PROSES PENGHASILAN TEKAT 5. Pemidang kayu pula ada dua jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada reka bentuk yang diingini. 6. Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan dengan kain putih yang diikatkan ke bingkai pemidang. Oleh itu, baldu dan menjadi tegang. 7. Benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang pada kain dasar. 8. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah disusun rapat-rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan dari atas. 9. Sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas.
PROSES PENGHASILAN
UKIRAN Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Ianya dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat melayu terutamanya pada ukiran-ukuran yang terdapat pada rumah-rumah tradisional. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.
JENiS-JENiS UKIRAN UKIRAN TEBUK TEMBUS UKIRAN BUNGA TIMBUL UKIRAN ARCA
PROSES PENGHASILAN UKIRAN KAYU 1. Persiapan bahan: Pilih kayu yang tepat dan sesuai dengan keperluan. Kayu yang digunakan haruslah lunak dan mudah diukir, seperti kayu basswood, butternut, dan pinus putih. 2. Penentuan corak: Tentukan corak atau pola yang akan dibuat dan tandakan pada kayu. 3. Pemahatan: Gunakan pisau atau pahat untuk memahat kayu sesuai dengan gambar atau pola yang telah ditentukan. 4. Penghalusan: Setelah selesai memahat, gunakan amplas untuk menghaluskan permukaan kayu . 5. Pewarnaan: Jika diinginkan, kayu dapat diwarnai dengan cat atau pewarna kayu
PROSES PENGHASILAN
TENUNAN Tenunan adalah seni tekstil yang terkenal di tanah melayu. Ianya mempunyai keunikan tersendiri kerana proses pembuatannya memakan masa. Selain itu motif yang digunakan juga mempunyai keunikan tersendiri dan ekslusif. Tenunan songket mula berkembang dibeberepa negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk mempermanis dan memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya.
JENiS-JENiS CORAK PADA SONGKET SUSUNAN BUNGA PENUH SUSUNAN BUNGA TABUR SUSUNAN BERCORAK
PROSES MENENUN 1. Pemilihan motif: Pertama-tama, pemilihan motif dilakukan untuk menentukan corak yang akan dibuat pada kain songket. 2. Pembuatan pola: Setelah motif ditentukan, pola dibuat pada kain dasar menggunakan lilin batik atau bahan lainnya 3. Penenunan: Setelah pola selesai dibuat, proses penenunan dimulai dengan menggunakan teknik menyungkit, yaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di permukaan alat tenun yang dipanggil kek tenun. Proses menyungkit dilakukan setelah benang karat butang disediakan. Benang karat butang digunakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas.
PROSES MENENUN 4. Pencelupan: Setelah penenunan selesai, kain songket dicelupkan ke dalam pewarna untuk memberikan warna yang diinginkan. 5. Pengeringan: Setelah dicelupkan, kain songket dijemur hingga kering
PROSES PENGHASILAN
PROSES PENGHASILAN
ANYAMAN Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari sehingga hari ini. Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan kelarai (motif) dan corak. Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang "berbentuk" (selalunya unsur alam) sementara corak dimaksudkan kepada susunan warna tanpa memperlihatkan kepada susunan warna dan bentuk motif.
ANTARA BAHAN-BAHAN ROTAN BULUH MENGKUANG
PROSES MENGANYAM(KARYA) 1. Lipat dan potong surat khabar supaya menjadi beberapa bahagian yang lebih kecil. 2. Gulungkan bahagian yang telah dipotong sehingga menjadi beberapa batang yang kelihatan kemas dan gamkan. 3. Bina tapak bagi bakul yang hendak dihasilkan dengan menyusun batang-batang itu sehingga membentuk palang. 4. Gunakan stapler bagi menguatkan lagi susunan yang dibuat supaya tidak mudah bergerak..
PROSES MENGANYAM (KARYA) 5. Mulakan menganyam bakul yang hendak dihasilkan berdasarkan kepada bentuk yang telah ditentukan. 6. Potong juraian batang yang berlebihan supaya kelihatan cantik dan kemaskan juraian tersebut. 7. Bina rangkai bagi tangkai bakul kemudian anyam bahagian tersebut bagi membentuk tangkai bakul. 8. Kemaskan bakul yang telah dihasilkan dengan mengecatnya menggunakan varnis.
