The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SILA BUAT PAYMENT RM 5 UNTUK MEMBACA EBOOK INI. HASIL JUALAN EBOOK INI SEPENUHNYA UNTUK JUALAN AMAL.

HAK CIPTA : MIA AZWARI, RINSYA CHASIANI, AEIN DHIYAUDDIN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by blogenovelrnrr, 2021-08-26 04:15:38

KEHADAPAN DIA

SILA BUAT PAYMENT RM 5 UNTUK MEMBACA EBOOK INI. HASIL JUALAN EBOOK INI SEPENUHNYA UNTUK JUALAN AMAL.

HAK CIPTA : MIA AZWARI, RINSYA CHASIANI, AEIN DHIYAUDDIN

Keywords: EBOOK AMAL

AEIN DHIYAUDDIN
“Insya-Allah. Aku akan bahagiakan dia. Jangan risau.”
Farhan tersenyum pahit. Sesal yang terlewat akan sentiasa
menyeksanya sehingga ke akhir hayat. Tak akan pernah dapat dia
lari dari kebodohannya itu. Dia berjanji pada dirinya sendiri tidak
akan mengganggu Alia dan Haziq. Melepaskan Alia kepada lelaki
lain adalah hukuman untuk kebodohannya.
Maafkan saya Alia. Saya doakan awak dengan Haziq
bahagia sehingga ke jannah.

51



RINSYA CHASIANI

12 Feb 2020

New book. New diary...

Tapi siapa je lah yang masih tulis diari sampai zaman ni.

Sebagai pengenalan, aku Nurain... Nama pun dah terlalu biasa
didengar. Dulu di sekolah, ada 15 orang bernama Nurain, Nur Aini,
Noor Ain, Nur Ainul, Ain Mardhiyah... Dan macam-macam lagi jenis
Ain.

Dan begitu juga kehidupanku. Terlalu biasa.

Tahun ni umurku dah 35 tahun.

Mungkin sebab terlalu biasa, aku masih belum berkahwin apatah
lagi ada anak.

Bohonglah tiada siapa yang memarahiku kerana lambat bertemu
jodoh. Anak Mak Teh yang baru umur 19 tahun tu pun baru aje
berkahwin, jadi aku ni kira bahan jenaka sanak saudara setiap kali
bersua muka. Masing-masing perli, Ain bila nak kahwin? Tak
kahwin lagi ke? Ain nanti tak ada anak tau. Jangan memilih sangat
Ain.... Ain, nanti kalau umur 40 kahwin, payah nak beranak. Dan
macam-macam jenis sindiran dan perlian lain yang aku hadam
sejak 10 tahun kebelakangan ni.

Oleh sebab tu juga mak aku bersungguh-sungguh mencarikanku
jodoh. Tapi mungkin sebab aku terlalu biasa, jodoh pun tak nak kat
aku. It's okay. I can still manage myself gitu. Tak pe lah kalau tak
ada yang nak. Aku masih nakkan diriku. Yelah, aku ni kira penulis
novel berjaya.

Hmmm... Sebab aku penulis novellah kut aku suka menulis diari.

RINSYA CHASIANI
Oh ya, hari ni aku berjaya menulis 15 ribu patah perkataan
bersamaan dengan 45 muka surat. Boleh bayang tak berapa
banyak masaku terbuang dengan menulis.
Aku belum cerita bila aku jumpa kawan-kawan lama, benda yang
jadi topik perbualan, Ain belum kerja ke? Yelah, aku seorang aje
yang tak ada kerja tetap, dan tak ada suami serta anak.
Pasal menulis novel orang tak nampak sebagai pekerjaan. Orang
nampak macam aku ni jobless dan homeless. Aku masih tinggal
dengan mak bapak.
Aku selesa dah macam ni...

54

RINSYA CHASIANI

28 Feb 2020

Kebelakangan ni, aku tengok kawan-kawan penulis lain terbit eBook
sebab kilang printing ditutup. Masing-masing nak cari duit poket nak
bayar macam-macam. Dan aku try lah juga terbit eBook sebab nak
bayar rumah lagi, nak bantu parents lagi...

Jadi semalam aku release ebook kat social media. Dalam masa
sehari aje aku boleh dapat RM 2000 plus plus. Aku dah bersyukur
sangat. Dapat bayar rumah tiga bulan yang aku beli dua tahun lepas
jadi tak perlu nak pening kepala fikir macam mana nak bayar duit
rumah untuk tiga bulan ni. Yelah, orang macam aku ni mana ada
gaji tetap. Kotlah tiba-tiba tak ada yang beli bila aku keluar eBook
akan datang, atau royalti tergantung sepi atas alasan kedai buku
tutup, mana aku nak korek duit bayar bulanan rumah tu?

