PISMP BAHASA MELAYU (SK) SEMESTER 1 TAHUN 2 PSVK3453 ASAS KRAF TRADiSiONAL
DIHASILKAN OLEH NAMA : MUHAMMAD AKMAL BIN MOHD.ZAINI ANGKA GILIRAN : 2021012340104 NOMBOR MATRIK: P21015626 OPSYEN : BAHASA MELAYU (SK) KUMPULAN 2
PENGHARGAAN BERSYUKUR SAYA KE HADRAT iLAHi ATAS KURNiANYA, SAYA DAPAT MENYEMPURNAKAN TUGASAN BAGi KOD KURSUS PSVK3433 ASAS MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN DENGAN KESEMPATAN YANG ADA iNi, SAYA AMAT BERBESAR HATi DAN BERTERiMA KASiH KEPADA TUAN THADIUS BIN GUGAU SELAKU PENSYARAH YANG TELAH MEMBERiKAN BiMBiNGAN DAN TUNJUK AJAR SEPANJANG TEMPOH MENYiAPKAN TUGASAN iNi. MEREKA JUGA TELAH BERKONGSi BANYAK MAKLUMAT DAN PELBAGAi PENGETAHUAN YANG BERGUNA BAGi SAYA DALAM MENYiAPKAN TUGASAN iNi. TiDAK LUPA JUGA KEPADA iBU DAN BAPA SAYA YANG TELAH MEMBERiKAN SOKONGAN MORAL KEPADA SAYA SEPANJANG TEMPOH MENYELESAiKAN TUGASAN iNi. DENGAN DORONGAN DAN SOKONGAN MORAL YANG DiBERiKAN, SAYA DAPAT MENYELESAiKAN TUGASAN iNi DENGAN JAYANYA. AKHiR SEKALi, TERiMA KASiH JUGA SAYA UCAPKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG TELAH MEMBERiKAN iDEA DAN PANDANGAN YANG BERNAS KEPADA SAYA. DENGAN PANDANGAN YANG DiBERiKAN, SAYA DAPAT MENGEMBANGKAN iDEA SAYA DENGAN LEBiH BAiK.
ISI KANDUNGAN TUGASAN 1 1.0 PENGENALAN 2.0 ALAT DOMESTIK 3.0 ALAT PERMAINAN 4.0 ALAT PERTAHANAN DIRI 5.0 PERHIASAN DIRI 6.0 BATIK
ISI KANDUNGAN TUGASAN 1 7.0 TEKAT 8.0 UKIRAN 9.0 TENUNAN 10.0 ANYAMAN 11.0 TERBIKAR 12.0 PENUTUP
PENGENALAN
APA ITU KRAF TRADISIONAL Kraf tradisional boleh ditakrifkan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Penghasilan kraf tradisional memberikan kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan penghasilan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan
APA ITU KRAF TRADISIONAL Kraf tradisional merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita suatu masa dahulu yang mempunyai pelbagai fungsinya yang tersendiri Dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu. Bahan yang digunakan tidak terhad. Asalnya dihasilkan adalah untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian misalnya sebagai alat permainan untuk berhibur Kraf ini terhasil daripada pengamatan dan pemikiran penciptaannya yang dijelmakan melalui impian kemudian dijelmakan berdasarkan kepada alam dan persekitaran
APA ITU KRAF TRADISIONAL Dari aspek pembuatan kraf, kraf yang dihasilkan oleh masyarakat pribumi merupakan warisan yang menampakkan susur galur daripada zaman batu lagi. Hal ini berdasarkan kepada persekitaran yang berkaitan dengan alam Melayu Sumber yang digunakan dalam proses pembuatan adalah yang mudah didapati di sekeliling mereka. Pada masa kini kraf tradisional mendapat perhatian pihak yang berkuasa dan diberikan pengiktirafan kerana merupakan salah satu komponen dalam warisan Seni Budaya Kebangsaan.
JENiS-JENiS KRAF TRADiSiONAL
2.0 ALAT DOMESTIK Alat domestik merupakan barangan keperluan harian seperti perkakasan dapur yang digunakan bagi memudahkan urusan seharian. Alat domestik amat penting untuk digunakan di dalam kehidupan seharian. Pada masa kini alat domestik dikomersilkan bagi tujuan pembangunan ekonomi negara. Selain mempunyai nilai estetika tersendiri alat domestik dapat dijadikan barangan kegunaan harian. Contoh-contoh barangan sepeti tudung saji, batu pengisar dan lesung batu.
