MRSM GERIKBUKU PANDUAN PELAJARUUNNIITT AASSRRAAMMAA MMRRSSMM GGEERRIIKK
KANDUNGAN MUKA SURATBAHAGIAN I: PENGENALAN 1-61.0 Sejarah Penubuhan MRSM Gerik 11.1 Logo MRSM Gerik 11.2 Moto MRSM Gerik 21.3 Lirik Lagu MRSM 21.4 Falsafah Pendidikan Negara 21.5 Falsafah Pendidikan MARA 31.6 Visi 31.7 Misi 31.8 Nilai Teras MRSM 31.9 Ciri-ciri Budaya Pelajar MRSM 3-41.10 Etika Pelajar MRSM 51.11 Tanggungjawab Pelajar 5-6BAHAGIAN II: PERATURAN PAKAIAN 6-142.0 Tafsiran 62.1 Pakaian Pelajar Lelaki 7-82.2 Pakaian Pelajar Perempuan 8-92.3 Pakaian Larangan 9-102.4 Pakaian Larangan Ke Kelas Persediaan 102.5 Peraturan Pakaian Untuk Setiap Aktiviti Maktab 10-142.6 Kad Matrik Pelajar 14BAHAGIAN III: PENAMPILAN DIRI 14-153.0 Pelajar Lelaki 14-153.1 Pelajar Perempuan 15BAHAGIAN IV: PERATURAN KELUAR DAN MASUK MAKTAB 16-194.0 Keluar Ke Bandar (Outing) 16-174.1 Pulang Bermalam 17-184.2 Keluar Mengikuti Program (Lawatan, Aktiviti Homeroom / Akademik, Perkhemahan, Kokurikulum Dan Seumpamanya) 184.3 Keluar Untuk Solat Jumaat 18-194.4 Keluar Ke Klinik/Hospital 19BAHAGIAN V: PERATURAN KELAS PERSEDIAAN 19-20BAHAGIAN VI: PERATURAN PENGINAPAN 20-226.0 Penempatan Pelajar Di Asrama 206.1 Kebersihan Bilik Dan Kawasan Asrama 216.2 Peraturan Am 21-22
KANDUNGAN MUKA SURATBAHAGIAN VII: PERATURAN PENGGUNAAN KEMUDAHAN 22-247.0 Bilik Rehat 227.1 Bilik Utiliti 227.2 Bilik Sakit 227.3 Surau 22-237.4 Dewan Selera (DS) 237.5 Tandas / Bilik Mandi / Bilik Basuh 237.6 Penggunaan Peralatan Elektrik 23BAHAGIAN VIII: KESELAMATAN WANG 248.0 Wang Tunai 248.1 Kad ATM 24BAHAGIAN IX: PERATURAN KESELAMATAN & GARIS PANDUAN KESELAMATAN ASRAMA (KEBAKARAN) 24-279.0 Tindakan Pentadbiran 249.1 Tindakan Guru Asrama 25-269.2 Tindakan Pelajar 269.3 Keselamatan Umum 27BAHAGIAN X: GARIS PANDUAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DAN PERANTI PINTAR 27-3210.0 Garis Panduan Penggunaan Telefon Bimbit 2710.1 Garis Panduan Penggunaan Peranti Pintar 2810.2 Prosedur Tuntutan Peranti 29BAHAGIAN XI: PANDUAN PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR 33-3611.0 Kesalahan Disiplin Kategori Amat Berat 33-3411.1 Hukuman Disiplin Kategori Amat Berat 3411.2 Kesalahan Disiplin Kategori Berat 3411.3 Hukuman Disiplin Kategori Berat 3511.4 Kesalahan Disiplin Kategori Sederhana 3511.5 Hukuman Disiplin Kategori Sederhana 35-3611.6 Kesalahan Disiplin Berulang 3611.7 Hukuman Bagi Kesalahan Berulang 36BAHAGIAN XII: LAMPIRAN 37-44
1BAHAGIAN I: PENGENALAN1.0 SEJARAH PENUBUHAN MRSM GERIKMaktab Rendah Sains MARA Gerik (MRSM Gerik) beroperasi sepenuhnya pada tahun 1993 dan pengambilan pelajar pertama bermula pada Januari 1994, dengan kemasukan 98 orang pelajar tingkatan 2 dan 146 orang pelajar tingkatan 1. Sehingga Mei 1995 bilangan pelajarMRSM Gerik ialah seramai 336 orang. Infrastruktur AwalTarikh Penubuhan : Siap dibina pada tahun 1991Tahun permulaan beroperasi sebagai institusi pendidikan : 1993Terletak di negeri Perak. Dibina di atas Bukit Nasah, Kampung Kenayat, dengan keluasan 75 ekar. Jaraknya dari Bandar Gerik adalah lebih kurang 13 km1.1 LOGO MRSM GERIKTeleskop dan Alatan SainsMelambangkan sains dan teknologi masa kini.Roda BergigiSetiap gigi mewakili negeri dalam Malaysia di mana MARA memberi perkhidmatannya secara telus dan juga jaringan aktiviti keusahawanan yang diterokai oleh Bumiputera. Mewakili 14 buah negeri di Malaysia.Slogan Berdisiplin Berilmu BeramalPada logo tersebut mewakili sahsiah terpuji yang diterapkan pada pelajar. Konsep utama MRSM iaitu pendidikan sains dan teknologi diketengahkan, ketakwaan dijana dan keusahawanan disemai. Pelajar-pelajar MRSM ini seterusnya dicanai agar menjadi pelajar serba boleh, berjiwa patriotik, kental dan mampu bersaing pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.Warna HitamSebagai lambang keutuhan dan kekukuhan semangat untuk membantu secara berterusan golongan Bumiputera.Warna MerahMelambangkan keberanian untuk mara kehadapan menerokai peluang-peluang baru.
21.2 MOTO MRSM GERIK\"Our Excellence, Our Responsibility\"1.3 LIRIK LAGU MRSMWahai putera-puteri bangsakuAyuh segera menujuMengikut gerak langkah majuBersatu mencari ilmuDi zaman sains dan teknologiNegara perlukan jasamuJanganlah rasa malas lagiBersama memegang terajuDi Maktab Rendah Sains MARATuntut ilmu jangan jemuIkrar taat setia pada guruBerdisiplin selaluHari ini hari mulanyaHari esok berjayaLengkapkan segala yang adaKe kuliah kita segera1.4 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988)
31.5 FALSAFAH PENDIDIKAN MARA Pendidikan MARA adalah satu usaha yang berterusan berteraskan ilmu, teknologi dan nilai keusahawanan untuk membangunkan insan holistik yang seimbang.1.6 VISI Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia. 1.7 MISI Menyediakan pelajar bumiputera yang berpotensi dalam bidang sains dan teknologi serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan. 1.8 NILAI TERAS MRSMMenerapkan nilai Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik.1.9 CIRI-CIRI BUDAYA PELAJAR MRSMBudaya MRSM adalah cara bertindak atau cara hidup warga MRSM yang dapat menggambarkan identiti mereka sebagai produk MRSM yang unggul. Adalah menjadi hasrat MARA untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai dan mengamalkan ciri-ciri budaya MRSM berdasarkan prinsip-prinsip Islam seperti berikut:BUDAYA PENERANGANCemerlang Sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlangUsahawan Cekap mengesan peluang dan sumber yang ada serta bersedia berhadapan dengan risiko di samping mempunyai sikap komited, tekal dan cekalKepimpinan Mempunyai semangat dan ciri-ciri kepimpinanPenyayang Mempunyai perasaan simpati, prihatin dan hormat menghormatiBerdikari Boleh menguruskan segala aktiviti di maktab untuk mewujudkan ciri-ciri kepimpinanSains dan Teknologi Dapat berfikir secara kreatif, kritis dan rasional di samping mempunyai daya cipta yang tinggi dan dapat memanfaatkan teknologi semasaMenghargai Masa Dapat menepati masa dan menggunakan masa dengan berkesanBersih Dan Sihat Menjaga Kebersihan diri, bersih fizikal, sihat mental dan spiritual.Meminati Seni Menghayati seni dan keindahan (estetika)Permuafakatan Mengamalkan semangat bekerjasama, bantu-membantu dan semangat persaudaraanJati Diri Dapat mengenal diri, asal-usul dan budaya sendiri di samping mempunyai semangat patriotik
4Ilmu Berusaha mendapatkan ilmu sepanjang hayat dengan sentiasa mempunyai keinginan untuk mengamalkan, meningkatkan ilmu di samping menemu dan membina ilmu pengetahuanKepersisan bahasa Mampu berbahasa dengan bijak, tepat dan jitu. Boleh menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baikBerfikiran Dapat berfikir secara kreatif, kritis, inovatif, proaktif dan rasionalBeradab Mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa, bersopan santun dan maju dalam tingkat kehidupan (jasmani dan rohani)1.10 ETIKA PELAJAR MRSMETIKA PENERANGANKepercayaan Kepada Tuhan Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang percaya kepada Tuhan dan bersyukur atas segala kemudahan dan nikmat yang dikurniakanBersopan Dan Bertatasusila Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang bersopan santun, berpekerti mulia, berbudi bahasa, menghormati ibu bapa, guruguru, ketua dan rakan-rakanKepatuhan Kepada Undang-Undang Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang berdisiplin dan menghormati peraturan & undang-undang agama, maktab dan negaraMenghormati Masa Dan Tanggungjawab Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang menepati masa, rajin dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawabMementingkan Kesihatan Dan KebersihanSentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang bersih, sihat, kemas, berwibawa, berketerampilan, mementingkan kebersihan dan mencintai alam sekitarBerfikiran Positif Dan Bercita-cita Tinggi Sentiasa menunjukkan tingkah laku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang yakin kepada kebolehan diri sendiri, tidak mudah putus asa, berpandangan jauh, berjiwa besar, patriotik, dinamik, berdaya saing dan bercita-cita tinggi
51.11 TANGGUNGJAWAB PELAJAR1. Tanggungjawab Pelajar Terhadap Diri Sendiri.• Menjaga kebersihan diri, termasuklah kebersihan fizikal, mental dan rohani• Berjuang mencapai kecemerlangan dalam semua bidang• Menghargai masa dan menghormati masa • Bersifat sederhana dan tidak sombong• Menghormati hak asasi orang lain• Bersopan, jujur dan amanah• Berdedikasi dan berdikari• Sabar dan bertolak ansur• Berani dan cekal hati• Berjimat cermat2. Tanggungjawab Pelajar Terhadap Agama.• Taat kepada perintah Tuhan• Mempertahankan kesucian agama• Menuntut ilmu sebagai memenuhi tuntutan agama• Mendalami dan mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan harian• Menyebarluaskan nilai-nilai murni keagamaan dalam kalangan masyarakat3. Tanggungjawab Pelajar Terhadap Keluarga.• Menghormati ibu bapa dan keluarga• Menjaga nama baik keluarga• Menghormati sahabat/kenalan keluarga• Memupuk hubungan yang baik sesama ahli keluarga• Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadi seorang yang berpendidikan dan bermoral tinggi 4. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat.• Tolong-menolong dan bekerjasama• Menghormati orang yang lebih tua• Memelihara kerukunan hidup berjiran• Bersefahaman dan sabar• Bertolak ansur, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain• Melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat/kebajikan• Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan haiwan serta alam sekitar• Mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia daripada pencemaran budaya5. Tanggungjawab Pelajar Terhadap Maktab.• Mematuhi dan menghormati peraturan maktab• Menghormati guru-guru dan kakitangan• Belajar bersungguh-sungguh • Bekerjasama dan bersatu padu• Menaikkan imej maktab dalam semua bidang
