Tahun 2019 mencatatkan bilangan penerimaan sampel enterik virus yang tertinggi jika dibandingkan dengan tahun yang lain iaitu sebanyak 240 sampel. Jumlah positif enterik virus bagi tahun 2019 adalah yang tertinggi iaitu 101 kes positif. Namun demikian, penurunan bilangan penerimaan sampel berlaku pada tahun 2020 dan 2021 selari dengan penurunan jumlah positif enterik virus bagi kedua-dua tahun tersebut. Peningkatan semula penerimaan sampel sebanyak 47.2% (125) dapat dilihat seiring dengan peningkatan jumlah positif enterik virus sebanyak 89.7% (70) pada tahun 2022. Rajah 10 : Bilangan sampel positif mengikut jenis dari tahun 2019 - 2022 Berdasarkan analisa seperti dalam Rajah 10, keputusan sampel positif dari tahun 2019- 2022 kebanyakannya adalah daripada kumpulan norovirus Genotype I & II (GI/GII) dan rotavirus diikuti oleh adenovirus, astrovirus dan sapovirus. Bilangan sampel yang positif adalah sedikit pada tahun 2020 dan 2021 iaitu pada masa pandemik COVID-19. 35 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Chikungunya Rajah 11 : Penerimaan sampel dan keputusan positif bagi ujian PCR chikungunya virus bagi tahun 2019 – 2022 Tahun 2021 menunjukkan bilangan sampel PCR chikungunya virus yang diterima sebanyak 112, manakala terdapat penurunan sebanyak 32.5% (55) bagi tahun 2022. Berdasarkan gambar Rajah 11, penurunan bilangan sampel positif yang mendadak bagi tahun 2021 dan 2022 seiring dengan penurunan bilangan penerimaan sampel PCR chikungunya virus. 36 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Viral Encephalitis (AES) Rajah 12 : Penerimaan sampel virus AES dan peratusan positif bagi tahun 2019 – 2022 Berdasarkan gambar Rajah 12, terdapat trend peningkatan sampel yang diterima pada setiap tahun bermula dari 2019 (279) sehingga tahun 2022 (539) dengan peningkatan sebanyak 31.78% sejak 2019. Tahun 2022 telah mencatatkan bilangan sampel bagi pengujian virus AES paling banyak diterima iaitu sebanyak 539 sampel. Sampel positif bagi pengujian virus AES mencatatkan jumlah paling tinggi pada tahun 2019 (130 kes). trend penurunan sampel positif boleh dilihat bermula dari tahun 2019 (130 kes) sehingga tahun 2021 (37 kes) dengan mencatatkan penurunan sebanyak 55.69%. Pada tahun 2022, didapati terdapat peningkatan kes positif sebanyak 37.3% di mana terdapat 37 kes pada 2021 dan meningkat kepada 81 kes positif pada tahun 2022. 37 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Bil. Penganjur EQA Program Pencapaian 2019 2020 2021 2022 1 Institute for Medical Research (IMR), Kuala Lumpur Molecular Detection Influenza virus and MERSCoV’ 100% 100% 100% 100% 2 RCPAQAP, Australia Molecular Flavivirus / Alphavirus 100% 100% 91.5% 83% Molecular Coronavirus SARSCoV-2 N/A N/A N/A 100% 3 World Health Organization (WHO) 2020 WHO International PTP for the Detection of SARSCoV-2 by PCR N/A 100% 100% 100% PROGRAM EXTERNAL QUALITY ASSURANCE (EQA) Unit Molekular Biologi turut mengambil bahagian di dalam Program EQA yang dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Royal College of Pathologists of Australasia Quality Assurance Programs (RCPA QAP) Australia bagi ‘Molecular Detection of Influenza virus and MERS-CoV’ dan Molecular Flavivirus/ Alphavirus dan program EQA di bawah anjuran World Health Organization (WHO) bermula tahun 2020. Pada tahun 2022 pula, Unit Molekular Biologi telah menambah satu lagi program di bawah RCPA QAP Australia iaitu program Molecular Coronavirus SARS-CoV-2. Secara keseluruhannya, Unit Molekular Biologi telah berjaya mencapai sasaran bagi setiap program EQA yang terlibat. *Penanda aras pencapaian EQA >80% Jadual 8: Pencapaian EQA di Unit Molekular Biologi bagi tahun 2019 - 2022 38 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
UNIT SEROLOGI / VIROLOGI Unit Serologi/Virologi menawarkan perkhidmatan ujian makmal bagi menyokong program dan aktiviti-aktiviti kesihatan awam seperti wabak, survelan dan diagnostik. Perkhidmatan utama yang ditawarkan di unit ini ialah ujian antibodi Measles IgM dan ujian antibodi Rubella IgM di bawah Program Eliminasi Measles dan Rubella Kebangsaan, serta menjadi transit ke MKAK bagi ujian Measles Virus Culture dan PCR. Terdahulu, unit ini juga menawarkan pengujian GeneXpert HIV Viral Load (HIV VL) mulai April 2020 dan HCV Viral Load (HCV VL) bermula September 2020. Walau bagaimana pun, ujian ini terpaksa dihentikan mulai Julai 2022 setelah kontrak sementara tamat. Terdapat juga ujian saringan darah bagi memantau jangkitan virus bawaan iaitu human immunodeficiency virus (HIV), hepatitis B virus (HBV), hepatitis C virus (HCV) dan sifilis di MKA Ipoh sehingga hujung tahun 2020. Tetapi bermula Januari 2021, ujian saringan darah ini telah dipusatkan dan diteruskan di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Secara keseluruhan, ujian makmal yang ditawarkan adalah seperti berikut; i. Ujian antibodi Measles IgM dan Rubella IgM ii. Ujian GeneXpert Viral load (kontrak sementara telah tamat) HIV Viral Load, HCV Viral Load (sehingga Julai 2022) iii. *Ujian Saringan Darah : HIV Antigen / Antibody Combo HIV 1 & HIV 2 (HIV–1/2 Ag/Ab Combo), Hepatitis B surface antigen (HbsAg), Hepatitis B surface antibody (Anti-HBs), Hepatitis C antibody (Anti-HCV), Ujian sifilis - rapid plasma reagin (RPR) iv. *Ujian Supplement dan Confirmatory bagi ujian Saringan Darah : Treponema Pallidum Particle agglutination test (TPPA) untuk RPR dan Particle Agglutination (PA) untuk ujian HIV–1/2 Ag/Ab Combo * Pekhidmatan ini dilaksanakan sehingga 2020. Mulai Jan 2021, ujian-ujian saringan darah ini telah dipusatkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. Sampel-sampel yang diterima adalah dari hospital, klinik kesihatan dan pejabat kesihatan daerah di negeri-negeri Zon Utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Selain itu, Unit Serologi/Virologi telah menyertai program kawalan kualiti luaran (EQA) bagi memastikan kualiti perkhidmatan ujian makmal sentiasa dipercayai dan jitu. Makmal Kesihatan Awam Ipoh 3| 19 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
