Sebanyak 245 sampel diterima pada tahun 2019, 290 sampel diterima pada tahun 2020, 288 sampel pada tahun 2021 dan 297 sampel pada tahun 2022. Parameter yang dianalisa untuk aktiviti ini adalah Escherichia coli, Staphylococcus aureus, Bacillus cereus, Salmonella spp., Coliform, Vibrio parahaemolyticus dan Total Plate Count. Rajah 48 di bawah menunjukkan jumlah sampel yang diterima dari hospital dengan bilangan sampel yang berisiko. Rajah 48 : Jumlah sampel dapur hospital dengan bilangan sampel yang berisiko dari tahun 2019 hingga 2022 82 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Lima sampel dari Hospital Sungai Siput dan Hospital Slim River didapati dikesan parameter Staphylococcus aureus, Coliform dan Bacillus cereus bagi tahun 2021. Tahun 2022, sebanyak 13 sampel dari 6 hospital didapati dikesan parameter Staphylococcus aureus, Coliform, Bacillus cereus dan Escherichia Coli. Dari tahun 2019 hingga 2022, menunjukkan tiga parameter iaitu Staphylococcus aureus, Coliform, Bacillus cereus kerap dikesan dalam sampel dapur hospital. Rajah 49 : Parameter yang dikesan bagi sampel dapur hospital bagi tahun 2019 hingga 2022 83 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Rajah 49 menunjukkan parameter yang dikesan bagi sampel dapur hospital dari tahun 2019 hingga 2022. Bagi tahun 2019, sebanyak 11 sampel dikesan positif Bacillus cereus, Coliform dan Staphylococcus aureus. Parameter Bacillus cereus menjadi parameter tertinggi dikesan berbanding Coliform dan Staphylococcus aureus yang melibatkan sampel dari 7 hospital. Pada tahun 2020, tiga parameter dikesan iaitu Staphylococcus aureus, Coliform dan Bacillus cereus dari 18 sampel yang melibatkan sampel dari Hospital Sungai Siput, HBUK, Hospital Taiping, Hospital Parit Buntar, Hospital Selama dan Hospital Kuala Kangsar. Bacillus cereus merupakan parameter tertinggi dikesan iaitu sebanyak 14 sampel, dimana 7 sampel dari HBUK adalah yang tertinggi dikesan.
Rajah 50 : Bilangan sampel diterima dengan peratus sampel dikesan E. coli dan peratus sampel dikesan Salmonella dari tahun 2019 – 2022 Kajian Keselamatan Makanan 2020 Pada tahun 2020, Unit Mikrobiologi telah menjalankan satu kajian yang bertajuk Assessing Microbial Status Of Home-Based Meal By Different Food Groups. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui kehadiran mikroorganisma iaitu Staphylococcus aureus dan Bacillus cereus dalam makanan sedia dimakan yang disediakan oleh penjual-penjual makanan yang menyediakan makanan di rumah untuk dijual kepada pembeli. Makanan-makanan ini dibeli dari penjual makanan di sekitar Bandaraya Ipoh. 84 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Surveilan Plan: Pengawasan Tahap Pencemaran Salmonella dan E. coli serta Antimicrobial Resistance (AMR) di dalam ikan dan daging segar di pasaran tempatan Pada tahun 2019 - 2021, sebanyak 277 sampel di dalam ikan dan daging segar di pasaran tempatan diterima (Rajah 50). Pensampelan ini melibatkan sampel ikan akuakultur dan daging mentah yang dijual di Pasar Awam / Pasar Tani / Pasar Pagi di negeri Perak. Program Surveilan Plan ini tidak dijalankan bagi tahun 2022. Didapati peratus parameter E. coli dikesan menurun iaitu 76% pada tahun 2019 dan sebanyak 67% pada tahun 2020 diikuti 62% bagi tahun 2021. Namun, peratus Salmonella dikesan adalah meningkat setiap tahun dari tahun 2019 hingga 2021.
Rajah 51 : Kategori makanan dan mikroorganisma Staphylococcus aureus dan Bacillus cereus yang dikesan 85 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Sebanyak 94 sampel daripada 4 kategori kumpulan makanan telah dianalisa semasa kajian ini dijalankan. Didapati semua kategori kumpulan makanan dikesan mengandungi Bacillus cereus dan kategori sayur-sayuran dan hasil sayur-sayuran adalah paling tinggi iaitu sebanyak 61.9%. Hanya kategori daging dan hasil daging dikesan mengandungi mikroorganisma Staphylococcus aureus iaitu sebanyak 2.8%. Rajah 51 menunjukkan kategori makanan dan mikroorganisma Staphylococcus aureus dan Bacillus cereus yang dikesan pada makanan.
UNIT ADITIF MAKANAN Tahun 2020, Unit Aditif dan Unit Standard telah dipecahkan kepada dua unit yang berasingan iaitu Unit Aditif Makanan dan Unit Standard Makanan. Unit ini menawarkan analisis dalam makanan secara kualitatif dan kuantitatif. Unit ini disokong oleh empat peralatan berteknologi tinggi iaitu dua unit High Performance Liquid Chromatography (HPLC) dan dua unit Ultraviolet-visible spectrophotometer (UV / vis spectrophotometer). Sebanyak 14 parameter ditawarkan iaitu : i. Asid Borik ii. Asid Benzoik iii. Asid Sorbik iv. Sulfur Dioksida v. Formaldehid vi. Pewarna vii. Aspartame viii.Phenylalanine ix.Parabens x.Sakarin xi.Siklamat xii.Acesulfame Potassium xiii.Benzoyl Peroxide xiv. Antioksidan 86 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Kategori Pensampelan Jenis Pensampelan Sampel (Tahun 2019) Sampel (Tahun 2020) Sampel (Tahun 2021) Sampel (Tahun 2022) Survelan Kajian Nasional / Spesifik 17 0 0 0 Eksport European Union 2 1 6 12 China 0 6 2 4 Singapura 0 3 2 1 Import Pemantauan Pintu Masuk 1 1 0 3 Pre-Market Approval Verifikasi Bahan Mentah Dapur Hospital 30 30 48 34 Penguatkuasaan Domestik Operasi 53 10 8 5 Rutin 0 76 71 70 Makmal Proficiency Testing 2 1 2 1 IQC 10 13 12 9 Kajian 31 0 0 0 Subkontrak 9 0 0 0 JUMLAH 155 140 151 139 Jadual 20: Jumlah sampel diterima mengikut kategori pensampelan tahun 2019-2022 8| 17 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Jadual 20 di bawah menunjukkan jumlah sampel diterima mengikut kategori pensampelan pada tahun 2019-2022. Terdapat penurunan bilangan sampel yang diterima semasa pandemik COVID-19 iaitu pada tahun 2020-2022 berbanding pada tahun 2019. Sampel meliputi kategori Survelan, Eksport, Pre-Market Approval, Penguatkuasaan Domestik, Import dan Makmal. Sampel untuk kategori Makmal merangkumi sampel Internal Quality Control (IQC), Proficiency Testing (PT) dan subkontrak. Kategori Pensampelan bagi Penguatkuasaan Domestik adalah penyumbang tertinggi jumlah sampel pada keempat-empat tahun tersebut.