6• Menceburi aktiviti-aktiviti yang disediakan di maktab• Memupuk dan menghayati nilai-nilai moral yang tinggi • Mengguna dan menghargai kemudahan yang disediakan oleh MARA dengan baik6. Tanggungjawab Pelajar Terhadap Guru.• Menghormati guru sebagai sumber pengetahuan• Bersopan terhadap guru• Menjaga perasaan guru• Menerima teguran guru dengan positif• Bersedia memberi kerjasama dan bantuan• Mematuhi peraturan guru (yang tidak bertentangan dengan agama)7. Tanggungjawab Pelajar Terhadap Negara.• Mencintai negara dan bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan negara• Mematuhi undang-undang • Mengamalkan Prinsip Rukun Negara• Menjaga kemudahan awam• Menjaga dan menaikkan imej Negara• Memelihara perpaduan dan kerukunan hidup rakyat Malaysia• Memelihara dan mempertahankan keindahan semulajadi negaraBAHAGIAN II: PERATURAN PAKAIAN2.0 TAFSIRANPakaian Rasmi Pakaian yang dipakai semasa menghadiri kelas pembelajaran formal dan majlis-majlis rasmi sama ada di dalam atau luar maktabPakaian Pilihan Pakaian yang dipakai semasa menghadiri kelas pembelajaran formal, aktiviti dalaman maktab dan semasa keluar bandar atau pulang ke rumahPakaian Sukan Dan PermainanPakaian yang dipakai semasa menyertai acara-acara sukan, permainan dan riadahPakaian AktivitiKo-KurikulumPakaian yang dipakai semasa mengikuti aktiviti pasukan seragam, kelab atau persatuanPakaian Pendidikan JasmaniPakaian yang dipakai semasa mengikuti kelas pendidikan jasmani di luar bilik darjahPakaian Waktu Prep Pakaian yang dipakai semasa kelas persediaan (Preparatory class) petang atau malam yang diwajibkan pada hari persekolahanPakaian OutingPakaian yang dipakai semasa pelajar keluar dari kawasan maktab sama ada keluar ke bandar (outing) atau pulang ke rumah (pulang bermalam atau cuti sekolah)Tutup Kepala Pakaian yang menutupi kepala seperti songkok, ketayap, serban, tudung, telekung dan sebagainyaPakaian Solat JumaatPakaian yang dipakai semasa semasa pelajar lelaki ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat
72.1 PAKAIAN PELAJAR LELAKIa. Baju Kemeja/Baju Ti. Baju kemeja berkolar sama ada berlengan panjang atau pendek.ii. Lain-lain baju seperti baju T berkolar, baju T sukan/Jersi atau seumpamanya dibenarkan untuk aktiviti riadah sahaja. Baju T tidak berkolar tidak dibenarkan.iii. Baju kemeja lengan panjang hendaklah dibutangkan di pergelangan tangan dan tidak dibenarkan dilipat.iv. Baju kemeja hendaklah disisipkan.v. Kombinasi pakaian seragam maktab ➢ Kombinasi warna adalah ‘’beige’’ dan coklat tua (Pakaian hari Isnin/ perhimpunan rasmi) biru dan biru tua (kelas akademik hari Selasa)➢ Baju melayu lengkap berwarna putih, songkok hitam dan bersampin maktab.➢ Baju batik maktab dan seluar slack hitam.vi. Walaubagaimanapun kemeja bagi pakaian seragam maktab adalah dibenarkan dengan syarat mesti disisipkan.vii. Pemakaian semua jenis jaket tidak dibenarkan ke kelas. Baju panas (sweater) dibenarkan dalam keadaan tertentu sahaja.b. Seluari. Kain seluar yang dibenarkan ialah yang selain daripada jenis kain denim, PVC, corduroy atau kulit atau seluar daripada jenis kain bahan sintetik (PVC atau Poliester) sahaja dibenarkan.ii. Pemakaian semua jenis “jeans’’ dan “cotton slack’’ tidak dibenarkan.iii. Fesyen seluar hendaklah tidak terlalu longgar (baggy) atau terlalu ketat.iv. Paras kaki seluar hendaklah melepasi bawah buku lali dan ukur lilit kaki seluar di antara 35cm-45cm.c. Tali Pinggangi. Tali pinggang hendahlah jenis kulit atau PVC.ii. Lebar tali pinggang hendaklah di antara 2.5 cm – 3.0 cm dan berwarna gelap (hitam atau coklat tua). Tali pinggang yang berwarna-warni dan berbelang tidak dibenarkan.iii. Kepala tali pinggang hendaklah tidak terlalu besar dan tidak mempunyai lambang-lambang yang tidak bermoral.d. Kasut dan Stokin/Sandali. Hanya kasut kulit/PVC berwarna hitam sahaja dibenarkan.ii. Kasut sukan (riadah/aktiviti/ sukan dan permainan) dan sandal bertali (surau,prep malam dan ke DS) di benarkan.iii. Selipar, sandal tidak bertali, crocs, “boot”, dan “semiboot” tidak dibenarkan ke kawasan akademik, pentadbiran, surau dan dewan makan.iv. Warna stokin hendaklah yang berwarna hitam atau gelap melepasi buku lali.
8e. Tali Leheri. Tali leher rasmi maktab sahaja dibenarkan.ii. Tali leher hendaklah dipakai semasa upacara rasmi maktab dan hari persekolahan (kecuali Khamis dan Jumaat).f. Tutup Kepalai. Hanya songkok berwarna hitam sahaja dibenarkan.ii. Kopiah dan serban dibenarkan untuk menunaikan solat sahaja.iii. Topi dan cap tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan bersukan sahaja.g. Tanda Nama/Kad Pelajar dan Tali Lanyard Maktab. i. Tanda nama/ kad pelajar dan tali lanyard maktab hendaklah sentiasa dipakai semasa ke kelas akademik dan upacara rasmi maktab.ii. Pelajar-pelajar ahli Badan Kepimpinan Pelajar dibenarkan memakai tanda nama khas.2.2 PAKAIAN PELAJAR PEREMPUANa. Baju dan Kaini. Jenis baju yang dibenarkan ialah baju kurung.ii. Baju dan kain hendaklah tidak ketat dan tidak jarang.iii. Kain “petticoat’’ adalah diwajibkan. iv. Pelajar bukan Islam digalakkan memakai baju kurung dan dibenarkan memakai blaus berlengan panjang serta skirt labuh melebihi paras lutut.viii. Kombinasi pakaian seragam maktab:➢ Kombinasi warna adalah ‘’beige’’ dan coklat tua (Pakaian hari Isnin/ perhimpunan rasmi) biru dan biru tua (kelas akademik hari Selasa).➢ Baju kurung beige, kain songket maktab dan tudung putih (Jumaat).➢ Baju kurung batik maktab (Khamis).b. Tudung i. Pemakaian tudung diwajibkan.ii. Tudung hendaklah berbentuk segi tiga depan dan belakang berjahit serta menutupi bahagian bahu dan dada.iii. Tudung dan anak tudung berwarna putih sahaja dibenarkan pada waktu akademik dan pulang bermalam.iv. Tudung dan anak tudung berwarna hitam dibenarkan pada waktu-waktu lain seperti kelas persediaan, surau, keluar bandar dan lain-lain.v. Tudung berwarna selain dari hitam dan putih dibenarkan setelah mendapat kebenaran maktab.vi. Tudung hendaklah tidak jarang dan tidak bercorak serta menutupi bahagian dada.
9c. Kasut/Sandali. Kasut hendaklah jenis yang bersarung dan kasut kulit/PVC berwarna hitam sahaja dibenarkan.ii. Ketinggian tumit tidak melebihi 2.5 cm.iii. Kasut berfesyen dan berwarna-warni tidak dibenarkan.iv. Kasut sukan (riadah/aktiviti/ sukan dan permainan) dan sandal bertali (surau, prep malam dan ke DS) dibenarkan.v. Selipar, sandal tidak bertali, crocs, tidak dibenarkan ke kawasan akademik, pentadbiran, surau dan dewan makan.d. Tanda Namai. Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa ke kelas akademik dan upacara rasmi maktab.ii. Pelajar-pelajar ahli Badan Kepimpinan Pelajar dibenarkan memakai tanda nama khas.2.3 PAKAIAN LARANGAN.Pada bila-bila masa dan di mana juga di dalam kawasan maktab, pelajar dilarangmemakai / memiliki / menyimpan pakaian seperti berikut :-i. Semua jenis pakaian yang ditafsirkan sebagai mencolok mata atau pakaian yang mendedahkan aurat mengikut tafsiran Islam atau pakaian ketat yang memperlihatkan raut anggota atau tubuh badan pemakaianya atau pakaian yang ditafsiran sebagai “seksi”, menjolok mata atau bertentangan nilai-nilai budaya dan moral masyarakat kecuali di tempat-tempat tertutup kepada jantina yang berlainan atau dengan kebenaran khas atas sebab-sebab keselamatan.ii. Baju atau pakaian yang ada gambar orang seperti penyanyi, penghibur, pemimpin, ahli sukan dan sebagainya atau gambar-gambar lucah atau gambar-gambar yang bertentangan dengan nilai-nilai murni budaya Malaysia dan kepentingan maktab atau negara.iii. Baju atau pakaian yang bertulis dengan tulisan atau lakaran yang lucah, ganas atau bertentangan dengan nilai-nilai murni budaya Malaysia dan kepentingan maktab atau negara.iv. “Cotton slacks” dan jaket kecuali overall makmal / bengkel ketika melakukan kerjakerja berkaitan atau jubah untuk mengerjakan “solat” di surau atau di tempat- tempat berkenaan.v. Tali pinggang berwarna-warni, rugged, berkepala besar dengan tulisan atau lakaran atau reka bentuk binatang, lucah, ganas, dan sebagainya.vi. Semua jenis “ikatan” atau lilitan kepala termasuk topi, serban, dan sebagainya kecuali :-vii. Songkok biasa berwarna hitam atau biru gelap / turban bagi yang beragama Sikh.viii. Kopiah atau serban semasa berada atau solat di asrama.ix. “Topi atau cap” untuk tujuan tertentu pada tempat dan masa tertentu mengikut acara (sukan, perbarisan, pakaian seragam dan sebagainya mengikut kesesuaian dan keperluan).