PENCAPAIAN Penerimaan Sampel Tahunan Jumlah penerimaan sampel pada tahun 2019 ialah 4256 dengan beban kerja sebanyak 22 128, manakala penerimaan sampel pada 2020 ialah 4228 dengan beban kerja sebanyak 13,510. Jumlah sampel yang diterima pada 2021 mencatatkan penurunan mendadak ekoran pemberhentian ujian saringan darah HIV dan Hepatitis. Carta dalam Rajah 13 menunjukkan perbandingan jumlah penerimaan sampel dari tahun 2019 hingga 2022 di Unit Serologi/Virologi. trend penerimaan sampel menunjukkan penurunan penerimaan sampel dari tahun ke tahun dari 2019 hingga tahun 2020 tetapi semakin ketara pada 2021 berbanding 2020. Ini adalah kerana pemberhentian ujian pengesanan antigen virus respiratori mulai bulan April 2020 dan pemberhentian ujian saringan darah yang banyak mempengaruhi jumlah beban kerja. Rajah 13 : Perbandingan jumlah sampel tahunan dengan beban kerja, 2019-2022 di Unit Serologi / Virologi 40 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Penerimaan Sampel Measles IgM dan Rubella IgM Bermula 1 Januari 2020, ujian Measles IgM dan Rubella IgM telah mula ditawarkan bagi memenuhi keperluan rancangan survelan kebangsaan bagi Program Eliminasi Measles dan Rubella Kebangsaan. Dari Rajah 14, jumlah penerimaan sampel pada tahun 2020 adalah 575 bagi kedua-dua ujian dan mengalami sedikit penurunan pada 2021 kepada 284 bagi Measles IgM dan 279 bagi Rubella IgM. Penurunan ini dikenalpasti berpunca dari pandemik COVID-19 di mana kawalan pergerakan banyak dilakukan sekaligus mengekang jangkitan. Jumlah sampel kembali meningkat pada 2022 dengan jumlah sampel sebanyak 597 bagi Measles IgM dan 590 bagi Rubella IgM. Arah aliran yang sama juga dapat dilihat pada jumlah sampel positif Measles IgM dan Rubella IgM dengan masing-masing mencatatkan sebanyak 42 (7.30%) dan 38 (6.61%) bagi 2020, 20 (7.04%) dan 31 (11.11%) bagi 2021 manakala 63 (10.55%) dan 48 (8.14%) sampel bagi 2022. Rajah 14 : Penerimaan sampel dan kadar peratusan sampel positif bagi ujian Measles IgM dan Rubella IgM 41 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Penerimaan Sampel Ujian Saringan Darah Rajah 15 : Penerimaan sampel dan keputusan positif saringan darah antara tahun 2018-2020 Merujuk kepada Rajah 15, terdapat pertambahan penerimaan bilangan sampel pada tahun 2019 iaitu sebanyak 947 (19.39%) berbanding tahun 2018. Manakala bagi tahun 2020, penurunan jumlah penerimaan sampel pada tahun tersebut dicatatkan sebanyak 410 (7.03%) berbanding tahun 2019. Penurunan jumlah sampel ini melibatkan ujian HIV–1/2 Ag/Ab Combo, HbsAg dan Anti-HCV di mana masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 137 sampel (10.63%), 173 sampel (9.06%) dan 269 sampel (15.82%). Walaupun terdapat pertambahan jumlah sampel diterima pada 2019, tetapi terdapat pengurangan jumlah sampel positif bagi HbsAg dan Anti-HBs iaitu masing-masing sebanyak 5 sampel (8.62%) dan 30 sampel (8.15%). Manakala sampel positif bagi ujian HIV–1/2 Ag/Ab Combo, Anti-HCV dan RPR semakin bertambah pada tahun 2019 selari dengan pertambahan bilangan sampel iaitu sebanyak 12 sampel (16.44%), 73 (48.34%) dan 40 (55.56%) berbanding tahun 2018. 42 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Bagi jumlah sampel positif tahun 2020 pula, ujian HIV–1/2 Ag/Ab Combo, HbsAg, Anti-HBs dan RPR mencatatkan peningkatan jumlah iaitu masing-masing sebanyak 13 sampel (15.29), 17 sampel (32.08%), 98 sampel (28.99%) dan 28 sampel (38.89%). Hanya ujian Anti-HCV yang menunjukkan penurunan jumlah sampel positif berbanding 2019 iaitu sebanyak 52 sampel (23.21%). Penerimaan Ujian HIV Viral Load dan HCV Viral Load Ujian HIV Viral Load dan HCV Viral Load yang ditawarkan mulai tahun 2020 April (HIV) dan September (HCV) masing-masing mencatatkan jumlah sampel sebanyak 164 dan 98 sampel. Jumlah penerimaan sampel dilihat meningkat pada 2021 dengan HIV sebanyak 479 manakala HCV sebanyak 378. Sampel HIV terus meningkat pada 2022 iaitu sebanyak 533 sampel manakala sampel HCV berkurangan ekoran pemberhentian ujian pada Julai 2022. Rajah 16 : Jumlah penerimaan sampel Ujian Viral Load 2020-2022 4| 13 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Bil Program EQA Penganjur Pencapaian 2019 2020 2021 2022 1 Syphilis serology Medical Laboratory Evaluation (MLE) 100% 100% - - 2 Anti-HIV NEQAS Institute Medical Research (IMR) 100% 100% - - 3 Anti-HCV NEQAP Pusat Darah Negara (PDN) 100% 100% - - 4 HBsAg NEQAP Pusat Darah Negara (PDN) 100% 100% - - 5 Respiratory Viruses Panel Slide (IFA) Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) 100% No distribution from MKAK 100% No distribution from MKAK 6 Flavivirus - Dengue serology for Dengue NS1 Ag, IgG and IgM Royal College Pathology Association (RCPA) 50% (Keputusan tidak dihantar bagi survey 2) 100% 100% 100% 7 Viral marker for HBsAg, AntiHBs, Anti-HCV, Anti-HIV 1/2 Medical Laborator Evaluation (MLE) 100% 96.67% - - 8 WHO Measles Proficiency Test (PT) WHO and Victorian Infectious Diseases Reference Laboratory 97.5% 100% 100% 100% 9 WHO Rubella Proficiency Test (PT) 100% 100% 97.5% 100% 10 HIV Viral Load UK NEQAS - 100% 100% - NEQAS - National External Quality Assessment Service NEQAP - External Quality Assessment (EQA) and Proficiency Testing (PT) IFA - Indirect immunofluorescence Jadual 9: Pencapaian External Quality Assurance (EQA) 2019-2022 bagi ujian Unit Serologi/Virologi 44 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Pencapaian Program External Quality Assurance (EQA) Unit Serologi / Virologi juga menyertai program kawalan kualiti luaran untuk menjamin kualiti perkhidmatan ujian makmal. Pencapaian EQA untuk 2019 sehingga 2022 di unit ini adalah tercapai kecuali bagi Royal College Pathology Association (RCPA ) Dengue Serology 2019 seperti yang dinyatakan dalam Jadual 9.
