik tahu, tiba-tiba tahu
semuanya kerana mulut Faezah.
“Padan muka mak jugak. Sibuk suruh abang ceraikan akak
sebab tak ada anak. Safiya pun tak ada anak walau dah tujuh tahun
kahwin.”
“Faez!” terpaksa dia cubit Faezah. Sempat lagi mengutuk
emak sendiri. Dia tak kisah Faezah mengutuk Safiya. Dia faham
kalau Faezah memang sakit hati. Tapi kalau dah mengutuk emak
sendiri, memang melampau.
“Auw... sakit. Kalau mak tak paksa abang...” sempat lagi
bercakap walaupun sakit kena cubit.
“Faez, abang yang salah. Abang yang bodoh. Kalau abang
tak biarkan diri abang kena hasut...” Farhan tidak teruskan ayatnya.
“Awak abaikan saja dia ni. Pergi makan sana. Fahim dah tak
sabar-sabar nak main dengan papa dia.” Alia tidak mahu suasana
gembira bertukar menjadi suram. Mujur orang surau sudah balik.
Jiran-jiran kebanyakannya makan di luar rumah. Tidak mendengar
perbualan mereka.
Farhan akur. Dia membawa pinggan yang berisi makanan
dan duduk di sofa. Matanya jatuh ke arah Fahim yang sedang
bermain. Alia membesarkan zuriatnya dengan baik. Walaupun
mereka sudah bercerai, tidak pernah Alia menghalangnya
40
AEIN DHIYAUDDIN
menunaikan tanggungjawab sebagai ayah. Kalaulah dia mampu
kembali ke masa lalu, dia tidak akan ceraikan Alia.
“Faez... boleh tak jangan ungkit lagi hal ni.” Alia berhadapan
dengan Faezah. Sambil itu dia menjeling Farhan yang berwajah
muram. Makan nasi pun macam terpaksa sahaja.
“Akak ni lembut sangat. Akak patut bagi pengajaran dekat
abang dengan mak. Akak tak boleh biar macam tu saja.” Geram
Faezah. Kerana terlalu lembut dan baik hati kakak iparnya ditindas,
dihina oleh emaknya sendiri. Abangnya turut terhasut oleh kata-kata
emaknya.
“Pengajaran apa yang akak patut bagi? Akak kena belasah
dia orang ke baru Faez puas hati? Kalau akak belasah dia orang
sepuas hati pun, masa tak akan berputar balik. Kami tetap terpisah
dengan talak tiga.”
Faezah terdiam. Benar kata-kata kakak iparnya. Mereka tak
akan mampu memutar kembali masa walau apa juga mereka
lakukan.
“Tujuh tahun akak tak nampak senyuman kat bibir abang.
Kalau dia senyum pun, akak tahu senyum dia bukan lahir dari hati.
Tujuh tahun akak tak nampak muka dia gembira bahagia. Akak rasa
itu hukuman paling berat untuk dia.”
Faezah pandang abangnya yang sedang makan. Dia sedar
semua itu. Senyuman abangnya telah lama hilang. Selepas
mendapat tahu bekas kakak iparnya mengandung.
“Tolong jangan buat dia rasa bersalah lagi. Akak nak dia
teruskan hidup macam biasa. Boleh senyum macam dulu.” Sedikit
sebanyak, Alia rasa bersalah kerana menjadi orang ketiga secara
tidak langsung dalam perkahwinan Farhan dan Safiya. Cemburu
41
AEIN DHIYAUDDIN
Safiya tidak pernah surut walaupun tahu dia dengan Farhan tidak
mungkin dapat rujuk kembali.
Faezah angguk.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Alia menoleh. Melihat ke arah pintu
masuk. Lebar senyuman dia melihat siapa yang muncul. Terus dia
mendekati lelaki itu. “Ingatkan tak datang.”
“Ada miting tadi. Lambat sikit. Mana hero I?” Haziq
panjangkan leher mencari seseorang.