10x. Berpakaian separuh bogel (tidak memakai baju, berkemban, memakai tuala mandi sahaja, berkaki ayam tidak memakai alas kaki / kasut) ditegah kecuali dalam bilik mandi / asrama atau tempat-tempat yang dilarang memakai kasut.xi. Mengenakan sebarang jenis pakaian yang dianggap tidak sesuai / tidak wajar dipakai oleh pelajar MRSM.xii. Mengenakan pakaian yang kotor, koyak (sengaja/ tidak) atau compang-camping.2.4 PAKAIAN LARANGAN KE KELAS PERSEDIAAN.Lelaki/ perempuan dilarang sama sekali memakai pakaian berikut semasa menghadiri kelas persediaan malam atau siang :-i. Selipar Jepun, terompah, topi atau sebarang jenis lilitan kepala kecuali songkok (bukan kopiah dan sebagainya) atau turban kepada pelajar yang beragama Sikh.ii. Pakaian yang dianggap tidak sesuai dipakai oleh seorang pelajar / penuntut atau tidak sesuai dengan tujuan aktiviti.iii. Pakaian yang tidak sopan, menjolok mata atau bertentangan dengan nilai-nilai murni budaya Melayu / Malaysia / Islam.iv. Pakaian yang kotor “fizikal” atau “moralnya”.v. Tidak memakai kasut atau berkaki ayam.2.5 PERATURAN PAKAIAN UNTUK SETIAP AKTIVITI MAKTAB.Pakaian mestilah kemas dan bersih sentiasa.BIL. PERKARA PAKAIAN LELAKI PAKAIAN PEREMPUAN1. Waktu Kelas Akademik/ Waktu Perhimpunan dan Upacara Rasmi • Baju kemeja berlengan panjang berwarna beige muda dan seluar panjang berwarna coklat (ISNIN)atau baju kemeja berlengan panjang berwarna biru muda dan seluar panjang berwarna biru tua(SELASA).• Baju kemeja berlengan panjang berwarna beige muda dan seluar panjang berwarna coklat (Waktu Perhimpunan dan Upacara Rasmi)• Pakaian batik rasmi maktab dan seluar panjang berwarna hitam (KHAMIS).• Baju Melayu lengkap berwarna putih bersampin maktab dan Bersongkok hitam (JUMAAT).• Baju kemeja hendaklah disisipkan ke dalam seluar.• Baju kurung berwarna beige muda dan kain kurung berwarna coklat (ISNIN) atau baju kurung berwarna biru muda dan kain kurung berwarna biru tua(SELASA).• Baju kurung berwarna beige muda dan kain kurung berwarna coklat (Waktu Perhimpunan dan Upacara Rasmi).• Baju kurung berwarna beige, kain songket maktab dan tudung putih (JUMAAT).• Baju kurung batik rasmi maktab (KHAMIS).• Baju dan kain tidak ketat dan tidak jarang.• Kasut jenis kulit atau PVC berwarna hitam dan bertumit tidak melebihi 2.5cm.
11• Baju kemeja berlengan panjang hendaklah dibutangkan pada pergelangan tangan.• Seluar daripada jenis kain bahan sintetik (PVC atau Poliester) sahaja • Potongan seluar adalah straight cut dan paras kaki seluar melepasi buku lali.• Kasut jenis kulit atau PVC berwarna hitam.• Wajib memakai stokin berwarna hitam dan melepasi buku lali • Memakai tanda nama/kad pelajar dan tali lanyard maktab. • Tali leher rasmi maktab.• Tali pinggang berwarna gelap (hitam / coklat) dari jenis kulit atau PVC. Lebar tali pinggang 2.5cm –3cm dan saiz kepala tali pinggang 3cm x 3.5cm.• Kepala tali pinggang yang berlambang (binatang, keagamaan dan tidak bermoral) tidak dibenarkan.• Wajib memakai stoking berwarna hitam dan melepasi buku lali.• Memakai tanda nama/kad pelajar dan tali lanyard maktab. • Tudung berbentuk segi tiga depan dan belakang berjahit serta menutupi bahagian bahu dan dada.• Tudung dan anak tudung berwarna putih dan tidak jarang sahaja.2. Pertemuan Badan Beruniform, Kelab / Persatuan/Aktiviti• Pakaian yang ditetapkan oleh Badan Beruniform, Kelab/ Persatuan.• Berkasut kulit / PVC hitam, berstokin/kasut yang bersesuaiandengan aktiviti.• Pakaian yang ditetapkan olehBadan Beruniform,Kelab/Persatuan.• Berkasut kulit / PVC hitam, berstokin dan bertumit tidak melebihi 2.5cm / kasut yang bersesuaian dengan aktiviti.3. Kelas Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan (Praktikal)• Track bottom warna hitam / biru gelap. Kemeja T berkolar yang ditetapkan oleh maktab.• Memakai tanda nama/kad pelajar dan tali lanyard maktab. • Kasut sukan dan berstokin • Track bottom warna hitam / biru gelap. Kemeja-T berkolar dan berlengan panjang yang ditetapkan oleh maktab.• Memakai tanda nama/kad pelajar dan tali lanyard maktab. • Kasut sukan dan berstokin.4. Riadah/Sukan & Permainan• Track bottom atau seluar pendek dengan tights berwarna gelap yang menutup aurat (Latihan sukan/pertandingan).• Kemeja-T tanpa bercetak (Plain TShirt) atau kemeja-T rumah sukan/jersi.• Track bottom berwarna gelap • Kemeja-T tanpa bercetak (Plain TShirt) atau kemeja-T rumah sukan/jersi berlengan panjang • Kasut yang bersesuaian dengan sukan dan permainan.
12• Kasut yang bersesuaian dengan sukan dan permainan.5. Keluar ke Bandar/Pulang Bermalam /Kembali ke Maktab• Pakaian batik rasmimaktab/pakaian rasmi maktab/kemeja-T rasmi maktab dan berseluar slack hitam potongan jenis straight cut dan paras kaki seluar melepasi buku lali.• Kasut kulit / PVC hitam dan berstokin hitam.• Baju kurung batik rasmi maktab/pakaian rasmi maktab/ kemeja-T rasmi maktab dan berseluar slack hitam. • Tudung berwarna hitam (keluar bandar), tudung berwarna putih (pulang bermalam).• Berkasut kulit / PVC hitam, berstoking dan bertumit tidak melebihi 2.5cm.6. Pakaian Batik Maktab • Pakaian batik rasmi maktab dan seluar panjang berwarna hitam.• Memakai tanda nama/kad pelajar dan tali lanyard maktab. • Kasut kulit / PVC hitam dan berstoking hitam.• Baju kurung batik rasmi maktab• Memakai tanda nama/kad pelajar dan tali lanyard maktab. • Berkasut kulit / PVC hitam, berstoking hitam dan bertumit tidak melebihi 2.5cm.7. Solat Jumaat • Baju Melayu lengkap berwarna putih.• Bersampin maktab.• Bersongkok hitam.• Kasut / sandal.• Tidak berkaitan.8. Kelas Persediaan (Malam) dan Surau (Malam)• Baju Melayu lengkap cekak musang)/baju melayu cekak musang/kurta cekak musang berlengan panjang dan berseluar slack potongan jenis straight cut dan paras kaki seluar melepasi buku lali.• Tutup kepala (Surau).• Baju kemeja- T berkolar dan berseluar slack potongan jenis straight cut dan paras kaki seluar melepasi buku lali (NON-MUSLIM)• Kasut jenis kulit atau PVC berwarna hitam /sandal bertali.• Wajib memakai stoking berwarna hitam dan melepasi buku lali.• Baju Kurung dan tudung berwarna hitam yang tidak jarang (pakaian tidak ketat dan tidak jarang).• Blaus berlengan panjang dan kain yang labuh hingga ke buku lali (NON-MUSLIM).• Kasut jenis kulit atau PVC berwarna hitam/sandal bertali.• Wajib memakai stoking berwarna hitam dan melepasi buku lali.9. Kelas Persediaan Pagi/Petang• kemeja-T rasmi maktab atau Kemeja -T berkolar dan berseluar slack hitam potongan jenis straight cut dan paras kaki seluar melepasi buku lali.• Kasut kulit / PVC hitam dan berstoking hitam.• Baju Kurung dan tudung berwarna hitam yang tidak jarang (pakaian tidak ketat dan tidak jarang).• Kasut jenis kulit atau PVC berwarna hitam/sandal bertali.• Wajib memakai stoking berwarna hitam dan melepasi buku lali.
13• Pakaian kelas akademik (kelas persediaan petang).• Pakaian kelas akademik (kelas persediaan petang).10 Berkelah • Kemeja-T berkolar • Seluar slack potongan lurus (straight cut) / track bottom.• Pakaian kemas, bersih dan tidak mencolok mata.• Berkasut dan berstoking / Sandal bertali.• Kemeja-T berlengan panjang.• Seluar slack potongan lurus (straight cut) / track bottom.• Pakaian kemas, bersih & tidak mencolok mata Berkasut dan berstoking / Sandal bertali.11 Kerja Luar Menggikut Guru (Fieldwork)• Pakaian sesuai yang ditetapkan oleh guru pengiring.• Pakaian kemas, bersih dan tidak mencolok mata.• Pakaian sesuai yang ditetapkan oleh guru pengiring.• Pakaian kemas, bersih & tidak mencolok mata.12 Majlis /Jamuan Rasmi • Baju Melayu lengkap / pakaian rasmi maktab / baju batik maktab / pakaian yang ditetapkan oleh pihak maktab / tali leher.• Berkasut hitam dan berstoking melepasi buku lali.• Baju kurung / pakaian rasmi maktab / baju batik maktab / pakaian yang ditetapkan oleh pihak maktab (pakaian tidak ketat dan tidak jarang).• Tudung berbentuk segi tiga depan dan belakang berjahit serta menutupi bahagian bahu & dada.• Tudung tidak jarang.• Berkasut hitam tumit tidak melebihi 2.5cm dan berstoking.13 Hari Cuti • Pakaian kemas, bersih dan tidak mencolok mata.• Pakaian kemas, bersih & tidak mencolok mata.14 Majlis Keagamaan • Baju Melayu lengkap, bersongkok serta bersesuaian dengan majlis.• Pakaian yang menutup aurat dan kemas serta bersesuaian dengan majlis.15 Surau (Hari Cuti) • Baju Melayu lengkap / Baju Melayu/kurta dengan seluar panjang slack potongan lurus atau jubah.• Baju kemeja atau kemeja-T berkolar dengan seluar panjang slack potongan lurus.• Bersongkok / kopiah dan serban dibenarkan untuk menunaikan solat sahaja.• Baju kurung / memakai telekung sembahyang yang lengkap.• Jubah (daripada jenis kain yang tidak mengikut tubuh badan).16 Dewan Selera Hari Persekolahan: • Pakaian seperti waktu kelas akademik.• Pakaian seperti ke kelas persediaan malam (supper).Malam / Hujung Minggu / Cuti Am: • Pakaian kemas, bersih dan tidak mencolok mata.Hari Persekolahan: • Pakaian seperti waktu kelas akademik.• Pakaian seperti ke kelas persediaan malam (supper).Malam / Hujung Minggu / Cuti Am: • Pakaian kemas, bersih & tidak mencolok mata.