*AMB= Air minuman berbungkus Rajah 52 : Bilangan sampel diterima mengikut kumpulan makanan tahun 2019 - 2022 88 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Rajah 52 menunjukkan sampel yang diterima mengikut kumpulan makanan. Cuka, sos, cutni dan jeruk merupakan kumpulan makanan yang paling tinggi diterima iaitu sebanyak 53 sampel pada tahun 2019 dan 49 sampel pada tahun 2021. Pada tahun 2020 bijirin, hasil bijirin, kanji dan roti merupakan kumpulan makanan paling tinggi dianalisa iaitu sebanyak 35 sampel. Manakala pada tahun 2022 sampel tertinggi adalah dari kumpulan makanan ikan dan hasilan ikan iaitu 41 sampel.
Rajah 53 menunjukkan bilangan sampel yang dianalisa mengikut parameter bagi tahun 2019-2022. Parameter parabens merupakan parameter yang paling tinggi dianalisa pada tahun 2019, parameter asid benzoik dan asid sorbik adalah parameter yang paling tinggi dianalisa pada tahun 2020 dan 2021. Bagi tahun 2022 parameter pewarna merupakan parameter yang paling tinggi dianalisa. Rajah 53 : Bilangan sampel dianalisa mengikut parameter bagi tahun 2019 - 2022 89 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Tahun 2019, didapati 1 sampel tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 daripada 155 sampel yang dianalisa. Sampel yang berisiko adalah daripada kumpulan makanan buah dan hasil buah dan parameter yang berisiko adalah siklamat. Pada tahun 2020, sebanyak 3 sampel didapati berisiko daripada kumpulan makanan buah dan hasil buah dan ikan dan hasil ikan. Parameter yang berisiko adalah 2 sampel dikesan mengandungi siklamat dan 1 sampel dikesan daripada asid benzoik. Tiada sampel yang melanggar pada tahun 2021 manakala pada tahun 2022 sebanyak 7 sampel didapati berisiko daripada kumpulan makanan buah dan hasil buah, ikan dan hasil ikan dan garam dan rempah. Parameter yang berisiko adalah 3 sampel dikesan mengandungi sulfur dioksida, 2 sampel mengandungi siklamat dan 2 sampel mengandungi asid benzoik dan asid sorbik. 90 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
UNIT STANDARD MAKANAN Unit Standard Makanan menawarkan perkhidmatan analisa peratus kafeina, peratus kopi, peratus air, melamin, peratus pepejal larut, pH dan diameter produk sfera. Unit ini dilengkapi dengan 3 peralatan HPLC yang digunasama dengan unit-unit lain. Tahun 2019, Unit Standard Makanan telah menerima dan menganalisa sebanyak 9 sampel iaitu 3 sampel subkontrak, 1 sampel Proficiency Testing dan 5 sampel untuk tujuan IQC. Rajah 54 menunjukkan bilangan sampel yang dianalisa mengikut kumpulan makanan. Rajah 54 : Bilangan sampel dianalisa mengikut kumpulan makanan tahun 2019 91 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Sepanjang tahun 2020, Unit Standard Makanan telah menerima dan menganalisa sebanyak 14 sampel iaitu 10 sampel untuk tujuan rutin dan 4 sampel untuk tujuan IQC. Rajah 55 menunjukkan bilangan sampel yang dianalisa mengikut kumpulan makanan. Kumpulan makanan yang terlibat terdiri daripada 11 sampel minuman berperisa, 1 sampel susu dan 2 sampel kopi. Rajah 55 : Bilangan sampel dianalisa mengikut kumpulan makanan Tahun 2020
Tahun 2021, Unit Standard Makanan telah menerima dan menganalisa sebanyak 43 sampel iaitu 36 sampel untuk tujuan rutin, 6 sampel untuk tujuan IQC dan 1 sampel Proficiency Testing. Rajah 56 menunjukkan bilangan sampel yang dianalisa mengikut kumpulan makanan bagi tahun 2021. Kumpulan makanan yang terlibat terdiri daripada 19 sampel garam dan rempah, 17 sampel teh dan kopi, 2 sampel jem, 2 sampel minuman ringan, 2 sampel Air Minuman Semulajadi (AMS) dan 1 sampel susu. 92 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Rajah 56 : Bilangan sampel dianalisa mengikut kumpulan makanan tahun 2021
Sepanjang tahun 2022, Unit Standard Makanan telah menerima dan menganalisa sebanyak 10 sampel iaitu 6 sampel untuk tujuan rutin, 1 sampel untuk tujuan IQC, 2 sampel Proficiency Testing dan 1 sampel import. Rajah 57 menunjukkan bilangan sampel yang dianalisa mengikut kumpulan makanan. Kumpulan makanan yang terlibat terdiri daripada 9 sampel teh dan kopi dan 1 buah dan hasil buah. Rajah 57 : Bilangan sampel dianalisa mengikut kumpulan makanan tahun 2022 Selain itu, verifikasi kaedah juga telah dijalankan bagi kaedah MOH J03-025 : Determination of Melamine in Food by Liquid Chromatography Tandem Mass Spectrometry (LC-MS/MS) untuk matriks susu tepung. Parameter ini sudah boleh ditawarkan kepada pelanggan untuk permintaan analisis ke atas makanan. 93 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
UNIT RESIDU DADAH VETERINAR Unit Residu Dadah Veterinar menawarkan pelbagai jenis analisa residu dadah veterinar menggunakan dua peralatan berteknologi tinggi iaitu HPLC yang berfungsi untuk screening dan quantitation dan LC-MS/MS untuk tujuan identification (pengesahan) dan quantitation. Penerimaan sampel pada setiap tahun bergantung kepada pelan pensampelan yang melibatkan Unit Residu Dadah Veterinar. Pada tahun 2020 dan 2021 jumlah sampel menunjukkan trend penurunan disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda negara berbanding jumlah sampel yang dianalisa pada tahun 2019 (394 sampel) dan tahun 2022 (453 sampel), seperti Rajah 58. Rajah 58 : Perbandingan jumlah sampel yang dianalisa dari tahun 2019 – 2022 94 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Rajah 59 : Bilangan sampel diterima mengikut bulan tahun 2019 - 2022 95 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Tiada sampel diterima pada bulan April dan Mei 2020 disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19. Penerimaan sampel mula meningkat kembali pada tahun 2021 dan 2022. Bilangan sampel diterima mengikut bulan dari tahun 2019 sehingga 2022 seperti di Rajah 59.
