The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1152-15-nurfatin, 2021-11-08 01:38:36

geec

geec

Pada masa ini, bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit terutamanya dalam
abad ke-21. Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara, iaitu Perkara 152 yang
menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Namun, Perkara 152 (1)
Perlembagaan Persekutuan adalah amat terbuka dan hal ini menyebabkan status dan
kedudukan bahasa di negara ini ditafsir secara berbeza (Haris, 1990). Tambahan pula, terdapat
segelintir pihak yang cuba memperjuangkan bahasa selain bahasa kebangsaan dalam sistem
Pendidikan dengan hanya mengambil kira pengecualian di fasal 152 (1) (a) dan 152 (1)(b) yang
tidak melarang sesiapa untuk menggunakan atau mengajar bahasa lain dan hak kerajaan
Persekutuan dan hak kerajaan negeri bagi meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa
lain.

Dalam menghadapi cabaran ini, kerajaan berperanan penting untuk memartabatkan
bahasa kebangsaan melalui pengukuhan dasar yang telah digubal. Dasar dan polisi harus
dilaksanakan dengan lebih tegas dalam memastikan bahasa kebangsaan dapat dimartabatkan
oleh seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bahasa serta lapisan
masyarakat. Zainal Kling (2010) menyatakan bahawa sebagai seorang warganegara, setiap
individu perlu memartabatkan bahasa kebangsaan walaupun mereka mempunyai budaya
tersendiri berasaskan identity etnik masing-masing. Hal ini demikian kerana semua rakyat
terikat oleh sistem kenegaraan yang menjadi wadah kepada kewarganegaraan atau kerakyatan
mereka.


Click to View FlipBook Version