1417 Kelas Tambahan / Kelas Gantian Hari Persekolahan: • Pakaian seperti waktu kelas akademik (petang).• Pakaian seperti prep malam (malam).Malam / Hujung Minggu / Cuti Am: • Pakaian kemas, bersih dan tidak mencolok mata.Hari Persekolahan: • Pakaian seperti waktu kelas akademik (petang).• Pakaian seperti prep malam (malam).Malam / Hujung Minggu / Cuti Am: • Pakaian kemas, bersih dan tidak mencolok mata.18 Pakaian Semasa LawatanLawatan Rasmi: • Pakaian seperti waktu kelasakademik.Lawatan Tidak Rasmi: • Pakaian sesuai yang ditetapkan oleh guru pengiring.• Pakaian kemas, bersih dan tidak mencolok mata.Lawatan Rasmi: • Pakaian seperti waktu kelas akademik.Lawatan Tidak Rasmi: • Pakaian sesuai yang ditetapkan oleh guru pengiring.• Pakaian kemas, bersih dan tidak mencolok mata.Nota: Rujuk contoh etika pemakaian MRSM Gerik di lampirano KAD MATRIK PELAJARi. Kad Pelajar hendaklah sentiasa dipakai semasa ke kelas akademik, kelas persediaan dan upacara rasmi maktab. ii. Kad Pelajar tidak boleh ditukar dengan Kad Pelajar orang lain.iii. Kad Pelajar tidak boleh diubah suai atau diconteng atau menggunakan nama samaran. iv. Kad Pelajar hendaklah dipakai dengan memaparkan bahagian hadapan.v. Kehilangan atau kerosakan Kad Pelajar hendaklah dilaporkan dengan segera kepada pentadbiran maktab. BAHAGIAN III: PENAMPILAN DIRI3.0 PELAJAR LELAKIa. Rambuti. Rambut sentiasa pendek, tidak tebal dan tidak mencecah kolar baju. ii. Rambut bersih dan disikat rapi. iii. Membotakkan kepala tidak dibenarkan. iv. Mewarnakan rambut tidak dibenarkan. v. Stail rambut yang keterlaluan seperti punk, trojan, skin head, bross, qoza, flat top, mohican / mohawk, max headroom dan lain-lain tidak dibenarkan. vi. Menyimpan jambul melebihi aras kening dan ekor rambut tidak dibenarkan.
15b. Muka, Misai, Janggut dan Jambang.i. Menyimpan misai dan janggut tidak dibenarkan. ii. Jambang atau ekor pipit yang dibenarkan adalah 2cm sahaja. iii. Mencukur, mencabut dan mencorak bulu kening tidak dibenarkanc. Cermin Mata / Kanta Lekap.i. Memakai cermin mata / kanta lekap kecuali atas nasihat doktor.ii. Tidak dibenarkan memakai kanta lekap berwarna. iii. Cermin mata hendaklah bersesuaian dan tidak keterlaluan berfesyen. iv. Memakai cermin mata hitam / gelap tidak dibenarkan. d. Kuku.i. Menyimpan kuku panjang tidak dibenarkan.ii. Mewarnakan kuku secara moden atau tradisional tidak dibenarkan.iii. Kuku hendaklah sentiasa bersih sepanjang masa.e. Pemakaian Aksesori / Barang Kemasi. Memakai tangkal, azimat, aksesori dan barang kemas tidak dibenarkan.ii. Bertindik, bertatu dan berinai tidak dibenarkan.3.1 PELAJAR PEREMPUAN.a. Rambut.i. Rambut pendek, jika panjang mestilah diikat / didandan dengan pengikat rambut berwarna hitam, biru atau putih. ii. Rambut tidak boleh menutupi bahagian muka. iii. Potongan rambut yang berfesyen dan berwarna tidak dibenarkan. iv. Rambut kemas dan bersih.b. Muka.i. Memakai alat solek seperti gincu, celak dan lain-lain tidak dibenarkan.ii. Mencukur, mencabut dan mencorak bulu kening adalah tidak dibenarkan.c. Kuku.i. Menyimpan kuku panjang tidak dibenarkan. ii. Mewarna kuku adalah tidak dibenarkan. iii. Kuku hendaklah sentiasa bersih sepanjang masa.d. Cermin Mata / Kanta Lekap.i. Memakai cermin mata/kanta lekap kecuali atas nasihat doktor.ii. Tidak dibenarkan memakai kanta lekap berwarna. iii. Cermin mata hendaklah bersesuaian dan tidak keterlaluan berfesyen. iv. Memakai cermin mata hitam / gelap tidak dibenarkan. e. Pemakaian Aksesori / Barang kemas.i. Memakai tangkal, azimat, aksesori dan barang kemas termasuk yang mempunyai lambang keagamaan tidak dibenarkan. ii. Bertindik (selain daripada telinga) dan bertatu tidak dibenarkan.
16BAHAGIAN IV: PERATURAN KELUAR DAN MASUK MAKTAB4.0 KELUAR KE BANDAR (OUTING)i. Pelajar dibenarkan keluar ke bandar yang berdekatan dengan maktab pada hari yang ditentukan oleh pihak maktab. ii. Masa keluar ke bandar hendaklah mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak maktab. iii. Pelajar dikehendaki mendapatkan kebenaran daripada GA bertugas sebelum keluar bandar.iv. Pelajar hendaklah keluar secara berkumpulan sekurang-kurangnya dua (2) orang.v. Pelajar hendaklah menjaga imej dan nama baik maktab.vi. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan pengangkutan awam kecuali atas kebenaran pihak Pengetua / Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar (TPPP) /Ketua Guru Asrama (KGA).vii. Pelajar dikehendaki melaporkan diri di pondok pengawal sebelum keluar bandar (imbas kad pelajar dan tinggalkan kad di pondok pengawal keselamatan).viii. Pelajar dikehendaki melaporkan diri di pondok pengawal semasa kembali ke maktab (imbas kad pelajar dan mengambil kembali kad di pondok pengawal keselamatan).ix. Pelajar dikehendaki memakai pakaian outing yang telah ditetapkan (rujuk peraturan pakaian keluar bandar).x. Pelajar hanya dibenarkan outing selepas program / aktiviti rasmi maktab.xi. Kenderaan ibubapa dibenarkan untuk mengambil dan menurunkan pelajar di Kawasan parkir foyer pejabat sahaja.xii. Semasa outing pelajar tidak dibenarkan mengunjungi tempat-tempat seperti yang berikut: • Pusat permainan hiburan seperti Billiard, Pinball, Video Games dan Snooker.• Kelab malam, bar, disko dan seumpamanya. • Tempat pelacuran, rumah urut dan seumpamanya. • Pusat hiburan seperti pawagam dan pusat karaoke. • Pusat perjudian. • Tempat berisiko (air terjun, laut, sungai, kolam renang dan seumpamanya). a. Outing Ibubapa / Waris (Sabtu & Ahad)• Ibu bapa / Waris dibenarkan melawat dan pelajar dibenarkan outing bersama Ibu bapa / Waris sahaja.• Pelajar / Penjaga perlu memohon melalui aplikasi e-hostel https://e-hostel.net/mrsmgerik_hostel/index.php sebelum keluar outing.
17b. Outing Persendirian (Jumaat)• Pelajar hanya dibenarkan outing dengan kenderaan (Bas) sewaan Khas yang diuruskan oleh BWP sahaja.• Penjaga/pelajar perlu memohon melalui aplikasi e-hostel https://e-hostel.net/mrsmgerik_hostel/index.php sebelum keluar outing.c. Waktu & Hari Outing ❑ Pelajar hanya dibenarkan sekali sahaja outing pada minggu outing.❑ Jumaat (2.30 petang – 5.30 petang) ❑ Sabtu & Ahad (10.30 pagi – 5.30 petang)4.1 PULANG BERMALAMi. Takwim / Jadual pulang bermalam sepanjang tahun akan dikeluarkan oleh pihak maktab selepas sesi persekolahan bermula.ii. Pulang Bermalam Wajib (PBW)• Semua pelajar diwajibkan pulang. • Tidak perlu mengisi Aplikasi e-hostel untuk memohon PBW.iii. Pulang Bermalam Pilihan (PBP)• Pelajar dibenarkan pulang bagi mereka yang berkeinginan.• Penjaga perlu memohon melalui aplikasi e-hostelhttps://e-hostel.net/mrsmgerik_hostel/index.php• Permohonan pulang bermalam perlu mendapat kelulusan Pengetua /Timbalan Pengetua / Ketua Guru Asrama (KGA).• Pelajar dibenarkan pulang selepas waktu akademik pada hari pulang bermalam.iv. Pulang Bermalam Kecemasan• Ibu bapa / Penjaga / Waris hendaklah membuat permohonan pulang kecemasan dan mendapat kelulusan daripada Pengetua / Timbalan Pengetua / KGA.• Ibu bapa / Penjaga / Waris hendaklah datang mengambil pelajar di maktab. • Pelajar tidak dibenarkan balik sendiri kecuali langkah-langkah keselamatan telah disempurnakan dan mendapat keizinan daripada Ibu bapa / Penjaga / Waris. v. Pelajar sama sekali tidak dibenarkan pulang bermalam ke rumah orang lain selain rumah Ibu bapa / Penjaga / Waris terdekat sahaja.vi. Pelajar dikehendaki memakai pakaian pulang bermalam yang telah ditetapkan (rujuk peraturan pakaian pulang bermalam).vii. Pelajar dikehendaki melaporkan diri di pondok pengawal sebelum keluar pulang bermalam (imbas kad pelajar dan tinggalkan kad di pondok pengawal keselamatan).
18viii. Pelajar dikehendaki melaporkan diri di pondok pengawal semasa kembali ke maktab (imbas kad pelajar dan mengambil kembali kad di pondok pengawal keselamatan).ix. Pelajar hendaklah pulang ke maktab sebelum pukul 6.00 petang pada tarikh yang ditetapkan / tarikh permohonan.x. Sekiranya pelajar tidak dapat kembali ke maktab pada tarikh yang ditetapkan, Ibubapa / Penjaga hendaklah memaklumkan kepada pihak maktab dengan menyatakan sebab tidak dapat kembali sebelum jam 6.00 petang pada tarikh sepatutnya kembali ke maktab.4.2 KELUAR MENGIKUTI PROGRAM (LAWATAN, AKTIVITI HOMEROOM / AKADEMIK, PERKHEMAHAN, KOKURIKULUM DAN SEUMPAMANYA) i. Program telah diluluskan oleh Pengetua / Timbalan Pengetua. ii. Surat kelulusan, kad outing peserta, surat kebenaran Ibu bapa / Penjaga dan senarai peserta yang disahkan oleh Guru Penasihat / Pengiring hendaklah dikemukakan kepada KGA / GA bertugas. iii. Pelajar yang ditahan kad outing atau dikenakan tahanan dalam maktab tidak dibenarkan menyertai program.iv. GA hanya menandatangani kebenaran pada senarai peserta sahaja tanpa menandatangani semua kad outing.v. Salinan senarai nama yang disertakan bersama kad outing peserta hendaklah diserahkan di pondok pengawal. vi. Peserta hendaklah mematuhi peraturan pakaian yang telah ditetapkan berdasar program yang disertai.vii. Peserta hendaklah sentiasa menjaga imej dan nama baik maktab semasa mengikuti program yang disertai. viii. Peserta hendaklah melaporkan diri di pondok pengawal dan mengambil kad outing sebelum masuk ke asrama. 4.3 KELUAR UNTUK SOLAT JUMAATi. Pelajar hendaklah mematuhi masa pergi dan balik yang telah ditetapkan oleh pihak maktab.ii. Pelajar dikehendaki melaporkan diri di pondok pengawal sebelum keluar dari maktab (imbas kad pelajar dan tinggalkan kad di pondok pengawal keselamatan)iii. Pelajar hendaklah mematuhi peraturan pakaian Solat Jumaativ. Pelajar tidak dibenarkan ke tempat lain kecuali ke masjid untuk Solat Jumaat. v. Pelajar hendaklah menjaga tertib dan adab semasa di masjid. vi. Pelajar hendaklah pulang ke maktab setelah doa selesai dibacakan.