Kemudian ada lebih sikit, aku beli barang-barang dapur dan belanja
family makan KFC. Alhamdulillah.

Mak kata, dapat royalti ke Ain?

Aku tak berminat nak beritahu mak pasal royalti aku tergantung
sepi. Huhu.

Dan bapak tiba-tiba cakap, "Jangan mewah sangat. Simpan duit tu
untuk kahwin."

Aku pelik bila bapak cakap macam tu.

"Bapak dah dapat cari bakal menantunya tu."

Bila mak buka mulut, aku dah mula resah. Aku ni bukan apa, takut
juga nak kahwin sebenarnya. Orang kata, umur 35 tahun, bila dah
lama sangat single, akan jadi selesa untuk hidup seorang diri. Yelah

55

RINSYA CHASIANI
selama ni aku hidup tanpa tekanan sangat. Hari-hari duduk kat
rumah. Masaku habis di depan komputer riba aje.
Tapi oleh sebab aku nampak mak dan bapak sama-sama confident
dengan bakal menantu mereka tu, aku tanyalah serba sedikit siapa
gerangan yang sudi berkahwin dengan aku. Kalau buruk sangat
rupa, aku pun tak nak.
"Minggu depan Ain jumpa dia. Dia duda anak satu..."
Alamak... Tak sedap pula aku dengar pasal status lelaki tu. Bapak
kahwinkan aku dengan duda!
Macam desperate sangat dah aku ni. Kalau sanak saudara aku tau,
apalah pandangan mereka kat aku, kan?
Muka aku masam seharian.

56

RINSYA CHASIANI

15 Mac 2020

Hai diari...

Baiklah, aku nak beritahu kat sini bagi pengetahuan Cik D aka cik
diari beta. Haha. Kau perasan ke yang aku agak terlebih gembira
hari ni, Cik D?

Ceritanya, manuskrip aku dah approve untuk penerbitan. Lulus
dengan cemerlang kat syarikat impianku, GreenHouse Publication.
Aku mengidam GHP ni dekat 10 tahun juga. Tapi susah sikit nak
tembus sebab penilaian publication house ni agak ketat. Mungkin
stok manuskrip dia orang dah habis sebab tu terpaksa approve
manuskrip poyo aku tu. Haha!

Selesai pasal GHP...

Dan tahu tak kenapa aku tak tulis diari sepanjang beberapa minggu
ke belakangan ni? Sebab aku sibuk menyiapkan manuskrip baru
untuk penerbitan tahun depan. Dan aku tak keluar rumah pun sebab
pandemik yang menyerang negara. Siap kena duduk rumah dan tak
boleh pergi mana-mana, kalau tak kena halau dek polis dan
petugas-petugas yang dilantik untuk menghalau kami dari tempat-
tempat tumpuan orang ramai. Bayangkan nak keluar ke pasar pun
kena wakilkan ketua rumah.

Jadi aku ni kira kebosanan nak buka iPad taip diari pun malas gila.
Dan ada cerita sikit pasal hujung minggu lepas, aku dah jumpa
dengan bakal suami aku tu. Tak tahulah nanti jadi ke tak tapi yang
penting dia dah datang ke rumah dan kami dah bertembung mata.

First impression?

Macam mana nak cakap eh?

57

RINSYA CHASIANI

Taklah aku rasa dia buruk. Yelah, duda. Barang terpakai kot. Ya ke
barang terpakai? Oleh sebab kau ni diari aku, suka hati akulah nak
taip apa walaupun aku rasa jahat juga ayat aku ni kan.

Umur pak cik tu 41 tahun. 6 tahun lebih kurang tua dari aku. Aku ni
perasan muda belia sebab tu aku panggil dia pak cik.

Duda dan ada anak. Anak dia 10 tahun. Anak dia aku tak kenallah
sebab bini lama dia yang jaga.

Nama pak cik tu Fariqh. Jadi aku tak tahu nak panggil dia Far ke
Riqh ke Fariqh ke sebab lidah aku lagi selesa sebut nama dia Parik.

Dan mesti nak tahu kan muka si Parik ni macam mana?

Muka dia macam Arjun Rampal.

Hahaha!

Aku tipu ajelah!

Mimpi disiang hari nak berjodoh dengan muka ala-ala Arjun
Rampal.

Dia biasa aje. Tak nampak tua, dan tak nampak muda. Wajah dia
matang. Yelah dah umur 41 kalau tak matang memang pelik, kan?