Bil. Ujian Kawasan Liputan Perak Zon Utara Malaysia 1 Kultur & Sensitiviti (wabak/kontak) • Keracunan makanan √ √ • Jangkitan salur pernafasan √ √ 2 Kultur persekitaran • Legionella spp. / Legionella pneumophilia √ √ • B. pseudomallei √ √ • B. cepacia √ √ 3 Serotyping • Salmonella √ √ Sabah & Semua MKKM • Escherichia coli √ • Shigella spp. √ 4 Leptospira • Microagglutination test (MAT) √ • Kultur persekitaran √ √ • Polymerase Chain Reaction (PCR) √ √ 5 Bordetella pertussis • Polymerase Chain Reaction (PCR) √ UNIT BAKTERIOLOGI Unit Bakteriologi menawarkan ujian kultur dan sensitiviti (culture &sensitivity, C&S) bagi spesimen klinikal dari pelbagai kes wabak keracunan makanan dan jangkitan salur pernafasan yang diterima dari negeri-negeri di Zon Utara. Unit ini juga merupakan makmal rujukan bagi ujian serotyping Salmonella spp. yang meliputi semua Makmal Kualiti dan Keselamatan Makanan (MKKM) di seluruh Malaysia dan hospital di Sabah dan negeri Zon Utara. Selain itu, unit ini juga menawarkan ujian pengesanan dan serotyping Diarheagenic Escherichia coli ke seluruh Malaysia. Ujian-ujian lain yang ditawarkan di Unit Bakteriologi adalah seperti di dalam Jadual 10. Jadual 10 : Ujian-ujian di Unit Bakteriologi 45 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Bilangan Sampel Dan Beban Kerja Pada tahun 2019, didapati bilangan sampel yang diterima meningkat dengan ketara berikutan peningkatan sampel wabak keracunan makanan, sampel Salmonella serotyping dan sampel projek Antimicrobial Resistance (AMR) di MKKM (Rajah 17). Akibat wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia pada tahun 2020, bilangan sampel yang diterima telah berkurangan. Setelah dunia hampir pulih dari kesan wabak tersebut, dapat diperhatikan bahawa sampel yang diterima di Unit Bakteriologi meningkat semula pada tahun 2022. Rajah 17 : Perbandingan bilangan sampel diterima dan beban kerja Unit Bakteriologi 46 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Penyiasatan kes wabak Tujuan utama pewujudan Unit Bakteriologi adalah untuk mengendalikan sampel kes wabak seperti keracunan makanan dan wabak jangkitan saluran pernafasan. Patogen yang berjaya dikesan semasa menjalankan siasatan penyebab keracunan makanan sepanjang tahun 2019 hingga 2022 ditunjukkan pada Rajah 18. Pelbagai serovar Salmonella dikesan menjadi punca keracunan makanan dalam tahuntahun tersebut. Selain itu, pada tahun 2022 Unit Bakteriologi juga berjaya mengesan 2 kes Streptococcus pneumoniae dalam kes wabak jangkitan saluran pernafasan dari negeri Kedah. Rajah 18 : Bakteria penyebab keracunan makanan tahun 2019-2022 Selain sampel klinikal, pada tahun 2022 unit ini juga menerima beberapa sampel persekitaran yang disyaki terlibat dengan wabak seperti sampel air dan tanah untuk pengesanan pathogen. Sebanyak 3 sampel tanah daripada 23 yang dihantar, dikesan Burkholderia pseudomallei manakala 1 daripada 4 sampel bekas polistiren dikesan Vibrio cholerae. Tiada penerimaan sampel untuk pengesanan Legionella spp. sepanjang tahun 2019 – 2022. 47 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Ujian serotyping dijalankan menggunakan kaedah slide agglutination dan juga kaedah molekular mengikut jenis bakteria. Ujian serotyping boleh mengenalpasti jenis serotype yang terbabit dan membantu meramal kejadian wabak berdasarkan peningkatan sesuatu serotype. Ujian serotyping E. coli dijalankan untuk pengesanan E. coli dari kumpulan Diarheagenic iaitu enteropathogenic E. coli (EPEC), enterotoxigenic E. coli (ETEC), enteroinvasive E. coli (EIEC) dan enterohemorrhagic E. coli (EHEC). Bermula dari tahun 2022, terdapat peningkatan ketara dari segi penerimaan kultur sampel klinikal untuk ujian serotyping E. coli. Kebanyakan sampel ini didapati dari kanak-kanak yang disyaki keracunan makanan. Daripada Rajah 19 dapat diperhatikan E. coli dari kumpulan EPEC adalah kumpulan paling banyak dikesan sepanjang tahun 2019 – 2022. EPEC merupakan patogen diarrhea yang penting melibatkan kanak-kanak. Walaupun terdapat beberapa kes EHEC yang dikesan, tiada E. coli serotype O157:H7 yang boleh menyebabkan keradangan usus yang serius dilaporkan. Rajah 19 : Trend serovar E. coli dikesan tahun 2019-2022 Ujian-ujian Serotyping 48 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Sampel yang diterima untuk ujian Salmonella serotyping adalah sampel makanan dari MKKM seluruh Malaysia dan sampel klinikal yang dihantar dari hospital-hospital di Zon Utara serta negeri Sabah. Majoriti serovar adalah dari spesies Salmonella enterica subsp. enterica. Rajah 20 menunjukkan jenis serovar yang paling kerap dikesan setiap tahun dengan Salmonella Enteritidis dan Salmonella Weltevreden merupakan serovar yang paling tinggi.