19vii. Pelajar dikehendaki melaporkan diri di pondok pengawal semasa kembali ke maktab (imbas kad pelajar dan mengambil kembali kad pelajar di pondok pengawal keselamatan).4.4 KELUAR KE KLINIK/HOSPITALi. Hari / Waktu Persekolahan• Pelajar perlu melaporkan diri ke pejabat maktab.• Mengisi borang ke hospital dan mendapat kelulusan dari Pengetua /Timbalan Pengetua.ii. Di Luar Waktu Pejabat/Hari Cuti)• Pelajar perlu melaporkan kepada Guru Asrama bertugas• Mengisi borang ke hospital dan mendapat kelulusan dari Pengetua /Timbalan Pengetua / KGA / GA.iii. Mendapat rawatan di klinik / hospital dengan di hantar oleh Pemandu / Guru Asrama bertugas / Pemandu.iv. Pelajar dikehendaki melaporkan diri di pondok pengawal sebelum keluar dari maktab (imbas kad pelajar dan tinggalkan kad di pondok pengawal keselamatan).v. Pelajar dikehendaki melaporkan diri di pondok pengawal semasa kembali ke maktab (imbas kad pelajar dan mengambil kembali kad pelajar di pondok pengawal keselamatan).BAHAGIAN V: PERATURAN KELAS PERSEDIAANi. Pelajar wajib hadir pada waktu yang ditetapkan di kelas atau di tempat yang dibenarkan oleh pihak maktab. ii. Waktu kelas persediaan bagi MRSM Gerik:HARI MASA TEMPAT KUMPULAN PELAJAR CATATANIsnin03.15 pm - 04.30 pmPERJUMPAAN HOMEROOM/PERHIMPUNAN RASMI/PREP PREP seperti biasa jika tiada Perjumpaan Homeroom /Perhimpunan Rasmi / Kelab /Persatuan / Badan Beruniform 09.00 pm - 10.30 pm Kelas Semua PelajarSelasa -Jumaat03.15 pm - 04.30 pmKelas Semua Pelajar09.00 pm - 10.30 pmSabtu 07.30 am - 10.00 amKelas Semua PelajarAhad 09.00 pm - 10.30 pmTertakluk kepada kesesuaian dan keperluan maktab
20iii. Pelajar tidak dibenarkan berada di asrama pada waktu kelas persediaan. iv. Pelajar yang sakit hendaklah berada di Sick Bay dengan kebenaran GA bertugas. v. Pelajar hendaklah memakai pakaian kelas persediaan yang telah ditetapkan vi. Aktiviti seperti jamuan, mesyuarat dan sebarang jenis perjumpaan tidak dibenarkan pada waktu kelas persediaan kecuali dengan kebenaran bertulis oleh Pengetua / Timbalan Pengetua / KGA. vii. Pelajar dilarang merayau, mengganggu pelajar lain dan membuat bising pada waktu kelas persediaan.viii. Pelajar dilarang membawa dan menggunakan mp3, mp4, majalah, bahan bacaan bukan akademik. ix. Pelajar boleh membawa telefon bimbit dan tablet / komputer riba untuk menyiapkan tugasan dengan kebenaran GA ke kelas persediaan. x. Pelajar tidak dibenarkan berada di bangunan akademik selepas jam 10:30 malam kecuali bersama guru dan mendapat kebenaran Pengetua / Timbalan Pengetua / KGA atau GA bertugas. xi. Suis lampu dan kipas hendaklah dimatikan sebelum meninggalkan kelas persediaan. BAHAGIAN VI: PERATURAN PENGINAPAN6.0 PENEMPATAN PELAJAR DI ASRAMAi. Pelajar wajib berada di bilik yang telah ditetapkan.ii. Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke katil / bilik/ blok / dorm dan partitionyang lain tanpa kebenaran KGA. iii. Pelajar hendaklah mengisi Borang Penerimaan Alatan (BPA) dan memeriksa serta mengesahkan keadaan alatan yang diterima. iv. BPA yang telah ditandatangani oleh pelajar hendaklah diserahkan kepada GA. v. Bayaran ganti rugi akan dikenakan jika terdapat sebarang kerosakan alatan yang diterima.6.1 KEBERSIHAN BILIK DAN KAWASAN ASRAMAi. Pelajar diwajibkan menjaga kebersihan asrama supaya sentiasa berada di dalam keadaan bersih, selesa dan teratur terutama kebersihan di bilik air /tandas, koridor, tangga, longkang dan Kawasan persekitaran.ii. Bilik sentiasa kemas, bersih dan teratur. iii. Kad Identiti Pelajar yang lengkap dipamerkan. iv. Buku dan alatan disusun dengan kemas.v. Sampah dibuang di tempat yang disediakan. vi. Gambar dan poster tidak dibenarkan ditampal di dinding.vii. Hanya cadar dan sarung bantal maktab sahaja dibenarkan.
21viii. Selimut dilipat dan diletakkan di hujung katil.ix. Pakaian yang kering dilipat kemas dan disimpan dalam almari yang disediakan.x. Pakaian dan tuala yang basah disidai di ampaian yang disediakan. Pelajar di larang menyangkut pakaian di dinding, katil, tingkap atau membuat sidaian di dalam bilik asrama.xi. Beg pakaian atau barang-barang lain yang tidak digunakan seperti kotak hendaklah disimpan di stor asrama/di tempat yang ditetapkan oleh maktab. xii. Dilarang meletakkan sebarang alatan / barangan di tingkap asrama. xiii. Kasut disimpan di tempat yang disediakan. Elakkan menyimpan stoking di dalam kasut.xiv. Pelajar mestilah bertanggungjawab menjaga almari dan memastikan almari sentiasa berkunci.xv. Pelajar dilarang memaku, melekat, menulis, melukis atau menconteng di dinding, katil, almari, bantal, tilam dan lain-lain kemudahan yang disediakan.xvi. Pelajar akan bertanggungjawab atas segala kerosakan kemudahan dan peralatan asrama serta peralatan kecemasan.xvii. Pemeriksaan asrama akan dijalankan setiap hari sebelum kelas akademik bermula. xviii. Pelajar dilarang memasang atau membaiki peralatan elektrik di asrama. Pelajar juga dilarang membuat sambungan atau pengubahsuaian elektrik di asrama.xix. Pelajar dilarang memasak makanan dan minuman di bilik asramaxx. Pelajar dilarang merendam pakaian dan kasut di dalam bilik asrama atau di dalam sinki bilik air/tandas.6.2 PERATURAN AM i. Pada hari persekolahan, semua pelajar hendaklah berada di tempat perhimpunan pada jam 7:15 pagi. ii. Pelajar tidak dibenarkan pulang ke asrama pada waktu akademik.iii. Sebelum meninggalkan asrama, bilik dipastikan kemas dan bersih. iv. Susunan alat kelengkapan seperti katil, tilam, almari dan alatan tidak bolehdiubah tanpa kebenaran. v. Semua pakaian pelajar hendaklah ditanda dengan No. Maktab. vi. Kebersihan persekitaran asrama adalah tanggungjawab bersama. vii. Alatan berbahaya seperti pisau, racun, asid dan sebagainya tidak dibenarkandimiliki / disimpan / digunakan di asrama. viii. Pelajar hendaklah sentiasa menghormati pekerja / kakitangan asrama. ix. Pelajar tidak dibenarkan membuat bising di asrama. x. Pelajar bertanggungjawab memastikan semua suis alatan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan asrama. xi. Pelajar yang sakit perlu berada di bilik sakit pada waktu akademik. xii. Pelajar perlu memastikan asrama berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur sebelum pulang bercuti.
22xiii. Pelajar perlu mengamalkan amalan penjimatan air dan elektrik bagi mengelakkan pembaziran.xiv. Pelajar perlu berada di dalam asrama pada jam 11:00 malam sehingga jam 5:00 pagi. xv. Pelajar dilarang berkongsi katil atau tidur bersama di atas satu (1) katil di asrama. BAHAGIAN VII: PERATURAN PENGGUNAAN KEMUDAHAN7.0 BILIK REHAT (MENONTON TELEVISYEN) i. Jadual tertakluk kepada kesesuaian pada peringkat maktab. ii. Pelajar tidak dibenarkan menonton televisyen pada hari persekolahan. iii. Pelajar hendaklah menyusun semula alatan selepas menonton televisyen. iv. Pelajar hendaklah mematikan suis televisyen, lampu dan kipas selepas digunakan. v. Pelajar hendaklah menjaga kebersihan bilik televisyen. vi. Pelajar dilarang membawa makanan ke bilik televisyen. vi. Pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pengurusan maktab jika hendak menonton televisyen di luar jadual waktu yang telah ditetapkan. 7.1 BILIK UTILITI i. Penggunaan alat elektrik yang dibekalkan oleh pihak maktab sahaja dibenarkan. ii. Kebersihan bilik adalah tanggungjawab bersama.iii. Pastikan suis alatan yang digunakan dimatikan dan palam elektrik (plug) dicabut. iv. Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar alatan dari Bilik Utiliti. 7.2 BILIK SAKITi. Pelajar perlu mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan maktab atau pengurusan asrama untuk berada di bilik sakit.ii. Kebersihan dan kekemasan bilik sakit hendaklah sentiasa dijaga. iii. Pelajar dikehendaki mengisi butiran diri semasa mendaftar masuk dan keluar dari bilik sakit. 7.3 SURAU i. Pelajar Islam wajib solat fardu secara berjemaah di surau. ii. Pelajar Islam diwajibkan mengikuti aktiviti keagamaan yang diadakan di surau. iii. Kebersihan surau adalah menjadi tanggungjawab semua pelajar. iv. Pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk ke surau.