Aku dah ingat-ingat lupa muka dia macam mana sebab aku tak
tengok betul-betul. Pandang sekali aje lepas tu aku buat kerja lain.
Pandang tv lah. Main telefon pintarlah. Lepas tu aku masuk ke bilik
dan biarkan dia melepak dengan bapak.

Aku risau juga sebenarnya.

Dia kan duda. Sat gi kalau ada sikap panas baran ke? Kenapa dia
bercerai eh? Aku tak tau nak tanya siapa sebab mak dan bapak aku
pun tak tahu.

58

RINSYA CHASIANI

29 Mac 2020

Hari ni aku buka Cik D lagi. Hai Cik D. Masih hidup ke dah mati?

Eh kejam betul aku ni.

Oleh sebab PKP dah nak habis, tiba-tiba aje bapak kata Parik nak
ajak aku nikah dalam tempoh 2 minggu. Nikah tak payah besar-
besar sebab tak digalakkan lagi untuk menikah panggil jiran
tetangga atau sanak saudara.

Masalah besarnya, aku ni anak dara. Anak dara kena buat
persiapanlah nak kahwin pun kan. Tak bolehlah main hentam aje
macam ni. Apa dia ingat sebab aku ni anak dara lanjut usia, dia
boleh buat main-main aje ke?

Parah betul rasanya.

Tapi bila mak dan bapak sound beritahu keadaan sekarang dah
banyak berubah, tak kira kahwin umur tua ke umur muda semua
buat ala kadar aje kalau tak nak kena kompaun atau kena saman,
aku terus reda.

"Untung dah Ain, ada yang nak kahwin dengan Ain. Nanti Fariqh tak
jadi kahwin, Ain nak ke membujang sampai ke tua?" Ayat bapak
yang aku ingat jelas dalam kepala. Aku pun sentaplah juga sampai
sekarang apabila teringat kata-kata bapak.

Oleh kerana umur aku yang dah tua ni, aku langsung tak boleh
demand. Aku rasa yang takut aku tak jadi kahwin bukannya aku,
tapi mak dan bapak.

Aku bukan memilih atau cerewet tapi risau juga. Jumpa baru sekali,
tak sempat lagi nak kenal hati budi. Tiba-tiba pula aku bayangkan

59

RINSYA CHASIANI
diriku didera lepas nikah. Aduh... Nampak tak kenapa aku jadi
penulis novel? Sebab imaginasi aku ni melampau-lampau.

60

RINSYA CHASIANI

18 April 2020

Tahun lepas kalau tak salah, aku terkejut kawan aku kahwin tak
sampai dua minggu kenal calon suaminya. Dia bukan kahwin aturan
keluarga tau. Tapi mungkin kawan aku ni nak kahwin cepat, jadi dia
macam, kau nak kahwin tak... haah aku nak kahwin. Kalau macam
tu ajomlah kita kahwin.

Masa aku dengar cerita member tu, aku dah tak boleh brain.

Tapi alih-alih kena kat aku juga. Cuma cerita aku ni sebab parents
yang beria-ia. Aku tak pastilah Fariqh tu nakkan aku ke tak.

Semalam aku dah nikah dengan dia. Alhamdulillah. Kena bersyukur
juga walaupun benda berlaku secara mengejut.

Dan lepas nikah tu, aku nervous juga kot-kot dia angkut aku terus
masuk ke rumah dia ke... Tapi Fariqh bagi aku tinggal dengan family
buat sementara waktu sebab rumah dia tengah renovation.

Aku bersyukur sangat bila dengar Fariqh cakap macam tu. So
malam pertama dah selamat. Malam kedua, malam ni lah. Aku
harap sangat Fariqh tak muncul tiba-tiba. Sebab Fariqh juga aku
kena anxiety attack. Punyalah takut nak ngadap suami sendiri. Aku
paling fobia apabila mendengar bunyi kereta masuk ke perkarangan
rumah.

Fariqh pun bukan reti mesej aku ke bertanya khabar ke. Senyap
sunyi aje mamat tu. Aku agak dia memang tak ada hati nak kahwin
dengan perempuan selekeh macam aku kot.

Eh, bagus juga macam tu. Jadi aku ada masa untuk diri sendiri.
Kalau dia tak nak jenguk aku sampai setahun lagi baik...

61

RINSYA CHASIANI
Apa-apapun, aku tak sangka pula aku tulis pasal lelaki dalam diari.
Selalu aku merapu pasal benda-benda berkaitan penulisan aje.