Rajah 60 menunjukkan bilangan sampel yang dianalisa mengikut parameter bagi tahun 2019 hingga 2022. Tetracycline merupakan parameter yang mempunyai permintaan analisis yang tertinggi diikuti dengan parameter Antibacterial, Benzimidazole dan lain-lain. Antibacterial, Benzimidazole dan Tetracycline merupakan parameter utama bagi Program Pemantauan Ikan dan Hasil Ikan (ARMP) oleh Unit Biosekuriti Perikanan Negeri (UBPN) untuk tujuan pengeksportan ikan dan hasil ikan ke Negara Kesatuan Eropah (EU). Rajah 60 : Bilangan sampel mengikut parameter yang dianalisa bagi tahun 2019 – 2022 96 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Rajah 61 menunjukkan bilangan sampel mengikut tujuan persampelan bagi tahun 2019 dan 2022. Sampel Program Pemantauan Ikan dan Hasil Ikan bagi tujuan eksport ke Negara Kesatuan Eropah (EU) merupakan penyumbang terbesar sampel yang diterima di unit ini. Pihak makmal menerima sampel tersebut daripada Unit Biosekuriti Perikanan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu. Rajah 61 : Bilangan sampel mengikut tujuan persampelan tahun 2019 - 2022 97 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Rajah 62 menunjukkan taburan bilangan sampel yang diterima daripada pelbagai agensi sepanjang tahun 2019 hingga 2022. Sampel untuk kategori MKA Ipoh merangkumi sampel IQC dan kajian. Sampel MKKM pula merujuk kepada sampel subkontrak daripada Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan dan lain-lain adalah bagi sampel Proficiency Testing (PT). Rajah 62 : Bilangan sampel yang diterima dari pelbagai agensi tahun 2019 - 2022 98 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Rajah 63 menunjukkan bilangan sampel yang diterima mengikut kumpulan makanan bagi tahun 2019 hingga 2022. Kumpulan makanan utama yang diterima di Unit Residu Dadah Veterinar adalah ikan dan hasil ikan. Rajah 63: Bilangan sampel diterima mengikut kumpulan makanan Tahun 2019 - 2022 Berdasarkan kepada keputusan analisis bagi tahun 2019, terdapat dua sampel Program Pemantauan Ikan dan Hasil Ikan (ARMP) bagi pengeksportan ikan dan hasil ikan ke Negara Kesatuan Eropah (EU) yang melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan EU Regulations iaitu sampel Udang Putih yang diterima daripada Unit Biosekuriti Perikanan Negeri Pahang untuk parameter Antibacterial yang dikesan mengandungi Sulphadimethoxine sebanyak 352µg/kg Selain itu, sampel Udang Harimau yang diterima daripada Unit Biosekuriti Perikanan Negeri Perak untuk parameter Benzimidazole pula dikesan mengandungi Fenbendazole sebanyak 2.61µg/kg. Pada tahun 2021 pula, terdapat empat sampel daripada Unit Biosekuriti Perikanan Negeri Pulau Pinang bagi parameter Antibacterial yang dikesan mengandungi Sulphadimidine iaitu masing-masing sebanyak 1485.24µg/kg, 1186.33µg/kg, 673.24µg/kg dan 1124.95µg/kg. Seterusnya pada tahun 2022, terdapat 1 sampel iaitu sampel Post Larvae (benih udang) yang diterima daripada Unit Biosekuriti Perikanan Negeri Perak bagi parameter Nitrofuran yang dikesan mengandungi Semicarbazide 2.06µg/kg. 99 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Berdasarkan kepada keputusan analisis pada tahun 2020, terdapat satu sampel Penguatkuasaan Domestik iaitu sampel Ayam Bulat yang diterima daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar bagi parameter Tetracycline yang dikesan mengandungi Chlortetracycline sebanyak 51.83µg/kg. Selain itu pada tahun 2021, terdapat satu sampel ayam yang diterima daripada Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang bagi parameter Tetracycline yang dikesan mengandungi Chlortetracycline sebanyak 64.16µg/kg. Bagi sampel Verifikasi Bahan Mentah Dapur Hospital pada tahun 2022, terdapat lapan sampel ikan bagi parameter Triphenylmethane Dyes yang dikesan mengandungi residu dadah tersebut. Pada tahun 2019, unit ini menjalankan kajian bertajuk Monitoring of Multi-residue Veterinary Drugs in Powdered Milk Retailed Premises Sampled in Kinta District by Using Liquid Chromatography Tandem Mass Spectrometry. Sebanyak 30 sampel susu tepung dianalisa semasa kajian ini dijalankan. Semua sampel didapati mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, CODEX Alimentarius (di bawah MRL) dan Peraturan Kesatuan Eropah (EU). Walaubagaimanapun, satu sampel dikesan mengandungi antibiotik Fenbendazole (FEN) sebanyak 13.86μg/kg yang melebihi nilai MRL (10μg/kg) bagi Peraturan EU. Hasil kajian ini telah diterbitkan di dalam Perak Technical Report edisi tahun 2020. Pada tahun 2020, Unit Residu Dadah Veterinar berupaya menjalankan analisis bagi parameter baru iaitu Aminoglycosides yang berjaya dibangunkan pada tahun 2019. Parameter Aminoglycosides sudah ditawarkan kepada pelanggan untuk dianalisa pada tahun 2021 100 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
UNIT MIKOTOKSIN DAN TOKSIN SEMULAJADI Unit Mikotoksin dan Toksin Semulajadi dilengkapi dengan 2 unit instrumentasi iaitu HPLC dengan alat pengesan fluorescence bagi tujuan pengesahan sampel. Jadual 21 menunjukkan parameter yang telah diakreditasi bagi tujuan analisis sampel di makmal. 101 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Jadual 21 : Parameter yang telah diakreditasi untuk analisis sampel Parameter Matriks Aflatoksin (B1, B2, G1 dan G2) Kekeras dan hasil kekeras (contoh kacang tanah, kelapa parut kering), bijirin dan konfeksi Aflatoksin M1 Susu Okratoksin A Bijirin dan hasil bijirin, kopi Zearalenone Bijirin dan hasil bijirin contoh tepung gandum Pada tahun 2019, 98 sampel telah diterima, 61 sampel pada tahun 2020, 66 sampel tahun pada 2021 dan 118 sampel pada tahun 2022. Pelanggan-pelanggan yang menghantar sampel terdiri daripada semua Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Negeri Perak, PKD Pendang, PKD Seberang Perai Utara dan semua hospital di negeri Perak. Sampel dari MKA Ipoh merangkumi sampel kajian, IQC dan PT. Rajah 64 menunjukkan bilangan sampel yang dianalisa pada tahun 2019 - 2022. Rajah 64 : Bilangan sampel yang dianalisa tahun 2019 - 2022