CONTOH-CONTOH BARANGAN BATU GILING KUKUR DUDUK CEREK LESUNG BATU KUKUR BERSILANG TUDUNG SAJI
TUDUNG SAJI Tudung saji merupakan penutup makanan yang dianyam daripada mengkuang, daun pandan, atau diperbuat daripada plastik. Ia juga disebut sebagai penyungkup makanan. Kebanyakan masyarakat masa kini, terutamanya kaum Melayu menggunakan tudung saji untuk menutup dan melindungi makanan daripada lalat dan sebagainya. Jika tudung saji tradisional,rotan atau buluh yang dibentuk bulat akan dijadikan kerangka tudung saji. Benangnya pula dihasilkan daripada rotan yang telah diraut halus. Daun mengkuang, pandan atau buluh yang telah diraut akan dianyam seperti tikar. Satu bucu yang tajam dihasilkan dengan melengkungkan anyaman tersebut. Bucu yang tajam inilah menjadikan anyaman berbentuk tudung saji.
PROSES PENGHASILAN TUDUNG SAJI 1. Membuat bingkai: Potong buluh menjadi beberapa bahagian dan buat bingkai dengan mengikatkan bahagian-bahagian tersebut. Pastikan bingkai yang dihasilkan mempunyai bentuk yang diinginkan.. 2. Mengikat dengan tali: Potong buluh menjadi beberapa bahagian dan buat tali dengan mengikatkan bahagian-bahagian tersebut. Pastikan tali yang dihasilkan cukup panjang untuk menganyam tudung saji. 3. Menganyam: Mulakan dengan menganyam tali pada bingkai. Pastikan tali yang dianyam rapat dan tidak terlalu longgar. Teruskan menganyam sehingga tudung saji mencapai ketinggian yang diinginkan. 4. Menyelesaikan anyaman: Setelah bahagian atas tudung saji ditutup, teruskan menganyam buluh sehingga tudung saji siap
PROSES PENGHASILAN
ALAT PERMAINAN Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini
CONTOH-CONTOH PERMAINAN CONGKAK GASING SEPAK RAGA WAU BATU SEREMBAN
WAU Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang. Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Terdapat pelbagai jenis wau yang elah wujud. Antaranya ialah wau bulan, wau kenyalang, wau daun dan wau jala budi
WAU Wau terbahagi kepada beberapa bahagian yang penting secara umumnya iaitu: 1. Kepala 2. Badan dan Sayap 3. Pinggang 4. Ekor
JENIS-JENIS WAU WAU BULAN WAU KENYALANG WAU KUCiNG WAU JALA BUDI WAU BARAT WAU DODO HELANG
PROSES PENGHASILAN WAU BULAN 1. Membuat kerangka: Potong buluh menjadi beberapa bahagian dan buat kerangka dengan mengikatkan pada bahagian yang telah ditentukan. Pastikan kerangka yang dihasilkan mempunyai bentuk bulan sabit. 2. Mengikat dengan tali: Buluh yang telah dilentur hendaklah diikatkan dengan tali. Pastikan tali yang dihasilkan cukup panjang untuk menghasilkan wau bulan. 3. Tampalkan kertas: Bentangkan sehelai kertas warna yang besar untuk dijadikan “frame” dan letakkan wau diatasnya. 4. Potong kertas: Potong kertas warna yang berlebihan supaya wau menjadi kemas dan cantik dan gamkan kertas tersebut pada rangka wau. 5. Letakkan corak: Corak wau yang sebenar diletakkan di atas rangka wau bagi memastikan corak dapat dilihat. 6. Pasang teraju: Ikatkan tali pada wau supaya wau dapat diterbangkan dan dapat dikawal dengan baik ketika di udara
PROSES PENGHASILAN WAU BULAN
ALAT PERTAHANAN DIRI Alat pertahanan diri ialah senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri sendiri daripada serangan musuh, binatang liar dan sebagainya. Alat ini juga adakalanya menjadi bahan dalam majlis-majlis yang melibatkan semangat halus serta menjadi lambang keberanian pahlawan melayu
JENIS-JENIS ALAT PERTAHANAN DIRI KERIS LEMBING PERISAI GOLOK
KERiS Keris ialah sejenis senjata tikam bermata dua yang berasal daripada pulau Jawa yang memiliki ragam fungsi budaya yang dikenali di kawasan Nusantara dan Asia Tenggara umumnya (Indonesia, Brunei, Malaysia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan. Keris umumnya digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan mulanya digunakan sebagai alat kebesaran diraja. Keris yang paling masyhur pada masyarakat Melayu ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah,