“Fahim... Uncle Haziq datang ni.”
Fahim yang sedang bermain-main dengan kawannya
segera bangun dan berlari ke arah mamanya. Melihat lelaki di sisi
mamanya dia terus mengukirkan senyum lalu terus memeluk lelaki
itu. “Uncle Haziq.”
“Uncle minta maaf sebab lambat. Uncle cari hadiah untuk
Fahim. Cuba tengok apa uncle beli.” Haziq tunjukkan kotak yang
tidak berbalut kepada kanak-kanak itu.
“Wah Lego! Thank you uncle.” Teruja dia melihat kotak Lego
yang begitu besar itu.
“Sama-sama. Sekarang pergi main dengan kawan-kawan.”
“Fahim nak buat rumah besar!”
“Buatlah apa Fahim nak. Buat lawa-lawa tau.” Alia
mengusap ubun-ubun anaknya. Gembira melihat Fahim teruja.
“You dah makan?”
42
AEIN DHIYAUDDIN
“I tak makan dari pagi semata-mata nak kosongkan perut.
Nak bagi ruang untuk perut I diisi dengan makanan yang you
masak.” Haziq tersenyum nakal sambil kenyitkan mata.
“You ni memang mulut manis betul. Manis sangat boleh
potong kaki. Jom ambik makanan.”
Farhan memerhatikan gelagat bekas isterinya dengan lelaki
yang baru muncul itu. Nampaknya sangat mesra. Apa hubungan
mereka berdua?
“Siapa tu?” tanya Farhan kepada adiknya.
“Crush Kak Alia masa sekolah menengah. Dia orang jumpa
masa reunion enam bulan lepas.”
“Dia tak bagi tau abang pun.” Farhan kelihatan tak puas hati.
“Apa kena mengena abang dengan hidup dia? Abang kan
dah ceraikan dia. Suka hati dialah nak kawan dengan siapa.”
Faezah tidak merasa aneh kalau abangnya cemburu. Siapa suruh
dungu sangat.
“Tak adalah macam tu. Sekurang-kurangnya dia bagi tau
abang. Abang tak nak lelaki tak betul dekat dengan anak abang.
Entah-entah suami orang ke?” Farhan suarakan kebimbangan.
Sebenarnya dia cemburu melihat kemesraan bekas isterinya
dengan lelaki itu. Fahim juga kelihatan mesra dengan teman bekas
isterinya. Dia masih berharap agar ada jalan untuk mereka kembali
bersatu.
“Syed Haziq ni bos tempat Remy kerja. Dah dua tahun
menduda. Isteri dia meninggal sebab kanser. Dia baik. Remy cakap
dia baik. Abang jangan risau.”
Farhan menoleh ke arah adiknya. Tak sangka lelaki itu
majikan adik iparnya. Jadi lelaki itu boleh dikatakan kaya. Nama pun
43
AEIN DHIYAUDDIN
keturunan Syed. “Abang tak nak Fahmi dapat ayah tiri yang tak
sayang dia.”
“Yang sebenarnya abang tak mahu Kak Alia ada lelaki lain
kan. Abang masih berharap rumah tangga abang yang musnah tu
terbina kembali.”
Menunduk. Memang betul apa yang adiknya tebak. Matanya
jelas melihat kegembiraan terpancar pada wajah Alia. Telinganya
menangkap gelak ketawa bekas isterinya. Ketawa yang sangat dia
rindukan.
“Tak ada yang abang boleh buat untuk kembalikan rumah
tangga abang. Kalaulah abang tak gopoh jatuhkan talak tiga...”
Faezah terhenti. Sebentar tadi dia berjanji tidak akan mengungkit
lagi kisah lama. “Abang dah bagi derita kat Kak Alia. Apa salahnya
dia cari kebahagiaan dari lelaki lain.”
Sementara itu...