102 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Rajah 65 menunjukkan bilangan sampel yang diterima dari semua hospital di negeri Perak dari tahun 2019 - 2022. Sebanyak 21 sampel diterima pada tahun 2019, 20 sampel tahun 2020, 31 sampel tahun 2021 dan 31 sampel pada tahun 2022. Tiada sampel berisiko dikesan pada tahun 2019 dan tahun 2020. Pada tahun 2021 dan tahun 2022, terdapat 2 sampel berisiko dikesan tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Pada tahun 2021, 1 sampel dari HBUK dikesan mengandungi Aflatoksin. Pada tahun 2022, 1 sampel dari HRPB dikesan mengandungi Aflatoksin. Rajah 65 : Bilangan sampel yang diterima dari dapur hospital tahun 2019 – 2022
Rajah 66 menunjukkan bilangan sampel yang diterima dari Pejabat Kesihatan Daerah pada tahun 2019 - 2022. Tujuan sampel yang diterima dari semua PKD yang terlibat merupakan daripada Penguatkuasaan Domestik Rutin dan Operasi. Pada tahun 2019, didapati empat sampel berisiko dikesan bagi parameter Aflatoksin. Tiga sampel diterima dari Pejabat Kesihatan Daerah Kinta dan satu sampel dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar. Pada tahun 2020, satu sampel berisiko dikesan bagi parameter Aflatoksin yang diterima dari Pejabat Kesihatan Daerah Kerian. Tahun 2022, satu sampel berisiko dikesan bagi parameter Aflatoksin diterima dari Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak. 103 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Rajah 66 : Bilangan sampel diterima dan bilangan sampel berisiko dari Pejabat Kesihatan Daerah tahun 2019 - 2022
Pecahan tujuan persampelan pada tahun 2019 hingga 2022 adalah seperti dalam Rajah 67. Sampel kajian merupakan penyumbang terbesar kepada bilangan keseluruhan sampel iaitu sebanyak 39 sampel pada tahun 2019. Manakala pada tahun 2020, sampel rutin merupakan sampel yang tertinggi dianalisa iaitu sebanyak 21. Tahun 2021, Verifikasi Bahan Mentah Dapur Hospital paling tinggi dianalisa sebanyak 33 sampel dan pada tahun 2022, sampel kajian merupakan sampel paling tinggi dianalisa iaitu sebanyak 55 sampel. 104 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Rajah 67: Bilangan sampel mengikut tujuan persampelan bagi tahun 2019 - 2022
Rajah 68 menunjukkan peratusan bilangan sampel mengikut kumpulan makanan yang dianalisa pada tahun 2019 hingga 2022. Berdasarkan rajah tersebut, didapati peratusan bilangan sampel yang tertinggi adalah kumpulan makanan susu dan hasil susu pada tahun 2019. Tahun 2020, sampel dari kumpulan makanan teh, kopi, cikori dan hasil yang berkaitan mempunyai peratusan sampel yang tertinggi dianalisa. Kumpulan makanan garam dan rempah paling tinggi dianalisa pada tahun 2021 dan kumpulan makanan kekeras dan hasil kekeras paling tinggi dianalisa pada tahun 2022. 105 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Rajah 68 : Peratusan bilangan sampel mengikut kumpulan makanan tahun 2019 - 2022
Rajah 69 di bawah menunjukkan bilangan sampel yang dianalisa dan bilangan sampel berisiko pada tahun 2019 hingga 2022 berdasarkan parameter. Pada tahun 2019, bilangan sampel yang dianalisa paling tinggi adalah bagi parameter Aflatoksin M1 iaitu sebanyak 49 sampel dan diikuti oleh parameter Aflatoksin iaitu sebanyak 30 sampel. Sebanyak 7 daripada 98 sampel (7.1%) didapati berisiko di mana 6 sampel konfeksi berisiko dikesan bagi parameter Aflatoksin dan 1 sampel susu dan hasilan susu berisiko dikesan bagi parameter Aflatoksin M1. Manakala pada tahun 2020, parameter Zearalenone adalah bilangan sampel yang dianalisa paling tinggi iaitu sebanyak 30 sampel dan diikuti oleh parameter Aflatoksin iaitu sebanyak 16 sampel. Didapati 1 daripada 61 sampel (1.6%) yang diterima pada tahun 2020 didapati berisiko dan tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Sampel ini adalah dari kumpulan makanan, kekeras dan hasil kekeras untuk parameter Aflatoksin. Parameter Aflatoksin adalah sampel yang dianalisa paling tinggi iaitu sebanyak 33 sampel pada tahun 2021 dan 98 sampel pada tahun 2022. Sebanyak 1 daripada 66 sampel (1.5%) didapati berisiko dikesan dari kumpulan makanan garam dan rempah bagi parameter Aflatoksin untuk tahun 2021. Manakala sebanyak 5 sampel didapati berisiko dikesan dari kumpulan makanan kekeras dan hasil kekeras untuk parameter Aflatoksin pada tahun 2022. 10| 16 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Rajah 69 : Bilangan sampel dianalisa mengikut parameter bagi tahun 2019 - 2022