PROSES PENGHASILAN
PROSES PENGHASILAN
Tembikar merupakan salah satu hasil kraftangan tradisional yang diperbuat daripada tanah liat. Tembikar telah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk tujuan keperluan harian, upacara kematian, dan keagamaan seperti yang diamalkan oleh masyarakat peribumi di Sarawak. Zaman Neolitik merupakan zaman bermulanya penggunaan dan perkembangan tembikar. Bukti penemuan bahan-bahan artifak ini telah dijumpai di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak. Tedapat pelbagai fungsi bagi tembikar yang dihasilkan antaranya ialah sebagai alat memasak, ritual keagamaan, candi dan perhiasan diri TEMBIKAR
CONTOH-CONTOH TEMBIKAR GELUK BUYUNG JAMBANGAN LABU BEKAS BARA
1. Tanah yang telah dicangkul itu dikumpulkan dan dihancurkan sehingga menjadi ketulan-ketulan yang kecil. 2. Ketulan-ketulan itu kemudiannya ditapis bagi mendapatkan debu-debu yang diperlukan. Debu-debu ini akan diproses ke peringkat yang selanjutnya. 3. Debu itu kemudiannya dicampurkan dengan bahan-bahan yang khas serta air bagi membentuk gumpalan tanah liat. Tanah ini akan digumpal berkali-kali supaya mudah untuk dibentuk. PROSES PENGHASILAN TEMBIKAR
4. Debu yangs sudah diproses itu kemudian menjadi gumpulan tanah liat yang akan diletakkan di alat khas untuk membentuk tembikar. 5. Tanah liat tersebut akan dibentuk menjadi bentuk tembikar yang dikehendaki kemudian diukir menggunakan alat yang sesuai bagi mendapatkan corak yang diinginkan. 6. Tembikar yang sudah terbentuk daripada tanah liat itu kemudiannya akan dibakar menggunakan api. 7. Tembikar tersebut boleh diberikan kemasan lagi supaya kelihatan lebih menarik dan dapat menimbulkan corak yang dihasilkan. PROSES PENGHASILAN TEMBIKAR
PROSES PENGHASILAN
PROSES PENGHASILAN
PENUTUP
Hasil karya seni seperti kraf tangan hendaklah dikekalkan dan diwariskan kepada generasi akan datang. Hal ini supaya kraf tangan tersebut tidak pupus ditelan zaman dan arus globalisasi. Ilmu berkenaan dengan penghasilan kraf tangan tersebut hendaklah diturunkan kepada generasi yang seterusnya supaya generasi akan datang dapat lagi melihat kraf tangan tersebut. Bagi memastikan kraf tangan khususnya kraf tangan tradisional tidak hilang dimamah zaman, wujudnya pembaharuan dan modifikasi bagi memastikan kraf tangan tersebut dapat memenuhi minat dan nilai estetika pada masa kini. Selain itu, modifikasi pada bahan dan proses juga turut berlaku misalnya pada masa kini, anyaman dapat dihasilkan dengan menggunakan surat khabar berbanding anyaman pada masa dahulu yang menggunakan buluh atau rotan yang pada masa kini semakin sukar untuk didapatkan serta bantuan memudahkan proses penghasilan. Terdapat pelbagai jenis kraf tangan seperti alat domestik, alat perhiasan, alat permainan, anyaman dan banyak lagi. Kraf-kraf ini juga mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu dalam kehidupan seharian misalnya sebagai perhiasan, penutup makanan, mempertahankan diri dan banyak lagi. Oleh sebab itu, kraf tangan hendaklah dikekalkan supaya dapat dilihat oleh generasi akan datang supaya mereka mengetahui khazanah dan budaya negara. PENUTUP
SUMBER RUJUKAN
SUMBER RUJUKAN Akmal Azaki (2023) Dokumentasi senjata tradisional melayu di negeri-negeri pantai timur. Final Year Project thesis, Uniǿersiti Malaysia Kelantan. Aszulhida Aman, Ros MahȀati & Zuliskandar Ramli. (2022). Design and art elements of the baju kurung malay community. Jurnal Seni dan Pendidikan Seni. 10(2022), 78-89. https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/ǿieȀ/6587/3452 Hazim Suahimi, Zainab Samian, Lina Adiman & Ong B. B. (2019). Pendidikan kesenian tahun 4 sekolah kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia; DeȀan Bahasa dan Pustaka. Nazdy Harun. (2022). Pesona seni kraf Ȁau. Berita Harian. https://ȀȀȀ.bharian.com.my/hujung-minggu/lain-lain/2022/09/997778/pesona-seni-kr af-Ȁau Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (2023). Kraf. DeȀan Bahasa dan Pustaka. https://prpm.dbp.goǿ.my/cari1?keyȀord=kraf Shamsu Mohamad & Hasnah Hassan. (2021). Estetika tembikar tradisional terenang Pahang. International Journal of Education, Islamic Studies and Social Sciences Research, 6(1), 101-111. https://myjms.mohe.goǿ.my/index.php/IJEISR/article/ǿieȀ/16987