“Siapa lelaki tu?” tanya Haziq. Dia perasan seorang lelaki
yang duduk di sofa. Berbual dengan bekas adik ipar Alia. Sekali-
sekala lelaki itu melihatnya dengan tajam.
“Papa Fahim.”
“Ooh... dia nak mintak rujuk ke?”
“Tak boleh rujuk. Kalau boleh, mungkin dah lama kami nikah
balik. I tak bagi tau you ke yang I kena talak 3?”
Haziq menggeleng lalu menjeling Farhan. Hendak kata
bodoh nampak macam lelaki bijak. Tapi memang bodoh pun. Ada
sebab kenapa talak ada tiga tapi perlu disebut talak satu dahulu.
Manalah tahu masih tersedar cinta itu ada selepas bercerai.
Menyesal pun tiada berguna.
44
AEIN DHIYAUDDIN
“You masih cintakan dia?” soalan yang selama ini memang
mahu dia tanyakan. Dia tahu Alia janda. Tapi dia tak tahu kisah
perceraian perempuan itu.
“Dulu ya. I cintakan dia. Sekarang... Nak cakap tak ada
langsung tu tipulah. Tapi cinta kami tak akan pernah bersatu. Kami
tak akan dapat bersama.” Alia menunduk. Dia sudah memaafkan
bekas suaminya itu lama dahulu. Masih ada cinta di hatinya buat
lelaki itu.
“Kalau macam tu apa kata you jadi isteri I.”
Alia mendongak dengan matanya membulat. Haziq serius
atau sekadar membuat jenaka. “Seriuslah. Jangan main-main.”
“I serius Al. Dua tahun hati I kosong selepas kematian isteri
I. Tapi lepas jumpa you, I rasa macam muda balik. I dah jatuh cinta.”
“Kita dah 41 tahun. Jangan buat lawak okey.”
Haziq letakkan pinggan berisi makanan di atas meja. Terus
dia tunduk dan melutut sebelah kaki. Dikeluarkan kotak cincin dari
poketnya.
“I tak main-main Al. I betul-betul nak jadikan you
pendamping I. Will you marry me?” Kotak cincin dibuka dan
disuakan ke arah Alia.
Alia tergamam. Terus pandangannya jatuh ke arah Farhan.
Kelas kelihatan riak kecewa di wajah bekas suaminya. Faezah pula
tersenyum-senyum. Kenapa saat ini Haziq melamar? Beberapa
orang jiran yang sedang berbual menjengukkan muka ke dalam.
“Kak Alia... Cakap yes.” Faezah begitu teruja.
“Mama... say yes.” Fahim muncul dan turut memberi
galakan.
45
AEIN DHIYAUDDIN
Alia serba salah. Kalau dia tolak pasti Haziq malu. Tapi dia
lebih malu kerana lelaki itu melamarnya ala-ala mat salih. “Haziq...
bangunlah.”
“I tak akan bangun selagi you tak cakap yes.”
Lama Alia berfikir. Tiada salahnya dia memulakan rumah
tangga yang baharu bersama Haziq. Farhan sudah menjadi
sejarah. Sebesar mana keinginan dia mahu bersama dengan lelaki
itu, mereka dihalang sesuatu yang bernama talak tiga.
“Okey. I terima lamaran you. I sudi jadi isteri you.” Alia ketap
bibir. Malu dan segan bila Faezah bersorak gembira.
“Uncle Haziq jadi ayah Fahim.” Fahim segera meluru ke
arah Haziq. “Uncle duduk sini dengan mama?”
Haziq mengangguk. Dia tidak dikurniakan zuriat dengan
bekas isterinya. Tubuh kecil Fahim dia peluk.
“Yeay... Fahim ada ayah yang duduk dengan Fahim.”
Mata Alia mula berkaca. Fahim selalu suarakan permintaan
mahukan ayah yang sentiasa ada di sisinya. Memang Farhan ada
dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ayah. Tapi
anaknya perlukan figura seorang ayah di rumah itu.