Satu kajian telah dijalankan pada tahun 2019 melibatkan parameter Aflatoksin M1 bagi sampel susu tepung yang dijual di sekitar daerah Kinta. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kehadiran Aflatoksin M1 dan juga sebagai data asas yang boleh digunakan untuk tujuan pemantauan supaya selari dengan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Mengikut Jadual Kelima Belas (Peraturan 39), Daftar II, kadar maksimum yang dibenarkan untuk Aflatoksin M1 dalam susu adalah 0.5μg/kg. Hasil penganalisaan mendapati kesemua sampel yang dianalisa tiada pengesanan Aflatoksin M1 dan pemantauan berterusan harus dilakukan bagi memastikan keselamatan makanan di pasaran sentiasa dipantau. Tahun 2022, satu kajian telah dilaksanakan yang bertajuk Assessment of Aflatoxin B1, B2, G1 and G2 Contamination In Assorted Fried Nuts Sold At Selected Area In Ipoh. Kajian ini dijalankan untuk mengesan kehadiran Aflatoksin dalam kekacang dan hasilan kacang yang terdapat di kawasan terpilih di Ipoh, Perak. Aflatoksin ialah kumpulan mikotoksin dan metabolit sekunder yang dihasilkan oleh dua spesies kulat; Aspergillus flavus dan Aspergillus parasiticus. Terdapat 18 jenis Aflatoksin yang dikenalpasti dan paling biasa ditemui dalam makanan tercemar iaitu Aflatoksin B1, Aflatoksin B2, Aflatoksin G1 dan Aflatoksin G2. Sebatian ini bukan sahaja sangat toksin, tetapi ia juga teratogenic dan karsinogenik kepada kesihatan manusia. 107 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Rajah 70 menunjukkan peratus sampel semasa analisa sampel kajian tahun 2022. Daripada 55 sampel yang dianalisa, didapati 52 sampel (94.5%) yang dianalisa adalah mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 bagi parameter Aflatoksin. 3 daripada 55 (5.5%) sampel tersebut berisiko dan melebihi kadar maksimum yang dibenarkan untuk Aflatoksin bagi makanan sedia dimakan ialah 10μg/kg. Rajah 70: Peratus sampel semasa analisa sampel kajian
UNIT RESIDU RACUN PEROSAK Unit Residu Racun Perosak menawarkan perkhidmatan analisa residu racun perosak di dalam sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan hasilan ikan, daging, bijirin dan kekacang. Jenis-jenis racun perosak yang dianalisa adalah Organofosforus (OP), Organoklorin (OC) dan Sintetik Pirethroid (SP). Terdapat 22 analit bagi OP, 18 analit bagi OC dan 4 analit bagi SP. Rajah 71 menunjukkan jumlah sampel yang telah dianalisa dan dikesan mengandungi residu racun perosak dari tahun 2010 hingga 2019. 108 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Rajah 71 : Jumlah sampel yang dianalisa dan dikesan mengandungi residu racun perosak bagi tahun 2010 - 2019 Pada pertengahan tahun 2019, unit ini telah mengalami kerosakan 2 peralatan utama iaitu Gas Chromatography Mass Spectrometry dan Gas Chromatography Electron Captured Detector. Keadaan ini menyebabkan perkhidmatan analisis untuk residu racun perosak terpaksa diberhentikan bermula Julai 2019. Oleh itu, hanya 18 sampel dapat dianalisa. Sampel-sampel yang telah dianalisa ini terdiri daripada 6 sampel dari kumpulan makanan sayur-sayuran dan 12 sampel dari hasil sayur-sayuran dan buah-buahan dan hasil buah-buahan. Kesemua 18 sampel yang dianalisa tidak dikesan mengandungi residu racun perosak. Sebanyak 17 sampel diterima dari semua dapur hospital di negeri Perak dan 1 sampel subkontrak diterima dari Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Selangor.
PROGRAM UJIAN KECEKAPAN (PROFICIENCY TESTING) Seksyen Makanan telah mengambil bahagian di dalam beberapa ujian kecekapan yang dianjurkan oleh Food Analysis Performance Assessmance Scheme (FAPAS) dari United Kingdom, Progetto Trieste dari Itali, IFM Quality Services dari Australia, Romer Labs dari Singapura dan Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Pulau Pinang bagi parameter mikrobiologi dan kimia sepanjang tahun 2019 hingga 2022. Jadual 22 menunjukkan ujian kecekapan yang disertai oleh unit-unit di Seksyen Makanan dari tahun 2019 hingga 2022. 109 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Unit yang terlibat Tahun 2019 2020 2021 2022 Mikrobiologi 2/2 34/36 9/11 5/5 Residu Dadah Veterinar 6/6 0/3 4/10 7/7 Mikotoksin 2/3 - 6/6 3/3 Aditif 1/1 4/4 8/8 1/1 Standard 0/1 1/2 1/1 1/1 Jumlah parameter yang disertai 13 45 36 17 Jumlah parameter yang memuaskan 11 39 28 17 Peratus pencapaian (%) 84.6 86.4 77.8 100 Jadual 22 : Ujian kecekapan yang disertai oleh unit-unit di Seksyen Makanan dari tahun 2019 hingga 2022
AKTIVITI KUALITI 110 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
Pengurusan Tertinggi : Dr Latifah bt Dahalan Wakil Pengurusan : Pn Vignespari a/p Jayaraman Setiausaha : Pn. Nurul Aini binti Baharum Ketua Juruaudit Dalaman : Pn. Nazratul Shiha binti Mat Isa Penolong Juruaudit Dalaman : Pn. Noraini binti Mohamed Rosly Pengawal Dokumen : Pn. Nor Muaiza binti Abdul Mokty Penolong Pengawal Dokumen : Pn. Thibasteffny a/p Marumathu PENSIJILAN MS ISO 9001 : 2015 Makmal Kesihatan Awam Ipoh (MKA Ipoh) sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan berdasarkan Sistem Pengurusan Kualiti sejak tahun 2007. Pelaksanaan pematuhan kepada Sistem Pengurusan Kualiti MS 9001: 2015 yang dinaik taraf pada tahun 2017 bertujuan memastikan perkhidmatan yang diberi adalah mengikut standard kualiti semasa yang ditetapkan. Usaha dan kejayaan mencapai standard kualiti yang digariskan adalah hasil kerjasama Ahli Jawatankuasa Tertinggi MS ISO 9001:2015 dan juga anggotaanggota di MKA Ipoh sendiri. Ahli jawatankuasa tertinggi MS ISO 9001:2015 adalah seperti berikut: 111 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Bil Perkara Tarikh 1 Aktiviti Audit Dalam 07-11 Februari 2022 2 Taklimat MS ISO 9001:2015 09 Februari 2022 3 Bengkel Pengurusan Risiko 02-03 Mac 2022 4 MKSP 2022 14 Mac 2022 5 Audit Pemantauan oleh SIRIM 11-13 April 2022 Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada tahun 2022. Terkini, hasil audit pemantauan oleh SIRIM yang dilaksanakan pada 11 April 2022 sehingga 13 April 2022 seperti dalam jadual di atas, telah melayakkan jabatan ini mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2015 bermula pada 29 April 2022 sehingga 17 Mei 2025.