Keputusan ujian Shigella serotyping yang dijalankan sepanjang tahun 2019 – 2022 mendapati serotype paling tinggi ialah Shigella flexneri serotype 3a [III:(3,4),6,7,8]. Serotype ini dikesan daripada wabak keracunan makanan. Rajah 20 : Serovar Salmonella paling kerap dikesan tahun 2019 – 2022 49 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Ujian Leptospira Terdapat 3 kaedah ujian yang ditawarkan di MKA Ipoh bagi mengesan bakteria zoonosis Leptospira seperti yang ditunjukkan pada Rajah 21. Ujian -ujian tersebut adalah: 1. Ujian kultur (persekitaran) – tujuan ujian adalah untuk saringan bakteria Leptospira di dalam air atau tanah 2. Ujian PCR (klinikal dan persekitaran) - Ujian dijalankan untuk pengesahan kultur leptospira dari air atau tanah dan juga pengesanan bakteria Leptospira dari sampel darah di awal jangkitan 3. Ujian MicroAgglutination (MAT) – ujian digunakan untuk mengesan kehadiran antibodi terhadap bakteria Leptospira. Rajah 21: Jenis dan bilangan ujian pengesanan Leptospira yang dijalankan pada 2019 – 2022 50 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Ujian kultur Leptospira ditawarkan untuk menguji sampel persekitaran seperti air dan tanah. Sampel-sampel ini biasanya dikumpul dari tapak rekreasi, air sungai dan sebagainya. Sampel positif dari ujian kultur Leptospira akan dijalankan ujian lanjutan PCR untuk mengesan strain patogen dari spesis Leptospira interrogans. Bagi ujian MAT daripada sampel serum, majoriti sampel yang diuji memberi keputusan equivocal berbanding positif (Rajah 22). Rajah 22 : Analisa keputusan ujian MAT tahun 2019 – 2022 Analisa ujian pada tahun 2019-2022 menunjukkan 5 serovar Leptospira tertinggi yang dikesan setiap tahun iaitu serovar Hardjobovis, Patoc, Australis, Copenhageni dan Autumnalis (Rajah 23). Rajah 23: Trend serovar Leptospira tahun 2019-2022 51 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Ujian Bordetella pertussis Unit Bakteriologi MKA Ipoh menerima sampel Bordetella pertussis bagi saringan kontak bergejala. Sebanyak 35 sampel diterima bagi ujian PCR Bordetella pertussis dari tahun 2019 – 2022. Sebanyak 8 (23%) sampel dikesan kehadiran Bordetella spp., walaubagaimanapun tiada Bordetella pertussis dikesan selepas ujian lanjutan. Program Kawalan Kualiti Luaran Bagi mengekalkan kebolehpercayaan keputusan ujian yang dikeluarkan oleh Unit Bakteriologi, beberapa program kawalan mutu luaran telah disertai seperti (Rajah 24). Kesemua program yang disertai pada 2019 sehingga 2022 berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu 85%. RCPA - Royal College of Pathologists of Australasia Quality Assurance Programs NEQAP - External Quality Assessment (EQA) and Proficiency Testing (PT) WHO - World Health Organization Rajah 24 : Pencapaian program kawalan mutu luaran Unit Bakteriologi 52 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
UNIT TUBERKULOSIS Unit Tuberkulosis (TB) menawarkan perkhidmatan ujian kultur dan kerintangan antibitiotik TB (Culture & Drug Susceptibility Test, DST) secara konvensional dan semi-automated (Bactec MGIT 960) kepada hospital dan klinik kesihatan bagi seluruh daerah di negeri Perak. Ujian pengesanan Mycobacterium tuberculosis (MTB) dan kerintangan antibiotik kaedah molekular (TB PCR & MDR TB) pula ditawarkan kepada negeri-negeri di Zon Utara. Pada tahun 2020, ujian Interferon Gamma Release Assay (IGRA) dimulakan manakala ujian Bacille Calmette-Guérin (BCG) viability telah dipusatkan ke MKAK. Rajah 25 menunjukkan perbandingan bilangan sampel dan beban kerja yang diterima di Unit TB pada tahun 2019 hingga 2022. Rajah 25 : Perbandingan bilangan sampel dan beban kerja Unit TB tahun 2019 - 2022 53 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Terdapat sedikit penurunan bilangan sampel pada tahun 2020-2021 disebabkan wabak COVID-19. Walaubagaimanapun, pada tahun 2022 bilangan sampel meningkat sebanyak 32%, berikutan penghantaran sampel TB kembali seperti biasa selepas pandemik COVID-19. Peningkatan sampel juga disebabkan oleh pertambahan ujian IGRA dari negeri-negeri Zon Utara. Disamping itu, Unit TB juga membantu pemprosesan sampel kultur dari negeri Kedah dan Perlis pada bulan Ogos hingga Disember 2022. Pecahan permohonan ujian dari sampel-sampel yang diterima di Unit TB ditunjukkan dalam Rajah 26. Majoriti permohonan adalah bertujuan bagi diagnosis melalui kultur TB. Analisa keputusan ujian kultur mendapati hampir 80% isolat Acid Fast Bacilli (AFB) yang dipencil adalah MTB (sila rujuk Rajah 27). Analisa ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) pula ditunjukkan dalam Rajah 28 Rajah 26: Perbandingan bilangan sampel mengikut jenis ujian di Unit TB 54 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Rajah 27 : Analisa ujian kultur TB tahun 2019 – 2022 Rajah 28 : Analisa ujian PCR TB tahun 2019-2022 55 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Unit TB menjalankan ujian kerintangan antibiotik 1st line DST untuk mengesan Drug Resistant TB melalui kaedah phenotypic dari isolat MTB yang dipencil dan juga kaedah molekular dari sampel sputum. Kerintangan yang berjaya dikesan ditunjukkan di Rajah 29. Rajah 29 : Perbandingan bilangan sampel dikesan Drug Resistant TB menggunakan kaedah molekular dan phenotypic tahun 2019-2022 56 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Rajah 30 : Bilangan ujian dan keputusan IGRA bagi tahun 2019-2022 Unit TB bertanggungjawab memastikan Juruteknologi Makmal Perubatan yang bertugas di hospital dan klinik kesihatan kompeten membaca slaid AFB. Pemantauan kualiti pembacaan slaid AFB pusat mikroskopi di negeri Perak adalah melalui program Blinded Rechecking External Quality Assessment (BREQA) dan penganjuran Program External Quality Assessment – Panel Testing For AFB Smear Microscopy (PT) bagi negeri- negeri di Zon Utara. Hasil pemantauan melalui program BREQA ditunjukkan dalam Rajah 31 manakala program PT ditunjukkan dalam Rajah 32. Sasaran bagi pemantauan BREQA dan PT adalah < 5% bagi bacaan Low False Negative/ Low False Positive dan 0% bagi bacaan High False Negative/ High False Positive. 57 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Pada tahun 2020, Unit TB memulakan ujian pengesanan kes TB Laten melalui kaedah IGRA. Analisa ujian ditunjukkan didalam Rajah 30 dimana lebih kurang 25% kes positif berjaya dikesan. Dianggarkan 5-10% daripada kes TB laten boleh bertukar kepada TB aktif jika tidak dikesan dan diberi rawatan dalam masa 5 tahun selepas dijangkiti (Latent tuberculosis infection, WHO 2018) Ini menyebabkan kemungkinan akan berlaku peningkatan kes TB aktif di masa hadapan.