23v. Penggunaan peralatan surau adalah menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Surau. vi. Suis sistem pembesar suara, lampu, kipas dan pendingin hawa berfungsi dan dimatikan selepas selesai aktiviti. vii. Pintu, tingkap dan pili air ditutup selepas digunakan. 7.4 DEWAN SELERA i. Pelajar beratur dan dilarang memotong barisan semasa mengambil makanan. ii. Kebersihan Dewan Selera adalah tanggungjawab bersama.iii. Sisa makanan dibuang di tempat yang disediakan. iv. Pelajar dilarang menyuruh rakan mengambil makanan bagi pihaknya. v. Kerusi disusun semula selepas digunakan.vi. Pelajar hendaklah sentiasa menjaga adab / tatatertib semasa makan. vii. Pakaian semasa di Dewan Selera mengikut seperti yang ditetapkanviii. Pelajar dilarang membawa keluar makanan dan peralatan dari Dewan Selera.ix. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dapur atau kaunter agihan makanan.x. Beg, buku dan peralatan peribadi pelajar diletakkan di tempat yang telah ditetapkan.xi. Pelajar perlu mematuhi waktu makan mengikut jadual yang telah ditetapkan. 7.5 TANDAS / BILIK MANDI / BILIK BASUH i. Pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan tandas / bilik mandi / bilik basuh.ii. Pelajar tidak dibenarkan membuang sampah ke dalam mangkuk tandas / singki. iii. Pakaian, tuala mandi dan barang peribadi tidak dibenarkan ditinggalkan di dalam tandas / bilik mandi / bilik basuh.iv. Tuala wanita (sanitary pad) dibuang di tempat yang dikhaskan.v. Pili air dan suis lampu sentiasa ditutup selepas digunakan.vi. Pelajar tidak dibenarkan merendam pakaian di dalam singki. vii. Jadual tugas membersihkan tandas / bilik mandi / bilik basuh disediakan dan dipamerkan. viii. Sebarang kerosakan dilaporkan dengan segera kepada maktab. 7.6 PENGGUNAAN PERALATAN ELEKTRIK i. Pemanas air dan cerek elektrik tidak boleh digunakan. ii. Sambungan elektrik secara haram tidak dibenarkan.iii. Pastikan palam (plug) ditanggalkan dari soket setelah digunakan. iv. Seterika elektrik boleh digunakan di bilik yang dikhaskan sahaja.v. Pastikan semua suis dimatikan selepas digunakan.vi. Sebarang kerosakan berkaitan dengan kelengkapan elektrik yang disediakan oleh MARA hendaklah dilaporkan segera kepada pihak maktab.
24BAHAGIAN VIII: KESELAMATAN WANG8.0 WANG TUNAIi. Pelajar tidak dibenarkan memiliki wang tunai lebih daripada RM50.00 (RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH SAHAJA). ii. Wang tunai yang berlebihan mestilah di simpan di bank atau guru penasihat homeroom/Guru Asrama.8.1 KAD ATM i. Kad ATM disimpan di tempat yang selamat. ii. Nombor PIN dihafal dan dimusnahkan.iii. Pelajar tidak dibenarkan meminta bantuan orang lain untuk mengeluarkan wang dengan menggunakan kad ATMnya.iv. Jika berlaku kehilangan kad ATM, pelajar perlu segera melaporkan kehilangan tersebut kepada pihak berkenaan. BAHAGIAN IX: PERATURAN KESELAMATAN & GARIS PANDUAN KESELAMATAN ASRAMA (KEBAKARAN)9.0 TINDAKAN PENTADBIRAN a. Sebelum Kebakarani. Menyediakan maklumat umum mengenai keselamatan. ii. Mewujudkan: • Sistem Pengesanan dan Pemantauan. • Sistem Pelaporan. • Pelan Menangani Kecemasan.iii. Memastikan pintu jeriji dikunci terutama pada waktu malam dengan syarat semua pelajar boleh keluar dengan selamat semasa kecemasan (contoh: meletakkan anak kunci dalam break glass berhampiran pintu jeriji). iv. Mengadakan taklimat langkah keselamatan untuk kesedaran kepada pengguna (guru dan pelajar). v. Mempamerkan polisi, peraturan dan tatacara yang berkaitan dengan amalan keselamatan pada tempat yang sesuai.vi. Mempamerkan nombor telefon kecemasan (999) pada tempat yang sesuai. vii. Mempamerkan pelan laluan kecemasan pada tempat yang strategik. viii. Memperincikan keperluan khusus keselamatan mengikut kawasan / zon.
25b. Semasa Kebakarani. Menerima laporan daripada guru asrama.ii. Membuat laporan kepada pihak berkuasa (Bomba dan Polis). c. Selepas Kebakarani. Mengurus penempatan pelajar (sementara).ii. Mengurus semua dokumen pelajar yang perlu dihantar kepada pihak berkenaan (GL – hospital atau insurans).iii. Mendapatkan laporan (punca kejadian) daripada pihak bomba. iv. Mengumpul maklumat untuk membuat taksiran kerugian pelajar9.1 TINDAKAN GURU ASRAMA a. Sebelum Kebakarani. Mengadakan latihan kebakaran dua (2) kali setahun:• Latihan pengungsian bangunan semasa kecemasan. • Latihan menggunakan perkakasan pencegahan kebakaran. ii. Memastikan peralatan berfungsi dan selamat digunakan.iii. Melaporkan dengan segera kepada pihak pentadbiran segala kerosakanbangunan dan alatan. iv. Dilarang membaiki sendiri alat elektrik yang rosak. v. Mengetahui pelan laluan kecemasan semasa pengungsian bangunan. vi. Mengetahui cara menggunakan perkakasan pencegahan kebakaran. b. Semasa Kebakarani. Memberi isyarat kecemasan (loceng / siren / wisel / P.A Sistem).ii. Memberi arahan kepada pelajar mengosongkan bilik asrama dan berkumpul di tempat pengumpulan (menjalankan pengungsian).iii. Membuat laporan awal kepada pengetua. iv. Berusaha untuk memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api yang sedia ada.v. Menyemak bilangan pelajar dan kecederaan jika ada. Jika pelajar tidak cukup, semak nama pelajar sama ada balik bermalam atau menjalankan aktiviti luar.vi. Buat laporan kepada pihak bomba jika bilangan pelajar tidak cukup / didapati masih berada di asrama. vii. Menerima maklumat awal daripada pelajar, guru dan staf. viii. Memberi maklumat awal kepada Pengetua dan TPPP.ix. Guru dan staf memberi kerjasama kepada pihak bomba dan polis.
26c.Selepas Kebakarani. Jika ada kecederaan Guru / Guru Asrama memaklumkan kepada pentadbiran untuk dimaklumkan kepada Ibu bapa / Penjaga.ii. Mengurus pelajar ke hospital untuk urusan perubatan.iii. Membuat laporan lengkap perubatan berdasarkan laporan hospital dan diserahkan kepada Pengetua / TPPP untuk tindakan selanjutnya (pihak insurans).iv. Mengurus prosedur pulang bermalam (jika ada keperluan).v. Membuat laporan polis jika ada kehilangan pelajar. 9.2 TINDAKAN PELAJAR a. Sebelum Kebakarani. Dilarang membaiki sendiri alat elektrik yang rosak. ii. Tidak menyalahgunakan perkakasan pencegahan kebakaran.iii. Tidak melakukan penyambungan elektrik secara haram. iv. Meningkatkan kesedaran disiplin terutama dalam penggunaan perkakasanelektrik. v. Melaporkan kepada guru asrama kerosakan bangunan dan alatan.vi. Mengetahui pelan laluan kecemasan semasa pengungsian bangunan. vii. Mengetahui cara menggunakan perkakasan pencegahan kebakaran.b. Semasa Kebakarani. Pelajar mengosongkan asrama secara tertib dan berkumpul di tempat berkumpul.ii. Berkumpul mengikut bilik dan aras / blok asrama. iii. Membuat laporan kepada ketua aras / blok. iv. Ketua aras / blok membuat laporan kepada Guru / Guru Asrama. c. Selepas Kebakarani. Mengikut arahan guru Guru / Guru Asrama untuk tindakan selanjutnya.ii. Memastikan pelajar berada dalam keadaan tenang dan terkawal.iii. Menyenaraikan dokumen penting / barangan yang rosak / musnah.
279.3 KESELAMATAN UMUMi. Penggunaan lingkaran ubat nyamuk, pelita dan lilin tidak dibenarkan.ii. Pelajar hendaklah mengetahui cara penggunaan alat pemadam api semasa berlaku kebakaran.iii. Jika berlaku kecemasan pelajar hendaklah menghubungi Guru Asrama / Ketua Guru Asrama/Pengawal Keselamatan dengan segera.iv. Peti pertolongan cemas boleh didapati daripada Guru Asrama (GA) / Bilik Rawatan / Bilik Gerakan Warden / Pejabat / Pondok Pengawal.BAHAGIAN X: GARIS PANDUAN PENGGUNAANTELEFON BIMBIT DAN PERANTI PINTAR.10.0 GARIS PANDUAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT i. Spesifikasi telefon bimbit yang dibenarkan adalah telefon bimbit tanpa perisian pintar (Android, iOS dan yang sepertinya) dan tanpa kamera.ii. Pelajar hanya dibenarkan membawa dan menggunakan SATU (1) telefon bimbit sahaja.iii. Pelajar dibenarkan mengecas telefon bimbit di plag yang disediakan di blok asrama, dan surau sahaja. Pelajar turut dibenarkan mengecas telefon/peranti pintar di blok akademik jika mendapat kebenaran guru. Pelajar dilarang meninggalkan telefon/peranti pintar tanpa pemantauan.iv. Pelajar TIDAK DIBENARKAN membuat penyambungan wayar secara haram pada alat kelengkapan elektrik untuk tujuan mengecas telefon bimbit.v. Pelajar TIDAK DIBENARKAN menggunakan telefon bimbit sepanjang kelas akademik, kelas persediaan, program rasmi maktab, program kerohanian dan selepas lights-off.vi. Pelajar perlu memastikan keselamatan sepenuhnya terhadap telefon bimbit yang dibawa. Pihak maktab tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecurian, kehilangan, kerosakan atau kemusnahan telefon bimbit yang dibawa. vii. Pihak maktab BERHAK untuk memeriksa telefon bimbit pelajar tanpa perlukan kebenaran atau makluman bagi mengelak penyalahgunaan. Pelajar perlu membuka kata laluan apabila diminta. viii. Sekiranya berlaku penyalahgunaan atau keingkaran terhadap Garis Panduan ini, telefon bimbit pelajar boleh dirampas. Telefon yang dirampas akan dilabel, direkod dan disimpan oleh Pengetua/Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar.ix. Pemulangan telefon bimbit yang dirampas hanya boleh dibuat oleh pemilik asal selepas selesai permohonan bertulis yang disemak dan disokong oleh penasihat Homeroom. Permohonan ini perlu dkemukakan kepada Pengetua/Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar untuk kelulusan. x. Garis Panduan ini adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
2810.1 GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PENGGUNAAN PERANTI PINTARi. Permohonan membawa peranti pintar ke maktab mesti dibuat melalui permohonan rasmi kepada Pengetua/Timbalan Pengetua dengan sokongan daripada penasihat akademik/projek pelajar/penasihat homeroom.ii. Peranti WAJIB didaftarkan dengan Unit Pengurusan Maktab Rendah Sains MARA Gerik serta mempunyai pelekat pengesahan maktab. Peranti yang tidak didaftarkan akan dirampas.iii. Pelajar hanya digalakkan membawa mana-mana SATU (1) sahaja peranti pintar, samada smart phone atau tablet.iv. Penggunaan aplikasi telefon pintar tertakluk kepada permohonan yang diluluskan.v. Penyimpanan dan penggunaan peranti adalah TANGGUNGJAWAB PELAJAR SENDIRI. Pihak maktab TIDAK akan bertanggungjawab ke atas kehilangan/kerosakan disebabkan kecuaian pelajar.vi. Pihak maktab berhak membuat pemeriksaan mengejut ke atas peranti pelajar bagi memastikan peranti telah didaftarkan dan tidak disalahgunakan. Pelajar perlu membuka kata laluan apabila diminta.vii. Pelajar adalah tertakluk kepada sebarang perubahan peraturan penggunaan peranti dari semasa ke semasa.viii. Pelajar adalah dilarang sama sekali menyalahgunakan peranti pintar dalam apaapa bentuk dan cara secara TULISAN, SUARA dan GAMBAR yang menyalahi peraturan maktab.ix. Peranti pintar tidak boleh digunakan untuk pembelian secara atas talian kecuali dengan kebenaran guru.x. Penggunaan aplikasi semasa sesi akademik adalah tertakhluk kepada guru kelasdan peraturan maktab.xi. Penggunaan aplikasi semasa sesi akademik seperti MEDIA SOSIAL dan APLIKASI PERMAINAN adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.xii. Pelajar DIBENARKAN mengecas peranti di kawasan blok akademik, Pusat Sumber Pembelajaran, Makmal, Surau dan kawasan-kawasan lain selain di asrama kecuali dengan kebenaran guru asrama. *Pelajar dilarang meninggalkan peranti tanpa pemantauan.xiii. Pelajar TIDAK DIBENARKAN sama sekali untuk menggunakan extension cord atau membuat penyambungan dan pendawaian wayar secara HARAM untuk mengecas peranti.xiv. Peranti yang disalahguna akan dirampas berserta SIM nya. Tindakan terhadap perbuatan salah guna peranti tertakluk kepada Buku Panduan Pengurusan Disiplin MRSM Gerik.xv. Peranti pintar berserta SIM yang dirampas hanya akan dikembalikan selepas ibu bapa menuntut melalui surat permohonan rasmi dan mendapat kelulusan Pengetua/Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar (TPPP).