62

RINSYA CHASIANI

6 April 2020

Semalam, Fariqh muncul ke rumah. Dia kata renovation rumah dia
dah siap, dan dia nak ambil aku untuk menetap di rumah dia.
Punyalah aku buat muka sedih apabila kena suruh mengemas.
Fariqh tu selamba aje heret beg aku masuk dalam boot kereta.

Rumah dia tak jauh pun, dalam sejam drive aje. Mujurlah pandemik
dalam negara dah berkurang, jadi tak adalah kena sekatan jalan
raya.

Sampai di rumah Fariqh, aku ingatkan dia miskin tau. Tapi terkejut
badak sumbu aku tengok rumah dia sampai tiga tingkat. What the...

"I tinggal sorang." Dia cakap macam tu kat aku. Mungkin dia
nampak aku jakun sangat nak masuk rumah dia. Mata aku ni dah
macam pencuri masuk dalam rumah. Melingas ke sana ke mari
dengan muka confuse dan berbelah bahagi.

Manalah aku tahu yang aku kahwin dengan orang kaya. Dia bawa
aku masuk ke bilik dia tau. Dia cakap susunlah barang-barang aku
kat almari atau kat mana-mana yang aku suka. Dah bilik tu besar,
aku terus jem. Duduk terpinga-pinga depan almari baju dan bagasi.
Fariqh hilang dua tiga jam sebelum muncul membawa nasi.

Hari tu aku tak nampak jelas sangat muka dia. Bila berdua-dua
begini, barulah aku berani pandang Fariqh lama-lama. Dia biasa
aje. Tak da jerawat. Tapi taklah flawless macam hero drama Korea
kegilaan aku. Gigi dia teratur. Aku ni kalau jumpa orang memang
tengok kat gigi dulu. Kalau lelaki gigi berkerak-kerak, gusi hitam,
aku tahulah mereka perokok tegar. Tapi Fariqh macam bukan
perokok kot. Ni tekaan awal ajelah. Dan kening dia tak tebal tak
tipis. Janji ada kening lagi. Hidung dia tak mancung, tak pula pesek.
Aku rasa Fariqh ni sesuai dengan gelaran mamat paling biasa.

63

RINSYA CHASIANI

Macam aku jugalah. Tak cantik, tak comel, tapi tak buruk. Sesuai
sangat kami berdua.
Cuma, dalam pada dia nampak biasa, auranya tu agak luar biasa.
Dia memang matang gais. Aku tak tahu nak describe macam mana.
Tapi so gentleman. Sampai air minum pun dia tuang untuk aku.
Dia jelaskanlah dia ambil aku sebab bapak dah sound kalau dia tak
nak ambil aku, dia nak kahwinkan aku dengan orang lain. Mengarut
gila bapak aku. Kalau aku lelaki, logik akal boleh kahwin dua. Aku
gelak bila Fariqh cerita.
"I selalu sibuk, Ain. Nanti you akan jarang tengok I." Dia cakap
macam tu kat aku.
Aku pun sibuklah nak tahu dia kerja apa. Dan bila aku dengar dia
kerja Petronas, aku dah boleh relate kenapa dia boleh ada rumah
ni. Cuma yang aku tak boleh relate, kenapa dia bercerai dengan ex
dia?
Fariqh ni saham tinggi. Ke sebab ex dia dulu jumpa lelaki yang lebih
bersaham tinggi berbanding Fariqh.
Aku nak sangat tahu apa sebenarnya terjadi tapi tak berani
bertanya.

64

RINSYA CHASIANI

15 Mei 2020

Hai Cik D.

Sekarang ni dah pukul 11.45 malam.

Hari ni aku dapat aku mengandung. Aku beritahu Fariqh,
alhamdulillah dia seronok sangat. Aku usiklah dia, macam first time
dapat anak pula gaya you ni.

And then dia senyum lebar dan cakap, ya, anak kandung pertama
I.

Aku tanya yang dulu dengan isteri first tu bukan anak kandung dia
ke?

Barulah dia buka cerita sebenar.

Dia kata 10 tahun lepas, dia kahwin dengan seorang janda anak
satu. Itu pun family yang galakkan mereka kahwin sebab janda tu
sepupu dia. Tapi mereka kahwin semalam aje. Lepas semalam,
wife dia lari dari rumah. Dia pun awalnya blur. Lepas tu ex husband
isteri dia tu datang rumah minta dia ceraikan sebab mereka nak
bersama semula.

Fariqh kata, mula-mula dia keliru dan tak nak. Tapi lepas dapat
mesej dari ex wife dia pasal sebenarnya memang dia kahwin
dengan Fariqh sebab nak balik ke suami lama, fahamlah Fariqh
yang dia sebenarnya dijadikan kambing hitam atau dengan kata
lain, cina buta.