“Terima kasih Al. I harap you akan bantu I bina rumah
tangga bahagia.” Dia serahkan kotak cincin tadi kepada Alia. Haziq
menjeling Farhan. Mata lelaki itu kelihatan merah.
“Insya-Allah.”
“Fahim teman uncle makan jom. Uncle suap.” Haziq tarik
tangan Fahim ke meja makan. Dia mahu memberi ruang kepada
Alia untuk berbicara dengan Farhan.
46
AEIN DHIYAUDDIN
“Remy. Baru sampai. Faez nak jemput dia kat luar.” Faezah
bangun dan ayun langkah keluar dari rumah.
Alia labuhkan duduk berhadapan dengan Farhan. Dia
perasan mata bekas suaminya merah. Pipi lelaki itu juga basah.
“Memang tak guna dah kan kalau saya menyesal pun.”
Alia mengangguk. Penyesalan Farhan datang sudah
terlewat. Saat sudah jatuh talak tiga barulah dia tahu dia
mengandung.
“Awak pun patut cari bahagia awak.”
Farhan ketawa sambil air matanya laju mengalir. “Macam
mana saya nak bahagia sedangkan saya dah buat awak derita.
Saya tak mampu bahagia sebab rasa bersalah terhadap awak.
Bersalah terhadap anak kita. Kerana kegopohan saya...”
Farhan tidak sembunyikan tangisnya. Dia memang tak
pernah abaikan Fahim. Tapi dia tidak berada sepenuhnya di sisi
sang anak saat membesar. Tiada untuk dodoikan Fahim waktu
malam. Tiada untuk membantu Alia menukar pampers anak mereka
di waktu malam.
“Farhan, dah lebih tujuh tahun. Saya akur kalau jodoh kita
setakat tu. Awak pun kena terima semua ni. Tak ada jalan untuk kita
bersama. Apa yang kita boleh buat, cari kebahagiaan kita sendiri.
Awak tak pernah layan Safiya baik. Sebab tu rumah tangga awak
dengan dia musnah. Awak tak berikan hati awak kat dia. Tapi saya
tak salahkan awak... sebab Safiya...”
“Safiya hasut mak. Saya kahwin dengan dia pun sebab mak.
Saya ceraikan awak pun sebab mak. Saya ego, gopoh semua
sebab mak dan Safiya.” Dia cuba bertahan dengan Safiya. Tapi
rasa cemburu bekas isterinya itu membuat dia rimas. Sanggup
47
AEIN DHIYAUDDIN
Safiya melarang dia bertemu dengan Fahim kerana cemburu.
Akhirnya kerana tidak tahan, dia menceraikan isterinya walaupun
dilarang oleh emak.
“Tapi awak kena ingat, kalau bukan kerana awak yang
terpedaya, semua ni tak akan terjadi. Kita tak akan bercerai. Talak
kat tangan awak. Dia orang cuma batu api.” Ibu mentuanya
memang keras kepala. Sampai sekarang tidak mengakui Fahim
sebagai cucu. Tapi dia tidak kisah. Dia bahagia. Fahim juga bahagia
tanpa nenek.
Makin melebat tangisan Farhan. Langsung tiada segan silu.
Sejauh mana dia cuba menyalahkan emaknya dan Safiya, dia
adalah pesalah paling besar. Dia yang terhasut dengan kata-kata
emaknya. Dia yang menjatuhkan talak!
“Kita tak boleh putar balik masa. Menangis. Menyesal pun
tak guna. Apa yang kita boleh buat, kita teruskan kehidupan. Awak
carilah cinta yang baru. Lepaskan saya, lepaskan kenangan kita.
Allah dah hadirkan seseorang untuk saya.” Alia menoleh ke arah
Haziq yang sedang menyuap Farhan di meja makan. Terukir
senyum di bibirnya. Memang dia rahsiakan Haziq dari Farhan. Dia
mahu memastikan yang dirinya benar-benar boleh menerima lelaki
itu. Tidak sangka hari ini kedua-dua lelaki itu ditemukan.