Rajah 31 : Program BREQA 2019-2022 Rajah 32 : Pencapaian Program PT TB (Zon Utara) tahun 2019- 2022 58 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Kursus mikroskopi TB dianjurkan kepada negeri-negeri Zon Utara iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Walaubagaimanapun beberapa sesi latihan pada tahun 2020-2021 terpaksa dibatalkan berikutan kawalan pergerakan yang disebabkan oleh wabak COVID-19. Rajah 33 menunjukkan pencapaian sesi latihan yang diadakan pada 2019 - 2022 Rajah 33: Pencapaian latihan Kursus Mikroskopi TB, tahun 2019-2022 Bermula pada tahun 2019, semua peserta kursus telah menjalani penilaian 3 bulan selepas tamat kursus. Tahniah kepada peserta kerana kesemuanya mendapat 100% markah melebihi sasaran iaitu 85%. Dalam usaha memastikan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berkualiti, Unit TB telah menyertai beberapa program kawalan mutu yang dianjurkan oleh pihak ketiga seperti berikut: 1. Royal Colleague of Pathologist Association (RCPA AFB Microscopy & TB Culture) 2. Royal Colleague of Pathologist Association (RCPA TB Molekular) 3. National External Quality Assurance Programme (NEQAP AFB Microscopy) 4. National External Quality Assurance Programme (NEQAP MultiDrug Resistant Tuberculosis) 5. National External Quality Assurance Programme (NEQAP Drug Sensitivity Testing Tuberculosis) Pencapaian program ditunjukkan pada Rajah 34. 59 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Rajah 34 : Pencapaian Program Kawalan Kualiti Luaran yang disertai Unit TB Secara amnya, prestasi pencapaian kualiti luaran adalah melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu 85%. Walaubagaimanapun, program RCPA Quality Assessment Program Molecular M. tuberculosis / M. avium complex pada tahun 2019 tidak mencapai sasaran kerana ujian baru saja dimulakan dan masih banyak penambahbaikan yang perlu dilaksanakan pada tahun tersebut 60 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
UNIT PARASITOLOGI Unit Parasitologi bekerjasama dengan Makmal Vektor Negeri Perak menjalankan dan memantau aktiviti pemeriksaan mikroskopi malaria/filaria. Ujian pengesahan spesis parasit malaria secara molekular turut ditawarkan di unit ini. Daripada Rajah 35 dapat diperhatikan walaupun negara dilanda pandemik COVID-19, tidak banyak perubahan pada jumlah bilangan sampel yang diterima dari tahun 2019-2022. Rajah 35: Jumlah sampel Unit Parasitologi dan beban kerja 2019-2022 Rajah 36 menunjukkan jumlah ujian yang dilaksanakan iaitu Blood Film Malaria Parasite (BFMP) dan Malaria Polymerase chain reaction (PCR). Rajah 36 : Jumlah ujian Unit Parasitologi 2019 – 2022 61 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Aktiviti ulang periksa slaid malaria telah mengesan sebanyak 26 kesalahan bacaan slaid sepanjang tahun 2019 – 2022 (Rajah 37). Daripada graf didapati kesalahan bacaan False positive merupakan kesalahan yang paling kerap berlaku terutamanya pada tahun 2020 dan 2021. Ini mungkin kerana terdapat ramai Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) yang baharu ditempatkan di pusat mikroskopi negeri Perak serta bilangan latihan yang tidak mencukupi. Rajah 37 : Jenis kesalahan bacaan slaid BFMP tahun 2019 – 2022 Rajah 38 : Pencapaian Kursus Ulangkaji Mikroskopi Malaria 2019 – 2022 62 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Latihan Bacaan Mikroskopi Malaria (BFMP) diadakan 3 kali setahun. Walaubagaimanapun, pada tahun 2020, latihan diadakan sebanyak 2 kali manakala pada 2021 1 kali sahaja kerana negara masih dilanda wabak. Pencapaian latihan 2020 tidak menepati sasaran yang ditetapkan iaitu 80% kerana kebanyakan peserta pada kedua-dua sesi merupakan anggota baharu (Rajah 38).
PUSINGAN SASARAN PENCAPAIAN PT 1/2019 >80% mencapai skor >5 78% PT 2/2019 94% PT 1/2020 81% PT 2/2020 97% Pemantauan selepas latihan dijalankan melalui program kawalan mutu Panel Testing (PT) yang diadakan sebanyak 2 kali setahun (Jadual 11). Walaupun terdapat kesalahan diagnosa yang agak tinggi pada 2020, pencapaian PT pada tahun tersebut adalah yang paling cemerlang. Jadual 11: Pencapaian Panel Testing Malaria Negeri Perak Mulai tahun 2021, pelaporan PT telah ditambahbaik supaya selari dengan format MS ISO:17043. Kriteria pemarkahan dan sasaran ditunjukkan dalam Jadual 12. Kesemua pusat mikroskopi perlu mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu mencapai aras minimum atau lebih. Kriteria Aras Minimum (%) SENSITIVITY Ability to report the absence/presence of malaria parasites 90 SPECIFICITY Ability to report the parasite species correctly 80 QUANTIFICATION Ability to report the parasite density to an accuracy within the range 50 GAMETOCYTE Ability to report the presence of gametocytes 50 Jadual 12: Kriteria pemarkahan dan sasaran PT format baharu 63 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Peratus pusat mikroskopi malaria yang mencapai sasaran pada 2021 – 2022 ditunjukkan dalam Rajah 39. Dapat diperhatikan pencapaian dari segi specificity, quantification dan gametocyte masih perlu diperbaiki. Pusat mikroskopi yang tidak mencapai sasaran telah dipanggil semula untuk menghadiri latihan mengikut giliran. Rajah 39 : Pencapaian Panel Testing Malaria Negeri Perak Tahun 2021 - 2022 64 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Bil Program Pencapaian 2019 2020 2021 2022 1 NEQAS, MKAK - Panel Testing for Malaria Microscopy 90% Dihentikan sementara 96% 92% 2 EQA, WHO – Malaria Microscopy 90% 94.5% 91% 97% Jadual 13 Laporan Pencapaian Program Kawalan Mutu Luaran Unit Parasitologi bersama-sama anggota Unit Vektor turut menyertai Program Kawalan Mutu yang dianjurkan oleh MKAK Sungai Buloh (National External Quality Assessment Scheme, NEQAS) dan External Quality Assessment - Malaria Microscopy (EQA) WHO-Research Institute for Tropical Medicine (WHO-RITM), Philippines bagi memastikan anggota yang kompeten. Pencapaian program pada tahun 2019 dan 2020 mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu 80% dan ke atas (Jadual 13). 65 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