PROSES PENGHASILAN KERIS 1. Percampuran bahan: Bahan campuran yang terdiri daripada pelbagai jenis besi seperti besi waja, besi tawar dan besi melela diikat kemas sebelum dibakar untuk dimampatkan menjadi satu kempingan logam aloi. 2. Menempa logam: Besi dibakar dan diketuk secara bertalu-talu sebelum dipotong. Setelah dipotong, mata besi itu dipanaskan semula dan diketuk berulang kali. Proses ini berterusan sehingga bentuk mata keris mula terbentuk. 3. Membuat lok keris: Apabila mata keris telah terbentuk nyata, mata keris akan dibakar lagi dan seterusnya ditempa dengan cara mereng, hingga terbentuk seperti membengkok le bawah. Kaedah yang sama dilakukan berterusan dengan cara berselang-seli hingga habis hujung ke bilah.
PROSES PENGHASILAN KERIS 4. Membentuk belalai gajah: Kaedah yang sama dilakukan berterusan dengan cara berselang-seli hingga habis hujung ke bilah. 5. Mengikir: Proses ini dibuat dengan tujuan untuk melicinkan dan menajamkan mata keris. 6. Menyepuh: Keris yang telah siap ditempa akan dibakar sehingga menjadi merah dan dimasukkan sama ada secara melintang atau menegak ke tempat menyepuh yang mengandungi air. Proses ini akan dilakukan secara berulang kali. Tujuannya adalah untuk menghasilkan corak pamor. 7. Menimbulkan Pamor Keris yang telah siap dikikir, direndam dalam larutan cuka getah dan air. Kemudian mata keris dicuci dengan air dan diberus menggunakan sabut kelapa.
PROSES PENGHASILAN KERIS
ALAT PERHIASAN DIRI Masyarakat melayu lama mempunyai beberapa alat perhiasan diri yang sinonim dan menjadi lambang keunikan masyarakat melayu hingga kini. Alat perhiasan diri ialah alat yang menjadi pelengkap kepada pemakaian kita. Lazimnya alat perhisan diri menjadi pelengkap pakaian di dalam majlis-majlis istiadat, majlis perkahwinan dan sebagainya. Pada masa kini alat perhiasan diri telah diubahsuai dan dimodenkan selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini.
JENIS-JENIS ALAT PERHIASAN DIRI CUCUK SANGGUL DOKOH ANTING-ANTING
PROSES PENGHASILAN ANTING-ANTING 1. Peleburan emas: Emas dileburkan terlebih dahulu bagi membentuk kuboid kemudian direndamkan ke dalam air. 2. Peleperan: Emas itu kemudian dileperkan supaya lebih mudah untuk dibentuk. 3. Pengukuran: Emas itu diukur dan ditanda bagi membentuk anting-anting. 4. Pembentukan: Emas itu kemudian di potong dan dibentuk menjadi bentuk yang diinginkan (misalnya bulatan) dan komponen yang diperlukan. 5. Pembersihan: Emas itu kemudian dimasukkan kedalam larutan yang dapat menjadikan emas itu lebih berkilat dan menghilangkan benda asing yang melekat semasa proses pembentukan.
PROSES PENGHASILAN
PROSES PENGHASILAN
BATIK Batik ialah seni tampak yang dikembangkan oleh orang Jawa dari Pulau Jawa, Indonesia. Seni ini menerakan atau menandakan ("mencanting") corak pelbagai gaya menggunakan lilin pada kain yang kemudiannya diwarnakan meninggalkan kesan cantingan. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya ialah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap.
JENiS-JENiS BATiK BATIK LUKIS BATIK SKRIN BATIK PELANGI
BATIK LUKIS •Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. •Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. •Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.
BATIK SKRIN ● Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. ● Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. ● Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. ● Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.