Aku terkejut gila tau.

Sebab selalunya cerita ni aku dengar tapi tak pernah jumpa kat
mana-mana. Tapi kali ni berlaku dengan orang terdekat aku sendiri.

65

RINSYA CHASIANI

Fariqh kata sebab tu lama juga dia nak move on. Bukan dia tak
dapat lupakan ex-wife, tapi perasaan kena khianati tu yang melekat
dekat hati.

Sebenarnya dia memang pasang niat tak mahu kahwin lagi sebab
dia rasa fobia dengan perempuan. Yelah ex-wife dia dulu muka
innocent. Tiba-tiba buat perkara kejam macam tu.

Dia kahwin dengan aku pun atas pujukan kawan-kawan dia. Dan
salah seorang kawan dia tu pak su aku. Pak su aku pun kerja
dengan dia juga. Pak su aku cakap, kalau kahwin dengan aku
confirm selamat sebab aku ni muka garang tapi sebenarnya polos.
Dan pak su akulah cerita yang aku duduk kat rumah 24 jam, jarang
lepak dengan kawan. Jadi Fariqh setuju nak jumpa dengan aku.
Dan bila jumpa tu, Fariqh tak yakin lagi. Tapi family dia dah dapat
tahu pasal aku dan desak dia untuk kahwin cepat-cepat. Sebab tu
lah dia kahwin dengan aku.

Aku cakap kat Fariqh, "You jodoh I tapi you datang lambat sebab
fobia you tu, kalau tak mesti I dah kahwin lebih awal dan tak
diperlekehkan orang sekeliling sebab terlalu lama hidup single."

Dia gelak bila aku cakap macam tu.

Fariqh kata, dia masih baik lagi dengan anak ex-wife dia. Selalu
juga jumpa masa hari raya sebab mereka bukan orang asing pun.
Ex-wife dia janda balik selepas tiga tahun nikah dengan ex-husband
pertamanya. Tak kahwin-kahwin sampai sekarang. Agaknya serik
dah kot.

At least aku tahu Fariqh bercerai bukan berpunca daripada dirinya
sendiri.

66

RINSYA CHASIANI

10 Jun 2020

Diari, aku dah siapkan menulis satu manuskrip. Alhamdulillah!

Aku tak sangka tahun ni sangat produktif. Walaupun dah kahwin,
tapi kelancaran aku menulis masih macam dulu.

Mungkin juga sebab Fariqh selalu chipsmore dari rumah, jadi masa
aku banyak terluang di depan komputer.

Publisher baru aje contact aku tadi. Katanya bulan depan aku kena
bersalin buku baru. Benda dah biasa sebab aku dah keluar banyak
buku tapi perasaan excited tu masih lagi tak berkurang dari dulu
sampai sekarang.

Tinggal nak bersalin anak sebenar pula. Alahai, macam tak sangka
aku ada zuriat sendiri. Sebab banyak kali juga terlintas dalam
kepala yang aku tak akan kahwin sampai bila-bila.

Tapikan, aku tak sangka ALLAH bagi aku rezeki yang tak disangka-
sangka. Aku fikir hidup aku bakal susah dalam dua tiga tahun akan
datang sebab industri kreatif ni bukanlah stabil macam kerja
kerajaan. Aku bimbang satu hari nanti tak ada orang yang nak beli
hasil tulisan aku, nanti aku nak makan macam mana?

Tak sangka pula sekarang ni aku dah boleh dikira stabil. Tak
menulis pun aku ada suami yang boleh menanggung hidup aku.

Dan pasal kahwin pun, aku ingatkan aku kahwin dengan duda yang
selekeh. Tapi tak sangka Fariqh tu boleh tahan juga sebab sebelum
kahwin dia tak pernah cerita latar belakang dia.

Semuanya berlaku dalam sekelip mata.

67

RINSYA CHASIANI
Dulu aku selalu dijadikan bahan jenaka sanak saudara termasuk
sepupu-sepupuku yang jauh lebih muda, tapi berkat kesabaran aku,
cewah! Akhirnya Allah bagi apa yang aku nak selepas 35 tahun
hidup di dunia. Termasuk anak dalam kandungan aku sekarang ni.
Aku anggap rezeki ni pun dugaan juga. Allah amanahkan aku untuk
jaga dengan baik.
Eh, tu ajelah aku nak cerita, pasal novel baru aku nak keluar! Makin
panjang pula aku menulis.
Next time jumpa lagi Cik D!

Tamat

68


Click to View FlipBook Version