2910.2 PROSEDUR TUNTUTAN PERANTIProses tuntutan semula peranti yang dirampas perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan. a) Pelajar yang dibenarkan membawa peranti pintar/Salahlakui. Guru penasihat/Penyelaras perlu bertanggungjawab dan membuat surat permohonan rasmi bertaip kepada Pengetua/Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar (TPPP) beserta surat aku janji selepas tiga (3) hari dari tarikh rampasan.ii. Pelajar akan dikenakan tindakan mengikut Buku Panduan Pengurusan Disiplin MRSM. b) Pelajar yang membawa peranti pintar secara haram/Salahlaku i. Peranti yang dirampas hanya boleh dituntut oleh pihak ibu bapa/penjaga beserta surat permohonan rasmi bertaip dan surat aku janji selepas tujuh (7) hari dari tarikh rampasan.ii. Pelajar akan dikenakan tindakan mengikut Buku Panduan Pengurusan Disiplin MRSM. PENTINGi. Pemulangan barangan rampasan perlu secara bersemuka selepas selesai proses PERMOHONAN BERTULIS yang diluluskan oleh Pengetua/Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar (TPPP).ii. Pemulangan barang rampasan hanya berlaku pada hari terakhir sebelum cuti persekolah semester 1 atau 2 SAHAJA pada tahun semasa rampasan.
30GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENGGUNAAN PERANTI PINTAR
31GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERANTI PINTAR
32GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERANTI PINTAR
33BAHAGIAN XI: PANDUAN PENGURUSAN DISIPLIN PELAJARPada bila-bila masa pelajar dilarang atau ditegah daripada melakukan atau terlibat atau membiarkan dirinya terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam apa jua perbuatan atau aktiviti yang boleh ditafsirkan atau dibuktikan sebagai kesalahan disiplin pelajar atau melanggar Tatatertib dan Peraturan Disiplin seperti yang telah ditetapkan oleh pihak maktab.Pihak maktab melalui tatacara pengadilan yang telah ditetapkan boleh mengenakan hukumanatau dendaan yang sesuai dan wajar ke atas seseorang pelajar yang didapati atau dibuktikan bersalah melanggar peraturan disiplin berdasarkan Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA.11.0 KESALAHAN DISIPLIN KATEGORI AMAT BERATi. Berkahwinii. Kegiatan politik anti-kerajaaniii. Murtadiv. Melakukan hubungan seksv. Mengandung / Gugur kandungan / Melahirkan anakvi. Kegiatan pelacuran / Gejala bohsia & bohjanvii. Menyerupai jantina lainviii. Seks luar tabiiix. Khalwat (pelajar Islam sahaja) / Berpasangan dalam keadaan yang mencurigakan (pelajar bukan Islam)x. Bahan lucah / Bahan ganas / Bahan tidak bermoralxi. Minuman kerasxii. Judi / Loteri / Pertaruhanxiii. Kematianxiv. Pukul / Dera / Seksa / Bulixv. Kecederaanxvi. Dadahxvii. Rogol / Mencabulxviii. Gangguan seksualxix. Senjata api / Bahan peledakxx. Cubaan membunuh dirixxi. Rompak / Samunxxii. Ancaman / Memeras Ugutxxiii. Pertubuhan haram / Kongsi gelap / Kumpulan aktiviti keganasan / Ajaran sesatxxiv. Mencemar imej diri sendiri / imej individu lain / imej negara / imej MRSM atau MARAxxv. Bahan khayal / Bahan perangsangxxvi. Hasutan / Provokasixxvii. Pemalsuan / Tipu / Subahatxxviii. Menipu / Tiru / Subahat
34xxix. Melakukan Kesalahan Disiplin Kategori Berat kali kedua/Kesalahan berulang kategori beratxxx. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budi bicara Pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang amat berat11.1 HUKUMAN DISIPLIN KATEGORI AMAT BERATi. Hilang kelayakan sebagai pelajar MRSMii. Maklum kepada pihak BPM.iii. Gantung persekolahan selama dua (2) minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MRSMiv. Gantung persekolahan tidak melebihi dua (2) mingguv. Tahanan dalam maktab tidak melebihi 6 mingguvi. Rotan secara tertutup tidak melebihi dua (2) kalivii. Bayar ganti rugi nilai kerosakan jika berkenaanviii. Maklum kepada ibu bapa / penjagaix. Tandatangan surat akujanjix. Sesi kaunselingxi. Tertakluk kepada mana-mana hukuman dalam seksyen yang dirujuk11.2 KESALAHAN DISIPLIN KATEGORI BERATi. Mencederakan diri sendiriii. Mengunjungi Pusat hiburan / Rumah urutiii. Meninggalkan ibadat asas fardhu ain bagi pelajar muslimiv. Senjata / Mercun / Bahan kimiav. Mencurivi. Ceroboh asramavii. Keluar dari kawasan maktab tanpa kebenaranviii. Bahan tembakau / Shisha / Rokok elektronik (Vape)ix. Bergaduhx. Pecah masuk / Cerobohxi. Tatoo / Tindikxii. Merosakkan harta / Vandalisme (Nilai kerosakan RM50.00 ke atas)xiii. Ponteng hari persekolahanxiv. Melakukan Kesalahan Disiplin Kategori sederhana kali kedua/Kesalahan berulang kategori sederhanaxv. Melakukan Kesalahan Disiplin Kategori sederhana kali kedua/Kesalahan berulang kategori sederhanaxvi. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budi bicara Pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang berat
3511.3 HUKUMAN DISIPLIN KATEGORI BERATi. Gantung persekolahan selama dua (2) minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MRSMii. Tahanan dalam maktab tidak melebihi empat (4) mingguiii. Tahanan dalam maktab tidak melebihi dua (2) mingguiv. Gantung persekolahan tidak melebihi satu (1) minggu/ tidak melebihi dua (2) mingguv. Rotan secara tertutup satu (1) kali/tidak melebihi dua (2) kalivi. Memulangkan balik barang yang dicuri atau ganti rugi mengikut nilai barang;vii. Bayar ganti rugi nilai kerosakan jika berkenaanviii. Bayar ganti rugi mengikut nilai pembaikan/penggantianix. Maklum kepada ibu bapa / penjagax. Tandatangan surat akujanjixi. Sesi kaunselingxii. Tertakluk kepada mana-mana hukuman dalam seksyen yang dirujuk11.4 KESALAHAN DISIPLIN KATEGORI SEDERHANAi. Memasuki kawasan laranganii. Membawa masuk individu tidak berkenaan tanpa kebenaran.iii. Penggunaan telefon bimbit, komputer riba dan tabletiv. Penyalahgunaan telefon bimbit, komputer riba dan tabletv. Peralatan Elektrik / Elektronikvi. Rambutvii. Rupa diriviii. Makanan tidak halalix. Biadap / Penghinaanx. Mengintaixi. Keingkaranxii. Merosakkan harta / Vandalisme (Nilai kerosakan kurang RM50.00)xiii. Ponteng kelas atau aktiviti maktabxiv. Pelanggaran peraturan am / peraturan tambahan / peraturan tatatertib / peraturan yang diwartakan melalui unit-unit pentadbiran maktab yang telah diambil tindakan di peringkat JPPM11.5 HUKUMAN DISIPLIN KATEGORI SEDERHANAi. Gantung persekolahan tidak melebihi satu (1) minggu/ dua (2) mingguii. Rotan secara tertutup satu (1) kaliiii. Tahanan dalam maktab satu (1) minggu/ tidak melebihi dua (2) mingguiv. Peralatan dirampasv. Bayar ganti rugi mengikut nilai pembaikan / penggantian
36vi. Potong rambut serta-mertavii. Maklum kepada ibu bapa / penjagaviii. Tandatangan surat akujanjiix. Sesi kaunselingx. Tertakluk kepada mana-mana hukuman dalam seksyen yang dirujuk11.6 KESALAHAN DISIPLIN BERULANGi. Mana-mana pelajar yang melakukan kesalahan, mata penalti dikenakan terhadap pelajar. Berikut merupakan penetapan mata penalti untuk kategori kesalahanii. Kesalahan kes berulang diadili di bawah kategori yang ditetapkan berdasarkan mata penalti terkumpul pelajar. Penetapan kategori bagi kes kesalahan berulang:11.7 HUKUMAN BAGI KESALAHAN BERULANGi. Gantung persekolahan selama dua (2) minggu dan dicadangkan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MRSMii. Rotan secara tertutup 2 kaliiii. Gantung persekolahan tidak melebihi dua (2) mingguiv. Bayar ganti rugi jika berkenaanv. Maklum kepada ibu bapa / penjagavi. Tandatangan surat akujanjivii. Sesi kaunselingMATA PENALTI TERKUMPUL KATEGORI1 HINGGA 2 SEDERHANA 3 HINGGA 4 BERAT5 KE ATAS AMAT BERATMATA PENALTI KATEGORI1 SEDERHANA 3 BERAT5 AMAT BERAT