BATIK PELANGI ● Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. ● Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. ● Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.
BAHAGIAN-BAHAGIAN BATIK Batik terbahagi kepada beberapa bahagian yang utama: 1. Gunung kain 2. Badan kain 3. Tanah kain 4. Kepala kain 5. Gigi kain
PROSES PENGHASILAN BATIK 1. Meregang atau menegang adalah antara proses awal dalam pembuatan batik. Kain putih atau kain dasar dipotong mengikut ukuran yang diperlukan. Kain ini kemudiannya diregang dengan menyangkut kedua-dua hujung kain pada susunan paku yang terdapat pada alat pemidang mudah alih atau meja terap. 2. Corak batik yang telah dipilih perlulah dilukis di atas kain tersebut dengan menggunakan pensel. Motif yang diingini boleh dipilih bedasarkan motif tradisional, flora, fauna, geometri, organik atau abstrak. 3. Proses mencanting dilakukan dengan menggunakan sejenis alat yang dipanggil canting. Campuran lilin cair dimasukkan ke dalam alat canting dan kemudian dilakar di atas permukaan kain dasar yang diregang di atas pemidang. 4. Bancuh warna yang diingini.Warna yang dipilih perlulah dibancuh dalam bekas yang berlainan agar tidak berlaku percampuran warna. Seterusnya, warnakan corak yang dipilih dengan menggunakan pewarna batik. MkSdlkdkb
PROSES PENGHASILAN BATIK 4. Bancuh warna yang diingini.Warna yang dipilih perlulah dibancuh dalam bekas yang berlainan agar tidak berlaku percampuran warna. Seterusnya, warnakan corak yang dipilih dengan menggunakan pewarna batik. Antara teknik-teknik batik adalah Teknik Alfa, Teknik Semburan Angin (Air Brush), Teknik Menarik, dan lain- lain. Pengeluar dan pereka batik tempatan sentiasa melakukan kajian dan penyelidikan tentang penggunaan warna-warna batik supaya warna tidak mudah luntur dan menampilkan warna-warna menarik serta mengikut perkembangan warna semasa. 5. Mematikan warna. Sodium silikat digunakan sebagai bahan pemati warna. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna yang dilukis tidak akan luntur apabila dibasuh. Seterusnya, rendamkan kain tersebut kedalam air selama empat jam. Setelah empat jam direndam, kain tersebut perlulah dibasuh dan direbus dengan air yang dicampur dengan soda ash. Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin pada permukaan kain tersebut. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas. 6. Jemur produk yang dihasilkan sehingga kering.
PROSES PENGHASILAN
PROSES PENGHASILAN
TEKAT Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka
TOKOH DALAM SENI TEKAT Ahdijah b. Hasim adalah seorang tokoh kraftangan tekat yang telah dipilih oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Adiguru kerana kepakaran dalam bidang tekat. Beliau mula belajar menekat daripada Ibunya bernama Anatishaah bt. Bilai Din juga seorang tokoh tekat di Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga banyak menerima tempahan tekat antaranya ialah daripada Sultan Perak, Sultan Johor, Sultan Selangor dan Baju penabalan Yang Di Pertuan Agong.
Hajah Azizah berasal dari Kg. Panang Changkat, Bukit Candan, Kuala Kangsar Perak. Kemahiran menekat adalah di warisi dari ibu dan warisan keluarga sejak turun temurun. Sekarang beliau menumpukan sepenuh masa dalam perusahaan menekat. Sebelum ini beliau adalah seorang jurulatih di Perbadanan Kraftangan Cawangan Perak. Beliau pernah mewakili negara ke Jepun, Arab saudi dan Brunei untuk membuat demonstrasi menekat. TOKOH DALAM SENI TEKAT
TEKAT TIMBUL BUNGA EMAS JENIS TEKAT TEKAT GUBAH
TEKAT TIMBUL BUNGA EMAS JENIS TEKAT Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.
JENIS TEKAT TEKAT GUBAH Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Tukang hanya menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tepak sirih, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan dan sebagainya.
PROSES PENGHASILAN TEKAT 1. Membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas yang dilekat tindih. 2. Bentuk motif ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25 sentimeter. 3. Mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur. 4. kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus dan berkilat ditegangkanpada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu digunakan daripada warna gelap seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua dan hitam.