UNIT BIOKIMIA Unit Biokimia, Seksyen Penyakit, terlibat dalam beberapa program survelan Kesihatan Awam seperti pemantauan paras enzim Cholinesterase di kalangan fogger, saringan kes Congenital Hypothyroidism di kalangan bayi baru lahir, dan pemantauan kes kekurangan paras iodin (Iodine Deficiency Disorder / IDD) di kalangan murid-murid sekolah rendah dan ibu mengandung. Selain itu, Unit Biokimia turut menjalankan ujian rutin kimia klinikal seperti Liver Function Test (LFT), Renal Profile (RP), Lipid Profile (LP) dan Blood Glucose (RBS/FBS/2HPP) bagi beberapa klinik kesihatan di daerah Kinta, Perak. Sampel yang diterima kebanyakannya adalah dalam bentuk plasma atau serum dan urin (untuk IDD sahaja) Ujian Biokimia Pada tahun 2022 Unit Biokimia telah menerima sebanyak 10,804 sampel untuk dianalisa, iaitu berkurang 82% berbanding tahun 2019 (58,994 sampel). Jumlah keseluruhan ujian juga turut berkurangan (iaitu 57,048) berbanding sebelum fasa COVID-19 pada tahun 2019 (321,618) iaitu penurunan sebanyak 82%. Kemerosotan mendadak beban kerja pada tahun 2022 adalah berpunca dari pertambahan klinik kesihatan yang mempunyai analyzer biokimia baharu dan ini menyebabkan bilangan sampel yang dihantar ke MKA Ipoh berkurangan. Rajah 40 menunjukkan perbandingan beban kerja di Unit Biokimia di antara tahun 2019 – 2022 Rajah 40 : Perbandingan bilangan ujian dan sampel di Unit Biokimia, MKA Ipoh di antara tahun 2019 hingga 2022 66 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Cholinesterase merupakan sejenis enzim yang penting dalam mekanisma penghantaran transmisi impuls saraf manusia. Racun perosak yang digunakan oleh fogger semasa aktiviti penyemburan bahan kimia (fogging) ke kawasan pembiakan nyamuk aedes boleh memberi kesan sampingan ke atas fogger. Jadual 14 di bawah menunjukkan keputusan analisa sampel bagi ujian serum cholinesterase untuk fogger yang diterima dari seluruh negeri Perak dalam tempoh 2020 hingga 2022. Ujian Serum Cholinesterase * Tiada data ujian cholinesterase bagi PKD Muallim kerana sampel dihantar ke makmal HRPB. Jadual 14 : Jumlah dan analisa ujian cholinesterase yang diterima Makmal Kesihatan Awam Ipoh dari PKD negeri Perak bagi tahun 2019 – 2022 Jumlah ujian cholinesterase yang diterima di MKA Ipoh telah berkurangan pada 3 tahun kebelakangan ini iaitu sebanyak 455 pada tahun 2020 dan menurun sehingga 294 pada tahun 2022. Hasil analisa ujian mendapati terdapat 1.3% (6/455) bacaan pada tahun 2020 dan 0.3% (1/294) bacaan pada tahun 2022 berada di bawah 5320 U/L (below range < 5320 U/L). Bacaan di bawah 5320 U/L menunjukkan terdapat risiko perencatan aktiviti enzim yang boleh memberi kesan sampingan ke atas fogger. Bagi bacaan diatas > 12920 U/L (above range > 12920 U/L ) adalah sebanyak 0.4% (2/455) pada tahun 2020, 2% (5/3030) pada tahun 2021, dan 2.3% (7/294) pada tahun 2022. Untuk bacaan di atas > 12920 U/L, berkemungkinan ia disebabkan oleh penyakit kronik yang dihidapi oleh fogger itu sendiri seperti kencing manis atau paras kolesterol yang tinggi. 67 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Ujian Congenital Hypothyroidism Carta alir Rajah 41 di bawah merupakan saringan program Congenital Hypothyroidism cord blood screening di Kementerian Kesihatan Malaysia. Rajah 41 : Congenital Hypothyroidism cord blood screening 68 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Tahun Bil Sampel TSH <21 mIU/L TSH 21-60 mIU/L TSH >60 mIU/L FT4 <15 pmol/L 2019 857 853 37 0 4 2020 808 785 23 0 4 2021 501 491 10 0 0 2022 456 441 15 0 0 Tahun 2019 2020 2021 2022 Bil Sampel 0 0 0 249 Jadual 15 : Jumlah sampel Congenital Hypothyroidism diterima di Unit Biokimia, MKA Ipoh di antara tahun 2019 – 2022 Nota : Data dianalisa menggunakan garis panduan KKM Congenital Hypothyroidism Screening Programme (Revised Nov 2008) Ujian Iodine Dificiency Disorder (IDD) Pada tahun 2022, MKA Ipoh telah menerima sebanyak 249 sampel dari beberapa buah sekolah rendah terpilih bagi kawasan Zon Utara (Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) untuk pemantauan paras iodin dalam urin dalam kalangan murid sekolah rendah bagi program dari Bahagian Pemakanan KKM. Jadual 16 menunjukkan jumlah sampel ujian iodine dificiency disorder (IDD) yang diterima di Unit Biokimia, di antara tahun 2019 – 2022. Jadual 16 : Jumlah sampel ujian iodine dificiency disorder (IDD) diterima di Unit Biokimia, MKA Ipoh di antara tahun 2019 – 2022 69 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Jadual 15 menunjukkan bilangan sampel yang diterima oleh Unit Biokimia, bagi program tersebut dari tahun 2019 hingga 2022.Terdapat penurunan bilangan sampel diterima dari 4 buah hospital (Hospital Kuala Kangsar, Hospital Tapah, Hospital Sungai Siput dan Hospital Changkat Melintang). Pada tahun 2022 bilangan sampel adalah sebanyak 456 sampel berbanding tahun 2019 iaitu sebanyak 857 sampel. Pada tahun 2022, terdapat 15 sampel yang mempunyai nilai TSH >21 mμ/L tetapi tiada mempunyai paras FT4 <15 pmol/L.
Bil Program EQA Piawaian Sasaran 1 EQAS Clinical Chemistry Standard Deviation Index (z-score) ± 2.0 > 85 % Analit mencapai piawaian 2 EQUIP CDC Urine Iodine Mencapai Acceptable Range > 85 % Analit mencapai piawaian Bil Program EQA Pencapaian (%) Tahun 2019 Tahun 2020 Tahun 2021 Tahun 2022 1 EQAS Clinical Chemistry 96.69 97.08 99.0 92.8 2 EQUIP CDC Urine Iodine 83.3 100 83.3 100 Kawalan Kualiti Kawalan Mutu Dalaman Bagi memastikan keputusan–keputusan ujian yang dikeluarkan adalah berkualiti, Unit Biokimia telah mewajibkan pelaksanaan kawalan mutu dalaman (Internal Quality Control /IQC) bagi kesemua ujian yang dijalankan di Unit Biokimia. Kesemua ujian (analit) perlu melepasi piawaian yang ditetapkan (± 2 standard devition / SD) bagi setiap tahap QC yang dijalankan. Kawalan Kualiti Luaran Bagi memastikan kesemua keputusan ujian yang dikeluarkan oleh Unit Biokimia, memenuhi keperluan standard antarabangsa, unit ini telah menyertai Program Jaminan Kualiti Luaran (External Quality Assurance Program atau Proficiency Testing) seperti External Quality Assurance Services (EQAS, USA) dan Ensuring the Quality of Iodine Procedures (EQUIP, CDC Atlanta). Kesemua program tersebut mesti mencapai sasaran yang ditetapkan (Jadual 17). Secara keseluruhannya dari tahun 2019 hingga tahun 2022, kesemua program tersebut berjaya mencapai keputusan seperti tetapan (sekurang-kurangnya 80%) (Jadual 18). Jadual 17 : Piawaian (standard) yang ditetapkan bagi setiap program EQA di Unit Biokimia Jadual 18 : Pencapaian bagi setiap program Unit Biokimia, tahun 2019-2022 70 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Pada Cycle 