Pengarah Makmal : Dr Latifah bt Dahalan Pengurus Makmal : Pn Vignespari a/p Jayaraman Pengurus Kualiti : Pn Farah Wahida bt Zainal Abidin Setiausaha : Cik Nur Diyana bt Mastor Pengawal Dokumen : Pn Tan Teik Pei Timbalan Pengawal Dokumen : Pn Hema Nair a/p Manian Pengurus Teknikal : En Kam Boon Lai Ketua Juruaudit Dalaman : En Muhammad Hasyim Chew Timbalan Ketua Juruaudit Dalaman : Pn Nurhidayah bt Azmi AKREDITASI MS ISO 15189 Makmal Kesihatan Awam Ipoh sentiasa mencari ruang penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Sejak tahun 2016, Seksyen Penyakit MKA Ipoh berusaha menyediakan dokumen dan menjalankan aktiviti-aktiviti untuk memenuhi keperluan standard MS ISO 15189. Walaupun terlibat dengan ujian semasa wabak pandemik COVID-19, usaha aktiviti kualiti tetap dijalankan dan akhirnya MKA Ipoh telah dianugerahkan sijil akreditasi MS ISO 15189:2014 untuk 38 parameter ujian pada 21 Februari 2022. Ujian SARS-CoV-2 dan Dengue Typing telah diaudit pada tahun 2022 dan berjaya mendapat akreditasi. Pencapaian ini adalah sangat penting kerana MKA Ipoh merupakan makmal rujukan bagi negeri-negeri di Zon Utara dan juga seluruh Malaysia bagi beberapa ujian. Ini membuktikan MKA Ipoh komited dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan boleh dipercayai untuk pelanggan. Pada masa ini, MKA Ipoh sedang giat menjalankan aktiviti menuju ke arah akreditasi versi terbaharu MS ISO 15189 : 2022. Jadual : Ahli jawatankuasa tertinggi MS ISO 15189:2014 112 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Antara ujian-ujian yang telah mendapat akreditasi adalah seperti berikut : 1. Enteric Pathogen Culture 7. Dengue Typing 2. Salmonella serotyping 8. Liver Function Tests 3. Antibiotic Sensitivity Test 9. Renal Function Tests 4. Acid Fast Bacilli (AFB) Direct Smear Examination using Fluorescence Microscopy Method 10. Lipid profile 5. Culture procedure for Mycobacterium using conventional method 11. Free Thyroxine (FT4) 6. SARS-CoV-2 12. Thyroid Stimulating Hormone (TSH) Kaedah-kaedah ujian akan ditambah dari masa ke semasa untuk penilaian akreditasi ini.
AKREDITASI MS ISO/IEC 17025:2017 Seksyen Makanan, MKA Ipoh juga telah mendapat akreditasi MS ISO/IEC 17025 sejak 2006 bagi versi MS ISO/IEC 17025:2005. Mulai tahun 2018, Seksyen Makanan, MKA Ipoh telah migrasi ke versi 2017 bagi sijil akreditasi MS ISO/IEC 17025:2017 dan mengekalkan akreditasi ini sehingga 2022. Sehingga tahun 2022, sebanyak 54 daripada 68 kaedah analisis yang ditawarkan telah mendapat status akreditasi iaitu 32 kaedah kimia dan 22 kaedah mikrobiologi. Audit Dalaman telah dijalankan pada 10 dan 11 Ogos 2022 dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Putrajaya. Semua ketidakpatuhan dan pemerhatian sedang dan telah diambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan. Audit Surveilan, Audit Penambahan Skop dan Verification of Nominated Signatories telah dijalankan pada 22 dan 23 Ogos 2022 dari Jabatan Standard Malaysia. Semua ketidakpatuhan dan pemerhatian sedang dan telah diambil tindakan pembetulan. Sijil akreditasi telah berjaya dikekalkan sehingga bulan Ogos 2024. Seramai 11 dari 15 orang pegawai telah disenaraikan sebagai Signatories beserta nombor pendaftaran di dalam Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia (MJMM). SENARAI SIGNATORIES MS ISO/IEC 17025:2017 : MIKROBIOLOGI 1. Nurakmal binti Othman (MJMM0032) 2. Hasidah binti Mohd Yusof (MJMM0050) 3. Noorazimah binti Ibrahim (MJMM0336) 4. Toh Swee Min (MJMM0053) 5. Norcahaya binti Alias (MJMM0534) SENARAI SIGNATORIES MS ISO/IEC 17025:2017 : KIMIA 1. Nurakmal binti Othman (MJMM0032) 2. Nurhazwani binti Md Suhaimy (MJMM0047) 3. Nor Muaiza binti Abdul Mokty (MJMM0048) 4. Hasidah binti Mohd Yusof (MJMM0050) 5. Gurdip Singh Jasal a/l Anoke @Sarjeet (MJMM001159) 6. Noorazimah binti Ibrahim (MJMM0336) 7. Bhuvaneswary a/p Gunasagaran (MJMM0054) 8. Noraini binti Mohamed Rosly (MJMM0033) 9. Toh Swee Min (MJMM0053) 113 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
114 i. Pelancaran Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Oleh Pengarah MKA Ipoh yang diadakan bermula 19 September 2022 sehingga 23 September 2022 ii. Audit Pemeriksaan Tempat Kerja Secara Dalaman melalui JKK Pemeriksaan Tempat Kerja bersama Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Edgenta Medi-Serve iii. Audit Pemeriksaan Tempat Kerja yang Sihat dalam program KOSPEN PLUS di MKA Ipoh oleh JKK Kospen & Kesihatan iv. Program Surveillan & Notifikasi Kecederaan / Kemalangan Pekerjaan di Kalangan Anggota Kesihatan melalui Jawatankuasa Kecil (JKK) Aduan & Siasatan Kemalangan v. Program Pemeriksaan Perubatan bagi Anggota Kesihatan Berumur 40 tahun ke atas. vi. Program Pemeriksaan Perubatan bagi Anggota Kesihatan Perubatan bagi semua Anggota kesihatan yang bertugas di MKA Ipoh vii. Program Saringan Health Surveillance untuk Bahan Kimia Berbahaya di kalangan Anggota Kesihatan MKA Ipoh viii Program Saringan Tidak Merokok / Alkohol di kalangan Anggota Kesihatan MKA