37BAHAGIAN XII: LAMPIRAN12.0 JADUAL HARIAN PELAJAR MRSM GERIKISNIN HINGGA KHAMIS (HARI PERSEKOLAHAN)Masa Aktiviti Catatan05.00 am Bangun pagi/Persiapan Kendiri/Solat Subuh SEMUA pelajar solat berjemaah di Surau. Bilik dan Asrama dalam keadaan bersih sebelum ke Surau dan Kelas Akademik 06.30 -07.10 amMorning Call (pemeriksaan asrama)/Kosongkan Asrama/Sarapan Pagi07.20 - 09.30 am RTQ/Kelas Akademik (Tingkatan 1,2, dan 3)Rujuk Jadual PDPC07.20 - 10.00 am RTQ/Kelas Akademik (Tingkatan 4 dan 5)09.30 - 10.00 am Minum Pagi (Tingkatan 1,2 dan 3)Rujuk Jadual Makan DS10.00 - 10.30 am Minum Pagi (Tingkatan 4 dan 5)10.00 - 02.00 pm Kelas Akademik (Tingkatan 1,2, dan 3)Rujuk Jadual PDPC10.30 - 02.30 pm Kelas Akademik (Tingkatan 4 dan 5)01.30 - 03.15 pm Solat Zohor/Makan Tengahari/Rehat SEMUA Pelajar solat di Surau03.15 - 04.30 pmKelas Akademik (Tingkatan 4 dan 5)/Homeroom/Perhimpunan/Prep/AFWIRujuk Jadual PDPC/Prep04.30 - 06.30 pmSolat Asar/Minum petang/Riadah/Persiapan KendiriSEMUA pelajar solat berjemaah di Surau06.30 - 07.00 pm Makan Malam Rujuk Jadual Makan DS07.00 - 09.00 pm Solat Maghrib dan solat Isyak SEMUA pelajar solat berjemaah di Surau09.00 - 10.30 pm Kelas Persediaan Malam (Prep)/AFWI10.30 - 11.30 pm Minum Malam/Persiapan kendiri Rujuk Jadual Makan DS11.30 - 05.00 am Light Off/TidurHARI JUMAATMasa Aktiviti Catatan05.00 am Bangun pagi/Persiapan Kendiri/Solat Subuh SEMUA pelajar solat berjemaah di Surau. Bilik dan Asrama dalam keadaan bersih sebelum ke Surau dan Kelas Akademik 06.30 - 07.10 amMorning Call (pemeriksaan asrama)/Kosongkan Asrama/Sarapan Pagi07.20 - 09.30 am RTQ/Kelas Akademik (Tingkatan 1,2, dan 3)Rujuk Jadual PDPC07.20 - 10.00 am RTQ/Kelas Akademik (Tingkatan 4 dan 5)09.30 - 10.00 am Minum Pagi (Tingkatan 1,2 dan 3)Rujuk Jadual Makan DS10.00 - 10.30 am Minum Pagi (Tingkatan 4 dan 5)10.00 - 12.30 pm Kelas Akademik Rujuk Jadual PDPC12.30 - 03.15 pmSolat Jumaat/solat Zohor/Makan Tengahari/Rehat/UsrahLelaki solat Jumaat di Masjid / SurauPerempuan solat Zohor di Surau03.15 - 04.30 pm Kelas Persediaan Petang (Prep)/AFWI/Outing04.30 - 06.30 pmSolat Asar/Minum petang/Riadah/Persiapan KendiriSEMUA pelajar solat berjemaah di Surau06.30 - 07.00 pm Makan Malam07.00 - 09.00 pm Solat Maghrib dan solat Isyak SEMUA pelajar solat berjemaah di Surau09.00 - 10.30 pm Kelas Persediaan Malam (Prep)/AFWI10.30 - 11.30 pm Minum Malam/Persiapan kendiri11.30 - 05.30 am Light Off/Tidur
38HARI SABTUMasa Aktiviti Catatan05.00 am Bangun pagi/Persiapan Kendiri/Solat Subuh SEMUA pelajar solat berjemaah di Surau. 06.30 - 07.30 amPersiapan Kendiri/Kemas Bilik & Asrama/Morning Call (pemeriksaan asrama)/Kosongkan Asrama/Sarapan PagiBilik dan Asrama dalam keadaan kemassebelum ke Blok Akademik/Kosongkan Asrama sebelum 7:30 am07.30 - 10.00 am Kelas Persediaan Pagi/AFWI Rujuk Jadual PDPC10.00 - 10.30 am Minum Pagi Rujuk Jadual Makan DS10.30 - 12.00 pm Pengurusan Diri/Aktiviti Pelajar12.30 - 03.15 pm Makan Tengahari/Solat Zohor SEMUA Pelajar solat berjemaah di Surau03.15 - 04.30 pm Pengurusan Diri/Aktiviti Pelajar04.30 - 06.30 pmSolat Asar/Minum petang/Riadah/Persiapan KendiriSEMUA pelajar solat berjemaah di Surau06.30 - 07.00 pm Makan Malam Rujuk Jadual Makan DS07.00 - 09.00 pm Solat Maghrib dan solat Isyak SEMUA pelajar solat berjemaah di Surau09.00 - 10.30 pm Pengurusan Diri/Aktiviti Pelajar10.30 - 11.30 pm Minum Malam/Persiapan kendiri Rujuk Jadual Makan DS11.30 - 05.00 am Light Off/TidurHARI AHADMasa Aktiviti Catatan05.00 am Bangun pagi/Persiapan Kendiri/Solat Subuh SEMUA pelajar solat berjemaah di Surau.06.30 - 07.30 am Sarapan Pagi/Morning Call Rujuk Jadual Makan DS07.30 - 10.00 am Gotong-royong Asrama10.00 - 10.30 am Minum Pagi Rujuk Jadual Makan DS10.30 - 12.00 pm Pengurusan Diri/Aktiviti Pelajar12.00 - 03.15 pm Makan Tengahari/Solat Zohor SEMUA Pelajar solat berjemaah di Surau03.15 - 04.30 pm Pengurusan Diri/Aktiviti Pelajar04.30 - 06.30 pmSolat Asar/Minum petang/Riadah/Persiapan KendiriSEMUA pelajar solat berjemaah di Surau06.15 - 07.00 pm Makan Malam Rujuk Jadual Makan DS07.00 - 09.00 pm Solat Maghrib dan solat Isyak SEMUA pelajar solat berjemaah di Surau09.00 - 10.30 pm Kelas Persediaan Malam (Prep)/AFWI10.30 - 11.30 pm Minum Malam/Persiapan kendiri Rujuk Jadual Makan DS11.30 - 05.00 am Light Off/Tidur
3912.1 JADUAL KELAS PERSEDIAAN (PREP) PELAJARHARI MASA TEMPAT KUMPULAN PELAJAR CATATANIsnin 03.15 - 04.30 pmPERJUMPAAN HOMEROOM/PERHIMPUNAN RASMI/PREPPREP seperti biasa jika tiada Perjumpaan Homeroom /Perhimpunan Rasmi / Kelab /Persatuan / Badan Beruniform 09.00 - 10.30 pm Kelas Semua PelajarSelasa -Jumaat03.15 - 04.30 pmKelas Semua Pelajar09.00 - 10.30 pmSabtu 07.30 - 10.00 amKelas Semua PelajarAhad 09.00 - 10.30 pm12.2 JADUAL SOLAT PELAJARBIL SOLAT HARI MASA KUMPULAN PELAJAR TEMPAT1 Subuh Setiap Hari 05.50 - 06.20 amSEMUA pelajar (Lelaki dan Perempuan) solat berjemaahSurau 2 ZohorIsnin - Khamis 01.30 - 02.00 pm SEMUA Tingkatan 1, 2 dan 302.30 - 03.00 pm SEMUA Tingkatan 4 dan 5Jumaat12.30 pmSEMUA pelajar (Lelaki SOLAT JUMAAT dan Perempuan SOLAT ZOHOR) solat berjemaah02.00 pmSabtu dan Ahad 01.00 - 02.00 pm3 AsarIsnin - Jumaat04.30 - 5.00 pmSabtu dan Ahad4 Maghrib Setiap Hari 07.00 - 09.00 pm5 Isyak
4012.3 CONTOH ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR MRSM GERIK
4112.4 PERATURAN PENAMPILAN DIRI RAMBUT PELAJAR LELAKI
4212.5 PANDUAN PELAJAR KELUAR BANDAR DAN PULANG BERMALAM
43
4413.6 PANDUAN DAN TATACARA PENGHANTARAN BARANG DAN MAKANANGaris Panduan dan Tatacara Penghantaran Barang dan Makanan di MRSM Gerik1. Garis Panduan ini diwujudkan oleh pengurusan MRSM Gerik untuk dipatuhi oleh semua pelajar, ibubapa/waris atau wakil dan warga MRSM Gerik. 2. Ibubapa/waris atau wakil yang ingin menghantar barang atau makanan pada hari persekolahan (Isnin hingga Jumaat) perlu meninggalkan barang atau makanan di pondok pengawal setelah memaklumkan Pengetua/Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar/Ketua Guru Asrama terlebih dahulu.3. Ibubapa/waris atau wakil yang ingin menghantar barang atau makanan pada hari bukan persekolahan (Sabtu dan Ahad bukan minggu outing/cuti umum/cuti peristiwa) perlu meninggalkan barang atau makanan di pondok pengawal. Ibubapa/waris atau wakil TIDAK BOLEH berjumpa pelajar kecuali mendapat kebenaran Pengetua/Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar/Ketua Guru Asrama.4. Hanya wakil BWP/pelajar yang mendapat kebenaran Pengetua/Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar/Ketua Guru Asrama sahaja yang dibenarkan mengambil barang atau makanan di pondok pengawal.5. Hanya barang keperluan dan makanan kering sahaja dibenarkan dihantar kepada pelajar.6. Barangan yang TIDAK DIBENARKAN dihantar kepada pelajar termasuk:▪ Telefon pintar (melainkan yang telah mendapat kebenaran bertulis)▪ Peralatan elektrik (seterika, mesin basuh, peti ais)▪ Bahan tembakau (rokok/vape/daun tembakau)▪ Makanan basah (makanan bermasak, makanan pra-masak, makanan bungkus, jeruk)▪ Makanan segera (maggi, bihun, mi, nasi, bubur 3 dalam 1)▪ Bahan mentah (ikan, daging, ayam, sayur, kicap, sos)▪ Barangan lain yang difikirkan tidak sesuai kepada pelajar MRSM Gerik.7. Ibubapa/waris atau wakil TIDAK DIBENARKAN memesan makanan bermasak daripada penyedia/penghantar makanan melalui platform atas talian atau secara COD kepada pelajar.8. Garis Panduan ini adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
45PENGAKUAN PELAJAR Saya : ………………………………………………………………………... No. Maktab : ………………………………………………………………………... No. Kad Pengenalan : ………………………………………………………………………... Homeroom : ………………………………………………………………………... dengan ini mengakui telah memiliki, membaca dan memahami Buku Panduan Pelajar MRSM Gerik. Saya berjanji akan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dalam tempoh saya belajar di MRSM Gerik. Tindakan disiplin boleh diambil ke atas diri saya selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh MRSM Gerik dan Bahagian Pelajaran Menengah MARA sekiranya saya melanggar sebarang peraturan yang telah ditetapkan. Buku Panduan Pelajar MRSM ini adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.Tandatangan Pelajar .............................................. Nama: Tarikh: Tandatangan Ibubapa/Penjaga .............................................. Nama: Tarikh:
MAKTAB RENDAH SAINS MARABukit Nasah, Kenayat, Peti Surat 7,33300 Gerik, PerakGERIK05-7910272gerik.mrsm.edu.my