19, terdapat 49 buah makmal Klinik Kesihatan di Zon Utara telah mengambil bahagian dalam program EQA tersebut. Dari sampel 1 hingga sampel 12 (Julai 2020 - Jun 2021), didapati 48 makmal (98%) berjaya mencapai sasaran (purata pencapaian) yang ditetapkan (> 80% analit dengan SDI < ± 2.0). Daripada 49 buah makmal yang menyertai, 47 daripadanya berjaya mencapai tahap cemerlang (>90%), 1 di tahap baik, tiada makmal di tahap memuaskan dan tidak memuaskan. Akan tetapi, terdapat 1 buah makmal berada di tahap sangat tidak memuaskan. Ini ditunjukkan di Rajah 42 di bawah. Pemantauan Program Kawalan Kualiti Luaran Ujian Kimia Klinikal Di Makmal Klinik Kesihatan Zon Utara Unit Biokimia telah dipertanggungjawabkan untuk memantau pencapaian program EQAS Kimia Klinikal bagi makmal Klinik Kesihatan di Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) yang mengambil bahagian dalam program tersebut. Pada Cycle 17, terdapat 39 buah makmal Klinik Kesihatan di Zon Utara telah mengambil bahagian dalam program EQA tersebut. Dari sampel 1 hingga sampel 12 (Julai 2018 - Jun 2019), didapati 36 makmal (92%) berjaya mencapai sasaran (purata pencapaian) yang ditetapkan (> 80% analit dengan SDI < ± 2.0). Daripada 39 buah makmal yang menyertai, 35 daripadanya berjaya mencapai tahap cemerlang (>90%), 1 di tahap baik, 3 di tahap memuaskan dan tiada makmal di tahap tidak memuaskan dan tahap sangat tidak memuaskan. Ini ditunjukkan di Rajah 42 di bawah. Pada Cycle 18, terdapat 46 buah makmal Klinik Kesihatan di Zon Utara telah mengambil bahagian dalam program EQA tersebut. Dari sampel 1 hingga sampel 12 (Julai 2019 - Jun 2020), didapati 46 makmal (100%) berjaya mencapai sasaran (purata pencapaian) yang ditetapkan (> 80% analit dengan SDI < ± 2.0). Daripada 46 buah makmal yang menyertai, 42 daripadanya berjaya mencapai tahap cemerlang (>90%), 4 di tahap baik, tiada makmal di tahap memuaskan, tidak memuaskan dan tahap sangat tidak memuaskan. Ini ditunjukkan di Rajah 42 di bawah. Pada Cycle 20, terdapat 48 buah makmal Klinik Kesihatan di Zon Utara telah mengambil bahagian dalam program EQA tersebut. Dari sampel 1 hingga sampel 12 (Julai 2021 - Jun 2022), didapati 45 makmal (94%) berjaya mencapai sasaran (purata pencapaian) yang ditetapkan (> 80% analit dengan SDI < ± 2.0). Daripada 48 buah makmal yang menyertai, 40 daripadanya berjaya mencapai tahap cemerlang (>90%), 5 di tahap baik, 3 di tahap memuaskan, tiada makmal di tahap tidak memuaskan dan tahap sangat tidak memuaskan. Ini ditunjukkan di Rajah 42 di bawah. 71 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Purata Pencapaian Z-Score / SDI Tahap Pencapaian 90 – 100 % Cemerlang 80 – 89 % Baik 70 – 79 % Memuaskan 60 – 69 % Tidak Memuaskan ≤ 59% Sangat Tidak Memuaskan Rajah 42 : Pencapaian purata keseluruhan EQAS Kimia Klinikal makmal Klinik Kesihatan di Zon Utara bagi cycle 17 hingga cycle 20 Sebagai panduan, tahap pencapaian setiap makmal yang terlibat boleh diklasifikasikan seperti berikut: * SDI=standard deviation index 72 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
PEMANTAUAN PROGRAM KAWALAN MUTU LUARAN UJIAN FULL BLOOD COUNT (FBC) DI MAKMAL KLINIK KESIHATAN ZON UTARA Unit Biokimia telah dipertanggungjawabkan bagi memantau pencapaian program EQAS Full Blood Count (FBC) untuk makmal Klinik Kesihatan di Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak) yang mengambil bahagian dalam program tersebut. Pada Cycle 14, terdapat 162 buah makmal Klinik Kesihatan di Zon Utara telah mengambil bahagian dalam program EQA tersebut. Dari sampel 1 hingga sampel 12 (Apr 2019 - Mar 2020), didapati 133 makmal (82%) berjaya mencapai sasaran (purata pencapaian) yang ditetapkan (> 80% analit dengan z-score < ± 2.0). Daripada 162 buah makmal yang menyertai, 103 daripadanya berjaya mencapai tahap cemerlang (>90%), 30 di tahap baik, 15 di tahap memuaskan, 11 di tahap tidak memuaskan dan 3 di tahap sangat tidak memuaskan. Ini ditunjukkan di Rajah 43 di bawah. Pada Cycle 15, terdapat 194 buah makmal Klinik Kesihatan di Zon Utara telah mengambil bahagian dalam program EQA tersebut. Dari sampel1 hingga sampel 12 (Apr 2020 - Mar 2021), didapati 151 makmal (78%) berjaya mencapai sasaran (purata pencapaian) yang ditetapkan (> 80% analit dengan z-score < ± 2.0). Daripada 194 buah makmal yang menyertai, 122 daripadanya berjaya mencapai tahap cemerlang (>90%), 29 di tahap baik, 16 di tahap memuaskan, 12 di tahap tidak memuaskan dan 15 di tahap sangat tidak memuaskan. Ini ditunjukkan di Rajah 43 di bawah. Pada Cycle 16, terdapat 192 buah makmal Klinik Kesihatan di Zon Utara telah mengambil bahagian dalam program EQA tersebut. Dari sampel 1 hingga sampel 12 (Apr 2021 - Mar 2022), didapati 168 makmal (88%) berjaya mencapai sasaran (purata pencapaian) yang ditetapkan (> 80% analit dengan z-score < ± 2.0). Daripada 192 buah makmal yang menyertai, 138 daripadanya berjaya mencapai tahap cemerlang (>90%), 30 di tahap baik, 9 di tahap memuaskan, 9 di tahap tidak memuaskan dan 6 di tahap sangat tidak memuaskan. Ini ditunjukkan di Rajah 43 di bawah. Rajah 43 : Pencapaian purata keseluruhan EQAS Full Blood Count (FBC) untuk makmal Klinik Kesihatan di Zon Utara bagi cycle 14 hingga cycle 16 7| 13 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
SEKSYEN MAKANAN 74 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 SEKSYEN MAKANAN
75 Makmal Kesihatan Awam Ipoh Duduk dari kiri: En.Gurdip Singh Jasal a/l Anoke @Sarjeet, Pn. Zahian binti Ibrahim, Pn. Norazimah binti Ibrahim, Dr Julina binti Abd Aziz, Dr. Latifah Bt Dahalan, Dr. Azizah binti Asmar, Pn Nurakmal Bt Othman, Pn. Toh Swee Min, Pn. Hasidah binti Mohd Yusof Barisan tengah dari kiri: Pn.Masliza binti Jamaludin, Pn. Noraini Bt Abdul Wahab, Pn. Analiza Bt Ali, Pn. Norcahaya Bt Alias, Pn. Norfarhana binti Norhayalim, Pn Noraini Bt Mohamed Rosly, Pn. Saniah binti Mat Saad, Pn. Nor Hamimah binti Adnan, Pn. Bhuvaneswary a/p Gunasagaran, Pn. Rohaya binti Montak, Pn. Hawa binti Harun, Pn. Junainah binti Ali Muslim, Pn. Sugunadevi a/p Muniandy, Pn. Nurlinda binti Yaacob, Pn Ayu Mashani binti Ahmad Saibi, Pn. Rahayu Bt Amir Redzuan, En. Shaifol Sha bin Mohd Said. Barisan belakang dari kiri: Pn. Marinah binti Isa, Pn. Fatimahtun Zahra binti Mohamed Ridzuan, Pn. Siti Syamira binti Moamat Mastam, Cik Logeswari a/p Subramaniam, Pn. Nurul Adha binti Zainol.
LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
76 Makmal Kesihatan Awam Ipoh
PENGENALAN Seksyen Makanan, MKA Ipoh telah beroperasi selama 23 tahun sejak ia ditubuhkan pada tahun 1999 dan terdiri daripada 6 unit iaitu : Unit Mikrobiologi Makanan Unit Aditif Makanan Unit Standard Makanan Unit Residu Dadah Veterinar Unit Mikotoksin dan Toksin Semulajadi Unit Residu Racun Perosak Unit Residu Racun Perosak telah ditutup pada pertengahan tahun 2019 kerana ujian ini telah dipusatkan sepenuhnya di Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan (MKKM) Pulau Pinang. Pelbagai perkhidmatan ditawarkan berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang berdasarkan kepada Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Ianya meliputi analisis bagi sampel-sampel pemantauan pintu masuk – import, eksport, penyiasatan wabak, krisis, keracunan makanan, survelan makanan, kajian, Pre Market Approval, Proficiency Testing, subkontrak dan berdasarkan keperluan semasa. Pelanggan-pelanggan Seksyen Makanan terdiri daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Negeri (Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang), Jabatan Perikanan Negeri (Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang dan Terengganu), Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan (Kedah, Kelantan, Selangor, Pulau Pinang), Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru, semua Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dari Negeri Perak, Pintu Masuk Pengkalan Hulu, Grik, Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh. Selain daripada itu, Seksyen Makanan juga menawarkan perkhidmatan kepada Jabatan/Unit Dietetik dan Sajian di semua hospital kerajaan dalam negeri Perak bagi tujuan pemantauan makanan yang disediakan oleh pihak dapur hospital. Sampel yang dianalisa merangkumi makanan sedia dimakan dan bahan mentah. 77 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
UNIT MIKROBIOLOGI MAKANAN Sepanjang tahun 2019, bilangan sampel diterima adalah sebanyak 1650, manakala pada tahun 2020, sebanyak 1099 sampel, 1372 sampel pada tahun 2021 dan 1657 sampel pada tahun 2022 telah diterima. Kategori sampel meliputi survelan, keracunan makanan, pemantauan dapur hospital, penguatkuasaan domestik rutin, Operasi Ramadhan dan ujian kecekapan. Rajah 44 menunjukkan bilangan sampel diterima dan bilangan sampel berisiko bagi tahun 2019 hingga 2022. Sampel berisiko adalah sampel yang dianalisa dan dikesan / melebihi aras dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Rajah 44 : Bilangan sampel diterima dengan bilangan sampel berisiko bagi tahun 2019 hingga 2022 78 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Sampel keracunan makanan yang telah dihantar untuk dianalisa adalah sampel makanan sedia dimakan atau ready to eat (RTE) seperti (nasi putih, ayam masak lemak), swab persekitaran termasuk swab peralatan contoh (swab peti ais, swab papan pemotong) dan swab tangan pengendali makanan. PKD Kota Setar, Kedah telah menghantar sebanyak 8 sampel pada tahun 2019 dan 18 sampel pada tahun 2020 bagi tujuan sampel keracunan. Analisis yang dipohon adalah Salmonella spp., Escherichia coli, Staphylococcus aureus, Bacillus cereus dan Coliform Rajah 45 : Jumlah sampel keracunan makanan diterima mengikut daerah dari tahun 2019 hingga 2022 79 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Jumlah sampel keracunan makanan yang dianalisa pada tahun 2019 adalah 594 sampel, 388 sampel pada tahun 2020, 368 bagi tahun 2021 dan 910 sampel pada tahun 2022. Rajah 45 menunjukkan jumlah sampel keracunan makanan yang diterima mengikut daerah dari tahun 2019 hingga 2022. Kes keracunan makanan pada tahun 2022 didapati meningkat sebanyak 147% dari tahun 2021. Terdapat perubahan yang signifikan pada bilangan sampel keracunan makanan sebelum, semasa dan selepas pandemik COVID-19. Keracunan Makanan
Rajah 47 menunjukkan peratus parameter yang dikesan semasa menganalisa sampel makanan Operasi Ramadhan bagi Tahun 2019, 2021 dan 2022. Parameter Coliform didapati paling tinggi dikesan iaitu sebanyak 48% dan 52%, diikuti oleh Bacillus cereus iaitu 24% dan 36% pada tahun 2019 dan 2021. Pada tahun 2022, Bacillus cereus dikesan paling tinggi iaitu sebanyak 28% daripada 129 sampel yang diterima. Rajah 46 : Bilangan sampel Operasi Ramadhan diterima dari tahun 2019 hingga 2022 Rajah 47 : Parameter yang dikesan semasa Operasi Ramadhan bagi tahun 2019, 2021 dan 2022 80 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Ops Ramadhan Pada tahun 2019, sebanyak 145 sampel RTE diterima semasa Operasi Ramadhan, walaubagaimanapun pada tahun 2020 tiada sampel RTE diterima ekoran berlaku pandemik COVID-19. Pada tahun 2021, sebanyak 120 sampel Operasi Ramadhan diterima manakala 129 sampel diterima pada tahun 2022 (Rajah 46). Sampelsampel makanan yang diterima telah dianalisa bagi parameter Escherichia coli, Coliform, Bacillus cereus, Salmonella spp., Staphylococcus aureus dan Total Plate Count. Pada tahun 2019, didapati 63 sampel makanan dikesan berisiko.
Bil Hospital 1 Hospital Gerik (HG) 2 Hospital Taiping (HTG) 3 Hospital Selama (HS) 4 Hospital Parit Buntar (HPB) 5 Hospital Kuala Kangsar (HKK) 6 Hospital Sg Siput (HSS) 7 Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) 8 Hospital Batu Gajah (HBG) 9 Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) 10 Hospital Seri Manjung (HSM) 11 Hospital Tapah (HTP) 12 Hospital Slim River (HSR) 13 Hospital Teluk Intan (HTI) 14 Hospital Changkat Melintang (HCM) 15 Hospital Kampar (HK) Pemantauan Dapur Hospital Semua dapur hospital di negeri Perak iaitu sebanyak 16 buah terlibat dalam pemantauan dapur hospital seperti yang ditunjukkan oleh Jadual 19. Sampelsampel ini meliputi sampel RTE, bahan mentah, swab persekitaran dan swab tangan pengendali makanan. Sampel-sampel yang diambil merupakan makanan atau bahan mentah yang disediakan oleh dapur hospital untuk pesakit-pesakit di hospital. Bagi tahun 2022, jenis sampel bahan mentah ditambah untuk dianalisis bagi parameter Vibrio parahaemolyticus. Jadual 19: Senarai hospital yang terlibat dalam penghantaran sampel dapur hospital 81 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022