Ipoh Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MKA Ipoh sentiasa prihatin dalam menitikberatkan keselamatan dan kesihatan warganya yang berkhidmat dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Maka dengan itu, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan yang terdiri daripada wakil majikan dan pekerja diadakan agar isu-isu keselamatan dan kesihatan terus diperkukuhkan sekaligus menjadi platform dalam mengurangkan risiko kemalangan begitu juga menjamin kesihatan anggotanya di tempat kerja. Bagi memenuhi Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 (Seksyen 30 - 31), Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah ditubuhkan di MKA Ipoh, berperanan penuh dan bertanggungjawab di atas keselamatan dan kesihatan para pekerjanya dan juga orang awam yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan di MKA Ipoh. Pada tahun 2022, terdapat pelbagai program telah dilaksanakan oleh JKKP MKA Ipoh iaitu:
115 ix. Program Saringan Minda Sihat DASS (Depression Anxiety Stress Scales) di kalangan Anggota Kesihatan MKA Ipoh x. Program Saringan Berat Badan di kalangan Anggota Kesihatan MKA Ipoh xi. Program Saringan weight loss challenge di kalangan Anggota Kesihatan MKA Ipoh xii. Pemantauan bagi skop Amalan Pemakanan Sihat (Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat (PHSSM) telah dijalankan dan penilaian bermula pada Januari sehingga Disember 2022 xiii. Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan telah diadakan empat kali setahun xiv. Pertandingan Bola Sepak Persahabatan di kalangan Anggota Kesihatan MKA Ipoh xv. Pertandingan mencipta slogan Minggu Keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kalangan Anggota Kesihatan MKA Ipoh xvi. Program Berjalan Kaki 10,000 langkah di luar bangunan makmal xvii. Program Senaman X-Break pada pukul 4 petang setiap hari di kalangan Anggota Kesihatan MKA Ipoh xviii. Program Pengungsian Bangunan (Fire Drill Exercise) Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia xix. Kursus kecantikan Mary Kay xx. Ceramah & Demo Penggunaan Jenis Pemadam Api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia xxi. Ceramah Basic Life Support oleh PKD Kinta xxii. Ceramah Keselamatan Jabatan di tempat kerja oleh Pegawai Keselamatan Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
116 JAWATAN NAMA Pengerusi Dr Latifah binti Dahalan Naib Pengerusi / Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) Dr Thevendran a/l Sadasivam Wakil Majikan ( Ketua Seksyen Pengurusan) Pn.Wan Noor Asikin binti Mohamad Isa Wakil Majikan ( Ketua Seksyen Penyakit) Pn.Vignespari a/p Jayaraman Wakil Majikan ( Ketua Seksyen Makanan) Pn.Dorothy Dayang Henry Sum Pengurus Sarana En.Asnol Shah bin Hj Saidin Setiausaha En.Gurdip Singh Jasal a/l Anoke @Sarjeet JKK Kospen,Promosi Dan Latihan Pn.Rohaya binti Montak (Ketua) Pn.Norfarhana binti Norhayalim Pn.Suganthi a/p Rasagam En.Nasir Hussein bin Ghaney JKK Hazard Identification and Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) En.Kam Boon Lai (Ketua) Pn.Hasidah binti Mohd Yusof En.Juzaidy bin Jaafar JKK Pemeriksaan Tempat Kerja En.Nasrul bin Mat Zain (Ketua) En.Noor Azmi bin Noor Ramly Pn.Suhaila binti Arshad En.Shaifol Sha bin Mohd Said JKK Aduan & Siasatan Kemalangan Pn.Nazratul Shiha binti Mat Isa (Ketua) Pn.Zuraidah binti Hashim Pn.Masliza binti Jamaludin JKK Chemical Health Risk Assessment (CHRA) Pn.Farah Wahida binti Zainal Abidin (Ketua) Pn.Noraini binti Mohamed Rosly JKK Biosafety & Biosecurity En.Sakthivel a/l Narainsamy (Ketua) AJK Laporan Health Surveillance Pn.Hasidah binti Mohd Yusof Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan En. Mohd Afandy bin Mohamad Ghazali AJK Laporan Pemeriksaan Kesihatan Anggota > 40 Tahun Pn. Noorazimah binti Ibrahim ERT MKAI En. Muhamad Azim bin Mohd Hatta (Ketua) En. Mohd Nazrunnizam bin Abu Kasim Pegawai Jemputan Pn. Siti Balkis binti Abdul Hamid Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Edgenta Medi-Serve Sdn Bhd En. Fitri bin Rosli Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Berikut merupakan ahli JKKP MKA Ipoh pada tahun 2022: SENARAI AHLI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN TAHUN 2022
117 Aktiviti Tarikh Perlaksanaan Gotong Royong EKSA 7 Januari Audit Dalaman EKSA Bil. 1/2022 10 - 14 Januari Pertandingan Reka Cipta Carta Organisasi Induk EKSA 3 - 31 Januari Kursus Amalan EKSA (Pengenalan & Pemerkasaan) 10 Februari Mesyuarat Induk Bil. 1/2022 11 Mac Gotong Royong EKSA 13 Mei Pertandingan Zon Terbaik 17 - 20 Mei Audit Dalaman EKSA Bil. 2/2022 17- 20 Mei Mesyuarat Induk Bil. 2/2022 15 Julai Kuiz Online 25 Ogos Pertandingan Kaunter Terbaik 27 September Pertandingan Tandas Terbaik 11 Oktober Gotong Royong Perdana 9 November Audit Persijilan Semula EKSA (JKN Perak) 11 November Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 JAWATANKUASA EKSA MAKMAL KESIHATAN AWAM IPOH EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) merupakan penjenamaan semula konsep Amalan 5S oleh Pihak MAMPU untuk digunapakai dan diamalkan di Sektor Awam. (Rujuk Surat Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil 1 Tahun 2014: Ekosistem Kondusif Sektor Awam). Di antara objektif penjenamaan semula EKSA adalah seperti berikut: a) Mewujudkan imej korporat di Sektor Awam. b) Menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif. c) Merangsang kepelbagaian agensi. d) Memupuk kreativiti dan inovasi di kalangan warga kerja sektor awam. e) Mempertingkatkan penjimatan tenaga serta kitar semula (Go Green). Aktiviti EKSA Pada Tahun 2022