“Fahim anak awak. Awak berhak datang jenguk dia bila-bila
awak nak.”
“Maafkan saya Alia. Sebab dah pernah buat awak derita.
Saya doakan kebahagiaan awak.”
48
AEIN DHIYAUDDIN
“TERIMA KASIH sudi terima I jadi suami. Lepas ni I nak panggil you
sayang. Boleh tak?”
Alia mengangguk dan tersenyum malu. Sebentar tadi,
dengan sekali lafaz dia sudah sah menjadi isteri Haziq Amsyar.
Selepas ini majlis kenduri kesyukuran akan diadakan di rumahnya.
Dia bersama Alia melangkah keluar dari masjid. Jarak rumah Alia
dengan masjid dekat sahaja. Tak sampai beberapa minit.
“I kena panggil you apa?” tanya Alia.
“Panggil abang... atau bie... atau dear. Mana-mana yang
sayang selesa.”
Sekali lagi Alia tersenyum malu. Selepas lebih enam tahun,
dia menerima kehadiran seorang lelaki bergelar suami. Dia mahu
kembali bergelar isteri dan dicintai oleh seorang suami. Sebab itu
dia nekad menerima Haziq.
“Tahniah Alia.” Farhan muncul bersama Fahim. “Dia tak
sabar-sabar nak jumpa mama dengan ayah katanya. Tak nak ikut
balik rumah.”
“Terima kasih.” Haziq memeluk rapat pinggang isterinya.
“Mama... Fahim lapar. Fahim nak makan dengan mama.”
Fahim memeluk pinggang mamanya.
“Lah... lapar rupanya. Papa pun boleh suap makan.” Farhan
tergelak dengan gelagat anaknya.
“Nak makan mama suap. Nanti kita pergi holiday seminggu
tak dapat jumpa mama.” Fahim mengetatkan pelukannya.
“Sayang... you pergilah ikut Fahim. Kesian dia.”
“You?”
49
AEIN DHIYAUDDIN
“Takpe... you ikut dia.”
“Okey.”
Farhan hanya memerhatikan Fahim menarik tangan Alia lalu
pergi. Tinggal dia bersama Haziq. Selama ini dia tidak pernah
bertegur sapa dengan lelaki itu walaupun sudah beberapa kali
bersua. Dia berjalan dengan penuh rasa kekok di samping suami
baru bekas isterinya. Takkan dia hendak tinggalkan pula. Mana tahu
ada mata yang memandang.
“Terima kasih sebab ceraikan Alia.”
Farhan menoleh. Ketawa besar dia mendengar kata-kata
Haziq. Betul ikhlas terima kasih atau perli dia.
“Aku bodoh sebab ceraikan perempuan sebaik dia.” Farhan
berhenti ketawa.
“Tiada manusia yang tidak lepas dari ujian. Mungkin ini ujian
untuk engkau. Ujian untuk aku lain pulak nanti. Kita pun tak tau.”
Farhan mengangguk. Sejauh mana dia pujuk hati untuk
menerima semuanya. Dia gagal. Tetap juga dia diburu rasa
bersalah kerana menceraikan Alia dengan talak 3.
“Terima kasih sebab tolong jagakan Fahim untuk seminggu
ni. Dapat aku bawak Alia pergi honeymoon.”
Farhan hanya tersenyum. Dapat dia rasakan keikhlasan
Haziq mencintai Alia. Patutlah bekas isterinya menerima lamaran
lelaki itu. Sebelum ini bukan tiada lelaki melamar Alia. Ramai. Tapi
semuanya ditolak oleh Alia.
“Tolong jaga dia baik-baik. Tolong ubati hati dia yang aku
dah lukakan,” pinta Farhan. Mungkin ini yang terbaik dia lakukan
untuk Alia. Jika ditakdirkan bahagia Alia bukan dengannya dia akur.
50