118 Penaung Dr. Latifah binti Dahalan (Pengarah) Pengerusi Cik Dorothy Dayang Henry Sum Penyelaras En. Gurdip Singh a/l Anoke@Sarjeet Setiausaha Pn. Hema Nair a/p Manian Fasilitator Cik Nur Diyana binti Mastor JK Audit Pn. Hasidah binti Mohd Yusof (Ketua) Pn. Norcahaya binti Alias Pn. Siti Nurranis binti Omar En. Mohd Izhar bin Abd Rahim Pn. Suganthi a/p Rasangam En. Shaiful Asward bin Yahaya Pn. Suhaila binti Arshad JK Promosi Pn. Toh Swee Min (Ketua) Pn. Bhuvaneswary a/p Gunasagaran Pn. Rozida binti Mohd Mokhtar Pn. Khairulliza binti Ahmad Johari Pn. S. Valarmathi a/p Sandakerisnan JK Latihan Cik Nur Diyana binti Mastor (Ketua) Pn. Zawiyah binti Ali Pn. Merlene a/p Selvanathan Zon Alfa Pn. Wan Noor Asikin binti Mohamad Isa (Ketua) Pn. Tan Kim Ling (Setiausaha) Zon Beta Pn. Vignespari a/p Jayaraman (Ketua) Pn. Hamizah binti Ahmad Nawawi (Setiausaha) Zon Delta Pn. Nurakmal binti Othman (Ketua) Pn. Noraini binti Abdul Wahab (Setiausaha) Zon Gamma En. Noor Azmi bin Noor Ramly (Ketua) Zon Omicron Cik Hetty Nadia binti Muhamad Nazir (Ketua) Pn. Nurul Amirah Syahirah binti Zainudin (Setiausaha) Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 Jawatankuasa (JK) EKSA MKA Ipoh 2022
Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR MKA IPOH) 119 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 AHLI JAWATAN KUASA KKR MKA IPOH
120 Makmal Kesihatan Awam Ipoh Duduk dari kiri : Cik Rabiatul Adwiyyah binti Md Harita, Dr Julina binti Abd Aziz, Dr. Latifah Bt Dahalan, Dr. Azizah binti Asmar, Cik Hetty Nadia Bt Muhamad Nazir. Barisan tengah dari kiri : Pn Norazlin binti Mohammad, Pn Zawiyah binti Ali, Pn Noraini Bt Mohamed Rosly, Pn Juliyanti binti Bustanuddin, Pn Siti Balkis binti Abdul Hamid, Pn. Rahayu Bt Amir Redzuan, Pn Ayu Mashani binti Ahmad Saibi, Pn Siti Syamira binti Moamat Mastam, Pn Nurul Huda binti Baharodin. Barisan belakang dari kiri: En.Gurdip Singh Jasal a/l Anoke@Sarjeet, En.Kam Boon Lai, En. Surendran Nair a/l Raman.
121 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 SENARAI JAWATANKUASA INDUK KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI MAKMAL KESIHATAN AWAM IPOH 2021 - 2022 Pengerusi : Normaziana binti Md noor Timbalan Pengerusi : Nur Diyana binti Mastor Setiausaha : Hasidah binti Mohd Yusof Naib Setiausaha : Shaifol Sha bin Mohd Said Bendahari : Nasir Hussein bin Ghaney Pemeriksa Kira-kira I : Saniah binti Mat Saad Pemeriksa Kira-kira II : Ros Emyliana binti Nawi
122 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022 AKTIVITI KKR MKAI SESI 2021-2022 Tiada aktiviti besar yang dapat dijalankan pada 2021 memandangkan situasi pandemik COVID-19 yang sedang meningkat. KKR hanya berjaya mengedarkan kurma ketika Ramadhan 2021 serta menyediakan tuala bersulam bagi hadiah hari jadi buat semua ahli kelab. Aktiviti yang berjaya dijalankan pada 2022 pula adalah seperti berikut: Mac 2022 – Jamuan KKR dan Sambutan Gong Xi Fa Cai April 2022 - Pengagihan kurma pembuka Ramadhan - Majlis Khatam Al-Quran Mei 2022 - Jamuan Hari Raya Aidilfitri Ogos 2022 - Program Bubur Asyura Januari 2023 - Pertandingan Bowling & Mewarna - Pengagihan tshirt kelab BIRO-BIRO TUGAS-TUGAS AHLI JAWATANKUASA Sukan & Rekreasi Menyelaras dan melaksanakan aktiviti sukan dan rekreasi di MKA Ipoh 1. Amirul Asyraf bin Anuar 2. Shaiful Asward bin Yaha 3. Muhd Huzaifah bin Ismadi 4. Logeswari a/p Subarmanaim Publisiti Mempromosikan aktivitiaktiviti kelab dan mengemaskini akaun Facebook KKR MKAI 1. Nur Diyana binti Mastor 2. Khairulliza binti Ahamd Johari 3. Norcahaya binti Alias 4. Ros Emyliana binti Nawi Kebajikan Menyelaras dan melaksanakan aktiviti kebajikan di MKA Ipoh 1. Saniah binti Mat Saad 2. Analiza binti Ali 3. Norfarhana binti Norhayalim 4. Shaifol Sha bin Mohd Said 5. Tan Kim Ling Ekonomi Menjana pendapatan kelab melalui aktivit jualan dan sebagainya serta mencara dana / sumbangan kewangan luar untuk menampung perlaksanaan aktiviti kelab 1. Normaziana binti Md Noor 2. Nasir Hussein bin Ghaney 3. Mimi Mazura binti Abdul Wahap 4. Hasidah binti Mohd Yusof
GALERI 2019 - 2022 123 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
124 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
125 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
126 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
127 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
128 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022
129 Makmal Kesihatan Awam Ipoh LAPORAN TAHUNAN 2019 - 2022